KOLEKSI RENCANA KELUARAN KHAS SEMPENA MEMPERINGATI SAMBUTAN PERAYAAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG KE-70 TAHUN 2016. “Alhamdulillah, dengan menyedari akan keberkatan berpegang teguh kepada ugama, maka kita telah dapat meneruskan lagi kehidupan ini dengan penuh selesa serta dengan rancak dapat membangun di bidang-bidang yang diperlukan. Beta sangat meyakini akan faktor keberkatan itu, yang menjadikan Negara Brunei dapat berkembang dengan baik. Di bidang ekonomi, penumpuan adalah sedang diberikan kepada mempelbagai dan menaikkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi. Ini, termasuklah antara lain, dengan memudahkan kemasukan Pelaburan Langsung Asing dalam pelbagai sektor, majukan sektor swasta, memperkasa Perusahaan Kecil dan Sederhana, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan iklim 'pro-business'.” (TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun pada 14 Ogos 2014 Masihi).
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Menuju ekonomi dinamik, berdaya tahan
M
ENYELUSURI arus kepimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam amat ketara sekali rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam menikmati kehidupan yang selesa dan harmoni. Penemuan minyak mentah pada 1929 menjadi titik tolak perubahan infrastruktur di negara ini yang mengubah ke arah modenisasi dan hasilnya masih dapat dirasakan pada hari ini. Namun Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menyedari bahawa negara mesti mempelbagaikan ekonomi negara dan mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak dan gas. Justeru, pelbagai langkah dan inisiatif dirangka dan dilaksanakan dalam usaha untuk menjadikan negara lebih kompetitif di arena antarabangsa dan sekali gus mempelbagaikan ekonomi ke arah yang lebih mapan. CABARAN Keadaan dunia pada hari ini amat sukar untuk diramal dengan pergolakan dapat disaksikan melalui media massa dan media sosial. Namun kita patut bersyukur kepada Allah Subhahanu Wata’ala kerana dengan izin-Nya jua dan pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, negara terus dipelihara dan rakyat serta penduduk boleh menjalankan hidup seharian dengan aman dan damai dalam semua aspek terutama lagi pada hari ini di mana negara-negara
Oleh : Sastra Sarini Haji Julaini
PROJEK memodenisasi Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei merupakan salah satu projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-10.
pengeluar minyak menghadapi cabaran besar disebabkan harganya yang jatuh merudum di mana negara kita tidak terkecuali daripada menerima kesannya. “Setiap perubahan atau perkembangan dunia, biasanya turut dirasakan bahangnya oleh semua pihak, termasuk juga kita di negara ini, kerana kita juga adalah sebahagian daripada warga dunia itu. Bahang tersebut meliputi sudutsudut sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya. Kewajipan kita dalam menghadapi bahang seperti ini, supaya tidak gelabah, tetapi perlu untuk banyak-banyak bertenang dan bersikap lebih bijaksana. Jika kita bertindak, maka bertindaklah dengan cara kita, seperti juga kalau berfikir, maka berfikirlah dengan cara kita orang-orang Brunei berfikir, tanpa perlu meniru-niru cara orang lain. Yang penting, kita menangani sebarang impak perubahan dan perkembangan itu, ialah dengan cara realistik dan pragmatik, bagi memastikan semuanya adalah tetap kukuh dan stabil.” Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda Ke-69 Tahun. Hasil pandangan jauh Kebawah DYMM dengan perancangan yang teliti, negara mampu untuk meneruskan rancangan dan program pembangunannya walaupun dalam kesederhanaan dan bajet yang lebih rendah. Pada Ucapan Penangguhan Sesi Menutup Persidangan Majlis Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-12 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) 2016 di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim menyatakan, Tahun Kewangan 2016 / 2017 merupakan tahun yang paling mencabar bagi pengurusan kewangan Negara Brunei Darussalam kerana belanjawan negara dijangka akan berterusan mengalami defisit.. Ke arah bagi memastikan keadaan itu ditangani secara efektif dan terurus,
kerajaan perlu meneruskan dasar fiskal feasibility yang diamalkan dengan merancang langkah-langkah yang fiskal dengan sebaik mungkin demi memastikan kesejahteraan rakyat dan penduduk serta ekonomi negara akan terus dapat dipelihara bukan sahaja bagi menepati generasi masa kini, akan tetapi juga generasi yang akan datang. Pelbagai langkah diperkenalkan seperti dengan adanya Unit PENGGERAK dan Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035. Organisasi ini bekerja rapat dengan agensi kerajaan untuk memudah cara aktiviti ekonomi melalui inisiatif Ease of Doing Business supaya ia lebih pro-pertumbuhan, pro-bisnes dan pro-pelaburan. WAWASAN BRUNEI 2035 Wawasan Brunei 2035 berhasrat untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam dikenali di seluruh dunia sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan. Sebanyak lapan strategi utama dikenal pasti bagi memastikan semua aspek pembangunan dalam menuju Wawasan Brunei 2035 dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Lapan strategi iaitu Pendidikan, Ekonomi, Keselamatan, Pembangunan Institusi, Pembangunan Perniagaan Tempatan, Pembangunan Infrastruktur, Jaminan Sosial dan Strategi Alam Sekitar akan terus diselaraskan dan dimajukan oleh kerajaan, pihak swasta dan juga pertubuhan-pertubuhan yang berkaitan dan akan dilaksanakan dengan lebih baik. Ke arah merealisasikan Wawasan Brunei 2035, perancangan yang jitu diperlukan termasuk Rancangan Kemajuan Negara (RKN). RANCANGAN KEMAJUAN NEGARA RKN pertama dilaksanakan pada tahun 1953 dengan peruntukan sejumlah BND100 juta, dan ia meningkat dari satu rancangan ke rancangan berikutnya. Hari ini negara berada dalam RKN10 bertemakan 'Pengetahuan dan Inovasi, Meningkatkan Produktiviti,
Mempercepatkan Pertumbuhan Ekonomi' memfokuskan kepada penjanaan dan pertumbuhan ekonomi yang lebih cepat dan tinggi. Peruntukan RKN10 berjumlah BND8.2 bilion untuk membiayai 565 projek dan sehingga 31 Januari 2016, 485 projek sudah dilaksanakan. Daripada jumlah tersebut 358, projek siap dilaksanakan sementara 90 projek dijangka siap pada penghujung tahun RKN10. Kerajaan telah membelanjakan BND4.7 bilion untuk melaksanakan projek-projek tersebut. Tahun 2016 merupakan tahun terakhir bagi RKN10 yang bermula pada 1 April 2012. Peruntukan RKN diagihkan kepada sembilan sektor utama iaitu : - Perkhidmatan Sosial, - Pengangkutan & Perhubungan, - Perindustrian & Perdagangan, - Penggunaan Awam, - Keselamatan, - Bangunan Awam, Teknologi Maklumat & InfoKomunikasi, - Sains & Teknologi, - Penyelidikan & Pembangunan - Inovasi dan Rampaian. Dalam usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara agar tidak terlalu bergantung kepada sektor minyak dan gas, sektor perindustrian dan perdagangan dalam RKN10 merupakan sektor penting yang diperuntukkan sejumlah BND1,072 juta untuk membiayai 94 projek kendalian beberapa agensi. KESIMPULAN Cabaran sosiopolitik, sosioekonomi dan sosiobudaya memang tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi dalam arus globalisasi yang memudahkan sebarang pergerakan. Negara tidak terkecuali dalam menempuh cabaran ini bagaimanapun dengan pimpinan bijaksana Kebawah DYMM, negara terus berdiri teguh. Marilah kita sama-sama mendukung hasrat Kebawah DYMM untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 iaitu sebagai sebuah negara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi dan ekonomi yang dinamik serta berdaya tahan.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
Sentiasa peka dengan keamanan sejagat
EMERINTAH Negara Brunei Darussalam selama 49 tahun, kewibawaan dan kebijaksanaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semakin terserlah dan berjaya meletakkan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi seiring dengan negaranegara maju di dunia. Kebijaksanaan baginda memerintah negara bukan sahaja mendapat pujian dan sanjungan daripada rakyat dan penduduk negara ini yang sentiasa berada di sisi baginda dalam apa jua suasana tetapi juga mendapat pujian dan ristaan antarabangsa, sehinggakan negara yang kecil ini digalati dan disegani. BERJAYA KUKUHKAN HUBUNGAN ANTARABANGSA Baginda sentiasa menjaga dan memelihara hubungannya dengan negara-negara sahabat, terutamanya dengan negara-negara jiran dan antarabangsa. Malahan hubungan dua hala tersebut semakin erat dan meningkat dari setahun ke setahun. Semua ini, adalah kerana prinsip dan dasar luar negara yang diamalkan sentiasa pragmatik. Dengan keazaman yang tinggi dan kuat dari baginda, di samping sokongan dan dukungan daripada semua peringkat rakyat dan penduduk, negara telah mampu mengharungi pelbagai cabaran globalisasi di mana tanpa adanya kekuatan segala cabaran pastinya tidak akan dapat diatasi. Di arena antarabangsa misalnya, negara terus mengamalkan dasar saling hormat-menghormati, tidak campur tangan dan penyelesaian konflik secara aman serta bekerjasama bagi kebaikan
M
Oleh : Hajah Zabaidah Haji Salat
semua pihak, di samping terus-menerus mengeratkan hubungan dua hala. Sementara keahlian negara dalam pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa, merupakan usaha sama dalam mendukung komitmen-komitmen tersebut. Usaha baginda bagi memperkenalkan negara di arena antarabangsa, ialah dengan memasuki atau telah menjadi ahli kepada pelbagai pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti sejak merdeka lagi pada tahun 1984, negara secara automatik menjadi ahli Pertubuhan Komanwel; menjadi ahli Ke-6 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN); menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC); diterima menjadi ahli Ke-159 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB); pada tahun 1989 menjadi ahli kepada Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC); menyertai Negara-Negara Berkecuali (NAM) Pertubuhan Negara-Negara Asia Eropah (ASEM); Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) serta lain-lain pertubuhan. Bagi memperkenalkan negara pada peringkat antarabangsa, negara telah mengukuhkan dan menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 164 buah negara di seluruh dunia. Di mana setakat ini, negara mempunyai 42 buah pejabat perwakilan di luar negara termasuk 26 Kedutaan Besar, lapan Suruhanjaya Tinggi, tiga Perwakilan Tetap dan empat Kaunselor Agung dan satu Pejabat Perdagangan. Dengan terjalinnya hubungan tersebut, Negara Brunei Darussalam terus berupaya membina berbagai-bagai kerjasama baik secara dua hala mahupun berbagai-bagai hala, jalinan kerjasama itu seterusnya meningkatkan imej negara di mata dunia antarabangsa dan dalam masa yang sama negara berupaya meningkatkan dan memperluaskan pertumbuhan ekonomi dengan lebih stabil dan mapan. MENYUMBANG KEPADA KEAMANAN SEJAGAT Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang memang terkenal dengan sifat penyayang dan prihatin, bukan sahaja terhadap rakyat dan penduduk baginda tetapi juga di arena antarabangsa. Dalam hal ini, penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam pelbagai pertubuhan, bukan saja cara untuk mendapat pengiktirafan antarabangsa sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, tetapi
juga menunjukkan negara kita sebagai sebuah negara yang bertanggungjawab dan berkebolehan untuk menyumbang kepada keamanan sejagat. Dalam hal ini, baginda turut berasa sedih, sentiasa prihatin dan peka dengan apa yang terjadi di negara-negara luar yang menghadapi pelbagai musibah atau bencana lebih-lebih lagi yang menyebabkan kehilangan nyawa dan sebagainya, iaitu dengan menghantar perutusan takziah dan memberi sumbangan dan bantuan kemanusiaan kepada negara-negara yang terlibat. Kebawah DYMM ketika mengurniakan titah pada sesi pleno kedua Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) Ke-10 yang diadakan di Pusat Persidangan Milano Congressi, Milan, Itali pada tahun 2014 telah mengutuk keganasan dalam semua bentuk dan sama sekali menolak ekstremisme dan radikalisme. Bagi tujuan itu, Negara Brunei Darussalam telah menyokong Resolusi Majlis Keselamatan PBB (2170) dan (2178) untuk membendung aktiviti kumpulan-kumpulan pengganas dan seterusnya menyokong cadangan Malaysia menganjurkan Simposium Menangani Radikalisme untuk membantu memberikan peluang untuk mengetahui pelbagai aspek untuk memerangi keganasan, di samping menggalakkan dialog antara agama diadakan ke arah meningkatkan toleransi dan persefahaman serta untuk menangkis pandangan dan aktiviti-aktiviti ekstremis. MISI BANTUAN Mengimbas dengan beberapa peristiwa yang mendukacitakan kebelakangan ini, kita telah menyaksikan pelbagai kejadian berupa kemelutkemelut dan malapetaka yang melanda beberapa negara sahabat, khasnya di rantau ini dan di beberapa negara seperti peristiwa serangan keganasan di Turki dan Arab Saudi yang mengakibatkan ramai jiwa terkorban telah menyentuh perasaan baginda sendiri. Dalam hal ini, negara sentiasa peka dengan apa yang terjadi di negara-negara luar yang menghadapi bencana dengan memberi sumbangan dan bantuan kemanusiaan. Peristiwa yang terbaharu ialah tiga serangan bom berlaku di Arab Saudi dalam masa 24 jam termasuk yang berlaku di luar pekarangan Masjid Nabawi di Madinah pada Isnin 4 Julai lalu dan peristiwa pengeboman di
3
Angkara, Turki yang sekurang-kurangnya 34 orang terkorban manakala 125 cedera akibat letupan bom itu. Selain itu, satu usaha yang diambil oleh negara melalui pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ialah meningkatkan keupayaannya iaitu dengan menghantar misi keamanan dan usaha-usaha bantuan manusia baik pada peringkat domestik dan antarabangsa. Dan usaha bantuan kemanusiaan di Nepal contohnya, iaitu melalui menghantar pasukan misi bantuan kemanusiaan ke Nepal yang diberi nama ‘OPERASI KUKRI’ selepas gempa bumi melanda negara itu. Ia merupakan sebahagian daripada sumbangan negara kepada masyarakat global selaras dengan penekanan yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan dan inisiatif untuk menjaga hubungan diplomasi pertahanan dalam kalangan negaranegara sahabat. Antara bantuan yang diberikan termasuklah rawatan dan perubatan serta lain-lain usaha dalam bantuan bencana. Dalam misi yang sama, negara juga memainkan peranan penting membina hal ehwal keselamatan serantau mahupun antarabangsa, seperti penyertaan negara dalam misi-misi pengaman di Selatan Filipina, Lubnan dan Aceh, dan juga menghulurkan bantuan-bantuan kemanusiaan kepada pihak-pihak yang dilanda malapetaka bencana-bencana alam. Dalam hal ini, negara tidak sekalikali mengabaikan hal ehwal keselamatan. Negara Brunei Darussalam bersama dengan negara-negara antarabangsa, dengan sentiasa peka menghadapi cabaran-cabaran keselamatan, tradisional dan bukan tradisional, iaitu dengan terus mengukuhkan kemajuan institusi keselamatan di dalam negara dan mengukuhkan kerjasama serantau dan antarabangsa untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan sejagat. MENCEGAH KEGANASAN Sejak kemasukan Negara Brunei Darussalam sebagai negara ahli PBB, pada tahun 1984, negara telah menerima banyak manfaat daripada keahlian tersebut. PBB telah memberikan landasan bagi Negara Brunei Darussalam meningkatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala dengan negara-negara sahabat dan rakan kongsi. Melalui PBB, negara telah dapat menunjukkan komitmen yang jitu ke arah keamanan, kestabilan dan kemajuan dan sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan telah menyuarakan sokongan masyarakat antarabangsa mengutuk keganasan serta menolak ekstremisme dan radikalisme. Dan seterusnya menyokong masyarakat antarabangsa ke arah usaha-usaha mencegah dan menghapuskan apa saja bentuk keganasan. Perkara ini telah pernah dititahkan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Sidang Perdebatan Umum Perhimpunan Agung PBB Sesi Ke-70 yang berlangsung pada 30 September 2015 di New York, Amerika Syarikat. Sebagai contoh mengenai Palestin, di mana kebebasan dan keadilan yang negara tersebut impikan semakin jauh daripada kenyataan yang mengakibatkan penderitaan berpanjangan yang dialami oleh saudara-saudara di Palestin. Dalam hal ini, baginda terus bersama menyokong rakyat Palestin dalam perjuangannya untuk merealisasikan hak-hak mereka dalam menentukan nasib, maruah dan kemerdekaan. Kebawah DYMM sebagai pemimpin Islam menyokong usaha PBB, yang tidak menghiraukan penat lelah mempromosikan matlamat badan dunia itu terutama dalam perkara-perkara penting yang menjejaskan kehidupan serta keselamatan masyarakat dunia. KESIMPULAN Bagi membina keamanan sejagat, komitmen Negara Brunei Darussalam ialah bersatu dengan komuniti antarabangsa dalam menentang keganasan dalam apa-apa jua bentuk dan menolak ekstremisme adalah satu usaha yang jitu ke arah dunia yang aman dan sejahtera.
4
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Kesihatan rakyat jadi keutamaan
“
K
ESIHATAN adalah faktor yang paling penting untuk semua. Jika badan sihat, semua kerja boleh dibuat dengan baik, sebaliknya jika tidak sihat, maka segala aktiviti tidak dapat berlaku dengan sempurna,” titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi di Istana Nurul Iman. Tahap kesihatan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam amat penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan, kestabilan dan kedayatahanan sosioekonomi negara. Hal ini bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang tersebut di atas apabila baginda menekankan kepentingan penjagaan kesihatan agar setiap keraja yang dilakukan berjalan dengan sempurna. Kerajaan baginda, melalui Kementerian Kesihatan akan terus berusaha menyediakan program penjagaan kesihatan yang komprehensif, bertaraf tinggi dan kos efektif dengan memberi penekanan kepada aspek pencegahan, penggalakkan, perawatan, dan penyembuhan. Hal ini kerana kehidupan yang sihat dan sempurna adalah menjadi idaman setiap insan bagi mencapai kehidupan yang bahagia. Pada Persidangan Musim Permesyuaratan Ke-12, Majlis Mesyuarat Negara (MMN) pada tahun ini, Kementerian Kesihatan telah diperuntukkan sebanyak BND349,597,790.00 bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan rakyat dan penduduk di negara ini. Perkara ini menunjukkan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa mengambil perhatian berat akan perkhidmatan penjagaan kesihatan rakyat dan penduduk di negara ini dengan sifat keprihatinan, pemedulian serta komitmen baginda. Sementara itu, sejak 20 tahun
Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani
kebelakangan kadar jangka hayat penduduk di Negara Brunei Darussalam telah meningkat daripada 73 tahun kepada 76 tahun bagi lelaki dan daripada 76 tahun kepada 79 tahun bagi wanita. Manakala nisbah kematian ibu pada tahun 2014 adalah yang kedua terendah di ASEAN dan kadar kematian kanak-kanak di bawah umur 5 tahun bagi setiap 1,000 kelahiran pada tahun 2014 adalah sembilan orang, selaras dengan inisiatif Matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak bawah lima tahun kepada 25 orang bagi setiap 1,000 kelahiran menjelang 2030. Berdasarkan pencapaian ini negara seharusnya sentiasa peka dan terus bersedia dengan perancangan-perancangan bagi menangani cabaran-cabaran kesihatan dan apa jua kemungkinan yang tidak dapat dijangkakan pada masa hadapan. Seperti dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi pada Persidangan MMN yang lalu, terdapat banyak cabaran pada hari ini dalam usaha untuk mencapai tahap kesihatan yang berkualiti tinggi. Antara cabarannya termasuklah keadaan ekonomi global yang tidak menentu, perubahan demografi penduduk dan peningkatan kadar penyakit-penyakit tidak berjangkit atau 'Non-Communicable Disease' (NCDs). Hal ini turut menjadi kebimbangan bagi negara apabila insiden penyakit-penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis sudah mula timbul pada umur masih muda dalam lingkungan 20 - 30 tahun. Oleh yang demikian, ia telah memberikan implikasi terhadap kos rawatan yang kian meningkat malah produktiviti juga turut terjejas apabila pesakit terpaksa menjalani rawatan berterusan. Perkara ini menggambarkan bahawa ia adalah situasi yang tidak memberangsangkan dalam keadaan negara memerlukan rakyat yang produktif bagi membantu meningkatkan kemajuan negara, di samping keperluan untuk berbelanja secara berhemah serta bernilai tinggi. Perkara sama turut menjadi kebimbangan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa berkenan mengurniakan titah perutusan sempena Hari Raya Aidilfitri 1437H / 2016M di Istana Nurul Iman. ''Manakala hasil Kajian Status Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan Negara
Brunei Darussalam sendiri pula, telah mendapati, bahawa tahap peningkatan berat badan berlebihan dan obesiti adalah sangat tinggi, mencapai sehingga 61 peratus dewasa. Sementara kesan dari masalah ini, telah pula dibutirkan sebagai : lebih dari 30 peratus penghidap tekanan darah tinggi, 12.4 peratus penghidap diabetes dan 70 peratus penderita dari kolesterol tinggi.” Berdasarkan perangkaan tersebut, titah baginda, ia amatlah mencemaskan dan perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan lagi melainkan menggesa rakyat dan penduduk negara ini agar mendisiplinkan diri untuk mengatasi gejala ini daripada terus meningkat. Baginda juga berharap agar semua rakyat dan penduduk di negara ini akan mengambil perhatian terhadap apa jua perkembangan semasa, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perkara kesihatan, kerana kesihatan itu tidak syak lagi, adalah satu rukun untuk memperolehi segala kebaikan. Baginda turut bertitah menjelaskan tentang Laporan Global Nutrition Report 2016 yang menempatkan Brunei Darussalam sebagai negara ranking tertinggi bagi obesiti dalam kalangan orang dewasa di rantau ini. Menurut titah baginda itu, ia merupakan satu laporan yang amat membimbangkan bagi Negara Brunei Darussalam. Oleh yang demikian, bagi menanai titah baginda tersebut, semua peringkat bukan sahaja pihak kerajaan memainkan peranan yang penting bagi mempupuk kesedaran dalam menjalani gaya hidup sihat dan gaya pemakanan sihat. Di samping itu, setiap promosi dan motivasi tentang kepentingan penjagaan kesihatan hendaklah kerap dilakukan pada setiap peringkat seperti sekolah, kampung, kementerian dan sebagainya agar masyarakat di negara ini lebih peka dan sentiasa berwaspada tentang tahap kesihatan mereka. Dengan yang demikian, ia juga boleh membantu kerajaan dalam mengurangkan kos dalam rawatan, ubat-ubatan dan sebagainya. Perkara tersebut juga selaras dengan hasrat Kebawah DYMM semasa bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2012 sempena Hari Keputeraan baginda Ke-66 pada 23 Syawal 1433H / 11 September 2012M di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. “Dalam menangani cabaran-cabaran sedemikian, beta berharap semua stakeholders yang berkenaan, khususnya Kementerian Kesihatan akan terus melipatgandakan usahanya dengan membuat pendekatan-pendekatan lebih
holistik mengikut amalan terbaik, seperti mengguna pakai kaedah yang lebih ‘kos efektif’ serta prinsip ‘pencegahan lebih baik daripada rawatan’.” Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini haruslah melakukan langkah-langkah yang wajar bagi memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan baik dengan melakukan pemeriksaan kesihatan dan mengikut saranan pakar perubatan. Di samping itu, seseorang perlu melakukan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun atau enam bulan sekali. Pemeriksaan ini meliputi tekanan darah, paras gula dalam darah, tahap kolesterol dan sebagainya. Tujuan pemeriksaan ini dibuat untuk memastikan tahap kesihatan kita berada dalam keadaan sihat dan dapat mengesan penyakit kronik dengan lebih awal seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan lain-lain kerana mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Sementara bagi pesakit yang telah diserang penyakit keadaan ini boleh dikawal sebelum menjadi serius, cegah sebelum parah. Jika pemeriksaan ini dijalankan tahap kesihatan seorang itu akan sentiasa dipantau dan dalam keadaan baik serta secara tidak langsung mendisiplinkan diri agar menjalani pemeriksaan kesihatan. Selain itu, mengamalkan pemakanan seimbang juga tidak kurang pentingnya sebagai langkah menjaga kesihatan. Dalam agama Islam juga turut menekankan bahawa kesihatan dan kesejahteraan diletakkan di tempat yang tinggi. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam riwayat Ibnu Majah yang bermaksud : “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan, kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik daripada kesihatan selepas iman.” Oleh itu, penjagaan kesihatan hendaklah dititikberatkan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit. Dengan kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM dan sokongan padu semua pihak serta dalam sama-sama menuju ke arah pencapaian Wawasan Brunei 2035 dan melalui visi ‘Bersama Ke Arah Warga Sihat', setiap warga di Negara Brunei Darussalam hendaklah menanai hasrat Kebawah DYMM agar memulakan gaya hidup yang sihat. Hal ini kerana penduduk dan rakyat yang sihat akan menyumbang kepada iklim perekonomian yang positif ke arah pembangunan yang mapan.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
5
Pendidikan jiwa bangsa terus dipelihara
I
LMU adalah harta yang tidak ternilai harganya. Ia tidak dapat dijual beli mahupun ditukar ganti. Ia hanya diperoleh dan diraih bagi mereka yang berkeinginan serta berkeazaman untuk memiliki dan memperolehinya dengan berusaha serta beriltizam bersungguh-sungguh semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata'ala jua. ''Pendidikan pada khususnya mestilah jelas, bahawa keperluan umum tidak akan mengatasi keperluan agama. Dalam makna, pendidikan agama juga hendaklah sama-sama diutamakan. Di peringkat asas, pendidikan agama hendaklah sempurna, sementara di peringkat tinggi pula hendaklah mampu melahirkan ulama dan cendekiawan berwibawa. Jangan sama sekali ia kurang atau dikurangkan kerana berdasarkan fakta sejarah di mana-mana sahaja, jika pendidikan agama lemah, maka akan lemahlah pula bangsa.'' (Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-21, 23 Februari 2005). Persekolahan ugama yang meliputi Pelajaran Pengetahuan Agama Islam (Islamic Religious Knowledge - IRK) dalam sistem pembelajaran di negara ini sangat dititikberatkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Apabila Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 atau lebih dikenali sebagai SPN21 bermula pada awal tahun 2009, mata pelajaran IRK telah diletakkan sebagai salah satu core subject atau mata pelajaan teras, selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Ia diwajibkan untuk diambil oleh setiap pelajar. Kurikulum SPN21 memfokuskan bidang pembelajaran yang luas. Ia bagi membolehkan para pelajar mendapat bukan sahaja pengetahuan dan kefahaman, bahkan kemahiran asas serta sikap juga nilai. Ini bagi memastikan perkembangan secara menyeluruh dan bersesuaian dalam konteks Abad Ke-21. Perintah Pendidikan Agama Wajib 2012 telah dilaksanakan bagi mengukuhkan penghayatan beragama di negara ini. Ia mula dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2013. ''Maka dengan kemahuan beta sendiri,
Oleh : Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
satu undang-undang khas telah digubal yang dikenali sebagai Perintah Pendidikan Agama Wajib 2012. Undang-undang ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013. Dengan berjalannya undang-undang ini, InsyaaAllah, tidaklah akan ada lagi kanak-kanak Islam di negara ini yang akan tercicir dari memahami dan mengetahui ilmu asas Pendidikan Islam. Tidak akan ada lagi orang yang tidak pandai sembahyang dan membaca Al-Quran.'' (Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Hari Guru Ke-22 bagi Tahun 1433H bersamaan 2012M). Perintah ini merupakan satu undangundang khas yang digubal sebagaimana yang diperintahkan oleh Kebawah DYMM. Setiap ibu bapa dipertanggungjawabkan dan wajib untuk menghantar anak-anak mereka belajar ke sekolah-sekolah ugama di negara ni. Ini bagi memastikan agar tidak lagi ada wujud keciciran kanak-kanak Islam di negara ini dalam memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam bagi kepentingan mereka jua. Niat murni dan keprihatinan tinggi baginda dalam menitikberatkan tentang kepentingan pendidikan agama Islam disemai semejak kecil lagi adalah nyata apabila baginda berkenan mengurniakan hadiah sebuah bangunan sekolah baharu bagi kegunaan Sekolah Al-Falaah pada 20 Oktober 2011. Ia merupakan sekolah berkonsepkan keislaman, iaitu ke arah memperkembangkan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran berwawasan melahirkan murid-murid soleh, berakhlak Islam, cemerlang, hebat dalam menguasai tiga bahasa, iaitu Arab, Melayu dan Inggeris, di samping memberikan pendidikan yang seimbang dalam ilmu dunia dan akhirat serta menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara. Selain itu, Program Keagamaan Senegara di Sekolah-Sekolah Arab dan Ugama; Pengajaran IRK; Pengajaran Melayu Islam Beraja; dan Kelas Bimbingan Ugama dan Pelajaran Lanjutan di institusi-institusi khas juga disediakan bagi menyahut pengajaran dan pembelajaran persekolahan ugama kepada rakyat dan penduduk negara ini. Kelas Al-Quran dan Muqaddam di masjid-masjid seluruh Negara Brunei Darussalam mula dibukakan pada 20 Februari 1987 di sembilan masjid terpilih, Program Skim Tilawatul Al-Quran Remaja diperkenalkan pada tahun 1997 dan sehingga kini telah berjaya dalam beberapa pertandingan dalam mahupun luar negara. Ini adalah antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Kebawah DYMM dalam memastikan rakyat dan penduduk di negara ini celik membaca Al-Quran dengan bertajwid sedari awal lagi. Namun begitu, jemaah masjid wanita, suri rumah tangga, beliawanis, pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta (wanita) serta mualaf juga tidak ketinggalan dalam hal ini. Oleh itu, beberapa aktiviti Muslimah di masjid seluruh negara telah disalurkan melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah bermula Isnin,
19 Ramadan 1428H bersamaan 1 Oktober 2007M. Antara aktiviti yang dijalankan bagi memberikan dan mengongsikan ilmu agama yang sememangnya tidak ada batas hujungnya ini ialah Kursus Menghalusi Fardu Ain; Al-Quran dan Muqaddam; Kursus Penyempurnaan Jenazah; Kursus Bimbingan Aqidah; Lawatan Bimbingan Aqidah; lawatan sambil belajar; Dikir Syarafil Anam dan Dikir Brunei serta tausyeh. Bagi persekolahan rendah, menengah dan prauniversiti negara juga terus dikembangluaskan secara berterusan ke seluruh negara. Sekolah Arab di negara ini umpamanya telah mulai dibuka pada tahun 1941, namun memandangkan kedatangan Jepun ke negara ini, maka ia ditutup. Pada 1 Mac 1966. Sekolah Arab pertama, iaitu Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) telah mula mengambil seramai 46 pelajar lelaki untuk menuntut di sekolah tersebut. Kemudian pada Jun 1967 seramai 61 pelajar perempuan telah terpilih untuk mengikuti pengambilan pertama untuk di Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) sebagai sekolah Arab kedua yang dikhususkan bagi pelajar perempuan untuk mendalami hal ehwal pelajaran agama dan kemajuan yang dapat memberi manfaat pada negara ini. Institut Pengajian Islam (IPI) memulakan pengajiannya pada 2 Julai 1989 menawarkan sijil dan Diploma dalam bidang Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam pada tahun 1992. Kemudian pada 1 Muharram 1420H bersamaan 17 April 1999M, IPI diserapkan masuk ke Fakulti Pengajian Islam Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan menjadi asas kukuh penubuhan IPI Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, UBD yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Arab. Alhamdulillah di bawah pemerintahan bijaksana Kebawah DYMM serta hasrat baginda menjadikan Brunei sebagai sebuah negara berteraskan konsep dan falsafah Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir, maka pelbagai kemajuan dalam bidang pendidikan terutama sekali pendidikan agama Islam dititikberatkan. Ini sehingga terwujudnya sebuah universiti bagi pengajian Islam tulen, iaitu Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) pada 1 Januari 2007, iaitu sebagai universiti kedua di negara ini, selepas UBD. UNISSA diharap menjadi mercu kegemilangan Islam di Negara Brunei Darussalam dan berperanan melahirkan para ulama juga cendekiawan yang berwibawa dan diperlukan oleh negara. UNISSA menawarkan pelbagai program dari Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma. Pembangunan insan dari segi bidang pendidikan terus dipupuk dan disuburkan mesti unggul dan tegak selari dengan aspirasi bangsa. Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ditubuhkan pada Awal Tahun Baharu Hijrah 1428 bersamaan 20 Januari 2007, iaitu berikutan pengisytiharan Kebawah DYMM dalam titah baginda
sempena Sambutan Awal Tahun Baharu Hijrah 1428. Baginda telah menitahkan bagi penaikan taraf pada peringkat kolej universiti dari peringkat Maktab Perguruan Ugama. KUPU SB dihasratkan menjadi sebuah institusi perguruan ugama yang unggul, menjadi kebanggaan dan memenuhi keperluan negara serta bersedia membuka pintunya kepada pelajar luar negara. Sejak bulan Ogos 2007, KUPU SB menawarkan pelbagai program dari Doktor Falsafah, Sarjana, Diploma dan Sijil Khas. KUPU SB diharap akan dapat melahirkan pendidik berwibawa sebagai hamba dan khalifah Allah dalam membentuk masyarakat dan bangsa berilmu, beramal dan bertakwa serta mendukung Islam sebagai ugama rasmi dan falsafah negara Melayu Islam Beraja. Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah ditubuhkan pada 1 Januari 1993 pula merupakan sebuah institusi pengajian peringkat menengah dan Diploma yang menghubungjalinkan penghafalan Al-Quran sebagai dasar dan teras dengan pengajian serta pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran dan beberapa mata pelajaran lain. Kurikulum meliputi Hafalan Al-Quran, Ilmu-ilmu Agama, Ilmu Qiraat, Pengajian Akademik, Pengajian Islam dan Pengajian Bahasa Arab. ''Kita bercita-cita menjelmakan masyarakat yang soleh melalui pendidikan. Pendidikan adalah jiwa bangsa. Pendidikan yang baik akan melahirkan bangsa yang baik pula. Kerana itu beta berseru supaya pendidikan itu terus dipelihara, dipertahan dan dikembangkan dasar-dasarnya yang baik lagi Islamik.'' (Titah Kebawah DYMM sempena Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada Tahun 1420H bersamaan 14 Jun 2000M). Ini jelas mempamerkan keprihatinan baginda dalam mengimbangi pendidikan duniawi atau formal yang telah diperkenalkan dengan pendidikan ukhrawi di negara ini. Usaha demi usaha terus ditingkatkan oleh Kerajaan Kebawah DYMM agar rakyat dan penduduk negara ini kekal dan selaras dengan pendidikan formal SPN21 yang menerapkan pada tiga perubahan utama, iaitu Struktur Sistem Pendidikan; Kurikulum dan Penilaian serta Pendidikan yang bakal melahirkan golongan profesional, ahli teknologi juga pekerja mahir di negara ini kelak sebagai generasi berwawasan negara, penerus agama, bangsa dan negara pada masa hadapan. Usaha tersebut bagi memastikan agar Wawasan Brunei 2035, sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya diukur melalui piawaian tertinggi antarabangsa sama-sama dicapai. Pendidikan jiwa bangsa terus dipelihara agar agama, bangsa dan negara tetap terpelihara. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik! Semoga kekal karar memerintah negara di atas singgahsana.
6
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Ulil Amri penegak syiar Islam
N
EGARA Brunei Darussalam merupakan negara Islam yang sentiasa beriltizam dalam mengembangkan syiar Islam di bawah kepimpinan seorang raja yang berdaulat, yang sentiasa menitikberatkan prinsip ajaran Islam dan hukum-hukum Allah Subhanahu Wata'ala bersandarkan Ahli Sunnah Waljamaah dan bermazhabkan Imam Asy-Syafi’e. Sementara Melayu Islam Beraja (MIB) pula merupakan unsur kehidupan bagi rakyat di Negara Brunei Darussalam di mana kerana Islam merupakan 'Ad-Din' sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. ISLAM TERAS MELAYU ISLAM BERAJA MIB merupakan falsafah negara yang dicetuskan daripada kebiasaan atau cara hidup orang Brunei. Ia membawa erti bahawa Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara yang berpandukan kepada agama Islam dengan bersistemkan pemerintahan beraja. Ketiga-tiga komponen yang terkandung dalam MIB ini sudah lama bersemadi dalam kehidupan masyarakat Brunei sebagai peraturan dan cara hidup yang lengkap bercalak dan beridentitikan bangsa Brunei sejati. Islam adalah teras kepada MIB yang dijadikan sebagai landasan hidup supaya kehidupan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam itu sentiasa dalam keberkatan dan rahmat serta reda Allah. Sebagaimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 15 Rabiulawal 1413 Hijrah bersamaan 12 September 1992 Masihi : ''..Negara yang memiliki identiti tersendiri, yang mengamalkan Islam sebagai ugama rasmi, serta menjadikan Islam itu juga sebagai teras kepada falsafah negara MIB.'' Pengamalan agama Islam sebagai cara hidup di negara ini bukan bererti untuk menolak hak orang bukan Islam untuk mengamalkan ugama dan kepercayaan masing-masing, tetapi ialah pemahaman dan penghormatan terhadap ugama dan masyarakat Islam yang melahirkan keharmonian dan kesejahteraan serta perpaduan pelbagai bangsa dan ugama di negara ini akan tetap terjamin dan hidup dalam harmoni. Corak kehidupan yang berlandaskan MIB telah menjadi asas perpaduan rakyat dan penduduk di negara ini bagi melahirkan calak dan purih Brunei yang berwibawa, taat kepada Allah dan setia kepada raja dengan sentiasa berusaha pada memperolehi ketenteraman, kebajikan serta kebahagiaan. Menyedari akan kepentingan MIB sebagai falsafah negara, maka sebuah badan yang bertanggungjawab tentang
Oleh : Noriah Haji Abdul Hamid
MIB telah ditubuhkan yang dikenali sebagai Komiti MIB pada tahun 1985. MEMARTABATKAN PENDIDIKAN AGAMA Dalam usaha memartabatkan pendidikan agama dalam erapemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, baginda telah menitikberatkan pelajaran Pengetahuan Agama Islam dalam sistem pembelajaran di negara ini. Bermula pada awal tahun 2009, satu Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21) telah dilaksanakan dengan meletakkan mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam sebagai core subject atau mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Bagi mengukuhkan lagi penghayatan beragama di negara ini, satu Perintah Pendidikan Agama Wajib 2012 telah dilaksanakan yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2013 yang merupakan satu undang-undang khas yang digubal di mana melibatkan tanggungjawab ke atas setiap ibu bapa supaya wajib menghantar anak-anak mereka untuk belajar ke sekolah-sekolah ugama di negara, supaya tidak aka nada kanak-kanak Islam dinegara ini tercicir dalam memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan Islam. PROJEK PEMBINAAN PRASARANA SEBAGAI MERCU SYIAR ISLAM Sebagai mercu tanda pengelingaan Kebawah DYMM penyediaan beberapa prasarana telah berkembang maju dengan pesatnya. Dalam institusi Kehakiman Projek Pembinaan Bangunan Mahkamah-Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di bawah satu bumbung terletak di Daerah Tutong telah dilaksanakan yang memakan belanja BND15.4 juta dan dijangka akan berfungsi pada bulan Oktober 2016. Ia dibina bagi kemudahan penduduk-penduduk Daerah Tutong membuat sebarang urusan dan tidak lagi perlu turun ke Mahkamah Bandar Seri Begawan. Di samping itu,dihasratkan untuk mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi pembangunan kapasiti sumber manusia ke arah pemberian perkhidmatan yang lebih efektif dan efisien kepada orang ramai. Secara tidak langsung akan menyumbang kepada mencapai hasrat negara menuju Wawasan Brunei 2035 dalam usahameningkatkan kualiti hidup rakyat. Ke arah mendukung hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir dan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur, pihak Kerajaan Kebawah DYMM telah membina masjid-masjid yang menjadi mercu syiar Islam di negara ini. Ini selaras dengan titah perutusan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1434H / 2013M : ''Kita mengharapkan dengan pembinaan masjid-masjid ini, di samping akan menambahkan lagi kemudahan untuk beribadat, ia juga berperanan untuk menjadi pusat kegiatan ummah dan tidak terkecuali sebagai tempat pengembangan ilmu secara berterusan. Sehubungan itu, sebagai pusat kegiatan bagi kebajikan dan tempat pengembangan ilmu, masjid-masjid juga jangan dilupakan, merupakan syiar dan mercu tanda utama bagi negara ini. Selaku syiar dan mercu tanda, ia tidak boleh malap dan lemah, bahkan tidaklah memadai setakat mendirikannya semata-mata tanpa mengambil kira reka bentuk yang sesuai selaku syiar.'' Di bawah RKN10, sejumlah BND16.8 juta telah dibelanjakan bagi membina enam buah masjid baharu. Dengan berkonsepkan falsafah MIB, reka bentuk pembinaan masjid-masjid ini adalah berunsurkan keislaman dan keBruneian. Antara masjid-masjid baharu yang telah siap dibina itu ialah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang; Masjid Pengiran Muda 'Abdul Mateen, Kampung Mulaut; Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas; Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungai Akar; Masjid Jefri Bolkiah, Kampung Batong; dan Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampung Tungku / Katok. Pembinaan masjid-masjid baharu ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas seperti dewan sembahyang lelaki dan perempuan, bilik pegawai hal ehwal masjid, bilik serbaguna, bilik tetamu khas, bilik perpustakaan dan IT, bilik kuliah, bilik PA sistem, bilik stor, bilik pengurusan jenazah, dapur, serta bilik air tempat berwuduk yang berasingan bagi jemaah lelaki dan perempuan serta kawasan letak kereta. Pembinaan masjid-masjid baharu ini diharapkan dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kampung atau jemaah menunaikan sembahyang fardu lima waktu dan Sembahyang Jumaat khususnya masjid-masjid berdekatan yang mengalami kepadatan. Ia juga dihasratkan untuk digunakan oleh penduduk melakukan amal ibadat dan kegiatan-kegiatan keagamaan lain seperti kuliah-kuliah, ceramah agama, Kelas Al-Quran dan Muqaddam, berzikir, Ratib Al-Attas, di samping bagi meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di kampung-kampung berkenaan dan di negara ini amnya. Di samping itu, pembinaan masjid-masjid ini juga akan memudahkan masyarakat Islam menunaikan kewajipan fardu kifayah seperti pengurusan jenazah. Sehingga tahun 2015, sebanyak 117 buah masjid, surau dan balai ibadat telah pun dibangunkan di seluruh negara.
KE ARAH NEGARA ZIKIR Pada menjunjung azam dan gagasan Kebawah DYMM bagi menyuburkan kefahaman dan menanamkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk membangun dan memajukan negara dengan sentiasa berzikir menyebut nama Allah, mengingat kekuasaan dan keagungan-Nya pembangunan dalam bentuk prasarana dan kerohanian telah giat dam terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan menubuhkan institusi pendidikan umum dan agama termasuklah institusi kewangan Islam. Di samping itu, tidak ketinggalan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti yang diungkayahkan oleh agensi-agensi kerajaan, sekolah-sekolah, masjid-masjid, persatuan-persatuan, institusi mukim dan kampung malahan juga orang perseorangan. Dalam usaha kerajaan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir sebagai menjunjung tinggi hasrat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, kita sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Darussalam ini hendaklah melaksanakan tugas dan kewajipan tersebut dengan sentiasa mempertingkatkan ketakwaan kita kepada Allah, kerana masyarakat yang sentiasa berzikir dapat menghasilkan sebuah negara yang baik, diberkati, penuh keamanan dan mendapat perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala. PENGUATKUASAAN PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYAR'IAH 2013 Dalam kegemilangan pemerintahan Kebawah DYMM, baginda telah memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, di mana telah mula digazetkan pada 22 Oktober 2013 dan akan mula dikuatkuasakan enam bulan selepasnya secara berfasa. Dengan perintah ini tanggungjawab di hadapan Allah telah pun tertunai. Maka setelah berlangsung enam bulan, Kebawah DYMM pada hari Khamis, 1 Rejab 1435H bersamaan 1 Mei 2014M telah mengisytiharkan tarikh mulanya berkuat kuasa Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 Fasa Pertama yang kemudiannya akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya. Mengambil sukut sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 ini, marilah kita sebagai rakyat dan penduduk di negara ini akan tetap berpegang teguh pada konsep MIB yang bersandarkan pada Al-Quran yang menjadi pedoman kehidupan dunia dan akhirat.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
7
Empat dekad terajui candik kerajaan
ARIKH 15 Julai genaplah sudah 70 tahun usia raja dan Walil Amri yang kita taati dan sayangi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ulang tahun keputeraan baginda itu, seperti yang sudah menjadi kelaziman, disambut dalam suasana keraian dan kesyukuran. kesyukuran itulah doa serta harapan bahawa rakyat sekalian bergembira sambil bersyukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala kerana melanjutkan usia baginda, dan mengekalkan baginda memerintah sepertimana yang sentiasa didoakan, iaitu dilanjutkan usia, adil berdaulat menaungi nusa, memimpin rakyat kekal bahagia. Sesungguhnya Brunei tanah air kita ini telah diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan mempunyai raja yang memerintah turun-temurun. Dan sesungguhnya pemerintahan beraja itu adalah merupakan sebahagian daripada cara-cara kita umat Islam mengurus ehwal wilayah dan penduduk negeri kita sesuai dengan firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah an-Nur, ayat 55 : Tafsirnya : “Allah Subhanahu Wata'ala menjanjikan kepada umat Nabi Muhammad yang beriman dan beramal soleh bahawa : Pertama : Allah akan menjadikan mereka sebagai khalifah-khalifah di bumi yakni mempunyai kerajaan atau pemerintahan, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah-khalifah yang berkuasa ; Kedua : Allah akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredai-Nya untuk mereka ; Ketiga : Allah akan melimpahi mereka dengan rahmat keamanan setelah mereka mengalami ketakutan, huru-hara dan ancaman. Syaratnya ialah : Mereka (umat Nabi Muhammad) hendaklah kekal sebagai umat yang beribadat kepada Allah dengan mentauhidkan-Nya, tidak mensyirikkan Allah, tunduk patuh kepada-Nya termasuklah dalam
T
Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor
berkeluarga, bermasyarakat, berbangsa, berkerajaan dan bernegara.� Syukur Alhamdulillah. Janji-janji Allah itu ternyata telah dilimpahkan-Nya kepada Brunei sehingga menjadikan bangsa kita berkerajaan turun-temurun dipimpin oleh raja-raja Islam yang memerintah selaku khalifah-khalifah. Menerusi kepimpinan dan pemerintahan beraja Islam itu kita dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Allah dengan menjadi bangsa yang taat beragama, memelihara dan memartabatkan agama, mentauhidkan Allah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seorang raja dan negarawan yang berwawasan jauh dan yang sentiasa mengambil berat dan pemedulian serta sangat kasih kepada seluruh lapisan rakyat dan penduduk di negara ini. Segenap lapisan rakyat dan penduduk amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana mengurniakan seorang raja yang penuh prihatin dan berjiwa rakyat dalam menerajui kepimpinan negara empat dekad menjayakan pembangunan negara. Dengan kepimpinan baginda, kemajuan dan pembangunan negara dalam semua aspek ekonomi, yang meliputi ekonomi, pendidikan, infrastruktur, perumahan, kemasyarakatan, kesihatan, kesejahteraan telah dapat dikecapi seluruh lapisan masyarakat. Ini termasuklah aspek keagamaan yang sentiasa baginda titikberatkan sebagai paksi pembangunan negara ke arah menjadikan sebuah Negara Zikir dan Melayu Islam Beraja (MIB) dengan bersendikan ajaran-ajaran agama Islam yang suci. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seperti juga pemerintah-pemerintah terdahulu tetap menjadikan agama Islam sebagai panduan dan teras kepada pemerintahan baginda. "Ajaran-ajaran Al-Quran dan As-Sunnah mesti ditegakkan, termasuk hukumhukumnya, jangan dilangkahi...," titah baginda sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1432 Hijrah / 2011 Masihi. Pelbagai usaha dalam mengukuhkan Islam di negara ini telah dibuat dan dilaksanakan oleh baginda dalam pengurusan mahupun pentadbiran negara, undang-undang, pendidikan, kesihatan dan sebagainya. Lingkungan masyarakat yang dicakupi dalam usaha tersebut meliputi semua lapisan masyarakat di negara ini. Pengurusan dan pentadbiran yang paling sesuai dan tepat adalah berdasarkan ajaran dan petunjuk agama Islam daripada kitab suci Al-Quran seperti dalam firman Allah Wata'ala dalam Surah Al A'raaf, ayat 158 : "Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan kalimah-kalimah-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk." AKTA PERINTAH KANUN HUKUMAN JENAYAH SYAR'IAH Satu lagi peristiwa yang menjadi sejarah dan membuka mata negara-negara dunia antarabangsa ialah apabila Negara Brunei Darussalam menggazetkan Akta Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah yang berkuat kuasa enam bulan selepas 22 Oktober 2013 secara berfasa. Pengumuman akta ini, walaupun ada negara lain tidak menyenanginya, tetapi sebagaimana titah baginda bahawa tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu Wata'ala telah tertunai dan lembaran sejarah baharu bagi negara ini. Alhamdulillah, negara kita telah melakar lagi sejarah agung dalam pelaksanaan Perundangan Islam apabila baginda bertitah mengisytiharkan pengkuatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah bermula pada hari Khamis, 1 Rejab 1435H bersamaan 1 Mei 2014M dalam Majlis Pengisytiharan Penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013, enam bulan selepas baginda mengumumkan
perwartaan perintah tersebut pada 22 Oktober 2013. Baginda mengisytiharkan penguatkuasaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah 2013 bagi Fasa Pertama yang kemudian akan diikuti pula dengan fasa selanjutnya dalam majlis berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada Rabu, 30 Jamadilakhir 1435H bersamaan 30 April 2014M. Semasa bertitah pada Mesyuarat Khas MUIB di Istana Nurul Iman, pada 5 Mei 2014, Kebawah DYMM menegaskan kebijaksanaan itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan tanggapan yang salah mengenai pengendalian Perintah Kanun berkenaan. Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam, oleh itu memang wajar kita semua menyahut titah baginda mengenai Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah, 2013 untuk mematuhi segala arahan dan larangan daripada Allah Subhanahu Wata'ala seperti yang disebutkan dalam Al-Quran : "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya), dan janganlah kamu menurut langkah-langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu." (Surah Al Baqarah, ayat : 208) Justeru itu juga, kita sebagai rakyat dan penduduk di bawah naungan raja yang bijaksana dan taat kepada agama masingmasing hendaklah menepis segala andaian tidak bernas yang dilontarkan oleh pihak luar yang tidak memahaminya serta memperkecilkan undang-undang yang mulia ini. Undang-Undang Jenayah Syar'iah bertujuan untuk mencegah jenayah dengan menekankan manfaat serta menghindarkan
mudarat. Setiap perintah dan larangan Allah pastinya mempunyai hikmah yang tertentu. Oleh itu, selaku rakyat dan penduduk di negara ini, kita mestilah sama-sama yakin dan berganding bahu dalam menyokong penggunaan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala sebagaimana yang dihasratkan oleh Kebawah DYMM ketika bertitah pada Perasmian Majlis Ilmu 2013. BERJIWA RAKYAT Apa yang telah dinyatakan adalah antara usaha-usaha yang telah diusahakan dan dilakukan oleh Kebawah DYMM melalui kerajaan baginda dalam memastikan bahawa ajaran agama Islam terus gah di bumi Brunei Darussalam. Inilah ciri-ciri yang ada pada Kebawah DYMM, seorang raja yang pentingkan agama, berfikiran jauh ke hadapan, di samping berjiwa rakyat menyebabkan rakyat semakin bertambah sayang dan mengagumi kepimpinan baginda. Setiap hari rakyat mendoakan agar Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa memelihara baginda. Tunjang kesejahteraan dan kedaulatan negara adalah berpunca daripada kekuatan pemimpin. Kita sememangnya bertuah kerana mempunyai seorang raja dan ketua agama yang berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Dengan memanjatkan doa semoga baginda dilanjutkan usia dalam sihat sejahtera, dalam pemeliharaan Allah Subhanahu Wata'ala, adil berdaulat memimpin rakyat dan negara dan kekal karar memerintah di atas takhta singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam dengan mendapat petunjuk dan keredaan serta keberkatan daripada-Nya. Amin Ya Rabbal'alamin.
8
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Raja berjiwa rakyat, berwawasan
K
PRIHATINAN Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan setiap lapisan rakyat jelata dan penduduk sangat terserlah. Seluruh rakyat dan penduduk di negara sentiasa mendoakan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan sentiasa berada di bawah pemeliharaan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala, dilanjutkan usia dalam keadaan sihat sejahtera dan kekal karar memerintah negara di bawah petunjuk dan inayah Allah Subhanahu Wata’ala. Suasana ini sekali gus menyumbang Negara Brunei Darussalam terus dilimpahi dengan nikmat kestabilan, keamanan dan kemakmuran yang membolehkan seluruh rakyat dan penduduk bernaung di bumi bertuah ini hidup dengan harmoni, di samping menjalankan segala tanggungjawab harian dengan lancarnya. BERJIWA RAKYAT Keikhlasan dan keprihatinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia itu sentiasa mendapat pujian yang tinggi daripada setiap lapisan rakyat jelata yang sentiasa menzahirkan rasa bersyukur kerana Negara Brunei Darussalam mempunyai seorang raja yang adil lagi bijaksana sebagai pemimpin negara. Baginda bukan sahaja dikenali sebagai seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat tetapi juga pemimpin yang berjiwa rakyat malah sikap ramah menyerlahkan lagi keperibadian baginda. Rakyat jelata pula tidak menafikan atas usaha-usaha baginda yang sentiasa mementingkan aspek memenuhi keperluan dalam kehidupan rakyat, di samping mahu memastikan rakyat terus menempa kemajuan dan kejayaan
Oleh : Samle Haji Jait
turut menyumbang peningkatan taraf kehidupan rakyat dan penduduk. Baginda juga sentiasa berangkat bercemar duli melawat menyaksikan sendiri kemajuan bukan sahaja di kampung-kampung di kawasan bandar malah di kampung-kampung di pedalaman. Keberangkatan itu juga membuktikan kemuliaan hati baginda untuk bertemu dan beramah mesra dengan rakyat jelata di samping melihat sendiri aktiviti-aktiviti perkembangan yang dilakukan di kampung-kampung berkenaan. RAPATKAN HUBUNGAN Setiap tahun, Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat serta Penduduk di keempat-empat daerah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM merupakan saat-saat kegembiraan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh lapisan rakyat dan penduduk. Majlis tradisi merapatkan hubungan institusi raja-rakyat ini mencerminkan sifat kepimpinan serta pemedulian dan tanda kasih sayang baginda terhadap rakyat jelata. Peluang keemasan itu tidak dilepaskan begitu sahaja oleh ribuan rakyat jelata dalam semua golongan dalam sama-sama bergembira bertemu dengan raja dikasihi. Waktu itulah, rakyat berpeluang untuk menatap wajah raja yang sangat-sangat mereka sanjungi dan kasihi dan seterusnya kesempatan untuk menyembahkan ucapan menjunjung kasih ke hadapan majlis baginda. Keberangkatan baginda itu juga jelas mencerminkan sifat kepimpinan dan keperibadian baginda sebagai seorang raja yang berwibawa, bijaksana dan berjiwa rakyat. Situasi ini juga menunjukkan kelainan yang wujud di Negara Brunei Darussalam yang jarang dan mungkin tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini yang mana segenap lapisan rakyat dan penduduk tanpa mengira agama, kaum dan keturunan amat beruntung kerana berpeluang bersemuka dengan raja yang mempunyai karisma begitu benar-benar berjiwa rakyat yang sentiasa berdamping dengan rakyat jelata dalam apa keadaan sekalipun setiap masa.
Di samping itu, ia juga melambangkan kecintaan dan ketaatan rakyat kepada kepimpinan baginda yang telah memberikan kesejahteraan dan kemakmuran. Jalinan keakraban dan kemesraan yang tercipta itu tidak syak lagi telah mengukuhkan hubungan raja dengan rakyat yang sekali gus mengangkat imej sistem beraja yang telah kita amalkan sejak zaman-berzaman yang membawa Negara Brunei Darussalam ke mercu kegemilangan. TURUN PADANG Keberangkatan keberangkatan Kebawah DYMM yang sentiasa turun padang bagi lawatan tidak berjadual kepada jentera pentadbiran kerajaan turut membuktikan keprihatinan baginda dalam memastikan semua aspek jentera di jabatan-jabatan kerajaan menjalankan peranan masing-masing dengan efisien, cekap dan bertanggungjawab. Hasrat murni baginda juga jelas untuk melihat peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh rakyat baginda dalam sama-sama menggerakkan dan memajukan negara dalam sektor kerajaan. Malah keprihatinan baginda yang mahu melihat kemajuan dan peningkatan tahap kualiti kehidupan rakyat dan penduduk dari aspek perekonomian, pendidikan dan keugamaan turut menyerlah. Sebelum ini, baginda juga meninjau perkembangan Tamu Kianggeh yang menjadi tumpuan orang ramai pada hujung minggu malah menjadi tarikan pelancong di ibu negara. Baginda sangat prihatin untuk menitahkan kawasan Tamu Kianggeh agar dinaik taraf dari segi kebersihan, kecantikan dan keselesaan kepada orang ramai untuk berkunjung ke tempat berkenaan. Dari aspek pendidikan, baginda sentiasa tidak melepaskan untuk melihat sendiri kemajuan yang dicapai sesebuah sekolah berkenaan semasa keberangkatan baginda di sekolah-sekolah. Kemajuan pendidikan merupakan aspek yang menjadi keutamaan yang sering menjadi tumpuan keberangkatan baginda.
BERWAWASAN Baginda merupakan seorang raja yang berwawasan jauh. Melalui kepimpinan baginda, kemajuan dan pembangunan negara terutama aspek infrastruktur, ekonomi, kesihatan, pendidikan, perumahan, kemasyarakatan, kesejahteraan telah dapat dinikmati seluruh lapisan masyarakat. Kepimpinan baginda juga terhasil apabila pembangunan negara teguh berlandaskan dengan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dan menjadikan negara ini berkat sebagai sebuah Negara Zikir. Inilah ciri-ciri yang mengkagumkan seorang raja yang pentingkan agama, berfikiran jauh ke hadapan yang sentiasa disanjungi rakyat. RAKYAT BERSYUKUR Selaku rakyat, kitani sentiasa melahirkan rasa bersyukur kerana dapat menikmati keamanan, kemakmuran dan keharmonian hidup berbangsa, beragama dan bernegara. Seluruh rakyat dan penduduk di negara ini juga semestinya berasa bangga dan teruja kerana mempunyai seorang Ulil Amri yang sentiasa bersikap pemedulian terhadap kebajikan pelbagai lapisan masyarakat yang bernaung di bumi bertuah ini. Sumbangan baginda terutama dengan pemberian elaun-elaun kepada warga tua, sumbangan derma kepada pihak-pihak tertentu yang memerlukan, di samping pengurniaan bantuan sama ada kewangan dan material telah banyak membantu meningkatkan tahap kehidupan rakyat. Lebih daripada itu, kenikmatan yang terhasil daripada kepimpinan bijaksana baginda perlu disyukuri dan ditanai dengan kukuh agar suasana yang kitani nikmati ini akan terus berkekalan dari genarasi kepada generasi pewaris kitani masa akan datang. Kesejahteraan dan kedaulatan negara inilah sebenar sebagai tunjang kekuatan pemimpin yang sentiasa berjiwa rakyat. Malah tanggungjawab rakyat jelata sentiasa tidak kendur-kendur melahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sebagai pemerintah yang sanjungi dan disegani.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
9
Raja pemedulian penuh prihatin
N
EGARA Brunei Darussalam amat bersyukur kerana dikurniakan seorang raja yang laila adil dan kuat beragama. Sejak tahun 1967 hingga ke hari ini, iaitu sepanjang pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan baginda dalam memeduli dan mengalinga hal keperluan rakyat menyebabkan baginda dikenali sebagai seorang raja pemedulian atau raja prihatin. Sifat baginda tersebut dapat dilihat berdasarkan pada aktiviti-aktiviti lawatan mengejut atau secara rasmi ke kampung-kampung, daerah-daerah, jabatan-jabatan dan kementeriankementerian bagi mengetahui permasalahan yang dihadapi oleh rakyat baginda. Konsep turun padang yang baginda amalkan tersebut menjadikannya sebagai seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat dan patut diambil contoh teladan, sebagaimana titah baginda, pemimpin yang amanah dan adil itu adalah pemimpin yang sanggup babasah dan bakaring hanya semata-mata untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan diri sendiri. Sebagai bukti pemedulian kerajaan baginda terhadap keperluan rakyat di mukim-mukim, kampung-kampung dan kawasan-kawasan pedalaman, mereka telah disediakan dengan pelbagai kemudahan prasarana, antaranya Projek Julangan Titah. Memandangkan keadaan rumah panjang di Kampung Melilas tidak selamat didiami, Projek Julangan Titah gabungan kerjasama Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kementerian
Oleh : Nor Hanizah Haji Abdul Halim
Pembangunan khususnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur bertindak membangun dan telah menyiapkan sebuah rumah panjang 15 pintu. Rumah panjang itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti ruang serba guna, bilik pelbagai guna, kemudahan generator berasingan, tangki air dan tempat letak kereta. Inisiatif yang dijalankan ini adalah bagi membantu orang-orang pedalaman yang berkeperluan menikmati keselesaan dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Ini adalah gambaran sifat pemedulian dan keprihatinan baginda bukan sahaja kepada masalah besar yang melibatkan soal kenegaraan, tetapi juga isu kecil yang melibatkan masalah individu. Dalam era globalisasi dan pergolakan ekonomi masa kini, kerajaan baginda telah pun mengambil beberapa langkah penting bagi mengekalkan kestabilan dan kemantapan ekonomi negara demi kesejahteraan rakyat. Antaranya baginda mahu mengekalkan keselesaan dan kemakmuran ekonomi negara ini bagi meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pengekalan cara hidup Melayu Islam Beraja sebagaimana yang terkandung dalam Wawasan Negara 2035. Sebagaimana titah baginda sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda pada tahun 2005 : ''Menyentuh soal kebajikan secara menyeluruh, beta adalah memandang berat terhadap keadaan perekonomian negara, sebagai sifatnya satu faktor paling utama untuk mengekalkan keselesaan dan kemakmuran rakyat kita...'' Dalam bidang politik, baginda menekankan pentingnya konsep musyawarah dalam menjalankan jentera pentadbiran negara selaras dengan kehendak dan suara rakyat. Sehubungan itu, baginda telah merasmikan Majlis Permasyhuran Perlembagaan Negara
Brunei Darussalam (Pindaan) 2004 pada 29 September 2004 di Dewan Lapau, Bandar Seri Begawan. Penubuhan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ini adalah sebagai wadah ke arah penglibatan rakyat yang lebih formal dalam menyalurkan atau mengemukakan buah fikiran dan cita rasa mereka. Ini menjadi asas yang lebih kuat untuk memenuhi wawasan baginda bagi melahirkan sebuah negara yang sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Dalam pemerintahan baginda, penghayatan ajaran ugama Islam dititikberatkan yang mana kepimpinan baginda berusaha dengan gigih untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan Islam terus diperhebatkan bukan sahaja dalam pentadbiran, tetapi juga dalam selok-belok kehidupan rakyatnya bagi mendapat keredaan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Di bawah kepimpinan baginda, Negara Brunei Darussalam telah mencatat sejarah apabila negara ini mula menguatkuasakan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syar'iah pada l Rejab 1435 Hijrah bersamaan 1 Mei 2014 Masihi. "Alhamdulillah, dengan ini kita mengulangi lagi sejarah perundangan Islam yang pernah diamalkan beberapa kurun terdahulu di negara ini. Semua itu adalah berkat keazaman kita untuk menolong ugama Allah di bumi yang
bertuah ini. Allah telah berjanji untuk menolong kita jika kita menolong ugama-Nya.'' Kebawah DYMM bertitah demikian pada Majlis Pengisytiharan Penguatkuasaan Perintah Kanan Hukuman Jenayah Syar'iah 2013. Walaupun kuatnya cabaran dan halilintar dengan kritikan-kritikan dari negara luar mencabar kedudukan raja yang menegakkan agama Allah Subhanahu Wata'ala, baginda tetap teguh menjadikan ugama Islam sebagai cara hidup dalam kehidupan seharian dengan berfalsafahkan Melayu Islam Beraja yang menjadi tunjang kekuatan negara. Baginda seterusnya bertitah mengingatkan kepada rakyat untuk tidak jemu-jemu menekankan perkara agama seperti titah baginda sempena Sambutan Awal Tahun Hijrah 1431 : ''Beta tidak jemu-jemu untuk menekankan perkara agama supaya diambil berat. Kerana agama itu adalah cahaya yang akan menerangi jalan kita. Tanpa agama, semuanya akan jadi kelam dan binasa.'' Kedaulatan baginda merupakan sumber kepada kesejahteraan rakyat dan negara bagi mewujudkan sebuah negara yang diberkati oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Bagindalah khalifah Melayu berdaulat dan merakyat yang bertakhta di bumi Negara Brunei Darussalam.
''MENYENTUH soal kebajikan secara menyeluruh, beta adalah memandang berat terhadap keadaan perekonomian negara, sebagai sifatnya satu faktor paling utama untuk mengekalkan keselesaan dan kemakmuran rakyat kita...''
10
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Isikan minda rakyat dengan ilmu I
LMU amat penting dalam kehidupan seharian kerana dengan adanya ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang boleh memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup dan ia sering diumpamakan ibarat pelita yang boleh menerangi kehidupan manusia. Ia juga ibarat kompas yang boleh menunjuk hala tuju kehidupan yang baik dan betul sebagai sumber atau petunjuk jalan meraih kehidupan yang bahagia duniawi dan ukhrawi. Dengan adanya ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang itu tidak disangkalkan mampu memberikan manfaat kepada diri sendiri dan juga orang lain jika ia disebarkan dan dikongsi kepada yang memerlukannya. WAJIB MENUNTUT ILMU Dalam Islam menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas setiap manusia yang hidup di muka bumi ini. Seseorang Muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta nikmat Allah Subhanahu Wata'ala. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu adalah amalan fardu dan mulia bagi setiap Muslim dan Muslimah. Hal ini selaras dengan sabda Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam melalui hadis riwayat Ibnu Majah yang berbunyi, ''Menuntut ilmu adalah fardu ke atas setiap Muslim.'' Makna menuntut ilmu itu begitu luas untuk ditakrifkan kerana ilmu itu sendiri terlalu banyak untuk dikategorikan sama ada ia termasuk ilmu-ilmu bagi kepentingan duniawi atau ukhrawi dan menuntut atau mempelajari pelbagai ilmu pula setentunya akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah Subhanahu Wata'ala kerana sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Melihat akan kepentingan menuntut ilmu itu, Negara Brunei Darussalam adalah antara negara yang memberikan perhatian berat terhadap ilmu pengetahuan dan antara yang lebih diberikan penekanan ialah ilmu agama sama ada melalui persekolahan agama atau Arab dan yang saban tahun dapat diikuti ialah menimba ilmu melalui Majlis Ilmu.
Oleh : Siti Muslihat Haji Salleh
MAJLIS ILMU Ke arah menambah ilmu agama, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sering memberikan penekanan terhadap pentingnya ilmu dalam kehidupan. Ini jelas terbukti dengan keberangkatan baginda menghadiri Majlis-majlis Ilmu yang dianjurkan sebagai salah satu acara utama sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu sejak 2004. Melalui majlis berkenaan, pelbagai permasalahan masa kini dapat dihuraikan berdasarkan tema yang berlainan setiap tahun. Umpamanya pada Majlis Ilmu 2014 telah memfokuskan peranan sains dan teknologi dengan tema 'Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah', sementara tema Majlis Ilmu 2015, 'Wasatiah Asas Kesejahteraan Sejagat' pula memberikan keutamaan kepada kesejahteraan global. Majlis Ilmu 2014 yang memberikan penekanan terhadap kepentingan sains dan teknologi telah menghuraikan pelbagai aspek terhadap keutamaan peranan sains dan teknologi itu dalam kehidupan termasuk dalam penyediaan tempat kediaman yang terbaik yang boleh disediakan oleh kerajaan, pemedulian terhadap alam sekitar, di samping penyediaan kemudahan-kemudahan prasarana yang diperlukan oleh semua lapisan masyarakat. Tema tersebut juga menghuraikan bahawa sains dan teknologi datangnya dari kitab Al-Quran dan sebagai umat Islam kita berkewajipan untuk memastikan bahawa aplikasi sains dan teknologi adalah berpaksikan budaya akhlak yang berpandukan pada Al-Quran dan As-Sunnah. Sementara pada tema Majlis Ilmu 2015 pula memfokuskan kepada belia wasatiah atau belia wasatan yang bererti belia yang seimbang, belia pilihan dan adil yang mampu bertahan sebagai pengawas, pengadil serta saksi untuk menunjuk dan menegakkan perkara yang benar dan betul. Belia wasatan itu juga dikategorikan kepada belia yang berpegang teguh
pada ajaran yang dibawa oleh Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai cara hidup. RAJA BERILMU
Alhamdulillah di bumi Darussalam ini, kepentingan ilmu agama itu berjalan seiring dengan ilmu-ilmu sejagat masa kini. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sering memberikan sokongan padu kepada pengendalian aktiviti-aktiviti keagamaan seperti Majlis-majlis Ilmu yang dianjurkan setiap tahun dengan berkenan berangkat dan seterusnya merasmikan Majlis-majlis Ilmu tersebut. Dalam titah baginda semasa merasmikan Majlis Ilmu 2015 menyatakan bahawa majlis tersebut adalah sangat-sangat bermakna dari sudut semangat dan tujuannya, iaitu untuk memenuhi tuntutan ugama, bagi mengadakan permuzakarahan dan perbincangan dalam bidang-bidang keilmuan. ''Ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab para ilmuwan bagi menghidupkan ilmu itu dan
menghidangkannya kepada umum. Masyarakat sangat berhajat kepada ilmu, kerana ilmu itu adalah suluh yang menerangi kehidupan dan santapan bagi rohani,'' titah baginda.
Baginda juga percaya bahawa ilmu itu tidak akan mekar tanpa digilap dan menurut Kebawah DYMM salah satu cara menggilap ilmu adalah melalui perbincangan atau permuzakarahan. ''Andainya terdapat sebarang perbezaan pendapat, maka itu adalah perkara biasa dan malah oleh ugama, ia masih dianggap rahmat. Namun ugama sendiri juga membimbing supaya orang-orang yang bercanggah pendapat jika ada, hendaklah mereka itu kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadis. Adapun tunduk kepada Al-Quran dan Al-Hadis itu, memang ia dituntut oleh ugama sebagai wajib. Kerana inilah sahaja satu-satunya jaminan untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat,'' tegas Kebawah DYMM semasa bertitah merasmikan Majlis Ilmu 2015 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-69 Tahun yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
11
Komited memaju kerjaya wanita EBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sememangnya seorang pemimpin yang sangat prihatin kepada semua golongan rakyat di negara ini termasuk kaum wanita. Di negara ini, peranan kaum wanita bukan hanya setakat di rumah malah kaum wanita turut mendominasi beberapa peranan di luar rumah dengan menjawat beberapa jawatan penting malah mencabar sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta malah menerima imbalan yang sama rata sepertimana yang diterima oleh kaum lelaki. Malah para wanita di negara ini juga diberi peluang untuk mewakili negara sama ada pada mesyuarat mahupun persidangan pada peringkat antarabangsa. Dari segi kebajikan, kaum wanita di negara ini turut mendapat akses sama rata dalam menikmati kemudahankemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti pendidikan dan kesihatan. SOKONGAN PADU Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Global Mengenai Kesetaraan Gender dan Memperkasa Wanita pada 27 September 2015 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York, Amerika Syarikat yang kemudiannya juga berkenan mengurniakan titah menunjukkan sokongan padu terhadap kaum wanita dalam pembangunan negara sekali gus memberikan motivasi semangat kepada golongan wanita di negara ini. Baginda dalam titah ketika itu telah melahirkan rasa gembira mengetahui pembangunan wanita telah mencapai kemajuan yang ketara. Kebawah Duli Yang Maha Mulia ketika itu bertitah melahirkan rasa gembira
K
Oleh : Norliah Md. Zain
bahawa pada tahun 2014, Forum Ekonomi Sedunia (World Economic Forum) mengenai Jurang Gender Global (Global Gender Gap) telah melaporkan Negara Brunei Darussalam berada pada kedudukan ke-7 dalam pendaftaran dan kemasukan wanita ke pengajian tinggi. Dengan kepesatan globalisasi, pembelajaran sepanjang hayat telah diberikan perhatian yang serius. Para perempuan dan wanita di Negara Brunei Darussalam, titah baginda, mempunyai peluang yang sama rata untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, khususnya bidang-bidang yang sentiasa berkembang seperti ICT. Dengan pendidikan yang progresif dan peluang pekerjaan yang sama rata, para wanita telah pun mencapai kedudukan dalam bidang-bidang profesional termasuk perubatan, undang-undang, bisnes dan kejuruteraan. Dalam tempoh satu dekad, penyertaan wanita dalam tenaga kerja telah meningkat daripada 59 peratus kepada lebih 70 peratus. Oleh kerana hampir separuh daripada penduduk Negara Brunei Darussalam terdiri daripada wanita, sumbangan mereka ke arah pembangunan nasional amatlah penting. Baginda menambah titah bahawa wanita mempunyai akses yang sama rata kepada kemudahan penjagaan kesihatan, yang bersifat percuma kepada semua penduduk. Sejak dua dekad yang lalu, jangka hayat wanita telah mengalami peningkatan kepada 80 tahun. Wanita juga semakin aktif dalam bidang perniagaan melalui pelbagai skim pinjaman kredit. Baginda bertitah melahirkan kegembiraan bahawa lebih separuh dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Negara Brunei Darussalam dimiliki oleh wanita yang telah berdikari dalam bidang ekonomi. Baginda seterusnya bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam juga membuat usaha-usaha
WANITA mempunyai akses yang sama rata kepada kemudahan penjagaan kesihatan, yang bersifat percuma kepada semua penduduk. Sejak dua dekad yang lalu, jangka hayat wanita telah mengalami peningkatan kepada 80 tahun. Wanita juga semakin aktif dalam bidang perniagaan melalui pelbagai skim pinjaman kredit. untuk melindungi hak-hak wanita melalui perundangan dan pelan-pelan tindakan yang akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa. MENCABAR Keberangkatan lawatan Kebawah DYMM ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada 26 Mei 2016 yang lalu dan seterusnya berkenan mengendalikan Boeing Dreamliner 787 dengan menerbangkannya pada ketinggian boeing kira-kira 5,000 kaki dari paras laut bersama juruterbang wanita pertama negara, Kapten Sharifah Czarena Surainy binti Syed Hashim menunjukkan baginda memberi pengiktirafan tinggi malah sangat komited dalam meningkatkan potensi penuh terhadap peranan kaum wanita dalam apa jua bidang yang boleh menguntungkan negara. Siapa sangka Kapten Sharifah Czarena Surainy binti Syed Hashim; Pegawai Pertama Kanan, Dayangku Nadiah binti Pengiran Khashiem dan Pegawai Pertama Kanan, Dayang Sariana binti Nordin, iaitu tiga orang juruterbang wanita pertama Negara Brunei Darussalam menerbangkan bersama Pesawat Boeing 787 Dreamliner ke Jeddah, Arab Saudi benar-benar menarik perhatian dunia dengan cerita mereka telah menghiasi media-media massa dan elektronik seluruh dunia. Keprihatinan Kebawah DYMM terhadap kaum wanita terutama dari segi kesamarataan memang terserlah melalui adanya beberapa anugerah yang turut
sama diterima oleh golongan wanita. Antaranya pengurniaan Anugerah Pemimpin Belia Berjasa kepada Datin Hajah Siti Hajar binti Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof atas sumbangan jasanya yang bermakna dalam kemajuan, pergerakan dan pembangunan belia. ANTARABANGSA Pada peringkat serantau, Negara Brunei Darussalam adalah sebahagian daripada Suruhanjaya ASEAN bagi Promosi dan Perlindungan Hak-Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children). Deklarasi ASEAN bagi Menghapuskan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak (ASEAN Declaration on the Elimination of Violence Against Women and Children) telah diterima pakai semasa Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN pada tahun 2013. Kebawah DYMM ketika bertitah pada Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Global Mengenai Kesetaraan Gender dan Memperkasa Wanita menjelaskan, masih banyak lagi yang perlu dilaksanakan bagi merealisasikan potensi penuh wanita dalam pembangunan negara. Oleh itu, peranan yang seimbang dan perkongsian yang dimainkan oleh lelaki dan wanita adalah mustahak. Ini menunjukkan baginda tidak akan kendur-kendur memperkasa wanita dan seterusnya komited menghapuskan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita.
KELUARAN KHAS
12
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Serlahkan hasrat dan aspirasi rakyat K
EMERIAHAN meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri masih hangat dirasakan. Di sana sini masih kelihatan orang ramai kunjungmengunjungi sanak saudara bagi mengeratkan silaturahim dan saling bermaaf-maafan di atas kesilapan lalu. Namun, di sebalik kemeriahan Aidilfitri, negara juga akan meraikan satu lagi sambutan yang dinanti-nantikan pada setiap tahun khususnya bagi rakyat dan penduduk di negara ini. Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di mana pada tahun ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia akan meraikan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-70. Rakyat dan penduduk di negara ini sememangnya tumpang bergembira menyambut perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan raja payung negara itu yang sentiasa menjadikan kebajikan rakyat dan penduduknya sebagai satu keutamaan dalam pemerintahan baginda. Memiliki raja yang prihatin terhadap rakyat merupakan impian setiap rakyat dalam sesebuah negeri. Oleh itu, rakyat dan penduduk di bumi Darussalam ini jelas nampak sangat beruntung memiliki seorang pemimpin yang mengutamakan hasrat dan aspirasi rakyatnya demi membentuk sebuah negara yang maju. MMN Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa begitu mengambil berat akan apa jua hasrat dan harapan rakyat baginda. Salah satu wadah untuk kerajaan baginda mengambil tahu akan keperluan dan kemahuan rakyat ialah melalui salah sebuah majlis mesyuarat yang paling
Oleh: Hezlinawati Haji Abdul Karim
dihormati, iaitu Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Ditubuhkan pada 25 September 2004, MMN setentunya platform terbaik yang akan memberi ruang kepada rakyat dan penduduk di negara ini untuk terlibat atau menyuarakan hasrat bagi kemajuan negara tercinta ini. Sebagaimana titah Kebawah DYMM sempena perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-58 Tahun pada 15 Julai 2004 Masihi / 27 Jamadilawal 1425 Hijrah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman yang mana baginda bertitah, ''Khususnya, beta juga memberi keutamaan bagi meningkatkan peluang orang ramai melibatkan diri dan memberi sumbangan membina kepada kemajuan negara. Cara ini akan memberi banyak manfaat. Ianya akan membolehkan kita mengetahui matlamat dan cita-cita semua lapisan masyarat dan rakyat di seluruh negara. Ke arah ini, satu struktur penglibatan rakyat yang lebih formal perlulah diwujudkan. Oleh itu, beta telah pun membuat keputusan untuk mengadakan semula MMN yang juga dikenali sebagai Legislative Council.'' Ketika bertitah, Kebawah DYMM menjelaskan perubahan tersebut dilaksanakan dengan penuh berhati-hati, demi untuk terus menjamin keamanan dan kestabilan serta penghormatan dan kemakmuran yang dinikmati oleh negara selama ini. Proses penglibatan melalui MMN juga titah baginda lagi satu sejarah perkembangan bagi Negara Brunei Darussalam dan ia akan dilaksanakan mengikut keperluan dan keadaan semasa. Kebawah DYMM juga bertitah mengharapkan ia dapat memberi dorongan pada pembangunan negara dan mengalu-alukan pandangan serta fikiran daripada semua pihak melalui peluang yang akan disediakan oleh majlis berkenaan.
Oleh itu, memang tepatlah MMN dijadikan wadah untuk menyalurkan pendapat dan pandangan, penglibatan rakyat membangun negara di mana rakyat menaruh harapan yang tinggi akan dapat menyampaikan usul-usul, cadangan dan pandangan membina mereka kepada pihak kerajaan demi kemajuan serta perkembangan negara. YSHHB Sebagai 'Wadah pemedulian rakyat', Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menguruskan amal jariah Kebawah DYMM dan keluarga diraja baginda secara profesional dan cekap supaya menjadi sumber pembayaran yang berterusan bagi masa hadapan. YSHHB ini juga menjadi platform bagi menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan untuk meningkatkan kualiti kehidupan mereka. Melalui YSHHB, golongan yang kurang berkemampuan dan berhasrat untuk memiliki tempat kediaman yang selesa akan dapat tertunai. Begitu juga dari segi pendidikan, satu perkara yang diambil berat oleh baginda. Melalui Projek Kelas Tuisyen di bawah Program Intervensi Pendidikan (PIP) YSHHB membolehkan murid-murid dari golongan yang memerlukan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran masing-masing dan membantu mereka mengulang kaji bagi menghadapi peperiksaan. Selain itu, YSHHB juga mengadakan dermasiswa kepada penuntut-penuntut yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah dan sebagainya serta bantuan-bantuan yang lainnya. Selaku sebuah organisasi yang berdaya tahan, berprestasi tinggi dan terkenal dalam memberikan sumbangan dan bantuan kewangan kepada rakyat Kebawah DYMM yang miskin dan yang memerlukan, YSHHB ditubuhkan dengan tiga dasar utama : Menjadi wadah amal jariah Kebawah DYMM dan keluarga baginda.
Sebagai tanda pemedulian dan kasih Kebawah DYMM kepada rakyat baginda yang sentiasa taat setia kepada baginda dan kerajaan baginda. Menjadi lambang pembentukan dan perpaduan masyarakat dan Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur serta keharmonian umat manusia antarabangsa mengikut keadaan dan kesesuaian yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. TUNAIKAN HASRAT LAINNYA Kalau hendak dihitung satu persatu, terlalu banyak hasrat dan aspirasi rakyat yang telah ditunaikan oleh baginda demi kesejahteraan rakyat yang baginda kasihi. Kerajaan Kebawah DYMM melalui agensi-agensi berkaitan telah menyediakan banyak infrastruktur yang diperlukan oleh rakyat bagi kemudahan rakyat yang baginda kasihi. Ini termasuklah dari segi kemudahan perhubungan seperti pembinaan jambatan persahabatan yang menghubungkan Daerah Temburong dengan Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia; Projek Pembinaan Jambatan Temburong, Jambatan Penghubung Menyeberangi Sungai Brunei dari Kampung Sungai Kebun ke Jalan Residency dan yang terbaharu ialah pembinaan Lebuhraya Telisai - Lumut; pembinaan perumahan serta banyak lagi insfrastruktur lainnya. Semua kemudahan itu dibina adalah semata-mata untuk memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan kehidupan yang selesa di dalam sebuah negara yang maju dan berkembang pesat sepertimana negara-negara maju yang lain. Marilah kita selaku rakyat dan penduduk di negara ini menadah tangan memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar Kebawah DYMM dilanjutkan usia dan sentiasa di bawah lindungan-Nya jua, kekal karar memerintah negara dengan adil dan saksama. Daulat Kebawah Duli Tuan Patik!
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
13
Kesyukuran di bawah lindungan Ulil Amri U
LIL Amri adalah orang-orang yang Allah wajibkan kita untuk taati selain kedua ibu bapa sendiri, iaitu penguasa atau pemerintah, inilah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf / terdahulu dan khalaf / belakangan dari kalangan ahli tafsir maupun ahli fiqeh dan selainnya. Disebutkan, (dalam kitab) Imam Abu Ja'far al-Thabari memaparkan beberapa makna Ulil Amri, iaitu umara, ahlul 'ilmi wal fiqh (mereka yang memiliki ilmu dan pengetahuan fiqeh). Sebahagian ulama yang lain berpendapat bahwa sahabatsahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam itulah yang dimaksud dengan Ulil Amri. Ada juga yang berpendapat para ulama bahawa Ulil Amri itu adalah umara / pemerintah dan ulama. Menurut Ibnul Qayyim dan ulama yang lainnya mengatakan bahawa erti Ulil Amri adalah umara (pemerintah) dan ulama dan pemerintahan kita. Kita wajib mentaatinya, selama tidak memerintahkan untuk berbuat maksiat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Di negara ini, Ulil Amri yang dimaksudkan ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. RASA SYUKUR RAKYAT Satu keunikan yang jarang dilakukan oleh mana-mana negara di dunia ialah mengadakan membaca kitab suci Al-Quran hingga 30 juz yang dikhususkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada setiap perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda. Majlis Khatam tersebut telah bermula sejak tahun 2013 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-67, di mana majlis itu melibatkan rakyat dan penduduk dalam pelbagai peringkat usia yang membaca Al-Quran beramai-ramai hingga khatam. Ia juga bertujuan untuk memohon
Oleh : Abdullah Asgar
RAKYAT dan penduduk Negara Brunei Darussalam seharusnya menjunjung penghargaan yang diberikan oleh raja yang dikasihi. Semogalah darinya hubungan di antara raja dan rakyat di negara ini akan terus mantap bagi menjamin kehidupan aman damai yang berpanjangan dan sekali gus menyumbang pada kemajuan dan pembangunan berterusan negara tercinta. doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala semoga baginda dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala. Selain itu, ia adalah menyembahkan rasa syukur dan taat setia yang tidak berbelah bahagi ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda. Setiap tahun majlis dimeriahkan dengan penuh berseri-seri dan keberkatan serta rahmat yang penuh bermanfaat dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta keluarga dan kerabat diraja yang lain. Majlis Khatam Al-Quran adalah pesambah yang istimewa untuk raja yang dikasihi. Sehubungan itu, anjuran yang dikendalikan oleh pihak-pihak yang tertentu seperti yang disembahkan oleh MPMK itu adalah salah satu daripada usaha yang berterusan MPMK sebagai mewakili rakyat jelata dalam menyembahkan rasa kesyukuran rakyat kepada raja yang dikasihi serta disayangi. Di samping itu juga, ia diadakan bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini atas limpah rahmat dan nikmat Allah Subhanahu Wata'ala yang menjadikan Negara Brunei Darussalam di bawah kepimpinan bijaksana Kebawah DYMM sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Ia juga diharapkan untuk mendukung titah hasrat Kebawah DYMM sebagai
sebuah Negara Zikir dan rakyat celik Al-Quran. Berdoalah agar majlis berkenaan mencapai matlamatnya, di samping mengaminkan doa yang dibacakan. Walaupun sekadar doa, kehebatan dan kedudukannya dalam Islam tidak dipertikaikan malahan doa diibaratkan sebagai senjata orang Islam. Semoga Allah akan menerima dan memakbulkan doa ikhlas rakyat yang bergabung dengan pertubuhan akar umbi MPMK. Ia diadakan antara lain bagi menzahirkan kesyukuran rakyat dan penduduk negara ini kepada Allah Subhanahu Wata'ala atas limpah rahmat dan nikmat-Nya menjadikan Negara Brunei Darussalam yang aman dan sejahtera di bawah kepimpinan bijaksana baginda. Selain itu, ia juga untuk mendukung hasrat baginda untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan sebagai manifestasi penghayatan terhadap falsafah negara Melayu Islam Beraja sebagai sistem yang mengatur cara hidup di negara ini ke arah perpaduan yang kukuh dan kesejahteraan yang penuh harmoni. Majlis Khatam Al-Quran itu setentunya menjadi kenangan abadi kepada para peserta dan satu lagi ristaan sejarah di Negara Brunei Darussalam. Sebagai rakyat dan penduduk yang bernaung di bawah panji-panji seorang raja yang warak dan pemedulian, marilah bersama-sama mendoakan agar Allah Subhanahu Wata'ala sentiasa memelihara dan melindungi baginda, khususnya dan Negara Brunei Darussalam, amnya. Mendoakan pemimpin yang berjasa merupakan salah satu tuntutan agama Islam kerana mereka adalah sumber kekuatan dan perpaduan masyarakat bagi menjamin keutuhan bangsa, agama dan negara. Selain Majlis Khatam berkenaan, rakyat
dan penduduk di negara ini setiap tahun menghadirkan diri ke masjid-masjid utama di negara ini bagi Sembahyang Maghrib Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin, Sembahyang Hajat Berjemaah dan membaca Doa Khas sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda setiap tahun. Ia sebagai menzahirkan rasa syukur kepada seorang raja yang dikasihi, berjiwa rakyat dan sering memeduli kepentingan serta masalah rakyatnya. Selaku seorang Islam, kitani memahami bahawa syukur mempunyai pengertian lebih mendalam berbanding dengan ungkapan terima kasih. Ia boleh dikiaskan dengan maksud perkataan 'sahabat' dan 'kawan' atau 'sembahyang' dan 'solat' yang mempunyai pengertian yang agak berlainan menurut perspektif Islam. Dalam hal ini, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat dengan bersyukur. Keistimewaannya ialah pemimpin seperti baginda bersyukur secara terang-terangan ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan rakyat yang bersatu padu dan bertanggungjawab, iaitu sesuatu yang amat jarang didengar kerana dalam banyak hal para pengikutlah yang bersyukur kerana mempunyai pemimpin yang berwibawa. Rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam seharusnya menjunjung penghargaan yang diberikan oleh raja yang dikasihi. Semogalah darinya hubungan di antara raja dan rakyat di negara ini akan terus mantap bagi menjamin kehidupan aman damai yang berpanjangan dan sekali gus menyumbang pada kemajuan dan pembangunan berterusan negara tercinta.
KELUARAN KHAS
14
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Ikon belia berwawasan
E arah merealisasikan Wawasan Negara 2035 untuk dikenali di seluruh negara sebagai negara yang memiliki rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi, berjaya dan berkehidupan yang berkualiti dengan ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan memerlukan keterlibatan dan komitmen seluruh rakyat dalam menjayakannya secara bersungguh-sungguh. Dengan kesatuan, perpaduan dan penglibatan yang bersungguh-sungguh dari semua lapisan masyarakat termasuk pihak-pihak yang berkepentingan akan lebih memberi kesan dalam menangani rancangan dan strategi ke arah menjamin keutuhan dan kesejahteraan rakyat dan penduduk di negara ini pada ketika itu. Salah satu lapisan masyarakat yang berperanan penting bagi menjelmakan hasrat murni berkenaan ialah golongan belia yang merupakan golongan terbesar di negara ini dan merupakan golongan yang bakal menikmati impian masa depan berkenaan. Selaku golongan yang mendominasi jumlah penduduk setentunya mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri untuk diambil manfaat oleh bangsa dan negara sebagai aset yang berharga. Kerana itu, agenda pembinaan belia ini adalah penting dan harus diberikan keutamaan. Mereka yang dibangun ini akan menjadi cermin kepada corak kepimpinan masa depan yang penuh dengan teka-teki. Justeru itu, pembangunan masa depan dan kesinambungannya serta pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, dinamik, progresif serta berdaya tahan adalah bergantung kepada pembangunan belia yang ada pada masa ini sesuai sebagai modal insan dan peneraju pembangunan negara. Dalam usaha membangun belia di negara ini, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program
K
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman
pembangunan kapasiti, kemudahankemudahan prasarana, infrastruktur selain bantuan fizikal dan fiskal. Selain itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga sentiasa memberi keutamaan kepada pelaburan dalam bidang pendidikan dan latihan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja (MIB) di samping penekanan kerajaan dalam aspek pendidikan ini bukan saja tertumpu kepada ilmu duniawi, malahan ia juga meliputi bidang rohani. Sebagai tonggak kepada pembangunan dan kemajuan negara, kerajaan menyedari perlunya untuk melabur secara terancang dan bersepadu bagi menghasilkan rakyat dan anggota masyarakat beriman yang dinamik, produktif, berkualiti, berkemahiran serta berwawasan. Ini kerana rakyat yang berpendidikan dan berkemahiran akan dapat menghasilkan daya cipta, kreativiti dan inovasi yang akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan sebanding dengan negara-negara yang telah maju, yang diharapkan akan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang berkualiti kepada anak-anak tempatan. Ke arah itulah, perancangan bagi pembangunan modal insan akan terus dilaksanakan secara holistik, yang akan merangkumi aspek pendidikan dan kemahiran. Memandang ke hadapan, para belia ini kini mula bangkit untuk menyahut berbagai-bagai seruan dengan memperkukuhkan iltizam sambil menanam tekad untuk memperkasa dan membangunkan potensi diri yang ada pada diri mereka iaitu ke arah menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara serta mempertahankan kedaulatan negara. Sebagaimana titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-9, 2014 ada menyatakan bahawa para belia di negara ini mempunyai peranan yang sangat besar dalam memelihara dan mengangkat martabat negara selain mereka juga merupakan golongan paling berpotensi untuk mencorakkan bangsa dengan apa jua corak yang mereka mahu. “Kaum belia perlu menggunakan kelebihan ini untuk membina diri mereka
sendiri dan juga masyarakat. Dengan kelebihan yang ada itu, mereka adalah mampu untuk terus berkembang, dengan merebut pelbagai peluang yang sentiasa terbuka luas di hadapan mereka. Peluang-peluang tersebut turut meliputi, seperti peluang menambah kebolehan dan kemahiran. Kaum belia juga adalah ejen kepada perubahan. Namun dalam perkara perubahan ini, semua kita, lebih-lebih lagi kaum belia adalah dikehendaki supaya lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai dan memilih perubahan itu. Kerana bukanlah semua perubahan itu baik, malah ada yang memerlukan kita supaya mengelaknya, iaitu jika perubahan itu membawa impak tidak baik atau tidak selaras dengan aspirasi bangsa,� titah baginda. Untuk menjurus kepada sebarang perubahan tersebut golongan ini perlu memiliki jati diri yang jelas, kukuh dan mantap kerana ia mustahak untuk diisi dengan nilai-nilai keugamaan dan budaya yang luhur agar perubahan yang bakal dibina tersebut tidak dibayangi oleh elemen-eleman yang tidak diingini. Secara keseluruhannya apa yang negara ingin lihat adalah penglibatan keseluruhan dari berbagai-bagai peringkat golongan belia seperti profesional dan berkemahiran
SEBAGAI tonggak kepada pembangunan dan kemajuan negara, kerajaan menyedari perlunya untuk melabur secara terancang dan bersepadu bagi menghasilkan rakyat dan anggota masyarakat beriman yang dinamik, produktif, berkualiti, berkemahiran serta berwawasan.
yang meluas dalam menggerakkan pelbagai program pembangunan masyarakat dan menangani isu-isu sosial di negara ini dengan mengutamakan kepada pemikiran dan cita rasa manusia semata-mata. Usaha yang ditunjukkan oleh golongan belia profesional ini secara langsung menggambarkan akan pendirian dan prinsip golongan belia dalam mana mereka tampil menyumbang bukan sahaja dalam suasana senang dan suka tetapi juga apabila dalam keadaan negara terancam dan dicabar oleh anasir-anasir yang tidak diingini. Sebagaimana tema Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini 'Generasi Berwawasan' secara langsung menggambarkan keinginan kerajaan, rakyat dan penduduk di negara ini agar negara yang dicintai ini terus maju, kukuh dalam segala hal dan membangun. Ke arah itu, dalam membuat perancangan atau pelan-pelan tindakan perlunya mempunyai kebijaksanaan kerana tanpa kebijaksanaan semua usaha dan harapan bolah saja gagal atau tidak memuaskan. Kerana itu, dalam merancang dan melakukan tindakan perlunya ada dasar yang meyakinkan lagi jelas yang bukan hanya sekadar dibuat sesuka hati sahaja. Dasar tersebut tidak lain ialah MIB. “Dasar yang kukuh dan sempurna mampu, untuk memangkin pembangunan, di samping juga mampu, untuk melahirkan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah aset dan pasak bagi negara. Sifat-sifat masyarakat yang baik ialah seperti jujur, sabar, amanah dan baik hati. Daripada sifat-sifat inilah akan membuahkan suasana dan keadaan yang disenangi, iaitu kehidupan bersatu padu dan harmoni,� titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-32, Tahun 2016. Justeru itu, kita amat memerlukan perpaduan dan keharmonian kerana daripada kedua-duanya itulah akan lahir keamanan dan kestabilan. Keamanan dan kestabilan pula amat penting untuk pembangunan, sehingga tanpa keduanya itu, pembangunan tidak mungkin dapat dilaksanakan.
HARI SABTU 16 JULAI 2016
KELUARAN KHAS
15
Raja payung rakyat bernaung
S
ESEBUAH negara sememangnya memerlukan kepada ketua atau pemimpin bagi memimpin negara dan rakyatnya untuk kesempurnaan pentadbiran agar menjadi lebih teratur dan berjaya dalam setiap bidang. Dalam Islam kedudukan seseorang pemimpin itu adalah mulia dan tinggi kerana mereka ini disyariatkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan dunia umat Islam. Antara tugas pemimpin itu adalah menjaga hal ehwal agama dan mentadbir urusan dunia. Raja ibarat payung, yang bersedia menaungi rakyat daripada panas terik mentari serta sanggup melindungi mereka daripada hujan ribut. Begitu beratnya peranan seorang raja terhadap keseluruhan rakyat yang dipimpinnya. Raja adalah Ulil Amri atau Al-Mukmin, oleh itu segala titah perintah raja, pada ketika tertentu akan diterima pakai sebagai hukum atau undangundang. Sebagai rakyat Negara Brunei Darussalam kita hendaklah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dikurniakan seorang raja dan pemimpin yang sentiasa bertanggungjawab dan kasih terhadap rakyatnya. Ini jelas dapat dilihat di mana kemajuan-kemajuan untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan dan dapat dicapai serta dinikmati oleh rakyat sehingga menjadikan negara kita seiring dengan negara-negara maju yang lain. RASA KASIH RAJA KEPADA RAKYAT JELATA Dari kedekatan baginda kepada rakyat jelatanya, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam memang diakui dan terbukti di mata kita selaku rakyat dan penduduk di negara ini betapa baginda adalah seorang raja yang kita kasihi, kita junjung apatah lagi baginda memang begitu dekat dengan kehidupan seharian kita selaku rakyat baginda. Kecenderungan
Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman
baginda untuk bercemar duli, di mana jua dan apa jua situasi umpamanya dalam menunaikan kewajipan Solat Fardu Jumaat jelas membuktikan betapa raja kita berjiwa rakyat dan ini juga memperlihatkan kepada kita bahawasanya baginda seorang pemimpin yang amat menitikberatkan soal ugama dan hukum dalam mengerjakan suruhan Allah Subhanahu Wata'ala bersama-sama rakyat jelata baginda. Keikhlasan yang terpancar pada wajah bagindasentiasa mengukir senyuman apabila berkumpul bersama rakyat jelata, kesudian baginda melayani setiap kerenah rakyat baginda walau dalam suasana berebut-rebut untuk bersalaman dan menciumi tangan baginda tidak pernah baginda hiraukan apatah lagi untuk menjadi penghalang kepada baginda bersama rakyat bahkan baginda sendiri sanggup untuk berhimpit-himpit meluangkan masa baginda bersalaman bersama orang ramai tanpa mengira keadaan panas mahupun hujan. Begitu juga kita selaku rakyat demi untuk raja yang amat disayangi, maka segala bentuk kesulitan di dalam keadaan berasak-asak tersebut tidak pernah melenturkan semangat mereka untuk turut memandangi wajah baginda raja yang disayangi dan dikasihi walaupun hanya sekilas pandang sahaja. Bahkan sikap kasih baginda kepada rakyat dan penduduk di negara ini dalam bercemar duli turut dididik kepada putera-putera baginda. Kesetiaan kepada raja adalah antara asas utama kerakyatan kita. Begitu bertuah kita selaku rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam ini apabila kita dikurniakan seorang raja dan pemimpin yang beriman lagi berdaulat, adil, pemedulian dan bijaksana dalam mentadbir negara serta sentiasa inginkan supaya amar makruf nahi munkar menjadi amalan dalam kehidupan rakyatnya. Salah satu kewajipan umat Islam yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala ialah mentaati Ulil Amri yang mana Ulil Amri tertinggi di negara ini ialah raja yang dikasihi, sememangnya rakyat dan penduduk negara ini telah mencurahkan ketaatan, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada baginda Ulil Amri di negara ini. Ketaatan dan kesetiaan kepada baginda bukan kerana ia satu kewajipan, tetapi rasa kasih dan cinta rakyat jelata kepada seorang raja dan pemimpin yang sangat kasih serta mengambil berat akan rakyatnya. Bukti kasih baginda itu dapat dilihat di mana baginda sangat mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat jelata
hingga kita dapat hidup dengan aman serta bahagia di negara yang berdaulat ini. HUBUNGAN RAJA DAN RAKYAT AMAT DEKAT Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah seorang raja yang berjiwa rakyat sehingga sanggup turun padang ke seluruh pelosok rantau menemui rakyat jelata. Bukan setakat itu, baginda juga sering bercemar duli mengadakan lawatan ke daerah, mukim-mukim dan kampung-kampung, sekolah-sekolah, kementerian dan jabatan kerajaan malah berkenan berangkat meninjau ke tempat berlaku musibah seperti kawasan yang dilanda banjir dan sebagainya. Pada bulan Ramadan ini, sebagai rakyat dan penduduk yang tinggal dan bernaung di bumi Darussalam, berasa beruntung kerana mendapat pemedulian daripada raja yang dikasihi di mana baginda juga telah bermurah hati mengurniakan kurma kepada setiap umat Islam yang menetap dan tinggal di negara ini tanpa mengira had umur serta kerakyatan. Selain itu, baginda juga berkenan menganugerahkan kurnia peribadi kepada golongan tertentu sempena Hari Raya Aidilfitri, di mana kurnia peribadi baginda ini mencerminkan sikap prihatin dan kasih sayang baginda terhadap rakyat baginda, sikap baginda tersebut mengukuhkan lagi perasaan cinta dan taat setia rakyat kepada baginda. RAJA DAN AGAMA Kita sememangnya diwajibkan taat kepada pemerintah, Ulil Amri yang diangkat sebagai khalifah oleh Allah, Tuhan semesta alam. Agama akan dijadikan sebagai sempadan bagi membezakan di antara nilai-nilai murni bernegara dan bermasyarakat dengan nilai-nilai yang dapat meruntuhkan ketamadunan umat manusia secara keseluruhannya. Betapa kita sesungguhnya di Negara Brunei Darussalam ini patut bermunajat, menunjukkan rasa syukur dengan apa yang terhidang untuk kita di bumi permai ini. Memang dalam apa hal pun, mustahil bagi kita untuk mendapat kesempurnaan. Namun demikian, sebagai rakyat yang bermaruah, kita tidak seharusnya membiarkan Ulil Amri kita bersendirian menanggung segala permasalahan. Kita juga amat maklum dan amat mengenali raja kita Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di
mana baginda sultan juga sangat mengambil berat terhadap perkembangan agama di negara ini termasuk pendidikan agama dan juga pembelajaran Al-Quran bagi program yang telah dirancang dan dilaksanakan. Ini membolehkan rakyat dan penduduk beragama Islam di negara ini mendapat pendidikan agama dengan sebaik-baiknya dan mudah untuk memperolehnya, di mana ini juga antara langkah bagi mencapai hasrat baginda untuk menjadikan Brunei Darussalam benar-benar sebuah Negara Zikir yang mendaulatkan hukum dan undang-undang syariat Allah. Apa yang diharapkan ialah semoga dengan usaha tersebut, kita akan menjadi umat Islam beriman dan bertakwa seterusnya beroleh kejayaan dan kebahagiaan hidup yang hakiki dan ini juga sebenar bukti betapa baginda yang sangat mengasihi rakyat baginda. Baginda mahukan rakyat baginda berjaya bukan sahaja untuk kehidupan di dunia, tetapi juga di akhirat kelak dan kita juga bersyukur kerana raja yang memerintah negara ini adalah seorang raja, seorang pemimpin yang sangat kasihkan rakyatnya dan sewajarnya kita merafakkan doa kepada baginda. Inilah juga cara kita bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan seorang raja yang bersikap pengasih dan pemedulian kepada rakyat baginda dan inilah juga antara jalan menyampaikan terima kasih dan menzahirkan rasa cinta kepada raja yang kita kasihi. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama mendoakan supaya baginda berada dalam kesejahteraan, keselamatan dan kebahagiaan seterusnya dapat memimpin rakyat dan negara ini di bawah inayah dan petunjuk daripada Allah. Dalam membina tanggungjawab kesetiaan kepada pemerintah dan negara ia sangat berkait rapat dengan jati diri, perasaan kasih, kesetiaan rakyat kepada pemimpin secara menyeluruh. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang bermaksud : ''Jangan kamu memaki para pemimpin negara, sebaliknya hendaklah kamu berdoa untuk kebaikan mereka kerana baiknya mereka akan membawa kebaikan untuk kamu.'' (Riwayat at-Tabarani) PENUTUP Akhir sekali, bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah DYMM marilah kita selaku rakyat Negara Brunei Darussalam untuk sama-sama mendoakan semoga Kebawah DYMM diteguhkan keimanan, dilanjutkan usia, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan bagi mentadbir negara dan menjalankan tugas dengan sempurna.
16
KELUARAN KHAS
HARI SABTU 16 JULAI 2016
Raja dan pembangunan
K
EPIMPINAN cemerlang dan berwibawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam meneraju negara ini jelas terbukti dengan pembangunan pesat pelbagai infrastruktur, bangunan dan kemudahan semata-mata bagi kesejahteraan rakyat dan penduduk baginda. Negara Brunei Darussalam terus berkembang dan membangun untuk mencapai sasaran Wawasan 2035, sebagai sebuah negara yang maju dan dikenali di seluruh dunia di mana rakyatnya hidup aman dan sejahtera. Ke arah ini, beberapa program dan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) sedang dilaksanakan dalam tempoh lima tahun. Tahun 2016 adalah tahun terakhir bagi tempoh RKN10 yang mana bermula 1 April 2012 dan akan berakhir pada 31 Mac 2017. Peruntukan RKN telah diagihkan kepada sembilan sektor utama, iaitu Perkhidmatan Sosial, Pengangkutan & Perhubungan, Perindustrian & Perdagangan, Penggunaan Awam, Keselamatan, Bangunan Awam, Teknologi Maklumat & Info-Komunikasi, Sains & Teknologi, Penyelidikan & Pembangunan dan Inovasi dan Rampaian. Sektor Perkhidmatan Sosial merupakan sektor yang telah diberi peruntukan tertinggi, iaitu sejumlah BND2.6 bilion dan diikuti dengan Sektor Penggunaan Awam, iaitu sejumlah BND1.4 bilion. Sementara itu, sejumlah BND200 juta diperuntukkan bagi projek-projek penyelidikan di bawah Brunei Research Council (BRC) dan sejumlah BND250 juta diperuntukkan bagi dana sumber manusia. Antara projek-projek di bawah Sektor Perkhidmatan Sosial adalah seperti projek perumahan negara, sekolah-sekolah dan juga masjid-masjid. Sementara projekprojek di bawah Sektor Pengangkutan dan Perhubungan ialah seperti pembinaan jalan-jalan raya dan jambatan termasuk
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman
Jambatan Sungai Kebun yang sedang dilaksanakan dan Projek Pemodenan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam yang telah siap. Projek-projek di bawah Sektor Perindustrian dan Perdagangan pula termasuklah Projek Pembinaan Jambatan Pulau Muara Besar dan pembinaan tapak-tapak perindustrian. Projek-projek di bawah Sektor Penggunaan Awam pula termasuklah projek-projek perkhidmatan elektrik seperti menaik taraf jana kuasa Lumut dan pengukuhan strategik dan penggantian kabel, transformers dan lain-lain, dan projek-projek pembekalan air seperti projek pembinaan loji rawatan air dan Empangan Kargu. Melalui RKN10, pihak kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa projek pembinaan dan menaik taraf jalan raya, jambatan dan jejambat di seluruh negara. Sejumlah BND437.2 juta telah pun dibelanjakan daripada BND748.7 juta yang telah diperuntukkan di bawah sub-sektor ini bagi membiayai 47 projek. Projek Jejambat di Persimpangan Lebuhraya, Persimpangan Lebuhraya Muara - Tutong / Jalan Penghubung Berakas merupakan antara projek di bawah sub-sektor ini yang telah siap dilaksanakan pada Mei 2015 dengan harga BND43.3 juta. Projek yang mengambil masa selama 33 bulan ini telah dapat membantu melancarkan lagi pergerakan lalu lintas di Lebuhraya Muara - Tutong dan Jalan Utama Berakas. Tiga buah projek jalan raya juga telah siap pembinaannya tahun ini dan sudahpun dibukakan bagi pengguna lalu lintas, iaitu Jejambat di Persimpangan Jalan Pengiran Babu Raja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Projek Lebuhraya Telisai - Lumut dan Projek Pembinaan Jalan Penghubung Jerudong - Tungku Fasa 3. Projek Pembinaan Jejambat di Persimpangan Jalan Pengiran Babu Raja dan Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha merupakan salah satu projek di bawah RKN10 yang mula dibina pada pertengahan tahun 2012 melalui penglibatan pemborong tempatan, iaitu Tobishima (B) Sendirian Berhad dengan menelan belanja kira-kira BND20 juta. Manakala Projek Lebuhraya Telisai Lumut yang menelan belanja kira-kira BND168 juta itu melibatkan laluan sepanjang kira-kira 18.6 kilometer dari Telisai ke Lumut termasuk pembinaan enam jambatan dan laluan satu hala jalan penghubung Sungai Paku sepanjang 3.4km yang menghubungkan Sungai Paku dengan jalan Tutong - Seria yang sedia ada. Bagi Projek Jalan Penghubung Jerudong - Tungku Fasa 3 yang bernilai BND9.64 juta pula, ia merupakan salah satu projek di
bawah RKN10 dan kesinambungan fasa kedua yang bertujuan untuk menambah kapasiti serta menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan dua jalan utama, iaitu Jalan Jerudong, Simpang 396 dan Simpang 324, Jalan Penghubung Rimba Utara. Satu lagi kemajuan dalam infrastruktur jalan raya di Negara Brunei Darussalam akan dapat disaksikan dengan terbinanya Jambatan Penghubung di antara Daerah Brunei dan Muara dengan Daerah Temburong. Pelaksanaan projek ini telah mendapat kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 2012. Dengan siapnya jambatan ini nanti, ia bukan bermakna perjalanan ke Temburong tidak lagi perlu menggunakan bot atau melalui Limbang, akan tetapi juga membawa potensi kemajuan yang besar pada Daerah Temburong, seperti dengan penempatan institusi pendidikan tinggi, beberapa pejabat kerajaan, ecotourism, perusahaan-perusahaan yang sesuai, pertanian dan sebagainya. Projek mega negara itu akan merentasi perairan Brunei melalui jambatan sepanjang kira-kira 14km dengan panjang keseluruhan jalan dan jejambat sejauh 30km serta mempunyai reka bentuk keBruneian dengan menerapkan ciri-ciri keislaman. Jambatan yang bermula dari Jalan Utama Mentiri di Daerah Brunei dan Muara hingga ke Labu Estate di Daerah Temburong itu dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2019. Pada masa yang sama, keamanan dan kesejahteraan adalah dua faktor utama yang paling penting dan mustahak dalam memastikan agenda pembangunan negara berjalan dengan sempurna. Dengan keamanan, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan
Negara Brunei Darussalam dapat memperbaiki dan meningkatkan taraf hidup rakyat dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan pembangunan prasarana asas kepada rakyat dan penduduk. Satu lagi aspek kebajikan yang menjadi keutamaan kerajaan baginda ialah menyediakan perumahan bagi rakyat. Rancangan Perumahan / Perpindahan ini mula diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien. Beberapa ribu unit rumah pelbagai jenis yang dibina di bawah pengurusan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan juga Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan telah pun siap dan diserahkan baru-baru ini oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Sejak Negara Brunei Darussalam mencapai kemerdekaan pada tahun 1984 di bawah pimpinan Kebawah DYMM, rakyat dan penduduk di negara ini telah dan terus menikmati berbagai-bagai kemudahan antaranya penyediaan perumahan. Ini jelas mencerminkan keprihatinan dan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk di negara ini dan secara langsung membuktikan komitmen kerajaan dalam mendukung hasrat dan cita-cita baginda khususnya dalam menyediakan perumahan yang berkonsep berdaya tahan dan mapan dimiliki, selaras dengan salah satu objektif RKN untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat. Dengan adanya prasarana yang mencukupi, untuk keselesaan rakyat dan penduduk di negara ini, ia adalah juga diharapkan akan dapat menarik pelaburan asing ke negara ini, bagi menjana pertumbuhan ekonomi agar negara kita akan terus makmur dan maju.