''DAN taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu merasa gentar dan kekuatan kamu hilang, dan bersabarlah. Sesungguhanya Allah berserta orang-orang yang sabar.'' - (Allah Subhananhu Wata'ala berfirman dalam Surah An Anfaal, ayat 46).
''NAMUN begitu kita juga tidak wajar terlepas pandang dengan melupakan peranan institusi keluarga melalui keluarga yang bahagia lagi sempurna. Tidak diragukan lagi adalah mampu untuk mengatasi pelbagai-bagai isu sosial dengan lebih berkesan.'' - Titah Sempena Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Kelapan Majlis Mesyuarat Negara.
4.33
TAHUN 62 / BILANGAN 60
4.43
6.06
20 MEI 2017 / 1438
6.30
12.18
23
3.41
6.27
7.41
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama di Masjid Pehin Khatib Abdullah Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Hamzah Mohidin, Muhammad Asri Haji Awang Abas MUKIM SENGKURONG, Jumaat, 19 Mei. Syukur atas terbinanya sebuah lagi masjid baharu, iaitu Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis yang menjadi mercu perkembangan syiar Islam khususnya buat penduduk di kawasan itu dan sekitarnya untuk beribadah serta menyelenggarakan aktiviti yang berkebajikan nanti. Pada Jumaat yang berkat ini juga turut menjadi ristaan kenangan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat yang pertama bersama para jemaah di sini. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijunjung oleh oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Ke muka 3 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda serta kerabat diraja yang lain menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama bersama para jemaah di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis. - Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas (Lihat muka 3 dan 4).
Pantau pelaksanaan pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM
Kenaikan pangkat dan penetapan jawatan
Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
Muka 5 & 6
PENGAGIHAN Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Salah satu perkara yang membawa seorang Muslim ke arah kehidupan yang sempurna dan bahagia ialah memiliki sifat amanah yang merupakan sifat mulia dan terpuji di sisi Allah Subhanahu Wata'ala dan ia juga merupakan ciri-ciri Muslim sejati. Sifat amanah sering kali dikaitkan dengan pemimpin, kerana seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memimpin sesebuah organisasi malah lebih dari itu. Tanpa adanya sifat amanah, setentunya gejala-gejala buruk seperti
E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn
rasuah, menyalahgunakan kuasa, tidak menghormati masa bekerja dan lari daripada tanggungjawab akan berleluasa dan setentunya boleh membantut segala usaha-usaha pembaikan yang telah dilaksanakan. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah bersabda demikian pada Majlis Pelancaran Pengagihan Buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri. Ke muka 5
Hotline : 2382891 / 2383400 Smb: 217
Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Penolong Kanan Jurukira Agung di Jabatan Perbendaharaan, Dayang Suraya binti Haji Jaidin dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Urusan Tabung Amanah Pekerja (TAP) di TAP. Pegawai Pentadbir Kanan, Pengiran Haji Mohd. Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam
Faksimile : 2381004
jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat, Kementerian Kewangan. Sementara itu, Penasihat Undang-undang Kanan di Kementerian Kewangan, Dayang Hajah Rena Azlina binti Dato Paduka Haji Abd. Aziz dinaikkan pangkat dan ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengarah Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan di Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat dan Nama-nama Perniagaan, Kementerian Kewangan. Tarikh pelantikan berkenaan berkuat kuasa mulai 10 Mei 2017.
Layari Laman Web : www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
Pendekatan whole of nation penting dalam mengurus bencana lebih proaktif ke depan Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
M
ENGHADAP ke hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan, selakuPengerusi Majlis Bencana Kebangsaan. Beribu ampun, Dengan segala hormat dan penuh takzimnya hamba Duli Tuanku bagi mewakili semua Ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Tuanku bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan pada pagi ini. Keberangkatan Duli Tuanku pada pagi ini mencerminkan penglibatan berterusan dan perhatian serius Duli Tuanku dalam isu-isu berkaitan pengurusan bencana di Negara Brunei Darussalam. Hamba-hamba Duli Tuanku juga menjunjung kasih di atas kurnia perkenan Duli Tuanku bagi mengurniakan sabda di mesyuarat ini dan insyaaAllah sabda Duli Tuanku amat penting bagi hala tuju hamba Duli Tuanku dalam usaha untuk terus memantau dan melaksanakan bidang tugas majlis ini. Dalam kesempatan ini, abis hamba Duli Tuanku juga menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas kepimpinan dan kebijaksanaan paduka ayahanda Duli Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, yang mana baginda telah mengurniakan titah yang bernas mengandungi hikmah dan visi yang luas dalam merancang dan merangka program-program atau inisiatif-inisiatif baharu bagi memberkesankan lagi usahausaha berterusan negara dalam mengurus dan mengurangkan risiko bencana. Ini menggambarkan keprihatinan paduka ayahanda Duli Tuanku akan hal ehwal keselamatan dan kesejahteraan rakyat baginda. Abis hamba Duli Tuanku jua menyembahkan bahawa kepimpinan dan kewibawaan Duli Tuanku dan komitmen yang tinggi dari Ahli-ahli Majlis Bencana Kebangsaan adalah amat signifikan bagi mencapai pengurusan bencana di Negara
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Timbalan Pengerusi Bersama (Tetap) Majlis Bencana Kebangsaan berucap pada Sabtu, 29 April 2017 di Bilik Mesyuarat West Wing, Aras 1, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar.
Brunei Darussalam sepertimana yang termaktub dalam Perintah Pengurusan Bencana 2006. Alhamdulillah, dalam menyahut titah paduka ayahanda Duli Tuanku, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama sepadu daripada semua, pengurusan bencana disemua fasa, iaitu fasa pencegahan dan mitigasi; fasa kesiapsiagaan (preparedness); fasa tindak balas (response); dan fasa pemulihan dan rehabilitasi telah pun dapat diungkayahkan bersama. Pendekatan whole of nation ini adalah penting dalam usaha melangkah ke hadapan secara lebih proaktif bagi mengurus bencana. Beribu ampun, dalam mengambil peluang mesyuarat majiis pada pagi ini, abis hamba Duli Tuanku menyampaikan sembah taklimat yang akan membangkitkan perkara-perkara yang telah Duli Tuanku sabdakan dan yang telah dibincangkan ke meja Mesyuarat Majlis Bencana Kebangsaan yang lalu iaitu semasa Mesyuarat Majlis Bencana
MEI
20 21 22 23 24 25 26
20 MEI 2017 BERSAMAAN 1438
Kebangsaan tahun 2011; dan Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan Bagi Membincangkan Jangkitan Virus Zika tahun 2016. Alhamdulillah, hamba Duli Tuanku dengan penuh hormat dan takzim seterusnya sukacita menyembahkan bahawa Negara Brunei Darussalam tidak menghadapi kejadian-kejadian bencana alam yang serius bagi tempoh Januari 2016 hingga Mac 2017, tetapi negara kita telah mengalami beberapa insiden kecemasan yang jarang-jarang berlaku seperti kejadian kebakaran bangunan-bangunan prasarana awam seperti Masjid di Kampung Mentiri dan gegaran di beberapa buah tempat di kawasan Bandar Seri Begawan. Dalam agenda 5 abis hamba Duli Tuanku akan menyembahkan taklimat mengenai kejadian-kejadian ini. Beribu ampun, dalam agenda 6 nanti, hamba-hamba Duli Tuanku akan menyembahtaklimatkan laporan-laporan mengenai perkembangan dan pencapaian peibagai agensi mengikut kitaran pengurusan bencana, iaitu fasa pencegahan dan mitigasi dan fasa kesiapsiagaan. Beribu ampun, bagi fasa pencegahan dan mitigasi, abis hamba Duli Tuanku akan menyembahkan penerangan mengenai projek, program dan aktiviti mitigasi struktural (pambangunan infrastruktur) bagi pengurusan banjir dan tanah susur, iaitu antara projek di bawah peranan utama Kementerian Pembangunan. Seterusnya, di bawah fasa kesiapsiagaan pengurusan bencana, abis hamba Duli Tuanku akan menyembahkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan pendidikan awam yang dilaksanakan secara berterusan semasa situasi aman (peace time) dengan koordinasi pihak NDMC bersama pelbagai agensi seperti Program Community - Based Disaster Risk Management (CBDRM) dan SchoolBased Disaster Risk Management (SBDRM) yang bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat supaya mereka lebih berdaya tahan (resilient) bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana. Beribu ampun. dalam agenda 7, iaitu halhal lain, abis hamba Duli Tuanku dengan penuh hormat dan takzim sukacita akan menyembahkan mengenai isu keselamatan pantai dan laporan-laporan tindakan yang pada masa ini telah dilaksanakan. Akhirnya, sekali lagi hamba Duli Tuanku dengan penuh hormat dan takzim menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih di atas keberangkatan Duli Tuanku ke mesyuarat pada pagi ini. Sekian, Wabillahit Taufik Walhidayah, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
23
KEBERSIHAN TANDAS AWAM CERMINAN SIFAT MASYARAKAT
K
OMPONEN asas dan juga penting dalam industri pelancongan ialah tandas awam yang bersih dan berkualiti bagi mewujudkan suasana yang selesa kepada para pengguna, khusunya pelancong. Kebersihan tandas awam mencerminkan sifat dan perangai masyarakat sesebuah negara. Presepsi pelancong terhadap sesebuah negara pasti akan dipengaruhi apabila mereka terpaksa menggunakan tandas awam yang kotor. Perkara ini boleh mencalar imej negara. Oleh itu, tandas awam perlulah sentiasa bersih, kering dan higienis, lengkap dengan pelbagai kemudahan, mudah diakses dan selamat, dipelihara dengan baik dan dilengkapi dengan sistem pengurusan sisa yang betul. Kepentingan kebersihan tandas ini jelas apabila ASEAN Public Toilet Standard (APTS) termasuk di dalam kandungan Pelan Strategik Pelancongan ASEAN (ASEAN Tourism Strategic Plan - ATSP) 2011 -2015. ATSP 2011-2015 melibatkan negara-negara anggota ASEAN untuk membangunkan dan melaksanakan standard perkhidmatan pelancongan bagi membantu ASEAN menjadi Quality Single Destination. Bagi membarigakan kualiti perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai supaya ia dapat memberikan kesan yang lebih selesa kepada pelancong yang menggunakan tandas-tandas awam selaras dengan usaha-usaha “One Nation Approach�, Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei Darussalam melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dengan kerjasama tiga Kementerian, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan, mengambil inisiatif melaksanakan Program Pengauditan dan Pemeriksaan Tandas Awam. Hasil daripada pengauditan yang dibuat terhadap 65 lokasi tandas awam tersebut, sebanyak 11 tandas awam telah pun mendapat Gred A, iaitu tandas Restoran Kaizen Sushi (Waterfront); Restoran Tasek Brasserie, Radisson Hotel; Restoran Horizon Port View; Muzium Maritim; Muzium Teknologi Melayu; Restoran Tarindak d’seni; Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer; Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei; Oil and Gas Discovery Centre (OGDC) di Daerah Belait dan Taman Warisan Tasek Merimbun di Daerah Tutong. Program ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran semua pihak akan kepentingan terhadap kebersihan tandas awam dan memastikan semua penyelenggaraan dan pengurusan seluruh tandas awam di negara ini mengikut piawaian yang ditetapkan. - KETUA PENYUNTING PB(Hh).
SYAABAN
23 24 25 26 27 28 29
4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33
4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43
6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 06
6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 30
12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18 12 . 18
3 . 41 3 . 41 3 . 41 3 . 41 3 . 42 3 . 42 3 . 42
6 . 27 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28
7 . 41 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 42 7 . 43 7 . 43
3
HARI SABTU 20 MEI 2017
Berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama di Masjid Pehin Khatib Abdullah
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama bersama para jemaah di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Dari muka 1
Berangkat sama, paduka-paduka anakanda Kebawah DYMM, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Sejurus keberangkatan tiba, Kebawah DYMM seterusnya dijunjung bagi menandatangani plak dan kemudiannya diiringi laungan takbir sebanyak tiga kali dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri
Hal Ehwal Ugama. Khutbah Jumaat Pertama di masjid itu dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang antara lain menjelaskan kelebihan orang yang membina Rumah Allah (masjid) mempunyai status tersendiri serta diberi ganjaran yang hebat. Rumah dalam Syurga akan menjadi habuan bagi mereka yang membina masjid tidak kira saiznya besar atau kecil masjid itu. Semasa khatib membacakan khutbah di atas
mimbar itu seterusnya menekankan bahawa niat membina masjid itu adalah kerana Allah Subhanahu Wata'ala bererti semata-mata untuk agama, menjulang syiar dan taat kepada-Nya. Tambahnya, kita di negara ini sekarang berpeluang untuk terlibat dalam membina masjid melalui adanya Tabung Dana bagi membina masjid yang dilancarkan pada 4 Jun 2015 lalu atas titah dan wawasan Kebawah DYMM untuk sama-sama bertanam saham di akhirat. Sumbangan itu bukanlah mandatori, tetapi bersifat seangkat-angkat hati dan jumlah dana
setakat Disember 2016 berjaya mengumpul hampir BND4 juta dan belum termasuk sumbangan daripada sekitar 60,000 para pegawai dan kakitangan dalam Perkhidmatan Awam. Hanya yang baru terlibat menyumbang itu dianggarkan 15 peratus sahaja atau kurang lagi daripada itu. Dana ini sekarang sudah mula difahami dan diminati serta sumbangan bagi dana tersebut adalah semakin mantap diterima melalui pemotongan gaji. Ke muka 4
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima sembah penerangan mengenai kitab suci yang disembahkan (kiri), sementara gambar kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama paduka anakanda baginda sama-sama melaungkan takbir sebanyak tiga kali yang dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.
4
HARI SABTU 20 MEI 2017
SEJURUS keberangkatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani plak (atas sekali, kiri), sementara gambar atas sekali, kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bersama paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir. Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan paduka-paduka anakanda baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berkenan bergambar bersama para jemaah di luar Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
Dari muka 3 Yang Berhormat Pehin dalam khutbahnya juga menyeru supaya umat Islam sama-sama menyumbang untuk masjid dan yang penting ialah keikhlasan walaupun sedikit sumbangan sedekah itu. Sejurus selesai khutbah Jumaat dibacakan, Sembahyang Fardu Jumaat kemudiannya diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang
Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM dan paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir. Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis merupakan wakaf daripada sebuah
keluarga sebagai tanda kenangan kepada Kampung Kulapis dan ia dibina di atas sebidang tanah kerajaan seluas lima ekar. Pembinaan masjid itu bermula pada 14 September 2015 diikuti dengan Majlis Mendirikan Tiang Seri Masjid tersebut pada 13 November 2015. Manakala Majlis Serah Terima bangunan telah diadakan pada 15 Mei 2017 dan pembinaannya siap sepenuhnya pada
1 Mei 2017. Pembukaan masjid itu diharap akan dapat memberi keselesaan kepada para penduduk kampung itu serta jemaah yang menunaikan ibadah sembahyang serta dapat menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan bagi meningkatkan serta mengembangkan syiar Islam di Kampung Kulapis khususnya dan di Negara Brunei Darussalam amnya.
ANTARA jemaah yang hadir bagi sama-sama menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat Pertama di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis (kiri), sementara gambar kanan, bangunan Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis
5
HARI SABTU 20 MEI 2017
Pantau pelaksanaan pengagihan kurma kurnia peribadi Kebawah DYMM Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultah Haji Hassanal Bolkiah berkenan mengurniakan sabda.
Dari muka 1 Oleh itu, Yang Teramat Mulia menyeru semua pihak agar meningkatkan azam untuk
terus memupuk sifat amanah dalam diri masing-masing dan setiap apa yang dikerjakan mendapat keberkatan daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
YTM seterusnya menyentuh mengenai pembahagian Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung selaku pemimpin akar umbi yang terlibat secara langsung dalam pengagihan buah-buah kurma berkenaan, hendaklah memiliki sifat kepimpinan yang jitu, iaitu memastikan pengagihan buah-buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah. ''Ini kerana telah sampai ke pengetahuan saya, masih juga ada orang ramai di negara ini yang tidak menerima kurma kurnia berkenaan. Apa yang lebih mendukacitakan, walaupun pihak Yayasan telah menyediakan borang-borang serah terima yang perlu ditandatangani oleh pihak yang menyerahkan dan yang menerima, masih terdapat segelintir penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung yang tidak melaksanakan pengagihan tersebut dengan baik dan sempurna sepertimana yang diamanahkan,'' tegas YTM. Kepincangan yang berlaku itu tegas YTM lagi, menggambarkan adanya sebahagian pemimpin akar umbi yang kurang menepati ciri-ciri dan sifat-sifat yang perlu dimiliki sebagai seorang pemimpin iaitu sifat jujur dan amanah. Dalam pada itu, YTM mengingatkan agar
pihak pengurusan Yayasan termasuk pegawai-pegawai daerah akan dapat memantau pelaksanaannya dengan lebih teliti lagi bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berlaku lagi pada tahun ini, demi memastikan umat Islam di negara ini tidak terkecuali dari menerima Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM itu. Terdahulu, dalam sabda YTM menyatakan, pengurniaan buah kurma untuk juadah berbuka puasa ini adalah merupakan salah satu nikmat anugerah yang berterusan daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang perlu kita syukuri. ''Kita sekarang sudah pun berada di bulan Syaaban. InsyaaAllah dalam beberapa hari saja lagi kita akan berada di bulan Ramadan yang Mubarak,'' sabda YTM. Seperti yang sedia maklum, sabda YTM, bulan Ramadan adalah bulan ibadah, bulan di mana umat Islam digalakkan untuk berbuat kebajikan bagi meraih rahmat yang berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wata'ala. YTM juga mengingatkan, pada bulan inilah Allah Subhanahu Wata'ala melipatgandakan pahala dan memberi keampunan dosa kepada hamba-hamba-Nya yang memanfaatkan pengisian bulan Ramadan dengan amalan-amalan berkebajikan, seperti Solat Tarawih, Qiyamullail, bersedekah, membaca Al-Quran, berzikir, beriktikaf di masjid, berdoa, beristighfar dan berbuat baik sesama manusia.
Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) hari ini berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi. Menjunjung keberangkatan Yang Teramat Mulia di Dewan Banquet, Jabatan Perdana Menteri ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB berserta Ahli-ahli Jemaah Tadbir YSHHB dan Ahli Lembaga Pengarah YSHHB. Pada majlis tersebut, YTM berkenan mengurniakan sabda dan seterusnya menyerahkan buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM kepada penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di seluruh negara serta kepada Pemerintah- pemerintah Tentera, Komandan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Pengarah-pengarah Formasi Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB). Ke muka 6
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultah Haji Hassanal Bolkiah berkenan menyerahkan buah kurma peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Pengarah Formasi Pasukan Polis Diraja Brunei.
6
HARI SABTU 20 MEI 2017
Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah selaku Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan Sultah Haji Hassanal Bolkiah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Sempena Bulan Ramadan 1438H / 2017M.
Dari muka 5 Terdahulu, dalam sembah alu-aluan Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi menyatakan, pada tahun ini, sejumlah 157.5 tan metrik buah kurma jenis ‘Safawy’ yang dibekalkan oleh Al Madinah Dates Company, Arab Saudi akan dibahagikan kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di seluruh negara. Setiap umat Islam yang menetap di negara ini tanpa mengira had umur dan taraf kerakyatan akan menerima kurnia buah kurma iaitu setiap seorang akan menerima satu kotak
kecil kurma yang mengandungi 300 gram. Pengurniaan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM dihasratkan sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan, dan pengurniaan ini sememangnya dinantinantikan oleh seluruh penduduk di negara ini yang sememangnya mencerminkan sikap pemedulian dan kasih baginda. Adalah diharapkan agar semua penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung di seluruh negara serta mereka yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini diterima dengan baik dan sempurna dan seterusnya dapat dinikmati oleh seluruh umat Islam di negara ini.
Dengan sempurnanya pelancaran pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM ini maka bermulalah pembahagian buah Kurma Kurnia Peribadi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1438H / 2017M kepada seluruh rakyat dan penduduk yang berugama Islam di negara ini. Semua penghulu-penghulu mukim mahupun yang memangku jawatan ketua kampung dan juga ketua-ketua kampung seterusnya akan mengagih-agihkan buah kurma kurnia peribadi ini kepada anak-anak buah kampung di bawah jagaan mereka.
Begitu juga kepada Pemerintah-pemerintah dan Komandan-komandan ABDB serta Pengarah-pengarah Formasi dan Pegawaipegawai Pemerintah PDB untuk mengagih-agihkan buah kurma peribadi ini kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah jabatan dan unit formasi masing-masing. Bagi menjunjung hasrat dan niat suci Kebawah DYMM yang mengurniakan buah kurma ini, adalah wajar bagi seluruh rakyat dan penduduk di negara ini khususnya mereka yang berugama Islam untuk menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih ke hadapan majlis Kebawah DYMM atas kurnia baginda ini.
ANTARA yang hadir pada Majlis Pelancaran Pengagihan Kurma Kurnia Peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi (kiri dan kanan).
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
7
Anugerah Pelajar Cemerlang suntik semangat capai kejayaan Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
YANG Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil dan Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier berkenan menyertai persembahan nasyid pada majlis tersebut.
YANG Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah bergambar bersama Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohd. Hakimmuddin.
PEMANGKU Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar, selaku Ahli Lembaga Tadbir menyempurnakan anugerah pelajar cemerlang PSR 2016 pada majlis tersebut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Pemangku Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Ghafar berkata, penganugerahan Pelajar Cemerlang Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2016 dapat menjadi penyuntik semangat kepada warga Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) untuk terus berusaha dalam mencapai kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan selaras dengan harapan dan Wawasan Negara 2035. Semasa berucap selaku Ahli Lembaga Tadbir Sekolah YSHHB, Yang Mulia Dato Paduka mengingatkan bahawa satu perkara yang penting ialah para pelajar sebagai penerima anugerah itu seharusnya menjadi role model atau model insan kepada pelajar lain baik dari segi akademik dan non-akademik, disiplin diri dan juga akhlak yang sentiasa dijaga dan menjadi contoh. ''Saya faham dan saya yakin kecemerlangan pelajar-pelajar yang menerima anugerah pada hari ini adalah hasil usaha gigih dan penat lelah guru-guru, ibu bapa serta penjaga yang tidak jemu-jemu mendidik, memberikan dorongan dan sokongan terhadap pembelajaran anak-anak,'' ujar Yang Mulia Dato Paduka selaku tetamu kehormat pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PSR 2016 Sekolah Rendah YSHHB yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan. Berangkat pada majlis itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul
Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah. Pada majlis itu, seramai 37 pelajar menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PSR 2016 dengan mendapat 5A. Juga menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PSR 2016 ialah Pengiran Wajeeh Al-Bolkiah bin Pengiran Haji Mohd. Hakimmuddin. Sementara itu, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Raihaanah Hanaa-ul Bolqiah binti Pengiran Anak Khairul Khalil dan Pengiran Anak Adriana Haziqah Jaida Bulqiah binti Pengiran Anak Haji Abdul 'Ali Yil-Kabier menyertai persembahan daripada pelajar pada majlis itu. Terdahulu, Pemangku Pengetua Sekolah Rendah YSHHB, Awang Alimas bin Haji Mohd. Ali dalam ucapannya menjelaskan, keputusan PSR 2016 adalah di tahap yang sangat baik dengan peratus lulus sebanyak 97.5 peratus dan daripada jumlah tersebut seramai 37 pelajar mendapat Gred '5A', iaitu 30.8 peratus, manakala 25 pelajar mendapat Gred '4A'. Menurutnya, sekolah telah mencatatkan 100 peratus lulus bagi empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan MIB dan tiga mata pelajaran menunjukkan peningkatan Gred 'A' yang baik. Kesimpulannya katanya, kualiti keputusan masih di tahap yang membanggakan, walaupun tidak mencapai peratus lulus 100 peratus namun peratus pelajar yang mendapat Gred 'C' ke atas telah mencapai dan melebihi sasaran yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan, iaitu melebihi 79 peratus.
Beri peluang golongan pelajar dan belia tonjolkan kreativiti
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017 semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut. Turut berangkat hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan sambutan berkenan.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hamzah Mohidin
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun adalah untuk membincangkan persiapan dan persediaan acara-acara utama dan
pengendalian acara-acara sambutan berkenaan. Mesyuarat Ketiga Jawatankuasa Kebangsaan dipengerusikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Jawatankuasa sambutan tersebut, yang diadakan di Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Terdahulu, Yang Berhormat dalam ucapan alu-aluannya menyatakan,
mesyuarat tersebut adalah untuk mendengar laporan dan meneliti persediaan-persediaan dan persiapan-persiapan sambutan dari jawatankuasa-jawatankuasa. ''Secara khususnya kita akan meneliti rancangan-rancangan yang telah diatur di peringkat daerah bagi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Rakyat dan Penduduk di daerah-daerah terutamanya corak persembahannya.'' Tambah Yang Berhormat, ''Dalam hubungan itu, sebagaimana dengan persembahan pada tahun 2016, kita ingin melihat penglibatan aktif dan lebih ramai lagi dari golongan pelajar dan para belia.''
''Kita mestilah memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk mempersembahkan kebolehan dan menonjolkan daya kreatif mereka. Dengan itu, kita akan dapat membantu memupuk dan memperkembangkan keyakinan diri, kebolehan serta daya kreativiti generasi muda,'' ujarnya lagi. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri seterusnya berharap akan dapat sama-sama meneliti laporan dan taklimat mengenai rancanganrancangan yang diatur oleh jawatankuasa dengan memberikan pandangan dan ulasan yang membina bagi memastikan atur cara dan persembahan yang akan dipersembahkan mempunyai mutu yang tinggi dan memberi kesan kepada
mereka yang menyaksikannya nanti. Turut berangkat hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar, selaku Penasihat Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun bagi Tahun 2017. Juga hadir ialah Grand Chamberlain, Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Setiausaha Sulit serta Ahli-ahli Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan berkenaan.
8
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
Tingkatkan perhubungan, persefahaman dan kerjasama pemimpin akar umbi Berita dan Foto : Noraisah Muhammed
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (kiri) memberi ucapan pada Lawatan ke Daerah Belait serta Mesyuarat Pegawai Daerah dan Ketua Ketua Kampung yang diadakan di Jabatan Daerah Belait.
KUALA BELAIT, Rabu, 17 Mei. Satu sesi muzakarah sebagai kesinambungan dan nilai tambah pada Mesyuarat Pegawai Daerah dan Ketua Ketua Kampung bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama. Ia berkisar pada cadangan-cadangan yang membina, meneliti masalahmasalah dan isu-isu di peringkat kampung, mukim serta daerah demi memelihara kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat serta penduduk di Daerah Belait diadakan di Jabatan Daerah Belait, di sini. Sehubungan itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong mengadakan Lawatan ke Daerah Belait dan menghadiri sesi muzakarah tersebut. Terdahulu, muzakarah dimulakan dengan ucapan Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri,
yang antara lain menyatakan bahawa sesi muzakarah tersebut dihasratkan untuk meningkatkan lagi perhubungan, persefahaman dan kerjasama yang mantap di antara KHEDN dengan pemimpin-pemimpin akar umbi di Daerah Belait. Muzakarah itu juga merupakan antara beberapa siri muzakarah bersama Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung seluruh negara dan muzakarah seterusnya akan diadakan di Daerah Tutong juga Daerah Brunei dan Muara. Hadir sama, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin, Penghulu Mukim Liang dan Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput, Pemangku Penghulu Mukim Labi, Setiausaha Tetap KHEDN Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai Daerah Belait dan pegawai-pegawai kanan kementerian berkenaan.
Laksanakan tanggungjawab dan tugas amil dengan baik Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohidin
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, juga selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) pada Majlis Penyampaian Tauliah kepada Amil-amil seluruh negara bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kiarong.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Urusan zakat adalah urusan negara dan kerajaan yang dipimpin oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di mana dari segi syarak ia termasuk dalam tanggungjawab dan kuasa raja yang memerintah. Maka adalah diingatkan kepada amil-amil yang dilantik untuk melaksanakan tanggungjawab keagamaan serta tugas kenegaraan, yang mana kedua-duanya tertakluk pada hukum-hakam dan undangundang mengenainya. Kata nasihat itu antara yang disuarakan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, juga selaku Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Tauliah Amil Zakat Fitrah dan Harta kepada Amil-amil yang dilantik seluruh negara bagi Tahun 1438 - 1439 Hijrah / 2017 - 2018 Masihi bertempat di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, di sini. Yang Berhormat menegaskan, tanggungjawab dan tugas itu
hendaklah dilaksanakan dengan baik dan sempurna, untuknya menjadi amal soleh yang diberikan ganjaran pahala serta balasan baik di dunia, sebaliknya jika tidak dilaksanakan sebagaimana yang diaturkan boleh mendatangkan dosa juga akibat-akibat buruk di dunia dan akhirat, apatah lagi jika tugas dan tanggungjawab dalam urusan zakat itu mengutip, mengumpul seterusnya menyelesaikannya sehingga sampai kepada asnafnya itu disalahgunakan. "Kerana itu, ada individu-individu dalam urusan zakat telah pernah dihukum menurut undang-undang atau dikenakan tindakan menurut peraturan-peraturan tertentu kerana kesalahan-kesalahan mengurus zakat," jelasnya. Turut ditegaskan kepada para amil juga, selain mengetahui tatacara mengutip dan menyerahkan zakat, mereka juga perlu mematuhi aturan-aturan yang berjalan dalam ehwal mengawal keselamatan wang terkumpul di tangannya, terutama sekali Peraturan Kewangan bilangan 227 yang menghadkan jumlah minima kesemua wang disimpan dalam peti-peti besi bagi tempoh satu malam adalah tidak melebihi BND1,000 melainkan mendapat kebenaran dari Perbendaharaan.
Bagaimana pun terang Yang Berhormat, sebagaimana yang dimaklumi, para amil telah diberikan satu tempoh tertentu untuk menyerahkan wang kutipan zakat kepada yang berkenaan di MUIB, dan jika gagal mematuhinya boleh dikenakan tindakan, dan tindakan itu bermula dengan surat peringatan / amaran bertulisyang salinannya ditujukan ke Jabatan Audit. Yang Berhormat juga turut menegaskan pihak MUIB yang berkenaan dalam pengurusan zakat hendaklah tidak pangling untuk memastikan dan menguatkuasakan aturan pentadbiran yang dibuat di antara pihaknya bersama amil-amil dengan sebaik-baiknya. Kerana MUIB jelasnya, adalah pihak yang bertanggungjawab pada menjamin kesempurnaan zakat yang dikutip dan dikumpul. MUIB adalah pihak yang menentukan pengagihan zakat yang terkumpul kepada asnafnya. Dalam pada itu, terdapat peningkatan dalam kutipan Zakat Fitrah dan keramaian orang yang berzakat pada Tahun 1437H / 2016M berbanding dari Tahun 1436H / 2015M, iaitu peningkatan sebanyak 0.65 peratus pada Jumlah Zakat
YANG Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama (kanan) menyampaikan sijil kepada salah seorang amil yang dilantik.
(dari BND931,638.97 menjadi BND937,478.56) dan peningkatan sebanyak 0.50 peratus dalam jumlah keramaian orang mengeluarkan zakat fitrah, iaitu dari 330,976 orang menjadi 332,582 orang. Manakala kutipan Zakat Harta pula, terdapat peningkatan dalam jumlah kutipan dari BND16,830,149.77 pada Tahun 1436H / 2015M menjadi
BND17,413,561.32 pada Tahun 1437H / 2016M, iaitu peningkatan sebanyak 3.35 peratus, namun daripada jumlah keramaian yang mengeluarkan zakat harta pula menurun sebanyak -8.45 peratus pada Tahun 1437H / 2016M berbanding dari Tahun 1436H / 2015M, iaitu daripada 5,014 orang menjadi 4,625 orang yang mengeluarkan zakat harta.
Tahun ini, seramai 323 amil dilantik bagi 141 kawasan tempat mengutip zakat di seluruh negara : Daerah Brunei dan Muara seramai 190 amil bagi 80 kawasan; Daerah Belait seramai 25 orang bagi 15 kawasan; Daerah Tutong seramai 49 amil bagi 29 kawasan; Daerah Temburong seramai 23 amil bagi 13 kawasan; Dari Jabatan Majlis Ugama Islam telah dilantik seramai 36 amil bagi empat kawasan terdiri daripada pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan. Tempat-tempat pengutipan dan pembayaran zakat dilakukan di masjid-masjid, surau-surau, balai-balai ibadat, rumah-rumah amil (terdiri daripada Ketua-ketua Kampung), di Pejabat Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat, MUIB dan Cawangan-cawangan Bahagian Kutipan dan Agihan Zakat di Pejabat-pejabat Hal Ehwal Ugama di Daerah-daerah Belait, Tutong dan Temburong. Institusi-institusi Kewangan Islam yang dilantik sebagai amil adalah bagi mengutip zakat harta sahaja, iaitu bagi penyimpan di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD).
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
9
MoU di antara Brunei dan CETC ditandatangani Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri BEIJING, REPUBLIK RAKYAT CHINA. - Kerajaan Negara Brunei Darussalam dan China Electronics and Technology Group Corporation (CETC) International Republik Rakyat China mengumumkan langkah penting ke arah meneroka peluang kerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak. Langkah ini berikutan Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan kelulusan Jawatankuasa Pandu Industries Hiliran (FDIDI) untuk meneroka peluang kerjasama dengan CETC untuk membangunkan ekonomi digital Negara Brunei Darussalam dan keupayaan industri ICT. Penandatanganan MoU berlangsung pada Isnin, 15 Mei 2017. MoU tersebut adalah selaras dengan usaha berterusan untuk mengukuhkan dan mempelbagaikan ekonomi Negara Brunei Darussalam, di samping meningkatkan kerjasama ekonomi Negara Brunei Darussalam dan China melalui kerjasama serta penerokaan berterusan bagi peluang pembangunan bersama.
CETC mengongsikan rasa gembira untuk melaksanakan langkah seterusnya dengan Negara Brunei Darussalam. Majlis Menandatangani MoU dengan CETC adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negara Brunei Darussalam ke arah menarik rakan kongsi FDI untuk membangunkan ekonomi yang dinamik dan mampan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan jangka panjang Negara Brunei Darussalam, 'Wawasan 2035'. Tumpuan dalam pembangunan ekonomi digital bertujuan menyahut dan memanfaatkan perubahan teknologi yang akan membangunkan daya saing industri jangka panjang dan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi. Yang dijangkakan akan mewujudkan peluang pekerjaan tambahan dan perniagaan tempatan akan dapat manfaat daripada ekonomi spin-off. CETC ialah syarikat milik kerajaan di Republik Rakyat China yang terkenal dengan ICT dan penyelesaian digital mereka.
NEGARA Brunei Darussalam dan China Electronics and Technology Group Corporation International Republik Rakyat China mengumumkan langkah penting ke arah meneroka peluang kerjasama melalui satu memorandum persefahaman di antara kedua-dua pihak. Hadir pada majlis tersebut, Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (tengah).
Menteri Hal Ehwal Ugama terima kunjungan muhibah
Doa Kesyukuran pembukaan Masjid Kampung Kulapis
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman telah menerima kunjungan muhibah daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman.
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (depan, tengah) hadir pada Majlis Doa Kesyukuran di Masjid Pehin Khatib Abdullah.
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman MUKIM SENGKURONG, Jumaat, 19 Mei. - Penduduk Kampung Kulapis kini dapat menikmati keselesaan dalam menjalankan ibadah dengan terbinanya masjid baharu di kampung tersebut, iaitu Masjid Pehin Khatib Abdullah. Sehubungan itu, satu Majlis Doa Kesyukuran telah diadakan lewat petang ini sempena pembukaan
masjid berkenaan. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Acara dimulakan dengan Solat Fardu Maghrib Berjemaah dan diteruskan dengan dikir beramai-ramai
yang dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. Para pendikir terdiri daripada kumpulan Dikir Burong Pingai Berakas; Burong Pingai Air; Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut dan Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar Ali Saifuddien. Turut hadir, para penduduk Kampung Kulapis dan kawasan sekitarnya.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman telah menerima kunjungan muhibah daripada Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman. Pada perjumpaan itu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bertukar-tukar pandangan dan isu-isu semasa khasnya dalam bidang-bidang yang menjadi kepentingan bersama.
Kunjungan muhibah tersebut jelas menunjukkan keakraban hubungan kerjasama dua hala yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara. TYT Dr. Mohamad Maliki disertai oleh Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Haji Taja'ah serta pegawai-pegawai kanan KHEU. Majlis berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas.
10
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
Latihan kebakaran di Balai Ketibaan LTAB Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Azmah Haji Ahad
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat hadir menyaksikan Latihan Kecemasan dan Pengosongan Bangunan (Emergency Evacuation Exercise) di Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) digemparkan dengan insiden kebakaran yang telah berlaku di kawasan sekitar Balai Ketibaan. Insiden itu telah mengakibatkan kecederaan dan pengosongan bangunan juga segera dijalankan dengan mengarahkan para penumpang yang berada di sekitar kawasan tersebut untuk berkumpul di tempat assembly point.
''Insiden kebakaran ini merupakan salah satu Latihan Kecemasan dan Pengosongan Bangunan (Emergency Evacuation Exercise) di Bangunan Terminal LTAB,'' jelas Ketua Unit Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Jabatan Penerbangan Awam (JPA), Awang Haji Noor Hadi bin Haji Noor Kaseh ketika ditemui semasa latihan dijalankan. Menurutnya, Latihan Pengosongan Bangunan LTAB mengikut prosedur-prosedur yang telah
Pastikan tahap kesiapsiagaan di tahap tinggi
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa ditemu bual mengenai Latihan Kecemasan dan Pengosongan Bangunan (Emergency Evacuation Exercise) yang telah diadakan di Bangunan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. Latihan Kecemasan dan Pengosongan Bangunan (Emergency Evacuation Exercise) adalah bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada di tahap yang tinggi dan kelengkapan alat pemadam api di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) juga berfungsi
dengan baik. Perkara demikian dijelaskan oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat ketika ditemu bual sejurus selepas latihan selesai dijalankan. Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, apa yang terjadi adalah merupakan satu latihan yang telah dirancang sejak beberapa minggu yang lalu. ''Alhamdulillah, dari pandangan keseluruhannya, latihan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang harus kita tangani terutama dari segi koordinasi memandangkan latihan ini melibatkan beberapa agensi-agensi kerajaan yang lain,'' ujar Yang Berhormat. Menurut Yang Berhormat, untuk menjadikan setiap tindakan lebih efektif, ia banyak berasaskan kepada sejauh mana koordinasi antara agensi-agensi yang bekerja rapat dan itu adalah satu perkara yang kita tekankan dan perlu ditingkatkan lagi. Malah dari latihan itu, tambah Yang Berhormat, dihasrat dapat membuka satu budaya baharu dalam operasi-operasi pekerjaan terutamanya di LTAB yang melibatkan orang ramai sekali gus menjadi satu tugas yang mencabar bagi pihak-pihak yang berkenaan.
ditetapkan berlaku di antara tiga ke lima minit jika kejadian berlaku seperti dalam latihan insiden kebakaran ini. ''Semua peraturan-peraturan yang telah ditetapkan mengikut Airport Evacuation Procedure telah pun dilaksanakan, walau bagaimanapun, ia akan diperbaiki dan dikemaskinikan lagi dari semasa ke semasa dan memastikan semua kelengkapan dan alat-alat sistem kebakaran di terminal ini berfungsi baik, beroperasi seperti yang dikehendaki,'' ujarnya. Hadir menyaksikan latihan berkenaan ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat. Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap, Kementerian Perhubungan, Dr. Awang Haji Supry bin Haji Awang Ladi; Pengarah Bomba dan Penyelamat, Leftenan Kolonel Awang (B) Yahya bin Haji Abdul Rahman; Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said serta pegawai-pegawai kanan dari agensi-agensi yang terlibat. Latihan Kecemasan tersebut juga melibatkan kerjasama dari Kementerian Perhubungan, JPA, Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan lmigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei dan pihak berkepentingan di LTAB.
Kementerian Perhubungan semarakkan Sambutan Israk Mikraj
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat (tiga, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj bertempat di Dewan Amar Pahlawan di kementerian berkenaan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat. Turut hadir ialah pengarahpengarah bahagian, ketua-ketua jabatan, Ketua Eksekutif AITI serta pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis Sambutan Israk dan Mikraj diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Pengangkutan dan Perhubungan dalam Islam' yang
disampaikan oleh Penolong Kanan Profesor, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Mikdar bin Rusdi. Ceramah antara lain menyentuh mengenai kepentingan pengangkutan dan perhubungan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa lsrak Mikraj yang dipertunjukkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam akan kebesaran dan kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis sambutan tersebut merupakan acara keagamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan hari-hari kebesaran Islam dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda daripada Allah Subhanahu Wa ta'ala.
Brunei - Singapura komited teruskan hubungan pertahanan
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (kanan) semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman.
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan BOLKIAH GARISON, Khamis, 18 Mei. - Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit telah menerima kunjungan hormat daripada Menteri Negara Kanan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Hal Ehwal Luar, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman yang berada di negara ini
bagi lawatan rasmi selama empat hari. Semasa kunjungan tersebut, Timbalan Menteri Pertahanan merakamkan penghargaan kepada TYT di atas kekerapan lawatan tahunan beliau ke Negara Brunei Darussalam dan kedua-dua pihak bersetuju untuk memberikan komitmen mereka dalam meneruskan hubungan pertahanan mereka yang
sangat baik dan yang sudah lama terjalin. Sejak tahun 1976, hubungan pertahanan kedua-dua buah negara bertambah semakin rapat melalui pelbagai aktiviti termasuk pertukaran lawatan dan latihan-latihan tentera. Pada tahun 2016, Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura telah menyambut Ulang Tahun Hubungan Pertahanan mereka Ke-40 dan kedua-duanya juga telah bersama-sama menganjurkan Latihan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) Sekuriti Maritim dan Anti-Pengganasan. Lawatan profil tertinggi yang terkini dari Republik Singapura ialah lawatan Menteri Pertahanan, Dr. Ng Eng Hen pada bulan Ogos tahun lalu apabila Menteri Pertahanan Republik Singapura, Dr. Ng Eng Hen berada di negara ini Sempena Ulang Tahun Hubungan Pertahanan Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura Ke-40, di mana beliau menghadap ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menteri Pertahanan Republik Singapura juga menghadiri Majlis Penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) Concerning Defence Technology Cooperation sebagai saksi penandatanganan.
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
11
Usaha pencegahan jerebu ditingkatkan Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pembangunan KUALA LUMPUR, MALAYSIA, Khamis, 18 Mei. - Mesyuarat Jawatankuasa Pandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (Ministerial Steering Committee - MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC Ke-19) diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dan dihadiri oleh Menteri-Menteri / wakil yang bertanggungjawab kepada alam sekitar, tanah, kebakaran hutan dan jerebu, dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, Republik Singapura, dan Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN. Mesyuarat tersebut didahului oleh Mesyuarat Ke-19 Kumpulan Kerja Teknikal mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (Technical Working Group - TWG). Rombongan dari Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah dan para pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi. Pada mesyuarat tersebut para Menteri mengambil maklum mengenai keadaan cuaca kering yang dijangka melanda rantau ini antara bulan Jun dan Oktober 2017, di samping kemungkinan berlakunya kejadian El NiĂąo pada musim kering yang akan datang serta cuaca kering yang akan menjadi lebih aktif berbanding pada tahun 2016. Negara MSC berjanji untuk sentiasa berwaspada dan memantau secara berterusan dan meningkatkan usaha pencegahan jerebu bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kejadian asap jerebu merentasi sempadan dari kebakaran tanah dan
hutan berikutan jangkaan cuaca lebih kering pada bulan-bulan akan datang. Pelbagai inisiatif dan tindakan akan diambil oleh negara-negara MSC untuk menangani pencemaran jerebu merentasi sempadan, di samping kesediaan mereka untuk memberi bantuan, jika diperlukan. Para Menteri juga mengingatkan komitmen dan bimbingan para pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-30 yang diadakan pada 29 April 2017 di Manila ke arah kerjasama serantau mengenai kawalan pencemaran jerebu merentasi sempadan, termasuk kebimbangan mereka mengenai iklim yang pesat berubah dan kesan buruk, menyebabkan gangguan sosial dan ekonomi teruk dan kerosakan di seluruh rantau ini. Menteri-Menteri mengulangi komitmen mereka untuk melaksanakan sepenuhnya dan keberkesanan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (AATHP) dan Pelan Tindakan Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dengan Cara Pelaksanaan untuk mencapai ASEAN Bebas Jerebu pada tahun 2020, termasuk Pelan Menyeluruh Tindakan (PoA) Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan. Menteri-Menteri menyediakan panduan untuk TWG bagi memulakan projek dan aktiviti untuk mengukuhkan dan sinergi kerjasama yang menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan yang sesuai. MenteriMenteri mengakui bahawa adalah tepat pada masanya untuk menjalankan kajian separuh penggal terhadap pelaksanaan Pelan Tindakan pada tahun 2018 untuk meneliti kemajuan dan mengekalkan momentum dalam memastikan
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kiri) semasa bergambar ramai pada Mesyuarat Jawatankuasa Pandu Menteri-Menteri Sub-Serantau (Ministerial Steering Committee - MSC) Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (MSC Ke-19).
penambahbaikan yang boleh dibuktikan untuk mencapai Wawasan ASEAN bebas jerebu pada tahun 2020. Perkara-perkara lain yang turut menjadi perhatian para menteri tersebut termasuklah kemajuan besar dalam pelaksanaan Kajian Strategik Sub-Serantau MSC Program dan Aktiviti yang melibatkan: (i) Meningkatkan pengurusan kawalan jerebu melalui amaran awal dan pemantauan, (ii) Pencegahan kebakaran dan penindasan; (iii) Penelitian Fire Danger Rating System; (iv) Menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pemantauan, Penilaian dan Usaha Tindakan Kecemasan di bawah AATHP, di mana Tahap Amaran, Trigger Points dan Tindakan Pencegahan Kebakaran dan penindasan telah diperbadankan; dan (v) Pembangunan kapasiti negara anggota ASEAN di bawah Rangkaian
Latihan Jerebu Serantau. Menteri-Menteri berkata hasil daripada Bengkel ASEAN mengenai pengoperasian Tahap Amaran dan Trigger Point Pencegahan Kebakaran dan Penindasan yang diadakan pada 23 - 24 Mei 2016 di Kuala Lumpur, Malaysia, dan penyiapan Melatih Jurulatih Bengkel Melaksanakan Garis Panduan pada Tanah Gambut Pengurusan Kebakaran diadakan pada 30 Mei - 1 Jun 2016 di Pontianak, Kalimantan Barat, yang dianjurkan bersama oleh Indonesia dan Singapura. Para Menteri juga mengambil maklum terhadap inisiatif negaranegara MSC yang disuarakan oleh para pemimpin ASEAN pada Sidang Kemuncak Ke-27 di Kuala Lumpur yang menggalakkan mereka untuk mengambil tindakan yang perlu dalam usaha untuk mengendalikan Sistem Pemantauan Jerebu Sub-Serantau ASEAN. Menteri-Menteri berkata
perbincangan Mesyuarat Ke-7 Pasukan Petugas Teknikal MSC (MTTF) yang diadakan pada bulan Ogos 2016 bagi modaliti untuk berkongsi maklumat titik panas dalam kalangan negara MSC, iaitu: (i) Data untuk dikongsi bersama; (ii) Tempoh masa untuk pertanyaan dan penjelasan; dan (iii) Mekanisme untuk berkongsi. Menteri-Menteri meluluskan modaliti untuk berkongsi maklumat titik panas, selaras dengan mekanisme yang sedia ada di bawah SOP ASEAN bagi Pemantauan, Penilaian dan Usaha Tindakan Kecemasan seperti yang disyorkan oleh Mesyuarat Ke-7 MSC Teknikal Pasukan Petugas (MTTF) tertakluk kepada undang-undang dan peraturan negara. Menteri-Menteri negara-negara MSC ditugaskan untuk mengendalikan mekanisme perkongsian maklumat semasa musim kering yang akan datang. Ke muka 13
Penemuan bukti terkini boleh merubah fakta sejarah
MENTERI Kebudayaan Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) ketika menyaksikan Pameran Kraf pada Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 berlangsung di Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Sejarah memainkan peranan penting dalam menghuraikan kebenaran, kesahihan dan ketulusan
fakta terutama sekali pembentukan sesebuah dan negara. Ia merupakan satu
fakta bangsa medan
penyelidikan yang menggunakan sesuatu penceritaan dalam memastikan urutan peristiwa sahih, benar dan diperakui dengan bukti-bukti sama ada dalam bentuk arkeologi, artifak, penulisan, cara dan amalan hidup serta tradisi lisan. Menteri Kebudayaan, Belia dan
Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan perkara tersebut dalam ucapannya selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 yang berlangsung di Bangunan Galeri Seni, Dermaga Diraja, di ibu negara. Menurut Yang Berhormat, penemuan bukti-bukti terkini boleh merubah fakta sejarah, apatah lagi jika penemuan itu datangnya dari pelbagai sumber yang kadangkala mempertikaikan kesahihan fakta sejarah yang ada. "Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Memorandum Menteri Besar Brunei pada 26 Januari 1982, telah memperkenankan bagi penubuhan Pusat Sejarah Brunei, yang menjadi pusat sumber persejarahan negara yang autoritatif," ujar Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan juga menjelaskan, Jabatan Muzium-Muzium dan Jabatan Pusat Sejarah Brunei berperanan dalam menjadi pelengkap kepada sumber pensejarahan Negara Brunei Darussalam yang berpaksikan falsafah Melayu Islam Beraja. Dalam pada itu, Yang Berhormat turut merakamkan setinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada Awang
Daud bin Haji Bujang dan Syarikat Daikyo Sendirian Berhad yang telah menyerahkan sebuah dandang wap lama yang telah ditemui di Daerah Belait pada hujung tahun lepas kepada pihak Jabatan Muzium-Muzium. Menurut Yang Berhormat, dandang wap lama ini atau dalam bahasa Inggerisnya steam generator boiler mempunyai nilai sejarah yang tinggi terutama dalam sejarah penggunaan teknologi dandang wap di negara ini. "Pada akhir Kurun Ke-19 dan awal Kurun Ke-20, dandang wap dinyatakan sebagai mesin perindustrian yang paling signifikan pernah dicipta oleh manusia ketika itu. Mengenali artifak sejarah bererti mengenali budaya dan sejarah serta ketamadunan generasi sebelum kitani," kata Yang Berhormat. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan seterusnya menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017. Pada majlis itu, Yang Berhormat juga melancarkan buku terbitan Jabatan Muzium-Muzium dan menyampaikan sijil serta cenderamata kepada para pesara. Tetamu kehormat kemudian menyaksikan Pameran KRAF yang memfokuskan nilai seni dan budaya mengikut konteks globalisasi. Lebih 30 artis mengambil bahagian dalam pameran KRAF dan lebih 24 bahan koleksi Jabatan MuziumMuzium berkaitan dengan karya artis-artis tempatan turut dipamerkan.
12
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
Persatuan Sutera anjur Kuliah, Solat Berjemaah Subuh
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bergambar ramai bersama para jemaah pada Solat Berjemaah yang diselajurkan dengan Kuliah Subuh bertempat di Masjid Kampung Sungai Teraban.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Jumaat, 19 Mei. Sambutan Hari Keluarga Peringkat Daerah Belait merupakan kesinambungan dari Sambutan Hari Keluarga Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 7 Mei yang lalu. Sehubungan itu, Persatuan
Sutera telah menganjurkan Solat Berjemaah yang diselajurkan dengan Kuliah Subuh bertempat di Masjid Kampung Sungai Teraban, di sini yang dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar
Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Tazkirah mengenai 'Solat Berjemaah dan Hati' telah disampaikan oleh Pensyarah dan Dekan Fakulti Pendidikan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Awang Haji Zulkifli bin Haji Zakaria. Antara isi tazkirah menyentuh pentingnya peranan institusi kekeluargaan yang mengajak ahli
keluarga untuk berjinak-jinak ke masjid terutama dalam institusi mukim dan kampung agar masjid tidak sepi tanpa jemaah. Manakala menyentuh mengenai 'hati', ''segala-galanya melalui hati'', tekan Dr. Awang Haji Zulkifli, antaranya buta hati, gelap hati, keras hati dan semua yang berkaitan dengan hati, hati adalah salah satu organ tubuh manusia, hati merupakan penentu
sifat seseorang. Baik buruknya berasal dari dalam hati. Dalam temu bual Pelita Brunei bersama Yang Dipertua Persatuan Sutera, Awang Haji David bin Haji Kasim menjelaskan, usaha menganjurkan majlis seumpama itu merupakan salah satu inisiatif Persatuan Sutera bagi mengeratkan institusi kekeluargaan agar berperanan mengajak ahli keluarga untuk berjinak-jinak ke masjid dalam sama-sama memakmurkan masjid. Selain itu, visi dan misi Persatuan Sutera dalam mengadaptasi pembagunan Persatuan Sutera secara globalisasi supaya berjalan seiring dan setaraf bersama-sama persatuan lain yang sama-sama berhasrat membangun juga membantu kerajaan dalam sama-sama menerajui negara terutama berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran ke tahap yang paling rendah. ''Mula melangkah dengan kegiatan yang membentuk perekonomian sebagai langkah untuk memantapkan sara hidup melalui ilmu pendidikan berunsurkan ekosisme sebagai menyahut Wawasan 2035.'' Turut hadir pada majlis tersebut, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin juga selaku Penghulu Mukim Liang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd. Siput juga selaku Pemangku Penghulu Mukim Labi.
Pemerintah ABDB menghadiri ACDFIM Ke-14
PEMERINTAH Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah semasa menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) di Republik Filipina.
MANILA, REPUBLIK FILIPINA, Khamis, 18 Mei. - Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah telah menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) dari 17 hingga 19 Mei 2017 di Manila, Republik Filipina. Tahun ini mesyuarat tersebut membawa tema : ''ASEAN Chiefs of Defence : Partnering for Change and Collaborative Engagement''. Semasa mesyuarat, PemerintahPemerintah Angkatan Tentera Negara-Negara ASEAN bersetuju untuk meningkatkan kerjasama melalui inisiatif membina keyakinan serta kegiatan praktikal seperti dalam perlaksanaan mesyuarat, pertukaran dan eksesais, yang dipersetujui dalam
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan ASEAN Militaries Two Year Activity Work Plan (2017 - 2019). Sebelum mesyuarat ACDFIM berlangsung, mesyuarat 7th ASEAN Military Operations Informal Meeting (7th AMOIM) dan mesyuarat 14th ASEAN Military Intelligence Informal Meeting (14th AMIIM) juga berlangsung pada 16 Mei 2017. Mewakili Negara Brunei Darussalam di mesyuarat-mesyuarat berkenaan ialah Pemerintah Angkatan Bersama ABDB dan Pengarah Perisikan Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam. Di bawah naungan AMOIM, Ketua Operasi Ketenteraan ASEAN terus melaksanakan Two-Year Activity
Work Plan (2017 - 2019) yang dipersetujui sebagai garis panduan untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti berbilang-hala tentera. Manakala, mesyuarat AMIIM meneruskan kemajuan dalam mempertingkatkan potensi rangkaian ASEAN-centric yang mempromosi pertukaran dan interaksi perisikan dalam kalangan Komuniti Perisikan Tentera-Tentera ASEAN. Semasa mesyuarat-mesyuarat tersebut, isu-isu sekuriti kepentingan bersama juga telah dibincangkan termasuk dalam sekuriti maritim, bantuan kemanusiaan, tindak balas bencana dan pencegahan pengganasan.
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah menyertai sesi bergambar ramai bersama delegasi yang menghadiri 14th ASEAN Chiefs of Defence Meeting (14th ACDFIM) di Republik Filipina.
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
13
Muzium Maritim terima Sijil Kecemerlangan Tandas
TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali semasa menyerahkan sijil Gred 'A'.
Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei Darussalam (BTB) dengan sokongan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) serta kerjasama agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan, iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan mengambil inisiatif melaksanakan Program Pengauditan dan Pemeriksaan
Tandas Awam. Kerja-kerja pengauditan telah dilaksanakan bermula bulan Februari dan berakhir pada April 2017 di mana sebanyak 65 lokasi tandas awam di keempat-empat buah daerah telah diperiksa yang meliputi 28 buah restoran, 11 pusat membeli-belah, 21 tempat-tempat menarik dan sering dikunjungi pelancong serta semua pos kawalan masuk di negara ini. Skop kerja pengauditan yang dinilai adalah berdasarkan empat kategori
utama iaitu Design and Environmental System; Amenities and Facilities; Cleanliness and Safety dan ini elaras dengan kriteria-kriteria yang digariskan dalam ASEAN Public Toilet Standard. Dalam pada itu, semua pengurusan adalah dikehendaki memastikan setiap tandas awam yang disediakan dalam keadaan bersih, selamat dan selesa. Selain itu, pengurusan tandas awam tersebut juga perlu mengamalkan pengurusan air dan pelupusan sisa yang betul serta memastikan semua peralatan dan kemudahan yang disediakan adalah bersesuaian di samping menyediakan tenaga kerja yang khusus untuk mengendalikan tandas berkenaan. Hasil daripada pengauditan yang dibuat terhadap 65 lokasi tandas awam tersebut, sebanyak 11 tandas awam telah pun mendapat Gred 'A', 14 tandas awam mendapat Gred 'B' dan selebihnya dikategorikan Gred 'C' dan Gred 'D'. Antara tandas awam yang mendapat Gred 'A' ialah tandas-tandas bagi Restoran Kaizen Sushi (Waterfront); Restoran Tasek Brasserie, Radisson Hotel; Restoran Horizon Port View; Muzium Maritim; Muzium Teknologi Melayu; Restoran Tarindak D'seni; Bangunan Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer; Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei; Oil and Gas Discovery Centre (OGDC) di Daerah Belait dan Taman Warisan Tasek Merimbun di Daerah Tutong. Sehubungan itu, sebagai pengiktirafan kebersihan tandas-
TIMBALAN Setiausaha Tetap KSSUP semasa melawat tandas yang telah mendapat Gred 'A'.
tandas tersebut satu Majlis Penyampaian Sijil Kecemerlangan Tandas Awam diadakan hari ini di Muzium Maritim, dan telah disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan), KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali. Program ini akan dilaksanakan secara berterusan dan berperingkatperingkat di mana melalui usaha ini diharapkan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran semua pihak akan kepentingan terhadap kebersihan tandas awam dan memastikan semua penyelenggaraan dan pengurusan seluruh tandas awam di negara ini mengikut piawaian yang ditetapkan. Selain itu, ia juga merupakan
persediaan awal negara ini bagi mengikuti Anugerah ASEAN Public Toilet Standard Award yang akan berlangsung semasa ASEAN Tourism Forum 2019 nanti. Pemangku Timbalan Pengarah Muzium-Muzium, Dayang Mariani binti Haji Abu Bakar ketika ditemui pada majlis tersebut menjelaskan, Muzium Maritim perlu sentiasa memastikan kemudahan tandas awam dalam keadaan bersih dan berfungsi dengan baik. Pengurus Muzium Maritim memainkan peranan yang penting agar tandas Gred 'A' dapat dikekalkan dengan sering melakukan pemeriksaan audit.
Pengauditan tandas mengikut piawaian kebangsaan, ASEAN
TIMBALAN Setiausaha Tetap KSSUP Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali menyampaikan sijil gred kecemerlangan bagi tandas awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hernie Suliana Haji Othman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Penyampaian Sijil Kecemerlangan Tandas Awam telah diberikan kepada empat lokasi tandas awam bergantung kepada pengauditan dan pemeriksaan tandas awam dalam empat kategori. Ini adalah inisiatif daripada Lembaga Kemajuan Pelancongan Brunei Darussalam yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama tiga kementerian iaitu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan dan Kementerian Kesihatan.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Pengarah Pelancongan, Awang Haji Zamree bin Haji Junaidi semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei mengenai Penyampaian Sijil Kecemerlangan Tandas Awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Menurutnya, dengan adanya inisiatif ini selaras dengan usaha-usaha 'One Nation Approach' bagi membarigakan kualiti perkhidmatan kepada pelancong dan orang ramai supaya ia dapat memberikan kesan yang lebih selesa kepada pelancong yang memakai tandas-tandas awam.
''Dalam program ini terdapat 65 lokasi tandas dan hanya 11 tandas awam telah pun mendapat Gred 'A', 14 tandas awam mendapat Gred 'B' dan selebihnya mendapat Gred ‘C’, dan Gred 'D'. Usaha ini akan diteruskan dari semasa ke semasa yang akan menjurus ke ASEAN Public Toilet Standard Award yang akan berlangsung semasa ASEAN Tourism Forum 2019 nanti,'' jelasnya. Kriteria-kriteria yang diperlukan tambah beliau adalah mengikut piawaian kebangsaan dan ASEAN yang mana antara lain tandas-tandas awam mesti bersih dan tidak berbau. Menurutnya, pemantauan akan diadakan dari semasa ke samasa dan berharap tempat-tempat yang mendapat Gred 'A' ini akan sentiasa menjaga kebersihan dan juga lokasi-lokasi yang mendapat Gred 'B' dan 'C' dapat meningkatkan lagi kebersihan dalam kebersihan tandas-tandas awam ini. Manakala bagi Pengurus Lapangan Terbang, Awang Mohd. Zin bin Haji Yaakub pula menjelaskan, apabila dikaji dari segi tandas di kawasan lapangan terbang ini yang penting adalah kerjasama pihak atasan dan kontraktor. Pihak atasan katanya, akan memastikan kebersihan daripada kakitangan lapangan terbang untuk memastikan tandas-tandas ini berkeadaan bersih dan baik. ''Kepentingan kebersihan tandas adalah ketika memakainya dan juga untuk mengekalkan kebersihan tandas awam ini perlu diamalkan. Bagi mengekalkan kebersihan perlu ada kerjasama dengan pengurusan dan kontraktor untuk menjaga kebersihan tandas supaya menjalankan tugas itu dengan baik dan sempurna secara berterusan,'' ujarnya.
Usaha pencegahan jerebu ditingkatkan Dari muka 11 Selain itu, para menteri juga menyentuh mengenai persediaan yang dibuat oleh Republik Indonesia untuk menjadi tuan rumah Pusat Penyelarasan ASEAN bagi Kawalan Jerebu Rentas Sempadan (ACC THPC), dan berharap kepada penyelesaian Perjanjian Penubuhan ACC THPC pada Mesyuarat Ke-13 Persidangan daripada pihak berkenaan dengan Perjanjian ASEAN mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (COP-13) pada bulan September 2017 di Negara Brunei Darussalam dan berharap akan melihat pelaksanaan lebih cepat dan berkesan dalam semua aspek AATHP selepas ACC THPC beroperasi. Menteri-Menteri turut mengambil maklum terhadap kemajuan besar daripada pelaksanaan Program ASEAN mengenai Pengurusan Mampan Ekosistem Tanah Gambut APSMPE (2014-2020) dan melahirkan penghargaan atas sokongan daripada rakan dialog dan pembangunan ASEAN. Para Menteri berkata, Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan untuk Program ASEAN-EU mengenai Penggunaan Mampan Tanah Gambut dan Pengurangan Jerebu di ASEAN (SUPA) pada 27 Disember 2016 dengan satu bajet berjumlah EUR24.5 juta bagi tempoh 60 bulan. Menteri-Menteri juga menyatakan
pembangunan tindakan dapat diukur bagi Hutan Mampan Bebas Jerebu, Tanah dan Pengurusan Air di Asia Tenggara disokong oleh Tabung Antarabangsa bagi Pembangunan Pertanian (IFAD) untuk melaksanakan Pelan Tindakan Kerjasama ASEAN ke arah Kawalan Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan dengan Cara Pelaksanaan dengan bajet berjumlah USD3.5 juta bagi tempoh 60 bulan di samping mengesahkan komitmen mereka untuk menyelaras pelaksanaan program / projek di bawah APSMPE (2014-2020) melalui mekanisme ASEAN, meningkatkan usaha peringkat kebangsaan dan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan. Mereka juga menyatakan kemajuan Kajian Terhadap Impak Ekonomi, Kesihatan dan Sosial disebabkan Jerebu pada tahun 2015 di Rantau ASEAN untuk menilai implikasi kejadian jerebu 2015 kepada ASEAN dan membolehkan negara mempunyai asas ekonomi, kesihatan dan data sosial untuk memahami kesan jerebu merentasi sempadan. Menteri-Menteri menantikan keputusan Kajian untuk disampaikan kepada COM / COP. Mesyuarat menyatakan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia kerana sudi menjadi tuan rumah Mesyuarat MSC Ke-19 dan atur cara yang sempurna dibuat dan layanan mesra yang diberikan. Mesyuarat MSC Ke-20 akan diadakan di Thailand pada 2018.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI Iklan Menurut Peraturan 7(a) UNIVERSITI Teknologi Brunei sukacita mempelawa pemohon-pemohon yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti di bawah bagi mengisikan jawatan kosong di Universiti Teknologi Brunei : JAWATAN : PEGAWAI KAUNSELOR UNIVERSITI : UNIVERSITI TEKNOLOGI BRUNEI BAHAGIAN : II KEKOSONGAN : SATU (1) SYARAT-SYARAT AM : 1. Pemohon mestilah terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon mempunyai pengetahuan tentang kerasmian ugama Islam, Adat Istiadat Negara dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam. 3. Bersedia untuk bertugas bila-bila masa di luar waktu bekerja biasa atau bekerja secara bergilir-gilir (shift) atau semasa cuti awam dan juga hendaklah bersedia untuk bertugas di mana-mana sahaja di Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT KELAYAKAN : 1. i. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kaunseling (Runding Cara) yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. ii. Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah satu kelebihan iii. Mempunyai kebolehan menulis dan fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. 2. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mestilah mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap SANGAT BAIK bagi tempoh tiga (3) tahun kebelakangan. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi di tahap CEMERLANG dan mendapat sokongan yang kuat daripada Setiausaha Tetap atau Ketua Jabatan merupakan satu kelebihan.
JABATAN PELABUHAN KEMENTERIAN PERHUBUNGAN INSTRUCTION TO TENDERERS JP / SH27 / 2017 - 2018 REPLACEMENT OF DEFECTIVE SPLIT TYPE AIR CONDITIONING UNITS AT CRUISESHIP CENTRE, MUARA PORTS DEPARTMENT 1. TENDERERS are invited from supplier company who registered with Ministry of Development, Negara Brunei Darussalam under Work Category M01 (5j) and Class I. 2. Tender document can be obtained from : Tender and Quotation Unit 2nd Floor, Head Quarters Building Ports Department, Muara, BT1728 Negara Brunei Darussalam. Monday until Thursday 8.00 Am until 11.00 Am 1.30 Pm until 2.30 Pm Saturday 8.00 Am until 10.00 Am Bidding documents will be issued up to 1 JUNE 2017, a few weeks before closing date. TIME & PLACE FOR SUBMISSION OF TENDERS : 3. The tender(s) must be sent in a sealed, plain envelope with the following requirements : a) JP / SH27 / 2017 - 2018 - REPLACEMENT OF DEFECTIVE SPLIT TYPE AIR CONDITIONING UNITS AT CRUISESHIP CENTRE, MUARA, PORTS DEPARTMENT must be clearly written on the front side of the envelope. b) The envelope used must NOT bare the name or logo of any company of supplier. c) The envelope must be put inside 'PETI SEBUT HARGA' addressed to : The Chairman Quotation Committee Ports Department, Ministry of Communications Muara, BT1728, Negara Brunei Darussalam. d) The tenders will be received only until WEDNESDAY, 7 JUNE 2017 at 2.00 Pm.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB : Bertanggungjawab kepada Dekan Hal-Ehwal Pelajar dalam perkaraperkara berikut : i. Melaksanakan kerja-kerja kaunseling pelajar termasuk merancang dan melaksanakan program-progam tersebut melalui ceramah, seminar, bengkel, kursus kaunseling, teknik belajar, lawatan kerjaya dan sebagainya yang boleh membantu perkembangan pelajar dalam berbagai aspek. ii. Melaksanakan tugas-tugas seperti yang diaturkan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar dari semasa ke semasa. MENGHADAPKAN BORANG PERMOHONAN : Borang permohonan serta keterangan lanjut boleh diperoleh di Pusat Kakitangan & Pelajar (Staff & Student Centre), Universiti Teknologi Brunei atau melayari laman web www.utb.edu.bn. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan. Ketua Jabatan dikehendaki menyertakan bersama satu (1) Laporan Sulit mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon, Penilaian Prestasi tiga (3) tahun kebelakangan (sekurang-kurangnya SANGAT BAIK), salinan Rekod Perkhidmatan dan Rekod Cuti yang lengkap. Permohonan yang diterima lewat dari tarikh tutup iklan tidak akan dilayan. Permohonan yang lengkap diisi bersama-sama dengan kurikulum vitae (C.V.) dan salinan sijil-sijil pencapaian akademik dan surat-surat akuan yang lengkap dan diakui sah hendaklah dihantar kepada : Yang Mulia Pendaftar dan Setiausaha Universiti Teknologi Brunei Jalan Tungku Link, Gadong, BE1410 BRUNEI DARUSSALAM. (UP. : Penolong Pendaftar (Personel)) Hanya pemohon yang disenaraipendek (shortlisted) sahaja akan dihubungi dan dimaklumkan mengenai dengan proses temu duga. Tarikh tutup iklan dan menghantar permohonan : 17 Jun 2017 Rujukan iklan : UTB / IKLAN / S1.6.6 / 2017 (7a)
IKLAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Sabtu, 6 Mei 2017. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 6 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil Pendaftaran Perniagaan yang masih sah laku dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan.
• Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah dari Kementerian Pembangunan. TAWARAN BIL. TAWARAN : KK / 45 / 2017 (UPP)(TC) KETERANGAN : PROVISION OF HOUSEKEEPING SERVICES FOR THE PSYCHIATRY SERVICES KIARONG OF RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (RIPAS) HOSPITAL FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND30.00 TARIKH TUTUP : 25 MEI 2017 (tidak lewat Jam 2.00 Petang) IKLAN WEBSITE PADA 26 APRIL 2017
JABATAN PERKHIDMATAN POS KEMENTERIAN PERHUBUNGAN SYARAT-SYARAT TAWARAN Supply Registered Item Barcode Rujukan Tawaran : POS / T / 07 / JPP / 2017 - 2018 Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran dokumen tawaran dan pentadbiran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei. 3. Dokumen dan borang tawaran serta syarat-syarat tawaran boleh didapati di : Bahagian Kewangan Tingkat 1, Pejabat Besar Pos
Bandar Seri Begawan, BS8611 Negara Brunei Darussalam. 6. Tarikh tutup tawaran ialah pada Selasa, 30 Mei 2017, jam 2.00 Petang. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima. Tarikh tutup hendaklah ditulis di atas sampul surat tawaran. 7. Tawaran-tawaran yang dihadapkan hendaklah menyertakan : a. Salinan lesen rampaian yang sah b. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 dan 17 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah.
JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN & REKREASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS III, IV DAN V KATEGORI S01 Tarikh Buka Tawaran : 17 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 13 Jun 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang (Dihantar ke : Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510, Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BPP / T010 / 2017 PERKHIDMATAN KUTIPAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH DARIPADA PUSAT-PUSAT PENGUMPULAN SAMPAH DI DAERAH TUTONG BAGI TEMPOH (3) TAHUN NO. PROJEK : JASTRE / BPP / T010 / 2017
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperoleh dari Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai Sabtu, 6 Mei 2017. Sila layari laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. Dokumen-dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 6 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran adalah dibukakan kepada pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil Pendaftaran Perniagaan yang masih sah laku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (drug and medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi pemborong / pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan.
TAWARAN BIL. TAWARAN : PHARM / 73 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 TAWARAN BIL. TAWARAN : PHARM / 74 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 TAWARAN BIL. TAWARAN : PHARM / 75 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND30.00 TAWARAN BIL. TAWARAN : PHARM / 76 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00
TAWARAN BIL TAWARAN : KK / 46 / 2017 (LAB)(TC) KETERANGAN : TO SUPPLY AND DELIVERY LABORATORY TEST KITS FOR BLOOD GAS ANALYSERS FOR RIPAS, DPMMPMB, SSB HOSPITAL (CLINICAL CHEMISTRY SECTION), CLINICAL LABORATORY SERVICES, MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN : BND500.00
TAWARAN BIL. TAWARAN : PHARM / 77 / 2017 KETERANGAN : THE SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINES FOR THE DEPARTMENT OF PHARMACEUTICAL SERVICES, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND10.00 TARIKH TUTUP : 6 JUN 2017 (tidak lewat jam 2.00 Petang) IKLAN WEBSITE PADA 6 MEI 2017
JABATAN PENERBANGAN BANDARAN TUTONG JABATAN AWAM KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION MINISTRY OF COMMUNICATIONS BRUNEI DARUSSALAM THE following tender for interested participants.
is
opened
Name : CAR PARK MANAGEMENT SYSTEM FOR BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT To install equipment and to provide manpower (supervisors, technicians and operators), services and maintenance with spare parts for five (5) years. Reference : DCA / MKG / 2017 / T1 Document can be purchased at : Finance Section Ground Floor Department of Civil Aviation Brunei Darussalam. Note : * Open Monday to Thursday and Saturday * 8.30 Am - 11.00 Am and 2.00 Pm - 3.00 Pm * Proponents must wear appropriate attire * Proponents must bring along valid IC or Passport * Ramadan month office open from 8.30 Am - 12.00 Pm. Document fee : BND500.00 only (non-returnable) Information day : Tuesday, 23 May 2017, 9.30 Am
JUMLAH YURAN TAWARAN : BND100.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
15
Closing date :
Tuesday, 20 June 2017, 2.00 Pm Submission to : Chairman of Mini Tender Board Ministry of Communications Negara Brunei Darussalam. 2. Participants must submit all documents required that are stated in this tender document. 3. Participants must comply to all regulations, terms and conditions stipulated in this tender document. 4. Tenders should be submitted by in a plain sealed envelope, bearing no indication of the name or logo of the tenderer, marked : Name : CAR PARK MANAGEMENT SYSTEM FOR BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT To install equipment and to provide manpower (supervisors, technicians and operators), services and maintenance with spare parts for five (5) years Reference : DCA / MKG / 2017 / T1 Closing date : Tuesday, 20 June 2017, 2.00 Pm Address : Chairman of Mini Tender Board Ministry of Communications Negara Brunei Darussalam. 5. The government of Brunei Darussalam does not bind itself to accept the highest / lowest or any tender. The precedence in the evaluation will be based on that company's reputation, image, quality of services to be offered, experience and fulfillment of the tender requirements.
16
IKLAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
JABATAN PENJARA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN TAWARAN : JPB / 2 / 2017 KETERANGAN : MEMBEKALKAN CATUAN MAKANAN BAGI PENJARA LELAKI MARABURONG YURAN TAWARAN : BND100.00 TARIKH TUTUP DAN WAKTU DIUBAH Khamis, 25 Mei 2017 KEPADA Selasa, 23 Mei 2017 (tidak lewat dari jam 2.00 Petang) WAKTU-WAKTU MENERIMA / MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.30 Pagi hingga 11.30 Pagi 1.30Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.30 Pagi hingga 10.00 Pagi SYARAT-SYARAT TAWARAN 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat- syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan dan hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed). Pada bahagian atau sampul surat tersebut hendaklah ditulis bilangan tawaran dan nama tawaran sepertimana yang diklankan tanpa menunjukkan identiti pemborong dan ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL
ARAS BAWAH, KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BS8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Tawaran tersebut hendaklah dihadapkan tidak lewat dari jam 2.00 Petang DI UBAH Khamis, 25 Mei 2017 KEPADA Selasa 23 Mei 2017. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. 4. Borang-borang tawaran bolehlah diperoleh di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat, Jabatan Penjara, Jalan Jerudong, BG3122, Negara Brunei Darussalam. 5. Yuran tawaran (tender fee) dikehendaki dibuat dengan wang tunai sahaja dan tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibayar di Bahagian Kewangan, Ibu Pejabat, Jabatan Penjara, Jalan Jerudong, BG3122, Negara Brunei Darussalam semasa waktu- waktu bekerja. 6. Setiap borang tawaran yang telah lengkap diisikan hendaklah disertakan dengan salinan sijil pendaftaran perniagaan, salinan kad pengenalan (kad pengenalan negeri asal / Brunei atau pasport), borang pengakuan (declaration form), borang senarai pemilik syarikat, senarai projek yang sedang dan telah dilaksanakan dan senarai nama pekerja tempatan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran.
JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN TAWARAN Bilangan Tawaran : JPKK / SD & BP (01) / 2017-2018 Tajuk Tawaran : Supply And Delivery of Diapers - One (1) Year Contract For Treasury Department Bilangan Tawaran : JPKK / SD & BP (02) / 2017-2018 Tajuk Tawaran : Supply And Delivery of Breast Pump - One (1) Year Contract For Treasury Department Tarikh Tutup / Jam : 5 Jun 2017 - Isnin (2.00 Petang) Tempat Menghantar Tawaran : Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Negara Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Jalan Kebangsaan Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. TAWARAN adalah dipelawa kepada syarikatsyarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran yang berharga BND500.00 bagi Bilangan Tawaran : JPKK / SD & BP (01) / 2017-2018 dan Dokumen tawaran yang berharga BND100.00 bagi Bilangan Tawaran : JPKK / SD & BP (02) / 2017-2018 tawaran boleh diperolehi di Kaunter Penyambut Tetamu, Tower Block, Tingkat 2, Bangunan Kementerian Kewangan dan bayaran dokumen tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana-mana penender sama ada yang berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. 3. Dokumen tawaran hendaklah dibayar di Kaunter Hasil, Tingkat 2, Jabatan Perbendahraan, Island Block, Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam dan resit asal pembayaran hendaklah disertakan bersama borang tawaran.
4. Borang Pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama dan menyenaraikan nama-nama pekerja tempatan yang berkerja di syarikat yang mengikuti tawaran. 5. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. 6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Tawaran dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 7. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN, LEMBAGA TAWARAN NEGARA yang ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN NEGARA KEMENTERIAN KEWANGAN PETI TAWARAN, TINGKAT 1, BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE, JALAN KEBANGSAAN, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 8. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. Peringatan : Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran atau kontrak diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. Kerajaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.
JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI KEMENTERIAN EHWAL DALAM NEGERI JABATAN HAL PERDANA MENTERI JABATAN PENGAJIAN ISLAM JABATAN BANDARAN BANDAR SERIBEGAWAN BEGAWAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI KEMENTERIAN HAL EWAL UGAMA KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BILANGAN RUJUKAN : JBBSB / SH / 2017-2018 / 16 / UP
UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan tawaran : JKDN / UTP / 1 / 2017
TAJUK SEBUT HARGA : INSTALLATION OF PREPAID METER AT FROZEN MEAT & SEAFOOD SHOP, GADONG FISH MARKET, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TARIKH TUTUP : KHAMIS, 8 JUN 2017, JAM 12.00 TENGAH HARI Keterangan lanjut boleh diperoleh dari : UNIT PEMULIHARAAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN TEKNIKAL JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN TINGKAT 6 BANGUNAN PUSAT KOMERSIAL & PERDAGANGAN BUMIPUTERA JALAN CATOR, BANDAR SERI BEGAWAN. DOKUMEN sebut harga dikenakan bayaran / caj sebanyak BND2.00 (dua ringgit brunei) bagi pendaftaran dan BND10.00 (sepuluh ringgit brunei) bagi yuran pentadbiran dan tarikh tutup bagi mendapatkan dokumen sebut harga berkenaan ialah pada Rabu, 7 Jun 2017, jam 2.00 Petang. Sampul surat berkenaan hendaklah dimasukkan ke : PETI TAWARAN SEBUT HARGA TINGKAT 3, BANGUNAN JABATAN BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN JALAN PERDANA MENTERI, BA1512 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
BUTIR-BUTIR TAWARAN : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa bagi membekalkan pakaian seragam pegawai dan kakitangan Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup, ditulis dengan ''TAWARAN MEMBEKALKAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI DAN KAKITANGAN UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JERUDONG, JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI, JABATAN PERDANA MENTERI'' tanpa menunjukkan identiti pembekal, tidak lewat dari Sabtu, 17 Jun 2017, jam 1.00 Petang. 3. Setiap tawaran hendaklah ada menyatakan dan menyertakan : i) Harga tawaran; ii) Jenis kain mesti disertakan (seperti contoh disertakan); iii) Salinan sijil pendaftaran perniagaan dan lesen perniagaan yang diakui sah mestilah disertakan; iv) Pengubahan harga tawaran dengan menggunakan blanco adalah tidak diiktiraf sama sekali. Pengubahan hendaklah dibuat dengan cara memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan seterusnya menandatangani setiap pembetulan tersebut. 4. Borang tawaran boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tahanan dan Pemulihan Jerudong, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada waktu-waktu pejabat dibuka. 5. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan serta kegagalan memenuhi syarat-syarat tawaran tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-pertuan Negara Brunei Darussalam tidaklah semestinya menerima tawaran-tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran.
HARI SABTU 20 MEI 2017
RENCANA
Kampung Sungai Matan, perkampungan nelayan tradisional E
DISI Kenali Negara Kitani keluaran kali ini membawa para pembaca berkunjung ke salah sebuah perkampungan nelayan tradisional di negara ini. Sebut saja nama Kampung Sungai Matan, tentu ramai di antara abiskita yang sering kali mendengarnya. Kampung ini memang aktif dalam mengendalikan aktiviti-aktiviti pelancongan yang sekali gus akan menjana pendapatan sampingan kepada para penduduk setempat. Bagi yang belum mengenali kampung berkenaan, marilah kita sama-sama membaca lebih lanjut artikel mengenai kampung ini. Kampung Sungai Matan merupakan sebuah perkampungan budaya di negara ini yang dioperasikan oleh Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung dengan menumpukan pada membantu memajukan program-program dan para penduduk kampung dalam hal-hal pelancongan dan perekonomian. Bagi para pelancong dari luar negara, lawatan ke Kampung Sungai Matan akan melengkapkan pengalaman sebenar awda berada di negara ini. Lawatan ke Kampung Sungai Matan sememangnya tidak akan mengecewakan. Ini memandangkan para penduduk kampung tersebut telah menyediakan pelbagai aktiviti bagi para pengunjung dengan mengalami sendiri kehidupan harian penduduk kampung atau sekadar beristirehat di sepanjang laluan papan. Para pengunjung juga berpeluang memberi makan ikan di sepanjang sangkar ikan terapung mahupun menyertai persembahan kebudayaan oleh kampungkampung setempat. Selain itu, para pengunjung juga akan berpeluang mengalami sendiri aktiviti menangkap ikan menggunakan pelbagai jenis kaedah tradisional seperti jala, perangkap ketam dan lain-lain. Pelbagai aktiviti harian penduduk kampung juga diadakan seperti menghasilkan produk tempatan umpamanya pemprosesan udang kering, ikan bilis kering, udang keropok, membuat kuihmuih dan lain-lain. Para pengunjung juga akan diberi kesempatan untuk belajar membuat kraf tangan menggunakan bahan-bahan kitar semula. Dan yang tidak kurang menariknya ialah menyelusuri Sungai Brunei untuk melihat kampung-kampung lain, sangkar-sangkar ikan, hidupan liar dan pulau-pulau sejarah serta meredah hutan mendaki bukit Matan bagi menyaksikan hidupan liar semula jadi dan herba hutan yang ada. Selain itu, aktiviti-aktiviti Inap Desa juga disediakan bagi para pengunjung ke kampung berkenaan, antaranya menaiki bot tradisional yang dikenali sebagai 'Jompong' dan berkayuh di sepanjang bakau untuk menangkap ketam dan untuk melihat keindahan flora dan fauna.
Para pengunjung pasti tidak akan melupakan hidangan lazat berupa makanan laut yang segar ditangkap setiap hari. KAMPUNG SUNGAI MATAN Kampung Sungai Matan merupakan salah sebuah kampung yang terkandung di dalam Mukim Kota Batu. Kampung ini adalah sebuah perkampungan yang didirikan di antara separuh air dan separuh daratan yang terletak di pinggir Sungai Brunei. Jaraknya antara Bandar Seri Begawan ialah 8 kilometer dan keluasan kampung ialah kosong perpuluhan tiga enam kilometer persegi. Kampung yang 'diapit' oleh Kampung Datu Gandi dan Kampung Serdang ini boleh dikunjungi melalui jalan raya atau sungai. Dan mengikut susunan rumah-rumah yang dibina mengikut di tepi Sungai Brunei menghala hutan bakau yang terletak di Pulau Berambang. SEJARAH KAMPUNG SUNGAI MATAN Mengikut sejarah dan dari cerita orang-orang tua dahulu, Kampung Sungai Matan dikenali juga sebagai Kampung Pengkalan Gua memandangkan penduduk Kampung Belimbing akan turut berjual hasil tanamannya ke Kampung Sungai Matan. Mereka akan berhimpun di Pengkalan Gua sambil menjual hasil tanaman mereka. Pengkalan Gua betul-betul di sempadan Kampung Datu Gandi (Tanjung Gua) dan di situ terdapat sebatang sungai. Di hulu sungai tersebut terdapat sepohon Pokok Matan yang besar. Pokok Matan ini selalu berbuah lebat dan manis pula isinya. Apabila musim berbuah, Buah Matan yang masak akan jatuh ke sungai dan dibawa arus ke muara sungai. Maka di sinilah penduduk kampung akan mengambil dan memutik buah tersebut sebelum harus membawa ke hulu sungai. Maka bersempena dengan Pokok Buah Matan dan sungai tersebut, kampung ini digelar Kampung Sungai Matan oleh penduduknya hingga ke hari ini. Menyingkap pada lembaran sejarah silam pada tahun-tahun 60-an sehingga tahun 80-an, Kampung Sungai Matan begitu terkenal dengan pelbagai perusahaan 'kotej' yang diungkayahkan oleh penduduk-penduduk kampung, contoh paling ketara ialah perusahaan menyalai Ikan Tahai (tidak lagi dipraktikkan), membuat belacan, melumai ikan masin, membuat udang kering, memburis perahu dan membuat makanan tradisi seperti Kueh Ardam, Cincin, Madu Kesirat, Tapai dan lain-lain lagi. Asas dari keperluan hidup seharian kampung ini telah menjadikannya antara destinasi dan salah sebuah pusat bagi para 'pangalu' bertukar-tukar barang yang kebanyakannya dari Kampung Belimbing Subok. Semoga aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh Kampung Sungai Matan akan dapat menarik lebih ramai pengunjung dalam negara yang sekali gus menyemai minat melancong di negara sendiri dan dapat menarik lebih ramai pelancong dari luar negara yang setentunya akan dapat meningkatkan jumlah hasil dalam negeri kasar melalui sektor pelancongan di negara ini.
Oleh : Hezlinawati Haji Abd. Karim Foto : Jabatan Penerangan
CABARAN Pancing Kampung Sungai Matan yang diadakan pada tahun 2014.
SEBAHAGIAN daripada produk dari Kampung Sungai Matan.
KADAR PAKEJ
17
18
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
UNISSA hadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti Islam ASIA - Afrika BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menerima undangan untuk menghadiri Mesyuarat Penubuhan Jaringan Universiti-universti Islam Asia Afrika dan diteruskan dengan Seminar Antarabangsa Media dan Peranannya dalam Menangani Isu Ekstremisme dan Terorisme. Sesi mesyuarat dan persidangan tersebut telah diadakan selama dua hari bermula 15 Mei 2017 bertempat di Universiti Islam Antarabangsa, Islamabad (IIUI), Pakistan. Mesyuarat dan persidangan berkenaan dihadiri oleh Rektor UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal, yang mana undangan tersebut adalah manifestasi keberkesanan jalinan kerjasama setelah penandatanganan Memorandum Persefahaman di antara UNISSA dan IIU Islamabad, Pakistan yang dimeterai pada bulan Februari yang lalu. Dalam mesyuarat berkenaan, UNISSA merupakan salah sebuah universiti yang mempelopori penubuhan jaringan itu dan diberi penghormatan dengan melantik Rektor UNISSA sebagai Timbalan Setiausaha Agung pertubuhan berkenaan. Penubuhan Jaringan Universitiuniversiti Islam Asia - Afrika adalah bertujuan untuk mempertingkatkan
REKTOR Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal (dua, kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertubuhan Jaringan Universiti-universiti Islam Asia - Afrika.
kerjasama dalam pelbagai bidang di antara institusi-institusi pengajian tinggi Islam di Asia dan Afrika. Mesyuarat dan persidangan tersebut dihadiri oleh seramai 14 pemimpin universiti Islam terdiri dari Sudan, Indonesia, Thailand, Jordan, Arab
Saudi, Uganda, Maldive, Algeria dan lain-lain yang dipengerusikan oleh Presiden IIU Islamabad, Pakistan, Profesor Dr. Ahmed Yousif Ahmed Al Draiweesh. Pada kesempatan itu, Rektor UNISSA telah membuat kunjungan
Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali muhibah kepada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Islam Pakistan, Tuan
Yang Terutama Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Awang Mahmud bin Haji Saidin @ Haji Mohd. Saidin.
Kursus ke China dalami Hybrid Rice
ROMBONGAN delegasi peserta kursus dari Negara Brunei Darussalam bersama dengan Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Pemangku Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama, wakil-wakil dari Kedutaan Besar China ke Negara Brunei Darussalam dan Pegawai-Pegawai Latihan dari Pusat Pembangunan Belia.
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pertanian dan Agrimakanan
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 15 Mei. - Seramai enam pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan tiga peladang padi belia berlepas hari ini untuk menghadiri Kursus 2017 Training Course on Hybrid Rice Comprehensive Technology for Developing Countries selama tiga bulan. Antara yang turut hadir untuk
mengucapkan selamat belayar kepada delegasi tersebut adalah Pengarah Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Hajah Aidah binti Haji Mohd. Hanifah; Pemangku Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber-Sumber Utama, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Dayang Khairunnisa binti Haji Omar Ali; wakil-wakil dari Kedutaan Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam,
Tuan Zhu Rong dan Tuan Zhang Jun serta Pegawai-pegawai Latihan dari Pusat Pembangunan Belia, Awang Haji Saiful Rizal bin Haji Ariffin dan Haji Ruslan bin Haji Kurus. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, kursus berkenaan dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perdagangan, Republik Rakyat China itu adalah bertujuan untuk melatih peserta-peserta kursus dalam pembiak bakaan padi hibrid, pengeluaran benih serta pengurusan padi hibrid secara komprehensif bagi membolehkan peserta-peserta
menggunakan teknologi padi hibrid tersebut untuk meningkatkan produktiviti padi dan sekuriti makanan di negara masing-masing. Ia adalah sangat bertepatan dengan matlamat strategik Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, iaitu meningkatkan pengeluaran serta produktiviti sektor pertanian melalui penggunaan teknologi dan teknik moden secara meluas. Penghantaran para pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta para peladang padi belia untuk mengikuti kursus
berkenaan bukan sahaja amat bersesuaian bagi peningkatan kapasiti sumber tenaga manusia dalam bidang industri padi, bahkan mendukung usaha-usaha bagi mencapai sasaran pelan strategik industri padi secara langsung, iaitu untuk meningkatkan pengeluaran serta produktiviti padi menjadi 12 metrik tan sehektar semusim pada tahun 2020. Setelah tamat menjalani kursus tersebut, para peserta akan dilibatkan dalam projek kajian kesesuaian varieti hibrid yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
19
Dua wakil NBD berlepas ke Turki Siaran Akbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama
WAKIL Negara Brunei Darussalam, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad menyertai Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran, manakala Awang Mohd. Zul Hafiz bin Awang Tengah menyertai kategori membaca Al-Quran dengan berlagu pada Turkey 5th International Holy Quran Memorization and Recitation Competition yang akan berlangsung pada 18 hingga 28 Mei 2017 di Istanbul, Republik Turki.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Negara Brunei Darussalam menghantar dua wakil untuk menyertai Turkey 5th International Holy Quran Memorization and Recitation Competition yang akan berlangsung pada 18 hingga 28 Mei di Istanbul, Republik Turki. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Muhammad Hasbul Wafi bin Haji Ahmad menyertai Kategori Menghafaz 30 Juz Al-Quran, manakala Awang Mohd. Zul Hafiz bin Awang Tengah menyertai kategori membaca Al-Quran dengan berlagu. Kedua peserta tersebut berlepas ke Republik Turki, pagi tadi. Turkey 5th International Holy Quran Memorization and Recitation Competition dianjurkan oleh Lembaga Pemeriksaan dan Pembacaan Al-Quran yang beroperasi di bawah Presidensi Hal Ehwal Ugama, Republik Turki. Pertandingan bertujuan untuk membarigakan pembudayaan serta pengetahuan Al-Quran dan menggalakkan hafazan juga pembacaan Al-Quran yang indah.
Jabatan Muzium-Muzium adakan Majlis Bertahlil, Doa Kesyukuran Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
AWANG Haji Amron bin Haji Awang memimpin bacaan Doa Tahlil dan Doa Selamat.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - "Muzium dan Cabaran Sejarah : Menyatakan yang Tidak Terungkap" (Museums and Contested Histories : Saying the Unspeakable in Museums) merupakan tema Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2017 tahun ini. Sehubungan itu, Jabatan Muzium-Muzium mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Kesyukuran yang berlangsung di Bangunan Arkib, Jalan Dewan Majlis, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Dayang Aminah binti Haji Majid.
Pada majlis itu, bacaan Doa Tahlil dan Doa Selamat dipimpin oleh Awang Haji Amron bin Haji Awang. Juga hadir, Pemangku Timbalan Pengarah Muzium-Muzium, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-Muzium. Bersempena dengan sambutan tersebut, Jabatan Muzium-Muzium akan mengadakan Majlis Perasmian Pameran KRAF yang akan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof.
PEMANGKU Pengarah Muzium-Muzium, Dayang Aminah binti Haji Majid hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
BIBD beri keselesaan bagi jemaah Masjid Mentiri Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Masjid RPN Kampung Mentiri hari ini menerima empat alat pendingin udara yang diserahkan oleh Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hasil sumbangan daripada kakitangan BIBD sendiri. Dengan sumbangan itu nanti dihasrat dapat memberi keselesaan kepada para jemaah masjid terutama pada bulan Ramadan yang akan tiba nanti. Pada Majlis Penyerahan Sumbangan BIBD ini, diselajurkan dengan penyerahan baki sumbangan yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua BIBD Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Awang Haji Mohd. Yusri bin Haji Wahsalfelah. "Alhamdulillah, kami amat gembira
kerana dapat memberi keselesaan kepada penduduk Mentiri ketika mereka menunaikan solat mereka. Dalam semangat menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia ini, kami juga merancang lebih banyak aktiviti untuk berkongsi berkat dan pada masa yang sama, mengukuhkan komitmen kami ke arah penerapan nilai-nilai masyarakat kita," jelas Awang Haji Mohd. Yusri mengenai majlis sumbangan tersebut.
TIMBALAN Ketua BIBD Perhubungan Kerajaan dan Projek Khas, Awang Haji Mohd. Yusri bin Haji Wahsalfelah pada Majlis Penyerahan Sumbangan BIBD yang diselajurkan dengan penyerahan baki sumbangan.
20
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
Kadar pengangguran negara 6.7 peratus Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Seramai 12,934 orang pencari kerja telah didaftarkan di bawah Pusat Pekerjaan Brunei (JobCentre Brunei - JCB). Daripada pecahan jumlah berkenaan, 2,362 terdiri mereka yang berkelulusan Degree dan ke atas, 1,212 HND, 3,661 Vokasional dan Teknikal, 468 Pra-Universiti dan bagi kelulusan peringkat menengah ke bawah sebanyak 5,231 orang. Penasihat Perancangan Tenaga Manusia Kanan di pusat itu, Dayang Hajah Ilyasuriani binti Dato Paduka Haji Hamdani menjelaskan demikian dalam taklimatnya berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun, di sini. Dayang Hajah Ilyasuriani dalam taklimatnya juga menyatakan, statistik umur penganggur sehingga Mac 2016 ialah tiga peratus (305) bagi 50 - 59
tahun, 11.4 peratus (1,143) bagi 40 - 49 tahun, 26 peratus (2,626) bagi 30 - 39 tahun dan 59.6 peratus (5,999) bagi mereka berumur 18 - 29 tahun. Negara Brunei Darussalam dalam kedudukan ke-15 dibandingkan dengan negara-negara Asia dan Pasifik dengan kadar pengangguran sebanyak 6.7 peratus. Pada akhir taklimat, JCB juga menyelenggarakan Sesi Latihan Tatacara Temuduga Pekerjaan kepada para calon pencari kerja bagi kemahiran semasa menjalani temu duga berkenaan. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran itu bolehlah melayari laman sesawang jobcentrebrunei.gov.bn. Para peserta Perkampungan Sivik setentunya merasakan ia satu penerangan yang berguna dalam peluang mencari pekerjaan nanti.
PENASIHAT Perancangan Tenaga Manusia Kanan di JCB, Dayang Hajah Ilyasuriani binti Dato Paduka Haji Hamdani semasa menyampaikan taklimatnya.
Kerja amal tingkatkan kesedaran tanggungjawab sosial Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Marlinawaty Haji Hussin, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Marlinawaty Haji Hussin, Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin, Muhammad Arif Matali
AKTIVITI Kerja Amal yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan bagi Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam di Rumah Kampung Kasat.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Peserta Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam meneruskan program pada hari kelima dengan mengadakan aktiviti kerja amal di empat buah rumah di sekitar Daerah Brunei dan Muara. Aktiviti kerja amal berkebajikan anjuran Jabatan Penerangan, melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan ini telah diadakan di rumah milik Awang Muhammad Shaihan bin Shamsun Yura bertempat di Kampung Kasat, salah seorang penerima bantuan Jabatan Pembangunan Masyarakat
(JAPEM); rumah Dayang Rukam binti Haji Ibrahim di Kampung Lumapas, Jalan Junjungan, salah seorang penerima bantuan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB); rumah Dayang Ruziah binti Abd Rahman di Kampung Tasek Meradun, salah seorang penerima bantuan MUIB dan rumah Dayang Rohani binti Sahari di Kampung Tasek Meradun, Jalan Tutong, seorang lagi penerima bantuan MUIB. Antara kerja amal yang dilaksanakan ialah mengemas, membersihkan barang-barang dan halaman rumah termasuk memotong rumput serta menebang pokok.
Selain aktiviti mengemas dan membersih, rombongan aktiviti kerja amal Perkampungan Sivik juga turut menyampaikan sumbangan berbentuk makanan asasi, hasil daripada sumbangan para peserta Perkampungan Sivik berserta keluarga dan pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Aktiviti kerja amal ini antara lain dihasratkan akan dapat memberikan pendedahan kepada para peserta tentang kerja-kerja kemasyarakatan, di samping meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab sosial kepada mereka yang kurang berkemampuan. Salah seorang peserta program,
Ahmad Firdaus bin Mohammad, 22 tahun, berasa teruja kerana dapat membuat kerja berkebajikan seperti membersihkan kawasan kediaman milik Awang Muhamad Shaihan bin Shamsun di Kampung Kasat. Tambahnya, inisiatif seumpama itu merupakan langkah yang baik dalam memberikan pertolongan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan lebih-lebih lagi dalam persiapan menyambut Ramadan dan lebaran akan datang. Sementara isteri Awang Shaihan, melahirkan penghargaan dan terima kasih atas kesudian dan sumbangan bantuan daripada Jabatan Penerangan dan peserta program dalam membisaikan kawasan rumah mereka yang telah berusia hampir 40 tahun dan dihuni oleh sembilan orang ahli keluarga. Manakala bagi seorang peserta, Dayang Siti Nurul Yaziidah binti Haji Abdul Aziz, 23 tahun, berkata, aktiviti amal yang dilaksanakan ini memberi kesedaran kepada mereka tentang kewujudan golongan insan-insan yang daif dan memerlukan bantuan. "Keprihatinan kita terhadap golongan yang hidup susah ini adalah
penting bagi menjaga kehidupan bermasyarakat di negara ini," katanya kepada Pelita Brunei. Menurut Awang Hairizul Hisham bin Haji Awang Matali, lepasan ijazah Universiti Brunei Darussalam, berpendapat, melalui aktiviti kerja amal ini, dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan di negara ini dalam sama-sama hidup dalam kesejahteraan bersama masyarakat dan penduduk di negara ini. Manakala pemilik rumah, Dayang Rukam binti Haji Ibrahim mengucapkan setinggi penghargaan terutamanya kepada para peserta Perkampungan Sivik dan pihak Jabatan Penerangan kerana berkesudian dalam membantu membersihkan rumah kediamannya yang telah didiaminya lebih dari 30 tahun itu bersama anak-anak beliau. Dayang Rohani binti Sahari juga turut bersyukur dengan bantuan yang diberikan dan berharap programprogram seumpamanya akan dapat dilaratkan lagi kepada keluarga lain yang turut memerlukan pada masa akan datang.
Tingkat kesedaran mengenai jenayah siber Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 18 Mei. - Para peserta Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam juga diberikan Taklimat Mengenai Jenayah Siber - Risiko dan Bahaya Media Sosial bertempat di Kompleks Sukan Sungai Kebun, di sini. Ceramah tersebut yang disampaikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Dayangku Hazirah Pengiran Mohd. Yusof dan Dayang Hajah Atiyyah Azzahra binti Pehin Orang Kaya Lela Sura Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abas yang juga merupakan inisiatif Bahagian Keadilan Jenayah di Jabatan Peguam Negara dalam usahanya untuk
meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya teknologi dan media sosial yang sekarang ini semakin luas penggunaannya dalam era yang serba mencabar ini. Taklimat berkenaan meliputi pelbagai isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan media sosial seperti buli siber termasuk scamming talian dan memeras ugut. Salah satu topik yang dibincangkan adalah perkongsian maklumat peribadi terlalu banyak dalam talian, yang memudahkan penjenayah siber mengeksploitasi untuk melakukan suatu kesalahan. Para peserta juga diingatkan supaya peka dan berhati-hati apabila mereka berkomunikasi melalui internet dan
menghantar atau berkongsi apa jua maklumat peribadi tentang diri mereka atau orang lain. Taklimat juga menerangkan mengenai beberapa kes jenayah siber yang telah didakwa di negara ini termasuk mesej viral serta menyebarkan maklumat palsu. Bahagian Keadilan Jenayah Jabatan Peguam Negara juga sangat mengalu-alukan pihak sekolah dan institusi pendidikan menghubungi mereka bagi menyampaikan ceramah dalam sama-sama membarigakan topik yang berkaitan.
TIMBALAN Pendakwa Raya dari Bahagian Keadilan Jenayah di Jabatan Peguam Negara, Dayang Hajah Atiyyah Azzahra binti Pehin Orang Kaya Lela Sura Dato Seri Laila Jasa Awang Haji Abas semasa memberikan taklimat.
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
21
Tambah ilmu pengetahuan melalui membaca Berita dan Foto : Ihsan Zainudin Haji Ishak
PENOLONG Pengarah / Ketua Unit Sumber, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Zakaria bin Haji Duraman, selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok, Kluster 4 ketika bergambar ramai bersama Guru Besar sekolah dan sebahagian guru serta kakitangan bahagian perpustakaan sekolah berkenaan.
Semai semangat patriotisme penuntut Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin BERAKAS, Rabu, 17 Mei. - Dalam usaha menyemai semangat patriotisme para penuntut untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara, Jabatan Penerangan melalui Unit Kenegaraan, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan terus mengadakan siri Program Taklimat Kenegaraan 'Menghayati Lagu Kebangsaan dan Bendera Negara'. Program taklimat kali ini diadakan di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan dihadiri oleh Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar, Awang Mohammad Arif bin Dr. Haji Serbini berserta 312 penuntut dari Tahun 7 bersama tenaga-tenaga pengajar maktab berkenaan. Taklimat 'Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan' disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya yang antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci.
PARA penutut dari Tahun 7 yang hadir pada sesi taklimat tersebut.
Menurutnya, rakyat dan penduduk negara ini dikehendaki untuk menaik-kibar dan kemudian menurunkan bendera negara pada waktu yang telah ditetapkan, yang lazimnya diumumkan melalui media massa kerajaan seperti Pelita Brunei dan Radio Televisyen Brunei. Semasa taklimat tersebut, para penuntut juga berpeluang
menyaksikan tayangan klip video 'Kibarkan Dengan Megah Bendera Negara', 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Mengibarkan Bendera Negara' dan seterusnya menyertai Sesi Kuiz Kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan. Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab Kuiz Kenegaraan.
Taklimat kenegaraan terapkan nilai cintakan negara pelajar
SEORANG kakitangan Jabatan Penerangan mengendalikan kuiz kenegaraan untuk penuntut-penuntut Tahun 7 Sekolah Menengah Rimba II setelah diberikan Taklimat Menghayati Bendera Negara dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Hernie Suliana Haji Othman GADONG, Rabu, 17 Mei. - Seramai 100 penuntut Tahun 7 dari Sekolah Menengah Rimba II menghadiri Taklimat Kenegaraan 'Menghayati
Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam' bertempat di Learning Space, sekolah berkenaan, di sini.
Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Awang Muhd. Nurakram bin Noraini @ Bahrin yang antara lain menyentuh mengenai tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 'Allah Peliharakan Sultan' dengan terperinci. Pada taklimat tersebut, para penuntut berpeluang menyaksikan klip video bertajuk 'Semarak Pengibaran Bendera Negara' dan video animasi 'Tatacara Mengibarkan Bendera Negara'. Taklimat diteruskan dengan kuiz kenegaraan dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab soalan yang diberikan. Hadir sama, pengetua sekolah berkenaan, Dayang Hajah Khadijah binti Haji Damit dan tenaga-tenaga pengajar sekolah. Program tersebut merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri dalam menyemai semangat patriotisme para pelajar untuk menghormati serta menjiwai lagu kebangsaan dan bendera negara.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Pendidikan dalam semua lapisan masyarakat adalah semakin penting, salah satu aspek yang diberi keutamaan oleh Kementerian Pendidikan ke arah mewujudkan pelajar yang berpengetahuan tinggi dan berdisiplin ialah memupuk amalan serta budaya membaca dalam kalangan pelajar. Penolong Pengarah / Ketua Unit Sumber, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Zakaria bin Haji Duraman menjelaskan perkara tersebut selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Sambutan Hari Buku Sedunia peringkat Sekolah Rendah Orang Kaya Besar Imas, Subok, Kluster 4 di Dewan Mini sekolah berkenaan. Menurutnya, melalui pembacaan, seseorang akan mendapat pelbagai ilmu pengetahuan yang mendatangkan faedah bukan sahaja terhadap dirinya sendiri, malah juga terhadap masyarakat dan negara. Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan Guru Besar sekolah tersebut, Dayang Sarimah binti Haji Mina, antara lain menyatakan, tujuan sambutan itu adalah untuk memberikan galakan yang berterusan kepada para pelajar untuk meneroka dan menikmati keseronokan membaca buku bermula dari kelas pra lagi. Jelasnya, menerapkan bahawa buku boleh menjadi tali pengikat manusia
dengan kebudayaan secara terusmenerus tidak mengira perubahan zaman. Sambutan pada tahun ini yang bertema 'Buku Itu Ilmu' adalah anjuran Komiti Perpustakaan sekolah berkenaan yang menggariskan beberapa objektif, antaranya menggalakkan minat para pelajar untuk mengunjungi dan menjadikan perpustakaan sebagai satu wadah pembelajaran yang komprehensif, di samping dapat mengembangkan etos membaca dalam kalangan warga sekolah secara amnya. Turut hadir, guru-guru kanan, guru-guru, kakitangan perpustakaan sekolah dan para pelajar sekolah tersebut serta pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah. Beberapa aktiviti telah dijalankan menjelang sambutan tersebut seperti kuiz perpustakaan, projek hari buku dan membaca buku secara beramairamai (mass reading). Hadiah-hadiah bagi pemenang aktiviti tersebut termasuk pembaca buku terbanyak perpustakaan bagi penggal pertama persekolahan telah disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Pada majlis itu, tetamu kehormat juga dibawa untuk menyaksikan pameran sambutan hari buku sekolah dan merasmikan Visi, Misi dan Matlamat Perpustakaan sekolah berkenaan.
Pelaut dinasihati jauhi kawasan penyelidikan Sedimen Flux Siaran Akhbar : Jabatan Laut BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Pelaut-pelaut adalah diingatkan bahawa kerja-kerja penyelidikan Sedimen Flux kini sedang dijalankan di kawasan pelabuhan Muara hingga ke perairan Serasa yang telah pun bermula pada 8 Mei dan akan berterusan sehingga 31 Oktober 2017. Kerja-kerja penyelidikan ini akan menyebabkan pembatasan kepada keselamatan pelayaran. Bot yang terlibat ialah Victoria Jacoba (B 2385) iaitu Call Sign (B 2385) dengan ukuran panjang 8.8m, lebar 2.15m, draf 1.00m dengan memiliki daya muatan kapal secara kasar, iaitu 4 tan. Penyelidikan Sedimen Flux akan dilaksanakan menggunakan sistem pengenalan arus 'Acoustic Doppler' di atas bot yang digunakan. Bot tersebut akan mempamerkan bendera bersesuaian berhubung penyelidikan untuk memaklumkan kepada para pelaut. Isyarat semboyan hon juga akan digunakan semasa kecemasan. Pelaut-pelaut adalah dinasihatkan untuk belayar dengan berhati-hati dan menjauhi diri dalam jarak yang selamat dari kawasan operasi dan sentiasa mengamalkan sifat-sifat kepelautan yang terbaik ketika berada di dalam kawasan operasi tersebut. Mana-mana kapal juga dikehendaki untuk menjauhi diri daripada operasi. Peta Laut yang terlibat ialah BA 2134.
Hari Terbuka ISQ dan Konsultansi Kampus IBTE Nakhoda Ragam Siaran Akhbar : Institut Pendidikan Teknikal Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Orang ramai dijemput untuk menghadiri Hari Terbuka Kelulusan Kemahiran Perindustrian (Industrial Skills Qualification - ISQ) dan Konsultansi Pengambilan Ke-7 yang akan berlangsung pada 19 Mei 2017, bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Sesi akan dibukakan semula pada pukul 2.00 petang hingga 5.00 petang. Sesi seterusnya disambung semula pada 20 Mei ini, bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sesi konsultansi selama dua hari itu akan diadakan di Kampus IBTE Nakhoda Ragam, Jalan Muara - Tutong. Orang ramai akan diberikan akses mengenai maklumat dan butiran kursus semasa waktu konsultansi. Terdapat enam program yang ditawarkan, iaitu ISQ in Heavy Vehicle Driver, ISQ in Industrial Painter, ISQ in Marker / Fitter, ISQ in Rigger, ISQ in Scaffolder and ISQ in Welder. Permohonan untuk program-program ini dapat dimuat turun menerusi laman sesawang www.ibte.edu.bn/tvecas bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017.
22
NASIONAL
HARI SABTU 20 MEI 2017
Bijaksana dalam pengurusan kewangan peribadi
M
ARILAH kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Harta merupakan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya dan bukanlah untuk disia-siakan sehingga terjadi pembaziran, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan sebagainya. Oleh sebab itu pentingnya pengurusan kewangan dan harta
dengan berhemah dan bijaksana seperti menabung, berzakat, bersedekah, pembahagian hak waris termasuklah harta anak-anak yatim dan sebagainya. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Furqaan, ayat 67 : Tafsirnya : ''Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana di antara keduanya.''' Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari mengurus dan menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, pengurusan kewangan yang teratur dan berperancangan akan membantu mensejaterakan kehidupan kita pada masa hadapan. Kita perlu membuat inisiatif baharu bagi mengubah sikap kita dalam pengurusan kewangan. Sebagai permulaan, langkah-langkah berikut boleh kita lakukan. Pertama : Menyemak dan menyusun semula kewangan peribadi. Muhasabah diri dalam perbelanjaan dan gaya hidup kita. Jika ia melebihi dari kemampuan kita, maka kita perlu mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan simpan wang untuk rancangan masa depan. Kedua : Amalkan budaya menabung kerana dengan menabung kita dapat membuat persediaan, jika berlaku hal-hal kecemasan. Ketiga : Elakkan dari sifat berhutang lebih-lebih lagi berhutang bagi perkara-perkara yang tidak berfaedah dan tidak penting. Dalam pengurusan kewangan, pakar-pakar kewangan telah menyatakan bahawa kita hendaklah memiliki beberapa kemahiran untuk membuat keputusan yang betul dalam
kehidupan, seperti mempunyai kesedaran terhadap pentingnya mengurus kewangan, meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kewangan dan risikonya, mempunyai sikap yang betul terhadap kewangan, memotivasikan diri dan mempunyai keyakinan untuk mengurus kewangan yang baik. Amalan menabung ialah amalan terpuji. Amalan budaya menabung hendaklah diterapkan dari peringkat awal lagi dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak dari kecil lagi, ibu bapa seharusnya menjadi contoh yang baik dalam mengamalkan tabiat suka menabung. Anak-anak harus dididik dengan mendisiplinkan diri mereka agar mempunyai peti tabung sendiri di rumah atau mempunyai akaun simpanan di dalam bank. Kita juga perlu menjelaskan kepada anak-anak akan tujuan dan pentingnya amalan menabung agar mereka berminat untuk menabung, menanamkan sifat berjimat cermat, berbelanja dengan bijak, tidak bersikap boros. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, maksudnya : ''Simpanlah sebahagian dari harta kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagi mu.'' Apakah kelebihan yang kita dapat dari sikap menabung wahai kaum Muslimin? Sesungguhnya banyak kelebihan yang boleh kita dapat dari amalan menabung, antaranya ekonomi seseorang itu akan lebih teratur dan terancang dan dapat membantu kita membuat persediaan bagi menghadapi keadaan-keadaan yang tertentu di masa akan datang seperti
persediaan dalam urusan persaraan, pendidikan anak-anak, memiliki kenderaan dan kediaman dan sesuatu yang luar jangkaan. Dengan amalan menabung walaupun dengan jumlah yang sedikit tetapi berterusan adalah lebih baik daripada tidak menabung ibarat kata pepatah Melayu ''Sikit-sikit lamalama jadi bukit'', dengan adanya wang simpanan juga membolehkan kita meningkatkan ibadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan harta yang kita miliki seperti memberi sumbangan wakaf, sedekah, lebih-lebih lagi untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan fardu haji. Sebagai umat Islam kita hendaklah membelanjakan rezeki yang diperolehi itu dengan bijak mengikut lunas-lunas Islam. Oleh itu, amalkan sikap suka menabung, mudah-mudahan dengan cara demikian kita akan dapat mengukuhkan lagi ekonomi keluarga, masyarakat dan negara demi menjamin masa depan yang lebih baik. Dan sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan memberi rezeki yang banyak melimpah ruah dan nikmat yang berkekalan. Supaya kita dapat hidup dengan bahagia dan selamat di dunia dan di akhirat. Surah Al Maa'idah, ayat 114 : Tafsirnya : ''Ya Allah Tuhan kami! turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit yang pada hari turunya akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang ada bersama dan yang akan datang kemudian dan menjadi tanda kekuasaan-Mu. Dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pemberi rezeki.''
Perkampungan Sivik beri manfaat kepada para peserta Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Azmah Haji Ahad SUNGAI KEBUN, Jumaat, 19 Mei. Program Perkampungan Sivik Lepasan Ijazah Negara Brunei Darussalam 2017 anjuran Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang diadakan selama enam hari di Kompleks Sukan Sungai Kebun berakhir hari ini. Sehubungan itu, sesi pecambahan fikiran dalam menilai program berkenaan diadakan di Bilik Serbaguna kompleks sukan berkenaan, di sini. Sesi pecambahan fikiran itu disampaikan oleh Pegawai Penerangan, Dayang Hajah Hamsah
binti Datu Kerna Haji Jaya; Penolong Pegawai Penerangan, Awang Muhd. Nurakram bin Noraini @ Bahrin dan Pegawai Luar Penerangan, Dayang Dona Azfina binti Ibrahim. Sementara itu, peserta program, Dayang Siti Noor Allyanafaiza binti Alirahim, lepasan ijazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpendapat program tersebut sangat bermanfaat terutama dalam mengetahui sejarah Brunei, Melayu Islam Beraja dan Wawasan Brunei 2035. Justeru itu, beliau berharap program itu akan dapat diteruskan lagi
pada masa akan datang dengan memberi penekanan yang lebih pada pengetahuan bagi para peserta program. Awang Nazirulamin bin Nordin, lepasan ijazah Universiti Brunei Darussalam pula menyatakan, melalui program itu, dapat menyatupadukan para lepasan tempatan dari dalam dan luar negara dengan bidang serta kemahiran masing-masing. Dari sini tambahnya, akan dapat berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi, di samping mengeratkan hubungan silaturahim serta hubungan kekeluargaan. Menurut beliau lagi program tersebut sangat unik dan bermaklumat yang patut diketahui oleh belia-belia khususnya para lepasan ijazah.
DAYANG Siti Noor Allyanafaiza binti Alirahim kelepasan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berpuas hati mengikuti Program Perkampungan Sivik 2017.
AWANG Nazirulamin bin Nordin kelepasan dari Universiti Brunei Darussalam semasa ditemu bual oleh Pelita Brunei.
Mesej virus melalui media sosial adalah penipuan Siaran Akhbar : Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei
SESI Pecambahan fikiran dalam menilai Program Perkampung Sivik di antara para mahasiswa dan mahasiswi serta para pegawai Jabatan Penerangan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 19 Mei. - Orang ramai dimaklumkan mengenai mesej virus yang diterima melalui media sosial kononnya dari Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) untuk mengemas kini maklumat pelanggan mereka pada 16 Mei lalu. Menurut Siaran Akhbar Perbadanan TAIB, e-mel tersebut adalah satu penipuan dan sama sekali tidak berkaitan dengan jenama TAIB tersebut. Perbadanan TAIB juga ingin menasihatkan orang ramai dan pelanggan untuk tidak memberikan apa-apa maklumat peribadi melalui e-mel dan tidak mengakses mana-mana pautan selain dari https://tib.taib.com.bn/TaibConsumer. Pelanggan yang telah menerima sebarang e-mel mencurigakan seperti meminta awda mengesahkan butiran akaun TAIB awda atau telah memasukkan peribadi maklumat selepas mengklik link yang disyaki, sila hubungi pusat panggilan TAIB dengan segera melalui talian +673 2342626.
SUKAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
23
Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab
PEMANGKU Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan hadir selaku tetamu kehormat dan telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Sekolah Menengah Katok dinobatkan sebagai juara Kejohanan Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Kluster 1 bagi Tahun 2017.
ANTARA aksi pemain semasa Kejohanan Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab-maktab Kluster 1 bagi Tahun 2017, bertempat di padang Kompleks Sukan Batu Apoi, Temburong.
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
Pasukan futsal kebangsaan pamer perubahan positif
TEMBURONG, Khamis, 18 Mei. Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Unit Jasmani dan Cawangan Kokurikulum Temburong mengadakan Kejohanan Bola Sepak Peringkat Akhir Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Kluster 1 bagi Tahun 2017, bertempat di padang Kompleks Sukan Batu Apoi, di sini. Peringkat akhir kejohanan yang diadakan pada sebelah pagi menyaksikan perlawanan bagi Kategori 'B', di antara Sekolah Menengah Katok dengan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar Temburong. Perlawanan berkesudahan
dengan Sekolah Menengah Katok menumpaskan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar dengan jaringan 4 - 2. Sementara pemain terbaik perlawanan ialah pemegang jersi no. 4, Awang Daniyal bin Mohd. Zinin dari Sekolah Menengah Katok. Sementara itu, di peringkat akhir kejohanan pada sebelah petang pula menyaksikan perlawanan dalam Kategori 'C', juga di antara Sekolah Menengah Katok dengan Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar. Perlawanan berpihak kepada Sekolah Menengah Katok yang berjaya menumpaskan pihak lawan dengan jaringan 3 - 1. Manakala pemain
berjersi no. 9, Awang Mohd. Syazareel bin Rasit @ Rashid dari Sekolah Menengah Katok dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan. Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut ialah Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan yang telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Perlawanan bagi tempat ketiga dan keempat bagi Kategori 'C' telah berlangsung pada 13 Mei lalu, di mana Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS) berjaya menumpaskan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah dengan jaringan 2 - 0. Manakala perlawanan bagi tempat ketiga dan keempat bagi Kategori 'B' telah berlangsung 15 Mei lalu, di mana Maktab SOAS menang bergaya dengan jaringan 7 - 1 ke atas Sekolah Menengah Menglait. Kejohanan merupakan salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum melalui Unit Jasmani dengan objektif utama penganjurannya adalah bagi memberikan galakan dan dorongan kepada atlet remaja di sekolahsekolah dan maktab-maktab supaya bergiat aktif dalam kegiatan sukan serta melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dari segi fizikal dan mental. Kejohanan ini dibukakan kepada para pelajar lelaki mengikut kategori kumpulan umur, iaitu Kategori 'B' berumur 15 tahun ke bawah yang lahir pada tahun 2002 ke atas dan Kategori 'C' bagi pelajar yang berumur 16, 17 dan 18 tahun yang lahir pada tahun 1999, 2000 dan 2001 sahaja.
Sukan Muhibah kukuh persahabatan dua negara Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
SESI bergambar ramai Pasukan Futsal Kebangsaan semasa Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Jurulatih Futsal Kebangsaan, Qusmaini Noor Haji Rusli menzahirkan rasa gembiranya dengan para pemain Bawah-20 beliau walaupun pasukan tewas 6 - 1 kepada Iraq dalam Perlawanan Kejohanan Futsal Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) yang diadakan di Bangkok. Pemainnya memulakan kempen mereka selepas tewas kepada Afghanistan dengan keputusan 14 - 1 pada Selasa lalu namun prestasi pemain lebih baik dalam permainan malam ini, terutamanya pada separuh masa kedua apabila mereka mengawal permainan lebih baik. ''Para pemain telah cuba bermain dengan lebih baik pada malam ini dan mengurangkan kesilapan yang telah dilakukan pada perlawanan pertama semalam,'' kata Qusmaini. ''Saya nampak segalanya ada perubahan yang positif. Yang kita
tahu, Iraq adalah pasukan yang sangat kuat dan kebanyakan pemain mereka bermain di Liga Iran. Sedikit kesilapan selepas 10 minit separuh masa pertama menyebabkan pasukan Iraq berjaya menjaringkan tiga gol. Walau bagaimanapun, pada separuh masa pertama pemain menunjukkan keyakinan untuk bermain dan hanya membenarkan satu gol selepas 10 minit separuh masa kedua dan satu lagi 59 saat sebelum perlawanan berakhir,'' jelas Qusmaini. Antara perlawanan yang turut berlangsung hari ini iaitu Afghanistan menewaskan Malaysia 4 - 1 dan Bahrain kalah 4 - 0 menentang lawan Thailand. Pasukan Futsal Kebangsaan akan berdepan dengan pasukan Bahrain pada 19 Mei 2017 sebelum menamatkan kempen Kumpulan 'A' mereka menentang Malaysia pada Sabtu.
TEMBURONG, Rabu, 17 Mei. Ke arah meningkatkan persefahaman dan mengeratkan hubungan silaturahim khususnya melalui aktiviti sukan dalam kalangan dua daerah berjiran, iaitu Daerah Temburong, Negara Brunei Darussalam dan Daerah Limbang, Sarawak, Malaysia, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Temburong (PHEUDT), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) telah mengadakan Sukan Muhibah Persahabatan yang disertai lebih 60 pegawai dan anggota serta kakitangan dari Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cawangan Daerah Limbang, Sarawak. Hadir bagi melancarkan perlawanan Sukan Persahabatan di Kompleks Sukan Batu Apoi, di sini, ialah Pengarah Pentadbiran, KHEU, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah. Sejurus pelancaran, tiga perlawanan diadakan serentak di antara kedua-dua pasukan, iaitu bola sepak, bola jaring dan bola tampar yang melibatkan pegawai dan kakitangan dari kedua-dua Jabatan. Sementara perlawanan badminton pula diadakan pada sebelah malam bertempat di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Bangar dan diakhiri dengan Majlis Makan Malam bagi meraikan rombongan pelawat. Pemangku Ketua Pegawai Ugama
PENGARAH Pentadbiran, KHEU, Awang Haji Zulkifli bin Panglima Asgar Dato Paduka Haji Abdullah beramah mesra bersama permain-permain bolasepak pasukan pelawat.
Daerah Temburong, Awang Haji Kamarulzaman bin Kamis semasa ditemui menjelaskan, selain memberi manfaat dalam penjagaan kesihatan melalui aktiviti sihat ke arah melahirkan warga Perkhidmatan Awam yang sihat dan cergas dalam kalangan kedua-dua jabatan, Sukan Muhibah Persahabatan ini juga dianjurkan bagi meningkatkan lagi hubungan silaturahim khususnya memupuk nilai persaudaraan serta kekeluargaan di kedua-dua belah pihak, bertepatan dengan Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, apatah lagi Daerah Temburong dan juga Daerah Limbang tambahnya, adalah berjiran justeru
nilai-nilai persaudaraan dan hubungan kekeluargaan adalah amat rapat. Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang Sarawak, PDRM, ASP Roslan bin Leman selaku ketua rombongan pelawat melahirkan kegembiraan di atas undangan dari pihak PHEUDT dan menurutnya memang jelas penganjuran Sukan Muhibah Persahabatan ini memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak khususnya dalam mengukuhkan ikatan silaturahim di antara dua negara berjiran dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan melalui aktiviti sukan yang telah dijalankan.
24
SUKAN
HARI SABTU 20 MEI 2017
Pelajar Sekolah Menengah, Maktab saksikan Judo Kudokan
DEMONSTRASI Judo Kudokan yang dilakukan oleh dua orang tenaga pengajar Judo dari Institut Judo Kodokan (KJI), iaitu Timbalan Pengurus, Jabatan Antarabangsa KJI, Tuan Chikara Kariya dan Tuan Shusaku Kiryu dari Jabatan Perpustakaan dan Muzium, KJI yang didatangkan oleh Japan Foundation Asia Centre ke negara ini (kiri), sementara gambar kanan, antara yang hadir, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Jepun, Puan Junko Kurihara.
Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 17 Mei. - Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan mengadakan demonstrasi Judo Kudokan untuk pelajar-pelajar Sekolah-sekolah
Menengah dan Maktab-maktab di negara ini di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Seramai 180 pelajar hadir menyaksikan Demonstrasi Judo Kudokan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Pasukan Kadet Beruniform Sekolah-sekolah
Menengah di negara ini, iaitu 50 Kadet Polis, 30 Kadet Bomba dan 100 Kadet Tentera. Japan Foundation Asia Centre telah mendatangkan dua orang tenaga pengajar Judo dari Institut Judo Kodokan (KJI), iaitu Timbalan Pengurus, Jabatan Antarabangsa KJI, Tuan Chikara Kariya dan Tuan
Shusaku Kiryu dari Jabatan Perpustakaan dan Muzium, KJI bagi menunjuk ajar Judo tersebut. Juga hadir, Pemangku Pengarah Pendidikan Kokurikulum, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Azis bin Haji Nayan dan Setiausaha Pertama, Kedutaan Jepun, Puan Junko Kurihara.
Ma'had Islam Brunei johan Kategori 'B' Kejohanan Sepak Takraw Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pendidikan Kokurikulum TUTONG, Rabu, 17 Mei. - Pasukan Ma'had Islam Brunei muncul johan Kategori 'B' dalam Kejohanan Sepak
Takraw Peringkat Akhir Sekolah-sekolah Menengah Maktab Kluster 5, Tahun 2017.
bagi dan
A
NTARA satu kegiatan ekonomi tradisi bagi masyarakat Kampong Ayer ialah menambang. Jenis kegiatan ekonomi ini adalah sejenis kegiatan ekonomi yang satu-satunya masih bertahan hingga ke hari ini. Aktiviti menambang ini boleh dibahagikan pada dua era, iaitu sebelum tahun 1950-an dan selepas tahun 1950-an. Perbezaan di antara kedua-dua era ini ialah penggunaan enjin dalam kegiatan ekonomi penambang. SUMBER : Sistem Pengangkutan di Kampung Air : Dari Perspektif Sejarah dan Sosioekonomi, Haji Mohammad Rosfazilah Haji Yusly, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2008.
Naib johan disandang oleh pasukan Sekolah Menengah (SM) Tanjong Maya dan di tempat ketiga pasukan dari SM Sayyidina Othman. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan hadiah ialah Ketua Kampung Sengkarai Tutong, Awang Haji Mumin bin Abdul Razak di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tutong, di sini. Johan Kategori 'C' diraih oleh pasukan SM Muda Hashim, naib johan, pasukan Ma'had Islam Brunei dan di tempat ketiga pasukan Sekolah Menengah Tanjong Maya. Pemain Terbaik Kategori 'B', Awang Ahmad Hijrah Syazani bin Mohammad dari Ma'had Islam Brunei dan Pemain Terbaik Kategori 'C', Awang Muhammad Amirul Nur Shah bin Abdullah dari Sekolah Menengah Muda Hashim. Kejohanan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan melalui Cawangan Daerah Tutong dan berjalan selama dua hari bermula 16 Mei dan dikendalikan oleh SM Muda Hashim, Tutong selaku tuan rumah. Perlawanan hari ini adalah perlawanan peringkat akhir bagi Kategori 'C', manakala perlawanan bagi Kategori 'B' telah pun berlangsung kelmarin. Terdahulu, tetamu kehormat diperkenalkan kepada guru-guru pengawas pasukan, pengadilpengadil kejohanan dan pemainpemain. Sebanyak empat buah sekolah menengah menyertai kejohanan bagi kedua-dua kategori, iaitu SM Muda Hashim, Tutong; SM Sayyidina Othman, Tutong; SM Tanjung Maya Tutong dan Ma'had Islam Brunei. Kejohanan tersebut dibahagikan pada dua kategori, iaitu Kategori 'B' (pelajar berumur 15 tahun ke
KETUA Kampung Sengkarai Tutong, Awang Haji Mumin bin Abdul Razak menyampaikan hadiah kepada pemain Terbaik Kategori 'B', Awang Ahmad Hijrah Syazani bin Mohammad dari Ma'had Islam Brunei (atas sekali), sementara gambar atas, antara aksi perlawanan pada Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Akhir bagi Sekolah-sekolah Menengah dan Maktab Kluster 5, Tahun 2017.
bawah - lahir pada tahun 2002 dan ke atas) dan Kategori 'C' (pelajar berumur 16, 17 dan 18 tahun - lahir pada tahun 1999, 2000 dan 2001 sahaja). Tujuan kejohanan tersebut diadakan adalah sebagai salah satu kegiatan projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Cawangan
Daerah Tutong, di samping dapat menjalinkan hubungan silaturahim dalam kalangan penuntut, di samping mengembangkan daya saing dan keluhuran budi serta membina jasmani serta rohani yang sihat dan mantap, selain meningkatkan tahap disiplin murid.
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
BUDAYA MENABUNG AMALAN TERPUJI