PETIKAN TITAH
MANISNYA IMAN
“HANYA dengan cara mewujudkan sebuah masyarakat yang benar-benar berdisiplin, maka kita akan dapat menikmati perkembangan dan juga kemantapan sosioekonomi dan politik di negara ini. Masyarakat yang berdisiplin juga akan dapat menghasilkan tenaga kerja yang benar-benar berdedikasi, mempunyai produktiviti yang tinggi dan berkemahuan untuk sentiasa maju.” - Titah Sempena Pertandingan Membaca Al-Qur'an Peringkat Kebangsaan pada 2 Mac 1988.
“KAMU (wahai umat Nabi Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat yang ma’ruf dan melarang daripada yang mungkar dan beriman kepada Allah.” - (Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah ‘Ali Imran, ayat 110).
TAHUN 60 / BILANGAN 25
28 FEBRUARI 2015 / 1436
9
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan tujuh ketua perwakilan asing
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bergambar ramai bersama tujuh orang ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali (Lagi berita dan gambar-gambar dimuatkan ke muka 3).
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Mohammad Azmi Awang Damit, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan tujuh orang ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap, di Istana Nurul Iman.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Afghanistan, Tuan Yang Terutama Dr. Jamrad Jamshed; Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania, Tuan Yang Terutama
Dr. Aziz Ponary Mlima; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Korea, Tuan Yang Terutama Kang Chol dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha. Ke muka 3
Ilmu pengetahuan kunci pembangunan tamadun bangsa Makluman Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan MMN BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Februari. - Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan Ke-11 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi tahun ini akan berlangsung pada hari Khamis, 14 Jamadilawal 1436 Hijrah bersamaan dengan 5 Mac 2015 Masihi bertempat di Dewan Persidangan MMN, Bangunan Dewan Majlis di Jalan Dewan Majlis. Pada lazimnya, berikutan Istiadat Pembukaan Rasmi tersebut, Sesi Persidangan MMN akan dimulakan pada keesokan harinya atau pun pada tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Yang Di-Pertua MMN yang mana ia adalah dibukakan kepada orang awam yang berminat untuk mendengarkan perbincangan dan perbahasan di dalam Dewan Persidangan MMN. Ia juga boleh dihadiri oleh mana-mana institusi pendidikan kerajaan dan swasta yang berminat untuk memberikan pendedahan kepada penuntut-penuntut atau mahasiswa / mahasiswi dengan tatacara bagi membincangkan dan membentangkan sesebuah rang undang-undang di Negara Brunei Darussalam. Ke muka 24
Oleh : Khartini Hamir Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015 yang diadakan serentak secara fungsional dapat menterjemahkan tentang pentingnya budaya membaca dan peranan kepelbagaian buku dalam pembenahan ilmu dan pencerdasan fikiran ke arah melakar generasi yang berilmu, berkemahiran dan berpengetahuan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menggariskan mengenai
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004
perkara itu pada Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Yang Berhormat berkata, tema Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015 ‘Buku, Bacalah!’ adalah sangat bertepatan dalam mendukung Wawasan 2035 untuk mengangkat Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara maju dalam pelbagai bidang ilmu dan masyarakat yang berkualiti tinggi, berpengetahuan, berwawasan, berhemah tinggi, inovatif dan berdaya saing yang dapat meningkatkan ekonomi negara yang dinamik yang berdaya tahan serta taraf hidup yang lebih stabil. “Semua ini akan dapat dicapai
melalui peningkatan kadar literasi dalam kalangan rakyat di negara ini,” ujarnya. Ke muka 24
Muka 23 BERANGKAT ke sesi bergambar ramai
Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
GLCs berperanan penting dalam pembangunan masa panjang negara Bismillahir Rahmannir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh A adalah penghormatan bagi saya diberi peluang untuk memberikan ucapan kepada awda di Majlis Forum Pentadbiran Korporat ini. Sebelum bercakap mengenai forum, iaitu Pentadbiran Korporat, saya ingin mengetengahkan beberapa perkara yang bagi saya sangat relevan. Pertama, penganjur forum hari ini, Darussalam Asset Sendiran Berhad telah ditubuhkan dua tahun yang lalu, pada 12 Disember 2012 sebagai sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Ia adalah aspirasi kerajaan bagi syarikat untuk melaksanakan peranan yang strategik dan tanggungjawab, aktiviti pelaburan kerajaan ke arah mencapai pembangunan dan kepelbagaian ekonomi, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat tempatan dan pada masa yang sama, meraih pulangan ekonomi pada jangka panjang. Melalui pengurusan baik dan pentadbiran korporat, syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLCs) dapat memberikan asas kukuh bagi pembangunan ekonomi dan sosial, menyumbang secara besar-besaran kepada hasil negara dan sebagai jentera bagi mencapai dasar-dasar kerajaan. Hari ini, Darussalam Asset dan kumpulan syarikat-syarikatnya mengambil 9,600 pekerja dalam industri dan sektor seperti yang dinyatakan oleh Dato Dr. Amin, daripada syarikat penerbangan, telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan makanan, kenderaan dan logistik. GLCs ini memainkan peranan yang penting dalam rancangan pembangunan jangka masa panjang negara dan sangat penting bagi ekonomi negara kita kerana mereka sentiasa menyediakan perkhidmatan penting bagi masyarakat umum dan industri serta menjana peluang-peluang pekerjaan melalui inisiatif-inisiatif seperti pembangunan perniagaan tempatan. Kedua, pencapaian matlamat-matlamat ekonomi yang dilakar dalam Wawasan 2035 sedikit sebanyak memerlukan penarikan para pelabur dan kepakaran luar. Beberapa langkah sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menarik pelaburan asing dan kepakaran bagi memperbaiki pelaburan dan iklim perniagaan di negara ini. Langkah-langkah ini termasuklah penyediaan infrastruktur bertaraf dunia, pakej-pakej insentif yang menarik, prosedur yang telus, syarikat dan dasar pelaburan, rangka kerja perundangan yang mencukupi, sumber tenaga manusia yang produktif dan berkemahiran dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang cenderung kepada globalisasi. Berteraskan usaha-usaha sedemikian yang menjurus ke arah pertumbuhan sektor swasta dan peranannya dalam ekonomi, kita dapat mengamati bahawa faktor utama yang
I
MENTERI Kewangan II (Kedua) di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim juga sebagai Pengerusi Majlis Pengawasan Aset Brunei Darussalam semasa berucap pada Forum Ulang Tahun Darussalam Asset, pada 15 Januari 2015.
Terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris oleh: Hajah Musmariani Haji Mohammad mengukuhkan dan melengkapi usaha-usaha ini ialah dengan memupuk pengalaman pentadbiran korporat. Kajian-kajian telah menunjukkan syarikat-syarikat yang berpandukan pentadbiran korporat yang baik berupaya untuk mengutip dana. Apabila ciri-ciri pentadbiran korporat ini terdapat dalam sesebuah syarikat, para pelabur dan rakan-rkan niaga berpotensi lebih yakin dalam melabur atau meluaskan lagi operasi-operasi syarikat. Bukti dan kajian yang empirikal yang dikendalikan pada tahun yang sudah telah menunjukkan bahawa lebih dari 80 peratus para pelabur institusi global lebih rela membayar premium dengan kadar yang tinggi bagi saham-saham sesebuah syarikat yang ditadbir dengan baik dibandingkan dengan sesebuah syarikat yang tidak ditadbir dengan baik meskipun syarikat berkenaan memiliki rekod yang hampir-hampir sama. Pengalaman pentadbiran korporat yang baik adalah penjana pertubuhan korporat yang berdaya tahan, pemangkin nilai jangka masa panjang dan menajamkan keupayaan untuk bersaing. Perkara ini sepatutnya menjadi keutamaan bagi firma-firma kerana ia menunjukkan peluang-peluang bagaimana mengurus risiko dan menambah nilai. Pentadbiran korporat juga meringkaskan haluan bagi syarikat-syarikat belum berdaftar untuk menarik perhatian pemilik saham baharu dan mengutip dana melalui penjualan saham di bursa. Di samping itu, pentadbiran korporat yang baik juga menyumbang ke arah pembasmian rasuah. Ia dapat menghalang pemberian rasuah, menggalakkan urusan yang telus dan saksama. Di peringkat syarikat, pentadbiran
korporat yang kukuh merangkumi budaya dan proses dalaman mengurangkan niat-niat negatif dan rasuah. Ia juga berfungsi untuk menjaga dan membina syarikat dan reputasi profesional para kakitangannya. Sehubungan dengan ini, saya gembira mengetahui bahawa Darussalam Asset telah pun mengguna pakai tatacara pentadbiran korporat pada 31 Julai 2013, di mana ia kini menerajui dalam pengamalan dasar-dasar pentadbiran korporat yang baik dalam kalangan GLCs. Saya yakin ia akan berterusan. Lebih-lebih lagi, selaras dengan strategi pembangunan institusi yang dinyatakan dalam Wawasan Brunei 2035, pada bulan Disember 2014 pendaftar syarikat dan nama-nama perniagaan telah pun menggunakan buat kali pertamanya bagi syarikat-syarikat yang berdaftar di negara ini. Perkembangan ini adalah petanda baik bagi pentadbiran korporat bukan sahaja bagi sektor perniagaan secara amnya. Pentadbiran korporat tidaklah wujud dengan sendirinya - ia adalah bergantung kepada rangka kerja pentadbiran secara keseluruhan di peringkat negara. Oleh sebab itu, hendaklah terdapat komitmen di peringkat teratas sekali bagi pihak para pemilik saham dan pihak-pihak berkepentingan bagi memastikan pelaksanaan rangka kerja pentadbiran korporat adalah berjaya. Walaupun rangka kerja pentadbiran korporat seharusnya mengambil kira prinsip-prinsip pengamalan terbaik, ia hendaklah melaksanakannya mengikut kesesuaian, realistik dan pragmatik. Pragmatik, kita menyedari pentadbiran korporat bukanlah matlamat terakhir, tetapi ia adalah sebagai wadah untuk menambah nilai dan kesinambungan. Oleh itu, forum hari ini adalah kepentingan Darussalam Asset yang berfungsi sebagai platform dan peluang untuk berkongsi dan bertukar pengetahuan dan pengalaman mengenai pentadbiran korporat. Saya yakin forum ini juga akan menyumbang banyak kepada usaha-usaha kerajaan untuk mendidik masyarakat perniagaan kita mengenai pentadbiran korporat dan amalan terbaik antarabangsa. Akhir sekali, saya berharap agar peserta-peserta akan mencari topik yang berguna dan bermanfaat serta mengambil peluang untuk belajar dan berkongsi pengalaman dengan penceramah di antara satu sama lain. Kepada semua penceramah, saya ucapkan terima kasih kerana datang dari jauh untuk berada di sini dan juga komitmen awda untuk berkongsi kepakaran dan pengetahuan awda. Saya harap awda akan mempunyai pengalaman yang indah di Negara Brunei Darussalam. Sebelum mengakhiri, saya ingin memberikan penghargaan kepada Darussalam Asset kerana menganjurkan forum ini dan menjemput saya untuk memberikan ucaptama ini. Terima kasih. Wabillahit Taufeq Walhidayah Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
28 FEBRUARI 2015 BERSAMAAN 1436
9
TEKNOLOGI BERKESAN TINGKATKAN PRODUKTIVITI
K
EMUDAHAN teknologi pada masa kini sepatutnya digunakan untuk kebaikan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat yang rukun dan damai. Di samping itu, Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga sentiasa berterusan untuk memberi perkhidmatan yang bermutu, berkesan dan berkualiti. Justeru, apabila Kementerian Perhubungan melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) baru-baru ini melancarkan Aplikasi Mudah Alih Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP Mobile Apps) dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD (JPD Push-SMS Service), ia disambut dengan baik terutama sekali dalam kalangan pengguna jalan raya. Ini merupakan salah satu inisiatif kementerian berkenaan ke arah keberkesanan sistem dan pemberian perkhidmatan yang lebih berkesan dan memudahcara urusan orang ramai. Melalui SiKAP Mobile Apps, ia akan memudahkan orang ramai, khususnya para pemandu untuk mengetahui maklumat peribadi, maklumat mata demerit dan kesalahan yang berkaitan jika ada. Caranya amat mudah iaitu dengan menaip ‘Online JPD’ dan memuat turun dari ‘App Store’ atau ‘Google Play’, dan seterusnya mengisi maklumat yang diperlukan. Pemandu akan seterusnya memperolehi maklumat pemandu dan mata demerit. Manakala Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD akan memberikan peringatan awal kepada orang ramai mengenai Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu sebulan sebelum tarikh mansuh. Antara kebaikan perkhidmatan ini ialah pemandu akan dapat bertindak iaitu membaharui lesen dalam tempoh yang diberikan. Kedua-dua perkhidmatan merupakan antara inisiatifinisiatif Kementerian Perhubungan melalui JPD dalam usaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih berkesan dan bermutu. Sepertimana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan, usaha-usaha penaiktarafan Sistem Pengangkutan Darat haruslah dipergiatkan kerana Yang Berhormat percaya dengan urusan dari rumah dan dari telefon bimbit secara 'online', ini akan dapat mempertingkatkan produktiviti jabatan, orang ramai dan kesannya yang baik kepada produktiviti negara. Manakala baru-baru ini seramai 30 orang nelayan telah mengikuti kursus Penggunaan Sistem Kedudukan Sejagat (Global Positioning System – GPS) bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan nelayan-nelayan tempatan memantapkan lagi kaedah menangkap ikan dengan menggunakan teknologi terkini seperti GPS. Sistem GPS ini amat berguna kepada nelayan kerana ia akan membantu mereka semasa berada di laut dan mengenal pasti lokasi yang dilabuh. Ia juga memudahkan nelayan menangkap ikan dengan efisien dan seterusnya menjimatkan masa dan minyak. Kemajuan dan perkembangan teknologi tidak dapat disangkal, malahan ia cepat berubah dan semakin canggih. Jika kita lalai, kita akan dengan mudah tertinggal. Namun teknologi hanyalah teknologi, di akhirnya ia tertakluk bagaimana kita menggunakannya. Adakah ia untuk kebaikan atau sebaliknya? Kita sebagai pengguna teknologi sepatutnya menggunakan kecanggihannya untuk pembangunan dan peningkatan produktiviti negara. - Ketua Penyuntingan (Ss).
Pemberitaan/Rencana
Ketua Bahagian Pelita Brunei
Penyuntingan
Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Aryentty Haji Arifin, Mohammad Arif Matali Hajah Sujimawati Mejari
Sastra Sarini Haji Julaini
Samle Haji Jait, Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar, Abu Bakar Haji Abdul Rahman
AMBULANS 991
POLIS 993
Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Mohammad Rainie Haji Durani, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar
Penyemakan
Penterjemahan
Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz
Hajah Musmariani Haji Mohammad
Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Raini Haji Bidin, Dk. Sahraini Pg. Haji Ismail
Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Jurainah Haji Jait, Nornasyirah Nordin
BOMBA 995
PENYELAMAT 998
(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam
123
NDMC 2380214
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
3
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Afghanistan, Tuan Yang Terutama Dr. Jamrad Jamshed (kiri). Sementara gambar kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania, Tuan Yang Terutama Dr. Aziz Ponary Mlima.
Dari muka 1 Kebawah DYMM juga berkenan menerima Surat-Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sepanyol, Tuan Yang Terutama Carlos Dominguez Diaz; Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, Tuan Yang Terutama Benjamin Clement Eghan dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq, Tuan Yang Terutama Basim Hattab Habash Al Tumma. Selepas menerima Surat Tauliah Pelantikan, baginda kemudian berkenan menerima mengadap dua orang Pesuruhjaya Tinggi dan lima orang Duta Besar Istimewa dan Mutlak. Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Afghanistan, TYT Dr. Jamrad Jamshed sebelum ini memegang jawatan sebagai Kuasa Usaha di Kedutaan Afghanistan di Holland, manakala Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania, TYT Dr. Aziz Ponary Mlima sebelum ini adalah pembantu peribadi kepada mantan Presiden Republik Bersatu Tanzania. Sementara itu, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Korea,
TYT Kang Chol sebelum ini adalah Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea ke Malaysia, manakala Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, TYT Dr. Anwar H. Al-Agha sebelum ini merupakan Duta Besar Palestin ke Malaysia. Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sepanyol, TYT Carlos Dominguez Diaz pula pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung (Timbalan Menteri) bagi Perikanan, Kementerian Pertanian, Permakanan dan Alam Sekitar sejak tahun 2012. Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, TYT Benjamin Clement Eghan pernah berkhidmat sebagai Setiausaha di Kabinet Republik Ghana dari tahun 2009 hingga 2013, manakala Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq, TYT Basim Hattab Habash Al Tumma pula sebelum ini memegang jawatan sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq ke Malaysia. Juga hadir pada Majlis Mengadap tersebut Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng.
KEBAWAH DYMM berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Korea, Tuan Yang Terutama Kang Chol.
KEBAWAH DYMM berkenan menerima Surat Tauliah Pelantikan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha (kiri); Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, Tuan Yang Terutama Benjamin Clement Eghan (kanan); Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq, Tuan Yang Terutama Basim Hattab Habash Al Tumma (bawah kiri) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sepanyol, Tuan Yang Terutama Carlos Dominguez Diaz (bawah kanan).
4
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
ISB semarakkan Hari Kebangsaan Ke-31
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman semasa berangkat ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-31 di ISB.
YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah berkenan berangkat ke Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB).
Oleh : Hajah Sujimawati Mejari Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 27 Februari. - Dalam sama-sama menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) juga tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan tersebut hari ini di dewan sekolah berkenaan. Berangkat menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman. Berangkat menyertai persembahan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
Pengiran Muda 'Abdul Wakeel ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak
Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Juga berangkat ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Abdul Haseeb bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Acara sambutan dibahagikan kepada dua sesi, iaitu sesi pertama bersama murid Kindy dan Pre Kindy dan sesi kedua bagi murid Tahun 6 ke bawah. Pada sesi pertama, sambutan bermula dengan perarakan masuk Pre Kindy Marches ke dewan yang diiringi dengan muzik lagu patriotik negara diikuti dengan nyanyian lagu kebangsaan beramai-ramai.
YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (dua dari kiri) semasa membuat persembahan bagi Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 di ISB.
Acara diteruskan dengan persembahan klip video ringkas mengenai Brunei diikuti dengan persembahan nyanyian ‘burung kakak tua’. YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim juga tidak ketinggalan untuk menyertai persembahan pom pom march dance bersama rakan yang lain. Sejurus selepas itu, nyanyian beramai-ramai bintang kecil twinkle-twinkle little star juga turut disertai oleh YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Manakala pada sesi kedua, majlis sekali lagi bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan yang turut disertai oleh YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim. Acara diteruskan dengan persembahan klip video yang merangkumi ucapan-ucapan Selamat Hari Kebangsaan versi bahasa Melayu daripada guru-guru dan murid sekolah berkenaan. Sekali lagi, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan menyertai persembahan pom pom march dance bersama rakan yang lain. Majlis diteruskan dengan persembahan drama muzikal berbentuk cerita rakyat Brunei bertajuk ‘The Golden Mountain’ dengan menggunakan dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris. Persembahan tradisional juga turut dipersembahkan oleh murid Tahun 6. Majlis berakhir dengan persembahan pencak silat yang dipersembahkan oleh YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan rakan pesilat lainnya. Dengan bakat yang disedia ada, YTM telah mampu memperlihatkan persembahan silat sebagai seni ilmu mempertahankan diri dan melambangkan kepahlawanan dan keperwiraan bangsa Melayu. Turut menyaksikan sambutan tadi terdiri daripada guru-guru sekolah berkenaan, ibu bapa dan parapenjaga. Sambutan yang diadakan pada tahun ini sangat meriah sekali dan jelas dilihat terutama pada murid Kindy dan Pre Kindy yang walaupun masih kecil tapi berani untuk tampil ke hadapan membuat persembahan dengan menyanyikan beberapa buah lagu.
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
5
DPPW berkenan menerima mengadap
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap secara berasingan tujuh orang ketua perwakilan luar negeri yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap dari Afrika, Asia, Eropah dan Timur Tengah. Majlis Mengadap berlangsung di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan. Duli Yang Teramat Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Afghanistan, Tuan Yang Terutama Dr. Jamrad Jamshed; Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania, Tuan Yang Terutama Dr. Aziz Ponary Mlima; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Korea, Tuan Yang Terutama Kang Chol; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sepanyol, Tuan Yang Terutama Carlos Dominguez Diaz; Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, Tuan Yang Terutama Benjamin Clement Eghan dan akhir sekali DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq, Tuan Yang Terutama Basim Hattab Habash Al Tumma.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Afghanistan, Tuan Yang Terutama Dr. Jamrad Jamshed (kiri) dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Bersatu Tanzania, Tuan Yang Terutama Dr. Aziz Ponary Mlima (atas) yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap.
DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Korea, Tuan Yang Terutama Kang Chol yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap.
DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Sepanyol, Tuan Yang Terutama Carlos Dominguez Diaz yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap.
DYTM berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Palestin, Tuan Yang Terutama Dr. Anwar H. Al-Agha (atas sekali); Pesuruhjaya Tinggi Republik Ghana, Tuan Yang Terutama Benjamin Clement Eghan (atas) dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Iraq, Tuan Yang Terutama Basim Hattab Habash Al Tumma (kanan) yang baru dilantik ke negara ini yang tidak menetap.
6
BERITA DAERAH
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
Pelancaran Aplikasi Mudah Alih SiKAP Oleh: Saerah Haji Abd Ghani, Nur Faizzah Nawang Foto: Mohd Zul-Izzi Haji Duraman
MENTERI Perhubungan, Yang Behormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar hadir pada Majlis Pelancaran Aplikasi Mudah Alih Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP Mobile Apps) dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Jabatan Pengangkutan Darat (JPD PUSH-SMS Service).
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Aplikasi Mudah Alih Sistem Keselamatan Amalan Pemandu (SiKAP Mobile Apps) dan Perkhidmatan Pesanan Ringkas Jabatan Pengangkutan Darat (JPD PUSH-SMS Service) bertujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan melalui penggunaan kemudahan teknologi info-komunikasi untuk
memudahcara urusan orang ramai. Kedua-dua kaedah itu merupakan inisiatif Kementerian Perhubungan melalui JPD, berdasarkan salah satu strategi teras (core strategies) iaitu Peningkatan Operasi yang terkandung di dalam Perancangan Strategik Kementerian Perhubungan 2008-2017. Sehubungan itu, Majlis Pelancaran SiKAP Mobile Apps dan JPD
PUSH-SMS Service dilancarkan oleh Menteri Perhubungan, Yang Behormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar di Dewan Amar Pahlawan, Bangunan Kementerian Perhubungan, Jalan Menteri Besar. Pengarah Pengangkutan Darat, Dr. Haji Supry bin Haji Awang Ladi, selaku Pengerusi majlis dalam ucapannya menjelaskan, perancangan bagi kerja pembuatan Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD dan Aplikasi Mudah Alih SiKAP masing-masing bermula pada tahun 2013 dan awal tahun 2014, telah diungkayahkan oleh pihak JPD hasil usaha sama bersama Kementerian Perhubungan dan sokongan pihak EGNC. Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Ishajaya Sdn. Bhd. dalam kerja pembuatan Aplikasi Mudah Alih SiKAP dan pihak TelBru dalam memastikan segala percubaan sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD berjalan dengan lancar sejak beberapa bulan kebelakangan. Jelasnya lagi, sistem mudah alih dan perkhidmatan pesanan ringkas itu adalah di antara beberapa projek daripada projek-projek lain yang dirancang oleh JPD, manakala dalam usaha peningkatan operasi dan memudahcara urusan orang ramai bagi projek-projek lain akan sentiasa diperbanyakkan dan dipertingkatkan. Aplikasi Mudah Alih SiKAP merupakan aplikasi bagi memudahkan
orang ramai, khususnya para pemandu untuk mengetahui maklumat peribadi, maklumat mata demerit dan kesalahan yang berkaitan masingmasing jika ada. Orang ramai boleh menggunakan Aplikasi Mudah Alih SiKAP dengan cara terlebih dahulu menaip ‘Online JPD’ dan memuat turun dari ‘App Store’ atau ‘Google play’ diikuti dengan mengisikan maklumat yang diperlukan dan seterusnya mendapatkan maklumat pemandu dan mata demerit. (Jika ada maklumat yang tidak konsisten, sila laporkan kepada pihak JPD). Perkhidmatan Pesanan Ringkas JPD merupakan kaedah yang diungkayahkan untuk memberi peringatan awal kepada orang ramai mengenai Lesen Kenderaan dan Lesen Memandu sebulan sebelum tarikh mansuh. Dengan inisiatif sebegini, orang ramai diharap akan membaharui lesen-lesen mereka melalui perkhidmatan online JPD sebelum tarikh mansuh. Jika hendak membaharui melalui perkhidmatan kaunter, orang ramai adalah disarankan untuk berurusan pada minggu kedua dan ketiga pada setiap bulan bagi mengelakkan kesesakan dan juga bagi mengurangkan sebarang masalah yang bakal dihadapi oleh pelanggan. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang
MENTERI Perhubungan, Yang Behormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah semasa berucap pada Majlis Pelancaran SiKAP Mobile Apps dan JPD PUSH-SMS Service.
Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Keselamatan Jalan Raya (MKKJR); Pemangku Pesuruhjaya Polis, Awang Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Ahli-ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara, ketua-ketua bahagian dan jabatan serta para pegawai kanan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya.
Tingkatkan kefahaman mengenai ‘Gergasi Geriatriks’ Berita dan Foto : Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli KUALA BELAIT, Selasa, 24 Februari. - Program cara hidup sihat diharap akan dapat meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan dan kefahaman warga emas terutama sekali mengenai ‘Gergasi Geriatriks’
meliputi masalah jatuh, inkontinen, kemurungan dan demensia. Oleh yang demikian Kementerian Kesihatan melalui Hospital Suri Seri Begawan (SSB) dan Pusat Promosi Kesihatan dengan Kumpulan
Sokongan Promosi Kesihatan Warga Emas (PENYULUH) telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Cara Hidup Sihat Bagi Warga Emas Peringkat Daerah Belait. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Rahmah binti Haji Mohd. Said di Pusat Pembelajaran dan Perkembangan Kesihatan Hospital SSB, di sini. Pengerusi Bersama, Dayang Hajah Kertini binti Orang Kaya Paduka Setia Diraja Abang Haji Abu Hanifah menjelaskan matlamat program bagi memperkasa golongan warga emas ke arah peningkatan usia yang aktif dan sihat bagi meningkatkan kualiti kehidupan mereka di usia lanjut. “Active Ageing didefinasikan sebagai proses mengoptimakan peluang bagi penglibatan dalam
kesihatan dan keselamatan demi untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan dengan peningkatan usia bertepatan dengan tema program ‘Ke Arah Warga Emas Sihat’,” ungkap Dayang Hajah Kertini. Dayang Hajah Kertini seterusnya menyatakan tujuan program bagi mempromosi dan menggalakkan kegiatan fizikal melalui sesi-sesi senaman yang diadakan seminggu sekali. Program akan diadakan selama tiga bulan bermula pada 3 Mac ini meliputi sesi ceramah seperti masalah pendengaran, penglihatan, kesihatan mulut, kegiatan fizikal, permakanan sihat dan penggunaan ubat-ubatan secara betul dan juga aktiviti-aktiviti kesihatan yang lain. Pada majlis pelancaran, tetamu kehormat telah menyaksikan pameran, demonstrasi senam ‘Taichi’ dan pemeriksaan kesihatan.
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan, Dr. Hajah Rahmah binti Haji Mohd. Said melancarkan Program Cara Hidup Sihat Bagi Warga Emas Peringkat Daerah Belait.
TIMBALAN Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan menyaksikan pameran mengenai Program Cara Hidup Sihat Bagi Warga Emas.
TETAMU kehormat menyaksikan demonstrasi senam 'Taichi'.
SESI bergambar ramai bersama Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional & Teknikal), Kementerian Kesihatan.
NASIONAL
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
7
Brunei – Kuwait hargai persahabatan Oleh : Mohammad Arif Matali Foto : Hernie Suliana Haji Othman
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong bersama Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al Thafiri dan duta sahabat yang lain memotong kek sempena Sambutan Hari Kebangsaan Kuwait.
JERUDONG, Rabu, 25 Februari.- Kedutaan Besar Kuwait di Negara Brunei Darussalam mengadakan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaannya Ke-54 yang diadakan di Indera Samudra Grand Hall, The Empire & Country Club, di sini. Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan Lagu Kebangsaan Kuwait. Hadir bagi mewakili Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke Majlis Resepsi itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Pada majlis tersebut, Yang Berhormat dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kuwait ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Fahad Mashary Al Thafiri juga telah memotong Kek Ulang Tahun Hari Kebangsaan Kuwait. TYT Dr. Fahad Mashary Al Thafiri dalam ucapannya antara lain menyatakan bahawa hubungan Kuwait-Brunei Darussalam telah sekian lama terjalin dengan beberapa siri lawatan rasmi dua hala di antara kedua-dua buah negara. Selain itu, TYT juga menghargai persahabatan dan kerjasama rapat yang telah wujud di antara kedua-dua buah negara serta rakyat dan berharap kerjasama tersebut akan berterusan pada masa akan datang. Pada akhir ucapan, TYT Dr. Fahad Mashary Al Thafiri telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan rakyat bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 baru-baru ini. Negara Brunei Darussalam dan Kuwait menubuhkan hubungan diplomatik pada 1 Mei 1990 dan terus berkembang meliputi bidang perdagangan, ekonomi, kebudayaan, perhubungan, pendidikan, kesihatan, pelancongan dan sukan.
Pupuk semangat kekitaan melalui Program Sua Muka Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman LAMBAK KANAN, Selasa, 24 Februari. - Program Sua Muka merupakan salah satu aktiviti berterusan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri yang dikendalikan oleh Unit Hubungan Masyarakat, Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dalam usaha untuk terus menjalin kolaborasi yang lebih erat dalam mendekatkan diri kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan. Sehubungan itu, program tersebut diteruskan di kediaman Ketua Kampung Kawasan 5, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan, Awang Haji Azamain bin Haji Kahar. Program tersebut dihasratkan untuk meningkatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan bersama rakyat, rakyat bersama kerajaan agar dapat membina minda sivik masyarakat yang menjurus ke arah cintakan ugama, bangsa, raja dan negara selaras dengan aspirasi kerajaan dan rakyat Negara Brunei Darussalam. Selain itu, program berkenaan juga dihasrat untuk menyebarluaskan sikap pemedulian pihak kerajaan terhadap masyarakat dan membarigakan maklumat, program serta perkembangan dan kemajuan mukim dan kampung melalui akhbar kerajaan dan swasta secara amnya. Tujuan program tersebut adalah
untuk menyampaikan maklumat (isu-isu semasa) dan dasar kerajaan, di samping menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian serta tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan selaras dengan peranan Jabatan Penerangan selaku ‘lidah’, ‘mata’ dan ‘telinga’ kerajaan. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk mendekati orang ramai secara
bersua muka dan masih relevan dalam zaman yang canggih ini kerana ia lebih bersifat personal dan interaksi akan lebih berkesan serta kefahaman mengenai pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat adalah sangat penting untuk mengangkat kredibiliti kerajaan di mata masyarakat. Hubungan baik yang terjalin antara warga Perkhidmatan Awam dan masyarakat akan dapat mewujudkan kemakmuran dan keharmonian masyarakat dan negara, yang mana sangat penting dalam memelihara perpaduan serta memelihara
KETUA Kampung Kawasan 5, Rancangan Perumahan Negara (RPN) Lambak Kanan, Awang Haji Azamain bin Haji Kahar (empat dari kanan) mengalu-alukan kunjungan rombongan Program Sua Muka daripada Jabatan Penerangan.
KETUA Unit Hubungan Masyarakat, Jabatan Penerangan, Awang Ali Termizzi bin Haji Ramlli semasa kunjungan ke rumah Ketua Kampung Kawasan 5, RPN Lambak Kanan, Awang Haji Azamain bin Haji Kahar pada Program Sua Muka.
perpaduan dalam kehidupan bermasyarakat. Integriti antara pemimpin akar umbi dan masyarakat setempat adalah penting untuk menunjukkan bahawa Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Penerangan sangat prihatin terhadap
apa jua perkembangan, kemajuan serta masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat. Dengan adanya program sebegini ia akan dapat memupuk semangat kekitaan dan bertanggungjawab terhadap rakyat negara serta menyemai hubungan yang erat antara kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan.
Indeks Harga Pengguna bulan Januari 2015 menurun BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) melalui Jabatan Perangkaan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Januari 2015 menurun 1.6 peratus berbanding Disember 2014. Penurunan sebanyak 6.1 peratus telah dicatatkan bagi pengangkutan disebabkan oleh kos yang rendah bagi pembelian kenderaan, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan serta perkhidmatan pengangkutan melalui udara. Dalam pada itu, pakaian dan kasut juga menurun sebanyak 7.4 peratus berikutan penurunan harga bagi fabrik kain, kebanyakan pakaian dan baju terpilih, lain-lain keperluan untuk pakaian serta kasut. Manakala perhiasan, peralatan isi rumah dan penyelenggaraan rutin isi rumah menurun sebanyak 1.7 peratus disebabkan oleh harga yang rendah bagi kebanyakan perabot dan perhiasan, tekstil isi rumah, peralatan isi rumah, barangan kaca, pinggan mangkuk dan kelengkapan isi rumah serta produk penyelenggaraan dan kebersihan. Sementara itu, peningkatan sebanyak 2.3 peratus telah dicatatkan bagi perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain disebabkan oleh kos yang tinggi bagi sewa kediaman serta barangan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kediaman. Makanan minuman ringan juga meningkat sebanyak 0.3 peratus disebabkan oleh peningkatan harga pada daging (0.4 peratus), ikan dan makanan laut (1.1 peratus), susu, produk tenusu dan telur (0.1 peratus), buah-buahan (0.6 peratus), sayur-sayuran (1.3 peratus) serta produk makanan lain (0.4 peratus). Dalam pada itu, restoran dan hotel juga meningkat sebanyak 0.5 peratus berikutan harga yang tinggi bagi beberapa hidangan terpilih di restoran dan kafe serta perkhidmatan penginapan. IHP bagi Januari 2015 meningkat 0.5 peratus berbanding Januari 2014, yang mana sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan indeks pengangkutan; restoran dan hotel; serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain. IHP ini adalah petunjuk bagi mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa tertentu. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berasaskan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi bulan Januari 2015 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE: www.depd.gov.bn.
8
NASIONAL
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
Sejarah rekonstruksi masa lampau BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Bangsa yang tidak mempunyai catatan sejarah adalah bangsa yang sudah kehilangan harga diri dan arah tujuan dalam mengharungi arus pembangunan dunia masa kini yang penuh dengan persaingan dan cabaran. Sejarah negara bangsa itu perlu diketahui oleh setiap orang sebagai 'balan' untuk kita melangkah ke hadapan. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah berucap demikian pada Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerita Bergambar Sejarah Brunei 2014 di Dewan Jawatan Dalam Pusat Sejarah Brunei (PSB), di ibu negara, di sini.
Menurutnya, sejarah adalah rekonstruksi masa lampau yang mempunyai peranan, nilai dan kegunaan dalam kehidupan bermasyarakat, bernegara dan pembangunan negara bangsa. Justeru itu, generasi muda tegasnya, perlu melihat, mencontohi dan mempelajari dari sejarah lampau negara dan bangsa Brunei kerana sejarah silam bangsa mempunyai catatan kegemilangan, kebijaksanaan, kesilapan dan kegagalan. Ini jelasnya, sikap tidak peka generasi muda kepada perkara yang berlaku pada masa lampau yang dilalui oleh bangsa dan negara menjadikan mereka tidak dapat mencapai 'kedewasaan' bernegara. Oleh itu, PSB sebagai institusi yang bertanggungjawab menyelidik, mengumpul, menyimpan, mendokumentasikan dan menerbitkan persejarahan Brunei hendaklah terus
mempertingkat dan menyebarluaskan persejarahan itu. "Kita ingin melihat generasi muda berwawasan di Negara Brunei Darussalam celek sejarah dengan meminati, mencintai dan menghayati sejarah bangsa dan negara," katanya. Dari itu, Yang Berhormat menambah, pusat itu perlu melihat kembali atau mencari saluran dan gaya persembahan untuk menyampaikan maklumat berkenaan kepada khalayaknya dengan berkesan kerana beliau percaya ramai yang meminati sejarah Brunei ingin menatap hasil kajian dan penulisan baharu. Hasil kajian itu nanti dapat menambah kefahaman masyarakat tentang sejarah Brunei bagi mengukuhkan lagi semangat kejatidirian dan cintakan negara. "Kita perlu terus mempergiatkan penerokaan, pencarian, penyelidikan
dan penulisan sejarah bangsa dan negara kerana sejarah itu sentiasa berkembang dan merupakan sebagai perjalanan atau journey bangsa, bersesuaian dengan tema 'Buku Sejarah: Menjana Masa Depan'," ujarnya. Ini terang Yang Berhormat, sejarah perlu terus dicatat dan direkod supaya fakta sejarah yang sahih dan benar itu dapat dimasyarakatkan, disebarkan dan diajarkan untuk kesinambungan bangsa dan tamadun Negara Brunei Darussalam melalui salah satunya ialah penerbitan buku sejarah.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerita Bergambar Sejarah Brunei 2014.
Mendokumentasi penyelidikan sejarawan Brunei
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang (atas dan bawah).
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyaksikan buku-buku yang dilancarkan.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Sebanyak 14 buah buku iaitu sejarah dalam pembangunan bangsa, survival negara bangsa termasuk lapan buah buku cerita bergambar hasil Peraduan Menulis Cerita Bergambar Sejarah Brunei 2014 dilancarkan di Dewan Jawatan Dalam Pusat Sejarah Brunei (PSB), di ibu negara. Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Peraduan
Menulis Cerita Bergambar Sejarah Brunei 2014 ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Pelancaran tersebut adalah untuk mendokumentasikan dan membukukan hasil-hasil penyelidikan dan pengkajian sejarawan Brunei sebagai usaha untuk menyebarluaskan maklumat ke pengetahuan umum. Pada pelancaran itu, diselajurkan
dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang peraduan berkenaan disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. Peraduan tersebut adalah untuk menggalakkan para penulis / pelukis bergiat dalam bidang penulisan sejarah dan memberi peluang kepada para penulis / pelukis mengemukakan manuskrip yang bernilai. Terdahulu, Pemangku Timbalan Pengetua PSB, Awang Haji Hanafi bin Haji Salleh, selaku Pengerusi Majlis berhasrat penerbitan buku-buku itu akan dapat menarik minat orang ramai untuk mengetahui sejarah tanah airnya sendiri, khususnya generasi muda, selain memperkaya lagi bahan bacaan sejarah Brunei. Dalam hubungan ini, PSB tambahnya, akan bekerjasama dengan pihak Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan supaya buku cerita bergambar sejarah Brunei akan dapat dijadikan sebagai bahan bacaan tambahan bagi murid-murid sekolah. Oleh itu, penerbitan buku-buku cerita bergambar atau dalam bentuk komik itu diharap akan lebih mudah menyerap ke dalam minda setiap lapisan masyarakat di negara ini terutama sekali generasi muda, para remaja dan penuntut-penuntut sekolah. Beliau menyatakan, PSB akan secara berterusan mencari kaedah
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Cerita Bergambar Sejarah Brunei 2014.
lain, selain yang diguna pakai pada masa ini bagi meningkatkan lagi jumlah judul buku cerita bergambar yang memuatkan sejarah Brunei seperti buku-buku yang akan dilancarkan itu. Dengan adanya penerbitan buku itu
akan dapat memberi sumbangan yang berharga dan dorongan kepada para penelaah, pengkaji, penulis, pelajar dan peminat sejarah tanah air untuk membuat kajian lebih meluas lagi bagi menghasilkan karya sejarah yang lebih berkualiti.
NASIONAL
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
9
Belait CSS1 berkualiti tinggi dan kos efektif Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Pg Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali MUARA, Rabu, 25 Februari. - Negara Brunei Darussalam sebagai salah sebuah pengeluar minyak terbesar di rantau ini melangkah setapak ke hadapan ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pengangkutan industri sektor minyak dan gas. Penghantaran hasil sektor berkenaan dijangka akan lebih sofistikated
dengan adanya kapal baru 'Belait Compact Semi-Submersible - (CSS) 1' atau nama singkatan 'Belait CSS1' yang berkeupayaan menghantar atau membawa hasil sektor minyak dan gas yang besar pada kos yang rendah. Kapal 'Belait CSS1' merupakan satu lagi mercu tanda dan mencipta sejarah dalam industri minyak dan gas negara
YANG Berhormat Menteri Perhubungan mendengar penerangan mengenai fungsi bilik enjin kapal berkenaan.
KAPAL CSS1 Belait Shipping Company (B) Sendirian Berhad (BSC).
ini dan merupakan kapal ketiga seumpamanya yang beroperasi di dunia dan yang pertama di Asia. Perasmiannya disempurnakan pagi ini oleh Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, di Dermaga Pelabuhan Muara, di sini. Dalam ucapan pada majlis tersebut, Pengerusi Eksekutif Belait Shipping Company (B) Sendirian Berhad (BSC), Haji Awang bin Haji Ali menjelaskan, kapal terbaru BSC itu merupakan bukti kerja keras, keazaman kuat dan kepercayaan di antara BSC dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), selaku rakan kongsisama. Pembinaan kapal CSS ini berdasarkan konsep 'MAC Offshore' yang direka bentuk oleh STX Marine yang disifatkan sebagai perintis dan inovatif. “Salah satu ciri-ciri utamanya adalah keupayaan untuk mengangkut jumlah yang lebih besar pada kos yang rendah. Maka ini akan menyokong hasrat sektor minyak dan gas untuk meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos pada masa yang sama,� ujar beliau. Beliau menjelaskan ia merupakan visi Kerajaan Brunei untuk melihat lebih banyak lagi syarikatsyarikat tempatan meneroka luar pantai dan percaya bahawa pembinaan kapal-kapal berteknologi maju mempamerkan langkah yang baik ke arah melaksanakan cita-cita ini. Kapal Belait CSS1 seberat 12,702 tan itu menjadi kapal BSC keenam setakat ini dan akan digunakan terutamanya sebagai bantuan kepada kapal yang sudah ada dan mampu membawa hampir 200 kakitangan dan menyediakan kemudahan seperti bilik persidangan, pejabat, gimnasium dan sebuah hospital untuk anak-anak kapal. Kapal berkenaan merupakan kapal kedua yang dibiayai oleh BIBD, iaitu di bawah struktur pembiayaan musyarakah, di mana ia akan menyokong kepada matlamat perkembangan BSC, selaras dengan aspirasi negara dalam menyediakan marin yang berkualiti tinggi dan kos efektif termasuk penyelesaian kejuruteraan di dalam industri minyak dan gas. Kapal terbaru BSC ini juga menyediakan perkhidmatan logistik
MENTERI Perhubungan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar memotong reben bagi merasmikan Kapal CSS1 Belait Shipping Company (B) Sendirian Berhad (BSC).
YANG Berhormat Menteri Perhubungan dibawa melawat ke bilik enjin kapal tersebut.
tambahan kepada kapal yang sedia ada, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan antarabangsa dan tempatan. BSC adalah satu-satunya syarikat milik Brunei dalam industri marin luar pesisir dan telah menyediakan perkhidmatan logistik marin untuk kedua-dua minyak dan gas dan pengendali bukan minyak dan gas untuk lebih 30 tahun. Ia juga mempunyai hubungan
kerjasama paling lama bersama dengan Syarikat Minyak Brunei Shell dan juga telah menyediakan perkhidmatan bagi syarikat tempatan dan antarabangsa. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof dan Pengarah Urusan BIBD, Awang Javed Ahmad.
Jalani kursus penerbitan di Malaysia Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hamzah Mohiddin BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Kursus bagi Pegawai Penerbitan Radio Televisyen Brunei (RTB) yang baru dalam bidang penerbitan merupakan salah satu langkah strategik jabatan berkenaan dalam meningkatkan lagi tahap profesionalisme tenaga kerja penerbitan serta kualiti program / rancangan yang diterbitkan dengan memberikan latihan yang intensif dan komprehensif kepada para pegawainya yang merupakan tunggak dan aset kepada jabatan tersebut. Untuk itu, seramai lapan Pegawai
Penerbitan RTB akan menjalani kursus dalam bidang penerbitan selama tujuh minggu bermula 26 Februari hingga 10 April 2015 di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Malaysia. Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, bagi mengucapkan selamat belayar kepada pegawai berkenaan ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap (Media dan Kabinet) JPM, Awang Haji
TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Wahab bin Juned bergambar kenangan bersama Pegawai Penerbitan RTB yang mengikuti kursus di IPPTAR, Malaysia.
Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos; Pengarah RTB, Awang Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu serta pegawai-pegawai kanan di JPM dan RTB. Pegawai-pegawai berkenaan akan mengikuti latihan dalam penerbitan TV selama lima minggu dan penerbitan radio selama dua minggu yang meliputi latihan amali dan juga
praktikal dalam bidang penerbitan. Pada bulan Mac nanti, seramai empat Pegawai Penerbitan yang baru juga akan menjalani kursus dalam bidang penerbitan di Pusat Latihan Radio Netherland (RNTC), Netherland juga selama tiga bulan. Manakala pada bulan April 2015, empat lagi pegawai baru akan menjalani kursus dan penempatan
kerja di Thomson Foundation, United Kingdom selama enam bulan. Kursus tersebut adalah selaras dengan pengemaskinian struktur RTB untuk memberikan latihan intensif kepada pegawai-pegawai yang baru berkhidmat melalui program pembangunan kapasiti dan pengetahuan dalam bidang penerbitan.
10
AGAMA
ARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Sesungguhnya sejarah perkembangan dan kegemilangan tamadun Islam bermula dengan cetusan yang begitu unik dan indah, iaitu kalimah iqra’ yang bererti bacalah. Kalimah ini merupakan cetusan awal dan wahyu pertama yang diperintahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Ini menunjukkan betapa pentingnya membaca dan menuntut ilmu dalam kalangan umat Islam, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al 'Alaq ayat 1-5: Tafsirnya: “Bacalah wahai Nabi Muhammad dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Maha Pemurah. Yang mengajar manusia menulis dengan qalam (pena). Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.” Agama Islam adalah agama yang mementingkan ilmu pengetahuan kerana ia amat bernilai untuk kehidupan manusia. Ilmu ibarat cahaya yang menyinari kegelapan, justeru itu, Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda dalam sebuah hadith: Maksudnya: “Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: menuntut ilmu adalah satu kefarduan (wajib) ke atas setiap Muslim.” Dari hadith tersebut jelas bahawa ilmu itu sangat penting kerana dengan ilmu seseorang itu boleh maju, membangun dan berjaya bukan saja untuk dirinya, tetapi untuk agama, masyarakat dan negaranya. Apa gunanya memiliki harta yang
M
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
Memperkasa budaya membaca
banyak jika tiada berilmu kerana harta itu tidak akan berkembang dan bermanfaat bahkan boleh menyebabkan pemiliknya tertipu dan terpedaya. Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang berilmu adalah tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata’ala sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Mujaadalah ayat 11:
ILMU itu sangat penting kerana dengan ilmu seseorang itu boleh maju, membangun dan berjaya bukan saja untuk dirinya, tetapi untuk agama, masyarakat dan negaranya. Apa gunanya memiliki harta yang banyak jika tiada berilmu kerana harta itu tidak akan berkembang dan bermanfaat bahkan boleh menyebabkan pemiliknya tertipu dan terpedaya. Ketahuilah bahawa kedudukan orang yang berilmu adalah tinggi di sisi Allah Subhanahu Wata’ala.
Tafsirnya: “Allah meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” Adapun salah satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu ialah dengan cara banyak membaca. Oleh itu, wahai kaum Muslimin, jadikanlah budaya membaca satu amalan yang berterusan. Semua golongan tidak kira tua atau muda perlu membiasakan diri berdamping dengan bahan-bahan bacaan. Amalan membaca ini mestilah dipupuk sedari kecil lagi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah berperanan untuk memberikan contoh terbaik kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa yang suka membaca adalah sebagai pendorong kepada anak-anak mereka untuk suka membaca. Walau bagaimanapun perlu juga diambil perhatian agar bahan-bahan bacaan itu adalah yang berfaedah dan boleh menambah pengetahuan, bukannya yang boleh merosakkan minda dan menyesatkan. Sebagai umat Islam kita hendaklah menjadikan budaya membaca sebagai satu amalan mulia yang dapat membentuk insan berilmu pengetahuan. Hanya dengan ilmu pengetahuan yang tinggi, kita dapat mencipta dan dan mencapai kejayaan gemilang baik di dunia mahupun di akhirat. Yakinlah bahawa suatu tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Kaedah yang utama bagi menerapkan budaya ilmu ialah melalui tabiat membaca yang berterusan. Inilah amanah yang dipesankan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kepada kita supaya diamalkan sepanjang zaman, iaitu sejak perintah pertama Baginda terima dari Allah Subhanahu Wata’ala supaya membaca. Melihat betapa pentingnya kesedaran membaca itu perlu dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat, khususnya kanak-kanak, remaja dan belia maka pelbagai usaha pihak agensi kerajaan telah mengungkayahkan aktiviti yang berkaitan dalam usaha untuk meningkatkan budaya membaca. Sesungguhnya usaha sedemikian adalah sangat baik dan sudah sewajarnya kita menyokong usaha tersebut dan meningkatkan lagi budaya membaca dari semasa ke semasa. Perlu diingat, satu-satunya jalan untuk mendapatkan ilmu yang
ADAPUN salah satu cara untuk mendapatkan ilmu pengetahuan itu ialah dengan cara banyak membaca. Oleh itu, wahai kaum Muslimin, jadikanlah budaya membaca satu amalan yang berterusan. Semua golongan tidak kira tua atau muda perlu membiasakan diri berdamping dengan bahan-bahan bacaan. Amalan membaca ini mestilah dipupuk sedari kecil lagi. Dalam hal ini, ibu bapa adalah berperanan untuk memberikan contoh terbaik kepada anak-anak mereka kerana ibu bapa yang suka membaca adalah sebagai pendorong kepada anak-anak mereka untuk suka membaca. berguna dan membina ialah dengan banyak membaca dari sumber yang benar dan sahih. Mudah-mudahan dengan kekuatan ilmu pengetahuan, kita dapat mencipta kecemerlangan dan memertabatkan umat Islam ke mercu kejayaan. Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhanahu Wata’ala menambahkan ilmu pengetahuan dan menguniakan kefahaman kepada kita. Mudah-mudahan diri kita, agama, bangsa dan negara akan maju jaya dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin ya rabbal alamin. Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al 'Ankabuut ayat 43: Tafsirnya: “Dan perumpamaanperumpamaan itu kami buat untuk manusia, dan tiada ada yang memahaminya melainkan orang-orang yang berilmu.”
RENCANA
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
11
Panchor Murai giat sertai aktiviti sukan Oleh : Norliah Md. Zain Foto : Jabatan Penerangan
K
AMPUNG Panchor Murai adalah sebuah kampung yang terletak di Daerah Brunei Muara di dalam Mukim Pengkalan Batu. Kampung ini terletak kira-kira 22 kilometer dari Bandar Seri Begawan dengan seluas 529.74 hektar daripada 9618.78 hektar bagi Mukim Pengkalan Batu. Sebanyak 99 buah rumah yang terdapat di kampung yang dihuni oleh 450 orang penduduk ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 220 penduduknya terdiri daripada lelaki dan 230 perempuan. Sementara itu, seramai 39 orang terdiri daripada warga emas. Sejumlah 92 kelamin yang tinggal di kampung ini, yang kebanyakannya bekerja dengan kerajaan, sektor swasta dan bekerja sendiri. Kebanyakan yang bekerja sendiri merupakan pekebun. Kampung ini juga tidak terkecuali menerima beberapa kemudahan asas seperti elektrik, air, telefon, jalan raya, sebuah sekolah ugama, iaitu Sekolah Ugama Panchor Murai, sebuah sekolah rendah, iaitu Sekolah Rendah Panchor Murai, manakala klinik pula penduduknya berkunjung ke klinik Mukim Pengkalan Batu. Sebuah gelanggang sepak takraw turut disediakan untuk kemudahan penduduk kampung ini beriadah. ASAL USUL NAMA Menurut Ketua Kampung Panchor Murai, Awang Haji Matassan bin Haji Salleh, setakat ini belumlah lagi diketahui tarikh kampung ini dibuka mahupun pengasas kampung ini. Namun menurut penduduk awal yang mendiami kawasan kampung ini,
penduduknya dipercayai berasal dari kalangan mereka yang suka berpindah randah kerana hendak mendapatkan pekerjaan atau mata pencarian. Setelah mereka bergiat dalam pertanian seperti bercucuk tanam, berpadi dan berternak binatang, maka kawasan yang diusahakan itu lama kelamaan menjadi tempat perkampungan dan ianya mula berkembang maju. Katanya, pada waktu dahulu, Kampung Panchor Murai pernah dikenali sebagai tumpuan para peniaga (pengalu) yang datang dari bandar melalui Sungai Imang, yang dikenali sebagai Pengkalan Imang. Jelasnya, menurut para pengkisah yang ditemui, asal usul nama Kampung Panchor Murai adalah berpunca daripada kisah seorang tuan puteri yang bernama Puteri Bongsu Kembang Kiapu yang mempunyai seorang pengawal bernama Samurai. Menurut cerita, Puteri Bongsu Kembang Kiapu dikatakan tinggal di Luagan. Pada suatu hari Puteri Bongsu Kembang Kiapu berhajat hendak minum dan mandi di pancur. Lalu Puteri Bongsu Kembang Kiapu telah menitahkan Samurai untuk
PASUKAN Panchor Murai muncul juara Liga Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara 2012 / 2013.
BENGKEL Kemahiran Belia ‘Membaik Pulih Badan Kenderaan’ di Masjid Kampung Panchor Murai pada 14 Disember 2011.
membina sebuah pancur. Maka Samurai pun melaksanakan perintah tersebut. Dia bersama kawankawannya mencari kawasan yang sesuai untuk membina pancur dan setelah ditemui, mereka membina pancur seperti yang dikehendaki oleh Tuan Puteri. Setelah ia siap dibina, Samurai pun menyembahkan hal itu kepada Puteri Bongsu Kembang Kiapu. Maka berdasarkan cerita Samurai membina pancur itu akhirnya telah menjadi pertuturan dan buah mulut orang-orang kampung sehingga kampung ini disebut Kampung Panchur Samurai dan lama kelamaan sebutannya berubah menjadi Kampung Panchor Murai.
PANCHOR MURAI ... Inilah keadaan pancur yang tertimbus terletak berhampiran dengan rumah ketua kampung.
TEMPAT MENARIK Kampung Panchor Murai belumlah mempunyai tempat menarik yang menonjol namun kampung ini mempunyai satu tempat yang berpotensi menarik untuk dikunjungi, iaitu Wasai Abdul. Setakat ini wasai tersebut belumlah lagi dimajukan. Selain itu, terdapat juga sebuah empangan air yang dinamakan Empangan Air Imang. Empangan ini digunakan untuk pengairan padi dan kebun buah-buahan. Empangan yang dibina lebih 10 tahun ini pula menjadi tarikan bagi para pengail untuk menangkap ikan. PRODUK Terdapat penduduk kampung yang membuat kerisik secara kecil-kecilan yang mana pembuatannya adalah berdasarkan kepada tempahan orang ramai. Walau bagaimanapun pembuatan kerisik ini belumlah lagi diedarkan di kedai-kedai tempatan. AKTIVITI Penduduk kampung ini juga aktif dalam kegiatan kemasyarakatan seperti perlawanan bola sepak. Antara kejayaan yang dicapai, pada 19 April 2013, pasukan Panchor Murai muncul juara Liga Bola Sepak Daerah Brunei dan Muara 2012 / 2013 selepas berjaya mengumpulkan mata tertinggi di sepanjang kejohanan liga tersebut, iaitu sebanyak 12 mata. Perlawanan tersebut berlangsung di Balapan dan Padang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Selain itu, kampung ini juga pernah menganjurkan Bengkel Kemahiran Belia ‘Membaik Pulih Badan Kenderaan’ di Masjid Kampung
PEMAIN dari pasukan Panchor Murai FC (jersi hijau) cuba untuk melarikan bola daripada pemain pasukan Kota Rangers (jersi hitam / merah).
Panchor Murai pada 14 Disember 2011. Seramai 20 ahli Kumpulan Belia Masjid tersebut menyertai bengkel yang diadakan selama enam bulan lalu dengan tunjuk ajar daripada tiga pembimbing yang berkemahiran
dalam bidang itu. Demikianlah serba sedikit mengenai profil Kampung Panchor Murai. Kita doakan semoga kemakmuran yang dinikmati di kampung ini akan berkekalan pada masa akan datang.
12
NASIONAL
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
Buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebar penghayatan MIB
Berita dan Foto : Mohamad Azmi Awang Damit
BUKU Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman diterbitkan oleh MTMIB ditulis dan disusun oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan selaku Setiausaha dan Ketua Urus Setia MTMIB, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) melancarkan buku ‘Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman’ yang dihasratkan bagi mengukuh dan menyebarkan lagi penghayatan nilai Melayu Islam Beraja (MIB) dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini. Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Goldstone Ballroom, Hotel Centerpoint, Gadong disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi MTMIB. Buku yang diterbitkan oleh MTMIB itu telah ditulis dan disusun oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan
selaku Setiausaha dan Ketua Urus Setia MTMIB, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong. Penerbitan buku berkenaan adalah bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk mengekalkan status Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara MIB selaras dengan matlamat dan Wawasan Brunei 2035 sebagai sebuah Negara Zikir yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala dengan kehidupan rakyat yang berkualiti dan ekonomi yang mantap. Buku berkenaan yang dilancarkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-31 diharap akan dapat mencapai cita-cita dan
harapan rakyat untuk mengongsi dan menyebarkan maklumat dengan memperlihatkan kepimpinan raja dalam menerajui negara sejak 5 Oktober 1967 sehingga ke hari ini bagi mengekalkan perpaduan rakyat, keamanan dan kesejahteraan negara menjurus kepada Wawasan 2035. Buku berkenaan mengandungi tujuh bab yang membincangkan mengenai sumbangan dan peranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memimpin dan membangun Negara Brunei Darussalam, iaitu Pancaran Kedaulatan Raja, Bijaksana dan Pemedulian, Kepimpinan Adil dan
Saksama, Kemakmuran dan Kesejahteraan, Pemimpin Era Globalisasi, Ke arah Penjelmaan ‘Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur’ dan Kesimpulan. Dalam ucapan alu-aluannya, Dr. Awang Haji Muhammad Hadi turut menjelaskan mengenai kepentingan pengukuhan nilai-nilai MIB melalui pengalaman sebelumnya yang menjadi kunci kepada kestabilan politik, ekonomi dan sosial khususnya dalam membantu membanteras penyakit sosial di era globalisasi ini. “Ini kerana dalam pengamalan cara hidup MIB terdapatnya nilai-nilai yang positif dan murni untuk dijadikan senjata atau utap dalam menghadapi nilai-nilai dari luar yang bercanggah
MAJLIS pelancaran buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman yang berlangsung di Dewan Goldstone Ballroom, Hotel Centerpoint, Gadong disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi MTMIB.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi MTMIB berucap pada Majlis Pelancaran buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman.
dengan budaya, agama serta sistem politik kebruneian yang sudah lama diwarisi dan diamalkan,” jelasnya. Majlis berkenaan kemudian diteruskan dengan Resensi Buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman yang disampaikan oleh Profesor Madya Ampuan Dr. Haji Brahim bin Ampuan Haji Tengah dan penyampaian cenderamata daripada Menteri Pendidikan kepada ahli-ahli majlis yang terlibat dalam penerbitan buku tersebut. Majlis pelancaran berkenaan adalah merupakan anjuran MTMIB dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Penerangan dan Jabatan Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.
Negara capai kemajuan berkat kepimpinan raja
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Pengerusi MTMIB menyampaikan cenderamata kepada ahli-ahli majlis yang terlibat dalam penerbitan buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman.
Berita & Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Sistem pemerintahan beraja tidak menghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara ataupun mengetepikan hak-hak individu dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara melalui pemerintahan demokrasi kebruneian yang bertunjangkan kepada syura atau musyawarah. Berkat kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, negara telah dapat mencapai hampir kesemua Matlamat Pembangunan Milenium (MDG) selain mencapai ketetapan UNESCO dalam pendidikan untuk semua menjelang 2015. Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin
Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, selaku Pengerusi Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja (MTMIB) pada Majlis Pelancaran Buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman yang berlangsung di Dewan Goldstone Ballroom, Hotel Centerpoint, Gadong. “Institusi beraja adalah merupakan yang sistem pemerintahan tertua di dunia dengan Negara Brunei Darussalam telah mewarisi sistem pemerintahan beraja sejak lebih enam ratus tahun yang lalu,” jelas Yang Berhormat. Seterusnya Yang Berhormat menyentuh mengenai evolusi masa yang membawa kepada perubahan kepimpinan beraja khususnya pada
Abad Ke-20 di mana kebanyakan negara telah merubah corak pemerintahan sesudah mencapai kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua. Namun begitu, ujar Yang Berhormat, Negara Brunei Darussalam masih mengekalkan institusi berajanya dengan teguh dan seterusnya menjana kepada kemajuan sehingga mencapai status sebagai sebuah negara yang maju. Institusi beraja yang terdapat di Negara Brunei Darussalam adalah unik dan berlainan dengan negaranegara lain walaupun asasnya terletak kepada pimpinan seorang raja. Sistem pemerintahan beraja di negara ini telah diberikan legitimasi dalam Perlembagaan Negara Brunei Darussalam 1959 dan Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984, iaitu sistem pemerintahan beraja yang berasaskan kepada ajaran agama Islam menurut kefahaman Ahli Sunnah Waljamaah. Kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah dapat menjana kepada perkembangan dan kemajuan dalam bidang politik, sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan penduduknya yang meningkatkan taraf kehidupan di negara ini selaras dengan peringkat serantau dan antarabangsa. Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah kerajaan Islam merupakan yang terbaik dan terunggul serta paling adil bagi semua lapisan rakyat dan penduduk di negara ini tanpa mengira sama ada mereka beragama Islam ataupun sebaliknya. Yang Berhormat turut menekankan mengenai kepentingan penerbitan buku berkenaan sebagai salah satu usaha yang berterusan MTMIB dalam mendukung dan menanai titah Kebawah DYMM Paduka Seri
Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk mengekalkan negara ini sebagai sebuah negara MIB yang merdeka, berdaulat dan sentiasa diredai serta dirahmati oleh Allah Subhanahu Wata’ala. Penulisan buku Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Pemimpin Sepanjang Zaman itu juga mencerminkan usaha murni dalam memberikan gambaran mengenai peranan dan sumbangan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memimpin negara dan rakyat ke jalan yang diredai Allah Subhanahu Wata’ala dan mewujudkan negara ‘Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur’. Matlamat dan objektif untuk mengekalkan negara MIB turut dimanifestasikan dalam Wawasan Negara 2035 yang menjadikan konsep MIB sebagai acuan utama. Yang Berhormat turut menekankan
bahawa MIB adalah benteng pertahanan yang kukuh yang dapat menyelamatkan negara, rakyat dan penduduknya daripada ancaman serta cabaran dunia yang kian cepat berubah dan tidak dapat dijangkakan. Pemerintahan beraja tidak menghalang kepada kemajuan dan pembangunan negara atau mengetepikan hak individu dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Kedudukan raja yang dinobatkan, dimuliakan dan didaulatkan membawa harapan kepada rakyat untuk mendapat naungan. Justeru itu, Yang Berhormat menjelaskan, penerbitan buku berkenaan adalah sebagai manifestasi tanda kesyukuran atas kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang menaungi rakyat demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
ANTARA pegawai yang hadir pada majlis pelancaran buku berkenaan.
AGAMA
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
13
Belia Khatam Al-Qur’an 31 Kali sempena Hari Kebangsaan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Penglibatan belia di negara ini dalam pelbagai aktiviti keagamaan sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang, di samping sebagai pelapis dan penyambung kepimpinan pada masa hadapan. Justeru itu, seramai 1,937 belia lelaki di negara ini telah melibatkan diri dalam Majlis Khatam Al-Qur’an 31 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Tahun 2015. Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penutup Khatam Al-Qur’an yang berlangsung di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, di sini ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Muhammad ‘Abdoh bin Dato Seri Setia Haji Abdul Salam; Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad dan Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Idris bin Haji Ali serta ahli-ahli jawatankuasa penganjur. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah diketuai oleh Awang Haji Muhd. Ruzaimi bin Haji Mohamad, selaku Ketua Pentasmie daripada Guru-Guru Ugama Terlatih
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah hadir selaku tetaku kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur'an 31 Kali di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
dari Jabatan Pengajian Islam (JPI), diikuti dengan Majlis Khatam Al-Qur’an, sementara bacaan tahtim dipimpin oleh para pentasmie. Manakala bacaan doa khatam dibacakan oleh Guru Ugama Terlatih juga dari JPI, Pengiran Md. Fakhrulrazi bin Pengiran Haji Omarali. Majlis diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban. Bagi memberkati majlis, doa selamat dibacakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mudim Awang Haji Abdul Latif bin Haji Saman. Antara tujuan majlis diadakan ialah bagi menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-31 Tahun 2015 dengan pengisianpengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Qur’an selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Selain itu majlis juga diharap dapat meningkatkan kefahaman belia di negara ini tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Qur’an sebagai panduan hidup.
1,307 belia perempuan sertai Majlis Khatam Al-Qur'an 31 Kali
TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Qur'an 31 Kali.
Oleh : Nur Faizzah Nawang Foto : Masri Osman
SERAMAI 1,937 belia lelaki menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an 31 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.
BELIA-BELIA perempuan yang hadir dan menyertai Majlis Khatam Al-Qur'an 31 Kali sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 yang berlangsung di Masjid Omar 'Ali Saifuddien.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, seramai 1,307 belia perempuan telah mengikuti Majlis Khatam Al-Qur’an 31 Kali anjuran Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini, ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah MAJLIS diserikan dengan Dikir Marhaban.
Adina binti Othman. Majlis tersebut antaranya bertujuan, untuk meningkatkan kefahaman belia tentang kepentingan membaca dan menghayati Al-Qur’an sebagai panduan hidup serta mempertingkatkan dan mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di antara agensi-agensi yang terlibat dalam pembangunan dan tarbiah belia. Di samping itu, majlis seumpamanya adalah untuk menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan dalam menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan
Ke-31 dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat terutama dengan pembacaan Al-Qur’an, selaras dengan hasrat negara untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dipimpin oleh Ketua Pentasmie daripada Guru-Guru Ugama Terlatih daripada Jabatan Pengajian Islam (JPI), Dayang Norliza binti Abdul Jalil, diikuti dengan Majlis Khatam Al-Qur’an dan bacaan tahtim yang diketuai oleh para pentasmie. Manakala bacaan doa khatam dibacakan oleh Guru Ugama Terlatih daripada JPI, Dayang Noorsabariah binti Haji Meraji. Majlis turut diserikan dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Guru Ugama Terlatih daripada JPI, Dayang Mariam binti Haji Marsidi. Dengan adanya majlis seumpama ini, diharap akan dapat meningkatkan lagi penglibatan belia dalam aktiviti keagamaan yang sudah setentunya berupaya menjadi benteng buat generasi belia dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang sebagai pelapis dan penyambung kepimpinan di masa hadapan.
14
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
JABATAN PENGANGKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
JABATAN KEHAKIMAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI
IKLAN TAWARAN BILANGAN SEBUTHARGA: JKN/EGP/01/2015 PER : PEMBEKALAN, PENGHANTARAN DAN PEMASANGAN PERALATANPERALATAN IT BAGI PROJEK JUDICIARY ELECTRONIC CASE MANAGEMENT SISTEM DI MAHKAMAH-MAHKAMAH SIVIL PERINGATAN: TARIKH TUTUP TAWARAN: HARI SELASA, 3 MAC 2015, JAM 2.00 PETANG TARIKH TERAKHIR MENDAPATKAN DOKUMEN SEBUTHARGA: 2 MAC 2015 SYARAT-SYARAT TAWARAN: 1. TAWARAN adalah dibukakan kepada pemborong / syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam dan mempunyai sijil Pendaftaran Akta Nama-Nama Perniagaaan (section 16 dan 17) yang sah. 2. Tawaran hendaklah dihantar menggunakan sampul surat yang tertutup rapi (sealed) dengan hanya menyatakan tajuk sebutharga, bilangan tawaran dan tarikh tutup tawaran dengan ditujukan kepada: Pengerusi, Lembaga Tawaran Kecil, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. 3. Tarikh tutup tawaran ialah pada Hari Selasa, 3 Mac 2015, jam 2.00 Petang dan mana-mana sebutharga yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kehakiman Negara, Tingkat 1, Bangunan Mahkamah Besar Brunei dan Mahkamah-Mahkamah Syariah, Jalan Stoney, Bandar Seri Begawan BS 8610, Negara Brunei Darussalam. 5. Pemborong/Syarikat yang ikut serta dikehendaki menghantar dokumen tawaran dalam dua (2) salinan berserta dengan keterangan-keterangan yang berkaitan dengan tawaran dan menyertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan menyenaraikan butir-butir Syarikat berkenaan beserta salinan Kad Pintar atau Passport pemilik. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat atau menerima sebutharga yang terendah atau sebarang sebutharga yang difikirkan tidak munasabah. 7. Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut mengenai tawaran ini bolehlah berhubung terus kepada Bahagian Pentadbiran, Jabatan Kehakiman Negara melalui talian telefon 2221455 / 2221600.
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA Bilangan Tawaran: BINA/PA/IKLANTAWARAN TAWARAN bagi mempelawa pengusahapengusaha untuk menghadapkan permohonan bagi penyewaan TAPAK PERINDUSTRIAN seperti berikut:-
MAKLUMAT MENGENAI LOT TAPAK PERINDUSTRIAN Tempat Lokasi: Tapak Perindustrian Serasa Jumlah kekosongan: 12 lot (5.3761 hektar) Aktiviti yang digalakkan : Pembuatan dan Pemprosesan
MAKLUMAT MENGENAI LOT TAPAK PERINDUSTRIAN Tempat Lokasi: Tapak Perindustrian Lambak Kanan Barat Fasa I Jumlah kekosongan: 4 lot (0.9729 hektar) Aktiviti yang digalakkan : Pembuatan dan Pemprosesan Makanan
MAKLUMAT MENGENAI LOT TAPAK PERINDUSTRIAN Tempat Lokasi: Tapak Perindustrian Serambangun Tutong Jumlah kekosongan: 6 lot (2.0568 hektar) Aktiviti yang digalakkan : Pembuatan dan Pemprosesan
MAKLUMAT MENGENAI LOT TAPAK PERINDUSTRIAN Tempat Lokasi: Tapak Perindustrian Lambak Kanan Barat Fasa II Jumlah kekosongan: 21 lot (9.14 hektar) Aktiviti yang digalakkan : Pembuatan dan Pemprosesan Makanan.
MAKLUMAT MENGENAI LOT TAPAK PERINDUSTRIAN Tempat Lokasi: Tapak Perindustrian Serambangun Tutong Jumlah kekosongan: 12 lot (2.72 hektar) Aktiviti yang digalakkan : Pembuatan dan Pemprosesan
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
PENCALONAN BAGI JAWATAN KOSONG DI SEKRETARIAT KOMANWEL 1. JAWATAN : Assistant Programme Officer, Sport for Development and Peace Kekosongan : 1 Jabatan: Youth Division Penempatan: London, United Kingdom Tarikh Tutup: 2 Mac 2015 2. JAWATAN : Assistant Programme Officer (Pacific Section) Kekosongan : 1 Jabatan: Youth Division Penempatan: London, United Kingdom Tarikh Tutup: 4 Mac 2015 Untuk maklumat, maklumat lanjut mengenai jawatam-jawatan tersebut boleh didapati melalui laman web www.thecommonwealth.org/jobs.
JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN & REKREASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II III IV DAN V KATEGORI KA01 & B01 Tarikh Buka Tawaran Pada : 24 Februari 2015 (Selasa) Tarikh Tutup Pada : 10 Mac 2015 (Selasa) Hingga Jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil, di Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan BB3510, Negara Brunei Darussalam) JASTRE / BTR / T006 / 2015 PROPOSED PLANTING NURSERY AND POTTING SHED FOR JASTRE CAWANGAN BELAIT DAERAH BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM NO. PROJEK : JASTRE / BTR / T006/ 2015 JUMLAH YURAN TAWARAN : B$ 30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS III IV DAN V KATEGORI KA01 & B01 Tarikh Buka Tawaran Pada : 24 Februari 2015 (Selasa) Tarikh Tutup Pada : 10 Mac 2015 (Selasa) Hingga Jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil, di Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Bandar Seri Begawan BB3510, Negara Brunei Darussalam)
Keterangan Tawaran:1. Kegiatan yang dicadangkan untuk dikendalikan di tapak-tapak perindustrian ialah sektor pembuatan dan sektor pemprosesan yang bersesuaian mengikut zon di tapaktapak perindustrian berkenaan. 2. Tawaran ini TIDAK termasuk sektor perkhidmatan. 3. Tawaran ini hendaklah memenuhi antara lain kriteria-kriteria atau syarat-syarat seperti berikut:3.1 Ekuiti saham bagi Pengusaha Rakyat Jati di dalam syarikat berkenaan hendaklah sekurang-kurangnya 30%. 3.2 Untuk menghadapkan ‘business plan’ yang lengkap dan perancangan syarikat mengenai dengan perusahaan. 3.3 Untuk menghadapkan “Environmental Impact Assessment” (EIA). 3.4 Syarikat yang mengamalkan konsep ‘green industry’ akan diberikan keutamaan. 3.5 Untuk menghadapkan draf pelan susunatur bagi cadangan projek.
15
4. Permohonan hendaklah dihadapkan dengan berpandukan kepada Garis Pandu kertas kerja yang mana boleh diperolehi di laman web: www.bruneimipr.gov.bn ATAU berhubung terus ke alamat seperti tertera di bawah. 5. Permohonan yang lengkap hendaklah dihadapkan tidak lewat dari 16 April 2015 sebelum 4.30 Petang. 6. Permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses bagi pertimbangan selanjutnya. 7. Penempatan lot berasaskan kesesuaian aktiviti dan kekosongan lot di tapak-tapak perindustrian berkenaan 8. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi:IBU PEJABAT BADAN KEMAJUAN INDUSTRI BRUNEI (BINA) KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA KM 8, JALAN GADONG BE 1118 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Tel: +673-2444100 Samb. 106 & 108
DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/02/2015 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada Mahkamah ini telah diperbuat oleh MARDIANA BINTI MAIDEH kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh SALAMAH BINTI HAJI MATASSAN yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di MAHKAMAH TUTONG pada 14 MAC 2015 pada 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 24 FEBRUARI 2015 SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/35/2015
KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada Mahkamah ini telah diperbuat oleh 1. HAJI ROSLI BIN DATU HULUBALANG HAJI ABD. WAHAB 2. BAHJATUL 'IZZAH BINTI HAJI AHMAD ALISA ESWAN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJAH HASNAH BINTI DATU HULUBALANG HAJI ABD. WAHAB yang telah meninggal dunia di dalam NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab iaitu si pemohon ialah ADIK/ANAK kepada si mati. Oleh itu kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di MAHKAMAH TUTONG pada 14 MAC 2015 pada 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 24 FEBUARI 2015 (DK NORAFIDAH BINTI PG HAJI BUNGSU) B/p Tim. Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam
JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : JPE/LTK/BP/05/2014 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF PROTECTION RELAY FOR TRANMISSION NETWORKS Tarikh Tutup : 17 MAC 2015, (HARI SELASA, JAM 2.00 PETANG) Yuran Tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) Tempat tutup : 'TENDER BOX' Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri, Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam. KELAYAKAN : Pemborong yang berdaftar dengan Kementerian Pembangunan bagi KATEGORI P01 ATAU P05, KELAS I DAN KE ATAS.
JASTRE / BTR / T007/ 2015 PROPOSED SECURITY FENCING, R.C ACCESS ROAD AND CAR PARK AREA AT JASTRE CAWANGAN BELAIT DAERAH BELAIT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Tingkat (1), Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
NO. PROJEK : JASTRE / BTR / T006/ 2015 JUMLAH YURAN TAWARAN : B$ 30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
Perhatian :- Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1) Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
16
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN RENOVATION AND UPGRADING WORKS, INCLUDING SUPPLY AND FIX INTO PLACE NEW WORKBENCHES BILANGAN TAWARAN : MOE/LTK/58/2014/2015 (JPPE-FEB-2015) KETERANGAN: RENOVATION AND UPGRADING WORKS, INCLUDING SUPPLY AND FIX INTO PLACE NEW WORKBENCHES TO EXISTING SCIENCE LABS AT SEKOLAH MENENGAH MUDA HASHIM, TUTONG, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS:III DAN IV SAHAJA KATEGORI: B01 SAHAJA BAYARAN YURAN/DOKUMEN TAWARAN: $50.00 (Bayaran Yuran/Dokumen Tawaran Tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU: 24 MAC 2015 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) TARIKH TERAKHIR MENGAMBIL / MEMBELI DOKUMEN TAWARAN: 17 MAC 2015 WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Syarat-Syarat Tawaran: 1. TAWARAN adalah dipelawa ‘CHECKING AND REPAIR PAE 5100 SERIES VHF/AM RECEIVER SETS AIR TO GROUND FOR AIR TRAFFIC CONTROL BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION’ 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang bertutup tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong, dengan ditulis dengan: ‘CHECKING AND REPAIR PAE 5100 SERIESVHF/AM RECEIVER SETS AIR TO GROUND FOR AIR TRAFFIC CONTROL BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT DEPARTMENT OF CIVIL AVIATION’ Bilangan Sebutharga: ATELS/2015/SH- 02 Tarikh Tutup: 4 Mac 2015 (Hari Rabu) Kepada: Pengerusi Jawatankuasa Sebutharga, d/a Aras Bawah, Bangunan Ibu Pejabat
Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan, Bandar Seri Begawan BB2513 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran-tawaran hendaklah sampai kepada Jawatankuasa Sebutharga tidak lewat jam 2.00 Petang Hari Rabu, 4 Mac 2015. Tawarantawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen-dokumen bolehlah diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Penerbangan Awam, Negara Brunei Darussalam, iaitu semasa hari-hari bekerja (Isnin-Khamis jam 8.30 Pagi -11.00 Pagi) dan Sabtu: jam 8.30 Pagi - 10.30 Pagi dengan bayaran sebanyak $5.00 (tidak dikembalikan). 5. Penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperolehi dari Bahagian Perkhidmatan Telekom Penerbangan, Jabatan Penerbangan Awam, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Negara Brunei Darussalam. Telefon : 2330142 samb. 1010 / 1739 Faks : 2333666 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 7. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman web http://www.civil-aviation.gov.bn
SYARAT-SYARAT IKLAN TAWARAN 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Bayaran Yuran Tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penender adalah di kehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penender sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tender). 3. Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penender hendaklah membayar Yuran Tawaran, di Tingkat 1, Blok 'B', Kaunter 1, Unit Tunai dan Hasil, Bahagian Perkhidmatan Kewangan ‘B’, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam Sila pastikan Resit pembayaran Yuran Tawaran yang di terima adalah betul. HARI DAN WAKTU PEMBAYARAN ISNIN HINGGA KHAMIS 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI 5. Borang-borang Tawaran boleh diperolehi di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebutharga, Bahagian Perkhidmatan Kewangan ‘A’, Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-Perkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan indentiti Penender dan ditujukan kepada :PENGERUSI, LEMBAGA TAWARAN KECIL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN. 8. TAWARAN hendaklah dimasukan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Blok `A’ Tingkat 1, Bahagian Perkhidmatan Kewangan `A’, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 9. Tawaran-Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bona-fide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap Tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penender yang menolak atau membatalkan Tawaran atau kontrak setelah kebenaran Tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
KEMENTERIAN PERTAHANAN
TAWARAN NO. 1 MINDEF/DFA/RC/169(2) TANSPORTATION SERVICES TO FERRY RBAF SCHOOL CHILDREN FOR MUARA - FIVE (5) YEARS CONTRACT Bayaran Tawaran: BND500.00 (tidak dikembalikan) Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Bangunan Baru Kementerian Pertahanan, Blok C, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Bolkiah Garison BB3510, Negara Brunei Darussalam, tidak lewat jam 2.00 Petang hari Selasa, 31 Mac 2015. Dokumen dokumen tawaran boleh diperolehi dari Unit Kaunter Bahagian Perolehan (Blok D), Jabatanarah Kewangan dan Perolehan Kementerian Pertahanan semasa hari-hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bermula pada 12 Januari 2015. Bayaran tawaran, ‘Tender fee’ dan 'Dokumen Fee' hendaklah dibayar di Unit Kaunter Bahagian Kewangan Blok C, Tingkat 1, Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Blok D, Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison BB3510, Negara Brunei Darussalam. Waktu bagi menerima bayaran:Isnin - Khamis : 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari dan 2.00 Petang - 3.00 Petang Jumaat :8.00 Pagi - 11.00 Pagi dan 2.30 Petang - 3.00 Petang
Pembekal adalah dikehendaki membayar semua Yuran Dokumen dan Bayaran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran adalah dikehendaki dan tidak akan dikembalikan kepada setiap pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bona-fide-tender). Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam iklan tawaran. Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran yang paling rendah. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai tawaran tidak jujur (non-bonafide-tender) dan tidak akan dilayan. Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan hendaklah disertakan bersama dengan menyenaraikan butir - butir Syarikat berkenaan seperti nama, nombor kad pengenalan atau nombor pasport pemilik. Penawar yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan hendaklah ditutup rapi. Pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat, hendaklah dinyatakan rujukan dan tajuk tawaran dan catatan tarikh tutup tawaran ini. Iklan-iklan tawaran bolehlah dilihat melalui laman web: http://www.mindef.gov.bn.
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
17
JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
IKLAN TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN BAGI SEKOLAH ARAB DAN SEKOLAH UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TEMPOH 3 (TIGA) TAHUN Daerah Temburong Bil. 1 Rujukan KHEU/JPI/BBP3/K/08/06 Nama Sekolah Arab: Sekolah Persediaan Arab Temburong, Daerah Temburong Daerah Brunei dan Muara Bil Rujukan Nama Sekolah Ugama Bil. 1 Rujukan KHEU/JPI/BBP3/K/11/06 Nama Sekolah Ugama: Sekolah Ugama Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Kampung Saba, Brunei I PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN ini dibukakan kepada pengurus yang memiliki bas sewa khas 15 muatan duduk sahaja. Keutamaan penyewaan adalah bagi bas-bas sewa khas yang berumur tidak melebihi 5 tahun; iaitu dari tarikh mula bas sewa berkenaan itu didaftarkan mulai 1 Januari 2010. 2. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dan terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 3. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan atau Syarikat-Syarikat swasta yang berhubungkait dengan Kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 4. Pemohon-pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta COP SYARIKAT semasa mengambil borang. Dan membayar B$30.00 untuk bayaran dokumen (tidak dikembalikan). 5. Pemohon hendaklah menggunakan BORANG ASAL yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6. Borang Tawaran bolehlah diperolehi di TINGKAT 1, BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, setelah membuat pembayaran. 7. Setiap Borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap HENDAKLAH DIHANTAR BESERTA DENGAN SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 DAN SALINAN RESIT BAYARAN DOKUMEN. Dan hendaklah diisikan dan di Cop Syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja. 8. Borang Tawaran serta salinan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 DAN SALINAN RESIT BAYARAN DOKUMEN hendaklah dihantar dalam SAMPUL SURAT BIASA YANG TERTUTUP, pada bahagian atas sampul surat tersebut ditulis dengan jelas TAJUK dan BILANGAN TAWARAN sebagaimana yang diiklankan serta tanpa menunjukkan identiti Pembekal dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN yang ditujukan kepada :PENGERUSI, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutup tidak lewat pada :Hari Selasa, 19 Jamadilawal 1436H / 10 Mac 2015M, tidak lewat jam 2.00 Petang. 9. TARIKH AKHIR MENGAMBIL BORANG TAWARAN ADALAH PADA :Hari Sabtu, 16 Jamadilawal 1436H / 07 Mac 2015M, tidak lewat jam 10.00 Pagi. 10. Setiap satu tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 11. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 12. Berikut adalah masa-masa bagi menerima pembayaran dokumen dan mengambil Borang-Borang Tawaran:-
PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN ini dibukakan kepada pengurus yang memiliki bas sewa khas 15 muatan duduk sahaja. Keutamaan penyewaan adalah bagi bas-bas sewa khas yang berumur tidak melebihi 5 tahun; iaitu dari tarikh mula bas sewa berkenaan itu didaftarkan mulai 1 Januari 2010. 2. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dan terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 3. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan atau Syarikat-Syarikat swasta yang berhubungkait dengan Kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 4. Pemohon-pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta COP SYARIKAT semasa mengambil borang. Dan membayar B$30.00 untuk bayaran dokumen (tidak dikembalikan). 5. Pemohon hendaklah menggunakan BORANG ASAL yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6. Borang Tawaran bolehlah diperolehi di TINGKAT 1, BAHAGIAN KEWANGAN, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM, setelah membuat pembayaran. 7. Setiap Borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap HENDAKLAH DIHANTAR BESERTA DENGAN SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 DAN SALINAN RESIT BAYARAN DOKUMEN. Dan hendaklah diisikan dan di Cop Syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja. 8. Borang Tawaran serta salinan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 DAN SALINAN RESIT BAYARAN DOKUMEN hendaklah dihantar dalam SAMPUL SURAT BIASA YANG TERTUTUP, pada bahagian atas sampul surat tersebut ditulis dengan jelas TAJUK dan BILANGAN TAWARAN sebagaimana yang diiklankan serta tanpa menunjukkan identiti Pembekal dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN yang ditujukan kepada :PENGERUSI, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat 1, Bahagian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, Negara Brunei Darussalam. Tarikh tutup tidak lewat pada :Hari Selasa, 19 Jamadilawal 1436H / 10 Mac 2015M, tidak lewat jam 2.00 Petang. 9. TARIKH AKHIR MENGAMBIL BORANG TAWARAN ADALAH PADA :Hari Sabtu, 16 Jamadilawal 1436H / 07 Mac 2015M, tidak lewat jam 10.00 Pagi. 10. Setiap satu tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 11. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 12. Berikut adalah masa-masa bagi menerima pembayaran dokumen dan mengambil Borang-Borang Tawaran:-
Tarikh dan jam tutup menghantar dokumen tawaran: 11 Mac 2015M (Hari Rabu) sebelum pukul 2.00 Petang Tarikh akhir mengambil borang tawaran : 10 Mac 2015M (Hari Selasa) PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1) SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2) Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan Kerajaan atau Syarikat-syarikat swasta yang berhubungkait dengan Kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3) Pemohon mestilah membawa bersama salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 serta COP SYARIKAT semasa mengambil Borang Tawaran Sebut Harga. 4) Permohon hendaklah menyertakan salianan kad pintar. 5) Setiap pemohon hendaklah mengambil 1 (satu) borang sahaja. Tidak boleh berwakil. 6) Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 7) Bagi Syarikat-syarikat / Pemborong-pemborong yang berminat untuk mengikuti Sebut Harga ini hendaklah menyertakan dan menghadapkan SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pendaftaran Syarikat-syarikat di Bahagian Tender dan Hasil, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam. 8) Setiap Borang Sebut Harga hendaklah diisi dengan lengkap dan di Cop Syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja. 9) Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di Daerah tempat Sekolah tersebut. 10) Borang Sebut Harga serta salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) menulis dengan jelas TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti Syarikat / Pemborong. 11) Borang Tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan kedalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :Tarikh Akhir Mengambil borang : 10 Mac 2015M (Hari Selasa) Dan hendaklah dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada :PETI SEBUT HARGA, BAHAGIAN KEWANGAN, TINGKAT 1, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, JALAN MENTERI BESAR, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Tarikh Akhir Menghantar : 11 March 2015M (Rabu) Sebelum Pukul 2.00 Petang 12) Setiap Satu Borang Tawaran Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 13) Borang Tawaran Sebut Harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 14) Berikut adalah masa-masa bagi mengambil BorangBorang Tawaran Sebut Harga:HARI DAN MASA ISNIN hingga KHAMIS 8.30 Pagi 11.00 Pagi 2.00 Petang 3.00 Petang SABTU 8.30 Pagi 10.00 Pagi 15) Borang-borang Tawaran Sebut Harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2 I, Tingkat 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.
18
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
JABATAN UKUR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN JABATAN UKUR KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN
SAB/MFA/01/2015 MEMBEKAL DAN MEMASANG 5 UNIT GLOBAL POSITION SYSTEM (GPS) DAN PERALATAN YANG BERKAITAN BERSAMA PERISIANYA (SOFTWARE) BAGI KERJA-KERJA PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN YURAN TAWARAN:$50.00
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN
1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap Penender hendaklah menyatakan seperti berikut:a. Sah Laku Tawaran hendaklah 12 bulan b. Tempoh masa untuk menyiapkan projek c. Ringkasan tatacara untuk membuat pengukuran projek ini. 3. BoRang Tender’s Declaration hendaklah disertakan setelah diisi dengan lengkap dan ditandatangani. 4. Dokumen dan borang tawaran serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Tingkat 2, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam, dengan bayaran yuran tawaran di Kaunter tingkat 2 Jabatan Ukur pada hari bekerja seperti berikut:Hari Isnin - Khamis dan Sabtu : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi dan 2.00 Petang - 3.00 Petang Hari Sabtu 8.00 Pagi - 10.00 Pagi 5. Harga tawaran adalah mengikut harga yang dianggarkan oleh Jabatan Ukur ($50.00). 6. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan. 7. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan tidak menunjukkan sebarang tanda syarikat dan pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk tawaran tersebut di atas. 8.Tawaran hendaklah dihadapkan pada atau tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada hari Selasa, 24 Februari 2015 diubah kepada 17 Mac 2015 kepada alamat berikut: Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Perdagangan, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan BD2710 Negara Brunei Darussalam 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditentukan adalah tidak akan dilayan. 10. Salinan dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan: a. Sijil Pendaftaran Perniagaan b. Lesen Tahunan (jika berkenaan) c. Kad Pengenalan / No Passport d. Daftar Pemilik Syarikat 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran. SAB/MFA/02/2015 TO SUPPLY AND DELIVERY OF 2 NEW 4WD CARS (3000cc &ABOVE) AND OTHER RELATED ACCESSORIES FOR DEMARCATION AND SURVEY OF LAND BOUNDARY YURAN TAWARAN:$50.00 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap Penender hendaklah menyatakan seperti berikut:a. Sah Laku Tawaran hendaklah 12 bulan b. Tempoh masa untuk menyiapkan projek c. Ringkasan tatacara untuk membuat pengukuran projek ini. 3. Borang Tender’s Declaration hendaklah disertakan setelah diisi dengan lengkap dan ditandatangani. 4. Dokumen dan borang tawaran serta keterangan lanjut boleh diperolehi di Tingkat 2, Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam, dengan bayaran yuran tawaran di Kaunter tingkat 2 Jabatan Ukur pada hari bekerja seperti berikut:Hari Isnin - Khamis dan Sabtu : 8.00 Pagi - 11.00 Pagi 2.00 Petang - 3.00 Petang Hari Sabtu 8.00 Pagi - 10.00 Pagi 5. Harga tawaran adalah mengikut harga yang dianggarkan oleh Jabatan Ukur ($50.00). 6. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan. 7. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan tidak menunjukkan sebarang tanda syarikat dan pada bahagian atas sampul surat hendaklah ditulis tajuk tawaran tersebut di atas. 8.Tawaran hendaklah dihadapkan pada atau tidak lewat dari jam 2.00 Petang pada hari Selasa, 24 Februari 2015 kepada alamat berikut: Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Perdagangan, Jalan Subok, Bandar Seri Begawan BD2710 Negara Brunei Darussalam 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditentukan adalah tidak akan dilayan. 10. Salinan dokumen-dokumen berikut hendaklah disertakan: a. Sijil Pendaftaran Perniagaan b. Lesen Tahunan (jika berkenaan) c. Kad Pengenalan / No Passport d. Daftar Pemilik Syarikat 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran.
ANTARABANGSA
PERDAGANGAN
JAWATAN-JAWATAN KOSONG DI AGENSI PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU JAWATAN: Ombudsperson for the Security Council Committe PENEMPATAN: New York, USA TARIKH TUTUP: 28 Februari 2015 Untuk makluman, maklumat lanjut mengenai jawatan tersebut boleh didapati melalui laman web www.un.org/en/employment
JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PENERANGAN JABATAN PERDANA MENTERI Tajuk tawaran: JUALAN SECARA TAWARAN TERTUTUP BAGI 100 UNIT PERALATAN / PERKAKAS AUDIO VISUAL JABATAN PENERANGAN Bilangan Tawaran: KKW/ADM/JBT/18 Tarikh Tutup Tawaran : HARI RABU, 4 MAC 2015, JAM 9.00 PAGI Yuran Tawaran: BND5.00 BUTIR-BUTIR TAWARAN: Tawaran-tawaran adalah dibukakan kepada orang ramai, pemborong-pemborong,firma swasta dan orang-orang persendirian.
SYARAT-SYARAT TAWARAN: 1. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran ke alamat yang tersebut di bawah tidak lewat pada hari RABU, 4 MAC 2015 dan Jam 9.00 PAGI. PETI SEBUTHARGA JABATAN PENERANGAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERKASA BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 2. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang telah dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 3. Setiap borang adalah dikenakan bayaran BND5.00 dan pembayaran bolehlah diuruskan di Kaunter Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras Bawah, Bangunan Lama Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510, Bandar Seri Begawan pada setiap hari Isnin - Khamis pada jam 8.30 - 11.30 Pagi dan 2.30 - 3.30 Petang dan pada setiap hari Sabtu pada jam 2.30 - 3.30 Petang. 4. Setelah pembayaran dibuat, borang tawaran berkenaan bolehlah diperolehi daripada Unit Stor dan Estet, Aras Bawah, Jabatan Penerangan Lapangan Terbang Lama, Berakas BB3510, Bandar Seri Begawan dengan membawa resit pembayaran dan mana-mana pihak yang berminat adalah dialu-alukan untuk membuat penelitian dan pemeriksaan bagi peralatan / perkakas Audio Visual pada setiap hari Isnin - Khamis pada jam 8.30 - 11.30 Pagi dan 2.30 - 3.30 Petang dan pada setiap hari Sabtu pada jam 2.30 - 3.30 Petang. 5. Tawaran-tawaran mestilah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup rapi dengan menyatakan Tajuk Tawaran dan pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat hendaklah dibuat Bilangan Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran seperti yang diiklankan tanpa menunjukkan identiti pemborong. 6. Peralatan / perkakas Audio Visual tersebut adalah daripada berbagai-bagai jenis termasuk Amplifier Unita d’Potenza UP 100 P.A, amplifier amplificatore AM 30, amplifier amplificatore AM 860, amplifier amplificatore AM 715, amplifier National, cone speaker/kayu – Voon Radio, column speaker Philips SQ6, amplifier Philips, amplifier GB1S 56, amplifier National Poer amp WA 750, cone speaker TOA Horn Speaker, column speaker Peavey 110 TLS, column speaker Dynacord. Sebarang pertanyaan dan penerangan lanjut mengenai dengan tawaran ini bolehlah menghubungi Stor dan Estet, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Penerangan atau melalui telefon 2383400 sambungan 122 atau 124.
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
IKLAN
19
20
IKLAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
IKLAN
21
22
NASIONAL
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
ISB raikan Hari Kebangsaan Ke-31 Oleh : Nooratini Haji Abas, Syirain Afifi Md. Fadzil Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 24 Februari. - Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31, Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) mengadakan sambutan tersebut di Dewan ISB berkenaan, di sini. Lebih 300 pelajar dari Tahun 7 hingga 13 menghadiri sambutan tersebut yang dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan
Sultan’ dan disusuli dengan persembahan hadrah. Majlis diteruskan dengan tayangan slaid Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan persembahan lakonan drama 'Nakhoda Manis' dan tarian tradisi 'Aduk-Aduk' oleh para pelajar ISB. Berangkat dan hadir pada majlis tersebut ialah cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
YANG Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim, Yang Amat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Aleem bin Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak 'Aizzatul Bulqiah binti DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah bergambar ramai bersama peserta persembahan pentas.
SAMBUTAN Hari Kebangsaan yang disambut oleh Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB) bagi pelajar peringkat menengah.
17 saudara baru terima sijil Kursus Skim Bimbingan Asas Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid, Hajah Noor Dina Haji Abd Rahman Foto : Mohd. Mahdi Haji Marsidi
PEMANGKU Timbalan Pengarah Unit Khas, Pusat Da’wah Islamiah, Awang Abd. Aziz bin Haji Abd. Kahar menyampaikan sijil kepada peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baru.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 18 Februari.- Seramai 17 peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baru menerima sijil masing-masing setelah menamatkan kursus selama 14 hari pada majlis yang berlangsung di Dewan Persidangan, Pusat Da’wah Islamiah (PDI). Pemangku Timbalan Pengarah Unit Khas, PDI, Awang Abd Aziz bin Haji Abd. Kahar menyampaikan sijil-sijil kepada peserta kursus yang dikendalikan oleh Unit Kursus, Bahagian Penyebaran Dakwah yang bermula dari 3 hingga 18 Februari 2015. Majlis yang diselajurkan dengan penyampaian hadiah peserta terbaik itu turut diserikan dengan persembahan nasyid daripada peserta saudara-saudara baru.
Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Turut hadir ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Aleem dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Aizzatul Bulqiah.
SALAH satu persembahan menarik pada acara Sambutan Hari Kebangsaan Ke-31 ISB.
Tingkatkan pengetahuan tentang Islam TEMBURONG, Rabu, 18 Februari. - Seramai 11 peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baru Perempuan Siri Ke-182 menamatkan kursus masing-masing dengan berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil Kursus berkenaan yang diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, Pekan Bangar, di sini. Penyampaian sijil-sijil disempurnakan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong, Awang Haji Hazimin bin Haji Metali. Kursus selama 14 hari bermula 3 Februari lalu itu merupakan pemedulian moral, spiritual dan psikologi terhadap saudara-saudara baru bagi menjamin kekekalan dalam ugama Islam. Di sepanjang kursus dijalankan saudara-saudara baru berkenaan berpeluang meningkatkan pengetahuan mereka tentang ilmu tauhid, ibadat, akhlak Islam, hal-hal berkaitan dengan fardu kifayah, menghalusi bacaan Al-Qur’an dan banyak lagi. Kursus dikendalikan oleh Pusat Da’wah Islamiah melalui Unit Dakwah Daerah Temburong ini
Berita dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim antara lain bertujuan untuk membantu mereka memahami dan mempelajari ajaran-ajaran asas ugama Islam bagi mengukuhkan pegangan mereka terhadap ugama Islam. Dengan menyertai kursus
seumpama itu diharap akan dapat membantu mereka menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam dengan cara menjalani latihan praktikal dalam amal ibadat serta membiasakan mereka dengan kehidupan cara Islam.
SEORANG peserta Kursus Skim Bimbingan Asas Saudara-Saudara Baru menerima sijil dan cenderahati yang disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Temburong,
SUKAN
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
23
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan berangkat bergambar ramai bersama pemain dan pegawai pasukan Brunei DPMM FC di Mini Stadium, Jerudong.
Berangkat ke sesi bergambar ramai JERUDONG, Rabu, 25 Februari. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengerusi Kelab Bola Sepak Brunei DPMM FC berkenan berangkat bergambar ramai bersama pemain dan pegawai pasukan Brunei DPMM FC di Mini Stadium, di sini. DULI Yang Teramat Mulia ketika berkenan menerima junjung ziarah daripada pemain pasukan Brunei DPMM FC.
Oleh : Abu Bakar Haji Abdul Rahman Foto : Masri Osman Selesai sesi bergambar ramai, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah daripada pemain dan pegawai pasukan Brunei DPMM FC. Pasukan Brunei DPMM FC akan memulakan cabarannya dalam Liga Singapura (Liga S) apabila melayani kunjungan pasukan Harimau Muda pada perlawanan sulungnya pada 1 Mac ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Pengurus Pasukan DPMM FC,
Awang Muhammad Ali bin Haji Momin berkata, pasukan DPMM FC kini telah bersedia bagi menghadapi saingan pertama mereka. Katanya, keserasian setiap pemain amat penting dalam memantapkan pasukan untuk memenangi setiap perlawanan. Hasil dari sesi latihan yang diadakan terangnya, para pemain telah menampakkan peningkatan dan kemajuan dalam membentuk keserasian pasukan.
Pekayuh KPSSU terima jersi RBD 2015 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto: Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. - Seramai 35 pekayuh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU) yang akan menyertai Perlawanan Lumba Perahu Regata Brunei Darussalam (RBD) 2015, menerima jersi masing-masing, berlangsung di bangunan kementerian berkenaan. Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang
Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar hadir bagi menyempurnakan penyerahan jersi kepada pasukan pekayuh-pekayuh KPSSU. Juga hadir ialah Setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan pegawaipegawai kanan, kementerian
berkenaan. Sempena RBD 2015 yang akan berlangsung pada Ahad, 1 Mac ini, pasukan KPSSU akan menyertai beberapa acara, iaitu acara 25 Orang Pekayuh Antara Kementerian 1,000 Meter; acara 20 Orang Pekayuh Antara Kementerian 1,000 Meter; acara 15 Orang Pekayuh Antara Kementerian 1,000 Meter; acara 25 Orang Pekayuh Terbuka 1,000 Meter; acara 30 Orang Pekayuh Marathon 3,000 Meter; acara 20 Orang Pekayuh Jemputan (Antarabangsa) 1,000 Meter
MENTERI Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Utama Dato Seri Setia Awang Haji Yahya bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar menyempurnakan penyerahan jersi kepada pasukan pekayuh-pekayuh Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama (KPSSU).
YANG Berhormat Menteri Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama bergambar kenangan bersama pasukan pekayuh-pekayuh KPSSU yang akan menyertai Regata Brunei Darussalam 2015.
dan acara 15 Orang Pekayuh Jemputan (Antarabangsa) 1,000 Meter. Pasukan ini juga pernah menyertai perlawanan perahu di luar negara seperti Republik Singapura, Sabah, Kuching, Lawas dan Limbang, Sarawak serta pernah meraih pencapaian dan kemenangan yang membanggakan dalam perlawananperlawanan tersebut. Sebagai imbasan penglibatan pasukan pekayuh-pekayuh KPSSU, pasukan ini telah menempa sejarah menjadi johan di antara
kementerian-kementerian sempena RBD 2013 dan 2014. Antara tujuan menyertai perlawanan kali ini ialah sebagai pendedahan dan mendapatkan pengalaman dengan prestasi dan disiplin yang tinggi dalam kalangan pekayuh-pekayuh berkenaan, di samping meraih kemenangan dalam acara-acara yang akan dipertandingkan. Adalah diharapkan semoga pasukan pekayuh-pekayuh KPSSU akan beroleh kemenangan melalui acaraacara yang dipertandingkan itu nanti.
24
HARI SABTU 28 FEBRUARI 2015
Ilmu pengetahuan kunci pembangunan tamadun bangsa
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Brunei dan Karnival Memperkasa Budaya Membaca 2015.
Dari muka 1 Ilmu pengetahuan adalah merupakan kunci kepada pembangunan tamadun bangsa, manakala membaca adalah merupakan jendela kepada gedung ilmu pengetahuan, dari itu bangsa yang mempunyai kekuatan budaya membaca adalah bangsa yang dapat menguasai pelbagai ilmu duniawi termasuk sains dan teknologi serta ilmu ukhrawi. Sehubungan dengan itu, pembentukan modal insan bagi melahirkan generasi masa kini dan yang akan datang sebagai generasi
yang berwawasan dengan mempunyai minda dan pola pemikiran kelas pertama, kreatif dan inovatif serta berdaya saing akan terjelma apabila mereka merupakan individu atau kumpulan masyarakat yang mampu menguasai dan mempelbagaikan ilmu yang tinggi. Menurut Yang Berhormat, perkara ini hanya akan dapat dicapai apabila masyarakat dan setiap individu berperanan pada mendukung dan menyokong akan hasrat negara untuk menjadikan membaca sebagai satu budaya dan amalan dalam kehidupan. Ke arah ini sarannya, masyarakat perlu membentuk sikap membiasakan diri untuk membaca beberapa muka surat buku dalam sehari dan menghabiskan membaca sebuah hingga dua buah buku satu bulan. Ini kerana mengikut satu resolusi dalam persidangan membaca antarabangsa di Tokyo pada tahun 80-an sesebuah negara mengamalkan budaya membaca apabila purata rakyatnya membaca lebih 80 muka surat buku dalam setahun, apa yang penting masyarakat perlu punya kesedaran dalam mana budaya membaca merupakan salah satu tiang asas untuk membangun keunggulan sebuah masyarakat dan bangsa. Yang Berhormat percaya dari Pesta Buku itu dapat menumbuh subur gerakan budaya membaca serta dapat meningkatkan kadar literasi di negara ini. “Kerana melalui projek besar ini akan dapat memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan budaya ilmu melalui pembacaan buku dan keperluan sains
Sistem PSC Recruitment online diaktifkan 28 Februari 2015 BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 26 Februari. - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memaklumkan bahawa Portal PSC Recruitment akan mula diaktifkan pada hari Sabtu, 28 Februari 2015. Sehubungan dengan itu, orang ramai termasuk warga Perkhidmatan Awam yang berhasrat untuk memohon jawatan kosong di dalam Perkhidmatan Awam bolehlah melayari Portal PSC Recruitment melalui https://recruitment.gov.bn. Portal ini juga boleh dilayari melalui laman sesawang rasmi Pejabat SPA di www.spa.gov.bn atau melalui Portal e-darussalam di www.gov.bn. Dengan pengaktifan Portal PSC Recruitment ini, semua permohonan pengisian jawatan kosong hendaklah dibuat melalui Portal PSC Recruitment ini dan SPA tidak lagi menerima permohonan secara manual. Portal tersebut menggunakan aplikasi internet yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Setiap pemohon akan menggunakan nama pengguna (username) dan kata laluan (password) akaun e-darussalam yang sudah diaktifkan untuk mengakses Portal SPA Recruitment ini. Bagi peringkat permulaan, SPA menyarankan bakal-bakal pemohon untuk terlebih dahulu melengkapkan maklumat peribadi, maklumat pekerjaan, kelulusan akademik dan lain-lain maklumat yang relevan serta memuat naik gambar wajah dan segala dokumen relevan seperti sijil kelulusan dalam bentuk format PDF ke dalam ruang 'My Profile' masing-masing. SPA seterusnya memaklumkan bahawa pengiklanan jawatan-jawatan kosong akan dibuat dalam Portal PSC Recruitment mulai hari Rabu, 4 Mac 2015. Oleh itu, pemohon-pemohon boleh memohon mana-mana jawatan yang diiklankan melalui Portal tersebut. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Portal PSC Recruitment itu, orang ramai boleh menghubungi Pejabat SPA melalui talian 2381961 atau melayari www.spa.gov.bn atau 'Facebook' Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Sementara untuk e-darussalam, orang ramai boleh layari www.gov.bn atau hubungi talian e-darussalam 123, manakala untuk 'Gems’ boleh menghubungi talian 2382407 atau e-mel gems.helpdesk@psd.gov.bn atau www.psd.gov.bn.
dan teknologi dalam era globalisasi, di samping mempergiatkan industri buku, komunikasi dan multimedia di negara ini,” ujarnya. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memberi Hadiah Buku Terlaris dan Hadiah Penerbit Terbaik sejak tahun 2012 dan ditambah lagi dengan pengiktirafan Duta Membaca diharapkan akan dapat memberikan impak yang lebih baik tentang pertumbuhan kadar literasi di negara ini. “Untuk kegiatan jangka panjang perlu diadakan Sambutan Hari Membaca yang berskala besar yang melibatkan semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan, mukim dan kampung dan swasta,” saran Yang Berhormat. Karnival membaca juga, tambahnya lagi, perlu dilaratkan secara meluas di sekolah-sekolah dengan merancangkan pelbagai kegiatan yang menarik minat murid-murid untuk membaca dalam environment yang tidak formal di luar bilik darjah. Ia juga perlu melibatkan ibu bapa dan penjaga murid untuk berinteraksi sama dalam merapatkan hubungan dan penglibatan murid dan ibu bapa untuk sama-sama membaca dengan anak-anak mereka. Yang Berhormat juga turut menekankan, peranan ibu bapa selaku role model dan pendorong kepada anak-anak mereka dalam memupuk minat membaca kepada pendidikan awal yang bermula dari rumah sebelum anak-anak melangkah ke institusi persekolahan dan pendidikan di luar rumah. Ibu bapa juga, saran Yang Behormat lagi, perlu menggalakkan membaca bersama anak-anak yakni reading aloud ataupun dengan membiasakan membawa anak-anak ke perpustakaan yang berdekatan. Melalui pembentukan sikap dan tabiat di peringkat awal membaca ia akan berkembang menjadi satu budaya dan amalan dalam kehidupan. Dari itu, ke arah menghidup dan memperkasa budaya membaca masyarakat di pelbagai peringkat kita semua perlu mengambil maklum dan akur bahawa tahap membaca dalam kalangan masyarakat merupakan satu indikator bagi menentukan kualiti sesebuah masyarakat dan negara, dari segi daya saing, baik dari segi pemikiran, kemajuan ilmu pengetahuan mahupun pembangunan kapasiti tenaga manusia dalam negara. Yang Berhormat juga berasa gembira melihat adanya kerjasama yang padu telah terbentuk dalam menjayakan pesta kali ini bukan sahaja dalam kalangan warga DBP, tetapi juga dari Jabatan Belia dan Sukan, Kastam dan Eksais, Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan,
YANG Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin ketika berkunjung ke salah sebuah toko yang menyertai Pesta Buku Brunei dan Karnival berkenaan.
Keselamatan Dalam Negeri, Pusat Da'wah Islamiah, Polis Diraja Brunei, Bomba dan Penyelamat, Bandaran dan Jabatan Perkhidmatan Perubatan, dan
berharap kerjasama seperti ini akan terus terjalin dalam mendukung pemerkasaan budaya membaca di negara ini.
Makluman Istiadat Pembukaan Rasmi Persidangan MMN Dari muka 1 Bagi orang awam yang berhasrat untuk menghadiri dan menyaksikan Persidangan MMN adalah diminta untuk membawa kad pengenalan untuk mendapatkan pas keselamatan badan di pos-pos sekuriti. Bagi mana-mana institusi pendidikan kerajaan mahupun swasta yang berhasrat untuk membawa penuntut-penuntut atau mahasiswa / mahasiswi untuk menyaksikan sendiri Persidangan MMN atau membuat lawatan sambil belajar adalah dipohonkan untuk menghubungi Urusetia Persidangan MMN Ke-11 melalui talian 2380501 / 2381503 / 2381610 untuk urusan lebih lanjut. Bagi pegawai-pegawai yang berhasrat untuk menghadiri Persidangan MMN diminta untuk membawa kad pengenalan untuk mendapatkan pas keselamatan badan di pos-pos sekuriti. Mana-mana pihak yang berhasrat untuk menghadiri Sesi Persidangan MMN adalah diminta untuk mematuhi beberapa peraturan khususnya berkenaan dengan kod pakaian termasuklah peraturan-peraturan semasa di dalam Dewan Persidangan MMN. Pada kebiasaannya, Sesi Persidangan MMN dibahagikan kepada Sesi Pagi yang bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan Sesi Petang yang dimulakan pada pukul 2.00 petang hingga 4.30 petang. MMN Musim Ke-11 ini akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Lela Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Dato Setia Haji Mohamed Taib, selaku Yang Di-Pertua MMN. Dibantu oleh Jurutulis I (Pertama) kepada MMN, Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pekerma Jaya Dato Paduka Awang Haji Judin bin Haji Asar. Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai Persidangan MMN Ke-11 ini bolehlah melayari www.majlis-mesyuarat.gov.bn atau menghubungi terus Urusetia Persidangan MMN Ke-11 melalui talian 2380501 / 2381503 / 2381610.
PKT meningkat 15,272 pada Disember 2014 BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 25 Februari. Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) telah mengeluarkan perangkaan Pencari Kerja Tempatan (PKT) secara bulanan yang bertujuan untuk memberikan anggaran terkini bilangan berserta profil mengenai rakyat Brunei dan penduduk tetap yang berumur di antara 18 hingga 59 tahun yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang aktif mencari pekerjaan atau diistilahkan sebagai penganggur. Bagi bulan Disember 2014, bilangan penduduk yang menganggur dalam kalangan penduduk tempatan iaitu rakyat Brunei dan penduduk tetap yang berumur antara 18 hingga 59 tahun telah meningkat kepada seramai 15,272 orang berbanding 14,267 orang pada bulan November 2014. Perubahan ini adalah disebabkan oleh tambahan
seramai 1,152 orang yang baru mendaftar sebagai pencari kerja dan pengurangan seramai 147 orang yang sama ada sudah mendapat pekerjaan ataupun tidak lagi berminat mencari pekerjaan. Daripada jumlah tersebut, seramai 10,309 orang (36 peratus) tinggal di Daerah Brunei dan Muara; 8,427 orang (56 peratus) terdiri daripada perempuan; 8,294 orang (54 peratus) berumur di antara 20 hingga 29 tahun dan 9,579 orang (63 peratus) mempunyai taraf pendidikan tertinggi di peringkat menengah. Sebarang pertanyaan mengenai perangkaan PKT ini bolehlah dirujuk ke JPKE dengan menghubungi talian atau melayari laman sesawang www.depd.gov.bn atau menghubungi talian 2230250 atau 2233344 semasa waktu pejabat atau melalui e-mel : info.statistics@jpke.gov.bn.
PERKASA BUDAYA MEMBACA DALAM KALANGAN GENERASI MUDA