Pelita Brunei Sabtu 29 Okt 2016

Page 1

''DAN sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan suatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dalam perjalanannya (yang terputus perbelanjaannya) dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.'' - (Surah An Nisa : 36).

''BETA menyokong penuh rancangan UNISSA untuk menubuhkan sebuah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Halal di UNISSA sebagai pemangkin kepada hasrat beta untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai 'hub halal global' yang akan membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.'' - Titah Sempena Majlis Haflut Takharruj Ke-6 Universiti Islam Sultan Sharif Ali Bagi Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi.

4.36

TAHUN 61 / BILANGAN 130

4.46

6.05

6.28

29 OKTOBER 2016 / 1438

12.05

28

3.25

6.03

7.13

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan hantar perutusan tahniah sempena Hari Republik Turki BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 29 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena dengan Hari Republik Turki. Dalam perutusan kepada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan,

Kebawah DYMM sangat menghargai kemajuan yang telah diraih oleh Negara Brunei Darussalam dan Republik Turki dalam hubungan dua hala beberapa tahun kebelakangan ini yang banyak menyumbang kepada pengukuhan dalam hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah wujud sekian lama. Baginda seterusnya berharap akan dapat bekerja rapat bersama dengan Tuan Yang Terutama di bidang dua hala dan antarabangsa di bulan-bulan yang mendatang. Baginda mengakhiri titah perutusan tahniah tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Tuan Yang Terutama.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turki, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan serta rakyat Republik Turki bersempena dengan Hari Republik Turki.

DYTM berangkat rasmikan Pesta Konvo Ketiga UTB

Kebawah DYMM akan berangkat sertai Riadah Berbasikal Ahad ini

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Masri Osman

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan menandatangani plak bagi merasmikan Galeri 30 Tahun penubuhan UTB. - Foto : Masri Osman (Lihat muka 12 dan 13).

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn

TUNGKU, Khamis, 27 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) berkenan berangkat merasmikan Pesta Konvo Ketiga UTB sempena Majlis Konvokesyen UTB tahun ini. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Blok Kejuruteraan, Fasa 3, UTB dijunjung oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Majlis UTB dan Naib Canselor UTB, Profesor Madya Dr. Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman. Ke muka 12 dan 13

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin BERAKAS, Jumaat, 28 Oktober. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat bercemar duli menyertai Riadah Berbasikal Sempena Sambutan Memperingati Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei Kepada Bandar Seri Begawan Ke-46 dan Sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-11. Riadah berbasikal tersebut akan

Faksimile: 2381004

bermula dan berakhir di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, di ibu negara pada hari Ahad ini, 30 Oktober 2016. Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia Ke muka 12 &dan 13 Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin menyatakan perkara tersebut pada Sidang Media Riadah Berbasikal berkenaan bertempat di Dewan Kuliah, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini. Ke muka 9

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Program perkembangan profesional guru terus dilaksanakan Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ampun Beribu Ampun, ENGAN penuh hormat dan takzim hamba Kebawah Duli Tuan Patik mewakili Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016 dan semua warga guru, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, sukacita merafakkan sembah menjunjung kasih yang setinggi-tingginya di atas limpah kurnia perkenan Kebawah Duli Tuan Patik berangkat bercemar Duli ke Majlis Sambutan Hari Guru Ke-26, Tahun 2016. Seterusnya berkenan pula untuk mengurniakan titah dan menyempurnakan pengurniaan Anugerah-anugerah Hari Guru dan berangkat untuk menyaksikan pameran serta berkenan pula menerima junjung ziarah dari para guru. Keberangkatan Kebawah Duli Tuan Patik ini amat tinggi nilainya dan setentunya akan menyuntik semangat para guru untuk semakin gigih berusaha menyumbangkan jasa bakti kepada kemajuan pendidikan di negara ini. Ampun Beribu Ampun, Hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung kurnia perkenan bagi hamba Kebawah Duli Tuan Patik mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga guru di atas sumbangan mereka yang tinggi nilainya kepada pembangunan negara dan bangsa. Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun ini adalah salah satu platform bagi mengingati dan menyanjung tinggi akan peranan dan pengorbanan guru dalam pembinaan syakhsiah bangsa. Acara kemuncak sambutan pada pagi ini ialah penyampaian AnugerahAnugerah Hari Guru yang telah Kebawah Duli Tuan Patik perkenankan, iaitu dua orang penerima Anugerah Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien, dua orang penerima Anugerah Guru Berjasa, lima orang penerima Anugerah Guru Cemerlang dan 20 orang penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention). Ampun Beribu Ampun, Sehubungan dengan itu, Kementerian Pendidikan secara berterusan melaksanakan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti para guru dan semua yang terlibat di negara ini. Guru-guru diberikan pelbagai latihan perkembangan profesional di bawah rangka kerja Teacher Professional Development Framework. Rangka kerja ini merupakan panduan bagi pemimpin sekolah, guru dan pengendali program untuk melaksanakan program perkembangan profesional guru secara bersistematik. Latihan perkembangan profesional akan memastikan mereka sentiasa memiliki kemahiran-kemahiran yang relevan dan terkini dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kursus-kursus berjangka panjang dan berjangka pendek. Ini akan mewujudkan dan menambah keberkesanan usaha pembangunan Professional Learning Communities di kalangan guru-guru dan

D

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Bersama Majlis Sambutan Hari Guru Ke-26 Tahun 2016, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam semasa sembah alu-aluan pada Khamis, 27 Zulhijjah 1437 Hijrah / 29 September 2016 Masihi, bertempat di Dewan Plenary Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Negara Brunei Darussalam.

pemimpin-pemimpin sekolah. Ampun Beribu Ampun, Sebagai sebahagian dari pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad Ke-21 yakni SPN21, Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Piawaian Literasi dan Numerasi Kebangsaan ataupun National Literacy and Numeracy Standard. Ini akan membantu Kementerian Pendidikan untuk mengetahui keberadaan tahap pencapaian dalam literasi dan numerasi di setiap peringkat persekolahan. Seterusnya ia akan membantu para guru merangka strategi dan intervensi yang bersesuaian mengikut keperluan setiap pelajar. Satu lagi usaha Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi di kalangan pelajar adalah melalui Projek Guru Pakar dalam kedua-dua bidang

ini, yang didatangkan dari luar negara. Selain bertujuan memberikan impak kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah, projek juga bertujuan bagi meningkatkan kapasiti dan kemahiran guru-guru dan juga pegawai-pegawai melalui proses pemindahan pengetahuan dari pakar-pakar yang didatangkan itu. Ampun Beribu Ampun, Ke arah merealisasikan sasaran-sasaran pencapaian para pelajar dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) / General Certificate of Education (GCE) Peringkat Biasa (atau 'O' level) menjelang tahun 2017, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama terus mempertingkatkan usaha dan bekerjasama rapat dengan Unit PENGGERAK, Jabatan Perdana Menteri. Strategi dan langkah-langkah yang dilaksanakan terus difokuskan kepada lima bidang utama, iaitu Kepimpinan, Pengajaran dan Pembelajaran, Kedatangan dan Faktor Sosial, Akauntabiliti dan Pengurusan Prestasi dan Penghubung-Jalin (Cross-Cutting Enablers). Dalam pada itu, hamba Kebawah Duli Tuan Patik amat menghargai semua usaha pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru para ibu bapa dan semua pihak dalam sama-sama memberi perhatian yang sungguh-sungguh kepada pembelajaran para pelajar dan untuk membantu pihak sekolah melaksanakan inisiatif-inisiatif yang sudah dikenal pasti. Ini diharap akan dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat pendidikan negara, yang merupakan landasan untuk kejayaan Wawasan 2035. Ampun Beribu Ampun, Di kesempatan ini, hamba Kebawah Duli Tuan Patik sukacita menyampaikan ucapan Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di seluruh pelusuk negara ini dan mendoakan agar segala jasa dan bakti para guru diterima sebagai amalan yang diberikan ganjaran oleh Allah Subhanahu Wata'ala jua. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Hamba Kebawah Duli Tuan Patik menjunjung anugeraha.

''SATU lagi usaha Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan kemahiran literasi dan numerasi di kalangan pelajar adalah melalui Projek Guru Pakar dalam kedua-dua bidang ini, yang didatangkan dari luar negara. Selain bertujuan memberikan impak kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah, projek juga bertujuan bagi meningkatkan kapasiti dan kemahiran guru-guru dan juga pegawai-pegawai melalui proses pemindahan pengetahuan dari pakar-pakar yang didatangkan itu.''

OKTOBER

29 30 31 1 NOVEMBER

2 3 4

29 OKTOBER 2016 BERSAMAAN 1438

28

USAHA NBD SEBAGAI PENGELUAR FARMASEUTIKAL HALAL TERKEMUKA

S

EKTOR farmaseutikal halal global yang dipetik bernilai AS72 bilion telah menyediakan banyak peluang yang boleh menjana pertumbuhan ekonomi. Dalam sektor berkenaan, Negara Brunei Darussalam mahu muncul sebagai pengeluar farmaseutikal halal terkemuka dan pengeksport di ASEAN seterusnya ke seluruh dunia. Sehubungan dengan itu, beroperasinya secara rasmi, MC Biotech Sinar Suria Bio Center pada 26 Oktober lalu, boleh memacu hasrat negara apabila telah menyediakan kemudahan bioteknologi komersial yang pertama di negara ini selaras dengan usaha untuk mengembangmajukan dalam mempelbagai industri terutamanya dalam industri Life-Science. Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa majlis perasmiannya melahirkkan keyakinan MC Biotech boleh menjadi perintis kepada bioteknologi baharu dan industri Life-Science di Negara Brunei Darussalam selain mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan peluang penyelidikan dan akhirnya menembusi pasaran halal global. Sementara itu, kemudahan MC Biotech merupakan contoh bagi pelaburan langsung asing di negara ini yang telah membuahkan hasil selepas banyak penyelidikan dan usaha sama antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan MC Biotech. Projek berkenaan telah melalui peringkat penyelidikan setelah menerima sokongan daripada Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB); Bahagian Pembangunan Industri Halal Global; Enterprise Industrial Site Management the FDI unit; Nissui dan Biogenic serta Jabatan Tenaga di JPM. Peranan dan misi MC Biotech adalah untuk menghasilkan Astaxanthin semula jadi dari penanaman alga. Astaxanthin adalah pigmen merah yang berlaku secara semula jadi, kaya dengan antioksidan yang bermanfaat dalam anti-penuaan manusia. Ia adalah bahan neutraseutikal yang sangat berharga, sering digunakan sebagai bahan minuman sihat, makanan tambahan kesihatan serta produk kosmetik. Pada tahun 2014, nilai pasaran global bagi astaxanthin dianggarkan pada AS447,000,000 dan dijangka berkembang pesat hingga mencecah AS1.1 bilion pada tahun 2020. Dalam pada itu, kita sangat bangga seramai 25 pekerja tempatan telah sama-sama berkerja pada syarikat berkenaan sekali gus membantu menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi negara bagi menjana peluang-peluang pembangunan pekerjaan dan perniagaan tempatan. Yang Berhormat berharap untuk melihat 100 peratus pekerja tempatan untuk bekerja di syarikat berkenaan pada suatu hari nanti, di samping mengharapkan usaha kerja keras untuk membuat Brunei sebagai destinasi pelaburan yang menarik. Ia juga bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Majlis Mesyuarat Negara pada awal tahun ini bertitah menekankan akan perlunya bagi memperkasa sektor swasta. Baginda juga bertitah mensyorkan dan menggesa untuk keperluan bagi memudahkan aktiviti ekonomi kita dengan memperkemas dan meningkatkan proses pelaburan langsung asing dan juga untuk meningkatkan 'Ease of Doing Business' di negara ini. - Ketua Penyuntingan (Sj).

MUHARAM

28 29 30 1 SAFAR

2 3 4

4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36 4 . 36

4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46

6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 05 6 . 06 6 . 06 6 . 06

6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 28 6 . 29 6 . 29 6 . 29

12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05 12 . 05

3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25 3 . 25

6 . 03 6 . 03 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02 6 . 02

7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13 7 . 13


3

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei - Jepun Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

BERAKAS, Rabu, 26 Oktober. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei Jepun sempena Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah. Berangkat sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Perlawanan Persahabatan Pertukaran Badminton Brunei - Jepun sempena Memperingati Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun. Berangkat sama menyaksikan perlawanan tersebut ialah anakanda-anakanda Duli Yang Teramat Mulia; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

PERLAWANAN Perseorangan Lelaki di antara peserta badminton negara, Muhd. Syazani Aiman bin Adnan dengan pemain Jepun, Yu Igarashi.

(KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Awang Haji Zafri bin Haji Mohamed

serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki. Perlawanan pertama menyaksikan persaingan antara Muhd. Syazani

Aiman bin Adnan dan Yu Igarashi dalam Kategori Perseorangan Lelaki di mana Yu Igarashi memenangi kategori tersebut dengan kiraan mata 7 - 21, 8 - 21. Manakala, Kategori Beregu Wanita berjaya dimenangi oleh pasangan Miyuki Kato dan Miki Kashihara setelah berjaya menumpaskan pasangan Noornekma Rainah binti Haji Rosley dan Amalina Aliah binti Haji Gapor dengan mata 10 - 21, 8 - 21. Sementara itu bagi Kategori Beregu Lelaki kombinasi kedua buah negara, pasangan Abdul Raiaiman dan Sho Sasaki kalah 9 - 11, 11 - 7 kepada pasangan Ahmad Mahyuddin bin Haji Abas dan Kenya Mitsuhashi. Perlawanan anjuran Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama KKBS itu menampilkan pemain-pemain kebangsaan Persatuan Badminton Nippon yang bertemu dengan pemainpemain kebangsaan Persatuan Badminton Brunei.

AKSI Beregu Lelaki kombinasi kedua buah negara, pasangan Abdul Raiaiman dan Sho Sasaki dan pasangan Ahmad Mahyuddin bin Haji Abas dan Kenya Mitsuhashi.


4

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Berangkat saksikan Kejohanan Renang Masters, Terbuka Brunei

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 2016, yang turut disertai oleh anakanda Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Masri Osman BERAKAS, Jumaat, 28 Oktober. Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak

Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Renang

Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 2016 yang berlangsung di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah. Antara yang menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim. Pada kejohanan di sebelah petang tadi, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim mewakili ISB dengan menyertai 3 kategori, iaitu 50 Meter Kuak Dada dengan catatan masa 57.46, 100 Meter Kuak Lentang 2:01:31 dan 50 Meter Gaya Bebas dengan catatan masa 42.08. Kejohanan selama tiga hari itu disertai oleh lebih 150 perenang dari sembilan kelab renang mewakili kelab-kelab renang dari dalam dan luar negara, iaitu ISB, Panaga Stingrays, Jerudong Swimming Club, Brunei Speed Swimming Club, Dolphin

Swimming Club, Royal Brunei Recreation Club, Skim Renang Temburong, Miri Association Swimming Amateur dan Kelab Rekreasi Petroleum.

Dianjurkan oleh Persatuan Renang Amatur Brunei, kejohanan akan diteruskan lagi esok dan akan berakhir pada 30 Oktober nanti.

YANG Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim beraksi pada Kejohanan Renang Masters dan Terbuka Brunei Kali Ke-5 2016.

Tanamkan sifat jati diri kepada pembangunan negara

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman ketika hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Pingat-Pingat dan Hadiah-Hadiah Buku Universiti bertempat di Dewan Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD).

DAYANG Amal Widaad binti Haji Mohaimin, penerima Pingat Perak dan Hadiah Buku Universiti.

TUNGKU LINK, Rabu, 26 Oktober. Graduan-graduan dan pelajar-pelajar diseru agar sentiasa menanamkan sifat jati diri yang cenderung kepada pembangunan masyarakat dan pembangunan negara. Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam (UBD), Datin Dr. Hajah Anita Binurul Zahrina binti Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz menyeru demikian pada Majlis Penyampaian Pingat-Pingat dan Hadiah-Hadiah Buku Universiti Sempena Majlis Konvokesyen Ke-28 UBD bertempat di Dewan Canselor, universiti berkenaan, di sini. Tambahnya, pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi semasa pengajian di UBD adalah sebagai tool bagi para graduan untuk mengemudi hala tuju masing-masing di masa akan datang. Justeru itu, para graduan tegasnya

harus menyedari bahawa proses perkembangan personal dan profesional adalah sepanjang hayat dan mereka juga di permulaan perjalanan dalam proses ini. Oleh yang demikian, beliau berharap pencapaian tersebut akan menjadi inspirasi bagi mereka untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi di masa hadapan. Pada majlis tersebut, seramai lima graduan menerima Pingat Perak Universiti, iaitu graduan yang teratas di dalam program masing-masing. Sementara 81 pelajar peringkat Sarjana dan Sarjana Muda menerima Hadiah Buku, tujuh pelajar peringkat Diploma menerima Anugerah Kecemerlangan manakala sembilan graduan dari kelas pertama terpilih menerima anugerah daripada BLNG Sendirian Berhad. Hadir selaku tetamu kehormat

MENTERI Pendidikan menyampaikan Hadiah Buku Universiti kepada seorang penerima pada Majlis Penyampaian Pingat-Pingat dan Hadiah-Hadiah Buku Universiti.

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat-pingat dan hadiah-hadiah buku kepada para penerima ialah, Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman. Penganugerahan ini adalah pengiktirafan rasmi universiti atas pencapaian dan kecemerlangan akademik bagi para graduan dan para pelajar dalam bidang masing-masing. Salah seorang penerima Pingat Perak Universiti, Dayang Amal Widaad binti Haji Mohaimin semasa

ditemu bual Pelita Brunei berazam untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat PhD di luar negara. Beliau yang juga menerima Hadiah Buku Universiti menyatakan anugerah itu adalah berkat usaha dan dorongan keluarganya serta doa dari ibu bapa beliau. Dari itu, beliau yang merupakan graduan Sarjana Muda Sains Kesihatan, menyarankan mahasiswa dan mahasiswi supaya tabah menghadapi liku-liku di UBD, di samping berusaha dengan penuh bersemangat sehingga berjaya.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

5

Kerajaan komited mudahkan suasana perniagaan Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (empat, kanan) menjelaskan mengenai Laporan Bank Dunia Doing Business 2017, semasa sidang media yang berlangsung di West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Hadir sama di sidang media itu ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (lima, kanan) yang juga selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Peningkatan yang ketara dalam kedudukan Doing Business dalam tempoh dua tahun lalu sebagaimana yang terkandung dalam Laporan Bank Dunia Doing Business 2017 mencerminkan terhadap komitmen yang serius pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk memudahkan suasana perniagaan. Komitmen yang diberikan itu sejajar dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-23 yang menekankan keperluan bagi

Negara Brunei Darussalam untuk menanda aras prestasi dengan peringkat global. Demikian dijelaskan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa sidang media

mengenai Laporan Bank Dunia Doing Business 2017, berlangsung di West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini. Sebahagian besar dari agenda pembaharuan Negara Brunei Darussalam jelas, Yang Berhormat, telah dikemudikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji

Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di JPM, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu PENGGERAK. Setiap kemajuan ke arah ini jelas Yang Berhormat lagi, sentiasa dipantau melalui Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Busniess, yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM dan diterajui oleh Champion Groups dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kewangan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Kementerian Pembangunan, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Perhubungan dan Authoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Di sebalik kejayaan pada dua tahun lalu, kerajaan telah menyatakan masih banyak pembaikan perlu dilakukan bagi negara mencapai sasaran 20 tangga teratas dalam indeks Doing Business dan juga memastikan persekitaran yang makmur bagi menyokong Wawasan Negara Brunei Darussalam 2035, yang menyeru kepada kerjasama yang lebih erat, penglibatan dan komitmen yang berterusan dari kedua-dua sektor awam dan swasta, bagi menangani isu-isu yang dihadapi on-the-ground dan juga meningkatkan daya saing negara. Antara yang hadir semasa sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd. Daud yang juga selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business.

Brunei diiktiraf ekonomi paling meningkat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Laporan Bank Dunia Doing Business 2017 meletakkan Negara Brunei Darussalam sebagai ekonomi paling meningkat untuk tempoh dua tahun berturut-turut dalam usaha untuk memudahkan menjalankan aktiviti perniagaan di negara ini. Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar semasa sidang media mengenai laporan bank dunia Doing Business 2017, berlangsung di West Wing, Bangunan Jabatan Perdana Menteri, di sini. Menurut Yang Berhormat, yang juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Pandu Ease of Doing Business, laporan Doing Business 2017 yang mengukur tahap kecekapan dan pengawalseliaan perniagaan domestik telah merekodkan lonjakan Negara Brunei Darussalam sebanyak 25 anak tangga kepada kedudukan ke-72 dalam kalangan 190 negaranegara di seluruh dunia, dengan peningkatan skor pada 6 petunjuk dan skor 'Distance to Frontier' sebanyak 65.51 daripada 100, dengan menunjukkan pengurangan jurang di antara Negara Brunei

Darussalam dengan negara-negara yang berprestasi tinggi. Laporan terkini menunjukkan Negara Brunei Darussalam (NBD) masih lagi mengekalkan kedudukannya di tangga ke-4 di rantau ASEAN, di bawah Singapura (2), Malaysia (23) dan Thailand (46); dan diikuti oleh Viet Nam (82), Indonesia (91), Filipina (99), Kemboja (121), Myanmar (170) dan Laos (139). Dengan ini jelas Yang Berhormat, NBD mencatatkan kenaikan skor DTF sebanyak 5.28 markah, iaitu yang tertinggi di antara ekonomi yang meningkat termasuk negaranegara di rantau ASEAN, yang diikuti dengan Indonesia dengan kenaikan sebanyak 2.95 markah dan Viet Nam dengan kenaikan sebanyak 2.72 markah. Manakala di rantau Asia Pasifik, kata Yang Berhormat lagi NBD menduduki kedudukan ke-13 di bawah negara-negara Asia Utara seperti Republik Korea yang menduduki kedudukan ke-4, Taiwan ke-5, dan Jepun ke-8, dan mendahului beberapa negara Asian powerhouse seperti China yang berada di kedudukan ke-16, dan India yang berada di kedudukan ke-23. Manakala 10 negara yang menduduki tangga teratas dalam laporan Doing Business 2017, mengikuti kedudukan adalah New

Zealand, Singapura, Denmark, Hong Kong, Republik Korea, Norway, United Kingdom, Amerika Syarikat, Sweden dan Macedonia. Laporan Doing Business 2017 tahun ini membawa tema Equal Opportunity for All, memberi penekanan akan Gender Equality dalam peraturan perniagaan dan buat kali pertama mengetengahkan isu gender dalam tiga petunjuk, iaitu Starting a Business, Registering Property dan Enforcing Contracts yang mana kajian menunjukkan bahawa peraturan yang menghadkan penglibatan wanita di bidang ekonomi akan melihat sumbangan wanita lebih rendah di sektor swasta, sama ada menjadi pekerja ataupun usahawan. Laporan juga kata Yang Berhormat lagi, mengenalkan peubahan kepada metodologi bagi mengukur petunjuk Paying Taxes, di mana ianya menumpukan kepada proses-proses post-filing seperti Tax Audit, Tax Refund dan Tax Appeal, yang menyebabkan semakan semula kedudukan bagi semua ekonomi pada tahun lalu. Perubahan baru kepada metodologi ini telah menempatkan Negara Brunei Darussalam susut ke tangga 97, daripada tangga 84 ekonomi sepertimana yang dilaporkan dalam laporan Doing Business 2016 tahun lepas.

Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, walaupun negara mencatatkan penurunan dengan semakan kedudukan, pencapaian NBD adalah diperkira sangat memberangsangkan dan direkodkan sebagai salah sebuah ekonomi dari hanya sepuluh ekonomi di dunia yang telah mencatatkan peningkatan sebanyak tiga atau lebih petunjuk di dalam laporan tersebut. Petunjuk yang mencatatkan peningkatan terbesar pada tahun ini menurut Yang Berhormat ialah, Getting Electricity, yang melonjak sebanyak 55 anak tangga ke kedudukan 21 berbanding tangga ke-76 pada tahun lalu; diikuti dengan petunjuk Resolving Insolvency (tangga ke-57 daripada 97 dalam laporan 2016); petunjuk Enforcing Contracts (tangga ke-93 daripada 115 dalam laporan 2016); petunjuk Getting Credit (tangga ke-62 daripada 78 dalam laporan 2016); petunjuk Protecting Minority Investors (tangga ke-102 daripada 118 dalam laporan 2016); petunjuk Paying Taxes (tangga ke-89 daripada 96 dalam laporan 2016); Trading across Borders (tangga ke-142 daripada 143 dalam laporan 2016) dan petunjuk Registering Property (tangga ke-134 daripada 135 dalam laporan 2016). Kejayaan-kejayaan yang dicapai ini

jelas Yang Berhormat, adalah hasil daripada pengenalan proses-proses baru, peraturan dan perubahan sistem bagi memudahkan perniagaan khususnya dalam menyokong perkembangan para pengusaha Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS). Di samping itu, jelas Yang Berhormat lagi pertambahan penglibatan dan kerjasama secara berterusan daripada peniaga-peniaga tempatan melalui program-program kesedaran dan maklum balas daripada komuniti peniaga juga turut memberikan impak positif dalam meningkatkan keupayaan kerajaan dalam menangani isu-isu on-the ground. Menurut laporan tersebut, beberapa petunjuk juga telah menunjukkan penurunan daripada kedudukan sebelumnya dengan mengambil kira usaha pembaharuan yang turut dilaksanakan oleh negara-negara lain yang mana antaranya adalah petunjuk Starting a Business dan Dealing with Construction Permits. Ini menandakan NBD perlu terus giat untuk meningkatkan kecekapan, di samping terus mengenalkan inisiatif pembaharuan terhadap dasar-dasar dan peraturan bagi mengurangkan jurang skor DTF NBD.


6

NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Nilai sektor farmaseutikal halal global bernilai AS72 bilion

Brunei mahu muncul sebagai pengeluar Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar memetik laporan Thomas Reuters yang menyatakan bahawa, nilai sektor farmaseutikal halal global bernilai AS72 bilion. ''Dalam sektor ini, banyak peluang yang tidak berkesudahan. Brunei Darussalam mahu muncul sebagai pengeluar farmaseutikal halal terkemuka dan pengeksport di ASEAN seterusnya ke seluruh dunia. ''Dengan pensijilan dan penjenamaan Halal Brunei, kita boleh melakukan banyak perkara lagi. Di sini saya ingin menyarankan MC Biotech untuk bekerja dengan kilang farmaseutikal pertama Brunei, iaitu Simpor Pharma bagi mencari peluang-peluang yang akan menghasilkan eksport farmaseutikal dan makanan tambahan kesihatan halal di seluruh dunia dari Brunei Darussalam,'' ujar Yang Berhormat semasa berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan MC BiotecH Sinar Suria Bio Center bertempat di

Bio Innovation Corridor, Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku, di sini. Kemudahan MC Biotech, ujar Yang Berhormat, adalah contoh baik daripada pelaburan langsung asing di Brunei yang telah membuahkan hasil selepas banyak penyelidikan dan usaha sama antara Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan MC Biotech. Yang Berhormat juga melahirkan kegembiraan bahawa dengan kemudahan ini, ianya akan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi negara selain menjana peluang-peluang pembangunan pekerjaan dan perniagaan tempatan. Dalam hal ini, Yang Berhormat turut dimaklumkan bahawa MC Biotech telah menggaji seramai 25 orang pekerja tempatan. ''Ini adalah amat menggalakkan dan saya berharap untuk melihat seratus peratus pekerja tempatan untuk bekerja di syarikat ini pada suatu hari nanti. Oleh itu, kita perlu bekerja lebih keras untuk membuat Brunei sebagai destinasi pelaburan yang menarik.

MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar (tengah) memotong reben bagi merasmikan Sinar Suria Bio Center MC Biotech yang terletak di Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku. Juga hadir Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki (kanan).

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah baginda semasa Majlis Mesyuarat Negara pada awal tahun ini menekankan akan perlunya bagi memperkasa sektor swasta. Baginda juga mensyorkan dan menggesa untuk keperluan bagi memudahkan aktiviti ekonomi kita dengan memperkemas dan meningkatkan proses pelaburan langsung asing dan juga untuk meningkatkan Ease of Doing Business di negara ini. Apa yang kita perlu adalah Foreign Direct Investment (FDI) yang mampu untuk mewujudkan nilai produk dan perkhidmatan tambahan di Brunei Darussalam selain sama-sama bekerjasama dengan agensi-agensi

kerajaan dan Mikro Kecil dan Sederhana (Micro Small and Medium Enterprises - MSMEs) tempatan. Ini seterusnya boleh mewujudkan dan menjana modal, spin-off di pasaran tempatan, peluang pekerjaan dan akhirnya, mempelbagaikan dan meningkatkan ekonomi Brunei. Kami menggesa MC Biotech untuk bekerja bersama-sama dengan kami untuk menjadi jenis FDI yang boleh menambah nilai kepada rakyat Negara Brunei Darussalam dan masyarakat perniagaan tempatan,'' jelas Yang Berhormat lagi. Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat berkata, MC Biotech Sinar Suria Bio Center ini menandakan langkah pertama Brunei Darussalam ke arah perkembangan dalam industri

bioteknologi. Peluang ini, terang Yang Berhormat, membolehkan kita untuk memanfaatkan industri sasaran kita dalam cara-cara baru yang mampan. Yang Berhormat seterusnya berharap bahawa Inovasi Bio Corridor akan berkembang pada tahun-tahun akan datang. Menurut Yang Berhormat pada tahun 2014, nilai pasaran global bagi astaxanthin dianggarkan pada AS447,000,000 dan dijangka berkembang pesat hingga mencecah AS1.1 bilion pada tahun 2020. Yang Berhormat juga dapat melihat terdapatnya peluang yang besar di sini untuk MC Biotech memanfaatkan pertumbuhan ini.

MC Biotech perintis kepada bioteknologi baru Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman

MENTERI Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar menerima penerangan ringkas mengenai pembiakan microalgae dalam menghasilkan astaxanthin.

UCAPAN alu-aluan disampaikan oleh Pengarah Eksekutif MC Biotech, Mr. Kaneda Yuki.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - MC Biotech Sinar Suria Bio Center yang merupakan anak syarikat Mistubishi Corporation dan Nissui dirasmikan oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar. Majlis Pembukaan rasmi syarikat yang baru itu berlangsung di Bio Innovation Corridor, Jalan Dang Kumala, Kampung Tungku. Mistubishi Corporation telah pun terlibat dalam projek-projek di negara ini sejak tahun 1960-an. Terdahulu sebelum itu, Pengarah

MC Biotech, Yuki Kaneda dalam ucapan alu-aluannya berkata MC Biotech adalah merupakan kemudahan bioteknologi komersial yang pertama di Brunei. Mistubishi Corporation terangnya, berhasrat untuk berkembang maju di dalam pelbagai industri terutamanya dalam industri Life-Science selaras dengan hasrat kerajaan Brunei. Menurut beliau, projek ini telah melalui perjalanan yang panjang bermula dari akhir tahun 2011 sejak lawatan pertama delegasi Mistubishi Corporation ke tapak berpotensi di negara ini dengan sokongan padu daripada Kementerian SumberSumber Utama dan Pelancongan (KSSUP); Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB); Bahagian Pembangunan Industri Halal Global; Enterprise Industrial Site Management the FDI unit; Nissui dan Biogenic serta Jabatan Tenaga di JPM.

Peranan dan misi MC Biotech ujarnya, adalah untuk menghasilkan Astaxanthin semula jadi dari penanaman alga. Astaxanthin adalah pigmen merah yang berlaku secara semula jadi, kaya dengan antioksidan yang bermanfaat dalam anti-penuaan manusia. Ianya adalah bahan neutraseutikal yang sangat berharga, sering digunakan sebagai bahan minuman sihat, makanan tambahan kesihatan serta produk kosmetik. Walaupun ini adalah langkah kecil, saya berharap agar MC Biotech boleh menjadi perintis kepada bioteknologi baru dan industri Life-Science di Brunei selain mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan peluang penyelidikan dan akhirnya menembusi pasaran halal global. Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun, Puan Yang Terutama Noriko Iki. Sementara itu, Awangku Md. Hafiz Radzuan bin Pengiran Jamaludin dan Abdul Wafiy bin Haji Omarali, bekas pelajar Sekolah Vokasional Wasan dalam jurusan Diploma Kebangsaan Perikanan ketika ditemui berkata, mereka sangat bersyukur apabila pihak sekolah menghubungi mereka untuk tawaran bekerja di MC Biotech. ''MC Biotech telah menghubungi pihak sekolah untuk menawarkan pekerjaan kepada kami. Ini adalah

PELATIH berlatarbelakangkan bidang Diploma Kebangsaan Perikanan, Awangku Md. Hafiz Radzuan bin Pengiran Jamaludin menceritakan pengalaman beliau bekerja di MC Biotech Sinar Suria Bio Center kepada Pelita Brunei.

merupakan satu peluang yang sangat baik dan beharga bagi diri kami, lebih-lebih lagi pada ketika ini bukan mudah untuk mencari pekerjaan. ''Kami berharap MC Biotech akan terus berkembang maju di pasaran global supaya dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan bagi anak-anak tempatan seterusnya dapat lagi mempelbagaikan ekonomi negara,'' terang mereka. Perkara yang sama turut disuarakan oleh Zainul Fathi bin Wahid yang bertugas sebagai Operator Post Harvest Room. Dengan kemudahan yang ada ini menurutnya, diharap akan menyumbang kepada kepelbagaian ekonomi negara selain menjana peluang-peluang pembangunan pekerjaan dan perniagaan tempatan.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

7

Peserta Cabaran Antarabangsa Borneo Safari Ke-26 berlepas ke Sabah

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof berkesempatan bergambar kenangan besama ahli-ahli jawatankuasa dan para perserta yang menyertai 'The 26th Borneo Safari International Offroad Challenge 2016'.

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Oktober. - Seramai 63 peserta dari Negara Brunei Darussalam, Negeri Sarawak dan Republik Indonesia menyertai acara Cabaran Antarabangsa Borneo Safari

Ke-26 berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini. Pelepasan kereta pacuan empat roda bagi ahli-ahli (Persatuan Kereta Tahan Lasak Brunei (PKTLB) disempurnakan oleh Menteri

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan menyucapkan selamat jalan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan para perserta yang menyertai The 26th Borneo Safari International Offroad Challenge 2016.

Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof di Dermaga Bandar Seri Begawan. Terdahulu, Pengerusi Majlis, Mohd. Haldi bin Haji Mohd. Ali dalam ucapan alu-aluannya berkata, acara itu adalah pertama kali diadakan secara besar-besaran yang melibatkan agensi-agensi kerajaan dan juga swasta. Menurutnya, salah satu faktor utama mengikuti acara tersebut adalah untuk mendorong para ahli-ahli persatuan dan penggemar sukan ekstrem untuk mendalami lebih dalam pelbagai teknik dan aspek terutama sekali pengendalian kenderaan pacuan empat roda. ''Acara ini tidak hanya meliputi kenderaan sahaja, malah ia juga lebih kepada aktiviti mengeratkan silaturahim kepada penggemarpenggemar pacuan empat roda di antara Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan pengetahuan,'' jelasnya. Acara tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan seterusnya tetamu kehormat beramah mesra dengan para peserta dan diteruskan dengan melancarkan pelepasan.

Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan berpindah lokasi Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 28 Oktober. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) sukacita ingin memaklumkan bahawa Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan telah dipindahkan kepada Pejabat Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit yang terletak di Unit 1, Tingkat Bawah Bangunan Dar Takaful IBB Utama, Bandar Seri Begawan. Menurut siaran akhbar AMBD, pemindahan tersebut adalah untuk memudahcarakan dan meningkatkan lagi perhubungan dengan orang ramai. Oleh itu, pengguna kewangan yang ingin mendapatkan nasihat mengenai sebarang isu terhadap institusi-institusi kewangan yang berlesen di Negara Brunei Darussalam bolehlah berjumpa dengan perwakilan AMBD di lokasi baharu tersebut.

Wanita Filipina lafaz ikrar pengislaman

DALAM temu bual bersama Pelita Brunei, Dayang Nur Asalina binti Abdullah Pidoc, percaya agama Islam begitu indah dan penuh dengan hidayah untuk membimbing umat Islam menuju ke jalan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala.

RIMBA, Jumaat, 28 Oktober. Seorang wanita warga Filipina hari ini memeluk agama Islam dan melafazkan ikrar Islamnya yang sekali gus menambahkan lagi jumlah saudara baharu di negara ini. Alona Barsaga Pidoc, 28 tahun memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Asalina binti Abdullah Pidoc setelah melafazkan kalimah syahadah pada majlis yang berlangsung di kediaman Awang Ayob Khan bin Haji Muhammad di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Rimba. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ketua Kampung RPN Kampung Rimba Kawasan I, Awang Haji Adanan bin Taha. Majlis Pengislaman dikendalikan dan disaksikan oleh pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Da'wah Islamiah (PDI). Ketika ditemui oleh Pelita Brunei, Dayang Nur Asalina, penuh percaya agama Islam begitu indah dan penuh

dengan hidayah untuk membimbing umat Islam menuju ke jalan yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Pada menjelaskan keinginannya untuk memeluk Islam, beliau menceritakan pintu hatinya terbuka untuk menganuti agama ini sejak beberapa tahun kebelakangan dan berharap dapat mendalami agama Islam. Beliau yang sudah hampir setahun menetap dan bekerja di Negara Brunei Darussalam juga bersyukur kerana hasratnya untuk memeluk agama Islam tercapai setelah sekian lama. Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara baharu yang diraikan.

MAJLIS Pengislaman Alona Barsaga Pidoc disaksikan oleh Pegawai-pegawai dari Unit Pengislaman dan Bimbingan Saudara Baru, Pusat Da'wah Islamiah.

Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan dan Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit akan dibukakan kepada orang ramai pada waktu perkhidmatan, iaitu Isnin hingga Khamis dari jam 8:00 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:00 petang hingga 4:30 petang dan pada Jumaat bermula jam 8:15 pagi hingga 11:15 pagi. Perkhidmatan tersebut bagaimanapun adalah ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan cuti awam. Tarikh bermula operasi mengikut perubahan di atas adalah pada 31 Oktober 2016. Orang ramai boleh menghubungi Perkhidmatan Isu Pengguna Kewangan melalui talian +673 2233371 atau melalui e-mel fci@ambd.gov.bn. Manakala, Perkhidmatan Pelanggan Biro Kredit boleh dihubungi melalui talian +673 2233369 atau birokredit@ambd.gov.bn.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said


8

NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Festival Makanan Singapura hingga 3 Disember 2016 Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Royal Brunei Catering Sendirian Berhad (RBC) sekali lagi mengendalikan Festival Makanan Singapura (Singapore Food Festival - SFF) yang bermula dari 27 Oktober hingga 3 Disember 2016 yang diadakan di The Horizons Seafood Restaurant, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran festival tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Bahrin bin Abdullah. Juga hadir, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke negara ini, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai; Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Kementerian Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Hisham bin Haji Mohd Hanifah yang juga selaku Pengerusi RBC; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, ahli-ahli Lembaga Pengarah RBC, para jemputan dan media. Pengurus Am RBC, Awang Ahmad Husaini bin Hassan dalam ucapan alu-aluannya antara lain menjelaskan, RBC amat berbesar hati menjadi hos bagi SFF Kali Ke-9. SFF jelasnya, tidak akan berjaya tanpa sokongan padu yang berterusan serta populariti yang besar dan maklum balas yang positif daripada orang ramai, serta sokongan daripada Suruhanjaya Tinggi Singapura untuk menjadi tuan rumah

festival berkenaan. Pada majlis itu, tetamu kehormat menyaksikan pertukaran cenderamata antara TYT Pesuruhjaya Tinggi Singapura dengan Pengurus Am RBC diikuti dengan penyampaian cenderamata yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal) kepada tetamu kehormat majlis yang disaksikan oleh TYT. Melalui festival berkenaan, RBC mengenalkan beberapa masakan yang lazat dari Singapura termasuk makanan yang paling popular seperti Rojak Singapura, Nasi Ayam Hainan Singapura dan lain-lain. Selain menikmati makanan istimewa Singapura, para pelanggan juga diberikan harga promosi dan

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (kanan) semasa melancarkan Festival Makanan Singapura sambil disaksikan oleh Persuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai (tengah) dan Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Kementerian Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Haji Awang Hisham bin Haji Mohd. Hanifah yang juga selaku Pengerusi RBC (kiri).

berpeluang menyertai Pertandingan Instagram 'Dine, Snap and Win' bermula 27 Oktober hingga 3 Disember ini. Maklumat lanjut atau tempahan, orang ramai boleh menghubungi talian telefon, The Horizons Seafood Restaurant +673 2233400 / 401 atau talian Hotline Sales RBC +6737293848.

ANTARA menu yang dihidangkan di Festival Makanan Singapura yang diadakan di The Horizon Seafood Restaurant, Bandar Seri Begawan bermula pada 27 Oktober hingga 3 Disember 2016 (kiri dan kanan).

Amal yang kecil boleh membawa ke syurga

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan-Jabatan di bawahnya tidak ketinggalan mengadakan Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438H bertempat di Dewan Bankuet, JPM, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM (Korporat, PENGGERAK dan Ekonomi), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud; SetiausahaSetiausaha Tetap JPM, Timbalan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM, Ketua-Ketua Jabatan, pegawaipegawai kanan dan pegawai-pegawai

ANTARA yang hadir di Majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1438H yang berlangsung di Dewan Bankuet, JPM.

serta kakitangan JPM dan jabatanjabatan di bawahnya. Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan disusuli dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh graduan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Awang

Muhammad Syafie @Muhammad Firdaus bin Tasad. Pada majlis tersebut, Ceramah Khas bertajuk 'Harta Berkat Negara Selamat' yang merupakan tema Majlis Sambutan Awal Tahun 1438H disampaikan oleh penceramah undangan dari UNISSA, Awang Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit. Awang Mohd. Khairul Nazif dalam ceramahnya berkata, kita berfikir hijrah bermula dari Muharam tetapi sebenarnya kalau kita imbas peristiwa hijrahnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ianya bukan pada bulan Muharam tetapi berlaku pada 28 Safar di mana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersama sahabat Baginda memulakan perjalanan di Yathrib (Madinah). Menurutnya, selepas wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian Sayidina Abu Bakar memegang perintah selama dua tahun dan bertukar kepada Sayidina Umar. Pada masa itu tambahnya, Sayidina Umar mengumpul para sahabat supaya berbincang bagi memilih bulan apa untuk memulakan awal tahun Hijrah yang mana ada yang berpendapat ada baiknya awal tahun Hijrah dimulakan

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said setelah diputerakan Nabi Isa, ada juga berpendapat pada awal bulan Ramadan, ada juga berpendapat untuk ditetapkan pada wafatnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, namun semua ini tidak dipersetujui oleh Sayidina Umar. ''Setelah itu Saidina Umar memilih untuk menetapkan awal tahun Hijrah pada permulaan bulan Muharam kerana sebelum bulan itu ialah satu bulan di mana umat Islam segelintirnya menunaikan ibadah haji dan bila mana mereka balik setelah mendapat haji mabrur, seolah-olah mereka ini seperti bayi yang baru lahir yang tidak berdosa. Sebab itulah ditetapkan awal tahun Hijrah pada awal bulan Muharam,'' ujarnya. Kalau kita lihat semua, jelasnya lagi, kita mempunyai azam baru setiap awal tahun Hijrah yang mana semua kita seratus peratus menginginkan 'I want to be a better Muslim', aku mahu menjadi seorang Muslim dan Islam yang lebih hebat dan kita pun bertungkus lumus membuat semua itu untuk menjadi Islam yang hebat. Tetapi sebenarnya dalam hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tambahnya, dalam kehidupan, kita boleh mendapat pahala yang teramat senang tanpa perlu menggerakkan lidah, tanpa perlu berzikir tetapi mendapat pahala daripada mata, iaitu pertama, jika kita melihat kepada lautan, melihat kepada lautan hati kita akan berkata 'MasyaAllah betapa hebatnya ciptaan Allah Subhanahu Wata'ala,' dan di situ kita mendapat pahala. Kedua jelasnya, ketika kita melihat kaabah, manakala ketiga pula ialah melihat kedua orang tua kerana sayangnya kita akan kedua ibu bapa kita dan keempat ketika kita

melihat Al-Quran. Dalam ceramahnya juga menyentuh kelebihan sedekah yang mana walaupun hanya sedikit, dan jika kita lihat betapa sedikitnya amalan kita berkemungkinan amal yang kecil itulah yang akan membawa kita ke syurga Allah Subhanahu Wata'ala. Majlis yang dikendalikan bersama oleh Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN) itu diteruskan dengan bacaan Zikir Asmaul Husna beramai-ramai. Sambutan Awal Tahun Hijrah merupakan salah satu aktiviti tahunan keagamaan JPM yang bertujuan untuk memperingati dan membesarkan Sambutan Awal Tahun Hijrah, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

PENCERAMAH undangan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Mohd. Khairul Nazif bin Haji Awang Damit, menyampaikan ceramahnya bertajuk 'Harta Berkat Negara Selamat'.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

9

Kebawah DYMM akan berangkat sertai Riadah Berbasikal Ahad ini Dari muka 1 Dato Paduka Dr. Haji Affendy menjelaskan, riadah berbasikal itu nanti akan mengelilingi Bandar Seri Begawan sejauh 11.3 kilometer dan akan menggunakan beberapa batang jalan raya di Bandar Seri Begawan melintasi beberapa bangunanbangunan ikonik dan bersejarah seperti Masjid Omar Ali Saifuddien, Bangunan Lapau, Bangunan Jabatan Perdana Menteri dan Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

Jalan-jalan yang akan digunakan adalah seperti Jalan Elizabeth II, Jalan Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Jalan Mc Arthur, Jalan Kianggeh, Jalan Tasek, Jalan sekolah, Jalan Kumbang Pasang, Jalan Perdana Menteri dan Jalan Raja lsteri Pengiran Anak Saleha. Ke arah itu, KKBS mengajak orang ramai dari pelbagai peringkat umur lelaki dan wanita serta kanak-kanak untuk menyertai riadah berbasikal berkenaan, walau bagaimanapun adalah dinasihatkan kepada orang ramai untuk datang lebih awal

sekurang-kurangnya sebelum pukul 6.45 pagi dan diseru untuk mengambil langkah-langkah keselamatan dan berhati-hati apabila berbasikal nanti. Apa yang diharapkan ialah aktiviti riadah berbasikal ini akan dapat menanamkan sikap gaya hidup sihat dan beriadah dalam kalangan rakyat dan penduduk bagi sama-sama mendukung ke arah warga sihat. Riadah berbasikal ini juga adalah sebagai nilai tambah kepada program Bandarku Ceria yang diadakan setiap Ahad bermula sejak 2 Oktober lalu.

Juga hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof dan

wakil-wakil dari Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Basikal Negara Brunei Darussalam.

SETIAUSAHA Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin (dua, kanan), Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof (tiga, kanan) dan wakil-wakil dari Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), Pasukan Polis Diraja Brunei, Kementerian Kesihatan dan Persekutuan Basikal Negara Brunei Darussalam semasa Sidang Media Riadah Berbasikal.

TD123 perkenalkan dua saluran baharu Oleh : Khartini Hamir Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

BERIBI, Rabu, 26 Oktober. - Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada orang ramai, Talian Darussalam 123 (TD123) telah memperkenalkan dua saluran baharu untuk orang ramai membuat aduan atau mengemukakan pertanyaan. Menjelaskan mengenai perkara tersebut pada Sidang Media Mengenai TD123 yang diadakan bertempat di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan Negara Brunei Darussalam di sini ialah Pengarah Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Dayang Mazriyani binti Haji Abdul Ghani. Dua saluran baharu tersebut jelas Dayang Mazriyani lagi, adalah menerusi aplikasi telefon bimbit 'TD123 Mobile App' dan 'TD123 Live Chat'. Talian Darussalam 123 tambahnya lagi, adalah merupakan pusat panggilan kebangsaan bagi perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan yang berbentuk bukan kecemasan yang merangkumi pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan, iaitu Jabatan Perkhidmatan Elektrik; Kementerian

Pembangunan; Kementerian Kesihatan; Jabatan Pengangkutan Darat; Jabatan Laut; e-Darussalam; PSC Recruitment dan OneBiz. Dari bulan Mac 2014 hingga September 2016, Talian Darussalam 123 telah menguruskan sebanyak 756,959 panggilan dengan jumlah purata sebanyak 24,000 panggilan sebulan. Tambahnya lagi kedua-dua saluran baru ini adalah tambahan kepada saluran yang sedia ada, iaitu melalui panggilan telefon di 123; e-mel (info@123.com.bn); Laman web (www.123.gov.bn); atau melalui rangkaian media sosial Facebook (www.facebook.com/td123bn); Instagram (@td123bn) dan Twitter (@td123bn). Melalui saluran 'TD123 Live Chat', orang ramai boleh menggunakan platform pesanan 'Whatsapp' untuk menghantar video dan gambar mengenai aduan atau pertanyaan kepada 8333123. Sementara, 'TD123 Mobile App' pula membolehkan orang ramai untuk menghantar aduan melalui gambar, memantau status aduan, dan menerima notifikasi serta makluman melalui telefon pintar dan tablet. Aplikasi ini disediakan bagi pengguna iOS dan Android dan boleh

dimuat turun daripada App Store dan Google Play. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, orang ramai bolehlah melayari laman web www.123.gov.bn atau menghubungi mana-mana saluran Talian Darussalam 123 yang sedia ada. Juga hadir pada sidang media berkenaan ialah Ketua Divisyen Pengurusan Perkhidmatan, Awang Haji Ibnu Khairinuddin bin Haji Awang Ibrahim dan Pengurus Perkhidmatan Talian Darussalam, Dayang Norramemi binti Sahari.

PENGARAH Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Dayang Mazriyani binti Haji Abdul Ghani (dua, kanan) menjelaskan mengenai Talian Darussalam 123 (TD123) di Sidang Media yang berlangsung di Pusat Kebangsaan E-Kerajaan Negara Brunei Darussalam.


10

AGAMA

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Belia Berwawasan : Pemangkin Transformasi

M

ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Belia adalah salah satu aset negara yang sangat berharga, Islam juga memandang kepentingan belia dalam pembangunan ummah. Al-Quran banyak menceritakan kisah para belia contohnya perjuangan para Nabi dan Rasul Alaihissalam yang kesemuanya adalah orang-orang yang terpilih daripada kalangan pemuda dan belia. Ibnu Abbas Radhiallahuanhu pernah berkata yang maksudnya : ''Tidak ada seseorang Nabi pun yang diutus Allah, melainkan ia dipilih dalam kalangan pemuda sahaja(tiga puluh hingga empat puluh tahun). Begitu pula tidak ada seorang alim pun yang diberi ilmu melainkan ia hanya daripada golongan pemuda.'' Junjungan kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun. Pengikutpengikut Baginda yang membentuk generasi pertama Islam kebanyakannya juga terdiri daripada kalangan pemuda dan belia, bahkan ada yang masih kecil, yang paling muda ketika itu Ali bin Abi Thalib dan Az-Zubair bin Al-Awwam yang bari berusia lapan tahun, manakala yang termasuk dalam usia belia seperti Ja'far bin Abi Thalib yang berusia lapan belas tahun, Qudaamah bin Abi Mazh'un berusia sembilan belas tahun, Said bin Zaid dan

Shuhaib Ar Rumi berusia di bawah dua puluh tahun, 'Aamir bin Fahirah dua puluh tiga tahun, Mush'ab bin Umair dan Al Miqdad bin Al Aswad berusia dua puluh empat tahun, Abdullah bin Al Jahsy dua puluh lima tahun, Umar bin Al Khattab dua puluh enam tahun dan ramai lagi yang berusia di sekitar tiga puluh tahun. Malah ramai lagi para pejuang Islam yang terdiri daripada golongan pemuda dan belia. Mereka memperjuangkan dakwah Islam dan menjadi pembawa panji-panji Islam di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ataupun sesudah itu. Usamah bin Zaid ketika dilantik oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum Muslimin memasuki wilayah Sham dalam usia lapan belas tahun. Oleh yang demikian, belia-belia kita di negara ini hendaklah mencontohi kehebatan belia-belia di zaman tersebut, kerana merekalah yang akan menjadi tunggak kekuatan negara sebagai pewaris kepimpinan di masa hadapan, mereka perlu diasuh, dididik dan dibimbing dijalan yang betul agar menjadi manusia generasi berilmu, beriman, berilmu, bertakwa dan berakhlak mulia kerana dengan demikian sahajalah akan dapat melahirkan belia yang menjadi sumber tenaga yang mampu menyumbangkan ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Di negara kita, jumlah belia adalah merupakan lima puluh peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Jumlah tersebut separuh daripada penduduk di negara ini, maka amat wajarlah golongan ini dididik dan dibimbing menjadi generasi belia yang mempunyai wawasan dan cintakan negara. Generasi berwawasan yang melibatkan para belia adalah generasi penerus pembangunan negara yang akan dapat mendukung usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara 2035, iaitu ke arah rakyat yang berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, kehidupan rakyat yang berkualiti dan ekonomi yang dinamik dan berdayatahan. Keterlibatan para belia sebagai pemangkin transformasi di dalam proses transformasi negara adalah penting. Perubahan, penghijrahan dan transformasi adalah kemestian dalam usaha menuju negara yang maju dan dinamik. Ia memerlukan asas-asas dan

pendekatan yang transformatif bagi mencapai cita-cita tersebut. Maka adalah diharapkan dengan pelaksanaan sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-11 ini akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi penglibatan golongan belia di dalam aktiviti-aktiviti kebeliaan khususnya dan terlibat sama dalam usaha-usaha pembangunan negara amnya termasuk dalam kerja sukarelawan. Seandainya para belia di negara ini mempunyai wawasan, sudah pasti belia tersebut adalah belia yang hebat dan seterusnya menjamin kemakmuran dan kemajuan negara di masa hadapan. Dalam surah ada menceritakan, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah contoh terbaik dalam membimbing belia agar taat beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, taat kepada pemimpin, sayang kepada negara, berakhlak mulia, menjaga kesihatan akal, kebersihan jasmani dalam semua sudut yang membawa kepada kesempurnaan. Bimbingan ini akan mencorakkan jati belia itu sendiri agar bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara dan seterusnya menyediakan belia yang dikagumi Allah Subhanahu Wata'ala, sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis : Maksudnya : ''Daripada Uqbah bin 'Amir katanya : Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesungguhnya Allah Azzawajala sangat kagum kepada pemuda yang tidak ada padanya kelakuan pelik dan menyeleweng.'' Sebagai seorang belia Muslim yang beriman, mereka wajib taat kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan Rasul-Nya dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Adapun taat kepada Rasul ialah mencontohi keperibadian dan akhlak Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam semua aspek. Begitu juga para belia wajib mentaati kedua ibu bapa. Mereka hendaklah mengasihi, menghormati, berbakti, bersikap lemah lembut dalam tutur kata dan tingkah laku kepada keduanya selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah Subhanahu Wata'ala. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Israa', ayat 23 : Tafsirnya : ''Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia semata-mata dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya.''

Belia juga berperanan dalam menegakkan syiar Islam dengan menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, kerana amalan tersebut boleh menjadi benteng untuk menangkis segala gejala buruk dari merosakkan jiwa dan meracuni minda yang akibatnya nanti merosakkan belia dan masa depan negara. Para belia inilah yang menjadi harapan bangsa dan masa depan negara. Mereka menjadi contoh dan ikutan baik untuk diteladani, yang membawa kepada kecemerlangan ummah. Bahkan hasrat negara untuk berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya juga akan dapat dilengkapi dengan adanya generasi belia syumul, iaitu belia yang bukan sahaja cerdik pandai tetapi juga belia yang beriman dan bertakwa kepada Allah Subhananhu Wata'ala. Sesungguhnya golongan belia yang beriman dan bertakwa telah dijanjikan dengan kedudukan yang tinggi dan tergolong ke dalam tujuh golongan yang mendapat perlindungan di Hari Kiamat ketika berada di Padang Mahsyar, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Maksudnya : ''Daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda : ada tujuh golongan yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala di dalam naungan-Nya, iaitu pada hari tiada naungan lagi melainkan naungan yang dimiliki oleh Allah pada Hari Kiamat, mereka itu ialah imam yang adil, pemuda yang hidup sejak kecil hingga matinya sentiasa beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala.'' Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga Allah Subhnahu Wata'ala sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua dan belia-belia negara kita mempunyai keimanan yang kuat, akidah yang mantap dan keperibadian yang kukuh. Amin Ya Rabbal Alamin. Surah An Nahl, ayat 97 : Tafsirnya : ''Sesiapa yang mengerjakan amalan yang soleh sama ada laki-laki atau perempuan sedang dia orang yang beriman, maka sesungguhnya Kami sudah tentu akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik, dan Kami sudah tentu akan membalas mereka dengan ganjaran yang lebih baik daripada apa yang mereka telah kerjakan.''

Berhijrah kepada lebih baik, produktif BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membawa perubahan yang sangat besar kepada perkembangan pesat agama Islam di seluruh dunia. Hijrah adalah sangat relevan untuk diterapkan terutama terhadap individu, iaitu dengan menghijrahkan diri kita dari melakukan perbuatan yang ditegah dan boleh mendatangkan keburukan kepada melakukan perkara-perkara yang diwajibkan, bermanfaat dan produktif. Perkara tersebut diterangkan oleh pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah pada Majlis Ceramah Agama Sempena Hari Pos Sedunia / Awal Tahun Hijrah 1438 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat, Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan, di sini. Begitu juga dengan penjawat awam yang diamanahkan oleh kerajaan, menanai negara supaya tetap makmur, penjawat awam seharusnya amanah dan ikhlas berkerja dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka untuk lebih produktif, tambahnya lagi.

CERAMAH Agama sempena Hari Pos Sedunia dan Awal Tahun Hijrah 1438 yang disampaikan oleh pegawai dari Pusat Da'wah Islamiah, Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ketua Pos Agung, Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai

yang dikepalai oleh Awang Haji Muhd. Rashid bin Haji Jais dan diserikan lagi dengan bacaan dikir Ashrakal yang dibacakan oleh pendikir-pendikir dari Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP).

Oleh: Ak. Syi’aruddin Pg. Dauddin Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Mohd. Ali Sambutan tersebut antara lain diharap agar dapat menambah nilai pos yang bermakna kepada warga pos

khususnya, termasuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai dan kakitangannya.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

11

Pilih tema Sambutan Hari Kebangsaan mudah difahami Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (tengah) semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke-33, Tahun 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Mac. - Tema Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan yang mudah difahami akan memberi impak dalam menyerlahkan semangat dan pengisian bagi menyemarakkan patriotisme dan kesetiaan tidak berbelah bahagi ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato

Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menekankan perkara itu semasa mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-33 Tahun 2017 (JKT) yang berlangsung di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). "Tema yang mudah dihayati ialah bila mana banyak pihak boleh mengadakan projek dan program sepanjang tahun yang berisi bagi

kemanfaatan orang ramai dan negara," kata Yang Berhormat. Tambah Yang Berhormat, logo sambutan pula, bukan sahaja bagi pengenalan malahan memberi perlambangan yang memperkuat tema dan memberi tafsiran-tafsiran yang tajam nilai-nilai yang murni yang patut ada dalam hati dan jiwa seluruh masyarakat ke arah kecemerlangan serta bagaimana ia boleh dimanfaat oleh orang ramai bagi pelbagai tujuan. Agenda mesyuarat antara lain

membincangkan mengenai tema dan logo sambutan; Upacara Menaikkan dan Menurunkan Bendera Besar Negara Brunei Darussalam; Majlis Doa Kesyukuran; Konsep Upacara Perhimpunan Agung; peruntukan dan acara-acara sampingan sambutan. Dalam ucapannya Yang Berhormat juga menyembahkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan syabas di atas segala kerjasama dan komitmen yang telah diberikan oleh semua pihak dalam pengendalian Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-32 yang telah berjalan dengan lancar, baik lagi teratur dari semua aspek. Yang Berhormat berkata, JKT telah melihat pembaikan-pembaikan pendekatan terutama dalam penyediaan pengangkutan dan latihan persembahan padang. "Perkembangan ini mendorong semua pihak untuk membuat yang lebih baik," ujar Yang Berhormat. Seterusnya, Yang Berhormat berharap supaya usaha yang bersepadu dalam bentuk berjawatankuasa akan terus menerus dapat menunaikan

tanggungjawab menyempurnakan delivery pada sambutan tahun hadapan. "Selain itu, acara-acara sampingan yang disempenakan dengan sambutan dipastikan kesesuaiannya dan tempoh untuk mengadakannya tidak tersasar jauh berbulan-bulan daripada tarikh sambutan," ujar Yang Berhormat. Dalam pada itu Yang Berhormat juga berkata, golongan belia perlu diketengahkan dalam acara Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam untuk memperlihatkan keaktifan, potensi dan daya cipta mereka. Yang Berhormat menambah, adalah mustahak komposi peserta dalam perbarisan dan persembahan Upacara Perhimpunan Agung sambutan untuk diambil perhatian. Turut hadir di mesyuarat tersebut, Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei; SetiausahaSetiausaha Tetap dan TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap.

SMARTER terus bimbing tingkatkan potensi autisme

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS),Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof bergambar ramai bersama-sama ahli-ahli SMARTER Brunei.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Azmah Haji Ahad BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Persatuan Bagi Autisme Dalam Latihan, Pendidikan dan Sumber Brunei Darussalam (SMARTER) Brunei akan terus memastikan individu-individu dengan autisme menerima bimbingan dan

program yang bersesuaian bagi meluaskan lagi potensi mereka. Ini termasuk menyediakan persekitaran pembelajaran dan kehidupan yang selamat, sihat dan selesa seperti taman permainan kanak-kanak.

Majlis Perasmian Taman Permainan Kanak-Kanak bagi persatuan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang berlangsung di Pusat SMARTER Edge di Kampung Perpindahan Mata-Mata, Gadong. Terdahulu Presiden SMARTER

Brunei, Malai Haji Abdullah bin Malai Haji Othman antara lain melahirkan rasa gembira di atas sumbangan taman permainan yang mementingkan keselamatan, kesesuaian dan ketenangan. "Kira-kira satu peratus iaitu daripada 700 juta jumlah populasi dunia mempunyai penyakit spektrum autisme (CDC, 2014) yang merupakan satu isu perkembangan yang kompleks,"

jelasnya. Tambahnya, tanda-tanda awal biasanya muncul di saat awal kanak-kanak dan menjejaskan seseorang itu dengan keupayaan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain tetapi malangnya autisme dilihat sebagai hilang keupayaan, terasing dan tidak dianggap seperti manusia normal tetapi autisme adalah unik. Menurutnya lagi, masyarakat lupa impak autisme telah membentuk pengasingan sosial dan penolakan, ketegangan emosi, keletihan fizikal dan beban kewangan. Malai Haji Abdullah juga menekankan anak-anak autisme ini memerlukan perhatian yang penuh dari kedua ibu bapa, adik-beradik dan keluarga supaya dapat menangani dan memahami mereka dengan baik. "Sebab itulah SMARTER Brunei bersedia untuk memberi perkhidmatan bagi membantu mereka yang memerlukan," ujarnya. Taman permainan sumbangan Syarikat Kejuruteraan China Harbour (CHEC) bagi Pusat Perkembangan Awal dan Pemulihan SMARTER tersebut dihasrat dapat memenuhi strategi pendekatan persatuan berkenaan iaitu Welcoming, Inviting, Supporting and Encouraging. Juga hadir Setiausaha-Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil.


12

HARIHARI SABTU 29 OKTOBER 2016 PELITA BRUNEI ISNIN 27 OKTOBER 2015

W:84.56pt H:29.157pt Grafik : Foto-Pelita : logopelitamaskhea

13

HARI SABTU 29 HARI OKTOBER PELITA BRUNEI ISNIN2016 27 OKTOBER 2015

DYTM berangkat rasmikan Pesta Konvo Ketiga UTB Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Masri Osman

Dari muka 1 Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal sebagai memulakan majlis. Pada majlis berkenaan DYTM berkenaan menyempurnakan majlis perasmian Pesta Konvo Ketiga UTB. Tema Pesta Konvo UTB, 'Experiential Learning Partnership (XLR8)' kali ini menggambarkan hasil usaha UTB untuk bergerak pantas secara strategik demi

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pro-Canselor Universiti Teknologi Brunei (UTB) semasa berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pesta Konvo Ketiga UTB 2016.

mencapai visinya menjadi salah sebuah daripada 10 universiti kejuruteraan dan teknologi terbaik di rantau Asia Tenggara menjelang 2018. DYTM berkenan menandatangani plak bagi merasmikan Galeri 30 Tahun penubuhan UTB. DYTM kemudian menyaksikan pameran-pameran XLR8 yang mengandungi empat komponen, iaitu 'Perjalanan'; 'Perkongsian Bersama Rakan Strategik'; 'Graduan 360°' dan 'Kitaran'. Pameran Perjalanan memaparkan perkembangan UTB sejak penubuhannya 30 tahun yang lalu dalam menghasilkan graduan di Peringkat Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) kepada Peringkat Sarjana Muda. DYTM juga berkenan menyaksikan beberapa persembahan daripada para pelajar UTB. DYTM seterusnya menyaksikan pameran 'Perkongsian Bersama Rakan Strategik' yang merupakan salah satu cita-cita strategik UTB. Penglibatan industri dengan UTB adalah dalam bidang penggubalan kurikulum, penempatan

kerja, pemindahan pengetahuan dan perkongsian dalam menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Rakan-rakan strategik yang menyertai pameran ialah Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad, Piper Aircraft Inc., Institution of Mechanical Engineers (IMEchE), Amec Foster Wheeler dan BIBD At-Tamwil. Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota yang dianjurkan oleh UTB juga dipamerkan.

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah sejurus berangkat tiba pada Majlis Perasmian Pesta Konvo Ketiga UTB 2016.

DYTM berkenan mendengarkan sembah penerangan semasa berangkat ke salah sebuah ruang pameran Pesta Konvo Ketiga UTB 2016.

DYTM berkenan mendengarkan sembah penerangan semasa berangkat ke ruang pameran Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota anjuran UTB.

DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada graduan-graduan luar negara yang mengikuti pengajian mereka di UTB.

DYTM semasa berkenan menyaksikan Pameran Perjalanan memaparkan perkembangan UTB sejak penubuhannya 30 tahun yang lalu serta berkenan melakukan imbasan Kod QR.

'Graduan 360°' adalah produk utama UTB kerana UTB percaya, di samping kecemerlangan dalam bidang akademik, penglibatan dalam bidang ko-kurikulum seperti kepimpinan, kesukanan dan keagamaan mampu membentuk graduan yang serba boleh dan mempunyai tanggungjawab sosial ekonomi, di samping memiliki nilai-nilai Melayu Islam Beraja (MIB). Sementara itu, pameran 'Kitaran' memperlihatkan salah satu platform

bagi para graduan UTB untuk masih terus bergiat dan menyumbang kepada pembangunan universiti melalui penglibatan dalam pertubuhan alumni UTB. Selepas menyaksikan pameran, DYTM berkenan bergambar ramai bersama beberapa orang wakil pelajar UTB dan juga menerima

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda (Dr.) Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan menerima pesambah daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTB.

pesambah daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTB. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada pelajar-pelajar UTB.

DYTM semasa berkenan bergambar ramai bersama Majlis Perwakilan Pelajar UTB.

Pesta Konvo diadakan setiap tahun bagi meraikan para pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian mereka. Beberapa acara akan diadakan sempena pesta tersebut termasuk

Pesta Kerjaya, Peraduan Bahas, 'XLR8 Fun Run' dan 'Kitaran'. Sementara Majlis Konvokesyen UTB 2016 akan berlangsung pada 7 November depan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016


IKLAN

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

15

BAHAGIAN KIHDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN POLITEKNIK BRUNEI

BAHAGIAN KHIDMAT BAKTI NEGARA (BKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

BLOK 2E, KONDOMINIUM JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN

BILANGAN TAWARAN : 22/OKTOBER/2016/PKBN/1.40/16

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN PELBAGAI PAKAIAN BAGI PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) BAGI PENGAMBILAN KE-6, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.

TAWARAN BILANGAN SEBUT HARGA :

BILANGAN TAWARAN : 24/OKTOBER/2016/PKBN/1.40/16

PB/AJKKONVO3/Q/2016-2017/002 KETERANGAN : Menyediakan Perkhidmatan Katering bagi Majlis Konvokesyen Politeknik Brunei Kali Ketiga 2017M/1438H BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : NIL

PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN PELBAGAI KASUT BAGI PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) BAGI PENGAMBILAN KE-6, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Dokumen Sebut harga boleh diperolehi dari Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari/waktu bekerja. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang disediakan di:

TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 15 November 2016 (Tidak lewat jam 2.00 Petang)

Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110 Negara Brunei Darussalam. (PETI SEBUT HARGA BERWARNA HIJAU)

WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN Isnin hingga Khamis

Tidak lewat jam 2.00 Petang hari Khamis, 3 November 2016. Tarikh terakhir mengambil dokumen sebut harga adalah pada hari Rabu, 2 November 2016 jam 11.00 Pagi.

8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi Untuk keterangan lebih lanjut boleh merujuk ke Politeknik Brunei seperti di atas.

Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) semasa waktu bekerja melalui talian telefon : +673 2340033 / +673 2340045 yang bertempat di Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Blok 18, Simpang 32-15, Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas BB3713, Negara Brunei Darussalam.

MAHKAMAH RENDAH SYARIAH NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PERINTAH ACARA MAL MAHKAMAH-MAHKAMAH SYARIAH, 2005 SAMAN GANTIAN DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI DAERAH BRUNEI DAN MUARA DALAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Saman No. BM/MRS/MAL-B/S009A/463/06-2016 DI ANTARA DAYANG ROBIAH BINTI ABD. GHANI Plaintif / Pemohon DAN MUHD. HAFIZ AL ISLAM BIN ABDULLAH ALAK @ ROSBINI BIN ALAK

Defendan / Responden KEPADA : MUHD. HAFIZ AL ISLAM BIN ABDULLAH ALAK @ ROSBINI BIN ALAK NO. KAD PENGENALAN : 00-262809 (KUNING) BERALAMAT : NO.98 KAMPONG WASAN JALAN LIMAU MANIS,BH2523 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. KAMU adalah dengan ini disaman supaya hadir secara sendiri atau melalui Peguam Syarie kamu di hadapan Mahkamah Rendah Syariah di Daerah Brunei dan Muara, pada Rabu, 7 Safar 1438H / 7 November 2016M pada pukul 2.30 Petang untuk menjawab tuntutan terhadap kamu oleh plaintif yang dinamakan di atas, bagi Permohonan Cerai Dibawah Janji Ta'liq. Sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingkar hadir

di mahkamah pada hari dan masa yang ditetapkan, mahkamah boleh meneruskan untuk mendengarkan dan memutuskan kes tanpa kehadiran kamu. Dan sila ambil perhatian bahawa jika kamu ingin membela diri terhadap tuntutan tersebut, kamu hendaklah memfailkan di mahkamah ini dan menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan dalam borang yang ditetapkan sebelum tarikh yang disebut di atas atau hadir di mahkamah pada tarikh itu. Bertarikh : 29 Syawal 1437 H / 3 Ogos 2016 M

(METERAI) Mahkamah Rendah Syariah Daerah Brunei dan Muara Negara Brunei Darussalam.

JABATAN PERBENDAHRAAN KEMENTERIAN KEWANGAN PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA Bilangan Sebut Harga : JPKK/A/138 Q.20/2016 Tajuk Sebut Harga : MEMBEKALKAN 20,000 BUAH BUKU KUPON HOSPITAL $1.00 Tarikh Tutup / Jam : 7 November 2016 (Isnin), 9.00 Pagi Tempat Menghantar Sebut Harga : Peti Sebut Harga (Quotation Box) Jabatan Perbendaharaan Level 2, Tower Block Bangunan Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Negara Brunei Darussalam.

Syarat-Syarat Penyertaan : 1. PEMOHON adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, Negara Brunei Darussalam. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope) menulis (dengan jelas) dengan menyatakan TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 4. Setiap borang tawaran hendaklah diisi dengan lengkap dan dicap syarikat menggunakan dakwat BIRU sahaja. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan

ke dalam PETI TAWARAN SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA JABATAN PERBENDAHARAAN TINGKAT 2, TOWER BLOCK BANGUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN COMMONWEALTH DRIVE, BB3910 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Tarikh akhir menghantar : 7 November 2016 (Isnin) sebelum jam 9.00 Pagi. 7. Setiap satu borang tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 8. Borang tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN.


16

IKLAN INSTITUT PENDIDIKAN TEKNIKAL BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI TAWARAN adalah dipelawa bagi : Tajuk Projek : Kerja-Kerja Pembekalan, Pemasangan dan Uji Cuba Paip Angin Tekanan Tinggi (High Air Pressure Piping) dari Compressor ke Mesin-Mesin Percetakan di Bangunan Cawangan Percetakan Keselamatan Bilangan : GP/ADM/RKN/03/2016 Tarikh tutup : 8 November 2016 (Selasa) tidak lewat jam 2.00 Petang Syarat-Syarat Tawaran : 1. Syarikat-syarikat yang berminat hendaklah mendapatkan dokumen tawaran dari : KAUNTER PENYAMBUT TETAMU BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN, BAY 1 JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Isnin hingga Khamis dan Sabtu 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 4.00 Petang 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup (sealed) dengan menyatakan tajuk projek (di bahagian atas sampul surat berkenaan) tanpa menunjukkan nama syarikat dan ditujukan kepada : JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 3. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah disediakan di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 1, Bay 1, Jabatan Percetakan Kerajaan tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 8 November 2016. 4. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan waktu yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. 5. Kerajaan Kawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalamtidak semestinya terikat atau menerima tawaran yang terendah atau sebarang tawaran yang difikirkan tidak munasabah.


HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

IKLAN

17

JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN BAGI SEKOLAH UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA BAGI TEMPOH 3 (TIGA) TAHUN DAERAH BRUNEI DAN MUARA Bil Rujukan Tawaran : 1. KHEU/JPI/BBP3/K/13/06 Nama Sekolah Ugama : SEKOLAH UGAMA PENGIRAN ANAK PUTERI MUTAWIKKLAH HAYATUL BOLKIAH, KG SERUSOP, KAWASAN BRUNEI II A Bil Rujukan Tawaran : 2. KHEU/JPI/BBP3/K/17/06 Nama Sekolah Ugama : SEKOLAH UGAMA LAMBAK KANAN, KG PERPINDAHAN LAMBAK, KAWASAN BRUNEI II A Bil Rujukan Tawaran : 3 KHEU/JPI/BBP3/K/44/06 Nama Sekolah Ugama : SEKOLAH UGAMA BATU MARANG, KAWASAN BRUNEI II B TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN SEKOLAH-SEKOLAH UGAMA, JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA, BAGI TEMPOH 3 (TIGA) TAHUN PEMBERITAHUAN TAWARAN SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT :

BAHAGIAN KHIDMAT BAKTI NEGARA (BKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN KHIDMAT BAKTI NEGARA (BKBN) KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PEMBEKALAN DAN PENGHANTARAN BARANG GUNA/PAKAI HABIS BAGI PROGRAM KHIDMAT BAKTI NEGARA (PKBN) BAGI PENGAMBILAN KE-6, KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN TAWARAN : 25/OKTOBER/2016/PKBN/1.40/16

1) SEBUT HARGA adalah dipelawa daripada Syarikat-Syarikat yang berdaftar terdiri daripada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2) Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan atau syarikat-syarikat swasta yang berhubung kait dengan kerajaan seperti Brunei Shell Petroleum (BSP), Cold Gas (LNG), Royal Brunei Airlines (RBA) dan seumpamanya tidak akan diterima. 3) Pemohon hendaklah membawa bersama SALINAN SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 tersebut dan COP SYARIKAT semasa mengambil borang tawaran sebut harga. 4) Setiap pemohon hendaklah mengambil 1 (satu) borang sahaja. (Tidak boleh berwakil) 5) Pemohon hendaklah menggunakan borang asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 6) Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di Daerah tempat sekolah tersebut. 7) Borang sebut harga serta salinan SIJIL PENDAFTARAN PERNIAGAAN 16 & 17 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat biasa yang tertutup (sealed envelope menulis dengan jelas TAJUK & BILANGAN TAWARAN DAN TARIKH TUTUP tanpa membubuh sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 8) Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA yang ditujukan kepada : PETI SEBUT HARGA, BAHAGIAN KEWANGAN TINGKAT 1 KEMENTERIAN HAL EHWALUGAMA JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Tarikh Akhir Mengambil borang Tawaran : (Selasa) 1 Safar 1438H / 1 November 2016M

Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga yang disediakan di : Tingkat 1, Ruang Masuk/Penyambut Tetamu (depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110 Negara Brunei Darussalam. (PETI SEBUT HARGA BERWARNA HIJAU) Tidak lewat jam 2.00 Petang, Khamis, 3 November 2016. Tarikh terakhir mengambil dokumen sebut harga adalah pada Rabu, 2 November 2016 jam 11.00 Pagi. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN) semasa waktu bekerja melalui talian telefon : +673 2340033 / +673 2340045 yang bertempat di Ibu Pejabat Bahagian Khidmat Bakti Negara (BKBN), Blok 18, Simpang 32-15, Flat Kerajaan Anggerek Desa, Jalan Berakas BB3713, Negara Brunei Darussalam.

Tarikh Akhir Menghantar : (Rabu) 2 Safar 1438H / 2 November 2016M sebelum Pukul 2.00 Petang. 9) Setiap satu borang tawaran sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat. 10) Borang tawaran sebut harga yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DILAYAN. 11) Berikut adalah masa-masa bagi mengambil borang-borang tawaran sebut harga : HARI ISNIN hingga KHAMIS 8.30 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 2.00 Petang hingga 3.30 Petang SABTU 8.30 Pagi hingga 11.00 Pagi 12) Borang-borang tawaran sebut harga boleh diperolehi di Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Blok 2 I, Tingkat 4, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Bandar Seri Begawan BA1311, Negara Brunei Darussalam.


18

IKLAN

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

HALAL SCIENCE AND METROLOGY CENTRE EID/SEBUTHARGA/2016-2017/13

JABATAN TENAGA DAN PERINDUSTRIAN JABATAN PERDANA MENTERI TAJUK TAWARAN : 1. TO SUPPLY AND DELIVER REAGENT FOR TEMPERATURE LABORATORY AT HALAL SCIENCE AND METROLOGY CENTRE EID/SEBUTHARGA/2016-2017/11 2. TO SUPPLY, INSTALL AND COMMISSION HEAVY DUTY DEHUMIDIFIER FOR HALAL SCIENCE AND METROLOGY CENTRE EID/SEBUTHARGA/2016-2017/12 3. TRACEABILITY AND CALIBRATION OF EQUIPMENT FOR METROLOGY LABORATORY,

TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup rapi dan dialamatkan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUT HARGA ARAS BASEMENT 1 JABATAN TENAGA DAN PERINDUSTRIAN JABATAN PERDANA MENTERI JALAN JABATAN PERDANA MENTERI, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Dokumen tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang telah disediakan di Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri. Tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah ini. Bilangan sebut harga dan tajuk

JABATAN TENAGA DAN PERINDUSTRIAN JABATAN PERDANA MENTERI TAJUK SEBUT HARGA : TO SUPPLY AND DELIVERY BIOANALYZER KITS FOR HALAL SCIENCE AND METROLOGY CENTRE BILANGAN TAWARAN : EID/SEBUTHARGA/2016-2017/24 TAWARAN hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup rapi dan dialamatkan kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Tenaga dan Perindustrian Jabatan Perdana Menteri Jalan Jabatan Perdana Menteri, BB3913 Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang telah disediakan di Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri. Tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan di bawah ini. Bilangan sebut harga dan tajuk sebut harga hendaklah dinyatakan di hujung sebelah kiri sampul surat berkenaan. Cagaran : BND5.00 (Untuk satu dokumen tawaran. Wang cagaran tidak akan dikembalikan). Tarikh Buka Sebut Harga : 17 Oktober 2016 (Isnin) Tarikh Tutup Sebut Harga : 29 Oktober 2016 (Sabtu) Jam : Tidak lewat jam 2.00 Petang Dokumen-dokumen sebut harga bolehlah diperolehi di Penyambut Tetamu, Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja, Isnin hingga Khamis, dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu, 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi.

MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS BANDAR SERI BEGAWAN SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 287/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJI AHMAD JUWANDA BIN DATO SERI SETIA AWG. HAJI ABD. RAHMAN dan HAJI AHMAD IBNUL ISTIKLAL BIN DATO SERI SETIA HAJI AWG. ABD. RAHMAN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh DATO SERI SETIA HAJI ABDUL RAHMAN BIN PEHIN KHATIB ABDULLAH yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 18 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas.

Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 21 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 300/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ABDUL HAMID BIN HAJI MOHD. YAMIN kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh HAJI MOHAMMAD YAMIN BIN MATUSIN yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 18 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah

sebut harga hendaklah dinyatakan di hujung sebelah kiri sampul surat berkenaan. Cagaran : BND5.00 (Untuk satu dokumen tawaran. Wang cagaran tidak akan dikembalikan). Tarikh Buka Sebut Harga : 17 Oktober 2016 (Isnin) Tarikh Tutup Sebut Harga : 29 Oktober 2016 (Sabtu) Jam : Tidak lewat jam 2.00 Petang Dokumen-dokumen sebut harga bolehlah diperolehi di Penyambut Tetamu, Tingkat Basement 1, Jabatan Tenaga dan Perindustrian, Jabatan Perdana Menteri, Jalan Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam pada waktu bekerja, Isnin hingga Khamis, dari jam 8.00 Pagi hingga 11.00 Pagi dan 2.00 Petang hingga 3.00 Petang dan Sabtu, 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi.

JABATAN BANDARAN TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI PEMBERITAHUAN TAWARAN TAJUK TAWARAN : MENAIKTARAF JETI PEKAN TUTONG BILANGAN TAWARAN : JBT/S/05/2016-2017 TARIKH TUTUP TAWARAN : RABU, 2 NOVEMBER 2016, JAM 2.00 PETANG 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup tanpa menunjukkan identiti pengirim. 3. Pada bahagian atas sampul surat berkenaan hendaklah ditulis bilangan tawaran serta tarikh tutup tawaran. 4. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan pendaftaran syarikat, salinan sijil perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 and 17 atau List of Directors) dan salinan kad pengenalan. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Bukit Bendera, Daerah Tutong dan dialamatkan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Borang tawaran boleh didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong, Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong. 7. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dilayan. 8. Yuran tawaran sebanyak BND2.00 hendaklah dijelaskan semasa mengambil borang tawaran dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan jika sekiranya syarikat yang turut serta tidak berjaya dalam tawaran tersebut.

permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 6 Oktober 2016. SURAT KUASA PUSAKA : LA NO. 283/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh ANG CHEE HUAT kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh ANG TO SENG yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah CUCU kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 25 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 September 2016. SURAT KUASA PUSAKA :

LA NO. 281/2016 KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh HAJAH KAMALIAH BINTI BEGAWAN PEHIN KHATIB DATO PADUKA HJ. ABD. WAHID kerana minta Surat Kuasa kepada harta pusaka yang dipunyai oleh BEGAWAN PEHIN KHATIB DATO PADUKA HAJI ABD. WAHID BIN HAJI AWANG BESAR yang telah meninggal dunia di NEGARA BRUNEI DARUSSALAM dengan sebab, iaitu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu, kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam MAHKAMAH BANDAR SERI BEGAWAN pada 25 Oktober 2016, jam 9.30 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam harta pusaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada MAHKAMAH PEGAWAI WARIS, BANDAR SERI BEGAWAN sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 29 September 2016. (MUHAMMAD AMIN LIM CHING) Penolong Pegawai Waris Negara Brunei Darussalam.


RENCANA

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

19

Lakukan pemeriksaan sendiri payudara Rencana dan Foto : Hezlinawati Haji Abdul Karim

K

ANSER payudara ialah sejenis penyakit kanser yang paling lazim di kalangan wanita di seluruh dunia termasuk di Negara Brunei Darussalam. Dalam perutusan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi yang terkandung dalam Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan yang baru lalu menyatakan seramai 801 wanita dalam tempoh 10 tahun lalu di negara ini didiagnosis dengan kanser payudara dan setiap tahun jumlah kes-kes baru meningkat ketika lebih ramai wanita tampil untuk mendapatkan nasihat perubatan dan diagnosis yang betul. Menyedari hal itu, kesedaran tentang penyakit merbahaya itu harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa dalam kalangan penduduk di negara ini, tidak hanya tertumpu pada golongan wanita malahan juga kepada golongan lelaki memandangkan penyakit yang boleh membawa maut ini tidak memilih jantina. Dalam pendekatan bersama Konsultan Oncology, Pusat Kanser Negara Brunei Darussalam, Dr.

Raden Mas Jefferi Ismail semasa berlangsungnya Program Kesedaran Kanser Payudara Program anjuran bersama Pusat Promosi Kesihatan dan Biro Wanita Majlis Perundingan Mukim Lumapas yang baru lalu menyatakan kes kanser di Negara Brunei Darussalam terus meningkat dari tahun ke setahun dan mungkin akan terus meningkat pada abad yang akan datang. Antara penyumbang kepada peningkatan kes-kes kanser yang boleh membawa maut itu jelasnya adalah jangka hayat penduduk di negara ini yang semakin meningkat, di samping pengambilan berlebihan makanan dari sumber darah merah yang diawet. Dr. Raden Mas Jefferi Ismail seterusnya menjelaskan, adalah penting bagi penduduk di negara ini agar meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kanser dan mengamalkan penjagaan kesihatan bagi mencegah dari dihidapi oleh penyakit yang bukan hanya dihidapi oleh golongan wanita malahan juga boleh dihidapi oleh golongan lelaki. Semasa program tersebut, Dr. Raden Mas Jefferi juga menyampaikan taklimat mengenai

PAMERAN yang berhubung kait dengan kanser payudara semasa Program Kesedaran Kanser Payudara.

Kanser Payudara di Negara Brunei Darussalam yang mana beliau menjelaskan, pemeriksaan sendiri payudara harus diamalkan dan pada peringkat awal, payudara tidak perlu dibuang sepenuhnya untuk tujuan rawatan. Antara yang diselitkan semasa program tersebut ialah perkongsian pengalaman saat-saat getir yang dialami oleh salah seorang bekas pesakit kanser payudara serta demonstrasi pemeriksaan sendiri payudara oleh Pegawai Perubatan Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Nurol-Ehsan binti Haji Abd. Hamid. FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA : Risiko kanser payudara yang boleh membawa maut itu mempunyai beberapa faktor iaitu jantina di mana 99% kes kanser payudara adalah dalam kalangan kaum wanita, manakala sebanyak 1% adalah dalam kalangan kaum lelaki. Mempunyai ahli keluarga yang menghidap kanser payudara dan pernah menghidap kanser payudara juga merupakan faktor risiko kanser payudara. Selain itu terdapatnya ketulan atau benjolan terdapat dalam payudara, mengambil suplemen yang mengandungi estrojen untuk jangka masa yang lama, mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti dan pendedahan radiasi dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan kanser payudara. Malahan meminum minuman keras yang berlebihan juga merupakan salah satu faktor risiko penyakit merbahaya ini. CARA-CARA MENGESAN KANSER PAYUDARA : Kanser payudara boleh dikesan melalui beberapa kaedah, iaitu :Mammogram Sejenis pemeriksaan yang menggunakan x-ray yang khusus untuk mengesan benjolan di payudara (untuk 40 tahun ke atas sahaja). Ultrasound: Sejenis pemeriksaan yang menggunakan mesin ultrasound untuk mencari ketumbuhan pada payudara Biopsy (FNAC / Core biopsy) : Pengambilan contoh tisu sel kanser dari tisu payudara yang disyaki dan ianya akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan menggunakan mikroskop. PEMERIKSAAN SENDIRI PAYUDARA Setiap wanita adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan, iaitu pada hari ke-7 hingga ke-10

KONSULTAN Oncology, Pusat Kanser Negara Brunei Darussalam, Dr. Raden Mas Jefferi Ismail ketika menyampaikan taklimat semasa Program Kesedaran Kanser Payudara anjuran bersama Pusat Promosi Kesihatan dan MPM Lumapas.

DEMONTRASI pemeriksaan sendiri payudara oleh Pegawai Perubatan Pusat Promosi Kesihatan, Dr. Hajah Nurol-Ehsan binti Haji Abd. Hamid semasa Program Kesedaran Kanser Payudara.

selepas datang haid bagi wanita yang belum putus haid atau pada tarikh yang sama bagi wanita yang putus haid. Jika terdapat perubahan pada payudara, wanita terbabit haruslah berjumpa dengan doktor di pusat-pusat kesihatan yang berdekatan. Selain itu golongan wanita boleh mendapatkan pemeriksaan payudara dari doktor atau jururawat setiap tahun. Bagi wanita yang berumur 38 tahun ke atas, pemeriksaan tambahan ini boleh dilakukan setiap tahun. RAWATAN BAGI KANSER PAYUDARA Bagi pengidap kanser payudara, beberapa kaedah rawatan boleh dilakukan, iaitu dengan membuat pembedahan untuk membuang tisu kanser pada payudara (tertakluk kepada peringkat kanser berkenaan). Selain itu, penghidap kanser

payudara juga boleh melakukan kemoterapi dengan menggunakan ubat cytotoxic untuk menghapuskan sel-sel kanser selain radioterapi, iaitu sejenis x-ray yang mempunyai tenaga tinggi bagi menghapuskan sel-sel kanser. Penghidap kanser payudara juga boleh membuat rawatan terapi hormon, iaitu sejenis rawatan kanser yang berfungsi mengurangkan tahap hormon estrojen dan menghalang sel-sel kanser daripada berkembang. Marilah kita cegah diri kita dari menghidap kanser payudara dengan amalkan cara hidup sihat seperti mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Luangkan masa kita untuk beriadah sekurang-kurangnya selama 30 minit sehari untuk 5 - 7 kali seminggu, hindari daripada merokok dan elakkan meminum terlalu banyak minuman keras.


20

NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

48 peserta musabaqah mara ke Peringakat Separuh Akhir BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Seramai 35 qari dan 13 qariah diumumkan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa pada tahun ini. Keputusan tersebut diumumkan oleh Pemangku Pengetua Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali, selaku Pengerusi Jemaah Hakim pada Majlis Pengumuman Keputusan dan Penyampaian Hadiah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa yang berlangsung di Masjid Kampung Belimbing, Jalan Subok, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta musabaqah berkenaan. Terdahulu, Ketua Bahagian Kemajuan Syiar Islam, Awang Haji Idris bin Haji Ali yang juga selaku Pengerusi Bersama Majlis dalam ucapan alu-aluannya berkata, jumlah penyertaan di peringkat suku akhir itu menunjukkan satu peningkatan berbanding tahun lepas, di samping

Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid Foto: Mohammad Sharizal Haji Said

kemunculan bakat-bakat baru di peringkat suku akhir tersebut. Awang Haji Idris juga menjelaskan musabaqah ini telah berusia 57 tahun telah mencatatkan banyak penampilan peserta baru di setiap tahun, pada peringkat umur peserta yang mengikuti musabaqah ini dapat dilihat yang mana peserta terbuka berusia 18 tahun hingga 65 tahun. Peringkat suku akhir musabaqah tahun ini menunjukkan daripada seramai 91 orang peserta, iaitu 48 daripadanya adalah peserta dari peringkat Zon / Daerah yang telah melayakkan diri ke peringkat itu, sementara 48 orang peserta adalah terdiri daripada peserta menunggu, iaitu peserta dari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Separuh Akhir Kebangsaan pada tahun lepas. Daripada jumlah berkenaan, seramai 68 merupakan peserta qari dan 23 pula peserta qariah.

Para hakim pertandingan yang bermula Isnin lalu itu, telah menilai dari sudut Tajwid, Lagu Fasahah dan Suara. Dalam ulasan yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Hakim turut menasihatkan para peserta yang layak ke peringkat separuh akhir itu supaya bersedia dengan memperbanyakkan latihan, memperbaiki kelemahan khususnya dari segi pengawalan dan ketahanan suara, kemahiran lagu Tarannum serta memantapkan ilmu Tajwid dan Fasahah. Latihan yang berterusan akan menambah keyakinan para peserta untuk terus maju ke hadapan sehingga dapat mempersembahkan mutu bacaan yang terbaik. Turut hadir SetiausahaSetiausaha Tetap dan TimbalanTimbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, pegawai-pegawai kanan dan peserta-peserta.

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Persatuan KACA capai Ulang Tahun Penubuhan Ke-31 Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

Dua warga Filipina memeluk Islam

PRESIDEN KACA, Dato Paduka Awang Haji Zainal bin Haji Momin (dua, kanan) hadir pada Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Berjemaah sempena Ulang Tahun Ke-31 Tahun (1986 - 2017) Persatuan KACA.

MAJLIS pengislaman bagi dua warga Filipina yang diadakan di kediaman Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Jalil di Jalan Madang, Kampung Manggis.

Oleh: Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Negara Brunei Darussalam diisytiharkan sebagai Negara Zikir yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi serta Ahli Sunnah Waljamaah sebagai pegangannya. Dengan kedatangan dua orang lagi saudara baharu yang memeluk agama Islam ini akan menambah jumlah umat Islam di negara ini yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai akhlak mulia dan mengagungkan ajaran syiar Islam. Dua perempuan warga Filipina melafazkan dua kalimah syahadah dan ikrar pengakuan pengislaman di hadapan Pegawai Pengislaman Pusat Da'wah Islamiah (PDI), Daerah Brunei dan Muara berlangsung di kediaman Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Jalil, Jalan Madang, Kampung Manggis, di sini. Donna Fe Monterde Sican, 33, yang memilih nama Islamnya sebagai

Dayang Auni Diyana binti Abdullah merupakan salah seorang pekerja Restoran Shabulicious. Semasa ditemu bual beliau menjelaskan keinginan untuk memeluk agama Islam sudah lama tersimpan di hatinya dan kini hasratnya menjadi seorang Islam telah tercapai. Katanya, untuk memeluk agama Islam bukanlah atas paksaan dari sesiapa tetapi ia lahir dari naluri hatinya sendiri untuk memeluk Islam tambahan lagi ia atas dorongan sahabat akrabnya. Beliau berharap setelah memeluk Islam akan mendalami lagi agama ini agar dapat mengubah kehidupannya untuk menjadi Muslim yang lebih baik. Sementara itu, Ruth Angely Padilla Tan, 25 telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Kameela Hadiya binti Abdullah yang juga salah seorang pekerja Restoran Shabulicious.

Semasa ditemu bual, Dayang Kameela Hadiya merasa teruja dan mengetahui bahawa setelah memeluk Islam akan mengubah cara kehidupannya seharian dan merasa bersih seperti ianya baru dilahirkan. "Saya sudah berada di Brunei Darussalam selama lapan bulan dan rakan-rakan serta pelanggan restoranlah yang banyak mendorong serta memberi pengajaran mengenai indahnya agama Islam," ujarnya. Bacaan Surah Al-Fatihah memulakan majlis diikuti dengan Majlis Pengislaman yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai dari PDI. Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada saudara-saudara baharu yang diraikan. Catatan keramaian masuk Islam seluruh negara dari Januari hingga September 2016 setakat ini berjumlah 380 orang yang mana Daerah Brunei dan Muara telah mencatatkan seramai 199 orang saudara baru.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - Pelbagai program dan aktiviti disusun bagi memeriahkan lagi ulang tahun penubuhan Persatuan Kanak-Kanak Cacat (KACA) Negara Brunei Darussalam Ke-31 yang jatuh pada 27 Oktober setiap tahun. Sehubungan itu, persatuan tersebut telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Berjemaah sempena Ulang Tahun Ke-31 Tahun (1986 - 2017) Pertauan KACA, bertempat di Ibu Pejabat KACA, Kampung Kiulap, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Presiden KACA, Dato Paduka Awang Haji Zainal bin Haji Momin. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah yang diimamkan oleh Penuntut Tahun 9, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB), Awang Md. Asyraffi bin Haji Ibrahim, diikuti bacaan Surah Yaa Siin diketuai oleh Awang Abdussyakur bin Haji Jahari. Majlis diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran sempena Ulang Tahun Ke-31 persatuan tersebut, diikuti Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah. Selain majlis keagamaan, Persatuan KACA juga akan mengadakan program-program dan aktiviti-aktiviti lain termasuk Projek Menabung KACA fasa kedua bagi tahun 2016 - 2020 (lima tahun); Projek 'Homebased' diperluaskan bagi tahun 2017 / 2018; Program Lawatan Ibu bapa, Sukarelawan dan Kakitangan KACA ke Pusat-Pusat Orang Kurang Upaya di luar negara bagi tahun 2017 / 2018; Walkaton KACA 2017 / 2018 pada bulan Mac 2017 dan Peraduan Mewarna dan Melukis di Peringkat Nasional dan ASEAN Sempena Ulang Tahun Ke-31 KACA (1986 - 2017). Ditubuhkan pada 27 Oktober 1986, Persatuan KACA merupakan sebuah badan kebajikan sukerela yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kebajikan Kanak-kanak Cacat Kurang Upaya di Negara Brunei Darussalam yang belum menghadiri sebarang bimbingan dan latihan secara formal. Dalam hal ini, KACA menyediakan program bimbingan dan latihan khusus agar kanak-kanak tersebut boleh hidup berdikari dan mampu meneruskan persekolahan di sekolah-sekolah rendah kerajaan, iaitu dapat menjalani pendidikan mainstream. Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Urusan KACA, Haji Awang Abd. Alim bin Haji Awang Othman; ahli-ahli jawatankuasa KACA, ahli-ahli KACA, para ibu bapa dan sukarelawan serta penuntut-penuntut Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan ITQSHHB.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

21

Pembarigaan sejarah makam secara teori, praktikal Oleh : Aimi Sani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 27 Oktober. - 'Bicara Sejarah : Pengajian Inskripsi Makam dan Batu Nisan Bersejarah di Negara Brunei Darussalam' anjuran Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) yang diadakan selama dua hari

bermula 26 Oktober 2016 berakhir dengan satu Majlis Penutup bertempat di Dewan Jawatan Dalam Pusat Sejarah Brunei, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan sijil kepada seramai lapan orang pembentang kertas kerja ialah Setiausaha Tetap II

SETIAUSAHA Tetap II KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil mendengarkan penerangan semasa menyaksikan pameran.

KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Pembentang-pembentang terdiri daripada pensyarah-pensyarah kanan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) serta graduan-graduan UBD dan mahasiswa Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Projek ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah kefahaman generasi sekarang dan akan datang mengenai warisan sejarah kita. Projek ini juga memfokuskan kajian inskripsi, pemuliharaan, pemeliharaan dan pesejarahannya ke atas makam dan batu nisan generasi terdahulu yang terdapat di Brunei. Antara objektif utama projek ini ialah bagi menyalurkan pengetahuan identiti calak kebruneian selain membarigakan kepada masyarakat mengenai hasil-hasil kajian PSB dan Institusi Tinggi mengenai makam dan batu nisan kepada masyarakat khususnya belia. Sementara itu, bekas graduan UBD, Awang Md. Fathullah bin Haji Rashid yang membuat kajian mengenai 'Batu Tarsilah : Beberapa Isunya' berkata, projek seumpama ini selain dapat meningkatkan kesedaran dan menambah kefahaman, ianya juga dapat menanamkan rasa kecintaan terhadap seni bina, nilai budaya dan nilai pensejarahannya terutama sekali kepada generasi baru seperti kami. Selain itu menurutnya, beliau

SETIAUSAHA Tetap II Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil menyampaikan sijil kepada salah seorang pembentang kertas kerja.

serta rakannya turut didedahkan dengan beberapa aktiviti secara teori dan praktikal yang boleh menambah pengetahuan dan pengalaman mereka tentang sejarah makam dan batu nisan. Perkara yang sama turut dipersetujui oleh Mahasiswa Tahun 2 Sarjana Muda Fakulti Syariah (Fiqh & Usuluddin) UNISSA), Awang Haji Muhd. Bilal Che Mat bin Haji Abu

Samah Shukri. Melalui projek ini menurutnya, kami dapat melihat sendiri replikareplika makam dan takapan batu nisan bersejarah yang dihasilkan oleh PSB. Ianya juga mendedahkan dan menarik minat para peserta untuk membuat pengkajian dengan lebih lanjut tentang warisan sejarah makam Sultan-Sultan di Negara Brunei Darussalam.

Proses permohonan LPA terus dibarigakan

ANTARA majikan yang terdiri daripada pengusaha tempatan yang menghadiri Jerayawara Pembarigaan Proses Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA).

TEMBURONG, Khamis, 27 Oktober. - Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengadakan Jerayawara Pembarigaan Proses Permohonan Lesen Pekerja Asing (LPA) bagi daerah ini betempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Utama Bumiputera, Pekan Bangar, di sini. Antara yang hadir, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Buruh (Korporat), Awang Zulhilmi bin Haji Abidin selaku Pengerusi Majlis; pegawai-pegawai kanan di Jabatan Buruh, pegawai-pegawai dari Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) serta Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan para majikan yang terdiri daripada

kalangan pengusaha tempatan. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Fatihah dan diteruskan dengan penyampaian Taklimat mengenai LPA daripada Penolong Pesuruhjaya Buruh, Dayang Nurlailani binti Abdullah Andry yang menerangkan mengenai LPA secara terperinci. LPA merupakan proses baru yang diperkenalkan di Jabatan Buruh, iaitu permohonan untuk mendapatkan kebenaran mendatangkan pekerja asing bagi berkhidmat di syarikat sektor-sektor swasta di negara ini. Antara objektif pelaksanaan Proses Baharu LPA ini adalah untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan efisien serta memudahkan orang ramai berurusan ke Jabatan Buruh,

di samping mendukung hasrat negara ke arah persekitaran yang kondusif-bisnes serta pengawalan pekerja yang lebih teratur dan selamat bagi menjaga kepentingan nasional. Selain itu, perlaksanaan LPA juga bertujuan mengutamakan penduduk-penduduk tempatan dalam pengambilan jawatan-jawatan dalam sektor industri yang dipegang oleh pekerja asing, yang mana ia diisikan oleh pekerja tempatan secara berperingkat-peringkat menggunakan mekanisma Nisbah Tempatan Asing. Juga meyampaikan taklimat pada jerayawara ini ialah Pegawai Kewangan dari Jabatan Buruh, Dayang Asiah binti Ibrahim yang menerangkan mengenai tatacara pembayaran wang taruhan pengambilan pekerja asing dengan memberikan tumpuan kepada salah satu proses yang perlu dibuat setelah mendapatkan LPA, iaitu penggunaan Jaminan Insuran Takaful Pekerja Asing (JITPA). Dua lagi taklimat telah disampaikan oleh pegawai TAP yang memberikan penerangan mengenai system e-Amanah, manakala pegawai dari APTK pula memberikan taklimat mengenai 'Mandatory Registration' atau Pendaftaran Mandatori. Turut diadakan ialah sesi dialog di antara para majikan dan Jabatan Buruh serta agensi-agensi yang menyampaikan taklimat. Bagi memberi kemudahan kepada orang ramai khususnya permohonan LPA supaya tidak berulang alik ke jabatan-jabatan berkenaan, agensi-agensi kerajaan yang berkaitan juga ditempatkan di kaunter-kaunter Jabatan Buruh, iaitu Kaunter Jabatan Imigresen dan Pendaftaran

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain Kebangsaan (JIPK), khusus bagi proses penerimaan permohonan visa bagi syarikat baharu di bawah LPA juga kaunter APTK. Proses permohonan LPA akan dilaksanakan secara berperingkatperingkat, iaitu Fasa Pertama, permohonan Lesen Baharu telah bermula 1 Oktober 2016; Fasa Kedua, permohonan Lesen Tambahan akan bermula 1 Januari 2017 dan Fasa Ketiga, permohonan Lesen Membaharui dan Pertukaran Kontrak akan bermula 1 April 2017. Ianya juga akan memberikan ruang waktu kepada majikan-majikan sedia ada yang telah mempunyai Lesen Pengambilan Pekerja Asing untuk membuat pendaftaran di

APTK dan TAP, yang mana ia adalah keperluan sebelum membuat permohonan LPA. Sebarang pertanyaan mengenai proses permohonan LPA, para majikan dan pihak-pihak berkepentingan bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Buruh HYPERLINK http://www.labour. gov.bn (www.labour.gov.bn); Facebook (Jabatan Buruh, Negara Brunei Darussalam) dan Instagram (labour.brunei) atau terus berkunjung ke Ruang Legar, Tingkat Bawah, Bangunan Jabatan Buruh, Jalan Dewan Majlis, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam dan juga Cawangan Pejabat Buruh di daerah masing-masing.

TAKLIMAT mengenai LPA disampaikan oleh Penolong Pesuruhjaya Buruh, Dayang Nurlailani binti Abdullah Andry.

SALAH seorang majikan mengajukan soalan semasa sesi dialog pada jerayawara tersebut.


22

NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

Pengenalan Landskap Undang-Undang Asas dan Am Oleh : Khartini Hamir Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas RIMBA, Rabu, 26 Oktober. - Seminar Perundangan bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan penting dan tepat pada masanya bagi menyokong titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan yang mengingatkan supaya perkhidmatan awam perlu progresif, proaktif, dan cekap bagi mempertahankan integriti perkhidmatan awam untuk memastikan ianya mendapat kepercayaan yang merupakan kunci kepada kemajuan sosial dan ekonomi. Menurut Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh, aspek undang-undang terhadap apa yang kita lakukan sebagai pegawai awam, sebenarnya, berpecah-pecah dan berpetak-petak

dalam erti kata kita mula-mulanya dikehendaki melaksanakan kewajipan kita masing-masing di dalam skop tertentu, setakat mana yang dapat diiktiraf oleh undang-undang, namun bagi merealisasikannya ramai orang menganggap ianya sebagai norma yang diharapkan, akan tetapi untuk membolehkannya selaras dengan aspek lain korelasi adalah lebih mustahak dalam hal itu. Yang Berhormat menjelaskan perkara itu dalam ucaptamanya pada Seminar Perundangan Bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan: Memahami Undang-Undang anjuran bersama Pejabat Peguam Negara dan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) di institut berkenaan, di sini. Seminar itu jelas Yang Berhormat, bukan sahaja mengenai 'kita' di Pejabat Peguam Negara tetapi lebih mengenai

'awda' dan ‘kita' sebagai pegawai awam, dan ianya dirancang untuk berfungsi sebagai pengenalan kepada landskap undang-undang asas dan am yang mungkin kita dan mereka hadapi semasa menjalankan tugas harian dengan harapan agar dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik, dan bekerjasama serta bantu membantu antara satu sama lain dengan lebih baik lagi. Awda boleh sahaja bertanya Mengapa saya! Mengapa saya tidak boleh menyerahkannya sahaja undang-undang itu kepada peguam-peguam, atau menteri-menteri ujar Yang Berhormat, walau bagaimanapun 'pengetahuan' undang-undang itu terangnya lagi, adalah salah satu komponen yang penting dalam memastikan hasil yang dikehendaki tercapai, meskipun banyak kepakaran lain dari disiplin lain diperlukan untuk memastikan keputusan boleh dilaksanakan dan diteruskan. Di samping itu, seminar tersebut

Perkenalkan prinsip undang-undang am relevan RIMBA, Rabu, 26 Oktober. Pejabat Peguam Negara dan Institut Perkhidmatan Awam (IPA) buat julung kalinya mengendalikan Seminar Perundangan bagi PegawaiPegawai Kerajaan : Memahami Undang-Undang 2016 yang berlangsung di Dewan Penghayatan, institut berkenaan, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh, yang kemudiannya memberikan ucaptamanya di majlis berkenaan. Menerusi ucapan alu-aluan daripada Peguam Cara Negara, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji A. Rashid, juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur menjelaskan, seminar berkenaan merupakan inisiatif Pejabat Peguam Negara bagi mengenalkan prinsip undang-undang am yang relevan kepada pegawai-

pegawai kerajaan untuk menggalakkan prestasi kerja yang berkesan dalam perkhidmatan awam dan dalam batas undang-undang. Menyentuh mengenai penerbitan daripada Pejabat Peguam Negara bertajuk 'Musings from Chambers: Chambers Decoded' bersempena dengan perasmian Seminar Perundangan itu, beliau menjelaskan bahawa bahan terbitan itu merupakan kumpulan artikel-artikel daripada pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara yang memaparkan perjalanan peribadi dan karier mereka, termasuk pengalaman dan pelajaran yang diperolehi sepanjang mereka berkhidmat, yang ingin dikongsikan dengan orang ramai. Acara kemuncak Majlis Pelancaran Buku 'Musings from Chamber : Chambers Decoded' yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Ke muka 23

PEGUAMN Cara Negara, Dato Paduka Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji A. Rashid menyampaikan ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

ANTARA yang hadir pada Seminar Perundangan bagi Pegawai-Pegawai Kerajaan : Memahami Undang-Undang 2016 yang berlangsung di Dewan Penghayatan Institut Perkhidmatan Awam (IPA).

tambahnya bertujuan untuk memperkenalkan prinsip undangundang am yang berhubung kait dengan pegawai awam bagi meningkatkan pelaksanaan kewajipan dengan berkesan yang memerlukan seseorang itu supaya berada dalam batasan undang-undang. Yang Berhormat turut menggalakkan para peserta untuk berinteraksi dengan penyampaipenyampai, dalam menyebarkan sebarang persoalan berkaitan yang mungkin bermanfaat untuk dikongsikan dengan peserta-peserta lain dan membawa balik pengetahuan yang diperolehi itu untuk dikongsi sama di organisasi masing-masing. Selain itu, beliau juga menyarankan kepada para peserta untuk meneroka bagaimana maklumat tersebut disebarkan, terutamanya sejauh mana persepsi orang ramai timbul. Dengan sebab itulah, Yang Berhormat percaya tepatnya maklumat yang disebarkan akan menentukan tahap reaksi orang ramai yang berubah dan boleh diterima. "Kumpulan kolektif yang berpengetahuan adalah dikehendaki untuk menyedarkan orang ramai mengenai inisiatif dan niat baik kerajaan. Semua pegawai kerajaan dengan yang demikian berkewajipan untuk melengkapkan diri mereka dengan sewajarnya," jelas Yang Berhormat. Kandungan seminar itu sememangnya adalah suatu gambaran jelas mengenai skop pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara yang sudah terbiasa dengannya tetapi sebagai kakitangan awam, berkemungkinan menghadapinya semasa menjalankan tugas harian dan setiap seorang akan mempunyai peranan yang berlainan, kebolehan yang berlainan, namun Yang Berhormat Datin turut mengingatkan, bahawa kita semua diamanahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada negara. Dengan ramai pegawai daripada agensi-agensi yang berlainan, yang memegang tanggungjawabtanggungjawab yang berlainan turut sama menghadiri seminar ini akan meliputi banyak perkara, termasuk perkara-perkara perlembagaan yang memperuntukkan asas tadbir urus pada amnya, termasuk kuasa mewujudkan, meminda dan memansuhkan undang-undang dalam rangka perundangan; aspek-aspek hubungan antarabangsa setakat mana yang berkenaan dengan Triti-Triti Antarabangsa dan obligasi; konsep penting Sistem Keadilan Jenayah dalam membawa kes-kes jenayah ke mahkamah dan proses-proses yang diperlukan; serta berbagai aspek yang memerlukan Litigasi Sivil dan kemungkinan menggunakan penyelesaian pertikaian alternatif yang diiktiraf sebagai jalan tambahan untuk menangani antara lainnya ganti rugi sivil. Sehubungan itu, Yang Berhormat menggesa para peserta untuk mengikuti sesi seminar ini dengan soalan-soalan seperti ini :- Mengapa Perlembagaan relevan kepada saya? Berapa banyak yang perlu saya ketahui? Undang-undang apa yang relevan kepada saya dan organisasi saya? Bilakah kita sepatutnya memberi arahan untuk menggubal undangundang yang baharu? Persiapan apakah yang sepatutnya kita buat bagi pelaksanaan yang berkesan?.

PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh semasa menyampaikan ucaptamanya pada majlis berkenaan.

Jika awda / agensi awda diberikan beberapa 'kuasa' di bawah undangundang, setakat mana awda sepatutnya menggunakan budi bicara awda? Apa yang patut kita buat apabila kita menerima surat layang? Apa yang sepatutnya kita sediakan apabila terdapat rayuan kepada menteri saya? Negara Brunei Darussalam telah meratifikasikan Triti dan menterimenteri kita telah menandatangani Memorandum Persefahaman. Apa lagikan dibuat? Apakah contoh-contoh biasa tentang keadaan-keadaan yang mungkin saya hadapi dalam kerja yang boleh mendedahkan saya kepada kedudukan yang bercanggah dan liabiliti dan yang patut saya elakkan? Apa yang sepatutnya saya buat jika saya dipanggil ke mahkamah? Apakah jenis aturan-aturan pembelian yang perlu kita ketahui - bolehkah aturan-aturan itu dicabar? Penyimpanan rahsia dan perkongsian data, apakah batasanbatasan kepada dokumen dan perkongsian data? Tentang integriti: apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat, dalam GO, FR: Akta Pencegahan Rasuah dan undang-undang lain yang berkaitan. Nampaknya adalah suatu kenyataan yang kurang benar, untuk menggambarkan skop urusan undang-undang kita hanya sebagai perkara prosedur, tegas Yang Berhormat Datin lagi kerana ianya mempunyai satu implikasi yang lebih meluas, yang melibatkan banyak perbincangan, percanggahan pendapat profesional dan usaha yang tidak berkesudahan dalam jangkaan untuk sama-sama mencapai hala tuju ke hadapan, suatu proses yang boleh jadi kompleks, akan tetapi penting dalam menghasilkan keputusan yang dihasratkan. Bagi mana-mana pegawai awam yang telah terdedah kepada proses tersebut dalam peringkat kerjaya mereka akan dapat mengatakan bahawa 'pengalaman dipelajari' banyak sekali (dan ada kalanya menyakitkan), walau bagaimanapun jelasnya lagi, ini akan mendatangkan kepuasan dan cara apa yang lebih baik untuk memastikan kesinambungan kemajuan di samping melengkapkan diri kita dengan pengetahuan dan kepakaran bagi menyumbang ke arah kebaikan Negara Brunei Darussalam sebagaimana yang termaktub dalam Wawasan Negara 2035.


NASIONAL

HARI SABTU 29 OKTOBER 2016

23

Perkenalkan prinsip undang-undang am relevan

PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh hadir pada Seminar Perundangan bagi Pegawai-pegawai Kerajaan : Memahami Undang-Undang 2016 (lima, kiri).

Bicara Sejarah dedah warisan sejarah Brunei Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto: Mohamad Azmi Awang Damit

DR. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha semasa menyampaikan pembentangan bertajuk 'Penguasaan Sistem Tulisan Jawi Lama dalam Mengkaji Inskripsi Makam dan Batu Nisan Bersejarah'.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan 'Bicara Sejarah : Pengajian Inskripsi Makam dan Batu Nisan Bersejarah di Negara Brunei Darussalam' bertempat di Dewan Jawatan Dalam Pusat Sejarah Brunei, di sini. Dua orang pembentang dijemput, iaitu Dr. Abang Haji Hadzmin bin Abang Haji Taha yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Penguasaan Sistem Tulisan Jawi Lama dalam Mengkaji Inskripsi Makam dan Batu Nisan Bersejarah' dan Dr. Maslin bin Haji Jukim dengan tajuk pembentangan 'Folklor dan Sejarah : Antara Batas dan Komplemen'. 'Bicara Sejarah' adalah aktiviti tahunan Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Pusat Sejarah Brunei dan tahun ini ia diselaraskan dan dijayakan oleh Unit Sejarah Tempatan

(Warisan), Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi. Peserta akan dapat melihat sendiri replika makam dan batu nisan bersejarah yang dihasilkan oleh Pusat Sejarah Brunei sebagai bahan kajian dan penyelidikan. Ianya juga memfokuskan kepada kajian inskripsi, pemuliharaan, pemeliharaan dan pensejarahanya di atas makam dan batu nisan bersejarah yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, selain meningkatkan kesedaran dan menambah kefahaman. Program ini juga akan dapat menanamkan rasa kecintaan terhadap seni bina, nilai budaya dan nilai persejarahannya terutama sekali kepada generasi baru khususnya belia, dan diharap dapat menarik minat para peserta untuk membuat pengajian dengan lebih lanjut tentang warisan sejarah makam sultan-sultan Brunei Darussalam.

Dari muka 22 Buku 'Musings from Chamber : Chambers Decoded' merupakan kumpulan artikel-artikel daripada pegawai-pegawai kanan di Pejabat Peguam Negara mengenai pengalaman dan juga cabaran di Pejabat Peguam Negara, dan penerbitan itu merupakan inisiatif lain Pejabat Peguam Negara untuk memberikan gambaran kepada para pembaca bagaimana pejabat ini berfungsi. Seramai 13 orang pegawai di Pejabat Peguam Negara akan menyampaikan kertas kerja mereka di seminar yang diadakan selama dua hari itu. Seminar dihadiri oleh 70 orang pegawai kerajaan yang berurusan dengan hal-hal yang melibatkan undang-undang pengurusan kontrak atau perjanjian antarabangsa atau perkaraperkara yang berkaitan dengan penguatkuasaan.

Berhati-hati menyertai skim pelaburan Siaran Akhbar : Autoriti Monetari Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) telah mendapati bahawa sebuah syarikat yang tidak berdaftar di Negara Brunei Darussalam telah menghubungi orang ramai dan menawarkan peluang-peluang pelaburan dalam hartanah asing. Menurut siaran akhbarnya, AMBD ingin mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati apabila ingin menyertai mana-mana skim pelaburan atau transaksi kewangan. Orang ramai juga dinasihatkan untuk terlebih dahulu mengesahkan kesahihan skim-skim pelaburan yang ditawarkan dan meneliti risiko yang berkemungkinan timbul daripada melabur di dalam skim tersebut. Di antara tanda-tanda yang menunjukkan skim atau transaksi kewangan tersebut berkemungkinan tidak sahih, adalah jika ianya menggunakan taktik tekanan, atau melibatkan dokumen-dokumen yang meragukan. Dalam hubungan ini, AMBD

ingin sekali lagi mengingatkan bahawa pengguna kewangan yang ingin melibatkan diri dalam skim-skim pelaburan yang tidak dilesenkan oleh AMBD, pengguna kewangan tersebut tidak akan dilindungi di bawah rangka kerja penyeliaan yang ditadbir oleh AMBD, terutama sekali jika skim pelaburan tersebut beroperasi dari luar negara. Rangka kerja penyeliaan AMBD adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur dengan memastikan hanya institusi / individu yang berkelayakan boleh memberikan perkhidmatan kewangan kepada orang ramai. Senarai nama individu-individu dan institusi-institusi yang dilesenkan oleh AMBD boleh didapati melalui AMBD App, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui 'App Store' bagi pengguna iPhone dan 'Google Playstore' bagi pengguna Android; atau dengan melayari laman sesawang AMBD di http://www.ambd.gov.bn.

BDAS dikuat kuasa mulai 1 Januari 2018 Siaran Akhbar : Brunei Darussalam Accounting Standards Council

ANTARA yang hadir semasa Biacara Sejarah : Pengkajian Inskripsi Makam dan Batu Nisan Bersejarah di Negara Brunei Darussalam, anjuran Pusat Sejarah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 26 Oktober. - Brunei Darussalam Accounting Standards Council (BDASC) ingin memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi penguatkuasaan Brunei Darussalam Accounting Standards (BDAS) yang akan dikeluarkan oleh BDASC untuk digunapakai oleh seluruh entitientiti yang tidak mempunyai kepentingan awam di Negara Brunei Darussalam bermula pada 1 Januari 2018. Objektif utama penggunaan BDAS tersebut adalah bagi memastikan tahap keseragaman dan konsistensi yang lebih tinggi di dalam penyediaam laporan kewangan oleh seluruh entiti-entiti

yang tidak berkepentingan awam di Negara Brunei Darussalam. Sebelum BDAS tersebut digunapakai oleh entiti-entiti yang tidak berkepentingan awam di negara ini, pihak BDASC memohon kerjasama pihak awam untuk memberikan sebarang maklum balas terhadap 'Exposure Draft' rangka kerja dan piawaian-piawaian BDAS tersebut yang telah dimasukkan di dalam laman sesawang BDASC di bdasc.org dan seterusnya memberi maklum balas tersebut sebelum 31 Disember 2016, sama ada melalui surat di Sekretariat BDASC, Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan, Jalam Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan BB3910, Negara Brunei Darussalam; atau melalui fax +673 2383932; atau e-mel di bdasc@mof.gov.bn.


24

SUKAN

Layari Epaper Pelita Brunei

HARI SABTU 29 0KTOBER 2016

Sukan Badminton kukuhkan persahabatan Brunei - Jepun

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan sijil dan cenderahati kepada para pemain badminton kebangsaan Jepun pada Majlis Resepsi Program Pertukaran Badminton Brunei - Jepun tersebut.

Oleh : Hezlinawati Haji Abdul Karim Foto : Ampuan Haji Mahmud bin Ampuan Haji Tengah

Siaran Akhbar dan Carta : Jabatan Penerangan BANDAR SERI BEGAWAN. - Epaper Pelita Brunei merupakan surat khabar Pelita Brunei dalam versi digital dan mula beroperasi pada 18 Jun 2016. Ia boleh dilayari melalui www.pelitabrunei.gov.bn/epelita. Dikemaskinikan setiap tiga kali seminggu, iaitu hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Terdapat 24 halaman muka surat dimuatkan ke dalam Epaper tersebut yang boleh dilayari melalui internet sama ada menggunakan komputer, tablet atau telefon pintar dan sebagainya. Antara ciri-ciri Epaper Pelita Brunei ialah PDF boleh dimuat-turun (dijadikan simpanan arkib, rujukan dan sebagainya dalam telefon pintar atau komputer). Epaper ini juga boleh disaksikan secara 'Thumbnails' (boleh dilihat secara keseluruhan atau paparan kecil kesemua muka surat Pelita Brunei dengan nombor muka suratnya). Epaper ini juga boleh diikuti atau dikongsikan secara aplikasi Facebook, Twitter, Linked In, Tumblr, Google Plus, E-Mail dan VK. Di dalam Epaper ini juga terdapat ruang carian search mengenai Epaper Pelita Brunei dengan menggunakan teks tidak kurang dari tiga huruf. Tujuan Epaper ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak memperolehi Pelita Brunei secara bercetak. Oleh kerana itu, Epaper dibuat bagi memudahkan mendapatkan berita terkini dengan menggunakan kemudahan internet secara lebih cepat serta mengurangkan penggunaan kertas.

JERUDONG, Khamis, 27 Oktober. Program Pertukaran Badminton Brunei - Jepun merupakan sebahagian daripada inisiatif Sukan Untuk Esok (Sport for tomorrow) Perdana Menteri Jepun, Tuan Yang Terutama Shinzo Abe untuk mempromosi sukan kepada 10 juta orang dalam 100 buah negara sehingga tahun 2020 ketika Jepun nanti akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik. Setelah empat hari diadakan, program berakhir dengan berlangsungnya Majlis Resepsi di Indera Kayangan Ballroom, The Empire Hotel and Country Club, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato

Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan datin. Ketika berucap, Duta Besar, Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki melahirkan harapan agar program Pertukaran Badminton Brunei - Jepun tidak hanya meningkatkan semangat ke arah badminton dan sukan lain menjelang Olimpik di Tokyo pada 2020, tapi terus mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua buah negara. Puan Yang Terutama seterusnya berharap agar ramai atlet dari negara ini akan menyertai Sukan Olimpik dan Paralimpik pada tahun 2020 di Jepun nanti. Pada majlis itu, para pemain badminton kebangsaan Jepun serta pengurus menerima sijil dan

cenderahati, disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Juga hadir, Setiausaha TetapSetiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr. Awang Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Dayang Hajah Norlila binto Dato Paduka Haji Abdul Jalil. Pertukaran Badminton Brunei Jepun anjuran Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan diadakan sempena Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-70 Tahun.

S

EJARAH pertukangan perak di Negara Brunei Darussalam tidak jelas diketahui tetapi ianya dipercayai salah satu kesenian terawal memasuki negara ini beberapa dekad yang lalu. Menurut cerita, tukang perak memulakan seni mereka di sekitar Kampung Pandai Besi, iaitu salah sebuah kampung di Kampong Ayer di mana pelbagai kerja pertukangan lama dibuat seperti emas, gangsa dan tembaga, tenunan kain, pertukangan kayu dan meriam begitu juga pembuatan senjata dipraktikkan. Catatan menunjukkan bahawa pertukangan tangan sudah berkembang pesat dalam Kerajaan Brunei pada kurun ke-15 dan pertengahan kurun ke-16. SUMBER : Traditional Handicrafts of Brunei Darussalam, 2015, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi dan datin serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Noriko Iki bergambar ramai bersama para pemain badminton kebangsaan Jepun pada Majlis Resepsi tersebut.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

TINGKATKAN KECEKAPAN DAN DAYA SAING DALAM PERNIAGAAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.