Pelita Brunei - Sabtu 12 Nov 2016

Page 1

''BETA ingin berpesan, kalau hendak meniru pun, biarlah yang baik, bukan meniru perkara yang tidak baik, apatah lagi yang merugikan. Ini adalah di antara cabaran yang sedang menunggu para belia kita, di mana mereka itu sangat penting untuk mengelakkan diri daripada terjebak atau terperangkap oleh aliran-aliran budaya baru yang tidak menentu.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-10 Tahun 2015.

''DAN Kami menurunkan daripada Al-Quran suatu penawar (bagi penyakit rohani dan jasmani) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim (orang-orang yang kafir) selain kerugian.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Isra', ayat 82).

4.37

TAHUN 61 / BILANGAN 136

4.47

6.07

6.31

12 NOVEMBER 2016 / 1438

12

12.05

3.27

6.02

7.14

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat baharu BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada President-Elect, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump, berikutan dengan kemenangannya dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.

Di dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyampaikan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama di atas kemenangannya itu dan berharap semoga Tuan Yang Terutama akan mencapai kejayaan dan seterusnya akan dapat meneruskan kerjasama yang baik dan yang telah sekian lama terjalin di antara kedua-dua buah negara. Pada mengakhiri titah perutusan baginda itu, baginda menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Amerika Syarikat yang baharu, President-Elect, Tuan Yang Terutama Donald J. Trump.

Jawatankuasa Pandu KKC perlu diperkukuhkan Oleh : Khartini Hamir Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Kesungguhan dan kecekalan untuk membudayakan kaedah Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) dapat dijadikan sebagai tanda aras kepada agensi-agensi kerajaan yang komited untuk menerapkan minda inovatif dan sikap yang bergerak seiring demi meraih kecemerlangan perkhidmatan serta prestasi organisasi. Usaha untuk membudayakan kaedah KKC itu wajar diterapkan secara menyeluruh melalui penjanaan gagasan-gagasan yang inovatif, sejajar dengan aspirasi yang terkandung dalam titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Ke-23 pada tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dalam ucapannya pada Majlis Penutup Konvensyen KKC Ke-19 2016 di Dewan Teater, Bangunan JPM, menjelaskan, peranan kritikal pihak pengurusan dan atasan dalam memastikan kumpulan KKC yang dibentuk untuk diberikan masa yang mencukupi, bagi merangka inisiatif-inisiatif pembaharuan. Yang Mulia Dato berkata, peranan Jawatankuasa Pandu KKC perlu diperkukuhkan dan dipertingkatkan lagi dalam membimbing dan menyokong pergerakan KKC di jabatan dan kementerian masing-masing. Mengimbas kembali inisiatif yang diambil pada tahun 2014 untuk memperkenalkan Hybrid KKC, terang

E-mel:pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn E-mel:

Yang Mulia Dato Paduka, iaitu gabungan kumpulan antara pelbagai agensi sama ada dalam satu kementerian atau bersama agensi di luar kementerian, sehingga ke hari ini penyertaan hybrid di peringkat Konvensyen KKC Kebangsaan dukacita masih belum dapat dilihat hasilnya. Justeru, beliau menyeru kepada fasilitator-fasilitator KKC untuk menyahut cabaran ini dan merungkai dimensi baharu pada inovasi yang mencakupi usaha sepadu pada penyelesaian masalah yang menjurus pada penambahbaikan proses dan prosedur serta perkhidmatan yang mempunyai aliran kerja yang saling berkait rapat. ''Budaya kerja across-agencies seumpama inilah suatu yang seharusnya dilaksanakan secara meluas kerana ianya mempunyai impak yang tinggi di samping memberikan jalan keluar daripada pemikiran silo,'' tegasnya. Ke muka 4

Hotline: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb: Smb: 217 217 Hotline:

Muka 3

Muka 6

Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran melalui musabaqah

Seminar Brunei - Korea terokai teknologi kewangan Islam

Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn Faksimile: 2381004 2381004 Layari Faksimile: E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn


2

HALUAN HASRAT NEGARA

HARI SABTU SABTU 12 11 NOVEMBER NOVEMBER 2016 2016 HARI

Perkenalkan program-program relevan

TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Konvokesyen Kali Keempat Bagi Graduan Ijazah dan Majlis Konvokesyen Bagi Graduan Diploma Tertinggi Kebangsaan Kali Ke-25 Universiti Teknologi Brunei Tahun 2016, pada hari Isnin, 7 Safar 1438 Hijrah bersamaan 7 November 2016 Masihi, bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillah Rabbil 'Alameen, Wabihiee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu' Wassalaamu 'Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du.

B

ETA bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya jua, dapatlah kita pada pagi ini, bersama-sama berhimpun di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) Tahun 2016. Di kesempatan ini beta sukacita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para graduan di atas kejayaan mereka menamatkan pengajian masingmasing. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan di masa akan datang. Beta juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ibu-bapa dan penjaga serta tenaga pengajar yang sentiasa berusaha memastikan para graduan sentiasa berada di

landasan yang betul di sepanjang tempoh pengajian mereka sehingga dapat meraih kejayaan yang sungguh bermakna. Beta juga mengucapkan tahniah di atas pertukaran nama Institut Teknologi Brunei kepada UTB setelah mencapai usia 30 tahun penubuhannya. Beta berharap dengan nama baru ini, semua usaha akan ditingkatkan lagi bagi memenuhi objektif, misi dan visi universiti. Walau bagaimanapun, beta ingin mengingatkan, supaya apa jua yang dirancang dan dilaksanakan, hendaklah sentiasa berlandaskan MIB. Seterusnya, beta difahamkan bahawa majlis konvokesyen pada kali ini akan menyaksikan penganugerahan sulung bagi 12 program ijazah Sarjana Muda yang mula diperkenalkan pada tahun 2012. Ini adalah pencapaian yang membanggakan kerana UTB mampu meluaskan lagi bidang pengajian yang ditawarkan dan seterusnya telah membuka lebih banyak peluang kepada lebih ramai pelajar untuk meneruskan pengajian mereka di UTB. Dalam hal ini, beta menyeru supaya UTB akan sentiasa melipatgandakan lagi usaha memperkenalkan program-program lain

NOVEMBER

12 13 14 15 16 17 18

yang relevan dan yang dapat memacu perkembangan ekonomi negara. Alhamdulillah, setakat ini beta ada mendengar bahawa para graduan yang dilahirkan oleh UTB adalah mampu untuk memenuhi kehendak pasaran pekerjaan dengan baik. Namun di dalam masa yang sama, penglibatan mereka di bidang keusahawanan masih lagi di tahap yang rendah. Memandangkan adanya kekurangan pencapaian ini, maka sudah sampai masanya bagi UTB mengkaji dan menggubal semula kurikulumnya bagi memastikan semangat, kecenderungan dan peluang dalam bidang keusahawanan itu dapat dibentuk seawal-awalnya lagi. Menyentuh mengenai sumber tenaga pengajar kerja dari industri yang bukan berasaskan minyak dan gas, beta mengambil maklum mengenai penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik (School of Applied Science dan Mathematics) yang menawarkan program ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dan Teknologi. Program itu, antara lain dihasratkan untuk mendukung pertumbuhan ekonomi dari industri permakanan di negara ini, selaras dengan usaha kerajaan dalam mempelbagaikan sumber ekonomi melalui pelaburan langsung asing. Beta berharap penubuhan Sekolah Sains Gunaan dan Matematik itu akan mampu untuk mengangkat UTB sebagai penyumbang kepada peningkatan industri permakanan yang berkualiti tinggi, yang mampu bersaing di arena antarabangsa. Mengenai dengan pengiktirafan bagi program-program profesional pula, usaha tersebut adalah suatu yang sangat perlu bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan. Oleh sebab itu, beta gembira apabila mengetahui bahawa Sekolah Pengkomputeran dan Informatik UTB telah diiktiraf oleh British Computer Society, sebuah badan profesional antarabangsa. Di dalam iklim ekonomi global yang masih tidak menentu, inisiatif ke arah pengiktirafan program-program itu boleh menjimatkan kos latihan bagi majikan. Seterusnya dalam mendepani krisis ekonomi dunia ini, UTB dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) hendaklah mengamalkan sikap berjimat cermat dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan. IPTA boleh menjana pendapatan berdaya tahan melalui perkhidmatan kepakaran dan penyelidikan berinovasi, sesuai dengan statusnya sebagai separa autonomi. Pendekatan ini mampu untuk menjamin kelangsungan inisiatif-inisiatif agenda pertumbuhan organisasi masing-masing. Akhirnya, beta tidak lupa merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga UTB, yang merangkumi Ahli-ahli Majlis, Ahli-ahli Senat, Naib Canselor, Pegawai-Pegawai Utama, Ahli-ahli Akademik, Pegawai dan kakitangan atas segala sumbangan dan perkhidmatan mereka. Beta berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala jua akan memberkati segala usaha dan titik peluh mereka dengan mengurniakan ganjaran yang berlipat ganda. Sekain Wabillahit Tufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

12 NOVEMBER 2016 BERSAMAAN 1438

12

SUSAH SENANG KEMBALI KEPADA ALLAH

S

USAH senang adalah antara ujian Allah Subhanahu Wata'ala dalam kehidupan kita di dunia ini. Kesenangan sama ada meliputi kemewahan, kejayaan dan sebagainya, manakala kesusahan pula meliputi kesempitan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan dan sebagainya. Kita wajib beriman dan menyakini bahawa semua kesenangan mahupun kesusahan adalah daripada Allah kepada kita. Allah menentukan apa yang dikehendakinya dan memberi petunjuk pada apa yang ditentukannya sama ada berupa amal kebaikan atau keburukan. Manusia sesungguhnya diberikan akal fikiran untuk membezakan dan membuat pilihan yang baik atau buruk dalam menentukan perjalanan hidup di dunia dan akhirat. Namun apabila kita ditimpa musibah atau menerima kesenangan itu bermakna bahawa kita sedang diuji oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Apabila bergelumang dengan kesenangan dan tidak tahu mensyukuri serta memanfaatkannya ke jalan Allah Subhanahu Wata'ala terkadang kita hanyut, lali dan alfa. Sesungguhnya kesusahan tidak mengenal sesiapa bahkan para Nabi dan Rasul juga mengalaminya, namun semua kesusahan itu sedikit pun tidak melunturkan iman dan takwa mereka, bahkan keimanan mereka semakin kuat dan sentiasa berserah kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Nikmat kesenangan merupakan amanah Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita, supaya kita menggunakannya sebaik-baiknya, tidak kufur akan nikmatnya. Jadikan karun sebagai contohnya, karun dikurniakan kesenangan berupa harta, melimpah ruah kepadanya, tetapi semua itu tidak menjadikan dirinya dekat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, bahkan kekayaan dan kemewahan itu menyebabkannya sombong, takabbur, lalai dan leka, tenggelam dalam kesesatan dan kekufuran dunia. Janganlah kita mudah berputus asa dengan kesusahan, sebaliknya dekatkan diri dan berserah kepada Allah pencipta alam, agar semangat dapat dikembalikan, kekuatan diri semakin dalam. Apabila diberi kesulitan, kesedihan dan cubaan, jangan beranggapan kita adalah orang yang paling malang atau dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala, sebaiknya hadapinya dengan berusaha mencari jalan keluar, berdoa, bertawakal juga mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala jua. Apabila diberi kebahagiaan, kecukupan dan kenikmatan kepada kita, sebenarnya semua itu adalah salah satu ujian besar buat kita, sama ada kita syukuri kenikmatan sebagai hamba, mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala ataupun sebaliknya. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian-ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala sama ada ketika senang mahu pun susah. Dengan demikian kita akan menjadi hamba-hamba-Nya yang beriman dan sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Berikut adalah antara inti pati yang boleh ambil dari Khutbah Jumaat, 11 November 2016. Cubaan daripada Allah ada hikmahnya, cubaan daripada manusia juga dengan perkenan-Nya, cubaan yang ditimpakan kepada setiap manusia pasti dalam batas hadnya, selain Pencipta cuba menduga sejauh mana dan sedalam mana ketabahan dan keikhlasan kita pada dugaan-Nya. Mungkin hari ini ada yang ketawa bahagia, entah esok lusa ada yang bakal sedih berduka, ingatlah wahai teman manusia semua, bahawa setiap amal perbuatan kita bakal ada balasan yang setimpal dengan niat dalam hati jua, jika ia baik, maka akan dibalas dengan yang baik jua, apabila niat kita sebaliknya, maka nantikanlah balasan yang bakal menjelma juga. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar dan teraniaya. - Ketua Penyuntingan (Nb).

SAFAR

12 13 14 15 16 17 18

4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37 4 . 37

4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47 4 . 47

6 . 07 6 . 07 6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 08 6 . 09

6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 32 6 . 32 6 . 32

12 . 05 12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 06 12 . 06

3 . 27 3 . 27 3 . 27 3 . 27 3 . 28 3 . 28 3 . 28

6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02

7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 14 7 . 15 7 . 15


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

3

Tingkatkan mutu bacaan Al-Quran melalui musabaqah Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf, wakil Kementerian Pendidikan dan Dayang Rubiah binti Haji Timbang, wakil Jabatan Pengajian Islam (JPI) masing-masing muncul johan bagi Kategori Qari dan Qariah Musabaqah Tilawah Al-Quran bagi pegawaipegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), berlangsung

di Dewan Auditorium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Gadong, di sini. Naib johan qari dan tempat ketiga masing-masing dimenangi oleh Awang Haji Mohd Asri bin Haji Timbang dan Awang Haji Nor Asilin, kedua-duanya mewakili JPI. Sementara itu naib johan qariah pula dimenangi oleh Dayang Norzirwatul Fadhlillah binti Haji Puteh dari Kementerian Pendidikan manakala

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (dua, kanan) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

YANG Berhormat Menteri Pendidikan (kiri) semasa menyampaikan hadiah piala rebutan kepada Johan Qari, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Manaf dari Jabatan Perkembangan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Empat individu terlibat Skim Pelaburan tidak berlesen Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menahan empat individu di atas kesalahan menerima deposit tanpa lesen di bawah Bab 93 Perintah Perbankan, 2006 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun dan denda tidak melebihi BND10,000,000 atau keduaduanya sekali. Siasatan awal melalui kerjasama di antara agensiagensi berkenaan menunjukkan individu-individu tersebut telah mengumpul jumlah wang yang banyak melalui promosi satu platform dagangan emas yang dikenali sebagai Dinar Dirham. Individu tersebut menyatakan bahawa peserta akan menerima pulangan di antara 8-15% sebulan. Memandangkan penyiasatan sedang dilaksanakan, orang ramai adalah dinasihatkan untuk membantu pihak Polis dan bekerjasama dalam penyiasatan. Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) mengesahkan bahawa Dinar Dirham dan entiti yang berkaitan dengannya tidak dilesenkan di Brunei Darussalam untuk menawarkan perkhidmatan kewangan. AMBD ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila ingin menyertai manamana skim pelaburan atau transaksi kewangan.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk terlebih dahulu mengesahkan kesahihan skim-skim pelaburan yang ditawarkan dan meneliti risiko yang berkemungkinan timbul daripada melabur di dalam skim tersebut. Jika syarikat tersebut berada di luar negara, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan dengan pihak berkuasa di luar negara sama ada ia dilesenkan. AMBD ingin sekali lagi mengingatkan bahawa pengguna kewangan yang ingin melibatkan diri dalam skim-skim pelaburan yang tidak dilesenkan oleh AMBD, pengguna kewangan tersebut tidak akan dilindungi di bawah rangka kerja penyeliaan yang ditadbir oleh AMBD. Rangka kerja penyeliaan AMBD adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur dengan memastikan hanya institusi / individu yang berkelayakan sahaja boleh memberikan perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Senarai nama individu-individu dan institusi-institusi yang dilesenkan oleh AMBD boleh didapati melalui AMBD App, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store bagi pengguna iPhone dan Google Playstore bagi pengguna Android atau dengan melayari laman sesawang AMBD di http://www.ambd.gov.bn.

peserta dari JPI, Dayang Zaiton binti Haji Abdullah menduduki tempat ketiga. Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Musabaqah yang diadakan sempena Hari Guru Kali Ke-26 Tahun 1438H / 2016M ini juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan (Pendidikan Teras), Dr. Dayang Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Ustaz Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharajalela Haji Yussof. Dengan dikelolakan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan musabaqah bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu bacaan Al-Quran, di samping mengamalkan dan menghayati isi kandungannya dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI, KHEU. Selain itu musabaqah juga bertujuan untuk meningkatkan semangat gotong

royong dan pemedulian serta rasa muhibah dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI dalam mengungkayahkan usaha-usaha yang berkebajikan di samping menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Dalam temu bual bersama johan qari, Awang Haji Abdul Rahman menjelaskan, antara persediaan yang dilakukannya sebelum menyertai musabaqah ialah meneruskan latihan yang dijalaninya bagi menyertai Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan. Katanya, beliau membuat latihan secara persendirian dengan tunjuk ajar guru bagi menghalusi lagi bacaannya, baik dari segi tajwid mahupun taranum. Ini merupakan kali pertama beliau menyertai Musabaqah Tilawah Al-Quran bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan dan JPI dan sekali gus menjadi johan. Sementara itu johan qariah, Dayang Rubiah pula melahirkan rasa syukur atas kemenangannya ini setelah berlatih setiap hari bagi meningkatkan mutu bacaannya di samping menjaga pemakanan bagi menjaga suaranya. Menyentuh mengenai penglibatan belia di negara ini dalam pembacaan

Al-Quran, Dayang Rubiah menjelaskan bahawa memang sudah banyak timbulnya kesedaran dalam kalangan belia untuk bergiat aktif dalam pembacaan Al-Quran. Beliau seterusnya menyarankan agar lebih ramai belia / beliawanis di negara ini akan turut serta dalam pertandingan-pertandingan membaca Al-Quran baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

JOHAN Qariah, Dayang Rubiah binti Haji Timbang dari Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

BMF bakal bentangkan lebih 30 kertas kerja Siaran Akhbar : Universiti Brunei Darussalam TUNGKU, Khamis, 10 November. Universiti Brunei Darussalam (UBD), melalui Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FASS), akan menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi Forum Brunei Malaysia (BMF). Forum yang akan diadakan pada 16 dan 17 November 2016 di Bilik Senat, Tingkat Satu, Dewan Canselor UBD itu nanti merupakan hubungan kerjasama di antara FASS UBD dan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya (FASS UM). Forum ini memberi peluang kepada ahli akademik dan pelajar pasca ijazah untuk membentangkan hasil kerja

penyelidikan mereka. Forum tahun ini yang bertemakan "Mengintegrasikan Asia melalui pertukaran pengetahuan" menampilkan kertas kerja mengenai pelbagai topik di bawah tema yang berbeza seperti budaya dan jantina; geografi dan pertanian; media dan komunikasi; bahasa, linguistik dan kesusasteraan; warisan dan seni bina serta sejarah dan sosiologi. Di samping itu, lebih 30 kertas dijadualkan akan dibentangkan pada acara tersebut. Forum tersebut akan menampilkan perbentangan utama dari Pengarah Pusat Penyelidikan Lanjutan, UBD

(CARe), Profesor Madya Dr. Noor Azam OKMB Haji Othman. Forum ini terbuka kepada semua yang berminat untuk mendengar mengenai penyelidikan merentasi semua bidang dalam Seni dan Sains Sosial. Ia menawarkan peluang yang baik untuk mendengar dan mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan Brunei Darussalam dan Malaysia yang juga menjadi perhatian global. Untuk maklumat lanjut persidangan dan pendaftaran, sila layari http://fass.ubd.edu.bn/links/ index.html atau e-mel ke secretary.bmf@ubd.edu.bn atau melalui talian : +673 2463001 sambungan 1418.


4

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Jawatankuasa Pandu KKC perlu diperkukuhkan

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (empat, kiri) semasa hadir pada Majlis Penutup Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Ke-19, 2016 di Dewan Teater, Bangunan JPM.

Dari muka 1 Yang Mulia Dato Paduka yakin dan percaya, bahawa penggunaan KKC merupakan salah satu kaedah pengurusan yang giat diguna pakai secara global untuk menjana pemikiran-pemikiran yang forward looking serta di luar kotak kebiasaan. Kekuatan kaedah ini justeru wajar dimanfaatkan untuk merealisasikan perancangan strategi kementerian mahupun jabatan dan seterusnya mencapai misi dan visi khususnya melalui penjelmaan cadangan transformasi yang kekal lestari, ujarnya lagi. Beliau juga turut mengingatkan bahawa penggunaan kaedah KKC bukan seharusnya diletakkan atas bahu pegawai dan kakitangan bawahan untuk menjayakannya, apa yang lebih signifikan tegasnya ialah, penglibatan warga dari semua peringkat terutama sekali di kalangan pegawai-pegawai Divisyen II kerana penglibatan secara total participation ini merupakan salah satu daripada ramuan utama bagi memastikan proses penyelesaian satu-satu masalah dan penjanaan inisiatif perubahan akan dapat diadun dengan lebih serasi danterarah. Begitu juga sokongan padu serta bimbingan dari pihak pengurusan

atasan tambahnya, ke arah memastikan Projek KKC dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selain itu, pelaburan jangka masa panjang dapat menghasilkan pulangan yang lebih bernilai dari segi masa yang berharga dan dapat menangani serta mengurangkan beban yang dipikul di kemudian hari. Menurut Yang Mulia Dato Paduka, komitmen seperti ini perlu diberi penghargaan atau insentif yang sewajarnya bukanlah semestinya dalam bentuk monetary reward, malah ia boleh diberikan non-monetary rewards untukmemberikan galakan dan penghargaan atas usaha-usaha yang telah dilakukan. ''Janganlah juga kita melihat Konvensyen KKC ini sebagai satu pertandingan untuk mendapatkan pengiktirafan dan anugerah semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk menjadikannya sebagai platform yang ulung, bagi mewujudkan persaingan sihat dan bagi memartabatkan hasil cetusan idea-idea yang berinovasi lagi kreatif secara berterusan. Kalah atau menang kita ketepikan sementara yang penting masalah kerja dapat dikurangkan atau diatasi,'' jelasnya. Mengambil kira akan peri pentingnya peranan kaedah KKC

Gangguan Perkhidmatan telefon, internet di Daerah Temburong

bagi mencapai agenda transformasi perkhidmatan awam, sudah tiba masa bagi konvensyen ini diberikan nafas baru dengan dinaik taraf menjadi Anugerah Inovasi, ini adalah dengan mengambil kira akan sumbangan kapasiti dan tahap

intelek, cambahan minda, nilai kreativiti, semangat setia kawan serta inovasi yang tinggi setentunya wajar diberikan pengiktirafan yang selayaknya. Secara optimis melalui penaiktarafan konvensyen ini bukan

sahaja akan dapat mencetuskan projek-projek yang inovatif, malahan akan dapat memacu peralihan paradigma kepada yang lebih positif. Dalam era yang berlandaskan prestasi (performance-based) dan berorientasikan outcome (outcome-oriented), kaedah KKC merupakan instrumen penting yang dapat menyumbang pada pencapaian prestasi dan produktiviti organisasi, di samping penghasilan kerja juga perlu berteraskan kreativiti dan inovasi yang dapat membuahkan kesan yang signifikan, nilai tambah serta peningkatan secara berganda. Yang Mulia Dato Paduka juga menyeru agar tekad untuk membudayakan penggunaan kaedah KKC ini perlu disematkan dalam minda positif dan kreatif untuk memperbaiki proses kerja, membantu meningkatkan tahap pemberian perkhidmatan pelanggan, menjimatkan kos dan masa dan banyak lagi secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap produktiviti dan kualiti perkhidmatan awam secara keseluruhan dan menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negara dan pembangunan negara. Mengakhiri ucapan, Yang Mulia Dato Paduka mengucapkan tahniah di atas komitmen, kreativiti serta kesepaduan semangat yang para peserta tunjukkan dalam memartabatkan kaedah KKC secara proaktif, dalam persekitaran kerja operasi harian sebagai proses transformasi.

PERSEMBAHAN ITQAN dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan pada Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19, 2016 (Sesi Pagi).

Siaran Akhbar : TelBru TEMBURONG, Khamis, 10 November. - Dalam usaha untuk menyokong rancangan pembangunan Brunei yang berterusan bagi Daerah Temburong, Telekom Brunei Berhad (TelBru) akan melakukan latihan pemotongan perkhidmatan di beberapa kawasan di Daerah Temburong selama tiga hari yang bermula dari 19 hingga 21 November 2016 bagi membolehkan penukaran kabel di persekitaran Mukim Bangar. Gangguan dijadualkan akan mengambil masa selama sembilan jam bermula jam 9.00 malam hingga 6.00 pagi dan dijangka akan menjejaskan perkhidmatan telefon dan internet kepada para pelanggan di daerah berkenaan. Kerja-kerja ini adalah bagi memudahkan kerja pembetung talian bagi projek Rancangan Lencongan Trafik JKR di Bandar Bangar. Kawasan terlibat ialah Kampung Menengah, Kampung Sungai Tanit, Kampung Sungai Tanam, Kampung Seri Tanjong Belayang, Jalan Kastam Lama dan Mukim Bangar. TelBru memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perkara tersebut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 111.

SUASANA persembahan daripada kumpulan-kumpulan yang bertanding pada Majlis Konvensyen KKC Peringkat Kebangsaan Kali Ke-19.


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

5

Kumpulan Jabatan Ukur ungguli Konvensyen KKC Ke-19

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (kiri) bergambar ramai bersama pemenang pertama Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang Kebangsaan Ke-19 Tahun 2016 yang disandang oleh Kumpulan LAKAS dari Jabatan Ukur Kementerian Pembangunan.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. Kumpulan-kumpulan dari Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan sekali lagi mempamerkan kehebatan masing-masing apabila berjaya memenangi tiga tempat teratas pada Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kebangsaan Ke-19 Tahun 2016. Pada konvensyen yang berlangsung di Dewan Teater, Bangunan Jabatan Perdana Menteri itu, tempat pertama disandang oleh Kumpulan LAKAS dengan tajuk projek mereka 'Pengurusan Minyak Kenderaan Laut Kurang Berkesan'; diikuti di tempat

kedua dimenangi oleh Kumpulan PGS1516 dengan tajuk projek 'Kelambatan Pembuatan Peta Di Bahagian Pemetaan Geospatial' dan tempat ketiga ialah Kumpulan ToCad dengan projek mereka 'Pelan Akui Yang Tidak Mengikut Spesifikasi'. Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas yang aktif menyertai konvensyen berkenaan, sementara Anugerah Fasilitator Terbaik disandang oleh Dayang Hajah Rusinah binti Haji Awang Tengah juga dari Jabatan Ukur, manakala Anugerah Persembahan Terbaik jatuh kepada Kumpulan

Tahsin dari Jabatan Audit, JPM. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan anugerah kepada para peserta ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud. Pada Anugerah Projek KKC ini juara menerima wang tunai BND6,000 berserta piala dan sijil penyertaan; naib juara membawa pulang wang tunai BND4,000 berserta piala dan sijil penyertaan dan tempat ketiga menerima wang tunai BND2,000 berserta piala dan sijil penyertaan. Manakala kumpulan yang menerima saguhati masing-masing membawa pulang wang tunai BND1,000 berserta sijil penyertaan dan Anugerah Persembahan Terbaik membawa pulang wang tunai BND1,000 berserta

sijil penghargaan. Terdahulu, Majlis Penutup Konvensyen dimulakan dengan dengan tayangan klip video KKC 2016 dan kemudiannya diikuti dengan penyampaian ulasan penilaian oleh Ketua Panel Penilai, Awang Haji Abdul Aziz bin Dato Paduka Haji Abdullah yang antara lain menjelaskan pemarkahan projek KKC dinilai melalui laporan projek KKC, pembentangan semasa Sesi Tertutup, tinjauan dan persembahan semasa Sesi Terbuka. Sesi Terbuka berkenaan jelasnya, menampilkan persembahan kumpulan-kumpulan yang diwarnai dengan pelbagai kaedah penyampaian projek termasuk tayangan video, drama dan ilustrasi projek, selain dapat menjana kreativiti kumpulankumpulan yang bertanding melalui

gaya persembahan yang bersinergi serta menarik seperti sketsa, nyanyian dan suntingan video penceritaan projek masing-masing. Secara keseluruhan prestasi KKC yang bertanding pada tahun ini adalah meningkat walaupun jumlah yang menyertai adalah menurun. Sebanyak sembilan kumpulan dari lima jabatan yang mewakili empat buah kementerian kerajaan membentangkan projek masingmasing pada konvensyen yang diadakan pada sebelah pagi dan petang itu. Pada sebelah pagi, sebanyak enam buah kumpulan telah membentangkan Projek KKC mereka terdiri dari Kumpulan Tahsin (Jabatan Audit); Kumpulan Itqan (Jabatan Ukur); Kumpulan PGS1516 (Jabatan Ukur); Kumpulan ToCad (Jabatan Ukur); Kumpulan Khazanah (Jabatan Perbendaharaan) dan Kumpulan LIVESAVER 995 (Jabatan Bomba dan Penyelamat). Manakala pada sebelah petang pula, sebanyak tiga kumpulan mempersembahkan projek mereka terdiri dari Kumpulan LAKAS (Jabatan Ukur); Kumpulan RD FWD (Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan) dan Kumpulan TBT15 (Jabatan Ukur). Pembentangan projek-projek ini adalah menjurus dalam kategori seperti Pembaikan Proses, Perkhidmatan Pelanggan, Penjimatan Kos dan Masa, Perubahan Budaya Kerja dan Organisasi dan Produktiviti dan Kualiti. Konvensyen KKC Ke-19 anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) kali ini telah dihadiri oleh lebih dari 300 orang jemputan yang terdiri daripada Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai dari kementeriankementerian kerajaan.

Pameran Kerjaya Pop-Up UTB beri peluang pekerjaan Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali TUNGKU LINK, Khamis, 10 November. - Pameran Kerjaya Pop-Up sempena Pesta Konvokesyen Universiti Teknologi Brunei (UTB) 2016 dihasrat untuk memberi pendedahan kepada para graduan dan pelajar UTB serta para pencari kerja mengenai industri-industri yang terlibat. Selain itu, pameran anjuran Bimbingan Kerjaya, Unit di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar juga memberi peluang kepada para pelajar untuk mengetahui mengenai hala tuju kerjaya yang relevan dengan apa yang mereka pelajari serta minati. Majlis perasmian pameran yang berlangsung di Blok Kejuruteraan, Fasa 3, UTB, disempurnakan oleh Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Sulaiman selaku tetamu kehormat. Sebanyak sembilan organisasi menyertai pameran tersebut yang terdiri dari Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Negara Brunei Darussalam (PUJA), Baiduri Bank,

Crescent Sdn. Bhd., Dot Root Technology, Brunei Shell Petroleum Co. Sdn. Bhd., (BSP), SPHIERE Sdn. Bhd., Armtrix Enterprise, Technical Equipment Maintenance Division (TEMD) dan Slingmax Sdn. Bhd. Pegawai Pemasaran Crescent Sdn. Bhd., Abdul Adl Hakim bin Yakob ketika ditemui berkata, organisasi berkenaan menawarkan kursus-kursus diploma secara online dalam bidang perakaunan dan simpan kira (book keeping) lanjutan. "Kursus-kursus yang kami tawarkan adalah di bawah program International Association of Book keepers (IAB) yang diiktiraf di United Kingdom dan oleh Kementerian Pendidikan," katanya. Menurutnya, mempelajari kemahiran asas simpan kira dapat meningkatkan diri mereka dalam pekerjaan, di samping meningkatkan prospek pekerjaan mereka di masa hadapan. "Kemahiran simpan kira diperlukan bagi syarikat. Ia adalah kemahiran asas bagi perakaunan. Syarikat terlebih

dahulu memerlukan penyimpan kira, kemudian baru diteruskan dengan perakaunan," ujarnya. Turut diadakan pada pameran kerjaya tersebut ialah beberapa

ceramah motivasi mengenai kerjaya dan keusahawanan dan bengkel temu duga dengan harapan untuk memotivasikan serta memberi keyakinan para graduan dan pencari

kerja dalam mencari pekerjaan. Juga hadir, pegawai-pegawai dan kakitangan serta pelajar-pelajar UTB dan wakil-wakil organisasi yang terlibat.

NAIB Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB), Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Sulaiman (empat, kanan) hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan salah satu pameran Kerjaya Pop-Up sempena Pesta Konvokesyen UTB 2016.


6

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Seminar Brunei - Korea terokai teknologi kewangan Islam Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Hamzah Mohidin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Islamic Fintech (Islamic Financial Technology) atau Teknologi Kewangan Islam adalah contoh yang baik, di mana negara boleh mencari ruang bagi kerjasama dan pelaburan antarabangsa yang boleh meningkatkan serta mengukuhkan niche negara. Teknologi itu juga menggalakkan kepentingan akad bagi 'persetujuan bersama' yang jelas difahami oleh pengguna dalam usaha untuk mengesahkan proses dan yang paling penting, ia menyediakan keselamatan, ketelusan, sistem pematuhan syariah dan mengamalkan prinsip objekti syariah yang lebih utama, iaitu pemeliharaan kekayaan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dalam ucaptamanya pada Seminar Brunei - Korea mengenai Penerokaaan Teknologi Kewangan Islam (Exploring Islamic Fintech), berlangsung di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Haji Abdul Mokti berkata, Teknologi Kewangan Islam ini boleh mewujudkan dan menjana modal, keluaran sampingan dalam pasaran tempatan, peluangpeluang pekerjaan dan akhirnya mempelbagaikan dan meningkatkan ekonomi Brunei. Negara juga, ujar Yang Mulia Dato Paduka, lagi gembira dengan sambutan menggalakkan dari pelbagai pemain industri dari Republik Korea dalam meneroka bidang-bidang ini dan menggalakkan penglibatan dan kerjasama rapat. Terdahulu Yang Mulia Dato Paduka juga menjelaskan bahawa Negara

Brunei Darussalam telah bersedia untuk meningkatkan persekitaran perniagaan dan pelaburan, dan perkara ini terbukti dengan kemajuan yang ketara kedudukan negara dalam kemudahan menjalankan perniagaan (Ease of Doing Business), Bank Dunia di mana Negara Brunei Darussalam melonjak pada kedudukan ke-72 tahun 2016 daripada kedudukan ke-97 pada tahun 2015. ''Negara Brunei Darussalam kini berdiri sebagai ekonomi paling meningkat selama dua tahun berturut-turut. Kami komited untuk menggalakkan perniagaan dan pembangunan ekonomi dengan usaha-usaha baru untuk mempelbagaikan dan mengembangkan ekonomi di luar sektor minyak dan gas. Kami berharap usaha bersepadu yang berlaku akan menarik lebih banyak pelaburan asing dalam bidang yang boleh mengembangkan ekonomi,'' jelas Yang Mulia Dato Paduka.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (tengah) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada seminar tersebut.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti (tengah) bergambar ramai bersama jemputan khas serta degelasi dari Republik Korea.

PEMBENTANG dari Persatuan Industri Korea Fintech Republik Korea, Kim Tae Bong menyentuh mengenai "Cooperation Measures between Brunei and Korea to Target Islamic Fintech Market''.

Yang Mulia Dato Paduka juga mengatakan bahawa Negara Brunei Darussalam berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan perkembangan kewangan Islam, yang mana bukan hanya sebagai pintu masuk ke pasaran ASEAN dan TPP, tetapi negara ini juga terus membuat kemajuan besar dalam industri kewangan Islam. ''Dengan nilai-nilai Islam yang kukuh serta pertumbuhan takaful insurans Islam dan bon sukuk Islam, Brunei telah mengukir niche untuk negara ini sendiri dalam Perkhidmatan Kewangan Islam antarabangsa. Ini memberi satu platform kompetitif yang sangat baik bagi negara ini yang menawarkan dirinya sebagai pusat kewangan Islam di rantau ini. Reputasi Brunei untuk nilai-nilai Islam yang kukuh juga menyediakan tapak yang baik di seluruh dunia Islam, termasuk Timur Tengah,'' jelas Yang Mulia Dato Paduka. Ketika pengguna menjadi lebih

canggih, ujar Yang Mulia Dato Paduka sektor kewangan Islam di negara ini juga mesti berupaya untuk menyaingi kerumitan dan kecanggihan pasaran yang semakin meningkat. Oleh itu, jelas Yang Mulia Dato Paduka, inovasi dan teknologi, sebagai pemboleh utama untuk pembangunan perniagaan masa depan, menjadi lebih penting. Turut menghadiri seminar ialah Ahli Jawatankuasa Industri dan Perdagangan, Dewan Negara dari Republik Korea, Tuan Yang Terutama Kim Jung Hoon dan Duta Besar Istemewa dan Mutlak Republik Korea

ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung. Seminar yang dihadiri oleh kira-kira 250 peserta itu dimuatkan dengan empat pembentangan termasuk dua pembentang dari Republik Korea disampaikan oleh Kim Tae Bong daripada Persatuan Industri Korea Fintech dengan tajuk "Cooperation Measures between Brunei and Korea to Target Islamic Fintech Market'' sementara Kim Bo Ram dari Paycock Co. Ltd. mengentengahkan topik ''Korean E-Payment Business Models''. Manakala dua penceramah jemputan tempatan juga membentang-

''NEGARA Brunei Darussalam berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan perkembangan kewangan Islam yang mana bukan hanya sebagai pintu masuk kepasaran ASEAN dan TPP, tetapi negara ini juga terus membuat kemajuan besar dalam industri kewangan Islam.''

kan kertas kerja masing-masing terdiri daripada Awang Haji Mohd. Hairul Azrin bin Haji Besar dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) membentangkan mengenai "Islamic Finance : The insights" dan Lim Shaw Fhen dari Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dengan kerjasama Kedutaan Republik Korea dan disokong oleh AMBD itu, memberi peluang kepada para peserta bertukar-tukar pandangan mengenai rangka kerja pengawalseliaan pelaburan kewangan, di samping berkongsi trend teknologi terkini dan model perniagaan Fintech di Korea. Seminar yang diakhiri dengan sesi forum terbuka oleh empat ahli panel tersebut diharap akan menyediakan maklumat bermanfaat bagi menarik Fintech dari perspektif Islam untuk para peserta.


AGAMA

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

7

266 peserta Program Satu Minggu Satu Juzu' diraikan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim TUTONG, Rabu, 9 November. Program Satu Minggu Satu Juzu' dilaksanakan bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menitikberatkan pendidikan agama khususnya Al-Quran peringkat asas agar tetap kukuh dan mantap. Justeru itu, seramai 266 peserta yang terdiri dari 121 murid lelaki dan 145 murid perempuan Darjah Pra hingga Darjah V bagi Kawasan Tutong Fasa II diraikan pada petang ini setelah berjaya menghabiskan pembacaan 30 Juz Al-Quran (khatam Al-Quran) semenjak program itu mula diperkenalkan pada bulan Februari tahun ini. Sepanjang program berkenaan dijalankan, murid-murid persekolahan ugama yang mengikuti program dibimbing secara bertalaqqi oleh guru kelas dan guru Al-Quran sekolah ugama dengan menyasarkan penglibatan pembacaan Al-Quran oleh murid-murid secara konsisten dan berterusan pada setiap hari selepas waktu persekolahan. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah dan isteri yang diadakan di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong,

di sini. Acara didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat, kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad daripada peserta khatam. Doa Takhtim dibacakan oleh Guru-Guru Besar Perempuan Daerah Tutong, manakala Doa Khatam pula dibacakan oleh peserta khatam dan persembahan Dikir disampaikan

oleh Guru-Guru Ugama Lelaki Daerah Tutong. Persekolahan ugama merupakan satu platform pendidikan agama secara formal di negara ini, dengan adanya program seumpama ini ia akan dapat memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran secara bertalaqqi dan sekali gus menyuntik dan mendidik murid-murid agar sentiasa membaca Al-Quran sebagai amalan harian mereka. Majlis tersebut diadakan bagi memantapkan lagi mutu bacaan Al-Quran murid-murid di sekolah ugama menerusi amalan membaca

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah (kanan) menyampaikan sijil kepada para peserta khatam.

ISTERI Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta khatam.

Al-Quran secara bertalaqqi dan sekali gus menyuntik serta mendidik murid-murid agar sentiasa membaca Al-Quran sebagai amalan harian mereka. Dalam pada itu, Pelita Brunei sempat mewawancara peserta program berkenaan, iaitu Dayang Nur Anisah binti Abdullah Muhammad Fitri Zul Hilmi, murid Darjah 3 dari Sekolah Ugama Panchong yang telah mengikuti program berkenaan dan memulakan pembacaan Al-Quran bermula pada awal tahun ini. Beliau melahirkan perasaan gembira

kerana terpilih sebagai peserta program berkenaan. Sementara itu, bagi Dayang Khairunnisa Fikriyah binti Abdullah pula, murid Darjah V dari Sekolah Ugama Kupang menjelaskan program seperti ini amat berguna kerana ia dapat mengangkat martabat Al-Quran, di samping dapat menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai amalan kehidupan seharian. Dayang Khairunnisa Fikriyah juga merakamkan perasaan gembira kerana terpilih sebagai salah seorang peserta program tersebut.

SMALHB 'A' johan Peraduan Debat Bahasa Arab

PEMANGKU Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Norjarah binti Haji Luidin (kanan) menyampaikan hadiah kepada johan Peraduan Debat Bahasa Arab bagi Sekolah-Sekolah Arab, iaitu Pasukan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) 'A'.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Pasukan Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) 'A' muncul johan Peraduan Debat Bahasa Arab bagi Sekolah-Sekolah Arab setelah menewaskan pasukan dari SMALHB 'B' dalam peraduan yang berlangsung di Dewan Sekolah Persediaan Arab, di sini. Awang Abdul Qayyum bin Haji Isa dari SMALHB 'A' pula dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik. Penyampaian hadiah-hadiah disempurnakan oleh Pemangku Penolong Pengarah (Profesional), Jabatan Pengajian Islam (JPI),

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajah Norjarah binti Haji Luidin. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan kepintaran masingmasing semasa membahaskan tajuk 'Media audio dan visual punca keruntuhan akhlak di kalangan belia' dengan memberikan hujah-hujah mereka dalam bahasa Arab. Menurut salah seorang peserta mewakili SMALHB 'A' selaku pihak pencadang, Awang Abdul Qayyum menjelaskan, antara persiapan yang dilakukannya sebelum peraduan ialah dengan mendapatkan dalil-dalil yang kontemporari, lalu cuba

menjadikannya ibarah yang mudah difahami oleh orang ramai. Selain itu kesefahaman dan saling membantu antara sesama kumpulan ujarnya lagi, juga menjadi faktor yang menyumbang kepada kejayaan kumpulan mereka pada peraduan kali ini. Beliau pernah mengikuti peraduan seumpama ini pada tahun 2014, selain berpeluang menimba pengetahuan dengan menyertai Peraduan Debat Nusantara antara negara ASEAN di Kuala Lumpur, Malaysia dan selaku pemerhati semasa peraduan debat yang diadakan di Qatar, pada tahun ini. Sementara itu, Dayang Nur Faizah binti Mohamad Khairol Azmi dari SMALHB 'B' selaku pihak pembangkang pula menjelaskan, sebelum peraduan diadakan beliau sering berlatih bertutur dan membaca dalam bahasa Arab selain meminta tunjuk ajar dari guru-guru memandangkan ada perbendaharaan kata yang kurang difahaminya. Menyentuh mengenai tajuk perdebatan, Dayang Nur Faizah menegaskan bahawa keruntuhan akhlak dalam kalangan belia sememangnya bukan hanya disebabkan media audio dan visual sahaja. ''Kalaukan disalahkan media audio visual, semua orang menggunakan media audio visual, tapi ia tergantung pada kebijaksanaan seseorang itu menggunakan akal dan fikirannya, sama ada dia mengambil yang berfaedah dari media audio

visual itu atau pun inda. Semua tergantung pada diri belia itu sendiri, sama ada ianya berfikiran matang dan positif atau sebaliknya,'' jelasnya. Di samping itu katanya lagi, tarbiah ibu bapa juga memainkan peranan dalam mendidik golongan belia agar tidak berlakunya keruntuhan akhlak pada anak-anak mereka. Buat kali ke-3 diadakan, peraduan juga menerima penyertaan dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Ma'had Islam Brunei dan Sekolah Arab Sungai Akar. Peraduan Debat Bahasa Arab bagi sekolah-sekolah Arab merupakan

kegiatan tahunan JPI dengan bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kemahiran bertutur, mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, di samping mampu menyampaikan hujah dengan kritis dan analitikal dari peringkat menengah rendah ke menengah atas. Apa yang diharapkan, dengan adanya aktiviti seumpama ini akan dapat mendidik, mengasuh dan mencungkil bakat serta memupuk minat pelajar-pelajar dalam budaya debat secara sihat dan seterusnya sentiasa membudayakan bertutur dalam bahasa Arab pada setiap masa.

AWANG Abdul Qayyum bin Haji Isa dari SMALHB 'A'.

DAYANG Nur Faizah binti Mohamad Khairol Azmi dari SMALHB 'B'.


8

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

UNISSA semarakkan budaya penulisan bin Haji Yusof pada sesi Bicara Buku 'Zikrayati : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tokoh yang Saya Kenali'. Sesi Bicara Buku telah dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, UNISSA, Dr. Haji Abdurrahman Raden Aji Haqqi. Buku 'Zikrayati : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tokoh yang Saya Kenali' itu mengandungi sekelumit (sebahagian kecil) dari sejarah hidup Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia

Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Sejarah hidup Yang Berhormat Mufti Kerajaan sebagai seorang tokoh ilmuan telah dirakamkan dan dipaparkan di dalam buku terbitan tersebut dengan tujuan akan menjadi iktibar, penawar, panduan juga ingatan serta khazanah generasi ketika ini dan akan datang. Majlis Pelancaran dan Bicara Buku 'Zikrayati : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tokoh yang Saya Kenali' yang diadakan itu adalah sebagai penghargaan kepada penulis yang telah menyumbangkan hasil penulisan dan penyelidikannya, mengupas serta menghuraikan isi

kandungan buku berkenaan, di samping membarigakan juga mempromosikan buku terbitan UNISSA. Majlis diakhiri dengan Penandatanganan Surat Perjanjian di antara UNISSA Press yang diwakili oleh Pemangku Pengarah Pusat Penyelidikan dan Penerbitan, UNISSA dengan Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Dr. Haji Muhammad Nur Lubis bin Abdul Razak, selaku Penulis Terbitan UNISSA. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Rektor, Penolong Rektor, Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah Pusat dan beberapa pegawai Jabatan Mufti Kerajaan.

REKTOR Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (kiri) menyampaikan buku ihsan terbitan UNISSA Press kepada Penulis Buku 'Zikrayati : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tokoh yang Saya Kenali', iaitu Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Dr. Haji Muhammad Nur Lubis bin Abdul Razak (kanan).

Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Penyelidikan dan Penerbitan (PPP) telah mengungkayahkan Majlis Pelancaran Buku terbitan UNISSA bertajuk 'Zikrayati : Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned Tokoh yang Saya Kenali' hasil tulisan Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, Dato Paduka Dr. Haji Muhammad Nur Lubis bin Abdul Razak pada baru-baru ini. Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan

bin Haji Zainal hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan pelancaran buku tersebut. Penerbitan buku tersebut merupakan hasrat UNISSA untuk menyemarak dan menjana budaya penulisan. Sehingga ini, UNISSA telah berjaya melangkah setapak dengan menerbitkan sebanyak 121 buah buku. Ulasan dan kupasan mengenai buku terbitan terbaharu itu telah disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Kerajaan, Dr. Awang Haji Mazanan

REKTOR UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal (duduk, tiga dari kiri) bersama pegawai-pegawai UNISSA dan Jabatan Mufti Kerajaan ketika bergambar ramai.

KUPU SB sertai Mesyuarat AsTen Ke-5 Siaran Akhbar dan Foto : Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan

BANGKOK, Rabu, 9 November. Seramai dua pegawai dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menyertai mesyuarat 'The 5th Meeting of Presidents ASEAN Teacher Education Network (AsTEN)' yang telah diadakan di Cinammon Residence Hotel, di sini. Pemangku Ra'es KUPU SB, Dr. Haji Adanan bin Haji Basar, telah mengetuai rombongan pada mesyuarat yang dikendalikan oleh Universiti Kasetsart dan dipengerusikan oleh Pengerusi AsTEN, Dr. Ester

B. Ogena tersebut. Antara objektif utama mesyuarat ialah untuk membincangkan beberapa aktiviti yang telah dirancang oleh ahli-ahli AsTEN seperti penganjuran seminar antarabangsa, program penyelidikan akademik dan program pertukuran pelajar, di samping merangka pembentukan falsafah serta identiti ASEAN dalam kalangan universiti-universiti perguruan di rantau ASEAN. Antara institusi pengajian tinggi yang menyertai mesyuarat tersebut ialah KUPU SB, Phillipine Normal

University, National Institute of Education Cambodia, Universitas Pendidikan Indonesia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Yangon University of Education, National Institute of Education Singapore, Kasetsart University serta University of Social Sciences and Humanities, Viet Nam. AsTEN adalah satu pertubuhan rangkaian yang menjadi penghubung pada institusi-institusi pengajian tinggi pendidikan di ASEAN. Ahli-ahli di dalam AsTEN ini terdiri dari universiti-universiti pendidikan di rantau ASEAN termasuk KUPU SB yang telah menyertai pertubuhan ini pada bulan April 2016. Penyertaan serta jemputan yang diberikan pada KUPU SB dalam Mesyuarat AsTEN itu adalah satu

pengiktirafan yang diberikan pada KUPUSB sebagai institusi tinggi perguruan ugama di rantau ini. Dengan adanya kerjasama di antara KUPU SB dan AsTEN ini, KUPU SB akan dapat menjadi penggerak di dalam menjayakan program pendidikan perguruan ugama Islam di rantau Asean selaras dengan visi dan

misi KUPU SB, iaitu untuk mencapai kecemerlangan ilmu perguruan ugama yang terbilang di Alam Melayu bertaraf Antarabangsa, di samping memartabatkan pengajian perguruan ugama bagi melahirkan pendidik yang berjati diri melalui pengintegrasian ilmu, latihan and kajian berasaskan prinsip serta nilai Islam.

MAKLUMAN Penyertaan bagi Musabaqah Al-Quran tutup 12 November Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama

PEMANGKU Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Haji Adanan bin Haji Basar (tiga, kanan) menyertai mesyuarat 'The 5th Meeting of Presidents ASEAN Teacher Education Network (AsTEN)' yang telah diadakan di Cinammon Residence Hotel, Bangkok.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Musabaqah Membaca Al-Quran bagi Lelaki berumur 45 Tahun ke atas dan Perempuan berumur 40 Tahun ke atas bagi Masjid, Surau dan Balai Ibadat Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi akan diadakan pada 16 hingga 17 November 2016. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), musabaqah tersebut dikendalikan bersama oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid, KHEU dan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop. Sehubungan itu, orang ramai, iaitu bagi Lelaki berumur 45 Tahun ke atas dan Perempuan berumur 40 Tahun ke atas yang berkeinginan untuk turut serta dalam musabaqah berkenaan bolehlah mendapatkan borang yang telah diedarkan di Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid atau Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop atau melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid di setiap daerah masing-masing. Borang mestilah diisikan dengan lengkap dan tarikh tutup mengembalikan borang tersebut ialah pada Sabtu, 12 November 2016, jam 4.00 petang. Untuk sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan Penolong Pengerusi Musabaqah, Awang Haji Juffle bin Haji Mega melalui talian +673 2223277 (waktu pejabat).


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

9

SUMUS ditubuhkan bagi kesejahteraan penduduk Mukim Sengkurong Oleh: Aimi Sani Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali SENGKURONG, Jumaat, 11 November. - Atas inisiatif dan kesedaran penduduk kampung dan mukim yang peka tentang implikasi bencana alam yang sering melanda penduduk-penduduk kampung, Majlis Perundingan Mukim Sengkurong (MPMS) melancarkan penubuhan Sukarelawan Mukim Sengkurong 'SUMUS'. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara (DBM), Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Juga hadir ialah Penasihat Majlis Perundingan Kampung Tanjong Nangka, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal dan Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @

Haji Siti. Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dalam ucapannya berkata beliau menyambut baik penubuhan SUMUS sebagai salah satu platform kepada anak-anak buah mukim untuk sama-sama secara sukarela mengambil inisiatif menyumbang buah fikiran, tenaga, waktu dan kewangan bagi sama-sama memastikan kesejahteraan penduduk Mukim Sengkurong yang memerlukan bantuan. Jenis bantuan terang beliau, bukanlah saja bersifat kerahan tenaga semasa bencana atau sumber kewangan bahkan boleh juga bantuan yang bersifat keprihatinan pada keperluan sokongan psikologi mahupun bantuan sokongan mobiliti warga emas dan yang bekeperluan khas. Menurutnya, perlu ditanamkan

AWANG Md. Waie Izzat bin Kamal dari Kampung Bebatik Kulapis berpendapat belia mesti bergerak aktif dan peka.

DAYANG Nurmaizzahtul binti Haji Ramzuzzaman dari Kampung Kulapis, minat berbakti kepada masyarakat.

pada semua perkataan sukarela di sini, ia bukanlah bermaksud secara paksaan mahupun berniat untuk mendapatkan imbalan atau pengiktirafan dari mana-mana pihak atau persendirian atau bagi menunjukkan kebolehan masingmasing. ''Biarlah apa jua perancangan atau perlaksanaan aktiviti itu bersandarkan kepada sebagai rasa tanggungjawab hidup bersaudara, mengeratkan perpaduan penduduk mukim dan dengan hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Sungguh sukarelawan itu tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga, tetapi mereka adalah insan yang tidak ternilai harganya walaupun sekecil zarah sumbangan kudrat atau pemberian mereka amat besar impaknya kepada kehidupan masyarakat,'' tambah beliau. Awang Misle seterusnya menyarankan semasa program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) Mukim Sengkurong, tatacara atau prosedur melaksanakan kerja-kerja semasa kejadian bencana hendaklah mengikut garis panduan atau nasihat-nasihat agensi-agensi kecemasan agar keselamatan mana-mana ahli adalah terjamin. Beliau turut menekankan, bahawa sukarelawan bertindak sebagai tenaga sokongan dan bukan sebagai pengganti ahli-ahli kecemasan seperti ahli Bomba dan Penyelamat, Polis dan mana-mana pegawai agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran khusus dalam menangani bencana-bencana walaupun sudah mendapat latihan daripada pihak-pihak berkenaan. Sementara itu, Dayang Nurmaizzatul binti Haji Ramzuzzaman, 18, berasal dari Kampung Kulapis ketika ditemui berkata beliau menyertai SUMUS kerana minat dan ingin memberi khidmat bakti kepada masyarakat yang memerlukan tanpa ada paksaan daripada siapa-siapa. Belia ujarnya, merupakan tunggak

PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada ahli SUMUS, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Haji Abdul Rahim (kanan).

negara yang bernilai tinggi dan menjadi jentera utama dalam pembangunan dan kecemerlangan negara yang diharap-harapkan. Menurut beliau, melalui SUMUS ini belia mampu meneroka apa yang dilihat dan didengar dengan lebih terperinci serta teliti serta peka juga prihatin dengan sekeliling terutama pada orang-orang yang berada dalam kesusahan yang memerlukan bantuan contohnya belia bergotong-royong membersihkan rumah warga emas, membersihkan tanah perkuburan, membantu orang-orang yang berkeperluan khas dan seumpamanya. Ini terangnya, secara tidak langsung penglibatan belia jadi sukarelawan ini juga membantu mengurangkan belia melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia, yang mana belia terlibat dengan gejala sosial yang semakin berleluasa. Perkara yang sama turut di persetujui oleh Awang Md. Waie Izzat bin Kamal, 16, dari Kampung Bebatik Kulapis. Dengan tertubuhnya badan-badan

sukarelawan seumpama ini jelasnya, membolehkan para belia bergerak dengan aktif dan peka dalam membantu orang-orang yang kurang bernasib baik, memeduli orang yang berada dalam kesusahan dan kemiskinan, membantu negara yang memerlukan bantuan, membangunkan diri sendiri untuk lebih berkeyakinan dalam menjalani kehidupan dan sebagainya. Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan slaid yang di sampaikan oleh Timbalan Setiausaha SUMUS, Awang Haji Mustapa bin Haji Masri dan diselajurkan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan. Penubuhan SUMUS dihasratkan untuk menyatukan para penduduk kampung di Mukim Sengkurong bagi sama-sama menolong orang yang ditimpa musibah akibat bencana alam selain berhasrat untuk menjalinkan jaringan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama menangani bencana alam di seluruh negara bagi kepentingan masyarakat di negara ini.

Suntik semangat pelajar UNISSA hadapi peperiksaan Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali

PENSYARAH Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang Haji Md. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit menyampaikan kata nasihat kepada mahasiswa mahasiswi UNISSA.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 November 2016. Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) lewat petang kelmarin telah mengadakan Solat Sunat Hajat dan diteruskan dengan sesi ''Kurapak Kitani'' Siri

Keempat di Auditorium, UNISSA. Aktiviti tersebut adalah sebagai persiapan sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir Semester yang akan bermula penghujung bulan November ini. Antara objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk memberikan suntikan semangat kepada mahasiswa mahasiswi UNISSA sebelum menghadapi peperiksaan, di samping memberi kesedaran tentang kepentingan dalam menuntut ilmu. Aktiviti ini juga akan dapat memberi peluang kepada para siswa dan siswi merenung kelemahan dan kekuatan yang ada ketika mengikuti pengajian dan seterusnya akan cuba berusaha mencari kaedah yang sesuai untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan. Majlis dihadiri oleh 200 orang yang melibatkan siswa dan siswi UNISSA termasuk para ibu bapa. Majlis dimulakan dengan solat Fardhu Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Sekretariat I, Unit Kerohanian dan Keugamaan, MPP, Awang Mohammad Ri'fat Atiyah bin Anwari dan diteruskan kemudian

dengan sesi 'Kurapak Kitani' yang bertajuk 'Aduh! Sakitnya Tuh Di Sini!' yang disampaikan oleh Pensyarah Fakulti Usuluddin UNISSA, Awang Haji Md. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit dan dipengerusikan oleh Yang Di-Pertua MPP, Awang Muhammad Syahirul

Syafiq bin Rashid. Beliau menasihatkan para pelajar untuk memperbanyakkan ucapan istighfar agar hati menjadi bersih dan dipermudahkan untuk menerima ilmu yang dipelajari. Bagi memudahkan ilmu itu melekat di dalam hati, para mahasiswa dan mahasiswi

juga dinasihatkan supaya menjaga permakanan dan tidak mengambilnya secara berlebihan kerana ia boleh membawa kepada kemalasan. Majlis disudahi dengan alunan qasidah beramai-ramai dan Doa Khusus untuk Menghadapi Peperiksaan.

ANTARA mahasiswa UNISSA yang hadir mendengarkan nasihat daripada penceramah undangan.


10

AGAMA

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Kesusahan,kesenangan ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala

M

ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Kita hidup di dunia ini dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan berbagai-bagai ujian sama ada kesusahan ataupun kesenangan. Apabila memperkatakan tentang nikmat kesenangan, maka terbayang difikiran kita tentang kemewahan, kejayaan dan sebagainya, dan apabila kita memperkatakan tentang kesusahan, maka kita terbayang pula tentang kesempitan, kesukaran, kesakitan, kemiskinan, dan sebagainya. Walau apapun yang kita hadapi, sama ada susah ataupun senang kita wajib beriman dan meyakini bahawa semuanya itu adalah ketentuan daripada Allah Subhanahu Wata'ala ke atas hamba-hamba-Nya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al A' laa, ayat 1 - 3 : Tafsirnya : ''Dan bertasbihlah memuji nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi daripada segala sifat kekurangan. Yang telah menciptakan sekalian makhluk dan menyempurnakan pencipta itu. Dan yang telah menetapkan keadaan makhluk-makhluk-Nya serta memberikan petunjuk.'' Dalam ayat tersebut ada menyentuh khusus

ayat .......................... , yang menjelaskan bahawa hanya Allah Subhanahu Wata'ala yang menentukan apa yang dikehendakinya, dan Allah jualah yang memberi petunjuk kepada apa yang ditentukannya sama ada berupa amal kebaikan atau amal keburukan. Walau bagaimananpun manusia dikurniakan akal fikiran untuk membezakan atau membuat pilihan sama ada membuat amalan yang baik atau yang buruk untuk menentukan perjalanan hidupnya di dunia dan di akhirat. Dalam situasi hari ini, ada yang beranggapan apabila dirinya ditimpa kesusahan seperti banjir, rumah terbakar, kehilangan nyawa dan harta, huru-hara, kesempitan wang ataupun seumpamanya, maka dia merasakan bahawa dia sedang diuji oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Namun pada saat dirinya diberi nikmat kesenangan, dia terlupa bahawa sebenarnya nikmat itu juga adalah ujian Allah Subhanahu Wata'ala yang boleh menyebabkannya hanyut, lali dan alfa jika tidak tahu mensyukuri dan memanfaatkannya ke jalan Allah Subhanahu Wata'ala. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Yunus, ayat 12 : Tafsirnya : ''Dan apabila manusia (orang-orang kafir) ditimpa kemudaratan, dia berdoa kepada Kami, dalam keadaan berbaring atau duduk ataupun berdiri. Tetapi setelah Kami menghilangkan kemudaratan itu daripadanya, dia kembali semula ke jalan yang sesat seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami memohon dihilangkan kemudaratan yang telah menimpanya. Demikianlah dihiaskan (dijadikan) pada pandangan orang yang melampaui batas itu apa yang mereka kerjakan.'' Sesungguhnya kesusahan tidak mengenal sesiapa bahkan para Nabi dan Rasul juga mengalami kesusahan, sebagaimana Nabi Ayub Alaihissalam telah diuji dengan penyakit kulit, Nabi Yunus Alaihissalam ditelan ikan nun, Nabi Nuh Alaihissalam yang belayar dalam bahteranya mengharungi banjir besar bersama kaumnya, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat Radiallahuanhum juga pernah dianiaya,

PERLU juga diingati, apabila diberi kebahagiaan, kecukupan dan kenikmatan, sebenarnya ia adalah salah satu ujian yang besar buat kita. Adakah dengan kenikmatan itu boleh menjadikan kita hamba yang bersyukur, mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala atau pun sebaliknya. diseksa, dipulaukan, dicaci, dicerca, dilempar batu dan pelbagai lagi ujian berat yang ditanggung. Namun semua kesusahan ini sedikit pun tidak melunturkan iman dan takwa mereka, bahkan keimanan mereka semakin kuat dan sentiasa berserah kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dalam menikmati kesenangan pula, kita diingatkan supaya tidak lali dan leka kerana semuanya itu juga merupakan ujian Allah Subhanahu Wata'ala dan nikmat tersebut hanyalah sementara. Ketahuilah nikmat kesenangan ini merupakan amanah Allah Subhanahu Wata'ala kepada kita supaya kita dapat menggunakan dengan sebaik-baiknya dan tidak kufur akan nikmat. Cuba kita imbas kembali kisah yang menimpa karun yang telah dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kesenangan berupa harta yang melimpah ruah, tetapi semua itu tidak menjadikan dirinya dekat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, bahkan segala kekayaan dan kemewahan itu menyebabkannya sombong, takabbur, lalai dan leka, tenggelam dalam kesesatan dan kekufuran. Sebagai orang yang beriman, apabila ditimpa musibah atau kecelakaan dan kesusahan, ucaplah : ........................ Maksudnya : ''Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.'' Dan dengan kesusahan tersebut janganlah kita mudah berputus asa, sebaliknya hendaklah kita mendekatkan diri dan berserah kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Dengan cara tersebut akan dapat mengembalikan

semangat dan kekuatan diri. Ketika kita diberi kesulitan, kesedihan dan cubaan ditimpa musibah, janganlah beranggapan kita adalah orang yang paling malang atau orang yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Sebaiknya hadapilah ujian itu dengan berusaha mencari jalan keluar, berdoa, bertawakal dan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Perlu juga diingat, apabila diberi kebahagiaan, kecukupan dan kenikmatan, sebenarnya ia adalah salah satu ujian yang besar buat kita. Adakah dengan kenikmatan itu boleh menjadikan kita hamba yang bersyukur, mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala ataupun sebaliknya. Akhirnya sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur, tabah dan sabar dalam menghadapi ujian-ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala sama ada ketika senang mahu pun susah. Dengan yang demikian kita akan menjadi hamba-hamba-Nya yang beriman dan sentiasa taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin. Surah Al Ankabuut, ayat 1 - 3 : Tafsirnya : ''Alif Lam Mim, adakah manusia itu menyangka bahawa mereka akan diberikan dengan hanya berkata : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji? Dan demi sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar beriman dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta.''

STAR lahirkan pembaca Al-Quran berpotensi Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Azmah Haji Ahad GADONG, Jumaat, 11 November. Pengambilan Ke-20 Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) Sesi Tahun 2017 - 2018 mendapat sambutan memberangsangkan apabila menerima seramai 674 permohonan dari seluruh negara. Walau bagaimanapun, hanya 606

orang sahaja layak untuk ditemu duga mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Dari jumlah tersebut, seramai 531 orang ditemu duga di Daerah Brunei dan Muara, Daerah Tutong seramai 23 orang, Daerah Belait seramai 36 orang dan Daerah Temburong

SEMASA temuduga Pengambilan Ke-20 Skim Tilawah Al-Quran Remaja (STAR) bagi Sesi 2017 - 2018 yang telah dijalankan di Sekolah Ugama Beribi, Gadong.

seramai 16 orang. STAR merupakan skim yang dikendalikan oleh Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama bagi melahirkan remaja berpotensi dalam bidang pembacaan Al-Quran secara berterannum. Ia bertujuan untuk melatih dan membimbing remaja dalam pembacaan Al-Quran melalui lagu-lagu tilawah masyhur bagi melahirkan pembaca-pembaca Al-Quran remaja berpotensi untuk dijadikan sebagai pelapis qari dan qariah negara ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Sesi temu duga dijalankan pada hari ini di seluruh negara dan bagi Daerah Brunei dan Muara akan dijalankan selama empat hari, setiap Jumaat dan Ahad, hingga 20 November bertempat di Sekolah Ugama Beribi, Gadong. Pegawai Pelajaran, Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir, JPI, Awang Haji Japar bin Haji Brahim @ Ibrahim berkata, skim tilawah tersebut telah pun bermula sejak tahun 1997 dan dengan Pengambilan Sesi 2017 - 2018 ini genaplah 20 tahun skim tersebut dilaksanakan. "Skim ini tidak menghadkan jumlah pelajar yang ingin ikut serta. Ia tertakluk pada keputusan markah yang akan ditetapkan oleh jawatankuasa,"

PEGAWAI Pelajaran, Unit Tilawah Al-Quran dan Dikir di Jabatan Pengajian Islam, Awang Haji Japar bin Haji Brahim @ Ibrahim menjelaskan, jumlah pelajar tertakluk keputusan markah.

DAYANG Siti Nur Mashitah binti Shahrul Khushairi, memohon bagi mengikuti STAR atas kemahuan diri sendiri kerana sangat minat membaca Al-Quran,

katanya pada Pelita Brunei. Latihan bagi pelajar yang berjaya terpilih untuk mengikuti skim tersebut, jelasnya, akan dijalankan selama dua tahun dan selepas tempoh masa berkenaan, para pelajar akan menduduki ujian bagi menguji sejauh mana kelancaran mereka membaca Al-Quran secara berlagu. Salah seorang pelajar yang ditemu duga, Dayang Siti Nur Mashitah binti Shahrul Khushairi ketika ditemui

berkata, beliau banyak membuat latihan dari rumah sebelum ditemu duga, bagi meningkatkan lagi bacaan Al-Quran secara murattal dan terannum. "Saya memohon bagi mengikuti skim ini adalah atas kemahuan diri sendiri kerana saya sangat minat membaca Al-Quran," kata pelajar Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit ini.


RENCANA

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

11

Belia berwawasan, cemerlang impian negara Oleh : Salwa Haji Ghazali (Penempatan mahasiswa dari UBD di Meja Kandungan Khas)

B

ELIA adalah golongan yang berada di dalam lingkungan umur 15 hingga 40 tahun. Di negara kita, belia merupakan 50 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Memandangkan belia merupakan generasi yang mencapai separuh daripada penduduk di negara ini, mereka ini tidak boleh dipandang remeh dan harus diberikan perhatian oleh semua pihak, terutama sekali dalam usaha pembangunan dan pengurusan belia. Para belia inilah yang diharapkan untuk mencapai wawasan negara, iaitu Wawasan 2035 yang berhasrat dalam membangunkan sumber tenaga manusia di dalam bidang keusahawanan dan hasrat ke arah penghayatan konsep Melayu Islam Beraja. Tema sambutan Hari Belia Kebangsaan pada tahun ini, iaitu 'Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi' dipilih mengambil kira peri mustahaknya belia siap siaga untuk menjadi rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya; menyumbang pada langkah-langkah mewujudkan kehidupan rakyat yang berkualiti dan menyertai dalam menjana ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan, sebagaimana matlamat Wawasan Negara 2035. Dengan Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah dengan tema sambutan : 'Belia Berwawasan Pemangkin Transformasi' dengan menyatakan yang ia patut disambut sebagai cabaran. Transformasi di sana bermaksud satu cetusan perubahan yang dinanti-nantikan. Ia tidak menunggu lama-lama melainkan terbuka untuk semua terutama bagi para belia selaku agen kepada perubahan itu. Satu tanda belia cepat berubah, apabila mendapati ramai dalam kalangan mereka, walaupun dalam usia

AWANG Md. Kamarul Asmi bin Abdul Rahman, 20 punyai Syarikat Zaini Tamit.

masih muda, telah mencapai kejayaan-kejayaan sangat bermakna dalam pelbagai bidang seperti bidang kedoktoran, guaman, kejuteraan, keugamaan, keusahawanan dan lain-lain. Kejayaan-kejayaan yang diperolehi ini adalah alat untuk para belia berkecimpung mencorakkan masa depan negara. Belia seperti ini tidak syak lagi adalah belia yang berwawasan lagi cemerlang yang diimpikan oleh negara kerana tanpa mereka, negara akan kehilangan tonggak atau pasaknya. Tidak ada alasan untuk para belia lemah dan menyerah kalah. Bukan sifat belia. Belia adalah berani dan gagah. Mereka berani membuka perusahaan sediri, walaupun mula-mulanya secara kecil-kecilan, seperti cuci kereta, menternak ikan dan sebagainya. Pengorbanan itu bukan setakat wang ringgit dan tenaga, tetapi turut lebih penting ialah pengorbanan masa. Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun. Pengikut-pengikut Baginda yang membentuk generasi pertama Islam kebanyakan juga terdiri daripada kalangan pemuda dan belia, bahkan ada yang masih kecil, yang paling muda ketika itu, Ali bin Abi Talib dan Zubir bin Awam yang baru berusia lapan tahun, manakala yang termasuk dalam usia belia seperti Ja'far bin Abi Talib yang berusia 18 tahun, Qudhamah bin Abi Maz'un berusia 19 tahun, Said bin Zaid dan Shahib Al-Rumi berusia di bawah 20 tahun, Amir bin Fahirah 23 tahun, Mus'ab bin Umar dan Mikdad bin Aswad berusia 26 tahun dan ramai lagi yang berusia di sekitar 30 tahun. Malah ramai lagi para pejuang Islam yang terdiri dari golongan pemuda dan belia. Mereka memperjuangkan dakwah Islam dan menjadi pembawa panji-panji Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Oleh yang demikian belia-belia kita di negara ini hendaklah mencontohi kehebatan belia-belia di zaman tersebut, kerana merekalah yang akan menjadi tonggak kekuatan negara sebagai pewaris kepimpinan di masa depan, mereka perlu diasuh, dididik dan dibimbing di jalan yang betul agar menjadi manusia generasi berilmu, beriman, beramal, bertakwa dan berakhlak mulia kerana dengan demikian sahajalah akan dapat melahirkan belia yang menjadi sumber tenaga yang mampu menyumbangkan ke arah pembangunan dan kemajuan negara. ''Dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya), kemudian akan diberi balasan kepadanya dengan balasan yang

paling sempurna.'' (An-Najm 39 - 41). Setiap belia juga harus menanamkan sikap kesedaran yang tinggi dalam diri masing-masing bahawa usaha dan kemahuan yang tinggi juga membantu dalam mencapai setiap keinginan yang diharapkan tanpa menunggu bantuan dari pihak tertentu. Misalnya, belia yang baru sahaja menamatkan pelajaran di universiti harus berfikiran positif dengan mencari dan tidak memilih pekerjaan. Ramai graduan yang telah menjadi tenaga pengajar di pusat-pusat tuisyen sementara menunggu tawaran dari pihak kementerian tertentu. Inisiatif sebegini haruslah diberikan pujian kerana belia sekarang sudah mempunyai kesedaran bahawa setiap masa yang ada itu haruslah digunakan dengan sebaik mungkin. Bukan itu sahaja, para belia juga semakin ramai yang telah berkecimpung dalam bidang keusahawanan dengan membuka perniagaan kecil-kecilan. Usaha seperti ini jika diteruskan dari semasa ke semasa akan dapat menjana ekonomi bagi pendapatan belia itu sendiri dan negara. Inisiatif belia memajukan diri dalam bidang perniagaan sedikit sebanyak mampu mengurangkan tahap pengangguran di Negara Brunei Darussalam. Seperti yang dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan 2014, para belia mempunyai peranan yang sangat besar dalam memelihara dan mengangkat martabat negara. Mereka juga adalah golongan paling berpotensi untuk mencorakkan bangsa dengan apa jua corak yang mereka mahu. Penglibatan belia dalam persatuan-persatuan dan badan-badan bukan kerajaan juga amat ketara. Malahan ada yang menyumbang bukan sahaja untuk dalam negara, tetapi juga di luar negara. Generasi yang berwawasan perlu dilengkapi dengan ilmu yang seimbang agar mereka boleh berjaya bukan sahaja untuk memenuhi kehendak duniawi malahan juga di akhirat. Bina jati diri yang mantap, berpegang teguh pada ajaran Islam agar boleh maju membawa negara ke tahap yang lebih tinggi. Antara belia-belia yang telah mempunyai bidang bisnes persendirian ialah Dayang Fateen Faizura binti Dickzulkarnaen Hassan 21, pemegang Diploma dari Laksamana College of Business telah membuka kedai yang bernama Cube Shop yang direka oleh beliau sendiri. Cube Shop adalah kedai kiub yang terkenal di Negara Brunei Darussalam. Sebelum kedai tersebut berjaya, beliau telah gagal dua kali, tetapi ia tidak bermakna gagal sepenuhnya, beliau telah mencuba dan menukar idea supaya pelanggan tertarik dengan bisnes beliau. ''Mestilah berani untuk berbisnes dan tidak mengira umur untuk menjalankan,'' pesan beliau untuk belia-belia Brunei Darussalam.

DAYANG Fateen Faizura binti Dickzulkarnaen Hassan, 21, pemegang Diploma dari Laksamana College of Business telah membuka kedai bernama Cube Shop yang direka oleh beliau sendiri.

''Usaha dengan positif, tawakal dan ikhtiar,'' ujarnya lagi. Sementara Awang Md. Kamarul Asmi bin Abdul Rahman, 20, tuan punya Syarikat Zaini Tamit, perniagaan yang turun temurun dari Allahyarham bapanya dengan wang BND 10 untuk memulakan perniagaannya dengan menjual cheese cake dan keropok ubi kayu dan meluaskan perniagaannya menjual keropok ubi kentang, kuih mor dan kuih lidah dan dengan mempunyai seramai tujuh orang pekerja. Anggaran pendapatan kini memperoleh BND15,000 sebulan. Beliau juga merancang untuk membuka bengkel membaiki kereta. Manakala Dayang Norizan binti Haji Sahri, 34, yang dikenali dalam laman media sosial Facebooknya, 'Norizan Hs' terkenal dengan menjual tumpi berinti dengan lapan jenis perisa seperti sardin, ayam, tahai, cornbeef, sosej keju dan tuna mayo. Beliau memulakan perniagaan ini sejak tahun 1999 hingga kini. Beliau dibantu oleh kakaknya yang menolong memperkembangkan perniagaannya. Beliau telah bercadang untuk membuka kedai

NORIZAN binti Haji Sahri dikenali dalam Facebooknya 'Norizan Hs'.

sendiri di masa akan datang dan insyaaAllah akan menambah lagi perisa-perisa yang menepati liur orang Brunei. Pesanan beliau adalah, 'bekarihlah mencari duit yang halal dan tidak mudah mengalah serta kuatkanlah semangat'.

'NORIZAN Hs' menjual tumpi yang berinti dan kini mempunyai lapan jenis rasa.


12

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Peserta PMB tinjau Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menarik perhatian sekumpulan pelawat daripada peserta Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) dari Kampung Jerudong. Lawatan para peserta PMB ke Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal

Bolkiah, Jabatan Mufti Kerajaan merupakan salah satu daripada tiga destinasi siri lawatan yang dirancang dalam program dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan. Program diisikan dengan taklimat ringkas mengenai sejarah penubuhan JMK dan Sejarah Lantikan Mufti yang disampaikan oleh Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Awang Rawandi Rafie Haji Yahya, sebelum melawat ke galeri dan pameran di bangunan

PARA peserta Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong memerhatikan kalimah pada Kiswah Kaabah bertarikh 1414 Hijrah bersamaan 1994 Masihi, antara yang dipamerkan di Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

PENDUDUK Kampung Jerudong, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Bulat.

PENDUDUK Kampung Jerudong, Dayang Hajah Buntar bin Awang Besar.

tersebut seperti Galeri Mushaf, Pameran Tongkat dan Tasbih, Pameran Manuskrip dan Pusat Sumber Ilmu Mengenai Islam. Ketika ditemu bual Pelita Brunei, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Bulat merupakan salah seorang daripada peserta PMB bagi Kampung Jerudong berkata, lawatan tersebut dapat memberikan pengetahuan yang sangat besar bagi para peserta juga memperoleh informasi yang sangat berguna. Manakala itu, Ketua Muslimah Kampung Jerudong, Dayang Hajah Buntar binti Awang Besar berpendapat, program seumpama ini

seharusnya diteruskan lagi di tahuntahun yang akan datang dengan melawat di tempat yang berbeza di negara ini. Terdahulu, rombongan yang diketuai oleh Ketua Kampung

Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak berkenaan melawat BMC Food Industries Sdn. Bhd., yang terletak di Tapak Perindustrian Kampung Junjungan, Mukim Pangkalan Batu.

Rombongan PMB tinjau Mangrove Paradise Resort

Timba ilmu cara pemasaran produk Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin. Foto : Haji Arifin Mohd. Noor

KETUA Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak semasa diwawancara.

PANGKALAN BATU, Khamis, 10 November. - Lawatan penduduk Kampung Jerudong yang menyertai Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) selama dua hari merupakan sebagai penyuntik maklumat kepada masyarakat dan penduduk kampung agar maklumat-maklumat yang diperoleh akan dapat dijadikan garis pandu kepada masyarakat kampung berkenaan. Hari kedua PMB diteruskan dengan lawatan yang disertai oleh seramai lebih 40 peserta ke BMC Food Industries Sdn. Bhd., Mukim Pangkalan Batu, di sini. Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kilang, Tan Too Yeo mengenai BMC Food Industries Sdn. Bhd., yang antara lain menyentuh mengenai sejarah penubuhan, piawaian, produk-produk yang dipasarkan dan sebagainya. Kemudian diteruskan dengan

lawatan ke kilang produk-produk tersebut diproses, sebelum disusuli dengan sesi bergambar ramai. Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak berkata, lawatan tersebut memberi peluang kepada penduduk kampung yang menyertai program tersebut untuk menimba ilmu mengenai cara pemasaran produk-produk. Tambahnya lagi, lawatan seumpama ini dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai mengenai produk-produk makanan halal, yang tidak syak lagi memberikan keyakinan kepada para penggunanya.

BMC Food Industries Sdn. Bhd., ditubuhkan semenjak 1998 dan mampu menghasilkan sebanyak 70,000 kilogram produk makanan berasaskan daging jenama BMC setiap bulan di kilang yang berkeluasan 13,400 kaki persegi ini. Kilang BMC Food Industries Sdn. Bhd., ini turut mendapat Pengiktirafan Halal yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Brunei, di samping pengiktirafan antarabangsa seperti Piawaian Antarabangsa Pengurusan Keselamatan Makanan, ISO 22000:2005, GMP dan HACCP.

ROMBONGAN berpeluang meninjau pembuatan produk daging semasa lawatan ke BMC Food Industries Sdn. Bhd.

PENGURUS Mangrove Paradise Resort, Dayang Izyan binti Haji Mahadi (lima, kiri) semasa membawa rombongan Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong melawat kemudahan yang terdapat di Mangrove Paradise Resort.

Oleh : Haji Ariffin Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan masyarakat setempat untuk mencapai tujuan Jabatan Penerangan ke arah Membudayakan Masyarakat Bermaklumat, rombongan Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) bagi Kampung Jerudong meneruskan lagi lawatan ke Mangrove Paradise Resort, di sini. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak. Program diisikan dengan taklimat ringkas mengenai latar belakang resort yang disampaikan oleh Pengurusnya, Dayang Izyan binti Haji Mahadi, diikuti dengan lawatan di sekitar kawasan resort tersebut. Ketika ditemu bual oleh Pelita Brunei mengenai perancangan untuk penambahan kafe di resort tersebut,

Dayang Izyan berharap agar semakin ramai pengunjung dari luar mahupun dalam negara datang berkunjung ke resort tersebut. Mangrove Paradise Resort telah dibuka secara rasmi pada 1 Oktober 2009 dengan menyediakan 10 villa, 15 buah chalet, restoran, surau dan dua kolam renang. Resort tersebut merupakan resort pertama di Negara Brunei Darussalam yang diusahakan sepenuhnya oleh seorang pengusaha tempatan, Awang Haji Mahadi bin Haji Talib. Ia juga adalah sebagai salah satu destinasi yang menarik perhatian para pelancong dari dalam dan luar negara yang ingin berkunjung ke negara ini. Terdahulu, rombongan yang disertai oleh lebih 40 peserta tersebut juga telah dibawa melawat ke BMC Food Industries Sdn. Bhd. dan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Jabatan Mufti Kerajaan.


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

13

Jabatan Penerangan sampaikan maklumat kepada rakyat

PEMANGKU Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar (duduk, tengah) selaku tetamu kehormat ketika bergambar ramai bersama Ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk Kampung Jerudong pada Program Masyarakat Bermaklumat.

Oleh : Haji Arrifin Mohd. Noor, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Haji Arrifin Mohd. Noor SENGKURONG, Rabu, 9 November. - Program Masyarakat Bermaklumat merupakan salah satu landasan Jabatan Penerangan untuk menyampaikan maklumat rasmi mengenai dasar dan maksud kerajaan agar semua masyarakat memahami, menyokong dan menghayati secara berkesan melalui penyampaian taklimat, sesi dialog dan lawatan. Perkara tersebut dijelaskan oleh Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Hajah Rabiatul Adawiyah binti Haji A. Ahmad semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya pada Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong, bertempat di Dewan Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini. Tambahnya lagi, program tersebut diadakan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan

perkembangan terkini mengenai usaha-usaha kerajaan ke arah mempertingkatkan taraf hidup serta menyuntik semangat diri juga memberikan inspirasi kepada anggota masyarakat. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar. Acara juga diisikan dengan taklimat-taklimat dari Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Hal Ehwal Syariah (JHES) dan Jabatan Adat Istiadat Negara (JAIN). Taklimat JPM mengenai Wawasan Negara 2035 disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Awang Nadzri bin Haji Yahya dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat I, Dayang Kartini binti Haji Kabri, manakala taklimat dari JAIN

disampaikan oleh Pegawai Adat Istiadat, Awangku Muhd. Noor Hamaddi bin Pengiran Ahmad yang bertajuk Terasul dan Bahasa Pengganti Diri. Sementara itu, taklimat bertajuk Konsep Makanan Halal dalam Islam dari JHES disampaikan oleh Pegawai Pelajaran, Dayang Zurina Salwa binti Haji Osman; Pegawai Pelajaran, Dayang Siti Hazirah binti Haji Abu Hassan dan Pegawai Permakanan, Dayangku Khairunisa binti Pengiran Karim. Juga hadir ialah Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir @ Haji Siti; Ketua Kampung Jerudong, Awang Haji Mohammad Rais bin Ishak; Penasihat Majlis Perundingan Kampung Jerudong, Dato Paduka Haji Abdul

Razak bin Haji Mohamad dan seramai kurang lebih 50 peserta program yang terdiri daripada Ahli Majlis Perundingan Kampung serta penduduk Kampung Jerudong.

Program antara lain diadakan untuk mengukuhkan jati diri dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara.

PEGAWAI Tugas-Tugas Khas Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Awang Nadzri bin Haji Yahya semasa menyampaikan taklimat.

Usaha terus ditingkatkan beri masyarakat maklumat Haji Ali; Penolong Pesuruhjaya Buruh, Dayang Norizzah Hazirah binti Haji Awang Hussin dan Pemeriksa Buruh Kanan, Awang Mohd. Zulfadli bin Suhai. Manakala Taklimat Jabatan Pertanian dan Agrimakanan disampaikan oleh Pegawai Pertanian, Dayang Siti Nasyerah binti Haji Ahmad dan Pegawai Pertanian,

Dayang Nurul Ehra Hayati binti Haji Muhd. Hussin. Ia antara lain untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat seperti melalui taklimat-taklimat serta lawatanlawatan. Selain untuk mengukuhkan jati diri

dan menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara. Program yang berlangsung selama dua hari tersebut akan diteruskan pada Khamis, dengan lawatan ke BMC Food Industries Sdn. Bhd., Jabatan Mufti Kerajaan dan Mangrove Paradise Resort Brunei.

PEGAWAI Pertanian, Dayang Siti Nasyerah binti Haji Ahmad (kiri) dan Pegawai Pertanian, Dayang Nurul Ehra Hayati binti Haji Muhd. Hussin (kanan) pada Taklimat Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong.

SENGKURONG, Rabu, 9 November. - Dalam usaha meningkatkan ilmu pengetahuan dan membarigakan perkembangan kepada masyarakat untuk mencapai tujuan Jabatan Penerangan ke arah Membudayakan Masyarakat Bermaklumat, jabatan berkenaan telah melaratkan Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong bagi sesi petang, bertempat di Dewan Kemasyarakatan

Mukim Sengkurong, di sini. Taklimat yang disampaikan oleh Jabatan Buruh yang bertajuk Undang-undang Buruh dan Kemasukan Pekerja Asing serta Jabatan Pertanian dan Agrimakanan bertajuk Keusahawanan Agrimakanan. Antara yang menyampaikan taklimat, Penolong Pesuruhjaya Buruh, Dayang Hajah Norajimah binti

SALAH seorang peserta Program Masyarakat Bermaklumat bagi Kampung Jerudong memberikan maklum balas.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN REQUEST FOR PROPOSALS (RFP) DEPARTMENT OF AGRICULTURE AND AGRIFOOD, MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM (MPRT) Open Invitation for Proposals TO INVEST, DEVELOP, OPERATE AND PRODUCE FRUITS PRODUCTION IN AGRICULTURE DEVELOPMENT AREA, BATANG MITUS, TUTONG, BRUNEI DARUSSALAM Reference No. : MPRT/RFP/2016/12 THE Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism invites proposals from interested parties to invest, develop, operate and producefruit production in the designated area within Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam. The objective of this project is : 1. To develop and produce profitable and sustainable fruits production within 121 hectares of Agriculture Area in Batang Mitus using high / advance technologies. 2. To increase production of Fruit Industry focusing on non seasonal fruit production. 3. To focus the production for the export market; and 4. To generate employment for locals. More detailed information and guidelines for submitting proposals will be provided in the Request for Proposals (RFP) document.

To register for the RFP, interested parties should send an e-mail to rfp@mprt.gov.bn with subject heading 'Proposal to Invest, Develop, Operate and Produce Fruits Production in Agriculture Area, Batang Mitus, Tutong, Brunei Darussalam', attaching information on the company, relevant experience as well as contact details. Detailed RFP document can be obtained Department of Agriculture and Agrifood, Ministry of Primary Resources and Tourism through e-mail rfp@mprt.gov.bn Completed proposals should be submitted to the address below not later than 3.00 Pm on Tuesday, 17 January 2017. Tender Box Ground Floor Ministry of Primary Resources and Tourism Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam. For all correspondence, please contact : Agriculture Department Area Unit Department of Agriculture and Agrifood Ministry of Primary Resources and Tourism Old Airport, Brunei Darussalam

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Kes Mal Bilangan : TT/MRS/MAL-B/S011A/100/08-2016 ANTARA FARAH KHAN BINTI ABDUL RAHMAN LUSTERIOUS @ REBECCA R.LUSTERIOUS - PLAINTIF DAN VICTOR LUSTERIOS - DEFENDAN TUNTUTAN : PEMBUBARAN PERKAHWINAN KERANA PERTUKARAN AGAMA KEPADA VICTOR LUSTERIOS (DEFENDAN) yang dinamakan di atas) alamat terakhir di TIDAK DIKETAHUI.

Telephone No. : +673 2388063 E-mail : rfp@mprt.gov.bn

Kamu adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui

Peguam Syari'e kamu di hadapan MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DAERAH TUTONG pada Sabtu, 26 Safar 1438H / 26 November 2016M jam 2.00 Petang untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh PLAINTIF yang dinamakan di atas, yang mana butir-butir dalam TUNTUTAN itu seperti dinyatakan dalam PENYATAAN TUNTUTAN yang diendorskan. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengar dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada PLAINTIF suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh pada : 28 Muharam 1438H / 29 Oktober 2016M.

HAKIM SYAR'IE Mahkamah Rendah Syariah Daerah Tutong Negara Brunei Darussalam.


15

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN

JABATAN DAERAH TEMBURONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

MINDEF/DFA/RC/131 (4) WASTE DISPOSAL SERVICE

JAWATAN KOSONG SEBAGAI

FOR ROYAL BRUNEI NAVY KETUA KAMPUNG TINGKAT I PMKK.3 (BND2,270 - BND4,240) KETUA KAMPUNG TINGKAT II PMKK.2 (BND1,990 - BND2,970) KETUA KAMPUNG TINGKAT III PMKK.1 (BND1,280 - BND2,270)

FIVE (5) YEARS CONTRACTS. BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan)

BAGI KAMPUNG BELAIS DAN BUDA-BUDA MUKIM BOKOK, DAERAH TEMBURONG

SYARAT-SYARAT TAWARAN a.

ADALAH dimaklumkan bahawa Jabatan Daerah Temburong dengan sukacitanya mempelawa / menjemput penduduk-penduduK Kampung Belais dan Buda-Buda, Mukim Bokok untuk menghadapkan pencalonan bagi mengisi jawatan Ketua Kampung Belais dan Buda- Buda, Mukim Bokok, Daerah Temburong. Syarat-syarat kelayakan calon Ketua Kampung di atas dan keterangan lebih lanjut dan borang pencalonan boleh didapati dan dikembalikan ke alamat seperti berikut : Unit Pentabiran Bahagian Institusi Mukim dan Kampung Jabatan Daerah Temburong Daerah Temburong Negara Brunei Darussalam.

TAWARAN-TAWARAN

hendaklah

dimasukkan

ke

dalam

Peti

Tawaran,

Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan

dan

Perolehan,

Bolkiah

Garison,

BB3510,

Negara

Brunei

Darussalam,

tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 29 NOVEMBER 2016. Keterangan lebih lanjut dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 31 OKTOBER 2016.

Tarikh tutup mengembalikan borang pencalonan adalah pada Khamis, 29 Rabiulakhir 1438 bersamaan 29 Disember 2016, jam 4.00 Petang.

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN SECARA SEBUT HARGA ADALAH dengan ini diberi notis bahawa jualan lelong bagi 9 unit / set peralatan komputer, Jabatan Pentadbiran Hal Ehwal Ugama akan dibuat secara sebut harga lelong, Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sesiapa yang berminat untuk menghantar sebut harga bolehlah mendapatkan borang dan dihantar ke Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN MINDEF/DFA/2016/TA/3010 KHIDMAT PERMAKANAN HARIAN

PETI SEBUT HARGA LELONG UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3810.

UNTUK ANGGOTA BUJANG REJIMEN PENGAWAL DIRAJA TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI (ROYAL GUARDS REGIMENT) MULAI 1 DISEMBER 2016 SEHINGGA 31 MAC 2017

TARIKH TUTUP : 15 NOVEMBER 2016, JAM 9.00 PAGI BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan)

KETERANGAN BARANG: Monitor - Jumlah : 14 Unit CPU - Jumlah : 12 Unit Papan Kekunci - Jumlah : 12 Unit Tetikus - Jumlah : 6 Unit Pencetak - Jumlah : 2 Unit Pengimbas - Jumlah : 1 Unit

SYARAT-SYARAT TAWARAN TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat

TEMPAT MELIHAT : Stor Pasar Basah Kampung Kianggeh

jam 2.00 Petang, Selasa, 15 NOVEMBER 2016. Keterangan lebih lanjut dan dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 2 NOVEMBER 2016.

*Diminta membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum hendak melihat barang-barang yang hendak dilelong.

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/AJKKONVO3/Q/2016-2017/003 KETERANGAN : MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN KATERING BAGI MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA KONVOKESYEN POLITEKNIK BRUNEI KALI KETIGA 2017M / 1438H BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 29 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang)

(HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2E, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/LLD/Q/2016-2017/006 KETERANGAN : SUPPLY BOOKS FOR SCHOOL OF SCIENCE AND ENGINEERING

POLITEKNIK BRUNEI BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 29 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) (HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi *Syarat-syarat tawaran dan keterangan lebih lanjut boleh merujuk seperti alamat di atas.


16

IKLAN

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KEWANGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bilangan Tawaran : KKW/Z/760/7-PAM AIR-1/2016 Tajuk Tawaran : TAWARAN KONTRAK PENGGAL KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM PENGEPAM AIR DAN TANGKI AIR SELAMA 36 BULAN BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN, COMMONWEALTH DRIVE, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

Yuran Tawaran / Dokumen : BND100.00 (tidak dikembalikan) 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat dan pembekalpembekal yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan sekurang-kurangnya dalam Kelas III, kategori MA03 dan berpengalaman khusus dalam pemeliharaan dan penyelengaraan ke atas peralatan pengepam air. 2. Dokumen-dokumen tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Unit Pengurusan Asset dan HSE, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Tingkat 15, Tower Block, Bangunan Kementerian Kewangan,

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JUALAN SECARA TAWARAN AWAM BAGI 7 UNIT PERALATAN / PERKAKAS KEBUN, KOMPLEKS SUKAN SUNGAI KEBUN ADALAH dengan ini dimaklumkan bahawa JUALAN SECARA TAWARAN AWAM bagi peralatan / perkakas rosak dan terpakai adalah seperti berikut : SENARAI KETERANGAN PERALATAN / PERKAKAS DAN JUMLAH PERALATAN / PERKAKAS KEBUN KOMPLEKS SUKAN SUNGAI KEBUN, JABATAN BELIA DAN SUKAN 1. POWER CLIMBER (ASTRO), LAWN MOWER MACHINE - WHITE OUTDOOR (BRIGGS & STRATTION), ROTA SLASHER (HAWARS), WHEELBARROW DAN MESIN RUMPUT SURUNG (BRIGGS & STRATTION - 7 UNIT

LOKASI / TEMPAT MELIHAT : KOMPLEKS SUNGAI KEBUN, JABATAN BELIA DAN SUKAN Syarat-Syarat Tawaran : 1. Tawaran adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan yang berminat bolehlah mendapatkan brang tawaran pada 5 November 2016 (Sabtu) bertempat di : UNIT HASIL TINGKAT 4 KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN SIMPANG 336-17, JALAN KEBANGSAAN BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Borang Tawaran dijual (1 set bagi Lot 1) dengan harga BND10.00 (wang tidak akan dikembalikan). Sila bawa bersama Kad Pengenalan asal sewaktu pembelian borang tawaran.

KEMENTERIAN PERTAHANAN TAWARAN : MINDEF/DFA/2016/TA/3008 PEMBELIAN BARANG KELENGKAPAN PERABOT BAGI PERKHEMAHAN TANAH JAMBU BAYARAN TAWARAN : BND30.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu, Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 22 NOVEMBER 2016. Dokumendokumen tawaran bolehlah diperolehi dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 5 NOVEMBER 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal adalah dikehendaki

membayar semua yuran dokumen dan bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.

Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar ke alamat yang tersebut di bawah dalam sampul surat yang tertutup dengan ditulis bilangan dan nama tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Negara Kementerian Kewangan Peti Tawaran, Tingkat 1 Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 4. Tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Isnin, 21 November 2016. Semua Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 5. Yuran tawaran (tender fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan pembayaran adalah dengan WANG TUNAI

sahaja (wang tidak dikembalikan). Pembayaran Yuran Tawaran hanya boleh dibuat di Unit Kewangan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Tingkat 15, Tower Block, Bangunan Kementerian Kewangan sebelum dokumen tawaran diserahkan, pada hari dan waktu bekerja dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang, iaitu Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.30 Pagi sahaja. Bayaran yuran dan dokumen tidak akan dikembalikan kepada semua penender yang ikut serta dalam tawaran ini. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling tinggi atau lain-lain tawaran. 7. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan, senarai kerja-kerja yang telah dilaksanakan sebelumnya dan senarai projek yang sedang dijalankan.

4. Pemborong-pemborong, firma swasta dan orang-orang perseorangan bolehlah melihat barang-barang berkenaan bermula 7 November 2016 (Isnin) sehingga 19 November 2016 (Sabtu), semasa waktu pejabat dan bertempat di : Lot 1 - Kompleks Sungai Kebun (Haji Layar bin Haji Raim / No. HP +673 8128779) 5. Borang-borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dihantar kepada : JABATAN BELIA DAN SUKAN PETI TAWARAN TINGKAT 4 SIMPANG 336-17 JALAN KEBANGSAAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 November 2016 (Isnin), jam 2.00 Petang. 7. Pembeli yang berjaya akan dihubungi oleh pihak urusetia dan dikehendaki untuk membayar secara wang tunai dalam masa 24 jam (tidak termasuk hari kelepasan awam). Jika pembeli yang berjaya gagal menjelaskan pembayaran berkenaan dalam masa yang telah ditetapkan, maka pembeli yang berjaya akan dikira menarik diri dan dibatalkan. Manakala

pembeli yang tidak berjaya akan dimaklumkan kemudian secara rasmi (persuratan), e-mel atau dikirimkan pesanan ringkas melalui SMS / WhatsApp. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi, Unit Pusat Stor, Stadium Negara Hassanal Bolkiah Berakas, atau melalui talian telefon +673 2380858 atau faksimile +673 2380858. 8. Pembeli yang berjaya dikehendaki membayar cukai kastam jika diperlukan. 9. Pembeli yang berjaya, tetapi tidak menjelaskan bayaran dalam masa 48 jam setelah dihubungi akan dikenakan tindakan atau disenarai hitamkan mengikut keputusan Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga, Jabatan Belia dan Sukan. 10. Pembeli yang berjaya hendaklah memindahkan barang-barang tersbut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran dan kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembelian akan dibatalkan (wang tidak akan dikembalikan). 11. Kelewatan memindah peralatan berkenaan dan menyebabkan barangbarang tersebut hilang, tidak akan dipertanggungjawabkan oleh pihak Jabatan. 12. Jabatan ini berhak untuk membatalkan atau menangguhkan tawaran.

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN SECARA SEBUT HARGA

National - 1 Unit Mesin pemotong rumput sikut Maruyama - 1 Unit

ADALAH dengan ini diberi notis bahawa jualan lelong bagi 10 unit peralatan / perkakas pembersih dan komputer, Kementerian Hal Ehwal Ugama akan dibuat secara sebut harga lelong oleh Unit Penghapusan Dari Kira-Kira, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Sesiapa yang berminat untuk menghantar sebut harga bolehlah mendapatkan borang dan dihantar ke Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama :

PERALATAN / PERKAKAS KOMPUTER CPU - Studio (Dell) - 1 Unit CPU - Opic 380 (Dell) - 1 Unit Printer - Laserjet 1515N - 2 Unit Printer -Hp Office K8600 - 2 Unit Printer - Hp Office - 1 Unit

PETI SEBUT HARGA LELONG UNIT PENGHAPUSAN DARI KIRA-KIRA TINGKAT BAWAH, BANGUNAN KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JALAN MENTERI BESAR, BB3810 TARIKH TUTUP : 15 NOVEMBER 2016, JAM 9.00 PAGI KETERANGAN BARANG DAN JUMLAH PERALATAN / PERKAKAS PEMBERSIH Hampas Gas (Vacuum Cleaner) Hitachi - 1 Unit Hampas Gas (Vacuum Cleaner)

TEMPAT MELIHAT : BAHAGIAN BANGUNAN DAN PEMELIHARAAN BLOCK A, BANGUNAN BAITULMAL JALAN KOTA BATU, BD1517 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM *diminta membuat perjanjian terlebih dahulu sebelum hendak melihat barangbarang yang hendak dilelong. Pembeli yang berjaya dikehendaki membayar secara wang tunai dan memindahkan barang dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran. Barang-barang yang telah dibeli, tetapi tidak dipindahkan dalam masa tempoh tujuh (7) hari dari tarikh jualan akan dirampas dan dilelong semula. Pembeli yang berjaya hendaklah membayar wang pendahuluan (deposit) tidak akan dikembalikan jika pembeli yang berjaya membatalkan sebut harga lelong tersebut.


IKLAN

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

JABATAN DAERAH BRUNEI DAN MUARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

17

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/KEW/PROC/Q//2016/05 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MINERAL WATER WITH CUSTOMIZE DESIGN / LOGO TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 22 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) BILANGAN SEBUT HARGA : PB/CSDI/CLUB/Q//2016-2017/001 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY EQUIPMENTS FOR CLUBS TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 22 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) BILANGAN SEBUT HARGA : PB/CSDI/CLUB/Q//2016-2017/002 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MUSICAL INSTRUMENTS AND GULINGTANGAN FOR CLUBS TO POLITEKNIK BRUNEI FINANCIAL YEAR 2016 - 2017 BAYARAN / YURAN DOKUMEN TAWARAN : TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 15 NOVEMBER 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi keterangan lebih lanjut dan borang-borang tawaran boleh diperolehi di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran.

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

BAHAGIAN PENDAFTARAN MAHKAMAH BESAR JABATAN KEHAKIMAN NEGARA

AKAUN-AKAUN YANG DISIMPAN DI BAWAH NAMA KETUA PENDAFTAR, MAHKAMAH BESAR

ADALAH dengan ini dipohonkan kerjasama daripada penama-penama tersebut di bawah untuk menghadirkan diri ke Mahkamah untuk tujuan menuntut dan mengembalikan akaun-akaun ini memandangkan akaun-akaun ini belum pernah dituntut di Mahkamah. Nama-nama akaun-akaun tersebut adalah seperti berikut : Nama : 1. NGU KIEW ENG 2. NGU GOH SING 3. NGU GOH UNG

4. NGO KIU HO 5. NGU KUI KING 6. NGU KUI HA 7. NGU GOH HING 8. HAMID ANAK BANGA 9. TONY ANAK BANGA 10. ABDUL RAHMAN GHANI Kepada penama-penama atau waris kepada penama-penama yang dinyatakan supaya akan dapat menuntut akaun-akaun ini di Bahagian Pendaftaran, Tingkat 2, Mahkamah Tinggi tidak lewat pada Sabtu, 3 Disember 2016. Jika tidak ada sebarang tuntutan diterima, pihak Mahkamah akan menyerahkan akaun-akaun tersebut kepada pihak Autoriti Monetari Brunei Darussalam untuk tindakan selanjutnya. Sebagai peringatan penama-penama dan waris tersebut hendaklah membawa kad pengenalan, surat beranak, salinan perintah mahkamah

yang dikeluarkan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kes tersebut semasa membuat tuntutan. Jika ada sebarang pertanyaan mengenai dengan perkara tersebut di atas, sila hubungi Bahagian Pendaftaran, Mahkamah Besar di alamat seperti berikut : Alamat : Bangunan Mahkamah Tinggi Mahkamah Besar, KM 1½, Jalan Raja isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA2920, Negara Brunei Darussalam. Nombor Telefon : +673 2220183, +673 2243939 (sambungan 146, 133, 129) Faksimile : +673 2241984 Waktu 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 2.00 Petang hingga 4.00 Petang (waktu dan hari bekerja)


18

IKLAN

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

BIL. TAWARAN : UBD / E8 / 009 / 2016 KETERANGAN : TO SUPPLY, DELIVER, INSTALL AND COMMISSION ONE (1) UNIT ELECTROCHEMICAL LUMINESCENCE SYSTEM TO FACULTY OF SCIENCE (BRC/10), UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM BAYARAN DOKUMEN DAN PENTADBIRAN : BND10.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN : 1. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang terletak di Unit Tawaran & Sebut Harga, Bangunan Pentadbiran, Universiti Brunei Darussalam, Jalan Tungku Link, BE1410, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 PETANG pada SELASA, 20 NOVEMBER 2016. 2. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan jam yang ditetapkan tidak akan diterima dan dilayan. 3. Tiap-tiap tawaran hendaklah dinyatakan tempoh pembekalannya. 4. Segala kehendak dalam borang ini mestilah ditulis dengan betul dan terang, jika tidak permohonan tawaran ini akan ditolak. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup. Pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk atau bilangan tawaran sepertimana yang diiklankan serta tarikh tutup tawaran ini, tanpa menunjukkan identiti pembekal / pemborong dan ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN PENDIDIKAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN KEWANGAN (A), BLOK A, TINGKAT 1 BANGUNAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BANDAR SERI BEGAWAN, BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperoleh dari Universiti Brunei Darussalam. 7. Bayaran dokumen dan pentadbiran (tidak dikembalikan) dan hendaklah dibayar dengan WANG TUNAI. Waktu menerima cagaran tawaran adalah seperti berikut : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 1.45 Petang hingga 3.30 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 1.45 Petang hingga 3.30 Petang 8. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. 9. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 11. Lain-lain perkhidmatan boleh didapati dari http:// www.ubd.edu.bn.

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI

19

TAWARAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN 'PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' KAWASAN PEMOTONGAN : Kesemua kawasan Jabatan Percetakan Kerajaan Bangunan Lama dan Bangunan Baharu. SKOP KERJA-KERJA : 1. Memotong rumput di kesemua kawasan termasuk rumput di penghujung tanah. 2. Membersih sisa-sisa rumput, daun kelapa, buah kelapa dan membakar atau membuang ke tempat pembuang sampah. 3. Memotong bunga-bunga yang tinggi atau panjang serta membersihkan rumput sekeliling bunga. JADUAL KERJA : Dua (2) kali dalam sebulan Peralatan, barang-barang dan bahan-bahan pemotongan rumput adalah ditanggung sendiri oleh penender yang berjaya. 1. Tawaran-tawaran hendaklah dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga

Jabatan Percetakan Kerajaan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. 2. Tarikh tutup bagi menghantar sebut harga berkenaan tidak lewat pada 6 Disember 2016, jam 2.00 Petang. 3.Tawaran ini adalah bagi pemotongan rumput untuk tempoh dua (2) tahun SAHAJA. 4. Tempat mengambil borang ialah di Penyambut Tetamu, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan. 5. Tempat menghantar borang tender ialah di 'PETI TAWARAN', Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan, Lapangan Terbang Lama Berakas. 6. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang TERTUTUP RAPI dan ditulis dengan 'TAWARAN BAGI PEMOTONGAN RUMPUT DI KAWASAN JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS UNTUK TEMPOH DUA (2) TAHUN' tanpa menunjukkan identiti pembekal. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus ke Bahagian Pemeliharaan Estet Jabatan Percetakan Kerajaan di talian +673 2382541 sambungan 150 / 171.


IKLAN

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

19

JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG SURAT KUASA PUSAKA : T/LA/46/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH ASMAHWATI BINTI HAJI ABDUL KARIM kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH ASIAH BINTI HAJI AKOP yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH TUTONG pada 26 OKTOBER 2016, jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 7 NOVEMBER 2016. (DK. NORAFIDAH BINTI PG. HAJI BUNGSU) B/p. Timbalan Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam.


20

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

UBD tingkatkan tahap celik kewangan, pelaburan

HAKIM-HAKIM pertandingan termasuk Edmund Teo dari State Street Brunei, Encik Gordon Clarke dari AMBD dan Pengiran Dr. Haji Md. Hasnol Alwee bin Pengiran Haji Md. Salleh dari UBD SBE bergambar ramai pada Pertandingan 'Stock Pitch' pertama.

Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Brunei Darussalam TUNGKU, Khamis, 10 November. Pertandingan 'Stock Pitch' pertama, yang dihoskan oleh Pengajian Perniagaan dan Ekonomi UBD (UBD SBE), menyaksikan empat kumpulan pelajar menyampaikan pembentangan mereka bagi meyakinkan hakim untuk

membeli atau menjual saham yang dipilih. Hakim-hakim pertandingan termasuk Edmund Teo dari State Street Brunei, Encik Gordon Clarke dari AMBD dan Pengiran Dr. Haji Md. Hasnol Alwee bin Pengiran Haji Md. Salleh dari UBD SBE.

Pertandingan tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan tahap celik kewangan dan pemahaman pelaburan ekuiti dalam kalangan pelajar UBD merupakan sebahagian daripada Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh UBD dan State Street pada April 2016. MoU ini mengesahkan kerjasama dalam pelbagai program, termasuk pertandingan Stock Pitch untuk meningkatkan pemahaman pelajar

terhadap pelaburan ekuiti, siri ceramah oleh eksekutif State Street, dan peluang latihan di pejabat Brunei State Street. Kerjasama erat di antara UBD dan peserta utama industri, seperti State Street, juga bertujuan meningkatkan lagi kemahiran dan kualiti umum yang ditetapkan bagi pelajar UBD sebelum menyertai tenaga kerja. "State Street dengan bangganya menyokong Pertandingan Stock Pitch

dan menyaksikan pengalaman pertama kemajuan pelajar melaluinya. Mereka telah didedahkan dengan pengetahuan baik secara keseluruhan dan dapat mengemukakan dengan yakin kepada panel hakim,'' jelas Edmund Teo. State Street secara khususnya digalakkan oleh kejayaan pertandingan ini dengan memenuhi matlamat meningkatkan pengetahuan pelajar terhadap pasaran modal dan celik kewangan secara keseluruhan. Edmund juga berharap pengalaman dari pertandingan Stock Pitch ini akan meningkatkan peluang pekerjaan apabila pelajar menjadi tenaga kerja. "Tidak ada yang kalah dalam pertandingan ini kerana sebagai pelajar pengalaman yang diperoleh amat bernilai," jelas Dekan UBD SBE, Profesor Ahmed Masood Khalid semasa memberikan kata-kata semangat kepada pelajar mengenai pertandingan tersebut. Hadiah akan diberikan kepada kumpulan yang menang dalam acara yang akan datang. MoU UBD - State Street Brunei merupakan yang terbaharu dalam siri kerjasama aktif di antara UBD dan universiti dan institusi di seluruh dunia, yang merentasi enam benua. State Street Corporation (NYSE : STT) adalah salah satu daripada pembekal terkemuka di dunia bagi perkhidmatan kewangan kepada pelabur institusi, termasuk khidmat pelaburan, pengurusan pelaburan dan penyelidikan dan perdagangan pelaburan. Dengan $27 trilion aset dalam jagaan dan pentadbiran dan $2 trilion dalam aset di bawah pengurusan pada 31 Mac, 2016, State Street beroperasi di lebih daripada 100 pasaran geografi di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Timur Tengah dan Asia.

Nilai kesantunan ketika berkomunikasi TUNGKU LINK, Rabu, 9 November. - Modul AB1402 : Santun Bahasa dihasratkan untuk mendedahkan dan meningkatkan pengetahuan kepekaan pelajar terhadap pelbagai isu serta aspek sosial yang berkaitan dengan kesantunan berbahasa dalam kehidupan bermasyarakat. Pada masa yang sama, ia juga turut mendedahkan relevansi menggunakan elemen-elemen dan strategi kesantunan dalam berbahasa. Sebanyak tiga kumpulan yang terdiri daripada 24 pelajar pelbagai fakulti di Universiti Brunei Darussalam (UBD) mengikuti modul tersebut bagi Sesi 2016 / 2017

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hamzah Mohidin di Dewan Serbaguna, Hal Ehwal Pelajar, universiti berkenaan, di sini. Setiap kumpulan menyampaikan drama mereka masing-masing, iaitu Warga Seni dengan Tajuk Drama : Mujur Ada Dr. Yusof; Pentagon dengan Tajuk Drama : L.R.T dan Inilah Kami bersama Tajuk Drama : Pengalaman Kami. Modul tersebut mengetengahkan dan menonjolkan ilmu mengenai kesantunan berbahasa dalam sesi

KUMPULAN warga seni santun UBD membuat persembahan dengan tajuk drama "Mujur Ada Dr. Yusof" semasa pementasan drama Modul AB1402 : Santun Bahasa Sesi 2016 / 2017.

pementasan drama mereka. Salah satu tujuan drama itu diadakan adalah sebagai satu ujian praktikal kepada para pelajar dalam menyerlahkan ilmu santun bahasa yang dipelajari semasa kuliah dan sesi muzakarah. Seterusnya, ia dipresentasikan di hadapan khalayak dan kesemua kumpulan para pelajar tersebut bekerjasama untuk menjalankan acara pementasan drama, iaitu dari aspek perancangan awal serta latihan yang dijalankan secara berkumpulan juga lain-lain. Meskipun setiap kumpulan mempersembahkan jalan cerita yang berbeza berdasarkan kreativiti masing-masing, namun akan tetap menonjolkan tema yang sama, iaitu Santun Bahasa. Antara lain, elemen-elemen pengajaran juga turut diselitkan untuk memberi nilai kesedaran dan moral kepada penonton. Dalam temu bual Pelita Brunei bersamaPensyarah Kanan Program Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD, Dr. Hajah Dayang Fatimah binti Haji Awang Chuchu menyatakan, sesi pementasan santun

PENSYARAH Kanan Program Bahasa, Kesusasteraan dan Kesenian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD, Dr. Hajah Dayang Fatimah binti Haji Awang Chuchu (kiri) pada pementasan drama Modul AB1402 : Santun Bahasa Sesi 2016 / 2017.

bahasa merupakan sebahagian dari kerja kursus yang diwajibkan bagi modul AB 1402 : Santun Bahasa. Jelasnya, tugasan berkenaan mengetengahkan aspek praktikal selain pengetahuan teoretikal mengenai kesantunan berbahasa yang wujud dalam konteks

kehidupan bermasyarakat. Beliau yang mengendalikan modul itu dengan bantuan Awang Muhammad Najib bin Noorashid berharap dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat tentang betapa signifikannya menerapkan nilai kesantunan ketika berkomunikasi dan dalam tingkah laku.


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

21

Nor Khairunnisa, Nuryanie muncul juara Peraduan Pidato Bahasa Arab Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

KETUA Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Rufidah binti Haji Sulaiman (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 10 November. - Dayang Nor Khairunnisa binti Ratna dari Sekolah

Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHAB) dan Dayang Nuryanie binti Mohd. Sallih dari

Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAM RIPAD) masingmasing muncul juara Kategori 'A' dan Kategori 'B' Peraduan Pidato Bahasa Arab bagi Pelajar-Pelajar Sekolah-Sekolah Arab Peringkat Akhir Negara Kali Ke-9, 1438 Hijrah / 2016 Masihi. Naib juara dan tempat ketiga Kategori 'A' masing-masing disandang oleh pelajar-pelajar dari SMALHAB, Dayang Nadia Amal Hafizah binti Shari dan Dayang Marzeedah binti Awang Mohamad. Awang Muazzam bin Madeli, dari Mahad Islam Brunei dan Dayang Amal Wazeerah binti Bakar dari Sekolah

KETUA Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, KHEU, Dayang Hajah Rufidah binti Haji Sulaiman (kiri) menyempurnakan penyampaian Piala pusingan bagi Kategori B pada Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (kiri).

Persediaan Arab Temburong pula masing-masing muncul naib juara dan tempat ketiga Kategori 'B'. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan hadiah berupa wang tunai dan sijil ialah Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajah Rufidah binti Haji Sulaiman. Peraduan Pidato Bahasa Arab merupakan kegiatan tahunan JPI kementerian berkenaan yang bertujuan untuk mendidik, mengasuh, mencungkil bakat dan memupuk minat pelajar-pelajar dalam berpidato dari peringkat menengah rendah ke menengah tinggi. Selain itu, ia juga untuk membiasakan dan membudayakan

para pelajar bertutur dalam bahasa Arab sebagai komunikasi dalam kalangan para pelajar di samping memperkasa penggunaan pertuturan dalam bahasa Arab di peringkat persekolahan lagi. Dayang Nor Khairunnisa semasa ditemu bual Pelita Brunei menyatakan pidato yang disampaikan adalah mengenai generasi yang mencintai Al-Quran itu akan disayangi oleh Allah Subhanahu Wata'ala iaitu mencintai dengan sebenar-benarnya dan dengan niat kerana-Nya jua. Sementara itu, Dayang Nuryanie dalam Tahun 9 menjelaskan bahasa Arab itu adalah bahasa jannah dan bahasa Allah Subhanahu Wata'ala dan juga berharap masyarakat Brunei akan dapat mencintai bahasa Arab tersebut.

DAYANG Nuryanie binti Mohd. Sallih dari Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

DAYANG Nor Khairunnisa binti Ratna dari Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah.

Semai semangat patriotisme penuntut BELAIT, Khamis, 10 November. Dalam menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan terus melaksanakan mengadakan Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara'.

GURU Besar Sekolah Arab Belait, Dayang Noramalina binti Haji Md. Ali (kiri sekali).

ANTARA pelajar lelaki dan perempuan dari Tahun 7 dan 8, penuntut Sekolah Arab Belait yang menghadiri Taklimat Kenegaraan anjuran Jabatan Penerangan.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed Sehubungan itu, taklimat kali ini diteruskan di Sekolah Arab Belait, di sini dan hadir menyampaikan taklimat ialah Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Hisyam bin Idris selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait yang antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci. Semasa taklimat tersebut para penuntut juga berpeluang untuk menyaksikan tayangan video klip 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan menyertai Kuiz Kenegaraan yang disampaikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Awang Rafaee bin Ya'akub. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan dan penyampaian cenderamata kepada Ketua Cawangan Penerangan, Daerah Belait. Pada program tersebut, Pelita Brunei telah menemu bual Guru Besar Sekolah Arab Belait, Ustazah Noramalina binti Haji Md. Ali yang antara lain menyatakan bahawa taklimat yang dikendali oleh Jabatan Penerangan itu amat berguna dan

bermanfaat, terutama dalam pendedahan kepada generasi penerus mengenai kepentingan dalam menghormati bendera dan mengetahui kedudukan bendera yang betul serta tatacara menjaganya. Sementara itu pelajar Tahun 8, Awang Bukhari bin Awang Hidup, memberi pendapat bahawa taklimat berkenaan sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat dalam menghayati mengenai bendera dan memahami senikata Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. ''Sebelum ini saya tidak tahu tentang maksud panji-panji yang terdapat dalam bendera Negara Brunei, dengan penjelasan yang ringkas namun penuh dengan ilmu itu telah memberi kefahaman yang sangat berkesan di dalam diri saya,'' jelasnya. Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati dalam menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara. Program berkenaan dihadiri oleh guru-guru kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan dan disertai seramai 43 orang pelajar dari Tahun 7 dan 8 dari sekolah tersebut.


22

CETUSAN MINDA

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Kemasyhuran Kesultanan Sambas dalam Syair Rakis Dua Belas Bilangan 137

C

ETUSAN Minda siri ini diambil dari rangkap 6 Syair Rakis Dua Belas karangan Pengiran Shahbanbdar Mohammad Salleh bin Pengiran Sharmayuda. Syair Rakis semuanya berjumlah 175 rangkap dengan setiap rangkap empat kerat pertuturan kecuali rangkap 170 yang hanya dua kerat pertuturan sahaja. Pengiran Shahbandar Mohammad Salleh (PSMS) dinggarkan lahir pada akhir tahun 1790-an. Tidak jelas bila tahun kelahirannya. Dia dibesarkan di Sambas, sebuah wilayah yang terdapat di Kalimantan hingga meningkat remaja. Ayahnya ialah Pengiran Sharmayuda bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Sulaiman bin Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Temanggung Dakula bin Sultan Abdul Hakkul Mubin. Dari tahun 1661 hingga 1673 Masihi, Brunei diperintah oleh Sultan Abdul Hakkul Mubin, iaitu Sultan Brunei Ke-13. Ibu PSMS bernama Raden Kencana binti Sultan Umar Aqamaddin II, iaitu Sultan Sambas Ke-5 yang memerintah Kesultanan Samsas selama 25 tahun bermula 1762 Masihi. Sultan ini mempunyai 17 orang anak, termasuk Raden Kencana, hasil perkahwinannya dengan enam orang isteri. Daripada 17 anak Sultan Umar Aqamaddin II ini, antaranya terdapat lima orang anak lelakinya yang silih berganti menjadi Sultan di Kesultanan Sambas yang sudah pun dikenali sebagai kawasan pengeluar emas. Pada masa Sultan Umar Aqamaddin II ini telah tiba di Sambas, dua orang Pengiran dari Kesultanan Brunei, iaitu Pengiran Serail dan Pengiran Sharifuddin, keduanya merupakan anak dari Pengiran Indera Mahkota Pengiran Sulaiman bin Pengiran Pengiran Abdul Rahman bin Pengiran Temanggung Dakula bin Sultan Abdul Hakkul Mubin (Sultan Brunei Ke-13). Kepergian mereka ke Kesultanan Sambas ini kerana perselisihan mereka dengan Sultan Omar Ali Saifuddin I yang memerintah Kesultanan Brunei pada saat itu. Kedua-dua Pengiran ini kemudian diterima dengan baik oleh baginda Sultan Umar Aqamaddin II dan kemudian dua orang anak perempuannya dinikahkan dengan kedua Pengiran yang datang dari Kesultanan Brunei itu, iaitu Raden Fatimah bernikah dengan Pengiran Serail yang kemudian digelar Pengiran Kesuma Ningrat dan anak perempuan Sultan Umar Aqamaddin II yang lain itu ialah Raden Kencana dinikahkan dengan Pengiran Sharifuddin yang kemudiannya dipanggil sebagai Pengiran Sharmayuda. Dari perkahwinannya dengan Raden Kencana, Pengiran Sharmayuda kemudian memperoleh anak yang kemudian juga menjadi seorang Pengiran di Kesultanan Samasa yang bergelar Pengiran Mohammad Salleh. Demikian kata Ir. Radin Muhammad Hamzah, ''Tarikh Sultan-Sultan Sambas dan

Hubungannya dengan Kesultanan Brunei'' dlm. Pemuliharaan Sejarah dan Tamadun Borneo, Pusat Sejarah Brunei, 2007. Menurut penyelidikan penulis bahawa ketika Sultan Abu Bakar Kamaluddin (Sultan Sambas Ke-4), iaitu ayah Sultan Umar Aqamaddin II, memerintah Kesultanan Sambas telah ditemukan emas pada tahun 1760 Masihi di Daerah Monteradu, sebuah wilayah yang termasuk dalam bidang kuasa Kesultanan Sambas pada masa itu, maka didatangkan orang-orang Tionghua (Cina) dari daratan China untuk melombong atau menambang emas. Kesultanan Sambas yang terletak di Kalimantan mula wujud pada tahun 1669 Masihi yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Sharifuddin, semasa damitnya dipanggil sebagai Raden Sulaiman. Dia ini adalah anak sulung Sultan Tengah (juga dikenali dengan nama Raja Ibrahim Ali Omar Shah) dengan isterinya yang bernama Ratu Suria Kesuma. Raja Tengah dipanggil juga sebagai Sultan Tengah, mempunyai lima orang anak, iaitu tiga orang lelaki, dan dua perempuan. Nama-nama anaknya ialah Raden Sulaiman, Raden Baharuddin, Raden Abdul Wahab, Raden Rasmipuri, dan Raden Ratnawati. Sultan Sambas Ke-2 ialah Sultan Muhammad Tajuddin. Semasa damit lagi dipanggil Raden Bima, anak kepada Sultan Muhammad Shariffuddin. Sultan Sambas Ke-3 ialah Sultan Umar Aqamaddin I. Semasa damitnya dipanggil Raden Merlian dan anak sulung Sultan Muhammad Tajuddin. Sultan Sambas Ke-4 bernama Sultan Abu Bakar Kamakuddin. Semasa damitnya digelar Raden Bungsu, iaitu anak bongsu dari Sultan Umar Aqamaddin I. Manakala Sultan Sambas yang Ke-5 adalah aturan datuk kepada PSMS, dari sebelah ibunya yang bernama Raden Kencana. Datuk PSMS yang bernama Sultan Umar Aqamaddin II semasa damit dipanggil Raden Jame, iaitu anak sulung Sultan Abu Bakar Kamaluddin. Pada masa pemerintahan sultan ini banyak orang-orang Tionghua datang ke Sambas secara berkumpulan bagi melombong emas yang banyak terdapat di bumi Sambas seperti di Daerah Monteradu. Kemudian ditemukan juga emas di Daerah Lara, Daerah Lumar dan Daerah Simanis dan daerah ini masih lagi di bawah pemerintahan Kesultanan Sambas pada zaman itu. Di Asia Tenggara, pada ketika itu, orangorang Tionghua memang mempunyai keahlian dan pengalaman luas dalam kerja-kerja melombong emas atau menambang emas. Kongsi-kongsi Tionghua mulanya membayar hasil lombong emas kepada Sultan sebagai pemilik Kesultanan Sambas sekitar satu gantang emas, iaitu sekitar 10 kilogram setiap tahunnya. Kemudian pembayaran hasil itu berubah jadualnya dengan pembayaran dilakukan setiap bulan dengan jumlah 200 tahil emas murni, iaitu sekitar 1100 gram. Maka pada ketika inilah banyak pedagang-pedagang dan peniaga-peniaga dari luar Kesultanan Sambas silih berganti berkunjung ke Sambas. Peniaga dan saudagar itu datang dari Betawi (nama lama Jakarta), dari Kesultanan Riau, dari Kesultanan Sulu dan

''KESULTANAN Sambas yang terletak di Kalimantan mula wujud pada tahun 1669 Masihi yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Sharifuddin, semasa damitnya dipanggil sebagai Raden Sulaiman. Dia ini adalah anak sulung Sultan Tengah (juga dikenali dengan nama Raja Ibrahim Ali Omar Shah) dengan isterinya yang bernama Ratu Suria Kesuma. Raja Tengah dipanggil juga sebagai Sultan Tengah, mempunyai lima orang anak, iaitu tiga orang lelaki dan dua perempuan. Nama-nama anaknya ialah Raden Sulaiman, Raden Baharuddin, Raden Abdul Wahab, Raden Rasmipuri dan Raden Ratnawati.''

''SILSILAH Keturunan Lurus Sultan-Sultan Sambas, 1902 yang tercatat dalam Istana Alwatzikhoebillah, Sambas menyatakan bahawa Sambas adalah sebuah Kesultanan Melayu yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Sharifuddin, iaitu Sultan Sambas yang Pertama pada tahun 1669. Sultan Muhammad Sharifuddin ini semasa damitnya dipanggil sebagai Raden Sulaiman.'' kesultanan-kesultanan lain yang terdapat di Kalimantan untuk berurus niaga di Kesultanan Sambas yang sudah masyhur sebagai pengeluar emas. Juga terdapat beberapa orang saudagar-saudagar dari Kesultanan Brunei berurus niaga di situ. Ketika itu Kesultanan Brunei adalah sebuah Kesultanan Melayu yang amat masyhur yang makmur dan dikenali di gugusan Nusantara. Mengenai dengan kemasyhuran Kesultanan Sambas ini, PSMS merakamkan dalam Syair Rakis Dua Belas melalui rangkap-rangkap 42 dan 43 seperti madah guritiknya : Rakis Kedua pula diatur Di Negeri Sambas khabar masyhur Sungguh bercampur kumis dan pitur Karal adatnya tiada lebur. Negeri Sambas terlalu aman Rajanya budak lagi budiman Serta wazir manteri sekalian Laksana bunga kembang setaman. 'Kumis' itu bermakna pesuruhjaya dan 'pitur' bermakna merinju. Alhamdulillah, digunakan bahasa Brunei. Dengan sumber kekayaan yang diperoleh dari hasil pelombongan emas itu, maka Kesultanan Sambas bertambah kaya raya dan maju. Kemewahannya itu cukup dikenali hingga ke Kesultanan Riau dan Kesultanan Sulu yang dipisahkan oleh samudera. Hasil pendapatan dari pelombongan emas yang dilakukan di banyak daerah itu telah membolehkan Sultan Umar Aqamaddin II membina sebuah masjid. Masjid itu dibangun di sebelah kanan istananya. Istananya itu terletak di tepi sungai. Masjid itu diberi nama Masjid Kamashalaita. Dengan adanya masjid itu setentunya ada imam dan tokoh-tokoh agama. Dalam suasana lingkungan kehidupan yang selesa, dengan persekitaran agama Islam yang menonjol begini PSMS lahir dan meningkat ke alam remaja dalam Kesultanan Sambas. Tidak hairan PSMS memiliki daya fikir yang tinggi. Daya fikir yang menjangkau jauh ke hadapan dibanding dengan tokok-tokoh pemimpin yang hidup ketika itu. PSMS dibesarkan di Kesultanan Sambas. Pengarang Syair Rakis ini dilahirkan dan dibesarkan di Sambas. Kira-kira dalam tahun 1820 telah dipanggil balik ke Brunei oleh Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807 - 1826) dan dikurniakan gelaran Pengiran Indera Mahkota. Begitulah hemat Teuku Iskandar, Profesor, ''Tradisi Lisan dan Historiografi Melayu (dlm. Penyelidikan Sejarah Brunei'' dlm. Brunei di Tengah-tengah Nusantara, Pusat Sejarah Brunei, 1994) Berhubung dengan Raja Tengah (Sultan Tengah) ini pernah memerintah Sarawak sebagi wakil Sultan Brunei. Dari situ, dia membentuk hubungan dagang secara langsung dengan kerajaan Sambas. Malah Raja Tengah pernah bermastutin di Sambas sambil mendakwahkan agama Islam dalam kalangan penduduk setempat. Pada ketika itu banyak penduduk di Kesultanan Sambas mengamalkan agama Hindu, iaitu kesan pengaruh dari Kerajaan Majapahit. Menurut Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja (Dr.) Haji Awang Jamil, dalam bukunya, Sultan Tengah: Sultan Sarawak Pertama dan Terakhir, terbitan Pusat Sejarah Brunei, 1995, mengatakan bahawa Raja Tengah adalah putera kepada Sultan Muhammad Hassan, iaitu Sultan Brunei yang memerintah

dari tahun 1582 hingga 1598 Masihi. Raja Tengah telah menjodohkan anaknya yang bernama Raden Sulaiman dengan Raden Mas Ayu, iaitu adik perempuan Ratu Sipudak yang memerintah Kerajaan Sambas ketika itu. Raden Sulaiman ini dinobatkan sebagai Sultan Sambas yang pertama dengan panggilan Sultan Muhammad Sharifuddin I. Adiknya yang bernama Raden Abdul Wahab pula, selepas itu digelar sebagai Pengiran Bendahara Seri Maharaja. Manakala adik lelakinya bernama Raden Badaruddin dijadikan Pengiran Mangku Negara. Selang beberapa purnama setelah diwujudkan Kesultanan Sambas oleh Raden Sulaiman, ia pun berangkat ke Kesultanan Brunei bagi mendapatkan pengiktirafan dan pengakuan daripada Sultan Brunei tentang kewujudan Kesultanan Sambas tersebut. Kunjungan itu juga sebagai tanda persahabatan yang hendak dijalin di antara Kesultanan Sambas yang baru wujud dengan Kesultanan Brunei yang sudah pun berkurun lamanya sudah lama bertapak di Nusantara. Silsilah Keturunan Lurus Sultan-Sultan Sambas, 1902 yang tercatat dalam Istana Alwatzikhoebillah, Sambas menyatakan bahawa Sambas adalah sebuah Kesultanan Melayu yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Sharifuddin, iaitu Sultan Sambas yang Pertama pada tahun 1669. Sultan Muhammad Sharifuddin ini semasa damitnya dipanggil sebagai Raden Sulaiman. Raden Sulaiman ini adalah anak sulung Raja Tengah. Nama sebenar Raja Tengah ialah Ibrahim Ali Omar Shah, yang bertanggungjawab dalam mengawal dan mengawasi serta mentadbir wilayah Sarawak bagi pihak Sultan Brunei. Pada waktu itu negeri Sarawak adalah sebahagian dari wilayah Kesultanan Melayu Brunei. Sebahagian daripada pengkaji sejarah ada yang mengatakan Raja Tengah ini adalah ''Sultan Pertama dan Terakhir'' di Sarawak. Betulkah wujud Kesultanan Sarawak? Sebetulnya Sarawak tidak pernah ada kawasan kesultanannya yang tersendiri. Langsung tidak ada apa yang disebut sebagai Kesultanan Sarawak. Menarik sekali diperturunkan nukilan seperti di bawah ini : Raden Sulaiman adalah putera Sultan Tengah dari Brunei Darussalam yang memerintah negeri Sarawak. Sedangkan Sultan Tengah adalah putera kedua Sultan Brunei Ke-9 yang bernama Sultan Muhammad Hassan yang memerintah Kesultanan Melayu Brunei dari tahun 1582 hingga 1598 Masihi. Demikian pendapat Pabali Musa, Sejarah Kesultanan Sambas Kalimantan Barat : Kajian Naskhah Asal Silsilah Raja Sambas, Pontianak Press, 2003) dan Djarni Aliani, ''Sultan Tengah Penyebar Islam di Sambas'' dlm. Akhbar Harian Berkat, 1 Februari 2007. PSMS melalui rangkap enam dalam Syair Rakis Dua Belas bermadah sayu seolah-olah untuk meraih simpati dan minta perhatian seperti untaiannya begini : Namaku misa panji larangan Dari kecil timang-timangan Sudah sekarang buang-buangan Di negeri orang keseorangan.


NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

23

IBTE CET adakan Budayakan CSR di Pusat Ehsan kepentingan kebersihan

BAHAGIAN Pendidikan Lanjutan dan Latihan (Continuing Education Training - CET), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (Institute Brunei Technical Education - IBTE) dengan kerjasama Syarikat Malar Setia mengadakan aktiviti membuat tunjuk ajar kepada pelajar Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bagaimana untuk membuat makanan ringan finger food seperti sandwich.

KEMPEN Kebersihan Pekan Bangar telah dikendalikan oleh Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan.

Siaran Ahkbar dan Foto : Jabatan Daerah Temburong Oleh: Aimi Sani Foto: Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BENGKURONG, Khamis, 10 November. - Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan (Continuing Education Training - CET), Institut Pendidikan Teknikal Brunei (Institute Brunei Technical Education - IBTE) dengan kerjasama Syarikat Malar Setia telah mengadakan Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsbility - CSR) bertempat di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, di sini. Pengajar Teknik Kanan IBTE CET, Dayang Rosinah binti Mohd. Arif juga selaku Ketua Rombongan dan Penyelaras Bahagian Masakan ketika ditemui berkata, CSR merupakan aktiviti tahunan bahagian mereka. ''Pada hari ini kami mengadakan aktiviti membuat tunjuk ajar bagaimana untuk membuat makanan ringan finger food seperti sandwich agar mereka dapat belajar untuk berdikari dalam menyediakan

makanan ringan mereka sendiri dengan mudah. Kami memilih Pusat Ehsan untuk menjalankan tanggungjawab kami sebagai masyarakat dalam memeduli, menunjukkan keprihatinan, selain memberikan sumbangan khidmat bakti kami kepada mereka. Ini merupakan kali pertama kami mengadakannya di luar pejabat. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim selain dapat melihat keadaan mereka dengan lebih dekat,'' jelas beliau. Dayang Rosinah seterusnya menyarankan masyarakat untuk menunjukkan rasa prihatin dan sikap ambil tahu kepada orang-orang yang berkeperluan khas dengan memberikan mereka peluang untuk berinteraksi bersama kerana melalui program seumpama ini akan dapat membantu memahami lagi keadaan mereka. Program ini selaras dengan misi

IBTE CET, iaitu untuk menyediakan lebih banyak peluang dalam pendidikan dan latihan kemahiran formal dan tidak formal untuk orang ramai. Acara dimulakan dengan tatacara kebersihan sebelum menyediakan makanan, dan aktiviti ice breaking sebelum aktiviti penyediaan makanan bermula. Sepanjang aktiviti, pelajar diajar bagaimana untuk menyediakan pelbagai jenis sandwich oleh pengajar masakan IBTE CET. CET di bawah Institut Pendidikan Teknikal Brunei telah wujud sejak 1958. Dengan visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan kemahiran formal dan tidak formal, IBTE CET komited untuk menyediakan kualiti, latihan inovatif dan peluang pengayaan peribadi untuk warganegara serta bukan warganegara Brunei Darussalam. Seramai 20 pelajar Pusat Ehsan mengikuti aktiviti ini dibantu dengan 11 kakitangan dan lima Guru Masakan IBTE CET.

TEMBURONG, Rabu, 9 November. - Jabatan Daerah Temburong dengan kerjasama beberapa agensi mengadakan kempen kebersihan di Kawasan Kedai Rakyat Jati Bumiputera, Kompleks Utama Bumiputera dan Kedai Pekan Bangar. Agensi-agensi kerajaan termasuk Pasukan Polis Diraja Brunei, Operasi 'G' Jabatan Bomba dan Penyelamat Cawangan Daerah Temburong; Jabatan Kerja Raya; JASTRE; Jabatan Perkhidmatan Kesihatan; Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di bawah tadahan Mukim Bangar, para peniaga menyertai kempen kebersihan yang bertujuan untuk

membudayakan masyarakat di daerah ini, tentang kepentingan kebersihan di sekeliling mereka yang merupakan tanggungjawab sebagai individu ataupun masyarakat di Daerah Temburong. Di samping itu juga, ia adalah salah satu rancangan kerja tahunan Jabatan Daerah Temburong, yang mana kempen tersebut telah diungkayahkan sepanjang tahun, bukan sahaja di kawasan bangunan-bangunan kerajaan, malahan juga dilaksanakan di mukim-mukim dan kampungkampung bagi sama-sama menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara bersih dan selesa.

Pemindahan pondok penjualan tiket tambang ke Temburong Siaran Akhbar : Jabatan Kerja Raya

PARA Pelajar Pusat Ehsan gembira dengan hasil sandwich yang mereka cipta dan susun sendiri.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 November. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) ingin memaklumkan kepada orang ramai terutama penumpangpenumpang yang menggunakan perkhidmatan bot tambang bagi perjalanan dari Bandar Seri Begawan ke Temburong bahawa pondok penjualan tiket bertempat di kawasan Gerai Makan, Jalan Residency kini ditutup. Penutupan ini akan bermula pada Sabtu, 12 November 2016, yang bertujuan untuk memberi laluan kerja-kerja pembinaan bagi

Projek Pembesaran Jalan Residency Fasa 2. Sehubungan itu, pondok penjualan tiket tambang ke Temburong akan dipindahkan ke kawasan letak kereta berdekatan dengan jeti yang sedia ada, iaitu berhadapanan dengan bangunan Bumbungan Dua Belas. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan ini melalui talian Darussalam : 123, Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel : pro@pwd.gov.bn.


24

NASIONAL

HARI SABTU 12 NOVEMBER 2016

Unsur-unsur keagamaan mampu rawat penagih dadah

Layari Epaper Pelita Brunei

YANG Dipertua Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA), Datin Hajah Masni binti Haji Mohd. Ali (dua, kanan) menyampaikan Sijil Penghargaan kepada seorang Ahli Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016 berlangsung di Restoran Aneka Rasa, Kiulap.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 11 November. - Seminar Persatuan Basmi Dadah (BASMIDA) 2016 berjaya mengeluarkan resolusi dan rekomendasi bagi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan agensi-agensi bukan kerajaan untuk mengambil tindakan pencegahan penyalahgunaan dadah. Demikian dijelaskan oleh Yang Di-Pertua BASMIDA, Datin Hajah Dayang Masni binti Haji Awang Mohammad Ali ketika ditemu bual semasa berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016, berlangsung di Restoran Aneka Rasa, Kiulap. Datin Hajah Dayang Masni seterusnya menjelaskan resolusi dan rekomendasi tersebut mengandungi sembilan perkara penting yang bukan

saja untuk meningkatkan pengetahuan mengenai legalisation of drugs, tetapi juga mengambil kesempatan mengenai ucaptama Yang Berhormat Pehin Mufti Kerajaan mengenai dengan keberkesanan rawatan dan pemulihan serta saranan supaya unsur-unsur keagamaan lebih dititkberatkan. Yang Berhormat Pehin Mufti ujar, Datin Hajah Masni lagi bukan hanya menyarankan bagi penggunakan motivasi berunsur dakwah dalam rawatan dan pemulihan malahan juga mengamalkan zikir-zikir dan menggunakan air zam-zam. Pada majlis itu, Datin Hajah Masni juga menyempurnakan Penyampaian Sijil-sijil Penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Seminar BASMIDA 2016. Sementara itu, dalam temu bual bersama Naib Yang Di-Pertua BASMIDA, Dayang Hajah Linda Aini binti Abdullah menjelaskan majlis merupakan sebagai tanda penghargaan

kepada ahli-ahli jawatankuasa kerja, para sukarelawan, belia-belia dan ahli-ahli BASMIDA yang telah memberi sumbangan bagi kejayaan seminar BASMIDA yang berlangsung pada 1 November yang lalu. Mereka jelasnya merupakan tulang belakang bagi persatuan BASMIDA, yang mana tanpa mereka kejayaan bagi mengendalikan seminar berkenaan adalah sukar untuk dicapai. Dengan adanya kerjasama dan komitmen padu dari semua yang terlibat katanya, matlamat dan objektif BASMIDA dalam mengendalikan seminar tersebut telah tercapai sebagaimana yang dihasratkan. Antara objektif Seminar BASMIDA 2016 yang bertemakan 'Pencegahan Penyalahgunaan Dadah melalui Nilai-Nilai Murni Melayu Islam Beraja' ialah untuk membantu memperkasa generasi muda lebih memahami peranan nilai-nilai murni dalam tiga komponen falsafah MIB yang diharap akan dapat membentuk budi pekerti dan peribadi akhlak yang tinggi lagi sempurna berdasarkan ajaran Islam.

Peraduan Mencipta Logo Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan dibukakan Siaran Akhbar : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 9 November. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan mengadakan Peraduan Mencipta Logo bagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017. Peraduan ini dibukakan kepada rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam, di mana borang serta syarat-syarat penyertaan boleh diperoleh di Urus Setia (Peraduan Mencipta Logo), Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017, Tingkat 6, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Bandar Seri Begawan BS8810, Negara Brunei Darussalam atau boleh memuat turun di laman sesawang : www.kkbs.gov.bn. Tarikh tutup bagi mengembalikan borang penyertaan ialah pada Khamis, 24 November 2016, jam 3.00 petang. Pemenang peraduan nanti akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND1,000.00 (Brunei Ringgit Satu Ribu).

Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.

T

ALIAN Darussalam 123 (TD123) telah memperkenalkan dua saluran baharu untuk orang ramai membuat aduan atau mengemukakan pertanyaan. Saluran baharu tersebut adalah 'TD123 Mobile App' dan 'TD123 Live Chat'. 'TD123 Mobile App' membolehkan orang ramai untuk menghantar aduan melalui gambar, memantau status aduan dan menerima notifikasi serta makluman melalui telefon pintar dan tablet. Aplikasi ini disediakan bagi pengguna iOS dan Android dan boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play. Selain itu, melalui saluran 'TD123 Live Chat', orang ramai boleh menggunakan platform pesanan Whatsapp untuk menghantar video dan gambar mengenai aduan atau pertanyaan kepada +673 8333123. Sumber : Siaran Akhbar Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

NIKMAT KESENANGAN AMANAH ALLAH, GUNAKAN DENGAN SEBAIK-BAIKNYA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.