Pelita Brunei Sabtu 18 feb 2017

Page 1

''SESUNGGUHNYA Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orangorang yang sentiasa mensucikan diri.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222).

''BETA sangat meyakini akan faktor keberkatan itu, yang menjadikan Negara Brunei dapat berkembang dengan baik. Di bidang ekonomi, penumpuan adalah sedang diberikan kepada, mempelbagai dan menaikkan lagi kadar pertumbuhan ekonomi.'' - Titah Sempena Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-68 Tahun pada 14 Ogos 2014 Masihi.

5.06

TAHUN 62 / BILANGAN 21

5.16

6.35

18 FEBRUARI 2017 / 1438

6.58

12.35

21

3.54

6.34

7.44

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Keberangkatan meriahkan Sambutan Tahun Baharu Tionghua 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja berkenan berangkat pada Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2017. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 12 dan 13).

Tiga perubahan utama dalam pendidikan negara Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Dalam usaha memastikan Kementerian Pendidikan memberi pendidikan yang holistik kepada pelajar-pelajar secara berterusan bermula dari peringkat rendah sehinggalah ke pengajian tinggi sesuai dengan potensi serta keperluan setiap pelajar, Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 (SPN21) telah pun dilaksanakan sejak 2009 dan

merupakan tonggak utama Kementerian Pendidikan dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035 dalam melahirkan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya. Oleh yang demikian, dalam pelaksanaan SPN21, tiga perubahan utama digariskan dalam SPN, iaitu Kurikulum dan Penilaian (Curriculum and Assessment), Struktur Sistem

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

Pendidikan serta Pendidikan Teknik dan Vokasional. Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman pada Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di salah sebuah hotel, di sini. Yang Berhormat menegaskan, inisiatif-inisiatif dan usaha-usaha Kementerian Pendidikan yang dikongsikan merupakan usaha yang terkandung dalam SPN21, iaitu bagi perancangan jangka masa sederhana dan panjang, sejajar dengan visi dan misi Kementerian Pendidikan seperti dalam Pelan Strategik Kementerian Pendidikan juga bagi memenuhi aspirasi negara dalam Wawasan Brunei 2035. Di samping usaha yang

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

dilaksanakan, katanya, Kementerian Pendidikan telah mengenal pasti Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) agar

kita dapat menilai tahap mencapaian dan outcome yang dihasratkan. Ke muka 17

Muka 3

Muka 5

BERKENAN mengurniakan Watikah, menerima Surat Tauliah Pelantikan

BERKENAN berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia

Faksimile: 2381004

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Kementerian Perhubungan sediakan pengurusan mesra pelanggan Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

A

LHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, kerana di atas limpah kurnia dan izin-Nya jua, kitani dapat berjumpa di Sesi Muzakarah antara Kementerian Perhubungan dan Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN). Peramba, kaola / saya terlebih dahulu mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat atas lantikan sebagai Ahli MMN oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Lantikan Ahli-Ahli Yang Berhormat merupakan satu kepercayaan dan keyakinan yang tinggi yang diberikan terhadap kewibawaan dan kepimpinan Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memberi sumbangan yang besar dan memberikan yang terbaik bagi kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan penduduk di negara ini. Pihak peramba / kaola / saya bagi mewakili seluruh warga Kementerian Perhubungan siap sedia untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan. TUJUAN MUZAKARAH Seperti pada tahun-tahun yang lepas, Sesi Muzakarah ini merupakan satu platform atau landasan bagi kementerian ini memberikan penerangan ataupun pendekatan serta penjelasan, di samping mengongsikan inisiatif-inisiatif strategik yang disasarkan dan diselaraskan kepada pembangunan negara khasnya dalam matlamat pencapaian Wawasan Brunei 2035. Peramba / kaola berharap sesi ini merupakan a two way process di mana, Kementerian Perhubungan yang banyak terlibat dalam pemberian perkhidmatan (public goods) akan mengetahui lebih dekat lagi akan cita rasa dan aspirasi rakyat dalam mencarta hala tuju negara bagi menjamin kesinambungan bangsa dan negara yang berlandaskan kepada konsep Melayu Islam Beraja. PENGENALAN TUJU ARAH STRATEGIK KEMENTERIAN PERHUBUNGAN Seperti yang dimaklumi, di bawah kementerian ini ada enam jabatan iaitu :i. Jabatan Pengangkutan Darat; ii. Jabatan Penerbangan Awam; iii. Jabatan Laut; iv. Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan; v. Jabatan Perkhidmatan Pos; dan vi. Jabatan Kajicuaca. vii. Di samping itu, badan pengawal selia, iaitu Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (Authority for Info-Communications Technology Industry AITI) juga di bawah bidang kawalan

MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa berucap pada Sesi Muzakarah Kementerian Perhubungan Bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara Tahun 2017 pada 7 Februari 2017 di Bilik Mesyuarat Al-Mahabbah, Bangunan Kementerian Perhubungan.

kementerian ini dalam menyelenggarakan hal ehwal ICT dan perkara yang berkaitan. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat bahawa Kementerian Perhubungan kini hampir kepada penghujung tempoh Perancangan Strategik yang pertama yang telah digubal daripada bulan April tahun 2008 hingga April tahun 2017. Ini merupakan satu peluang bagi Ahli-Ahli MMN untuk meninjau lebih dekat pencapaian yang telah diperolehi dan sejauh mana perkara telah ditangani untuk memastikan penduduk negara terus menikmati kesejahteraan yang kita nikmati selama ini. Ke arah merangka tuju arah strategik kementerian ini bagi tempoh Perancangan Strategik yang kedua, iaitu 2017 hingga 2022 sedang dipertimbangkan dan dihalusi dan ini akan meliputi 5 perkara penting:i. Pertama, pengurusan yang berfokus kepada pelanggan atau Customer Focus Strategy. Seperti yang peramba / kaola katakan tadi Sesi Muzakarah ini merupakan two way process di mana MOC akan mengenal pasti hala tuju dan perkembangan sektor perhubungan pada masa akan datang. Di bawah strategi ini, jabatan-jabatan di bawah Kementerian Perhubungan akan lebih peka kepada aspirasi dan keperluan orang ramai, memenuhi cita rasa dan membentuk hubungan yang serasi dan pengurusan yang mesra pelanggan. ii. Strategi kedua, ialah mengukuhkan rangka kerja kawal selia (regulatory framework) dengan mengemaskinikan undang-undang dan peraturan dalam

FEBRUARI

18 19 20 21 22 23 24

pengangkutan dan perhubungan. Ini bertujuan untuk melahirkan sistem pengangkutan yang berkesan untuk meningkatkan dan melicinkan lagi pengangkutan awam, barangan dan perkhidmatan. Sasaran utama dalam usaha ini ialah untuk memperbaiki connectivity dan reliability sistem pengangkutan awam. Sasaran riderships untuk meningkat daripada 1.9 juta kepada 3-3.5 juta pada tahun 2020. Regulatory framework memainkan peranan penting. Peranan communication adalah penting bagi memastikan rakyat mempunyai peluang atau economic activities untuk melibatkan diri dalam kegiatan keusahawanan. Peranan perhubungan dan pengangkutan memastikan bahawa pergerakan atau mobility setiap penduduk rakyat adalah lebih mudah dan lancar dan kelangsungan itu berjalan tanpa ada halangan. iii. Strategi ketiga adalah mencapai keberkesanan dan cost effectiveness dalam pengurusan khususnya dalam rangka Public-Private Partnership (PPP) atau Pengkorporatan. Ini merupakan isu yang banyak dibincangkan berhubungan dengan sistem pengurusan MOC untuk menjadi lebih mudah dan merupakan satu approach bagi public dan private sector bekerjasama rapat. Dalam PPP, public sector mempunyai time and space, private sector mempunyai resources. Dalam menghadapi cabaran ekonomi, kerjasama harus dipertingkatkan bagi memanfaatkan resources yang ada. iv. Peningkatan infrastruktur perhubungan seperti pelabuhan dan lapangan terbang awam. Ini merupakan usaha yang berterusan di mana MOC akan terus memperbaiki perkhidmatan kepada orang ramai dengan tujuan meningkatkan kegiatan ekonomi. v. Health, Safety and Environment : membudayakan aspek keselamatan, kesihatan dan penjagaan alam sekitar dalam pengurusan sistem perhubungan dan pengangkutan. Ini merupakan satu aspek yang besar memandangkan MOC terlibat dalam pengangkutan yang melibatkan orang ramai. Dalam hal itu, aspek HSE merupakan aspek yang penting. Perancangan Strategik ini nanti juga akan memberi penekanan terhadap pencapaian atau performance based approach Kementerian Perhubungan dalam pemberian perkhidmatan khususnya dalam meningkatkan pergerakan dan mobility rakyat selaras dengan usaha untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini merupakan satu departure daripada yang dilaksanakan bagi memastikan semua keselesaan ini mempunyai tujuan atau matlamat yang tertentu. Dua perkara yang dipastikan adalah pergerakan ini mempunyai connectivity, iaitu destinasi yang bernilai dan reliability dalam meningkatkan pergerakan manusia, barangan dan perkhidmatan.

21

18 FEBRUARI 2017 BERSAMAAN 1438

Ke muka 21

KIBARKAN BENDERA NEGARA, SEMARAKKAN HARI KEBANGSAAN

D

ENGAN berlangsungnya Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam pada 16 Februari 2017 bertempat di Kawasan Lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, maka bermulalah pengibaran Bendera Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Sehubungan itu, rakyat dan penduduk di negara ini diseru supaya sama-sama mengibarkan bendera bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan serta pemasangan dan penyalaan lampu-lampu cucul di bangunan-bangunan kerajaan dan sektor swasta mulai hari Khamis, 19 Jamadilawal 1438 Hijrah bersamaan 16 Februari 2017 Masihi sehingga hari Sabtu, 28 Jamadilawal 1438H bersamaan 25 Februari 2017M. Pengiran-Pengiran akan mengibarkan bendera peribadi, orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam. Ini adalah sebagai membuktikan kasih sayang, komitmen dan sokongan rakyat dan penduduk negara ini ke arah memeriahkan serta menjayakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan semangat nasionalisme dan patriotik. Walau bagaimanapun, setiap bendera yang dikibarkan hendaklah mengikut peraturan dan tatacara yang telah ditetapkan dengan memastikan bendera tersebut dalam keadaan baik dan sempurna, tidak pudar warnanya dan tidak koyak. Walaupun bendera hanyalah sepotong kain tetapi ia adalah lambang rasmi negara dan mempunyai fungsi yang sangat besar sebagai mercu tanda untuk menanamkan perasaan cintakan bangsa, agama raja dan negara serta mendukung falsafah negara Melayu Islam Beraja (MIB), di samping berperanan bagi menyemarakkan hari-hari istiadat dan kebesaran negara seperti hari-hari istiadat dan kebesaran negara seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menyentuh mengenai tema Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu ‘Menjayakan Wawasan Negara’ yang mana memberikan penekanan secara holistik kepada semua lapisan rakyat terutama golongan belia dan warga Perkhidmatan Awam bagi sama-sama memainkan peranan dalam membantu merealisasikan Wawasan Negara 2035 sepertimana petikan sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri sewaktu pelancaran Hari Perkhidmatan Awam pada tahun 2011 menyeru warga Perkhidmatan Awam agar secara berterusan menyiapkan diri untuk bergerak maju ke hadapan dengan lebih tangkas, berinovatif, kreatif serta bersedia membuka minda dan berani mengorak langkah untuk membuat pembaharuan yang positif bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Kejayaan untuk mencapai Wawasan Brunei 2035 adalah bergantung kepada penglibatan seluruh lapisan rakyat, iaitu penyertaan seluruh agensi-agensi kerajaan dalam penyelarasan kerja yang komited, dukungan penuh daripada sektor swasta dan penyertaan orang ramai yang memainkan peranan masing-masing untuk turut sama menjelmakan Wawasan Brunei 2035 sebagai satu warisan kepada rakyat dan generasi yang akan datang. Marilah kita semarakkan Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan mengibar dan menaikkan bendera negara. Betapa bangganya apabila melihat bendera negara berkibar dengan megahnya di seluruh pelusuk negara. Selamat menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017. - Ketua Penyuntingan (Nh).

JAMADILAWAL

21 22 23 24 25 26 27

5 . 06 5 . 06 5 . 06 5 . 06 5 . 06 5 . 06 5 . 06

5 . 16 5 . 16 5 . 16 5 . 16 5 . 16 5 . 16 5 . 16

6 . 35 6 . 35 6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 33

6 . 58 6 . 57 6 . 57 6 . 57 6 . 56 6 . 56 6 . 56

12 . 35 12 . 35 12 . 35 12 . 35 12 . 35 12 . 35 12 . 35

3 . 54 3 . 54 3 . 53 3 . 53 3 . 53 3 . 52 3 . 52

6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 34 6 . 34

7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 44 7 . 43 7 . 43


3

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Berkenan mengurniakan Watikah, menerima Surat Tauliah Pelantikan Oleh : Aimi Sani Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said (kiri) dan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Haji Mohd Hanifah (kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal Mahmud Hussain (kiri) dan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Do Anh Tuan (kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun (kiri) dan berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes (kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Duta-Duta Besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik dan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Ketua-Ketua Perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam. Majlis tersebut telah berlangsung di Istana Nurul Iman. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mula-mula berkenan mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Haji Mohd Hanifah. Baginda seterusnya berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal Mahmud Hussain; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Do Anh Tuan; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes. Selepas Majlis Mengurniakan Surat-Surat Watikah Pelantikan dan Menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan, Kebawah DYMM kemudian berkenan menerima mengadap Duta-Duta Besar Negara Brunei Darussalam yang baru dilantik. Ke muka 4


4

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, Tuan Yang Terutama Haji Sulaini bin Haji Said (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, Puan Yang Terutama Kamilah binti Haji Mohd Hanifah (kanan).

Dari muka 3 Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kesultanan Oman, TYT Haji Sulaini bin Haji Said, sebelum ini menjawat jawatan sebagai Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah. Manakala Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Jepun, PYT Kamilah binti Haji Mohd Hanifah pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Kerjasama Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap secara berasingan Ketua-Ketua Perwakilan yang baharu ke Negara Brunei Darussalam. Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, TYT Air Vice Marshal Mahmud Hussain sebelum ini bertugas sebagai Pengerusi Autoriti Penerbangan Awam Republik Rakyat Bangladesh. Manakala Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, TYT Do Anh Tuan pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah di Akademi Diplomatik Viet Nam, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Sosialis Viet Nam. Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, TYT Mehmet Suat Akgun sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah bagi Asia Selatan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Republik Turki. Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, TYT Marcal Avelino Ximenes pernah bertugas sebagai Pensyarah Kanan di National University of Timor Lorosa'e.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Pesuruhjaya Tinggi Republik Rakyat Bangladesh ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Air Vice Marshal Mahmud Hussain (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Sosialis Viet Nam ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Do Anh Tuan (kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Timor-Leste ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Marcal Avelino Ximenes (kanan).


5

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berkenan memotong Kek Puja Usia (kiri). Sementara gambar atas, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia DYTM Ke-43 Tahun yang disembahkan oleh ABDB.

BERAKAS, Jumaat, 17 Februari. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Ke-43 Tahun yang disembahkan oleh ABDB. Berangkat sama, ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Mes Pegawai Bolkiah Garison

dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit bersama isteri dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah bersama isteri. Semasa majlis tersebut, DYTM diperkenalkan kepada pegawaipegawai dan anggota-anggota ABDB termasuk mereka yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Menembak 26th ASEAN Armies Rifles Meets (AARM) di Republik Filipina pada tahun lepas; pegawai-pegawai ABDB yang kembali setelah menamatkan kursus-kursus di luar negeri; penerima-penerima anugerah terbaik di Sekolah Pegawai Kadet Pengambilan Ke-15 terkini dan penerima-penerima Anugerah Skim Biasiswa Pemerintah Tertinggi ABDB dan ABDB. Selepas itu, DYTM dijunjung menyaksikan tayangan klip video dan berkenan menerima senaskhah buku album bertajuk 'Sejambak Ristaan 10' yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan

keberangkatan lawatan DYTM ke Kementerian Pertahanan dan ABDB dan seterusnya menandatangani lembaran keberangkatan. DYTM kemudian disembahkan Kek Puja Usia dan menerima pesambah yang disembahkan oleh Pemerintah ABDB. Sambutan Hari Puja Usia DYTM merupakan detik bersejarah dan menjadi kebanggaan bagi seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ABDB. Oleh yang demikian, reka bentuk kek sempena Hari Puja Usia DYTM adalah direka khas dalam menyambut Sambutan Hari Puja Usia DYTM Ke-43 Tahun yang mana membawa maksud tersendiri dan dimanifestasikan melalui reka bentuk dan lapisan, warna dan hiasannya. Kek Puja Usia tersebut berbentuk empat persegi dan mempunyai tiga lapisan yang mewakili angka 4 dan 3 yang menterjemahkan bahawa usia DYTM yang ke-43 pada tahun ini. Seterusnya, warna kuning pada lapisan kek pertama merupakan gambaran warna diraja dan kegemilangan Negara Brunei Darussalam diikuti dengan warna jalur rejimen, iaitu hitam, merah dan putih serta logo ABDB dan unit-unit

Angkatan Tentera di atasnya yang menggambarkan ABDB akan sentiasa berada di bawah kepimpinan, kewibawaan, dan keprihatinan DYTM. Warna unggu pada lapisan kedua pula mencerminkan kedamaian, keharmonian dan kasih sayang DYTM terhadap warga ABDB dan masyarakat, manakala hiasan lapisan ketiga reka bentuk struktur geometri 12 sudut dan di tengah-tengahnya terletak panji-panji DYTM sebagai Jeneral ABDB. Empat bintang melambangkan DYTM selaku Jeneral yang berkaliber dalam menerajui pemerintahan ABDB. Bagi Ukiran Air Muleh yang menghiasi dinding lapisan kedua kek adalah simbol masyarakat Melayu Brunei yang mempertahankan identiti keBruneian dan adat resam yang disanjung tinggi di bawah naungan beraja, DYTM terhadap warga ABDB dan masyarakat. Sementara itu, pesambah pula merupakan barang-barang aksesori sukan berbasikal terdiri dari helmet basikal, kacamata hitam (sun glasses) cycling jersey, jam tangan sukan (sports watch), sarung tangan

berbasikal (cycling gloves), seluar dan kasut sukan. Pesambah ini memberikan gambaran kepada kepimpinan dan aktifnya DYTM yang telah ditunjukkan di aktiviti-aktiviti sukan sama ada di peringkat negara mahupun serantau. Ia juga menunjukkan keprihatinan DYTM bagi mendukung hasrat negara bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat yang mana kegiatan jasmani memainkan peranan penting bagi mengamalkan gaya hidup yang sihat. Doa Kesyukuran Sempena Hari Puja Usia DYTM Ke-43 Tahun dibacakan oleh Ketua Jabatan Agama ABDB, Leftenan Komander Awang Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim. Sebelum berangkat meninggalkan Mes Pegawai Bolkiah Garison, DYTM juga berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pemerintah-Pemerintah Tentera, Pengarah-Pengarah, KomandanKomandan serta pegawai-pegawai kanan.

DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah daripada para anggota dan pegawai ABDB sejurus tiba di Mes Pegawai Bolkiah Garison (kiri). Sementara gambar atas, DYTM berkenan menerima pesambah yang berupa barang-barang aksesori sukan berbasikal.


6

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Berkenan berangkat ke Majlis Malam Kelab Bola Sepak DPMM 2017 BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menghadiri Majlis Malam Kelab Bola Sepak DPMM 2017 anjuran Kelab Bola Sepak DPMM DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba pada Majlis Malam Kelab Bola Sepak DPMM 2017.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Masri Osman di Dewan Assarraa, Bandar Seri Begawan. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri dijunjung oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaluddin Al-Haj, Naib Pengerusi DPMM FC serta Ahli-Ahli Komiti Eksekutif kelab. Berangkat sama ke majlis tersebut ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Majlis tersebut adalah sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian-pencapaian kelab dan

penghargaan kepada pihak pengurusan, pemain-pemain dan pihak-pihak berkaitan yang telah memberikan sokongan berterusan kepada setiap usaha-usaha kelab. DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota selaku pengasas dan pengerusi kelab telah menerajui kelab ke arah mencapai kedudukan kukuh dalam sukan yang hebat ini di samping memastikan kejayaan penyertaan kelab berkenaan dalam liga-liga Malaysia dan Singapura yang lalu. Pada tahun 2015, kelab berkenaan telah meraih pencapaiannya yang terbaik apabila menjadi juara dalam Liga Singapura. Kelab Bola Sepak DPMM akan meneruskan lagi penyertaannya dalam musim Liga Singapura yang akan datang bermula bulan Mac tahun ini.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman serta paduka-paduka anakanda semasa berkenan bergambar ramai.

Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM Ke-43 Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD (empat, kiri); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim (tiga, kiri) dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain hadir pada Majlis Doa Kesyukuran tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Februari. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD Ke-43 Tahun ini. Majlis yang diadakan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong yang juga selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD;

Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Juga hadir, Timbalan Menteri (Korporat, PENGGERAK dan Ekonomi) di JPM, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud dan Timbalan Menteri (Fiskal) di Kementerian Kewangan, Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan para pegawai dan kakitangan AMBD. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai diikuti Sembahyang Fardu Asar Berjemaah dan disusuli dengan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

7

Bendera besar berkibar megah di ibu negara Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hamzah Mohidin

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku tetamu kehormat menyerahkan bendera berukuran besar kepada anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Rakyat yang bernaung di bawah bumi Brunei Darussalam hendaklah menanamkan semangat patriotik pada bendera negara kerana bendera itu adalah identiti kebangsaan kita. Sehubungan itu, Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, 2017 berlangsung di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada

upacara tersebut, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Turut hadir, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33, Tahun 2017. Upacara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin

oleh Imam Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Mudim Awang Haji Matassim bin Haji Metussin. Seterusnya diikuti dengan penyerahan bendera besar oleh tetamu kehormat kepada anggota Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) yang kemudiannya melaksanakan upacara menaikkan bendera dengan iringan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh kumpulan koir yang terdiri daripada 39 penuntut lelaki dan 28 penuntut perempuan dari Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar (SMSAB) serta diiringi oleh Pancaragam Pasukan Polis Diraja Brunei. Majlis tersebut disemarakkan lagi dengan persembahan dua buah lagu patriotik oleh kumpulan koir SMSAB bersama kibaran bendera kecil. Yang Berhormat Menteri Pendidikan seterusnya menyampaikan bendera-bendera dan poster-poster sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam tahun ini kepada Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman; Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain dan Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud. Pengibaran bendera merupakan satu simbolik dan platform dalam menzahirkan perasaan cinta serta semangat patriotik kepada raja, negara, bangsa dan agama serta kesatuan dan perpaduan pada mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan serta identiti bangsa. Juga hadir, ialah TimbalanTimbalan Menteri, Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-pegawai Daerah serta wakil-wakil dari jabatan-jabatan kerajaan, swasta, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung.

BENDERA negara berkibar megah di kawasan lapang Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di ibu negara (kiri).

ANGGOTA TLDB melaksanakan Upacara Menaikkan Bendera Besar dengan iringan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan'.

PARA jemputan yang hadir pada Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, 2017.

PELATIH Program Khidmat Bakti Negara turut hadir pada Upacara Menaikkan Bendera Besar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, 2017.


8

NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Kibarkanlah Bendera Negara Daerah Belait

PEGAWAI Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman (kiri) menyerahkan bendera negara kepada salah seorang penghulu mukim di Daerah Belait (atas). Sementara gambar kanan, suasana Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait.

Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Khamis, 16 Februari. - Salah satu peranan dan tanggungjawab rakyat dan penduduk negara ini ialah mengibarkan bendera kebangsaan di halaman rumah masing-masing sebagai tanda taat setia kepada raja dan negara. Sehubungan itu, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Upacara

Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Belait telah diadakan di Taman Persiaran Cendera Kenangan dan dihadiri oleh Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman. Majlis dimulakan dengan ketibaan peserta konvoi pembawa bendera negara yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Awang Mohammad Abdul Hadi bin Haji Mohammad Syarifuddin.

Daerah Tutong Berita dan Foto : Dk. Vivy Malessa Pg Ibrahim TUTONG, Khamis, 16 Februari. Upacara Menaikkan Bendera Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 bagi Daerah Tutong berlangsung di kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Telisai, Awang Haji Junaidi bin Haji Sabtu. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, ialah Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain.

Semasa upacara itu, rombongan pembawa bendera diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam yang diiringi oleh Pasukan Kadet Tentera Mah'ad Islam Brunei, Pasukan Kadet Tentera Sekolah Menengah Muda Hashim, Persatuan Daerah Tutong, Pasukan Sukarelawan Daerah Tutong (SUKA) dan peserta Program Belia Cinta Tanah Air. Bendera kebangsaan diserahkan kepada Pegawai Daerah Tutong dari ketua rombongan berkenaan dan seterusnya diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk Upacara Menaikkan Bendera.

Peserta konvoi terdiri daripada Ahli-ahli Persatuan Pengembara Daerah Belait, Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB), Kumpulan TTK 4X4 Kuala Belait, Kumpulan XPDC Bermotor Daerah Belait dan Kumpulan Pemilik Skuter Daerah Belait. Konvoi bermula dari Balai Bomba Sungai Liang bergerak menuju ke Taman Persiaran Cendera Kenangan dengan melalui jalan-jalan utama sebagai cara untuk membarigakan kepada seluruh penduduk Daerah Belait supaya mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman dan syarikat masing-masing. Rombongan dialu-alukan oleh pembawa bendera yang terdiri daripada Kadet-kadet Polis, Kadetkadet Tentera dan Kadet-kadet Bomba sekolah-sekolah Daerah Belait di Taman Persiaran Cendera Kenangan. Sebaik sahaja rombongan tiba, bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Doa Selamat diketuai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Awang Akop bin Haji Lamat. Seterusnya, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera besar kepada Pasukan Polis Diraja Brunei Cawangan Kuala Belait bagi Upacara Menaikkan Bendera untuk dikibarkan diiringi dengan Lagu 'Allah Peliharakan Sultan' dan seterusnya persembahan lagu 'Bendera Negara' daripada penuntut-penuntut Sekolah Menengah Perdana Wazir dan Sekolah Menengah Sayyidina Ali. Selesai sahaja persembahan, Pegawai Daerah Belait menyerahkan bendera negara kepada Majlis juga turut diserikan dengan lagu 'Berkibarlah Bendera' oleh Kumpulan Koir Wira Bangsa. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian bendera negara oleh tetamu kehormat kepada penghulu-penghulu mukim dan Pemangku Penghulu Mukim Daerah Tutong dan seterusnya menyerahkan bendera negara kepada wakil peserta Program Belia Cinta Tanah Air.

PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd Hussain (kiri) semasa menerima bendera daripada Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Adnan bin Haji Adam untuk diserahkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei untuk Upacara Menaikkan Bendera (kanan). Sementara gambar bawah, Upacara Menaikkan Bendera Negara sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 bagi Daerah Tutong.

penghulu-penghulu mukim di Daerah Belait untuk dikibarkan di mukim masing-masing dan seterusnya menyerahkan bendera negara kepada wakil peserta Program Belia Cinta Tanah Air. Hadir pada majlis tersebut, Ahliahli Majlis Mesyuarat Negara bagi Daerah Belait, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, selaku Penghulu Mukim Liang dan

Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi, ketua-ketua jabatan dan cawangan Daerah Belait, penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, pengetuapengetua sekolah Daerah Belait, ketua-ketua syarikat, Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung di Daerah Belait serta Ahli-ahli persatuan.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

9

Kibarkanlah Bendera Negara Daerah Temburong dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Masjid Utama Mohd. Salleh Pekan Bangar, Awang Haji Shafrillah bin Haji Ahmad. Pasukan pembawa Bendera Negara Brunei Darussalam yang diketuai oleh Pemangku Penolong Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Mohammad Azmi bin Haji Suhaili, selaku Pengerusi Bersama Majlis kemudian bergerak masuk dan seterusnya menyerahkan bendera negara kepada Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil

Oleh : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain Foto : Hernie Suliana Haji Othman orang penghulu mukim di Daerah Temburong dengan diiringi ketuaketua kampung di bawah tadahan setiap mukim. Awang Mohammad Amir Hairil turut menyerahkan bendera negara kepada ketua peserta Program Belia Cinta Tanah Air bagi Daerah Temburong. Antara yang hadir pada upacara ini, ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok; ketua-ketua cawangan jabatan-jabatan kerajaan serta wakil persatuan-persatuan bukan

kerajaan di Daerah Temburong. Dengan berlangsungnya upacara tersebut, seluruh rakyat dan penduduk di daerah ini hendaklah menzahirkan kesyukuran dan rasa cinta kepada bangsa, agama dan negara dengan mengibarkan Bendera Negara Brunei Darussalam di rumah-rumah persendirian, bangunan-bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan, manakala bagi Pengiran-Pengiran dan Orang Yang Bergelar hendaklah mengibarkan bendera peribadi di rumah kediaman masing-masing sehingga 25 Februari 2017.

PEGAWAI Daerah Temburong, Awang Mohammad Amir Hairil bin Haji Mahmud (kanan) menyerahkan bendera negara kepada Ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Emran bin Haji Sabtu, selaku Penghulu Mukim Bokok.

TEMBURONG, Khamis, 16 Februari. - Kemeriahan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun turut dirasakan oleh para penduduk di Daerah Temburong dengan berlangsungnya Upacara Menaikkan Bendera Negara di kawasan lapang Dermaga, berhadapan Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar, di sini. Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam bagi Daerah Temburong sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun telah

bin Haji Mahmud selaku tetamu kehormat majlis. Pegawai Daerah Temburong kemudiannya menyerahkan bendera tersebut kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei bagi Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam dengan diiringi nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' yang diketuai oleh Kumpulan Koir Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, diikuti dengan nyanyian Lagu Patriotik 'Bendera Negara'. Tetamu kehormat seterusnya menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam kepada lima

SUASANA Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam di kawasan lapang Dermaga Pekan Bangar sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun.

Daerah Brunei dan Muara Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' oleh Koir JDBM. Pada majlis itu, Awang Misle turut menyempurnakan pengagihan bendera kepada para penghulu

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah mukim di daerah ini serta sijil-sijil penghargaan kepada yang terlibat. Negara Brunei Darussalam akan menyambut Sambutan Ulang Tahun

Hari Kebangsaan Ke-33 Tahun ini dengan acara kemuncak yang akan berlangsung pada 23 Februari 2017 di mana tema sambutan tahun ini ialah 'Menjayakan Wawasan Negara'.

PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim (kiri) mengagihkan bendera negara kepada salah seorang penghulu mukim di Daerah Brunei dan Muara.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun bermula dengan Upacara Menaikkan Bendera Besar di ibu negara dan disusuli dengan Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera Negara Brunei Darussalam di keempat-empat daerah. Di Daerah Brunei dan Muara, Majlis Menaikkan dan Pengagihan Bendera

Negara Brunei Darussalam telah berlangsung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM), yang dihadiri oleh Pemangku Pegawai DBM, Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Majlis didahului dengan perarakan masuk pasukan pembawa bendera untuk diserahkan kepada tetamu kehormat, yang kemudian menyerahkannya kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaik-kibarkan dengan iringan Lagu

PERARAKAN masuk pasukan pembawa bendera untuk diserahkan kepada tetamu kehormat, yang kemudian menyerahkannya kepada anggota Pasukan Polis Diraja Brunei untuk dinaik-kibarkan.


10

NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera

Bendera lambang kedaulatan negara Oleh : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain Foto : Hernie Suliana Haji Othman TEMBURONG, Khamis, 16 Februari. - Bendera merupakan lambang yang sangat signifikan menandakan kedaulatan, identiti dan jati diri negara dan semua pihak juga diseru agar menjaga darjat dan kemuliaan bendera negara. Demikian antara yang ditekankan oleh Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi PelajarPelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Pekan Bangar, di sini. Yang Amat Mulia menambah sabda, kita semua selaku rakyat dan penduduk, dengan kesedaran yang ada hendaklah memainkan peranan sendiri dalam memantuni dan menjaga darjat dan kemuliaan bendera negara kita, iaitu bendera yang dikibarkan hendaklah sempurna sifatnya, tidak pudar warnanya, tidak bubus, carik dan lusuh. ''Selepas acara ini dan selesai saja jangka masa perayaan yang ditetapkan janganlah hendaknya kita melihat bendera-bendera kecil bajurit di sana sini dan bendera besar tidak diturunkan sehingga pudar dan koyak malahan malarat pula tidak diturunkan sehingga perayaan di tahun hadapan,'' sabda YAM. Kerana, sabda YAM, di dalam

Bendera Negara Brunei Darussalam terdapat ayat suci yang sewajibnya dimuliakan, dihormati dan tidak disembaranakan dan adalah menjadi kewajiban kita semua untuk menanamkan sifat tanggungjawab, beringat-ingatan di antara kita sendiri, serta menyemai sikap cintakan bendera negara dalam kalangan generasi muda dan dalam masa yang sama memupuk semangat sentiasa cintakan raja, bangsa dan negara. Terdahulu, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Menaikkan / Menurunkan Bendera Besar dan Pengagihan

Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera menjelaskan, majlis yang diadakan di Daerah Temburong ini merupakan majlis utama yang mana majlis serupa juga diadakan secara serentak di keempat-empat daerah demi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Ke-33, terutama sekali dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Tahun ini juga merupakan buat pertama kalinya Upacara Pengagihan Bendera Kecil Meja diselajurkan dengan Program Semarak Pengibaran Bendera yang mana pada tahun-tahun sebelumnya diadakan secara berasingan di bawah kelolaan Jabatan Penerangan dan kini program berkenaan dijadikan sebagai salah satu acara utama Sambutan Hari Kebangsaan di bawah penyelenggaraan jawatankuasa

GRAND Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar ketika mengurniakan sabda pada majlis berkenaan.

tertinggi. Pada majlis tersebut, YAM turut mengagihkan bendera kecil meja kepada pelajar-pelajar sekolah dan belia-belia Daerah Temburong.

GRAND Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bersama-sama mengibar bendera negara pada majlis tersebut.

Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian koir daripada Kumpulan Koir Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong serta persembahan puisi. Satu video mengenai Program Semarak Pengibaran Bendera Negara dan Video Animasi Tatacara Pengibaran Bendera Negara terbitan Jabatan Penerangan turut ditayangkan semasa majlis ini. Pada akhir acara, Kumpulan Koir Citra Alunan dari Mukim Bangar, pemenang Pertandingan Koir LaguLagu Patriotik Antara MukimMukim Daerah Temburong mempersembahkan nyanyian Lagu Patriotik 'Bendera Negara'. Pada tahun ini, sejumlah 10 ribu bendera kecil meja diagih-agihkan di seluruh negara sebagai usaha menyemai kecintaan dan rasa patriotisme dalam jati diri belia dari akar umbi, di samping bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 pada tahun ini.

Pengagihan bendera kecil semai semangat patriotisme Awang Haji Mohd Juanda bin Haji A.Rashid. Juga hadir, Guru Besar sekolah berkenaan, Dayang Hajah Jamaliah binti Haji Yassin. Atur cara majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' beramai-ramai diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh salah seorang guru ugama sekolah berkenaan, Awang Haji Mosliadi bin Haji Kamis. Majlis diserikan dengan tayangan Video Semarak Pengibaran Bendera dan Video Animasi Tatacara Menaikkan Bendera, dan diikuti dengan Persembahan Koir Kumpulan Gema Suara Merdeka dari Mukim Sengkurong yang merupakan

pemenang Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Daerah Brunei Muara dengan tajuk lagu 'Brunei Bumi Bertuah'. Pada majlis itu, tetamu kehormat menyerahkan bendera kecil meja kepada murid-murid lelaki Darjah 2, 3 dan 4 sesi petang sekolah ugama berkenaan. Manakala penyerahan bendera kecil meja kepada murid-murid perempuan pula disampaikan oleh Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajijah binti Haji Moktal. Ia kemudian diikuti dengan persembahan koir daripada muridmurid Darjah 2, 3 dan 4 yang

menyanyikan lagu-lagu patriotik. Tetamu kehormat kemudiannya menyaksikan pameran buku-buku khat serta hasil seni tulisan khat dan seterusnya mengadakan lawatan ke kelas-kelas Darjah Pra dan 1 sekolah ugama berkenaan. Pada tahun ini, sejumlah 10 ribu bendera-bendera kecil meja telah diagih-agihkan di seluruh negara. Adapun tujuan diadakan majlis ini adalah untuk memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33, Tahun 2017 agar kita berasa bangga kerana mempunyai negara yang merdeka, aman dan damai di bawah taufik dan inayah Allah dan menjadi negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur.

SETIAUSAHA Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd Juanda bin Haji A.Rashid (kiri) semasa mengagihkan bendera kecil meja kepada salah seorang murid pada majlis tersebut.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Dalam usaha menyemai kecintaan dan semangat patriotisme dalam jati belia dari akar umbi, Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi PelajarPelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama berlangsung serentak di keempatempat daerah di negara ini sebaik sahaja bendera besar negara dikibarkan di ibu negara.

Di Daerah Brunei dan Muara, Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja yang diadakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, ialah Setiausaha Tetap (Undang-Undang dan Kesejahteraan) Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka

MURID-MURID Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hafizah Sururul Bolkiah, Perpindahan Berakas semasa mengibarkan bendera kecil pada majlis tersebut.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

11

Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera

Tanamkan patriotisme dalam jati diri belia Oleh : Noraisah Muhammed Foto : Azmah Haji Ahad KUALA BELAIT, Khamis, 16 Februari. - Sejumlah 10 ribu bendera kecil diagih-agihkan di seluruh negara sebagai usaha menyemai kecintaan dan rasa patriotisme dalam jati diri

SETIAUSAHA Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah (dua, kiri) mengagihkan bendera kecil meja kepada salah seorang pelajar dari Sekolah St. Margaret.

belia yang bermula dari akar umbi, di samping memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 bagi Tahun 2017. Seramai 437 jemputan hadir pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja bagi Program Semarak Pengibaran Bendera untuk PelajarPelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Arab dan Sekolah Ugama Daerah Belait yang berlangsung di Sekolah St. Margaret, Seria. Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah. Dalam ucapan Pengetua Sekolah St. Margaret, Koh Hong Puah menyentuh mengenai tema Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 dan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menghayati dan memahami sedalam-dalamnya Wawasan Brunei 2035 serta menyedari akan peranan masing-masing dalam merealisasikan seterusnya menjayakan sebagaimana tema sambutan berkenaan. Beliau menambah pelajar adalah aset penting dalam menjayakan

wawasan negara dengan mengambil kira kualiti pendidikan sebagai fokus utama, di samping taat setia kepada raja yang akan membawa pada perpaduan dan dalam pada masa yang sama akan memantapkan politik negara, hidup aman serta damai di bawah pimpinan raja yang bijaksana seperti yang dirasakan sekarang ini. Kemantapan dalam tiga aspek itu bakal melahirkan sebuah negara yang maju dan berdaulat juga bakal meletakkan Negara Brunei Darussalam sebagai negara termaju di dunia. Pengagihan bendera merupakan signifikan penting dalam memupuk generasi cintakan negara dan taat kepada raja. Generasi muda merupakan pewaris masa depan. Mendidik dan menyalur sikap kenegaraan kepada pelajar adalah sangat bertepatan kerana dunia masa kini hampir-hampir kehilangan identiti bangsa serta negara, tambah beliau lagi. Program dihasrat melahirkan rasa bangga kerana mempunyai negara yang merdeka, aman dan damai di bawah taufik serta inyah Allah, di samping menjadi negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Majlis tersebut berlangsung secara serentak di keempat-empat daerah.

SETIAUSAHA Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja bagi Program Semarak Pengibaran Bendera untuk Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Arab dan Sekolah Ugama Daerah Belait yang berlangsung di Sekolah St. Margaret, Seria.

Bendera kemegahan rakyat sesebuah negara Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Khamis, 16 Februari. Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajarpelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama berlangsung secara serentak di keempat-empat daerah. Bagi Daerah Tutong, majlis berlangsung di Sekolah Rendah Keriam yang dihadiri oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin selaku tetamu kehormat. Guru Besar Sekolah Rendah Keriam, Pegawai Pendidikan Tingkat Khas, Dayang Rasiah binti Haji Md. Tuddin dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan format majlis tahun ini agak berlainan dari tahuntahun yang lalu, bilamana tahun ini

Jabatan Penerangan bekerjasama dan berkolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan yang lain, iaitu Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Jabatan Daerah Tutong, Jabatan SekolahSekolah dan Jabatan Pengajian Islam. Jelasnya, sudah menjadi tradisi, menjelangnya sambutan hari-hari kebesaran negara, bendera negara akan dikibarkan, menyemarak suasana sambutan, menzahirkan semangat perpaduan dan menyerlahkan simbol patriotisme dan nasionalisme bangsa. Bendera ujarnya, adalah lambang kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara dan setiap negara mesti mempunyai bendera rasminya tersendiri di mana ia adalah lambang identiti bangsa dan negara. Tambahnya, ia adalah sebagai lambang perpaduan rakyat dan

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria juga melawat ke kelas-kelas bagi melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh murid Sekolah Rendah Keriam.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin (tiga, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Program Semarak Pengibaran Bendera bagi Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Arab / Ugama bagi Daerah Tutong.

penduduk dan juga menjadi kemegahan rakyat bagi sesebuah negara. "Sebagai lambang kedaulatan negara adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita semua untuk menjaga kehormatannya. Penghormatan terhadap bendera dapat dijadikan sebagai media untuk mempertebalkan rasa nasionalisme dan jiwa patriotisme untuk menjamin tetap tegaknya kedaulatan negara dan keutuhan bangsa kita," ujarnya. Untuk itu, katanya lagi, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Sekolah-Sekolah memainkan peranannya dalam sama-sama menanam nilai-nilai murni kepada murid-murid yang merupakan generasi pelapis dan pewaris bangsa kitani. Majlis diteruskan dengan persembahan koir 'Tanah Airku' dan 'Berkibarlah Bendera' yang dipersembahkan oleh murid-murid sekolah tersebut diikuti dengan tayangan Video Semarak Pengibaran Bendera Negara dan Video Animasi

Tatacara Menaikkan Bendera Negara. Persembahan koir daripada juara Pertandingan Koir Lagu-lagu Patriotik Antara Mukim-Mukim Bagi Daerah Tutong, Kumpulan Koir Telisai Harmonics yang mempersembahkan lagu 'Medley Tekad Pewaris / Sumpah dan Janji' turut menyerikan lagi majlis. Pada tahun ini, sejumlah 10,000 bendera-bendera kecil meja telah diagih-agihkan di seluruh negara sebagai usaha menyemai kecintaan dan rasa patriotisme dalam jati diri belia dari akar umbi. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 450 bendera kecil diagihkan bagi sekolah rendah, ugama / Arab di daerah ini. Pada majlis itu, pengagihan bendera kecil meja kepada wakil-wakil sekolah rendah dan ugama / Arab serta belia-belia disempurnakan oleh tetamu kehormat. Para jemputan juga melawat mini pameran yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan dan seterusnya

beredar ke kelas-kelas bagi melihat aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh murid sekolah berkenaan. Antara aktiviti yang diadakan termasuk mewarna bagi murid Darjah Pra dan I, Memadankan Tema bagi murid Darjah 4, aktiviti tulisan Jawi bagi murid Darjah 5 dan aktiviti 'Kenali Negara Kitani' bagi muridmurid Darjah 6. Acara antara lain bertujuan bagi memeriahkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 Tahun 2017 agar kita berasa bangga kerana mempungai negara yang merdeka, aman dan damai dibawah taufik dan inayah Allah dan menjadi negara Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Juga hadir, Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara daerah ini, pegawai-pegawai kanan kerajaan, penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung daerah ini, guru-guru besar, guru-guru besar ugama, guru-guru dan muridmurid.


12

PELITA BRUNEI HARI ISNIN 27 FEBRUARI 2015 HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

13

HARIBRUNEI SABTUHARI 18 FEBRUARI 2017 PELITA ISNIN 27 FEBRUARI 2015

Keberangkatan meriahkan Sambutan Tahun Baharu Tionghua 2017 Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2017 (kiri).

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat bagi memeriahkan Majlis Ramah Mesra

KEBAWAH DYMM berkenan menandatangani skrin sejurus selepas beramah mesra bersama penuntut-penuntut di Rumah Terbuka melalui video conference. Juga menyaksikan pada majlis menandatangani tersebut ialah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2017. Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha pada Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2017 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, selaku Penasihat Kehormat majlis dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh yang juga selaku Pengerusi Majlis serta Ahli-Ahli Jawatankuasa Tadbir Tertinggi Majlis. Berangkat sama, ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain. Sejurus keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja di Dewan Plenari, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan dan diikuti pula pesambah ke hadapan majlis Kebawah DYMM. Setelah itu, lafaz ikrar taat setia dibacakan ke hadapan majlis baginda yang diketuai oleh Awang Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman @Tan Kah Hock yang juga selaku Setiausaha Merangkap Ketua Perancang Acara Persembahan Majlis berkenaan. Majlis ramah mesra perayaan turut diserikan

dengan persembahan tarian tradisional daripada para pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan menerusi konsep yang berteraskan budaya tradisional Melayu dengan adunan budaya Masyarakat Tionghua. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, acara persembahan kali ini diadakan dengan konsep baharu yang bertemakan 'Belia Berinovasi Penggerak Wawasan Negara' yang mengetengahkan golongan muda itu merupakan aset penting bagi mempercepatkan proses pembangunan negara demi mencapai Wawasan Negara 2035. Majlis anjuran Masyarakat Tionghua kali ini juga untuk pertama kalinya mengadakan konsep Rumah Terbuka melalui video conference dengan tujuan untuk memberi peluang kepada baginda berdua serta kerabat diraja yang lain berinteraksi dan beramah mesra bersama rakyat jelata. Inisiatif itu bukan sahaja menggambarkan sikap penyayang dan keprihatinan seorang raja yang berjiwa rakyat, malah ia juga meningkatkan tahap kesetiaan rakyat dan penduduk di negara ini terhadap Kebawah DYMM. Persembahan juga diserikan dengan bacaan pantun dan syair dengan diselang-selikan dengan Tarian Melayu dan Tionghua dalam mencerminkan interaksi budaya dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sebelum berangkat meninggalkan majlis,

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja berkenan menerima junjung ziarah daripada para peserta kanak-kanak yang menyertai persembahan.

Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta kerabat diraja berkenan

menerima junjung ziarah daripada Masyarakat Tionghua. Sambutan Tahun Baharu Cina 2017, iaitu

Tahun Ayam Api disifatkan memberi kekayaan dan keuntungan bagi kepercayaan Masyarakat Tionghua.

BERANGKAT sama, ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, iaitu Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah.

JUGA berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam serta kerabat diraja yang lain.

ANTARA persembahan warna-warni semasa Majlis Ramah Mesra Perayaan Tahun Baharu Tionghua 2017 (kiri). Manakala gambar kanan, lafaz ikrar taat setia dibacakan ke hadapan majlis Kebawah DYMM yang dengan diketuai oleh Awang Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman @Tan Kah Hock yang juga selaku Setiausaha Merangkap Ketua Perancang Acara Persembahan Majlis berkenaan.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI TAJUK TAWARAN : 1. UNISSA/SB0157/2016/2017 MEMBEKAL, MEMASANG PROJEKTOR DAN MENUKAR VGA PORT BAGI BILIK-BILIK KULIAH UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran boleh didapati : BAHAGIAN KEWANGAN TINGKAT 1 BANGUNAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN SIMPANG 347, JALAN PASAR BAHARU GADONG, BE1310 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Pada waktu-waktu seperti berikut : Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi

4. Yuran tawaran adalah BND10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah. 5. Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disedia di Tingkat Bawah, Bangunan Pentadbiran dan Kewangan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Universiti Islam Sultan Sharif Ali Simpang 347, Jalan Pasar Baharu Gadong, BE1310 Negara Brunei Darussalam. 6. Tawaran hendaklah disimpan di dalam sampul surat tertutup rapi. Pada sampul surat berkenaan hendaklah ditulis di sebelah kiri atas tanpa menyatakan sebarang nama atau logo syarikat. 7. Tawaran hendaklah dikembalikan tidak lewat pada 28 Februari 2017, Selasa, jam 2.00 Petang. Tawaran yang lewat dihantar tidak akan diterima. 8. Sijil pendaftaran syarikat dari Pejabat Peguam Negara (Form 16 dan 17 / Form X) hendaklah disertakan bersama tawaran. 9. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau sebarang tawaran.


AGAMA

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

15

Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC)

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi (Tetap) Majlis Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) (tiga, kiri) ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Majlis NDMC Ke-43 bertempat di Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan

(NDMC) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia

Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Majlis NDMC Ke-43 Tahun bertempat di Masjid Perpindahan Lambak Kanan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi (Tetap) Majlis NDMC. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Haji Abdul Malik bin Haji Jumat dan diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin serta Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Khairul Arifin bin Haji Yussop. Bacaan Dikir Ashraqal dan Doa Kesyukuran yang dibacakan oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Haji Abdul Malik meneruskan majlis itu. Hadir sama, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, selaku Penghulu Mukim Berakas 'B'; Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman

@ Othman, selaku Ketua Kampung Masjid Lama Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KHEDN. NDMC yang juga dikenali sebagai National Disaster Management Centre mula ditubuhkan pada 1 Ogos 2016 di bawah mandat Perintah Pengurusan Bencana, 2006. Sejak ditubuhkan, pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh NDMC dengan kerjasama pelbagai agensi dalam sama-sama memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta penduduk di negara ini dari sebarang kejadian yang tidak baik. Salah satu dari pendekatan yang diambil oleh NDMC ialah pengurangan risiko bencana atau disaster risk education yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kerosakan dan kerugian yang dibawa oleh sesuatu kejadian bencana melalui tindakan-tindakan yang teratur serta bersistematik. NDMC terletak di Jalan Landasan Lama Berakas berdekatan dengan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

UBD, UNISSA dan UTB Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Othman (tengah) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Ke-43 Tahun bertempat di Masjid Universiti Brunei Darussalam.

TUNGKU LINK, Khamis, 16 Februari. - Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Ke-43 Tahun

Kementerian Pertahanan dan ABDB

diadakan di Masjid Universiti Brunei Darussalam (UBD). Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah juga merupakan Pro Canselor UBD, Pro Canselor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Pro Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB). Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Acara dimulakan dengan menunaikan Solat Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid UBD, diikuti dengan Solat Sunat Hajat Berjemaah.

Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Timbalan Rektor UNISSA, Dr. Haji Muhammad Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan diikuti dengan Solat Fardu Isyak Berjemaah sebelum majlis berakhir. Turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Rektor UNISSA, Dr. Haji Norarfan bin Haji Zainal; Naib Canselor UBD, Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz dan Naib Canselor UTB, Profesor Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Majlis merupakan anjuran bersama UNISSA, UBD dan UTB.

Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

BOLKIAH GARISON, Khamis, 16 Februari. - Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di semua surau di Perkhemahan dan Garison ABDB sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB Ke-43 Tahun. Hadir pada majlis utama yang diadakan di Surau Ad-Difa' Kementerian Pertahanan, Bolkiah

Garison, ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit. Turut hadir, ialah Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, serta Pemerintah-Pemerintah Tentera, Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi), pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan ABDB, pegawai-pegawai dan kakitangan awam Kementerian Pertahanan dan ABDB.

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (dua, kanan) dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah (tiga, kanan) semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB Ke-43 Tahun.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Maa'idah oleh Sarjan (U) Haji Muhamad Syasuandi bin Haji

Abu Bakar dari Jabatan Agama ABDB (JAMA'AT) diikuti dengan Sembahyang Fardu Maghrib,

Sembahyang Sunat Hajat, bacaan Surah Yaa Siin dan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.


16

NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Doa Kesyukuran sempena Puja Usia DPMM Pasukan Polis Diraja Brunei Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin

PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (tengah) semasa hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis Ke-43 Tahun, di Surau Polis Diraja Brunei Gadong.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Inspektor Jeneral Polis Ke-43 Tahun, di Surau Polis Diraja Brunei Gadong. Hadir pada majlis itu, ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy

bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. Turut hadir, ialah Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, selaku Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin beramai-ramai yang diikuti dengan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah dan Doa Kesyukuran yang diimamkan oleh APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir. Majlis tersebut dikendalikan oleh Badan Ugama Islam, PDB yang dipengerusikan oleh S/SUPT Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali.

Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam Berita dan Foto : Ihsan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam BERIBI, Khamis, 16 Februari. Sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pengakap Ke-43 Tahun, Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi Gadong. Hadir pada majlis tersebut ialah Presiden PPNBD, Dato Paduka Awang

Haji Idris bin Haji Abas. Hadir sama pada majlis tersebut, ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Awang Badar bin Haji Awang Ali; Pesuruhjaya Antarabangsa, Awang Abdul Manan bin Haji Abdul Latip; Setiausaha Agung, Awang Haji Zainuddin bin Haji Jaafar; Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Ibu Pejabat, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli pengakap. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Maghrib Berjemaah dan diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin serta Doa Kesyukuran dan diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

MAJLIS Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pengakap Ke-43 Tahun yang diadakan di Surau Persekutuan Pengakap, Kampung Beribi Gadong.

21 peserta terima sijil Program Latihan Serantau Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman GADONG, Khamis, 16 Februari. Seramai 21 peserta daripada 11 negara ahli Organisasi Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) bagi Program Latihan Serantau 'Memperkukuhkan Penilaian Kompetensi dalam Pendidikan dan Latihan' telah menerima sijil masing-masing pada majlis penutup program berkenaan yang berlangsung di Pusat Serantau SEAMEO bagi Pendidikan Teknikal dan Vokasional (SEAMEO VOCTECH), di sini. Sijil disampaikan oleh tetamu

kehormat, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman. Terdahulu, TYT Datuk Ghulam Jelani dalam ucapannya berkata, penilaian kompetensi yang sesuai adalah bagi memastikan peningkatan dalam proses mengajar serta hasil pembelajaran dan digunakan bagi menilai kompetensi setiap pelajar dalam melaksanakan tugas yang diberikan.

KURSUS tersebut bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuh kebolehan peserta dalam mereka bentuk instrumen penilaian berasaskan kompetensi yang dapat mengukur pembelajaran sebenar para pelajar. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk memahami sepenuhnya dan menemui idea-idea serta inovasi baharu tentang sistem Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Tenggara, yang mana mereka akan dapat membantu membawa peningkatan pada institusi masing-masing juga para pelajarnya.

Walau bagaimanapun, jelas TYT, penilaian yang dilaksanakan hanya dengan menjalani ujian dan peperiksaan itu adalah kurang komprehensif serta maklumat yang diperlukan untuk meningkatkan proses mengajar juga pembelajaran. Menurut TYT, peserta-peserta program itu telah disediakan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam memperkembangkan penilaian berasaskan kompetensi yang menggunakan pelbagai peralatan menghimpunkan bukti serta mengenali kompetensi pembelajaran terdahulu juga pada masa ini. Program selama dua minggu itu bermula pada 4 Februari lalu dan diselaraskan oleh Knowledge Management Manager serta Teacher Education Specialist dari SEAMEO VOCTECH, Dayang Noorhayati Cynthia binti Abdullah. Kursus tersebut bertujuan untuk meningkatkan dan memperkukuh kebolehan peserta dalam mereka bentuk instrumen penilaian berasaskan kompetensi yang dapat mengukur pembelajaran sebenar para pelajar. Selain itu, para peserta juga berpeluang untuk memahami sepenuhnya dan menemui idea-idea serta inovasi baharu tentang sistem Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau

PESURUHJAYA Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Datuk Ghulam Jelani bin Khanizaman (kiri) selaku tetamu kehormat menyampaikan sijil kursus kepada salah seorang peserta.

Asia Tenggara, yang mana mereka akan dapat membantu membawa peningkatan pada institusi masing-masing juga para pelajarnya. Pada akhir kursus, para peserta telah memperkembangkan instrumen penilaian kompetensi yang sesuai serta pelan tindakan bagi pelaksanaan penilaian kompetensi untuk institusi masing-masing.

Negara-negara yang menyertai program adalah Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Republik Rakyat Lao, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste dan Viet Nam. Turut hadir pada majlis berkenaan, pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

17

Tiga perubahan utama dalam pendidikan negara

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (depan, tiga dari kiri) semasa hadir pada Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN).

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said Dari muka 1 Yang Berhormat menerangkan bahawa di peringkat pendidikan rendah, seramai 4,665 calon Sekolah Kerajaan menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan peningkatan peratus yang mencapai Gred 'A' hingga Gred 'C' bagi semua mata pelajaran adalah sebanyak 64.57 peratus, iaitu peningkatan sebanyak 1.69 peratus dari tahun sebelumnya. Walau bagaimanapun, tambahnya, tidak dapat dinafikan bahawa sasaran untuk mencapai peratus Gred 'A' hingga Gred 'C' dalam dua tahun kebelakangan ini tidak tercapai, Kementerian Pendidikan tidak berputus asa dan terus berusaha melalui Inisiatif Pendidikan Rendah (Primary Education Initiatives - PEI) untuk meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar kitani di peringkat PSR. Di peringkat menengah pula,

jelasnya, daripada 7,023 calon yang menduduki peperiksaan ini, seramai 3,036 calon atau 43.23 peratus berjaya memperoleh sekurang-kurangnya 4 kredit 'O' Level / IGCSE. "Seramai 1,071 calon atau 15.25 peratus mendapat 8 ke 11 kredit 'O' Level / IGCSE. Manakala seramai 2,497 calon atau 35.55 peratus mendapat 5 ke 11 kredit 'O' level / IGCSE. Keramaian yang memperoleh sekurang-kurangnya 5 'O' level dalam kalangan calon-calon sekolah kerajaan mencapai 37.01 peratus," ujar Yang Berhormat. Manakala di peringkat pasca menengah, tambah Yang Berhormat, bagi pelajar Tingkatan Enam, seramai 1,796 pelajar di bawah Kementerian Pendidikan telah menduduki Peperiksaan Brunei - Cambridge GCE 'A' Level. Secara keseluruhan, Yang Behormat menyatakan, seramai 1,574 pelajar atau 87.64 peratus pelajar mendapat sekurang-kurangnya 2 'A' Level,

iaitu peningkatan sebanyak 3.26 peratus dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Yang Berhormat seterusnya menyentuh mengenai peringkat institusi pendidikan teknik dan vokasional, yang mana dalam tempoh tiga tahun kebelakangan 2014 sehingga 2016, menunjukkan IBTE terus menjadi tumpuan pelajar untuk mengikuti program berkaitan dengan teknikal dan vokasional, iaitu seramai 2,385 (2014); 2,525 (2015)

dan 2,124 (2016). "Manakala graduan yang berjaya menamatkan pengajian di IBTE dari 2014 sehingga 2016 adalah seramai 7,149 orang," terangnya. Beliau juga menyentuh mengenai beberapa pencapaian di Institusiinstitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dapat dilihat, yang mana pada tahun lepas sahaja, Universiti Brunei Darussalam (UBD) telah mengeluarkan seramai 3,719 graduan; Universiti Teknologi Brunei (UTB)

Pengemaskinian dan penambahbaikan hal ehwal urusan haji

Kementerian Pendidikan tingkatkan tahap pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Menurut Ketua Strategik Prestasi Enterprise dan Unit Pembahagian (SEPADU), Awang Shahrizal bin Haji Emran menerangkan Wawasan Brunei 2035 berhasrat menjadikan negara ini dikenali di seluruh dunia dengan rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya yang diukur berdasarkan piawaian tertinggi antarabangsa. Beliau menjelaskan hal itu pada Sesi Muzakarah bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bertempat di salah sebuah hotel, di sini. Katanya, inisiatif-inisiatif Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan peratus tenaga pengajar yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi serta peratus institusi pendidikan yang berada di tahap minima standard sekolah dalam menyokong pencapaian sasaran Kementerian Pendidikan, antaranya adalah Akademi Guru Brunei Darussalam yang bertujuan untuk memberikan pembangunan profesional berterusan dalam membantu guru-guru meningkatkan kemahiran penilaian untuk memperkayakan pelajar dengan ilmu serta kemahiran Abad Ke-21, Pelaksanaan Rangka Kerja Perkembangan Profesional GuruGuru akan memberikan panduan melaksanakan program perkembangan profesional guru secara lebih bersistematik; dan Latihan perkembangan profesional akan memastikan agar guru-guru sentiasa

memiliki kemahiran-kemahiran yang relevan dan terkini dalam pengajaran serta pembelajaran melalui kursus-kursus jangka panjang juga jangka pendek. Tambah beliau, inisiatif itu adalah untuk menghasilkan peningkatan sistemik dalam kualiti pengajaran serta pembelajaran literasi dan numerasi menggunakan amalan-amalan terbaik pedadogi secara berkesan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran numerasi juga literasi bahasa Inggeris yang tinggi. Sesi Muzakarah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman; Timbalan Menteri Pendidikan; Ahli-Ahli MMN, Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Timbalan Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) serta ketua-ketua jabatan, bahagian dan unit di Kementerian Pendidikan. Rombongan Ahli-Ahli MMN diketuai oleh Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu. Di samping itu, Sesi Muzakarah ini juga memberikan peluang pada Kementerian Pendidikan menyampaikan perkembangan terkini termasuklah tindakan susulan yang telah, sedang dan akan dijalankan terhadap isu-isu yang pernah ditimbulkan oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat MMN semasa sesi permuzakarahan juga persidangan MMN pada tahun lepas mahupun tahun-tahun sebelumnya.

seramai 1,402 graduan; Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) seramai 329 graduan dan Politeknik Brunei (PB) seramai 1,273 graduan. Dalam keadaan masa kini yang agak mencabar, Yang Berhormat menegaskan tanggungjawab utama Kementerian Pendidikan dalam memberikan pendidikan kepada anak-anak Brunei yang bakal menerajui negara tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, tambahnya, Kementerian Pendidikan akan sentiasa gigih meneruskan usahanya dalam meningkatkan kualiti pendidikan di semua peringkat pendidikan bagi melahirkan Sumber Tenaga Manusia yang berkualiti tinggi dan berkemahiran yang mampu berusaha ke arah mempelbagaikan sumber ekonomi negara. Yang Berhormat yakin idea-idea yang besar adalah diperlukan bukan sahaja dari pihak Kementerian Pendidikan, tetapi juga dalam kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat yang dilantik. Melalui Sesi Muzakarah tersebut, diharap akan dapat memberikan peluang kepada kita semua bersuai kenal dan memahami Kementerian Pendidikan khususnya mengenai isu-isu, inisiatif, aktiviti dan cabaran yang dihadapi.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kiri) ketika mengadakan mesyuarat bersama Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin, di Jeddah, Arab Saudi.

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama JEDDAH, ARAB SAUDI, Khamis, 16 Februari. - Usaha-usaha sedang dilaksanakan oleh Kementerian Haji dan Umrah serta Kerajaan Arab Saudi dalam pengemaskinian dan penambahbaikan hal ehwal urusan haji seperti penginapan, pengangkutan, penerbangan dan lain-lain lagi bagi Musim Haji Tahun 1438 Hijrah nanti. Dalam pada itu, pujian dan penghargaan turut diberikan kepada jemaah-jemaah haji Negara Brunei Darussalam yang sentiasa berdisiplin tinggi di bawah pengendalian Pejabat Sementara Urusan Haji Negara Brunei Darussalam Musim Haji 1437H bersama-sama dengan Syarikat-

Syarikat Perkhidmatan Pakej Haji Negara Brunei Darussalam dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB). Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin semasa perjumpaan dan Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan Peringkat Menteri Tahun 1438H bagi Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Bangunan Kementerian Haji dan Umrah di Jeddah, Arab Saudi. Mengetuai bagi Kerajaan Brunei ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz

Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Kerajaan Arab Saudi diketuai oleh Menteri Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi, Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin. Turut menghadiri Mesyuarat Pengurusan Haji Tahunan tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Yusoff bin Haji Ismail; Pemangku Konsul Agung Negara Brunei Darussalam di Jeddah, Pengiran Haji Irman bin Pengiran Haji Othman; Pemangku Pengarah Urusan Haji, Awang Haji Abdullah bin Haji Mohamad dan Awang Haji Abd Nasir bin Haji Bolhassan, wakil Syarikat RB. Menteri Hal Ehwal Ugama dalam ucapannya pula melahirkan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Kerajaan Arab Saudi dan Kementerian Haji dan Umrah atas pengurusan dan pengendalian cemerlang serta layanan baik yang diberikan kepada jemaah-jemaah haji sepanjang Musim Haji 1437H yang lalu. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya menyambut baik atas undangan dan komitmen tinggi Kementerian Haji dan Umrah, Kerajaan Arab Saudi dalam mengadakan perbincangan dan rundingan berterusan mengenai hal ehwal pengurusan haji bersama Kementerian Hal Ehwal Ugama, semata-mata bagi kepentingan kebajikan dan keselesaan bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam pada setiap musim haji. Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan rombongan seterusnya menghadiri Majlis Jamuan Makan Tengah Hari yang dihoskan oleh Yang Berhormat Dr. Mohammed Salih bin Tahir Bentin.


18

NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Promosi keunikan cita rasa masakan Brunei Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hamzah Mohidin

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong berkata, perlunya membina hubungan yang kukuh antara chef tempatan dan antarabangsa yang terkemuka jika ingin berjaya dan membina industri makanan yang inovatif dan pelbagai. ''Kita juga berhasrat untuk membina dan meningkatkan tahap kakitangan yang berkemahiran dalam industri makanan dan minuman,'' jelas Yang Berhormat semasa melancarkan Minggu Masakan Brunei yang berlangsung di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini. Menurut Yang Berhormat, KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan juga akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia, institusi-industri pendidikan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) bagi menyokong para penduduk di Negara Brunei Darussalam yang gemar dalam industri masakan serta memperluaskan lagi pengalaman mereka di luar negara bagi mencapai pengiktirafan bertaraf dunia. Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan, objektif acara ini adalah untuk meraikan Negara Brunei Darussalam dan mewujudkan

kesedaran mengenai Masakan Brunei; untuk menggalakkan lebih banyak hotel dan restoran menghidangkan masakan Brunei dengan cara yang lebih menarik; untuk memperbaiki rasa dan meningkatkan mutu hidangan Brunei untuk disediakan sebagai sebahagian daripada makanan yang bercita rasa atau pada majlis yang diadakan serta untuk memberikan pengalaman unik dalam masakan Brunei kepada pengunjung dalam atau luar negara. Yang Berhormat menambah, kemuncak bagi Minggu Masakan Brunei adalah bagi mempromosi Brunei Bamboo Chicken sebagai makanan asli Brunei yang lazat dengan mempamerkan kepelbagaian masakan Brunei dan mewujudkan kesedaran dalam kemahiran masakan Brunei secara meluas. ''Kami mempunyai 15 peserta hotel dan syarikat restoran yang mengambil bahagian dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei sebagai rakan kongsi. Kami gembira menyatakan bahawa syarikat penerbangan juga akan menghidangkan Masakan Brunei semasa Hari Kebangsaan dalam Penerbangan Serantau. Ini sangat ketara dalam usaha untuk mempromosikan masakan tempatan dalam memberi peluang pelancong merasai Masakan Brunei, sebelum tiba di negara kita yang indah ini,'' ujar Yang Berhormat.

Yang Berhormat seterusnya berkata, restoran yang mengambil bahagian mempromosikan hidangannya tersendiri, di mana masakan Brunei dihidangkan secara bufet atau Menu Ala carte. Semasa Minggu Masakan Brunei ini jelas Yang Berhormat, juga diadakan rating program di mana mereka telah mengenal pasti empat hakim dengan latar belakang yang berbeza serta berpengalaman dalam industri untuk menilai dari segi persembahan, rasa, kreativiti masakan yang dihidangkan oleh setiap restoran semasa acara. Tambah Yang Berhormat, para hakim memberi penilaian kepada semua peserta hotel dan restoran yang menyertai Minggu Masakan Brunei dan pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan yang dijangka diadakan pada bulan April 2017. Pada Minggu Masakan Brunei, Yang Berhormat Menteri SumberSumber Utama dan Pelancongan juga menyampaikan sijil penyertaan kepada wakil-wakil agensi yang mengambil bahagian dalam majlis pelancaran tersebut. Agensi yang mengambil bahagian untuk Minggu Masakan Brunei termasuk D'Anggerek Serviced Apartment; Charcoal BBQ and Grill Restaurant; MyTown Restaurant; Orchid Garden Hotel; Keoja Hotel; Radisson Hotel; Royal Brunei

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong menyampaikan sijil kapada salah sebuah restoran dan hotel yang mengambil bahagian di pameran tersebut.

Airlines; Royal Brunei Catering Seasons Restaurant; Tarindak d'Seni; Tarindak d'Polo; The Brunei Hotel; The Coffee Bean and Tea Leaf; The Empire Hotel and Country Club; The Rizqun International Hotel; URBN Kitchen dan V-Plaza Hotel. Minggu Masakan Brunei dianjurkan bersempena Sambutan Hari

Kebangsaan Ke-33 yang merupakan satu inisiatif KSSUP dan Lembaga Pelancongan Brunei Minggu Masakan Brunei di mana kementerian telah bekerjasama dengan beberapa hotel dan restoran di Brunei Darussalam termasuk Penerbangan Diraja Brunei, Brunei Press Sdn. Bhd. dan Persatuan Ejen Pelancongan.

Beberapa pindaan dilaksanakan

KETUA Hakim Syari'e, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar (kiri) menyampaikan ceramah bertajuk 'Pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah di Negara Brunei Darussalam'.

Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari 2017. - Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Kuliah Khas 'Melayu Islam Beraja (MIB)' di Auditorium, UNISSA. Ceramah bertajuk 'Pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah di Negara Brunei Darussalam' telah disampaikan oleh Ketua Hakim Syari'e, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Salim bin Haji Besar. Menyentuh mengenai Pelaksanaan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syari'ah, 2013, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin menjelaskan, terdapat beberapa pindaan pelaksanaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah, sebagai contoh, pindaan

dari segi bidang kuasa eksklusif, Mahkamah Rendah Syariah diberi kuasa dengan boleh mengenakan hukuman denda tidak lebih BND28,000 penjara 7 tahun dan hukuman sebat. Sementara, Mahkamah Tinggi Syariah di dalam bidang kuasa jenayahnya, diberi kuasa untuk mendengar kes-kes yang membawa kepada hukuman mati sama ada hadd atau qisas, hukuman sebat dan hukuman potong tangan dalam kesalahan hadd. Mahkamah Tinggi Syariah juga diberikan kuasa bagi perintah tahanan penjara seumur hidup dan penjara tidak melebihi 30 tahun serta denda tidak melebihi BND100,000 termasuk kuasa hukuman atau perintah membayar diyat, 'arsy bagi kesalahan qisas. Menurut kajian yang dijalankan ke

atas 196 buah negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 57 buah negara di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mendapati hanya 10 buah negara yang melaksanakan dan cuba melaksanakan hudud iaitu Libya, Pakistan, Iran, Sudan, Afghanistan, Nigeria Utara, UAE, Malaysia (Kelantan dan Terengganu) dan terkini Brunei dan Wilayah Aceh, Indonesia. Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin juga menekankan tentang azam dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memperkasakan Undang-Undang Islam. Contoh jelas yang menunjukkan keazaman baginda ialah perancangan untuk menyesuaikan Undang-Undang Brunei dengan kehendak Hukum Syara', di mana satu Jawatankuasa Khas Majlis Ugama Islam atas titah perkenan baginda telah ditubuhkan

pada 21 Julai 1980 yang bertujuan untuk meneliti Undang-Undang Brunei yang berkuat kuasa pada masa itu dan membuat penyesuaian dengan kehendak ugama Islam. Status pendidikan dan pengetahuan serta pengalaman yang tinggi dalam bidang keugamaan dan akademik di kalangan rakyat dan penduduk Brunei Darussalam adalah antara faktor penyumbang kepada kesesuaian bagi negara ini dalam pelaksanaan hudud. Penggubal undang-undang yang memperuntukkan undang-undang berkait maslahat masyarakat seperti undang-undang jenayah, kesihatan, pendidikan, agama dan sebagainya adalah bukti kestabilan Brunei untuk melaksanakan hudud. Oleh itu, dengan adanya gabungan daripada azam dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta ketaatan rakyat kepada baginda adalah faktor penyumbang utama kepada pemerkasaan dan pelaksanaan undang-undang Islam di Brunei Darussalam. Sebagai kesimpulan, Negara Brunei

Darussalam sebagai sebuah negara yang aman adalah sesuai bagi pelaksanaan hudud kerana pentadbiran negara, penggubalan undang-undang dan pelaksanaan undang-undang di Brunei berada di bawah kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia. Dengan termeterainya Perlembagaan Brunei pada tahun 1959, pencapaian kemerdekaan Brunei pada tahun 1984 serta kukuhnya falsafah Melayu Islam Beraja dalam kalangan rakyat dan penduduk Brunei yang sangat patuh dan taat kepada raja merupakan penyumbang kepada kesesuaian dan kestabilan pelaksanaan hudud di Brunei. Hadir sama mendengarkan kuliah tersebut ialah Penolong Rektor UNISSA, Dr. Arman bin Haji Asmad; pengarah-pengarah pusat, pegawai-pegawai, kakitangan dan mahasiswa-mahasiswi UNISSA. Kuliah dipengerusikan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Syafi'e, UNISSA, Dr. Azme bin Haji Matali.

Cawangan TAP Kompleks Yayasan ditutup kekal BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) memaklumkan bahawa cawangan TAP bertempat di Unit 1.25(A), Tingkat 1, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan telah ditutup secara kekal bermula bulan ini. Menurut Siaran Akhbar TAP, orang ramai khususnya ahli dan majikan yang lazimnya berurusan di cawangan berkenaan bolehlah mengunjungi ibu pejabat TAP bertempat di Unit 4, Tingkat Bawah, Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB), Jalan

Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja Kianggeh. Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi cawangan-cawangan TAP di Daerah Tutong, iaitu di Unit 11GF, Aras Bawah, Petani Mall, Lot 13096, Kampung Petani, Pekan Tutong; di Belait, iaitu di Unit 8 dan 9, Tingkat Bawah, Blok 'A', Bangunan Pg. Haji Ali Bersaudara, Jalan Jaya Negara, Kampung Pandan; dan di Temburong di Ruang Kedai A4, Tingkat Bawah, Bangunan Baharu Kompleks Perniagaan Bumiputra,

Pekan Bangar. Manakala bagi majikan dan ahli yang telah pun berdaftar ke e-Amanah, bolehlah membuat urusan bersama TAP secara dalam talian (online) dengan mendaftar masuk ke akaun masing-masing melalui laman sesawang TAP, www.tap.com.bn. Untuk sebarang maklumat dan pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan TAP melalui talian +673 2382800 semasa waktu bekerja.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

19

Minggu Masakan Brunei dilancarkan di Daerah Belait Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Jumaat, 17 Februari. - Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melancarkan Minggu Masakan Brunei di daerah ini yang dirasmikan oleh Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Minggu Masakan Brunei bertujuan untuk meraikan Negara Brunei Darussalam dan mewujudkan kesedaran mengenai masakan Brunei; untuk menggalakkan lebih banyak hotel dan restoran menghidangkan masakan Brunei dengan cara yang lebih menarik; untuk memperbaiki rasa dan meningkatkan mutu hidangan Brunei untuk disediakan sebagai sebahagian daripada makanan yang bercita rasa atau pada majlis yang diadakan serta untuk memberikan pengalaman unik dalam masakan Brunei kepada pengunjung dalam atau luar negara. Kemuncak bagi Minggu Masakan Brunei adalah bagi mempromosi Brunei Bamboo Chicken sebagai makanan asli Brunei yang lazat dengan mempamerkan kepelbagaian masakan Brunei dan mewujudkan kesedaran dalam kemahiran masakan Brunei secara meluas. Secara keseluruhan, terdapat 15 hotel dan restoran yang akan mempromosikan signature dish

mereka sendiri, di mana masakan Brunei dihidangkan secara bufet atau 'Ala Carte'. Agensi yang mengambil bahagian untuk Minggu Masakan Brunei termasuk D'Anggerek Serviced Apartment, Charcoal BBQ and Grill Restaurant, MyTown Restaurant; Orchid Garden Hotel, Keoja Hotel, Radisson Hotel, Royal Brunei Airlines, Royal Brunei Catering Seasons Restaurant, Tarindak d'Seni, Tarindak d'Polo, The Brunei Hotel, The Coffee Bean and Tea Leaf, The Empire Hotel & Country Club, The Rizqun International Hotel; URBN Kitchen dan V-Plaza Hotel. Semasa Minggu Masakan Brunei ini juga diadakan rating program di mana empat hakim dengan latar belakang yang berbeza serta berpengalaman dalam industri akan menilai dari segi persembahan, rasa, kreativiti masakan yang dihidangkan oleh setiap restoran semasa acara berlangsung. Para hakim memberi penilaian kepada semua peserta hotel dan restoran yang menyertai Minggu Masakan Brunei di mana pemenang akan diumumkan pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan yang dijangka diadakan pada bulan April 2017. Program ini merupakan kali pertama dianjurkan oleh KSSUP yang dihasratkan mempromosi masakan tempatan yang akan dinaikkan kepada standard yang lebih tinggi selain untuk menarik minat belia dalam bidang masakan. Pada majlis tersebut, Yang

Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan turut menyampaikan sijil penyertaan kepada dua orang wakil agensi dari Kuala Belait, iaitu Keoja Hotel dan V-Plaza Hotel yang mengambil bahagian pada majlis pelancaran tersebut. KSSUP melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan seperti Majlis Perancangan Tenaga Manusia, Institusi Pendidikan, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) untuk menyokong rakyat Brunei yang didorong dan bersemangat dalam industri kulinari dan mahu lebih cemerlang serta mendapat pengalaman antarabangsa untuk mencapai pengiktirafan bertaraf dunia. Sementara itu, Keoja Hotel telah memperkenalkan masakan Bamboo Chicken sempena Hari Kebangsaan di mana masakan tersebut merupakan makanan tradisional tempatan dipanggil makanan Pansuh, yang bermaksud memasak makanan atau hidangan dalam batang buluh. Dalam temu bual bersama Cef Dendi, beliau menjelaskan bahawa idea untuk menghasilkan Bamboo Chicken itu diperolehi dari kawan baiknya dan kemudiannya memperkenalkan kepada umum untuk sepanjang perayaan Sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang. Jelasnya, masakan itu dimasak dari bahan semula jadi, bersih, mudah dan murah. Antara bahan-bahannya daging, ayam, ikan, sayur-sayuran dan juga nasi bersama-sama dengan

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (kanan) menyaksikan hidangan yang dipromosikan.

rempah-rempah. Semua bahan-bahan itu dimasukkan bersama-sama ke dalam batang buluh, kemudian secara langsung diletakkan di atas api terbuka untuk dimasak. Keunikan menggunakan batang buluh akan memberikan aroma dan tekstur makanan yang lazat. Menyentuh mengenai sayuran, beliau menjelaskan Pakis Hutan merupakan sayuran yang sangat istimewa dalam diet, mempunyai daun kerinting dan sangat rangup walaupun selepas ia telah masak. Sementara itu, Ayam Pansuh ujarnya, ialah ayam dan serai dimasak dalam batang buluh di atas api terbuka

secara semula jadi yang menghasilkan rasa ayam yang empuk dengan kuah wangi. Acara itu juga telah disokong oleh Persatuan Brunei Hotel, CHMP Media, Borneo Bulletin, Media Permata, Persatuan agensi Pelancongan Brunei dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei. Turut hadir pada majlis pelancaran rasmi yang berlangsung di Keoja Hotel ialah Setiausaha Tetap KSSUP, Timbalan Setiausaha Tetap KSSUP, Tourism Ahli Lembaga Brunei, Restoran, Ltd, dan Travel Agencies berpangkalan di Kuala Belait dan Seria.

Perkenalkan kebudayaan tradisional dan bahasa Jepun

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (dua, kanan) dan isteri (kanan) bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki (dua, kiri) dan Pengurus Am Pusat Membeli-Belah Times Square, Dayang Amal Majidah (kiri) semasa melancarkan Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun 2017 di Pusat Membeli-Belah Times Square.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohamad Azmi Awang Damit

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Februari. - Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun akan

berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Membeli-Belah Times Square yang dianjurkan oleh Kedutaan

Jepun bertujuan bagi memperkenalkan kebudayaan tradisional dan bahasa Jepun di negara ini. Pelancaran Minggu Kebudayaan dan Bahasa Jepun yang juga dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Jepun dan Pusat Membeli-Belah Times Square itu disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan

Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat dan isteri. Dalam ucapannya, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki turut menjelaskan mengenai peluangpeluang melanjutkan pengajian di Jepun, program pertukaran belia dan maklumat pelancongan. Menurut PYT, kedutaan negara tersebut telah mengundang seramai tujuh ahli daripada kumpulan persembahan gendang tradisional Jepun, iaitu Hibikiya yang akan mengadakan persembahan selama tiga hari sepanjang minggu kebudayaan dan bahasa berkenaan. ''Hibikiya menjalinkan kerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain yang pakar dalam aktiviti-aktiviti seperti tarian Jepun, susunan bunga Jepun dan upacara meminum teh Jepun,'' jelas PYT. PYT turut menerangkan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang acara tersebut berlangsung yang merangkumi demonstrasi

masakan Jepun oleh cef kediaman rasmi Kedutaan Jepun, Eiji Usuki; Bengkel Membuat Kikik, Pertunjukan Kendo, Pertunjukan Yo-yo dan Kendama, rancangan kuiz dan nyanyian serta Tarian Jepun. Selain itu, tambah PYT, terdapat juga petak pameran yang mengongsikan maklumat mengenai peluang bagi melanjutkan pengajian ke negara matahari terbit itu termasuk Biasiswa Kerajaan Jepun oleh BAJA, pembentangan mengenai Nipponmaru oleh Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) serta Program Rangkaian Pertukaran bagi Pelajar dan Belia Jepun - Asia Tenggara (JENESYS) oleh Alumni JENESYS. Selain itu, ujar PYT, acara tersebut juga disertai oleh delegasi daripada wilayah Miyazaki bagi memperkenalkan pelbagai buahbuahan yang mereka hasilkan di wilayah berkenaan. Yang Berhormat turut diberikan taklimat mengenai wilayah Miyazaki, persembahan gendang tradisi Jepun serta persembahan daripada pelukis kontemporari Jepun dan seterusnya menyaksikan petak-petak pameran.

Penyertaan Pertandingan Kebangsaan Biologi meningkat 25 peratus Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi TUNGKU, Khamis, 16 Februari. Seramai 24 penuntut dari enam buah sekolah menerima anugerah pencapaian bagi penyertaan di Pertandingan Kebangsaan Biologi University of Toronto (UofT) Kanada Ke-22, Tahun 2016. Penyampaian sijil kepada para penuntut berkenaan telah berlangsung di CAE Brunei Multipurpose Training Centre (MPTC) Tungku, Gadong, dan disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marina Laker. Semasa berucap, PYT turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan para pelajar yang ikut serta dalam pertandingan anjuran UofT, Kanada dan berharap pelajar-pelajar dari negara ini akan terus dan tetap

menyertainya dalam pertandingan tahunan tersebut. Menurut beliau lagi, tahun 2017 merupakan satu pencapaian bagi Kanada yang akan meraikan 150 Tahun Konfederasi Kanada yang juga turut memfokuskan kepada belia dan masa depan sebagai keutamaan. Terdahulu, Pengetua Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan, Awang Haji Ismail bin Haji Zainal turut memberikan kata-kata aluan. Pertandingan Kebangsaan Biologi merupakan pertandingan antarabangsa yang diadakan setiap tahun yang mana akan menguji dan merangsang kemampuan pelajar-pelajar dalam pengetahuan mata pelajaran Biologi di peringkat menengah. Penyertaan pada tahun 2016 menyaksikan peningkatan sebanyak

25 peratus berbanding tahun sebelumnya dengan penyertaan sebanyak 240 telah diterima daripada enam buah pusat tingkatan enam di negara ini. Pada majlis tersebut, para pelajar berkenaan bersama-sama PYT juga dibawa melawat kemudahan yang terdapat di CAE Brunei MPTC Tungku yang juga merupakan satu-satunya pusat simulasi yang tercanggih di rantau ini. Negara Brunei Darussalam telah menyertai Pertandingan Kebangsaan Biologi UofT Kanada buat pertama kalinya dalam tahun 2002 melalui Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kedutaan Kanada di Negara Brunei Darussalam, para guru serta ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang diraikan.

PESURUHJAYA Tinggi Kanada ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marina Laker (kanan) semasa menyampaikan anugerah kepada salah seorang peserta.


20

AGAMA/ NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Menjayakan Wawasan Negara

M

ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Pada tahun ini kita menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-33, iaitu pada hari Khamis, 26 Jamadilawal 1438 Hijrah bersamaan 23 Februari 2017 Masihi. Selaku rakyat dan penduduk negara ini, kita patut

bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana mengurniakan nikmat keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Semua ini adalah berkat kita berpegang teguh dengan ajaran agama Islam, iaitu mengerjakan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya, di samping hidup bersatu padu tanpa mengira bangsa dan agama. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imraan, ayat 103 : Tafsirnya : ''Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan antara hati kamu dengan nikmat agama Islam, maka menjadilah kamu dengan nikmatnya itu (orang-orang Islam) yang bersaudara.'' Alhamdulillah, kita bersyukur kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku pemimpin negara menjunjung tinggi ajaran Islam dalam pemerintahannya dan menjadikan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara, sebagaimana titah baginda dalam Permasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, 33 tahun yang lalu. Antara petikan titah baginda itu ialah : ''Demikian juga Islam ialah agama yang menjamin seluruh kepentingan rakyat dan penduduk dengan tidak mengira apa jua agama, suku kaum dan keturunan. Pendek kata agama Islam adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan untuk semua. Kerana itu tidak siapa perlu takut dan ragu mengenainya.'' Sesungguhnya ini adalah satu keistimewaan negara kita yang menghidupkan semangat kebangsaan, ketaatan kepada raja dan menjunjung tinggi agama Islam dengan

penuh iltizam serta menerajui Wawasan Negara 2035. Oleh itu, selaku rakyat mestilah membuka minda untuk memperkukuhkan wawasan tersebut. Sebagaimana yang kita maklum, tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah ''Menjayakan Wawasan Negara''. Sesungguhnya Wawasan Negara 2035 adalah gagasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Pandangan baginda yang jauh ke hadapan memastikan Negara Brunei Darussalam menjadi sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang berpendidikan, berkemahiran dan berjaya, kehidupan yang berkualiti, ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan. Ke arah mencapai wawasan tersebut, kita perlu bersatu untuk taat setia kepada raja dan negara, yakin pada nilai-nilai agama Islam, mengamalkan nilai-nilai mulia dan sifat berbaik-baik sesama bangsa, agama dan negara. Firman Allah Subhanahu Wata'ala Surah An Nisaa, ayat 59 : Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu.'' Justeru, dalam memastikan Wawasan Brunei 2035 dapat dicapai dengan jayanya, setiap rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam perlu mengambil peranan dan menjadikan diri mereka sebagai aset yang berguna dalam pembangunan negara. Ke arah mencapai Wawasan 2035, amatlah penting bagi rakyat dan penduduk negara ini untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran, menyediakan diri dalam pembangunan negara, serta meningkatkan daya saing, berinovatif, kreatif, membangun ekonomi, politik, sosio-budaya, keselamatan dan sebagainya.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Az Zumar, ayat 9 : Tafsirnya : ''Katakanlah: adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang mengambil pengajaran hanyalah orang-orang yang mempunyai akal yang dapat memikir dan memahami.'' Sesungguhnya untuk mencapai kejayaan dan survival bangsa dan negara, rakyat dan penduduk di negara ini perlu bersatu padu sama ada sektor kerajaan mahupun swasta bersama-sama meningkatkan usaha dalam pembangunan negara bagi mencapai matlamat Wawasan 2035. Oleh itu, bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang Ke-33 ini sama-samalah kita menzahirkan rasa syukur atas keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati pada masa ini, dengan beramai-ramai hadir ke masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat seluruh negara, iaitu pada petang Rabu, 25 Jamadil Awal 1438 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 2017 masihi bagi sama-sama Bersembahyang Maghrib Berjemaah, membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran dengan tumpuan utama di masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan. Mudah-mudahan dengan yang demikian negara kita tetap kekal menjadi sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat dan menjadi ''Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur'', iaitu negara yang aman makmur dan Tuhan Yang Maha Pengampun. Surah Yusuf, ayat 76 : Tafsirnya : ''Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan ada lagi di atas yang lebih mengetahui.''

Tanam rasa cinta pada tanah air Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUNGKU LINK, Khamis, 16 Februari. Universiti Brunei Darussalam (UBD) sekali lagi mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Kebangsaan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 bagi Tahun 2017. Majlis diadakan di hadapan Bangunan Perpustakaan UBD, di sini dan dihadiri oleh Pemangku Naib Canselor, Dr. Teo Siew Yean selaku tetamu kehormat, pegawai-pegawai utama, kakitangan dan pelajarpelajar UBD. Acara dimulakan dengan perbarisan lalu oleh Platun Kadet Tentera UBD yang membawa bendera-bendera negara dan diikuti

dengan bacaan doa. Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera negara oleh tetamu kehormat kepada Ahli-ahli Platun Kadet Tentera UBD bagi acara penaikan bendera. Penaikan bendera diiringi dengan nyanyian beramai lagu kebangsaan dan diikuti dengan nyanyian lagu patriotik 'Berkibarlah Bendera' yang diketuai oleh Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar UBD. Acara tahunan ini diungkayahkan oleh Hal Ehwal Pelajar UBD, dengan tujuan untuk menanamkan rasa cinta pada tanah air khususnya Negara Brunei Darussalam dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan

pelajar-pelajar UBD. Ia juga adalah untuk mendukung hasrat murni dan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam Wawasan Brunei 2035 dan untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebuah Negara Zikir berasaskan falsafah Melayu Islam Beraja dan Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur, selaras dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu 'Menjayakan Wawasan Negara'.

PEMANGKU Naib Canselor, Dr. Teo Siew Yean selaku tetamu kehormat menyerahkan bendera kepada Ahli Platun Kadet Tentera UBD bagi acara penaikan bendera.

UNISSA naikkan bendera kebangsaan Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Upacara Menaikkan Bendera Kebangsaan di kawasan letak kereta universiti

PEMANGKU Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat menyerahkan bendera kebangsaan kepada Kadet Tentera UNISSA.

berkenaan di Gadong. Pemangku Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Ahmad hadir selaku tetamu kehormat pada upacara tersebut juga turut dihadiri oleh warga UNISSA lainnya. Menurut Siaran Akhbar UNISSA, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan penyerahan bendera kebangsaan oleh tetamu kehormat kepada Kadet Tentera UNISSA. Kemudian bendera dinaikkan diiringi oleh lagu kebangsaan, 'Allah Peliharakan Sultan'. Doa Selamat dibacakan oleh Awang Mohammad Rif'at Atiyah bin Anwari dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

21

Bendera lambang kebanggaan negara Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohamad Noor / Morshidi MUKIM SENGKURONG, Jumaat, 17 Februari. - Bendera negara merupakan lambang negara yang harus dibanggakan dan seluruh rakyat diseru dan disarankan untuk mengibarkannya di rumah masing-masing kerana bendera negara merupakan lambang keutuhan negara yang berdaulat lagi merdeka. Seruan tersebut dibuat oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma

Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim selaku tetamu kehormat semasa ditemui oleh Pelita Brunei pada Majlis Upacara Menaikkan Bendera Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 yang dikendalikan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sengkurong 'B' dengan kerjasama Sukarelawan Mukim Sengkurong (SUMUS), di sini. Upacara Menaikkan Bendera Negara tersebut diadakan di Dewan

Kemasyarakatan Mukim Sengkurong, di sini. Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal selaku Penasihat Majlis Perundingan Kampung Tanjong Nangka dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Arshad @Haji Sabli; penasihat-penasihat MPM Sengkurong, MPK Sengkurong 'A' dan MPK Jerudong serta PenghuluPenghulu dan Ketua-Ketua Kampung Zon 5. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Imam

PEMBAWA-PEMBAWA bendera negara diketuai oleh Penghulu Mukim Sengkurong dan Pemangku Ketua Kampung Sengkurong 'B', Awang Haji Musa bin Haji Tahir.

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim selaku tetamu kehormat menyerahkan bendera kecil kepada ketua-ketua perarakan pasukan berbasikal, pasukan bermotosikal dan pasukan kenderaan pacuan empat roda (4wd) yang terdiri daripada Ahli-ahli SUMUS.

Masjid Sultan Sharif Ali, Awang Haji Hamdini bin Haji Gharif diikuti dengan perbarisan lalu didahului oleh Pasukan Serunai dan Tambur, Jabatan Penjara. Perbarisan lalu disertai oleh pembawa-pembawa bendera negara terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung (MPMK) bagi Kawasan Zon 5 iaitu, seramai 12 orang sebagai simbol kampung-kampung di bawah Mukim Sengkurong dan Zon 5 yang diketuai oleh Penghulu Mukim Sengkurong, Awang Haji Musa bin Haji Tahir selaku Pemangku Ketua Kampung Sengkurong 'B' dan disertai oleh Ahli-ahli SUMUS dan Pengawasan Kejiranan Kampung di bawah Mukim Sengkurong. Perbarisan lalu turut disertai oleh pasukan berbasikal, pasukan bermotosikal dan pasukan kenderaan pacuan 4 roda (4WD). Bendera negara kemudiannya

diserahkan kepada tetamu kehormat dari Penghulu Mukim Sengkurong yang seterusnya menyerahkannya kepada pegawai-pegawai daripada Jabatan Penjara untuk dinaikkan. Semasa bendera negara dinaikkan seluruh yang hadir berdiri tegak dan menyanyikan Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' diiringi oleh pasukan koir penuntut-penuntut daripada Sekolah Menengah Sayyidina Hussain. Acara turut menyaksikan pengagihan bendera kecil oleh tetamu kehormat kepada ketua-ketua perarakan pasukan berbasikal, pasukan bermotosikal dan pasukan kenderaan pacuan 4WD yang terdiri daripada Ahli-ahli SUMUS. Perarakan melalui kampungkampung di bawah Mukim Sengkurong itu melibatkan sebanyak 25 penunggang basikal, 6 buah motosikal dan 20 buah kenderaan pacuan 4WD.

Zahirkan tanda kasih dan cintakan negara

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Othman, Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong menyerahkan bendera kepada pasukan pengakap Sekolah Menengah Pehin Datu Seri Maharaja, Mentiri untuk dinaik-kibarkan.

MUKIM MENTIRI, Jumaat, 17 Februari. - Penduduk di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Panchor, Mengkubau diseru untuk sama-sama menjaga keselamatan kampung dari sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di samping menjaga kebersihan terutama bagi menjauhi segala penyakit bawaan nyamuk seperti virus Zika dan sebagainya. Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @Othman yang juga selaku Ketua Kampung Masjid Lama, Pekan Muara,

Sabun dan Pelumpong menegaskan perkara tersebut di Upacara Menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam, Program Semarak Hari Kebangsaan 2017 berlangsung di kawasan lapang laluan masuk utama RPN Kampung Panchor, Mengkubau di sini. Walaupun acara tersebut berlangsung dalam suasana yang sederhana namun Yang Berhormat yakin ia dapat menyuntik semangat patriotisme di kalangan warga penduduk itu khususnya golongan remaja dan belia yang merupakan aset negara pada masa akan datang.

''Saya berharap acara seumpama akan dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan Majlis Perundingan Kampung (MPK) RPN Kampung Panchor, Mengkubau dalam membarigakan acara-acara kenegaraan,'' ujarnya. Terdahulu, Timbalan Pengerusi MPK berkenaan, Awang Haji Hairol bin Haji Selamat berkata, tujuan majlis itu diadakan adalah sebagai tanda kasih dan cintakan negara yang tidak terhingga nilainya selain memanjatkan rasa kesyukuran dengan nikmat yang dikurniakan serta keistimewaan yang diberikan kepada warga penduduk RPN Kampung Panchor, Mengkubau. ''Kejayaan semua ini juga adalah merupakan semangat sokongan yang berterusan dari penduduk-penduduk kampung sentiasa melibatkan diri dengan kegiatan yang dikendalikan. Inilah yang amat saya harapkan, kefahaman dari penduduk kampung dan NGO yang ada di kampung ini agar dapat melibatkan diri tanpa menunggu makluman dan jemputan kerana kita sebagai penduduk kampung punya peranan dan tanggungjawab untuk RPN Kampung Panchor,'' tegasnya. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa MPK tersebut yang sanggup berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan program itu dan ianya akan mengukuhkan semangat perpaduan para penduduk berkenaan secara keseluruhannya. Sementara itu, Ketua Biro Kemasyarakatan dan Perhubungan kampung itu, Dayang Fatimah binti Haji Jamil ketika ditemui Pelita Brunei berkata, acara yang julung-julung kali diadakan itu akan terus dapat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohamad Azmi Awang Damit Darussalam Kali Ke-33 yang akan disambut pada 23 Februari nanti. Beliau juga menyeru para penduduk Kampung RPN tersebut, terutama golongan muda untuk sama-sama

berganding bahu dan bekerjasama dalam menyertai ahli MPK dan sebagainya demi mempertingkat dan memperkembangkan kemajuan kampung khasnya dan negara amnya.

HALUAN Dari muka 2 Atas tujuan ini, Kementerian Perhubungan akan memberi tumpuan kepada isu-isu keberkesanan sistem pengangkutan awam connectivity dan reliability dalam seluruh sektor perhubungan. Dengan connectivity dan reliability ini, kepentingan dan sumbangan sektor perhubungan kepada peraktivitian ekonomi di negara ini akan menjadi lebih substantive. Our contribution to economic development will be more substantive, dengan membuka ruang-ruang perniagaan dan menjana peluang pekerjaan dalam memudah cara rakyat dan penduduk untuk mencari pekerjaan dan rezeki. Dalam memberi tumpuan khusus kepada connectivity dan reliability ini, ia juga menekankan tanggungjawab dan obligasi kerajaan untuk menyediakan infrastruktur dan sistem pengangkutan yang cekap dan berkesan demi pergerakan manusia, maklumat dan barangan yang akan menjadi sistem dukungan kepada

mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035. InsyaaAllah perkara ini akan kita bincangkan dengan lebih lanjut mengenai apa sasaran dan matlamat yang dicapai, iaitu dengan pendekatan berasaskan performance based dan bukannya memberi perkhidmatan sahaja, dan setiap sasaran dan matlamat tersebut memberikan benchmark. Di sinilah, istilah penyediaan sebuah sistem pengangkutan dan perhubungan oleh pihak kerajaan sebagai fardu kifayah / satu kewajipan bagi Kementerian Perhubungan kerana pentingnya sistem ini kepada pembangunan sesebuah negara. Kebergantungan masyarakat kepada pergerakan manusia, maklumat dan barangan yang lancar adalah urat nadi kepada kualiti kehidupan yang lebih baik. Barangkali untuk membincangkan perkara ini lebih lanjut MOC ada menyediakan satu susnan acara, selepas pembuka kata, mungkin pihak ahli-ahli akan memberikan sepatah dua kata.


22

NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

Yayasan hulur sumbangan bantu warga emas Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Jumaat, 17 Februari. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) melalui Jawatankuasa Kerja Projek Amal Memeduli Warga Emas dan Keluarga Yang Memerlukan Bantuan (PAWEK) memberikan sumbangan berbentuk barang keperluan asasi dan makanan kepada seorang warga emas, Dayang Siti Ramat binti Matdon di Kampung Penabai, di sini. Dayang Siti Ramat seorang balu yang berusia 77 tahun hanya mengharapkan elaun pencen umur tua sebanyak BND250 sebulan daripada Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dayang Siti Ramat pada masa ini tinggal dan dijaga oleh anak keenam beliau, Awang Ramli bin Haji Bungsu, 51, dan isteri yang tidak mempunyai pekerjaan. Untuk meringankan beban Dayang Siti Ramat, YSHHB melalui PAWEK

juga menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asasi dan makanan serta peralatan keperluan pesakit (kerusi roda, tilam dan lain-lain) yang keseluruhannya berjumlah BND5,000. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyerahan sumbangan tersebut kepada Awang Ramli, wakil kepada Dayang Siti Ramat ialah Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail. Turut hadir, Penolong-Penolong Pengarah Urusan Yayasan; pegawai dan kakitangan YSHHB. YSHHB ditubuhkan sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan ahli keluarga baginda iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda

kepada rakyat baginda di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera dan makmur. Semasa ditemui Dayang Mazanah binti Haji Bungsu, 60, anak kepada Dayang Siti Ramat menjelaskan, ibu

beliau itu dijaga oleh adiknya Awang Ramli bersama isterinya. Menurutnya, adiknya hanya bekerja sebagai nelayan sebagai mata pencariannya untuk menyara kehidupan dan keluarganya serta ibu mereka.

Kibarkan bendera negara dengan semangat patriotisme

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu (kiri) menerima bendera negara daripada Ketua Kampung Subok, Awang Haji Mohd Jais bin Mohd Salleh semasa Majlis Menaikkan Bendera Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017, bagi Mukim-Mukim Kawasan Zon 3, Daerah Brunei dan Muara.

Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

PENGARAH Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail menyerahkan sumbangan barangan asasi kepada Dayang Siti Ramat binti Matdon di Kampung Penabai, yang diterima oleh anaknya Awang Ramli bin Haji Bungsu.

Menyentuh mengenai sumbangan tersebut beliau melahirkan rasa syukur dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan, yang mana ianya menunjukkan keprihatinan pihak YSHHB untuk membantu kebajikan ibunya yang sudah uzur.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Dalam sama-sama menyemai semangat patriotisme dalam kalangan penduduk kampung dan sekitarnya di samping menzahirkan sokongan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ulil Amri dan Negara Brunei Darussalam, Majlis Perundingan Kampung Subok tidak ketinggalan mengadakan Majlis Menaikkan Bendera Negara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017, bagi Mukim-Mukim Kawasan Zon 3,

Daerah Brunei dan Muara. Lebih 60 penduduk Kampung Subok berkumpul semasa acara tersebut yang diadakan di pekarangan rumah Ketua Kampung Subok, Awang Haji Mohd Jais bin Mohd Salleh, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, selaku Penghulu Mukim Kota Batu. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal

Masjid, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar dan diikuti dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik beramai-ramai oleh pasukan koir gabungan belia Kampung Subok. Majlis diteruskan dengan perbarisan lalu seramai enam orang terdiri daripada penduduk kampung yang juga merupakan mantan ahli pasukan beruniform bersara yang membawa bendera negara diketuai oleh Pegawai Waran Regimental Sarjan Mejar (B) Awang Jumat bin Salleh. Bendera negara seterusnya diserahkan oleh Ketua Kampung Subok, Awang Haji Mohd Jais, selaku Pengerusi Majlis kepada tetamu kehormat yang kemudiannya menyerahkan kepada pasukan yang ditugaskan bagi upacara menaikkan bendera. Semasa bendera dinaikkan, Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' berkumandang yang dinyanyikan oleh semua yang hadir dengan diiringi oleh pasukan koir gabungan belia Kampung Subok. Majlis disudahi dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin. Turut hadir, ialah ketua-ketua kampung di bawah Kawasan Zon 3 dan sekitarnya serta penduduk kampung.

USS Coronado jalani latihan bersama Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Hubungan dua hala ketenteraan di antara Negara Brunei Darussalam dan Amerika Syarikat terus diperkukuh dengan ketibaan Kapal Tempur Pesisir Kedua (LCS) USS Coronado ke negara ini bagi latihan bersama. Pelita Brunei dijemput untuk melawat kapal yang berasal dari San Diego berkenaan setelah berlabuh di Pelabuhan Komersial, Daerah Brunei dan Muara, di sini. Ketika ditemui, Pegawai Pemerintah (Commanding Officer),

Tentera Amerika Syarikat, CDR Scott Larson menjelaskan, USS Coronado direka bentuk untuk mengendalikan ancaman maritim seperti lanun dan menyediakan akses di perairan pantai khas untuk misi seperti bencana alam serta bantuan kemanusiaan, yang mana konsep LCS menekankan kelajuan juga ruang modul misi fleksibel. Kapal yang mempunyai sebanyak 50 anak kapal tersebut mempunyai bot kecil yang digunakan untuk menjaga keselamatan maritim, selain memiliki

helikopter biasa dan helikopter drone kawalan jauh (fire scout) yang mampu dikawal selama empat jam, tambahnya lagi. "Kapal LCS 4 ini merupakan kapal pertama yang menggunakan fire scout yang digunakan untuk mengesan kawasan sekeliling yang boleh digunakan untuk misi pencarian dan penyelamat," terangnya lagi. Tambahnya lagi, reka bentuk LCS 4 mempunyai dek penerbangan dan hangar yang cukup besar dengan kemahiran istimewa yang boleh digunakan untuk menghantar bekalan yang lebih banyak bagi sebarang misi bantuan berbanding reka bentuk kapal LCS yang sebelumnya.

PARA media tempatan bergambar ramai bersama Pegawai Pemerintah (Commanding Officer), Tentera Amerika Syarikat, CDR Scott Larson dan pegawai-pegawai Kapal Tempur Pesisir Kedua (LCS) USS Coronado.

Dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan rasuah Siaran Akhbar : Biro Mencegah Rasuah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Seorang warganegara Filipina, Dennis Perez Tayag telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan atas satu pertuduhan di bawah Bab 6(b) dibaca bersama Bab 14 Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131). Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah (BMR) mendapati bahawa pada 14 Mei 2015, tertuduh telah secara tidak jujur cuba menawarkan sejumlah wang suapan kepada seorang anggota polis berpangkat constable dari Jabatan Siasatan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei. Wang rasuah tersebut diberikan oleh tertuduh kepada anggota polis tersebut sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan undangundang terhadap tertuduh yang telah didapati melakukan kesalahan kerana tidak mematuhi lampu isyarat trafik di kawasan lampu isyarat di persimpangan Kampung Bengkurong Masin. Menurut Siaran Akhbar BMR itu, semasa dihadapkan ke mahkamah, tiada pengakuan diambil dari tertuduh. Perbicaraan ditangguhkan bagi memberikan tertuduh masa untuk mempertimbangkan pengakuan beliau. Hakim Haji Nabil Daraina bin Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin memerintahkan supaya tertuduh dilepaskan dengan ikat jamin berjumlah BND5,000 (Lima Ribu Ringgit Brunei), atau 1 penjamin tempatan dengan syarat pasport defenden ditahan. Kes tersebut akan disebut semula pada 1 Mac 2017. Pendakwa Raya telah diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah binti Pengiran Muhammad Yusof dari Jabatan Peguam Negara.


NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

23

Gembleng usaha jayakan Wawasan Negara Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 semasa mempengerusikan Sidang Media yang diadakan di Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Negara akan menyambut Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada hari Khamis, 26 Jamadilawal 1438 Hijrah bersamaan 23 Februari 2017 Masihi dengan Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-33 yang akan diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bermula jam 7.30 pagi. Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini membawa tema 'Menjayakan Wawasan Negara' yang memfokuskan kepada pencapaian Wawasan Negara 2035 yang turut menekankan pentingnya setiap lapisan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam memainkan peranan masing-masing dan mengembleng usaha agar wawasan tersebut tercapai dengan jayanya. Perkara tersebut didedahkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil, selaku Setiausaha Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017 semasa mempengerusikan Sidang Media yang diadakan di Dewan Citra Budaya, Bangunan KKBS, di sini. Datin Paduka Dr. Hajah Norlila menambah, pada sambutan tahun ini akan menggunakan tema dan logo baharu. Logo baharu tersebut katanya, terdiri dari gabungan pelbagai

elemen yang menjadikan sekuntum bunga simpur yang mekar, pelbagai elemen membawa maksud setiap agen, iaitu sumber manusia, sumber alam dan sistem pentadbiran berperanan mengisi agenda pembangunan negara dalam mencapai Wawasan 2035. Beliau menjelaskan, sebanyak 136 buah pasukan yang melibatkan 23,000 peserta termasuk pasukan pembaca ikrar, pasukan pembawa benderabendera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, Pasukan Beruniform, Pelatih Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pasukan Orang-Orang Berkeperluan Khas, Pasukan KementerianKementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan akan terlibat dalam Upacara Perbarisan Lalu Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun ini. Manakala seramai 7,000 peserta tambahnya, akan terlibat dalam persembahan bicara berirama yang diadakan buat julung kalinya di mana akan menyaksikan penglibatan penuntut-penuntut, belia-belia dan pelatih-pelatih PKBN. Datin Paduka seterusnya menjelaskan, Upacara Menaikkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang menandakan bermulanya pengibaran bendera kebangsaan diadakan pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1438H bersamaan 16 Februari 2016M di Kawasan Lapang berhadapan dengan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar

Seri Begawan (BSB) bermula jam 8.00 pagi. ''Sebagai usaha untuk terus memupuk dan memperkasa bendera negara, pada sebelah petang akan diadakan Majlis Pelancaran Pengagihan Bendera Kecil Meja dan Semarak Pengibaran Bendera kepada pelajar-pelajar sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian Islam secara serentak yang akan diadakan di seluruh daerah dengan tumpuan utama berlangsung di Daerah Temburong. Majlis Penurunan Bendera Besar akan diadakan pada hari Sabtu, 28 Jamadilawal 1438H bersamaan 25 Februari 2017M pada jam 2.15 petang,'' tambahnya. Jelas Datin Paduka lagi, bagi Majlis Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yaa Siin dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada hari Rabu, 22 Februari 2017 bermula jam 5.45 petang bertempat di MasjidMasjid, Surau-Surau dan Balai-Balai Ibadat di seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, BSB. Selain itu, jelasnya, bagi memohon agar Negara Brunei Darussalam akan sentiasa dilimpahi keberkatan dan terus membangun di bawah taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjadi Negara Tayyibatun Warabbun Ghafur, Majlis Khatam Al-Quran 33 Kali turut diadakan secara serentak di keempat daerah pada hari Khamis, 3 Jamadilakhir 1438H bersamaan 2 Mac 2017M nanti.

Taklimat Kenegaraan semai semangat patriotisme Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 15 Februari. - Seramai 267 penuntut Tahun 7, Sekolah Menengah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SM APRIPAD) mendengarkan Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan. Taklimat yang berlangsung di Dewan SM APRIPAD, di sini disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Awang Mohammad Rainie bin Haji Durani. Dalam taklimat tersebut, Awang Mohammad Rainie antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci. Pada taklimat itu, para penuntut juga menyaksikan klip video 'Kibarkanlah Dengan Megah Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Pengibaran

Bendera Negara'. Para penuntut juga berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Pegawai Luar Penerangan, Awang Isa bin Haji Abdul Rahman. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada 10

penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan tersebut. Program ini adalah salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara. Program berkenaan juga dihadiri oleh guru-guru kanan dan pegawai sekolah.

ANTARA penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Arab Raja Isteri Pengiran Anak Damit menghadiri Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' anjuran Jabatan Penerangan.

''Bagi sama-sama memeriahkan lagi sambutan berkenaan, Acara Kayuhan Semangat Hari Kebangsaan Ke-33 akan mengambil tempat pada hari Ahad, 26 Februari 2017 bertempat di Taman Sir Muda Haji Omar 'Ali Saifuddien,'' terangnya. Pada sidang media berkenaan, Datin Paduka turut mengongsikan antara persiapan meraikan sambutan tersebut termasuk latihan-latihan bagi acara persembahan padang yang telah rancak diadakan di sekolah-sekolah dan Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas serta latihan penuh yang akan diadakan pada hari Selasa, 21 Februari 2017 jam 8.00 pagi di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. Di akhir sidang media berkenaan Datin Paduka menyeru agar rakyat dan penduduk yang berugama Islam, supaya akan hadir ke masjid-masjid bagi Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Berjemaah dan menghadirkan diri ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien bagi sama-sama menyemarakkan lagi Upacara Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33, Tahun 2017.

Sidang media turut dihadiri oleh beberapa perwakilan dari agensiagensi kerajaan yang terlibat dan memberikan penerangan iaitu dari Pegawai Protokol di Jabatan Adat Istiadat Negara, Awang Mohd Faiz bin Sahat; Setiausaha Lembaga Melesen Pengangkutan Bermotor, Jabatan Pengangkutan Darat, Awang Mohd Yafien bin Yadol Abdullah; Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas Pasukan Polis Diraja Brunei, Penguasa Kanan Polis, Awang Radin Jofri bin Radin Mas Basiuni dan Pegawai Penerangan, Awang Ali Termizi bin Haji Ramlli / Haji Ramli. Sejurus selepas sidang media berkenaan menyaksikan penyampaian keputusan pemenang Pertandingan Logo Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan kepada Awang Haji Khairul Anuar bin Haji Ibrahim diikuti dengan penyerahan poster Sambutan Hari Kebangsaan Ke-33 yang disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar kepada Setiausaha Tetap KKBS.

IBTE tawarkan 46 program Siaran Akhbar : Institut Pendidikan Teknikal Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Bagi kemasukan Julai 2017, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) menawarkan sebanyak 46 program pada peringkat Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan (NTec) dan Sijil Pendidikan Teknikal Tertinggi Kebangsaan (HNTec). Bakal pelajar dijemput untuk melihat sendiri persekitaran pengajaran dan pembelajaran di IBTE semasa hari terbuka bagi dua kampus, iaitu pada 18 dan 19 Februari 2017 berlangsung di Pusat IBTE, manakala di Satelit IBTE pada 25 dan 26 Februari 2017. Pendaftaran untuk menyertai IBTE bagi pengambilan Julai 2017 masih dibukakan melalui TVECAS di https://ibte.edu.bn/tvecas dan hari terakhir untuk mengemukakan permohonan adalah pada 4 Mac 2017. Sebarang pertanyaan berhubung proses permohonan boleh diajukan

ke tvecas@ibte.edu.bn. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat tentang IBTE melalui laman sesawang www.ibte.edu.bn dan melalu akaun Facebook di www.facebook.com/brunei.technical.education. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Hal Ehwal Pelajar, IBTE pada waktu pejabat melalui +673 2425555 / +673 2425408 / +673 2425409 sambungan 226 atau layari laman sesawang kami di www.ibte.edu.bn. IBTE memberi inspirasi kepada rakyat Brunei ke arah kecemerlangan dengan menawarkan program yang membolehkan mereka untuk membina kecekapan mereka dan dengan itu mengembangkan pasukan pelapis pelajar baharu yang mahir, lebih bersedia untuk pelbagai keperluan dan cabaran yang ditetapkan oleh pasaran kerja yang pantas.

Skim SCP bagi yang Bekerja Sendiri Siaran Akhbar : Tabung Amanah Pekerja BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) kini meneruskan lagi Program Pembarigaan Skim SCP bagi yang Bekerja Sendiri kepada orang ramai. Inisiatif itu juga adalah sebagai mendukung kepentingan membuat simpanan untuk persaraan. Menurut Siaran Akhbar TAP, program dijalankan bagi mengukuhkan perlindungan keselamatan sosial secara keseluruhan dan bukan hanya bagi mereka yang bekerja di sektor awam dan sektor swasta sahaja. Individu yang bekerja sendiri boleh menerima manfaat Skim SCP, iaitu pembayaran secara anuiti selepas berumur 60 tahun, dan juga manfaat survivorship sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun. Kelayakan bagi menyertai skim tersebut adalah rakyat dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang berumur di antara 18 hingga 60 tahun, tidak bekerja di sektor

formal ataupun tidak memiliki pekerjaan formal yang mempunyai kontrak di antara majikan dan pekerja, tidak menerima sebarang pencen dari jawatan sebelum ini, dan menceburkan diri dalam apaapa perdagangan, kerjaya, profesion atau aktiviti di Negara Brunei Darussalam bagi maksud mendapatkan keuntungan. Contoh-contoh bekerja sendiri di dalam pekerjaan yang memberikan pendapatan, sama ada tetap atau tidak tetap adalah termasuk nelayan, petani, peniaga-peniaga online, pedagang-pedagang gerai, pekerja freelance dan sebagainya. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Skim SCP bagi yang Bekerja Sendiri, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan TAP, melayari laman sesawang TAP di http://www.tap.com.bn, menghantar pertanyaan melalui e-mel di ask@tap.com.bn, ataupun dengan menghubungi Pusat Panggilan TAP melalui talian +673 2382800.


24

SUKAN/NASIONAL

HARI SABTU 18 FEBRUARI 2017

25 pemain DPMM FC tandatangani kontrak GADONG, Rabu, 15 Februari. Majlis Penandatanganan Kontrak Kelab Bola Sepak Brunei DPMM (DPMM FC) dengan pemain-pemain

TIMBALAN Pengerusi Brunei DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj selaku tetamu kehormat ketika menyampaikan cenderamata kepada penaja.

MAJLIS Penandatanganan Kontrak Pemain di antara Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC dengan 25 orang pemain kelab bola sepak tersebut (bawah).

Larian Amal Brunei Unity Run 2017 kumpul dana untuk SMARTER Brunei

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas dan penaja-penaja bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Singapura 2017 telah diadakan di Hotel Centrepoint, di sini. Berangkat bagi menyaksikan majlis penandatanganan tersebut ialah Timbalan Pengerusi Brunei DPMM FC, Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim bin Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr.) Kemaludin Al-Haj selaku tetamu kehormat. Turut hadir, Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin. Majlis penandatanganan dimulakan dengan Penandatanganan Kontrak Pemain di antara Brunei DPMM FC dengan 25 orang pemain kelab bola sepak tersebut. Ini diikuti dengan Penandatanganan Kontrak Penaja di antara Brunei DPMM FC dengan penaja-penaja. Dalam penandatanganan tersebut,

Brunei DPMM FC diwakili oleh Pengurus kelab berkenaan, iaitu Pengiran Haji Muhd. Waslimin bin Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin dan Pengurus Pasukan, Awang Ali bin Haji Momin. Sementara itu, pihak penaja yang terdiri dari DST; Mitsubishi Corporation; Brunei Shell Marketing Co. Sdn. Bhd.; Royal Brunei Airlines Sendirian Berhad; Baiduri Bank Berhad; Golden Tree Sendirian Berhad; Hertz; Hui Huang Enterprise (Brunei); Nazmi Textile Mall; NBT (Brunei) Sendirian Berhad dan Sports Partnership Pte. Ltd. diwakili oleh pengurus-pengurus atau pegawai-pegawai tinggi syarikat masing-masing. Tetamu kehormat seterusnya dijunjung bagi menyampaikan pemberian cenderamata daripada Brunei DPMM FC kepada penajapenaja. Juga diadakan pada majlis tersebut, ialah Pelancaran Jersi Brunei DPMM FC Musim 2017, iaitu 'Home and Away jersey'.

Penyertaan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan dibukakan Siaran Akhbar : Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

AHLI-AHLI jawatankuasa yang mengendalikan Larian Amal Brunei Unity Run 2017.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 17 Februari. - Bagi mengumpul dana untuk pembiayaan SMARTER Brunei, I Lyke Toh Entertainment (ILTE) dengan kerjasama DCON Facilities and Souveniers Brunei akan menganjurkan Larian Amal Brunei Unity Run 2017. Wakil dari ILTE, Awang Haji Md.

Yunus bin Haji Mohd. Salleh berkata, larian amal tersebut akan diadakan pada 7 Mei 2017 di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien. ''Dana yang dikumpulkan adalah bagi pembiayaan pembelajaran dan pemedulian kanak-kanak autisme di bawah jagaan SMARTER Brunei.'' ''Larian ini juga adalah bagi menyahut inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Program Bandarku Ceria di Bandar Seri Begawan dengan mengadakan acara

ini pada hujung minggu,'' katanya semasa Sidang Media bagi acara larian itu yang berlangsung di Pusat Latihan LiveWIRE Brunei, Kampung Jaya Setia, di sini. Menurut beliau, pendaftaran bagi larian ini akan dibukakan kepada orang ramai mulai 20 Februari hingga 23 April nanti, dua minggu sebelum larian diadakan. Larian tersebut jelasnya, dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu larian riadah sejauh 3.5 kilometer dengan yuran sebanyak BND25; larian 6km, BND30; dan 12km, BND35. Larian bagi 6km dan 12km, ujarnya, adalah acara pertandingan yang dibukakan kepada orang ramai yang mana hadiah kepada para pemenang dan peserta larian akan diumumkan kemudian melalui media sosial. Tambahnya, jerayawara mengenai larian amal itu akan dijalankan melalui sekolah dan di keempat-empat daerah sebagai sebahagian strategi pemasaran mereka.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 16 Februari. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) akan menganjurkan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1438H / 2017M Peringkat Saringan pada 30 Mac hingga 3 April, di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Penyertaan musabaqah terbuka kepada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atau penduduk tetap yang memegang kad pintar berwarna ungu serta tidak memegang pasport negara-negara asing dan hendaklah berumur di antara 15 hingga 30 tahun yang lahir di antara 1 Januari 1987 hingga 31 Disember 2002 serta tidak pernah menjadi johan pertandingan seperti Majlis Tilawah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa anjuran Kerajaan Malaysia atau Musabaqah Tilawatil Quran Belia Asia Tenggara anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Belia dan Sukan (JBS), borang penyertaan boleh diperoleh di Bahagian Belia, Ibu Pejabat, Tingkat 3, JBS, Bangunan KKBS dan Cawangan-cawangan JBS di daerah-daerah pada waktu bekerja. Borang juga boleh dimuat turun atau diisi secara online (Google Form) di https://goo.gl/forms/Lf4n2BVmOb0VCKfw2. Tarikh tutup mengembalikan borang penyertaan ialah pada Khamis, 16 Mac sebelum jam 4.30 petang. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urus setia musabaqah melalui talian +673 2381903 sambungan 1304, 1305 atau 1306.

JAME' 'Asr Hassanil Bolkiah yang terletak di Kampung Kiarong merupakan wakaf Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. Ia mula dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar dan mula digunakan pada Khamis, malam Jumaat bersempena Hari Keputeraan baginda ke-48 tahun iaitu pada 14 Julai 1994 di mana baginda sendiri telah berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib dan Fardu Isyak Berjemaah. SUMBER : Laman sesawang Kementerian Hal Ehwal Ugama www.kheu.gov.bn.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

KIBARKAN BENDERA NEGARA DENGAN SEMPURNA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.