Pelita Brunei - Sabtu 1 JULAI 2017

Page 1

''PADA malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan hingga terbit fajar.'' - (Surah al-Qadr, ayat 4-5).

'' ' ' '' ! ' " #$%& ( )*#+ # #$%& ), - )*#+

4.37

TAHUN 62 / BILANGAN 78

4.47

6.12

6.36

1 JULAI 2017 / 1438

6

12.25

3.51

6.36

7.52

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Tiga hari Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

Terima 102,660 pengunjung

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah bagi hari ketiga sesi pagi pada Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman. - Foto : Mohamad Azmi Damit dan Azmah Haji Ahad. (Lihat muka 3, 4, 5 dan 6).

Penggunaan bahasa Melayu masyarakat awam tidak memuaskan Siaran Akhbar : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Julai. - Alhamdulillah pada tahun ini, sekali lagi Bulan Bahasa terus bersemarak dan bergema, membarigakan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini tentang bahasa rasmi negara kita, iaitu bahasa Melayu. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dalam perutusan Menteri Kebudayaan, Belia dan

Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, antara lain menyebutkan Sambutan Bulan Bahasa pada setiap Julai adalah pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Penubuhan

Dewan Bahasa dan Pustaka (1961 - 2011) pada Sabtu, 19 Syawal 1432 bersamaan 17 September 2011 bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. ''Beta juga dengan ini sukacita mengumumkan pengisytiharan bulan JULAI sebagai BULAN BAHASA. Ia dilihat sebagai harapan supaya rakyat memiliki sikap dan semangat positif untuk menjadi satu bangsa yang bermaruah, yang mendaulatkan bahasanya sendiri. Maka sehubungan ini, beta menyarankan kepada kementerian-kementerian, jabatan-jabatan dan sektor swasta untuk melaksanakan tindakantindakan yang proaktif bagi melestarikan bahasa Melayu dalam segmen perkhidmatan mereka.'' Ke muka 13

E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn

Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217

Kibar bendera sempena Hari Keputeraan mulai 1 Julai Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Ke-71 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan bagi memeriahkan lagi sambutan berkenaan, sukacita menyeru rakyat dan penduduk negara ini supaya sama-sama mengibarkan bendera di rumah-rumah kediaman masing-masing dan bangunan-bangunan pejabat dan perniagaan mulai Sabtu, 1 Julai 2017 sehingga Isnin, 31 Julai 2017. Sehubungan itu, Pengiran-Pengiran dan orang-orang yang dikurniakan gelaran akan mengibarkan bendera masing-masing dan bagi orang ramai pula akan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.

Faksimile : 2381004

Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn


2

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah

1 JULAI 2017 BERSAMAAN 1438

6

AMALAN ZIARAH AIDILFITRI ERAT UKHUWAH

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau sempena dengan Sambutan Ke-150 Anniversary of Confederation negara tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 1 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada GovernorGeneral of Canada, The Right Honourable David Johnston dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau serta kerajaan dan rakyat Kanada bersempena dengan Sambutan Ke-150 Anniversary of Confederation negara tersebut. Di dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada

Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston, baginda merakamkan penghargaan terhadap persahabatan yang akrab dan kerjasama yang sekian lama dinikmati di antara kedua-dua buah negara serta rakyat masing-masing, dan berharap akan berpeluang meningkatkan lagi hubungan yang sangat bernilai tersebut di tahuntahun mendatang. Sementara dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau, baginda menzahirkan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Kanada serta rakyat masing-masing yang sekian lama menikmati persahabatan dan kerjasama yang mesra serta erat dan berharap akan

dapat meneruskan kerja dengan Tuan Yang Terutama dalam banyak bidang yang penting di peringkat dua hala sebagai rakan kongsi antarabangsa. Pada mengakhiri titah-titah perutusan kepada Governor-General of Canada, The Right Honourable David Johnston, dan Perdana Menteri Kanada, The Right Honourable Justin P.J Trudeau, baginda menyampaikan ucapan muhibah dan berharap semoga Tuan Yang Terutama-Tuan Yang Terutama sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan kebahagiaan serta bagi rakyat Kanada sentiasa memperolehi kemajuan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Pegawai Kanan dinaikkan pangkat Siran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana

Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Timbalan

JULAI

1 2 3 4 5 6 7

Juruukur Agung, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dinaikkan pangkat sebagai Juruukur Agung, Kementerian Pembangunan mulai 25 Mei 2017.

'

! " " # #

!

# ! $

# # # % ' %

' & (

! " % ) ''

'' %

# " #

* '

" "

SYAWAL

6 7 8 9 10 11 12

4 . 37 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 38 4 . 39 4 . 39

4 . 47 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 48 4 . 49 4 . 49

6 . 12 6 . 12 6 . 13 6 . 13 6 . 13 6 . 13 6 . 13

6 . 36 6 . 36 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 37

12 . 25 12 . 25 12 . 26 12 . 26 12 . 26 12 . 26 12 . 26

3 . 51 3 . 51 3 . 51 3 . 51 3 . 51 3 . 51 3 . 52

6 . 36 6 . 36 6 . 36 6 .37 6 . 37 6 . 37 6 . 37

7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52


3

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Tiga hari Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

Terima 102,660 pengunjung

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah pada hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Oleh : Mohammad Rainie Haji Durani, Nor Hanizah Haji Abd Halim Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi, Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah, Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman, Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - 'Istana Terbuka' berakhir dengan merekodkan seramai 102,660 orang pengunjung sejak Istana Nurul Iman dibukakan untuk kunjungan orang ramai selama tiga hari, iaitu 38,437 pengunjung pada Hari Raya kedua dan 33,914 orang pengunjung pada Hari Raya ketiga.

Manakala pada hari terakhir ianya dibuka, iaitu pada Hari Raya keempat, seramai 30,309 orang telah berkunjung ke Istana Nurul Iman, dengan 14,241 orang berkunjung pada sebelah pagi, sementara, pada sebelah petang pula mencatatkan seramai 16,068 orang. Meskipun terpaksa menunggu lama

untuk giliran masing-masing menjunjung ziarah, ia tidak mematahkan semangat atau menghalang orang ramai untuk terus berbaris demi bersua dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain. Berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi menerima junjung ziarah daripada para pengunjung lelaki di sebelah petang istana dibuka ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda

Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain. Ke muka 4

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah pada hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri. Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

PARA pengunjung disediakan tempat duduk yang selesa semasa menunggu giliran untuk junjung ziarah.


4

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah pada hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Dari muka 3

Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, berangkat bagi menerima junjung ziarah daripada para pengunjung wanita ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat

Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Sebelum memulakan junjung ziarah, para pengunjung terlebih dahulu menikmati pelbagai hidangan sebelum beredar ke ruang menunggu. Selesai sahaja menjunjung ziarah, para pengunjung diberi cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul

Iman pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Sementara itu pada sebelah pagi Istana Terbuka, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada rakyat dan penduduk sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah

bersamaan 2017 Masihi pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibukakan bagi kunjungan orang ramai. Seramai 14,241 orang terdiri daripada pelbagai lapisan rakyat dan penduduk di negara ini tidak melepaskan peluang berkunjung ke Istana Nurul Iman pada sebelah pagi hari ketiga istana dibuka bagi kunjungan orang ramai. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung lelaki. Ke muka 5

BERANGKAT bersama pada hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam (atas), manakala gambar bawah, juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.


5

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Tiga hari Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017M

Terima 102,660 pengunjung Dari muka 4

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima junjung ziarah bagi hari ketiga sesi petang sempena Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman.

Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain. Antara yang turut berkunjung ke Istana Terbuka tersebut, terdiri daripada pegawai dan kakitangan dari kementeriankementerian dan jabatan-jabatan, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bokiah, belia-belia yang berdaftar di bawah Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan, saudara-saudara baharu, warga emas, golongan kurang upaya, remaja dan kanak-kanak yang tidak melepaskan peluang junjung ziarah dan menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja. Selain itu, junjung ziarah seumpama ini juga tidak dilepaskan oleh para pengunjung dari negara jiran terdekat serta warga asing yang berkerja di negara ini dan juga para pelancong. Sementara itu, di ruang lain Istana Nurul Iman, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita. Ke muka 6

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah pada sebelah petang hari ketiga Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

KERABAT diraja yang lain juga berkenan menerima junjung ziarah bagi hari ketiga sesi petang sempena Syawal 1438 Hijrah di Istana Nurul Iman.

PARA pengunjung menikmati pelbagai jenis hidangan pada Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman.


6

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang-Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja yang lain berkenan menerima junjung ziarah bagi hari ketiga sesi petang sempena Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman.

Dari muka 5

Berangkat sama, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan cucunda-cucunda Kebawah DYMM. Tradisi junjung ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri ini sangat unik berbanding negara-negara lain di mana pengunjung

turut dijamu dengan pelbagai juadah, tidak mengira bangsa dan rupa, semua boleh menikmati hidangan yang disediakan. Di samping itu, apa yang lebih menarik pengunjung juga menerima cenderamata berupa sebuah bekas yang diisikan dengan makanan bersama Kad Hari Raya Khas yang turut memaparkan potret Kebawah DYMM sebagai kenangansempena kunjungan Hari Raya ke Istana Nurul Iman.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati berkenan menerima junjung ziarah pada Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Istana Nurul Iman.

YANG Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah pada Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Juga berangkat, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.


7

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Hubungan muhibah terus kukuh, Aidilfitri kekal meriah

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah dari Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi, Istana Nurul Iman.

Oleh : Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Bolhassan Haji Abu Bakar Foto : Mohamad Azmi Awang Damit, Hamzah Mohidin, Hernie Suliana Haji Othman, Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah memperlihatkan betapa institusi raja terus memainkan peranan dalam mengembang dan mengukuhkan nilai-

nilai murni tradisi sambutan Aidilfitri yang telah sekian lama diadakan di bumi bertuah. Ini juga mencerminkan sifat kemesraan raja dan kerabat diraja beramah mesra bersama para pengunjung dengan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ketika berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung wanita pada hari kedua Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

penuh ketulusan bagi mengukuhkan hubungan muhibah tanpa mengira bangsa dan agama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha

binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima junjung ziarah lebih daripada 17,641 pengunjung pada sebelah pagi, hari kedua Istana Nurul Iman dibuka bagi Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Ke muka 8

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah dari Jabatan Penjara pada Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi, Istana Nurul Iman. Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

PELBAGAI sajian yang dihidangkan semasa Istana Terbuka di Istana Nurul Iman (kiri), sementara gambar kanan, orang ramai yang berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi mengadap dan junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri pada Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438H / 2017M.


8

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja yang lain ketika berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

Dari muka 7

Berangkat sama paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota

Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pengunjung wanita.

Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Sementara di ruang lain Istana

Nurul Iman, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada para pengunjung wanita. Ke muka 9

YANG Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam ketika berkenan menerima junjung ziarah.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah ketika berkenan menerima junjung ziarah.


9

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda dan adinda baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki pada hari kedua sebelah petang di Istana Nurul Iman.

Dari muka 8

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah binti Dato Haji Nasir, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah,

Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada anggota beruniform pada hari kedua sebelah petang.

Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Juga berangkat cucunda-cucunda Kebawah DYMM. Dalam pada itu, Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Aidilfitri diteruskan lagi bagi sesi petang pada hari kedua yang telah menerima seramai 16,273 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat dari dalam mahupun luar negara, yang membawa jumlah keseluruhan 33,914 pengunjung bagi hari itu sahaja. Berangkat bersama Kebawah DYMM

ialah paduka-paduka anakanda serta adinda baginda, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah; YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim; YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berserta kerabat diraja yang lain. Ke muka 10

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika berkenan menerima mengadap dan junjung ziarah daripada pasukan beruniform. Berangkat sama, paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel serta kerabat diraja yang lain.

SUASANA Istana Terbuka yang berlangsung di Istana Nurul Iman pada hari kedua dibukakan kepada orang ramai (kiri dan kanan).


10

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka anakanda baginda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung lelaki.

Dari muka 9

Manakala berangkat bersama Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di ruang lain Istana Nurul Iman ialah paduka-paduka anakanda dan adinda baginda, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran

Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Antara pengunjung yang mengadap dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain terdiri daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Pasukan Polis Diraja Brunei, pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta, warga

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada pengunjung wanita.

emas, kanak-kanak, para pelancong juga pekerja-pekerja asing yang bertugas di negara ini. Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri ini tidak syak lagi membuktikan keprihatinan Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain, sebagai peluang kepada rakyat jelata dan penduduk untuk sama-sama bersemuka secara langsung sambil beramah mesra. Selain itu, para pelancong yang berada di negara ini juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama berkunjung

ke Istana Nurul Iman. Berkongsi kegembiraan dalam suasana yang ceria dengan mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, agama, budaya juga adat masing-masing yang berbeza dalam sama-sama memeriahkan suasana Aidilfitri bersama rakyat dan penduduk di negara ini. Keakraban di antara institusi raja dengan rakyat membuktikan kekukuhan, keharmonian dan keamanan Negara Brunei Darussalam yang menjadi kebanggaan setiap rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Darussalam ini.

YANG Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam ketika berkenan menerima junjung ziarah.

ANTARA suasana pada Majlis Menerima Mengadap dan Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Nurul Iman (kiri dan kanan).


NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

11

Kunjungan Aidilfitri kukuhkan hubungan Brunei - Singapura Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan isteri, Datin Paduka Hajah Zahrah binti Haji Mohamad menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman bersama isteri, Puan Sadiah Shahal dan rombongan.

PDI raikan para mualaf di Sambutan Hari Raya Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Ihsan Persatuan Nurul Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Hubungan persahabatan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bertambah erat dengan kunjungan Hari Raya Aidilfitri Menteri-Menteri dari Republik Singapura. Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong dan isteri, Datin Paduka Hajah Zahrah binti Haji Mohamad menerima kunjungan Hari Raya Aidilfitri daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman bersama isteri, Puan Sadiah Shahal. Kunjungan yang diadakan di kediaman Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di Kampung Manggis Satu, di sini, adalah sebagai tanda penghormatan dan penghargaan

atas hubungan kerjasama, persahabatan dan persefahaman di antara kedua-dua buah negara. Turut menyertai kunjungan ialah Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan, Tuan Yang Terutama Associate Professor Dr. Muhammad Faishal Ibrahim bersama isteri, Puan Hayati binti Haron dan Datuk Bandar, CDC Timur Laut, Desmond Choo. Juga hadir semasa kunjungan tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai. Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN serta ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN. TYT dan delegasi rombongan berada di negara ini dalam rangka kunjungan selama lima hari bermula 26 hingga 30 Jun 2017.

Rumah terbuka kukuhkan jalinan perpaduan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Lebih 500 orang mualaf dari Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong berjunjung ziarah ke Istana Nurul Iman yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh.

Sejurus selesai Majlis Junjung Ziarah, rombongan mualaf dibahagikan pada enam kumpulan bagi mengadakan kunjungan ke kediaman orang-orang kenamaan. Ketua Bahagian Media PDI, Dayang Hajah Rosnah binti Haji Mansur mengetuai salah satu kumpulan rombongan ke rumah Pengarah Unit Perundangan Islam, Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Kampung Mulaut. Acara diisikan dengan ucapan penghargaan serta penyampaian cenderamata daripada Yang Di-Pertua Persatuan Nurul Islam, Awang Haji Mohd. Hazwan bin Abdullah selaku wakil ketua rombongan kepada tuan rumah. Majlis seumpama itu merupakan aktiviti tahunan PDI sebagai salah satu cara dakwah dalam sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam amnya dan khususnya di antara warga PDI dan para mualaf. Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada para mualaf khususnya yang datang dari pedalaman untuk merasakan dan melihat lebih dekat lagi suasana kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan isteri, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar menerima kunjungan daripada rombongan dari Republik Singapura yang diketuai oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isterinya, Puan Sadiah Shahal.

Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

SESI bergambar ramai di rumah Pengarah Unit Perundangan Islam, Awang Haji Serudin bin Haji Timbang, Kampung Mulaut.

JALAN MUARA, Rabu, 28 Jun. Konsep rumah terbuka memupuk perpaduan dan perkongsian tradisi meskipun tetamu yang datang berlainan budaya, agama serta latar belakang sekali gus mengukuhkan rangkaian hubungan masing-masing. Bagi sama-sama mengongsikan kegembiraan lebaran Aidilfitri, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan isteri, Datin Hajah Zalina binti Haji Omar menerima kunjungan daripada rombongan

dari Republik Singapura yang sedang mengadakan kunjungan ke negara ini dalam mempereratkan lagi hubungan kedua-dua negara bersempena lebaran ini. Mengetuai rombongan ke rumah terbuka Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama di kediamannya Imtiaz, Kampung Sungai Hanching di sini ialah Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman dan isterinya, Puan

Sadiah Shahal. Juga menyertai rombongan itu, Setiausaha Parlimen Kanan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan, Associate Professor Dr. Muhammad Faisal Ibrahim dan isteri; Anggota Parlimen Datuk Bandar, CDC Timur Laut, Desmond Choo serta Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai. Melalui tradisi berkunjungkunjungan ini sudah setentunya memberi peluang untuk berinteraksi dan beramah mesra serta bertukar-tukar pandangan dalam mengukuhkan lagi hubungan rapat yang sudah terjalin.


12

NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Warga YSHHB sertai junjung ziarah Istana Nurul Iman Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad / Nur Amalia Alisha @ Ermalia Daud BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Mengunjungi Istana Nurul Iman untuk junjung ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri merupakan pengalaman yang amat berharga kerana berjumpa dengan kerabat-kerabat diraja secara dekat. Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja yang lain merupakan peluang keemasan bagi orang ramai untuk menatap wajah secara lebih dekat seorang raja yang sangat dikasihi.

Sehubungan itu, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yang diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB berkesempatan mengunjungi Istana Nurul Iman bagi junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja. ''Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana pada tahun ini berkesempatan bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri dan amat gembira kerana berpeluang dapat sama-sama melihat suasana Hari Raya di Istana Nurul Iman,'' jelas Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail ketika ditemu bual oleh

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah), selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB mengetuai rombongan bagi junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman.

Pelita Brunei. Menurutnya, lebih 170 orang pegawai dan kakitangan YSHHB menyertai kunjung ziarah pada pagi ini untuk sama-sama memeriahkan lagi suasana Aidilfitri di Istana Nurul Iman. Manakala bagi Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah YSHHB, Awang Noorhaizamdin

bin Haji Mosbi, berasa syukur kerana diberikan kesempatan mengunjungi Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri. Bagi Awang Ahmad Ritauddin bin Haji Sabtu menjelaskan, bahawa setiap tahun mereka akan berkunjung ke istana untuk melihat secara dekat akan keindahan istana yang sungguh

meriah menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama rakyat negara ini. Jelasnya, selaku rakyat Kebawah DYMM dapat merasakan keseronokan kerana berpeluang berkunjung di Istana Nurul Iman dan sangat seronok dapat menikmati makanan dan minuman istimewa yang dihidangkan.

Berpeluang merasakan kemeriahan Hari Raya

WAKIL daripada rombongan Kelas Bimbingan Mualaf (kanan) menyerahkan cenderamata kepada isteri Pemangku Pengarah PDI (kiri).

Berita dan Foto : Saerah Haji Abdul Ghani

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Pusat Da'wah lslamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama telah

mengungkayahkan Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi mualaf senegara ke Istana Nurul Iman dan kediaman orangorang kenamaan. Seramai kira-kira 500 orang mualaf dari Daerah Brunei Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong menyertai Majlis Junjung Ziarah ke Istana Nurul Iman yang diketuai oleh Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh. Turut menyertai rombongan ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI, Awang Abd. Aziz bin Haji Abd. Kahar, pegawai-

pegawai kanan serta pegawaipegawai dan kakitangan pusat berkenaan dan Unit Da'wah Daerah-Daerah. Sejurus selesai Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman, rombongan mualaf dibahagikan pada enam kumpulan. Bagi kumpulan kelima, seramai lebih 55 orang mualaf Kelas Bimbingan Mualaf (KBM) mengadakan kunjungan Hari Raya ke kediaman Pemangku Pengarah PDI, di Kampung Pancha Delima, di sini. Rombongan mualaf KBM diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Pengembangan Da'wah,

PDI, Awang Ali Hassan bin Haji Mohd. Said. Majlis seumpama ini merupakan aktiviti tahunan PDI sebagai salah satu metode dakwah dalam sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam amnya dan khususnya di antara warga PDI dan para mualaf. Majlis ini juga antara lain bertujuan untuk memberikan peluang kepada para mualaf khususnya yang datang dari pedalaman untuk merasakan dan melihat lebih dekat lagi suasana kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

! ! " # $ ! % ! % # & ! ' % ! # ( " % ! # ( % ! " # ! # ! ! #

SUMBER : KEMENTERIAN PENDIDIKAN


NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

13

Penggunaan bahasa Melayu masyarakat awam tidak memuaskan Dari muka 1

Tema Bulan Bahasa pada tahun ini ialah Bahasa Melayu Bahasa Kita, mencerminkan rasa kepemilikan bersama dan rasa kekitaan terhadap bahasa rasmi negara. Sewajarnya menjadi kebanggaan bangsa kita untuk mempamerkan jati diri bangsa dan negara. Kita sebagai orang Brunei yang berbahasa Melayu, hendaklah berterusan mempertahankannya dalam semua ranah kehidupan dan memastikan bahasa Melayu itu tetap diutamakan dan kekal diguna pakai sehingga bila-bila. Senario yang berlaku sekarang, melalui hasil penyelidikan yang telah dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian

Kebudayaan, Belia dan Sukan mendapati bahawa penggunaan bahasa Melayu itu hanya cemerlang di peringkat kanakkanak sahaja, iaitu ketika mereka masih berada di sekolah rendah, akan tetapi bagi golongan yang telah menginjak ke usia remaja ataupun menuntut di sekolah menengah, penggunaan bahasa Melayu mereka agak menurun. Lebih mendukacitakan lagi, didapati bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat awam adalah tidak memuaskan. Malahan masyarakat awam lebih cenderung menggunakan bahasa rojak perhubungan lisan atau dalam tulisan. Keadaan tersebut tidak wajar berlaku kerana dikhuatiri ia akan

menular dan sukar dikawal pada masa akan datang. Setiap masyarakat, tidak kira peringkat umur, latar belakang sosial ataupun pendidikan, sewajarnya bukan saja memahami bahasa ibunda tersebut, malah hendaklah juga menjiwai dan menghayatinya, agar bahasa Melayu yang menjadi wahana penyatuan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam ini kekal terpelihara. Selain itu, marilah kita bersama-sama memupuk jati diri yang tekal mencintai bahasa Melayu. Pada masa yang sama, ini tidak bermakna mempelajari bahasa asing itu dilarang ataupun tidak digalakkan. Hanya janganlah sampai apabila kita belajar bahasa asing itu, kita lebih mencintai bahasa asing dari bahasa rasmi

negara apatah menyedari bahasa Melayu itu merupakan bahasa ibunda kita sendiri. Janganlah sampai kita sendiri yang merosakkannya atau mencemarinya dan akhirnya boleh membawa pada kepupusan bahasa sebagaimana yang pernah berlaku pada bahasa lain di dunia ini. Untuk memastikan bahasa Melayu itu kekal diamalkan, Dewan Bahasa dan Pustaka yang dipertanggungjawabkan memartabatkan bahasa Melayu akan terus-menerus menyusun dan mengadakan pelbagai rancangan dan kegiatan kebahasaan. Ia bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tentang bahasa kita yang perlu dipantuni dan diperkasakan martabatnya sebagai satu bahasa yang sentiasa

digunakan sepanjang hayat. InsyaaAllah, usaha murni tersebut pasti akan berhasil dengan adanya iltizam dan kerjasama daripada semua pihak. Usaha memperkasakan martabat bahasa Melayu, memerlukan pendekatan menyeluruh dengan mewujudkan kesepaduan dan kebersamaan daripada semua pihak sama ada dari jabatan-jabatan kerajaan mahu pun sektor swasta. Ini kerana memelihara jati diri negara bangsa itu bukan hanya terletak di pundak Dewan Bahasa dan Pustaka semata-mata. Tugas berkenaan merupakan tanggungjawab kita semua kerana bahasa Melayu itu ialah bahasa dan milik kita bersama. Kita bertanggungjawab untuk mendaulatkan dan memperkasakannya.

Pemangku Menteri HEU terima kunjungan saudara baharu

PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa meraikan saudara-saudara baharu yang membuat kunjungan Hari Raya ke rumah beliau.

Oleh : Aimi Sani Foto : Hamzah Mohidin

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Dalam memeduli saudara-saudara baharu agar mereka tidak merasa tersisih dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, Bahagian Pengembangan Dakwah dan Bahagian Perkembangan Mualaf,

Pusat Da'wah Islamiah telah menganjurkan kunjungan Hari Raya ke rumah-rumah pembesar negara. Antara rumah-rumah yang dikunjungi ialah rumah Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang

Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud dan isteri di Kampung Sungai Hanching. Rombongan seramai 80 orang mualaf dari Daerah Temburong tersebut telah diketuai oleh Pegawai Ugama Kanan Pusat Da'wah Islamiah, Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd. Rahman. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan ucapan penghargaan dan terima kasih daripada ketua rombongan dan seterusnya penyampaian cenderamata kepada Yang Mulia Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban. Kunjungan yang merupakan projek tahunan Pusat Da'wah Islamiah melalui Bahagian Pengembangan Dakwah dan Bahagian Pembangunan Mualaf itu antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim juga memberikan pengalaman baharu bagi saudara-saudara baharu yang baru saja memeluk agama Islam. Dengan adanya konsep rumah terbuka ini, umat Islam dapat mengeratkan persaudaraan dan persahabatan, di samping memperbaiki jalinan sesama insan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

TSUT KHEU raikan mualaf di Majlis Hari Raya Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman

KILANAS, Khamis, 29 Jun. - Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi, Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), mengungkayahkan Majlis Junjung Ziarah Hari Raya Aidilfitri bagi mualaf senegara ke Istana Nurul Iman dan kediaman orang-orang kenamaan. Seramai 500 orang mualaf dari Daerah Brunei dan Muara, Daerah Belait, Daerah Tutong dan Daerah Temburong menyertai Majlis Junjung Ziarah ke Istana Nurul Iman yang diketuai oleh Pemangku Pengarah PDI Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh. Turut menyertai rombongan ialah Pemangku Penolong Pengarah PDI Awang Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar, Pegawai-Pegawai Kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan PDI, serta dari Unit Da'wah Daerah-Daerah. Sejurus selesai berjunjung ziarah di Istana Nurul Iman, rombongan seramai 60 mualaf dari Daerah Tutong berkunjung ke kediaman Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah di Jalan Ban 2A, di sini. Rombongan diketuai oleh Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah, PDI, Dayang Hajah Zunainah binti Haji Gunong. Majlis seumpamanya merupakan aktiviti tahunan PDI sebagai salah satu metode dakwah dalam sama-sama mengeratkan hubungan silaturahim sesama saudara Islam amnya dan di antara warga PDI dan para mualaf khususnya. Ia juga bertujuan untuk memberikan peluang kepada para mualaf khususnya yang datang dari pedalaman untuk merasakan dan melihat lebih dekat lagi suasana kemeriahan sambutan berhari raya buat pertama kali.

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Roslan bin Haji Taja'ah menerima kunjungan ziarah Hari Raya Aidilfitri rombongan mualaf dari Daerah Tutong. DIKIR Marhaban juga dipersembahkan oleh pegawai-pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah pada majlis tersebut.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEMENTERIAN KESIHATAN

JUALAN SECARA TAWARAN AWAM KEPADA ORANG RAMAI BAGI 12 UNIT KERUSI PEJABAT YANG TELAH ROSAK KEPUNYAAN HOSPITAL RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA

! " # $

%

&

! " # $ %&

'

(

)* +

%

, $- .'/" # % .&** &

JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN PERDANA MENTERI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

TAWARAN DI JABATAN PERDANA MENTERI ''MEMBERSIHKAN KAWASAN LUAR DAN DALAM UNIT KENDERAAN, JABATAN PERDANA MENTERI KAWASAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS''

% #'# # &

( $ " ( 0

( 0

$ ', ' (%

/ ( )* + # % )&** & )%

1)2

$ " (

1 3 )* + '* $ % )* ,2& *% ! + , , $ $

+

% -%

(

!

0

$ %

4

( ! ! % !

56+' )'/.. * 7 56+' )'/*)44 7 56+' )'/..+ & .%

/

# "

8

''0 0 $ " $ ! ! 0 ( 0 $ ! 8 8 ! 0 $'' ! %

%


IKLAN

HARI SABTU 1 JULAI 2017

15

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM / MRS / MAL-b / S006A / 423 / 06-2017. ANTARA SAHRI BIN HAJI ZAHRI - Plaintif Pemohon DAN NURHAYATI BINTI ABDULLAH WONG - Defendan Responden " 3 !! " % . " ' ( ( <*1*

*.' 4*+*5 ;:7 '5*) <'-'5 ! *%) ! 0 " .

1 " # !

# 0 0 ! -

1.'Kanak-Kanak Berhari Raya - Tarikh Tutup 1 Julai 2017 2.'Bangunan-Bangunan Kerajaan' - Tarikh Tutup 15 Julai 2017 3.'Cahaya' - Tarikh Tutup 5 Ogos 2017 TAJUK-TAJUK HENDAKLAH DIHANTAR SEBELUM JAM 12.00 TENGAH HARI

'2 '34* 5 6 $ 2,'6( */-*0*/ #$1*/ 4*&)*/ *#&*/ &'$#) 1*$ '*&* #%*&* &'$#) *&'((*5*0

JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

!

" !

#$%#&'() *+*,*$-'*(* #.', *&%* *.*,*$ #/*-)0*$ #%*&* *.*,*$ #&1*$* #$,#&) )$,' ' ' )$%-*, *$%'$*$ */-*0*/ #(*& &'$#) 1*$ */-*0*/3 */-*0*/ 4*&)*/ *5*$ ,6$#4 *$1*& #&) #%*+*$ 78 #%*&* &'$#) *&'((*5*0 ! ! ! " # $ % & # '# ( ( )( # $ ! # # *+',# & !

" # $ % & 98 : ; ::

JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS III, IV DAN V KATEGORI S01

*&)-/ '-* *+*&*$ 7 '$ *.'

*&)-/ ','< '5*) #5*(* #.#5'0 =*0 #,*$% " 7 % .

% "

7 7 # 48', & JASTRE / BPP / T016 / 2017 3 3 : &9- " 9$ %

8 " : % :% ( 7:% &


16

IKLAN

HARI SABTU 1 JULAI 2017

KEMENTERIAN KESIHATAN "( $1 *23 ' ) , ' ) ' ' 4' ' $ 5 , "6 - 7#"8( 7( ) ) , ) ) , ) ' ' )

! " " #$ $ " % & '()* + ( ' ' ) %7& ) ( $' ' & ! & , -+** . & )) / -*)0+ ) ( 6( 9 % & ) ) )

) : * + , % &( ' 4' ' $ 5 , (

! 1 " 2+** ))+** -+** '+** 2+** )*+** !( , $ 9 2 2 9 $ $ ) ( ;( ) ) ' ' ) )

, . . ( 2 ) ' ' 0 ) % & ) ' ' %4 )( ""6&( 2 ) ' ' 0 ) , , ) ) ) . (

DIBUKAKAN KEPADA

SUMBLING DAN BATANG DURI

PEMBEKAL-PEMBEKAL

YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : PEMBEKAL YANG

BERKELAYAKAN SAHAJA

KATEGORI :

(P01 SAHAJA) - (KOD BAHARU)

!"#

$

TARIKH AKHIR MENGAMBIL

% &

DOKUMEN TAWARAN PADA :

' (

1 JULAI 2017 (SELASA) $' ' TARIKH TUTUP TAWARAN :

4 JULAI 2017 (SABTU) TIDAK

) '

LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG

'

*

$' + ,

-

JKR / DWS / 009 / 2017

$ (

NAMA PROJEK :

$' '

KONTREK SATU (1) TAHUN

-

,

BAGI PENYEWAAN JENTERA

%

ANGKAT SUSUN BAGI

. %''- 0$ (((''& '

STOR SINARUBAI, LOJI

RAWATAN AIR BUKIT BARUN, LAYONG, MENGKUBAU,

) '

-

,

3 4 )5 4 -*)0 6 7 3 8 9 : #8 8 #8 ;8 88 # 6 #7 #8 ;8 88 8 8 # # # 8 8 9 : # 9 8; 9 3 )*+**

4 >* 4 -*)0 6 7 6 #7 3 8 9 : 9 8; = # ;8 : 8 8 9 # 8 # # 8 8 9 : # 9 8; ;8 8 8; ; : 657 9 9 3 '*+**

4 52 4 -*)0 6 7 6 #7 3 8 9 : 9 8; 88 # 8 #8 < ;8 # 8 8 8 9 # 8 8 8 9 8 8 8 9 # # 8 8 9 : # 9 8; ;8 8 8; ; : 657 9 9 3 '*+** 3 4 5( 4 -*)0 6 7 6 #7 3 8 9 : 9 8; # 4 : 8 6 8 =7 #8 ;8 # # # 8 8 8 9 # 8

4 >) 4 -*)0 6 7 6 #7 3 8: 8 8; #8 # 8 : 9 : # ;8 # 8 9 8; ;8 8 8; 6'7 9 9 3 '*+** 4 >- 4 -*)0 6 7 6 #7 3 9 : 9 8; ## 8 ;8 8 8 9 ;8 8 8 9 / 6 7 8 ;8 8 8; 6'7 9 9 3 '*+** & ! , -+** )) / -*)0 )? / -*)0

BILANGAN SEBUT HARGA : KSSUP / BPK / SH / 05 / 2017 - 2018 TAJUK SEBUT HARGA : TO SUPPLY AND INSTALL OF NEW 3P PREPAID METER AT DISTRIBUTION BOARD KE, G/F CANTEEN OF MINISTRY OF PRIMARY RESOURCES AND TOURISM TARIKH TUTUP MENGAMBIL BORANG SEBUT HARGA : 3 JULAI 2017, ISNIN, JAM 2.00 PETANG TARIKH TAKLIMAT : 3 JULAI 2017, ISNIN, JAM 2.30 PETANG TARIKH TUTUP SEBUT HARGA : 6 JULAI 2017, KHAMIS, JAM 2.00 PETANG "( ) )

/ ! @ & $ ! " @ & $ / '()* +

- , ) BILANGAN TAWARAN :

8 8 9 8 8 8 9 # # 8 8 9 : # 9 8; ;8 8 8; ; : 657 9 9 3 )**+**

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

YANG BERDAFTAR DENGAN

8( ' ' ) ' ) ) ) ' (

*

$ (

'

7( ) ( ( ) ) ) ) 0 , ) , ) , 0 ) ( 6( $' ' ' ' , ' ) ' " & ! ? @ & $ / + !( < ' )*+** % & ) ( ;( , $ 9 2 2 9 $ $ ) ( 8( , . ) (


HARI SABTU 1 JULAI 2017

IKLAN

17


18

AGAMA / NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Istiqamah dalam mengerjakan amal ibadat

'

! "

'

! #

$ "

' % " ! " & ! " ' !

( ' ))* + + ''

'' , $ &

!

! + + ''

' ! '' - .

" ' / ' / 01 + + '' "

! '' , (

! + " !

" " !

' # ! ' !

" ' !

!

! " '

" ' ' 2 ' )00 + + ''

"

''

Istana Terbuka Aidilfitri hikmah wajar disyukuri Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi

AWANG Md. Shaiful Rizal bin Haji Awang dan isterinya serta anak-anak.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Negara Brunei Darussalam memiliki keunikannya tersendiri, terutama dari aspek keintiman atau kemesraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama rakyat dan penduduknya. Jalinan erat itu jelas terbukti dengan kemurahan seorang

pemimpin berpemedulian dalam berkongsi kebahagiaan Aidilfitri yang sudah lama dipraktikkan di negara ini melalui kesempatan bersua muka, sambil bersalaman secara langsung yang juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang datang berkunjung ziarah kepada pemimpin yang disayangi berserta kaum kerabat baginda. Dalam pendekatan Pelita Brunei hari ini, kesemua pengunjung yang

datang menyatakan kesempatan tiga hari Istana Nurul Iman dibuka bagi kunjungan segenap lapisan rakyat dan penduduk tanpa mengira agama, bangsa, umur, miskin atau kaya tetap dilayan dengan sebaiknya. Seorang warga emas dari Kampung Sinaut, Dayang Tipah binti Liman semasa ditemui berkata sangat bersyukur atas layanan yang diberikan semasa berkunjung buat pertama kali ke istana dengan memberikan kemudahan kepada warga seusia beliau. Apa yang lebih menggembirakan ialah kanakkanak terasa teruja untuk menghadap ke hadapan majlis Kebawah DYMM berserta kerabat diraja dan itulah apa yang dihasratkan oleh anak-anak Awang Md. Shaiful Rizal bin Haji Awang dan isterinya yang berasal dari Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampung Lumapas. Awang Shaiful Rizal seterusnya berkata, kesempatan seumpama ini harus kita hargai, di samping memberikan pengalaman yang manis ini buat anak-anak mereka serta untuk ristaan mereka pada hari mendatang. Anak-anak mereka juga bersyukur dan gembira kerana penghargaan buah tangan sebelum balik meninggalkan istana. Sementara Awang Haji Osman bin Haji Mokti pula menjelaskan, keseronokan istana terbuka ini disajikan dengan pelbagai juadah hidangan yang sangat sedap dan terbaik. Tambahnya, di kesempatan

AWANG Haji Osman bin Haji Mokti bersama cucu-cucunya.

seperti ini beliau dapat berjumpa teman dan sahabat yang lama terpisah dan sekali gus mengeratkan kembali silaturahim mereka masing-masing. Oleh itu, istana terbuka bersempena sambutan Aidilfitri ini merupakan suatu hikmah yang dikurniakan untuk kita wajar disyukuri, kerana bertuah hidup dengan permai di bumi Darussalam ini dan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Kebawah DYMM berserta kaum kerabat baginda sentiasa dalam lindungan Allah serta kekal karar memerintah negara. WARGA emas dari Kampung Sinaut, Tutong, Dayang Tipah binti Liman.


NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

19

Kemeriahan berhari raya di istana lebih bermakna Berita dan Foto : Abdullah Asgar

Pelbagai agensi berperanan memastikan junjung ziarah terkawal Oleh : Noraisah Muhammed Foto : Azmah Haji Ahad

AWANG Jamain bin Haji Tarip yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan (kiri) dan pelancong yang berasal dari Republik Islam Paskitan, Faizal Rabi (kanan) semasa ditemu bual.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Peluang bagi Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah serta istana terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri hanya ada setahun sekali dan tidak terkecuali tahun ini. Peluang keemasan ini tidak pernah dilepaskan oleh para pengunjung baik dari luar dan dalam negeri. Bagi Awang Jamain bin Haji Tarip yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan berkunjung ke Istana Nurul Iman sejak lima tahun lalu merupakan kegembiraan dan tanda rasa syukur kerana dapat junjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat diraja yang lain. Ketika ditemui pada Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah Istana Nurul Iman di sini, beliau berasa amat gembira dan bersyukur kerana sekali lagi berpeluang untuk junjung ziarah, walaupun pada hari terakhir Istana Nurul Iman dibukakan. Tambahnya, rasa seronok dan bangga kerana dapat junjung ziarah kepada seorang raja yang dikasihi rakyat sambil menyembahkan ucapan selamat Hari Raya kepada baginda dan

kerabat diraja yang lain. Menurutnya, suasana Hari Raya tahun ini di Istana Nurul Iman lebih meriah berbanding di tahun-tahun lalu memandangkan rakyat dan penduduk negara ini serta pelancong asing sanggup meluangkan masa ke istana semata-mata untuk junjung ziarah. Sementara itu, salah seorang pelancong berasal dari Republik Islam Paskitan, Faizal Rabi menyifatkan peluang seperti itu tidak mungkin dapat dialami di negara asalnya, walaupun pada Hari Raya. Katanya, berkunjung ke istana sempena Hari Raya memang sudah dinanti-nantikan kerana ingin junjung ziarah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia serta kerabat diraja yang lain memandangkan peluang sebegitu tidak banyak diamalkan oleh negara-negara lain di dunia ini. Jelas beliau, di negaranya sendiri pun tidak pernah seorang presiden dan perdana menteri mengadakan rumah terbuka yang menerima penduduknya untuk berziarah atau bersalaman, tetapi di negara ini peluang tersebut diadakan setiap tahun menjelang saja Hari Raya Aidilfitri.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Ribuan pengunjung tanpa mengira usia dan latar belakang turut serta dalam Majlis Junjung Ziarah di Istana Nurul Iman termasuk golongan berkeperluan khas. Ini jelas menggambarkan betapa kasihnya mereka terhadap seorang raja yang sentiasa prihatin serta mengambil berat terhadap hal kebajikan dan kehidupan rakyat jelata. Menerusi temu bual Pelita Brunei bersama beberapa petugas Pasukan Polis Diraja Brunei, Sarjan Mohd. Firdaus bin Haji Abdul Gani, melahirkan rasa syukur kerana setiap tahun berkesempatan bertugas di majlis istana terbuka dalam memastikan keadaan terkawal sambil menikmati suasana Hari Raya dari pelbagai bangsa yang mengunjungi Istana Nurul Iman. Sementara itu, bagi petugas Pegawai Jururawat, Dayang Hajah Kertini binti Haji Suhai

PASUKAN Polis Diraja Brunei, Sarjan Mohd. Firdaus bin Haji Abdul Gani.

bersama Pegawai Jururawat Kanan, Awang Semiun bin Awat yang bertugas sejak hari pertama istana dibuka untuk kunjungan orang ramai. Mereka berdua melahirkan rasa gembira kerana dapat berkhidmat sambil menikmati suasana Hari Raya di istana dan sentiasa bersiap sedia menjalankan tugas jika ada sebarang kecemasan berlaku. Manakala bagi petugas Penerbit Siaran Radio Televisyen Brunei, Dayang Nurul Aqilah binti Awang Abdullah bersama pembantunya, Dayang Nurulhaffizah binti Abdul Khan juga melahirkan rasa gembira kerana berkesempatan untuk meraikan Hari Raya di istana dengan keceriaan yang berbeza di samping menjalankan tugas membuat liputan. Aidilfitri juga merupakan hari istimewa terutama bagi kanak-kanak yang berkunjung

ziarah kerana dapat bersua muka dengan raja yang dikasihi yang menjadikannya saat yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun. Keriangan dan kegembiraan jelas terpancar dari raut wajah apabila kedatangan mereka diberi penghargaan dengan buah tangan bersama sampul hijau sebagai penghargaan mereka datang berkunjung. Dalam pada itu, Pelita Brunei juga berkesempatan menemu bual Dayang Syakinah binti Mohd. Said, 6, dari Pakilong Muara bersama ibunya yang menzahirkan rasa gembira kerana tahun ini merupakan kali pertama beliau berkunjung ke istana dan berhasrat untuk datang lagi pada tahun hadapan. Sementara Dayang Nur Syarifah Alyia binti Mohd. Ali Yassin bersama dua lagi adiknya yang ditemani oleh nenek mereka juga melahirkan rasa gembira dan teruja kerana bagi mereka, ini adalah pengalaman yang sangat berharga kerana berpeluang bersalaman bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain.

PEGAWAI Jururawat Kanan, Awang Semiun bin Awat (kanan) bersama Pegawai Jururawat, Dayang Hajah Kertini binti Haji Suhai (kiri) telah bertugas pada hari pertama junjung ziarah di Istana Nurul Iman.

Ancaman siber ransomware 'Petya' Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Serangan siber melalui ransomware 'Petya' yang serupa dengan ransomware 'Wannacry' telah dilaporkan merebak di seluruh dunia mengakibatkan komputer yang menggunakan sistem perisian 'Windows' yang tidak dikemas kini tidak dapat diakses sehingga pengguna terpaksa membayar wang tebusan. Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Jawatankuasa Kerja Keselamatan Siber akan terus memantau situasi ini dan menggesa orang ramai untuk mengambil langkah-langkah keselamatan seperti sentiasa melakukan data backup, memastikan sistem komputer dan perisian termasuk antivirus dikemaskinikan, menghapuskan e-mel yang mencurigakan serta tidak membuka pautan-pautan yang mencurigakan. Sebarang insiden keselamatan siber, bolehlah dilaporkan kepada pihak Brunei Computer Emergency Response Team (BruCERT) melalui talian hotline +673 2458001 atau e-mel : cert@brucert.org.bn.

PENERBIT Siaran RTB, Dayang Nurul Aqilah binti Awang Abdullah bersama pembantunya Dayang Nurulhaffizah binti Abdul Khan.

DAYANG Syakinah binti Mohd. Said (tengah) dari Pakilong Muara bersama ibu dan kakaknya.

DAYANG Nur Syarifah Alyia binti Mohd. Ali Yassin (hujung kanan) bersama dua lagi adiknya yang ditemani oleh nenek mereka.


20

NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Istana terbuka peluang bertemu dengan raja tercinta Berita dan Foto : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Negara Brunei Darussalam sememangnya amat beruntung kerana mempunyai seorang raja yang sangat penyayang dan prihatin akan rakyat serta penduduk yang bermastautin di negara ini. Jika dilihat di negara luar, ia sukar bagi rakyat untuk bersua muka secara peribadi dengan seorang raja berserta kerabat diraja mereka sendiri, namun bagi Negara Brunei Darussalam, peluang tersebut tidak pernah dilepaskan oleh rakyat dan penduduk negara ini setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidilfitri kerana pada masa inilah istana dibuka bagi kunjungan orang ramai untuk berjunjung ziarah

ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain. Perkara ini diakui oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Ong Tiong Oh ketika ditemui oleh Pelita Brunei pada hari kedua Istana Nurul Iman dibukakan bagi kunjungan orang ramai. Menurutnya, Yang Berhormat juga tidak mahu melepaskan peluang bersama-sama rakyat yang lain berkunjung setiap tahun ke Istana Nurul Iman bagi berjunjung ziarah bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain

MEWAKILI Persatuan Penuntut-Penuntut Yang Belajar di Taiwan, Pengerusinya, Han Pau Ting (tengah) dan Naib-Naib Pengerusi Persatuan, Sim Chong Siang (kiri) dan Liau Tian Soon (kanan) semasa berkunjung ke Istana Nurul Iman.

dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kerabat diraja. Yang Berhormat juga menambah, jika dilihat setiap tahun pengunjung yang datang semakin meningkat dan ini jelas menunjukkan bahawa Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan sangat prihatin pada kesejahteraan rakyatnya, di mana baginda juga menjadi sanjungan dan kesayangan seluruh rakyat dan penduduk yang bernaung di bumi Brunei Darussalam ini. Para pengunjung yang datang tambahnya, sangat gembira kerana dapat bersua muka secara peribadi dengan Kebawah DYMM serta kerabat diraja lain dan ini jarang didapati di negara luar. Sementara itu, turut berjunjung ziarah pada hari kedua ini ialah dari Persatuan Masyarakat Tiong Hua di Negara Brunei Darussalam yang dianggarkan dalam 200 orang. Antara yang menyertai rombongan termasuk Pengerusi Persatuan Penuntut-Penuntut Yang Belajar di Taiwan, Han Pau Ting serta Naib-naib Pengerusinya, Sim Chong Siang dan Liau Tian Soon. Ketika ditemu bual, Han Pau Ting menjelaskan bahawa setiap tahun rombongan Persatuan Masyarakat Tiong Hua di negara ini akan berkunjung pada hari raya kedua istana dibuka. Melalui konsep istana terbuka ini jelasnya, ia adalah satu penghormatan bagi diri beliau serta masyarakat yang lainnya kerana dapat berjumpa dan bersua muka sendiri serta bersalaman bersama baginda dan ia adalah satu

Kanak-kanak kongsi kegembiraan berhari raya di Istana Nurul Iman Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ahmad Haji Salim BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Keceriaan jelas terpapar di wajah kanak-kanak yang datang menjunjung ziarah di Istana Nurul Iman pada sebelah petang bagi hari kedua sempena Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta kerabat diraja yang lain. Di kesempatan itu, Pelita Brunei berpeluang menemu bual beberapa kanak-kanak yang mengongsikan pengalaman mereka berhari raya di Istana

AWANG Muhammad Hishamuddin bin Haji Johari, 13 (kiri) dan Awang Mohd. Hussin bin Abdullah Johari (kanan), 14, ketika ditemu bual.

Nurul Iman ini. Awang Mohd. Hussin bin Abdullah Johari, 14, dari Kampung Jangsak menjelaskan, itu merupakan kali keempat beliau berjunjung ziarah bersama ibunya. Tambahnya, beliau berasa amat gembira dapat menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena Hari Raya Aidilfitri. Pengalaman dan kemeriahan berhari raya di Istana Nurul Iman itu katanya, sememangnya tidak akan dapat dilupakan dan akan dikenang sampai bila-bila serta akan dikongsikan bersama kawan-kawan apabila sekolah nanti. Manakala bagi Awang Muhammad Hishamuddin bin Haji Johari, 13, juga dari Kampung Jangsak pula menjelaskan, itu pertama kali beliau menjunjung ziarah ke istana sempena Hari Raya Aidilfitri. Beliau melahirkan perasaan gembira dan berasa amat bertuah dapat berjumpa sendiri dan menjunjung ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain. Tambahnya, peluang yang diberikan itu sungguh bermakna dalam hidupnya dan InsyaaAllah bercadang untuk datang lagi pada tahun-tahun berikutnya.

pengalaman yang cukup berharga. Menurut beliau lagi, Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang pengasih dan berjiwa rakyat yang cukup mengambil berat akan kesejahteraan rakyat baginda. Mengakhiri temu bual, mereka juga tidak lupa mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah DYMM serta kerabat diraja yang lain dan semoga seluruh kerabat diraja sentiasa dalam kesejahteraan dan kegembiraan. AHLI MMN, Yang Berhormat Ong Tiong Oh ... Jika dilihat setiap tahun pengunjung yang datang semakin meningkat dan ini jelas menunjukkan bahawa Kebawah DYMM merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat dan sangat prihatin pada kesejahteraan rakyatnya.

Kukuhkan silaturahim di antara rakyat dan raja dikasihi

SARJAN Pengiran Serudin.

Warder, Jabatan Penjara, Shahri bin Pengiran Haji

KETUA Pegawai Imigresen Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Sainah binti Haji Asha'ari.

Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 28 Jun. - Seluruh masyarakat Islam di dunia menyambut Hari Raya Aidilfitri setiap 1 Syawal setelah berjaya menyempurnakan kewajipan menunaikan ibadah puasa Ramadan. Tradisi kunjung mengunjungi dan ziarah menziarahi sudah menjadi kelaziman apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri terutama dalam mengukuhkan silaturahim dalam kalangan rakyat dan penduduk bersama raja yang dikasihi. Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Negara Brunei Darussalam sering membawa kenangan yang indah kepada pelbagai lapisan masyarakat yang berkunjung ke Istana Nurul Iman bagi Majlis Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kerabat diraja. Sarjan Warder, Jabatan Penjara, Pengiran Shahri bin Pengiran Haji Serudin ketika

ditemui berkata, Majlis Junjung Ziarah ini adalah sebagai salah satu cara Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerabat diraja berkongsi hari kemenangan umat Islam, iaitu Hari Raya Aidilfitri dengan rakyat dan penduduk di negara ini, di samping bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan kemesraan di antara raja dan rakyat. Manakala bagi Ketua Pegawai Imigresen, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Sainah binti Haji Asha'ari berkata, Konsep Istana Terbuka ini mempamerkan kewibawaan seorang ketua negara dan kerabat diraja dalam mendekatkan diri dengan rakyat dan berkongsi kegembiraan suasana perayaan yang penuh berseri-seri. Istana Nurul Iman yang dibukakan selama tiga hari merupakan peluang rakyat jelata untuk mengeratkan lagi hubungan mesra di antara raja dengan rakyat, sekali gus membuktikan keprihatinan pemedulian baginda kepada rakyat dan penduduk di negara ini.


NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

21

Majlis Junjung Ziarah beri peluang sesama ahli persatuan beramah mesra Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam serta kerabat diraja merupakan salah satu peluang keemasan untuk sesama ahli-ahli sesebuah persatuan untuk saling beramah mesra dan bermaaf-maafan. Demikian dinyatakan oleh Yang Di-Pertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid dalam temu bual bersama Pelita Brunei pada hari kedua Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah diadakan, di Istana Nurul Iman, di sini. Menurut Datin Hajah Kamariah, majlis seumpama ini mempunyai keistimewaannya tersendiri, iaitu dengan kehadiran semua orang tanpa mengira bangsa, ugama serta

darjat yang dapat dilihat daripada pengunjung yang datang bukan saja dari kalangan rakyat Brunei dari setiap daerah, malahan juga dari negara jiran serta para pelancong. Katanya lagi, majlis ini juga merupakan acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat di negara ini setiap kali menjelangnya Aidilfitri kerana berpeluang untuk bersua muka dengan kerabat diraja sambil menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Di kesempatan ini, Datin Hajah Kamariah mewakili seluruh ahli PEKERTI menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja dan mengucapkan setinggi-tinggi menjunjung kasih kerana berkenan menerima junjung ziarah sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Tahun 1438 Hijrah ini. Sementara itu, salah seorang ahli Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam, Awang Mohammad Aziq bin Awang Shahfehie juga melahirkan kegembiraan kerana diberi peluang untuk menghadiri Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM

serta kerabat diraja yang lainnya. Dengan adanya majlis seumpama ini, ujar ahli dari Pasukan 1048 (Sekolah Menengah Masin) ini lagi, beliau berpeluang menemui dan beramah mesra bersama ahli-ahli dari seluruh negara sambil mengeratkan silaturahim sesama mereka. Awang Mohammad Aziq juga berkata, beliau tidak akan melepaskan peluang sekiranya diberi lagi kesempatan untuk mengunjungi Istana Terbuka sempena Aidilfitri yang memperlihatkan sifat kasih dan sayang pemimpin negara terhadap rakyatnya yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.

Jadikan amalan rumah terbuka sebagai ibadah Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Rumah terbuka sudah sinonim dalam kalangan umat Islam terutama apabila tibanya Hari Raya Aidilfitri dan seolah-olah tidak lengkap tanpa mengadakan acara tersebut. Hari Raya Aidilfitri sudah pun memasuki 3 Syawal namun kemeriahan sambutan tetap terasa dengan majlis-majlis rumah terbuka, bukan sahaja oleh orang-orang persendirian tetapi juga syarikat-syarikat swasta. Dalam penganjuran rumah terbuka ini, biasanya tuan rumah akan menerima kunjungan kaum keluarga, sanak saudara dan rakan taulan di kediaman masing-masing

bagi sama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri, manakala ada segelintir umat Islam yang berkemampuan memilih mengadakannya di hotel-hotel ataupun dewan-dewan besar. Tidak kurang juga, ada yang sanggup berbelanja mewah dan berhabis-habisan semata-mata untuk mengadakan rumah terbuka dengan alasan bulan Syawal hanya sekali dalam setahun. Umat Islam diingatkan agar menjauhkan diri dari perkaraperkara yang secara jelas dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala sewaktu mengadakan majlis rumah terbuka seperti mengadakan rumah terbuka dengan melayan

tetamu sehingga meninggalkan solat, tidak menutup aurat, pergaulan bebas tanpa batas di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, makan berlebihan sehingga membahayakan kesihatan dan sebagainya. Walaupun amalan rumah terbuka bukanlah satu syariat yang diwajibkan oleh Islam, namun jika dilakukan mengikut garis panduan syarak, amalan tersebut boleh menjadi satu ibadah. Konsep rumah terbuka ini sebenarnya menyediakan ruang luas kepada umat Islam untuk terus melakukan amalan yang dituntut oleh Islam. Antaranya memberi peluang kepada umat Islam untuk ziarah menziarahi, mengeratkan silaturahim, bermaaf-maafan, bertukar-tukar fikiran dan menjamu tetamu yang hadir.

RUMAH terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri akan mengeratkan lagi silaturahim sesama keluarga, sahabat dan jiran tetangga.

YANG Di-Pertua PEKERTI, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid (tiga, kiri) bersama sebahagian daripada ahli-ahli PEKERTI (atas).

AHLI PPNBD, Awang Mohammad Aziq bin Awang Shahfehie bersama rakan ketika menghadiri Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah pada hari kedua istana dibuka bagi kunjungan orang ramai (kanan).

Sama-sama mengutamakan keselamatan semasa beraya Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

DAYANG Iman Hayati binti Haji Hussin ... Pentingnya memandu secara selamat, bukan sahaja pada musim perayaan, malahan pada hari-hari lain.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 Jun. - Amalan kunjung mengunjungi ke rumah sanak saudara dan sahabat handai sudah menjadi kelaziman dalam kalangan masyarakat kita apabila menjelangnya Hari Raya Aidilfitri. Dalam menyambut kemeriahan bulan Syawal, para pengguna jalan raya terutama mereka yang ingin menziarahi rumah kaum kerabat perlu beringat untuk mengamalkan pemanduan yang berhemah dan beretika. Peraturan dan undang-undang lalu lintas hendaklah sentiasa dipatuhi bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta meningkatkan keselamatan diri sendiri, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pengguna jalan raya

yang masih gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan, antaranya adalah dengan memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Selain itu, menggunakan telefon bimbit semasa memandu merupakan kesalahan yang sering dilakukan, yang mana aktiviti ini dapat mendedahkan para pengguna pada risiko kemalangan jalan raya. Perkara tersebut dapat dielakkan dengan meletakkan kereta di tempat yang selamat terlebih dahulu sebelum menjawab panggilan atau membaca mesej yang dihantar melalui telefon bimbit. Dalam pada itu, salah seorang pengguna jalan raya, Dayang Iman Hayati binti Haji Hussin memberitahu mengenai kepentingan memandu secara selamat, bukan sahaja pada musim perayaan ini, malahan pada hari-hari lain. "Salah satu peraturan yang sering diabaikan oleh pengguna jalan raya adalah tidak memberi isyarat lampu atau melihat cermin tepi dan belakang terlebih dahulu sebelum menukar lorong," katanya. Menurutnya, pastikan keadaan adalah selamat sebelum awda menukar lorong dan jangan membahayakan atau menyusahkan para pengguna jalan raya yang lain. Di samping itu, jelasnya lagi, para pengguna jalan raya juga perlu memandu pada jarak yang selamat apabila mengekori kenderaan lain dari belakang.


22

RENCANA

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Bangkit semangat patriotisme, berkibar megah bendera negara Oleh : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Jabatan Penerangan

N

EGARA merdeka memiliki kedaulatan tersendiri. Ia dilambangkan dalam pelbagai bentuk interaksi simbolik. Bendera negara, umpamanya adalah simbol pada kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara. Maka mengibarkan bendera sebagai menzahirkan rasa cinta dan syukur menjadi warga sesebuah negara adalah satu tingkah laku mulia. Sebaliknya pula, menterbalikkan dan mengoyak bendera adalah satu bentuk penghinaan bukan saja kepada sesebuah negara, tetapi juga kepada seluruh rakyat sesebuah negara. Untuk menjadikan cara penghormatan sebagai sebahagian budaya bukan satu perkara yang boleh dilakukan secara tiba-tiba. Ia memerlukan satu mekanisme perubahan yang berasaskan kajian empirikal. Bukan bendera dan lagu kebangsaan sahaja yang menjadi simbol kepada kebesaran negara, tetapi konsep 'simbol kebesaran negara' adalah suatu yang meluas. Memahami konsep ini sebenarnya memerlukan satu penelitian sejarah, pemahaman dan penghayatan yang berseni. Barangkali lebih mudah untuk menghormati simbol kebesaran konkrit kerana ia dapat dilihat dan disentuh. Simbol yang tergolong dalam kategori ini termasuklah bendera kita yang berwarna Putih, Kuning, Hitam dengan Panji-panji Merah di tengah-tengah, inilah bendera negaraku Brunei Darussalam. Kita dapat melihat bagaimana rakyat di negara kita Brunei Darussalam membuat perayaan hari kemerdekaan juga Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan mengibarkan bendera putih, hitam, kuning dengan disertakan lagu nyanyian patroitik semasa Upacara Penaikan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam yang merupakan aktiviti tahunan sebagai petanda bermulanya sambutan kemerdekaan dan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, bahkan setiap bangunanbangunan dan juga kedai-kedai turut dihias dengan bendera negara. Tahniah, kepada yang telah menzahirkannya. SEJARAH BENDERA Bendera Brunei diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan negeri naungan (protektorat) United Kingdom dan dikekalkan apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Bendera ini terdiri dari lambang negara di bahagian tengah dengan latar belakang warna kuning dan pepenjuru hitam, putih dan panji-panji berwarna merah di bidang bendera. Lambang negara terdiri daripada bulan sabit (lambang Islam), dicantum dengan payung obor-obor (lambang kerajaan di bawah seorang raja). Di bawah payung adalah sayap yang melambangkan keadilan, kedamaian, kemakmuran dan keamanan. Di sebelah kiri dan kanan terdapat sepasang tangan yang menadah. Di bulan sabit terdapat kekata dalam tulisan Jawi, "Sentiasa berbuat kebajikan dengan petunjuk Allah" dan di bawah bulan sabit, kekata "Negara Brunei Darussalam" juga dalam tulisan Jawi. SIMBOL KEBESARAN Tanpa menidakkan kepentingan dalam menzahirkan rasa cinta dan hormat pada

kedaulatan bendera negara, terdapat satu fenomena yang mungkin lebih utama untuk diteliti, iaitu sejauh mana simbol kebesaran negara dihormati rakyat dan penduduk di negara ini. Perasaan itu cukup membuktikan bahawa bendera negara kita sebenarnya bukan hanya sehelai bendera yang dikibarkan pada sambutan kemerdekaan setiap 23 Februari dan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah DYMM pada 15 Julai saban tahun,, malah ia merupakan simbol kedaulatan negara dan lambang kemegahan setiap rakyat Negara Brunei Darussalam. Dalam membakar semangat patriotik, marilah kita mengajak rakyat negara ini mengibarkan Bendera Brunei Darussalam untuk menunjukkan kepada dunia rasa cinta terhadap negara dan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara berjaya dalam erti kata sebenarnya. Adalah penting kita menyemai semangat, kasih sayang dan bangga dalam diri mereka terhadap Bendera Negara Brunei Darussalam. Kita perlu memastikan generasi muda kita menghormati dan menyayangi bendera negara kita dan adalah penting bagi kita membina generasi masa depan yang disemai semangat

patriotik dan kebanggaan negara. Bendera kebangsaan merupakan simbol kedaulatan sesebuah negara. Disebabkan itu, mengikut amalannya, bendera dikibarkan tinggi. Upacara mengibar dan menurunkan bendera juga dijalankan dengan begitu teliti dan

BENDERA Brunei diperkenalkan pada 29 September 1959 semasa Brunei merupakan negeri naungan (protektorat) United Kingdom dan dikekalkan apabila Brunei mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1984. Bendera ini terdiri dari lambang negara di bahagian tengah dengan latar belakang warna kuning dan pepenjuru hitam, putih dan panji-panji berwarna merah di bidang bendera.

penuh istiadat kerana kita menghormati bendera kemegahan negara. Semoga semaraklah jiwa patriotik kita dan berkibar megah Bendera Negara Brunei Darussalam dengan gagahnya di serata pelusuk tanah air.


RENCANA

HARI SABTU 1 JULAI 2017

23

Unik, istimewa dan mengagumkan

Rencana : Ak. Jefferi Pg. Durahman Foto : Jabatan Penerangan

K

ESEMPATAN keemasan dalam sama-sama meraikan kedatangan Syawal bersama raja yang dikasihi merupakan satu kenangan juga kesempatan yang tidak dilepaskan begitu sahaja. Ia bukan hanya satu kenangan untuk rakyat dan penduduk di negara ini, tetapi juga kepada para duta negara sahabat yang menetap dan tidak menetap di negara ini juga kepada para pelancong yang kebetulan berkunjung di Negara Brunei Darussalam. Berhari raya bersama seorang raja yang begitu dikasihi, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berserta

kerabat diraja yang lain di Istana Nurul Iman merupakan satu momentum yang tersangat istimewa kerana berkesempatan bersua wajah dan berbual mesra bersama baginda berdua dan kerabat diraja yang lain. Kemurahan dan keikhlasan hati Kebawah Duli Yang Maha Mulia membukakan Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri bagi orang ramai mengadap, menjunjung ziarah dan menyembahkan ucapan 'Selamat Hari Raya' ke hadapan majlis baginda dalam suasana yang penuh harmoni dan muhibah memperlihatkan rasa kasih sayang baginda tanpa mengira kedudukan, keturunan, bangsa dan darjat. Landskap dan situasi istana terbuka sempena Hari Raya bermula pada Hari Raya pertama yang dikhaskan bagi kunjungan para pembesar negara dan diplomat-diplomat asing di negara ini jelas menunjukkan kelainan dan keunikan di dalam menyambut hari kemenangan di negara kita, bahkan dengan adanya sambutan Hari Raya di antara raja yang kita kasihi bersama-sama para pembesar dan diplomat yang menetap dan tidak menetap di negara ini dengan secara tidak langsung menambahkan lagi keharmonian dan hubungan

diplomatik di antara Negara Brunei Darussalam dan negara-negara sehabat. Keakraban baginda berserta kerabat diraja lainnya semasa sambutan Hari Raya yang diberikan khas untuk para pembesar dan diplomat asing di negara ini menampakkan sifat pemeduli baginda di dalam menjaga silaturahim serta hubungan negara yang wujud. Inilah membuatkan baginda terus saja dikagumi oleh para diplomat asing dan terus disayangi rakyat. Itulah kehebatan institusi beraja dan rakyat di negara ini. Peluang berhari raya dengan pemimpin tertinggi negara amat jarang dijumpai di lain-lain negara di dunia ini. Inilah momen-momen yang amat bernilai untuk semua rakyat, penduduk dan para pelancong yang ada di negara ini bersua muka bersama baginda raja yang dikasihi dan seorang pemimpin yang sememangnya dikenali di mata dunia, malahan kesempatan

junjung ziarah seterusnya menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, apatah lagi berkunjung berhari raya di Istana Nurul Iman orang ramai disajikan dengan jamuan yang begitu membuka selera serta diberikan cenderahati dan kad ucapan Hari Raya sebagai kenang-kenangan. Jalinan keakraban dan kemesraan yang tercipta itu tidak syak lagi telah mengukuhkan hubungan raja dengan rakyat yang sekali gus mengangkat imej sistem beraja yang telah kita amalkan sejak zaman-berzaman yang membawa Negara Brunei Darussalam ke mercu kegemilangan. Baginda sebagai working monarch tetap di hati rakyat. Di sinilah memperlihatkan bahawa institusi beraja terus kukuh dan mantap.


24

NASIONAL

HARI SABTU 1 JULAI 2017

Saudara baharu berhari raya ke kediaman SUT KHEU Berita dan Foto: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof ketika bergambar ramai bersama para saudara baharu dari Kampung Bebuloh yang berkesempatan berhari raya ke rumah kediaman Setiausaha Tetap KHEU di Kampung Batu Ampar, di sini.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Pusat Da'wah

Islamiah (PDI) melalui Unit Da'wah Khas dan Pembangunan

Muallaf telah Majlis Berhari

mengadakan Raya bagi

Saudara-Saudara Baharu ke Rumah-Rumah Orang Kenamaan. Antaranya berhari raya ke kediaman Pemangku Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Mohd. Yussof dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja'ah. Majlis yang sama juga diadakan di kediaman Pengarah Unit Perundangan Islam, Awang Mohd. Serudin bin Haji Timbang dan Pemangku Pengarah PDI, Awang Haji Abd. Rajid bin Haji Mohd. Salleh. Manakala bagi serombongan seramai 90 saudara baharu dari Kampung Bebuloh pula berserta para pegawai dari PDI berkesempatan berhari raya ke rumah kediaman Setiausaha Tetap KHEU di Kampung Batu Ampar, di sini. Rombongan diketuai oleh Pemangku Ketua Bahagian Pentadbiran, PDI, Dayang Hajah Rasiah binti Haji Taib. Dalam kunjungan itu,

rombongan juga mengadakan majlis ramah mesra bagi menyemarakkan lagi suasana Hari Raya selain menikmati juadah yang dihidangkan. Pelita Brunei berkesempatan menemu bual wakil rombongan saudara-saudara baharu Kampung Bebuloh, Awang Md. Sigang bin Yusol yang melahirkan rasa berterima kasih kepada pihak PDI kerana membawa mereka meraikan Hari Raya bersama orang kenamaan. Menurut beliau, majlis seumpamanya antara lain bertujuan untuk memesrakan lagi hubungan antara pendudukpenduduk kampung khususnya saudara-saudara baharu dengan orang-orang kenamaan yang terpilih untuk memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Saudara-saudara baharu juga mengambil peluang berinteraksi, di samping mengajukan apa jua masalah yang mereka hadapi kepada pihak atasan khususnya ketika berkunjung ke rumah Setiausaha Tetap KHEU sekali gus mengeratkan lagi silaturahim yang telah terjalin di antara kedua-dua pihak.

Memberi semangat patriotisme kepada belia

PEGAWAI Tugas-Tugas Khas, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pengiran Mohammad Norhakim ketika ditemu bual.

BENDAHARI Kedua Persatuan Nur Islam (PNI), Dayang Nur Rahiffah ketika ditemu bual Pelita Brunei.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 29 Jun. - Dapat bersua muka dan menyembahkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja adalah saat yang paling dinanti-nanti oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama termasuk para belia. Peluang tersebut turut menjadi satu

penghormatan kepada para belia, sekali gus menjadi motivasi untuk berbakti pada negara. Pelita Brunei membuat pendekatan bersama para pemimpin belia dan belia muda yang turut menyertai hari terakhir Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan kerabat diraja di Istana Nurul Iman. Bagi Pegawai Tugas-Tugas Khas, Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Pengiran Mohammad Norhakim, Majlis Mengadap dan Junjung Ziarah tersebut memberikan semangat

patriotisme kepada mereka terutama sekali kepada para belia untuk sentiasa berkhidmat pada negara, sekali gus mengeratkan hubungan dengan raja tercinta. Sementara itu, bagi Bendahari Kedua Persatuan Nur Islam (PNI), Dayang Nur Rahiffah, peluang beraya di istana terbuka memberi rasa bertuah kepadanya untuk bertemu dengan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain, di samping menyaksikan sendiri kemeriahan suasana Hari Raya di istana terbuka. Menurut seorang belia muda dari PNI di Pusat Da'wah Islamiah, Awangku Abdul Hafiz bin Pengiran Abdul Aziz, junjung ziarah tersebut merupakan kali kedua beliau dan ia merupakan satu peluang bernilai yang perlu diambil oleh para belia untuk bersua muka dengan Kebawah DYMM dan kerabat diraja yang lain. Dayang Siti Nur Afiqah binti Mohd. Asmawi dari PNI juga menzahirkan rasa gembira kerana berpeluang menyambut Hari Raya di istana terbuka, di samping bertemu sendiri dengan kerabat diraja. Bagi Dayang Siti Nur Afiqah, ia sebagai tanda penghargaan para belia kepada raja yang dikasihi kerana telah banyak menyediakan kemudahankemudahan terutama dalam bidang pendidikan kepada rakyat dan penduduk di negara ini.

Oleh : Nur Amalia Alisha @ Ermalia Daud Foto : Hajah Norliha Haji Salleh

PERKHIDMATAN Udara Perdagangan diperkenalkan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 1953 dengan terbentuknya perkhidmatan penghantar di antara Labuan, Bandar Seri Begawan, Anduki dan Lutong di Sarawak. Perkhidmatan ini beroperasi di "Lapangan Terbang Lama Berakas," iaitu bekas tapak landasan yang telah dibina pada zaman peperangan dunia ke-2 di mana Kerajaan membina landasan sepanjang 3,000 kaki. SUMBER : Laman sesawang Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan http://www.mincom.gov.bn/dca/Theme/ Home.aspx

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

KIBARKAN BENDERA NEGARA, TANDA KASIH PADA RAJA, HORMAT PADA NEGARA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.