''TETAPI perlu diingat, pertahanan bukanlah setakat bergantung kepada peralatan dan persenjataan semata-mata, malah turut penting ialah keupayaan para anggota dalam memainkan peranan masing-masing. Jika peranan itu berjaya dilaksanakan dengan baik, maka tidak syak lagi ia akan menjadi nilai tambah kepada peralatan dan persenjataan.'' - Titah Sempena Upacara Sovereign's Parade Pengambilan Ke-14 Sekolah Pegawai Kadet, Akademi Pertahanan ABDB 1437 H / 2016 M.
''DAN janganlah kamu mencaci sesama kamu dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelaran yang buruk.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Hujuraat, ayat 11).
4.39
TAHUN 61 / BILANGAN 142
4.49
6.11
6.35
26 NOVEMBER 2016 / 1438
12.09
26
3.30
6.04
7.17
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Naubat sempurna dibuka semula
ISTIADAT Membuka Naubat berlangsung di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Penutupan Naubat selama 40 hari sejak 16 Oktober lalu berikutan kemangkatan Yang Teramat Mulia
Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar binti Pengiran Anak Haji Metassan kini sempurna dibuka semula. Majlis Istiadat Membuka Naubat
berlangsung di Lapau di ibu negara, di hadapan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bin Pengiran Jaya Negara Pengiran Haji Abu Bakar. Majlis dimulakan dengan bacaan Tahlil yang dipimpin oleh Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Paduka
Setia Raja Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Suhaili bin Haji Mohiddin. Manakala bacaan Doa Tahlil dan diikuti dengan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. Majlis kemudian disusuli dengan
Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar. Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar menghembuskan nafas terakhir pada hari Ahad, 15 Muharam 1438 Hijrah bersamaan 16 Oktober 2016 lalu di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha sekitar jam 5.45 pagi. Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar merupakan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha. Al-Marhumah Yang Teramat Mulia Pengiran Babu Raja Pengiran Anak Hajah Besar telah berkahwin dengan Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ibni Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman pada tahun 1943 dan pada usianya 88 tahun itu dikurniakan dengan sembilan orang anak, 37 orang cucu dan 29 orang cicit. Berangkat dan hadir pada majlis tersebut ialah Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria, MenteriMenteri Kabinet, Ahli-ahli Majlis-Majlis Mesyuarat, TimbalanTimbalan Menteri, Pengiran-Pengiran Peranakan, Yang Dimuliakan Pehin-Pehin dan para jemputan. Sementara di Istana Nurul Iman, Naubat dititir sebelum masuk waktu Sembahyang Fardu Maghrib.
Berhati-hati sertai skim tidak berlesen Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) ingin menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila menyertai mana-mana skim yang tidak dilesenkan di bawah undang-undang atau peraturan yang ditadbirkan oleh AMBD. Orang ramai dengan ini dimaklumkan bahawa entiti-entiti Dinar Dirham; Zenith Gold; Powergold; Rich World Revolution (RWR); PhytoScience; Mon Space dan Mface adalah tidak dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditadbir oleh AMBD.
AMBD ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila ingin menyertai mana-mana skim pelaburan atau transaksi kewangan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk terlebih dahulu mengesahkan kesahihan skim-skim pelaburan yang ditawarkan dan meneliti risiko yang berkemungkinan timbul daripada melabur di dalam skim tersebut. Jika syarikat tersebut berada di luar negara, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan dengan pihak berkuasa di luar negara sama ada ianya dilesenkan. AMBD ingin sekali lagi mengingatkan bahawa pengguna kewangan yang ingin melibatkan diri
E-mel: E-mel:pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn
dalam skim-skim pelaburan yang tidak dilesenkan oleh AMBD, pengguna kewangan tersebut tidak akan dilindungi di bawah rangka kerja penyeliaan yang ditadbir oleh AMBD. Rangka kerja penyeliaan AMBD adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur dengan memastikan hanya institusi atau individu yang berkelayakan boleh memberikan perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Senarai nama individu-individu dan institusi-institusi yang dilesenkan oleh AMBD boleh didapati melalui AMBD App, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui 'App Store' bagi pengguna iPhone dan 'Google Playstore' bagi pengguna Android atau dengan melayari laman sesawang AMBD di http://www.ambd.gov.bn.
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Muka 5
Muka 7
SMS Brunei Prihatin tingkatkan rasa pemedulian masyarakat
TIGA pegawai TUDB terima Lencana Juruterbang
Faksimile: 2381004
Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
Pemimpin hebat perlu punyai kualiti Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
P
ERTAMA sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Jawatankuasa Penganjur kerana menjemput saya sebagai tetamu kehormat dan menyampaikan ucaptama pada Persidangan yang sangat penting ini. Saya berasa bangga dapat menyertai di Persidangan Kepimpinan (LeadCon) 2016 yang julung kalinya diadakan pada pagi ini. Dengan tema, "Kepimpinan dan Inovasi dalam Persekitaran Global yang Berubah", bertepatan dengan keadaan dunia yang berterusan dilanda perubahan dan kepimpinan dan prospek inovatif yang kukuh adalah pra syarat untuk membimbing organisasi melalui cabaran tersebut. Dalam ketidaktentuan ekonomi semasa global dan cabaran yang kompleks, sekurang-kurangnya dalam masa terdekat ini, kepimpinan yang baik akan mengambil peluang untuk membuat perubahan; perubahan bagi meningkatkan operasi, proses dan mereka yang mencambah idea dan inovasi baru akan mencapai kejayaan yang lebih besar. Seperti yang ditekankan oleh Forum Ekonomi Dunia, pertumbuhan ekonomi lebih bergantung kepada perdagangan dan pelaburan antarabangsa. Pertumbuhan ekonomi digital, kebangkitan sektor perkhidmatan dan penyebaran rangkaian pengeluaran antarabangsa semuanya adalah percaturan bagi perubahan perdagangan antarabangsa. Perubahan dramatik pada ekonomi dunia di tahun-tahun kebelakangan ini memerlukan perubahan yang pesat dalam menjalankan perniagaan. Di sinilah pemimpin hebat diperlukan untuk memberi tenaga dan membawa inovasi baru ke dalam organisasi masing-masing, bagi menghadapi cabaran yang amat besar, kerana di sebalik cabaran itulah terdapat peluang yang besar. Jadi apakah kualiti kepimpinan bagi seorang pemimpin yang kita perlukan? Dari perspektif Islam, yang saya petik dari artikel yang ditulis oleh Kasim Randeree, bertajuk "Perspektif Islam mengenai Kepimpinan'' keseluruhannya, beliau menekankan 15 kualiti penting bagi seorang pemimpin. Ringkasnya, seorang pemimpin perlu kecekapan; benar; pintar; dapat berkomunikasi; bertanggungjawab, sederhana dan berwawasan. Seorang pemimpin juga perlu bersabar, menjadi pendengar yang baik, menjadi contoh dan mempunyai kebijaksanaan dalam memberikan pertimbangan yang baik, dan ini terbukti dapat dilihat daripada sejarah hidup Nabi-Nabi utusan Allah. Beberapa kajian juga telah dijalankan terhadap jenis kepimpinan yang diperlukan. Menurut McKinsey terdapat empat tingkah laku perlu ada pada kepimpinan yang berkualiti tinggi: Pertama, menyelesaikan masalah secara berkesan; Kedua, keputusan kukuh orientasi; Ketiga, mencari perspektif yang berbeza; dan akhir sekali, menyokong orang lain.
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong merangkap Ahli AMBD Lembaga Pengarah semasa berucap pada Persidangan Kepimpinan (LeadCon) 2016 CIBFM yang bertemakan : ''Leadership And Innovation In A Changing Global Environment'' pada hari Isnin, 7 November 2016 Masihi / 7 Safar 1438 Hijrah, bertempat di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
Terjemahan dari teks asal dalam bahasa Inggeris oleh Hajah Apsah binti Haji Sahdan
Artikel lain yang diterbitkan oleh Harvard Business Review Mac 2016 dipetik dengan keputusan yang sama, tetapi dengan ciri-ciri tambahan seperti menunjukkan etika yang kukuh; memupuk rasa kekitaan; memberi kuasa kepada orang lain untuk menganjurkan sendiri dan juga menggalakkan pertumbuhan. Kepimpinan dari perspektif Islam dianggap sebagai satu tanggungjawab dan amanah, dan tidak dapat dicari. Hadis yang dipetik dalam Sahih Muslim menyatakan, "Jangan minta kedudukan yang berkuasa, kerana jika kamu diberikan kedudukan itu atas permintaan kamu, kamu akan dibiarkan sendiri dan jika ia diberikannya bukan atas permintaan kita, kamu akan diberi pertolongan." Ketahuilah bahawa pertolongan itu datangnya dari Allah. Itulah yang membuktikan bahawa pemimpin yang hebat perlu mempunyai kualiti untuk menjadi contoh kepada orang-orang yang mereka pimpin. Bagi seorang muslim, junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah model pemimpin yang berperanan besar, dan contoh pemimpin abadi. Kepimpinan beliau amat dikagumi oleh pemimpin bukan beragama Islam seperti George Bernard Shaw dan Mahatma Gandhi. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
NOVEMBER
26 27 28 29 30 1 DISEMBER
2
mempunyai ciri-ciri pemimpin yang hebat melalui kata-kata dan tindakan beliau yang bersifat; Siddiq (Benar), Fathonah (Pintar), Tabligh (Komunikasi) dan Amanah (Trustworthy). Berpandangan jauh dan pemimpin yang berjaya akan terus menggalakkan inovasi. Clay Christensen, salah seorang daripada guru inovasi terkemuka, bersama-sama dengan Jeffrey H Dyer dan Hal Gregersen, dalam bukunya yang berjudul ''Innovator's DNA" berkata bahawa pembawa inovasi meningkatkan kemahiran inovasi mereka dengan cara memahami, mengamalkan, eksperimen, dan akhirnya mendapat keyakinan dan berupaya untuk mencipta atau berinovasi dengan kemahiran tersebut. Seperti apa yang diperkatakan, masih terdapat salah faham bahawa penciptaan dan penghasilan idea selalu lahir dari pemimpin. Sebenarnya, idea-idea perlu datang dari semua peringkat organisasi. Pemimpin bukan sahaja menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjana idea-idea baru, melakukan proses dan perniagaan yang lebih baik, tetapi juga membenarkan orang-orang yang di bawah pimpinannya menggunakan idea-idea tersebut. Dalam hal ini, pemimpin yang baik perlu menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan pembelajaran berterusan, menjalankan penyelidikan dan yang paling penting membolehkan mereka untuk menjadi lebih inovatif. Apabila kita bercakap mengenai pemimpinpemimpin dunia yang besar dan inovator, kita tidak kekurangan daripada mereka dan banyak pencapaian mereka telah didokumenkan. Di sini, di negara ini, kita mempunyai pemimpin yang berwawasan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Melalui kebijaksanaan dan wawasan beliau, rakyat Brunei Darussalam mampu menikmati kualiti hidup yang tinggi dan persekitaran yang aman. Di kepimpinan baginda, kita mempersiapkan generasi masa kini dan akan datang bagi masa depan yang lebih baik dari segi pendidikan, kesihatan dan ekonomi dengan mewujudkan Wawasan Brunei 2035. Ini bermakna kita berusaha untuk penambahbaikan yang berterusan di mana kita menetapkan petunjuk prestasi utama atau KPI bagi matlamat yang diingini dicapai pada tahun 2035 dan kita mempunyai pemimpin yang mampu memimpin ke arah KPI tersebut. Untuk mencapai Wawasan Brunei 2035, menggalakkan keusahawanan dan inovasi juga penting dalam agenda pembangunan Brunei Darussalam. Ke arah ini, dengan titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Majlis Penyelidikan Brunei telah ditubuhkan untuk mempromosi dan menggalakkan penyelidikan dan inovasi dalam bidang (1) Sains, Teknologi dan Kejuruteraan; (2) Sains Sosial; dan (3) Seni dan Kebudayaan. Ke muka 18
26 NOVEMBER 2016 BERSAMAAN 1438
26
WANITA DICIPTA UNTUK DIKASIHI, BUKAN DISAKITI
D
I SEBALIK kemajuan yang kita alami di peringkat global ketika ini, keganasan terhadap wanita terus menjadi wabak, malah masih ada kalangan wanita yang disisihkan, termasuk wujudnya unsur diskriminasi terhadap golongan wanita. Lebih membimbangkan apabila diskriminasi itu turut membabitkan perlakuan jenayah, termasuk kes keganasan domestik (rumah tangga), aspek kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan wanita-wanita berkerja, penganiayaan wanita semasa berkerja, keseimbangan kerja dan aspek kekeluargaan dan sebagainya, malah ada juga wanita yang dieksploitasikan bagi pelbagai tujuan. Walaupun kes keganasan terhadap wanita bukan satu fenomena yang baru. Tetapi hasil penyelidikan mendapati bahawa penderaan terhadap wanita berlaku yang paling serius ialah dari segi fizikal, seksual, emosi dan pengabaian. Bagi sama-sama mengatasi masalah ini, pelbagai pihak termasuk kerajaan, pelbagai agensi yang berkaitan, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan, perlu berperanan dan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran masyarakat dan seterusnya mengubah persepsi bahawa wanita sebagai golongan lemah dan membiarkan diri terus menjadi mangsa keganasan dan perlakuan jenayah sehingga membawa kemudaratan kepada mereka. Perkara ini amat bertepatan dengan tarikh 25 November setiap tahun diisytiharkan sebagai 'Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita' oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Iaitu sebagai medium terbaik dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai mengenai kepentingan dalam usaha melindungi hak golongan wanita. Di samping bertujuan mencari langkah terbaik mengatasi masalah keganasan terhadap wanita terutama dari aspek pencegahan, penyelesaian dan perundangan. Bagi negara kita, Brunei Darussalam usaha ke arah mempromosi dan melindungi hak wanita telah diteliti oleh Komiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Bagi Penghapusan Diskriminasi Terhadap Wanita (United Nations Committee on the Elimination of Discrimination Against Women - CEDAW) semasa Persidangan Sesi Ke-59 Komiti berkenaan di Geneva, Switzerland. Dan negara kita telah menandatangani Konvensyen CEDAW pada 24 Mei, 2006. Pembangunan kaum wanita di negara kita telah mencapai ke tahap yang amat membanggakan sehingga dapat menandingi dan malah mengatasi pencapaian kaum lelaki dalam beberapa aspek. Wanita kita hari ini bukan sahaja terlibat aktif dalam proses pelaksanaan sebarang projek dan program, malah menjadi penyumbang yang efektif dalam proses perancangan, pentadbiran dan pengurusan dan telah berjaya menembusi bidang kerjaya yang pada tradisinya didominasi oleh kaum lelaki seperti ketenteraan, kejuruteraan dan kesukanan. Usaha tersebut terbukti, apabila jumlah tahap pencapaian wanita negara semakin meningkat sehingga dapat menandingi pencapaian kaum lelaki dalam beberapa aspek termasuk dalam bidang pendidikan, kesihatan dan ekonomi. Perkembangan dan pembangunan positif yang disumbangkan oleh kaum wanita ini telah diperakui dan diambil kira dalam pembentukan hala tuju dasar dan strategi kebangsaan ke arah memanfaatkan potensi penuh wanita dalam pembangunan bangsa dan negara sama ada dalam negeri, di peringkat serantau dan juga antarabangsa. Sebagai negara ahli CEDAW, negara kita tidak terkecuali dipertanggungjawabkan untuk memastikan kemajuan dan pembangunan penuh wanita agar mereka dapat menjalankan dan menikmati hak-hak asasi manusia. Kita di negara ini, amat bersyukur dengan kepimpinan yang bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah membuat pelbagai usaha untuk melindungi hak-hak wanita melalui perundangan dan pelan-pelan tindakan yang akan terus dikemas kini dari semasa ke semasa. Dengan yang demikian semua orang mempunyai tanggungjawab untuk mencegah dan menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan, kerana wanita yang dicipta oleh Allah Subahanahu Wata'ala dari tulang rusuk lelaki itu berhak untuk dilindungi, dikasihi dan dicintai, tetapi bukan untuk disakiti.Hargai dia, jika ia melakukan kesalahan tegurlah dengan kelembutan, bukan dengan amarah ataupun kekerasan. - Ketua Penyuntingan (Zs)
SAFAR
26 27 28 29 30 1 RABIULAWAL
2
4 . 39 4 . 40 4 . 40 4 . 40 4 . 41 4 . 41 4 . 41
4 . 49 4 . 50 4 . 50 4 . 50 4 . 51 4 . 51 4 . 51
6 . 11 6 . 12 6 . 12 6 . 13 6 . 13 6 . 14 6 . 14
6 . 35 6 . 36 6 . 36 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 38
12 . 09 12 . 09 12 . 09 12 . 10 12 . 10 12 . 10 12 . 11
3 . 30 3 . 31 3 . 31 3 . 31 3 . 32 3 . 32 3 . 33
6 . 04 6 . 04 6 . 04 6 . 04 6 . 05 6 . 05 6 . 05
7 . 17 7 . 18 7 . 18 7 . 18 7 . 19 7 . 19 7 . 19
PENDIDIKAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
3
SR YSHHB raikan 110 murid terbaik TURUT berangkat Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar bin Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) meraikan seramai 110 murid dari tahun 1 hingga 5 yang cemerlang dalam akademik mereka tahun ini. Pada majlis itu, cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Hakimmuddin dari Tahun 4 Mercury dianugerahkan Pelajar Terbaik keseluruhan bagi Tahun 4 dan juga penerima pingat emas dalam International Youth Awards Children's Handwriting Competition 2016. Juga antara penerima terbaik ialah cucunda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddin Sa'adul Khairi Waddien, Pengiran Nur
Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar. Hadir menyampaikan hadiah dan sijil pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah YSHHB itu ialah Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Puasa bin Haji Jumat. Majlis juga diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar bin Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz. Terdahulu, Awang Haji Puasa dalam ucapan alu-aluannya berbangga dengan komitmen ibu bapa dalam usaha untuk memajukan pengajaran dan pembelajaran anak-anak mereka. "Hanya dengan adanya kerjasama yang erat di antara sekolah dan ibu bapa sahaja akan dapat mencipta
suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif dan bermakna. Mudah-mudahan kejayaan anak-anak biskita itu akan berterusan dan juga menjadi daya pencetus semangat positif kepada murid-murid yang lain," ujarnya. Selain kegiatan Akademik dan Kokurikulum (CCA), katanya Sekolah Rendah YSHHB menjadi juara dalam pertandingan menghafaz ayat-ayat lazim serta prestasi yang begitu baik dalam bidang sukan, iaitu acara bola sepak dan badminton. Katanya, murid-murid telah menyertai I-Cas Australia dalam usaha pihak sekolah melihat level mereka, di samping mendedahkan mereka dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sejajar dengan misi dan visi sekolah. Di peringkat antarabangsa, tambahnya, salah seorang murid sekolah mendapat pingat gangsa dalam 13th International Mathematics Science Olympiad Competition dan sekolah itu juga dianugerahkan 'An Outstanding Award', di samping pencapaian enam murid meraih pingat emas, 12 perak dan 15 gangsa menerusi International Youth Awards Children's Handwriting Competition in Chinese Language. Sementara itu, Pengiran Nur Aabidah Syifa ketika ditemui berasa sangat gembira atas kejayaan yang diperolehnya tahun ini dalam Year 5 Mercury tahun ini. Kejayaan itu katanya akan dipertingkatkannya lagi pada tahun depan terutama sekali bagi menghadapi Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) di Tahun 6 nanti. Majlis juga dimeriahkan dengan
Mini Konvokesyen raikan pelajar YSHHB Oleh : Khartini Hamir Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) mengadakan Majlis Konvokesyen yang diselajurkan dengan Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Pelajar Terbaik Tahun 6, 2016, berlangsung di Dewan Serbaguna, sekolah berkenaan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat menyempurnakan Penyampaian Sijil dan Hadiah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar juga selaku Ahli Lembaga Pengarah Yayasan dan Ahli Lembaga Tadbir Sekolah YSHHB. Majlis Mini Konvokesyen berkenaan adalah bagi meraikan seramai 120 pelajar SR YSHHB yang telah menduduki Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2016. Cucunda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, iaitu Pelajar Tahun 6 Mercury, Hajah Aasiyah Rabiatu Masna binti Yusrin antara pelajar yang diraikan. Juga turut diselajurkan ialah beberapa majlis penyampaian hadiah bagi Hadiah Pelajar Terbaik Tahun 6; Special Progressive Award dan Anugerah International Representative Award yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Pada majlis tersebut, Dayang Alyaa
Elisya binti Abidin dari Tahun 6 Venus telah dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan Tahun 6, 2016, sementara Awang Muhammad Yazid Syafie Muori bin Haji Zulkhairi dari Tahun 6 Mars menerima Anugerah International Representative Award dalam 13th International Mathematics and Science Olympiad (IMSO) 2016 di Tangerang, Indonesia, dan dua orang pelajar masing-masing dari Tahun 6 Mercury dan 6 Venus telah menerima Pingat Emas dalam International Youth Awards Children's Handwriting Competition 2016. Terdahulu Pemangku Pengetua YSHHB, Awang Alimas bin Haji Md. Ali dalam ucapannya mengalu-alukan para pelajar untuk
meneruskan pelajaran mereka naik ke Tahun 7 di Sekolah Menengah YSHHB, di mana dengan pengalaman lebih kurang 10 tahun, di samping mempunyai pelbagai kemudahan serta guru-guru yang berkelayakan, Sekolah Menengah YSHHB sudah setentunya dapat memberikan suasana pembelajaran yang kondusif dan dapat memberikan pendidikan yang lebih baik, di samping pengalaman yang sangat berguna kepada para pelajar. Beliau juga berharap agar kejayaan demi kejayaan para pelajar sekolah berkenaan baik dari aspek akademik mahupun non-akademik akan terus dicapai oleh para pelajar SR YSHHB dan untuk mengekalkan pencapaian tersebut satu aspek yang penting ialah kerjasama, yang mana tambahnya usaha dan komitmen yang berterusan oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa serta
CUCUNDA Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna binti Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Dayang Hajah Aasiyah Rabiatu Masna binti Yusrin antara pelajar yang menerima sijil tersebut.
persembahan nyanyian, nasyid dan tarian murid-murid sekolah berkenaan. Juga hadir, Penolong Pengarah
Urusan YSHHB, Dayang Hajah Donnaliza binti Abdullah Puasa dan kakitangan sekolah serta para ibu bapa murid yang diraikan.
PENGIRAN Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Hakimmuddin dari Tahun 4 Mercury dianugerahkan Pelajar Terbaik keseluruhan bagi Tahun 4 dan juga penerima pingat emas dalam International Youth Awards Children's Handwriting Competition 2016.
PENGIRAN Nur Aabidah Syifa binti Pengiran Anak Haji Mohammad Al-Mokhtar antara yang cemerlang dalam akademik.
sokongan dari pihak Lembaga Tadbir yang sentiasa memikirkan akan kejayaan sekolah pada masa depan. Tambah beliau lagi, SR YSHHB terus berbangga apabila turut menerima lawatan dari International Islamic School Alliance
(ITTISHAL) yang membawa hasrat untuk membentuk kolaborasi pendidikan di antara sekolah-sekolah beragama Islam di dunia dalam usaha mencapai kecemerlangan pelajarpelajar Islam dan sekali gus mengukuhkan integrasi pendidikan.
845 murid lulus Peperiksaan Pemilihan Calon Sekolah Arab Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam hari ini mengeluarkan keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon Ke Sekolah Arab (PCKSA) bagi tahun 1437 Hijrah / 2016 Masihi. Daripada 2,945 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 845 orang calon (28.69 peratus) telah lulus dan akan mengikuti pengajian Tahun 5 di Sekolah-sekolah Arab bagi sesi pengajian tahun 1438H / 2017M. Dari jumlah berkenaan, seramai 369 (25.70 peratus) adalah calon lelaki dan 476 orang (31.54 peratus) adalah calon perempuan. Guru-guru Besar sekolah ugama hendaklah mengambil keputusan calon bagi sekolah masing-masing pada hari Sabtu, 26 Safar 1438H bersamaan 26 November 2016 di pejabat Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam bertempat di Lantai Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis pada waktu pejabat dibuka. Ibu bapa atau penjaga calon bolehlah menghubungi pihak sekolah di mana anak mereka bersekolah ugama untuk mengetahui keputusan anak masing-masing. Sehubungan dengan itu, ibu bapa atau penjaga bagi calon-calon yang lulus dalam peperiksaan itu, bolehlah mengambil borang pendaftaran / kemasukan ke sekolah-sekolah Arab, Sekolah Arab Sungai Akar bagi calon-calon lelaki dari Daerah Brunei dan Muara; Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan bagi calon-calon perempuan dari Daerah Brunei dan Muara; Ma'had Islam Brunei, Tutong bagi calon-calon lelaki dan perempuan dari Daerah Tutong; Sekolah Arab Belait bagi calon-calon lelaki dan perempuan dari Daerah Belait dan Sekolah Persediaan Arab Temburong bagi calon-calon lelaki dan perempuan dari Daerah Temburong. Tarikh akhir bagi mengembalikan semula borang tersebut ke sekolah Arab berkenaan ialah pada hari Isnin, 5 Rabiulawal 1438H bersamaan 5 Disember 2016.
4
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
Yang Di-Pertua MMN terima kunjungan muhibah Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, hari ini menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ms Nicola Rosenblum berlangsung di Bangunan Dewan Majlis. Pada kunjungan muhibah tersebut, Yang Berhormat, Yang Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara mengucapkan tahniah kepada Puan Yang Terutama atas pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Australia
ke Negara Brunei Darussalam. Kedua belah pihak juga membincangkan tentang hal-hal yang menjadi keprihatinan bersama. Di samping itu, Puan Yang Terutama juga berkesempatan mengetahui akan perjalanan dan peraturan-peraturan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara Brunei Darussalam yang dipraktikkan pada masa ini. Hadir sama dalam kunjungan muhibah tersebut, Setiausaha Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Jurutulis Majlis Mesyuarat Negara, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar serta beberapa orang pegawai Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat.
YANG Di-Pertua Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib (tengah) semasa menerima kunjungan muhibah daripada Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Ms Nicola Rosenblum berlangsung di Bangunan Dewan Majlis.
Musabaqah Membaca Al-Quran medan harumkan nama negara
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof semasa menyampaikan cenderamata kepada salah seorang peserta.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Seramai lima qari dan lima qariah daripada 57 peserta yang mengambil bahagian
dalam Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi telah terpilih bagi
memasuki peringkat akhir musabaqah tersebut. Qari yang terpilih ialah Awang Mohammad bin Ali, Awang Muhammad Fikri bin Haji Awang Metussin, Awang Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya, Awang Muhammad Hasrin bin Haji Kamis dan Awang Md. Zul-Hafiz bin Awang Tengah. Sementara itu, Dayang Hajah Maidah binti Haji Abd. Rahman, Dayang Norezah binti Haji Md. Deli, Dayang Hajah Siti Noor Dzuhairah binti Haji Awang Damit, Dayang Hajah Nurul Akmalina binti Haji Yahya dan Dayang Norfaezah binti Haji Emran ialah para qariah yang terpilih untuk ke peringkat akhir. Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim musabaqah berkenaan, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali pada Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan 1438H / 2016M di Dewan Kuliah, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), di sini. Hadir selaku tetamu kehormat
Misi Perdagangan ke Muscat, Oman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Sebanyak 21 buah Syarikat Brunei akan menyertai delegasi rasmi yang diketuai oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) serta Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP), Negara Brunei Darussalam untuk Misi Perdagangan ke Kesultanan Oman. Misi Perdagangan ini dijalankan sempena Seminar Tenaga dan Industri Bersama Brunei - Oman Ke-2, acara anjuran bersama EIDPMO serta Kementerian Minyak dan Gas Kesultanan Oman. Seminar itu akan berlangsung di Grand Hyatt di Muscat, pada 4 - 6 Disember 2016, dengan tema "Memperkukuhkan Kerjasama Perindustrian untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan". Pelbagai sektor dan perniagaan, termasuk minyak dan gas, makanan, farmaseutikal, kosmetik, ICT,
Muslimah Fashion, pendidikan dan perkhidmatan perniagaan akan mewakili serta menyertai Misi Perdagangan. Daripada 21 syarikat menyertai, lapan dari Perusahaan Mikro, Kecil, Sederhana (PMKS) menerima penajaan kerajaan yang merangkumi penginapan, tiket penerbangan pergi balik dan percetakan bahan-bahan promosi. Penajaan ini disediakan bagi menyokong pertumbuhan PMKS tempatan yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara. Melalui pendedahan ini, PMKS diharap dapat berkembang, mencari pelaburan, menjalankan penyelidikan pasaran dan mewujudkan perkongsian serta rangkaian perniagaan. Seminar Tenaga dan Industri Bersama Brunei - Oman Ke-2 akan membincangkan mengenai Pembangunan PKS, Renewable Engergy Capabilities, Ease of Doing
Business dan lain-lain yang akan dijalankan di antara agensi-agensi berkaitan di kedua-dua negara. Aktiviti yang dijadualkan termasuklah bengkel mengenai aktiviti perdagangan dan pelaburan, padanan perniagaan serta lawatan ke tapak kilang penapisan minyak, pelabuhan utama, unit pemprosesan makanan juga kawasan industri. Antara objektif seminar dan misi perdagangan adalah untuk memupuk hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua buah negara dengan menerokai lebih banyak peluang kerjasama dalam tenaga dan industri. Platform ini membolehkan pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam membangunkan kedua-dua sektor tenaga serta industri di kedua-dua buah negara. Seminar Tenaga dan Industri Bersama Brunei - Oman Ke-2 adalah seminar yang diusahakan bersama di antara EIDPMO Negara Brunei
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian cenderamata kepada qari dan qariah pada musabaqah tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Terdahulu, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Haji Idris bin Haji Aji dalam ucapan alu-aluannya berkata, penyertaan qari dan qariah amat menggalakkan pada tahun ini, di mana seramai 91 orang menyertai musabaqah tersebut di peringkat suku akhir kebangsaan yang terdiri daripada peserta yang terpilih dari peringkat Masjid dan Zon pada tahun ini serta peserta menunggu dari musabaqah separuh akhir tahun 1437 Hijrah. Menurutnya, daripada jumlah 57 peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir, seramai 10 daripadanya merupakan peserta menunggu dari peringkat akhir kebangsaan 1437H /
2016M, iaitu lima qari dan lima qariah. "Dari 57 peserta di peringkat separuh akhir ini, hanya 10 peserta akan dipilih ke musabaqah seterusnya, iaitu peringkat akhir kebangsaan nanti dan diadukan dengan dua orang johan menunggu, iaitu peserta johan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1437H / 2016M yang membawa jumlah 12 orang peserta, iaitu enam qari dan enam qariah," jelas beliau. Dengan peningkatan jumlah penyertaan musabaqah ini, ujarnya, menunjukkan bahawa usaha kerajaan dan usaha peserta dalam memajukan bidang seni pembacaan Al-Quran adalah terserlah sebagai medan untuk memajukan kendiri dan sebagai jalan untuk menaikkan serta mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa juga serantau. Majlis tersebut diungkayahkan dengan kerjasama Bahagian Kemajuan Syiar Islam, KHEU dan ITQSHHB.
Siaram Akhbar : Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri Darussalam dan Kementerian Minyak dan Gas Oman. Seminar pertama telah diadakan pada bulan November 2014 di Negara Brunei Darussalam, di mana delegasi yang terdiri daripada lebih 20 pegawai Oman dan syarikat-syarikat yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kementerian Minyak dan Gas, Tuan Yang Terutama Salim Nasser Al Aufi. Antara yang dibincangkan adalah mengenai peranan kawal selia, cabaran dalam huluan dan hiliran minyak serta gas, tenaga lestari, pengaruh teknologi, pembangunan PKS juga pembinaan keupayaan teknikal. Kemuncak Seminar pada tahun 2014 termasuk Penandatanganan MoU di antara Flux O S Sdn. Bhd. dari Brunei Darussalam dan Gulf Energy dari Kesultanan Oman. Sebagai susulan pada seminar, delegasi dari Oman melawat Brunei Darussalam pada bulan Mei 2015 yang diketuai oleh Penasihat Sumber Manusia
kepada Menteri Minyak dan Gas Oman, Sheikh Khalid bin Ghalid bin Ali- Hinai untuk mempelajari dan mencontohi Rangka Kerja Kecekapan Industri Tenaga Brunei (EICF) dan bagi peningkatan usaha Brunei menggunakan tenaga tempatan. Taklimat sebelum berlepas untuk Misi Perdagangan serta seminar telah diadakan pada 24 November 2016 bertempat di Bangunan Reka Bentuk dan Teknologi, Anggerek Desa. Hadir pada taklimat tersebut, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashil Al-Maskari. PMKS tempatan serta syarikat berkenaan digalakkan untuk mengikuti perkembangan melalui platform media sosial Instagram dan Facebook 'DARE dan EIDPMO' untuk mengetahui tentang peluang bagi menyertai misi perdagangan dan seminar yang akan datang.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
5
SMS Brunei Prihatin tingkatkan rasa pemedulian masyarakat Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (kanan) juga selaku selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA menerima Poster SMS Brunei Prihatin bagi DANA 2016 - 2017 yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Lattif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof (kiri).
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Majlis Pelancaran SMS Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2016 - 2017 dan Penyampaian Sumbangan DANA dalam Bentuk Kupon untuk Pembelian Peralatan dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Yatim DANA bagi Tahun 2017 telah diadakan di Dewan Serbaguna, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas, Awang Ahmad Rithaudin bin Haji Sabtu. Dalam ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif DANA, Awang Haji Brahim
bin Haji Ismail, beliau antara lain menyatakan projek SMS Brunei Prihatin bagi DANA ini akan berjalan selama lebih dua bulan (69 hari), iaitu bermula dari 24 November 2016 hingga 31 Januari 2017. "Bagi menjayakan SMS Brunei Prihatin bagi DANA, dua buah syarikat telekomunikasi telah bersedia memberi kemudahan perkhidmatan SMS, iaitu DST dan Syarikat Progresif Cellular Sendirian Berhad. Orang ramai yang berhasrat untuk membuat sumbangan mereka kepada anak-anak yatim melalui SMS Brunei Prihatin bagi DANA bolehlah memberi sumbangan melalui SMS," jelasnya. Majlis kemudian diteruskan dengan Penyampaian Promo SMS Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2016 2017 dalam bentuk cakera padat (DVD) dari pihak Syarikat Magic Media yang telah menaja pembikinan promo SMS tersebut yang akan ditayangkan di Radio dan Televisyen Brunei termasuk di beberapa buah pawagam yang terlibat, iaitu The Mall
Cineplex, Times Cineplex dan The Arena Cineplex yang disampaikan oleh Pengurus Am Syarikat Magic Media, Pengiran Farhana binti Pengiran Haji Bujang kepada tetamu kehormat majlis. Majlis diteruskan dengan Pelancaran SMS Brunei Prihatin bagi DANA 2016 - 2017 yang bertujuan untuk meningkatkan rasa pemedulian dan kasih sayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik, yang memerlukan perhatian serta bantuan khususnya anak-anak yatim. Di samping itu, projek ini juga merupakan salah satu usaha DANA dalam mempelbagaikan cara atau mekanisme kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan mereka khusus kepada anak-anak yatim di negara ini. Majlis diikuti dengan tayangan Promo SMS Brunei Prihatin bagi DANA Tahun 2016 - 2017 dan diteruskan lagi dengan sumbangan SMS Brunei Prihatin bagi DANA 2016 - 2017 yang didahului oleh tetamu kehormat majlis juga diteruskan dengan Penyampaian Poster SMS Brunei Prihatin bagi DANA 2016 2017 yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Lattif bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof kepada tetamu kehormat. Acara disusuli dengan Penyampaian Sumbangan DANA dalam Bentuk Kupon sebanyak 3,848 keping kupon bagi Pembelian Peralatan dan
JERUDONG, Rabu, 23 November. Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam dan Yayasan Korea telah menganjurkan 'The Rythm of Korea' di The Empire Hotel & Country Club, di sini. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof hadir selaku tetamu kehormat majlis. Terlebih dahulu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung dalam ucapan alu-aluannya antara lain berharap acara kebudayaan tersebut akan dapat menyumbang pada
pertukaran budaya di antara dua buah negara dan dapat memupuk rasa persefahaman tentang budaya masing-masing. 'The Rythm of Korea' menampilkan kumpulan tarian B-Boy 'Jinjo Crew' diiringi band muzik gabungan Korea yang terkenal 'Coreyah'. Persembahan juga dibukakan kepada orang ramai, iaitu pada 26 November, di Jerudong Park Ampitheatre bermula jam 8.00 malam. 'Jinjo Crew' adalah salah satu kumpulan penari B-Boy yang paling aktif di Korea dan merupakan pemegang juara bertahan bagi pertandingan antarabangsa, manakala 'Coreyah' adalah kumpulan muzik
telah dikenal pasti oleh DANA yang terletak di keempat-empat buah daerah bagi memberikan kemudahan kepada anak-anak yatim dan penjaga mereka untuk menukarkan kupon berkenaan dengan peralatan persekolahan yang mereka perlukan. Sumbangan ini dihasratkan bagi memberi galakan dan kesedaran dalam kalangan anak yatim untuk menghargai kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka pada masa hadapan dan seterusnya memberi dorongan kepada mereka untuk mempertingkatkan pencapaian pendidikan mereka. Bagi ibu dan penjaga pula, sumbangan ini dihasratkan bagi meringankan bebanan perbelanjaan yang ditanggung khususnya apabila menjelang penggal awal persekolahan anak-anak mereka. Adalah diharapkan bantuan seperti ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh anak-anak yatim dan penjaga mereka. Dengan terlaksananya projek ini insyaaAllah akan dapat memberikan kemudahan kepada setiap individu untuk menyalurkan sumbangan derma mereka hanya dengan menggunakan telefon pintar masing-masing. Semoga sumbangan ikhlas daripada orang ramai akan dapat membantu menceriakan masa depan anak-anak yatim dan menjadi amal jariah untuk meningkatkan serta mewujudkan rasa kasih sayang, belas kasihan juga pemedulian kepada anak-anak yatim di Negara Brunei Darussalam.
YSHHB bantu mangsa musibah kebakaran BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) merupakan sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta keluarga baginda, iaitu sebagai tanda pemedulian dan kasih baginda kepada rakyat baginda, di samping menjadi pembentukan masyarakat di Negara Brunei Darussalam yang sejahtera serta makmur. Salah satu tujuan penubuhan
'The Rythm of Korea' pupuk persefahaman budaya Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
Keperluan Persekolahan bagi Tahun 2017. Setiap seorang anak yatim yang berdaftar di Sekretariat DANA akan menerima sumbangan berbentuk kupon yang bernilai sebanyak BND70 sahaja. Kupon-kupon tersebut diserahkan oleh tetamu kehormat kepada Pegawai-Pegawai Daerah, iaitu Daerah Brunei dan Muara diterima oleh Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim; Daerah Belait diterima oleh wakil Pegawai Daerah Belait, Awang Mohd. Abdul Hadi bin Haji Mohd. Syarifuddin; Daerah Tutong diterima oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Shamsul Bahrin bin Haji Mohd. Hussain dan Daerah Temburong diterima oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud. Kupon-kupon tersebut seterusnya akan diserahkan kepada anak-anak yatim di seluruh negara melalui ketua-ketua kampung masingmasing. Kupon-kupon ini sah ditukarkan / digunakan di kedai-kedai yang telah dikenal pasti oleh DANA, iaitu kedai-kedai yang membekalkan buku-buku latihan, buku-buku kerja, peralatan tulis, pakaian sekolah, beg dan kasut sekolah serta kedai-kedai yang membekalkan barang-barang keperluan harian kanak-kanak (bagi anak yatim yang belum bersekolah). Sebanyak 28 buah syarikat yang membekalkan barang-barang tersebut
yang terdiri daripada empat pemain muzik tradisional Korea yang menghasilkan bunyi, yang menghubungkan masa kini dan masa lalu. Tujuan utama persembahan diadakan adalah untuk meraikan sempurnanya pembinaan bangunan baharu di Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam di Jalan Kebangsaan.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kanan) selaku tetamu kehormat ketika menerima cenderamata daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won Myung (kiri).
YSHHB dalam bidang kebajikan ialah memberikan pemedulian dan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik seperti mereka-mereka yang terlibat dalam musibah bencana kebakaran rumah. Sehubungan itu, majlis penyampaian sumbangan kewangan keseluruhan berjumlah BND8,700 kepada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah baru-baru ini di beberapa buah kampung di seluruh negara. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sumbangan, Menteri Pendidikan,
Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan. Para penerima sumbangan terdiri daripada Awang Haji Abdullah bin Haji Metamit dari Kampung Penanjong dan Dayang Azizah binti Haji Sulaiman dari Kampung Kapok. Bantuan sumbangan berkenaan diharap akan dapat meringankan lagi beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa rumah kebakaran tersebut di dalam menjalani kehidupan seharian.
6
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
Brunei sertai Seminar Perniagaan Halal dan Ekspo Halal di Jepun Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri
MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa menyampaikan ucapan pada Seminar Perniagaan Halal Brunei Darussalam yang berlangsung di Taito Kumin Kaikan, Jepun.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Ekspo Halal Jepun 2016 telah diadakan di Tokyo Metropolitan Industrial Trade Center Taito-kan terletak di bandar Asakusa, kawasan halal di Tokyo pada 22 - 23 November 2016 yang baru lalu. Ekspo dianjurkan oleh Jawatankuasa Penganjur Ekspo Halal Jepun 2016, membawa tema 'Halal untuk Semua' di mana tujuh syarikat tempatan dan sebuah institusi pendidikan tinggi mewakili Negara Brunei Darussalam pada ekspo berkenaan dan dibantu oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian, di Jabatan Perdana Menteri. Antara sektor yang diwakili oleh syarikat-syarikat ini ialah, sumber makanan halal dan farmaseutikal; pendidikan Islam; eko-pelancongan; fesyen Muslimah dan kosmetik. Pada ekspo itu, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dapat bertemu dengan pemimpin perniagaan halal dan usahawan di rantau ini, sekali gus dapat mengembangkan
pengetahuan yang lebih besar dalam perdagangan produk dan perkhidmatan halal, dan mencari jalan untuk bekerjasama dengan usahawan dari, bukan sahaja dari Jepun, tetapi juga penyertaan antarabangsa. Tambahan pula, para peserta mempunyai peluang untuk mewujudkan pangkalan data pelanggan dan menjalankan penyelidikan pasaran melalui maklum balas pengguna mengenai produk dan perkhidmatan mereka daripada pengunjung ekspo, sebagai satu cara untuk meningkatkan pemasaran mereka. Selain acara Ekspo Halal Jepun, satu Seminar Perniagaan Halal Brunei Darussalam juga telah diadakan pada 22 November 2016 bertempat di Taito Kumin Kaikan. Seminar dianjurkan bersama oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Institut Pertubuhan Perdagangan Luar, Penyelidikan Ekonomi Jepun bagi ASEAN dan Asia
Timur, dan Pusat ASEAN - Jepun. Tema seminar iaitu 'Melabur di Brunei Darussalam - Peluang dalam Industri Halal' menyaksikan kira-kira 60 peserta yang mewakili syarikatsyarikat Jepun dari pelbagai sektor, berminat dalam Industri Halal Brunei Darussalam. Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar turut menyampaikan Ucapan Pembukaan dalam seminar itu. Turut menyampaikan ucapan alu-aluan ialah, Naib Presiden Eksekutif Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO), Tuan Yang Terutama Shigeki Maeda dan Presiden Institut Penyelidikan Ekonomi untuk Asean dan Asia Timur (ERIA) Tuan Yang Terutama Profesor Hidetoshi Nishimura. Semasa seminar itu, seorang wakil dari Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei menyampaikan pembentangan mengenai pelaburan dan suasana perniagaan di Negara Brunei Darussalam. Manakala satu penyampaian
mengenai kajian Pelaburan Industri Halal di Negara Brunei Darussalam oleh ERIA dikongsi untuk menonjolkan kelebihan dan daya saing menjalankan perniagaan di Negara Brunei Darussalam yang menumpukan kepada industri halal. Wakil-wakil dari MC Biotech Sendirian Berhad, Simpor Pharma Sendirian Berhad dan Ghanim International Corporation Sendirian Berhad turut menyampaikan pembentangan mengenai perniagaan dan prospek pelaburan di Negara Brunei Darussalam terutama bagi syarikat-syarikat asing yang berminat untuk membuka dan menjalankan operasi di Negara Brunei Darussalam. Objektif seminar ini adalah untuk memperkenalkan peluang dalam Industri Halal Brunei Darussalam kepada bakal pelabur dan syarikat Jepun. Adalah diharapkan dengan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sektor halal dan peluang yang ada, bilangan yang lebih besar daripada pelaburan ke Industri Halal Brunei Darussalam boleh menarik pelabur dari Jepun. Seminar juga termasuk rangkaian dan sesi one-on-one dengan bakal pelabur Jepun.
Persidangan Pengeluar - Pengguna LNG 2016: Laluan ke arah Pembangunan Pasaran LNG Global Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Persidangan Pengeluar - Pengguna LNG 2016 (The LNG Producer Consumer Conference 2016) yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI) dan Pusat Penyelidikan Tenaga Asia Pasifik (APERC) telah diadakan pada 24 November 2016 di Tokyo,
Jepun. Persidangan bertujuan untuk menggalakkan dialog dan persefahaman antara pengeluar LNG dan pengguna mengenai isu-isu yang dihadapi oleh industri LNG. Persidangan ini telah dirasmikan oleh Menteri Tenaga, Perdagangan dan Industri, Jepun, Tuan Yang Terutama Hiroshige Seko, dan Menteri Tenaga
dan Industri Qatar Tuan Yang Terutama Dr. Mohammed bin Saleh Al-Sada. Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Yang Terutama Hiroshige Seko menekankan, Jepun adalah pengimport terbesar di dunia bagi LNG dan mengambil maklum mengenai masa depan yang cerah bagi LNG dalam mengisi pertumbuhan ekonomi global dan memenuhi objektif perubahan iklim. Tuan Yang Terutama Hiroshige Seko menjelaskan, strategi Jepun
kepada pembangunan pasaran LNG bertujuan mewujudkan pasaran LNG yang lebih fleksibel dan global. Sementara itu, dalam ucapannya pada 'Pasaran LNG yang Membangun di Asia', Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar mengakui perkembangan baru dan ketidakpastian dalam pasaran LNG global.
Yang Berhormat Menteri turut menggalakkan pengeluar LNG dan pengguna untuk menerima landskap pasaran yang berubah-ubah dan struktur bagi mewujudkan suasana menang-menang untuk semua. Menteri Tenaga dan Perindustrian, JPM seterusnya menekankan kepentingan Perjanjian Paris yang disahkan oleh Negara Brunei Darussalam pada 21 September 2016. Persidangan Pengeluar - Pengguna LNG Kali Ke-6 seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan.
MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar dalam sesi bergambar ramai semasa menghadiri Persidangan Pengeluar-Pengguna LNG 2016 (The LNG Producer-Consumer Conference 2016).
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
7
Menteri-Menteri ASEAN kukuhkan komitmen tingkatkan perhubungan, inovasi Oleh : Rohani Haji Hamid, Aimi Sani, Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BERAKAS, Jumaat, 25 November. Perhubungan merupakan salah satu keperluan paling penting bagi ASEAN untuk mengurangkan jurang digital, merapatkan jurang pembangunan, yang mana mendekatkannya kepada matlamat kolektif bagi mencapai Mesyuarat Ekonomi ASEAN. Dalam hubungan itu, Mesyuarat Telekomunikasi dan Teknologi
Maklumat Menteri-Menteri ASEAN (16th TELMIN) diharap agar mampu memberikan kepimpinan yang perlu bagi kemajuan inisiatif Pelan Induk ICT ASEAN atau AIM2020 dalam usaha untuk menjadi sebuah komuniti ASEAN yang berhubung. Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat menyatakan
TURUT hadir pada mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad (tengah).
perkara tersebut pada Mesyuarat 16th TELMIN yang bermula hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Dalam ucapan alu-aluannya, Menteri Perhubungan turut menekankan mengenai tema mesyuarat pada tahun ini iaitu 'Connected and Innovative Community' yang mana adalah relevan dan berkaitan, memfokuskan pada menghubungkan komuniti dan juga meningkatkan kreativiti serta inovasi sebagai penyumbang utama bagi kemajuan ekonomi. Terdahulu mesyuarat dimulakan dengan pelantikan Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai Pengerusi 16th TELMIN. Pada mesyuarat yang akan berlangsung selama dua hari tersebut, para menteri antara lain membincangkan mengenai pelaksanaan Pelan Induk ASEAN 2020 dan penggunaan petunjuk prestasi utama sebagai alat untuk mengukur kemajuan Pelan Induk ICT. Menteri-menteri juga mengkaji projek-projek bagi Kitaran Kerja 2017 dan mengalu-alukan kemajuan yang telah dibuat terutama dalam Rangka Kerja ASEAN bagi Perlindungan Data Peribadi dan juga Rangka Kerja ASEAN bagi International Mobile Roaming. Pada mesyuarat itu, para menteri
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa mempengerusikan Mesyuarat Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Menteri-Menteri ASEAN (16th TELMIN).
turut membincangkan mengenai keselamatan siber dan mengalu-alukan kemajuan serta pembangunan dalam rangka kerja Strategi Kerjasama Keselamatan Siber. Mesyuarat juga sebulat suara mensahkan 'Declaration on Connected and Innovative Community Negara Brunei Darussalam' yang antara lain menggariskan tentang komitmen ASEAN bagi meningkatkan perhubungan di ASEAN dan menggalakkan inovasi sebagai pemacu
utama untuk pembangunan serta meningkatkan kelebihan daya saing. Menteri-Menteri ICT dan Telekomunikasi ASEAN juga mengadakan mesyuarat perundingan dengan China, Jepun dan Republik Korea bagi mengkaji Program Kemajuan Kerja 2016 dan Program Kerja Baru 2017 untuk kitaran seterusnya dalam bidang keselamatan siber, pembangunan sumber manusia dan teknologi baru.
Tiga pegawai TUDB terima Lencana Juruterbang
PEMERINTAH Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah menyampaikan Lencana Juruterbang kepada salah seorang penerima.
RIMBA, Jumaat, 25 November 2016. - Tiga orang pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru menamatkan latihan penerbangan telah menerima Lencana Juruterbang mereka pada majlis yang diadakan
1063 Leftenan (U) Norasiah binti Hussin.
di Markas TUDB, di sini. Hadir bagi menyampaikan lencana ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma'awiah. Penerima-penerima Lencana Juruterbang terdiri dari 1062 Leftenan (U) Amir Dawod bin Shahrul Zaman dan 1063 Leftenan (U) Norasiah binti Hussin, yang mana kedua-duanya telah menamatkan latihan penerbangan, Fixed Wing dan Rotary Wing di Cawangan Latihan No. 7 Wing, TUDB. Sementara 1083 Leftenan (U) Muhd Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shaminan pula, telah menamatkan kursus Elementary Flying Training dan Single Engine Rotary Wing di Royal Air Force Cranwell dan RAF Shawbury di United Kingdom. 1083 Leftenan (U) Muhd Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shaminan, 25, ketika ditemu bual berkongsi kisah beliau dalam mencapai impian, untuk
menjadi seorang juruterbang bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia sangat memerlukan kerja keras dan tidak mudah patah semangat terutama sekali semasa menjalani kursus selama 16 bulan. ''Sepanjang tempoh berkursus, bermacam cabaran yang saya lalui, tetapi alhamdulillah saya mampu menempuhinya dengan sabar dan akhirnya lulus. Ahli keluarga terutama sekali ibu bapa memainkan peranan penting untuk terus memberi sokongan dan dorongan kepada saya. Begitu juga dengan Pegawai-pegawai Juruterbang senior tidak pernah jemu memberikan nasihat serta kawan-kawan rapat yang sentiasa bersama menempuhi suka dan duka sepanjang saya mengikuti kursus,'' jelasnya. Katanya, dengan adanya lencana itu, ia diharap mampu meningkatkan semangat beliau menjadi seorang pegawai tentera yang lebih baik dan terus berkhidmat di dalam TUDB. Seorang lagi Juruterbang yang menerima lencana ialah 1063 Leftenan (U) Norasiah binti Hussin, 26, merupakan Juruterbang Wanita kedua yang diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas seperti juruterbang-juruterbang lelaki yang lain. ''Alhamdulillah, saya bersyukur dan sangat gembira setelah berjaya menamatkan kursus. Terima kasih juga kepada suami dan keluarga, rakan seperjuangan dan para jurulatih yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan tanpa batasan. Banyak cabaran dan dugaan yang saya lalui sepanjang tempoh kursus tetapi akhirnya saya berjaya dan ia adalah sangat berbaloi dengan apa yang telah saya usahakan selama ini,'' ujarnya. Menurutnya, adalah tidak mustahil bagi wanita untuk melakukan tugasan yang biasanya dikendalikan oleh kaum lelaki kerana wanita juga mempunyai minat dan impian tersendiri yang mampu digapai dengan usaha yang
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Hamzah Mohiddin gigih agar berjaya meraih apa jua yang diimpikan. Penamatan latihan mereka ini menandakan bermulanya kerjaya penerbangan operasi mereka di
No.1 Wing. Setakat ini, tujuh pegawai menjalani latihan terbang tahun ini dan kini juruterbang berkelayakan.
Pameran 'Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman’s Message Of Islam' bermula 29 November ini Siaran Akhbar dan Foto : Ihsan Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Pameran 'Tolerance, Understanding, Coexistence: Oman’s Message Of Islam' di negara ini selama tiga hari bermula 29 November hingga 1 Disember 2016 bertempat di Arts Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS). Menurut Siaran Akhbar KHEU, Majlis Pembukaan Rasmi Pameran akan diadakan pagi hari Selasa, 29 November dan orang ramai yang berhasrat menyaksikan pameran tersebut, bolehlah berkunjung ke galeri pameran yang dibukakan kepada orang ramai mulai hari Rabu, 30 November sehingga hari Khamis, 1 Disember 2016, bermula jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Sepanjang pameran diadakan beberapa acara telah diaturkan antaranya, Sesi Pembentangan yang akan disampaikan oleh Penasihat kepada Menteri Awqaf dan Hal Ehwal Islam, Kesultanan Oman, Dr. Mohamed Said Khalfan Al Mamari, bertempat di Dewan Auditorium, Arts Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada hari Rabu, 30 November 2016, jam 9.00 pagi. Dalam pada itu, dua persembahan kebudayaan Oman turut dipersembahkan iaitu, Pertunjukan Sand Art dari karyawan seniwati Oman dan Persembahan Nasheed dari vokalis Oman. Kedua-dua acara akan berlangsung di Dewan Auditorium, Arts Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) pada hari Rabu, 30 November 2016, bermula jam 2.00 petang. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pameran tersebut, bolehlah berhubung terus ke Urusetia Pameran, Bahagian Perhubungan Awam, Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui talian +673 2382525 sambungan 135 (waktu pejabat).
8
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
AICTA rangsang kreativiti, inovasi ASEAN Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. - Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Mustappa bin Haji Sirat berkata, Anugerah ICT ASEAN (AICTA) bertujuan untuk merangsang kreativiti dan inovasi dalam ASEAN dan menggalakkan penyertaan lebih luas komuniti ASEAN. Yang Berhormat Menteri Perhubungan menyatakan perkara tersebut semasa berucap pada Majlis AICTA TELMIN 2016 berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa,
Berakas malam tadi. Penganugerahan seumpama itu jelas Yang Berhormat, bagi mengiktiraf dan meraikan inovasi ICT yang terbaik dalam kalangan ASEAN. Di samping itu, Yang Berhormat melahirkan perasaan gembira kerana Negara Brunei Darussalam menjadi hos AICTA pada kali ini. Selain itu, Yang Berhormat menjelaskan, TELMIN tahun ini membawa tema 'Hubungan Komuniti Bermasyarakat' (Connected Innovative Community) adalah sangat relevan terutamanya kita hidup dalam era yang
banyak kemajuan masa depan serta kelebihan berdaya saing bergantung budaya kreatif dan inovasi kita. Terdahulu, Yang Berhormat juga menyatakan majlis itu bagi meraikan jalinan persahabatan, rakan kongsi dan keakraban sesama anggota ASEAN dan juga rakan-rakan dialog. Dalam pada itu Yang Berhormat juga mengucapkan tahniah kepada lima buah negara finalis iaitu Kemboja, Thailand, Viet Nam, Singapura dan Indonesia atas pencapaian mereka ke peringkat tersebut dan berharap pencapaian akan lebih meningkat pada akan datang. Kemuncak malam itu penyampaian kepada enam anugerah, yang mana Singapura monopoli sebanyak empat MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Mustappa bin Haji Sirat semasa hadir pada majlis tersebut.
MENTERI-MENTERI ASEAN semasa sesi bergambar ramai bersama pemenang- pemenang anugerah pada majlis tersebut.
anugerah emas daripada enam yang dipertandingkan. Health Promotion Board, Singapore dengan produk HealthHub memenangi Anugerah Public Sector manakala Anugerah Private Sector dimenangi oleh produk Cubeacon dari PT Eyro Digital Technology, Indonesia. Penerima Anugerah Corporate Social Responsibility ialah Taggle Private Limited (Pte. Ltd.) dari Singapura dengan produknya Taggle Health dan Playware Studios Pte. Ltd. juga dari negara yang sama memenangi Anugerah Digital Content menerusi produk 3DHive.mobi. Sementara Anugerah Start Up
dimenangi oleh produk Monkey Junior dari Early Start Co. Ltd. Viet Nam dan Singapura sekali lagi mengungguli Anugerah Research and Development melalui Nanyang Technological University dengan produknya Cloud3DView. Majlis yang dihadiri para perwakilan negara anggota ASEAN serta tiga rakan dialognya iaitu China, Korea dan Jepun yang bersidang dalam Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Telekomunikasi dan Maklumat (TELMIN) dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada sebilangan negara yang menyertai.
Kepentingan menginstitusikan keupayaan organisasi
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (duduk, sepuluh, kanan) bergambar ramai bersama para tetamu majlis dan para peserta Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Kali Ke-13 tahun 2016.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. Menginstitusikan keupayaan organisasi adalah penting dalam menjalankan pembelajaran berterusan melalui muhasabah diri serta penilaian yang jujur bagi keberkesanan memenuhi tuntutan perubahan persekitaran yang pesat dan semakin mencabar. Timbalan Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit menekankan perkara tersebut pada Majlis Penutup Program Perkembangan Eksekutif mengenai Dasar Awam dan Pengurusan (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan siri Ke-13 bagi tahun 2016 anjuran Kementerian Pertahanan
di Mes Pegawai, Bolkiah Garison. Menurut Timbalan Menteri Pertahanan selaku tetamu kehormat, kepentingan bagi penggubal dasar untuk menggunakan pendekatan yang sistematik dalam merancang dan membuat keputusan terhadap pembangunan jangka panjang dan kemampanan setiap organisasi negara. Terdahulu, ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ketua Fakulti Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY School), National University of Singapore, Profesor Dodo J. Thampapillai dan diikuti dengan ucapan wakil dari peserta EDP Ke-13, Leftenan Kolonel (U) Harmadi bin Haji Mamit yang turut mengongsikan
pengalaman mereka sepanjang program tersebut. Pada tahun ini, seramai 30 peserta menyertai EDP yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB); Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB); Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri (JPM); Sekretariat Tetap Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035, JPM; Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP); Kementerian Pendidikan; dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Pegawai-pegawai kanan tentera dari China, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Viet Nam juga menyertai dalam program yang dibentuk dan dilaksanakan dengan kerjasama LKY School of Public Policy, National University of Singapore.
Program yang diadakan selama tiga bulan itu meliputi pelbagai kaedah analisis dasar termasuk horizon scanning, scenario planning, cost-benefit analysis multi criteria analysis' beberapa case studies serta pendekatan utama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan. Antara lain program tersebut bertujuan untuk melengkapkan pegawai-pegawai kanan dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan agar menjadi lebih inovatif dalam memahami proses dan cabaran penggubalan dasar. Sepanjang program, para peserta juga mengadakan lawatan ke beberapa agensi kerajaan di negara ini untuk lebih memahami proses penggubalan dasar dan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh negara. Sementara itu, Leftenan Kolonel Xu Min dari Liberation Army of China dalam temu bual PELITA BRUNEI
melahirkan rasa gembira kerana dapat berkongsi pengalaman di samping dapat bertukar-tukar pandangan bersama para peserta sepanjang program berkenaan. ''Pengalaman ini juga akan dapat saya dikongsikan bersama rakan-rakan sejawat,'' tambah Leftenan Kolonel Xu Min. Turut hadir ialah Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, Pesuruhjaya PDB, PesuruhjayaPesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar Istimewa dan Mutlak ke Negara Brunei Darussalam, SetiausahaSetiausaha Tetap, PemerintahPemerintah Angkatan Tentera, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Penasihat-Penasihat dan Atase-Atase Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pertahanan, ABDB, kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
9
Hospital PMMPMHAMB berpotensi menjadi pusat kecemerlangan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Khamis, 24, November. Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi berkata, dalam usaha Kementerian Kesihatan untuk memberikan khidmat kesihatan yang lebih berkesan, keutamaan turut ditekankan kepada aspek keselamatan dan kecemerlangan agar perkhidmatan yang diberikan lebih bermakna kepada rakyat dan berdayatahan (sustainable). Di sinilah, jelas Yang Berhormat, Kementerian Kesihatan melihat Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Tutong berpotensi menjadi sebuah pusat kecemerlangan untuk memberikan pengalaman perkhidmatan yang
terbaik yang bukan saja eksklusif kepada penduduk di Daerah Tutong malahan kepada semua penduduk di negara ini. Menteri Kesihatan menyatakan perkara tersebut pada Sesi Muzakarah bersama Pihak-pihak Berkepentingan bagi Daerah Tutong di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, di sini. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, usaha tersebut adalah sebahagian daripada usaha lebih besar, di mana semua hospital daerah di negara ini akan menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang kepakaran tertentu dan akan beroperasi dengan cara yang lebih bersepadu dan saling melengkapi (complementary) antara satu sama lain.
Setiap pelanggan katanya, akan menerima tahap penjagaan kesihatan yang sama walaupun cara penyampaiannya adalah berbeza. ''Dalam hal ini, projek pusat sehenti (one stop centre) untuk endoskopi dan pembedahan katarak di Hospital PMMPMHAMB ini melibatkan pelbagai sumber seperti pakar, ubat-ubatan, peralatan yang berkualiti tinggi dan wad pemulihan di satu tempat untuk menjimatkan masa para pesakit daripada melakukan beberapa kunjungan hospital di samping meningkatkan keselesaan mereka ketika dirawat,'' ujarnya. Yang Berhormat menambah, para pesakit boleh pulang ke rumah selepas beberapa jam pembedahan selesai dilakukan dan tidak perlu bimbang tentang pemulihan mereka. Projek berkenaan katanya, juga akan menggunakan infrastruktur yang sedia ada di hospital ini dan tidak akan
menjejaskan operasi biasa. ''Ini adalah peluang yang baik bagi kita meningkatkan pembangunan penjagaan kesihatan di negara ini ke tahap yang lebih tinggi. Kementerian Kesihatan bertekad tinggi untuk memberikan para pelanggan apa jua yang terbaik dapat ditawarkan oleh setiap hospital di negara ini,'' ujar Yang Berhormat Menteri Kesihatan. ''Apabila kita dapat memahami bagaimana kita boleh menggunakan kemudahan fasiliti yang ada dengan lebih berkesan yang didukung oleh kualiti tenaga manusia yang sebaiknya. insyaa Allah, hasilnya akan dapat dinikmati oleh semua orang.'' MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Awang Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa menyampaikan ucapan pada Sesi Muzakarah bersama Pihak-pihak Berkepentingan bagi Daerah Tutong.
Tingkatkan tahap kualiti perkhidmatan kesihatan TUTONG, Khamis, 24 November. Kementerian Kesihatan terus melaksanakan inisiatifnya dalam membuat pendekatan untuk mengenal pasti isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai dalam meningkatkan tahap serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini. Ke arah itu, satu Sesi Muzakarah bersama Pihak-pihak Berkepentingan bagi Daerah Tutong telah diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, di sini. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan seterusnya ucapan alu-aluan daripada Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Muzakarah ini merupakan kesinambungan muzakarah yang diadakan bagi setiap daerah di Negara Brunei Darussalam. Juga hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan,
Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, PegawaiPegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Pegawai Daerah Tutong, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran daerah ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, penghulu dan ketua kampung serta pertubuhan-pertubuhan NGOs. Antara isu-isu yang diberikan perhatian dalam Sesi Muzakarah kali ini ialah mengenai inisiatif Kementerian Kesihatan yang melibatkan Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah Tutong (PMMPMHAMB) untuk menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan, khusus bagi penjagaan yang terbaik dan berkualiti tinggi kepada semua pelanggan. Hospital PMMPMHAMB akan menjadi sebuah pusat sehenti bagi
diagnosis dan rawatan pesakit seperti Endoskopi, di mana pesakit boleh didaftarkan, didiagnosis dan dirawat di satu tempat. Pelaksanaan ini akan menyumbang kepada pembaikan perkhidmatan di hospital, sejajar dengan salah satu keutamaan strategik Kementerian Kesihatan iaitu memberikan perkhidmatan yang terbaik melalui konsolidasi dan pensejajaran perkhidmatan penjagaan kesihatan. Di samping itu, sesi muzakarah ini memberikan peluang percambahan fikiran di antara kesemua pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menanai dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai kebiasaan (norm) bagi setiap lapisan masyarakat. Ianya juga merupakan satu wadah untuk berkongsi maklumat dan cadangan daripada pihakpihak berkepentingan untuk menambahbaikkan usaha dalam
SEBAHAGIAN daripada pegawai-pegawai kerajaan yang hadir.
mencapai visi dan strategi Kementerian Kesihatan. Hasil Sesi Muzakarah ini adalah diharapkan akan dapat mendukung hasrat Wawasan Negara 2035, di samping boleh memberikan manfaat dalam mengeratkan lagi kerjasama
Kementerian Kesihatan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan mengukuhkan lagi kualiti sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan agar lebih efisien, efektif dan bersiap siaga menghadapi sebarang cabaran masa kini dan yang akan datang.
Bangunan Mahkamah-Mahkamah Daerah Tutong sediakan kemudahan di sini. Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli dan Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar
hadir pada majlis berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan kemudiannya diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin juga Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pengiran Haji Shahril Azman bin Pengiran Haji
Metussin. Juga hadir ialah Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Sivil, Ketua Pendaftar Mahkamah Besar, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, wakil-wakil dari agensiagensi berkenaan serta Pegawaipegawai Kehakiman.
Berurusanlah dengan syarikat atau ejen takaful berlesen Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam
KETUA Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Awang Haji Kifrawi bin Dato Paduka Haji Kifli (kiri) dan Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif / Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Awang Haji Salim bin Haji Besar (kanan) hadir pada Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Bangunan Mahkamah-Mahkamah Daerah Tutong, Bukit Bendera.
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUTONG, Khamis, 24 November. Projek Pembinaan Bangunan Mahkamah-Mahkamah Daerah Tutong yang dilaksanakan melalui Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 dengan harga rancangan lebih kurang bernilai BND16,410,949 dengan menyediakan tujuh buah dewan perbicaraan dan dua ruang pejabat bersama kaunter urusan yang berasingan bagi kegunaan Mahkamah Sivil serta Mahkamah Syariah dalam memberikan perkhidmatan kehakiman masing-masing kepada orang awam
khususnya di Daerah Tutong. Bagi menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah Subhanahu Wata'ala sempena perpindahan mahkamah-mahkamah Daerah Tutong ke bangunan baharu yang bermula pada bulan November ini, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri bersama kedua-dua Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Bangunan Mahkamah-Mahkamah Daerah Tutong, Bukit Bendera,
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mendapati bahawa baru-baru ini terjadi insiden penipuan yang melibatkan penjualan polisi takaful / insurans kepada orang awam oleh ejen atau individu yang tidak dilesenkan. Dalam Siaran Akhbar yang dikeluarkan oleh AMBD menyatakan, sebahagian daripada pengguna yang terlibat hanya mengetahui bahawa polisi tersebut adalah palsu, setelah mencuba untuk membuat tuntutan atau mendapatkan maklumat mengenai polisi tersebut daripada Pengendali Takaful / Syarikat Insurans. Menerima salinan polisi sahaja daripada pengendali takaful / syarikat insurans adalah bukan praktis yang lazimnya dilakukan ketika membeli insurans.
Sehubungan itu, AMBD ingin menasihatkan orang awam supaya hanya berurusan dengan pengendali takaful, syarikat-syarikat insurans dan ejen takaful / insurans am yang dilesenkan oleh AMBD. Orang ramai yang memilih untuk berurusan dengan orang yang tidak berlesen yang menawarkan produk atau perkhidmatan kewangan, akan mempunyai kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan dan tidak dilindungi di bawah rangka kerja kawalselia yang ditadbir oleh AMBD. Rangka kerja kawalselia AMBD adalah bertujuan untuk melindungi kepentingan orang ramai dan pengguna dengan memastikan hanya orang yang berwibawa dan berkelayakan sahaja diberi kuasa untuk memberikan perkhidmatan kewangan di Negara Brunei Darussalam.
Senarai pengendali takaful dan syarikat insurans yang dilesenkan oleh AMBD, serta ejen takaful / insurans am yang berdaftar boleh diperolehi melalui aplikasi AMBD, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui 'App Store' untuk pengguna iPhone dan 'Google Playstore 'untuk pengguna Android; atau layari laman web AMBD di http://www.ambd.gov.bn. Bagi sebarang soalan mengenai polisi takaful / insurans, orang ramai adalah dinasihatkan untuk menghubungi pengendali takaful atau syarikat insurans masing-masing. Bagi laporan mengenai sebarang kegiatan penipuan penjualan polisi takaful / insurans, atau polisi takaful / insurans yang dipegang adalah disahkan palsu, sila hubungi AMBD melalui talian +673 2233371; atau melalui email info@ambd.gov.bn; atau mengunjungi Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan di Tingkat Bawah, Dar Takaful IBB Utama Building, Bandar Seri Begawan.
10
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
Perlu inovatif menyelesaikan masalah
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa berucap di Sesi Muzakarah bersama Pihak-Pihak Berkepentingan bagi Daerah Temburong.
TEMBURONG, Rabu, 23 November. - Di dalam era yang semakin kompleks lagi sukar diduga ini, pendekatan dalam penyelesaian masalah perlulah inovatif dan melimpasi batas konvensional agar ianya bukan sahaja kos-efektif malahan membawa impak yang tinggi. Dalam hal ini, penggunaan teknologi untuk membawa pembaharuan, di samping menangani cabaran dan isu perkhidmatan di Brunei Darussalam adalah amat mustahak. Perkara ini ditekankan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa berucap di Sesi Muzakarah bersama Pihak-Pihak Berkepentingan bagi Daerah Temburong, yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Bumiputera Pekan Bangar, di sini. Menurut Yang Berhormat, teknologi berupaya untuk membawa kita lebih dekat kepada pelanggan/pesakit walaupun di mana jua mereka berada. ''Bayangkan jika perkhidmatan kesihatan dapat diberikan secara virtual atau alam maya ke rumah pesakit melalui telefon atau panggilan video, nescaya ianya bukan saja mampu menjimatkan masa para pelanggan perkhidmatan kesihatan bahkan mereka juga dapat menerima khidmat kesihatan ini secara selesa dari rumah. Kebanyakan negara maju telah menggunakan teknologi telehealth bagi memudahkan lagi akses kepada perkhidmatan kesihatan kepada penduduk yang tinggal di pedalaman tanpa menjejaskan kualiti konsultasi mahupun keselamatan mereka. Semua ini sudah setentunya akan mentransformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini,'' jelas Yang Berhormat. Apa yang perlu sekarang tambah Yang Berhormat adalah kesediaan kita untuk mencuba, dan merasa amat optimistik dengan potensi penggunaan teknologi dalam sektor kesihatan. Yang Berhormat juga berasa yakin, Daerah Temburong juga berpotensi besar untuk menjadi daerah yang akan memanfaatkan ICT ke tahap sebaiknya. Menyentuh mengenai kebersihan, Yang Berhormat berkata, ianya adalah amat penting bagi kesihatan. Tempat-tempat pembiakan nyamuk umpamanya, mudah didapati di tempat-tempat yang dipenuhi oleh sampah sarap. Justeru itu, adalah amat penting bagi kita sentiasa membersihkan kawasan kediaman dan sekeliling kita. Yang Berhormat merasa gembira kerana di Daerah Temburong ini dapat dilihat anak-anak buah kampung
sentiasa rajin membuat kegiatan kempen kebersihan dan seterusnya mengharapkan agar agar aktiviti seumpama ini harus diteruskan dan diterapkan kepada generasi muda dalam memupuk nilai kebersihan ke dalam diri mereka. Perkara ini menurut Yang Berhormat sesuai dengan sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Abu Malik al-As'hari, bahawa 'Kebersihan itu adalah sebahagian daripada Iman'. Turut hadir di sesi muzakarah ini ialah Setiausaha Tetap dan Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, pegawaipegawai kanan Kementerian Kesihatan; Pegawai Daerah Temburong, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Daerah Temburong, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, para Penghulu dan Ketua Kampung serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Dalam pada itu, menurut Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Zakaria bin Haji Serudin, dalam jangka masa tiga ke lima tahun akan datang, dengan hasrat untuk meningkatkan tahap pengalaman pelanggan kesihatan atau enhancing customer experience, Kementerian Kesihatan memberikan fokus utama dan pendekatan kepada 5 keutamaan iaitu yang pertama untuk meningkatkan ihsan asas atau basic courtesy, kedua mengurangkan masa menunggu, ketiga memastikan ubat-ubatan tersedia, serta perkhidmatan asas atau basic services ada disediakan untuk kegunaan orang ramai, ke empat memastikan kualiti atau tahap perkhidmatan pegawai dan kakitangan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala perkhidmatan yang diberikan adalah teratur dan memenuhi ekspektasi pelanggan dan kelima untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui penyatuan perkhidmatan, infrastruktur dan fasiliti yang sedia ada atau consolidation and alignment of services. Sementara itu, Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar), Doktor Hazri bin Haji Kifle pula menjelaskan bahawa Kementerian kesihatan ketika ini sedang melihat potensi teknologi untuk digunakan dalam membawa para profesional kesihatan lebih dekat kepada para pelanggan/pesakit, terutama konsultasi doktor dengan pesakit dengan lebih mudah terutama di kawasan luar bandar seperti di Daerah Temburong. Tambahnya, pada ketika ini Kementerian Kesihatan telah mula melaksanakan konsultasi melalui penggunaan telefon oleh para doktor di klinik-klinik kesihatan kerajaan kepada pesakit dan respons yang diterima setakat ini adalah amat memberangsangkan. Dalam hubungan ini, Doktor Hazri menekankan perkhidmatan ini bukanlah bagi menggantikan perkhidmatan doktor sepenuhnya tetapi ianya sebagai salah satu nilai tambah atau complimentary services kepada para pesakit di negara ini. Di sinilah dapat dilihat ianya adalah satu convergence atau pertemuan di antara teknologi dan cara-cara yang sedia ada pada masa ini dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara ini. Apatah lagi seperti yang kita maklum penggunaan telefon bimbit atau mobile phone penetration di negara ini sudah mencapai melebihi 100 peratus malah merupakan antara yang tertinggi di rantau ini. Justeru itu secara keseluruhannya apa yang diharapkan untuk dicapai adalah bagi penyampaian perkhidmatan kesihatan yang selamat, peka-pelanggan
(patient-centric), efektif dan efisyen. Sesi Muzakarah ini merupakan kesinambungan muzakarah yang diadakan di ke empat-empat daerah dan merupakan salah satu inisiatif Kementerian Kesihatan dalam membuat pendekatan untuk mengenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh orang ramai dalam meningkatkan tahap serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini. Di samping itu, sesi muzakarah ini memberikan peluang pencambahan fikiran di antara kesemua pihak yang berkepentingan dalam sama-sama menanai dan memikul tanggungjawab untuk menjadikan cara hidup sihat sebagai kebiasaan (norm) bagi setiap lapisan masyarakat. Ianya juga
Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain merupakan satu wadah untuk berkongsi maklumat dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan untuk menambahbaikkan usaha dalam mencapai visi dan strategi Kementerian Kesihatan. Antara isu-isu yang diberikan perhatian dalam sesi muzakarah kali ini ialah mengenai usaha menambah baik sistem kesihatan yang meliputi aspek-aspek kebersihan, kualiti dan akses penjagaan kesihatan yang selamat untuk membawa pendekatan penyampaian perkhidmatan secara
lebih inovatif kepada orang ramai. Hasrat perkongsian ini diharapkan akan dapat membantu dalam mendukung hasrat Wawasan Negara 2035, di samping boleh memberikan manfaat dalam mengeratkan lagi kerjasama Kementerian Kesihatan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan mengukuhkan lagi kualiti Sistem dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan agar lebih efisien, efektif dan bersiapsiaga menghadapi sebarang cabaran masa kini dan akan datang.
Peserta bengkel terima sijil Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Kajian Strategik dan Dasar BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November.Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) telah menyempurnakan siri pertama bengkel Pembangunan Eksekutif Foresight Strategik dan Perancangan Strategik pada 24 November 2016 lepas. Seramai 27 peserta telah menerima sijil masing-masing yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif CSPS, Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos. Salah seorang peserta berpendapat bahawa bengkel ini sangat bermanfaat dan dapat membantu beliau dalam tugasan bagi pelaksanaan pelan strategik mereka yang baru saja bermula. Seorang lagi mengulas bahawa dia mendapati bengkel ini amat berguna kerana ia memperkenalkan pelbagai 'toolkit' untuk merangka strategi secara berstruktur dan cara-cara untuk mengujinya pada masa depan dengan andaian mencabar dan kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan secara kolaboratif. Ramai peserta mengesyorkan pihak pengurusan tertinggi mereka untuk menghadiri siri bengkel tersebut, terutamanya yang terlibat dalam pembangunan perancangan strategik dan berpandangan jauh. Siri kedua dan ketiga bengkel yang bertajuk 'Strategic Planning Using Systems Thinking' dan 'Action Learning and Evaluation' akan diadakan awal tahun depan.
PENGARAH Eksekutif Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS), Awang Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menyampaikan sijil kepada peserta.
Eksesais Checkpoint diadakan sehingga 27 November BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. Jawatankuasa Keselamatan Negara melalui Pusat Krisis Kebangsaan (NCC) Jabatan Perdana Menteri, pada masa ini sedang mengadakan eksesais bersepadu berkaitan pengawalan keselamatan sempadan di pos-pos kawalan. Eksesais yang diberi nama 'Eksesais Checkpoint 01/2016' pada hari ini telah diadakan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah, Daerah Brunei dan Muara. Agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan di Pos Kawalan Imigresen Kuala Lurah dengan bantuan agensi-agensi lain dalam Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diuji cuba dengan pelbagai senario keselamatan dan kecemasan yang memerlukan respons yang strategik dan bersepadu. Agensi-agensi keselamatan dan penguatkuasaan serta agensi- agensi perkhidmatan kecemasan akan terus meningkatkan keupayaan masing- masing dan secara bersepadu sebagai persiapan untuk menghadapi
JAWATANKUASA Keselamatan Negara melalui Pusat Krisis Kebangsaan (NCC) Jabatan Perdana Menteri semasa menjalankan 'Eksesais Checkpoint 01/2016' di Pos Kawalan Imigresen, Kuala Lurah.
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Perdana Menteri apa jua kemungkinan berlakunya ancaman keselamatan di pos-pos kawalan dan sempadan negara.
Eksesais Checkpoint 01/2016 akan diadakan sehingga 27 November 2016.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
11
Brunei – Singapura bincang hala tuju, projek bidang penyiaran dan penerangan
SETIAUSAHA Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos (duduk, tiga, kiri) selaku Ketua Delegasi Brunei Darussalam dan Ketua Delegasi Republik Singapura, Setiausaha Tetap Kedua, Kementerian Komunikasi dan Penerangan, Gabriel Lim (duduk, tiga, kanan) bergambar ramai beramai ahli-ahli delegasi kedua-dua buah negara sempena Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama Kali Ke-26 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Pemerintah Republik Singapura mengenai kerjasama dalam bidang Penerangan dan Penyiaran.
Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. - Negara Brunei Darussalam dan Singapura terus menikmati hubungan kerja yang erat dan sangat baik yang terbukti melalui hubungan persahabatan di bawah MoU penyiaran yang kini sudah memasuki
tahun ke-26. Hubungan baik itu dikukuhkan dengan jalinan antara Kementeriankementerian, penyiar-penyiar, dan juga belia dan artis yang mengambil bahagian dalam produksi sejak beberapa tahun lalu.
Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos menyatakan demikian pada Majlis Pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bersama Kali Ke-26 di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan
Pemerintah Republik Singapura mengenai kerjasama dalam bidang Penerangan dan Penyiaran berlangsung di Bangunan Jabatan Perdana Menteri, Jalan Perdana Menteri, di sini. Menurut Awang Mohd Riza, terdapat cabaran dalam menarik penonton dan pendengar kita, yang memerlukan penyiaran kita berusaha lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan kualiti dan kandungan
mantap. ''Oleh itu, saya berharap untuk mendengar laporan daripada Kumpulan Kerja Penyiaran bagi pelan tindakan mereka dan juga projekprojek masa depan dalam kerjasama Penyiaran,'' ujarnya. Majlis Pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kali Ke-26 ini disempurnakan oleh Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet), Jabatan Perdana Menteri, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos selaku Ketua Delegasi Brunei Darussalam. Sementara itu, mengetuai bagi pihak delegasi Republik Singapura ialah Setiausaha Tetap Kedua, Kementerian Komunikasi dan Penerangan, Gabriel Lim. Pada Majlis Pembukaan tersebut, Ketua-Ketua Delegasi telah membuat ucapan pembukaan mereka. Mesyuarat selama dua hari tersebut akan membincangkan mengenai hala tuju, projek-projek dan kegiatankegiatan yang diungkayahkan bersama di dalam bidang kerjasama penyiaran dan penerangan yang dilaksanakan oleh Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan, Negara Brunei Darussalam bersama Kementerian Komunikasi dan Penerangan, Republik Singapura; Info-Communications Media Development Authority of Singapore dan MediaCorp Pte. Ltd. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Radio Televisyen Brunei, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu, Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad, pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Penerangan.
14 peserta kelas Al-Quran sertai Majlis Khatam Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor SUBOK, Jumaat, 25 November. Syiar Islam di Negara Brunei Darussalam terus bersinar dengan penganjuran majlis-majlis keugamaan yang diadakan diperingkat mukim dan kampung. Sehubungan itu, dalam memupuk dan menyemai rasa cinta kepada Al-Quran, Masjid Kampung Belimbing, Jalan Subok mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid kelas Al-Quran yang diadakan di masjid tersebut pagi ini. Seramai 14 peserta berumur di antara 10 hingga 11 tahun menyertai majlis khatam yang julung-julung kali diadakan bagi remaja sekitar kampung tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula dari surah Ad-Dhuha oleh peserta khatam. Majlis diteruskan dengan bacaan takhtim yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Ugama Orang Kaya Besar Imas Subok dan seterusnya diikuti dengan bacaan doa khatam dibacakan oleh wakil peserta, Awang Mohd. Aiman Rusyaidi bin Awang Haji Seruji. Majlis khatam ini turut diserikan dengan Dikir Ashraqal yang dibawakan oleh pelajar-pelajar Sekolah Ugama Orang Kaya Besar Imas Subok.
Penyampaian sijil kepada para peserta khatam turut disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Belimbing Subok, Awang Norijal bin Sisa. Salah seorang peserta khatam semasa ditemui oleh Pelita Brunei, Dayang Nur Amirah Batrisya Munawwarah binti Hasnan, berusia 11 tahun menyatakan penyertaan kali ini merupakan kali ketiga semenjak berusia 9 tahun dan jejak langkah beliau selaku anak sulong juga menjadi ikutan kepada empat adik beradik yang lain. Sementara itu, pengerusi majlis khatam iaitu Ketua Imam Masjid Kampung Belimbing Subok, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar ketika ditemui menyatakan majlis-majlis seumpama ini akan dijadikan projek berterusan di masa hadapan dalam merealisasikan hasrat negara sebagai negara zikir yang cinta kepada Al-Quran. Ke arah ini, beliau juga turut menyeru kepada para ibu bapa dan penjaga yang tinggal disekitar Kampung Belimbing, Subok ini agar akan dapat menghantar anak-anak di bawah jagaan masing-masing ke masjid ini bagi mengikuti kelaskelas bimbingan. Menurut beliau lagi terdapat tiga kategori bimbingan yang diungkayahkan di masjid ini iaitu Kelas Muqqadam Asas, Kelas Muqqadam dan seterusnya Kelas Al-Quran yang diadakan pada setiap hari Jumaat bermula dari jam 8.00 pagi
hingga 10.00 pagi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Penghulu Mukim Kota Batu, Awang Naim bin Kamis; Ketua Kampung Belimbing, Awang Haji Gapar @ Mohd. Daud bin Karim; Ketua Kampung Subok, Awang Haji Mohd. Jais bin Mohd. Salleh serta para ibu bapa murid-murid yang diraikan.
TETAMU kehormat majlis Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Ustaz Awang Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd. Salleh, menyampaikan sijil kepada peserta khatam.
Keputusan PSR melalui SMS Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. Kementerian Pendidikan dengan kerjasama DST Communications Sendirian Berhad (DST), Progressif Cellular Sendirian Berhad dan Mach Telecommunications Systems Sendirian Berhad (MachTel) akan menawarkan Perkhidmatan Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi keputusan peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) tahun 2016. Pelanggan (pelajar dan ibu bapa / penjaga) yang berminat untuk melanggan kepada perkhidmatan ini adalah dikehendaki untuk mendaftar secara dalam talian (online) melalui web portal Kementerian
Pendidikan di www.moe.gov.bn atau e-Darussalam di www.gov.bn. Para pelanggan juga dapat melakukan pendaftaran dengan telefon bimbit mereka melalui SMS dengan menaip MOE<jarak>REG <jarak>[KOD PUSAT]<jarak>[NO. BILANGAN CALON] dan hantar ke 8885555 bagi pelanggan DST atau ke 38666 bagi pelanggan Progressif Cellular Sendirian Berhad. Tiada caj dikenakan bagi pendaftaran yang dibuat melalui webportal Kementerian Pendidikan atau telefon bimbit. Pelanggan boleh mendaftar kepada perkhidmatan ini bermula hari Sabtu, 26 November 2016.
Keputusan peperiksaan hanya akan dihantar kepada pelanggan yang berdaftar melalui SMS setelah diluluskan oleh Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan untuk mengeluarkan keputusan berkenaan. Pelanggan akan dikenakan bayaran berjumlah BND3.00 bagi setiap keputusan melalui SMS yang diterima. Kementerian Pendidikan berharap melalui perkhidmatan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang awam, terutamanya ibu bapa pelajar dan pihak-pihak berkepentingan Kementerian Pendidikan secara amnya. Bagi sebarang keterangan lanjut atau pertanyaan mengenai cara membuat pendaftaran boleh mengemel terus ke mac.@machbrunei.com
12
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
NBD - Kesultanan Oman kendalikan pameran Islam pada 29 November - 1 Disember 2016 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Dalam mengukuhkan lagi hubugan pertukaran budaya yang sedia ada di antara Negara Brunei Darussalam dan Kesultan Oman, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Ministry of Endowment and Religious Affairs of the Sultanate of Oman akan mengadakan Pameran 'Tolerence, Understanding, Coexistence : Oman's Message of Islam' pada 29 November hingga 1 Disember ini nanti. Perkara demikian dijelaskan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof pada Sidang Media mengenai pameran tersebut yang berlangsung di Bilik Mawar, KHEU, di sini. Menurutnya, pameran akan diadakan di Pusat Seni, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) dan akan dilancarkan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Beliau menambah, pameran juga akan diisikan dengan pembentangan ceramah yang akan disampaikan oleh Dr. Mohamed Al Mamari pada
30 November, jam 9.00 pagi. ''Dua acara kebudayaan juga akan diadakan iaitu persembahan art sand oleh artis Oman dan persembahan Nasheed dari vokalis Oman yang mana kedua-dua acara akan berlangsung di JIS pada 30 November, jam 2.00 petang,'' ujarnya. Beliau seterusnya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Kesultanan Oman dalam memberi peluang yang sangat berharga ini bagi kedua-dua buah negara untuk meningkatkan lagi kerjasama dua hala sejak tertubuhnya memorandum persefahaman pada 1969. Tambahnya, pameran bertujuan untuk mempamerkan toleransi agama, pemahaman antara budaya dan dialog di antara agama serta menggambarkan bagaimana Islam diamalkan dalam kehidupan seharian bagi masyarakat Arab moden Oman. Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari pula berkata, pameran tersebut antara lain akan mengongsikan pelbagai persamaan kedua buah negara, di samping menyerlahkan budaya Oman di Negara
Gangguan lalu lintas Persimpangan Jalan Gadong / Jalan Telanai
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof (kanan), bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari (kiri), semasa mengadakan sidang media berkenaan Pameran 'Tolerance, Understanding and Coexistance : Oman's Message of Islam' di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Bilik Mawar, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Brunei Darussalam. Tuan Yang Terutama juga merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Brunei Darussalam dalam sama-sama mengendalikan acara ini, lebih-lebih lagi dalam mengongsikan
persamaan kedua buah negara terutama dalam amalan budaya dan agama. Dengan tajuk toleransi jelas TYT, Brunei merupakan contoh yang baik dalam toleransi dan pihaknya berhasrat
BDYA ahli penuh ASAF, WS
Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Kerja Raya BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai dan pengguna-pengguna jalan raya terutama kepada penduduk di kawasan Telanai, Jangsak, Katok, Gadong dan sekitarnya mengenai gangguan sementara lalu lintas yang disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan yang sedang giat dilaksanakan di atas gelagar yang telah dipasang bagi projek pembinaan jejambat (flyover) di Persimpangan Jalan Gadong / Jalan Telanai. Pembinaan dek jejambat pada bahagian tengah (middle span) telah pun bermula dan akan mengambil masa selama sebulan bagi kerja-kerja penyiapan. Untuk memastikan keselamatan para pengguna jalan raya, JKR ingin memaklumkan bahawa lampu isyarat Jalan Gadong / Jalan Telanai tidak akan beroperasi buat sementara waktu bermula jam 11.30 malam hingga 5.30 pagi untuk tempoh sebulan. Persimpangan lampu isyarat akan segera dibuka seperti sedia kala sebaik sahaja kerja-kerja selesai. Sehubungan itu, orang ramai yang akan menggunakan jalan tersebut adalah dinasihatkan untuk sentiasa memandu dengan lebih berhati-hati dan mematuhi papan-papan tanda jalan yang dipasang bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam : 123 / livechat +6738333123, Facebook : Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel : pro@pwd.gov.bn.
KERJA-KERJA pembinaan sedang giat dilaksanakan di atas gelagar yang telah dipasang bagi projek pembinaan jejambat (flyover) di Persimpangan Jalan Gadong / Jalan Telanai.
untuk belajar lebih jauh mengenainya. Pameran itu nanti juga adalah bertepatan dengan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kesultanan Oman ke-46. Islam di Oman adalah pautan dalam kalangan pelbagai mazhab kaum dan ia membantu melindungi identiti budaya pada masa ini di arus perubahan yang besar. Pameran ini menunjukkan bahawa kemajuan tidak semestinya seiring dengan kehilangan identiti budaya, di samping pameran menyediakan satu pengalaman yang menarik yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung. Selain itu, pameran ini melibatkan 24 panel dengan teks dan grafik yang berkaitan dengan amalan agama dalam masyarakat Arab moden. Pameran turut diisikan dengan dokumentari filem pendek 'Toleransi Agama di Oman' serta menampilkan gambar-gambar, seni khat, artifak dan seni yang berperanan menyinari Islam dalam masyarakat kontemporari Oman. Kira-kira lebih 70 bandar dari 26 buah negara di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Perancis, Netherland, Austria, Estonia, Lithuania, Brazil, Jepun, Kanada, Afrika Selatan, Korea Selatan, Slovenia, Kuwait dan Singapura telah mengadakan pameran seumpama ini. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pameran ini boleh melayari www.islam-in-oman.com.
PRESIDEN Persatuan Lumba Layar Brunei Darussalam (BDYA), Dato Paduka Ar. H. Idris bin Haji Abas (kiri) bersalaman mesra bersama Presiden baharu World Sailing (WS) Kim Andersen (kanan), semasa Perhimpunan Agung WS di Barcelona, Spain pada 13 November 2016.
Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Lumba Layar Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (BNOC) mengiktiraf dan menerima Persatuan Lumba Layar Brunei Darussalam (BDYA) pada bulan Februari 2016 sebagai ahli gabungannya. BDYA kemudian diterima sebagai ahli penuh Persekutuan Pelayaran Asia (ASAF) dan kini diterima sebagai ahli penuh Pelayaran Dunia (WS), yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Pelayaran Antarabangsa, ISAF. Penerimaan tersebut dinyatakan oleh Presiden BDYA, Dato Paduka Ar. H. Idris B.H. Abas setelah menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan WS baru-baru ini di Barcelona, Sepanyol dengan diiringi oleh Timbalan Presiden BDYA, Awang
Bohari Abdullah. Pelayaran Dunia merupakan badan yang mengawal semua kegiatan sukan pelayaran dunia dan diiktiraf secara rasmi oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC). Pelayaran Dunia bertanggungjawab untuk mempromosi sukan tersebut di peringkat antarabangsa; menguruskan pelayaran di sukan Olimpik dan Paralimpik; menubuhkan peraturan perlumbaan pelayaran dan peraturan-peraturan bagi semua pertandingan pelayaran; memberikan latihan kepada hakim, pengadil dan pentadbir lain; mengembangkan sukan tersebut di seluruh dunia; mewakili pelayaran dalam semua perkara berkaitan sukan berkenaan dengan mengambil kira prinsip Pelayaran Dunia iaitu 'Ahli Pihak Berkuasa Negara' (Member National Authorities
- MNAs) dan 'Kelas Persatuan (Class Associations)'. Sebagai salah satu daripada MNA, BDYA mempunyai hak mengundi dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini yang mana Presiden baharu dan tujuh Naib Presiden telah dilantik. Kim Andersen telah dipilih sebagai Presiden baru WS untuk empat tahun akan datang. Presiden BDYA, Dato Paduka Ar. H. Idris melahirkan rasa syukur atas penerimaan BDYA sebagai ahli ASAF dan WS yang mana BDYA kini boleh mendapat manfaat dari mengambil bahagian dalam semua acara pelayaran anjuran ASAF dan WS. Menurut Dato Paduka Ar. H. Idris, BDYA juga boleh mendapatkan tadbir urus yang baik dan bantuan teknikal dari pertubuhan-pertubuhan ini. Sebagai Presiden Persatuan Pengakap (PPNBD) dan BDYA, Presiden BDYA juga mempunyai rancangan untuk melanjutkan program pelayaran nagi Persatuan Ahli Pengakap Laut Brunei. BDYA juga berusaha sedaya upaya untuk menjaga BDYA dalam peta dunia dan perlu bekerja keras untuk membangunkan belia tempatan, khasnya pelayar-pelayarnya. Pada tahun 2015, BDYA mengambil bahagian di Regatta Terbuka Bandar Kota Kinabalu Kali Ke-15 dan telah mendapat tempat kedua keseluruhan dalam kelas Laser selain menyertai Sukan SEA ke-28 di Republik Singapura pada kategori Laser dan Optimist. Tahun ini Negara Brunei Darussalam mengambil bahagian dalam Regatta KK Terbuka Kali Ke-16 dan telah menduduki tempat kedua dalam luncur angin, di samping penyertaan dalam Pesta Keaamatan Regatta KK dan mendapat tempat kedua dalam luncur angin. BDYA berharap untuk melakukan lebih banyak latihan untuk ahli-ahli pelayarnya dengan harapan layak diterima ke Sukan SEA yang akan datang tahun depan.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
13
ASEAN perlu terokai cara tangani ancaman jenayah siber BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) merupakan salah satu kawasan rantau yang paling dinamik di dunia, di mana kadar populasi internet rantau ini meningkat dua kali ganda dalam tempoh lima tahun yang lepas dengan lebih daripada 250 juta pengguna internet aktif dan kadar penembusan internet serantau mencecah kira-kira 40 peratus terutama melalui penggunaan kemudahan jalur lebar (wireless). Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad menyatakan mengenai perkara tersebut pada pembukaan Mesyuarat PegawaiPegawai Kanan ASEAN mengenai Telekomunikasi dan Info Teknologi dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan (TELSOM) Ke-17 yang diadakan di Dewan Musyawarrah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas bermula hari ini sehingga 24 November. Beliau berkata, kita boleh berbangga dengan apa yang telah kita capai setakat ini, walau bagaimanapun masih banyak lagi yang perlu dilakukan demi mencapai matlamat untuk menjadi sebuah komuniti ASEAN yang inovatif. Dalam pada itu, beliau juga turut menegaskan dan mengingatkan bahawa negara dan rakan rantau ASEAN yang lain mesti terus berusaha meneroka cara-cara untuk menangani ancaman jenayah siber yang serius, yang boleh menentang kerajaan kita dengan mengukuhkan lagi pertahanan serta kerjasama bagi menangani ancaman jenayah berkenaan. Selaras dengan tema mesyuarat ''Connected, Innovative Community'', katanya kerjasama berpasukan yang inovatif amat perlu dalam usaha untuk meningkatkan serta menyokong usaha-usaha lain untuk menggalakkan inovasi dan kreativiti bagi pertumbuhan ekonomi digital. Setiausaha Tetap juga mengalualukan perbincangan mengenai pelan tindakan 2017 yang akan menjadi garis pandu buat pertama kalinya dalam Projek Strategic Thrust of the AIM 2020 (ASEAN ICT Masterplan) bagi Tahun 2017. Di samping itu katanya, ICT juga merupakan alat paling fundemental untuk terus mengukuhkan dan memudahkan komunikasi untuk pertukaran idea-idea serta
KETUA Delegasi Negara Brunei Darussalam, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad (enam, kiri) bersama ketua-ketua delegasi dalam sesi bergambar ramai pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Telekomunikasi dan Info Teknologi (TELSOM) Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.
mengukuhkan hubungan people-to-people di antara semua negara anggota dan dengan itu, beliau berharap akan dapat melihat hasil perbincangan juga kerjasama semua negara anggota untuk beberapa hari akan datang ini. Mesyuarat yang diungkayahkan oleh Kementerian Perhubungan membawa bersama wakil-wakil delegasi dari 10 negara anggota ASEAN bagi membincangkan pelbagai isu serantau. Terdahulu pada pembukaan mesyuarat tersebut Negara Brunei Darussalam telah dipilih bagi mempengerusikan TELSOM Ke-17 berkenaan, yang mana melalui mesyuarat tersebut juga sebarang perkembangan mengenai 2016 Work Cycle akan dilaporkan pada sesi Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Telekomunikasi dan Maklumat (TELMIN) nanti. Ini termasuklah perkembangan mengenai ASEAN ICT Awards 2016; Data Demand Study mengenai fasa kedua Roadmap to Increase Broadband Capacity in ASEAN; ASEAN International Mobile Roaming Framework; dan ASEAN Cybersecurity Cooperation Strategy. Pada mesyuarat tersebut juga turut membincangkan mengenai aktiviti-aktiviti strategi utama di bawah AIM 2020, antaranya seperti ASEAN Cyberkids Camp 2016 dan rangka kerja ASEAN mengenai
Personal Data Protection. ASEAN dan TELSOM dihasratkan melalui Mesyuarat Menteri-menteri APEC mengenai Komunikasi dan Teknologi Maklumat pada Mei 2000 di Cancun, Mexico. Melalui mesyuarat tersebut, Menteri-menteri ASEAN dan Pegawai-pegawai Kanan berasa masanya adalah bertepatan untuk mempunyai platform serantau untuk meneliti inisiatif bagi menangani isu-isu yang meluas mengenai komunikasi terutamanya telekomunikasi dan teknologi maklumat (IT). Hasil dari perbincangan itu, ASEAN TELSOM buat pertama kalinya bertemu pada Oktober 2000 di Negara Brunei Darussalam, dan diikuti dengan ASEAN TELMIN kali pertama pada Julai 2001, di Kuala Lumpur, Malaysia. Kedua-dua forum terbit di bawah rangka kerja institusi ASEAN dan dibantu sepenuhnya oleh Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta, Indonesia. Pada TELSOM pertama yang dihoskan oleh Kementerian Perhubungan, Negara Brunei Darussalam, telah dipersetujui bahawa TELMIN dan TELSOM akan menjadi platform dalam menyahut Wawasan ASEAN 2020 dan Pelan Tindakan Ha Noi dalam bidang pembangunan telekomunikasi serta infrastruktur maklumat.
Oleh : Khartini Hamir Foto : Hernie Suliana Haji Othman Antaranya ialah Mencapai kesalinghubungan dan kerjasama mengenai National Information Infrastructures (NIIs) di antara negara-negara anggota menjelang tahun 2010; Membangun dan melaksanakan Pelan Tindakan ASEAN mengenai Regional Broadband Interconnectivity; dan Memperluaskan kerjasama dalam memastikan kelancaran perayauan perkhidmatan telekomunikasi (iaitu wireless communications) di rantau ini juga memudahkan perdagangan intra-ASEAN dalam peralatan serta perkhidmatan telekomunikasi. Berdasarkan rancangan tersebut, adalah diharapkan TELSOM dengan bantuan ASEAN Sekretariat dapat memainkan peranannya sebagai sebuah badan eksekutif untuk menyelia, menyelaras dan melaksanakan dasar, program serta aktiviti untuk telekomunikasi juga kerjasama Teknologi Maklumat ASEAN, selaras dengan arahan dan keutamaan yang ditetapkan oleh TELMIN. Secara khusus, mandat TELSOM adalah untuk Mengenal pasti, melaksana dan memantau kerjasama program-program dan aktiviti-aktiviti untuk memenuhi keperluan telekomunikasi dan IT di rantau
ASEAN; Bertindak sebagai forum untuk pertukaran maklumat, perbincangan dan perundingan mengenai isu-isu utama juga perkembangan serantau serta antarabangsa dalam telekomunikasi dan IT bagi kepentingan bersama negara-negara anggota. Di samping itu, mandat tersebut juga untuk menyediakan mekanisme untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta, pertubuhan serantau / antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pembangunan serta pelaksanaan program juga aktivitinya; Untuk menubuhkan, dan apabila perlu, kumpulan kerja / kumpulan pakar untuk membantu dalam pembangunan serta pelaksanaan program-program aktiviti juga kerjasama; Untuk melaporkan kemajuan di TELMIN; dan Menjalankan aktiviti-aktiviti lain sebagaimana yang diberi mandat oleh TELMIN serta sebagaimana yang diminta oleh badan-badan ASEAN lain yang berkaitan. TELSOM juga telah bekerjasama rapat dengan ASEAN Telecommunication Regulators' Council (ATRC); Majlis Perniagaan e-ASEAN serta Rakan Dialog dan Pembangunan ASEAN.
TELSOM bincang ASEAN ICT Masterplan 2020
MR. Liu Ziping, China TELSOM Leader, Director General for International and Technology Policy Coordination, Minister's Secretary at Ministry of Internal Affairs and Communications pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Telekomunikasi dan Info Teknologi (TELSOM) Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Telekomunikasi dan Info Teknologi dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan (TELSOM) Ke-17 yang dihoskan oleh Kementerian Perhubungan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Mesyuarat dihadiri oleh delegasi-delegasi dari 10 negara ASEAN bagi membincangkan mengenai pelbagai isu termasuk mengetengahkan maklumat terkini mengenai penghasilan utama Kitaran Kerja 2016 untuk dilaporkan pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Telekomunikasi dan Maklumat (TELMIN). Antaranya ialah Anugerah ICT ASEAN 2016, Kajian Permintaan Data mengenai Halatuju bagi meningkatkan Kapasiti Jalur Lebar di ASEAN Fasa Dua, Rangka Kerja
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhamad Asri Haji Awang Abas Mobile Roaming Antarabangsa ASEAN dan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber. Mesyuarat juga membentangkan mengenai aktiviti-aktiviti strategik utama di bawah ASEAN ICT Masterplan 2020 (AIM2020) termasuk ASEAN Cyberkids Camp 2016 dan Rangka Kerja bagi Perlindungan Data Peribadi ASEAN. Mesyuarat seterusnya menampilkan delegasi dari Republik Rakyat China, yang antara lain membincangkan mengenai hasil dari aktiviti bersama ASEAN - China pada tahun 2016 termasuk Bengkel Pembangunan Sosio Ekonomi yang Mapan; Bengkel Teknologi Maklumat Generasi Baharu; Seminar Network Security Emergency Response
Capacity Building, Bengkel mengenai Perkhidmatan Pembangunan dan Universal Jalur Lebar juga Bengkel mengenai Internet New Business and Application. ASEAN TELSOM juga mengadakan dialog dengan delegasi dari Jepun, yang antara lain membentangkan mengenai pelaksanaan Pelan Kerja ICT ASEAN - Jepun 2016 termasuk perkembangan projek ASEAN Smart Network. Juga dibincangkan adalah aktiviti Kerjasama ASEAN - Jepun dalam bidang Cybersecurity termasuk Mesyuarat Dasar Keselamatan Maklumat ASEAN Jepun Kesembilan, pembangunan kapasiti dan program kerjasama teknikal juga Cybersea Games.
14
JAWATAN KOSONG / IKLAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING, BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA : PB/LLD/Q/2016-2017/007 KETERANGAN : SUPPLY BOOKS FOR SCIENCE AND TECHNOLOGY DEPARTMENT, SCHOOL OF ENGINEERING, POLITEKNIK BRUNEI BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 20 Disember 2016 (tidak lewat jam 2.00 Petang) TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA :
PB/LLD/Q/2016-2017/008 KETERANGAN : SUPPLY BOOKS FOR LIBRARY AND LEARNING DEPARTMENT, SCHOOL OF ENGINEERING, POLITEKNIK BRUNEI BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 20 Disember 2016 (tidak lewat jam 2.00 Petang) (HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu
Syarat-Syarat Iklan Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 / 17. 3. Borang-borang tawaran boleh diperoleh di Tingkat 3, Unit 3-01, Jabatan Pembelajaran dan Perpustakaan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam. 4. Setiap borang tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan. 5. Borang tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis bilangan TAWARAN, tajuk TAWARAN dan tarikh tutup TAWARAN tanpa menunjukkan identiti penawar dan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Politeknik Brunei, Blok 2E Kondominium Ong Sum Ping
Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. 6. TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN, POLITEKNIK BRUNEI, BANGUNAN POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E, LOBI KONDOMINIUM ONG SUM PING, BERAKAS, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 7. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bonafide-tender) dan tidak akan dilayan. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah. 9. Setiap tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 10. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
IKLAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN SEBUT HARGA DAN KETERANGAN 1. KHEU/JPI/JKS/PPPB (B) /2016 - 2017 PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN (HOUSEKEEPING) BAGI TEMPOH 12 BULAN ZON (B) (1. Sekolah Arab Belait 2. Sekolah Ugama Paduka Seri Begawan SOAS, Belait) 2. KHEU/JPI/JKS/PPPB (C) /2016 - 2017 PERKHIDMATAN PENGURUSAN DAN PEMBERSIHAN BANGUNAN (HOUSEKEEPING) BAGI TEMPOH 12 BULAN ZON (C) (Sekolah Ugama PAP Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Sekolah Ugama Sungai Taring) 1. Bayaran dokumen : tidak dikenakan sebarang bayaran. 2. Borang sebut harga bolehlah diperoleh di : Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama Tingkat 4, Blok 2 I, Jalan Ong Sum Ping Bandar Seri Begawan, BA1311 Negara Brunei Darussalam. 3. Dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada : PENGERUSI Jawatankuasa Sebut Harga Tingkat 1, Bahagian Kewangan Kementerian Hal Ehwal Ugama Jalan Menteri Besar, BB3910 Negara Brunei Darussalam. 4. Tarikh tutup tidak lewat pada : Rabu, 7 Rabiulawal 1438H / 7 Disember 2016M Tidak lewat jam 2.00 Petang. 5. Tarikh akhir mengambil borang sebut harga adalah pada : Isnin, 5 Rabiulawal 1438H / 5 Disember 2016M 8.00 Pagi hingga 11.30 Pagi, 2.00 Petang hingga 4.00 Petang. 6. Syarat-Syarat, panduan dan maklumat, boleh merujuk ke Jabatan Pengajian Islam.
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH ARAB DAN ASRAMA [BAHAGIAN ASRAMA BASAH] ==================================== BAHAGIAN ASRAMA BASAH Bilangan Tawaran : KHEU / JPI / SMAK / AB / 10 Keterangan : Tawaran Bahagian Asrama Basah bagi Sekolah Menengah Arab Katok bagi Tempoh Empat (4) Bulan Bayaran Dokumen : BND35.00 (bayaran dokumen tidak dikembalikan)
SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membekalkan bahan-bahan Rancangan Pemakanan Sekolah Arab dan Asrama bagi tempoh empat (4) bulan. 2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan tidak akan diterima kecuali mendapat kebenaran untuk berniaga dari Jabatan Perdana Menteri. 3. Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di daerah tempat Sekolah Arab tersebut berada. 4. Tawaran boleh diperoleh di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, setelah membuat pembayaran yuran tawaran. 5. Pemohon-pemohon (pemilik syarikat) hendaklah membawa bersama Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 serta cap syarikat semasa mengambil borang tawaran dan membayar sebanyak BND35.00 bagi bayaran yuran tawaran (tidak dikembalikan). Jika berwakil, hendaklah membawa bersama surat wakil dari pemilik syarikat. 6. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan USB Flash Drive yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 7. USB Flash Drive asal (softcopy) yang telah diisi dengan lengkap disikan HENDAKLAH DIKEMBALIKAN. Borang tersebut hendaklah dicetak / Print setelah selesai diisikan dan disertakan satu (1) salinan (hardcopy). Borang tersebut hendaklah juga ditandatangani dan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja.
15
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH ARAB DAN ASRAMA [BAHAGIAN ASRAMA KERING] BAGI TEMPOH EMPAT (4) BULAN ===================================== BAHAGIAN ASRAMA KERING Bilangan Tawaran : Bagi Kod Blok : KHEU / JPI / SMAK/ AK / 07 Keterangan : Tawaran Bahagian Asrama Kering bagi Sekolah Menengah Arab Katok bagi Tempoh Empat (4) Bulan Bayaran Dokumen : BND35.00 (bayaran dokumen tidak dikembalikan)
SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membekalkan bahan-bahan Rancangan Pemakanan Sekolah Arab dan Asrama bagi tempoh empat (4) bulan. 2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan tidak akan diterima kecuali mendapat kebenaran untuk berniaga dari Jabatan Perdana Menteri. 3. Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di daerah tempat Sekolah Arab tersebut berada. 4. Tawaran boleh diperoleh di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, setelah membuat pembayaran yuran tawaran. 5. Pemohon-pemohon (pemilik syarikat) hendaklah membawa bersama Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 serta cap syarikat semasa mengambil borang tawaran dan membayar sebanyak BND35.00 bagi bayaran yuran tawaran (tidak dikembalikan). Jika berwakil, hendaklah membawa bersama surat wakil dari pemilik syarikat. 6. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan USB Flash Drive yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 7. USB Flash Drive asal (softcopy) yang telah diisi dengan lengkap diisikan HENDAKLAH DIKEMBALIKAN. Borang tersebut hendaklah dicetak / print setelah selesai diisikan dan disertakan satu (1) salinan (hardcopy). Borang tersebut hendaklah juga ditandatangani dan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja.
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
PERATURAN 38 (b)
PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS JABATAN PENTADBIRAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi : Bilangan Tawaran : MOFAT/ICC/ME/03/2016 Tajuk Tawaran : OPERATION AND MAINTENANCE OF ELECTRONIC EQUIPMENT, L.E.D DISPLAY SYSTEM AND STAGE LIGHTING EQUIPMENT AT INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS AND TRADE FOR THE PERIOD OF THREE (3) YEARS Tarikh terakhir pembelian dokumen tawaran : 17 Disember 2016, jam 10.00 Pagi Tarikh tutup tawaran : Selasa, 27 DISEMBER 2016 Penerangan skop kerja tawaran : Selasa, 20 Disember 2016, jam : 9.00 Pagi Tempat : ICC Yuran tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) 2. Syarikat-syarikat pemborong yang berminat untuk menyertai tawaran-tawaran di atas dikehendaki memperoleh dokumen tawaran di Pejabat Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Jalan Stadium semasa waktu pejabat dengan membayar
yuran tawaran (tidak dikembalikan) sebanyak BND30.00 dibayar kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Bayaran hendaklah dijelaskan di Pejabat Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Jalan Stadium, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran akan diserahkan selepas bayaran dibuat. 3. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) dan ditulis dengan terang mengikut bilangan tawaran, tajuk tawaran yang disertai : Bilangan Tawaran : Tajuk Tawaran : Tarikh Tutup : 27 Disember 2016 Jam : 2.00 Petang tanpa menunjukkan sebarang nama atau tanda pengenalan syarikat dan ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JALAN SUBOK BANDAR SERI BEGAWAN, BD2710 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 4. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, B.S.B. BD2710 Negara Brunei Darussalam tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 27 Disember 2016. 5. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.
16
IKLAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
KEMENTERIAN PERTAHANAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
KENYATAAN TAWARAN BILANGAN TAWARAN : 11/2016/KKBS/PPB/09 TAJUK TAWARAN : KONTRAK PEMBEKALAN SELAMA TIGA (3) TAHUN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYAJIKAN SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN BAGI PELATIH-PELATIH KURSUS DI PUSAT PEMBANGUNAN BELIA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat / pembekal-pembekal tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. 3. Yuran tawaran adalah berjumlah BND500.00 (Ringgit Brunei : Lima Ratus sahaja) dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat / pembekal sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide-tender). 4. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan : 11/2016/KKBS/PPB/09 - KONTRAK PEMBEKALAN SELAMA TIGA (3) TAHUN BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MENYAJIKAN SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN BAGI PELATIH-PELATIH KURSUS DI PUSAT PEMBANGUNAN BELIA, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 5. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran (peti berwarna BIRU) yang disediakan di : Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (Depan Kaunter Sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 6 Disember 2016. 6. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 7. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada Sabtu, 3 Disember 2016, jam 3.00 Petang. 8. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Borang tawaran dan borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap. Penender yang menghantar tawaran yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. 9. Syarikat / pembekal hendaklah hadir semasa tender briefing pada 5 Disember 2016, di Bilik Mesyuarat Ibnu Sina, Pusat Pembangunan Belia (PPB). 10. Syarikat / pembekal yang ikut serta dimestikan hadir untuk membuat lawatan ke PPB pada hari dan waktu pejabat dengan membuat temu janji dan menghubungi PPB, Jalan Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam. Nombor yang boleh dihubungi di talian telefon +673 2393681 / 2 / 3 sambungan 722 semasa waktu pejabat. Penender dikehendaki untuk mendapatkan pengesahan daripada pegawai yang dilantik ketika membuat lawatan ke PPB dengan mengisikan ruangan precondition di dalam 'Syarat-syarat dan Spesifikasi Tawaran' di dalam Muka Surat 'SST....2/7'. Kegagalan untuk mendapatkan pengesahan semasa lawatan ke PPB boleh menyebabkan tawaran untuk tidak dinilai. 11. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat / pemborong adalah dikehendaki untuk membawa Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Name Enactment section 16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 12. Salinan resit pembayaran (perenggan 3) untuk disertakan bersama dengan Dokumen Tawaran. Dokumen tawaran hendaklah diisikan dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja dan dicap syarikat. 13. Syarikat / pembekal DIMESTIKAN untuk menghadapkan menu bagi pembekalan fresh ration selaras dengan kadar tawaran yang dihadapkan. Untuk disertakan bersama dengan dokumen tawaran bagi rujukan dan penilaian pihak Urusetia PPB. 14. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 15. Penender mestilah menurunkan tandatangan initial pada setiap muka surat yang diperlukan, di mana maklumat telahpun diisikan oleh penender. 16. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis panduan yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).
TAWARAN : MINDEF/DFA/RC/104 [5] THE SUPPLY OF HORSEFEED AND BEDDING FOR RBAF SADDLE CLUB - FIVE [5] YEARS CONTRACT. BAYARAN TAWARAN : BND100.00 (tidak dikembalikan) SYARAT-SYARAT TAWARAN a. TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baharu Kementerian Pertahanan, Blok 'C', Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 20 DISEMBER 2016. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah diperoleh dari Unit Tawaran (Blok 'D'), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan pada hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 21 November 2016. b. Bayaran yuran tawaran (tender fee) hendaklah dibayar di Unit Kaunter, Bahagian Kewangan, Blok 'C', Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok 'D', Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran : Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.00 Petang Jumaat 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi 2.30 Petang hingga 3.00 Petang c. Pembekal membayar semua
adalah dikehendaki yuran dokumen dan
bayaran tawaran seperti yang diiklankan. Yuran tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar yuran tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. d. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. e. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. f. Salinan sijil pendaftaran perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. g. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperoleh atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. h. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran serta catatan tarikh tutup tawaran ini. i. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman sesawang : http://www.mindef.gov.bn.
JABATAN DAERAH BELAIT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BILANGAN SEBUT HARGA : JDB/01/2016 NAMA SEBUT HARGA : SEBUT HARGA PENYEWAAN BAS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG TAHUN JABATAN DAERAH BELAIT 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Dokumen sebut harga / tawaran dan keterangan lanjut mengenai perkara ini boleh diperoleh di Unit Kewangan, Jabatan Daerah Belait, semasa waktu pejabat dibuka. 3. Setiap pemborong yang berhasrat mengikuti tawaran ini mestilah membayar yuran sebut harga / tawaran berjumlah BND10.00 (Ringgit Brunei : Sepuluh sahaja) yang tidak akan dikembalikan kepada penender-penender sama ada yang berjaya atau tidak berjaya. Waktu pembayaran adalah pada Isnin hingga Khamis, jam 8.00 Pagi hingga 12.15 Tengah Hari dan 1.30 Petang hingga 2.30 Petang dan Sabtu, jam 8.00 Pagi hingga 10.30 Pagi. 4. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapi yang bertulis 'SEBUT HARGA PENYEWAAN BAS BAGI AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG TAHUN JABATAN DAERAH BELAIT'. Bilangan Tawaran dan tarikh tutup tawaran tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dimasukkan ke dalam peti tawaran tidak lewat pada Selasa, 29 November 2016, jam 2.00 Petang dan ditujukan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Tingkat 1, Jabatan Daerah Belait Jalan Mackerron, KA1131 Kuala Belait. 5. Salinan-salinan Sijil Pendaftaran Akta-Akta Nama-Nama Perniagaan (Certificate of Registration - Business Names Act) mestilah disertakan. 6. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran yang tidak munasabah. PERHATIAN : 1. Penender-penender mestilah menyertakan dokumen-dokumen seperti berikut : a) Borang tawaran penyewaan bas bagi aktiviti-aktiviti sepanjang tahun Jabatan Daerah Belait. b) Salinan kad pengenalan / pasport pemilik-pemilik syarikat. c) Salinan Sijil Pendaftaran Akta-akta Nama-Nama Perniagaan (Certificate of Registration Business Name Act) d) Salinan resit pembayaran bagi yuran sebut harga. e) Surat pengakuan bertulis penender (Tenderer's Declaration Form). f) Pengakuan bertulis (declaration) daripada pemilik syarikat yang menyertai setiap sebut harga tawaran bahawa mereka tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama menggunakan borang yang disertakan.
AGAMA
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
17
Melakukan perubahan untuk kejayaan
M
ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Kita hidup di dunia ini sememangnya menginginkan kebahagian dan kejayaan. Untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan, kita mestilah membuat perubahan dalam hidup. Perubahan merupakan satu penghijrahan atau peralihan, iaitu melakukan perubahan dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih baik. Kita hendaklah melakukan penghijrahan untuk menjadi hamba Allah Subhanahu Wata'ala yang beriman dengan melakukan amalan-amalan yang diperintahkan dan meninggalkan segala amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.
Namun untuk melakukan perubahan ke arah kecemerlangan ini, ia bukan dengan angan-angan semata-mata, tanpa disusuli dengan semangat dan usaha yang bersungguh-sungguh. Firman Allah Subhanahu Wata'ala di dalam Surah Al 'Ankabuut, ayat 69 : Tafsirnya : ''Dan orang-orang yang berjihad untuk kami, kami tentu akan menunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat kebaikan.'' Oleh yang demikian jika kita ingin melaksanakan perubahan diri, kita hendaklah menilai beberapa aspek penting antaranya : Pertama : Kemahuan untuk berubah. Kedua : Sanggup membuat pengorbanan. Ketiga : Mempunyai semangat yang tinggi. Keempat : Mempunyai jati diri yang kuat. Kelima : Berkeyakinan dan tidak mudah berputus asa. Ingatlah bahawa Allah Subhanahu Wata'ala telah memberi peringatan kepada kita tentang perubahan diri. Ada pun untuk membuat perubahan tersebut adalah tergantung kepada diri kita sendiri, sebagaimana firman-Nya dalam Surah Ar Rad, ayat 11 : Tafsirnya : ''Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan apa yang ada pada suatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan keburukan (azab) kepada suatu kaum maka tidak ada yang dapat menolaknya. Dan mereka memperolehi pelindung selain daripadanya.'' Kita sebagai umat Islam mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing, iaitu : Pertama : Sebagai pemimpin perlulah meletakkan kemantapan akidah, akhlak, ekonomi, sosial dan pembangunan negara untuk mencapai kegemilangan tamadun Islam. Segala ansur-ansur yang boleh menggugat keutuhan akidah, syariat dan akhlak umat Islam
perlulah dibanteras dengan sebaik mungkin. Kedua : Sebagai ibu bapa perlu meletakkan keharmonian rumah tangga sebagai satu matlamat. Jadikanlah rumah tangga ibarat 'Syurga', iaitu tempat yang penuh dengan ketenangan, kenikmatan dan kebahagiaan. Segala budaya yang merosakkan hal-hal keluarga hendaklah dihindarkan. Ketiga : Sebagai individu Muslim kita perlu meningkatkan diri, iaitu untuk menjadi sebagai Muslim yang berkualiti, berpotensi besar, profesional, berdaya tahan dan sentiasa menuju ke arah kemajuan agama dan ummah. Dalam dunia globalisasi, umat Islam tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan kesucian agama Islam, antaranya ialah dengan penyelewengan akidah dan syariat, pemalsuan fatwa, pencemaran dan kerosakan akhlak dan budaya ini boleh disebarkan melalui media massa, internet, buku dan majalah selain melalui propaganda dan ideologi. Sememangnya di tangan kitalah letaknya tanggungjawab bagi memastikan nilai budaya Islam terpelihara dan terjaga
dengan menyeru kepada kebaikan dan menghalang kemungkaran. Kita perlu bertindak menghapuskan masalah sebelum masalah itu merebak dan berleluasa dalam masyarakat. Marilah kita melakukan perubahan dengan membiasakan diri dengan amal perbuatan yang betul untuk menjadi rutin dalam kehidupan kita. Sesungguhnya perubahan diri ini dilakukan untuk tujuan kebaikan yang akan membawa banyak keuntungan. Namun jika sebaliknya akan membawa banyak kerugian dan kebinasaan. Jadikanlah perubahan diri kita sebagai asas untuk membina sebuah tamadun bangsa yang beretika dan bermaruah. Hidupkanlah budaya Islam dalam setiap nafas kehidupan kita, insyaaAllah dengan cara ini kita akan menjadi satuumat yang berjaya di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin. Surah At Taubah, ayat 111 : Tafsirnya : ''Sesungguhnya Allah membeli daripada orang-orang beriman, jiwa dan harta benda mereka dengan mengurniakan bagi mereka syurga.''
DALAM dunia globalisasi, umat Islam tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran dalam mempertahankan kesucian agama Islam, antaranya ialah dengan penyelewengan akidah dan syariat, pemalsuan fatwa, pencemaran dan kerosakan akhlak dan budaya ini boleh disebarkan melalui media massa, internet, buku dan majalah selain melalui propaganda dan ideologi.
Majlis Khatam Al-Quran murid Tahun 8 SPAT Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain
TEMBURONG, Khamis, 24 November. - Seramai 16 orang murid Tahun 8 Sekolah Persediaan Arab Temburong (SPAT), menamatkan pembacaan Al-Quran mereka dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diselajurkan dengan Haflut Takharruj sesi persekolahan 1437 Hijrah / 2016 Masihi. Majlis yang berlangsung di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong, Pekan Bangar, dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd. Amir Hairil bin Haji Mahmud dan diikuti dengan bacaan Al-Quran dari peserta-peserta khatam. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Takhtim oleh pelajar Tahun 5, 6 dan 7 diikuti dengan bacaan Doa Khatam. Acara berakhir dengan penyampaian sijil penyertaan dan cenderamata kepada para pelajar, serta diteruskan dengan acara merenjis yang dimulakan oleh tetamu kehormat,
HAFLUT Takharruj sesi persekolahan 1437 Hijrah / 2016 Masihi berlangsung di Dewan Rumah Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Temburong, Pekan Bangar.
diikuti dengan ibu bapa pelajar dan guru-guru sekolah berkenaan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan kegiatan tahunan sekolah
tersebut, yang antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid sentiasa mengamalkan pembacaan Al-Quran dengan bacaan yang betul
dan lancar. Ianya juga dihasratkan agar murid-murid akan terus mendampingi Al-Quran dan seterusnya mendalami
isi kandungan kitab suci yang agung ini dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pegangan hidup mereka seharian.
18
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
PKBN lahirkan belia beriltizam dan berdaya tahan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohiddin
PENGARAH Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail, (tiga, kiri) semasa hadir di Majlis Taklimat Bakal-bakal Pelatih Program Khidmat Bakti Negara pengambilan ke-6, bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Penubuhan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) adalah bagi menjunjung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mengubah jati diri peserta, meningkatkan semangat patriotik, beriltizam dan berdaya tahan di kalangan belia selain dapat mengukuhkan kesefahaman yang terkandung dalam perlembagaan negara dan falsafah MIB. Sehubungan dengan itu, satu sesi taklimat bersama ibu bapa pelatih PKBN pengambilan ke-6 telah adakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. Taklimat disampaikan oleh Pengarah Bahagian Khidmat Bakti Negara, Kolonel (B) Pengiran Haji Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail yang antara lain menjelaskan bahawa penubuhan PKBN adalah untuk melahirkan belia yang beriman dan bertakwa serta membantu dalam membentuk perwatakan yang positif dan mempunyai kesukarelaan di samping melahirkan belia Brunei yang cemerlang selaras dengan Dasar Belia Negara melalui komponenkomponen yang disediakan. Jelasnya, peserta PKBN merupakan
belia yang berumur antara 16 hingga 18 tahun terdiri dari penuntut-penuntut sekolah yang menunggu keputusan 'O'
dan 'A' Level serta yang telah menamatkan persekolahan. ''Matlamat penubuhan PKBN
IHP Oktober 2016 meningkat 0.1 peratus
Pemimpin hebat perlu punyai kualiti Globalisasi dan kemajuan teknologi telah membuat dunia lebih kecil dan lebih canggih, dan persaingan kecekapan semakin jelas. Perkhidmatan kewangan adalah salah satu kelompok ekonomi yang akan terus dibangunkan di negara ini, mendalami dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam industri ini di Brunei Darussalam adalah satu keutamaan untuk kekal kukuh dan berdaya saing. Dan pada masa yang sama, saya teruja untuk belajar Rangka Kerja Pembangunan Profesional Berterusan (Continuous Professional Development) oleh AMBD dan CIBFM. Rangka Kerja CPD mampu membantu membina dan
keusahawanan, pengurusan kewangan dan asas perniagaan sementara Komponen Khidmat Komuniti bertujuan untuk menanamkan semangat kesukarelawanan melalui exposure dengan kerjakerja kemasyarakatan di seluruh daerah. Sementara itu, objektif PKBN adalah bagi mewujudkan belia Brunei yang cemerlang selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara dan mengukuhkan kefahaman yang terkandung dalam perlembagaan negara dan falsafah negara MIB. PKBN yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan seperti Angkatan Bersenjata Diraja Brunei itu adalah juga dihasrat bagi melahirkan belia yang beriman dan bertakwa, meningkatkan semangat patriotik, iltizam dan berdaya tahan selain untuk memupuk perpaduan dan melahirkan belia cergas, cerdas dan penuh keyakinan diri.
SEBAHAGIAN dari bakal-bakal pelatih lelaki.
HALUAN
Dari muka 2
adalah, untuk melahirkan generasi belia yang bertanggungjawab, berdisiplin, dinamik, bersatu padu, cekal, menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dan memperkukuhkan ketahanan nasional,'' ujarnya. Strategi pelaksanaan PKBN masih memfokuskan kepada empat (4) komponen utama, jelasnya iaitu Komponen Jati Diri, Kenegaraan dan Keagamaan, Komponen Latihan Disiplin dan Fizikal, Komponen Keusahawanan dan Komponen Khidmat Komuniti. Komponen Jati Diri, Kenegaraan dan Keagamaan, ujarnya adalah berbentuk pendidikan perkembangan diri melalui aktiviti berkumpulan dan taklimat, sementara komponen Latihan Disiplin dan Fizikal mengandungi aktiviti seperti latihan jasmani, kawad, rentas desa, seni mempertahankan diri, latihan bersenjata dan sebagainya. Manakala Komponen keusahawanan, bertujuan untuk memberikan kesedaran terhadap
meningkatkan kemahiran dan kepakaran individu dalam industri perkhidmatan kewangan, termasuk kepimpinan. Dengan meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan di kalangan penggiat pasaran di Brunei Darussalam, ia akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi kewangan. Rangka kerja itu melibatkan kerjasama menyeluruh antara pasukan CIBFM, unit kawal selia industri kewangan AMBD dan, saya yakin bahawa Rangka Kerja tersebut akan memberi manfaat dan relevan untuk pembangunan industri sejajar dengan wawasan negara kita 2035. Sebelum saya mengakhiri, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pihak CIBFM dan AMBD atas
usaha mereka dalam mempromosikan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat ilmu terkemuka melalui penganjuran persidangan berprestij seperti ini. Tahniah kepada CIBFM untuk meletakkan bersama-sama program yang sangat menarik dan bermanfaat untuk persidangan ini dan AMBD atas komitmen mereka dalam menyediakan platform yang kukuh bagi meningkatkan keupayaan modal insan dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia dan profesional, terutama dalam sektor perkhidmatan kewangan. Saya berharap semua yang menyertai persidangan ini akan mendapat pengetahuan dan pengalaman yang berguna. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Siaran Akhbar : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Oktober 2016 meningkat sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan lepas September 2016. Indeks Makanan dan Minuman Ringan dan Indeks Bukan Makanan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus. Peningkatan Indeks keseluruhan bagi bulan Oktober 2016 adalah disebabkan oleh kenaikan harga bagi Pakaian dan Kasut sebanyak 3.5 peratus, diikuti oleh Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (0.7 peratus) dan Makanan dan Minuman Ringan (0.1 peratus). Indeks yang mencatatkan penurunan pada bulan ini adalah Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah (0.9 peratus), Pengangkutan (0.3 peratus) dan Perhubungan (0.2 peratus). Penurunan ini adalah berikutan harga rendah terutamanya bagi perabot dan perhiasan, pengangkutan penumpang melalui udara dan juga peralatan telefon dan telefaks. Manakala Indeks bagi Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Bakar Lain, Pendidikan serta Restoran dan Hotel tidak mencatatkan sebarang perubahan. Berbanding dengan Oktober 2015, IHP bagi Oktober 2016 telah menurun sebanyak 0.5 peratus. Sementara itu bagi tempoh Januari 2016 hingga Oktober 2016 kini, IHP menurun secara purata 0.6 peratus. IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi bulan Oktober 2016 boleh didapati melalui laman web JPKE : www.depd.gov.bn
RENCANA
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
B
ERINSPIRASIKAN wangian Arab, berasaskan gaharu (oud) berkualiti tinggi, haruman mewah yang dihasilkan sendiri oleh seorang anak tempatan sememangnya mampu membangkitkan aura positif, yakin diri dan segar bertenaga kepada pemakainya dan ia bertahan begitu lama hingga waktu malam. Ihsan Oud Brunei itulah nama yang kini sedang rancak memperkenalkan jenama harumannya yang diilhamkan hasil dari sentuhan jari jemari beliau. Ihsan Oud yang terletak di T1-06, Terminal One, Tingkat Satu Centrepoint Hotel ternyata mempunyai beberapa koleksi minyak harum pelbagai aroma yang dihasilkan dari minyak pohon Gaharu Brunei. Gaharu Brunei sememangnya terkenal sejak dulu lagi bahkan nilai pohon gaharu negara kita amat berharga apatah lagi pati minyak yang dihasilkan oleh pohon itu setanding dengan harga nilai emas. Pemilik Ihsan Oud, Mohd. Sallehin bin Haji Mohd. Taib merupakan anak jati Brunei dan mantan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Beliau yang sudah bersara lebih kurang sembilan bulan, kini meneruskan cita-cita beliau di dalam menghasilkan aroma minyak harum yang diperbuat dari pati minyak pohon gaharu tempatan. Ketika ditemui, beliau menjelaskan minatnya dalam menghasilkan minyak harum ini adalah ketika masih muda lagi. Nenek beliau mempunyai ladang pohon gaharu dan dari sinilah beliau terfikir untuk menghasilkan minyak harum sendiri menggunakan pohon gaharu yang sedia ada. "Pada mulanya kami sekeluarga tidak menyedari dan sama sekali tidak mengetahui terdapatnya ladang gaharu milik nenek kami yang begitu luas dan menghasilkan begitu banyak pohon-pohon gaharu yang sepertinya sudah terbiar, jadi dari situlah saya mengambil beberapa bibit-bibit gaharu yang ada di ladang tersebut dan menanamnya di perkarangan rumah saya sendiri," ujarnya. "Sebelum bersara dari pekerjaan, saya sebenarnya sudah mula menghasilkan aroma minyak wangi yang dihasilkan dari pohon gaharu yang saya miliki dan haruman oudh yang dihasilkan oleh saya sendiri, tetapi ia bukanlah untuk dijual hanya sekadar kegunaan diri sendiri. Suatu hari seorang teman saya begitu tertarik dengan haruman yang saya kenakan dan bertanya ia berasal dari mana dan di mana saya memperolehinya. Lalu saya mengatakan ia adalah haruman dari oud yang saya hasilkan sendiri, lalu teman saya meminta saya untuk menghasilkan minyak wangi untuk beliau," terang Mohd. Sallehin. Menurut beliau lagi, walaupun pada mulanya kurang yakin dengan penghasilan minyak haruman oud yang dikehendaki oleh temannya itu kerana tidak pernah menjual
19
Ihsan Oudh sentuhan anak tempatan Rencana dan Foto : Ak. Jefferi Pg. Durahman sebarang haruman yang beliau hasilkan apatah lagi membuat pesanan daripada orang lain, namun dengan bertawakal ke hadrat illahi ternyata minyak haruman yang dihasilkan beliau itu ternyata menjadi pujian dan kesukaan teman beliau. Dari sinilah timbul rasa ingin mencuba nasib untuk terus menghasilkan bauan oudh dan seterusnya cuba menjualnya kepada orang ramai. ''Semua ini bermula dengan adanya kepercayaan yang diberikan oleh teman saya dan seterusnya menjadi inspirasi saya mengolah dan menghasilkan satu aroma wangian oud yang lebih bernilai tinggi,'' katanya. Walaupun tidak mengikuti mana-mana kursus tetap tentang pembuatan minyak harum oudh, namun dengan adanya pengetahuan yang ditimba daripada teman beliau yang berasal dari Thailand serta melibatkan diri dalam pembuatan dan penjualan minyak haruman oudh asli, secara tidak langsung ia menjadi guru yang banyak membimbing beliau dalam penghasilan proses pembuatan minyak haruman oudh. Dari sinilah beliau banyak mempelajari cara pemprosesan minyak haruman oud yang pelbagai dan ditambah lagi dengan adanya teman-teman luar negara yang juga sememangnya melibatkan diri dalam penghasilan minyak harum dari pohon gaharu. "Dengan adanya kunjungan kepada teman-teman di luar negara, ia telah menambahkan lagi pengetahuan saya tentang cara sebenar memproses pati yang diperoleh dari pohon gaharu, iaitu bermula dari pemilihan pohon, cara memasak untuk menghasilkan minyak yang ada pada pohon gaharu berkenaan dan kemudian proses pengasingan air dan minyak yang dikeluarkan dari pohon gaharu tersebut,'' jelasnya. BUKAN MUDAH Beliau menjelaskan bahawa proses untuk mendapatkan bau-bauan yang berkualiti dan berbeza-beza itu bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana ia memakan masa sehingga berminggu-minggu.
IHSAN Oud yang terletak di T1-06, Terminal One, Tingkat Satu Centrepoint Hotel.
Bahkan cara untuk mendapatkan bau yang berbeza juga amat dititikberatkan dan seharusnya memerlukan lebih penelitian. Ia memang menguji kesabaran untuk mendapatkan bau yang kita inginkan. ''Itulah sebabnya nilai satu minyak yang dihasilkan oleh pohon gaharu berkenaan yang sudah dijadikan aroma yang berkualiti tidaklah semurah yang disangka dan ia mempunyai nilai dan harga yang begitu tinggi. Bagi mereka yang sudah faham akan nilai minyak oudh pastinya mengetahui kenapa nilainya begitu tinggi bahkan boleh mencecah sehingga ribuan dolar," terang beliau. Untuk mendapatkan pengetahuan serta pengalaman dalam menghasilkan minyak wangi oud asli dan bernilai tinggi tersebut, Awang Sallehin sanggup menghabiskan masa di luar negara bermingguminggu untuk melihat dan turut serta membuat proses membuat minyak wangi oud bersama teman di luar negara. "Ternyata pengorbanan yang saya lakukan tidak sia-sia kerana dari pengalaman yang diperoleh, kini memberikan hasil yang memuaskan dengan membuka kedai Ihsani Oud Brunei Darussalam yang dilancarkan baru-baru ini," ujarnya. ILMU SAINS PENTING Beliau berkata walaupun mempunyai pengalaman yang ada dari segi memasak pohon gaharu dan proses penghasilan minyak oud asli, namun ia belumlah cukup kerana ia memerlukan pakar yang memahami dari segi sukat-sukat dalam penghasilan bauan yang berkualiti, penjagaan dari segi kebersihan minyak tersebut dan ketahananya. Semua ini semestinya ada pada seseorang yang pakar dalam imu sains, namun beliau tidaklah memiliki semua kepakaran tersebut. Namun nasib menyebelahinya kerana adik beliau mempunyai kelulusan Doktor Falsafah dalam ilmu Kimia dan setentunya menjadi tempat rujukan beliau setiap kali menghadapi masalah. AROMA Menyentuh tentang aroma yang dihasilkan oleh beliau, beliau lebih menyukai dalam penghasilan aroma yang lembut, manis dan ringan serta tidak terlalu kuat atau berat seperti kebanyakkan minyak haruman oud yang terdapat di luar negara. Bau-bauan ringan serta manis lebih mendapat perhatian dan permintaan ramai, bahkan di negara-negara luar sekalipun seperti di negara-negara arab mereka lebih meminati bau- bauan oud yang manis seperti bauan oud yang beliau hasilkan. "Gaharu yang berasal dari Brunei mempunyai permintaan yang tinggi di luar negara kerana keupayaan pohon gaharu kita yang mampu menghasilkan bau yang sangat berbeza malahan nilai kualiti pohon gaharu negara kita lebih tinggi berbanding negara luar,'' jelasnya.
PEMILIK Ihsan Oud, Awang Mohd. Sallehin bin Haji Mohd. Taib dan isteri, Dayang Mas Irwanie Dato Paduka Haji Abdul Wahab.
INILAH keluaran istimewa dan terhad Ihsan Oud, iaitu Oud Sa'eed Royale (Pure Brunei Oud) dengan harga sangat bernilai.
Ujar beliau lagi, memandangkan ia adalah pati asli dan tiada campuran, harganya adalah mahal. Ada yang membelinya semata-mata untuk koleksi peribadi untuk disimpan bertahun lamanya kerana bau dan nilainya akan berubah mengikut masa. Semakin lama ia disimpan maka semakin tinggilah nilai harga oudh tersebut kerana baunya yang semakin tinggi dan berkualiti. Menyentuh tentang peruntukan yang digunakan dalam menghasilkan minyak wangi Oud keluaran Ihsan Oud, serta pilihan pembungkusan Ihsan Oud yang turut memainkan peranan selain bauan yang memikat, beliau telah mengeluarkan modal lebih BND 20 ribu. Beliau juga turut memberi jaminan bahawa minyak haruman Ihsan Oud ini adalah 100% asli dan sentiasa menitikberatkan produk mereka bermula dari pemilihan bahan sehinggalah pada pembungkusan kerana kedua-dua ini hendaklah seimbang. "Walaupun sudah banyak menghasilkan keluaran haruman daripada Oud asli ini, tetapi kedai saya ini menghasilkan keluaran yang begitu istimewa dan terhad, iaitu Oud Sa'eed Royale (Pure Brunei Oud) yang bernilai BND 468.00, selain Oud Sa'eed Ash-Shiddiq (Pure Brunei Oud) yang bernilai BND 312.00 dan Oud Sa'eed Amanah (Pure Brunei Oud) BND 156.00. Selain itu terdapat juga beberapa wangian lain yang turut dihasilkan beliau di negara jiran seperti Oud Izzat (Pure Indonesia Oud), Oud Khalis As (Pure Thailand Oud), Oud Arrayyan (Pure Cambodia Oud) dan juga beberapa koleksi haruman Oud Blend yang dicampur dengan beberapa minyak essential lain namun tetap memiliki campuran Oud asli Brunei bagi setiap Oud Blend yang dihasilkan bahkan ia mampu dimiliki dengan harga yang berpatutan," ujar beliau. Bila diajukan pertanyaan kenapa meletakkan nama 'Sa'eed' pada
keluaran istimewa oud beliau dan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'Ihsan', beliau menjelaskan ia adalah bersempena dengan nama nenek beliau yang dikasihi. Sementara pemilihan nama 'Ihsan' pula adalah niat beliau untuk memberikan kepada orang Brunei merasai dan memiliki keaslian minyak wangi Oud yang sebenar memandangkan di negara ini susah untuk memperolehi minyak wangi Oud kerana tidak banyak orang-orang kitani yang melibatkan diri dalam penghasilan minyak wangi Oud. "Untuk memudahkan orang-orang kitani memiliki minyak wangi Oud mengilhamkan saya membuka Ihsan Oud Brunei Darussalam. Dengan adanya pengeluaran dan penghasilan minyak wangi Oud Brunei Darussalam ini juga dapat membantu orang ramai untuk memilikinya tanpa perlu keluar negara untuk mendapatkan minyak wangi oud yang berkualiti," jelasnya. Untuk perancangan masa hadapan pula beliau ingin untuk meluaskan lagi penghasilan minyak wangi Oud yang dihasilkan dari pohon gaharu tempatan negara ini dan bercita-cita untuk memperkenalkan Ihsan Oud Brunei Darussalam keluar negara. Beliau bersyukur kerana sepanjang Ihsan Oud diperkenalkan dan dibuka rasmi ia telah menerima sambutan yang begitu memberangsangkan. Dengan adanya Ihsan Oud Brunei Darussalam ini para peminat minyak wangi Oud boleh menambah koleksi minyak wangi mereka bahkan dengan pembungkusannya yang begitu elegan dan menarik ia sesuai dijadikan sebagai hantaran perkahwinan mahupun hadiah untuk ulang tahun. Kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai Ihsan Oud bolehlah mengikuti mereka melalui media sosial facebook www.facebook.com/ihsan.oud atau instagram ihsan_oud atau menghubungi +6737162356.
20
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
JPT tandatangani MoA dan ATA bersama syarikat tempatan
PEMANGKU Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Operasi, Awang Haji Shariful Bahri bin Haji Sawas hadir di Majlis Penandatanganan Perjanjian Latihan Perantisan (ATA).
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BERAKAS, Khamis, 24 November. Jabatan Pendidikan Teknik (JPT), Kementerian Pendidikan, menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dan Perjanjian Latihan Perantisan (ATA) bagi Skim Latihan Perantisan dua tahun dalam Perantisan Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat HNTEC dengan Syarikat Telekom Brunei (TelBru) dan ATH Niagabena Sendirian Berhad. Pada majlis yang berlangsung di Dewan Kuliah, School Aviation Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR) itu, hadir menyaksikan penandatanganan ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Buruh, Awang Haji Shariful Bahri bin Haji Sawas. Menandatangani bagi pihak JPT ialah Pemangku Pesuruhjaya Buruh, Awang Haji Shariful Bahri bin Haji Sawas, manakala ATH Niagabena Sendirian Berhad ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TelBru, Mr. David Kay selaku Ahli Lembaga Pengelola, BOG bagi Institut Pendidikan Teknikal Brunei. Seramai 63 orang pelajar dari MTSSR telah dinamakan sebagai perantis bagi Skim Perantisan dalam Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat HNTEC. Majlis diteruskan dengan penandatanganan Perjanjian Latihan Perantisan antara syarikat penajaan dan perantis yang mana seramai 16 orang perantis akan ditaja oleh TelBru, manakala tiga orang perantis akan ditaja oleh ATH Niagabena. Penandatanganan Perjanjian tersebut menyaksikan penyertaan ATH Niagabena Sendirian Berhad, TelBru Sendirian Berhad, Setia Motors, Jati
Transports, Little Bean, Capital Air Conditioning & Engineering Co. Sendirian Berhad sebagai antara syarikat yang memainkan peranan bagi menyediakan latihan kepada perantis. Terdahulu Pemangku Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Pendidikan Teknikal Brunei, Dr. Haji Mohd. Zamri bin Haji Sabli dalam ucapannya menjelaskan, pembangunan modal insan dan pembangunan belia merupakan dua elemen utama yang amat penting dalam membawa negara kepada status negara dengan penduduknya yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi menjelang 2035. Tambahnya, kejayaan sektor industri bukan sahaja bergantung kepada faktor kos, tetapi juga kepada kemahiran tenaga kerja negara yang mana dalam hal ini, kemahiran tenaga kerja golongan belia berkeupayaan memacu operasi industri dan perniagaan. Selain itu jelasnya, cabaran-cabaran daripada proses liberalisasi juga dilihat kini memberi tekanan kepada banyak negara, termasuk Negara Brunei Darussalam ke arah memperkasa dan meningkatkan kapasiti kemahiran belia dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara. Beliau berkata, kebanyakan sektor pekerjaan di luar negara, telah lama memberi fokus kepada sektor tenaga berkemahiran teknikal dan vokasional dalam pelan pembangunan modal insan dan negara kita juga tidak ketinggalan dalam memantapkan pembangunan modal insan terbaik di bidang teknikal dan vokasional, bagi menyokong pembangunan industri dan penguasaan teknologi, seterusnya
ANTARA pelajar-pelajar dan ibu bapa yang hadir bagi Majlis Penandatanganan Perjanjian Latihan Perantisan.
mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi dan kemahiran dari negara luar. ''Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini akan terus diarusperdanakan sejajar dengan matlamat kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang cemerlang. Ini sudah setentunya memerlukan kerjasama dari semua pihak yang berkepentingan. Melalui kerjasama berterusan dan hubungan erat antara Institut Pendidikan Teknikal Brunei dengan pihak industri dan agensi-agensi kerajaan dalam usahanya menyediakan modal insan yang berkemahiran dapat dipergiatkan demi memacu ekonomi Negara Brunei Darussalam,'' ujarnya. Salah satu faktor yang mempengaruhi pembelajaran teknikal dan vokasional jelasnya, adalah melalui skim perantisan (apprenticeship) yang mana ia boleh membantu golongan muda menjalani peralihan dari sekolah, latihan dan pekerjaan melalui on-the-job training (yang dilaksanakan di syarikatsyarikat) and off-the job training (yang dilaksanakan Institut Pendidikan Teknikal Brunei). Menurutnya, sistem dual latihan ini menggabungkan kemahiran praktikal dan teori yang mana telah terbukti membawa kejayaan yang signifikan di negara-negara yang maju dari segi perkembangan ekonominya. Menurutnya, seramai 16 pelajar telah mengikuti program Higher National Technical Education
Certificate (HNTec) Apprenticeship in Telecommunication and IT; 20 pelajar yang mengikuti National Technical Education Certificate (NTec) Apprenticeship in Automotive Technician dan seramai lapan orang pelajar sedang mengikuti program National Technical Education Certificate (NTec) Apprenticeship in Refrigeration and Air-Conditioning. Katanya, dalam menangani cabaran-cabaran di zaman yang serba canggih ini, pihak Institut Pendidikan Teknikal Brunei akan sentiasa memastikan dan menyokong para tenaga pengajarnya dengan memberi pendedahan industri. Peluang dan pendedahan seperti ini diharap akan dapat menyampaikan pembelajaran kepada pelajar-pelajar
mengikut kehendak industri dan arus perubahan global. Melalui skim perantisan ini, para pelajar akan dilatih dengan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan, amalan dan etika yang diperlukan oleh industri untuk menjadi lebih mahir dalam pasaran dan bersedia untuk bekerja. Perjanjian tersebut bukan hanya akan memberi manfaat kepada pelajar tetapi juga membantu memupuk dan mengukuhkan hubungan yang sedia ada antara institut Pendidikan Teknikal Brunei dan Industri Komunikasi dan IT untuk menyediakan kos yang efektif, pendidikan berkualiti yang relevan dan latihan untuk memastikan permintaan pasaran tenaga mahir tempatan dapat dipenuhi.
SUASANA semasa Majlis Penandatanganan Perjanjian Latihan Perantisan (ATA).
Pameran Kerjaya Brunei 2016 : 27 - 29 November Siaran Akhbar : Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) akan menganjurkan Pameran Kerjaya Brunei 2016 bermula 27 hingga 29 November 2016 yang akan diadakan di Dewan Pameran 1, Pusat Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei (BRIDEX), Jerudong. Tema bagi Pameran Kerjaya tahun ini adalah 'Kesedaran Kecemerlangan Pekerjaan melalui Pembinaan Keupayaan, Kecekapan dan Prestasi'. Selaras dengan tema Pameran Kerjaya, salah satu aktiviti yang akan diketengahkan semasa Pameran Kerjaya Brunei adalah Program Literasi Digital yang merupakan satu siri peningkatan kemahiran program dengan objektif untuk mendidik pencari kerja tempatan pada alat-alat IT, Etika Internet dan Rangkaian Sosial e-Keselamatan. Sesi ini bertujuan untuk membantu pencari kerja untuk menjadi pakar IT termasuk bagaimana untuk menjadi lebih berjaya dalam presentations, spreadsheets dan bagaimana untuk menjadi lebih cekap serta berkesan dalam menggunakan word processing juga komunikasi e-mel. Tidak dapat dinafikan bahawa menjadi pakar IT bagi pencari kerja merupakan satu kelebihan kepada majikan. Dalam sesi 'Know your IT devices', pencari kerja akan mempelajari bagaimana alat-alat peranti biasa digunakan, dikendalikan, dilaksanakan dan menyelesaikan masalah IT. Komputer, telefon bimbit dan tablet
mengendalikan aplikasi secari harian. Fungsi alat-alat tersebut meliputi web browsing dan e-mel dari perkara yang mudah hingga yang kompleks seperti penyuntingan multimedia serta akses fail. Sesi 'Internet Etiquettes and Social Network e-Safety' merupakan salah satu sesi yang memberikan manfaat kepada pencari kerja juga orang awam. Objektif sesi ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai kemunculan trend baharu dalam rangkaian sosial dan menyediakan tips keselamatan untuk membantu pengguna bersosialisasi secara selamat dalam talian. Word Processing merupakan satu kemahiran yang berguna bagi pencari kerja pada masa ini. Semasa sesi 'Be effective with Word Processing', pencari kerja akan dapat mempelajari bagaimana mengendalikan, menyunting, format, mail merge menggunakan word processing secara lebih berkesan. Dalam sesi 'Be successful with spread sheets', pencari kerja juga akan mendapat peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam Excel. Excel merupakan salah satu perisian bermanfaat yang boleh diguna pakai dalam mempermudahkan pekerjaan. Oleh itu, pencari kerja akan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam perisian berkenan dengan mempelajari bagaimana untuk menapis dan data format dengan menggunakan formula terkini. Sesi 'Be successful with presentation' bukan sahaja menyasarkan kepada pencari kerja, malahan mereka yang sudah bekerja.
Pada sesi tersebut para pencari kerja dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan salah satu perisian yang dikenali untuk mencipta presentations yang dinamik dan profesional yang boleh digunakan dalam dunia korporat. Pencari kerja juga akan dapat nasihat dan tips tentang bagaimana untuk memperbaiki slaid juga menyampaikannya dengan lebih baik. Bagi sesi 'Be productive with e-mail communications', menguasai komunikasi e-mel adalah berguna untuk kerjaya dan perniagaan seseorang. Kebanyakan permohonan pekerjaan dan temu duga kini dilakukan secara atas talian. Pencari kerja akan mempelajari asas-asas komunikasi e-mel yang berkesan dalam sesi ini, meliputi dari membuat akaun e-mel untuk mengelakkan kesilapan komunikasi e-mel. Program Literasi Digital akan diteruskan sepanjang Pameran Kerjaya dan terbuka kepada orang ramai untuk menyertainya. Sesi adalah percuma dan tempat duduk adalah terhad. Para pencari kerja adalah dinasihatkan untuk datang awal dan menyemak program tersebut terlebih dahulu. Sebarang pertanyaan lebih lanjut mengenai Job Fair Brunei bolehlah melayari laman sesawang www.jobfair.gov.bn. Lebih 200 penyertaan syarikat diterima dan pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagai sektor ditawarkan pada pameran tersebut. Pencari kerja juga dinasihatkan untuk mendaftar lebih awal melalui laman sesawang www.jobcentrebrunei.gov.bn dan membawa salinan dokumen berkaitan semasa Pameran Kerjaya berlangsung.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
21
Kem Latihan PKBN di Mukim Batu Apoi mula digunakan 4 Disember 2016 Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain TEMBURONG, Khamis, 24 November. - Pembinaan Kem Latihan Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) yang terletak di Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong dihasrat bagi melahirkan para belia yang berdisiplin, mempunyai jati diri, prihatin, bertanggungjawab, patriotik serta mempunyai nilai-nilai murni sebagai anak Brunei yang akan menerajui pembangunan negara dan bangsa di masa hadapan. Sehubungan itu Majlis Penyerahan Bangunan Kem Latihan PKBN yang merupakan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara (RKN) Ke-10 berlangsung hari ini. Hadir pada majlis tersebut Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, yang menyaksikan pengerusi LSL Sendirian Berhad, Dato Paduka Awang Haji Ahmad bin Kadi menyerahkan replika kunci bangunan kepada Pemangku Timbalan Ketua Pengarah ,Jabatan Kerja Raya (JKR), Dr. Nor Imtihan binti Haji Abd. Razak, yang seterusnya menyerahkannya kepada Pengarah Bahagian PKBN, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail. Pembinaan bangunan Kem Latihan PKBN yang berkonsepkan mesra alam, dilaksanakan oleh LSL Sendirian Berhad, mengandungi lima blok bangunan yang terdiri daripada
Blok Pentadbiran, Blok Pusat Perubatan dan Asrama Pelatih Perempuan, Blok Asrama Staff Wanita, Blok Surau, Dewan Makan, Bilik Kuliah, Dewan Serbaguna dan Stor serta Blok Asrama Staff dan Pelatih Lelaki. Bangunan Kem Latihan PKBN mampu menampung seramai 700 orang pelatih, 108 orang staff lelaki dan 72 orang staff wanita pada satu-satu masa, yang mana akan mula digunakan sepenuhnya bagi pengendalian dan pelaksanaan Latihan Program Khidmat Bakti Negara pengambilan ke-6 bermula pada 4 Disember 2016 ini. Pengarah Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail ketika ditemui menjelaskan, sejak PKBN diperkenalkan dengan program Rintis 1 sehinggalah membawa kepada pengambilan ke-5 penghujung tahun lalu, seramai 1,418 orang pelatih telah berjaya mengikuti program itu dengan peningkatan ketara dalam jumlah penyertaan yang diterima setiap tahun, manakala untuk pengambilan ke-6 yang akan buat julung-julung kalinya mengadakan latihan di bangunan Kem Latihan PKBN yang baru di Daerah Temburong pada Disember ini, seramai 386 calon pelatih telah terpilih dan ianya merupakan jumlah terbesar setakat ini sejak program mula diperkenalkan pada tahun 2011. Tambahnya lagi hampir 70 peratus daripada pelatih terdiri dari kalangan
pelajar sekolah peringkat 'O' dan 'A' yang sedang menantikan keputusan peperiksaan mereka, termasuk dari sekolah teknikal dan vokasional, manakala peratus kecil pelatih adalah di kalangan mereka yang tidak lagi bersekolah atau belum bekerja. Masih mengekalkan empat komponen sedia ada, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli menambah, majoriti latihan-latihan akan dijalankan di dalam kawasan kem latihan dengan memanfaatkan atau fully utilising semua kemudahan atau prasarana di dalam bangunan kem latihan itu sendiri termasuk dewan serbaguna atau multi-purpose hall, terutama ketika cuaca tidak mengizinkan untuk menjalankan aktiviti luar. Di samping itu fasiliti-fasiliti sedia ada yang berada di Kompleks Sukan Batu Apoi, berdekatan kem latihan termasuk kolam renang, trek, padang bola, gelanggang futsal serta netball dan seumpamanya juga akan dimanfaatkan bersesuaian dengan keperluan latihan. Para pelatih juga akan diberikan peluang mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) di Kampung Batang Duri, serta aktiviti luar termasuk kerja-kerja kemasyarakatan dan sukarelawan serta membuat lawatan ke tempat-tempat yang bersangkut paut dengan kandungan kurikulum mereka. Selain melahirkan belia-belia yang cemerlang, mempunyai jati diri serta kekuatan fizikal dan mental, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli turut menaruh keyakinan program yang diikuti akan
KEM Latihan Program Khidmat Bakti Negara yang terletak di Mukim Batu Apoi, Daerah Temburong akan digunakan sepenuhnya bermula 4 Disember 2016.
SETIAUSAHA Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyaksikan penyerahan replika kunci Bangunan Kem Latihan PKBN oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah, JKR, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abd Razak kepada Pengarah PKBN, Kolonel (B) Pengiran Zulkifli bin Pengiran Haji Ismail.
mampu membuka minda setiap pelatih ketika berada dalam kem latihan selama tiga bulan. Tambahnya, apa yang paling penting adalah setelah mereka tamat latihan nanti, para pelatih akan terus mempraktikkan apa jua yang diajarkan di dalam program ini ke dalam kehidupan mereka seharian terutama semangat berdikari tanpa perlu bergantung kepada ibu bapa serta menyeru agar lebih ramai lagi para belia di negara ini akan berminat menyertai PKBN. Sementara itu, Penghulu Mukim Bokok, Awang Haji Emran bin Haji Sabtu pula memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dengan siapnya bangunan kekal PKBN yang canggih, bersih dan mempunyai ciri-ciri kebruneian yang sudah setentunya akan menjadi satu lagi mercu tanda kebanggaan masyarakat Daerah Temburong. Beliau yang juga selaku Yang Di-Pertua Majlis Belia Daerah Temburong, turut menaruh harapan besar agar para belia di Daerah Temburong dan di negara ini amnya akan menyahut cabaran untuk sama-sama menyertai arus pembangunan negara antaranya dengan melibatkan diri dalam program-program kebeliaan terutama menyertai Program Latihan PKBN selama tiga bulan yang pastinya, akan mendatangkan impak yang besar dan positif kepada diri para belia, dengan
adanya sokongan padu daripada para ibu-bapa dan masyarakat. Selain itu, kewujudan PKBN di Daerah Temburong juga akan mendatangkan faedah kepada masyarakat setempat terutama menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang belum bekerja selain wujudnya peluangpeluang perniagaan bagi peniagapeniaga tempatan. Latihan PKBN memfokuskan pada empat komponen utama, iaitu Komponen Jati Diri, Kenegaraan dan Keagamaan; Komponen Latihan Disiplin dan Fizikal; Komponen Keusahawanan dan Komponen Khidmat Komuniti. Sepanjang latihan selama tiga bulan, para pelatih akan didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan lasak menjurus kepada konsep berpasukan serta didedahkan kepada aspek kehidupan bermasyarakat di samping menanamkan semangat jati diri dengan menjurus kepada pembinaan kesedaran diri serta membantu belia memperkembangkan kualiti peribadi seperti beriltizam dan berani, cekal dan berkeyakinan. Dengan bermulanya penggunaan kompleks baru PKBN, adalah dihasratkan akan dapat menerima lebih ramai pelatih dengan memberikan lebih banyak kaedah-kaedah latihan terkini kepada mereka sebagaimana yang dihasratkan.
SM Rimba II juara Spelling Bee 2016 Siaran Akhbar dan Foto : Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha
DAYANG Misha Melissa binti Morsidi dan Nurhayati binti Mohd. Yusof dari Sekolah Menengah Rimba II - Juara Kategori Junior Tahun 7 dan Tahun 9.
TUTONG, Rabu , 23 November. Dayang Misha Melissa binti Morsidi, pelajar Tahun 7 dari Sekolah Menengah Rimba II muncul sebagai juara dalam Pertandingan Spelling Bee antara Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Tutong dan Sekolah-Sekolah Menengah Jemputan yang telah diadakan di Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Tutong (SM RIPAS) bagi kali Ke-8. Manakala Teo Kai Lee dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong, naib juara pertandingan.Pertandingan tersebut telah disertai seramai 36 peserta Tahun 7. Pertandingan yang sama juga diadakan bagi Tahun 9, yang mana seramai 36 pelajar telah mengambil
bahagian, Dalam kategori ini, Dayang Nurhayati binti Mohd. Yusof dari Sekolah Menengah Rimba II menjadi pemenang pertama dan Sharon Law Tze Shan dari Sekolah Menengah Sufri Bolkiah Tutong sebagai naib juara. Sementara Piala Pusingan bagi pertandingan tersebut telah dimenangi oleh Sekolah Menengah Rimba II dengan mengumpul sebanyak 6 mata. Menurut pihak penganjur sebanyak dua belas buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut, iaitu Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Sekolah Menengah Muda Hashim, Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Sekolah Menengah Tanjong Maya,
Sekolah Menengah Sayyidina Hassan, Sekolah Menengah Masin, Sekolah Menengah Rimba, Sekolah Menengah Rimba II, Sekolah Menegah PDSM Mentiri, Sekolah Menegah Sharif Ali, Sekolah Menengah Sufri Bolkiah dan Sekolah Sukan. Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Tahun 7 dan Tahun 9. Setiap sekolah telah diminta untuk menghantar tiga wakil pelajar Tahun 7 dan tiga wakil pelajar Tahun 9. Maklumat mengenai peraturan diterangkan kepada peserta sebelum pertandingan dimulakan. Semua perkataan yang digunakan dalam pertandingan diambil dari buku teks dalam sukatan pelajaran. Pertandingan ini terdiri dari lima pusingan termasuk pusingan tie-break. Hadiah-hadiah dan sijil penyertaan telah disampaikan oleh Pengurus Program Pendidikan CfBT, Jennyfer Townsend.
22
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
TELSOM bincang aktiviti Perkongsian ICT ASEAN - ROK
SETIAUSAHA Tetap di Kementerian Perhubungan, Awang Haji Azhar bin Haji Ahmad selaku Pengerusi Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Telekomunikasi dan Teknologi ASEAN Ke-17 semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN mengenai Telekomunikasi dan Info Teknologi (TELSOM) menyokong cadangan Pelan Kerja ICT ASEAN ROK 2017 selain mengalu-alukan peningkatan kerjasama di bawah Kerjasama ASEAN - Korea ICT 2017 - 2021 selaras dengan teras strategik Pelan Induk ASEAN ICT 2020. Perkara itu merupakan antara yang terkandung dalam Mesyuarat TELSOM ASEAN bersama Republik Korea (Republic of Korea – ROK) pada TELSOM Ke-17 yang berlangsung pagi tadi di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Terdahulu dalam Mesyuarat TELSOM ASEAN dan Republik Korea (Republic of Korea – ROK), mesyuarat antara lain membincangkan mengenai aktiviti Perkongsian ICT ASEAN - ROK 2016, termasuk perkembangan teknologi dan
perkhidmatan baru, pembinaan keupayaan dan perkongsian pengetahuan, peningkatan infrastruktur ICT serta kerjasama dengan organisasi antarabangsa mengenai pembangunan jalur lebar AP-IS; memperkasakan wanita melalui ICT serta pembangunan aplikasi mudah alih. Pada mesyuarat tersebut, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan mengenai bidang-bidang ASEAN dan ROK boleh bekerjasama dan ini termasuk projek-projek yang berkaitan dengan sambungan, inovasi, 'Internet of Things', pembangunan sumber manusia, 'Big Data' serta ICT Hijau. Mesyuarat turut mengucapkan penghargaan kepada Republik Korea atas bidang utama kerjasama yang baru dicadangkan dan mengulangi sokongan mereka untuk projek-projek dan kerjasama yang berterusan. Sementara itu, dalam Mesyuarat TELSOM ASEAN bersama Persatuan Telekomunikasi Antarabangsa
(International Telecommunication Union – ITU) pula antara lain menyentuh mengenai bidang Kerjasama ITU dan ASEAN di samping aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2016, termasuklah pembangunan Rangka Kerja Strategi ASEAN mengenai 'Child Online Protection' serta ITU - ASEAN Forum on Child Online Protection. Delegasi ITU kemudian menerangkan taklimat kepada TELSOM ASEAN mengenai cadangan aktiviti bersama ASEAN-ITU bagi tahun 2017 yang mana antara bidang yang dicadangkan untuk kerjasama masa depan adalah pembangunan Rangka Kerja Strategi 'ITU - ASEAN Child Online Protection' dan projek untuk kerjasama 'Smart Cities'. Kedua-dua pihak menyokong bidang-bidang yang berpotensi dan kerjasama aktiviti bersama antara ASEAN dan ITU di peringkat serantau dan global, terutamanya menyokong ASEAN dalam pelaksanaan Pelan Induk ASEAN ICT 2020 (AIM2020). Delegasi ITU juga menekankan hubungan antara AIM2020 dan ITU's Connect 2020 Agenda, dengan empat
sasaran utama yang dikenal pasti oleh ITU selaras dengan Teras Strategik AIM2020. Selain itu, Delegasi ITU juga menyentuh penandatanganan Perjanjian (MOU) Kerjasama Bersama dalam Pembangunan ICT ASEAN ITU pada bulan November 2015 semasa Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Telekomunikasi dan Maklumat (TELMIN) Ke-15 di Da Nang, Viet Nam. Mesyuarat tersebut kemudian diakhiri dengan ucapan penghargaan dari semua negara anggota ASEAN kepada ITU atas sokongan berterusan kepada ASEAN, terutama dalam menyokong inisiatif ASEAN ICT Masterplan dan berharap untuk terus mengukuhkan lagi persahabatan dan kerjasama ASEAN - ITU di masa hadapan. Ini kemudian diikuti dengan Mesyuarat TELSOM ASEAN bersama Kesatuan Eropah (European Union - EU) di mana dalam pertemuan tersebut, EU telah diberi taklimat mengenai pelancaran AIM2020 di TELMIN Ke-15 pada November 2015. AIM2020 berfungsi sebagai pelan tindakan untuk TELSOM bagi
mencapai visi yang dimaksudkan dan hasil, untuk meningkatkan pembangunan ASEAN ICT bagi tempoh lima tahun akan datang. Oleh itu, TELSOM ASEAN mengalu-alukan projek kerjasama antara EU dan ASEAN dalam pelaksanaan AIM2020. Delegasi EU kemudian diberi taklimat mesyuarat mengenai status inisiatif pasaran tunggal EU Digital, dan peningkatan kerjasama pembangunan EU - ASEAN Dialogue Instrument. Inisiatif pasaran tunggal EU Digital adalah satu strategi yang bertujuan untuk memastikan pergerakan bebas masyarakat, perkhidmatan dan modal di mana individu dan perniagaan boleh mengakses dan menjalankan aktiviti online di bawah persaingan adil, pelanggan peringkat tinggi dan perlindungan data peribadi, tanpa mengira kewarganegaraan atau tempat kediaman. Mesyuarat juga turut mendengar taklimat mengenai cadangan aktiviti bersama ASEAN - EU pada tahun 2017 serta kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan mengenai potensi kerjasama antara ASEAN dan EU di peringkat serantau dan global bagi menyokong ASEAN dalam pelaksanaan ASEAN ICT Masterplan 2020 dan pelaksanaan satu inisiatif ICT di bawah program E-READI. Antara bidang-bidang kepentingan bersama adalah perundingan pendekatan pembangunan Perkhidmatan Pembekal Over The Top (OTT), membangunkan panduan dan aplikasi bagi Open Data dan Big Data, mengurangkan jurang pembangunan dan kemampuan akses jalur lebar serta membangunkan amalan terbaik untuk pembangunan kandungan tempatan dan 'Smart Cities'. TELSOM ASEAN Ke-17 berakhir dengan mempertimbangkan dan menerima pakai Laporan TELSOM Ke-17 ASEAN yang akan disokong oleh Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Telekomunikasi dan Maklumat (TELMIN) Ke-16 yang akan bermula pada 25 November ini.
Lapan belia negara sertai Program Pertukaran Budaya di Seoul Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ihsan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Program Pertukaran Budaya 'The 18th ASEAN - Korea Future - Oriented Youth Exchange Program: ASEAN - Korea Youth Square' bertujuan untuk mendedahkan golongan belia kepada kepelbagaian aktiviti di samping memberi inspirasi kepada satu sama lain dan menjalin semangat Asia untuk masa depan yang lebih baik. Sehubungan itu seramai lapan orang belia yang mewakili Negara Brunei Darussalam berlepas ke Seoul, Korea hari ini bagi mengikuti program tersebut yang akan diadakan selama enam hari mulai 25 November hingga 30 November ini. Perwakilan belia negara yang menyertai program tersebut terdiri daripada ahli Persatuan-persatuan Belia, penuntut-penuntut sekolah dan mahasiswi universiti, jurugambar,
juruvideo dan pengusaha-pengusaha 'production house' yang diketuai oleh Awang Muhammad Thaqib bin Md. Tuah yang merupakan graduan Universiti Brunei Darussalam, selaku ketua rombongan. Awang Muhammad Thaqib dalam temu bual menjelaskan, apa yang mereka ingin dedahkan kepada Korea mengenai Brunei Darussalam nanti adalah keunikan budaya negara ini, kerana bukan sahaja masyarakat Korea tetapi negara-negara lain juga ingin mengetahui budaya yang ada di Negara Brunei Darussalam. Beliau menambah, salah satu yang ingin ditonjolkan semasa program pertukaran ini nanti adalah pakaian Melayu masyarakat Brunei Darussalam di mana di sana nanti mereka akan menyertai ,cultural booth, untuk mempamerkan barang-barang Brunei.
“Insyaa Allah dengan memperolehi pengalaman di sana, kami akan mengongsikan kepada belia-belia di sini apabila sudah pulang nanti dan menjadikan pengalaman yang diperolehi sebagai inspirasi kepada belia-belia lain untuk ikut serta dalam program-program yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS),” ujarnya. The 18th ASEAN - Korea Future Oriented Youth Exchange Program: ASEAN - Korea Youth Square ini menjemput para belia dari negara -negara ASEAN dan Republik Korea untuk mempersembahkan kebudayaan dan sejarah mereka melalui pertukaran budaya. Para peserta diberikan peluang untuk meluahkan ilham dan bermotivasi untuk merangka masa depan, demi membina asas yang kukuh bagi komuniti Pan-Asia di masyarakat global. Tema keseluruhan program tersebut ialah ASEAN - Korea Youth, Capturing Seoul on Film yang mana program pada tahun ini berdasarkan
pada pembinaan kepelbagaian budaya Asia dan kerjasama antara belia Korea dan ASEAN, melalui mereka bentuk dan membuat penggambaran filem bersama-sama di samping ia juga berdasarkan pada penilaian pemahaman melalui pengalaman kerjasama, dalam menyerapkan dan mengharmonikan budaya Asia di bawah Program Pertukaran Budaya. Di sepanjang program enam hari ini dijalankan, para belia akan menjelajah di sekitar Seoul dengan konsep ASEAN - Korea Youth Designing and shooting film together in Seoul untuk memfilemkan apa yang mereka ingin tahu dan tunjukkan mengenai Seoul termasuk aktiviti pertukaran mereka. Mereka juga akan diperkenalkan kepada Sekretariat ASEAN, serta melawat Youth Flea Market dan mengikuti ASEAN - Korea Booth Festival. Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Timbalan Setiausaha Tetap
AWANG Muhammad Thaqib bin Md. Tuah yang merupakan graduan Universiti Brunei Darussalam, selaku ketua rombongan The 18th ASEAN-Korea Future-Oriented Youth Exchange Program: ASEAN-Korea Youth Square.
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad serta pegawaipegawai kanan kerajaan.
NASIONAL
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
23
SM Rimba 'Heroes' iktiraf pelajar aktif Berita dan Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor
RIMBA, Khamis, 24 November. Ak. Yura Wira Putera bin Pg. Yunos dan Dayang Nurul Hasyimah binti Haji Metussin, masing-masing dianugerahkan sebagai penerima Anugerah Wirawan dan Wirawati Sekolah Menengah Rimba (SMR) sebagai pengiktirafan mereka yang aktif dalam penyertaan kokurikulum sekolah. Anugerah tersebut disampaikan pada Majlis Penyampaian Hadiah SMR Heroes Tahun 2016 oleh Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Haji Azis bin Haji Nayan selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan di sini. Pengetua Sekolah Menengah Rimba, Cikgu Haji Malai Shah Eran bin Syed Haji Yussof dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa SMR Heroes ini merupakan sebuah platform bagi menghargai pelajar yang
aktif dalam penyertaan kokurikulum dalam acara sukan, aktiviti akli, rohani, keugamaan atau pasukan beruniform agar pelajar-pelajar akan lebih menyerlah sejajar dengan visi Kementerian Pendidikan iaitu pendidikan yang holistik. Terdahulu, majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Abang Mohd. Erwan bin Haji Abdul Hamid dan diikuti dengan persembahan daripada penuntut-penuntut SMR iaitu Tilawah Al-Quran, Persembahan SINAR, Tausyeh dan Syair. Pada majlis ini turut menyaksikan penyampaian sijil-sijil yang diikuti dengan penyampaian hadiah pemenang aktiviti hujung tahun, penyampaian hadiah pemenang antara rumah-rumah, penyampaian anugerah syababul imtiyaz yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Semasa diwawancara oleh Pelita Brunei, pelajar Tahun 11 Sains 2, Ak. Yura Wira Putera bin
PEMANGKU Pengarah Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan Awang Haji Azis bin Haji Nayan hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sekolah Menengah Rimba (SMR) Heroes.
Pg. Yunos berpendapat dengan melibatkan diri dengan aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh sekolah seperti aktiviti bola sepak, aktiviti kerohanian, kebudayaan perbahasan dan syarahan dapat menambahkan pengalaman dan memberi pendedahan kepada dirinya. Manakala bagi penerima anugerah wirawati Dayang Nurul Hasyimah binti Haji Metussin yang merupakan
pelajar Tahun 11 sains 1, menyatakan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti kokurikulum seperti syarahan memberikan beliau peluang menimba ilmu, melalui penyelidikan yang juga dapat dimanfaatkan dalam bidang lain seperti penulisan di samping memantapkan penampilan diri dan keyakinan bercakap di khalayak ramai. Sebelum majlis berakhir, satu
tayangan klip video yang memaparkan aktiviti-aktiviti sepanjang tahun SMR juga ditayangkan. Sekolah Menegah Rimba yang terletak di Kampung Rimba, Mukim Gadong ini mula digunakan di tapak yang sedia ada ini semenjak tahun 2005 dan kini mempunyai keramaian penuntut seramai 948 orang pelajar dan lebih dari 100 orang tenaga pengajar dan kakitangan sekolah.
Jerayawara prosedur pengimportan komoditi pertanian, perikanan Siaran Akhbar : Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
DI ANTARA penerima sijil daripada tetamu kehormat pada Majlis SMR Heroes pagi ini.
Seeds Brunei pamer bakat pelajar Siaran Akhbar : Seeds Brunei BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 23 November. - Seeds Brunei akan menunjukkan satu lagi pertunjukan muzikal tahunan bagi akhir tahun bertajuk "Seuss!". "Seuss!" akan diadakan selama tiga malam berturut-turut bermula dari 25 hingga 27 November, bermula jam 7.00 malam, dengan penambahan persembahan matinee bermula pada jam 2.00 petang pada 27 November. Setiap persembahan akan berjalan kira-kira selama dua jam dan akan diadakan di Studio 4, RTB Sungai Akar, di sini. Penghasilan muzik bertujuan untuk menggalakkan serta mempamerkan bakat-bakat pelajar di sekolah menengah dan pendidikan tinggi. Seeds Brunei telah disokong oleh Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan sejak tahun 2008 dengan bantuan guru, sukarelawan dan peminat seni. Ia ditubuhkan untuk menggalakkan pelajar meluahkan perasaan secara dramatis untuk membina keyakinan dan menimba pengalaman di pentas. Seeds Brunei telah menjalankan bengkel seni dan seminar sepanjang tahun untuk pelajar yang berdaftar, di samping menyediakan mereka aktiviti akhir tahun sebelum mereka
menamatkan pengajian. Setiap aspek penghasilan seperti membuat prop dan reka bentuk, solek dan pakaian, publisiti dan peringkat pengurusan, dikendalikan dan diuruskan oleh pelajar serta dibimbing oleh jurulatih. Seeds Brunei telah mementaskan versi muzik terkenalnya sejak lapan tahun yang lalu, seperti 'Oliver!', 'Into The Woods,'Willy Wonka', 'Wicked' dan 'The Lion King' yang digelar sebagai 'Pride'. Pada awal tahun ini, masyarakat telah menghasilkan pengeluaran aslinya bertajuk 'Jong Sarat'. Produksi muzikal tahun ini "Seuss!" adalah berdasarkan pada karya-karya Dr. Seuss dan menyusuri bersamasama cerita yang terkenal serta wataknya dari sekurang-kurangnya 15 buah buku beliau. Tiket boleh didapati dalam talian melalui laman sesawang 'www. seedsbrunei.com/seuss' dengan hanya BND15. Booth Tiket juga akan diadakan di Kompleks Membeli-belah Mabohai bermula Rabu, 23 November, jam 10.00 pagi. Untuk maklumat lanjut orang ramai bolehlah ikuti '@seedsbrunei' di Instagram dan Twitter atau Facebook di 'SEEDS Brunei'.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 24 November. - Jerayawara kesedaran awam mengenai prosedur pengimportan komoditi-komoditi pertanian dan perikanan di bawah kawalan Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) merupakan salah satu program tahunan yang bertujuan bagi memberikan penerangan kepada orang ramai, khususnya para pengusaha dan pengimport tentang prosedur serta peraturan mengimport komoditikomoditi berkenaan termasuklah bahan-bahan berkaitan dengannya seperti baja, racun kimia pertanian, makanan ternakan dan sebagainya. Taklimat-taklimat yang disampaikan semasa jerayawara berkenaan akan dapat memberikan penjelasan yang lebih dekat lagi tentang tatacara untuk mendapatkan permit atau lesen import serta syarat-syarat yang perlu dipatuhi bagi memudah cara urusan pengimportan komoditi-komoditi berkenaan, sama ada secara persendirian atau komersil. Taklimat telah diadakan di Dewan Setia Pahlawan, Bangunan KSSUP, di sini. Jerayawara juga bertujuan untuk mengurangkan kes-kes ketidakpatuhan dalam proses import sepertimana yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Pertanian dan Agrimakanan serta Jabatan Perikanan, yang mana kes-kes sedemikian pernah didapati terjadi di pos-pos kawalan darat, lapangan terbang, pelabuhan dan melalui mel udara. Taklimat-taklimat yang disampaikan telah dapat memberikan kefahaman mengenai syarat-syarat import bagi komoditi-komoditi pertanian dan perikanan serta bahan-bahan berkaitan dengannya kepada orang ramai terutamanya kepada pengusaha-pengusaha tempatan, syarikat-syarikat pengimport komersial serta gensi-agensi penguatkuasaan yang bertugas di pos-pos kawalan rentas sempadan. Syarat-syarat import bagi
komoditi-komoditi berkenaan adalah berpandukan pada langkah-langkah Sanitary and Phytosanitary (SPS) Antarabangsa yang telah ditetapkan oleh pertubuhan-pertubuhan seperti World Organisation for Animal Health (OIE), International Plant Protection Convention (IPPC) dan CODEX Alimentarius. Taklimat juga meliputi penerangan mengenai kepentingan untuk mendapatkan Sijil Kesihatan Haiwan (Veterinary Health Certificate) dan Sijil Fitosanitari atau Sijil Kesihatan Tumbuhan (Phytosanitary Certificate) dari pihak-pihak yang berwajib di negara-negara pengeksport. Dokumen berkenaan merupakan pengesahan atau jaminan dari negara pengeksport bahawa komoditi pertanian atau perikanan yang dieksport ke Negara Brunei Darussalam adalah selamat dan bebas dari sebarang agen pembawa penyakit, hama atau serangga perosak tumbuhan. Selain dari permit atau lesen import, dokumen ini juga sangat penting untuk disertakan semasa mengisytiharkan komoditi pertanian dan perikanan yang diimport di pos-pos kawalan. Taklimat juga menjelaskan bahawa kuantiti kemasukan pengimportan komoditi-komoditi pertanian dan perikanan bagi pengimport komersil adalah tidak terhad. Manakala, kuantiti pengimportan persendirian adalah tertakluk pada syarat-syarat import yang telah ditetapkan oleh jabatanjabatan di bawah KSSUP. Kepentingan untuk mendapatkan permit atau lesen import adalah bagi memudah cara proses kemasukan komoditi-komoditi pertanian dan perikanan melalui pos-pos kawalan di negara ini, yang memerlukan pemeriksaan dengan lebih bersistematik dan efisien dari agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang berkaitan. Ini adalah bagi memastikan tahap keselamatan komoditi atau barangan yang diimport adalah terbukti selamat untuk digunakan, bebas dari sebarang
agen-agen pembawa penyakit, hama atau serangga perosak dan seterusnya akan melindungi kesihatan serta keselamatan pengguna juga orang awam termasuklah kesejahteraan alam sekitar. Pemeriksaan yang dilakukan juga bertujuan bagi melindungi industriindustri pertanian dan perikanan tempatan dari ancaman agen-agen pembawa penyakit atau serangga perosak yang dibawa oleh komoditi import, jika tidak dikawal kemasukannya. Secara amnya, permit atau lesen import akan dikeluarkan tertakluk pada jenis komoditi atau barangan yang akan diimport dan tujuan pengimportannya, secara persendirian atau komersil. Bagi pengimportan komoditi pertanian dan perikanan secara komersil, proses permohonan permit atau lesen import boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan BDNSW (Brunei Darussalam National Single Window) dengan melayari laman sesawang di 'www.bdnsw.gov.bn'. Manakala bagi pengimportan persendirian pula, orang ramai bolehlah memohon permit atau lesen import melalui kaedah online di 'http://biz.bruneimipr.gov.bn/eMIPR' atau melayari laman sesawang 'www.mprt.gov.bn'. Dokumen-dokumen bagi permit atau lesen import yang telah diluluskan akan dikeluarkan oleh pihak agensi-gensi kerajaan yang berkenaan dan orang ramai bolehlah mengambilnya di tempat-tempat yang telah ditetapkan serta menjelaskan kadar bayaran yang telah ditetapkan. Jerayawara telah dihadiri oleh para pengusaha pertanian dan perikanan, pengimport-pengimport komoditi pertanian dan perikanan yang menetap di Daerah Brunei dan Muara serta wakil-wakil dari jabatan-jabatan kerajaan, Penghulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampung dan ahli-ahli dari Persatuan Majlis Perundingan Kampung (MPK) di Daerah Brunei dan Muara. InsyaaAllah, jerawayara ini akan dilaratkan ke daerah-daerah yang lain pada masa-masa terdekat.
24
SUKAN
HARI SABTU 26 NOVEMBER 2016
Pasukan Jabatan Perkhidmatan Elektrik juara futsal Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin TUNGKU, Jumaat, 25 November. Pasukan Jabatan Perkhidmatan Elektrik muncul juara Kejohanan Futsal Sempena Memperingati Ulang Tahun Penubuhan Jabatan Penerangan Kali Ke-64 Tahun setelah menumpaskan Pasukan Media JPM 4 - 2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan Sukan,
PEMANGKU Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah pemain terbaik kejohanan, Awang Sofri bin Yahya.
Universiti Brunei Darussalam, di sini. Kekalahan Pasukan JPM tersebut sekali gus menjadikan mereka naib juara pada kejohanan tersebut, sementara Pasukan Biro Mencegah Rasuah dan Pasukan Pusat Kebangsaan E-Kerajaan berkongsi tempat ketiga. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang kejohanan ialah Pemangku Pengarah Perkhidmatan Pengurusan, Awang Aminuddin bin Haji Buntar. Manakala, pemain berjersi nombor 7, Awang Sofri bin Yahya dari pasukan juara dipilih menjadi pemain terbaik
kejohanan tersebut. Pasukan-pasukan yang menyertai kejohanan tersebut terdiri daripada Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Radio dan Televisyen Brunei, Media JPM, Jabatan Kehakiman, Media Permata, Gabungan Jurugambar Kerajaan, Jabatan Audit, Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Adat Istiadat Negara, Borneo Bulletin, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan serta tuan rumah Jabatan Penerangan 'A' dan Jabatan Penerangan 'B'. Kejohanan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturahim di antara para pemain dan agensi yang menyertai serta mengamalkan aktiviti ke arah gaya hidup sihat melalui bersukan.
Atlet Veteran Negara sertai MIOMAC ke-30 Siaran Akhbar : Persatuan Atlet Veteran Negara Brunei Darussalam Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 25 November. - Seramai 21 orang atlet veteran Negara Brunei Darussalam (NBD) berlepas ke Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Kejohanan Olahraga Master Antarabangsa Malaysia ke-30 (MIOMAC). Kejohanan selama dua hari itu bermula 26 hingga 27 November akan berlangsung di Stadium Arena, Universiti Malaya, Subang Jaya, Malaysia Kontinjen negara yang diketuai oleh Setiausaha Persatuan Atlet Veteran, NBD, Dayang Hajah Mariah binti Haji Metussin berlepas meninggalkan negara pagi tadi. Mengucapkan selamat belayar kepada kontinjen negara ialah Presiden
Atlet Veteran NBD, Awang Haji Abdul Razak bin Bungsu. Terdahulu, sebelum berlepas meninggalkan NBD, Doa Selamat telah dibacakan oleh Setiausaha II Persatuan Atlet Veteran NBD, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Pungut. Acara-acara yang akan disertai mengikut peringkat umur itu ialah seperti rejam lembing, lompat jauh, lempar cekera selain acara larian 100 meter pecut lelaki, 200 meter, 400 meter, 800 meter, 1,500 meter dan 3,000 meter. Antara atlet luar negara yang menyertai kejohanan tersebut ialah atlet dari Singapura, Sri Lanka, Indonesia, India, China Taipei dan Hongkong.
KONTINJEN Atlet Veteran Negara yang akan menyertai Kejohanan Olahraga Master Antarabangsa Malaysia ke-30 (MIOMAC) bergambar ramai.
Cawangan 'B2' rangkul kejuaraan kejohanan Sepak Takraw PDB
TIMBALAN Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, PDB, Snr. Supt Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan tersebut dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara kejohanan tersebut, Cawangan 'B2'.
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin GADONG, Khamis, 24 November. Cawangan 'B' menguasai Kejohanan Sepak Takraw Antara CawanganCawangan Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) bagi Tahun 2016 setelah merangkul Juara dan Naib Juara pada kejohanan yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu
Pejabat Polis, Gadong, di sini. Pada perlawanan akhir, Cawangan 'B1' berjaya mendahului Cawangan 'B2' pada set pertama dengan kiraan 22 - 20, namun Cawangan 'B2' berjaya bangkit di set kedua dengan kiraan 21 - 14 dan sekali lagi di set ketiga dengan kiraan 21 - 16 sekali gus
menobatkan Cawangan 'B2' juara kejohanan tersebut. Manakala, tempat ketiga pada kejohanan berkenaan dikongsi sama oleh Cawangan 'C1' dan Cawangan 'E1'. Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah ialah Timbalan Pengarah Pentadbiran Am dan Kewangan, PDB, Snr. Supt Haji Zaini bin Haji Abdul Rahim. Johan perlawanan menerima hadiah wang tunai BND200 berserta medal, sementara naib johan menerima BND100 berserta medal dan tempat ketiga membawa pulang hadiah berupa wang tunai BND50 berserta medal. Sebanyak 10 pasukan berentap pada kejohanan berkenaan yang terdiri dari Cawangan 'A1', Cawangan 'A2', Cawangan 'B1', Cawangan 'B2', Cawangan 'C1', Cawangan 'C2', Cawangan 'D1', Cawangan 'D2', Cawangan 'E1' dan Cawangan 'E2'. Kejohanan antara lain bertujuan untuk mencungkil bakat para atlet dari PDB untuk tampil ke hadapan dan terus menyumbang kepada kejayaan negara dalam temasya sukan-sukan di peringkat serantau dan antarabangsa.
PROGRAM Khidmat Bakti Negara (PKBN) adalah aspirasi Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menjadi suatu keperluan bagi negara untuk melahirkan belia cemerlang. Ia selaras dengan matlamat Dasar Belia Negara serta untuk mewujudkan belia yang lebih bertanggungjawab dan berdisiplin. PKBN dihasratkan untuk mencapai objektif-objektif tersebut iaitu mewujudkan belia Brunei yang cemerlang; meningkatkan semangat patriotik beriltizam dan berdaya tahan; mengukuhkan kefahaman dan melahirkan belia yang beriman dan bertaqwa; melahirkan belia yang beriman dan bertaqwa; memupukkan rasa dan cintakan perpaduan; membentuk perwatakan yang positif dan mempunyai semangat kesukarelaan dan melahirkan belia yang bertanggungjawab dan cekal, cergas dan penuh keyakinan diri. Sumber laman sesawang rasmi PKBN www.pkbn.gov.bn
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
MARTABATKAN INDUSTRI HALAL KE PERINGKAT ANTARABANGSA