Pelita Brunei - Sabtu 30 Mei 2015

Page 1

PETIKAN TITAH

MANISNYA IMAN

''KITA dan generasi masa kini adalah perlu melihat dengan kacamata kesedaran, bahawa ugama itu adalah tonggak segala kebaikan. Ia tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain-lain.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj Peringkat Negara Bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi.

''BERKATA pula orang-orang yang menyangka (meyakini) bahawa mereka akan menemui Allah. Berapa banyak telah terjadi kumpulan yang sedikit dapat mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar.'' - Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 249.

TAHUN 60 / BILANGAN 64

30 MEI 2015 / 1436

12

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Pengetahuan pengurusan kewangan mustahak bagi masa depan Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mei. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) bersabda menekankan tentang peri mustahaknya pengetahuan serta amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemat bagi memenuhi keperluan diri dan masa depan keluarga. Duli Yang Teramat Mulia bersabda demikian pada Majlis Pembukaan Rasmi Hari AMBD 2015 yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. DYTM bersabda, ia termasuklah mengatur perancangan ke hadapan bagi memiliki rumah kediaman sendiri serta persediaan untuk membantu meningkatkan tahap pendidikan anak-anak yang juga merangkumi keperluan untuk menyediakan perbelanjaan harian termasuk budaya menabung bagi menampung berbagai-bagai keperluan sepanjang hayat. Menurut DYTM, amalan terbaik ini perlulah dipupuk bermula dari seawal peringkat kanak-kanak secara berdisiplin. “Alhamdulillah, dengan inisiatif kerajaan paduka ayahanda, penubuhan Tabung Amanah Pekerja (TAP) dan pengenalan Skim Pencen Caruman Tambahan adalah sebahagian usaha bagi memberikan perlindungan sosial serta membantu warga pekerja di sektor awam dan swasta untuk membuat simpanan persaraan sebagai pelengkap kepada simpanan persendirian,� sabda DYTM.

Kebawah DYMM berangkat meletakkan batu asas Bangunan BPIS

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menandatangani Plak Kenangan Peletakan Batu Asas Bangunan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Jalan Pengiran Babu Raja. - Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said (Lihat muka 12 dan 13).

Ke muka 4

Program 10 tahun OIC perlu lebih praktikal

Laporan : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman dari Bandaraya Kuwait, Kuwait

KUWAIT, Rabu, 27 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan bersabda menekankan, matlamat jangka panjang Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Duli Yang Teramat Mulia bersabda demikian pada Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Ke-42 di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, Kuwait, di sini. Sabda DYTM, kita menyedari cabaran terkini yang digambarkan dalam tema kita kali ini, dan kita akan melakukan apa sahaja yang kita boleh untuk menyokong memenuhi usaha-usaha OIC.

Walau bagaimanapun, kita percaya bahawa kerja-kerja pertubuhan ini yang paling berkesan terletak pada program tindakan kita, sabda DYTM. DYTM seterusnya bersabda bahawa Abad Ke-20 merupakan masa pembangunan negara atas syaratsyarat antarabangsa dan ada kalanya kolonial yang telah mendesak satu bentuk pembangunan negara yang baru untuk kita lakukan dan laksanakan ke atas jangka rakyat biasa. Dan perkara ini akan dituntut oleh rakyat biasa. "Itulah sebabnya maka saya sangat teruja dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh Setiausaha Agung dan kakitangan dan kumpulan pakar kita pada program 10 tahun baru untuk menjadikannya lebih praktikal dan menyeluruh," sabda DYTM. Dalam hal ini, Negara Brunei

E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn Hotline: 2383941 Faksimile: 2381004

Darussalam menyokong sepenuhnya dan merasakan ia adalah cara terbaik untuk menawarkan rakyat kita harapan baru untuk keamanan,

perlindungan dan keselamatan yang berkekalan, tegas DYTM. Ke muka 24

Muka 3

Muka 5

DYTM berangkat merasmikan Hari AMBD 2015

NBD sokong Program Tindakan OIC 2015 –2025

Bagi mendapatkan berita terkini, sila layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

Penubuhan Akademi Sukan, pengemaskinian perkembangan sukan Bismillahir Rahmanir Rahim. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamien, Wassalatu Wassalamu 'ala Asyrafil Anbiaie Walmursalin, Sayyidina Muhammaddin, Wa 'ala Alihi Wasahbihi Ajama'en. SSALAMU'ALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat petang dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala dengan limpah rahmat dan izin-Nya jua maka kita berkesempatan untuk sama-sama hadir ke majlis pada petang ini iaitu Majlis Pelancaran Akademi Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Di kesempatan ini saya sukacita ingin merakamkan penghargaan dan tahniah atas usaha yang dibuat oleh JBS serta Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan bagi mewujudkan Akademi Sukan ini. Penubuhan Akademi Sukan, JBS yang merupakan sebagai penstrukturan semula, pengemaskinian dan rebranding kepada program-program latihan dan perkembangan sukan yang terdapat di jabatan berkenaan, adalah sangat bertepatan dan bermakna sebagai langkah menuju ke hadapan kepada pembangunan sukan negara khususnya di dalam pembangunan Program Sukan Prestasi Tinggi bagi jangka sederhana dan panjang. Alhamdulillah, penubuhan Akademi Sukan ini adalah hasil daripada siri permuzakarahan di antara JBS dengan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan yang tanpa jemu sangat mengambil perhatian berat ke atas cabarancabaran dan hasrat tinggi negara untuk melahirkan dan mengasuh secara berterusan atlet-atlet yang berpotensi ke tahap atlet elit atau prestasi tinggi dan dapat mengharumkan nama negara di persada sukan serantau dan antarabangsa walaupun dalam keterbatasan. Penubuhan Akademi Sukan ini iuga diumpamakan seperti peribahasa Melayu 'Kata Berjawab Gayung Bersambut' pada memenuhi saranan dan harapan kementerian melihat kepada pembaikan program latihan atlet-atlet yang berpotensi yang lebih tersusun, bersistematik dan berterusan sehingga mereka mencapai kepada peringkat matang atau prime level yang dilaksanakan oleh JBS berserta dengan persatuan-persatuan sukan di Negara Brunei Darussalam. Sepertimana yang kita sedia maklumi tidak ada jalan pintas untuk menghasil dan melahirkan atlet-atlet negara yang bertaraf elit. Ia mengambil jangka masa panjang empat hingga ke lima tahun dengan membuat pelaburan ke atas atlet-atlet berkenaan yang meliputi aspek insentif kebajikan, pemakanan, perubatan dan rawatan, jurulatih pakar, aplikasi

kemudahan yang canggih semata-mata. Tetapi apa yang lebih penting perancangan strategik dan pelaksanaan yang bersistematik yang memerlukan koordinasi, pemantauan serta bimbingan berterusan di semua peringkat bagi membina persekitaran sukan yang kondusif yang dapat mengembangkan minat orang ramai terutama belia-belia untuk menyertai dan beraksi dalam bidang sukan. Di samping itu, aktiviti-aktiviti sukan seharusnya dijadikan sebahagian teras di dalam perancangan strategik bagi pembangunan belia di mana ia akan dapat membantu dalam membina jati diri dan daya kepimpinan para belia serta turut membantu dalam menangani gejala-gejala sosial."

A

Melalui penubuhan Akademi Sukan ini, JBS akan lebih memberikan fokus kepada kepada atlet-atlet yang telah dikenal pasti untuk diberikan program latihan berterusan dan membentuk mereka menjadi atlet elit ke arah mengurangkan jurang (losing the gap) prestasi atlet elit Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara lain di kejohanan serantau dan antarabangsa. MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah semasa berucap pada Majlis Perasmian Akademi Sukan, Jabatan Belia dan Sukan pada hari Khamis, 3 Rejab 1436 Hijrah / 21 Mei 2015 Masihi di Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

sains dan teknologi sukan yang komprehensif, pendedahan di luar negara. Ini tidak termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan sukan dan penghantaran kontinjen sukan negara menghadiri sukan serantau dan antarabangsa, Penyediaan atlet elit kebangsaan untuk mencapai ke tahap prime iuga memerlukan understanding, sokongan dan dukungan yang berterusan dari semua pihak sama ada di kalangan agensi-agensi kerajaan, bukan kerajaan dan swasta. Sehubungan dengan ini, ketetapan mengenai Skim Penggalak Kecemerlangan Sukan yang antara lain meliputi pemberian dermasiswa kepada atlet yang meraih kecemerlangan kepada negara, elaun-elaun sukan kepada atlet-atlet elit bagi menjalani latihan berterusan yang terkandung di dalam Dasar Sukan Negara yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Menteri Menteri Kabinet pada tahun 1989 perlu dirujuk semula dan dilaksanakan sepenuhnya. "Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah menegaskan usaha untuk meningkatkan lagi pencapaian atlet bukanlah bergantung kepada pelaburan dalam prasarana, peralatan dan

Bagi mencapai matlamat ini, saya difahamkan, Akademi Sukan akan membuat aplikasi beberapa elemen disiplin sains sukan ke atas atlet-atlet yang berpotensi untuk dikembangkan ke tahap yang maksima seperti latihan kekuatan (power), ketahanan, pemakanan, biomekanik, psikologi sukan, injury prevention and rehabilitation, strength & conditioning, muscular skeletal screening, fitness testing dan perubatan sukan yang digunakan di dalam persekitaran yang bebas dari barang-barang yang terlarang dalam sukan. Saya mengambil maklum bahawa pelaksanaan Akademi Sukan ini dilaksanakan secara berperingkat dengan mengutamakan kepada beberapa sukan teras core sports seperti Wushu, Karatedo, Pencak Silat, Taekwando, dan Lawan Pedang yang berpotensi meraih pingat memandangkan peruntukan yang terhad. Beberapa kompleks sukan di bawah kendalian JBS seperti Kompleks Sukan Sungai Kebun, Kompleks Sukan Menglait, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Perkampungan Sukan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah telah dikenal pasti sebagai penempatan bagi latihan-latihan di Akademi Sukan. Saya percaya dengan tertubuhnya Akademi Sukan ini akan memberikan kepada atlet akses yang lebih baik kepada latihan, bimbingan, sains sukan dan sumber. Ia akan melibatkan 'Centralised Training' di hujung minggu di mana adalah diharapkan para atlet akan lebih komited dan mempunyai lebih banyak masa untuk menjalani latihan seperti yang diperlukan bagi melahirkan atlet elit. Ke muka 8

30 MEI 2015 BERSAMAAN 1436

12

BANTU NEGARA MENYEMAI BUDAYA MEMBACA

K

ESEDARAN mengenai keperluan untuk mewujudkan dan mengukuhkan budaya membaca kalangan rakyat dan penduduk adalah malar dititikberatkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam secara bersistematik selama bertahun-tahun. Ilmu pengetahuan yang kita dapati dari pendidikan formal di sekolah, maktab dan universiti mestilah sentiasa dikemasi kini, ditambah dan ditingkatkan di sepanjang hayat agar pengetahuan itu tidak menjadi usang atau ketinggalan zaman. Mengemas kini, menambah dan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bukan saja melalui memasuki semula ke menara gading untuk mendapatkan kelulusan akademik lanjutan. Pembelajaran sepanjang hayat adalah juga merangkumi perihal menambahkan ilmu pengetahuan yang serba-serbi melalui membaca pada masa-masa yang terluang. Paling elok lagi apabila membaca adalah aktiviti yang sebati dengan sikap, naluri dan pemikiran kita. Di atas logik inilah yang mewajarkan penekanan pihak kerajaan untuk mewujudkan dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan rakyat dan penduduk. Justeru, ucapan Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman pada Majlis Penyerahan Pek Awal Literasi Sempena Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan 2015 dengan tema ‘Generasi Berwawasan’ adalah relevan. “Seperti yang kita sedia maklum, ilmu pengetahuan adalah merupakan kunci kepada pembangunan tamadun bangsa. Manakala membaca adalah merupakan jendela kepada gedung ilmu pengetahuan bagi sesuatu bangsa. Bangsa yang mempunyai kekuatan budaya membaca adalah bangsa yang dapat menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan, ilmu agama, ekonomi, matematik, termasuk sains dan teknologi. Apatah lagi penerapan budaya membaca ini dimulai dari umur seawal anak itu masih damit yang mudah dibentuk akal fikir mereka ke arah perkara yang positif kerana mereka adalah kanvas putih yang coraknya ditentukan oleh ibu bapa mereka sendiri ibarat ‘Melentur Buluh Bermula Dari Rebung'.” Di samping menitikberatkan peranan para ibu bapa dalam mempengaruhi anak-anak damit mereka untuk mengamalkan sikap membaca dari awalnya, semua lapisan masyarakat juga adalah berperanan mempengaruhi rakyat dan penduduk agar mengamalkan sikap budaya membaca. Majlis-majlis Perundingan Mukim dan Kampung dan masyarakat sivil, misalnya, adalah berperanan bekerjasama dengan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menyediakan tempat bersesuaian bagi kemudahan para penduduk dan masyarakat di sekitar mukim dan kampung untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan sama ada di masjid-masjid, balai-balai raya atau dewan-dewan kemasyarakatan. Begitulah juga sektor-sektor awam dan swasta di mana setiap pihak adalah diseru agar menyediakan ruang-ruang dan bilik-bilik bacaan di bangunan atau premis masing-masing bagi kemudahan para pelanggan dan pengunjungnya sebagai salah sebuah tanggungjawab sosial korporat. Dengan erti kata lain, tanggungjawab menyemai dan mengukuhkan budaya membaca dalam kalangan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam adalah tanggungjawab semua pihak, dan bukan sahaja terhad pada pihak kerajaan. - Ketua Penyuntingan (Mm).

Pemberitaan/Rencana

Ketua Bahagian Pelita Brunei

Penyuntingan

Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor, Dk. Hajah Saidah Pg. Haji Omaralli, Norliah Md. Zain, Hezlinawati Haji Abdul Karim, Ak. Jefferi Pg. Durahman, Haniza Abdul Latif, Abu Bakar Haji Abdul Rahman, Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad, Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Rohani Haji Abdul Hamid, Nooratini Haji Abas, Khartini Hamir, Saerah Haji Abdul Ghani, Aimi Sani, Noraisah Muhammed, Haji Mahhmud Hafidzie Haji Ali Mashod, Dk. Nur Effa Ryina Pg. Haji Hamdani

Sastra Sarini Haji Julaini

Samle Haji Jait, Nurhamizah Hassim, Nor Hanizah Haji Abd. Halim Siti Muslihat Haji Salleh, Bolhassan Haji Abu Bakar, Abdullah Asgar

AMBULANS 991

POLIS 993

Ketua Penyuntingan Musa Mohidin, Hajah Zabaidah Haji Salat, Dk. Nasibahanim Pg. Haji Bakar, Samle Haji Jait

Penyemakan

Penterjemahan

Abdul Hadi Haji Suhaili, Haji Besar Haji Mamit, Hajah Norliha Haji Salleh, Ramlah Md. Nor, Nurul Hazwani Abu Omar, Siti Faizahanisah Awang Mahani, Dk. Nur Ridzwana Pg. Abd. Aziz

Hajah Musmariani Haji Mohammad

Pereka Letak Khairul Shaharim Haji Abdul Ghafor, Haji Ahmad Haji Salim, Mohammad Ike Iqrami Haji Suhaimi, Muhammad Hamdanajib Haji Domeng, Mohammad bin Kahar

Juruteknik Foto Hatral Hazmi Abdul Hamid, Nornasyirah Nordin

BOMBA 995

PENYELAMAT 998

(Talian Darussalam) JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PENGANGKUTAN DARAT, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DAN e-darussalam

123

NDMC 2380214


3

HARI SABTU 30 MEI 2015

DYTM berangkat merasmikan Hari AMBD 2015 Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mei.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hari AMBD 2015. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas

dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD; Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD yang lain. Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abd Rahman dalam sembah alu-aluannya

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan merasmikan Pavilion AMBD yang mempamerkan fungsi dan peranan AMBD serta pencapaian AMBD.

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah yang disembahkan ke hadapan majlis DYTM oleh Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abd Rahman.

menyembahkan setinggi-tinggi menjunjung kasih di atas keberangkatan DYTM pada majlis itu dan seterusnya berkenan mengurniakan sabda perasmian Hari AMBD 2015. Awang Yusof seterusnya menyembahkan bahawa tema ‘Facilitating Your Financial Future’ adalah sangat bersesuaian dan menepati kehendak aspirasi negara ke arah mewujudkan masyarakat yang inklusif dan celik kewangan. Menurutnya, ini adalah selaras dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Tahun Baru Hijrah 1430 yang antara lain menekankan agar rakyat negara ini terus bergerak dalam meningkatkan taraf hidup, sesuai dengan matlamat mencapai tahap kemiskinan sifar serta mendukung matlamat Wawasan 2035, khususnya di dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat Negara Brunei Darussalam. Objektif Hari AMBD 2015 antara lain untuk menggalakkan budaya menabung dan pengurusan kewangan berhemat. Bagi tujuan itu, pameran daripada institusi-institusi kewangan yang berlesen di negara ini akan mengambil tempat, di samping pameran yang melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Tabung Amanah Pekerja dan Brunei Deposit Protection Corporation, Kementerian Kewangan, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei, Agensi Pekerjaan Tempatan dan Pembangunan Tenaga Kerja (APTK) Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Pusat Promosi Kesihatan. Beliau menambah, selain daripada pameran tersebut, ada beberapa aktiviti-aktiviti telah disusun termasuk beberapa siri ceramah mengenai kefahaman dalam pengurusan kewangan dan kegiatan jenayah penipuan skim cepat kaya. Bagi mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap peranan AMBD ujar Awang Yusof, satu aplikasi telefon pintar ‘AMBD App’ akan diperkenalkan kepada orang ramai yang mana boleh dimuat turun secara percuma. Katanya, aplikasi tersebut akan memudah orang ramai untuk mendapatkan berita dan maklumat yang berhubung dengan AMBD. Maklumat mengenai institusiinstitusi kewangan yang berlesen boleh didapati di dalam aplikasi tersebut, di samping memberi keterangan yang berkaitan dengan penipuan kewangan. Beliau menyatakan bahawa maklumat ini adalah amat penting sesuai dengan arus pemodenan teknologi maklumat masa kini, di mana pelaburan tanpa lesen berleluasa dipromosikan melalui laman sosial media dan pesanan ringkas (SMS dan WhatsApp). Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia dan aplikasi telefon pintar AMBD diperkenalkan dan persembahan teater bertajuk ‘Tabung Katuk’

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Hari AMBD 2015.

DYTM berkenan menerima penerangan ringkas mengenai pameran institusiinstitusi kewangan dan agensi-agensi kerajaan (atas dan bawah).

dipersembahkan oleh Kumpulan Putra Seni. DYTM seterusnya dijunjung berangkat ke Dewan Plenary ICC bagi merasmikan Pavilion AMBD yang mempamerkan fungsi dan peranan AMBD serta pencapaian AMBD. AMBD juga membuat demonstrasi cara-cara menggunakan aplikasi telefon pintar AMBD dan cara-cara untuk menggunakan perkhidmatan ‘Self-Enquiry Report’ di Biro Kredit AMBD. DYTM berkenan berangkat mengunjungi pameran institusiinstitusi kewangan dan agensi-agensi

kerajaan. Pameran dibahagikan kepada tiga zon dengan konsep ‘Journey of Life’ di mana institusi-institusi dan agensi-agensi menawarkan produk-produk dan perkhidmatan masing-masing mengikut tiga jenis peringkat iaitu ‘Early Life’, ‘Working Life’ dan ‘Golden Age’. Sebelum meninggalkan majlis, DYTM seterusnya berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan Ketua-ketua Jawatankuasa Kerja Hari AMBD 2015 dan berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD.


4

HARI SABTU 30 MEI 2015

Pengetahuan pengurusan kewangan mustahak bagi masa depan Dari muka 1 Ke arah itu, sabda DYTM, AMBD akan terus bekerjasama dengan TAP untuk meneruskan usaha dan inisiatif bagi memastikan kesejahteraan serta kebajikan masa depan ramai sentiasa dilindungi dan dipelihara. DYTM seterusnya bersabda, di samping di peringkat individu dan keluarga, pengetahuan celik kewangan juga perlu dilaratkan kepada golongan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Ini kerana jelas DYTM, secara amnya, mereka juga menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses kemudahan kewangan termasuklah pembiayaan mikro-kredit PKS yang mana antara lainnya berpunca dari kelemahan dalam kemahiran pengurusan kewangan serta kepincangan dalam penyediaan penyata kewangan yang berkesan. Lazimnya, menurut sabda DYTM, PKS berkenaan telah memilih untuk menggunakan produk pembiayaan yang tidak bersesuaian dan lebih membimbangkan lagi bila mana mereka mendapatkan sumber kewangan atau pembiayaan daripada pihak yang tidak berlesen. Oleh itu, sabda DYTM, AMBD

adalah turut berperanan untuk secara berterusan mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan melebarkan akses kepada produk kewangan dan pelaburan untuk setiap peringkat masyarakat serta pelanggan. “Di samping itu, institusi kewangan yang dilesenkan adalah disarankan untuk menawarkan kepelbagaian produk yang berunsurkan simpanan dan penjimatan bagi saling mendukung inisiatif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara yang lebih progresif serta mapan,” tambah sabda DYTM. Terdahulu sebelum itu, DYTM juga bersabda, akses dan celik kewangan merupakan agenda global yang semakin mendapat perhatian pada masa ini yang mana ia dikenal pasti sebagai mekanisma yang berkesan untuk menangani isu kemiskinan dan secara tidak langsung dapat merangsang pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Di samping itu, sabda DYTM, kajian juga menunjukkan bahawa sebuah masyarakat yang financially inclusive turut berperanan membantu mengurangkan kebergantungan kepada pihak kerajaan, khasnya dalam menjana peluang pekerjaan, meningkatkan tahap pendidikan, tahap insurance

penetration, kualiti kehidupan, serta simpanan dan pemilikan aset di mana semua ini akan seterusnya menyumbang kepada kedayatahanan kewangan orang ramai. Justeru itu, sabda DYTM, tema Hari AMBD iaitu ‘Facilitating Your Financial Future’ adalah sangat relevan dan bertepatan yang mana ia mengambil kira kepelbagaian produk dan perkhidmatan kewangan yang semakin inovatif masa kini dan juga pentingnya orang ramai untuk mendapatkan akses kewangan serta memiliki pengetahuan asas mengenai pengurusan kewangan. “Konteks pengurusan kewangan yang dimaksudkan adalah meliputi amalan menabung untuk masa hadapan, termasuk menyediakan perlindungan kewangan bagi diri sendiri, keluarga dan harta benda, melalui insurans atau takaful yang bersesuaian. Sebagai tambahan, produk pelaburan adalah merupakan salah satu kaedah pengurusan kewangan alternatif yang boleh diterokai oleh mereka yang berkemampuan dan celik kewangan. Ke arah itu, adalah amat penting pengetahuan celik kewangan disebarluaskan kepada setiap peringkat masyarakat serta tahap pendapatan. Ke arah memahami tahap kefahaman kewangan orang ramai,

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menyaksikan pelbagai pameran pavilion AMBD yang mempamerkan fungsi dan peranan AMBD serta pencapaian AMBD.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan mengurniakan sabda pada Majlis Pembukaan Rasmi Hari AMBD 2015.

saya gembira mendapat maklum bahawa AMBD dengan kerjasama Pusat Pengajian Strategik dan Polisi sedang menjalankan kajian mengenai Celik Kewangan Kebangsaan,” DYTM menambah sabda. DYTM seterusnya bersabda bahawa dapatan daripada kajian awal terhadap 1,521 isi rumah merumuskan bahawa sebilangan penduduk negara ini mempunyai kefahaman kewangan, tabiat dan perilaku kewangan yang sederhana. Secara spesifik, sabda DYTM, dari sejumlah isi rumah tersebut, 34 peratus tidak mempunyai perancangan bagi perbelanjaan isi rumah; 49 peratus tidak membuat simpanan secara aktif; 24 peratus memerlukan pinjaman untuk membiayai keperluan seharian dan 32 peratus dari isi rumah tersebut tidak mengetahui kadar faedah yang dikenakan ke atas tunggakkan kad kredit masing-masing. Terang sekali, sabda DYTM, statistik berkenaan menggambarkan bahawa tahap pengetahuan serta tabiat dan perilaku kewangan orang ramai perlu dipertingkatkan dan diperbaiki ke arah memperkasakan masyarakat yang celik kewangan. Setentunya juga hasrat ini, tambah sabda DYTM, memerlukan kerjasama padu daripada semua

DULI Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD dan Ketua-ketua Jawatankuasa Kerja Hari AMBD 2015.

pihak yang berkepentingan khususnya agensi kerajaan yang berkenaan, institusi kewangan dan termasuk AMBD. Dalam pada itu DYTM menyatakan kebimbangan bila mana mengetahui sebilangan besar orang awam tidak mempersiapkan simpanan yang mencukupi, di samping akses kepada kemudahan pembiayaan. “Tidak hairan apabila terdesak, sesetengahnya membuat pilihan yang tidak bijak dengan mendapatkan sumber kewangan daripada pihak yang tidak berlesen. Terdapat juga sebilangan lainnya yang mudah terpengaruh dengan skim pelaburan cepat kaya. Perilaku sedemikian amatlah merbahaya. Ianya berupaya menjerumuskan seseorang kepada bebanan hutang yang berlebihan atau sebaliknya menanggung risiko kerugian serta terlepas dari perlindungan undang-undang berkaitan,” sabda DYTM. DYTM juga melahirkan keyakinan bahawa orang ramai komuniti peniaga secara umumnya akan dapat saling meraih manfaat khususnya dalam meningkatkan kefahaman serta pengetahuan kewangan masing-masing semasa berlangsungnya acara Hari AMBD 2015 ini.


5

HARI SABTU 30 MEI 2015

NBD sokong Program Tindakan OIC 2015 –2025 Laporan : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman dari Bandaraya Kuwait, Kuwait

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan berangkat menghadiri Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-42 di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait.

KUWAIT, Rabu, 27 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan berangkat menghadiri Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-42 di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, di sini. Mesyuarat tersebut dirasmikan oleh Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama

dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah. Di dalam Sesi Tertutup Pertama, Duli Yang Teramat Mulia telah bersabda menyatakan sokongan Negara Brunei Darussalam terhadap Program Tindakan OIC bagi tempoh 2015 - 2025. Pada sebelah petang pula, DYTM berkenan berangkat menghadiri Sesi Khas mengenai Strategi Efektif untuk Memerangi Pengganas, Keganasan Ekstremisme dan Islamophobia (Effective Strategy to Combat Terrorism, Violent Extremism and Islamophobia). Dalam pada itu, Kuwait mula menjadi ahli OIC pada tahun 1969. Mesyuarat yang sama dalam Sesi Ke-41 pada tahun lepas telah diadakan di Jeddah, Arab Saudi. OIC yang ditubuhkan pada 12 Rejab 1389 Hijrah bersamaan 25 September 1969 Masihi merupakan satu organisasi negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dari segi struktur institusinya, OIC mempunyai tiga badan utama sebagai pembuat dasar iaitu Sidang Kemuncak Ketua-Ketua Negara Kerajaan OIC, Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC dan Sekretariat OIC. Pertubuhannya adalah kesepakatan bagi memastikan dunia Islam dilindungi dan dipertahankan bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian antarabangsa. Selain itu, OIC juga berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk dan mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha ke arah melahirkan keamanan dan keselamatan berasaskan keadilan. Melalui OIC, ia juga bertujuan bagi meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hal mereka dan mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman dalam kalangan negara anggota dengan negara lain.

DULI Yang Teramat Mulia berkenan bergambar ramai bersama Menteri-menteri Luar negara-negara anggota OIC di Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Ke-42 di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait.

MESYUARAT Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Ke-42 dirasmikan oleh Amir Kuwait, His Highness Sheikh Sabah Al-Ahmed Al-Jaber Al-Sabah dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah (atas dan kanan).


6

HARI SABTU 30 MEI 2015

Bincang isu-isu kepentingan bersama

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ketika berkenan mengadakan Perjumpaan Dua Hala dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Algeria, Tuan Yang Terutama Ramtane Lamamra (kiri, atas dan bawah ).

KUWAIT, Rabu, 27 Mei. - Isu-isu semasa yang menjadi kepentingan bersama adalah antara yang dibincangkan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah

ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Demokratik Rakyat Algeria, Tuan Yang Terutama Ramtane Lamamra semasa mengadakan Perjumpaan Dua Hala. Perjumpuaan Dua Hala tersebut telah berlangsung di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, Kuwait, di sini. Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengadakan perjumpaan bersama TYT yang juga berada di sini bagi menghadiri Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-42 bermula hari 27 Mei sehingga 28 Mei.

Negara Brunei Darussalam menyertai OIC pada 1984 sejurus mencapai kemerdekaannya, sementara Republik Demokratik Rakyat Algeria pula menyertai pertubuhan tersebut pada 1969. Dalam pada itu, sebanyak 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang antaranya dari Timur Tengah dan Utara Afrika, Asia Tenggara, Caucasus, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan bersidang pada sesi yang bertemakan 'Visi Bersama Dalam Meningkatkan Toleransi dan Menolak Keganasan' yang berlangsung selama dua hari. OIC adalah kesepakatan bagi memastikan dunia Islam dilindungi dan dipertahankan bagi mewujudkan keamanan dan keharmonian antarabangsa.

Menteri-Menteri Luar OIC diraikan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berbual mesra bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Malaysia, Yang Berhormat Dato' Paduka Sri Anifah Haji Aman pada Jamuan Makan Tengah Hari.

KUWAIT, Rabu, 27 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul

Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien

Sa'adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan berangkat menghadiri Jamuan Makan Tengah Hari sempena Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-42. Jamuan Makan Tengah Hari tersebut diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah yang berlangsung di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, Kuwait, di sini. Jamuan tersebut bagi meraikan para Menteri-Menteri Luar OIC yang menghadiri sesi mesyuarat berkenaan. Para Menteri-Menteri Luar OIC yang menghadiri sidang selama dua hari itu antara lain bagi membincangkan pelbagai isu yang bersangkut paut dengan hal ehwal politik, ekonomi dan budaya negara-negara anggota OIC. Objektif penubuhan OIC antara lain memupuk perpaduan dalam

Laporan : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman dari Bandaraya Kuwait, Kuwait

DULI Yang Teramat Mulia bersama Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Republik Islam Iran, Tuan Yang Terutama Mohammad Javad Zarif berbual mesra pada Jamuan Makan Tengah Hari yang diberikan oleh Timbalan Perdana Menteri Pertama dan Menteri Hal Ehwal Luar NegeriKuwait, Tuan Yang Terutama Sheikh Sabah Khaled Al-Hamad Al-Sabah.

kalangan negara anggota, menyelaras kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya saintifik dan pelbagai bidang lain yang dianggap penting serta mengatur perundingan dalam kalangan mereka di pertubuhan antarabangsa serta berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk.

OIC yang kini sudah berusia 46 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1969, jelas memainkan peranannya yang lebih besar dan mencabar tugas dan tanggungjawabnya yang semakin meluas dalam memberi tumpuan utama terhadap keperluan seharian masyarakat umum, khususnya umat Islam, serta kemajuan yang dicapai dalam melaksanakan Pelan Tindakan Mekah.


NASIONAL

HARI SABTU 30 MEI 2015

7

Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS:

Mercu tanda baru Kementerian Kesihatan

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd. Yusof menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd. Jaafar.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Mei. - Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleh (RIPAS) merupakan mercu tanda kejayaan, pencapaian dan kemegahan Kementerian Kesihatan. Ketua Pengarah Perkhidmatan Perubatan, Dr. Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif menjelaskan perkara itu pada Majlis Kesyukuran

dan Penghargaan atas sempurnanya Perasmian Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak Hospital RIPAS dan Sambutan Ke-30 Hospital RIPAS yang berlangsung di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan, Jalan Commonwealth. Beliau menambah pusat tersebut cukup lengkap dengan peralatan perubatan moden dan fasiliti-fasiliti yang lebih kondusif, lebih cantik,

canggih, terkini dan mengikut piawaian antarabangsa itu adalah semata-mata demi kesejahteraan, kepentingan dan keselesaan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam. Menyentuh mengenai projek pembinaan pusat tersebut, beliau berkata, pusat berkenaan adalah satu projek mega infrastruktur yang terbesar yang pernah diungkayahkan oleh kementerian berkenaan sejak negara merdeka dan merupakan satu pencapaian sangat signifikan yang akan dikenang dan menjadi ristaan sejarah. Pada majlis itu, Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Awang Haji Mohd. Yusof menyampaikan sijil-sijil penghargaan dan cenderahati kepada agensi-agensi kerajaan, penaja-penaja yang terlibat, diikuti dengan penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada 206 pegawai dan kakitangan yang telah berkhidmat selama 30 tahun di Hospital RIPAS. Yang Berhormat seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang dan hakim peraduan fotografi, dan kemudian menyampaikan hasil kutipan Karnival Amal dan Ekspedisi Berbasikal yang diadakan baru-baru ini Sempena Ulang Tahun Ke-30 Hospital RIPAS dan Perasmian Pusat Perempuan dan

Peraduan Mari Bercerita menjana kreativiti

PEMANGKU Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan hadiah kepada Johan Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara, Awang Abdul Haziq @ Muhammad 'Ataullah Hadi bin Haji Masri.

AKSI Awang Abdul Haziq @ Muhammad 'Ataullah Hadi bin Haji Masri Johan Peraduan Mari Becerita ketika menyampaikan ceritanya.

BANDAR SERI BEGAWAN. - Bagi menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam demi kepentingan dan menggalakkan masyarakat celik ilmu pengetahuan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Perpustakaan telah mengungkayahkan Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara 2015. Peraduan yang merupakan projek tahunan DBP tersebut telah diadakan pada 19 Mei yang lalu bertempat di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). Hadir selaku tetamu kehormat ialah

Pemangku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang. Yang Dimuliakan Menteri menekankan dalam ucapan alu-aluannya, anak-anak yang bertanding tidak hanya memikir menang semata-mata, tetapi dididik dan diajar untuk mengerahkan kemampuan terbaik mereka dengan memaksimumkan kemampuan otak kiri dan kanan bagi pengembangan hal-hal bersifat artistik, kreativiti emotional quotient untuk membolehkan anak-anak tampil cerdas dan kreatif dalam mengembangkan potensi. Tambahnya lagi, DBP perlu menggalakkan penulisan cerita rakyat yang berbentuk urban folklore baru yang diangkat dari kisah inspiratif masyarakat melalui kerja keras, yang secara substantifnya cerita berkenaan bertemakan kepada inspirasi dan pengembangan potensi diri. ''Cerita yang disampaikan bercermin kepada rentangan kisah benar manusia dan kita, yang secara esensi dapat menularkan nilai dan dorongan kepada anak-anak untuk memetik pelajaran hidup di dalamnya,'' jelasnya lagi. Seramai 10 peserta telah terpilih ke peringkat akhir. Pada peraduan tersebut, para peserta dikehendaki menyampaikan cerita melalui buku cerita yang telah dibaca. Johan Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara 2015 disandang oleh Awang Abdul Haziq @ Muhammad 'Ataullah Hadi bin Haji Masri dari Sekolah Rendah Paduka Seri Begawan

Oleh : Haniza Abdul Latif Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman Kanak-Kanak yang mana ia bertujuan untuk menambah Tabung Amal Bantuan Pesakit dan Dana Hospital RIPAS. Majlis yang dianjurkan oleh Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Hospital RIPAS itu, adalah sebagai tanda penghargaan terima kasih atas sokongan dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara perasmian pusat tersebut yang mana telah berjalan dengan lancar dan jayanya pada 3 Rejab 1436 Hijrah

bersamaan dengan 22 April 2015 Masihi yang lalu. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Kesihatan, Dayang Hajah Siti Mariam binti Haji Mohd. Jaafar; Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan, Kementerian Kesihatan, Awang Haji Mahrub bin Haji Murni; ketua-ketua pengarah, pengarahpengarah, pegawai-pegawai kanan, ketua-ketua jabatan, pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan.

Dua blok flat untuk anggota ABDB siap dibina Oleh : Aimi Sani Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BERAKAS, Khamis, 21 Mei. - Dalam usaha memberikan keselesaan dan kemudahan kepada anggota-anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), projek bagi pembinaan dua blok Flat 'F' di kawasan Berakas Garrison yang bernilai BND11 juta telah siap dibina. Majlis penyerahan kunci bagi dua blok tersebut yang berlangsung di Berakas Garrison disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pembangunan Pertahanan), Awang Abu Sufian bin Haji Ali yang kemudiannya diserahkan kepada Pemangku Komander Tentera Darat Diraja Brunei dan Komander Berakas Garrison, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan. Pembinaan projek yang siap dibina and Trading Company Sendirian Berhad pada bulan Januari 2015 yang lalu merupakan projek pertama ABDB yang bertemakan 'Medium Rise Vertical Housing' dikendalikan oleh Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja yang mana 'Medium Rise Vertical Housing' ini akan menempatkan 56 unit rumah khusus bagi anggota-anggota ABDB. Unit kediaman tersebut ditempatkan di dua blok menara berasingan yang berketinggian lapan tingkat. Setiap unit perumahan mempunyai keluasan 162 meter persegi dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua tandas, bilik tamu, bilik makan, dapur, dobi, bilik pembantu rumah dan stor. Selain itu, setiap blok menara juga turut dilengkapi dengan Bilik Ibadah dan tempat pengunjung. Bagi projek tersebut, Abdul Ghani Arkitek telah dilantik selaku arkitek utama, HZ Associates selaku Konsultan Juruukur Bahan, HAHD Engineering selaku Konsultan Sivil dan Struktural, Regional Consultants selaku Konsultan Mekanikal dan Elektrikal dan LSL Sendirian Berhad sebagai kontraktor utama.

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Dasar Pertahanan dan Pembangunan) Kementerian Pertahanan, Awang Abu Sufian bin Haji Ali selaku tetamu kehormat semasa menyerahkan kunci (Mock Key) Bangunan 'F' Flat kepada Pemangku Komander Tentera Darat Diraja Brunei, Kolonel Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Belait dengan mendapat markah sebanyak 85 peratus. Johan membawa pulang piala pusingan, wang tunai BND600, plak dan sijil penyertaan. Naib Johan dimenangi oleh Dayang Nur' Hadinah binti Jofray dari Sekolah Rendah Pengkalan Batu dengan markah 84 peratus. Naib johan membawa pulang wang tunai BND500, plak dan sijil penyertaan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Dayang Nurinmirza Qhairunnisa binti Suhardi dari Sekolah St. Andrew's dengan markah 83 peratus. Pemenang membawa pulang wang tunai

BND400, plak dan sijil penyertaan. Hadiah saguhati berupa wang tunai BND250, plak dan sijil penyertaan juga diberikan kepada peserta yang lain. Peraduan Mari Bercerita yang telah diadakan sejak tahun 1983 ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat membaca sekali gus memasyarakatkan budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak, dan menjadikan cerita sebagai sumber imaginasi, inspirasi bagi menjana kreativiti semasa menyampaikan cerita, di samping memberikan latihan kepada kanak-kanak supaya berani


8

NASIONAL

HARI SABTU 30 MEI 2015

Membariga aktiviti negara tanggungjawab bersama Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi, Hajah Siti Zuraihah Haji Sulaiman Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor, Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

AHLI Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putra Dato Paduka Haji Mohd. Taha bin Abdul Rauf ketika menyaksikan pameran sempena Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-63 Tahun yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong (atas dan bawah).

TUTONG, Selasa, 26 Mei. - Orang ramai khususnya yang datang dari Daerah Tutong dialu-alukan untuk mengunjungi pameran sempena memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-63 Tahun selama dua hari bermula 26 Mei. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Jaya Putra Dato Paduka Haji Mohd. Taha bin Abdul Rauf. Pemangku Pengarah Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Mohammad semasa menyampaikan alu-aluannya menjelaskan Jabatan Penerangan melihat kepentingan dan tanggungjawab dalam sama-sama membarigakan aktiviti negara kepada semua lapisan masyarakat. Selain daripada menerbitkan poster-poster terbitan jabatan sendiri, Jabatan Penerangan juga, katanya, membantu agensi-agensi kerajaan yang lain dalam mereka cipta poster-poster pembarigaan. ''Ini sekali gus dapat mempertingkatkan hubungan baik dan jaringan mantap dengan rakan-rakan strategik jabatan,'' ujarnya. Awang Mawardi seterusnya menjelaskan jabatannya juga tidak ketinggalan untuk bersaing sama dalam penyebaran maklumat melalui media baru atau media sosial yang

begitu popular pada era ini. ''Menyedari akan hakikat perkembangan pesat media massa pada zaman maklumat di hujung jari, Akhbar Rasmi Kerajaan terbitan Jabatan Penerangan, Pelita Brunei dalam versi online secara harian telah diperkenalkan mulai pada 19 Julai 2008 yang lalu,'' katanya pada majlis yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong, di sini. Jabatan juga, tambahnya, mempunyai laman media sosialnya sendiri dan orang ramai boleh mengikuti Facebook, Instagram dam Twitter jabatan berkenaan. Terdahulu, Awang Mawardi berkata, jabatannya sehingga kini mengembangkan sayapnya melalui cawangan-cawangan daerah lain dengan menyediakan pelbagai program yang bukan sahaja untuk masyarakat di kawasan pekan bahkan di pedalaman. Pendekatan bersemuka seperti Program Sua Muka, ujarnya, adalah bagi menyalurkan maklumat dan mendengarkan isu-isu semasa dan pada masa ini program itu dipertingkatkan kekerapannya sejak tahun 2013. Manakala bagi menyuntik semangat patriotisme dan memupuk semangat

cintakan Raja dan Negara dalam kalangan masyarakat terutama para pelajar, Program Taklimat Kenegaraan bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Institusi-Institusi Pengajian Tinggi, jelasnya terus diadakan yang mana sepanjang tahun 2014 telah mencapai lebih 1,000 pelajar. Mahasiswa dan mahasiswi yang merupakan bakal pemimpin yang akan meneruskan mandiri bangsa dan negara, tegasnya, perlu dibekalkan kefahaman dan maklumat mengenai aspirasi dan matlamat negara berteraskan falsafah 'Melayu Islam Beraja' untuk dijadikan sebagai utap bagi menangkis apa jua cabaran yang melanda. Jabatan juga, katanya, memperluaskan skop penyebaran maklumat dengan mensasarkan golongan belia, remaja dan juga ibu bapa melalui Program Awasi Anak Kitani dan juga Program Masyarakat Bermaklumat dalam mempertingkatkan pengetahuan mereka kepada penyalahgunaan dadah, gejala sosial dan isu penderaan, di samping pendedahan melalui lawatan dan taklimat mengenai keusahawanan, SME, pelancongan dan sebagainya. Sepanjang dua hari itu, para pengunjung boleh mengikuti pelbagai program yang diatur termasuk pameran penerangan, penjualan produk mukim dan kampung, Pertandingan Pidato, Bicarawara Pelita Brunei, kuiz, Kempen Menderma Darah, pemeriksaan kesihatan dan lain lagi.

Akhbar rasmi Pelita Brunei tetap relevan Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman TUTONG, Selasa, 26 Mei. Kewujudan Pelita Brunei yang mendapat persaingan sengit dengan wujudnya sosial media yang mana mana kepantasannya dalam penyebaran dan penerimaan sesuatu maklumat merupakan antara intipati dalam bicarawara Pelita Brunei yang diadakan sempena Majlis Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-63 Tahun. Bicarawara yang berlangsung di Dewan Seri Kenangan, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Tutong dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Orang Kaya Maha Bijaya Awang Haji Othman bin Uking selaku tetamu kehormat majlis tersebut. Hadir selaku ahli panel bicarawara, Pemangku Pengarah Penerangan,

Awang Mawardi bin Haji Mohammad; Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini; Pegawai Penerangan , Awang Musa bin Mohidin dan Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan selaku Moderator, Dayang Hajah Noorashidah binti Haji Aliomar. Bicarawara bertemakan 'Pelita Brunei Tetap Relevan' itu antara lainnya menyentuh bahawa Pelita Brunei merupakan media konvensional dari segi jumlah dan waktu ia diterbitkan namun kepentingan peranannya sebagai lidah kerajaan mestilah dipertahankan kerana ia merupakan salah satu medium pihak kerajaan untuk menyampaikan maklumat kepada penduduk dan masyarakat setempat. Jabatan Penerangan merupakan

salah satu jabatan yang bertanggungjawab untuk membarigakan maklumat dan dasar Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Salah satu kaedah yang dirancang melalui strategi kerjanya ialah dengan menerbitkan Akhbar Rasmi Kerajaan Pelita Brunei bagi mencakupi seluruh lapisan masyarakat di negara ini. Antara yang hadir mendengarkan bicarawara tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Perundingan Mukim dan para belia-belia dan sukarelawan di daerah ini. Objektif utama bagi bicarawara Pelita Brunei ini ialah untuk mendapatkan pandangan saranan orang ramai mengenai Akhbar Rasmi Kerajaan Pelita Brunei, di samping membincangkan kepentingan Pelita Brunei sebagai wadah penyebaran maklumat yang cepat, tepat dan berwibawa pada masa kini dan pada

HALUAN Dari muka 2 Dengan berkonsepkan model 'AthleteCentred, Coach Driven, Knowledge Based Supports', beberapa jenis bantuan dan perkhidmatan yang tertakluk kepada peruntukan juga akan diberikan kepada atlet dalam samasama menangani cabaran yang dihadapi sebagai seorang atlet, seorang pelajar, seorang pekerja, seorang yang berkeluarga, dan seorang belia. Untuk menjadikan Akademi Sukan berfungsi sepenuhnya pihak pengurusan dan pakar-pakar kejurulatihan hendaklah juga committed dan mempunyai accountability ke atas atlet-atlet di bawah pengawasan mereka melalui pemantauan yang bersistematik. Rangkaian kerjasama juga perlu diperluaskan dan dipertingkatkan dengan para stakeholders dalam dan luar negeri termasuk majlis-majlis sukan

yang berdaftar, badan-badan sukan, kelab-kelab sukan, pihak sekolah dan institusi pengajian termasuk Sekolah Sukan, pihak swasta dan yang penting sekali adalah ibu bapa. Kesemua faktor ini akan menjadikan akademi ini akan sentiasa relevan dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Dalam kesempatan ini, ke arah keseimbungan dengan penubuhan Akademi Sukan ini, sukacita saya juga menyarankan agar JBS, KKBS untuk membuat perancangan dalam masa yang terdekat bagi mewujudkan dan mengendalikan 'Akademi Kejurulatihan' dengan pembangunan jurulatihnya dan sistem latihannya yang lebih spesifik dengan penggunaan kaedah sains sukan. Sebagai penutup sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada JBS

AHLI panel bicarawara 'Pelita Brunei Tetap Relevan', Pegawai Penerangan Kanan, Dayang Sastra Sarini binti Haji Julaini dan Pegawai Penerangan, Awang Musa bin Mohidin.

masa akan datang. Dalam pada itu, para hadirin juga berpeluang untuk berkunjung ke petak-petak pameran dari bahagian, cawangan dan unit di Jabatan Penerangan, di samping menyaksikan pameran produk-produk mukim dan kampung Daerah Tutong. Selain itu, Pusat Promosi Kesihatan yang turut serta dalam pameran tersebut juga memberikan

perkhidmatan pemeriksaan kesihatan diselajurkan dengan kempen derma darah dari Bahagian Derma Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan. Majlis Memperingati Penubuhan Jabatan Penerangan Ke-63 tahun ini akan dilaratkan seterusnya ke Daerah Belait pada 28 dan 30 Mei 2015 bertempat di Taman Persiaran Kuala Belait.

Penubuhan Akademi Sukan, pengemaskinian perkembangan sukan dan Persatuan-Persatuan Sukan Kebangsaan yang terlibat sebagai rakan strategik, atas usaha mereka dalam mengembangkan dan mempergiatkan lagi kegiatan sukan di negara ini khususnya di sektor Sukan Prestasi Tinggi dalam penyediaan atlet elit yang akan menyumbang pingat bagi negara ke kejohanan di peringkat serantau dan antarabangsa. Tahniah dan syabas juga kepada para atlet yang telah berjaya terpilih untuk memasuki Pusat Latihan Akademi Sukan ini. Saya berharap para atlet akan terus cekal menjalani latihan yang telah disediakan oleh jurulatih-jurulatih kebangsaan dan jangan mudah berputus asa. Di dalam arena sukan kecekalan dan latihan yang bersistematik secara berterusan akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Tanamkanlah semangat

patriotik demi mengharumkan nama negara dan bangsa nanti di arena antarabangsa dan jauhilah dari mengambil barang-barang yang terlarang dalam sukan kerana ia akan merugikan diri sendiri dan sekali gus akan mengaibkan imej negara. Akhirnya dengan melafazkan kalimah Bismillahir Rahmanir Rahim dan bertawakal ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam saya dengan amat sukacita melancarkan 'Akademi Sukan, JBS, KKBS'. Sekian, Wabillahit Wassalamualaikum Wabarakatuh.

Taufeq Walhidayah, Warahmatullahi


AGAMA

HARI SABTU 30 MEI 2015

9

ABDB: Tingkatkan jati diri dan kekuatan fizikal M

ARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertaqwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Tentera adalah merupakan keperluan asasi yang mesti ada di dalam sesebuah negara, tanpa adanya tentera sesebuah negara itu akan sentiasa berada dalam keadaan terancam dan tidak selamat dari sebarang ancaman sama ada dari luar mahupun dalam negara itu sendiri. Kekuatan sesebuah negara itu bukan sahaja dengan memiliki peralatan tentera yang canggih, tetapi juga dapat dinilai sekiranya negara tersebut memiliki tentera yang berkualiti dari segi fizikal dan mental lebih-lebih lagi jika berkemahiran menggunakan senjata-senjata moden. Selain dari itu, para tentera hendaklah juga memiliki kekuatan rohani. Sejarah membuktikan kemenangan banyak berpihak kepada tentera Islam dalam banyak peperangan walaupun jumlah mereka lebih sedikit berbanding tentera musuh dan tidak memiliki senjata yang canggih berbanding dengan senjata kepunyaan musuh. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 249 : Tafsirnya : ''Berkata pula orang-orang yang menyangka (meyakini) bahawa mereka akan menemui Allah. Berapa banyak telah terjadi kumpulan yang

sedikit dapat mengalahkan kumpulan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah berserta orang-orang yang sabar''. Di negara kita Brunei Darussalam angkatan tentera dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, tugas sebagai tentera ini adalah mulia di sisi agama mahupun negara. Bagi belia-belia yang ingin berkhidmat sebagai tentera janganlah menganggap ia satu pilihan terakhir sehingga menyebabkan kualiti kerjanya tidak memuaskan. Tema Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata tahun ini ialah ''Ke arah Generasi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Berwawasan'' warga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei diharapkan agar dapat meningkatkan lagi kekuatan jati diri dengan memfokuskan kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Fizikal atau jasmani, iaitu tubuh badan yang sentiasa kuat dan sihat dapat dicapai dengan adanya latihan yang profesional dan bijak merancang strategi peperangan. Pada Zaman Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam itu ramai sahabat-sahabat yang bijak dalam mengatur strategi peperangan sehinggakan mencapai kejayaan dan kemenangan dalam peperangan. Contohnya sebagaimana yang berlaku dalam satu peristiwa sebelum berlakunya peperangan, Rasullullah memilih tempat yang akan menempatkan tentera Islam, lalu seorang sahabat yang bijak dan banyak pengalaman dalam peperangan bangunan bertanya kepada Rasullullah : Adakah arahan itu satu wahyu wahai Rasullullah? Jawab Rasullullah : Tidak! lalu

IBNU Umar Radiallahuanhu berkata : Saya telah mendengar Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya. Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangganya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu atau pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya.

sahabat itu mencadangkan agar tentera Islam mengambil kedudukan di tempat yang berdekatan dengan telaga air. Dalam peperangan, sumber air yang mencukupi sangatlah memberikan impak yang sangat besar kepada tentera. Begitu juga dengan kisah sahabat Salman Al-Farisi yang mencadangkan supaya tentera Islam menggali parit di sekeliling kota Madinah bagi menahan kemaraan tentera musuh semasa dalam Peperangan Khandak. Adapun spiritual atau kerohanian, iaitu kekuatan dalaman adalah seperti sentiasa menjadi hubungan dengan Allah Subhanahu Wata'ala, sentiasa menjaga kewajipan seorang muslim seperti sembahyang lima waktu, berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji. Selain itu, mereka juga menghindarkan diri dari segala segala perbuatan mungkar seperti rasuah, pecah amanah, terlibat dengan dadah, berjudi, meminum minuman keras dan berfoya-foya dengan perempuan yang bukan mahram, di mana semua itu hanya akan mengundang kemurkaan Allah Subhanahu Wata'ala dan mendapat azab. Apabila bala atau azab itu diturunkan, ia bukan hanya menimpa pelaku kesalahan itu, malah juga akan diterima oleh semua orang ramai sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Anfal ayat 25 : Tafsirnya : ''Dan peliharalah diri kamu daripada berlakunya fitnah yang membawa bala bencana yang bukan sahaja menimpa orang-orang yang zalim antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu kesemuanya. Dan ketahuilah bahawa Allah sangat berat siksa-Nya''. Dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan sama ada tanggungajawab sebagai ketua keluarga, ketua jabatan atau ketua masyarakat dan sebagainya, maka tunaikanlah tanggungjawab itu dengan sempurna dan bersungguh-sungguh. Ingatlah bahawa kita akan ditanya di hadapan Allah Subhanahu Wata'ala akan apa yagn telah dilakukan atas apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita sebagaimana hadith Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya : ''Ibnu Umar Radiallahuanhu berkata : Saya telah mendengar Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Setiap orang adalah pemimpin dan akan diminta pertanggungjawaban atas kepimpinannya.

Seorang kepala negara akan diminta pertanggungjawaban perihal rakyat yang dipimpinnya. Seorang suami akan ditanya perihal keluarga yang dipimpinnya. Seorang isteri yang memelihara rumah tangganya akan ditanya perihal tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan seorang pembantu atau pekerja rumah tangga yagn bertugas memelihara barang milik majikannya juga akan ditanya dari hal yang dipimpinnya''. Sebagai rakyat dan penduduk di negara ini sama-samalah kita berganding bahu membantu pihak tentera menjaga keamanan dan kedaulatan negara yang dicintai ini. Semoga dengan demikian negara kita akan sentiasa aman dan terhindar dari sebarang ancaman musuh. Akhirnya sama-samlah kita berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar negara kita sentiasa dilindungi oleh Allah Suhanahanu Wata'ala dan dijauhi daripada bala dan bencana. Amin Ya Rabbal Alamin. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Ali-Imran ayat 200 : Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yang beriman! bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan, kuatkanlah kesabaran kamu dalam menghadapi orang-orang kafir dan bersiap sedialah dengan kekuatan pertahanan di sempadan negari kamu serta bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya mencapai kemenangan.''


10

RENCANA

HARI SABTU 30 MEI 2015

Sungkai sekampung keunikan Kampung Mata-Mata

K

IRA-KIRA lapan kilometer perjalanan dari ibu negara, Bandar Seri Begawan, terletaknya Kampung Mata-Mata yang merupakan salah satu kampung di bawah Mukim Gadong 'B' selain dari Kampung Kampong Beribi, Kiarong, Kiulap, Perumahan Mata-Mata, Batu Bersurat, Menglait I dan Menglait II. Keluasan kampung berkenaan ialah 48,121 hektar dengan jumlah binaan rumah sebanyak 1,392 buah di jumlah penduduknya seramai 6,699 orang terdiri daripada 3,387 lelaki dan 3,312 perempuan termasuk 254 warga emas. Jumlah tersebut termasuk kira-kira 20 peratus daripada masyarakat cina. Program Sua Muka yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan terus giat dengan membuat pendekatan bersama Ketua Kampung, Awang Haji Metali bin Haji Kamis pada 18 April lalu dalam inisiatifnya bagi menjalinkan kolaborasi yang lebih erat dalam hal ehwal kemasyarakatan. KEMUDAHAN / KEBAJIKAN Kampung Mata-Mata juga tidak kurang seperti kampung-kampung lain dengan menerima dan samasama menikmati kemudahankemudahan yang diberikan oleh Kerajaan antaranya kemudahan air, elektrik, jalan raya, sekolah, balai ibadat dan sebagainya. Selain daripada 254 warga emas menerima bantuan Pencen Tua sebanyak BND250 sebulan, bantuan kebajikan juga diberikan kepada sebahagian mereka yang kurang upaya termasuk orang buta, cacat dan gila. Penerima kebajikan bulanan juga

BALAI Ibadat Kampung Mata-Mata menjadi tumpuan bagi para penduduk kampung untuk mengadakan acara Sungkai Sekampung yang menjadi salah satu keunikan di kampung itu.

Oleh: Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi diberikan kepada enam orang anak yatim di kampung berkenaan dan 20 penerima lain termasuk ibu tunggal

serta mereka yang menjalani hidup susah yang memerlukan bantuan. ASAL-USUL DI SEBALIK NAMA MATA-MATA Semasa pendekatan tersebut, Awang Haji Metali sempat menceritakan asal usul nama kampung tersebut yang kononnya mengikut cerita orang-orang dahulu sering terserempak sebiji mata bersaiz besar di atas tanah dan dari kejadian itu nama Mata-Mata terus diberikan pada kawasan berkenaan yang secara kebetulan pada ketika itu kampung tersebut belum lagi mempunyai nama pada sekitar tahun 1880. AKTIVITI KAMPUNG Keunikan kampung tersebut ialah apabila menjelangnya bulan Ramadan, penduduk kampung akan mengadakan sungkai sekampung setiap malam Jumaat di Balai Ibadat yang merupakan tradisi dari turun-temurun lagi. Jalinan kemesraan juga semakin erat dengan adanya Majlis Doa Arwah Sekampung yang melibatkan semua penduduk dalam mengungkayahkan kerja bergotong-royong termasuk acara tahunan lain seperti Sambutan Hari Raya Aidilfitri. JALAN Mata-Mata yang menjadi salah satu jalan akses menuju ke Kampung Mata-Mata.

LOKASI yang dipercayai bahawa orang-orang dahulu sering terjumpa mata di kawasan ini sehingga terciptanya nama kampung itu.


RENCANA

HARI SABTU 30 MEI 2015

Ke arah Generasi ABDB Berwawasan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei pemangkin kecemerlangan ABDB

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Jabatan Penerangan

S

ESEBUAH negara memerlukan pasukan tentera yang merupakan keperluan asasi yang mesti ada di dalam sesebuah negara, tanpa adanya tentera sesebuah negara itu akan sentiasa berada dalam keadaan terancam dan tidak selamat dari sebarang ancaman sama ada dari luar mahupun dalam negara itu sendiri. Manakala kekuatan sesebuah negara itu bukan sahaja dengan memiliki peralatan yang canggih, tetapi juga dapat dinilai sekiranya negara tersebut memiliki tentera yang berkualiti dari segala fizikal dan mental lebih-lebih lagi jika berkemahiran menggunakan senjata-senjata moden. Sesungguhnya nikmat keamanan negara yang kita kecapi hari ini

bukanlah sesuatu yang mudah dicapai dan diperolehi. Ia merupakan hasil perjuangan dan pengorbanan para pahlawan tanah air yang sanggup menggadaikan jiwa raga mereka demi melihat keamanan di bumi tercinta ini. Sememangnya seorang pemimpin atau ketua adalah amat diperlukan bagi memastikan pasukan atau kumpulan yang diketuainya itu dapat menjalankan fungsi dan tanggungjawab yang telah diamanahkan itu dengan baik, begitulah juga dalam ketenteraan yang menjaga keamanan negara. Ketaatan adalah merupakan kunci kejayaan dan kemenangan sesebuah misi dalam ketenteraan lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperangan. Anggota tentera yang menjalankan

tugasnya dengan amanah dan penuh dedikasi sangatlah kita sanjungi dan hormati kerana jasa mereka itulah negara kita selamat dari ancaman musuh. Mereka tidak akan menjalankan tugas dengan sambil lewa kerana mereka tahu akan akibat dari kelalaian boleh membahayakan keselamatan rakyat dan membuka peluang kepada pihak musuh untuk menceroboh negara. Di negara kita Brunei Darussalam angkatan tentera dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), tugas sebagai tentera ini adalah mulia di sisi agama mahupun negara. Bagi belia-belia yang ingin berkhidmat sebagai tentera janganlah menganggap ia satu pilihan terakhir sehingga menyebabkan kualiti kerjanya tidak memuaskan. ABDB telah ditubuhkan 54 tahun yang lalu dan akan menyambut Ulang Tahun Penubuhannya setiap 31 Mei. Hari Ulang Tahun Angkatan

Bersenjata tahun ini bertemakan 'Ke arah Generasi ABDB Berwawasan' warga ABDB diharapkan agar dapat meningkatkan lagi kekuatan jati diri dengan memfokuskan kekuatan fizikal, mental dan spiritual. Fizikal atau jasmani, iaitu tubuh badan yang sentiasa kuat dan sihat dapat dicapai dengan adanya latihan yang profesional dan bijak merancang strategi peperangan. PERKEMBANGAN ABDB telah melalui pelbagai pengalaman dan perkembangan sejak penubuhannya pada tahun 1961. Antaranya dengan pertambahan unit-unit besar dalam ABDB seperti Angkatan Tentera Darat, Angkatan Tentera Laut, Angkatan Tentera Udara, Pusat Latihan, Jabatan Agama ABDB, Akademi Tentera dan Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Tambahan lagi, untuk menjadi pelengkap matlamat ABDB, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan

11

penubuhan beberapa institusi termasuk Jabatan Perkembangan Keupayaan Tentera, Pusat Penyelidik dan Perkembangan Sains dan Teknologi dan Akademi Pertahanan. Selain dari berkhidmat dalam negara, ABDB juga terlibat dalam misi-misi pengamatan luar negara seperti penyertaan dalam Misi IMT di Filipina dan UNIFIL di Lubnan. DALAM KENANGAN Pada 20 Julai 2012 yang lalu, negara dikejutkan dengan satu tragedi yang memilukan yang mana sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Brunei, Bell 212 terhempas di Ulu Belait ketika dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan dan menyebabkan 12 orang terbunuh yang kebanyakannya merupakan pegawai kadet tentera yang dalam perjalanan pulang selepas latihan, manakala dua lagi pegawai kadet terselamat dari tragedi tersebut. SARANAN Sebenarnya, mempertahankan keharmonian dan kedaulatan bukan sepenuhnya dipikul oleh ABDB saja, tetapi setiap rakyat negara ini perlu memainkan peranan masingmasing. Selaku rakyat yang cintakan negara, sama-samalah kita menanam semangat kenegaraan dan perjuangan yang tinggi dalam diri masing masing dan jangan sesekali hanya menyerahkan tanggungjawab berkenaan kepada anggota tentera saja. Untuk itu kita sangat berterima kasih kepada ABDB telah dapat melaksanakan amanah dan menjalankan tugas dalam menjaga dan mengekalkan keamanan di negara kita ini. Selamat Menyambut Ulang Tahun ABDB Ke-54 Tahun.


12

PELITA BRUNEI HARI SABTU 30 MEI 2015

13

PELITA BRUNEI HARI SABTU 30 MEI 2015

Kebawah DYMM berangkat meletakkan batu asas Bangunan BPIS Oleh : Haniza Abdul Latif, Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohammad Azmi Awang Damit, Haji Ariffin Mohd. Noor, Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 27 Mei. - Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) bakal mempunyai bangunan kekal dengan berlangsungnya Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan berkenaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka-paduka anakanda baginda berkenan menerima junjung ziarah para jemputan yang hadir sejurus berangkat tiba bagi menyempurnakan Peletakan Batu Asas Bangunan Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BPIS) di Jalan Pengiran Babu Raja.

KEBAWAH DYMM dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel menadah tangan ketika Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan.

Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Peletakan Batu Asas Bangunan BPIS, bertempat di Jalan Pengiran Babu Raja, di sini. Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel. Keberangkatan Kebawah DYMM di Tapak Projek Peletakan Batu Asas Bangunan BPIS dijunjung oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman dan Menteri Kewangan II (Kedua) di JPM, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Majlis bermula dengan bacaan Surah Al Faatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Pada majlis itu, Kebawah DYMM berkenan menyaksikan persembahan tayangan klip video animasi mengenai projek pembinaan yang memaparkan reka bentuk bangunan dan reka bentuk dalaman projek berkenaan. Kebawah DYMM seterusnya dijunjung bagi menyempurnakan Upacara Peletakan Batu Asas Bangunan BPIS diikuti dengan laungan takbir oleh Mufti Kerajaan.

KEBAWAH DYMM berkenan menandatangani Lembaran Kenangan Khas dan seterusnya menerima pesambah yang disembahkan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sempena Majlis Peletakan Batu Asas Bangunan BPIS (kiri dan kanan).

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis dan Pengurusan Projek Bangunan Baru BPIS (atas), sementara gambar bawah kanan, baginda berkenan menyempurnakan Upacara Peletakan Batu Asas Bangunan BPIS diikuti dengan laungan takbir oleh Mufti Kerajaan.

Sejurus itu, Kebawah DYMM dijunjung untuk menandatangani Plak Kenangan Peletakan Batu Asas bangunan dan bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan. Kebawah DYMM juga dijunjung untuk menyaksikan pameran dan sembah taklimat mengenai reka bentuk bangunan berkenaan disembahkan oleh Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar yang turut dibantu oleh Arkitek dari Pei Partnership Architects, New York, Toh Tsun Lim. Sementara sembah taklimat mengenai reka bentuk dalaman bangunan disembahkan oleh Dato Paduka Ahmad Bukhari bin Pehin Siraja Khatib Haji Abu Hanifah dan dibantu oleh Jasper Jacobs dari Jasper Jacobs Associates, United Kingdom. Kebawah DYMM kemudian dijunjung untuk menandatangani Lembaran Kenangan Khas dan seterusnya menerima pesambah yang disampaikan oleh Menteri

Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi. Sebelum berangkat balik, Kebawah DYMM dijunjung untuk bergambar ramai bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi Majlis dan Pengurusan Projek Bangunan Baru BPIS. BPIS ditubuhkan pada tahun 2001 dan diletakkan sementara di aras bawah dan aras pertama Bangunan Perpustakaan Islam Brunei (PIB), Darulifta Brunei Darussalam di bawah pentadbiran Jabatan Mufti Kerajaan dan merupakan realisasi keazaman Kebawah DYMM pada memenuhi kewajaran ilmu warisan Islam yang masih banyak lagi tersimpan di dalam manuskrip dan bahan-bahan warisan Islam yang lain dikembalikan semula keunggulannya. Jika di PIB BPIS hanya mempamerkan bahan-bahan koleksi dalam kuantiti yang terhad dan pameran sementara, di bangunan baharunya yang kekal, BPIS akan lebih aktif lagi yang mana ia bukan sahaja akan dapat

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel berkenan menyaksikan pameran statik.

melanjutkan fungsi dan agenda mengumpul dan mempamer secara kekal, bahkan akan dapat terus memperluaskan agenda keilmuannya dalam bidang warisan Islam, iaitu melakukan kajian dan penyelidikan ke atas bahan koleksi dan menyebarkan hasil kajian dan penyelidikan itu bagi kesejahteraan umat Islam dan kemanusiaan amnya. Bangunan baru dan kekal BPIS akan mempunyai sembilan galeri termasuk Galeri Kebestarian Raja Mukmin, Galeri Al-Qur'an Al-Karim, Galeri Al-Anbiya, Galeri Sahabat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Galeri Warisan Ilmu, Galeri Al-Aqsa dan Al-Haramain, Galeri Penciptaan Manusia dan Alam Semesta dari Perspektif Islam dan Sains, Galeri Merungkai Misteri Alam Semesta dan Galeri Kesenian Islam. Dengan terbina dan tersergamnya bangunan kekal BPIS ini akan menjadi salah satu mercu tanda atau landmark bagi Negara Brunei Darussalam, di samping menjadi gedung khazanah warisan ilmu sebagai tanda kepimpinan intelektualisme seorang raja mukmin.

PERSEMBAHAN dikir oleh penuntut Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

DOA Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.


14

JAWATAN KOSONG

HARI SABTU 30 MEI 2015


HARI SABTU 30 MEI 2015

JAWATAN KOSONG

15


16

IKLAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

KEMENTERIAN KESIHATAN

PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Pembelian dan Perbekalan, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktu-waktu bekerja, mulai hari Sabtu, 13 Mei 2015. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada :Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB 3910 Negara Brunei Darussalam

3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetap dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen- dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, hari Selasa, pada 9 Jun 2015. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap-tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Akaun, Tingkat Bawah, Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktu-waktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI dan 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI

5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :• Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong / Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong / Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.

TAWARAN BIL TAWARAN : KK/67/2015(UPP)(TC) KETERANGAN SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICAL EQUIPMENT (PACEMAKERS) FOR CARDIOLOGY DEPARTMENT (CCU) RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA (RIPAS) HOSPITAL, MINISTRY OF HEALTH YURAN TAWARAN : BND100.00 TARIKH TUTUP : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 9 Jun 2015 BIL TAWARAN : KK/68/2015 (ESTET)(TC) KETERANGAN THE PROVISION OF COLLECTION AND INCINERATION SERVICE FOR HAZARDOUS HEALTH-CARE WASTE OF MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS Kelayakan Pemborong / Pembekal Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan YURAN TAWARAN : BND10.00 TARIKH TUTUP : Tidak lewat jam 2.00 Petang, 9 Jun 2015 IKLAN WEBSITE : PADA 13 MEI 2015

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ANTARABANGSA KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JAWATAN KOSONG DI PEJABAT 'ORGANISATION FOR THE PROHIBITION OF CHEMICAL WEAPONS (OPCW)' 1. Rujukan : E-ADM/HRB/SHRTO/P-4/F01148/04-15 Jawatan : Senior HR Training Officer TARIKH TUTUP : 17 Jun 2015

JABATAN BANDARAN TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

PEMBERITAHUAN TAWARAN TAJUK TAWARAN : MEMBEKAL DAN MEMASANG KEM PASANG SIAP UNTUK GERAI RAMADHAN 2015 BILANGAN TAWARAN : JBT/S/5/02/2015-2016 TARIKH TUTUP TAWARAN : RABU, 10 JUN 2015 JAM 2.00 PETANG 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup tanpa menunjukkan identiti pengirim. 3. Pada bahagian atas sampul surat berkenaan hendaklah ditulis Bilangan Tawaran serta Tarikh Tutup Tawaran. 4. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, Salinan Sijil perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 & 17 atau List of

2. Rujukan : E-VER/SRCO/F0204/P-4/17/10/15 Jawatan : Senior Verification Coordination TARIKH TUTUP : 2 Julai 2015 3. Rujukan : E-ADM/BUD/PBO/F0081/P-3/26/5-15 Jawatan : PROGRAMME AND BUDGET OFFICE TARIKH TUTUP : 18 Julai 2015 Untuk makluman pemohon-pemohon yang berhasrat memohon jawatan-jawatan tersebut supaya akan dapat menghadapkan permohonan terus kepada pihak OPCW melalui laman web www.opcw.org tidak lewat dari tarikh tutup yang disebutkan.

hendaklah dijelaskan semasa mengambil borang tawaran dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan jika sekiranya syarikat yang turut serta tidak berjaya dalam tawaran tersebut.

Directors) dan Salinan Kad pengenalan. 5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Bukit Bendera, Daerah Tutong dan dialamatkan kepada :

SYARAT-SYARAT TAWARAN

MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dilayan.

1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam.

7. Tawaran hendaklah dihantar dengan borang yang disediakan oleh Jabatan Bandaran Tutong.

2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat tertutup tanpa menunjukkan identiti pengirim.

8. Pihak Jabatan Bandaran Tutong akan mengeluarkan Surat Tawaran kepada penawar-penawar yang berjaya.

PENGERUSI JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA

3. Pada bahagian atas sampul surat berkenaan hendaklah ditulis Bilangan Tawaran serta Tarikh Tutup Tawaran.

JABATAN BANDARAN TUTONG

4. Tawaran-tawaran hendaklah juga menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat, Salinan Sijil perniagaan (Business Names of Enactment Section 16 & 17 atau List of Directors) dan Salinan Kad pengenalan.

9. Penawar yang Berjaya tidak boleh memindah tawaran kepada pihak ketiga dan hendaklah membekal peralatan berkenaan dalam tempoh yang akan dinyatakan dalam surat tawaran berkenaan.

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 6. Borang tawaran boleh didapati di Kaunter Bahagian Kewangan, Jabatan Bandaran Tutong, Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong. 7. Mana-Mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dilayan. 8. Yuran tawaran sebanyak BND2.00

5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN bertempat di Aras Bawah, Jabatan Bandaran Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Bukit Bendera, Daerah Tutong dan dialamatkan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA

10. Jabatan Bandaran Tutong berhak menolak atau membatalkan sebarang tawaran tanpa notis jika pihak penawar GAGAL untuk membuat kerja-kerja yang ditawarkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 11. Penawar mestilah membekalkan peralatan seperti yang terkandung dalam tawaran berkenaan. 12. Jabatan tidak akan terikat untuk menerima tawaran yang lebih murah atau seumpamanya.


IKLAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

17

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK

JABATAN PERDANA MENTERI

JEMPUTAN UNTUK MEMBERI TAWARAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG

DI DALAM MAHKAMAH PEGAWAI WARIS TUTONG

SURAT KUASA PUSAKA NO. T/LA/12/2014 Bilangan Tawaran : JPE / LTK / JAN / 019 / 2015 Tajuk Kerja : PROVISION OF TECHNICAL ASSISTANCE IN THE MAINTENANCE OF 4 UNIT OF MAN K6 MAJOR MK3 GENERATING SETS AT THE BELINGUS POWER STATION Tarikh Tutup : 2 JUN 2015, (Hari Selasa), jam 2.00 Petang Yuran Tawaran : BND50.00 (tidak dikembalikan) Tempat Tutup : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN MENTERI BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. Kelayakan : OPEN TO LOCAL OR INTERNATIONAL, MECHANICAL & ELECTRICAL ENGINEERING COMPANIES WITH SPECIALSED KNOWLEDGE AND EXPERIENCE IN THE MAINTENANCE AND OVERHAUL OF MAN B & W MIRRLESS BLACKSTONE K6 MAJOR MK3 DIESEL ENGINE GENERATORS. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan lanjut bolehlah dilihat dan diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1) Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

KENYATAAN BAHAWA permohonan kepada mahkamah ini telah diperbuat oleh AWANG TIMBANG BIN HAJI KAMIS kerana minta Surat Kuasa kepada Harta Pesaka yang dipunyai oleh DAYANG HAJAH PASANG BINTI DURAHIM yang telah meninggal dunia di Negara Brunei Darussalam dengan sebab itu si pemohon ialah ANAK kepada si mati. Oleh itu kenyataan diberi bahawa permohonan ini akan didengarkan di dalam Mahkamah TUTONG pada 06 JUN 2015 pada jam 9.00 Pagi. Orang-orang yang berhak di dalam Harta Pesaka si mati itu dikehendaki hadir dan menyaksikan perbicaraan itu pada waktu dan tempat yang tersebut di atas. Sesiapa yang berhajat hendak membantah permohonan itu bolehlah menghantar surat bantahan kepada Mahkamah Pegawai Waris TUTONG sebelum tarikh yang tersebut di atas. Tarikh : 20 Mei 2015

HASHIMAH HAJI ABU BAKAR PERHATIAN : SILA BAWA SALINAN SIJIL PENDAFTARAN (KEMENTERIAN PEMBANGUNAN) SEMASA MENGAMBIL DOKUMEN DARI KAUNTER UNIT PENDAFTARAN, TINGKAT 1, JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK, JABATAN PERDANA MENTERI.

PUSAT PEMBANGUNAN BELIA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN KENYATAAN TAWARAN 'TENDER NOTICE' BILANGAN TAWARAN / TENDER REFERENCE : 06/2015/KKBS/PPB/11 TAJUK TAWARAN / TENDER TTILE : TAWARAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS FTTH - FIBER TO THE HOME (PROGRAM SINGKAT) BAGI SESI OGOS 2015 DI PUSAT PEMBANGUNAN BELIA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JALAN UTAMA TANAH JAMBU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat / pemborong tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat / pemborong yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 3. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17 Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. 4. Yuran Tawaran adalah BND10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat / pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide tender). 5. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender/syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam. 6. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu (depan kaunter sekuriti)

Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan BS8110, Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 petang, Hari Selasa, 9 Jun 2015. 7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 8. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Isnin, 8 Jun 2015, jam 4.00 Petang. 9. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. Borang tawaran dan borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dan penuh. Tawaran yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. 10. Syarikat / pemborong adalah disarankan membuat lawatan ke Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam pada hari dan waktu bekerja. 11. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pegawai Latihan di talian 2393681 sambungan 717 atau Pengajar Teknik Kanan di talian 2393681 sambungan 741, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam. 12. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat / pemborong yang mengambil bahagian adalah dikehendaki untuk menghadapkan Sijil-Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 13. Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah disertakan salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 12) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 7). 14. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 15. Syarikat yang menolak atau

B/p Tim Pegawai Waris Tutong Negara Brunei Darussalam

membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997). KENYATAAN TAWARAN 'TENDER NOTICE' BILANGAN TAWARAN / TENDER REFERENCE : 06/2015/KKBS/PPB/10 TAJUK TAWARAN / TENDER TTILE : TAWARAN UNTUK MENGENDALIKAN KURSUS PENYAMBUNGAN KABEL ELEKTRIK (PROGRAM SINGKAT) BAGI SESI OGOS 2015 DI PUSAT PEMBANGUNAN BELIA KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN JALAN UTAMA TANAH JAMBU NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat / pemborong tempatan yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam. 2. Syarikat-syarikat / pemborong yang dimiliki oleh kakitangan kerajaan dan seumpamanya tidak akan dilayan dan tidak sah untuk dinilai. 3. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17 Jalan Kebangsaan, Negara Brunei Darussalam semasa hari / waktu bekerja. 4. Yuran Tawaran adalah BND10.00 sahaja dan tidak akan dikembalikan kepada setiap syarikat / pemborong sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang sah (bona-fide tender). 5. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan bilangan dan tajuk tawaran serta tarikh tutup tawaran tanpa menyatakan nama penender / syarikat dengan dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, BS8110, Negara Brunei Darussalam. 6. Tawaran yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran yang disediakan di : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Tingkat 1, Ruang Masuk / Penyambut Tetamu(depan kaunter sekuriti) Bangunan Kementerian Kebudayaan, Be-

lia dan Sukan Simpang 336-17 Jalan Kebangsaan BS8110 Negara Brunei Darussalam. Tidak lewat jam 2.00 Petang, Hari Selasa, 9 Jun 2015. 7. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. 8. Tarikh terakhir mengambil dokumen tawaran adalah pada hari Isnin, 8 Jun 2015, jam 4.00 petang. 9. Tawaran-tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Tawaran yang mempunyai pengecualian tidak akan dilayan. Borang tawaran dan borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dan penuh. Tawaran yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk penilaian. 10. Syarikat / pemborong adalah disarankan membuat lawatan ke Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam pada hari dan waktu bekerja. 11. Penerangan lanjut boleh dirujuk kepada Pegawai Latihan di talian 2393681 sambungan 717 atau Pengajar Teknik Kanan di talian 2393681 sambungan 741, Pusat Pembangunan Belia, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Jalan Utama Tanah Jambu, Negara Brunei Darussalam. 12. Sebelum dokumen tawaran dikeluarkan, setiap syarikat / pemborong yang mengambil bahagian adalah dikehendaki untuk menghadapkan salinan Sijil-Sijil Pendaftaran Perniagaan (Business Enactment Section 16 & 17) dan dikehendaki membayar yuran tawaran dengan kadar yang telah ditetapkan. 13. Setiap borang tawaran yang telah diisikan dengan lengkap hendaklah disertakan salinan sijil pendaftaran (seperti kenyataan para 12) dan salinan resit pembayaran yuran tawaran (seperti kenyataan para 7). 14. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 15. Syarikat yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi akan dikenakan denda selaras mengikut peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara, rujukan LTN/4(39/1997).


18

IKLAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

Salinan Sijil perniagaan (Business Names of JABATAN BANDARAN TUTONG KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI

Enactment Section 16 & 17 atau List of

Bahagian

Directors) dan Salinan Kad pengenalan.

Tutong, Aras Bawah, Jabatan Bandaran

5. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dan PEMBERITAHUAN TAWARAN

1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang berdaftar di

TAJUK TAWARAN : MEMBEKAL DAN MEMASANG ALAT PENGHAWA DINGIN DI JABATAN BANDARAN TUTONG BILANGAN TAWARAN : JBT/S/01/2015-2016

Negara Brunei Darussalam.

dalam

sampul

surat

tertutup

tanpa

menunjukkan identiti pengirim. 3.

Pada

bahagian

atas

surat

berkenaan hendaklah ditulis Bilangan Tawaran

TARIKH TUTUP TAWARAN :

4.

Tawaran-tawaran

hendaklah

juga

menyertakan salinan Pendaftaran Syarikat,

POLITEKNIK BRUNEI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

PETI SEBUT HARGA BAHAGIAN SEBUT HARGA JABATAN PERKHIDMATAN KEWANGAN POLITEKNIK BRUNEI BLOK 2E, KONDOMINIUM ONG SUM PING, JALAN ONG SUM PING BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TAWARAN BILANGAN TAWARAN : PB/ESTATE/Q/2015-2016/03 KETERANGAN : TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN STALL 'A' BAGI SEKOLAH SAINS DAN KEJURUTERAAN, POLITEKNIK BRUNEI, KAMPUNG LUMUT, DAERAH BELAIT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN TAWARAN : BND100.00 (Bayaran Yuran / Dokumen Tawaran (tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 11 Jun 2015 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) BILANGAN TAWARAN : PB/ESTATE/Q/2015-2016/04 KETERANGAN :

TAWARAN PERKHIDMATAN KANTIN STALL 'B' BAGI SEKOLAH SAINS DAN KEJURUTERAAN, POLITEKNIK BRUNEI, KAMPUNG LUMUT, DAERAH BELAIT, KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN : BND100.00 (Bayaran Yuran/ Dokumen Tawaran (tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 11 Jun 2015 (Tidak lewat jam 2.00 Petang) (HARI BIASA) WAKTU-WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN TAWARAN ISNIN-KHAMIS : 8.00 PAGI HINGGA 11.45 PAGI 1.45 PETANG HINGGA 3.00 PETANG SABTU : 8.00 PAGI HINGGA 10.00 PAGI Syarat-Syarat Iklan Tawaran 1. TAWARAN adalah dipelawa daripada Syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Kewangan,

Jabatan

Bandaran

Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan Kerajaan, Daerah Tutong.

bertempat di Aras Bawah, Jabatan Bandaran Bukit

Bendera,

Daerah

Tutong

dan

dialamatkan kepada : PENGERUSI

sampul

serta Tarikh Tutup Tawaran.

RABU, 3 JUN 2015 JAM 2.00 PETANG

dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN Tutong, Bangunan Jabatan-Jabatan kerajaan,

2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar

6. Borang tawaran boleh didapati di Kaunter

JAWATANKUASA MENELITI TAWARAN DAN SEBUT HARGA JABATAN BANDARAN TUTONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

2. Bayaran Yuran Tawaran bagi setiap tawaran adalah dikehendaki dalam bentuk Wang Tunai. Penawar adalah dikehendaki membayar semua Yuran Tawaran seperti yang diiklankan. Yuran Tawaran tidak akan dikembalikan kepada setiap penawar sama ada yang berjaya atau yang tidak berjaya setelah menghantar tawaran yang jujur (bone-fide tendera). 3. Kadar Yuran Tawaran adalah seperti yang ditetapkan dalam Iklan Tawaran. 4. Sebelum mengambil borang, setiap Penawar hendaklah membayar Yuran Tawaran di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam. Sila pastikan resit pembayaran Yuran Tawaran yang diterima adalah betul. Hari dan Waktu pembayaran Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi 5. Borang-borang Tawaran boleh diperolehi di Tingkat 12, Unit 4, Jabatan Perkhidmatan Kewangan, Politeknik Brunei, Blok 2E, Kondominium Ong Sum Ping, Jalan Ong Sum Ping, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran. 6. Setiap borang Tawaran yang telah diisi dengan lengkap hendaklah menyertakan Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Salinan Resit Bayaran Yuran Tawaran. 7. Tawaran-Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat biasa dan ditutup rapi. Pada

7. Mana-Mana tawaran yang diterima selepas tarikh tutup tawaran tidak akan dilayan. 8. Yuran tawaran sebanyak BND2.00 hendaklah

dijelaskan

semasa

mengambil

borang tawaran dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan jika sekiranya syarikat yang turut serta tidak berjaya dalam tawaran tersebut.

bahagian atas kiri sampul surat hendaklah ditulis Bilangan Tawaran, Tajuk Tawaran dan Tarikh Tutup Tawaran tanpa menunjukkan identiti Penawar dan ditujukan kepada Pengerusi Sebut Harga Politeknik Brunei Kementerian Pendidikan. 8. TAWARAN hendaklah dimasukan ke dalam, PETI SEBUT HARGA, BAHAGIAN SEBUT HARGA JABATAN PERKHIDMATAN KEWANGAN, POLITEKNIK BRUNEI, BLOK 2E, KONDOMINIUM ONG SUM PING, JALAN ONG SUM PING, BANDAR SERI BEGAWAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 9. Tawaran-tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan akan dikira sebagai Tawaran tidak jujur (non-bonafide-tender) dan tidak akan dilayan. 10. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima Tawaran yang paling rendah atau sebarang Tawaran yang tidak munasabah. 11. Setiap Tawaran yang diisi dan ditulis dengan tidak betul, tidak jelas dan tidak lengkap adalah dikira rosak dan ditolak. 12. Penawar yang menolak atau membatalkan Tawaran atau kontrak setelah kebenaran Tawaran diperolehi atau setelah tutup Tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garis pandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.

JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN KEMENTERIAN PERINDUSTRIAN DAN SUMBER-SUMBER UTAMA TAWARAN UNTUK PENYEWAAN PONDOK DAN PETAK JUALAN TANAMAN HIASAN DI PUSAT HORTIKULTUR RIMBA, GADONG BILANGAN : 01/2015 TAWARAN bagi mempelawa pengusahapengusaha untuk menghadapkan permohonan bagi menyewa di Pusat Urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong seperti berikut :PETAK / PONDOK :1) Pondok Jualan (B19) Pusat urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong (Jualan

bunga-bungaan dan tanaman hiasan serta barang-barang / bahan-bahan pertanian yang berkaitan) 2) Petak Jualan (A25) Pusat urusniaga Hortikultur Rimba, Gadong (Jualan bunga-bungaan dan tanaman hiasan serta barang-barang / bahan-bahan pertanian yang berkaitan) Borang-borang permohonan boleh didapati dari Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Lapangan Terbang Lama, Berakas, BB3510 mulai 11 hingga 20 Mei 2015 dan tarikh akhir penghantaran borang-borang permohonan selewat-lewatnya 30 Mei 2015 sebelum 3.00 Petang.

Waktu Mendapatkan Borang Permohonan Tapak ISNIN - KHAMIS : 8.00 Pagi - 11.30 Pagi 1.45 Petang - 3.00 Petang SABTU : 8.00 Pagi - 10.00 Pagi Borang-borang permohonan yang lengkap dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dikembalikan dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan tajuk dan bilangan iklan serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemohon kepada :-

UNIT KAWASAN KEMAJUAN PERTANIAN IBU PEJABAT JABATAN PERTANIAN DAN AGRIMAKANAN LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS BB3510 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Pegawai Projek : Mohammad bin Lakim Tel: +673 2388089 Abd. Ani binti Haji Gapor Tel: +673 2426147


IKLAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

19

JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK JABATAN PERDANA MENTERI BND50.00 (tidak dikembalikan) Tempat tutup : 'PETI TAWARAN' LEMBAGA TAWARAN KECIL Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Negara Brunei Darussalam.

BILANGAN TAWARAN : JPE/LTK/BP/018/2015 TAJUK TAWARAN : SUPPLY AND DELIVERY OF 12,000 RUNNING HOURS SERVICE SPARES FOR DE#7 K6 MAJOR MK3 ENGINE (CONTRACT NO : 71.12/01 SERIAL NO : 95-09-01) FOR BELINGUS POWER STATION, TEMBURONG Tarikh Tutup : 16 JUN 2015, (HARI SELASA, JAM 2.00 PETANG) Yuran Tawaran :

KELAYAKAN : PEMBEKAL YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BAGI

PEJABAT KESIHATAN BELAIT KEMENTERIAN KESIHATAN JUALAN LELONG SECARA TAWARAN AWAM ADALAH dimaklumkan satu jualan lelong secara tawaran Sebut Harga bagi SATU (1) BUAH PORTA CABIN di Pos Sungai Tujoh Daerah Belait. Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa kepada pemborong-pemborong firma swasta dan orang-orang perseorangan. 2. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Unit Kutipan Hasil dan Penghapusan, Pejabat Kesihatan Belait Jalan Pandan Satu, pada waktu-waktu pejabat dibuka. 3. Tawaran mestilah dihantar dengan menggunakan borang tawaran yang disediakan. 4. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga dibahagian Unit Kutipan Hasil dan Penghapusan Pejabat Kesihatan Belait, tidak lewat 9 Jun 2015, hari Selasa,

KATEGORI P01 ATAU P05 DALAM KELAS II & KE ATAS DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi dari Kaunter Unit Pendaftaran, Tingkat 1, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam. Perhatian :- Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran di Kementerian Pembangunan semasa mengambil dokumen di Kaunter Unit Pendaftaran Bahagian Perdagangan, Tingkat Satu (1) Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

jam : 4.00 Petang. 5. Tawaran hendaklah dihadapkan dalam sampul surat yang tertutup dengan bilangan sebut harga dan tajuk tawaran tanpa menunjukan identiti pemborong di alamat : PENGERUSI TAWARAN SEBUT HARGA JUALAN LELONG HARTA BENDA KERAJAAN PEJABAT KESIHATAN BELAIT KUALA BELAIT IKLAN PEMBERITAHUAN TAWARAN BIL : 02-2015 HDKB /279/2004 Pt.III 6. Pembeli yang berjaya dikehendaki untuk membayar secara tunai tidak lewat tiga (3) hari dan seterusnya memindahkan barang-barang yang telah dibeli tidak lewat tujuh (7) hari dari tarikh pembayaran tersebut. Kegagalan berbuat demikian mengakibatkan pembeliaan dibatalkan dan pembayaran yang sudah dibuat tidak akan dikembalikan. 7. Bagi yang berminat untuk memeriksa dan mengenal pasti barang-barang, bolehlah datang pada waktu pejabat di Pos Kawalan Sungai Tujoh Daerah Belait.


20

IKLAN

HARI SABTU 30 MEI 2015


HARI SABTU 30 MEI 2015

IKLAN

21


22

KEMASYARAKATAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

Dayang Nadirah Nasihah juara Peraduan Fotografi 2014 Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hamzah Mohiddin

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman menyerahkan hadiah sejumlah BND1,000 kepada juara Kategori 'C', Dayang Nurul Uzma Nadhiratul Asiqin binti Amri.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Mei. – Dayang Nadirah Nasihah binti Haji Mohd. Hassan menjuarai Peraduan Fotografi 2014 yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei (PSB) bagi Kategori 'A' dengan membawa pulang wang berjumlah BND1,000. Tempat kedua disandang oleh Awang Alif bin Md. Haji Salleh dengan memenangi hadiah berjumlah BND700 sementara tempat ketiga, Dayang Zanariah @ Zamila binti Jumat menerima wang sejumlah BND500. Hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Hadiah dan Perasmian Pameran Peraduan Fotografi 2014 ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman yang berlangsung di Taman Jubli Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini. Bagi Kategori 'B' dijuarai oleh

Awang Muhammad Khairul Hafizan @ Mahfiz bin Mahali diikuti tempat kedua disandang oleh Dayang Nurul Aida Shazleena binti Roslee dan tempat ketiga diraih oleh Awang Ahmad Haziq bin Haji Muhammad. Manakala, juara bagi Kategori 'C' pula disandang oleh Dayang Nurul Uzma Nadhiratul Asiqin binti Amri diikuti tempat kedua oleh Dayang Nurul Irma Naziratul binti Amri dan Awang Abdul Hakeem Afiq bin Abdullah di tempat ketiga. Juara Kategori 'B' dan 'C' masingmasing membawa pulang wang berjumlah BND1000, tempat kedua memanangi wang berjumlah BND700 dan tempat ketiga membawa pulang wang berjumlah BND500. Atur cara majlis dimulakan dengan senamrobik, diikuti dengan penyampaian hadiah dan sijil serta Perasmian Pameran Fotografi 2014 oleh tetamu kehormat. Sementara itu, Timbalan Pengetua

Pusat Sejarah Brunei (PSB), Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad dalam ucapannya menjelaskan, fotografi secara umumnya merupakan paparan yang penting untuk merakam potret, peristiwa, seni bina dan persekitaran. “Medium ini dijadikan sebagai kaedah alternatif untuk menghasilkan imej fotografi melalui pengunaan cahaya. Penghasilan imej fotografi juga turut berubah disebabkan arus kemodenan dunia diversiti pada hari ini secara tidak langsung turut mentransformasi dunia fotografi lebih pantas dan mudah sehingga melahirkan invovasi dalam bidang baru iaitu fotografi digital,” ujarnya. Beliau menjelaskan, imej fotografi mempunyai kesan atau impak yang amat besar dalam perspektif seni, sains, teknologi, komunikasi, kebudayaan, sosial dan sejarah. “Imej fotografi bukan hanya sekadar mengabadikan sebuah gambar tetapi kita perlu melihat bagaimana gambar itu memilik cerita yang ingin disampaikan, perlu diingat kandungan setiap gambar yang dihasilkan adalah sejarah,” ujarnya. Beliau seterusnya menyatakan, dunia fotografi bukan hanya separuh masa dan sekadar hobi semata-mata tetapi masyarakat hari ini telah mengiktiraf bidang ini sebagai salah satu kerjaya profesional dan penerimaan masyarakat terhadap bidang fotografi telah dipandang serius kerana rata-rata mereka sudah memahami peranan fotografi sebagai medium yang amat penting dalam bidang pembangunan sosial, komuniti

Program Penanaman Pokok dukung inisiatif 'Green Wave' Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Mei. - Negara Brunei Darussalam sekali lagi terlibat dalam inisiatif 'Green Wave' pada tahun ini bagi memperingati Sambutan Hari Antarabangsa Bagi Kepelbagaian Biologi yang menyediakan peluang untuk meningkatkan kesedaran dan tindakan positif dalam melindungi ekosistem air. Sehubungan itu, Jabatan Perhutanan telah mengadakan Majlis Penanaman Pokok di Taman Rekreasi Hutan Berakas. Sebanyak 200 pokok Penaga Laut (Calophyllum Inophyllum) dan Ru Laut (Casurina Equistifolia) telah ditanam. Program Penanaman Pokok yang melibatkan seramai 68 penuntut dari 17 buah sekolah menengah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan ini bertujuan untuk meningkatkan rasa kecintaan terhadap hutan, selain mendedahkan akan faedah-faedah yang diperolehi daripada hutan kepada murid-murid sekolah. Selain itu, program juga bertujuan untuk memberikan dan meningkatkan kesedaran perihal pentingnya memelihara hutan, di samping mendukung inisiatif 'Green Wave' yang mula diperkenalkan pada tahun 2007. Tahun ini merupakan tahun ke-6 Negara Brunei Darussalam

menyertainya. 'Green Wave' adalah merupakan satu projek yang direka untuk menyokong objektif konvensyen pada kepelbagaian biologi, perjanjian antarabangsa di dunia yang menggalakkan pemuliharaan dan penggunaan mampan biodiversiti dan perkongsian faedah yang diperolehi daripada sumber genetik, selain membantu meningkatkan kesedaran dan mendidik anak-anak muda akan kekurangan biodiversiti dan keperluan

dalam mengambil tindakan. Setiap tahun sekretariat Konvensyen Kepelbagaian Biologi akan menyediakan tema bagi program 'Green Wave' yang mana bagi tahun ini, tema yang dipilih ialah 'Biodiversiti untuk Pembangunan Mampan' (Biodiversity for Sustainable Development). Tema ini bertujuan untuk meningkatkan usaha yang perlu dibuat disemua peringkat dalam mewujudkan satu set Gol Pembangunan Mapan yang merupakan sebahagian daripada Agenda Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Pasca 2015 bagi tempoh 2015-2030.

dan komunikasi serta bidang ini boleh dijadikan usaha seumur hidup, kerjaya atau hanya sebagai hobi yang menyeronokkan. “Oleh itu, sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang fotografi ini hendaklah sentiasa bersedia untuk meningkatkan kemahiran walaupun mempunyai sedikit pengetahuan pada peringkat awalnya,” tambahnya lagi. Menurutnya, Peraduan Fotografi 2014 ini julung kalinya dianjurkan oleh PSB dengan melibatkan mahasiswa-mahasiswi universiti, pusat-pusat pengajian tinggi, maktab dan para pelajar sekolah menengah kerajaan dan swasta di seluruh Negara Brunei Darussalam. Jelasnya, peraduan ini merupakan kesinambungan daripada Pertandingan

Video Dokumentari Sejarah Peringkat Amatur yang telah diadakan pada tahun 2013 dan peraduan ini memfokuskan kepada Foto Pegun (Still Photo) dengan tema ‘Sejarah Di Mana-Mana’. Seramai 77 peserta menyertai Peraduan Fotografi 2014 yang mana borang telah diedarkan pada 1 Jun hingga 30 September 2014 dengan menyediakan tiga kategori iaitu Kategori 'A' bagi Mahasiswamahasiswi, Kategori 'B' bagi Pelajar Pusat Tingkatan Enam / Maktab dan Kategori 'C' bagi Pelajar Sekolah Menengah. Selain pameran dan penyampaian hadiah, PSB juga mengungkayahkan Sambutan Hari Keluarga dan Hari Pelanggan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim kekeluargaan warga PSB bagi melahirkan masyarakat harmoni.

TIMBALAN Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa menyaksikan Pameran Fotografi 2014 anjuran Pusat Sejarah Brunei (PSB).

Lawatan muhibah ke Daerah Tutong

DATIN Paduka Hajah Jarah binti Haji Mohammad yang mengetuai rombongan Isteri-Isteri Orang Kenamaan (VIP) ketika menyerahkan sumbangan amal kepada mereka yang memerlukan. Juga kelihatan Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Wardi bin Haji Mohammad Ali.

Oleh : Rohani Haji Abd Hamid Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

PROGRAM Penanaman Pokok melibatkan seramai 68 penuntut dari 17 buah sekolah menengah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan.

TUTONG, Sabtu, 23 Mei.- Seramai 20 Isteri-Isteri Orang Kenamaan (VIP) telah mengadakan lawatan muhibah ke Daerah Tutong. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Yang Mulia Datin Paduka Hajah Jarah binti Haji Mohammad. Tujuan lawatan ini adalah untuk mengetahui secara dekat akan kegiatan-kegiatan dan projek yang sedang dan akan dilaksananakan. Di samping itu juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan beramah mesra serta bertukar-tukar pendapat. Rombongan tersebut dialu-alukan oleh Pegawai Daerah Tutong, Awang Haji Wardi bin Haji Mohammad Ali. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al Faatihah dan diteruskan dengan taklimat ringkas. Rombongan berkenaan berkesempatan menyerahkan sumbangan amal kepada lima orang yang memerlukan keperluan dan menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat Dusun. Seterusnya, rombongan mengadakan lawatan ke Galeri Satu Kampung Satu Produk (1K1P). Lawatan dimulai ke Galeri Mandian Puteri, Majlis Perundingan Mukim Tanjong Maya dan seterusnya ke bagunan memproses 'The Herba 3MPK' yang dihasilkan oleh MPK Kiudang.


SUKAN

HARI SABTU 30 MEI 2015

23

Kementerian Perhubungan singkap tirai Kejohanan Badminton

SRT juara Kejohanan Bola Jaring Zon Brunei III Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos diperkenalkan kepada para pemain Kejohanan Badminton Terbuka Kementerian Perhubungan.

Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Mohamad Azmi Awang Damit BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 25 Mei. - Kementerian Perhubungan telah mengadakan Kejohanan Badminton Terbuka bagi pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 2015. Kejohanan diadakan di Dewan Serbaguna Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas. Hadir selaku tetamu kehormat, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan, Awang Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos. Sebanyak enam buah pasukan menyertai kejohanan pada tahun ini dan dibahagikan kepada dua

kumpulan. Kumpulan 'A' terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Darat, Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan dan Kementerian Perhubungan. Manakala Jabatan Laut, Jabatan Perkhidmatan Pos dan Jabatan Penerbangan Awam berada dalam Kumpulan 'B'. Antara tujuan kejohanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan silaturahim yang sedia ada dalam kalangan para pemain warga Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Kejohanan pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Penerbangan Awam, Kementerian Perhubungan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Mei. - Pasukan bola jaring Sekolah Rendah Tungku (SRT) muncul juara pada Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Bagi Zon Brunei III Tahun 2015 setelah dengan mudah berjaya menewaskan pasukan dari Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong (SR DRHMJK) dengan 14 - 4. Kelincahan pasukan bola jaring dari SRT itu tidak dapat disangkal lagi apabila pasukan bola jaring dari SR DRHMJK hanya mampu menerima hakikat sebagai naib juara kerana gagal mengawal kedudukan kawasan pertahanan mereka yang sentiasa sahaja dibolosi oleh pasukan Bola Jaring SRT. Sementara itu, Sekolah Rendah Katok 'A' dan Sekolah Rendah Mata-Mata sama-sama mengongsikan tempat ketiga. Hadir selaku tetamu kehormat pada kejohanan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Berakas, di sini ialah Ketua Kegiatan Luar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Puteh bin Haji Timbang. Juga hadir, pegawai-pegawai kanan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, guru-guru besar dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pendidikan. Hadiah-hadiah dan penyampaian sijil kepada para pemenang kejohanan yang melibatkan 11 buah sekolah dalam Zon Brunei III disempurnakan oleh tetamu kehormat. Kejohanan anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum,

KETUA Kegiatan Luar, Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Haji Puteh bin Haji Timbang mengalungkan pingat kepada pemenang Kejohanan Bola Jaring Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Pendidikan Swasta Bagi Zon Brunei III Tahun 2015 (atas). Sementara gambar bawah, perlawanan bola jaring antara pasukan bola jaring Sekolah Rendah Tungku dan Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Muhammad Jaafar Kiarong.

Kementerian Pendidikan itu diadakan selama dua hari bermula 25 Mei 2015. Antara tujuan kejohanan ialah untuk menjalinkan hubungan

silaturahim dalam kalangan murid-murid, di samping mengembangkan daya saing serta membina jasmani dan mental yang sihat dan mantap.

ITB tewaskan PB dengan jaringan 3 - 1 PERTEMUAN antara Jabatan Pengangkutan Darat dan Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan di Kejohanan Kejohanan Badminton Terbuka bagi pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Perhubungan.

PBDBM pilih ahli jawatankuasa 2015 - 2018 BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 24 Mei. - Mesyuarat Agung Pertubuhan Bolasepak Daerah Brunei Muara (PBDBM) 2015 - 2018 diadakan di Restoran Pemodo Seafoods. Antara yang hadir dalam mesyuarat agung PBDBM ialah Yang DiPertua PBDBM 2011 - 2014, Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas. Mesyuarat agung telah membubarkan ahli jawatankuasa 2011 - 2014 dan membuat pemilihan bagi ahli jawatankuasa 2015 - 2018. Yang DiPertua baharu dipegang oleh Awang Haji Juned bin Haji Ramli. Manakala, Naib Yang DiPertua I disandang oleh Awang Mohammad Noor bin Haji Hamid dan Naib Yang DiPertua II bagi ahli jawatankuasa 2015 2018 ialah Pengiran Haji Ali Hassan bin Pengiran DSLJ Haji Abas. Setiausaha Agung PBDBM ialah Awang Haji Abd. Razak bin Haji Ibrahim; Setiausaha Perlawanan ialah Awang Mohammad Isa bin Haji Marsidi; Timbalan Setiausaha Agung ialah Abang Haji Nor Hadzmy bin Abang Haji Taha; Bendahari Agung ialah Awang Haji Asmali bin Haji Mohamad; Timbalan Bendahari Agung ialah Awang Jeffery Pang @ Pang Ching Guan; Pendaftar ialah Awang Mohd. Adiwan bin Sabtu. Sementara tujuh ahli biasa ialah Awang Haji Mesli Bin Dollah, Awang Haji Maswadi bin Haji Ismail, Awang Musa bin Haji Md. Jumat, Awang Haji bin Haji Awang Tengah, Awang Omar bin Bakir, Awang Eddeynoor @ Muhammad Nur Hadi bin Haji Ali dan Awang Haji Zulkifli bin Haji Laidin.

Oleh : Haji Mahmud Hafidzie Haji Ali Mashod Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 Mei. - Perlawanan di antara pasukan Institut Teknologi Brunei (ITB) dengan pasukan Politeknik Brunei (PB) bagi kejohanan BIBD At-Tamwil University Cup 2015 diteruskan bertempat di Stadium Hassanal Bolkiah Polis, Gadong. ITB berjaya mendahului PB pada minit keenam melalui sepakan Awangku Abdul Mu'iz Fadhullah. Pada minit ke-11, ITB berpeluang untuk menambah jaringan melalui sepakan Awangku Abdul Mu'iz Fadhullah selepas menerima hantaran daripada Muhammad Hafiy namun tandukannya melepasi palang gol PB. PB juga sering membuat serangan namun kekentalan pertahanan ITB berjaya menghalang daripada menjaringkan gol. PB akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-42 hasil tandukan Aliff selepas menerima hantaran Ahmaf 'Afif As'ad menerusi sepakan sudut. Sebaik separuh masa kedua

PEREBUTAN bola di antara pemain ITB jersi 9 dengan pemain Politeknik Brunei jersi 13 semasa pertemuan dalam perlawanan bola sepak BIBD At-Tamwil University Cup 2015.

bermula, kedua-dua pasukan melakukan serangan namun ITB terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-48 melalui Awangku Mohamad Haikal selepas sepakannya berjaya menewaskan penjaga gol PB. Pada minit ke-66, PB mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan melalui Azman selepas berjaya melepaskan pertahanan ITB

namun percubaannya sedikit tersasar melepasi tiang gol. Sepakan sudut Muhammad Hafiy pada minit ke-87 berjaya ditanduk kemas oleh Norfaez untuk mengukuhkan kedudukan buat ITB dengan jaringan ketiga. Perlawanan berakhir dengan kemenangan buat ITB dengan jaringan 3 - 1.


24

HARI SABTU 30 MEI 2015

Program 10 tahun OIC perlu lebih praktikal

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan mengurniakan sabda pada Sesi Pembukaan Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam Ke-42 di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, Kuwait.

Dari muka 1 Terdahulu dari itu, DYTM juga bersabda merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat Kuwait selaku pengerusi, dan secara peribadi, melahirkan penghargaan atas layanan baik dan bermurah hati. Pada masa yang sama, DYTM juga mengucapkan tahniah kepada His Highness Amir Sheikh Sabah dan negara Kuwait dan seterusnya pada penghormatan yang diberikan

kepada DYTM oleh Setiausaha Agung OIC. DYTM seterusnya juga bersabda melahirkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Arab Saudi atas mempengerusikan sejak setahun lalu dan kepada Setiausaha Agung dan kakitangannya dalam semua kerja mereka. Dalam pada itu, DYTM juga terus memberikan dan membaharui sokongan untuk saudara Palestin yang dalam perjuangan yang berterusan untuk keadilan antarabangsa.

OIC luaskan tanggungjawab Laporan : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hernie Suliana Haji Othman dari Bandaraya Kuwait, Kuwait

KUWAIT, Khamis, 28 Mei. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan berangkat menghadiri hari kedua Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) Ke-42 yang berlangsung di Bayan Palace, Bandaraya Kuwait, Kuwait, di sini. Negara ini mula menganggotai OIC sejak 15 Januari 1984, yang mana pertubuhan tersebut terus berusaha melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya yang semakin meluas dalam memberi tumpuan utama terhadap keperluan seharian masyarakat umum. Negara Brunei Darussalam telah menubuhkan pejabat di Kuwait pada bulan Disember 2009, manakala

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berbual mesra bersama Menteri Luar negara OIC ketika berangkat menghadiri hari kedua Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam Ke-42.

Kuwait pula menubuhkan pejabat kedutaannya di Bandar Seri Begawan pada bulan September 2008. Sementara itu, Kuwait mula menjadi ahli OIC sejak tahun 1969. Tahun ini, Bandaraya Kuwait, Kuwait selaku tuan rumah sekali gus mempengerusikan Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Ke-42 yang diadakan selama dua

hari. Perhimpunan pada Sesi Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar OIC Ke-42 yang diadakan setahun sekali ini diharap akan dapat melaksanakan dasar umum OIC termasuk mengadaptasi resolusi mengenai masalah-masalah kepentingan bersama negara-negara Islam dalam pelaksanaan tujuan dan dasar umum OIC.

Belia perlu dekatkan diri dengan Al-Qur'an

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menyampaikan piala kepada Johan Qari, Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri.

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mei. - Benteng pertahanan dan perisai diri bersendikan Al-Qur'an dan As-Sunnah perlu dalam menghadapi cabaran dan pengaruh yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pekerma Laila Diraja Dato Seri Setia Awang Haji Hazair bin Haji Abdullah menjelaskan demikian pada Majlis Musabaqah Tilawatil Qur'an Belia Kebangsaan Peringkat Akhir bagi Tahun 1436H / 2015M.

Sebagai aset negara tambahnya, yang sangat berharga yang akan menjadi pemimpin dan menerajui di pelbagai bidang pembangunan negara, para belia di negara ini perlu sentiasa berdamping dan mendekatkan diri mereka dengan Al-Qur'an dan menjadikannya sebagai panduan dan pelita dalam membangunkan diri dan memperkasa peribadi mereka. Katanya, melalui amalan membaca Al-Qur'an dan menghayati akan kandungan ajaran, cerita dan contoh teladan yang terdapat di dalamnya, kaum belia beroleh semangat dan

kekuatan untuk membangun keyakinan dan keupayaan diri mereka menjadi generasi yang berwawasan yang akan menyumbang secara dinamik, progresif, penuh tanggungjawab, produktif dan proaktif kepada pembangunan negara, bangsa dan ummah. Dengan berpegang kepada ajaran Al-Qur'an ujarnya, akan memberikan kekuatan kepada kaum belia untuk bangkit daripada kemelut imej negatif yang sering digambarkan mengenai belia, iaitu keruntuhan moral dan penglibatan dengan gejala-gejala sosial, budaya hedonistik, pengangguran dan kecelaruan identiti yang memberikan imej yang menjadi punca kelemahan kepada pembangunan bangsa dan negara. Alhamdulillah, kita di Negara Brunei Darussalam tegasnya, melihat budaya membaca Al-Qur'an sudah meresap dalam kalangan belia kita dengan mengamalkannya dalam kehidupan seharian dan dalam sambutan-sambutan rasmi negara dan hari-hari kebesaran Islam. Menurutnya, generasi celik dan menghayati Al-Qur'an di negara ini akan menjadi pewaris pada menerajui serta agen penggerak perubahan dan pembangunan masyarakat dan negara. Seramai lapan orang qari dan qariah memperdengarkan bacaan mereka pada musabaqah tersebut. Johan qari disandang oleh Awangku Adi Nazri bin Pengiran Haji Jofri sementara johan qariah dimenangi oleh Dayang Fatin Norhanani binti Haji Mohdar.

Johan menerima piala pusingan, piala iringan, wang tunai BND2,000 dan sijil penyertaan. Naib juara qari diraih oleh Awang Muhd Sa'adun bin Suhaili manakala naib johan qariah pula diberikan kepada Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki. Naib johan membawa pulang piala iringan, wang tunai BND1,500 dan sijil penyertaan. Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim memenangi tempat ketiga bagi qari dan Dayangku Amal Zahirah binti Pengiran Haji Jofri memenangi tempat ketiga bagi qariah. Tempat ketiga menerima piala iringan, wang tunai BND1,000 dan sijil penyertaan.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan selaku tetamu kehormat majlis. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Haji Azrol Alim bin Haji Zainal. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dayang Hajah Adina binti Othman; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Timbalan Setiausaha Tetap KKBS, Awang Haji Mohd. Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad.

Brunei - Saint Vincent and the Grenadines jalin hubungan diplomatik NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT, Khamis, 28 Mei. - Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam menjalin hubungan diplomatik dengan Kerajaan Saint Vincent and the Grenadines bermula 27 Mei 2015. Dalam Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Majlis Menandatangani Kenyataan Bersama penjalinan hubungan diplomatik telah diadakan di Pejabat Perwakilan Tetap Negara Brunei Darussalam ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), New York. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Wakil Tetap Negara Brunei Darussalam ke PBB, New York, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Abd. Ghafar bin Haji Ismail, sementara Kerajaan Saint Vincent and the Grenadines diwakili oleh Wakil Tetap Saint Vincent and the Grenadines ke PBB, New York, Puan Yang Terutama Inga Rhonda King.

'KE ARAH GENERASI ABDB BERWAWASAN'


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.