Pelita Brunei - Sabtu 14 OKT 2017

Page 1

''SESUNGGUHNYA semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Hujuraat, ayat 13).

''DEMIKIAN itu hubungan raja dengan rakyat. Tidak ada tembok pemisah di antara mereka. Kewajipan raja berlaku adil kepada rakyat, sementara kewajipan rakyat pula mentaati raja. Raja berkewajipan untuk mengetahui susah senang rakyat, sementara rakyat pula dituntut untuk bersimpati kepada raja.'' - Titah Majlis Istiadat Mengadap Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 14 Muharam 1439 Hijrah / 5 Oktober 2017 Masihi.

4.38

TAHUN 62 / BILANGAN 123

4.48

6.06

14 OKTOBER 2017 / 1439

6.28

12.07

23

3.24

6.07

7.16

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan berangkat ke Majlis Khatam Jubli Emas Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Ke muka 3

Muka 7

BERANGKAT mengurniakan hadiah Kejohanan Polo KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama paduka-paduka anakanda baginda ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta khatam ketika berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta. - Foto : Hamzah Mohidin. (Lihat muka 3, 4, 5 dan 6).

E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn E-mel pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline:: 2382891 2382891 // 2383400 2383400 Smb. Smb: :217 Hotline 217

Faksimile:: 2381004 Faksimile 2381004

Web:: www.pelitabrunei.gov.bn Layari Laman Web www.pelitabrunei.gov.bn


2

NASIONAL HALUAN

HALUAN

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

HARI ISNIN 14 OKTOBER 2017

Bentuk perkongsian kesihatan, penuhi aspirasi SDG bersama 14 OKTOBER 2017 BERSAMAAN 1439

!

" "

#$ % + " " % )

" ' # ' !' " + $+ (" ! " # #

!

(" # " # " ) % , "

) " ! !

)

! # # ) " + $+ (" 3 " .

" " !

! #

#

)

# 2 1 4 '$, !. : ! : ; ) "

!

"

# " ! " # " 9 " ) # " " 9 %

!

"

) "

! # ) # + $+ (" <

$ # ( %

+ $+ (" " *

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa berucap pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN Plus Three Ke-7, pada Isnin, 7 September 2017 bertempat di Dewan Sidang Media, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

) )

"

: " + = ' " 4 # '

' 7 > 8 " " #

" 9 # !

> " " # " "

''KEKUATAN kita sebagai rakan kongsi ASEAN Plus Three telah ditunjukkan melalui kerjasama pengaktifan dan penglibatan peribadi dalam respons kolektif kepada cabaran-cabaran kesihatan, terutamanya yang multi-dimensi dan memerlukan respons yang fleksibel.''

OKTOBER

14 15 16 17 18 19 20

% # " " " " " #

! ) ) " " # # ! # " #

"

" + $+ (" " > " " # # #

" " # " # " % " 1 " " " " # " % #

" % " # ) # ) 5 " #

# ! + $+ (" #

" #

# "

) # + $+ (" "

) ) 1

1 ! " # # ! # 1 "

1

# " # " " 1 " " "

" # # # " "

" ) "! " # % " " " ) " # ' #

' !' " + $+ (" ! ( "

23

JAMBATAN SUNGAI KEBUN MERCU TANDA LAKAR SEJARAH

! " #

$ % " & ' " ' & ! ' ( " )

" ) " % ' ' * " " # %

) # +# " # , # ) - " ) . # ' ) # / " " # # " ' )

'+ 1

# ) " ) ' ' * % ) ) " +# # " % # 2 # + " % " & ' " ' 3 ) 3 " ' ' 44

5

" + !' " 3 ) '+ 1

' " 5

& ! # ) " % " & ' " ' , ) 2 + 3 ) " " + !' " " + 3 ) ' " + )

" ) # ' ) ! " ! " " ) + "

! " # " # ) % ) " # ) " " ) " % " # % , # " " ) ) " # # ( 6) "

# " ! # ) % ) ) , # " ) ) " # # % # "

# # 7 8 , ( 9 # 7,( 8 ) % " "! " % " # ) " " # " ' # # "! " +# ) # ) ) "

) ! # " # " ! ) # ) " # "

" ) # ) "

$ % " &'' ' ( " ) ) " #

MUHARAM

23 24 25 26 27 28 29

4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 37 4 . 37

4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 47 4 . 47

6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05

6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28

12 . 07 12 . 07 12 . 07 12 . 07 12 . 07 12 . 06 12 . 06

3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24 3 . 24

6 . 07 6 . 07 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 05 6 . 05

7 . 16 7 . 16 7 . 16 7 . 16 7 . 15 7 . 15 7 . 15


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Dari muka 1

Majlis yang penuh keberkatan itu berlangsung di Istana Nurul Iman. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi-pengerusi Bersama

Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Turut menjunjung, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman; Mufti Kerajaan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned; Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia

Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar; Ketua Hakim Syar'ie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dan Setiausaha Sulit dan Laila Rahsia Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Setia Haji Awang Mohammad Nawawi bin Pehin Orang Kaya Shahbandar Haji Awang Mohd. Taha selaku Penasihat-penasihat Bersama Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta serta Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, selaku Pengerusi-pengerusi Bersama Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Ke muka 4

ANTARA jemputan khas yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang berlangsung di Istana Nurul Iman (kiri dan kanan).

ANTARA peserta perempuan dan lelaki yang ikut serta pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta (kiri dan kanan).

3


4

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Dari muka 3

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Turut berangkat, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan kerabat diraja yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Ke muka 3 Dewan Persantapan Diraja bergema dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada 1,500 peserta khatam bermula dari Surah Adh-Dhuha hingga Surah Al-Masad yang diketuai oleh Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

Haji Marjuki, naib johan qari Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59. Para peserta khatam terdiri daripada 750 lelaki dan 750 perempuan yang terdiri daripada gabungan para pegawai kerajaan termasuk pasukan beruniform,

persatuan-persatuan bukan kerajaan, pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi tempatan serta graduan biasiswa kerajaan di luar negara, Brunei Assets Company (GLC), perwakilan-perwakilan masyarakat dan orang kurang upaya serta

rakyat dan penduduk negara ini. Bacaan Tahtim dibawakan oleh pegawai-pegawai perempuan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan. Ke muka 5

BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan kerabat diraja yang lain.

ANTARA jemputan yang hadir pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta (kiri dan kanan).


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta khatam.

Dari muka 4

Sementara Doa Khatam dibacakan oleh Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki. Manakala bacaan Dikir dan Marhaban dibawakan oleh pegawai-pegawai lelaki dari Jabatan Pengajian Islam, KHEU dan Kementerian Pendidikan. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta khatam Al-Quran lelaki, sementara Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta khatam Al-Quran perempuan. Ke muka 6

DOA Khatam dibacakan oleh Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki (kiri), sementara gambar kanan, para peserta khatam membacakan Dikir dan Marhaban.

SUASANA Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta.

5


6

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Dari muka 5

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga berkenan menerima junjung ziarah daripada peserta-peserta Khatam Al-Quran. Majlis membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga khatam 30 juzuk bagi setiap peserta telah bermula dengan majlis pelancarannya pada 25 September lalu di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Ia merupakan pesambah rakyat kepada raja yang sangat dikasihi serta memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah DYMM dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah serta petunjuk-Nya. Acara keagamaan anjuran Jawatankuasa Sektoral RancanganRancangan Keugamaan dan Majlis Kesyukuran ini adalah bagi memohon keberkatan agar Negara Brunei

Darussalam sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah dan menyahut seruan titah Kebawah DYMM untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir yang sentiasa mengagungkan Allah serta ke arah Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta paduka-paduka anakanda baginda berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta (kanan). Sementara gambar bawah, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

BACAAN Takhtim dibawakan oleh pegawai-pegawai perempuan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan (kiri), sementara gambar kanan, pegawai-pegawai lelaki dari Jabatan Pengajian Islam, KHEU dan Kementerian Pendidikan membawakan bacaan Dikir.

ANTARA peserta perempuan dan lelaki yang ikut serta pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta (kiri dan kanan).


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

7

Berangkat mengurniakan hadiah Kejohanan Polo

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Piala Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA). Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama kerabat diraja yang lain. Juga berangkat Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

KEBAWAH DYMM berkenan mengurniakan hadiah kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen selaku wakil Pasukan Brunei I, iaitu juara Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta.

KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Santap dan

Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Piala Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA). Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Country Club, di sini dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibnu Basit bin Pengiran Datu Penghulu Pengiran Haji Apong. Ke muka 8 KEBAWAH DYMM berkenan berkenan mengurniakan hadiah kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (kiri sekali), sementara gambar kanan, berangkat sama pada Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.


8

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menyaksikan pameran sejarah penglibatan kerabat diraja bagi Sukan Polo di dalam dan luar negara.

Dari muka 7

Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain. Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan mengurniakan hadiah kepada Pasukan Brunei I, iaitu juara Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta. Pasukan Brunei I disertai oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah selaku Presiden RBPA, Huzaimi bin Haji Mahari dan Lucas Fernandez. Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang-pemenang di tempat kedua, iaitu Pasukan Brunei II yang disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar, Pablo Ceseres dan Maria-Nela Castag-Niola. Baginda kemudian berkenan mengurniakan hadiah bagi Perlawanan Polo Ulang Tahun Ke-40 RBPA yang dijuarai oleh Pasukan Polo Selangor diikuti tempat kedua Pasukan Polo Filipina. Pada majlis tersebut, Kebawah DYMM juga berkenan menerima cenderamata

bagi penyertaan baginda pada 'Exhibition Game' yang disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Baginda juga berkenan mengurniakan cenderamata kepada Pengadil dan Umpire bagi Exhibition Game, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Berbahagia Dato' Mohamed Moiz bin J.M. Ali Moiz. Kebawah DYMM juga berkenan menyampaikan cenderamata kepada Umpire bagi Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Perlawanan Polo Ulang Tahun Ke-40 RBPA. Pada Majlis itu, Kebawah DYMM juga berkenan menerima pesambah dari Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen juga berkenan menerima Keahlian Kehormat yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj sebagai wakil Kebawah DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan. Juga menerima, DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan cenderamata kepada Pengadil dan Umpire bagi Exhibition Game, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah (atas dan bawah).

Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah kemudian berkenan

mengurniakan sabda. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berserta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah dan seterusnya menyaksikan pameran sejarah penglibatan kerabat diraja bagi Sukan Polo di dalam dan luar negara.

BERANGKAT sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan pada Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Piala Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA).


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Kejohanan Polo platform persahabatan dan pertukaran budaya SECARA peribadi, acara ini istimewa bagi YTM kerana polo sentiasa menjadi sebahagian daripada sukan keluarga. Membesar menonton permainan paduka ayahanda YTM memberi inspirasi sedari awal. Paduka ninda YTM merupakan penyokong dan penggemar polo. Kembalinya perlawanan polo dalam beberapa tahun kebelakangan ini, YTM melihat nostalgia di antara ahli kerabat diraja dan yakin ramai orang berkongsi sentimen yang sama dan mempunyai banyak kenangan hebat bermain polo atau menonton permainan paduka ayahanda YTM selama bertahun-tahun. KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat meninggalkan Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Piala Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang di tempat kedua, iaitu Pasukan Brunei II yang disertai oleh Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi dan pemenang bagi perlawanan tersebut (kiri dan kanan).

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah semasa mengurniakan sabda pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah

Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah

Mu'izzaddin Waddaulah bersabda, semangat persahabatan yang luar biasa jelas terlihat di sepanjang Kejohanan Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA). ''Penyertaan semua peserta menggalakkan semangat perpaduan dan sebagai platform persahabatan dan pertukaran budaya di rantau ini,'' sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah pada Majlis Santap dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Polo yang berlangsung di Royal Berkshire, Royal Brunei Polo and Country Club, di sini. Terdahulu dalam sabda Yang Teramat Mulia, kejayaan dalam acara ini tidak akan terlaksana tanpa semangat dan sokongan teguh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sukan tersebut sejak 40 tahun lalu.

Secara peribadi, acara ini istimewa bagi YTM kerana polo sentiasa menjadi sebahagian daripada sukan keluarga. Membesar menonton permainan paduka ayahanda YTM memberi inspirasi sedari awal. Paduka ninda YTM merupakan penyokong dan penggemar polo. Kembalinya perlawanan polo dalam beberapa tahun kebelakangan ini, YTM melihat nostalgia di antara ahli kerabat diraja dan yakin ramai orang berkongsi sentimen yang sama dan mempunyai banyak kenangan hebat bermain polo atau menonton permainan paduka ayahanda YTM selama bertahun-tahun. YTM berharap untuk meneruskan tradisi ini dengan generasi muda di tahun-tahun berikutnya. YTM menambah sabda, dalam tempoh empat hari yang lalu, telah menyaksikan keupayaan sukan yang hebat dari semua pemain. Menurut sabda YTM, menang atau kalah - tidak penting tetapi menghargai semangat sukan yang kompetitif yang ditunjukkan dalam kejohanan ini.

9


10

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini. Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Juga berangkat Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali

Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menyertai Exhibition Game pada kejohanan tersebut (atas dan kanan), sementara gambar bawah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan menyertai perlawanan akhir Polo sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM menaiki Takhta.

Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta yang berlangsung di Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong, di sini. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda

Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Ke muka 11


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

11

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Akhir Polo sempena Sambutan Jubli Emas baginda Menaiki Takhta dan menyertai perlawanan Exhibition Game. Turut berangkat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah (kiri dan kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda serta adinda baginda berkenan bergambar ramai selepas menyertai perlawanan Exhibition Game (atas), sementara gambar bawah, berangkat sama menyaksikan kejohanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Dari muka 10

Berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi Pasukan Brunei I ialah putera dan puteri Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah. Turut berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda

Haji Jefri Bolkiah. Juga berangkat ialah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain. Berangkat sama ialah Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj. Pasukan Brunei I menang dengan keputusan 9 - 5 dalam empat chaka

semasa menentang Pasukan Brunei II. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah menyumbangkan gol pada chaka pertama dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen pula menambah jaringan pada chaka keempat. Sejurus selesai kejohanan akhir tersebut, Kebawah DYMM berkenan menyertai Exhibition Game. Dalam perlawanan tersebut, Kebawah DYMM berjaya mengutip tiga mata, iaitu satu melalui chaka pertama dan dua lagi melalui chaka kedua. Kejohanan yang diadakan bermula 7 hingga 12 Oktober itu dianjurkan anjuran Persatuan Polo Diraja Brunei (RBPA). Antara pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri dari Malaysia, Republik Filipina, Thailand dan Negara Brunei Darussalam yang juga menandakan Ulang Tahun Ke-40 RBPA.

YANG Teramat Mulia Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah berkenan berangkat pada perlawanan Polo Jubli Emas dan Exhibition Game (kiri), sementara gambar kanan, berangkat menyertai kejohanan tersebut bagi Pasukan Brunei I ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah.


12

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

NASIONAL

Kerabat Diraja British lawat JIS Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanjaya Tinggi British

JERUDONG, Jumaat, 13 Oktober. - His Royal Highness (HRH) Prince Edward, The Earl of Wessex and Her Royal Highness Princess Sophie, The Countess of Wessex pada 7 Oktober 2017 berkenan berangkat melawat Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School). Lawatan berkenaan dikendalikan dengan kerjasama Suruhanjaya Tinggi British. The Earl dan Countess of Wessex berada di negara ini selaku wakil peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Elizabeth II of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bagi menghadiri Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. HRH Prince Edward selaku Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh dan HRH Princess Sophie berangkat melawat ke sekolah berkenaan adalah untuk mengucapkan penghargaan kepada peserta anugerah dan pemimpin mereka mengenai kemajuan yang dicapai di samping menyerlahkan nilai holistik Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh. Diasaskan pada tahun 1956 oleh HRH The Duke of Edinburgh, Anugerah ini membolehkan pelajar muda mempelajari,

membangun dan berkembang melalui pendidikan yang tidak formal serta melengkapkan mereka dengan kemahiran hidup yang lebih baik. Keberangkatan HRH The Earl and The Countess of Wessex yang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British ke negara ini, TYT Richard Lindsay juga memberi peluang untuk bertemu dengan para peserta anugerah berkenaan, di samping menyaksikan secara langsung bagaimana para pelajar di sini menyokong komuniti di negara ini dan mencabar kemahiran mereka mempelajari kemahiran baharu. Sepanjang keberangkatan, HRH The Earl and The Countess of Wessex turut diiringi oleh Ketua Pelajar Wanita dan Pelajar Lelaki, James Brien bersama Timbalan Ketua Wanita, Renee Teo dan Uma Roy Prabhakaran. Kerabat diraja tersebut berpeluang menyaksikan pelbagai aktiviti yang dikendalikan di sekolah ini termasuk latihan bagi persembahan komedi Shakespeare 'A Midsummer Night's Dream' yang akan datang, pameran ekspedisi Anugerah Duke of Edinburgh dan projek komuniti di samping pameran dari The Beach Bunch, sebuah NGO tempatan yang berdaftar dengan visi untuk memastikan pantai Brunei lebih selamat, bersih dan lebih menyeronokkan termasuk pe muliharaan

HIS Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex and Her Royal Highness Princess Sophie, The Countess of Wessex berkenan meluangkan masa bersama kumpulan Orkestra Sekolah Antarabangsa Jerudong (Jerudong International School).

penanaman pokok, laluan lumba lari, usaha pemuliharaan penyu dan usaha-usaha keselamatan air pesisir pantai kebangsaan yang semuanya ditawarkan kepada pelajar Duke of Edinburgh. Pelajar dari JIS berkongsi pengalaman mereka bekerja untuk membantu orang lain di Kemboja, Malaysia, Borneo dan India serta skim Poin Polio JIS di mana pelajar memperoleh manfaat dari vaksin polio. Di JIS Outdoor Discovery Centre, pelajar menjelaskan mengenai projek Eco Agroforestry pelajar yang dihasratkan bagi mewujudkan

kompos dari sisa makanan dan menanam lingkaran herba. HRH The Earl and The Countess of Wessex juga menyaksikan latihan Pengembaraan Jelajah bersama mentor pelajar peringkat Anugerah Emas dan dan latihan pelajar muda peringkat Anugerah Gangsa sebelum meneruskan keberangkatan ke Kompleks Sukan baharu bagi menyaksikan demonstrasi kemahiran menyelamat di kolam renang. Di akhir keberangkatan HRH Prince Edward dan HRH Princess Sophie juga diperkenalkan kepada ahli-ahli

Komuniti Inggeris yang berpusat di Brunei Darussalam. Ini termasuk anggota Perkhidmatan Pinjaman (kakitangan Angkatan Bersenjata British yang dipinjamkan ke Angkatan Bersenjata Brunei), Pusat Guru-guru Inggeris (CfBT) yang guru-guru mereka berpusat di sekolah-sekolah di negara ini, anggota Forum Perniagaan Brunei (BBBF), dan kakitangan dan keluarga Suruhanjaya Tinggi British. HRH Prince Edward juga berkenan melancarkan plak bagi merasmikan Kompleks Sukan baharu JIS.

Pencegahan dan kawalan NCD jadi keutamaan Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan

BRISBANE, AUSTRALIA, Jumaat, 13 Oktober. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi menghadiri sidang Mesyuarat Jawatankuasa Serantau Ke-68 Organisasi Kesihatan Sedunia untuk Pasifik Barat di Brisbane, Australia yang diadakan pada 9 hingga 13 Oktober 2017. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, para menteri kesihatan dan wakil dari 37 buah negara serta kawasan di dalam Wilayah Pasifik Barat berkumpul setiap tahun pada Mesyuarat Jawatankuasa Serantau untuk membincangkan keutamaan dan tindakan yang akan membawa

kesihatan lebih baik kepada penduduk di dunia. Sesi Ke-68 itu menyaksikan kehadiran Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang baharu, Dr. Tedros Adhanum Ghebreyesus dan Pengarah Wilayah Pejabat Serantau Barat Pasifik, Dr. Shin Young-Soo yang memberikan ucapan masing-masing. Dalam mesyuarat itu, Menteri Kesihatan selaku ketua delegasi Brunei Darussalam berkongsi maklumat bahawa pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit (NCD) kekal sebagai keutamaan negara dan Brunei Darussalam akan terus mengekalkan kerjasama yang sedia ada bersama Pejabat

Siasatan masih dijalankan Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah menemui dua mayat di tempat yang berasingan kelmarin malam (12 Oktober 2017), iaitu atas maklumat yang disampaikan oleh seorang tahanan PDB berhubung kes yang sedang disiasat. Menurut Siaran Akhbar PDB, penemuan pertama berlaku di kawasan lebuhraya Bukit Panggal, Tutong, manakala satu lagi ditemukan di Kampung Dadap, Kilanas. Walau bagaimanapun pada masa ini, kes tersebut masih lagi dalam siasatan. PDB berharap mana-mana saksi yang melihat kejadian berkenaan akan dapat membuat laporan ke balai polis yang berhampiran dan mengingati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut.

Wilayah Pasifik Barat. Beliau menekankan bahawa kerjasama yang berjaya diukur dengan bagaimana pelan tindakan dapat diterjemahkan ke dalam perubahan sebenar untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan penduduk. Yang Berhormat juga turut menekankan bahawa NCD juga perlu disifatkan sebagai isu utama untuk kepimpinan WHO ke depan, terutamanya dalam menyokong pengukuhan rangka kerja pengawalseliaan dan undangundang untuk pencegahan serta kawalan NCD. Mesyuarat juga membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan makanan serta cara-cara untuk melindungi anak-anak kita dari kesan berbahaya pemasaran makanan. Negara Brunei Darussalam melahirkan pandangan bahawa isu itu memerlukan tindak balas segera dan tindakan dari agensi-agensi serantau serta antarabangsa akibat sifat trans-sempadan industri makanan, mendigitalkan kempen pemasaran juga meningkatkan pergerakan barangan, perkhidmatan, maklumat dan orang di seluruh sempadan negara. Justeru, Negara Brunei Darussalam menyatakan, sokongannya terhadap inisiatif menangani isu-isu berkenaan serta percaya bahawa kuasa besar syarikat-syarikat media dan industri teknologi dalam talian juga perlu diambil kira dalam kemampuan mereka untuk bertindak sebagai ejen dalam

mengukuhkan literasi kesihatan dalam kalangan orang ramai. Di samping itu, Negara Brunei Darussalam juga berharap agar WHO dapat menyokong dalam menyediakan pandangan jangka panjang mengenai isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan makanan. Takrif konvensional mengenai keselamatan makanan perlu diperluas untuk merangkumi lebih daripada sekadar kesan langsung dari penggunaan seperti keracunan makanan, tetapi juga mengambil kira kesan jangka panjang seperti berat badan yang membawa menjadi obesiti. Pertemuan juga membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kecemasan kesihatan awam, yang mana Negara Brunei Darussalam turut mengulangi sokongannya yang berterusan ke arah memastikan sistem kesihatan berdaya tahan yang dapat menyerap kejutan kecemasan kesihatan awam, sementara pada masa yang sama terus menyediakan penjagaan kesihatan tetap yang penting. Ini bermakna kesediaan kecemasan tidak dapat dilihat sebagai sesuatu yang perlu dilakukan secara silo, tetapi harus diintegrasikan dalam sistem kesihatan keseluruhan. Juga dalam agenda di Mesyuarat Jawatankuasa Serantau adalah topik mengenai Hepatitis, Tuberkulosis, Jantina dan Kesihatan serta Promosi Kesihatan.

Semasa sesi tersebut, delegasi Brunei Darussalam mengadakan pertemuan bersama Menteri Kesihatan dan Menteri Sukan, Australia, Ahli Parlimen

Greg Hunt. Pertemuan antara lain membincangkan tentang peluang untuk belajar dari pengalaman terbaik Australia dari segi pendekatan pelbagai sektor dalam meningkatkan kesihatan penduduk berkaitan dengan NCD dan wawasan untuk mengubah gaya hidup rakyat pada kehidupan yang sihat. Delegasi itu juga membincangkan kemungkinan menjalinkan kerjasama bersama Australia dalam hal yang berkaitan dengan persekitaran makanan yang lebih sihat dan selamat. Pada kesempatan tersebut, delegasi juga turut mengadakan pertemuan dua hala secara berasingan bersama Naib Menteri Kesihatan Jepun, Tuan Yang Terutama Dr. Yasuhiro Suzuki dan Pengarah Serantau Pejabat Wilayah Pasifik Barat, Dr. Shin Youngsoo. Semasa berada di Brisbane, delegasi negara mengadakan sesi dialog bersama para doktor perubatan Brunei yang sedang menjalani latihan di pelbagai hospital serta institusi perubatan di Queensland, Australia. Juga menghadiri siri-siri mesyuarat tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Brunei Darussalam ke Australia, Tuan Yang Terutama Awang Haji Zakaria bin Haji Ahmad; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin dan pegawai-pegawai lain dari Kementerian Kesihatan serta pihak Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Australia.


NASIONAL

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

13

Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah tarik perhatian The Earl of Wessex

HIS Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex berkenan menerima pesambah daripada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman.

Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanajaya Tinggi British

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Keunikan dan keindahan seni bina Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung

Kiarong telah menarik kunjungan His Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex yang diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi

British ke negara ini, Tuan Yang Terutama Richard Lindsay. Kunjungan diadakan pada 11 Oktober yang lalu. Keberangkatan tiba The Earl of Wessex dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Dalam lawatan tersebut, His Royal Highness berkenan meninjau Dewan Sembahyang Utama dan menyaksikan di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja Brunei menunaikan sembahyang semasa Majlis Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. His Royal Highness juga memuji saiz dewan yang mengagumkan dan akustik yang indah di bawah pusat kubah. His Royal Highness seterusnya berkenan melawat ke Kelas Pengajian Agama dan Kelas Membaca Al -Quran bagi jemaah

lelaki dan wanita yang diadakan secara berasingan. His Royal Highness kemudiannya melawat Perpustakaan Ismail Omar Haji Abdul Aziz dan berpeluang melihat sebahagian dari manuskrip dan kitab suci Al-Quran. His Royal Highness turut mengadakan perbincangan dengan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama serta

pegawai-pegawai lain dari Kementerian Hal Ehwal Ugama. His Royal Highness berada di negara ini sebagai wakil daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen Elizabeth II of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bagi menghadiri Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta.

HIS Royal Highness Prince Edward, The Earl of Wessex beramah mesra bersama Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Meriahkan perasmian Jambatan Sungai Kebun Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Acara Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-kapal dan Perahu-perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Menaiki Takhta akan diadakan pada Sabtu ini, 14 Oktober berhadapan Tarindak D'Seni, Jalan Residency, di ibu negara bermula pada pukul 7.30 malam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat menyempurnakan perasmian jambatan baharu tersebut, diiringi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam. Juga dijangka berangkat ke acara perasmian tersebut ialah kerabat diraja yang lain. Perkara tersebut diumumkan oleh Setiausaha Tetap (Teknikal & Profesional), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin pada Sidang Media di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan. Turut hadir pada Sidang Media berkenaan selaku Pengerusi Bersama ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin dan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof;

SUASANA Sidang Media mengenai Acara Perasmian Jambatan Sungai Kebun, Perarakan Kapal-kapal dan Perahu-perahu Berhias dan Pertunjukan Bunga Api bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Menaiki Takhta yang akan diadakan pada Sabtu ini, 14 Oktober berhadapan Tarindak D'Seni, Jalan Residency, di ibu negara.

serta Ahli-ahli Jawatankuasa Sektoral Keraian dan AcaraAcara Daerah dan Mukim; dan Jawatankuasa Sektoral Perasmian dan Peringatan Kenang-Kenangan Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta. Awang Haji Marzuke juga menambah, orang ramai adalah dialu-alukan untuk menghadiri acara perasmian berkenaan yang sudah setentunya akan menjadi peristiwa bersejarah bagi negara ini. Bagi kemudahan para pengunjung, beliau menjelaskan bahawa sebanyak 2,000 hingga 3,000 petak bagi meletakkan kenderaan disediakan di kawasan ibu negara. Kesemua kawasan tersebut di bawah Pengurusan Jabatan Bandaran serta persendirian termasuk di Bangunan PGGMB dan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah akan dibukakan secara percuma bagi orang ramai bermula jam 5.00 petang pada hari berkenaan. Beliau juga menasihatkan orang ramai agar menjauhi beberapa kawasan berhampiran Jambatan Sungai Kebun yang akan digunakan bagi pelancaran bunga api dan tapak, di mana kerja pembinaan masih dijalankan berhampiran Sungai Kianggeh. Sementara itu, Dr. Awang Haji

Abdul Manaf berkata, pengunjung dapat menyaksikan perarakan dan persembahan bunga api di beberapa tempat yang telah dikenal pasti seperti eko-koridor yang akan dibukakan, sementara untuk acara berkenaan dan sepanjang kawasan Dermaga Diraja (Waterfront) bagi mengurangkan kesesakan di sepanjang Jalan Residency. "Perarakan kapal-kapal dan perahu berhias bermula di Kampung Tamoi Ujong, melintasi Dermaga Diraja dan seterusnya Jalan Residency serta dijangka akan berjalan selama 45 minit," katanya. Awang Abdul Mutalib turut menyatakan bahawa Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien akan dibukakan bagi kunjungan orang ramai dan kemudahan lain akan disediakan termasuk permainan bouncer untuk kanak-kanak dan gerai-gerai jualan. Manakala jalan-jalan di ibu negara akan dibuka seperti biasa dan orang ramai dialu-alukan untuk meletakkan kereta di bahu-bahu jalan asalkan tidak menjejaskan laluan umum atau laluan kecemasan. Dalam pada itu, beliau menyeru semua lapisan rakyat dan masyarakat bagi sama-sama menghargai keindahan, kebersihan dan kesejahteraan harta benda di

tempat awam, bukan sahaja pada waktu perayaan, malahan pada setiap masa. Acara perasmian tersebut juga akan diserikan dengan beberapa persembahan nyanyian sewaktu perarakan berlangsung yang diiringi persembahan daripada Kumpulan Senandung Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan gabungan Orkestra Radio Televisyen Brunei (RTB). "Mereka akan mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain," jelas Setiausaha Tetap di KKBS, Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Menyentuh mengenai isu-isu keselamatan semasa acara tersebut, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Kamaluddin bin Haji Bungsu berkata, Jawatankuasa Sektoral Perubatan, Kecemasan dan Keselamatan telah mengambil langkah-langkah berwaspada bagi memastikan tahap kesiapsiagaan bertindak dan bertugas dalam mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini dari berlaku. Beliau meminta kerjasama

daripada orang ramai dan para pengunjung supaya mematuhi arahan dan panduan yang diberikan oleh para petugas keselamatan setempat. Menurutnya, kawasan di Jabatan Sungai Kebun akan ditutup buat sementara waktu untuk menempatkan alat-alat permainan bunga api dan akan dibuka semula sebaik saja selesai kerja-kerja pembersihan dijalankan. "Sebuah kapal akan digunakan untuk persembahan bunga api berhampiran jambatan berkenaan. Orang ramai diharap supaya tidak menghampiri kawasan berkenaan pada jarak 250 meter sepanjang persembahan bunga api dijalankan," katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk menyaksikan perarakan dari rumah-rumah di Kampong Ayer dan jambatan supaya tidak bertumpu di satu tempat untuk mengelakkan keruntuhan. Selain itu, katanya, para pengguna perahu juga dinasihati supaya tidak menghampiri dan menghalang laluan kapal-kapal dan perahu-perahu berhias semasa perarakan dijalankan. Beliau juga menekankan agar para ibu bapa dan penjaga untuk mengambil langkah keselamatan dengan menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


14

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

JAWATAN KOSONG / IKLAN MAHKAMAH MAJISTRET NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI DALAM MAHKAHMAH MAJISTRET NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DENGAR DI KUALA BELAIT ! " # $% %& ' ( )!) * !" # $ % &' ()*+, % &' $ .,)#( ' & // 0 1 / & & & % 1 &' 2 / !

3 $ 4 &' & & & & 5 0 & & &' & 6 % & / % 0 78 2 & & ,7$((("-9

,8 5 % :; / & &' & / &'' % &4 / & % & & < #8 !/< & -8 % 3 % 5 & 4 &' 5 & % & 1 2 ! 0 1 % &4 % & & & & & % 1 &' / & & &' & 6 & / =78 / & & & & 0 1 % &4 % & & / 5 & / 0 ' % &4 % & 4 &' / % & & &6 % 0 ' % !/ &' % & " & &'

2 / % ,: 0 & !0 ,97* % 2 >"#9 ' $ & 1 &' & & & 2 1 &' ' ' 1 4 &' 0 4 & & 0 ' % 1 &' % / & % 4 &' % &$ % & & 2 & / 0 ' & 4 &' 5 & % !

" % & # 0 & '!/ ,97*

! / 0 & & & &4 % & & & 5 & ! 2 0 ' ' $ ' 6 & ' 0 0 ' & 5 4 &' % &4 % &&4 2 0 ' ' $ &' & & & &'3 & &'$ &

2 / &' & & $ & ' 1 &$ 7)79$ ' & // "


NASIONAL

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

15

Kunjungan perpisahan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan perpisahan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis. Turut hadir pada kunjungan perpisahan tersebut, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet & Jurutulis MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya

Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar; Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail serta beberapa pegawai dari Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat. Pada kunjungan tersebut, kedua-dua belah pihak menghargai hubungan erat di antara kedua-dua buah negara dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang baik sepanjang perkhidmatan Puan Yang Terutama sebagai Duta di Negara Brunei Darussalam. Kedua-dua belah pihak berharap agar hubungan baik tersebut akan terus kekal dan semakin kukuh di antara kedua-dua buah negara.

YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib menerima kunjungan perpisahan dari Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nurul Qomar yang berlangsung di Bangunan Dewan Majlis.

Majlis Khatam Al-Quran, Doa Kesyukuran UNISSA Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (empat, kiri) selaku tetamu kehormat memulakan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl Al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Ke-7.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Seramai 120 bakal graduan diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran sempena Hafl Al-Takharruj Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Ke-7 terdiri daripada 35 mahasiswa

dan 85 mahasiswi dari Program Sarjana Muda, Program Diploma dan Program Peningkatan. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji

Osman. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian

Pendidikan dan pengarahpengarah Kementerian Pendidikan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan beramai-ramai peserta bakal graduan dari Surah Ad-Dhuha hingga Surah An-Naas. Diikuti dengan bacaan Takhtim oleh para mahasiswa dan disudahi dengan bacaan Doa Khatam oleh graduan Program Sarjana Muda Usuluddin (Tafsir dan Hadith), Awang Muhammad Hashim bin Haji Abdullah. Acara diteruskan dengan Penyerahan Sijil Khatam Al-Quran kepada para graduan oleh tetamu kehormat diiringi dengan persembahan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh graduan Sarjana Muda Sains Kewangan Islam, Awang Al-Hadi bin Zainal Abidin sempena

penamatan pengajian bakal graduan di UNISSA. Majlis tersebut merupakan salah satu acara tradisi tahunan yang diungkayahkan bagi menyemarakkan Sambutan Hafl Al-Takharruj UNISSA. Antara tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menanamkan dan menyuburkan budaya pembacaan Al-Quran dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, serta bagi menzahirkan rasa kesyukuran, di samping menjunjung hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir juga mengamalkan penghayatan terhadap falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB).

ABAC Brunei bentangkan Laporan Tahunan 2017 Siaran Akhbar dan Foto : Sekretariat ABAC Brunei

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng (kiri) menerima pembentangan Laporan ABAC 2017 yang berjudul 'Creating New Dynamism, Fostering a Shared Future' dari Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Brunei Darussalam yang dibentangkan oleh Ahli ABAC, Yang Berhormat Nik Hafimi binti Abdul Haadii (tengah) dan Soon Loo (kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. - Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) Brunei Darussalam telah membentangkan Laporan ABAC 2017 yang berjudul 'Creating New Dynamism, Fostering a Shared Future' kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng. Laporan dibentangkan oleh Ahli ABAC, Yang Berhormat Nik Hafimi binti Abdul Haadii dan Soon Loo. Laporan tersebut menekankan kerja-kerja yang dijalankan oleh ABAC sepanjang tahun dan cadangan untuk membantu mengekalkan momentum pertumbuhan yang inklusif dan kemakmuran di rantau Asia-

Pasifik. Tumpuan kerja tahun ini adalah usaha berterusan ABAC bagi memastikan program kerja yang lebih efisien dengan APEC. ABAC juga menggesa inisiatif dasar yang jelas dan pembaharuan struktur berkesan untuk bidang keutamaan berikut, iaitu membolehkan Kawasan Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP), menyusulkan agenda perkhidmatan baharu, meningkatkan kewujudan PMKS global melalui ekonomi digital dan platform e-Dagang, meluaskan akses PMKS dengan kewangan dan memupuk pengupayaan ekonomi wanita. Kerajaan, tegas ABAC, perlu menegaskan semula sokongan mereka terhadap perdagangan berasaskan peraturan berbilang hala dan pembukaan pasaran yang progresif yang menyokong kemakmuran era moden dan sentralistik Pertubuhan Perdagangan Dunia. ABAC juga menggariskan bahawa integrasi ekonomi yang

lebih besar di rantau Asia Pasifik akan meningkatkan kemakmuran Negara Brunei Darussalam. Memandangkan negara memberi tumpuan pada pencapaian Wawasan 2035, kerajaan perlu komited terhadap pencapaian Matlamat Bogor dan visi untuk tempoh selepas 2020 untuk merealisasikan FTAAP. Selain itu, sebagai sebahagian daripada agenda hubungan penting APEC, ABAC menggesa Negara Brunei Darussalam untuk mengiktiraf potensi transformasi akses berkesan ke internet dan ekonomi digital untuk Negara Brunei Darussalam. ABAC menyeru kerajaan untuk memberi keutamaan dan memudahkan pembangunan dan kerjasama dengan rakan kongsi yang berpotensi dalam infrastruktur digital teras. Para ahli juga mengiktiraf sektor perkhidmatan, termasuk perdagangan dalam perkhidmatan, sebagai penjana utama pertumbuhan.


16

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

NASIONAL

AJK Masjid Kg. Sg. Hanching adakan Solat Hajat Berita dan Foto : Ihsan Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Sungai Hanching

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. - Bagi memohon doa dan keberkatan bagi para pelajar yang bakal menduduki

peperiksaan besar pada tahun ini, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching mengadakan Majlis Solat Hajat

ANTARA yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Membaca Yaa Siin yang berlangsung di Masjid Kampung Sungai Hanching.

dan Membaca Yaa Siin yang berlangsung di masjid berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching. Majlis dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib Berjemaah, diikuti dengan Solat Hajat dan diteruskan dengan membaca Surah Yaa Siin dan Doa Khas. Majlis diselajurkan dengan penyampaian cenderahati kepada enam tenaga pengajar yang telah menjalankan aktiviti kelas tuisyen sejak bulan Februari 2017 yang bertujuan untuk mengimarahkan masjid tanpa mengenakan sebarang bayaran, yang mana akan dilaratkan lagi pada tahun-tahun akan datang. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah dan seterusnya menikmati jamuan.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tiga, kanan), selaku Penaung Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Hanching semasa hadir pada Majlis Solat Hajat dan Membaca Yaa Siin.

Forum Khas MIB dilaratkan ke Daerah Temburong Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

TEMBURONG, Khamis, 12 Oktober. - Forum Khas Melayu Islam Beraja (MIB) adalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep MIB di negara ini. Forum bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta kali ini diadakan di Daerah Temburong yang berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Rataie. Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud. Forum dipengerusikan oleh Timbalan Dekan Universiti

Teknologi Brunei (UTB), Awang Muhammad Al-Qusyairi bin Haji Abdul Kahar. Tiga ahli panel terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin yang membincangkan mengenai usaha-usaha kerajaan mempelbagaikan peluang meningkatkan mutu kehidupan rakyat dari pelbagai aspek serta manfaat amalan berbaik-baik dalam hubungan antarabangsa; Pensyarah MIB serta Perdagangan, UTB, Dr. Malai Yunos bin Malai Yusuf yang menyentuh mengenai Kepelbagaian peluang pendidikan awam dan swasta ke arah peningkatan kesejahteraan rakyat dan negara; dan Penolong

Profesor, Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu yang memfokuskan pada amalan doa serta kesannya dalam keharmonian beragama, bermasyarakat dan bernegara. Forum tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Kerja Pembarigaan MIB di bawah Jawatankuasa Sektoral Media, Publisiti dan Percetakan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Pembarigaan MIB sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah DYMM Menaiki Takhta dan Pemangku Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Dr. Awang Haji Adanan bin Haji Basar, selaku Pengerusi Forum Khas MIB.

TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Forum Khas Melayu Islam Beraja (MIB) yang diadakan di Daerah Temburong, berlangsung di Dewan Kemasyarakatan Rataie.

30 pegawai tamat kursus Maktab Turus ABDB

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang perserta krusus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin

TANAH JAMBU, Khamis, 12 Oktober. - Seramai 30 orang pegawai dari dalam dan luar negara yang menamatkan kursus Maktab Turus Angkatan

Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah menerima sijil pada majlis yang berlangsung di Auditorium Akademi Pertahanan ABDB. Hadir menyempurnakan

penyampaian sijil kepada para peserta kursus ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abdul Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar. Seramai 15 orang pegawai dari ABDB, seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei dan seorang pegawai dari Jabatan Perdana Menteri menerima sijil mereka. Manakala 13 pegawai tentera yang lain terdiri dari negara Australia, Bangladesh, Republik Rakyat China, India, Republik Indonesia, Malaysia, New Zealand, Oman, Pakistan, Republik Singapura, Thailand, New Zealand dan Amerika Syarikat. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian tiga anugerah khas, iaitu RBAF CSC Commendation, Messy University Award for Academic Excellence dan CSC Overall Excellence kepada pegawai-pegawai yang

mendapat keputusan cemerlang dalam kursus. Beberapa anugerah turut disampaikan oleh Setiausaha Tetap dan Profesor Paul Spoonley, Pro Naib-Canselor of the College of Humanities and Social Sciences, Massey University, New Zealand. Anugerah RBAF CSC Commendation telah dianugerahkan kepada Leftenan Kolonel Ng Yen Meng dari Tentera Laut Singapura, manakala anugerah bagi Messy University Award dianugerahkan kepada Mejar Keiran Vidal dan penerima anugerah CSC Overall Commendation telah dianugerahkan kepada Mejar Justin A.Hoker. CSC merupakan kursus akademik kerjasama yang dijalankan selama 40 minggu dikelolakan dengan kerjasama Massey University New Zealand dan Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam. Matlamat kursus adalah

untuk meluaskan pengetahuan profesional dan akademik dalam kemahiran pentadbiran, analisis dan komunikasi dalam kalangan pegawai peringkat pertengahan bagi persediaan persiapan mereka untuk menjadi pentadbir dan pegawai pemerintah di peringkat yang lebih tinggi. Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei (PDB), Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam, Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Pesuruhjaya-pesuruhjaya Tinggi, Duta-duta Luar Negeri, Perwakilan dari Kedutaan Luar Negeri di Negara Brunei Darussalam, Penasihat-penasihat dan Atase-atase Pertahanan di Negara Brunei Darussalam, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Komandan-komandan, pengarah-pengarah, pegawaipegawai kanan dan ahli keluarga peserta-peserta kursus.


AGAMA / NASIONAL

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

17

Taat dan patuh kepada pemimpin

'

' '

' ! "# $ ''

''

' %

'

$

& '

& % ( ( % $ ''

''

)

* ) + , - - ' !!

- . ' ' * + ) , ) . )

,

( * ) + , - - ' !! + ) , ) ) * )

* % *

/

% $ '' ''

, 0 * 1 * * "" . "2#3

' ) ' + %

45 $ '' ! " # $ % & ( $ % $ ) % ( * ''

Pusat Ehsan raikan lapan kakitangan khatam Al-Quran Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

ISTERI Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Bengkurong.

BENGKURONG, Khamis, 12 Oktober. - Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah meraikan seramai lapan orang kakitangannya dalam Majlis Khatam Al-Quran hari ini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di dewan bangunan baharu pusat berkenaan di sini ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi. Bacaan Surah Al-Fatihah memulakan acara dipimpin oleh tetamu kehormat seterusnya diikuti oleh pembacaan surah -surah Al-Quran bermula Surah Ad-Dhuha hingga Surah Al-Masad daripada para peserta khatam terdiri daripada lima lelaki dan tiga perempuan. Doa Khatam dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Ketua Guru Agama pusat itu, Awang Sanif bin Haji Tarip. Majlis juga diserikan dengan bacaan Takhtim dan Dikir. Acara berkebajikan itu merupakan julung kalinya diadakan dan ianya merupakan perancangan pusat berkenaan dalam menjadikannya sebagai aktiviti keugamaan tahunan.

PDB tangkap lelaki menyamar sebagai Pegawai Inspektor Siaran Akhbar : Pasukan Polis Diraja Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) telah berjaya menangkap seorang lelaki penduduk tetap yang menyamar sebagai seorang Pegawai Inspektor PDB, setelah menerima laporan daripada orang awam pada 12 Oktober, kira-kira jam 10.40 pagi di Balai Polis Sungai Liang. PDB dengan pantas menjalankan tangkapan ke atas lelaki tersebut di kawasan perniagaan Gadong, kira-kira jam 2.00 petang pada hari yang sama. Dalam hal ini, PDB ingin mengingatkan orang ramai bahawa menyamar sebagai anggota atau pegawai PDB dengan memakai pakaian seragam PDB adalah menjadi satu kesalahan dan boleh didakwa di bawah undang-undang Negara Brunei Darussalam mengikut Seksyen 140, Bab 22 (Penal Code), yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tempoh tiga (3) bulan atau denda BND4,000, jika sabit kesalahan. Selain itu, majlis tersebut juga sebagai menandakan berakhirnya penyempurnaan bacaan ayat suci Al-Quran 30 juzuk bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang diadakan baru-baru ini.


NASIONAL 18 Lim Soh Ngo terima Anugerah Puteri Maha Chakri HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan

BANGKOK, THAILAND, Rabu, 11 Oktober. - Seorang tenaga pengajar dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (MDPMAMB), Lim Soh Ngo menerima Anugerah Puteri Maha Chakri (Princess Maha Chakri Award) bagi mengikitraf sumbangan profesional dan bakti beliau dalam pengajaran subjek Chemistry. Guru berkenaan dikurniakan anugerah tersebut daripada Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn semasa Majlis Penganugerahan Anugerah Puteri Maha Chakri Kedua, di sini. Sebagai seorang guru Chemistry peringkat lanjutan di MDPMAMB, Lim Soh Ngo juga memikul tanggungjawab lain di samping tugas beliau.

Pendidik tersebut turut menjadi mentor kepada rakan-rakan sekerja atau guru-guru lain dan merupakan penasihat di Bahagian Perkembangan Staf di maktab berkenaan. Beliau juga aktif menyertai aktivitiaktiviti profesional termasuk mengongsikan bidang kepakaran beliau melalui pelbagai bengkel. Lim Soh Ngo merupakan seorang pendidik yang penuh dedikasi dan mengajar mata pelajaran Chemistry selama 27 tahun. Sebagai testimoni pada perkhidmatan cemerlang beliau, beliau dianugerahkan Pingat Indah Kerja Baik pada tahun 2011 dan Anugerah Guru Cemerlang bersempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam Ke-22,

Tahun 2012. Seramai 11 pendidik (termasuk Lim Soh Ngo) dari setiap negara ahli Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (Southeast Asia Ministers of Education Organisation SEAMEO) dianugerahkan anugerah berkenaan, di mana masing-masing menerima pingat, sijil penghormatan dan cek berjumlah USD10,000 di atas sumbangan mereka dalam pendidikan. Semasa majlis penganugerahan itu, Lim Soh Ngo turut berkongsi sama bersama kira-kira 400 audien. Ketika di Bangkok, penerima-penerima Anugerah Puteri Maha Chakri turut melawat Krematorium Diraja bagi mendiang Raja Bhumibol Adulyadej. Anugerah Puteri Maha Chakri merupakan penghormatan bagi

HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn di atas sumbangan dan pencapaian cemerlang HRH. Anugerah tersebut adalah penghormatan kepada guru-guru yang berdedikasi tinggi di Asia Tenggara, yang telah memberikan sumbangan signifikan dalam pendidikan serta perkembangan manusia juga menerima pengikitrafan antarabangsa. Di samping itu, ia juga menyokong dan mempromosi perkembangan profesion pendidik dan perkembangan pendidikan serta turut dihasratkan bagi mengukuhkan hubungan antarabangsa dalam bidang pendidikan. Juga hadir pada majlis penganugerahan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh.

TENAGA pengajar MDPMAMB, Lim Soh Ngo menerima Anugerah Puteri Maha Chakri (Princess Maha Chakri Award) di Bangkok, Thailand.

Peserta khatam lahirkan rasa syukur Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin

PEMANGKU Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal, selaku Ketua Penyelaras Majlis Khatam Al-Quran semasa ditemu bual Pelita Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. - Bersempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, Majlis Khatam Al-Quran sempena sambutan berkenaan diadakan bertempat di Dewan Persantapan Diraja, Istana Nurul Iman, di sini. Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Dayang Hajijah binti Haji Moktal, selaku Ketua Penyelaras Majlis Khatam Al-Quran ketika ditemu bual melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan untuk mengambil bahagian

PENGIRAN Haji Sabli bin Pengiran Damit dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

PEGAWAI Syarikat DST, Dayang Khairul Fadhilah binti Haji Mohammed.

AWANG Hassan bin Haji Mahali dari Persatuan Orang-orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota.

AWANG Ibrahim bin Abdullah wakil dari Takmir Masjid Kampung Bokok, Temburong.

dalam majlis berkenaan. Beliau seterusnya memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah DYMM dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah serta petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala berpandukan Ahli Sunnah Waljamaah. Salah seorang peserta khatam, Pengiran Haji Sabli bin Pengiran Damit bertugas di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menjelaskan, beliau terharu kerana masih berpeluang untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut dan turut merafakkan sembah serta berdoa semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah

DYMM. Manakala Awang Ibrahim bin Abdullah, wakil dari Takmir Masjid Kampung Bokok, Temburong menjelaskan, beliau berasa beruntung dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana terpilih untuk mengikuti majlis berkenaan, seterusnya merafakkan sembah ucapan dan berdoa semoga baginda dilanjutkan usia serta turut berharap agar Negara Brunei Darussalam akan terus kekal aman juga damai di bawah kepimpinan baginda. Pegawai Syarikat DST, Dayang Khairul Fadhilah binti Haji Mohammed turut berasa beruntung kerana terpilih sebagai salah seorang daripada 1,500 peserta khatam pada majlis tersebut dan menjelaskan bahawa majlis seumpamanya merupakan wadah bagi menzahirkan rasa kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini di atas limpah rahmat

serta nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM. Majlis tersebut juga buat julung-julung kalinya menjemput peserta dari Persatuan Orang-orang Cacat Berkerusi Roda dan Orang-orang Cacat Anggota (PAPDA) untuk sama-sama mengikuti majlis berkenaan. Awang Hassan bin Haji Mahali dari Persatuan PAPDA melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana buat pertama kalinya berkesempatan untuk menyertai majlis seumpamanya dan seterusnya merafakkan sembah dan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala memanjangkan usia dan mengurniakan kesihatan baginda dan kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam.

1.'Majlis Perkahwinan Melayu Brunei'. - Tarikh Tutup 4 November 2017 2.'Hasil Kraf Tangan Brunei'. - Tarikh Tutup 18 November 2017 3.'Buku'. - Tarikh Tutup 2 Disember 2017 TAJUK-TAJUK HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI


HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

19


20

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017


RENCANA

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

21

IBTE lahirkan pelajar berkemahiran Oleh : Norliah Md. Zain

! " !# $

% & $ !

'

$ ' ! &

$ ( &

&

& $ & ) * +, - , # & +, . &/ +, ! ! / +, ! ! +,

& / +, 0 / +, .

&/ , 1 & 2 / , 3 4 0 2 / , .

. 0 / , .

1 & 5 0 $ &

& ) 3 #$

* 2 6 -$% $ 4 &

)

0

&

&

&

& $ 7 ) 4 8 ( ( 8 4 " , 4

0 % 7 ' ( 4

% " $

0

"

& ) $ ( 8 2 7 & ) 4 .) + & + 2 ( 9 . " ( ( & , ((,#

: ; 6 0

% * !

0

% : -#/ : : :# *#$ ( & &

! - * 6 -< $ 3 %#$ 0

&

&

&

) " ) $ 7 ! " &

& $ 2 &

) & & $


22

NASIONAL

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

Doa Kesyukuran sempena puja usia Kebawah DYMM Raja Isteri Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MAJLIS Khatam Al-Quran diselajurkan dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 13 Oktober. - Sebagai

aktiviti persatuan sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal

Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, ahli-ahli Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di bangunan Ibu Pejabat PPPBD. Seramai 30 ahli Pemimpin Muda PPPBD yang terdiri daripada mahasiswi dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) telah menyelesaikan bacaan masing-masing untuk melengkapkan kesemua 30 juzuk Al-Quran, di antaranya sebagai memupuk budaya membaca Al-Quran dalam kalangan ahli persatuan dan mendidik ahli-ahli dari aspek kerohanian. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diimamkan oleh ahli PPPBD KUPU SB, Dayang

Shaliha binti Suili diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan Majlis Khatam Al-Quran Bahagian Pemimpin Muda PPPBD dan Doa Khatam dipimpin oleh mahasiswimahasiswi KUPU SB. Acara diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran Khas sempena Puja Usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Penaung Diraja PPPBD, dibacakan oleh Dayang Liayana Zamriah binti Rosli. Hadir pada majlis tersebut, Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Siti Hafsah binti Haji Abdul Halim; Timbalan Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Dayang Hajah Viviyanti binti Haji Ali; Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya PPPBD, Pesuruhjaya-pesuruhjaya PPPBD, serta ahli-ahli PPPBD yang lain.

Sembahyang Sunat Hajat bagi pelajar bakal menduduki PSR Serlahkan kreativiti penulisan awda dengan menyertai ruangan ini : TAJUK-TAJUK MINDA PEMBACA : 1. 'Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Lakar Sejarah'. Tarikh Tutup : 11 Oktober 2017 2. 'Tingkatkan Kesedaran Kebersihan'. Tarikh Tutup : 18 Oktober 2017 3. 'Berbasikal Diisytiharkan Sebagai Hobi Negara'. Tarikh Tutup : 25 Oktober 2017 Terma dan Syarat : 1. Penyertaan dibuka kepada remaja yang berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun, yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam kecuali warga Jabatan Penerangan. 2. Pendapat awda hendaklah ditaip jarak langkau dua baris dan panjang pendapat awda mestilah antara 200 hingga 300 patah perkataan. 3. Nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat lengkap dan nombor telefon hendaklah disertakan dan dihantar kepada : Sidang Pengarang, Minda Pembaca Bahagian PELITA BRUNEI, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam. atau melalui E-mel : pelita.brunei@information.gov.bn 4. Penyertaan terbaik akan disiarkan dalam Akhbar Rasmi Kerajaan PELITA BRUNEI dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak BND75.00.

Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 12 Oktober. Sebagai persiapan menjelang Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR), empat buah sekolah dari Kluster 3, iaitu Sekolah Rendah Lambak Kanan Jalan 49 (SRLK Jalan 49), Sekolah Rendah Dato Marsal (SRDM), Sekolah Rendah Dato Basir (SRDB) dan Sekolah Rendah Kampung Perpindahan Lambak Kanan Jalan 10 (SRPLK Jln. 10) mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki Peperiksaan PSR pada tahun ini dan diselajurkan dengan Sembahyang Sunat Hajat bagi memohon keselamatan

umat Islam Rohingya. Majlis berlangsung di Masjid Perpindahan Lambak Kanan Jalan 10, Jalan Pasir Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Kawasan 1, Awang Mohammad bin Tahir. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah yang dipimpin oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan Jalan 10, Awang Haji Md. Khairol Ariffin bin Haji Yusof yang juga selaku wakil dari SRLK Jalan 49 dan diikuti bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai. Acara diteruskan lagi dengan bacaan doa-doa untuk persediaan PSR dan umat Islam Rohingya yang dibacakan oleh tiga orang wakil, iaitu Imam Masjid Perpindahan Lambak

Kanan Jalan 10, Awang Haji Md. Khairol Ariffin; wakil bagi ibu bapa dari SRDB, Awang Haji Md. Khairulazamy bin Haji Bakar dan wakil bagi pelajar dari SRDM, Awang Ahmad Mubarak bin Hamri. Seramai 237 pelajar Tahun 6 akan menduduki Peperiksaan PSR pada tahun ini, iaitu dari SRLK Jln. 49 seramai 63 pelajar, sementara SRPLK Jln. 10 pula seramai 63 pelajar. Dari SRDM pula, seramai 62 pelajar dan SRDB seramai 29 pelajar. Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah tersebut merupakan sebahagian dari Program Meraih Berkah Kluster 3 bertujuan untuk mendidik pelajar agar sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah dalam setiap usaha bagi memperoleh keberkatan.

Ibu bapa pastikan sentiasa mengingatkan anak-anak mengenai jadual peperiksaan. Berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala bagi kelancaran menghadapi peperiksaan. Pada hari peperiksaan, datang awal dan pastikan kedudukan tempat duduk. Pastikan semua alat tulis telah lengkap termasuk kad pengenalan diri dibawa ke dalam dewan peperiksaan. Baca doa dan selawat kepada Nabi Muhamamd Sallallahu Alaihi Wasallam sebelum menjawab soalan. Pastikan fahami soalan sebelum menjawab. Jawab soalan yang senang dahulu, baru menjawab soalan yang susah. Tentukan masa untuk menjawab setiap soalan tidak melebihi masa yang telah diberikan. Tuliskan sebarang idea yang timbul di ruang yang berbeza. SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN


RENCANA

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

23

Kegemilangan nostalgia Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Mohd. Shahrizal Haji Said

!

" # $% &' ((

) )

# *+ , ) ) , -

PELBAGAI rekaan dan bentuk menghiasi kapal-kapal dan perahu-perahu yang akan ikut serta dalam Perarakan Kapal-kapal dan Perahu-perahu Berhias sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta pada 14 Oktober 2017.


24

HARI SABTU 14 OKTOBER 2017

SUKAN renang adalah salah satu sukan yang popular yang terdiri daripada pelbagai gaya seperti Kuak Kupu-Kupu, Kuak Lentang, Kuak Dada, Kuak Bebas dan Rampaian Individu. Selain acara individu, perenang juga mengambil bahagian dalam Acara Berganti-Ganti.

ASEAN sepakat pupuk perpaduan dan integrasi serantau melalui sukan Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

NAY PYI TAW, MYANMAR, Rabu, 11 Oktober. - Negara Brunei Darussalam menyepakati aspirasi ASEAN bahawa sukan merupakan satu bidang yang dapat memberi pelbagai sumbangan terutama pada peningkatan tahap kesihatan, perpaduan dan integrasi serantau, di samping memupuk semangat patriotik, pembentukan masyarakat berdisplin dan berdaya saing. Kenyataan tersebut disuarakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir bagi mewakili Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan juga mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam pada Mesyuarat ASEAN Ministerial Meeting on Sports Ke-4. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan dan Sukan

Kesatuan Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Dr. Myint Htwe memperakukan ASEAN Work Plan on Sports 2016 - 2020 bagi kemajuan pesat sukan untuk semua dan sukan untuk prestasi tinggi di segenap lapisan masyarakat ASEAN sebagai landasan pada pengukuhan integrasi ASEAN yang antara lain termuat dalam Kenyataan Bersama (Joint Statement) Menteri-Menteri. Dalam membacakan ucapan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Tuan Yang Terutama menjelaskan, Pelan Tindakan Sukan 2016 - 2020 itu perlu menjalani semakan berkala agar ia dinamik, bersesuaian dengan kaedah, pemikiran dan teknologi terkini selaras dengan perkembangan dan keperluan sukan di rantau ini mahupun di persada antarabangsa. TYT juga menyampaikan bahawa bagi mengukuhkan lagi pencapaian rangka kerja berkenaan, penglibatan masyarakat secara menyeluruh

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

KEJOHANAN Bola Keranjang Jemputan Grand Borneo di antara pasukan Kuching Lord Tiger - KLT (jersi kuning) bertemu dengan pasukan Miri King Kong - MKK (jersi hitam).

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Kesatuan Myanmar, Tuan Yang Terutama Pehin Orang Kaya Seri Pahlawan Kolonel (B) Dato Paduka Haji Abdu'r Rahmani bin Dato Paduka Haji Basir (tengah) bagi mewakili Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof juga mengetuai delegasi Negara Brunei Darussalam pada Mesyuarat ASEAN Ministerial Meeting on Sports Ke-4.

adalah landasan utama membudayakan sukan. Usaha untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat perlu dimulakan pada peringkat usia muda. Pendekatan melalui aktiviti sukan dan pendidikan jasmani di sekolah perlu dipertingkatkan untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi. Sementara itu, dalam 1st ASEAN Plus Japan Ministerial Meeting, Negara Brunei Darussalam mengalu-alukan keterlibatan negara Jepun dalam

bekerjasama dengan ASEAN seiringan Work Plan on Sports 2016 - 2020. TYT menyatakan, sukan untuk semua dan sukan untuk prestasi tinggi hendaklah dibangunkan serentak dengan penekanan yang berbeza. Sukan untuk semua yang berteraskan budaya penyertaan bertujuan untuk membolehkan rakyat melibatkan diri dengan aktiviti fizikal sebagai amalan gaya hidup yang aktif. Sukan prestasi tinggi yang berteraskan pada budaya

pencapaian pula berperanan unuk mencapai kecemerlangan pada pertandingan sukan. Sukan di Negara Brunei Darussalam diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Mengiring TYT ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad.

BB tundukkan PVS, 58 - 41 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. - Skuad Kebangsaan Bola Keranjang Brunei, Beruang Blazer (BB) berjaya mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya menewaskan pasukan Pontianak Vois (PVS) dengan mata 58 - 41 pada perlawanan Bola Keranjang Jemputan Grand Borneo sempena Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta. Skuad kebangsaan mendahului 14 - 5 pada suku pertama dengan meninggalkan pasukan PVS sembilan mata. Sejurus itu, pasukan PVS berusaha mengejar mata pada suku kedua permainan dengan memberikan tentangan hebat kepada pasukan lawan, tetapi berjaya dipintas oleh pasukan BB dengan jaringan 29 - 16. Pada suku ketiga perlawanan, pasukan PVS masih buntu untuk merapatkan jurang mata apabila pasukan BB terus mendahului dengan mata 44 - 30.

Pada suku keempat perlawanan pula, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun pasukan PVS terpaksa akur menerima kekalahan selepas pasukan BB mendahului permainan 58 - 41. Perlawanan sebelumnya menyaksikan pasukan Miri King Kong (MKK) memberikan saingan sengit pada pasukan Kuching Lord Tiger (KLT) sebelum kalah tipis dengan berkesudahan 96 - 95.

Kejohanan anjuran Soon Lee Group of Companies dengan usaha sama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Persatuan Bola Keranjang Brunei ini akan diteruskan lagi pada 13 Oktober, jam 8.00 malam di Stadium Tertutup dan masuk bagi orang ramai adalah percuma. Kejohanan berlangsung di Stadium Tertutup Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

! ! !" ! # $ % &' ( )( & # ! * + ,,# & )#

! - #

& . ! ! - -

" -# &

/ ! &

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

JADIKAN AL-QURAN, AS-SUNNAH GARISAN PANDUAN PEMERINTAHAN, PENTADBIRAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.