Pelita Brunei - Sabtu 1 Nov 2014

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

“KAUM belia juga adalah agen kepada perubahan. Namun dalam perkara perubahan ini, semua kita, lebih-lebih lagi kaum belia adalah dikehendaki supaya lebih bijak dan berhati-hati dalam menilai dan memilih perubahan itu. Kerana bukanlah semua perubahan itu baik, malah ada yang memerlukan kita supaya mengelaknya, iaitu jika perubahan itu membawa impak tidak baik atau tidak selaras dengan aspirasi bangsa.” - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-9 Tahun 2014 pada 8 Zulkaedah 1435 Hijrah bersamaan 3 September 2014 Masihi.

“DAN sempurnakanlah janji yang kamu buat (sama ada dengan Allah Subhanahu Wata'ala atau manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan dipertanggungjawabkan (di hari Kiamat).” - (Surah Al Israa’ ayat 34).

TAHUN 59 / BILANGAN 135

1 NOVEMBER 2014 / 1436

8

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Kebawah DYMM menerima mengadap

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Mohammad Reza Havaseli Ashtiani (kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea, Tuan Yang Terutama Choi Byung Koo (kanan) yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka ke negara ini.

Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap secara berasingan Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke

Negara Brunei Darussalam yang akan menamatkan perkhidmatan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Reza Havaseli Ashtiani yang berkhidmat ke negara ini sejak bulan April 2010. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Choi Byung Koo yang berkhidmat ke negara ini sejak bulan Oktober 2011. Majlis Mengadap tersebut berlangsung di Istana Nurul Iman.

Banteras kegiatan lanun Mendokumentasi Laporan : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, Rabu, 29 Oktober. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

bersabda, usaha membanteras kegiatan lanun telah mencapai kemajuan berbanding empat tahun yang lalu. Menurut DYTM, pada Persidangan Peringkat Tinggi Menentang Pelanunan Awam-Swasta (High Level, Public-Private Counter-Piracy Conference - HLPPCPC) yang pertama empat tahun lalu, laporan mengenai

Muka 4

Muka 14

YTM tinjau perkembangan latihan di PKBN

Budaya Brunei perlu ditanai

kegiatan lanun memenuhi berita-berita dalam media. DYTM bersabda, hampir setiap hari tersiar berita-berita tentang tahanan, penangkapan, pembunuhan serta tuntutan wang tebusan, pelarian, kelaparan dan ketidakstabilan. Dalam erti kata lain sabda Duli Yang Teramat Mulia, ia menggambarkan situasi membimbangkan dan memecahbelahkan serta mendominasi urusan Majlis Keselamatan Perniagaan dan tidak banyak persetujuan mengenai apa yang harus dilakukan. DYTM bersabda demikian pada HLPPCPC berlangsung di JW Marriot Marquis, di sini. Empat tahun kemudian sabda DYTM, bagaimanapun, liputan media berkurangan dan keadaan ini sering memberikan harapan dan setakat ini jelas menunjukkan bahawa kemajuan telah dicapai. Sabda DYTM, kini terdapat peningkatan dalam perjanjian mengenai punca kegiatan lanun dan tindakan harus dilakukan yang secara ringkas dirumuskan dalam tiga perkara khusus untuk dibincangkan dalam persidangan ini. Ke muka 24

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

bahasa etnik Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Oktober. - Bahasa memainkan peranan amat penting dalam kehidupan setiap orang, setiap puak, setiap masyarakat dan setiap negara. Di samping sebagai alat komunikasi bahasa-bahasa di dunia dan di negara ini adalah merupakan gedung yang menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan dan budaya bangsa, yang mana sebahagian besar daripada ilmu pengetahuan itu belum tersebar dan diketahui umum dan belum sempat direkodkan. Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos berkata, jika kita tidak bertindak cepat dunia akan kehilangan satu bahasa setiap 14 hari seperti mana menurut kajian National Geographic Society dan kira-kira 3,500 bahasa yang dipertuturkan di seluruh dunia akan pupus atau tidak akan digunakan lagi menjelang tahun 2100. Berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Batuturan Dialek Kitani dan Peraduan Bicara Minda di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Awang Haji Mohd. Rozan seterusnya menegaskan, bahasa-bahasa dialek yang ada di negara ini juga mungkin akan hilang jika ia dibiarkan. “Di antara penyebab utama ialah cara corak kehidupan masa kini, di mana generasi muda di dalam mengejar kejayaan dan kecemerlangan, di mana kecemerlangan tersebut adalah dalam bentuk pencapaian akademik dan dari itu kurang fokus kepada jati diri dan pembinaan sahsiah diri,” tegasnya. Ke muka 24

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HASRAT NEGARA

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillaahir Rahmaanir Raheem Alhamdulillahi Rabbil 'Aalameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin, Wa'alaa 'Alihie Wasahbihee Ajma'een, Waba'du ETA bersyukur, ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dapat pula menyambut kedatangan Tahun Baru Hijrah 1436 dalam keadaan penuh selesa lagi harmoni. Menyambut dan mengalu-alukan kedatangan Awal Tahun Hijrah adalah merupakan tradisi kita di negara ini sebagai mengenang semula sejarah hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Peristiwa hijrah adalah peristiwa penuh berkat. Ia bukan dirancang untuk melarikan diri, tetapi ia adalah berlaku dengan perintah dan izin Allah jua, untuk menyelamatkan akidah yang dibawa oleh Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Ia berlaku dengan cara yang amat luar biasa, penuh dengan pelbagai rintangan dan kesukaran. Sekiranyalah bukan kerana pertolongan Allah jua, maka hijrah ini pasti akan gagal di tengah jalan. Apa tidaknya, Nabi dan sahabat Baginda, Sayyidina Abu Bakar adalah nyaris-nyaris tertangkap dan mungkin juga dibunuh oleh musuh, sekiranya mereka itu tidak ditolong dan dilindungi oleh Allah dengan rumah labah-labah dan sarang burung merpati. Jika umat Islam benar-benar menghayati sejarah ini, maka sudah tentu mereka tidak perlu lagi ke mana-mana untuk mendapatkan pengajaran dan tauladan. Sejarah hijrah sudah sedia penuh dengan pengajaran dan tauladan itu. Dari peristiwa ini memaparkan kepada kita bagaimana keberanian itu sangat-sangat diperlukan. Begitu juga semangat rela berkorban dan kesetiaan adalah paksinya. Andainya tidak ada keberanian dan semangat rela berkorban serta kesetiaan ini, maka hijrah yang agung itu, pasti tidak akan menjadi sejarah. Bayangkan, hijrah itu hanya dilakukan oleh dua orang sahaja, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam dan sahabat Baginda, Sayyidina Abu Bakar, sedangkan musuh sentiasa berkeliaran dan tidak jemu-jemu memburu atau mencari di mana Nabi berada. Tetapi berkat keberanian dan keimanan rela berkorban, maka Allah telah melepaskan mereka daripada bahaya musuh itu. Nabi dan para sahabat tidak pernah mengenal erti takut dalam menjalani misi mereka. Kerana mereka yakin bahawa Allah adalah tetap bersama-sama dengan mereka. Konsep ini sangat mustahak dicontohi oleh umat Islam hari ini, berdasarkan banyak sebab yang menguji ketegasan kita dalam

B

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Umat Islam perlu memiliki pendirian hebat

TITAH Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1436.

kehidupan berugama. Jika kita tidak memiliki pendirian yang hebat sebagaimana pendirian tokoh-tokoh dalam sejarah hijrah, maka dikhuatiri umat Islam ini akan menjadi umat yang lemah dan terpinggir, sedangkan Allah telah mengiktiraf kita sebagai sebaik-baik umat disebabkan sikap kita yang sentiasa mengajak dan menyuruh orang lain berbuat baik serta melarang daripada melakukan perkara-perkara buruk. Manakala kita ini berkeadaan lemah dan sentiasa takut untuk menonjolkan kebaikan-kebaikan Islam dan ajaran-ajarannya yang suci, maka bermakna kita adalah sedang meletakkan diri kita bukan lagi sebagai sebaik-baik umat itu. Ini perlu disedari dalam usaha kita meneladani ajaran-ajaran hijrah. Pada tahun ini, tema sambutan kita adalah berbunyi: 'Bersatu Mendukung Undang-Undang Allah'. Perkataan 'Bersatu' itu sangatlah bagus diucapkan. Begitulah juga dengan ungkapan: 'Bersatu Mendukung Undang-Undang Allah' adalah satu ungkapan yang cukup bertenaga lagi luhur. Ia perlu disambut dengan sikap berani dan jujur.

Yang dimaksudkan dengan berani itu di sini ialah berani kerana Allah, bukan berani kerana yang lain-lain. Apapun perkara jika ia disandarkan semata-mata kerana Allah, maka perkara itu amatlah suci di sisi-Nya. Apa yang penting untuk kita ingat ialah, sebarang niat janganlah kerana yang lain-lain, tetapi bulatkan ia untuk menolong dan memelihara ugama-Nya semata-mata. Nanti akan kita dapati, Allah itu pasti akan menolong kita pula. Ini adalah janji-Nya. Sesungguhnya janji Allah itu amatlah tepat dan tidak pernah dimungkiri. Untuk mengakhiri perutusan ini, beta mengucapkan Selamat Menyambut Awal Tahun Hijrah 1436, dengan harapan, semoga Allah akan meletakkan kita dan negara ini dalam ‘inayah dan pemeliharaan-Nya, dengan melimpahkan rahmat berupa keamanan, kesejahteraan dan hidup bersatu padu dalam kemakmuran. Amin Ya Rabbal ‘Alameen. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

1 NOVEMBER 2014 BERSAMAAN 1436

8

ILMU SAINS DAN TEKNOLOGI NIKMAT KURNIA ALLAH

M

ANUSIA adalah makhluk ciptaan Tuhan yang paling sempurna keadaannya. Selain bentuk atau rupa yang paling baik dan sempurna, manusia itu masih dibekalkan dengan akal. Sains dan teknologi merupakan hasil pemikiran kreatif dan inovatif umat manusia untuk mengembangkan kebudayaannya, lebih-lebih lagi pada era sekarang di mana ilmu sains dan teknologi itu telah berkembang pesat. Sains dan teknologi merupakan suatu yang diperlukan dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana sesebuah kehidupan itu tidak akan terlepas daripada sains dan teknologi. Ia memainkan peranan besar sehingga kita perlu mengetahui apa yang dimaksudkan dengan sains dan teknologi serta apakah hubungan antara sains dan teknologi dengan nilai-nilai yang terkandung dalam sesebuah masyarakat baik nilai sosial, moral dan budaya. Teknologi sebenarnya merupakan ilmu pengetahuan untuk mengungkap aspek kehidupan manusia atau isi alam semesta. Sementara sains adalah kegiatan pemecahan masalah yang dilakukan manusia yang kemudian dimotivasikan oleh rasa ingin tahu tentang dunia sekitar. Sedangkan teknologi merupakan suatu konsep yang luas dan mempunyai lebih dari satu aspek. Oleh yang demikian, sains dan teknologi sekarang tidak boleh terlepas daripada kehidupan kita. Bertepatan dengan tema Majlis Ilmu 2014 kali ini iaitu ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Manusia’ di mana sains dan teknologi itu telah mengalami perkembangan begitu pesat bagi kehidupan manusia. Ia sudah menjadi simbol kemajuan dan kemodenan pada abad ini. Apabila suatu bangsa atau negara yang tidak mengikut perkembangan sains dan teknologi, maka bangsa atau negara itu boleh dikatakan sebagai negara tidak maju dan terkebelakang. Dalam mengejar kemajuan sains dan teknologi ini, kita sebagai umat Islam seharusnya perlu berhati-hati dalam mengikuti arus perubahan zaman dan usaha membangun bangsa. Kita seharusnya tidak mengetepikan hakikat bahawa Al-Qur’an adalah sumber ilmu pengetahuan yang terbesar dan terpenting. Dalam Al-Qur’an terkandung ilmu sains dan teknologi yang hanya menunggu untuk dikaji dan dikembangkan oleh mereka yang memahami dan mengamalkannya. Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Qur’an itu mempunyai maksud dan makna yang tertentu yang hanya perlu digali, diteliti dan direnungi. Oleh itu peranan akal yang telah dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala kepada manusia sangat besar. Ia bukan sahaja dapat digunakan untuk kepentingan mencari ilmu tetapi juga untuk ‘melihat’ kebenaran. Seperti mana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ketika berkenan menyempurnakan perasmian Majlis Ilmu 2014 sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-68 Tahun, “Dengan perkataan lain, kita berusaha mencipta tamadun, tetapi asasnya adalah sains dan teknologi yang berpaksikan keyakinan kepada Allah. Kita melakar tamadun itu bermula dengan pendidikan, kita turut mendidik anak bangsa kita dengan sains dan teknologi yang tidak bertentangan dengan hukum-hukum ugama.” Tegas baginda lagi, kita tidak menerima sains dan teknologi untuk memperkecilkan kuasa Allah, tetapi sebaliknya mengagumi kuasa Allah itu begitu juga menolak sains dan teknologi untuk membinasakan bumi dan segala isi di dalamnya, tetapi yang kita terima ialah sains dan teknologi yang memakmurkan bumi dengan kebajikan dan kemanusiaan. Oleh yang demikian, kita seharusnya memberikan sokongan terhadap inovasi sains dan teknologi yang dihasilkan oleh ilmuwan negara agar kemudahan yang dihasilkan itu dapat dimanfaatkan bersama, di samping menjadikan kita bangsa yang sentiasa berada di hadapan dan terus berjaya dengan reda Allah Subhanahu Wata’ala. Ketua Penyuntingan (Md).

Pemberitaan/Rencana

Ketua Bahagian Pelita Brunei

Penyuntingan

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Haji Aliddin Haji Moktal, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Aryentty Haji Arifin Mohammad Arif Matali

Sastra Sarini Haji Julaini

Samle Haji Jait, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar, Abu Bakar Haji Abdul Rahman

AMBULANS 991

POLIS 993

Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Haji Sahari Akim

Penyemakan

Penterjemahan

Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

Hajah Musmariani Haji Mohammad

Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail

Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin

BOMBA 995

PENYELAMAT 998

(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam

123

NDMC 2380214


3

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Perjumpaan dua hala bincang kepentingan bersama DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, Rabu, 29 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan mengadakan perjumpaan dua hala secara berasingan bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Somalia, Tuan Yang Terutama Dr. Abdirahman Duale Beyle dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Mauritania, TYT Ahmed Ould Teguedi, berlangsung di JW Marriot Marquis, di sini. Mula-mula Duli Yang Teramat

Mulia mengadakan perjumpaan dua hala bersama TYT Dr. Abdirahman Duale Beyle yang berada di sini bagi menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi Menentang Pelanunan Awam-Swasta (High Level, Public-Private CounterPiracy Conference) Ke-4. Kemudian DYTM mengadakan perjumpaan dua hala bersama TYT Ahmed Ould Teguedi yang juga berada di sini bagi menghadiri persidangan berkenaan. Para menteri dan delegasi yang menghadiri persidangan selama dua hari ini membincangkan pelbagai isu dalam mencari penyelesaian untuk menangani kegiatan lanun maritim di laut dan darat. Kertas-kertas perbincangan meliputi isu-isu lanun maritim

semasa, termasuk penilaian daripada usaha antarabangsa, serantau dan tempatan dalam mengurangkan kegiatan lanun di wilayah Afrika, korelasi antara jenayah di benua berkenaan dan usaha untuk menghentikannya. Fokus persidangan kekal memberi tumpuan kepada bantuan kemanusiaan dan kos ekonomi akibat kegiatan lanun, selain membincangkan penyelesaian dalam isu kegiatan lanun, membina keupayaan Somalia bagi menyokong pemulihan negara dan ekonominya. Strategi utama UAE dalam persidangan ini ialah bagi pengiktirafan keupayaan dan kapasiti negara-negara di rantau ini, meningkatkan pembangunan negara, membolehkan UAE menyasarkan bantuan yang boleh memberi kesan terbaik, di samping matlamat membangunkan keselamatan, kestabilan dan keupayaan rakanrakan serantau dalam menangani kegiatan lanun.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengadakan perjumpaan dua hala bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Mauritania, Tuan Yang Terutama Ahmed Ould Teguedi (atas) dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Somalia, Tuan Yang Terutama Dr. Abdirahman Duale Beyle (kiri).

Berangkat menghadiri HLPPCPC Ke-4 Laporan : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, Rabu, 29 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ’Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi Menentang Pelanunan Awam-Swasta (High Level, Public-Private Counter-Piracy Conference - HLPPCPC) Ke-4, bertempat di JW Marriot Marquis, di sini. Turut mengiringi Duli Yang

Teramat Mulia ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Pembukaan rasmi persidangan dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Emiriah Arab Bersatu (UAE), His Highness Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan diikuti dengan ucaptama daripada Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Somalia, Tuan Yang Terutama Dr. Abdirahman Duale Beyle dan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berangkat ke Majlis Pembukaan Persidangan Peringkat Tinggi Menentang Pelanunan Awam-Swasta (High-Level, Public-Private Counter-Piracy Conference - HLPPCPC) Ke-4.

kenyataan pembukaan oleh Pengerusi DP World, TYT Sultan Ahmed bin Sulayem. Persidangan yang turut dihadiri oleh menteri-menteri serta ratusan pegawai kanan kerajaan dan wakil-wakil industri dari seluruh dunia juga berpeluang mendengarkan pembentangan insiatif antarabangsa daripada beberapa buah negara. DYTM kemudian berkenan mengurniakan sabda pada persidangan tersebut.

Bertemakan 'Menjamin Pemulihan Negara: Mengekalkan Momentum di Laut, Menghadapi Ketidakstabilan di Darat' (Securing State Recovery: Sustaining Momentum at Sea, Confronting Instability on Land), persidangan kali keempat bagi tahun ini memfokuskan bagi masyarakat antarabangsa untuk bergerak membangun ekonomi dan infrastruktur Somalia dalam menyediakan penyelesaian jangka panjang.

Persidangan ini merupakan sebahagian daripada agenda Minggu Menangani Kegiatan Lanun UAE 2014 (2014 UAE Counter-Piracy Week) yang diadakan selama empat hari. Pada tahun ini, persidangan diadakan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Luar UAE dan DP World, di mana antara agenda utama yang dibincangkan pada pertemuan selama dua hari itu termasuk perbincangan dalam membawa keseluruhan masyarakat global bersama-sama menangani kegiatan lanun dalam apa juga siri permesyuaratan dan acara besar serta berprestij untuk membincangkan dan menghasilkan penyelesaian yang mapan.

DULI Yang Teramat Mulia berangkat ke Majlis Pembukaan HLPPCPC Ke-4 yang diadakan di JW Marriott Marquis Dubai (kiri sekali).

BERANGKAT sama ialah anakanda DYTM, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah (kiri).


4

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

YTM tinjau perkembangan latihan di PKBN Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Oktober. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Perkampungan Sukan, Berakas. Keberangkatan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik adalah sempena penempatan kerja Yang Teramat Mulia bagi meninjau perkembangan latihan Pengambilan Ketiga PKBN. Keberangkatan tiba YTM dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Turut menjunjung keberangkatan YTM ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Awang Haji Mohd. Hamid bin Haji Mohd. Jaafar; Pengarah PKBN, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail dan Kem Komandan, Mejar (B) Mohammad bin Dollah. Sejurus keberangkatan, YTM berkenan menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa

perbarisan kawalan kehormatan. Program yang berlangsung selama tiga bulan itu melibatkan 77 orang pelatih terdiri daripada 59 belia lelaki dan 18 belia perempuan yang berusia di antara 16 hingga 21 tahun. Pada upacara tersebut, YTM berkenan menyaksikan persembahan daripada para pelatih PKBN Pengambilan Ketiga yang terdahulunya dimulai dengan bacaan Surah Al Mulk, ayat 1-6 dan doa selamat yang dibacakan oleh Pegawai Ugama PKBN, Awang Abdul Qayyum bin Haji Matussin. YTM seterusnya berkenan menyaksikan pelbagai aktiviti latihan dari para pelatih PKBN juga termasuk aktiviti Elemen Kepimpinan dan Pelbagai Tugas (Command Task) memperlihatkan sifat kerja berpasukan dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan, sementara aktiviti Rock Climbing dan Abseilling lebih kepada membina kemantapan dan ketahanan fizikal. Sejurus itu, YTM kemudiannya dijunjung berangkat ke Bilik Kuliah 1 bagi mendengarkan sesi taklimat dan terdahulu sembah alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah menerima tabik hormat diraja ketika berkenan berangkat ke penempatan kerja di Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) di Perkampungan Sukan, Berakas.

Dalam sembah alu-aluan tersebut, Yang Berhormat antara lain menyembahkan bahawa keberangkatan YTM adalah sebagai cermin keperihatinan dan sokongan YTM dalam usaha PKBN melahirkan belia yang syumul dan berdisiplin dengan pendidikan akademik dan

kerohanian yang diperkukuhkan lagi melalui aktiviti dan kurikulum yang lengkap. Selain itu, sembah Yang Berhormat, dalam usaha berterusan menambah baik program-program PKBN, kementeriannya akan sentiasa menanai titah saranan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta hasil timbal balas daripada ibu bapa peserta program PKBN. Ke muka 5

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan mendengarkan sembah taklimat (atas), sementara gambar kiri, YTM ketika dijunjung berangkat ke Bilik Kuliah 1 bagi mendengarkan sesi taklimat.

PARA pelatih PKBN Pengambilan Ketiga semasa menjalani latihan melepasi halangan gegelung api (kiri), sementara gambar tengah, para pelatih PKBN semasa perbarisan kawalan kehormatan dan gambar kanan, para pelatih PKBN semasa menjalani gerakan fizikal.


5

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 窶連bdul Malik berkenan bergambar ramai bersama para pelatih, jurulatih dan tenaga pengajar PKBN.

Dari muka 4

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 窶連bdul Malik berangkat bagi Majlis Santap Tengah Hari bersama para pelatih, pegawai, jurulatih dan tenaga pengajar PKBN.

YTM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan.

Dalam merangka dan merancang module, syllabus dan program PKBN sembahnya lagi, ia adalah berkonsepkan holistik dengan mengambil kira titah-titah saranan paduka ayahanda YTM yang menekankan program ini merupakan satu peluang yang akan memberikan manfaat dan kelebihan dalam meningkatkan keupayaan golongan belia dari aspek kualitatif seperti kepimpinan, keupayaan, pengalaman, kerohanian, kemasyarakatan dan keusahawanan yang akan mendorong dan membina semangat serta keinginan para belia untuk menyumbang secara positif pada pembangunan negara. Yang Berhormat juga turut menyembahkan bahawa PKBN adalah aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke arah melahirkan generasi belia yang dinamik, berdaya saing dan cemerlang selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara ke arah mewujudkan belia Brunei cemerlang. Setelah itu, YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 窶連bdul Malik berkenan mendengarkan sembah taklimat yang disampaikan oleh Pengarah PKBN, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran

Haji Ismail dan setelah selesai, YTM dijunjung untuk menyaksikan pameran mengenai Kem Latihan PKBN yang bakal dibina secara kekal di Batu Apoi, Temburong. Pembinaan bangunan tersebut dianggarkan menelan belanja BND26,593,767 dan dijangka siap pada bulan Jun 2015. Apabila siap nanti ia akan digunakan sebagai pusat pengambilan pelatih, pengurusan, latihan, logistik dan penyelarasan kemudahan, selain sebagai pusat melatih sumber manusia yang mencukupi. YTM juga seterusnya berkenan melawat prasarana dan kemudahan kem latihan di PKBN seperti Bilik Gerakan, Kelas-kelas Pelatih, Tempat Tinggal Pelatih, Pusat Perubatan dan setelah itu, YTM kemudiannya dijunjung berangkat bagi Majlis Santap Tengah Hari bersama para pelatih, pegawai, jurulatih dan tenaga pengajar PKBN. Sebelum berangkat balik, YTM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan dan seterusnya menerima junjung ziarah daripada para pelatih pengambilan ketiga dan lepasan pelatih PKBN dan setelah itu YTM dijunjung untuk bergambar ramai bersama para pelatih, jurulatih dan tenaga pengajar PKBN.

ANTARA aksi persembahan yang dilakukan oleh peserta PKBN.


6

NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Capai pembangunan menghasilkan berkat Oleh : Bolhassan Haji Abu Bakar Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Hamzah Mohiddin, Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. Iman dan takwa mesti turut sama berperanan dengan sains dan teknologi dalam pembangunan kerana pembangunan yang mahu kita capai ialah pembangunan yang menghasilkan berkat. Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned berkata, bidang sains dan teknologi adalah nadi zaman moden dan ia adalah memang pemangkin pembangunan. Tanpa sains dan teknologi, ujar Yang Berhormat, usahlah menyebut tentang pembangunan kerana bukan sekadar menyebut sains dan teknologi saja-saja, bahkan yang kita dan dunia mahukan ialah sains dan teknologi tinggi. Yang Berhormat berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Khas bertajuk ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’ sempena Majlis Ilmu 2014 Sempena Perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Jika teknologi itu cuma setakat penggunaan tulang empat kerat semata-mata, tegas Yang Berhormat, sudah dianggap tidak bermakna lagi kerana yang hebat itu di sini ialah teknologi jentera, teknologi machine dan dengan teknologi jenis inilah sekarang kita membangun, dengan teknologi jenis inilah sekarang dunia kita sedang berlumba-lumba membangun. “Apakah sudah cukup membangun itu hanya dengan sains dan teknologi semata-mata?” soal Yang Berhormat. Tegas Yang Berhormat, orang mungkin saja akan cepat-cepat menjawab bahawa semua kemajuan itu adalah jelmaan dari sains dan teknologi, dari sekecil-kecil perkara, dari sebuah rumah duduk sampai kepada bangunan pencakar langit seratus tingkat, semuanya itu dari ledakan sains dan teknologi tinggi. Angkasa diteroka, lautan diharungi dan bumi digali atau dikorek, adalah dengan sains dan teknologi belaka. Menurut Yang Berhormat, memang seperti tidak ada apa-apa lagi yang kurang dan yang masih tidak cukup dengan sains dan teknologi ini kerana itulah, katanya kuasa-kuasa besar sains dan teknologi, merasakan dunia ini seperti saja milik mereka, yang menjadikan mereka bersikap lebih meninggi, berperasaan lebih kuat, lebih mampu dan lebih confident, kerana kuasa sains dan teknologi tinggi itu sedang berada dalam genggaman mereka. Namun tegas Yang Berhormat, atas nama Islam dan nama orang-orang Islam, untuk survive, untuk hidup dan membangun semata-mata hanya dengan sains dan teknologi sahaja, adalah belum mencukupi dan belum lengkap lagi. Yang lengkapnya itu, tegasnya kita perlu ada dua bahan lain lagi, iaitu iman dan takwa, yang menjadikan tema sepatutnya berbunyi: ‘Sains dan Teknologi mesti dicampur dengan Iman dan Takwa selaku pemangkin pembangunan dan meningkatkan kualiti kehidupan ummah.’ “Kita mahu mempunyai bangunan-bangunan, tetapi bukan setakat bangunan, malah bangunanbangunan yang bertunggakkan berkat. Kita mahu membuat rancangan-rancangan, tetapi bukan setakat rancangan, malah rancangan-rancangan yang berpaksikan berkat. Kita mahu mengeluarkan produk-produk, tetapi bukan setakat produk, malah produk-produk yang padat dengan berkat. “Dari manakah berkat itu boleh diperolehi? Kalau sains dan teknologi saja-saja, ia tidak akan mampu untuk menghadirkan berkat, tidak akan mampu untuk menagih berkat. Yang mampu mengundang berkat itu hanyalah iman dan takwa jua,” tegasnya. Yang Berhormat menjelaskan bahawa ini bukanlah teori, tetapi adalah ketentuan daripada Allah sendiri sebagaimana firmanNya di dalam Surah al-‘Araf ayat 96 yang tafsirnya: “Dan andainya penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan bukakan untuk mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah

berkatnya dari langit dan bumi…” Menurut Yang Berhormat, bila iman dan takwa menjadi pasak pembangunan, maka pembangunan itu adalah pembangunan berkat, dan pembangunan berkat pasti akan membawa kepada banyak kebajikan dan pertumbuhan, negeri akan berkembang, aman dan tenteram; ekonomi pula tumbuh dan bumi subur. Kehidupan yang dianggap sudah baik akan jadi lebih baik lagi. Negeri, dari era cuma mempunyai bangunan-bangunan papan, akan meningkat kepada bangunan-bangunan batu dan konkrit; dari era cuma mempunyai sekolah-sekolah kajang, akan bertukar menjadi bangunan-bangunan moden yang serba lengkap; dari era cuma mempunyai masjid-masjid yang beratapkan daun nipah, akan dilihat mempunyai masjid-masjid seperti Masjid Omar ‘Ali Saifuddien dan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Yang Berhormat berkata, semua orang boleh membangun, siapa pun mereka, Muslimkah atau bukan Muslim, Allah Subhanahu Wata‘ala tidak pernah menghalangi mereka dari membangun dan dari dahulu kala lagi manusia sudah membangun dan sudah mengenal sains dan teknologi. Nabi Allah Nuh ‘Alaihissalam katanya, telah menghasilkan kapal raksasa yang luar biasa dengan sains dan teknologi pada zaman itu. Umat Nabi Hud dan Nabi Saleh membina istana-istana dengan cara memahat gunung-gunung dan bukit-bukit dengan sains dan teknologi pada zaman itu. Raja-raja Fir'aun, sebelum dan semasa Nabi Musa ‘Alaihissalam telah membina piramid-piramid dan istana-istana yang hebat-hebat dengan sains dan teknologi pada masa itu. Bahkan bagaimana piramid-piramid itu dicipta, oleh para pakar, sampai ke hari ini masih saja gagal untuk mencari jawapannya. Katanya, Fir'aun mampu untuk membangun binaan-binaan yang tinggi-tinggi lagi ajaib, semisal piramid, bahkan mungkin lebih dari piramid, tetapi kita orang-orang Islam adalah menolak sains dan teknologi Fir'aun atau ala Fir'aun kerana Fir'aun menggunakan sains dan teknologi untuk menderhakai Allah, sedang kita orang-orang Islam wajib memanfaatkan sains dan teknologi itu untuk mentaati Allah. Satu contoh ringan pembangunan yang memanfaatkan sains dan teknologi untuk mentaati Allah, katanya ialah Brunei Darussalam telah membangun sebuah bangunan Darul Takaful setinggi 15 tingkat. Apabila bangunan ini siap, atau dianggap telah siap, barulah disedari rupa-rupanya ketinggiannya adalah mengatasi atau mengalahkan ketinggian Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Setinggi 9 tingkat ke atas dari 15 tingkat itu, katanya telah dikenal pasti menyebabkan ketinggian Masjid Omar ‘Ali Saifuddien menjadi lebih rendah daripada ketinggian bangunan Darul Takaful dan bermakna kalau mahu dikembalikan semula Masjid Omar 'Ali Saifuddien lebih tinggi daripada semua bangunan di sekitar Bandar Seri Begawan, maka 9 tingkat dari atas bangunan Darul Takaful itu mestilah ditiadakan, dipecah atau dirobohkan. Katanya, perkara itu boleh saja dilakukan, tetapi berisiko, iaitu pertama, akan memakan masa yang lama dan kedua, akan menyebabkan rugi besar bermilion ringgit. Tidak diragukan lagi, jelasnya perkara itu sekarang sudah menjadi dilema: dilema berkaitan hukum agama dan berkaitan dengan untung rugi masa dan material. Manakah satu yang mahu dipilih, adakah hendak mengikut hukum agama ataupun mahu mengelak dari mendapat rugi? “Ahli-ahli lembaga buntu dan akhirnya mengambil keputusan: mengangkat perkara ini ke atas. Apakah yang terjadi selepas itu? Yang terjadi ialah, respons daripada atas adalah merestui, supaya bangunan ini 9 tingkat daripada atas hendaklah dirobohkan (dipotong) sahaja, sehingga tidak berbangkit lagi iaitu meninggihi Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. “Demikian respons ahli iman dan ahli takwa, demikian respons dari kepimpinan ahli iman dan ahli takwa, ia sama sekali tidak teragak-agak untuk mematuhi hukum syara',” jelasnya.

Menurutnya, itulah antara lain sejarah penting Negara Brunei Darussalam yang perlu dan mustahak untuk diketahui dan diingati oleh generasi demi generasi, betapa Brunei di bawah pimpinan raja yang prihatin terhadap hukum-hukum agama, ia bukan sahaja membangun, tetapi setiap pembangunan itu juga tidak akan dibiarkan bercanggah dengan hukum syara'. “Alhamdulillah, Darul Takaful kita yang bercirikan pembangunan untuk membantu rakyat melepaskan bebanan riba, dengan struktur bangunannya yang patuh syara’ itu, insyaaAllah, akan sentiasa bersimbah dengan berkat. Dengan berkat,” katanya. Yang Berhormat turut menjelaskan bahawa konsep Takaful merupakan satu transaksi tabarru'. Tabarru' ertinya derma. Setiap orang yang terlibat dengannya adalah penderma. Masing-masing itu adalah sumbang menyumbang dan sokong-menyokong. Kerana itu, sumbangan mereka tidak akan habis atau hangus begitu sahaja, melainkan apabila tempoh insurans berakhir, akan masih ada sahaja baki dari derma yang telah dibayar dan ianya boleh terus dimanfaatkan oleh penginsur sebagai menampung atau menambah bayaran insurans berikutnya. Katanya berbeza dengan sistem konvensional, pada tahun ini awda keluar seribu ringgit dan pada tahun hadapan setelah tamat tempoh insurans, seribu ringgit itu akan hangus begitu sahaja, tidak ada lagi sebarang bakinya dan awda akan keluarkan pula seribu ringgit yang lain lagi untuk membaharui insurans awda. “Inilah cantiknya sistem insurans Islam atau takaful yang berkonsepkan tabarru' itu. Ia adalah terang-terang membantu, tidak membebani, dan sangat jelas, ada berkat di situ,” jelasnya. Di samping menasihatkan kita supaya rajin mencari berkat dan konsisten dalam usaha mendapatkan berkat itu, Yang Berhormat turut menyarankan agar semua pembangunan kita tidak kosong dari berkat khasnya dalam perkara ekonomi. “Dalam usaha kita membangunkan ekonomi, janganlah fokus hanya semata-mata kepada faktor angka sahaja, tetapi fikirkanlah juga tentang berkat. Cari dan jadikan ia paksi dalam pembangunan ekonomi kita. Kerana apabila ada berkat, ekonomi pasti tumbuh, ekonomi pasti kembang dan ekonomi pasti menetap,” tegasnya. Menurut Yang Berhormat, berkat boleh saja ditagih, boleh saja didapati dari pelbagai cara termasuk melalui dasar, polisi, konsep dan melalui sistem, misalnya melalui dasar atau polisi atau konsep atau sistem tanpa riba, semua ini tidak boleh tidak pasti mengundang berkat. Demikian juga, katanya satu sistem yang sangat mudah dilupakan, ialah sistem bersedekah. Orang jarang ingat sistem ini berkuasa besar untuk menumbuhkan ekonomi dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Ia benar-benar berperanan untuk menumbuhkan ekonomi, bukan meruntuhkan ekonomi. Jika satu saudara bersedekah, nanti insyaaAllah, sepuluh akan datang menggantikannya sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Anam ayat 160, yang tafsirnya: “Barangsiapa yang menyumbang satu kebajikan, maka baginya (balasannya) adalah sepuluh (kebajikan) yang sama.” “Ini bukan retorik, bukan saja-saja penyedap kata-kata, bukan! Tetapi ia adalah hakikat yang benar, satu janji Allah, di mana janji itu tetap dikotakanNya,” tegas Yang Berhormat. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan bahawa Sistem (sedekah) ini tidak pernah dikenali oleh pakar-pakar ilmu ekonomi, tidak pernah disebut dan diperkenalkan kepada kita: oleh Adam Smith (1723-1790), oleh Thomas Robert Malthus (1766-1834), oleh David Ricardo (1772-1823), oleh Karl Marx (1818-1883) dan lain-lain, tetapi Nabi kita Sayyidina Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ada mengenalkannya, melalui hadits riwayat ath-Thabarani yang bermaksud: “Tidak berkurang harta itu kerana sedekah.” “Mengapa tidak kurang? Kerana harta itu tertahan oleh berkat. Berkat yang memegangnya, malah menyiramnya jadi subur dan bertambah. Itulah hebatnya berkat, berkat yang terjadi kerana sedekah,” jelasnya. Jelasnya lagi, sedekah menurut Nabi adalah syai’un ajab ertinya: satu perkara besar, satu perkara

MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned semasa menyampaikan Ceramah Khas bertajuk ‘Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’ sempena Majlis Ilmu 2014.

agung. Ia bukan saja berperanan menumbuhkan ekonomi, bahkan juga, adalah perisai kepada bala bencana. Sedekah juga, katanya mampu untuk menolak bala bencana, sebagaimana hadits yang bermaksud: “Sedekah itu menolak bala bencana.” Yang Berhormat seterusnya mengingatkan bahawa sedekah itu bukanlah terbatas daripada individu kepada individu sahaja, tetapi ia juga boleh datang daripada badan-badan atau lembaga-lembaga atau syarikat-syarikat terhadap orang ramai, dan bahkan daripada kerajaan kepada rakyat jelata. “Ini, barang kali jarang disedari oleh orang, terutama sedekah daripada kerajaan kepada rakyat. Apabila kerajaan mengamalkan ‘pendekatan pemurah atau ihsan’, maka itu sebenarnya, sudah masuk ke dalam kategori sedekah,” tegasnya. Dalam hubungan ini, katanya kerajaan kita, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah pun sekian lamanya mengamalkan pendekatan sedekah ini, lihat, kurnia-kurnia kepada rakyat: Kurnia bebas daripada pelbagai bebanan cukai, menikmati pendidikan percuma, menikmati perubatan percuma, menikmati subsidi-subsidi makanan asasi, subsidi-subsidi minyak dan gas, warga tua menikmati pencen bulanan mereka, rakyat dari kalangan ibu tunggal, rakyat dari kalangan kurang upaya, rakyat dari kalangan fakir dan miskin, semuanya itu turut disangkuti, dan malah, warga dari kakitangan kerajaan juga adalah tidak diabaikan, selain daripada gaji pokok mereka, mereka juga turut menerima kurnia elaun khas menurut kategori. Ini semua, jelasnya telah menjadi amalan kita yang berterusan. Disedari ataupun tidak, ia adalah paksi kepada kemakmuran dan sekali gus paksi kepada kelangsungan serta keselamatan bangsa dan negara, sayugia, kita hayati ia dengan akidah dan keimanan yang mendalam. Yang Berhormat berpendapat bahawa metodologi membangun dengan sains dan teknologi dicampur iman dan takwa ini, patutlah diperkenalkan kepada generasi masa kini, termasuk melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, sehingga ke peringkat yang setinggi-tingginya, barulah akan boleh menepati aspirasi pembangunan berkat yang sebenar-benarnya, seperti yang telah dicanang oleh Al-Qur’an: “Dan sekiranya penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami akan bukakan untuk mereka (pintu-pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya dari langit dan bumi).”


NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

7

Haram tanam benih pada wanita lain Oleh : Khartini Hamir Foto : Azmah Haji Ahad

DR. Danial Zainal Abidin semasa menjawab persoalan yang diajukan mengenai surrogate mother pada sesi soal jawab, Simposium Majlis Ilmu 2014 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

BERAKAS, Selasa, 28 Oktober. - Dr. Danial Zainal Abidin berkata, dalam Islam apa-apa jua persoalan yang berkaitan dengan lelaki dan perempuan serta apa-apa jua persoalan yang berkaitan dengan anak damit ia kena merujuk kepada prinsip yang telah Islam putuskan. Dr. Danial Zainal Abidin menyatakan perkara tersebut bagi menjawab persoalan mengenai surrogate mother yang diajukan pada sesi soal jawab, Simposium Majlis Ilmu 2014 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Jelasnya, Islam telah memutuskan mengenai hubungan lelaki dan perempuan yang halal iaitu melalui perkahwinan dan begitu juga yang telah diputuskan mengenai hal yang berkaitan dengan anak damit iaitu untuk mendapatkan anak adalah melalui hubungan suami isteri secara halal. Oleh itu terangnya, hubungan lelaki dan perempuan dan usaha untuk mendapatkan anak prinsipnya ialah mereka itu kena berkahwin dahulu. “Halalkan dahulu baru kemudian teknologi kita manfaatkan selepas itu,” ujar beliau. Tekannya, jika tidak dapat anak dan kita hendak menggunakan teknologi untuk mendapatkan anak maka benihnya hendaklah menggunakan benih suami dan isteri walau dalam apa

cara kaedah pendekatan sekalipun asalkan menggunakan benih suami dan isteri tersebut. Maka ia adalah halal menurut beberapa fatwa yang boleh dirujuk asalkan ia tidak mendatangkan kemudaratan. Walau bagaimanapun jelasnnya, surrogate mother kini lebih gemar menggunakan benih dari suami dan ditanam pada wanita lain untuk mengandungkan anak mereka dengan cara dibayar kepada wanita berkenaan dalam tempoh tertentu sehingga melahirkan anak tersebut. Dalan hal ini tegasnya, kita perlu ketahui bahawa dalam Islam benih suami yang ditanam pada wanita lain hukumnya adalah haram walau apapun

alasan yang diberikan. Hasrat simposium ini diadakan adalah untuk menarik perhatian dan membuka minda sektor kerajaan, swasta, pelajar-pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sesiapa saja yang berminat untuk mendengar ceramah mengenai perkembangan sains dan teknologi.

SEORANG jemputan mengajukan soalan kepada penceramah semasa Simposium Majlis Ilmu 2014.

Pameran MajlEx2014 dibuka hingga 4 November Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Pameran berinformatif dan interaktif memaparkan projek-projek infrastruktur ikonik dalam pelaksanaan dan seni bina yang menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam turut menarik perhatian para pengunjung ke Pameran Majlis Ilmu 2014 (MajlEx2014). Pameran MajlEx2014 yang berlangsung selama lapan hari di Dewan Serbaguna dan Dewan Persidangan Media Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas mempamerkan gabungan bahan yang mendukung kepada tema Majlis Ilmu iaitu ‘Sains dan Teknologi Pemangkin

Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah’. Ia dibahagikan kepada enam bahagian iaitu mengenai Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan, Prasarana Pengawalan, Air Untuk Kehidupan, Kesedaran, Penyelidikan dan Penemuan, Langit dan Bumi serta Warisan Gemilang. Bahagian Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan mempamerkan mengenai sains dan teknologi menuju Wawasan Brunei 2035 dan sains dan teknologi dalam Islam, manakala prasarana pengawalan mempamerkan kaedah pengawalan, mitigasi dan pemeliharaan kepada kejadian tanah susur, pencegahan banjir, pemeliharaan saliran dan pengawalan hakisan pantai bagi menjamin keselamatan harta benda

SEORANG ahli Darussyifa' Warrafahah menjelaskan mengenai sifat-sifat molekul air yang berubah melalui interaksi kepada ayat-ayat zikir pada Pameran Majlis Ilmu 2014.

dan orang awam. Sementara itu, pameran mengenai Air untuk Kehidupan yang dipersembahkan oleh Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Darussyifa’ Warrafahah pula mempamerkan mengenai proses perjalanan air bersih dan kaedah hi-tech leakage detection equipments dan membrane technology. Bahagian Kesedaran, Penyelidikan dan Penemuan pula memperlihatkan projek-projek penyelidikan dan perkembangan pendidikan dalam sains dan teknologi dari Universiti Brunei Darussalam, Institut Teknologi Brunei, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali, selain menunjukkan kaedah pemantauan alam sekitar menggunakan teknologi, manakala di Bahagian Langit dan Bumi, astronomi memperlihatkan kaedah penyusunan kalendar Islam, merukyah anak bulan serta pengumpulan dan penyimpanan data melalui sistem ‘Survey Spatial Data Infrastructure' (SSDI). Bahagian terakhir iaitu Warisan Gemilang mempamerkan mengenai projek-projek hasil kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memperkembangkan syiar Islam dan menaikkan imej negara dengan seni bina yang berlandaskan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat Negara Brunei Darussalam. Di samping itu, pameran juga akan menumpukan kepada pengaplikasian sains dan teknologi dalam membangun kemudahan-kemudahan infrastruktur negara dan pemedulian terhadap alam sekitar termasuklah inisiatif bangunan hijau. Manakala pameran mengenai pencapaian penyelidik-penyelidik dari institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan inovasi akan memberi dorongan kepada para pengunjung untuk memperbanyakkan

SEBAHAGIAN daripada bahan pameran dari Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Ilmu 2014.

kerja-kerja penyelidikan yang berkualiti serta membarigakan inisiatif skim-skim insentif penyelidikan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Turut diadakan ialah Pameran Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Pejabat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu bagi mengenang jasa-jasa Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dalam mencorak landskap pembangunan Negara, selaku ‘Arkitek Brunei Moden’ melalui nukilan warisan sumbangan dan keprihatinan Al-Marhum dalam bidang pembangunan negara dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat sebagai ristaan sepanjang zaman. Pameran yang bertemakan ‘Kepimpinan Raja Membangun Negara Meliputi Sains dan Teknologi’ memberi penumpuan kepada kepimpinan cemerlang Kebawah

DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka ayahanda baginda, Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dalam memajukan Negara Brunei Darussalam. Selain itu, pameran juga dihasratkan untuk memberikan kefahaman bahawa Kebawah DYMM adalah raja yang berwawasan jauh ke hadapan yang ingin melihat keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat berlanjutan hingga ke generasi yang akan datang melalui Wawasan Brunei 2035. Pameran MajlEx2014 selama lapan hari itu akan dibukakan pada 28 hingga 30 Oktober pada sebelah petang pukul 2.00 hingga 5.00 petang, pada 31 Oktober (hari Jumaat) dibukakan pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 hingga 5.00 petang, manakala pada 1 hingga 4 November bermula pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat lanjut mengenai Majlis Ilmu 2014, orang ramai boleh melayari laman web majlis ilmu www.majlisilmu.gov.bn.


8

NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Peredaran zaman merubah kehidupan manusia Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2014 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned hadir di sesi pertama Simposium Majlis Ilmu 2014.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober.- Peredaran zaman yang berlalu pantas banyak memberi kesan kepada kehidupan insan yang turut memberikan banyak perubahan dan peningkatan dalam kalangan masyarakat Muslim di seluruh dunia. Ahli Panel Simposium Majlis Ilmu 2014 dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Dr. Mohd. Ridhuan Tee bin Abdullah berkata, bidang pengajian ilmu yang wajib dituntut tidak hanya terbatas kepada ilmu bersifat naqli yakni yang bersifat wahyu Allah Subhanahu Wata’ala dan sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, bahkan harus diperluaskan kepada ilmu aqli yang berpunca daripada ketajaman buah fikiran manusia dalam meneliti dan mengkaji sesuatu. Dengan pembentangannya bertajuk ‘Memanfaatkan Sains Bagi Memartabatkan Islam’, pada simposium sesi kedua petang ini, Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee menambah, integrasi antara kedua-dua cabang ilmu ini ternyata telah mampu mendatangkan masalah yang besar kepada umat Islam secara keseluruhannya. Jelasnya, catatan sejarah dunia pada zaman lampau telah menyaksikan betapa agama Islam dipandang tinggi dan mencapai era kegemilangannya dengan kelahiran intelektualintelektual Islam yang menjadi penyumbang kepada pengayaan ilmu pengetahuan sama ada dalam bidang sastera mahupun sains. Di samping itu beliau juga menjelaskan mengenai Pemahaman Sains Menurut Pandangan Islam di

mana sebagai umat Islam, tegasnya, kita seharusnya mempercayai bahawa antara ciri utama yang terkandung dalam konsep Tasawwur Islam dalam memberikan gambaran tepat mengenainya ialah sifat syumul yakni komprehensif yang dimiliki oleh agama Islam. Tambahnya, salah faham sering berlaku apabila ramai manusia zaman kini yang cuba memisahkan agama daripada agenda kehidupan seharian dan menganggap bahawa Islam hanya agama beribadah dan tidak sesuai bagi tujuan lain. Tegasnya, tanggapan tersebut amatlah salah sama sekali kerana mengikut prinsip Akidah Islamiyyah, kita wajiblah mempercayai bahawa setiap bentuk perlakuan insan sama ada berbentuk pekerjaan duniawi mahupun ibadah ukhrawiyyah, kesemuanya perlu bersandarkan kepada dalil-dalil syarak yang menyokong akan perkara tersebut. Hal itu tambahnya, adalah merangkumi perbicaraan tentang ilmu sains yang mana telah dinukil dan diperbahaskan melalui sumber-sumber utama hukum syara’. Beliau seterusnya menjelaskan, antara bukti-bukti Islam menerima dan mendahului penemuan sains dalam dunia kontemporari kini iaitu Sains dalam Al-Qur’an; Sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Sains; dan Ijtihad dan Sains. Hadir mendengarkan simposium sesi kedua ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Bersama

Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2014 dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned. Simposium Majlis Ilmu 2014 Sempena Perayaan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama dan Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini, menyingkap tiga tema Sains dan Teknologi iaitu Sains dalam Islam (Science in Islam); Inovasi dalam Sains (Innovation in Science) dan Sains Terbaru (Emerging Science). Simposium petang itu dibahagikan kepada dua sesi, yang mana sesi pertama bermula pada pukul 2.00 hingga 2.40 petang, manakala sesi kedua bermula dari pukul 2.40 hingga 3.20 petang. Sesi pertama, simposium membentangkan ‘Prinsip-Prinsip Islam Berkaitan Sains dan Teknologi’ yang disampaikan oleh Ahli Panel Simposium, Dr. Danial Zainal Abidin diteruskan dengan sesi kedua daripada panel undangan dari UniSZA, Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee. Tema simposium petang itu ialah ‘Sains Dalam Islam’, yang merangkumi kejadian alam semesta, kejadian laut yang airnya masin dan tawar, kejadian tumbuhan, perubatan, binatang dan manusia. Simposium kali ini membawa para hadirin kepada ilmuwan Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi yang dihasratkan untuk menarik perhatian dan membuka minda sektor kerajaan dan swasta, pelajar-pelajar sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan sesiapa saja yang berminat untuk mendengar ceramah mengenai perkembangan sains dan teknologi ini.

Program Induksi IPTB tingkatkan produktiviti tenaga pengajar

KETUA Bahagian Pengurusan Personel, Institut Pendidikan Teknikal, Dayang Munirah Atirah binti Dato Paduka Haji Othman semasa menyampaikan taklimat bagi Program Induksi.

Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 27 Oktober. - Seramai 42 tenaga pengajar yang terdiri daripada pegawai pelajaran, pegawai pendidikan, pegawai kesejahteraan, pengajar teknik kanan, pengajar teknik, guru dan pembantu teknik menghadiri Program Induksi yang dikelolakan oleh Institut Pendidikan Teknik Brunei (IPTB). Program tersebut secara langsung bagi meraikan tenaga-tenaga pengajar yang baru berkhidmat dan telah pun bertugas di tujuh buah institusi teknikal dan vokasional di negara ini. Progran bermula dengan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Personel, Institut Pendidikan Teknikal, Dayang Munirah Atirah binti Dato Paduka Haji Othman di Bilik Persidangan institut tersebut. Program tersebut antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai maklumat berguna dan fakta-fakta penting yang boleh memberikan mereka kefahaman mengenai dasar dan peraturan yang berjalan masa ini terutama sekali tentang transformasi yang sedang dialami oleh institut berkenaan bagi memastikan mereka akan dapat bertugas dengan lebih produktif, efisien dan efektif. Semasa program ini, para peserta juga akan dibawa melawat ke sebuah organisasi swasta selain akan mengikuti program ceramah berkenaan hal ehwal tatatertib di Perkhidmatan Awam yang diharap akan memberi kesedaran kepada mereka yang baru kerkhidmat tentang kepentingan mematuhi peraturan dan menjaga disiplin sebagai pegawai kerajaan. Dalam pada itu, program ini juga dihasratkan dapat menjadikan para tenaga pengajar baru supaya sentiasa bersedia membimbing belia-belia negara dengan ilmu pengetahuan dan pembelajaran serta kemahiran yang terkini dalam menghadapi cabaran serta perubahan yang sentiasa berkembang pesat, di samping menjadi warga IPTB yang lebih dinamik, proaktif dan berpengetahuan.

TAP isytihar kadar dividen SCP

PROFESOR Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah membentangkan tajuk 'Memanfaatkan Sains bagi Memartabatkan Islam' pada sesi sebelah petang Majlis Ilmu 2014 tersebut.

SEBAHAGIAN daripada jemputan lelaki dan wanita yang hadir pada forum yang dibentangkan oleh Profesor Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kiri dan kanan).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Tabung Amanah Pekerja (TAP) mengisyitiharkan kadar-kadar dividen Skim Pencen Caruman Tambahan (SCP) bagi Tahun Kewangan mulai 1 Januari 2010 hingga 31 Mac 2013 ialah seperti kadar-kadar dividen TAP, iaitu 3 peratus bagi tempoh 1 Januari 2010 hingga 31 Mac 2010, 2.5 peratus bagi tempoh 1 April 2010 hingga 31 Mac 2011, 2.4 peratus bagi tempoh 1 April 2011 hingga 31 Mac 2012 dan 2.5 peratus bagi tempoh 1 April 2012 hingga 31 Mac 2013. Berdasarkan kadar-kadar dividen berkenaan sebanyak Tiga Puluh Empat Juta, Seratus Enam Belas Ribu, Tujuh Ratus Empat Puluh Lapan Ringgit dan Enam Puluh Lima Sen ($34,116,748.65) telah dikreditkan ke dalam akaun ahli SCP pada 25 Oktober 2014. SCP merupakan skim persaraan yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012. Pada 1 April 2014 yang lalu, pengurusan dan pentadbiran Skim SCP yang memenuhi syarat-syarat sepenuhnya ke dalam lembaga TAP. Melalui skim ini, ahli SCP yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan menerima pendapatan tetap minimum bulanan (anuiti) setelah mencapai umur persaraan 60 tahun untuk jangka masa 20 tahun. Skim SCP juga boleh disertai secara sukarela oleh individu yang bekerja sendiri (self-employed), di mana individu akan menerima manfaat caruman bulanan tambahan daripada kerajaan berjumlah $17.50 setiap kali mencarum ke dalam SCP pada jumlah minimun $17.50. Ahli boleh mendapatkan maklumat akaun mereka dengan mengunjungi mana-mana cawangan TAP pada waktu bekerja, melalui kiosk e-info TAP, ataupun secara online melalui portal w-Amanah TAP di www.tap.com.bn dan bagi ahli-ahli yang telah mendaftar hubungi TAP melalui talian 2382800 semasa waktu bekerja.


RENCANA

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

9

Menyusuri Kampung Tumpuan Telisai Oleh : Noraisah Muhammed Foto : Norshamsudin bin Haji Md. Yassin

K

AMPUNG Tumpuan Telisai Mukim Telisai, terletak di Daerah Tutong berhampiran dengan pantai kira-kira 18 kilometer dari Pekan Tutong mempunyai keramaian penduduk seramai 3,744 orang . Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum yang berstatus masyarakat majmuk yang terdiri dari puak Dusun, Tutong, Kedayan, Brunei dan lain puak yang berasal dari daerah lain dan kemudian berpindah dan bermastautin setelah terbinanya Skim Perumahan Perpindahan Rakyat Jati Kampung Telisai. Majoriti penduduknya adalah berugama Islam yang diwarisi secara turun-temurun dan sebahagian kecilnya pula adalah yang telah menganut ugama Islam (Mu'alaf) dan hanya tinggal beberapa kumpulan keluarga sahaja lagi yang masih lagi belum memeluk ugama Islam khususnya yang telah berpindah dari kampung yang lain untuk bermastautin di kampung ini. Diperkatakan pada zaman dahulu sumber ekonomi kehidupan penduduk-penduduk setempat

hanya bergantung kepada bercucuk tanam atau menanam padi, mencari bahan-bahan dari hutan, berburu, menangkap ikan dan sebagainya. ASAL USUL NAMA KAMPUNG TELISAI Pada masa dahulu pendudukpenduduk setempat telah mengusahakan pembuatan garam tradisional yang dihasilkan daripada batang-batang kayu yang terdapat di tepi pantai tersebut yang kemudiannya dibakar dan disiram dengan air laut untuk memperolehi debunya yang akan dimasak sehingga beku menjadi garam. Garam tersebut disebut sebagai 'Garam Takang' atau 'Sira Takang' (Uson Takang di dalam dialek Dusun). Proses ini memakan masa yang agak lama. Garam Takang mempunyai rasa yang cukup enak untuk dimakan dengan nasi beras tempatan malah ada yang dimakan begitu sahaja. Penduduk-penduduk di sekitar kampung dan juga pendudukpenduduk kampung dari kawasan yang lain akan datang bertumpu ke pantai tersebut untuk bertukar-tukar barang harian seperti beras, sagu,

KENANGAN ... Kawasan penanaman padi di Sungai Pakuyang diusahakan oleh penduduk Kampung Tumpuan Telisai satu ketika dulu.

JAMBATAN Telamba ... Salah satu jalan utama menuju ke Kuala Belait.

sayur, ikan dan juga keperluankeperluan yang lain dengan Garam Takang di sebuah kawasan lapang di bawah sepohon kayu yang bernama 'Pokok Telisai' (pokok tersebut masih wujud hingga masa ini yang satu-satunya masih bertahan) untuk berteduh daripada panas dengan daunnya yang lebar dan rimbun. Pada zaman dahulu, di kawasan pantai berdekatan dengan Pokok Telisai ini merupakan tumpuan penduduk-penduduk dari kawasan Tutong atau Seria, Belait dan juga sebahagiannya dari bandar untuk dijadikan tempat rehat atau perhentian sementara sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing. Disebabkan perjalanan pada zaman itu memakan masa yang agak lama sehingga 3 ke 4 hari baru sampai ke tempat yang dituju bahkan ada masanya sehingga seminggu perjalanan dengan menyusur pantai ketika air surut dan melalui lorong-lorong jalan di dalam hutan. Makanya mereka mesti membawa bekalan bahan makanan yang mencukupi bagi sesuatu perjalanan. Ianya juga dijadikan pengkalan tumpuan untuk perkumpulan bagi para nelayan setempat dan juga nelayan-nelayan yang datang dari Kuala Tutong dan juga Kuala Sungai Penyatang yang pergi atau balik dari menangkap ikan, di samping memperdagangkan hasil tangkapan dibuat secara bertukar-tukar barang yang diperlukan. Akhirnya, terhasillah nama Tumpuan Telisai yang sebelumnya hanya disebut 'Pengkalan Telisai'

MASJID Telisai tersergam indah.

PENUH BUDAYA ... Pesta Makanan yang dianjurkan oleh penduduk kampung.

yang seterusnya diabadikan sebagai nama kampung yang belum bernama pada masa itu sebagai Kampung Tumpuan Telisai sehingga sekarang sebelum diubah kepada nama Kampung Telisai sahaja. KAWASAN KAMPUNG TELISAI Kawasan Telisai terbahagi kepada dua kawasan iaitu kawasan Telisai Tengah dan juga kawasan Telisai Pantai. Kedua-dua kawasan ini seolah-olah merupakan sebagai nadi utama kepada keseluruhan kawasan Kampung Telisai yang telah menempatkan prasarana seperti masjid, sekolah rendah, pos polis, pejabat pos dan juga klinik kerajaan khususnya di kawasan Telisai Pantai yang terkenal dengan Taman Rekreasi Pantai Telisai dengan replika Buah Tembikai (Sekoi) yang dibina di jalan simpang masuk ke kawasan tersebut. Bangunan-bangunan rumah kedai, restoran, kedai tayar, kedai ubat, kedai gunting, salon rambut termasuk bangunan Syarikat Kerjasama Primet dan mencuci kereta. Di kawasan Telisai ini juga terdapat sebuah bengkel memperbaiki kereta selain daripada bangunan blok gerai serta kawasan tapak riadah yang telah diusahakan bersama oleh Majlis Perundingan Kampung Telisai dan juga penyertaan penduduk-penduduk yang tinggal dari seluruh kawasan Kampung Telisai. Tapak riadah ini adalah sebuah kawasan yang boleh untuk mengadakan berbagai-bagai aktiviti seperti jogging atau memandu kereta-kereta buggy oleh penduduk terutamanya kumpulan belia yang tinggal di kawasan-kawasan Kampung Telisai dengan bentuk

alam semula jadinya yang tiada terusik. Kawasan Telisai Tengah ini sentiasa sibuk dilalui oleh kenderaan yang melalui jalan utama sama ada yang menuju ke arah Seria, Belait atau pun kenderaan yang menuju ke arah Tutong dan Daerah Brunei Muara, malahan juga kenderaan-kenderaan dari negara jiran yang pergi ke wilayah Limbang Sarawak dan Sabah melalui pos kawalan Kuala Lurah dan juga ke wilayah yang lain di Sarawak melalui pos kawalan sempadan di Sungai Tujuh. Pada masa ini bilangan rumah yang telah dibangunkan di kawasan ini adalah semakin bertambah dari semasa ke semasa dan ada di antaranya yang masih lagi di dalam proses pembinaan dan sebahagiannya pula telah siap sepenuhnya yang kini telah pun didiami. Penduduk yang telah membangunkan rumah-rumah di kawasan ini adalah terdiri daripada penduduk yang sememangnya berasal dari kawasan Kampung Telisai dan sebelumnya telah tinggal di rumah-rumah tumpangan kerajaan di daerah yang lain atas sebab sedang menjalankan tugas atau bekerja di daerah yang berkenaan. Sebahagian daripada penduduknya hanya akan mendiami rumah-rumah yang telah dibangunkan di setiap hujung minggu sahaja atau ketika sedang bercuti disebabkan tempat bertugas adalah jauh dari kawasan kampung (di daerah yang lain) dan telah mendapat tempat tinggal di rumah-rumah tumpangan kerajaan atau rumah yang telah disewa.


10

AGAMA

ARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

M

Sebagaimana yang kita baca dan dengar, baru-baru ini berlangsung acara “I want to touch a dog’ (saya mahu sentuh anjing) di negara jiran. Hal ini sekali gus menimbulkan keresahan orang ramai khasnya di kalangan umat Islam kerana secara jelas telah bercanggah dengan pegangan mazhab dan amalan beragama di negara ini. Perlu difahami bahawa menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam. Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya. Menurut fatwa Mufti Kerajaan Brunei Darussalam tahun 2012, menghindarkan diri dari sebarang najis merupakan satu tuntutan wajib. Tuntutan tersebut merangkumi dalam semua keadaan. Zainuddin Al-Malibari Rahimahullah dalam kitab I’anatul Talibin menyatakan: “Maka jika tanpa ada sebarang hajat (keperluan), wajib menjauhinya (najis), kerana sesungguhnya apa yang haram dia melakukannya (berdosa), wajiblah dia menjauhinya (perkara dosa itu)”. Ini bererti setiap apa jua benda yang berupa najis, wajiblah dihindari walau dalam apa jua keadaan, sebagaimana kata-kata Al-Asnawi Rahmahullah. “Menurut pendapat yang lebih nyata, sesungguhnya tidak harus menggunakan najis pada pakaian iaitu melumurkan najis padanya (pakaian), begitu juga tidak harus pada badan iaitu menggunakan najis padanya (badan) di mana (najis itu) bersentuhan dengannya (badan) sama

“MAKA jika tanpa ada sebarang hajat (keperluan), wajib menjauhinya (najis), kerana sesungguhnya apa yang haram dia melakukannya (berdosa), wajiblah dia menjauhinya (perkara dosa itu)”.

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Haram memegang anjing tanpa sebab PERLU difahami bahawa menurut Mazhab Syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara senghaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam. Walaupun Islam meletakkan kaedah apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai 'mughallazah', namun kaedah tersebut bukanlah alasan yang membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara senghaja. ada ia dalam keadaan basah ataupun kering”. Menurut Imam Ibnu Hajar Rahmahullah di dalam kitabnya 'Al-Hawasi Al-Madaniyah' berpendapat adalah haram mengotori badan atau pakaian dengan najis tanpa sebarang keperluan. Oleh yang demikian, menggunakan sesuatu yang najis dengan sengaja sama ada pada badan, pakaian atau rambut hukumnya adalah haram apatah lagi najis tersebut merupakan najis mughallazah seperti anjing. Menyentuh anjing dengan sengaja adalah samalah dengan sengaja membiarkan diri terdedah dan dikotori dengan najis. Maka adalah haram juga hukumnya menyentuh anjing tanpa sebarang hajat sekalipun dalam keadaan kering. Namun jika tidak dapat dielakkan menyentuh najis itu kerana terdapat keperluan atau kerana keadaan yang memaksa di luar sembahyang, maka ia adalah diharuskan. Umpamanya dalam keadaan jika tidak terdapat sesuatu pun untuk membersihkan air kencing, maka dibolehkan membersihkan dengan cara mengesatnya dengan tangan, ataupun dalam kedudukan orang yang kerjanya membersihkan tandas, atau menyembelih binatang atau kedudukan orang yang memerlukan berubat dengan najis dan sebagainya. Mereka yang tersebut tidak diwajibkan menjauhi najis kerana terdapat keperluan padanya, walau bagaimanapun wajib ke atas mereka membersihkan najis tersebut apabila hendak melakukan ibadah sembahyang dan seumpamanya. Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh binatang tersebut tanpa sebab, kerana perbuatan-perbuatannya seumpama itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ihsan dan dijaga kebajikannya. Walau bagaimanapun, dalam Mazhab Syafie, umat Islam tidak dibenarkan untuk menjadikan

haiwan tersebut sebagai binatang peliharaan seperti kucing yang dipegang, dibelai dan dicium. Ini kerana ia menyentuh persoalan hukum antaranya tentang kebersihan pakaian dan anggota badan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis: Maksudnya : “Dari Abu Malik Al-Ash’ari katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al Imam Muslim) Perlu diingati bahawa pegangan masyarakat Islam di negara ini adalah menurut akidah Ahli Sunnah Waljamaah, Mazhab Syafie iaitu berdasarkan perlembagaan. Justeru, langkah agar umat Islam di negara ini terus mengamalkan syariat yang tidak menyalahi Mazhab Syafie perlu dipertahankan. Maka ke arah merealisasikan hasrat negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir, adalah tidak sesuai acara tersebut diadakan seterusnya menjadi ikutan masyarakat di Negara Brunei Darussalam selaras dengan kehendak-kehendak titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Qur'an Peringkat Negara Bagi Tahun 1435 Hijrah bersamaan 2014 Masihi pada 17 Ramadan 1435 Hijrah bersamaan 31 Julai 2014 Masihi, iaitu: “Di Brunei, kita tidak memakai budaya menabuk-nabuk atau memilih-milih ini, tetapi budaya kita ialah beramal bulat-bulat dengan kebenaran. Apa yang agama dan Al-Qur'an suruh, itulah yang kita buat. Kerana itu, suka beta mengingatkan, supaya kita jangan sebarangan dalam perkara menghidangkan dakwah kepada masyarakat. Biarlah kita lebih berhati-hati dari terjebak kepada sikap meniru-niru atau menerima pakai resepsi orang lain secara melulu. Kita elakkan dari mengimport masalah, terutama dalam aspek amalan beragama.” Adalah ditegaskan dan dinasihatkan orang ramai di negara ini supaya tidak terikut-ikut dengan apa-apa jua cara atau program yang

bercanggah dengan hukum syarak, amalan beragama, kepentingan awam, keharmonian beragama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam di negara ini. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al Israa’ ayat 36: Tafsirnya : “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan mengenainya.” Akhirnya, marilah kita mengukuhkan akidah dan meningkatkan keimanan serta ketaqwaan kita dengan memperbanyakkan amal ibadat semata-mata kerana Allah Subhanahu Wata’ala. Sama-samalah kita berdoa agar kita semua dilindungi Allah Subhanahu Wata’ala dari terikut-ikut dan terpengaruh dengan anasir-anasir yang bercanggah dengan akidah dan hukum syarak yang menjadi pegangan kita selama ini. Amin Ya Rabbal'alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Maa-idah ayat 57: Tafsirnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orangorang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan dari kalangan orang-orang yang telah dikurniakan kitab (Yahudi dan Nasrani) sebelum kamu dan orang- orang kafir (musyrik) itu sebagai penolong. Dan bertaqwalah kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman.”


RENCANA

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

11

Rencana dan Foto: Ak. Jefferi Pg. Durahman

M

ENEKUNI bidang pertanian masih sangat sedikit bila dibandingkan dengan bidang yang lain. Jika dahulu majoriti masyarakat mengaitkan pertanian sebagai pekerjaan kampung yang tidak menjanjikan kekayaan, ternyata persepsi itu sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Namun kini industri pertanian negara cukup membanggakan. Tapi kini pertanian berjaya mengubah persepsi bahawa sektor ini juga mampu menjamin masa depan mereka. Dalam temu bual bersama seorang anak tempatan Dayang Norainah binti Haji Barudin, 38 tahun yang sudah lama melibatkan diri dalam industri pertanian menjelaskan sejak berumur 4 tahun beliau sering mengikuti ibu bapa berniaga bunga-bungaan. Titik awal minat Dayang Norainah yang berasal dari Kampung Sengkurong dan sekarang menetap di Jalan Sungai Tampoi menjelaskan, bermula dari Pasar Lama di Batu 1 (belakang bangunan bekas Klasi Jaya) yang mana sekarang telah menjadi lebuh raya menuju Hospital RIPAS di sanalah tempat mula minat tentang tanaman wujud. “Sedari zaman kanak-kanak lagi saya sudah turut sama dalam urusan perniagaan ibu saya dan secara tidak langsung mempelajari mengenai tumbuh-tumbuhan melalui beliau,” tambah beliau. Menurut beliau pula selesai menamatkan pengajian empat tahun di Cairo dan hampir setahun menganggur tanpa sebarang pekerjaan sekembali dari belajar di luar negeri pada tahun 2001 saya membuat keputusan untuk mengusahakan ladang bunga sendiri sebagai alternatif mencari rezeki sambil mencari kerja tetap. Beliau seterusnya menjelaskan, bermula dengan menumpang tanah di kebun ibunya dengan model wang simpanan sendiri kemudian beliau turut memohon tapak berniaga bunga-bungaan di Pasar Gadong. “Pada tahun 2002 saya telah

membuka syarikat sendiri iaitu Norrez Enterprise yang merupakan gabungan nama beliau dan suami. Sebagai seorang Tenaga Pengajar / Guru Kanan Pentadbiran, Dayang Norainah seterusnya menjelaskan, memandangkan semaian bunga semakin membesar beliau jesteru menyewa tanah di kawasan Sengkurong dan mengusahakannya sendiri sehinggalah beliau kemudiannya ditawarkan bekerja sebagai Pegawai Pelajaran Ugama. Memandangkan beliau juga turut mempunyai pekerjaan tetap, syarikat kemudiannya diambil alih oleh suami beliau dan sekarang merupakan pengurus syarikat dan pentadbiran hal ehwal pekerja, manakala beliau sendiri menguruskan bidang tanamtanaman dan dekorasi landskap. Menurut beliau lagi, lebih kurang 34 tahun melibatkan diri dalam bidang tersebut secara solo sejak masih menuntut di tingkatan 6 beliau sudah mengeluarkan lebih puluhan ribu dolar sebagai model dalam perniagaan berkenaan. Selama melibatkan diri dalam bidang perniagaan pasti ada pengalaman pahit dan manis yang dilalui pengalaman manis yang pernah beliau kecapi apabila berjaya menjadi juara di dalam beberapa pertandingan bunga-bungaan dan landskap yang dianjurkan di negara ini, manakala pengalaman pahit pula apabila beliau dan suami terpaksa memusnahkan sebilangan besar tanaman beliau kerana masalah tapak penanaman yang disewa sudah diambil balik dan usaha untuk mendapatkan tapak gagal dalam memajukan lagi tanaman yang ada dan hingga ke hari ini masih belum terdapat tapak khas yang dipohon oleh beliau dan suami diberikan kepada mereka, tapi semua itu dihadapi beliau dengan kesabaran. Jelasnya lagi, selain bergiat aktif dalam penjualan bunga-bungaan beliau juga turut menjual pokok herba / ubat-ubatan yang menurut beliau memang tidak berapa banyak yang melibatkan diri dalam

DAYANG Norainah binti Haji Barudin yang sudah lama melibatkan diri dalam industri pertanian kini mengubah persepsi menanam pokok herba ubat-ubatan.

penjualan herba di negara ini. “Dan hasil dari kaji selidik saya sendiri pasaran bagi pokok herba/ubat-ubatan agak berkurangan di negara ini. Bermula dari sinilah saya berusaha mendapatkan, mengumpul, menanam dan mengembangbiakkan tumbuhtumbuhan ini,” ujarnya. Jelasnya lagi, untuk melibatkan diri dalam penjualan pohonan herba beliau juga banyak membuat kajian sendiri melalui buku-buku dalam dan luar negeri, melalui internet, dan menggali ilmu dan penggalaman dari orang kampung, sesama peniaga dan juga tidak terkecuali melalui pengalaman pelanggan sendiri dan ini tidak terkecuali juga dari ibu beliau sendiri yang mana beliau juga mengetahui serba sedikit tentang tumbuhan ubat-ubatan kerana beliau sering kali mengambil akar-akar hutan untuk dibuatkan bahan rebusan suatu masa dahulu. Setakat ini beliau sudah memiliki lebih kurang 60 jenis pokok herba ubat-ubatan dan yang paling digemari pelanggan menurut beliau antaranya Daun Belalai Gajah, Hempedu Bumi, Kunyit Hitam, Neem, Merunggai, Mas cotek, Tarakatau, Sambung Nyawa, Misai Kucing, Kacip Fatimah, Sirih merah dan Hati Bumi. Manakala herba yang menjurus kepada masakan yang digemari pelanggan dan turut dijual beliau pula lebih kurang 30 jenis dan antara herba tersebut Sweet Basil, Thai Basil, Daun Salam, Oregano, Rosemary, Mint, Stevia, Chives, Sage, Coriander / Celantro, Dill dan Laksa Leaves. “Pada mulanya kebanyakan herba ubat-ubatan diperolehi

INILAH pelbagai jenis pokok herba yang ditanam digunakan sebagai khasiat kesihatan dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

melalui tumbuhan hutan, mendapatkannya dari saudara mara dan juga rakan seperniagaan. Kemudian dikembangbiakkan sendiri. Jika stok berkurangan terpaksalah mencari pada peniaga lain untuk memenuhi permintaan pelanggan,” terang beliau. Manakala herba masakan pula ujar beliau dikembang biak melalui semaian biji yang diimport dari luar negeri dan sebahagiannya diperolehi dari saudara dan rakan, manakala ada sebahagian kecil herba yang agak lambat tumbuhsarannya diimport dari negara jiran seperti Rosemary dan Stevia. Menyentuh mengenai penggunaan herba yang dijual jelas beliau secara jujur beliau bukanlah pengamal herba ubat-ubatan tetapi hanyalah sebagai supplier tumbuh-tumbuhan ini. Saat ditanya bagaimana mula timbulnya idea menjual herba ini beliau menjelaskan berpandukan kajian beliau sendiri bahawa dalam kalangan masyarakat kita masih lagi mengamalkan ubatubatan tradisional sebagai alternatif mereka dalam mencari rawatan selain rawatan moden dan memandangkan kesulitan mereka dalam mencari dan mendapatkan tumbuhan herba ini timbullah idea beliau dalam memasarkan tumbuhan herba sebagai kemudahan pelanggan yang memerlukan. Ungkap beliau lagi kebanyakan mereka yang memerlukan tumbuhan ubat-ubatan berupa herba sebagai rawatan alternatif adalah mereka yang mengidap penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolestrol dan Kanser. “Kaedah yang biasanya dilakukan secara tradisional adalah dengan merebus beberapa helaian daun (biasanya berjumlah ganjil seperti 7, 9, 11) tertakluk pada keperluan dan peringkat penyakit yang dihidap.

Manakala kaedah lain seperti meremas ataupun menutuk daun dan ditampal pada bahagian tertentu. Biasanya penyakit seperti kulit, serangan serangga, demam dan sebagainya. Rawatan alternatif ini sama ada secara meminum air rebusan, dibakar, sebagai tapal ditampal dan dibelut, sebagai mandian maupun sebagai ulamulaman hidangan,” terang beliau. Alhamdulillah sambutan pelanggan setakat ini meningkat. Ia tidak terhad kepada permintaan pengamal ubatan tradisi sahaja, malahan bagi sekolahsekolah yang menjadikan tumbuhan herba sebagai satu projek tanaman sekolah. Begitu juga beberapa penuntut dari pelbagai institusi yang membuat kajian mereka juga datang untuk mendapatkan pokok herba. Meskipun demikian tanaman hiasan tetap kami kekalkan untuk keperluan orang ramai mendapatkannya. Di syarikat kami menjual pelbagai jenis bungabungaan sama ada indoor, outdoor, aquatic dan tanaman semusim. Biasanya saya akan memberi cadangan dalam memilih tumbuhan yang tepat mengikut keperluan pelanggan dan tempat sebelum mereka membeli. Kepuasan pelanggan merupakan satu pegangan saya dalam kejayaan perniagaan. Sebelum mengakhiri perbualan petang tersebut bersama beliau, beliau juga berharap agar ada pihak-pihak tertentu yang dapat membantu dalam mengembangluaskan tanaman herba beliau dengan menyediakan tanah khusus dalam mengembangbiakkan lagi pohon-pohon herba yang ada. memandangkan tumbuhan herba amat berguna dan pasarannya yang agak berkurangan di negara kita.


12

PELITA BRUNEI HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

13

PELITA BRUNEI HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali, Hernie Suliana Haji Othman, Azmah Haji Ahad

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun.

BERANGKAT sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun. Berangkat sama ialah paduka-paduka anakanda dan adinda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam. Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja yang lain di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned serta Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2014. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim. Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 dalam sembah alu-aluannya antara lain menyentuh tema Majlis Ilmu pada tahun ini iaitu 'Sains dan Teknologi Pemangkin Pembangunan dan Meningkatkan Kualiti Kehidupan Ummah' yang memfokus kepada peranan sains dan teknologi selaku pemangkin dalam meningkatkan kualiti kehidupan ummah yang mengetengahkan peranan dan sumbangan sains dan teknologi dalam mendukung Wawasan 2035 iaitu untuk menjadikan kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi. Pada majlis itu, Ceramah Perdana disampaikan oleh Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sendirian Berhad, Dr. Danial bin Zainal Abidin. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya.

SEBAHAHGIAN jemputan yang hadir pada Majlis Ceramah Perdana tersebut (kiri dan kanan).

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menandatangani lembaran kenangan pada Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 sempena Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun.

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dan kerabat diraja seterusnya dijunjung menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2014 (MajlEx2014) yang memaparkan bahan-bahan yang berkonsepkan ilmu dan maklumat mengenai pameran sains dan teknologi, selaku pemangkin dalam penyediaan infrastruktur dan meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan penduduk sesebuah negara. Pameran juga memperlihatkan pencapaian saintis-saintis Islam di zaman kegemilangan tamadun Islam. Juga diketengahkan pada pameran ialah dasardasar negara dalam pemeliharaan alam sekitar dan usaha-usaha Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi mempertingkatkan kualiti kehidupan ummah melalui sumbangan sains dan teknologi. Pameran mengenai pencapaian penyelidikpenyelidik dari institusi-institusi pengajian tinggi negara dalam bidang sains, teknologi dan inovasi sebagai dorongan dan juga memberi kesedaran mengenai kepentingan dan peluang-peluang penyelidikan yang disediakan oleh kerajaan antara yang menjadi tarikan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri kemudiannya berkenan berangkat ke Balai Kenangan Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saiduddien Sa'adul Khairi Waddien yang memperlihatkan pameran-pameran bagi mengenang jasa-jasa Al-Marhum dalam mencorak landskap pembangunan negara. Nukilan warisan sumbangan dan keprihatinan Al-Marhum dalam bidang pembangunan negara dan usaha-usaha yang dilaksanakan dalam meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dipamerkan kepada orang ramai sebagai satu ristaan sepanjang zaman.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam ketika bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pandu Majlis Ilmu 2014.

GAMBAR-GAMBAR merakamkan Kebawah DYMM dan kerabat diraja ketika menyaksikan Pameran Majlis Ilmu 2014 (MajlEx2014) yang memaparkan bahan-bahan yang berkonsepkan ilmu dan maklumat.

PERSEMBAHAN Marhaban bagi mengalu-alukan keberangkatan sempena majlis berkenaan.

BAGI memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim.

PENGARAH Urusan Danial Zainal Consultancy Malaysia Sendirian Berhad, Dr. Danial bin Zainal Abidin semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Sains Umat Islam Mendahului Zaman’.


14

NASIONAL

BERAKAS, Rabu, 29 Oktober. Masyarakat khususnya generasi muda perlu menyedari bahawa warisan bangsa yang diwarisi sejak zamanberzaman mempunyai nilai yang tinggi dan mempunyai signifikan yang sangat penting dalam kewujudan sesebuah bangsa. Warisan adat dan budaya merupakan roh dan identiti bangsa yang menyumbang kepada perpaduan, keharmonian, peradaban, keunikan dan keunggulan bangsa Brunei. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah selaku tetamu kehormat majlis menjelaskan perkara itu pada Majlis Perasmian Pertandingan Menambat Dastar dan Menapih Sinjang Kebangsaan 2014 yang berlangsung di Atrium, Airport Mall, di sini. Yang Berhormat menjelaskan, adat dan budaya merupakan sebagai cermin bangsa yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang kukuh tetapi lembut, tegas tetapi lembut yang dihiasi dengan berhemah dan bersopan santun. Justeru itu tegasnya, seni dan budaya yang kita miliki haruslah ditanai dan dijulang kerana kita tidak mahu anak bangsa leka, hilang arah tuju dan cuba membentuk peradaban baharu yang melunturkan keunikan budaya bangsa. Masyarakat di Negara Brunei Darussalam katanya, perlu berbangga kerana masih berpegang teguh kepada ciri-ciri budaya yang diwarisi dengan berpegang teguh kepada amalan berugama dalam kehidupan dan mengamalkan kesopanan dan ketertiban dalam pergaulan. Di samping itu, masyarakat Brunei juga masih lagi mempraktikkan cara berpakaian yang memperlihatkan identiti kebruneian iaitu berbaju Melayu dan berbaju kurung sama ada di tempat kerja, di majlis-majlis rasmi, majlis-majlis keramaian mahupun di

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Budaya Brunei perlu ditanai majlis beradat istiadat, ini jelas menunjukkan penghayatan terhadap nilai-nilai budaya masih disanjung tinggi di negara ini. “Apa yang sangat membanggakan ialah pemakaian dastar dan sinjang masih tetap utuh diamalkan dalam majlis-majlis beradat istiadat, rasmi dan tidak rasmi di kalangan masyarakat Brunei,” ujarnya. Kepelbagaian tambatan dastar dan tapihan sinjang menurut Yang Berhormat, mencerminkan akan keunikan dan kreativiti orang-orang Brunei yang menyumbang kepada kekayaan budaya dan khazanah bangsa. “Ini menjelaskan bahawa sinjang dan dastar mempunyai peranan yang tersendiri dalam setiap masyarakat Brunei, apatah lagi keduanya merupakan antara warisan budaya yang bersifat tidak ketara (intangible) dan disifatkan sebagai budaya yang hidup (living culture) yang perlu kita sama-sama pelihara dan perkembangkan kepada generasi muda,” jelasnya. Yang Berhormat juga berharap agar tambatan dastar dan tapihan sinjang yang mempunyai signifikan dalam sejarah Brunei akan dapat didokumentasikan dalam bentuk pameran di galeri-galeri yang bersesuaian atau cetakan untuk dikongsikan bersama dengan generasi muda yang akan datang. Menurutnya, ia adalah selaras dengan tujuan negara bagi sama-sama memartabatkan dan menghidupkan peninggalan warisan budaya Brunei agar ia tidak terbiar dan lenyap ditelan zaman, ujarnya. Sebagai kelangsungan pada memelihara dan mengembangkan budaya dan adat warisan orang-orang Brunei dalam kehidupan seharian, Yang Berhormat menyarankan dan ingin melihat Bahagian Kebudayaan dan Kesenian memfokuskan pada

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Akhir Menambat Dastar dan Menapih Sinjang Kebangsaan 2014.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin mengenalkan dan menyuburkan ciri sopan dan kehalusan gerak langkah dan tingkah laku orang-orang Brunei dalam majlis. “Seperti mengangkat dan menurunkan dulang dan gangsa, mengangkat dan membawa dulang kosong yang betul keluar majlis yang mana perkara ini sudah semakin terhakis dan kurang difahami oleh generasi muda. Ini termasuk juga cara tertib apabila mengunjuk sedekah dan campur di dalam satu-satu majlis,” saran Yang Behormat Menteri.

Selain daripada menambat dastar dan menapih sinjang tambahnya lagi, kesopanan gerak langkah dan laku serta kemajalisan orang-orang Brunei di dalam sesuatu majlis itu juga adalah merupakan identiti bangsa dan mengangkat keunikan bangsa Brunei itu sendiri. Terdahulu Yang Berhormat menjelaskan, Pertandingan Menambat Dastar dan Menapih Sinjang adalah merupakan di antara aktiviti yang diusahakan secara berterusan oleh Bahagian Kebudayaan dan Kesenian,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang menjurus kepada pemeliharaan dan pengembangan budaya terutama dalam mendidik dan memahamkan masyarakat mengenai warisan budaya negara ini. Pertandingan seumpama ini jelas Yang Berhormat, merupakan antara usaha KKBS memberigakan dan memasyarakatkan warisan dan identiti bangsa agar ciri-ciri khusus kebruneian itu terus dipelihara, dihidupkan, dihayati dan seterusnya dikembang majukan oleh generasi muda kita, di samping tetap relevan dalam kehidupan orang-orang Brunei dalam arus globalisasi.

KKBS sebar seni menambat dastar, menapih sinjang BERAKAS, Rabu, 29 Oktober. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian mengadakan Pertandingan Akhir Menambat Dastar dan Menapih Sinjang Kebangsaan 2014 yang diadakan di Atrium, Airport Mall, di sini. Pertandingan kali kedua itu merupakan kesinambungan daripada bengkel-bengkel dan promosi-promosi kebudayaan yang telah diadakan di seluruh negara sejak beberapa tahun yang lalu. Di samping itu, ia juga dihasratkan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pelbagai jenis dan bentuk dastar dan sinjang Brunei serta cara penggunaannya yang betul dan menyebarluaskan seni berkenaan ke peringkat serantau dan antarabangsa bagi membuktikan bahawa Brunei juga mempunyai nilai-nilai seni yang indah yang perlu dipelajari dan dikongsikan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah hadir merasmikan pertandingan dan menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pertandingan dibukakan bagi Bahagian Dewasa yang berumur 30 tahun ke atas dan Bahagian Remaja bagi yang berumur 17 hingga 30 tahun. Pertandingan telah dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Kategori Wajib (asli), Kategori Pilihan dan Kategori Kreatif. Awang Haji Khairul Halimin bin Haji Abd Hamid telah berjaya menduduki tempat pertama Bahagian

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah bergambar ramai bersama peserta-peserta Pertandingan Akhir Menambat Dastar dan Menapih Sinjang Kebangsaan 2014.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin Remaja, sementara Awang Irman bin Hifni pula telah menjuarai Bahagian Dewasa dalam Pertandingan Menambat Dastar. Bagi Bahagian Remaja pertandingan Menapih Sinjang, juara penapih telah disandang oleh Awang Haji Mohd. Nor Syahmi bin Haji Suhaimi, sementara juara penapih bagi Bahagian Dewasa pula disandang oleh Dayang Siti Aishah binti Salleh. Manakala juara keseluruhan bagi Kategori Dastar Wajib (asli) dimenangi oleh Awang Irman bin Hifni

yang juga turut menjuarai Kategori Dastar Pilihan, sementara juara keseluruhan bagi Kategori Dastar Kreatif pula disandang oleh Awang Haji Mohd Nor Syahmi bin Haji Suhaimi. Seterusnya juara keseluruhan bagi Kategori Sinjang Wajib (asli) telah disandang oleh Dayang Siti Aishah binti Salleh yang juga turut menjuarai secara keseluruhan dalam Kategori Sinjang Kreatif, manakala Awang Haji Mohd. Nor Syahmi pula dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam

Kategori Sinjang Pilihan. Juara setiap kategori pertandingan menerima sebuah piala pertandingan, wang tunai berjumlah BND500 dan sijil penghargaan, sementara tempat kedua menerima sebuah piala, wang tunai berjumlah BND300 dan sijil penghargaan dan di tempat ketiga menerima sebuah piala, wang tunai BND200 dan sijil penghargaan. Manakala penambat dastar dan penapih sinjang terbaik secara keseluruhan bagi Bahagian Dewasa dan Remaja masing-masing menerima sebidang kain tenunan Jong Sarat. Pertandingan seumpama ini dihasratkan untuk memperkenalkan jenis-jenis tambatan dastar dan tapihan

sinjang asli dan seterusnya bagi meningkatkan kreativiti dan menggalakkan penyertaan orang ramai khususnya remaja-remaja dan belia-belia di negara ini untuk ikut bergiat dalam pertandingan seni budaya ini. Selaras dengan hasrat KKBS sebagai agensi yang bertanggungjawab dalam memelihara dan mengembangkan budaya, pertandingan ini juga diharapkan akan dapat memberikan kefahaman dan kesedaran serta menanamkan rasa cinta dalam kalangan masyarakat khususnya para belia terhadap warisan budaya supaya ianya tetap terpelihara dan terus menjadi amalan.


NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

15

IPT mampu menjana ekonomi negara

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Pemangku Naib Canselor Institut Teknologi Brunei (ITB), Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman percaya institusi pengajian tinggi (IPT) mampu membantu negara dalam menjana ekonomi melalui penghasilan paten yang berpotensi dikomersialkan. Menurut statistik Indeks Inovasi Dunia 2014, jelasnya, Negara Brunei Darussalam menduduki tangga ke-88 di mana Inovasi Faktor Kemanusiaan berperanan menjana ke arah pertumbuhan ekonomi dunia. “Inovasi begitu kondusif bagi IPT berdasarkan terdapatnya geran untuk tujuan penyelidikan, di samping penyelidik-penyelidik yang berpengetahuan serta para pelajar pasca ijazah dan persekitaran yang dilengkapi dengan terdapatnya makmal, infrastruktur IT dan

sebagainya,” ujarnya semasa membentangkan kertas kerja pada Simposium Majlis Ilmu 2014 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Dalam kertas kerjanya bertajuk ‘Memperkasa Inovasi: Peranan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi’ (Innovation Unleashed: The Role of Higher Education Institutions), Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah menjelaskan penggerak bagi IPT di negara ini ialah Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB). Mengenai kemampuan inovasi di negara ini, beliau seterusnya berkata, Universiti Brunei Darussalam (UBD) merupakan yang pertama diberikan paten dengan ciptaan flower power dan memfailkan dua paten pada tahun 2011 dan kini jumlah tersebut terus meningkat kepada 26 fail termasuk 1 paten diberikan pada tahun 2014. Beliau menjelaskan inovasi merupakan memperkenalkan cara lama kepada kaedah yang baru dan mampu menjana ke arah perekonomian termasuk Teknologi Nano, Rangkaian-rangkaian IT, Teknologi Bio dan Neuroteknologi. Dalam kertas kerjanya, beliau antaranya menekankan bahawa IPT wajar memperluaskan sempadan dalam meneraju matlamat pendidikan termasuk ciptaan, inovasi teknologi daripada aktiviti-aktiviti

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned semasa hadir pada Simposium Majlis Ilmu 2014 di Pusat Persidangan Antarabangsa.

penyelidikan. ITB memupuk inovasi melalui pertandingan Anugerah CIPTA dan telah memperolehi tujuh pemfailan paten daripada para peserta.

Inovasi akan terus berkembang di IPT, agensi-agensi lain yang berkaitan termasuk industri yang akan memainkan peranan penting dalam membantu IPT mengkomersialkan

produk inovatif mereka. Hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned.

‘Sains Umat Islam Mendahului Zaman’ Prinsip Islam Berkaitan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Othman

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Pengarah Urusan Konsultasi Danial Zainal Sendirian Berhad Malaysia, Dr. Danial Zainal Abidin berkata, terdapat tiga agenda dalam fokus kehebatan dan keunggulan umat Islam mendahului bidang sains dan teknologi. Menurutnya, agenda pertama ialah dengan mengajak umat manusia sekalian menuju kebaikan (ma’aruf); kedua, mencegah kemungkaran dan ketiga, beriman dengan petunjuk dari Allah Subhanahu Wata’ala. “Agenda pertama itu, Allah Subhanahu Wata’ala mahu umat manusia khususnya umat Islam menjadi yang terbaik,” tegasnya ketika membentangkan Ceramah Perdana ‘Sains Umat Islam Mendahului Zaman’ pada Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014, berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Jelasnya, untuk menjadi yang terbaik kita mesti mengamalkan kebaikan dan apabila kebaikan dikaitkan dengan bidang sains dan teknologi, kedua-dua bidang ini perlu dijadikan sebagai medan ma’ruf dan bukannya ke arah medan kerosakan. Yang Berbahagia menambah, kedua-dua bidang tersebut bukan dibina untuk memusnahkan sesama manusia, tetapi sains dan teknologi diledakkan dan dibina untuk amal ma’ruf (demi kebaikan). “Agenda kedua ialah mencegah kemungkaran. Dalam hal ini, apa sahaja benda yang salah, haram dan mungkar, jangan kita lakukan dan kita juga mesti melarang orang melakukan kemungkaran,” ujarnya. Kaitan agenda itu dengan sains dan teknologi, jelasnya, umat Islam tidak boleh menggunakan sains dan teknologi demi kemungkaran untuk menghancurkan manusia, walaupun mereka bukan beragama Islam, kita sebagai umat yang beragama Islam dilarang melakukan kejahatan, kemungkaran dan perkara ini ada

gariskan di dalam kitab suci Al-Qur’an. Sementara agenda ketiga pula, jelas Yang Berbahagia, Allah Subhanahu Wata’ala sebagai petunjuk (compass) kehidupan kita sebagai umat Islam yang beriman. Beliau menjelaskan, Allah juga adalah tunjang kepada keimanan kita dan untuk mencegah kemungkaran tunjangnya ialah beriman, kerana apabila ketiga-tiga agenda tersebut dilaksanakan, insyaaAllah mereka menjadi umat yang terbaik. Selain itu beliau juga menjelaskan mengenai kehebatan yang terdapat dalam ayat-ayat suci Al-Qur’an ayat 110, dari Surah Ali’Imran, yang mana salah satu manifestasi berlaku di dunia Islam dirangsang oleh ayat berkenaan sehingga mereka menjadi ilmuwan-ilmuwan, mereka mengkaji ilmu-ilmu baru tetapi dengan bertunjangkan iman, keyakinan yang betul serta takwa. “Mereka meledakkan ilmu dan ilmu kajian sains yang baru hingga akhirnya Barat memanfaatkan temuan orang Islam,” katanya. Pada misalnya, jelas Yang Berbahagia, umat Islam mengeluarkan Eropah daripada zaman kegagalan (dark ages) kepada zaman kebangkitan (renaissance) pada abad

ke-13 Masihi, ini kerana umat Islam pemangkin ilmu sains. Tambahnya, begitu juga terbukti dengan Bait al-Hikmah yang merupakan sebuah pusat ilmu dalam bidang kemanusiaan dan juga dalam bidang sains seperti matematik, astronomi, perubatan, kimia, zoologi dan ilmu alam. Beliau menjelaskan, pusat berkenaan pada zaman dahulunya memang tidak dapat dinafikan tolok bandingannya kerana pusat berkenaan melahirkan beberapa saintis Islam yang termasyhur lagi hebat.

Sains dan Teknologi

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned semsa hadir pada Simposium Majlis Ilmu 2014.

Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

CERAMAH Perdana bertajuk 'Sains Umat Islam Mendahului Zaman' disampaikan oleh Pengarah Urusan Konsultasi Danial Zainal Sendirian Berhad Malaysia, Dr. Danial Zainal Abidin.

ANTARA yang hadir semasa ceramah perdana sempena Majlis Ilmu 2014.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Sains dalam Islam merangkumi kejadian alam semesta, kejadian laut yang airnya masin dan tawar, kejadian tumbuhan, perubatan, binatang dan manusia. Perkara ini dijelaskan oleh Pengarah Urusan Danial Zainal Konsultasi Malaysia Sendirian Berhad, Dr. Danial Zainal Abidin semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Prinsip-Prinsip Islam Berkaitan Sains dan Teknologi' pada Simposium Majlis Ilmu 2014 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. Menurutnya, ilmu sains merupakan alat penting untuk membina teknologi, namun ilmu sains bukanlah teknologi yang berbicara tentang sifat-sifat besi dan tembaga. Oleh itu, kefahaman itu, jelasnya, akan disusuli dengan kajian-kajian tambahan untuk mengenal pasti

produk yang dapat dihasilkan daripada campuran besi dan tembaga. Tambahnya, apabila produk yang khusus dapat dihasilkan dan ia relevan dengan keperluan masyarakat ia akan berkembang menjadi satu industri yang akan memberi kesan kepada pembangunan masyarakat dan inilah yang dimaksudkan sebagai teknologi. Menyentuh mengenai definisidefinisi teknologi, Dr. Danial menjelaskan teknologi boleh diertikan sebagai pengaplikasian atau penggunaan ilmu terutamanya ilmu sains secara praktikal dan digunakan khususnya dalam bidang perdagangan dan industri untuk kemanfaatan manusia. Hadir pada simposium tersebut ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned.


16

NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Penyusuan susu ibu diberi kepentingan MUKIM BERAKAS, Selasa, 28 Oktober. - Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof berkata, Kementerian Kesihatan menyokong Dasar Kebangsaan terhadap penyusuan susu ibu (PSI) sejak tahun 2001, di mana setiap ibu digalakkan secara eksklusif menyusui anaknya dari lahir hingga enam bulan dan meneruskan penyusuan sehingga anak mencapai dua tahun atau lebih sambil memberi makanan pelengkap yang sesuai. MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof semasa berucap pada Majlis Makan Malam bagi meraikan Delegasi Forum Rakan Kongsi Penyusuan Susu Ibu Satu Asia Kali Ke-10.

“Sejak itu, terdapat peningkatan dalam kadar penyusuan eksklusif dilaporkan di kalangan wanita di negara ini,” ujar Yang Berhormat Menteri Kesihatan pada Majlis Makan Malam yang dihoskan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan bagi

mengalu-alukan kedatangan delegasi Forum Rakan Kongsi PSI Satu Asia Ke-10, malam ini, berlangsung di Dewan Ballroom Manggis, Hua Ho Manggis Mall, di sini. Yang Berhormat juga mengimbas kembali sabda Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien pada majlis perasmian forum tersebut semalam yang mengharapkan agar kadar PSI di Negara Brunei Darussalam sekurang-kurangnya setanding dengan pencapaian di rantau Asia iaitu pada kadar lebih 65 peratus.

Republik Filipina, Korea, Thailand, Afghanistan dan lain-lain serta kepada Ahli-ahli Kumpulan Pendorong Penyusuan Susu Ibu dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo 'Maternal, Infant and Young Child Nutrition' (MIYCN). Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta forum dan sijil penghargaan kepada penaja-penaja utama forum berkenaan.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

MUKIM BERAKAS, Selasa, 28 Oktober. - Kementerian Kesihatan malam ini mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan Delegasi Forum Rakan Kongsi Penyusuan Susu Ibu Satu Asia Ke-10 yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

undangan dari luar negara seperti Malaysia, Republik Indonesia, Republik Singapura, India, Sri Lanka,

Kementerian Kesihatan jelasnya juga mengalu-alukan dan melahirkan penghargaan di atas sokongan yang berterusan dan penyertaan aktif serta komitmen penuh masyarakat awam dalam menyokong amalan PSI yang dapat menyumbang dalam memastikan kualiti kesihatan untuk ibu dan kanak-kanak di Negara Brunei Darussalam.

Kementerian Kesihatan jelas Yang Berhormat mengesahkan semula pentingnya forum berkenaan sebagai satu lagi pencapaian penting yang akan memberikan panduan yang lebih lanjut dan momentum yang berterusan bagi penduduk di di Negara Brunei Darussalam untuk mengukuhkan pendekatan inovatif secara lebih efektif dan efisien untuk meningkatkan kadar PSI secara beransur-ansur.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

Delegasi forum diraikan di Majlis Makan Malam

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mencipta logo 'Maternal, Infant and Young Child Nutrition' (MIYCN).

Di samping itu, Yang Berhormat juga merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pekerja penjagaan kesihatan yang bekerja keras dan komited di semua peringkat yang telah mengabadikan diri mereka kepada promosi amalan PSI di negara ini.

Menyentuh mengenai penglibatan para sukarelawan dari kumpulan sokongan PSI dan individu, khusus untuk penglibatan ibu, keluarga dan masyarakat dalam melaksanakan tindakan yang praktikal, kreatif dan berkesan, Yang Berhormat berharap lebih ramai sukarelawan akan tampil ke hadapan dan bekerjasama untuk mencapai kualiti yang tinggi bagi kepentingan penyusuan ibu dan bayi serta pemakanan kanak-kanak.

Majlis makan malam ini diadakan bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peserta forum beramah mesra dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Pegawai TugasTugas Khas Kanan, TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap, ketuaketua pengarah, pengarah-pengarah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Untuk masa depan lebih baik, contohi masa lalu Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Generasi muda perlu melihat semula masa lalu mereka supaya dapat mengubah masa depan dengan lebih baik. Presiden Yayasan bagi Sains, Teknologi dan Ketamdunan, United Kingdom, Profesor Dr. Salim T. S. Al-Hassani antara lain menyuarakan perkara itu semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pengajaran Inovasi 1000 tahun lalu bagi merangsang pelajar muda dan pemimpin perniagaan’. Hal itu katanya, adalah untuk meningkatkan lagi cabaran mereka dalam mencipta inovasi yang bermanfaat di mana dapat mengubah dunia mereka dalam bidang sains, teknologi, seni bina, seni perniagaan dan pendidikan. Pada masa yang sama, tambahnya, bagi mengetahui bagaimana lelaki dan perempuan dari pelbagai agama dan budaya yang berbeza dibina di atas pengetahuan dari tamadun sebelumnya untuk menghasilkan penemuan-penemuan saintifik yang baru. Pada sesi pembentangan itu, beliau turut menyentuh bagaimana salah satu inisiatif global, ciptaan 1001, yang mencapai berjuta-juta golongan muda untuk memberi

PRESIDEN, Yayasan bagi Sains, Teknologi dan Ketamdunan, United Kingdom, Profesor Dr. Salim T S Al-Hassani ... Generasi muda perlu melihat semula masa lalu mereka supaya dapat mengubah masa depan dengan lebih baik.

inspirasi di dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. Pembentangan pada Simposium Majlis Ilmu 2014 yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, dipengerusikan oleh Dayang Siti Rozaimeriyanty binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abd. Rahman. Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned.

Majlis Makan Malam yang berlangsung di Dewan Ballroom Manggis, Hua Ho Manggis Mall, di sini dihoskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof. Pada majlis ini, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyempurnakan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para penceramah

SEBAHAGIAN dari jemputan lelaki terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan, pelajar pusat pengajian tinggi dan pelajar sekolah menengah yang hadir di Simposium Majlis Ilmu 2014. YANG Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada salah seorang penceramah undangan dari luar negara.


BERITA DAERAH

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

17

Mewujudkan persekitaran bersistematik untuk penyelidik Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hamzah Mohiddin

TUNGKU LINK, Isnin, 27 Oktober. - Universiti Brunei Darussalam (UBD) menjadi tuan rumah Mesyuarat Perdana Majlis Pentadbiran Rangkaian Kajian Borneo (Borneo Studies Network-BSN) yang berlangsung di The Core, UBD. Mesyuarat dua hari itu dihadiri oleh ahli-ahli kajian BSN termasuk Universitas Borneo Tarakan, Universitas Palangka Raya, Universitas Islam Kalimantan, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universitas Mulawarman (SamarindaIndonesia), Universitas Lambung Mangkurat (Banjarmasin-Indonesia), Universitas Balikpapan (Indonesia), Universitas Tanjungpura, Institut Dayakologi, Sekolah Tinggi Pastoral Keuskupan Agung dan Institut Mata Enggang (Pontianak-Indonesia). Pada majlis tersebut, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji

PENGARAH Sekretariat BSN, Dr. Yabit Alas semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis berkenaan.

SETIAUSAHA Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dato Paduka Dr. Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD) bergambar ramai bersama delegasi Mesyuarat Perdana Majlis Pentadbiran Rangkaian Kajian Borneo (Borneo Studies Network-BSN).

Zulkarnain bin Haji Hanafi, selaku Naib Canselor UBD hadir selaku tetamu kehormat. Terdahulu majlis bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Sekretariat BSN, Dr. Yabit Alas yang antara lain menjelaskan kepentingan laman web BSN yang baharu dilancarkan, di mana laman tersebut akan memberi ruang untuk melihat hasil penyelidikan sesama ahli-ahli kajian BSN. Tambahnya, semua ahli-ahli berkenaan digalakkan untuk menyediakan bahan-bahan yang telah dikemas kini terutama pada penyelidikan terkini, penerbitan dan juga aktiviti-aktiviti seperti persidangan dan bengkel. Sejurus selepas itu diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat majlis yang antara lain menjelaskan, terdapat cabaran tertentu dengan penyelidikan di Borneo. Menurutnya, BSN mampu menangani cabaran-cabaran ini, baik dalam penyediaan platform sistematik untuk rangkaian penyelidikan yang berkembang pesat serta pembangunan

dan memupuk cendekiawan baharu. Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan yang juga selaku Naib Canselor UBD seterusnya menjelaskan, penandatanganan Piagam BSN hari ini akan memudahkan kerjasama, dan yang paling penting pergerakan merentasi pelbagai institusi. Jelasnya, UBD yakin perkongsian kerjasama ini adalah masa depan institusi pengajian tinggi. Majlis diteruskan dengan penandatanganan Piagam BSN, yang menandakan permulaan satu usaha kolaboratif dan kerjasama antara ahli-ahli institusi berkenaan. Sejurus selepas itu, laman web rasmi Piagam BSN kemudiannya dilancarkan oleh tetamu kehormat. Laman web tersebut dicipta dengan tujuan untuk memudahkan komunikasi dan perkongsian sumber di seluruh institusi dan juga bagi memupuk pengiktirafan kepentingan kerja yang dilakukan oleh institusi dalam rangkaian kalangan antarabangsa. Majlis juga diserikan dengan

PIAGAM BSN ditandatangani oleh wakil setiap universiti berkenaan.

pembentangan Kertas Perdana ‘Pulau: Borneo’ yang disampaikan oleh Profesor Dr. Hendrik Maier daripada UBD. Pada masa yang sama, satu Bengkel Siswazah untuk lepasan ijazah dari setiap ahli-ahli institusi juga diadakan yang menampilkan beberapa pembentangan oleh pelajar lepasan ijazah yang mengambil bahagian dalam penyelidikan berterusan mereka merentasi disiplin dalam Kajian Borneo dan sesi latihan akademik yang dijalankan oleh ahli-ahli fakulti UBD. Bengkel selama empat hari bermula hari ini adalah sebagai sebahagian

daripada usaha rangkaian untuk meningkatkan daya saing penyelidikan dan menunjukkan komitmen terhadap pembangunan keupayaan cendekiawan muda Kajian Borneo. BSN bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai dan bersistematik untuk penyelidik daripada institusi anggota dan sekutu-sekutunya. Ia diasaskan pada tahun 2012 untuk menangani keperluan untuk penyelidikan dalam dan dari Borneo, iaitu pulau ketiga terbesar di dunia dan juga salah satu hotspot biodiversiti paling penting di seluruh dunia.

Penuntut Sekolah Pai Yuek hadiri Taklimat Kenegaraan

SESI bergambar ramai sejurus berakhirnya Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan' di Sekolah Pai Yuek.

Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

TEMBURONG, Isnin, 27 Oktober. Taklimat Kenegaraan merupakan salah satu usaha Jabatan Penerangan ke arah mengoptimakan penghayatan dan pemahaman mengenai lagu kebangsaan dan bendera negara, di samping mengukuhkan perpaduan dan semangat kenegaraan dalam kalangan penuntut. Sehubungan itu, Jabatan Penerangan melalui Cawangan Penerangan Daerah

Temburong meneruskan siri taklimat kenegaraan dengan tumpuan murid-murid di Sekolah Pai Yuek, Kampung Seri Tanjung Belayang, Pekan Bangar. Taklimat bertajuk ‘Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan’ itu disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Pengiran Ikram bin Pengiran Haji Ahmad yang juga selaku Ketua Cawangan Penerangan

Temburong. Dalam taklimatnya beliau antara lain menjelaskan tentang sejarah panji-panji Negara Brunei Darussalam, peranan bendera kepada negara serta sejarah lagu kebangsaan. Sementara itu, ketika ditemu bual Guru Besar Sekolah Pai Yuek, Awang Haji Nispu bin Haji Tahir menjelaskan

SEORANG penuntut tidak melepaskan peluang cuba menjawab Kuiz Kenegaraan (kanan).

taklimat seumpama ini amatlah bermanfaat kepada para penuntut terutamanya penuntut Tahun 6 memandangkan mata pelajaran Melayu Islam Beraja (MIB) merupakan salah satu subjek yang terkandung di dalam peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR). “Dengan adanya taklimat ini akan membantu para penuntut agar lebih memahami salah satu subjek dalam MIB yang ada hubung kait dengan bendera dan juga lagu kebangsaan,” ujarnya. Beliau seterusnya berharap para pelajar akan dapat mengambil iktibar dan mempraktikkan apa yang telah disampaikan semasa taklimat tersebut. Selain mendengarkan taklimat, para penuntut yang terdiri dari Tahun 1 hingga Tahun 6 itu juga berpeluang menguji minda dan pengetahuan mereka tentang bendera negara dan lagu kebangsaan melalui Kuiz Kenegaraan.

PENOLONG Pegawai Penerangan, Pengiran Ikram bin Pengiran Haji Ahmad yang juga selaku Ketua Cawangan Penerangan Temburong menyerahkan cenderahati kepada Guru Besar Sekolah Pai Yuek, Awang Haji Nispu bin Haji Tahir.


18

NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

BKMPK dan JPKK bantu kerajaan jaga ketenteraman awam

PEGAWAI Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali semasa Mesyuarat Bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong bagi membincangkan penubuhan Biro Keselamatan Majlis Perundingan Kampung (BKMPK) dan Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan Kampung (JPKK).

TUTONG, Rabu, 29 Oktober. Pemimpin akar umbi dan masyarakat kampung mempunyai peranan yang sangat penting bagi sama-sama berganding bahu bersama pihak kerajaan dalam memastikan keselamatan, keharmonian dan kesejahteraan penduduk-penduduk kampung. Pegawai Daerah Tutong, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali menyatakan perkara itu pada Mesyuarat Bersama PenghuluPenghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong bagi

membincangkan penubuhan Biro Keselamatan Majlis Perundingan Kampung (BKMPK) dan Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan Kampung (JPKK). Beliau menjelaskan, arahan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menghendaki setiap kampung menubuhkan BKMPK masing-masing yang berfungsi sebagai platform untuk membantu ketua-ketua kampung dalam memeduli perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal keselamatan kampung serta anak-anak buah kampung. “Ianya juga mempunyai peranan yang penting bagi membantu agensi-agensi kerajaan khususnya yang berkaitan dengan penguatkuasaan undang-undang untuk menyalurkan maklumat-maklumat kepada anak buah kampung melalui pelbagai program seperti taklimat, jerayawara, bengkel dan sebagainya untuk manfaat dan menjaga keselamatan serta kesejahteraan masyarakat kampung,� jelasnya. Selain itu tambahnya, melalui keberadaan ahli-ahli biro dan daripada tinjauan serta rondaan yang dibuat akan dapat meningkatkan keyakinan masyarakat dan mengurangkan lagi kes-kes jenayah di kampungkampung, di samping dapat meningkatkan lagi perpaduan semua warga mukim dan kampung khususnya

dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan bersama. Mesyuarat berkenaan juga membincangkan mengenai penubuhan semula JPKK yang diaktifkan semula oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bagi mewujudkan kesedaran dan penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah dan kawalan keselamatan melalui rakan kongsi strategik. Beberapa program telah dirancang oleh PDB bersama Jabatan Daerah Tutong (JDT) untuk memberikan

Oleh : Aryentty Haji Ariffin Foto : Ihsan Jabatan Daerah Tutong kefahaman dari segi kesedaran keselamatan, garis pandu dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu yang melibatkan kawasan kampung termasuk strategi pencegahan jenayah serta penglibatan ahli-ahli dalam aktiviti-aktiviti kebajikan dan sosial. Mesyuarat berkenaan merupakan kesinambungan daripada beberapa sesi muzakarah dan perbincangan yang

sebelum ini diadakan oleh JDT dan PDB bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di Daerah Tutong mengenai dengan penubuhan BKMPK bagi setiap kampung di daerah ini. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong serta pegawaipegawai kanan di JDT.

ANTARA yang hadir pada Mesyuarat Bersama Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung Daerah Tutong bagi membincangkan penubuhan BKMPK dan JPKK.

Skim bantuan perikanan bantu tingkatkan mutu, produktiviti Berita dan Foto : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad MUARA, Selasa, 28 Oktober. Skim bantuan perikanan secara umumnya merupakan bantuan dari Jabatan Perikanan bagi memudahkan operasi pengusaha-pengusaha industri perikanan. Oleh itu, pembungkusan memainkan peranan penting dalam melindungi dan memelihara produk bermula dari kilang atau tempat pengeluarannya sehingga ia dibeli dan sampai di rumah pengguna dalam keadaan yang baik dan dapat digunakan atau dimakan. Pemangku Pengarah Perikanan, Awang Abdul Halidi bin Mohd. Salleh menyatakan perkara tersebut pada Majlis Penyerahan Skim Bantuan

Perikanan iaitu Pembungkusan Keropok Udang kepada Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga di Kompleks Perikanan Muara, Jabatan Perikanan, di sini. Pada kali ini jelasnya, bantuan yang diberikan berupa pembungkusan keropok udang yang memenuhi spesifikasi bahan pembungkusan dan piawaian pelabelan yang diperlukan. Menurut Awang Abdul Halidi, pembungkusan ini bukan sahaja digunakan untuk membungkus produk keropok udang tetapi juga membantu memelihara kebersihan produk semasa pengangkutan dan penyimpanan. "Ia juga akan dapat mengurangkan pencemaran udara dan bakteria semasa pengendalian serta membantu meningkatkan hayat produk dan mengelakkan perubahan warna kerana tidak terdedah secara langsung kepada

udara," ujarnya lagi. Pada majlis tersebut bantuan diserahkan oleh Awang Abdul Halidi kepada Ketua MPK Sungai Bunga, Awang Haji Zainal bin Haji Salleh. Skim bantuan diharap akan dapat membantu mengurangkan kos operasi dalam pencetakan pembungkusan, di samping mengekalkan kualiti. Penghasilan keropok yang berkualiti, rasa dan pengeluaran yang konsisten menekankan kebersihan dan keselamatan dalam pemprosesan, selain penampilan pembungkusan produk yang menarik. Dengan adanya skim bantuan ini, MPK Sungai Bunga dapat meningkatkan penghasilan dan berjaya menerokai pasaran-pasaran baru secara tetap dan secara tidak langsung meningkatkan perekonomian Biro Wanita MPK mereka.

PEMANGKU Pengarah Perikanan, Awang Abdul Halidi bin Mohd. Salleh semasa menyampaikan bantuan kepada Ketua MPK Sungai Bunga, Awang Haji Zainal bin Haji Salleh.

Kaji kemudahan menjalankan perniagaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Bank Dunia dan Perbadanan Kewangan Antarabangsa (International Finance Cooperation - IFC) telah menerbitkan laporan ke-12 dalam siri laporan perdana mereka iaitu Doing Business 2015 bertajuk ‘Going Beyond Efficiency’ yang mengukur kemudahan menjalankan perniagaan dalam kalangan 189 buah ekonomi yang menyertai kajian ini. Laporan Doing Business tahun ini telah memperkenalkan beberapa perubahan dalam kaedah dan skop kajian iaitu termasuk menambah lebih banyak bandar-bandar yang dikaji untuk ekonomi yang mempunyai lebih 100 juta penduduk; menyemak semula pengiraan ranking; dan menilai kualiti peraturan di antara 8 indikator (Dealing with Construction Permit; Getting Electricity; Registering Property; Getting Credit; Protecting Minority Investors; Paying Taxes, Enforcing Contract; and Resolving Insolvency) di mana beberapa di antara hasil kajian menggunakan kaedah baru ini dilaporkan pada tahun ini, manakala sebahagian yang lain akan dilaporkan pada tahun depan. Seperti tajuk Laporan Doing Business 2015, perubahan skop dan metodologi yang diperkenalkan tahun ini memulakan peralihan daripada lebih berfokus kepada faktor kecekapan ke arah penilaian kualiti infrastruktur undang-undang dan peraturan dalam sesebuah ekonomi dan bagaimana perundangan berkenaan meningkatkan kecekapan perlaksanaan proses dan prosedur.

Perkiraan semula tatacara dan metodologi ranking yang baru diperkenalkan beralih daripada ordinal system kepada cardinal matric system dan pemarkahan adalah berdasarkan Distance To Frontiers (DTF) dari Best Performer / Best Practice. Perkiraan agregat pemarkahan DTF yang menyeluruh bagi petunjuk yang dikaji kini dijadikan asas penetapan ranking baru bagi setiap ekonomi. Tatacara perkiraan baru ini melibatkan beberapa perubahan drastik dari segi trend penetapan ranking di kalangan ekonomi seperti yang telah diterbitkan sebelumnya, dan dalam hal ini Negara Brunei Darussalam adalah tidak terkecuali. Dalam Laporan Doing Business 2015 ini Negara Brunei Darussalam kini berada di tangga 101 dengan skor DTF yang telah beransur meningkat dari 54.25 pada tahun 2007 kepada 61.26 pada tahun 2015. Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business, berkata walaupun ini adalah satu kemunduran yang ketara dari segi pencapaian ranking keseluruhan bagi Negara Brunei Darussalam, tetapi in absolute terms persekitaran perniagaan Negara Brunei Darussalam meningkat lebih baik dari setahun ke setahun dan bergerak lebih dekat ke arah negara-negara yang mengamalkan tatacara yang paling baik. Namun kejatuhan ketara dalam

ranking menunjukkan jurang yang jauh dalam kualiti peraturan dan kadar kelajuan perlaksanaan reformasi perundangan berbanding dengan negara-negara lain. Yang Berhormat menekankan bahawa data-data Negara Brunei Darussalam menunjukkan keperluan kritikal bagi Negara Brunei Darussalam untuk merebiu dan memperbaiki lagi infrastruktur perundangan yang ada ke era moden dan sejajar dengan amalan terbaik antarabangsa. Beliau juga menegaskan bahawa para pembuat dasar yang relevan dan pentadbir perundangan yang bertanggungjawab perlu mempercepatkan usaha pembaharuan undang-undang dan peraturan yang sedang dan akan dilaksanakan, khususnya yang terkandung dalam fokus 'Stretched Targets' Jawatankuasa Pemandu Ease of Doing Business. Pembaikan-pembaikan ini bukan sahaja akan membantu mendorong peningkatan kedudukan masa depan negara, tetapi yang lebih penting, ianya akan membolehkan dan memudahkan peningkatan kecekapan fungsi perniagaan dan pasaran serta akan menyumbang kepada perlaksanaan strategi yang digariskan ke arah pencapaian Wawasan Brunei Darussalam tahun 2035. Yang Berhormat juga menegaskan bahawa Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business komited untuk bekerjasama dengan lebih rapat dan lebih intensif dengan Champion Groups yang berkenaan dan mana-mana agensi-agensi lain. Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business, jelasnya, akan bekerja rapat dengan Jawatankuasa

Pandu Penggerak untuk menyediakan intervensi yang kritikal dan membantu mendorong untuk mempercepatkan lagi perlaksanaan reformasi yang telah diaturkan. Menurutnya, terdapat beberapa pembaharuan yang baru-baru ini selesai dan dalam perancangan yang akan menghasilkan keputusan yang baik dan selaras dengan peralihan dalam metodologi baru ini. Contoh pembaharuan tersebut termasuk PBD12 yang baru-baru ini dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan; Perintah Bangunan (BCO) dan peraturan-peraturannya yang dijangka akan dilaksanakan sedikit masa lagi; rebiu dan pindaan Akta Syarikat (Bab 39) oleh Kementerian Kewangan; pelaksanaan Sistem Pengurusan Mahkamah Kehakiman yang dijangka beroperasi pada bulan Mac 2015 dan penggunaan Sistem Pengurusan Tanah Elektronik di Jabatan Tanah yang juga dijangka beroperasi tahun depan. Ekonomi 10 teratas pada tahun ini adalah Republik Singapura, New Zealand, Hong Kong SAR, Denmark, Republik Korea, Norway, Amerika Syarikat, United Kingdom, Finland dan Australia. Negara Brunei Darussalam ketika ini menduduki negara ASEAN Ke-6 di belakang Republik Singapura, di kedudukan teratas selama tujuh tahun berturut-turut; Malaysia (ke-18); Thailand (26); Viet Nam (ke-78) dan Republik Filipina (ke-95).


NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

19

Bincang keamanan dan kestabilan maritim ASEAN

TIMBALAN Menteri Pertahanan menyertai sesi bergambar ramai sejurus perasmian mesyuarat tersebut. TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa menyampaikan ucaptamanya pada Perasmian Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) + Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Keselamatan Maritim kali ke-9 dan Table Top Exercise (TTX).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat berkata, sumber-sumber alam semula jadi seperti hidrokarbon, perikanan dan akuakultur merupakan penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar Negara Brunei Darussalam. Oleh itu, Negara, tambahnya, bergantung kepada sumber-sumber ini bagi pembangunan dan kemajuan ekonomi. Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mustappa menjelaskan, Laut China Selatan juga penting dalam menghubungkan kawasan itu dengan dunia luar melalui telekomunikasi dan penghantaran.

Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali “Berasaskan kepentingan ini, persekitaran yang dinamik telah membuka peluang baru untuk meningkatkan dan mengukuhkan kerjasama antara negara-negara di rantau ini, termasuk bidang pertahanan dan keamanan,” ujarnya semasa menyampaikan ucaptama pada Majlis Perasmian Mesyuarat MenteriMenteri Pertahanan ASEAN (ADMM) + Kumpulan Kerja Pakar (EWG) Keselamatan Maritim Ke-9 dan Table Top Exercise (TTX) yang berlangsung di Hotel Centerpoint, Gadong, di sini. ASEAN, melalui ADMM, tegasnya, telah membuat langkah besar melalui kerjasama erat dalam bidang tersebut dan membina salah satu forum utama mengenai keamanan dan kestabilan di rantau ini.

Katanya, di samping mengekalkan keutamaannya, ASEAN dan rakanrakan dialog ASEAN dalam rangka ADMM-Plus, mencapai momentum sebahagian penting dalam proses dan menyumbang ke arah merealisasikan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN pada tahun 2015. “Mesyuarat ADMM-Plus Ke-2 di Negara Brunei Darussalam mengiktiraf sumbangan positif yang dibuat oleh negara-negara ADMM-Plus dalam meningkatkan keamanan, kestabilan dan pembangunan di Asia Tenggara dan kepentingan masing-masing dalam mempromosikan kerjasama yang lebih erat untuk menangani isu-isu keselamatan dan cabaran,” ujarnya. Mesyuarat tersebut menumpukan

PeSTAB perluaskan khazanah budaya TEMBURONG, Isnin, 20 Oktober. Pentingnya menjaga disiplin dalam kehidupan seharian termasuk sebagai seorang pelajar baik dari segi berpakaian mahupun tutur kata merupakan antara mesej yang disampaikan semasa persembahan Persatuan Seni Tanah Air (PeSTAB) di ruang legar, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, di sini. Persembahan diadakan semasa berlangsungnya Perjalanan Kebudayaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) melalui Bahagian Kebudayaan dan Kesenian. Dalam temu bual bersama PELITA BRUNEI, Pengerusi Tetap PeSTAB, Awang Serudin bin Awang Damit

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ah Chua Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim menjelaskan bahawa penglibatan PeSTAB dalam Perjalanan Kebudayaan di daerah ini juga menyelitkan acara berpantun dan bermukun untuk diperkenalkan kepada generasi muda terutamanya golongan pelajar, selain lakonan dan pengacaraan. Melalui penglibatan PeSTAB itu, ujarnya, orang ramai akan berpeluang untuk mengenali dan mengetahui lebih dalam lagi akan budaya dan tradisi yang terdapat di negara ini. Beliau berharap KKBS akan terus memberikan mereka ruang untuk

mengendalikan persembahan di seluruh negara, selain pengacaraan, lawak jenaka dan puppet show bagi memperluaskan khazanah budaya warisan kesenian, di samping mengadakan pameran bagi memperlihatkan kepada orang ramai agar mereka dapat mengenali barang-barang tradisi dengan lebih dekat lagi. PeSTAB merangkumi artis-artis tempatan di bawah satu bumbung iaitu penyanyi, pelakon, penari, pengacara, pelawak, puppet, pesilat dan sebagainya.

beberapa perkembangan dalam inisiatif-inisiatif yang meliputi cadangan bagi kursus-kursus ‘online’ Portal Perkongsian Informasi Komuniti Keselamatan Maritim ADMM-Plus, di samping kesinambungan daripada inisiatif yang dibentangkan oleh Program Pemimpin-Pemimpin Masa Depan ADMM-Plus, New Zealand. Selain itu, mesyuarat juga membincangkan hasil daripada gabungan pertemuan Jawatankuasa Pandu Pertama dan Field Training Exercise (FTX) di antara Keselamatan Maritim dan Tentangan Keganasan ADMM-Plus sebagai laluan ke hadapan bagi mengekalkan momentum yang positif dalam mencapai kejayaan EWG. Sidang mesyuarat tiga hari Keselamatan Maritim TTX memfokuskan beberapa prosedur mencari dan menyelamat (SAR) dan Pengangkutan Air, Kapal, Pencarian

dan Rampasan (VBSS), di samping mengenal pasti penerbitan, rujukan, Prosedur Piawaian Operasi (SOPs) dan dokumen-dokumen yang dapat digabungkan dalam rangka kerja berkenaan. Selain Keselamatan Maritim, lima EWG yang lain termasuk membina kerjasama dalam Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief HADR), Perubatan Ketenteraan, Tentangan Keganasan, Operasi Pengaman dan Humanitarian Mine Action. Mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Timbalan Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kolonel (L) Pengiran Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan Pengarah Cawangan Antarabangsa, Kementerian Pertahanan, New Zealand, Tuan Michael Thompson.

Bersama memeduli keselamatan mukim dan kampung BANGAR, Selasa, 21 Oktober. - Pengawasan Kejiranan adalah salah satu strategi Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dalam mendekatkan organisasinya kepada masyarakat untuk mencegah jenayah, di mana masyarakat umum mampu menjadi mata dan telinga pihak polis dalam menyalurkan maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang meragukan di persekitaran kediaman mereka. Perkembangan dan gandingan positif yang sedemikian juga dapat mewujudkan kesedaran masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak polis. Sehubungan itu, Daerah Polis Temburong telah mengadakan Taklimat Pengawasan Kejiranan kepada penghulu-penghulu mukim di Daerah Temburong yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Temburong pada 18 Oktober 2014 yang disampaikan oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penguasa Polis Mohammad Azrie bin Haji Talip. Taklimat tersebut memberi maklumat mengenai model struktur Pengawasan Kejiranan, di mana para penghulu menjadi penasihat kepada ketua-ketua kampung selaku Pengerusi Pengawasan Kejiranan. Struktur Pengawasan Kejiranan bagi kampung-kampung yang terlibat juga dikongsikan bagi memudahkan para penghulu memahami dan melihat susur jalur Pengawasan Kejiranan di mukim masing-masing. Kepentingan bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan kampung dan persekitaran masing-masing turut sama disentuh di dalam sesi soal jawab di dalam taklimat tersebut. Turut hadir pada sesi taklimat itu ialah Pegawai Daerah Temburong, Awang Haji Abdul Hamid bin Dato Paduka Haji Abdullah. Jabatan Daerah Temburong juga turut menyokong usaha, tindakan dan hasrat PDB untuk sama-sama memeduli keamanan dan keselamatan daripada ancaman jenayah bagi segenap peringkat masyarakat.

SALAH satu babak lakonan oleh Persatuan Seni Tanah Air (PeSTAB) semasa berlangsungnya Perjalanan Kebudayaan di ruang legar, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar.


20

NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Pelihara Bendera Negara, hormati Lagu Kebangsaan Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi

PROGRAM Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan’ yang diadakan di Jabatan Penerangan dihadiri oleh guru-guru dan penuntut-penuntut dari Sekolah Menengah Sayyidina Husain.

49 pegawai Institusi Pendidikan Teknikal lawat BMC BELAIT, Selasa, 28 Oktober. - Syarikat Metanol Brunei Sdn Bhd (BMC) menerima lawatan seramai 49 pegawai dari Institusi Pendidikan Teknikal. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada program induksi bagi pegawai-pegawai yang baharu berkhidmat dengan pihak kerajaan. Lawatan tersebut bertujuan untuk memperoleh pengetahuan asas dan pendedahan mengenai amalan-amalan terbaik yang dilaksanakan di dalam syarikat berkenaan. Ketibaan rombongan ke syarikat tersebut dialu-alukan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Daud bin Haji Jais. BMC aktif dalam menyokong inisiatif Jabatan Pendidikan Teknikal selain memberi peluang untuk mengikuti latihan industri di Methanol Plant yang sehingga kini terdapat kira-kira 43 pelajar mengikuti latihan industri sejak tahun 2012.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Sebahagian penduduk di negara ini masih lagi tidak menitikberatkan tatacara dan aturan-aturan pemasangan bendera dengan cara yang betul dan teratur. Bendera Negara Brunei Darussalam hanya akan dinaikkan pada hari-hari tertentu dan bukannya setiap hari tanpa sebarang arahan tertentu sehinggakan dibiarkan bendera tersebut rosak. Pemangku Pegawai Penerangan Kanan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim menjelaskan demikian ketika ditemu bual pada Program Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan’ yang diadakan di Jabatan Penerangan. Selain masalah tersebut katanya, sesetengah peniaga di syarikat atau perniagaan swasta juga ada yang beranggapan tidak perlu memasang bendera negara apabila kain rentang sudah dipasangkan di premis mereka. “Persepsi mereka itu salah dan perlunya taklimat seumpama ini diadakan bagi memperbetulkan segala permasalahan yang berlaku,” tegasnya lagi. Menyentuh mengenai Lagu Kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ pula, beliau menjelaskan, apabila dipantau secara rambang, ada

PEMANGKU Pegawai Penerangan Kanan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan, Awang Haji Dayang bin Haji Kasim semasa ditemu bual pada Program Taklimat Kenegaraan ‘Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan’ yang diadakan di Jabatan Penerangan.

AITI anjur bengkel BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober.- Pihak Berkuasa Info-Teknologi Industri Komunikasi Brunei Darussalam (AITI) terus menganjurkan beberapa bengkel ke arah meningkatkan keupayaan peserta Anugerah Info-Komunikasi Teknologi Brunei (BICTA). Bengkel yang dihadiri oleh pemenang BICTA 2014 yang bertujuan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran penyampaian yang kuat sebagai persediaan untuk bersaing di Asia Pasifik ICT Alliance (APICTA) 2014. Anugerah APICTA 2014 akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 27 hingga 30 November ini. Menurut Siaran Akhbar AITI, keupayaan untuk menyampaikan idea dengan jelas dan berkesan merupakan satu kemahiran yang penting dalam dunia hari ini. Bengkel itu dapat mengilap kebolehan peserta untuk menyampaikan maklumat dan persembahan yang meyakinkan kepada panel BENGKEL ke arah meningkatkan keupayaan peserta Anugerah Info-Komunikasi Teknologi Brunei (BICTA)(kiri).

juga mereka menyanyikan lagu dengan acuh tak acuh padahal lagu tersebut mengandungi permohonan doa kepada Allah untuk Raja dan Negara kita. Lagu kebangsaan tegasnya, semestinya diberi penghormatan melalui adab-adab tertentu seperti berdiri dengan betul, di samping menyanyi dengan semangat patriotisme. Unit kenegaraan katanya akan meneruskan program tersebut dan dilaratkan bermula daripada pelajar-pelajar di sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi kerajaan dan swasta sehingga ke jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan di negara ini. Taklimat yang disampaikan antaranya menekankan mengenai kesedaran bernegara terutama menyemai semangat patriotisme dan nasionalisme khususnya mengenai menghayati bendera negara dan lagu kebangsaan ‘Allah Peliharakan Sultan’ Salah seorang guru pengawas Sekolah Menengah Sayyidina Husain, Dayang Nor Amalina binti Haji Abd. Rahman berkata, taklimat seumpama itu merupakan salah satu platform yang mampu memberikan pendedahan yang lebih terperinci mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bendera dan lagu kebangsaan berbanding apa yang diajarkan di sekolah-sekolah. Taklimat ini ujarnya, lebih berinformasi dan mampu membuka mata dan minda masyarakat terutama kepada para pelajar untuk menghormati lagu kebangsaan dan bendera negara kita Beliau sangat kagum dan menghargai usaha Jabatan Penerangan mengungkayahkan acara seumpama itu yang jelas sekali mampu menyuntik semangat generasi muda untuk lebih cintakan Raja, Agama dan Negara dalam diri mereka. Kira-kira 160 penuntut sekolah berkenaan menghadiri program taklimat itu dengan objektifnya antara lain mengoptimakan penghayatan dan pemahaman terhadap Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara ke arah kesedaran hidup berbangsa, bernegara, beragama yang berdasarkan falsafah Melayu Islam Beraja (MIB).

hakim antarabangsa. Jelas Siaran Akhbar itu, bengkel tersebut akan memastikan bahawa peserta Brunei di APICTA 2014 mampu mengartikulasikan idea-idea mereka dan menghasilkan model perniagaan yang jelas yang berkaitan dengan pasaran. Bengkel persembahan kemahiran dikendalikan oleh Tuan Stuart Lee dan Dr Chris Woo. Peserta juga dilatih dengan teori asas berkomunikasi untuk menyampaikan persembahan mereka dengan yakin dan berkesan, menemukan gaya peribadi, kemampuan untuk kepercayaan dan projek keyakinan, menyusun persembahan mereka dengan berkesan, menganalisis penonton, menilai dan menerima maklum balas dan berlaku komunikasi lisan dan bukan lisan. Tuan Stuart Lee dari Latihan dan Perundingan Rhymin & Partners memulakan kerjaya sebagai pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Malaysia yang mengajar kursus pengucapan awam. Dr Chris Woo adalah seorang pensyarah kanan di Universiti Brunei Darussalam dan mengajar Profesional Komunikasi dan Media. BICTA merupakan peringkat platform untuk kemasukan inovator ICT tempatan bagi melanjutkan ke APICTA di mana mereka dapat mempromosikan produk mereka kepada panel hakim antarabangsa. Pemenang BICTA 2014 telah diumumkan dan diberikan pada majlis Gala Malam BICTA yang diadakan pada bulan September lalu.


NASIONAL

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

21

Hutan habitat penting bagi biodiversiti Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

PENGARAH Perhutanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Awang Haji Saidin bin Salleh semasa berucap pada Perasmian Seminar mengenai Penaksiran Sumber Hutan Negara sebagai Langkah Kehadapan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Oktober. - Kira-kira 30 peratus hutan daripada keluasan tanah di dunia menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan ekosistem di mana ianya menghasilkan manfaat kepada sosial ekonomi dan alam sekitar. Perkara ini adalag penting kerana hutan merupakan sumber utama kayu

dan lain-lain produk hutan yang lain yang mana mempunyai perkhidmatan penting dalam bekalan air, ubat-ubatan, kehidupan, kestabilan ekosistem dan penyimpanan karbon. Pengarah Perhutanan, Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU), Awang Haji Saidin bin Salleh menyentuh perkara itu pada Perasmian Seminar mengenai Penaksiran Sumber Hutan Negara sebagai Langkah Kehadapan berlangsung di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong , di sini. Menurutnya, hutan juga antara habitat yang paling penting bagi biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem selain mengumpul dan menyimpan sejumlah besar karbon dioksida (CO2) yang demikian menyumbang kepada pengurangan perubahan iklim. Oleh itu, beliau menegaskan, hutan mudah terdedah dan sumber-sumber tersebut terus berada di bawah ancaman dari penebangan dan kemusnahan hutan yang mengakibatkan kesan dramatik bagi alam sekitar dan masyarakat. “Majoriti daripada kawasan tanah kitani dilindungi dengan hutan. Penaksiran sumber hutan di Brunei terakhir pada tahun 2010 melaporkan bahawa 75 buah negara masih

dilindungi dengan pokok tumbuhtumbuhan,” katanya. Justeru itu, jelasnya, terdapat keperluan bagi memastikan bahawa kawasan-kawasan hutan dapat dilindungi dan diuruskan dengan penggunaan, pemulihan dan

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Oktober. - Seramai 33 belia daripada kelab-kelab Pusat Belia dan persatuan-persatuan di keempat-empat daerah petang tadi menerima sijil masing-masing setelah menamatkan Sijil Kursus Rekreasi Luar ‘Novice’ selama empat hari bermula 20 Oktober lepas. Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta kursus pada majlis yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia di sini ialah Pegawai Latihan Belia dan Sukan, Awang Haji Muhd. Nurul Azrin bin Haji Gani. Kursus Rekreasi Luar ‘Novice’ yang dianjurkan oleh Pusat Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyediakan pelbagai aktiviti seperti camping, jungle trekking, orienteering, abseiling, kayaking dan wilderness survival skill. Rekreasi luar adalah satu aktiviti terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang para belia yang bertujuan untuk mendapat keseronokan, ketenangan minda dan memberi kepuasan diri. Selain itu ianya juga membolehkan kita untuk menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif terhadap aspek jasmani, emosi, rohani intelek dan sosial. Pembabitan dalam aktiviti rekreasi juga dapat membina jati diri dan ketahanan mental para belia, di samping memupuk semangat setia kawan. Dengan penglibatan mereka dalam sebarang aktiviti kokurikulum dapat menyeimbangkan tahap sosial mereka bagi menemui alam yang lebih mencabar pada masa akan datang. Antara tujuan dan objektif kursus tersebut adalah untuk memberikan penerangan, tunjuk ajar dan panduan

dalam merangka sesuatu program rekreasi, selain menanamkan minat serta semangat sukakan aktivitiaktiviti lasak dan mencabar ke arah membentuk para belia yang mampu berdikari, di samping mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. Di samping itu, ianya dapat memberikan pendekatan terhadap meningkatkan ciri-ciri kepimpinan dan disiplin dalam diri setiap belia, meningkatkan keyakinan diri serta

disampaikan mengandungi peranan hutan dan keperluan penilaian sumber hutan (forest resource assessment fra), sejarah fra, jumlah keadaan hutan dan sebagainya. Seminar yang diadakan selama sehari itu, antaralain bertujuan untuk mengetahui keupayaan, kapasiti dan pembangunan teknologi sumber penaksiran hutan bagi negara ini, di samping untuk berkongsi maklumat mengenai fra dan aktiviti-aktiviti berkaitan dengannya.

PENGARAH Perhutanan, KPSSU, Awang Haji Saidin bergambar ramai pada Majlis Perasmian Seminar mengenai Penaksiran Sumber Hutan Negara sebagai Langkah Kehadapan.

Peserta Kursus Rekreasi Luar 'Novice' terima sijil Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali

perlindungan hutan yang mapan melalui penanaman semula hutan. Seramai 60 peserta dari Jabatan Perhutanan, KPSSU dan dari pelbagai agensi kerajaan menyertai seminar berkenaan yang diteruskan dengan sesi taklimat mengenai pengenalan kepada penaksiran sumber hutan global yang disampaikan oleh Profesor I Nengah Surati Jaya dari Fakulti Perhutanan, Universiti Pertanian Bogor, Indonesia. Antara isi taklimat yang

menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta dalam aktiviti rekreasi yang bakal ditempuhi. Sifat kepimpinan serta jati diri dalam peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi bagi menempuh segala cabaran dan rintangan yang bakal dilalui. Kursus rekreasi ini juga dapat melatih para belia bagi mengukuhkan semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri dan memupuk perpaduan dalam kalangan belia yang berbilang kaum, memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

PEGAWAI Latihan Belia dan Sukan, Awang Haji Muhd. Nurul Azrin bin Haji Gani menyampaikan Sijil Kursus Rekreasi Luar ‘Novice’ kepada salah seorang peserta (atas dan bawah).

PSB anjur Pertandingan Kuiz Sejarah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 23 Oktober. - Pusat Sejarah Brunei (PSB) buat julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Kuiz Sejarah sebagai salah satu media yang menghubungkan pusat berkenaan dengan masyarakat khususnya para pelajar. Pertandingan Kuiz Sejarah itu merupakan projek PSB dengan kerjasama Sekolah Menengah Awang Semaun, MiSC (Media in Sevice Centre) Kementerian Pendidikan dan Radio Televisyen Brunei (RTB). Sebanyak 27 buah sekolah menengah dan maktab telah menyertai Pertandingan Kuiz Sejarah ini yang mana 14 buah sekolah daripadanya telah terpilih untuk memasuki peringkat suku akhir setelah bertanding di peringkat saringan pada 24 hingga 26 Jun 2014 yang lalu. Peringkat suku akhir pertandingan tersebut telah diadakan selama dua hari iaitu 30 September hingga 1 Oktober 2014 lepas di keempat-empat lokasi iaitu di Lapau dan Galeri Sejarah, di bangunan PSB, Bandar Seri Begawan dan di Bilik Persidangan dan Bilik Pameran di Bangunan PenBorneo, Anggerek Desa, Berakas. Sebanyak empat buah sekolah telah berjaya memasuki peringkat separuh akhir iaitu Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Sekolah Menengah Menglait, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Menengah Sayyidina Husain. Peringkat separuh akhir dan peringkat akhir Pertandingan Kuiz Sejarah Piala Pehin Jawatan Dalam 2014 akan diadakan pada bulan November depan. Pasukan-pasukan yang berjaya memasuki peringkat akhir Pertandingan Kuiz Sejarah Piala Pehin Jawatan Dalam 2014 ini nanti akan menerima wang tunai, piala iringan dan sijil penghargaan yang mana johan akan menerima wang tunai BND2,000, piala iringan dan sijil penyertaan; naib johan menerima wang tunai BND1,500, piala iringan dan sijil penyertaan, sementara tempat ketiga menerima wang tunai BND1,000, piala iringan dan sijil penyertaan. Manakala setiap peserta yang menyertai di peringkat saringan dan peringkat separuh akhir juga akan menerima cenderamata dan sijil penyertaan daripada pusat tersebut. Pertandingan kuiz yang membawa tema ‘Sejarah Saksi Semalam Sarana Masa Depan’ bertujuan untuk menggalakkan para pelajar meminati mata pelajaran Sejarah, mengembangkan bakat dan minat para pelajar dalam bidang sejarah, memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan mempelajari sejarah dan hubungannya kepada pembangunan bangsa dan negara, menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah serta menanam perasaan cintakan raja, agama dan negara.


22

SUKAN

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Para pemain kejohanan golf dirai Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

PENGERUSI 'The 7th Pan Borneo Senior Amateur Golf Championship 2014', Dato Paduka Haji Mohd. Suni bin Haji Idris semasa berucap pada Majlis Makan Malam tersebut.

JERUDONG, Isnin, 27 Oktober. Brunei Darussalam Association of Senior Golfers (BDASG) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Golf '7th Pan Borneo Senior Amateur 2014’ yang berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 Oktober 2014 di Royal Brunei Golf & Country Club (RBGCC), Jerudong.

Seramai 84 orang pemain menyertai kejohanan tersebut iaitu 46 pemain mewakili Negara Brunei Darussalam, 15 orang dari pasukan Sabah dan 23 orang lagi dari Sarawak. Sehubungan itu, satu Majlis Makan Malam bagi mengalu-alukan para pemain diadakan di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Pengerusi ‘The 7th Pan Borneo Senior Amateur Golf Championship 2014’, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Suni bin Haji Idris dalam ucapannya antara lain menjelaskan bahawa kejohanan tersebut menyediakan peluang bagi pembaharuan dan perkembangan kemahiran-kemahiran dalam bermain golf dan pada masa yang sama menambah kenalankenalan baharu, di samping memperbaharui hubungan yang sudah terjalin. Jelasnya, para pencinta sukan

setentunya sudah tahu bahawa keindahan keseluruhan acara berkenaan bukan hanya untuk meraih kemenangan namun juga dalam menyertainya. Menyentuh mengenai sukan golf dari segi kesihatan, tambah Dato Paduka, ia merupakan salah satu cara

terbaik bagi pemain-pemain senior / dewasa untuk kekal aktif dan sentiasa dalam kesihatan yang baik. Beberapa kategori dipertandingkan pada kejohanan tiga hari itu antaranya Lelaki Berpasukan (Gross / Nett), Perseorangan Lelaki (Gross / Nett), Pemenang Harian Lelaki (Best Gross/ Best Nett), Men Age Group, Ladies Overall dan acara VIP. Majlis penutup dan penyampaian

hadiah kejohanan akan diadakan pada 29 Oktober 2014 nanti. ‘Pan Borneo Senior Amateur Golf Championship’ yang pertama telah diadakan di negara ini pada tahun 2007 dan ia telah dipersetujui bahawa kejohanan tersebut akan diadakan secara bergilir-gilir antara tiga buah negara iaitu Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak. Sarawak akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan ini pada tahun depan.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah hadir pada Majlis Makan Malam di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, Jerudong.

Berlepas meninggalkan negara sertai SSEAYP Ke-41

PEMANGKU Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd Daud bergambar ramai bersama kontinjen Negara Brunei Darussalam sebelum berlepas meninggalkan negara bagi mengikuti Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-41 di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

SEORANG peserta SSEAYP Ke-41, Awang Mohd. Shahril bin Abd. Kamil melahirkan perasaan bangga kerana terpilih menyertai program tersebut.

Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Seramai 29 belia termasuk seorang ketua kontinjen Negara Brunei Darussalam berlepas meninggalkan negara bagi mengikuti Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-41, 2014 bermula pada 28 Oktober hingga 18 Disember 2014. Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa bagi mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen tersebut ialah Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Haji Rosmadee bin Haji Mohd. Daud.

SSEAYP merupakan program tahunan yang bermula sejak tahun 1974 yang dikelolakan dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dengan kerjasama negara-negara ASEAN dan pada tahun ini merupakan penyertaan negara kali ke-29 sejak penyertaan rasmi pertama negara pada tahun 1985. Para peserta akan menyertai pelbagai aktiviti seperti aktiviti di atas kapal yang akan memperkenalkan negara masing-masing, perbincangan, aktiviti kelab, aktiviti kumpulan, ceramah-ceramah, aktiviti sukarela, latihan keselamatan dalam kapal yang dianjurkan oleh pihak pentadbir kapal. Salah seorang peserta yang menyertai SSEAYP, Awang Mohd. Shahril bin Abd. Kamil semasa ditemui melahirkan perasaan bangga kerana terpilih untuk menyertai program tersebut. “Dengan menyertai program ini akan dapat mengeratkan lagi hubungan kami sesama peserta, di samping mengetahui budaya negara

masing-masing,” jelasnya. Menurutnya lagi, program SSEAYP akan memberikan peluang kepada mereka untuk mempelajari tentang cara hidup dan berinteraksi secara sihat di atas kapal, di samping memberi

kesempatan kepada mereka untuk melawat dan mempelajari kehidupan penduduk di negara-negara yang akan disinggahi nanti. Program SSEAYP antara lain bertujuan untuk mengukuhkan

persahabatan dan memupuk persefahaman di antara generasi muda terutama golongan belia serantau dan Jepun ke arah kerjasama dalam semua bidang pada masa akan datang.

'Treasure Hunt' 2 November 2014 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 29 Oktober. - Sukarelawan Kelab Pusat Belia (Daerah Tutong) akan menganjurkan 'Treasure Hunt' pada 2 November 2014, bertempat di Kompleks Sukan Tutong sempena Hari Terbuka Belia di daerah itu. Permainan yang dibukakan kepada semua belia berusia 12 hingga 40 tahun itu meliputi dua kategori masing-masing bagi tiga dan empat orang sepasukan. Yuran pendaftaran bagi tiga orang sepasukan sebanyak BND3, manakala BND4 untuk empat sepasukan. Menurut penganjur, format permainan akan sama seperti amazing race yang mana setiap pasukan akan mencari petunjuk dari setiap pos pemeriksaan yang disediakan di dalam peta dan pasukan yang mempunyai markah tertinggi akan menjadi pemenang. Pendaftaran untuk Treasure Hunt akan berakhir pada hari Ahad, 2 November 2014 dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi penganjur permainan melalui talian 8664702. Hari Terbuka Belia dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, DaerahTutong dengan kerjasama Battle Pro Pemasaran dan Khidmat Pengurusan.


SUKAN

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

23

JPKK 'A' dan Tutong 1 juara badminton Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohiddin BERAKAS, Isnin, 27 Oktober. Pasukan JPKK ‘A’ dan Tutong 1 masing-masing menjuarai Perlawanan Akhir Kejohanan Badminton Piala Menteri Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Ke-24 dan Sambutan 100 Tahun Pendidikan Formal Tahun 2014 Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam. Pada perlawanan akhir Kategori Beregu Lelaki Pasukan JPKK ‘A’ telah mengalahkan pasukan dari JPPP/MPKP/JPK dengan perlawanan 3-1 dan sekali gus berjaya memenangi Piala Menteri Pendidikan dan mengisi tempat ketiga ialah pasukan

Tutong 1. Sementara itu, bagi Kategori Beregu Wanita dimenangi oleh pasukan Tutong 1 yang berjaya mengalahkan pasukan Kluster 6 dengan 2-0 manakala menduduki tempat ketiga ialah pasukan JPKK. Perlawanan akhir tersebut dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan malam ini di Dewan Serbaguna, Sekolah Sukan Kampung Pulaie, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Juara keseluruhan membawa pulang piala rebutan, piala iringan, sijil dan pingat dan majlis penyampaian hadiah bagi para pemenang telah

disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Sebanyak 15 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita menyertai kejohanan tersebut yang terbuka kepada semua pegawai, guru dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan dengan turut menjemput beberapa pasukan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama. Kejohanan seumpama itu antara lain dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai-

pegawai, guru-guru dan kakitangan di Kementerian Pendidikan, selain dapat memberikan peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat dan kebolehan masingmasing. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam memilih pemain yang boleh diserapkan bagi mewakili Kementerian Pendidikan pada Kejohanan Antara KementerianKementerian Negara Brunei

Darussalam, selain ia juga bagi sama-sama mendukung hasrat Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan dalam mempromosi kesihatan sebagai gaya hidup yang sihat. Hadir sama menyaksikan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman, pengarah-pengarah, penolong-penolong pengarah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bergambar ramai bersama para pemenang bagi Kategori Beregu Lelaki, sementara gambar bawah, Yang Berhormat Menteri Pendidikan bergambar ramai bersama para pemenang bagi Kategori Beregu Wanita.

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menyampaikan Piala Menteri Pendidikan kepada juara Beregu Lelaki Pasukan JPKK ‘A’.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober.- Awangku Abd. Basheer bin Pengiran Md. Noor dari sekolah Brunei 2A muncul juara Kejohanan Pingpong Pesta Sukan SekolahSekolah Rendah Ke-4 2014 selepas menumpaskan Md. Khairuddin bin Omar dari sekolah Brunei 3 pada perlawanan akhir yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Awangku Abd. Basheer menang dengan kiraan 3-1 selepas mendahului dua set pertama perlawanan dengan kiraan 11-6 dan 11-9 namun tumpas pada set ketiga dengan kiraan 11-13 sebelum memimpin kembali pada set keempat dengan kiraan 11-4 sekali

Awangku Abd. Basheer juara kejohanan pingpong Berita dan Foto : Abu Bakar Haji Abdul Rahman gus menjuarai kejohanan. Dalam acara Beregu Lelaki, gandingan Kenneth Chin Yii Ping dan Wong Johnson dari sekolah Brunei 1 dengan mudah menumpaskan

pasangan Md. Shahrol Nizam bin Abdullah Aldani dan Awangku Muhd. Sufi Fakhrullah bin Pengiran Abdullah Muhammad Sufian dari sekolah Brunei 2A dengan kiraan 3-0 (11-4, 11-6 dan 11-6) sekali gus menjuarai kategori tersebut. Sementara dalam perlawanan akhir perseorangan perempuan yang diadakan pada sebelah pagi, Leong Yi dari sekolah Brunei 3 muncul juara setelah meranapkan impian Michelle Wong Wei Hui dari sekolah Brunei 1. Pasangan Cecilia Lu Hui Hui dan Ling Yi Xuan dari sekolah Brunei 1 kembali menebus maruah pasukannya apabila memenangi Kategori Beregu Perempuan dengan mengalahkan pasukan sekolah Temburong yang diwakili oleh Nur Ezzatunnadhirah binti Md. Idaham dan Nurul Suhainah PEMANGKU Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Eady Sardi bin PDDSDP Haji Abdul Razak semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara Beregu Lelaki, gandingan Kenneth Chin Yii Ping dan Wong Johnson dari sekolah Brunei 1.

AWANGKU Abd. Basheer bin Pengiran Md. Noor dari sekolah Brunei 2A dan Leong Yi dari sekolah Brunei 3 bersama hadiah masing-masing selepas menjuarai kategori perseorangan lelaki dan perempuan.

Syuhaidah binti Haji Suhaili. Hadir menyaksikan perlawanan tersebut dan seterusnya menyampaikan hadiah kejohanan kepada para pemenang ialah Pemangku Penolong Pengarah JabatanPendidikan Kokurikulum, Awang Haji Eady Sardi

bin PDDSDP Haji Abdul Razak. Kejohanan yang disertai oleh tujuh kawasan tersebut dibukakan kepada semua sekolah rendah di negara ini khususnya pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke bawah.


24

HARI SABTU 1 NOVEMBER 2014

Banteras kegiatan lanun Dari muka1 DYTM bersabda, tetapi hakikat yang kita kenal pasti bahawa usaha mencari penyelesaian yang praktikal baru bermula dan dalam jangka masa panjang, kita perlu berusaha secara lebih luas dan mendalam. Inilah yang menjadi kekuatan persidangan tahunan ini sekali gus memberikan pengajaran daripada idea-idea yang ditimbulkan, yang menurut DYTM juga memberikan satu pengajaran yang sangat penting kepada kita. DYTM seterusnya bersabda, ia membuatkan kita dapat melihat penderitaan Somalia, yang memerlukan idea dan kerjasama antarabangsa. Sabda DYTM, jelas bahawa kaitan antara kegiatan lanun dan apa yang terjadi dalam kehidupan masyarakat seharian seolah-olah tanpa harapan, keraguan, berputus asa dan ketidakstabilan. Dalam hal ini, sabda DYTM, ia mendedahkan kelemahan dalam keseluruhan perancangan global dan persidangan ini telah mengajar kita bahawa kegiatan lanun merupakan salah satu daripadanya. Sabda DYTM, ia juga boleh mengakibatkan pengganasan ekonomi (economic terrorism) yang sama bahayanya dengan tindakan ekstremisme yang lain. “Oleh itu, punca-punca tersebut perlu ditangani dengan efektif. Ini bermakna idea-idea yang dibangkitkan pada persidangan tahunan ini sangat penting. Ia perlu dikongsikan untuk manfaat masyarakat di semua rantau,” sabda DYTM. DYTM juga mengucapkan tahniah kepada Emiriah Arab Bersatu kerana persidangan yang diadakan dalam tempoh empat tahun lepas telah memberi inspirasi kepada usaha-usaha di rantau berkenaan, di samping mewakili kepimpinan antarabangsa di peringkat tertinggi. Mengakhiri sabda DYTM melahirkan harapan agar persidangan akan berterusan pada tahun-tahun yang akan datang.

Berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam dan kerabat diraja berkenan berangkat ke Majlis Ceramah Perdana Majlis Ilmu 2014 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-68 Tahun. - Foto : Hernie Suliana Haji Othman (Berita lanjut dan gambar-gambar dimuatkan di muka 12 dan 13).

Mendokumentasi bahasa etnik DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengurniakan sabda pada Persidangan Peringkat Tinggi Menentang Pelanunan Awam-Swasta Ke-4 di JW Marriot Marquis, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Board of Inquiry ditubuhkan BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 28 Oktober. - Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baginda telah memperkenankan penubuhan satu Board of Inquiry (B.O.I) untuk menyiasat perihal insiden kemalangan di tapak pembinaan Maktab Sains Kuala Belait dan melantik Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah sebagai Pengerusi B.O.I berkenaan. Baginda juga memperkenankan keahlian B.O.I berkenaan iaitu Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri (JPM); Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN); Wakil dari Authority for Building Control dan Construction Industry (ABCI), Kementerian Pembangunan; Wakil dari Jabatan Buruh, KHEDN; Wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, KHEDN; Wakil dari Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran, Kementerian Kesihatan; Wakil dari Pejabat Peguam Negara; Wakil dari Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA); Profesor David Koh Soo Quee, Chair Professor Of Occupational Health, Universiti Brunei Darussalam; dan Ketua Health, Safety and Environment (HSE) Jabatan Tenaga di JPM.

Dari muka1 Tambahnya, pendedahan kepada bahasa seperti bahasa Inggeris dan bahasa asing menjadikan mereka terbatas untuk mempraktikkan, memahami dan menjiwai dialek masing-masing sehinggakan bahasa dialek menjadi tidak relevan bagi mereka. Langkah tersebut katanya, telah mencerutkan kegusaran warga tua untuk mewariskan khazanah bahasa mereka. “Kehilangan bahasa akan menyebabkan kehilangan budaya dan kehilangan bangsa kerana di dalam dialek-dialek tersebutlah terletaknya secara tersirat budaya puak masing-masing,” jelasnya lagi. Dalam erti kata lain, beliau menekankan, membudayakan kebergantungan kepada bahasa-bahasa, selain bahasa Melayu dan bahasa ibunda untuk komunikasi santai boleh memberi dampak kepada kelangsungan bahasa Melayu atau bahasa ibunda. “Yang pentingnya kita tidak mahu satu puak pun yang akan hanya menjadi ristaan dan kekal termaktub di dalam Akta Kerakyatan sebagai salah satu puak di negara ini tetapi bahasa dan dialeknya telah putus kepada penutur-penuturnya sudah tiada,” katanya lagi. Awang Haji Mohd. Rozan juga berharap DBP meneruskan usaha-usaha untuk mendokumentasikan bahasa etnik di negara ini, di mana

SETIAUSAHA Tetap (Media dan Kabinet) Jabatan Perdana Menteri, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Batuturan Dialek Kitani Bahasa Melayu Brunei dan Peraduan Bicara Minda anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

inisiatif DBP itu dapat menjambatani upaya pemahaman dan pelestarian bahasa dan dialek kepada generasi baharu, di mana mereka perlu gigih menghargai apa yang mereka miliki. Beliau seterusnya menekankan, menulis bukanlah satu kerja yang mudah dan penuangan idea ke atas kertas memerlukan maklumat dan persiapan bahan serta selanjutnya berlaku proses menganalisa idea,

menyusun dan mengolah bahan. Peraduan seumpama itu, katanya, boleh mencetuskan budaya fikrah dalam kalangan masyarakat yang impaknya sangat signifikan kepada pembangunan negara kerana masyarakat yang terdedah dengan budaya fikrah akan sentiasa menggali ilmu bagi mempersiapkan diri berhadapan dengan pesaing atau lawan fikrah.

MEMANFAATKAN SAINS BAGI MEMARTABATKAN ISLAM


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.