Pelita Brunei - Sabtu 3 Dis 2016

Page 1

''ISLAM adalah ugama tertinggi yang menghulurkan kebajikan kepada siapa saja. Ia perlu terus dilihat dan dikenali sebagai ugama terbaik. Kerana itu jangan takut mempromosi Islam, sebagaimana Allah sendiri mempromosinya di dalam Surah Ali 'Imran, ayat 19 tafsirnya : ''Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.'' - Titah Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Tahun 1437 Hijrah / 2015 Masihi.

''DAN jika kamu takut persengketaan (yang berterusan) antara keduanya (suami isteri), maka lantiklah hakam (orang tengah yang adil untuk medamaikan mereka), seorang daripada keluarga suami dan seorang daripada keluarga isteri. Jika kedua-dua hakam itu hendak mendamaikan, nescaya Allah akan memberikan taufik kepada keduanya (sama ada berbaik-baik semula ataupun bercerai). Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah an-Nisa', ayat 35).

4.42

TAHUN 61 / BILANGAN 145

4.52

6.14

3 DISEMBER 2016 / 1438

6.38

12.11

3

3.33

6.06

7.20

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Berkenan menghantar titah perutusan tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun, Raja Thailand dan rakyat Thailand sempena Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun menaiki takhta. Dalam titah perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun, baginda menzahirkan kegembiraan bahawa Negara Brunei Darussalam dan Thailand telah sekian lama menikmati sejarah persahabatan dan

kerjasama yang berkembang di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej dan berharap akan terus memperkukuhkan hubungan yang bernilai itu di masa-masa akan datang. Baginda seterusnya mengucapkan semoga Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun kekal karar memerintah dan rakyat Thailand akan terus menikmati keamanan dan kemakmuran. Baginda mengakhiri titah perutusan tersebut dengan menyampaikan salam muhibah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun dan seluruh kerabat diraja dan semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan kebahagiaan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Budindradebayavarangkun, sempena menaiki takhta sebagai Raja Thailand.

TDPMNBD berjaya kutip lebih BND 3 juta Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim

Muka 5

Muka 8

DYTM berkenan adakan lawatan

BND120,919 berjaya dikutip melalui SMS

E-mel: E-mel:pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Sambutan dan sumbangan serta penerimaan orang ramai terhadap Tabung Dana Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam (TDPMNBD) adalah sangat menggalakkan. Sehingga ke hari ini, secara keseluruhannya sebanyak BND3,848,655.01 telah berjaya dikutip bagi Tabung Dana Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam (NBD). Perkara tersebut telah dijelaskan oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana berkenaan pada Sidang Akhbar Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, NBD yang berlangsung di Bilik Musyawarah, Tingkat 4, Bangunan Tambahan Baharu Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini. Terdahulu, Yang Berhormat menjelaskan, sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, NBD ini dilancarkan pada 4 Jun 2015 yang lalu, iaitu atas titah perkenan Kebawah Duli

Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa keberangkatan baginda ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan bagi Tahun 1436 Hijrah / 2015 Masihi yang lalu. Yang Berhormat menjelaskan, Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana berkenaan sangatlah terharu dan berbesar hati di atas sumbangan ikhlas yang telah dihulurkan. Menurutnya, segala sumbangan diharapkan akan dapat merealisasikan tujuan tabung dana ini ditubuhkan, iaitu bagi menabung pahala melalui pembinaan masjid, bahkan sekali gus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat. Menyentuh mengenai perancangan penggunaan kutipan Tabung Dana ini pula, Yang Berhormat menjelaskan dengan sokongan Majlis Ugama Islam dan telah diperkenan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, bahawa projek pertama pembinaan masjid hasil dari kutipan tabung ini sesuai dengan kedudukan hasil kutipan setakat ini dalam beberapa bulan yang

Faksimile: 2381004

lalu, insyaaAllah projek pertamanya ialah pembinaan sebuah Masjid di Kampung Tanjung Bunut, iaitu menggantikan Surau Tanjung Bunut untuk dibangunkan di tapak tersebut untuk sebuah masjid. Tambahnya, kerana projek pembangunan rancangan untuk membangun sebuah masjid di Kampung Tanjung Bunut sudah lama dalam agenda Majlis Ugama Islam dan dengan adanya tabung ini, harga projek tersebut sekitar BND3.5 juta lebih, InsyaaAllah setakat mana yang sudah dikutip masjid itu akan dapat dibina. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, penyumbang yang besar selain daripada orang ramai di masjid dan melalui talian-talian telefon daripada pada masa ke semasa ialah pegawai-pegawai kerajaan dan pegawai perkhidmatan awam atau yang beruniform secara bulanan, mereka perlu mengisi borang untuk memohon potongan gaji mereka sedemikian jumlah jadi kutipan dari sektor ini adalah menggalakan, walaupun bilangannya setakat ini belum sampai 5,000 orang yang berbuat sedemikian. Ke muka 8

Layari Layari Laman Laman Web: Web: www.pelitabrunei.gov.bn www.pelitabrunei.gov.bn


2

HALUAN

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Sentiasa peka tangani isu semasa Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

A

LHAMDULILLAH bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat, taufik serta keizinan-Nya jua Majlis Sesi Muzakarah dapat diadakan lagi di antara Kementerian Kesihatan bersama pihak-pihak yang berkepentingan pada pagi ini. Abis peramba / saya terlebih dahulu juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke sesi muzakarah ini. Semoga peluang pencambahan fikiran ini akan dapat membawa manfaat yang besar kepada kita semua dalam memantapkan dan mengukuhkan lagi tahap serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan di negara ini. Pada awal tahun ini, sesi muzakarah seumpama ini telah diadakan untuk sama-sama memberikan buah fikiran dan membincangkan visi, misi dan tujuan Kementerian Kesihatan berserta apakah cabaran yang dihadapi dari sudut pandangan ahli-ahli yang hadir dan orang ramai semasa sesi muzakarah tersebut. Dan, Alhamdulillah, ekspektasi buah fikiran dan hasil daripada perbincangan muzakarah tersebut adalah selari dan bertepatan dengan visi, misi dan tujuan Kementerian Kesihatan. Dalam menyahut cabaran yang diterima, Kementerian Kesihatan sentiasa berkerja keras dan giat dalam menilai semula pencapaian dan isu-isu yang menjadi perhatian orang ramai ke arah meningkatkan tahap kesihatan di negara ini. Lebih-lebih lagi dalam kita mengharungi iklim ekonomi yang masih dalam keadaan tidak menentu dan mencabar. Kementerian Kesihatan melihat semua ini sebagai satu peluang untuk menuju ke arah perubahan di mana kita tidak dapat lagi berpaut kepada cara lama dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat dinamik lagi kompleks (multi-faceted). Malahan, kita juga perlukan perubahan minda dan tidak dapat lagi bersikap business as usual. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan juga tidak kendur-kendur dan sentiasa peka menangani isu semasa yang melibatkan orang ramai dan mana-mana pihak berkepentingan dengan memahami serta menampung keperluan pelanggan secara berterusan. Kementerian Kesihatan menyedari masih lagi banyak yang perlu diusahakan di dalam perkhidmatan Kementerian Kesihatan, terutama sekali bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan meningkatkan tahap pengalaman pelanggan (enhancing customer experience), mesra pelanggan, masa menunggu dan perhubungan komunikasi di antara satu sama lain. Adalah amat penting bagi Kementerian Kesihatan untuk terus membuat pendekatan bersama pihak-pihak berkepentingan dan orang awam bagi memastikan realiti sebenar isu-isu perkhidmatan kesihatan akan dapat dikenal pasti untuk tindakan sewajarnya. Ini akan memastikan Kementerian Kesihatan akan terus dapat menyediakan penjagaan kesihatan yang lebih optima dengan memberikan nilai tambah bagi memastikan pelanggan akan terus menerima rawatan yang

MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi semasa berucap pada Majlis Sesi Muzakarah Bersama Pihak-pihak Berkepentingan bagi Daerah Brunei dan Muara pada 26 November 2016, bertempat di Dewan Al-'Afiah, Kementerian Kesihatan.

terbaik melalui pendekatan delivery dan juga outcome-based approach untuk mencapai hasil yang dihasratkan. Oleh itu, bagi pihak Kementerian Kesihatan saya amat menghargai maklum balas berterusan daripada orang awam. Semua maklumbalas ini adalah 'hadiah' yang tidak ternilai bagi Kementerian Kesihatan yang mana sudah setentunya akan menyuntik lagi semangat tinggi para warga Kementerian Kesihatan dalam terus berusaha memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang, cekap, berkesan dan selamat bagi penduduk Brunei Darussalam. Untuk mencapai hasrat Wawasan Brunei 2035, iaitu mempunyai kualiti hidup yang tinggi, kita perlu membina satu hubungan (partnership) bagi memastikan kesihatan itu adalah tanggungjawab semua. Setiap individu dan masyarakat, sektor awam dan sektor swasta, dan satu generasi yang lain adalah bertanggungjawab menjadikan hasrat Wawasan 2035 ini menjadi satu kenyataan. Setiap individu adalah bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan mereka sendiri dan perlu berkerjasama dengan pihak-pihak lain demi melahirkan rakyat yang mengamalkan model kesejahteraan (wellness model). Dalam model kesejahteraan ini, kita akan menjadi lebih arif dalam menjaga kesihatan kita dengan cara yang betul bermula dari pemakanan kita, apa yang perlu dilakukan apabila kita menghidapi penyakit ringan dan bagaimana kita memilih untuk menjadi aktif dalam kehidupan seharian kita. Dengan semakin teraturnya cara menjaga kesihatan, kita akan menjadi rakyat yang lebih berdaya tahan dan produktif.

DISEMBER

3 4 5 6 7 8 9

Saya rasa bangga apabila belia kita kini semakin mengambil berat akan kesejahteraan mereka kerana kini lebih ramai belia yang semakin peka mengenai hal ehwal kesihatan seperti menjaga pemakanan, pergi ke gimnasium, bersenam di tempat awam dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Bandarku Ceria pada setiap hari Ahad. Di samping itu, jumlah usahawan muda yang menceburi diri dalam penjualan makanan sihat melalui media sosial seperti 'Instagram' juga semakin meningkat. Ini adalah satu petanda baik kerana kunci untuk mengawal dan mencegah panyakit tidak berjangkit ialah dengan menanam tabiat-tabiat sihat di kalangan belia kita yang mana sudah setentunya budaya sihat ini akan dilaratkan lagi ke seluruh masyarakat. Oleh itu, belia adalah berperanan besar dalam menentukan masa depan negara termasuklah dalam memastikan kesihatan adalah tanggungjawab semua demi merealisasikan hasrat untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi di negara ini. Ini adalah bertepatan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang ke-8 pada tahun 2013 di mana baginda bertitah ''Untuk mengetahui corak kepimpinan sesebuah negara, kita perlu melihat kepada generasi belia, kerana belialah bakal peneraju kepimpinan di masa akan datang. Mereka perancang dan penggerak satu-satu pembangunan''. Sebagai kesimpulan, Kementerian Kesihatan akan terus berusaha dalam memberikan khidmat dan kualiti perkhidmatan kesihatan yang tinggi, tepat pada masanya, selamat, kos efektif, efisien dan inovatif sesuai dengan keperluan pada masa ini dan akan datang. Sehubungan ini, Kementerian Kesihatan pada masa ini memberikan fokus kepada tiga strategi utama (strategic priorities) : - Pengawalan penyakit-penyakit kronik tidak berjangkit (NCDs); - Penyepaduan (consolidation) dan pensejajaran (alignment) khidmat kesihatan demi memberikan nilai tambah kepada para pelanggan ataupun orang awam dan mengurangkan pembaziran (wastages); - Memperkukuhkan lagi usaha penjagaan kesihatan di negara ini bersama semua pihak berkepentingan (stakeholders) dari semua peringkat kerajaan, swasta dan lapisan masyarakat khususnya setiap individu agar sama-sama bertanggungjawab (shared responsibility) dan komited sepenuhnya dalam menjaga dan memelihara kesihatan masing-masing. Dalam hal ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Raya 'ldil Fitri Tahun l437H / 20l6M juga bertitah bahawa "Kesihatan adalah faktor yang paling penting untuk semua. Jika badan sihat, semua kerja boleh dibuat dengan baik, sebaliknya jika tidak sihat maka segala aktiviti tidak akan dapat berlaku dengan sempurna. lnilah rahsia atau harga kesihatan.''

Dari muka Ke muka 7

3 DISEMBER 2016 BERSAMAAN 1438

3

INDUSTRI PERKAPALAN DUKUNG PENINGKATAN EKONOMI

S

EKTOR pengangkutan memainkan peranan penting bagi menyokong peningkatan ekonomi sesebuah negara, tidak kira ia melibatkan pengangutan darat, laut mahupun udara. Namun yang demikian, sektor pengangutan melalui laut memberikan sumbangan yang amat besar apabila industri perkapalan digunakan bagi kegiatan pengimportan dan pengeksportan berbagai-bagai keperluan masyarakat global. Begitu juga halnya dengan Negara Brunei Darussalam, jika dirujuk data yang direkodkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), jumlah import dan eksport negara bagi tahun 2015 adalah sebanyak BND13 bilion, iaitu hampir 90 peratus barangan tersebut didatangkan menggunakan kapal laut. Perkara ini amatlah jelas bahawa industri perkapalan memainkan peranan kepada perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dunia. Menurut Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Maritim Sedunia baru-baru ini antara lain menjelaskan bahawa perkapalan merupakan satu faktor penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Begitu juga dengan eksport minyak dan gas negara, yang juga bersandar kepada perkapalan laut. Dari segi perdagangan serantau jelas Yang Berhormat Menteri Perhubungan, mengikut United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UN ESCAP), 40 peratus dari eksport dan import global adalah dari rantau Asia Pasifik. Manakala berdasarkan kepada United Nations Conference on Trade and Development (UNCTAD), 70 peratus dari nilai perdagangan dunia adalah dibawa melalui laut dan di merata dunia. Pada awal tahun 2015, jumlah armada kapal komersial adalah dianggarkan hampir berjumlah 90,000 buah kapal yang mampu membawa kapsiti sehingga 1.75 bilion 'dead weight tonnage'. Oleh yang demikian, dengan jumlah kapal yang banyak di seluruh dunia, peranan International Maritime Organization (IMO) sebagai badan pengawalan antarabangsa bagi sistem perkapalan antarabangsa begitu signifikan dan mencapai lebih jauh daripada industri itu sendiri. Yang Berhormat turut menekankan tentang peranan penting Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan dalam memberikan perkhidmatan untuk menentukan peraturanperaturan perkapalan mengikut piawaian IMO, bagi memastikan keselamatan perkapalan laut dan melindungi alam persekitaran maritim. Negara Brunei Darussalam sebagai negara ahli IMO turut melaksanakan kewajipan dengan mengesahkan instrumen mandatori IMO dan diterjemahkan kepada peruntukan perundangan negara. Dengan ini, sebahagian daripada fungsi Jabatan Laut adalah berasaskan instrumen mandatori IMO. Menurut Yang Berhormat lagi, Kementerian Perhubungan sedang giat mengungkayahkan penubuhan Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam. Pelaksanaan ini dihasratkan untuk meningkatkan keupayaan negara dalam mematuhi piawaian IMO dan pertumbuhan industri perkapalan dan logistik di negara ini, terutama melalui perancangan-perancangan jangka panjang. Dengan menuju ke arah visi jangka panjang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan agar pembangunan sumber tenaga manusia dalam kalangan anak tempatan harus diberi perhatian dan mempunyai perancangan sewajarnya, setara dengan perkembangan industri perkapalan. Perkara ini termasuk bidang-bidang yang menjurus kepada Sijil Kecekapan Kelas 1 Dek (Master Mariner), Marine Engineers dan sebagainya. Dengan tema sambutan tahun ini, ‘Perkapalan : Keperluan Dunia’ amat jelas bahawa dunia perkapalan ini memainkan peranan penting dan memberi sumbangan besar dalam industri perkapalan bagi kesejahteraan masyarakat. Di samping itu, para pemilik kapal yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam hendaklah sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Laut dalam sama-sama memastikan sektor perkapalan akan terus aktif demi perkembangan sosial dan ekonomi negara. - Ketua Penyuntingan (Rd).

RABIULAWAL

3 4 5 6 7 8 9

4 . 42 4 . 42 4 . 42 4 . 43 4 . 43 4 . 44 4 . 44

4 . 52 4 . 52 4 . 52 4 . 53 4 . 53 4 . 54 4 . 54

6 . 14 6 . 15 6 . 15 6 . 16 6 . 16 6 . 17 6 . 17

6 . 38 6 . 39 6 . 39 6 . 40 6 . 40 6 . 41 6 . 41

12 . 11 12 . 12 12 . 12 12 . 12 12 . 13 12 . 13 12 . 14

3 . 33 3 . 33 3 . 34 3 . 34 3 . 35 3 . 35 3 . 35

6 . 06 6 . 06 6 . 06 6 . 07 6 . 07 6 . 08 6 . 08

7 . 20 7 . 20 7 . 21 7 . 21 7 . 22 7 . 22 7 . 23


3

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Brunei - Lao kukuhkan persahabatan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachit dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Dr. Thongloun Sisoulith sempena Hari Kebangsaan yang Ke-41 Republik Demokratik Rakyat Lao.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Disember. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni

Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan

tahniah kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachit dan Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang

Terutama Dr. Thongloun Sisoulith serta kerajaan dan rakyat Republik Demokratik Rakyat Lao sempena Hari Kebangsaannya yang Ke-41. Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachit, baginda berharap untuk membaharui peluang dalam mengukuhkan persahabatan yang mesra dan kerjasama yang bernilai di antara kedua-dua buah negara dan rakyat pada tahun-tahun mendatang. Sementara itu, dalam titah perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Dr. Thongloun Sisoulith, baginda menzahirkan penghargaan yang amat mendalam di atas sumbangan peribadi Tuan Yang Terutama hulurkan dalam memelihara persahabatan yang erat yang dinikmati bersama di antara kedua-dua buah negara dan rakyat, dan seterusnya berharap untuk terus mengukuhkan lagi kerjasama bernilai yang sekian lama terjalin. Pada mengakhiri titah-titah perutusan tersebut, baginda menyampaikan salam muhibah dan selamat menyambut hari perayaan kepada Presiden Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Bounnhang Vorachit dan keluarga, dan juga kepada Perdana Menteri Republik Demokratik Rakyat Lao, Tuan Yang Terutama Dr. Thongloun Sisoulith dan berharap semoga Tuan Yang Terutama sentiasa sihat walafiat dan dalam kegembiraan.

DYTM dan YTM berangkat meninggalkan Republik Singapura

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman bersama paduka-paduka anakanda menadah tangan ketika doa selamat dibacakan (atas), sementara gambar kanan, DYTM berkenan menerima pesambah berupa Album Kenangan sempena lawatan DYTM dan YTM ke Republik Singapura yang disembahkan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Republik Singapura, Puan Yang Terutama Grace Fu.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Masri Osman dari Republik Singapura REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 2 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman hari ini berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura. Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota adalah bagi Program

Pertukaran Pemimpin-Pemimpin Muda yang telah diadakan selama empat hari bermula pada 28 November hingga 1 Disember lalu. Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia ialah paduka-paduka anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda 'Abdul Muntaqim; Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman. Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia

Awang Haji Abdul Hamid. Hadir di Lapangan Terbang Changi bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis DYTM dan YTM ialah Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu. Sebelum menaiki pesawat khas, DYTM dan YTM berkenan menerima pesambah berupa Album Kenangan sempena lawatan DYTM dan YTM ke Republik Singapura. Turut hadir bagi menyembahkan selamat berangkat ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor dan isteri serta pegawai-pegawai dari Pejabat Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Republik Singapura.

KEBERANGKATAN Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia serta paduka-paduka anakanda DYTM dan YTM bagi meninggalkan Republik Singapura dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu.


4

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

DYTM berangkat ke Kem Angkatan Tentera Republik Singapura

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei berkenan berangkat membuat lawatan ke Kem Angkatan Tentera Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 1 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, pagi tadi berkenan membuat lawatan ke Kem Angkatan Tentera Republik Singapura. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Sungei Gedong Camp dijunjung oleh Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung; Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong dan Armour Chief, Brigedier Jeneral Kenneth Liow. Semasa di kem berkenaan, Duli Yang Teramat Mulia dijunjung berangkat ke bangunan Armour Gunnery and Manoeuvre Simulator (AGMS). Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya berkenan mendengarkan taklimat mengenai dengan Armour Simulation Centre (ASC) dan dijunjung berangkat bagi melihat dengan lebih dekat lagi kemudahan-kemudahan yang terdapat di bangunan berkenaan. Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima pesambah dari Panglima Tentera Darat, Mejar Jeneral Melvyn Ong dan kemudiannya Duli Yang Teramat Mulia berkenan mengurniakan cenderahati balas kepada Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung. Seterusnya, Duli Yang Teramat Mulia menandatangani buku pelawat dan menemui anggotaanggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sedang berkursus di Republik Singapura sebelum dijunjung bagi sesi bergambar ramai.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Masri Osman dari Republik Singapura

DULI Yang Teramat Mulia berkenan menandatangani buku pelawat.

DYTM berkenan mengurniakan cenderamata kepada Menteri Pendidikan (Pendidikan Tinggi dan Kemahiran) dan Menteri Pertahanan Kedua Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung .

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral Angkatan Bersenjata Diraja Brunei semasa berkenan bergambar ramai.

DYTM dijunjung berangkat ke Bangunan Armour Gunnery and Manoeuvre Simulator (AGMS).


5

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

DYTM berkenan adakan lawatan

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan mendengarkan sembah taklimat bagi menyaksikan demonstrasi Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan dijunjung menyaksikan pameran statik kelengkapan yang digunakan oleh Special Tactics and Rescue (STAR) (atas).

DYTM berkenan berangkat mendengarkan sembah taklimat daripada Sekretariat, Committee on the Future Economy yang berlangsung di Kementerian Perdagangan dan Industri, Republik Singapura (kanan).

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Masri Osman dari Republik Singapura

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 30 November. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri berkenan membuat lawatan ke Home Team Tactical Centre, Kementerian Ehwal Dalam Negeri. Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di Home Team Tactical Centre dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang Republik Singapura, Tuan Yang Terutama K. Shanmugam. DYTM kemudian dijunjung bagi mendengarkan sembah taklimat mengenai dengan Home Team Tactical Centre. DYTM seterusnya dijunjung bagi melihat dengan lebih dekat lagi demonstrasidemonstrasi daripada Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team dari Home Team Tactical Centre serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di pusat berkenaan.

DYTM kemudiannya dijunjung bagi sesi bergambar ramai dan berkenan menerima pesambah daripada Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang Republik Singapura. Seterusnya DYTM berkenan mengurniakan cenderahati balas kepada Tuan Yang Terutama Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Menteri Undang-Undang Republik Singapura. Pada penghujung lawatan, DYTM dijunjung bagi menandatangani buku pelawat. Di sebelah petang pula, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengadakan lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri, Republik Singapura. Keberangkatan tiba DYTM di Kementerian Perdagangan dan Industri dijunjung oleh Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama S. Iswaran. DYTM kemudian dijunjung bagi mendengarkan sembah taklimat daripada Sekretariat, Committee on the Future Economy, Republik Singapura.

DYTM bersalaman dengan Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama S. Iswaran ketika berkenan mengadakan lawatan ke Kementerian Perdagangan dan Industri, Republik Singapura.

DYTM bersalaman mesra bersama Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama S. Iswaran sejurus tiba di di Kementerian Perdagangan dan Industri (atas). Sementara gambar kiri DYTM dijunjung bagi melihat dengan lebih dekat lagi demonstrasi-demonstrasi daripada Ground Response Team, Emergency Response Team dan Special Response Team dari Home Team Tactical Centre.

DYTM berkenan bagi sesi bergambar ramai bersama Menteri Undang-Undang Republik Singapura, Tuan Yang Terutama K. Shanmugam serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri Republik Singapura, iaitu ketika DYTM membuat lawatan di Home Team Tactical Centre, Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura.


6

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

DYTM terima anugerah pengiktirafan Berita : Ihsan Radio Televisyen Brunei Foto : AFC

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Disember. - Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) berkenan berangkat menerima anugerah pengiktirafan Presiden bagi 'Grassroots Football (Aspiring)'. Majlis penganugerahan tersebut diadakan semasa Penyampaian Anugerah AFC 2016 di Abu Dhabi yang diadakan pada 1 Disember 2016. Penganugerahan yang diberikan

pada NFABD berdasarkan pada aktiviti yang dikendalikan secara tetap selain mengekalkan kerjasama dalam pelbagai bidang di antara pihak kerajaan dan swasta. Sementara pencalonan anugerah berdasarkan pada sistem mata yang diguna pakai dalam beberapa kriteria seperti struktur dan pengurusan akar umbi bola sepak seperti struktur serta pengurusan juga konsep dan dasar keanggotaan. Selain NFABD, juga menerima anugerah yang sama Persekutuan Bola Sepak Australia (FFA) dan Persekutuan Bola Sepak Filipina (PFF). Bintang Emiriah Arab Bersatu, Omar Abdulrahman dan Caitlin Foord dari Australia menerima Anugerah Pemain Terbaik.

DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negara Brunei Darussalam (NFABD) berkenan berangkat menerima anugerah pengiktirafan Presiden bagi 'Grassroots Football (Aspiring)'.

Murid cemerlang SU YSHHB terima sijil Oleh : Aimi Sani Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

CUCUNDA Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim berkenan menerima sijil dengan Pangkat 1.

YANG Mulia Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohd Hakimuddin, cucunda DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah menerima Sijil Murid Cemerlang Darjah 2 Alif.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Sekolah Ugama Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SU YSHHB) mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penerima Murid-Murid Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung di Dewan Serbaguna sekolah berkenaan. Sijil-sijil disampaikan oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan),

Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Roslan bin Taja'ah kepada 52 murid Darjah VI yang lulus dalam Peperiksaan Sijil Sekolah Rendah Ugama yang mana seramai 36 daripadanya mendapat pangkat pertama dalam peperiksaan akhir tahun 1436H / 2015M dan salah seorang penerimanya adalah, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam, iaitu Yang Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Terdahulu, Guru Besar SU YSHHB, Awang Azmerul bin Haji Haris dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa pencapaian murid-murid Darjah VI SU YSHHB dalam peperiksaan SSSRU bagi tahun 1436H / 2015M berada di tahap yang sangat baik di mana dari 54 calon yang mendaftar menduduki peperiksaan berkenaan, seramai 52 calon telah berjaya lulus. Menurut Awang Azmerul, apa yang paling membanggakan pihak sekolah ialah daripada 54 calon yang lulus, 36 orang daripadanya telah mendapat pangkat 1. Beliau seterusnya mengucapkan tahniah dan syabas, kepada semua murid-murid yang menerima sijil mereka pada hari ini kerana sesungguhnya kejayaan tersebut adalah berkat daripada usaha gigih serta komitmen calon yang dibantu dengan sokongan dan dorongan serta doa terutama daripada guru-guru, ibu bapa serta penjaga masing-masing. Majlis kemudiannya diikuti dengan penyampaian hadiah kepada seramai 87 orang murid yang cemerlang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam peperiksaan akhir tahun 1438 Hijrah / 2016 SU YSHHB. Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada seramai 26 orang murid yang telah lulus dalam peperiksaan calon pemilihan ke sekolah Arab bagi tahun 1437H / 2016M. Pada tahun ini, dua daripada calon lulus berkenaan telah mendapat kedudukan sepuluh teratas terbaik di antara keseluruhan calon-calon yang lulus. Berada di kedudukan nombor dua terbaik dalam peperiksaan calon pemilihan ke sekolah Arab bagi tahun 1437H / 2016M itu ialah, cucunda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Pengiran Qaiyimah Nurul Bolkiah binti Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin. Berangkat pada majlis tersebut ialah, cucunda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul

YANG Amat Mulia Pengiran Anak Abdul Raqib bin Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hariisah Widadul Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim pada Majlis Penyampaian Sijil bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penerima Murid-Murid Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi.

Bolqiah binti Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim. Juga berangkat ialah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah serta suami, Pengiran Haji Mohammad Hakimuddin bin Pengiran Haji Hashim. Majlis adalah sebagai tanda penghargaan kepada murid-murid yang telah meraih keputusan peperiksaan dengan baik dan cemerlang. Sementara itu, Wan Muhd. Hafiy bin Wan Habib dan Awangku Abdul Azim bin Pengiran Sulaiman, pelajar yang

AWANGKU Abdul Azim bin Pengiran Sulaiman menerima sijil sebagai Murid Cemerlang SSSRU, mendapat pangkat 1 Aggregate 5.

menerima pangkat 1 dalam peperiksaan SSSRU ketika ditemui berkata, hari ini adalah merupakan hari yang sangat gembira buat mereka. Kecemerlangan kami pada hari ini jelas mereka, pasti bukan mudah untuk dicapai dan tiada jalan pintas untuk memperolehinya. Ia adalah berkat kerjasama padu, usaha gigih dan sokongan serta dukungan para ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah. Menurut mereka, rajin bertanya kepada guru-guru kalau ada yang pelajaran yang kurang faham dan rajin mengulangkaji selain taat kepada Allah dan kedua ibu bapa serta guru-guru adalah merupakan kunci kejayaan utama mereka.

WAN Muhd Hafiy bin Wan Habib menerima sijil sebagai Murid Teladan dari Darjah 6 Alif.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

7

Kaunter BIBD terima ramai pengunjung Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menerima kunjungan ramai daripada para pencari kerja yang berkunjung ke Pameran Kerjaya Brunei 2016, iaitu acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO). Menurut Siaran Akhbar BIBD, sebagai institusi kewangan terkemuka di negara ini, penyertaan BIBD dalam pameran kerjaya mencerminkan komitmen BIBD untuk menjadi majikan yang prihatin, memberikan juga memenuhi peluang kerjaya dalam menyokong inisiatif EIDPMO berkenaan. Para pengunjung berpeluang

mendapatkan maklumat langsung dari Bahagian Sumber Manusia Bank mengenai proses permohonan, kemajuan kerjaya, jawatan dan program latihan industri yang ada. Acting Head of HR and Human Capital, Dayang Hajah Nora'ain binti Haji Awang Besar berkata, tumpuan BIBD pada kemahiran pembangunan dan kecemerlangan menentukan kekuatan BIBD, kerana BIBD percaya bahawa BIBD memainkan peranan penting dalam membuat BIBD sebagai pilihan utama dalam kalangan pelanggan dan stakeholder. "Pada hari pembukaan Pameran Kerjaya sahaja, kami telah menerima lebih daripada seratus permohanan yang mencerminkan akan minat yang mendalam dan kebanggaan rakyat

Brunei untuk bekerja dengan bank tempatan mereka sendiri, iaitu sebagai pilihan pertama untuk kemunculan bakat baharu dalam pasaran." Maklum balas yang positif daripada pengunjung di pameran kerjaya tersebut turut dipersetujui oleh Menteri Tenaga dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar yang memuji penyertaan dan sumbangan BIBD dalam membangunkan bakat tempatan. Dengan tenaga kerja lebih daripada 700 orang, BIBD kini merupakan majikan perkhidmatan industri kewangan tempatan yang terbesar di Brunei Darussalam. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang kerjaya di BIBD, sila layari http://www.bibd.com.bn/careers/.

Tingkatkan kesedaran mengenai HIV Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Negara Brunei Darussalam tidak terkecuali dari ancaman HIV, sejak kes pertama tempatan dikesan pada tahun 1986, sebanyak 172 kes telah dilaporkan dalam kalangan rakyat dan penduduk tetap. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, melalui perutusan Pemangku Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof sempena Hari Aids Sedunia 2016 bilangan tahunan kes baharu semakin meningkat dengan 17 kes HIV yang dikenal pasti pada tahun 2014, 28 kes pada 2015 dan 34 kes pada 2016 (sehingga November) merupakan laporan angka tahunan tertinggi. Jelas perutusan tersebut, 1 Disember merupakan Hari AIDS Sedunia dan memberikan peluang kepada orang ramai untuk bekerja secara aktif dalam meningkatkan kesedaran mengenai HIV serta membantu Kementerian Kesihatan bergerak ke hadapan untuk mencapai matlamat generasi bebas AIDS. Tema tahun ini, 'Hands Up for #HIV Prevention', mengajak kita untuk bertindak dengan segera dan menerima pakai keseluruhan pendekatan masyarakat ke arah melaksanakan impak tertinggi, strategi pencegahan HIV berasaskan bukti. Beberapa langkah boleh diambil dengan peningkatan kes tersebut, iaitu

dengan meningkatkan kesedaran mengenai HIV dan melakukan pemeriksaan yang lebih baik. Walau bagaimanapun tambah Yang Berhormat, peningkatan tingkah laku berisiko juga boleh menyumbang pada kenaikan kes. Data Kementerian Kesihatan mendedahkan bahawa kumpulan-kumpulan tertentu di Negara Brunei Darussalam mempunyai risiko yang lebih tinggi, tetapi sesiapa sahaja yang aktif secara seksual berisiko untuk HIV. Melakukan hubungan seks tanpa menggunakan perlindungan dengan seseorang yang bukan pasangan atau tidak ada ikatan perkahwinan yang sah akan meningkatkan risiko untuk dijangkiti HIV. Cara jangkitan lain untuk HIV termasuk berkongsi jarum suntikan atau jarum yang dijangkiti, pemindahan daripada ibu kepada anak dan menerima pemindahan darah yang dijangkiti dengan virus HIV. Kunci untuk membanteras ancaman HIV adalah dengan memahami bahawa HIV boleh dicegah. Tiga langkah mudah untuk mengurangkan ancaman HIV dan AIDS kepada diri kita sendiri dan masyarakat, iaitu : A - Mengawal Diri. Elakkan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan jangkitan HIV. B - Setia. C - Dapatkan Pemeriksaan. Pemeriksaan HIV bermakna bahawa mereka yang dijangkiti mengetahui dan mendapatkan rawatan serta mengambil langkah yang sesuai untuk

melindungi orang lain dari mendapat jangkitan. Jika awda bimbang mendapat jangkitan HIV, berjumpalah dengan pakar penjagaan kesihatan di Pusat Kesihatan atau klinik yang berhampiran. Awda tidak perlu berasa bimbang untuk tampil dan meminta ujian HIV, ia sama seperti keadaan rawatan perubatan lain seperti kencing manis, di mana rahsia pesakit adalah asas utama pada perkhidmatan kesihatan kita. Selain itu, ia merupakan undangundang di Negara Brunei Darussalam (di bawah Akta Penyakit Berjangkit) untuk melindungi rahsia seseorang yang membuat ujian positif HIV. Tambah Yang Berhormat, HIV adalah lebih dari sekadar satu keadaan perubatan. Sebab-sebab penyebaran adalah kelakuan-sosio dan akibatnya dirasai pada peringkat masyarakat. Inilah sebabnya, sejajar dengan tiga keutamaan strategik Kementerian Kesihatan, iaitu menjaga kesihatan adalah urusan atau tanggunjawab semua pihak; untuk memberikan perkhidmatan terbaik melalui pensejajaran dan penyatuan serta untuk mencegah juga mengawal penyakit-penyakit tidak berjangkit Kementerian Kesihatan akan terus melibatkan orang ramai dan pihak-pihak yang berkaitan termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke arah mendidik orang ramai dalam pencegahan HIV / AIDS serta Jangkitan Penyakit Kelamin (STI) lain. Bersama-sama kita membanteras AIDS di Negara Brunei Darussalam.

HALUAN

Sentiasa peka tangani isu semasa Dari muka 2 Sehubungan dengan ini, abis peramba / saya ingin menyeru Rakan-Rakan dari Daerah Brunei Muara sekalian untuk sama-sama memikul tanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing dalam meningkatkan kesedaran awam (public awareness) tentang kepentingan untuk menjaga kesihatan dan menekankan bahawa kesihatan adalah peranan semua (health is everyone's business). Dalam pada itu, kerjasama erat dari semua pihak berkepentingan, terutamanya pemimpin di peringkat akar umbi (grassroot leaders) adalah kunci dalam sama-sama menangani apa jua isu-isu yang timbul dan mencari penyelesaian secara penuh terbuka dan

kolektif. Pendekatan bersepadu dari semua pihak ini ataupun whole of nation approach adalah sesuai dengan visi Kementerian Kesihatan, iaitu 'Bersama Ke Arah Warga Sihat'. Akhir kata, bagi pihak Kementerian Kesihatan, abis peramba / saya sekali lagi mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian semua hadir pada Sesi Muzakarah ini. Apa jua pandangan dan nasihat yang berkaitan dengan kesihatan adalah amat dialu-alukan dan sokongan padu ini sudah setentunya akan menyuntik dan menyemarakkan lagi semangat warga Kementerien Kesihatan untuk terus berjuang dalam memajukan bidang kesihatan di negara ini. Sekian. Wabillahi Taufiq Walhidayah, Wassalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MENTERI Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ketika melawat petak BIBD.


8

NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Terima kunjungan hormat Duta Besar Republik Arab Mesir Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Arab Mesir Yang Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy. Majlis Kunjungan Hormat tersebut

berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Tambahan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam. Hadir sama pada majlis kunjungan hormat tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Awang Haji Harun

bin Haji Junid. Kunjungan hormat antara lain bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada dan bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama seperti pendidikan ugama dan hal ehwal Islam. Tuan Yang Terutama telah menyembahkan Surat Tauliah Pelantikan ke hadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Jun 2014 yang lalu dan berpejabat di Kuala Lumpur.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (dua, kanan) bergambar ramai semasa menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Arab Mesir Yang Tidak Menetap ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Salah Mohi Eldin Elwassimy.

TDPMNBD berjaya kutip lebih BND 3 juta Dari muka 1 Yang Berhormat menjelaskan, jikalau dihitung dengan peratus berdasarkan bilangan pegawaipegawai dan kakitangan dalam perkhidmatan awam sekitar 60,000 maka baru 15 peratus atau kurang daripada itu. Yang Berhormat menegaskan, bayangkan jikalau kita kumpulkan penyumbang-penyumbang daripada perkhidmatan awam ini mencapai 80 peratus daripada mereka, InsyaaAllah bukan sahaja masjid yang berharga dibawah lima juta, bahkan masjid yang besar daripada itu juga

boleh kita bangun dalam tempoh misalnya tiga tahun akan ada sebuah masjid ini dari segi pembinaan. Tabung ini tambahnya, juga bukan untuk pembinaan semata-mata, ada keperluan-keperluan untuk membesarkan masjid-masjid yang penuh sesak dan ada keperluan untuk memperbaiki kerajaan di masjid-masjid, dan keperluan untuk menaik taraf masjid yang sedia ada. Semua ini jelasnya, akan dipergunakan dengan sebaik-baiknya, dan akan diperhatikan juga pentingnya oleh MUI. Dalam pada itu, Yang Berhormat

menyentuh mengenai jumlah kutipan dari Kutipan SMS Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, NBD. Yang Berhomat menjelaskan sekitar hasil yang berjaya dikutip sebanyak BND120,919.00 dalam tempoh 45 hari sepanjang bulan puasa dan menjelang hari raya, iaitu kedua-dua operator, ini menunjukkan satu lagi yang patut lagi rasa bersyukur kita di NBD, ini bahawa perkembangan ugama, memang ugama itu tidak berpisah daripada Brunei dan sejarah kita, sehingga ke zaman modennya ini kita meletakkan ugama itu ke dalam mainstream kebangsaan kitani.

BND120,919 berjaya dikutip melalui SMS

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (kanan) semasa menerima penyerahan sumbangan peribadi daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri yang diserahkan oleh Setiausaha Tetap Jabatan Perdanan Menteri (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam), Dato Paduka Haji Yahya bin Haji Idris (kiri) sebanyak BND4,362.47 bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Sebanyak BND120,919 telah berjaya dikutip melalui penerimaan sumbangan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam yang julung kalinya diadakan selama 45 hari bermula 2 Jun 2016 hingga 16 Julai 2016 yang lalu. Dari jumlah tersebut, sebanyak BND104,507 telah berjaya

dikutip melalui Data Stream Technologies (DST), manakala sebanyak BND16,412 melalui Progresif Cellular Sendirian Berhad (PCSB). Sehubungan itu, majlis penerimaan sumbangan tersebut diadakan di Bilik Musyawarah, Bangunan Tambahan Baharu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU). Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menerima hasil kutipan

SMS tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Majlis didahului dengan penyerahan cek kepada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama oleh Ahli Lembaga Pengarah DST, Awang Abdul Latiff bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof. Pada majlis itu, Awang Abdul Latiff juga menyerahkan cek sumbangan daripada DST berjumlah BND10,000. Wakil dari Ahli Lembaga Pengarah PCSB, Dayang Normah binti Ahmad seterusnya menyerahkan sumbangan dari SMS berkenaan berupa cek, kepada Yang Berhormat. Majlis pada pagi itu turut menyaksikan penerimaan sumbangan peribadi daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berjumlah BND4362.47 yang diserahkan oleh Setiausaha Tetap JPM (Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Awam), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Yahya bin Haji Idris. Kaedah-kaedah kutipan untuk Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid ini masih lagi berjalan dengan teratur dan sempurna sebagai saluran bagi orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan seangkat-angkat hati. Antaranya adalah melalui tabung-tabung dana di masjid-masjid seluruh negara secara tetap, di bangunan-bangunan tertentu termasuk di Bangunan Sumbangsih Mulia, melalui perbankan atas talian

Asas perkembangan itu diletakkan kepada asas yang sangat kukuh, iaitu semua pihak di NBD dan orang ramai dan kerajaan berkerjasama dan yang penting semua pihak dalam kerajaan dan semua pihak yang berkenaan dengan kerajaan adalah mendukung perkembang ini. Ini buktinya didukung oleh korporat-korporat, yang dikenali sebagai pendekatan kebangsaan secara keseluruhan bersama (whole nation approach). MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana berkenaan semasa berucap pada Sidang Akhbar Tabung Dana bagi Pembinaan Masjid, Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Bilik Musyawarah, Tingkat 4, Bangunan Tambahan Baharu Kementerian Hal Ehwal Ugama, di sini. - Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali.

atau online banking, penyerahan sumbangan terus ke Urusetia Jabatan Hal Ehwal Masjid, kaedah pemotongan gaji bagi pegawai serta kakitangan kerajaan dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) serta beberapa kaedah lain. Jawatankuasa Pengutipan dan Pengeluaran Tabung Dana bagi

Pembinaan Masjid Negara Brunei Darussalam berharap, segala sumbangan ikhlas yang dihulurkan akan dapat merealisasikan tujuan tabung dana ini ditubuhkan, iaitu bagi menabung pahala melalui membina masjid, bahkan sekali gus sebagai satu peluang keemasan untuk bertanam saham di akhirat.

Murid cemerlang SUPAPANB dirai Berita dan Foto : Ihsan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah MENTIRI, Jumaat, 2 Disember. Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah (SUPAPANB) telah mengadakan Majlis Penyampaian Sijil bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-Sekolah Rendah Ugama (SSSRU) dan Penerima Murid-Murid Cemerlang Peperiksaan Akhir Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi yang berlangsung pada Rabu 29 November 2016 lalu bertempat di Dewan Pelita, sekolah berkenaan. Hadir selaku tetamu kehormat seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pelajar ialah Guru Besar SUPAPANB, Pengiran Siti Erda binti Pengiran Haji Aliuddin. Majlis antara lain bertujuan memberi penghargaan kepada murid yang berjaya dalam peperiksaan, selain memberi semangat untuk murid bersaing secara sihat dalam pelajaran masing-masing. Seramai 144 orang murid telah lulus Peperiksaan SSSRU, di mana dari jumlah tersebut, seramai 10 orang

SALAH seorang murid SUPAPANB yang mendapat hadiah dan trofi atas pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi.

murid telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat pangkat 1 aggregate 5.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

9

Bantu kerajaan barigakan negara Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Lembaga Pelancongan Negara Brunei Darussalam diharap boleh dijadikan sebagai landasanuntuk bertukar fikiran dalam mencari jalan bagi membangun lebih banyak produk-produk pelancongan dalam negara. Ia juga termasuklah dalam memperbaiki kualiti perkhidmatan dan layanan ke atas pelancong-pelancong,

di samping memastikan kepuasan pelanggan termasuk dari segi keselesaan dan keselamatan mereka. Terdahulu, Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Pengerusi Lembaga Pelancongan Negara Brunei Darussalam menyuarakan masih terdapat banyak perkara yang memerlukan penambahbaikan.

''Kesemua itu akan dapat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai destinasi yang kompetitif dan menarik,'' tegasnya pada Mesyuarat Pertama Lembaga Pelancongan Brunei Darussalam di Dewan Setia Pahlawan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), disini. Yang Berhormat seterusnya menggesa agar ejen-ejen pelancongan dan pembekal produk serta perkhidmatan pelancongan untuk sama-sama membantu kerajaan dalam membarigakan negara ini sebagai

sebuah destinasi pelancongan yang dapat menawarkan pengalaman yang unik kepada pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku Pengerusi Lembaga Pelancongan Negara Brunei Darussalam semasa memberikan ucapan pada Mesyuarat Pertama Lembaga Pelancongan Brunei Darussalam.

Pelancongan boleh jana ekonomi negara

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (tengah) selaku Pengerusi Lembaga Pelancongan Negara Brunei Darussalam semasa sesi bergambar ramai pada Mesyuarat Pertama Lembaga Pelancongan Brunei Darussalam bertempat di Dewan Setia Pahlawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan undang-undang baharu, iaitu Perintah Pelancongan 2016 yang berkuat kuasa mulai 26 Oktober tahun ini. Sehubungan itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Mesyuarat Pertama Lembaga Pelancongan Brunei Darussalam mengenainya bertempat di Dewan Setia Pahlawan, kementerian berkenaan, di sini. Hadir mempengerusikan mesyuarat tersebut Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong selaku

Pengerusi Lembaga Pelancongan Negara Brunei Darussalam. Objektif lembaga itu ditubuhkan sebagai platform bagi KSSUP untuk mengadakan pemuzakarahan dengan berbagai pihak yang berkepentingan dalam industri pelancongan seperti kementerian-kementerian berkenaan, pengusaha-pengusaha perhotelan, pengusaha-pengusaha pengangkutan, ejen-ejen pelancongan dan perjalanan, pengusaha-pengusaha sajian serta makanan dan lainnya. Dengan demikian, ia diharap semua maklumat akan dapat digunakan untuk memperbaiki sebarang kekurangan dalam usaha KSSUP khususnya Jabatan Kemajuan Pelancongan mengembangkan industri pelancongan di negara ini. Sementara itu, KSSUP telah mengenal pasti tiga kategori utama produk pelancongan, iaitu produk

Prima, Emerging dan Activity-based, yang mana produk Prima diiktiraf sebagai tarikan utama dalam kalangan pelancong-pelancong tempatan serta luar negara termasuklah Taman Negara Ulu Temburong dan sekitarnya, Kampong Ayer juga Mangroves serta tempat-tempat yang menarik di sekitar Bandar Seri Begawan. Pada masa ini, terdapat beberapa produk emerging yang berpotensi untuk dinaik taraf serta dibangunkan sebagai produk utama dan ia meliputi pantai-pantai seperti Pantai Serasa serta Pantai Seri Kenangan, Taman Rekreasi seperti Hutan Simpan Berakas juga Sungai Basong. Produk-produk Aktiviti-based pula merangkumi aktivitiaktiviti Menyelam, Bird-Watching, Pelancongan Islam, Pelancongan Perubatan Tradisional, Pelancongan

Sukan, Kapal Persiaran (Cruise), Pelancongan Pendidikan, Mesyuarat Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE), Adventure serta Community-Based Tourism. Negara telah mencapai beberapa kemajuan dalam sektor pelancongan sepanjang tempoh 12 bulan kebelakangan penglibatan beberapa kementerian serta agensi berkenaan, antaranya memudahkan bagi pelawat China, Taiwan, Russia dan Turki ke negara ini. Jabatan Kemajuan Pelancongan (JKP) juga telah melancarkan pakej percutian Temburong dan melancarkan Risalah bagi BirdWatching selain memperkenalkan latihan mandatori bagi pemandu pelancong dengan kerjasama Laksamana College of Business. Seterusnya, jabatan itu mengeluarkan Request for Proposal

untuk membangunkan, mengurus, mengendali serta menyelenggara Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer di Kampung Lurong Sikuna. JKP juga bekerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dalam memperkenalkan Heritage Trail di Bandar Seri Begaawan serta mulai awal tahun 2017 jabatan tersebut akan menggunakan sebahagian dari bangunan bekas Dermaga Kastam Diraja, di ibu negara untuk dijadikan Pusat Maklumat Pelancong. Seterusnya, JKP bekerjasama dengan sebuah penerbit majalah dari Perancis, iaitu L'Essentiel untuk mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan dan satu lagi kejayaan JKP ialah penyediaan satu Pelan Strategik Pelancongan dengan sasaran utama untuk menggandakan jumlah pelancong yang datang ke negara ini melalui udara daripada 218,000 orang pada tahun 2015 kepada 450,000 pada tahun 2020. Setiausaha Eksekutif, Association of Travel Agent of Brunei Darussalam, Yann Ai Lo semasa ditemu bual Pelita Brunei berharap melalui perintah baharu itu pembangunan pelancongan akan dapat mendedahkan lagi ejen pelancongan dan pemandu pelancong dengan lebih maju. Ketua Pegawai Eksekutif, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei, Karam Chand berkata, syarikatnya akan sentiasa menyokong perkembangan pelancongan negara terutama dalam membangunkan apa sahaja keputusan yang dibuat dalam industri pelancongan.

Menteri KKBS terima kunjungan hormat Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan BERAKAS, Khamis, 1 Disember. Serombongan terdiri daripada enam orang dari China Guangxi International Youth Exchange Institute, Republik Rakyat China melawat ke negara ini selama empat hari mulai 29 November hingga 2 Disember 2016. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), tujuan utama lawatan yang julung-julung kalinya adalah untuk berjumpa dan berkongsi pengalaman dengan Alumni Young Leaders Training Programme. Sehubungan itu, rombongan yang diketuai oleh Mr. Weng Hua, wakil dari China Guangxi International Youth Exchange Institute telah membuat kunjungan hormat kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Majlis berlangsung di Bangunan

KKBS. Turut hadir termasuklah Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Jalil serta Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China, Puan Yang Terutama Yang Jian. Di sepanjang berada di negara ini, rombongan telah membuat lawatan ke Pusat Pembangunan Belia, Kampong Ayer, Kampung Sungai Matan dan sebagainya.

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (empat, kanan) ketika menerima kunjungan rombongan dari China Guangxi International Youth Exchange Institute, Republik Rakyat China.


10

AGAMA

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Sempena Hari Anti Rasuah Antarabangsa

M

ARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Allah Subhanahu Wata'ala menyuruh kita agar sentiasa berusaha mencari rezeki yang halal lagi baik, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Baqarah, ayat 172 : Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah makanan yang baik-baik yang kami telah kurniakan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar kamu hanya beribadat kepada-Nya.'' Allah Subhanahu Wata'ala menyediakan berbagai-bagai sumber rezeki dimuka bumi ini untuk manusia berusaha mencari rezeki dengan usaha dan kekuatan yang dikurniakan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Huud, ayat 6 : Tafsirnya : "Dan tidak ada satu pun makhluk yang melata di bumi melainkan Allah yang menjamin rezekinya dan mengetahui tempat menetap dan tempat penyimpanannya. Semuanya itu tertulis dalam kitab yang nyata (Luh Mahfuz)." Sungguhpun demikian, dalam mencari rezeki tersebut kita hendaklah sentiasa berwaspada dan mengikut landasan ajaran agama Islam agar tidak dicemari oleh unsur-unsur yang tidak diredai Allah Subhanahu Wata'ala seperti mencuri, pecah amanah, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan termasuklah juga rasuah. Fakta kes siasatan Biro Mencegah Rasuah

telah menunjukkan bahawa antara penyebab berlakunya rasuah tersebut adalah disebabkan beban hutang. Sekalipun kita perlu berhutang tetapi kita hendaklah memastikan kemampuan kita untuk membayar hutang tersebut. Oleh itu, kita hendaklah bijak dalam merancang dan mengurus kewangan dengan mengamalkan sikap berhemat, berjimat cermat dan berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri seperti kata pepatah 'ukur baju di badan sendiri'. Allah Subhanahu Wata'ala menegaskan di dalam Al-Quran dengan firman-Nya dalam Surah Al Furqaan, ayat 67 : Tafsirnya : ''Dan mereka yang apabila membelanjakan harta, mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak juga bakhil dan sebaliknya perbelanjaan mereka itu adalah sederhana antara kedua-duanya.'' Perkara ini pernah dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Awal Tahun Baharu Masihi 2012 bahawa amalan berjimat cermat itu boleh menjadi kunci kepada kestabilan dan kemakmuran negara. Antara isi kandungan titah baginda adalah : ''... Sikap berhemat dalam berbelanja, sama ada di peringkat kerajaan, rumah tangga mahupun individu adalah tonggak survival ekonomi negara. Kerana itu, berbelanja besar di luar kemampuan adalah satu tragedi pahit ...'' Oleh yang demikian, wahai kaum muslimin, sikap boros dan berbelanja di luar kemampuan adalah amalan yang perlu dielakkan kerana ia boleh menyusahkan diri sendiri dan menyebabkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kewangan dan hutang keliling pinggang. Dalam Al-Quran juga ada menyebutkan sikap boros adalah sikap syaitan. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al Israa, ayat 27 : Tafsirnya : ''Sesungguhnya orang-orang yang membazir membelanjakan harta pada jalan yang menyalahi syarak itu ialah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat kufur kepada tuhan-Nya.'' Berbalik kita kepada isu rasuah ini, antara sebab seorang individu atau penjawat awam boleh terlibat dalam rasuah adalah apabila mereka gagal mengawal diri serta dipengaruhi oleh sifat tamak haloba, boros berbelanja tanpa memikirkan kemampuan dan berfikiran simpit dalam mengatasi masalah kewangan dengan mengambil jalan pintas tanpa memikirkan risikonya. Tekanan persekitaran yang ingin bersaing dan iri hati dengan kehidupan mewah orang lain tanpa menyedari kemampuan pendapatan masing-masing juga boleh mendorong seseorang melakukan

perbuatan rasuah. Mereka yang melakukan perbuatan rasuah merupakan orang yang tidak berintegriti, tidak jujur dan gagal dalam menjalankan amanah yang diberikan. Mereka sanggup mengadaikan maruah dan jati diri demi habuan yang diberikan tetapi akhirnya merosakkan diri sendiri. Perbuatan rasuah hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya juga memberi kesan yang merugikan kepada masyarakat dan negara. Ingatlah bahawa hasil yang diperolehi melalui rasuah adalah haram dan tidak berkat. Sanggupkah kita memberi makan dan minum kepada anak isteri serta keluarga kita dari sumber yang haram? Sesungguhnya makan makanan dari sumber yang haram itu balasannya adalah neraka, sebagaimana hadis Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Maksudnya : ''Dari Jabir bin Abdullah Radhiallahuanhu, bahawasanya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda : tidak akan memasuki syurga, daging yang tumbuh daripada yang haram, api neraka lebih utama baginya.'' Agama Islam mengalakkan umatnya untuk bersederhana dalam menjalani kehidupan

MEREKA yang melakukan perbuatan rasuah merupakan orang yang tidak berintegriti, tidak jujur dan gagal dalam membelanjakan amanah yang diberikan. Mereka sanggup mengadaikan maruah dan jati diri demi habuan yang diberikan tetapi akhirnya merosakkan diri sendiri. Perbuatan rasuah hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibatnya juga memberi kesan yang merugikan kepada masyarakat dan negara.

PDB mulakan Dikir Maulud GADONG, Rabu, 30 November. Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) melalui Badan Ugama Islam mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam 1438 Hijrah di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam. Juga hadir ialah pengarah-pengarah jabatan serta pegawai-pegawai PDB. Majlis Pembukaan Dikir Maulud dimulakan dengan Sembahyang Fardu

Maghrib dan Sembahyang Sunat Berjemaah. Ini diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong sebelum bacaan Dikir Syarafil Anam dimulakan. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban setelah selesai Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam (empat, kanan) bersama-sama warga PDB pada Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei bertempat Surau Polis Diraja Brunei, Ibu Pejabat Polis Gadong.

seharian serta bijak merancang dalam pengurusan kewangan. Pengurusan kewangan yang berhemat dan berpada dalam perbelanjaan keluarga dapat memberikan kita ruang untuk lebih berupaya dalam menghadapi keadaan sukar atau kekurangan serta dapat menangani permasalahan dengan baik. Marilah kita sama-sama meningkatkan kesedaran dalam kehidupan dan peri pentingnya kita mencukupkan keperluan kita melalui pengurusan kewangan yang bijak demi mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Akhirnya, marilah kita berdoa semoga Negara Brunei Darussalam bersih daripada sebarang rasuah, semoga kita semua mendapat rahmat, taufik dan hidayah Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Yaa Rabbal Alamin Surah Al Baqarah, ayat 188 : Tafsirnya : ''Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya.''

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Tengah


RENCANA

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

11

Cabaran MIB

GAMBARAN pelukis mengenai peristiwa Perang Kastila yang berlaku di Kota Batu pada tahun 1578.

Oleh : Dr. Muhammad Hadi Bin Md Melayong Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan kerjasama Meja Kandungan Khas Pelita Brunei

D

ALAM era globalisasi masa kini, kita tidak dapat mengelakkan diri dari cabaran-cabaran yang datang dari luar terutama dalam arus kemodenan tanpa sempadan. Ini adalah satu hakikat yang tidak dapat dihindari dalam proses kehidupan manusia. Cabaran ini bukan saja bermula dalam era globalisasi malah telah ditempuhi sejak kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Timur dalam abad Ke-16 Masihi. Dalam usaha untuk mempertahankan diri kita mesti mempunyai benteng sebagai pertahanan untuk pengukuhan semangat jati diri dan kebangsaan dalam menghadapi apa jua bentuk pengaruh atau nilai-nilai yang datang dari luar itu. Bagi Negara Brunei Darussalam sumber atau benteng sebagai senjata untuk mempertahankan ketamadunan bangsa Brunei adalah nilai-nilai yang terdapat dalam falsafah Melayu Islam Beraja (MIB). Perkara ini pernah dititahkan oleh baginda Sultan dan Yang Di-Petuan Negara Brunei Darussalam sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam pada 23 Februari 2014 : ''Di samping untuk mencapai Wawasan 2035 dalam bidang fizikal, kita juga ingin meraih rahmat dan keberkatan dalam semua aspek kehidupan. Kita turut menginginkan sebuah negara yang benar-benar memenuhi ciri-ciri 'Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur', yang sejahtera lagi bahagia di bawah

pemeliharaan Allah. Kerana itu, cara kita mengisi kemerdekaan ini sangatlah istimewa. Kita tidak lupa bersyukur dan berzikir kepada Allah dengan cara sembahyang berjema'ah dan sama-sama mengaminkan doa. Inilah amalan Negara Melayu Islam Beraja (MIB), negara kita. Atas landasan unik inilah, kita terus berusaha memantapkan jati diri kita selaku orang Brunei. Perkara ini sangatlah kritikal bagi kelangsungan hidup kita dan proses nation building. Malahan, pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau Firewall yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.'' Globalisasi tanpa sempadan dalam realitinya yang telah bermula apabila kuasa-kuasa Barat mula menjelajahi pengambaran mereka ke sebelah Timur dan telah menyebabkan perubahan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara khususnya dalam dunia teknologi maklumat masa kini terutamanya melalui penggunaan media baharu yang menyebabkan penyebaran maklumat yang cepat serta tidak terbatas. Dalam hal ini kita perlu bijak dan berhati-hati untuk memanfaatkannya dan satu-satu sandaran atau rujukan kita untuk menentukan baik atau buruknya perkara tersebut adalah nilai-nilai MIB. Justeru pengukuhan, pengamalan dan penghayatan

IMAGINASI pelukis mengenai ketibaan sebuah kapal dari Itali bernama Victoria yang membawa Antonio Pigafetta ke Kota Batu, Brunei pada tahun 1521.

nilai-nilai kebruneian itu amat penting sekali disemai dan ditanam dalam kalangan generasi baharu yang bakal mewarisi bangsa Brunei dan sentiasa menempuh cabaran era globalisasi. Dalam hal ini, kita perlu menoleh ke belakang untuk mempelajari dan mengambil iktibar dari pengalaman generasi tua zaman silam yang sanggup berkorban nyawa, harta dan keluarga mereka bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan bangsa Brunei. Kita sepatutnya mengikuti jejak langkah tersebut bagi memastikan kesenimbungan ketamadunan bangsa Brunei. Meskipun pada dewasa ini bentuk cabarannya adalah berbeza dengan masa lalu, namun hakikatnya adalah sama, iaitu cuba untuk menghakiskan dan melenyapkan nilai-nilai MIB yang menjadi sumber perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Sejarah negara kita pada zaman silam telah memaparkan liku-liku perjuangan generasi tua dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara ini yang berasaskan MIB. Implikasinya kesan dari kedatangan dan pengaruh dari luar khususnya dari Barat telah menyumbang pada kesan yang negatif terhadap perkembangan agama, budaya, ekonomi dan politik bangsa Brunei. Bahkan kedatangan kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan kemerosotan dan kelenyapan penguasaan Brunei terhadap beberapa wilayahnya di persekitaran Pulau Borneo serta mengakibatkan berlakunya pergolakan politik dalaman. Kita

PETA Dunia memperlihatkan perjalanan Antonio Pigafetta bersama Ferdinand Magellan mengelilingi dunia dan singgah di Brunei.

tidak dapat menafikan pada umumnya keruntuhan sistem politik Kesultanan Melayu di nusantara adalah akibat dari campur tangan kuasa-kuasa Barat. Perkara ini kita tidak mahu berulang dalam lipatan sejarah negara ini. Oleh itu, keagungan empayar Brunei mula merosot dan corak perdagangan tradisi tergugat dan hampir melenyapkan struktur pentadbiran tradisi Kesultanan Brunei di Persisiran Kepulauan Borneo. Misalnya kedatangan Sepanyol pada tahun 1521 adalah petanda awal era keagungan empayar Brunei akan menghadapi cabaran baharu dari segi perdagangan, agama dan sistem sosio-politik. Bagaimanapun, keutuhan dan kekuatan pegangan terhadap nilai-nilai MIB, orang-orang Brunei sanggup mengorbankan harta dan nyawa mereka untuk mempertahankan kedaulatan atau maruah bangsa, agama dan raja yang kita warisi sehingga ke hari ini. Perang Kastila 1578 Masihi adalah cabaran awal dari luar dengan kedatangan Angkatan Tentera Sepanyol untuk menakluki Brunei dan menyebarkan agama Kristian. Ini satu pengajaran yang perlu diambil iktibar khususnya dalam kalangan generasi muda masa kini dalam mengharungi kehidupan pada era globalisasi. Kedatangan awal rombongan Sepanyol memang disambut baik oleh pihak Brunei pada tahun 1521 Masihi. Bagaimanapun setengah abad kemudiannya niat pershabatan pada peringkat awal telah berubah, iaitu mahu menjajahi dan menyebarkan agama Kristian di bumi Brunei. Tentunya niat ini telah menjadi kemurkaan Begawan Sultan Abdul Kahar (Raja Tua) kerana telah mengancam pihak Brunei melalui perutusan daripada Kapten General Dr. Francisco de Sande yang berpejabat di Manila. Utusan tersebut memaksa supaya pihak Brunei menghentikan kegiatan mubaligh Islam untuk menyebarkan dakwah Islam ke Kepulauan Filipina dan di wilayah pengaruh Brunei sebaliknya membenarkan penyebaran dakwah Kristian di bumi Brunei sebagaimana yang dicatatkan dalam persuratan yang disembahkan kepada Begawan Sultan Abdul Kahar : Perkara yang seharusnya Duli Tuanku lakukan ialah menerima paderi-paderi Kristian ke negeri Duli Tuanku serta memberi jaminan keselamatan sepenuhnya kepada

mereka menyebarkan ajaran Kristian dan begitu juga sesiapa sahaja di antara rakyat Duli Tuanku hendaklah diberi kebebasan dan kebenaran menghadiri syarahansyarahan ajaran Kristian dan sesiapa juga berharsat memeluk ugama Kristian bolehlah berbuat demikian tanpa sebarang gangguan ke atasnya. Seterusnya, patik menghendaki supaya Duli Tuanku jangan menghantar mubaligh-mubaligh ajaran Muhammad (Islam) ke manamana bahagian kepulauan ini atau kepada orang Tingues (orang bukit) yang masih Jahiliah itu, bahkan lebih-lebih lagi tidak juga menghantar ke kawasan-kawasan pulau Duli Tuanku sendiri. Demi mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara Melayu Islam Beraja, Begawan Sultan Abdul Kahar dan Sultan Saiful Rijal yang memerintah ketika itu tetap tidak tunduk terhadap permintaan tersebut, maka pada 14 April 1578, Dr. De Sande telah mengisytiharkan perang ke atas Brunei. Alhamdulillah, berkat dari keteguhan iman dan ketakwaan bagi mempertahankan syiar Islam, Sepanyol hanya dapat bertahan di bumi Brunei tiga bulan lebih dan terpaksa berundur ke Manila pada 23 Jun 1578 sepertimana yang dicatatkan dalam buku 'Myth and Legend in Brunei History', Nicholl, R. halaman 40 : Pada senja hari Isnin (1578) Doktor (Francisco de Sande) telah membakar bangunan besar (masjid) itu. Ia terbakar sepanjang malam dan pagi esoknya tidak ada apa-apa yang tinggal; tiga hari kemudian dia pun belayar.... Begitulah catatan sejarah yang menjadi bukti dan panduan untuk kita merenung dan menginsafi diri supaya sentiasa peka dan berhati-hati dalam menghadapi arus perubahan zaman khususnya dalam era globalisasi masa kini, kerana kita akan terus menghadapi cabaran-cabaran dari luar yang cuba untuk mempengaruhi dan melenyapkan identiti kebruneian yang diwarisi sejak ratusan tahun. Benteng kita untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan agama, bangsa dan negara adalah nilainilai MIB yang menjadi cara hidup bangsa Brunei. Kita yakin dan percaya pengamalan dan penghayatan terhadap nilai-nilai Melayu Islam Beraja adalah sumber kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.


12

AGAMA

PELITA PELITA BRUNEI BRUNEI HARIHARI SABTU ISNIN 3 DISEMBER 27 DISEMBER 20162015

AGAMA

PELITA PELITA BRUNEI BRUNEI HARI HARI SABTU ISNIN 3 27DISEMBER DISEMBER2016 2015

13

Sambutan Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi Wasallam Tahun 1438 Hijrah / 2016 Masihi KEMENTERIAN PENDIDIKAN

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Sambutan Maulidur Rasul merupakan satu manifestasi kecintaan kita terhadap junjungan kita umat Islam yang disambut tanggal 12 Rabiulawal. Sudah menjadi tradisi umat Islam di negara ini menyemarakkan malam sambutan Maulidur Rasul menjelang hari keputeraan kekasih Allah Subhanahu Wata'ala yang seharusnya mengimarahkan lagi dengan pujian dan selawat ke atas baginda. Dalam menyemai keunikan rasa cinta kepada Rasulullah itu, Kementerian Pendidikan juga tidak ketinggalan memulakan Majlis Berdikir dari Masjid ke Masjid malam tadi bermula di Masjid Omar ‘Ali

Saifuddien di ibu negara. Mengetuai rombongan itu ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman. Juga hadir, Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan. Selesai Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah, Yang Berhormat seterusnya mengepalai bacaan Ummul Kitab Surah Al-Fatihah bagi memulakan acara Dikir Syarafil Anam.

Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Ihsan Kementerian Hal Ehwal Ugama

MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman (tengah) bersama-sama dengan warga Kementerian Pendidikan pada Majlis Berdikir Ke Masjid-Masjid Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Kementerian Pendidikan bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Salah seorang pegawai kementerian itu semasa ditemui berkata majlis kali ini diungkayahkan secara kolaborasi oleh Jabatan Perkembangan Kurikulum dan Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Urusetia Majlis Kebangsaan Pengiktirafan Kelulusan serta kementerian

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

SEMBAHYANG Fardu Isyak Berjemaah diimamkan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Dalam usaha untuk memupuk rasa kecintaan kepada Rasullullah Sallallahu Alaihi

Wasallam, Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah malam ini telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam. Hadir bagi sama-sama

menyemarakkan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam anjuran

itu sendiri. Katanya, rombongan kementerian berkenaan akan mengimarahkan majlis berdikir itu ke lima buah masjid yang terpilih dengan tujuan bagi menggalakkan warga kementerian itu berselawat ke atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai

MANGGIS, Khamis, 1 Disember. Umat Islam di negara ini akan berhimpun dan mengadakan perarakan bersempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada tanggal 12 Rabiulawal setiap perkiraan tahun Hijrah. Pada tahun ini, kita amat bertuah kerana meraikan sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu pada 12 Disember

Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Mohd. Shahrizal Haji Said ini nanti. Sudah kelaziman umat Islam di negara ini, menyemarakkan hari kebesaran Islam sempena hari kelahiran Baginda dengan mengimarahkan seluruh masjid, surau dan balai ibadat dengan pujian selawat selama 12 malam berturut-turut.

Sehubungan itu Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampung Manggis dan Madang juga tidak ketinggalan mengendalikan majlis dikir yang diharap dapat meningkatkan lagi pahala yang berlipat ganda dan menyemai rasa kecintaan menerusi

Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut mulai malam ini. Sehubungan itu, Majlis Pembukaan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut telah diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, di sini. Hadir menyemarakkan majlis Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dikepalai oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib

Berita dan Foto : Mohammad Azmi Awang Damit Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap; Timbalan Setiausaha Tetap; Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan; pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan serta jabatan-jabatan di bawahnya. Bacaan Dikir Syarafil Anam telah dikepalai oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Ustaz Haji Haris bin Haji Suboh. Manakala bacaan Doa Dikir dibacakan oleh Mudim Awang Haji Abdul Latif bin Haji Saman, sementara Doa Selamat pula dipimpin oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mat Jaya bin Haji Ibrahim. Majlis turut diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah. Antara lain majlis bertujuan bagi memakmurkan masjid, di samping memperingati Hari Keputeraan

MASJID SURI SERI BEGAWAN RAJA PENGIRAN ANAK DAMIT

PEMANGKU Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Misle bin Haji Abdul Karim (tengah) hadir menyertai Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (SSBRPAD), Kampung Manggis dan Madang.

menzahirkan kasih sayang umat serta mengharapkan ganjaran pahala berlipat ganda. Rombongan berkenaan tambahnya lagi, akan meneruskan ke Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong pada 4 Disember nanti.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Menanamkan rasa kasih dan cinta terhadap Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta memohon ganjaran teristimewa dan syafaat bagi orang-orang yang berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah amalan mulia dalam pembentukan jati diri individu Muslim. Sempena Memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang disambut setiap tahun, semua masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara akan terus bergema dengan Dikir Maulud Nabi

Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan kemudiannya diikuti dengan bacaan dikir beramai-ramai. Manakala, Doa Dikir dibacakan oleh Mudim Haji Amran bin Haji Mohd. Salleh yang seterusnya memimpin Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam. Majlis diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan pegawai serta kakitangan KHEU dengan jemaah masjid dan penduduk kampung. Juga hadir ialah pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama.

pujian selawat terhadap Junjungan Besar kita. Hadir menyertai dikir tersebut, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Misle bin Haji Abdul Karim. Antara rombongan yang menyertai majlis dikir tersebut ialah para pegawai dan kakitangan dari KHEDN serta penduduk Kampung Manggis, Madang dan penduduk sekitarnya. Terdahulu, majlis bermula selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib yang diimamkan oleh imam masjid berkenaan yang diikuti dengan Majlis Berdikir beramai-ramai. Majlis Berdikir hari kedua diadakan dalam sama-sama menyemarakkan suasana Hari-hari Kebesaran Islam di negara ini, di samping untuk memperingati hari kelahiran Junjungan Besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid dan jemaah serta penduduk sekitar dengan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan. Umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikenali sebagai Maulidur Rasul yang disambut atau diraikan pada setiap 12 Rabiulawal tahun Hijrah. Umat Islam di Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan memperingati kelahiran Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam dengan pelbagai acara keagamaan seperti Majlis Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid seluruh negara, majlis ceramah agama dengan acara kemuncak Perarakan Maulud Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam peringkat negara.

KEMENTERIAN SUMBER-SUMBER UTAMA DAN PELANCONGAN

Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam terus bergema di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk persendirian. Sehubungan itu, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) mengadakan Majlis Dikir Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong. Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap KSSUP, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali,

DAERAH BELAIT

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (tiga, kanan) hadir pada Majlis Pembukaan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam selama 12 malam berturut-turut yang diadakan di Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

pegawai-pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatan-jabatan di bawahnya serta ahli-ahli jawatankuasa dan jemaah masjid berkenaan. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh Imam masjid berkenaan, Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Awang Haji Mustafa bin Haji Murat dan diteruskan dengan Dikir Syarafil Anam oleh para pegawai dan kakitangan KSSUP dan jabatanjabatan di bawahnya. Majlis berdikir KSSUP diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Pelancongan merupakan aktiviti tahunan kementerian tersebut, dalam samasama menyemarakkan lagi sambutan kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pada setiap tahun.

MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Apong (tiga kiri) hadir selaku tetamu kehormat majlis.

Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

MASJID SURI SERI BEGAWAN RAJA PENGIRAN ANAK DAMIT

Oleh : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Rabu, 30 November. - Setiap tibanya 12 Rabiulawal tahun Hijrah, umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang dikenali sebagai Maulidur Rasul. Umat Islam di Negara Brunei Darussalam juga tidak ketinggalan memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad dengan berbagai-bagai acara keagamaan seperti Majlis Dikir Syarafil Anam selama 12 malam berturut-turut di masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara yang bermula selepas menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah. Sehubungan itu, Majlis Pembukaan Dikir Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Daerah Belait telah berlangsung di Masjid Mohammad Jamalul Alam, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Yang Mulia, Awang Hasmiron bin Haji Md. Taib. Turut hadir ialah ketua-ketua Jabatan / Cawangan Daerah Belait, Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-

ketua Kampung, Pegawai-pegawai Kerajaan dan swasta penduduk sekitar Pekan Belait. Majlis itu diadakan adalah sebagai tanda kasih terhadap Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping ia juga untuk menambahkan penghayatan beragama serta mensyiarkan kemuliaan Islam sebagai ugama yang diredai oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan telah didaulatkan menjadi agama rasmi negara. Terlalu banyak ganjaran bakal diperoleh oleh orang yang sentiasa melazimkan dirinya berselawat antaranya sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiallahuanhu bahawa sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, maksudnya, ''Sesiapa mengucapkan selawat sekali kepadaku, Allah berselawat (memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali''. Marilah kita sama-sama merebut ganjaran yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wata'ala dengan memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

PEDIKIR adalah terdiri daripada sekumpulan jemaah Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis dan Madang.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Disember. - Dikir Maulud selama 12 malam berturut-turut sempena memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad

Sallallahu Alaihi Wasallam terus bersemarak di masjid-masjid, surau-surau dan balai ibadat di seluruh negara. Maulidur Rasul Sallallahu Alaihi

Wasallam merupakan salah satu acara kebesaran Islam yang disambut oleh masyarakat Islam di negara ini dan seluruh dunia. Majlis Dikir sempena Sambutan

Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diteruskan lagi di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (Masjid SSBRPAD), di sini. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai diikuti dengan Dikir Assalamu'alaika yang dibawa oleh Pasukan Pendikir Masjid SSBRPD. Sementara itu, Pasukan Nor At Takwa yang diketuai oleh Awang Haji Mahmud bin Haji Razak membacakan Dikir Khairuman, manakala Dikir Bishahrin dan Badat dibawakan oleh Kumpulan Dikir Bersatu yang diketuai oleh Awang Haji Aliakbar bin Ali. Bacaan Doa Dikir dibacakan oleh Imam Masjid SSBRPD, Awang Haji Jofri bin Haji Abidin, manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dipimpin oleh Bilal masjid tersebut, Awang Razman bin Haji Ramli. Majlis diadakan sebagai salah satu syiar Islam untuk memakmurkan masjid, selain mengingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, di samping mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan jemaah masjid dan penduduk kampung.


14

JAWATAN KOSONG / IKLAN

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TAJUK : PREQUALIFICATION TENDER PROJEK : FOR SERVICE LEVEL MAINTENANCE CONTRACT AND RELATED WORKS (PACKAGE A) FOR HIS MAJESTY THE SULTAN'S FLIGHT HANGAR 1 & HANGAR 2 INFRASTRUCTURE

Syarat-Syarat Tawaran : 1. Prequalification Tender adalah dibukakan kepada pemborong atau syarikat yang berdaftar di Negara Brunei Darussalam yang mempunyai Sijil Pendaftaran Akta nama-nama Perniagaan (Section 16 dan 17) yang sah dan mempunyai Kelas III. 2. Dokumen Prequalification Tender yang berharga BND50.00 (tidak akan dikembalikan) bolehlah diperoleh daripada Pegawai Unit Pemantauan, Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Lapangan

JABATAN KERJA RAYA KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN DI DALAM KELAS : PEMBEKAL YANG DIIKTIRAF KATEGORI : (P01 SAHAJA) (KOD BAHARU) TARIKH AKHIR MENGAMBIL DOKUMEN TAWARAN PADA : 6 DISEMBER 2016 (SELASA) TARIKH TUTUP : 20 DISEMBER 2016 (SELASA)

JKR/DWS/021/2016 NAMA PROJEK : KONTRAK SATU (1) TAHUN BAGI PENYEWAAN JENTERA ANGKAT SUSUN BAGI STOR SINARUBAI, LOJI RAWATAN AIR BUKIT BARUN, LAYONG, MANGKUBAU, SUMBILING DAN BATANG DURI YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN) YURAN E-DOKUMEN : -

TIDAK LEWAT DARI JAM : 2.00 PETANG BILANGAN TAWARAN :

Syarat-Syarat Tawaran : TAWARAN-TAWARAN

hendaklah

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Terbang Antarabangsa, Lebuhraya Rimba, Bandar Seri Begawan, BB2713, Negara Brunei Darussalam. Sebarang pertanyaan, sila berhubung di talian telefon +673 2460043 sambungan 2109 dan 2180. Tarikh akhir mengambil borang tawaran adalah pada 13 Disember 2016. 3. Wakil syarikat yang hadir mengambil dokumen Prequalification Tender hendaklah wakil yang dibenarkan oleh syarikat yang berkenaan dan hendaklah membawa bersama surat pengesahan dari syarikat dan kad pengenalan wakil untuk rujukan jabatan sebelum dokumen tawaran diserahkan. 4. Prequalification Tender hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup

dengan menyatakan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Peti Tawaran Lembaga Tawaran Negara Tingkat 1, Kementerian Kewangan Commonwealth Drive Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam.

dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil, Tingkat Bawah, Kementerian Pembangunan, Berakas BB3510, Negara Brunei Darussalam (kecuali) lain dari alamat yang dinyatakan dalam iklan atau dokumen tawaran. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang telah ditetapkan tidak akan dilayan. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dalam sampul surat yang rapi (sealed) dengan menyatakan tajuk projek yang berkenaan tanpa menyatakan nama penawar dan dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam dokumen tawaran. Dokumen-dokumen tawaran bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Pembahagian Dokumen, Tingkat Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama, Jalan Berakas, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait (bilangan tawaran yang dimulai

dengan huruf (''JKR/DBSKB ...'') bolehlah dilihat dan diperoleh dari Unit Kontrak, Jabatan Kerja Raya, Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam. Yuran tawaran tidak akan dikembalikan kepada mana juga kontraktor sama ada berjaya atau tidak kecuali kerja-kerja yang ditawarkan dibatalkan. Sebelum dokumen-dokumen tawaran dikeluarkan, setiap pemborong dikehendaki membawa sijil pendaftaran kontraktor dan pembekal yang menunjukkan bahawa pemborong adalah yang berdaftar di Kementerian Pembangunan dalam kelas yang ditetapkan dan dikehendaki membayar yuran tawaran. Tawaran-tawaran mestilah dihadapkan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah disediakan. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak akan semestinya menerima tawaran-tawaran yang terendah atau lain-lain tawaran.

tidak lewat 19 Disember 2016, Isnin, Jam 2.00 Petang 5. Prequalification Tender mestilah dihantar dengan menggunakan borang tawaran yang disediakan dengan menyertakan salinan sijil pendaftaran perniagaan.


IKLAN

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

JABATAN PENTADBIRAN DAN PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN BAGI PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/93/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 1 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH ORANG KAYA ALI WANIKA SETIA DIRAJA, KUPANG B. SEKOLAH MENENGAH RAJA ISTERI PENGIRAN ANAK SALEHA, JALAN KUALA ABANG, TUTONG C. SEKOLAH RENDAH BEKIAU DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/94/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 2 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH BIRAU B. SEKOLAH RENDAH KIUDANG C. SEKOLAH RENDAH BATANG MITUS, DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/95/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 3 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH LAMUNIN B. SEKOLAH RENDAH KAMPUNG MENENGAH C. SEKOLAH RENDAH PANCHONG D. SEKOLAH RENDAH RAMBAI, DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/96/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 4 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH BENUTAN

B. SEKOLAH RENDAH KAMPUNG BUKIT C. SEKOLAH RENDAH BUKIT UDAL DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/97/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 5 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH DATO PEMANCHA SAGING, UKONG B. SEKOLAH RENDAH PENAPAR DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/98/2016/2017 [UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 6 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH ABD RASHID, TANJONG MAYA B. SEKOLAH RENDAH TANJONG MAYA C. SEKOLAH RENDAH LUBOK PULAU, DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/99/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 7 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH BUKIT PANGGAL B. SEKOLAH RENDAH SINAUT C. SEKOLAH RENDAH KERIAM D. SEKOLAH RENDAH PENANJONG DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/100/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 8 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT /

PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH MEMENGAH MUDA HASHIM, BUKIT BENDERA TUTONG B. SEKOLAH MENENGAH SUFRI BOLKIAH C. SEKOLAH RENDAH MUDA HASHIM, DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/101/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 9 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH SENGKARAI B. SEKOLAH RENDAH PENGIRAN MUDA MAHKOTA JALAN KAMPUNG PENABAI DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi)

15

DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN FLAT C305-C312 KAWASAN SUNGAI BESAR, TUTONG DAERAH TUTONG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/105/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : KB ZON 1 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DIBAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH SUNGAI LIANG B. SEKOLAH RENDAH LUMUT DAERAH BELAIT BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi)

BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/102/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 10 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH PERPINDAHAN BUKIT BERUANG II B. SEKOLAH RENDAH PENGIRAN KESUMA NEGARA, BUKIT BERUANG C. SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA OTHMAN, PERPINDAHAN KAMPUNG BUKIT BERUANG, DAERAH TUTONG

BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/106/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : KB ZON 2 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH MENENGAH PEGIRAN ANAK PUTERI HAJAH RASHIDAH SA'ADATUL BOLKIAH, LUMUT B. SEKOLAH RENDAH SUNGAI TALI, LUMUT C. SEKOLAH RENDAH PENGIRAN SETIA NEGARA PENGIRAN HAJI MOHD YUSOF, KAMPUNG PERPINDAHAN RAKYAT JATI LORONG TIGA SELATAN SERIA DAERAH BELAIT

BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi)

BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi)

BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/103/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 11 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. PUSAT TINGKATAN ENAM BUKIT BERUANG B. SEKOLAH RENDAH TUMPUAN TELISAI C. SEKOLAH RENDAH DANAU DAERAH TUTONG

BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/107/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : KB ZON 3 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH RENDAH MUHAMMAD ALAM, JALAN RAJA ISTERI, SERIA B. MAKTAB ANTHONY ABELL SERIA C. SEKOLAH RENDAH PANAGA, 4-7 LORONG 14, SERIA D. SEKOLAH VOKASIONAL SULTAN BOLKIAH, J16 /J17 LORONG 5, SERIA, DAERAH BELAIT

BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/104/2016/2017[UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : TUT ZON 12 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan)ga tidak dikembalikan] TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) Ke muka 16


16

IKLAN

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Dari muka 15

BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/108/2016/2017 [UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : KB ZON 4 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. SEKOLAH MENENGAH SAYYIDINA ALI, KAMPUNG PANDAN, KUALA BELAIT B. SEKOLAH MENENGAH PENGIRAN JAYA NEGARA PENGIRAN HAJI ABU BAKAR, JALAN PANDAN TUJUH, KUALA BELAIT C. SEKOLAH RENDAH PENGIRAN SETIA JAYA PENGIRAN HAJI ABDUL MOMIN, KAMPUNG PANDAN, KUALA BELAIT D. SEKOLAH MENENGAH PERDANA WAZIR, KUALA BELAIT, DAERAH BELAIT BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) BILANGAN SEBUT HARGA : DA/JKSH/109/2016/2017 [UPPK-NOV-2016] KETERANGAN : KB ZON 5 KONTRAK PENGGAL BAGI PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN DAN PEMBUANGAN SAMPAH BAGI MAKTAB / SEKOLAH / ASRAMA / PEJABAT / PERUMAHAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN,

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM UNTUK 24 BULAN A. MAKTAB KEJURUTERAAN JEFFERI BOLKIAH, JALAN SETIA NEGARA, KUALA BELAIT B. SEKOLAH RENDAH AHMAD TAJUDDIN, JALAN PADANG [KBRC], KUALA BELAIT C. SEKOLAH RENDAH KUALA BELAIT, JALAN PADANG [KBRC], KUALA BELAIT D. SEKOLAH RENDAH SUNGAI TERABAN E. SEKOLAH RENDAH SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN, DAERAH BELAIT BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA : BND5.00 (bayaran dokumen sebut harga tidak dikembalikan) TARIKH TUTUP DAN WAKTU : 17 DISEMBER 2016 (tidak lewat jam 9.00 Pagi) HARI DAN WAKTU PENERIMAAN WANG BAYARAN YURAN / DOKUMEN SEBUT HARGA Isnin hingga Khamis 8.00 Pagi hingga 11.45 Pagi 1.45 Petang hingga 3.00 Petang Sabtu 8.00 Pagi hingga 10.00 Pagi Borang-borang Sebut Harga boleh diperoleh di Tingkat 1, Blok 'A', Kaunter 6, Unit Tawaran dan Sebut Harga Bahagian Perkhidmatan Kewangan 'A', Jabatan Pentadbiran dan PerkhidmatanPerkhidmatan, Kementerian Pendidikan, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dengan menyertakan resit pembayaran dokumen.

JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH ARAB DAN ASRAMA (BAHAGIAN ASRAMA BASAH) ========================== BAHAGIAN ASRAMA BASAH Bilangan Tawaran : KHEU / JPI / SMAK / AB / 10 Keterangan : Tawaran Bahagian Asrama Basah bagi Sekolah Menengah Arab Katok bagi Tempoh Empat (4) Bulan Bayaran Dokumen : BND35.00 (bayaran dokumen tidak dikembalikan)

SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membekalkan bahan-bahan Rancangan Pemakanan Sekolah Arab dan Asrama bagi tempoh empat (4) bulan.

2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan tidak akan diterima kecuali mendapat kebenaran untuk berniaga dari Jabatan Perdana Menteri. 3. Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di daerah tempat Sekolah Arab tersebut berada. 4. Tawaran boleh diperoleh di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar setelah membuat pembayaran yuran tawaran. 5. Pemohon-pemohon (pemilik syarikat) hendaklah membawa bersama Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 serta cap syarikat semasa mengambil borang tawaran dan membayar sebanyak BND35.00 bagi bayaran yuran tawaran (tidak dikembalikan). Jika berwakil, hendaklah membawa bersama surat wakil dari pemilik syarikat. 6. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan USB Flash Drive yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 7. USB Flash Drive asal (softcopy) yang telah diisi dengan lengkap disikan HENDAKLAH DIKEMBALIKAN. Borang tersebut hendaklah dicetak / Print setelah selesai diisikan dan disertakan satu (1) salinan (hardcopy). Borang tersebut hendaklah juga ditandatanganidan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja.

JABATAN PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA JABATAN PENGAJIAN ISLAM, KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA IKLAN TAWARAN RANCANGAN PERMAKANAN SEKOLAH ARAB DAN ASRAMA (BAHAGIAN ASRAMA KERING) BAGI TEMPOH EMPAT (4) BULAN ===================================== BAHAGIAN ASRAMA KERING Bilangan Tawaran : Bagi Kod Blok : KHEU / JPI / SMAK/ AK / 07 Keterangan : Tawaran Bahagian Asrama Kering bagi Sekolah Menengah Arab Katok bagi Tempoh Empat (4) Bulan Bayaran Dokumen : BND35.00 (bayaran dokumen tidak dikembalikan)

SYARAT-SYARAT, PANDUAN DAN MAKLUMAT : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk membekalkan bahan-bahan Rancangan Pemakanan Sekolah Arab dan Asrama bagi tempoh empat (4) bulan. 2. Pemohon-pemohon yang berkhidmat dengan kerajaan tidak akan diterima kecuali mendapat kebenaran untuk berniaga dari Jabatan Perdana Menteri. 3. Pemohon-pemohon hendaklah terdiri daripada penduduk yang tinggal di daerah tempat Sekolah Arab tersebut berada. 4. Tawaran boleh diperoleh di Bahagian Kewangan, Tingkat 1, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Jalan Menteri Besar, setelah membuat pembayaran yuran tawaran. 5. Pemohon-pemohon (pemilik syarikat) hendaklah membawa bersama Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 serta cap syarikat semasa mengambil borang tawaran dan membayar sebanyak BND35.00 bagi bayaran yuran tawaran (tidak dikembalikan). Jika berwakil, hendaklah membawa bersama surat wakil dari pemilik syarikat. 6. Pemohon-pemohon hendaklah menggunakan USB Flash Drive yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. 7. USB Flash Drive asal (softcopy) yang telah diisi dengan lengkap diisikan HENDAKLAH DIKEMBALIKAN. Borang tersebut hendaklah dicetak / print setelah selesai diisikan dan disertakan satu (1) salinan (hardcopy). Borang tersebut hendaklah juga ditandatangani dan dicap syarikat dengan menggunakan dakwat berwarna BIRU sahaja.

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN

PERATURAN 38 (b)

PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA, BERAKAS JABATAN PENTADBIRAN KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN Syarat-Syarat Tawaran : 1. TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi : Bilangan Tawaran : MOFAT/ICC/ME/03/2016 Tajuk Tawaran : OPERATION AND MAINTENANCE OF ELECTRONIC EQUIPMENT, L.E.D DISPLAY SYSTEM AND STAGE LIGHTING EQUIPMENT AT INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE, BERAKAS, MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS AND TRADE FOR THE PERIOD OF THREE (3) YEARS Tarikh terakhir pembelian dokumen tawaran : 17 Disember 2016, jam 10.00 Pagi Tarikh tutup tawaran : Selasa, 27 DISEMBER 2016 Penerangan skop kerja tawaran : Selasa, 20 Disember 2016, jam : 9.00 Pagi Tempat : ICC Yuran tawaran : BND30.00 (tidak dikembalikan) 2. Syarikat-syarikat pemborong yang berminat untuk menyertai tawaran-tawaran di atas dikehendaki memperoleh dokumen tawaran di Pejabat Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, Jalan Stadium semasa waktu pejabat dengan membayar

yuran tawaran (tidak dikembalikan) sebanyak BND30.00 dibayar kepada Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Bayaran hendaklah dijelaskan di Pejabat Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas Jalan Stadium, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Negara Brunei Darussalam. Dokumen tawaran akan diserahkan selepas bayaran dibuat. 3. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapat (sealed) dan ditulis dengan terang mengikut bilangan tawaran, tajuk tawaran yang disertai : Bilangan Tawaran : Tajuk Tawaran : Tarikh Tutup : 27 Disember 2016 Jam : 2.00 Petang tanpa menunjukkan sebarang nama atau tanda pengenalan syarikat dan ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JALAN SUBOK BANDAR SERI BEGAWAN, BD2710 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 4. Tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran di Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Jalan Subok, B.S.B., BD2710 Negara Brunei Darussalam tidak lewat jam 2.00 Petang, Selasa, 27 Disember 2016. 5. Tawaran-tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

17

Delegasi Misi Perdagangan berlepas ke Muscat BANDAR SERI BEGAWAN, Juma'at, 2 Disember. - Sebanyak 25 syarikat Brunei Darussalam berlepas bagi menyertai delegasi rasmi Misi Perdagangan ke Muscat, Kesultanan Oman yang diketuai oleh Jabatan Tenaga dan Industri di Jabatan Perdana Menteri (EIDPMO) dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) Negara Brunei Darussalam. Misi Perdagangan ini dijalankan sempena Seminar Tenaga dan Industri Bersama ke-2 Brunei-Oman anjuran bersama EIDPMO dan Kementerian Minyak dan Gas Kesultanan Oman. Seminar itu akan berlangsung di Grand Hyatt di Muscat, pada 4 hingga 6 Disember 2016, dengan tema 'Memperkukuhkan Kerjasama Perindustrian untuk Pertumbuhan Ekonomi dan Pembangunan'. Syarikat-syarikat Brunei yang menyertai Misi Perdagangan akan mewakili pelbagai sektor dan perniagaan, termasuk minyak dan gas, makanan, farmaseutikal, kosmetik, ICT, Muslimah Fashion, pendidikan dan perkhidmatan perniagaan. Daripada 25 syarikat yang menyertai delegasi, lapan Perusahaan

Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) telah terpilih bagi tajaan kerajaan yang merangkumi penginapan, tiket penerbangan pergi balik dan percetakan bahan-bahan promosi. Tajaan ini disediakan bagi menyokong pertumbuhan MSME tempatan yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan mereka di luar negara dan melalui pendedahan ini MSME diharap berkembang dalam pelaburan, menjalankan penyelidikan pasaran dan mewujudkan perkongsian dan rangkaian perniagaan. Seminar Tenaga dan Industri Ke-2 Brunei - Oman akan membincangkan Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Keupayaan Tenaga Boleh Diperbaharui, Kemudahan Menjalankan Perniagaan dan lain-lain topik yang akan dijalankan di antara agensi-agensi berkaitan kedua-dua buah negara. Aktiviti yang dijadualkan yang lain termasuklah bengkel mengenai aktiviti perdagangan dan pelaburan, padanan perniagaan dan lawatan tapak bagi kilang penapis minyak, pelabuhan utama, unit pemprosesan makanan dan kawasan industri. Antara objektif dan misi seminar

perdagangan ini adalah untuk memupuk hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua pihak dengan menerokai lebih banyak bidang kerjasama dalam tenaga dan industri. Adalah diharapkan bahawa platform ini akan membolehkan pertukaran maklumat dan amalan terbaik dalam membangunkan kedua-dua sektor tenaga dan industri kedua-dua negara. Seminar Tenaga dan Industri Brunei-Oman tahun ini adalah seminar kedua diusahakan bersama antara EIDPMO dan Kementerian Minyak dan Gas Kesultanan Oman yang mana seminar pertama telah diadakan pada bulan November 2014 di Negara Brunei Darussalam yang mana para delegasi terdiri daripada lebih 20 pegawai Oman dan syarikat-syarikat yang diketuai oleh Setiausaha Bahagian Kementerian Minyak dan Gas, Tuan Yang Terutama Salim Nasser Al Aufi. Sebagai susulan pada seminar, delegasi dari Oman mengadakan lawatan ke Brunei Darussalam pada bulan Mei 2015 yang diketuai oleh Penasihat Sumber Manusia kepada Menteri Minyak dan Gas Oman, Encik Sheikh Khalid bin Ghalid bin Ali-Hinai untuk belajar dan mencontohi Rangka Kerja Kecekapan Industri Tenaga Brunei (EICF) dan juga kepada peningkatan usaha Brunei menggunakan tenaga tempatan.

AWANG Mohamad Firdaus bin Haji Sapli, pengusaha Madu Maanggaris dari Founder Maanggaris Enterprise.

AWANG Haji Reduan bin Haji Lamudin Pengarah Urusan Oudh Al Aswad Brunei.

AWANG Haji Rani @ Haji Abd. Malek bin Haji Mohamad dari Syarikat Asli-KTM Sendirian Berhad.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Azmi Haji Damit

ANTARA pengusaha yang menyertai Misi Perdagangan ke Muscat, Kesultanan Oman.

Sementara itu, Awang Mohammad Firdaus bin Haji Sapli selaku Founder Maanggaris Enterprise ketika ditemu bual berharap agar Maanggaris Enterprise yang terkenal dengan seratus peratus madu asli dan madu yang paling terkenal di Brunei Darussalam supaya akan dapat dikenali lagi di negara-negara Arab melalui misi perdagangan ini, kalau boleh ke pelusuk seluruh dunia. Beliau seterusnya berkata, melalui misi perdagangan ini juga akan dapat mendedahkan Brunei yang mempunyai produk-produk sangat berkualiti tinggi dan beliau mengetahui negara-negara Arab sangat menyukai madu dan ini adalah peluang bagi mereka untuk memasuki pasaran ini. Manakala bagi Awang Haji Rani @ Haji Abd. Malek bin Haji Awang Mohamad selaku Pengarah ASLI-KTM Sendirian Berhad menjelaskan, akan mencuba sedaya upaya untuk menyertai pasaran dalam misi perdagangan ini dan berusaha untuk mempelajari pelbagai

fakta sebelum terlibat dalam pasaran itu nanti. Beliau berharap dengan Misi Perdagangan ini akan membuahkan hasil dan berjaya atas sokongan EIDPMO dan DARE. Sementara itu, Pengarah Urusan Oudh Al Aswad Brunei, Awang Haji Reduan bin Haji Lamudin pula menerangkan, syarikat mereka adalah membuat minyak wangi buatan Brunei dan insyaaAllah mereka akan cuba mencari rakan niaga yang boleh membawa nama Brunei ke antarabangsa dan seterusnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam memberi peluang kepada syarikat mereka untuk ikut serta dalam misi perdagangan ini. Beliau berharap dengan adanya misi ini, ia adalah salah satu pintu masuk untuk membawa jenama brunei ke mata antarabangsa untuk mengangkat nama Brunei dan juga nama syarikat mereka.

Fun Day Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam meriah

PEMEGANG Amanah Eksekutif Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Pengiran Datin Hajah Noraini binti Pengiran Dipa Negara Laila Diraja Pengiran Haji Abdul Momin (kiri) semasa menerima penyerahan buku daripada Pegawai Perhubungan Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, Ms. Catherine Muller (kanan) selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

BENGKURONG, Jumaat, 2 Disember. - Ramai kanak-kanak yang menghadapi masalah autistik tidak diajar dengan betul dan menyebabkan mereka sentiasa berasa kecewa, sering berpindah sekolah atau mempunyai rekod kehadiran sekolah yang buruk serta boleh membawa pada masalah serius yang lain juga memberikan impak kesan pada keyakinan dan keupayaan mereka untuk belajar. Selain itu, isu sering 'terpencil' atau 'dipencilkan' atau 'diasingkan' juga menyumbang pada masalah tersebut, di mana kanak-kanak dengan masalah autistik biasanya mempunyai

kemahiran sosial yang sangat lemah dan tidak mempunyai ramai kawan dengan mudah disebabkan sifat atau tabiat mereka yang sukar difahami menyebabkan mereka sering dibuli dan diasingkan secara terus-menerus. Oleh itu, salah satu dari jalan penyelesaian adalah untuk melatih guru-guru peringkat pendidikan awal (early years' teachers) untuk bekerjasama dengan pelajar autisme dengan latihan dan berkongsi kaedah atau perkhidmatan yang disediakan dalam mengendalikan kanak-kanak autisme yang berbeza, ia bukan sahaja untuk memberi mereka kredibiliti, tetapi juga melindungi kanak-kanak

dari pengasingan lanjut dan pengabaian. Sebaliknya, kepentingan intervensi di peringkat awal dapat menghasilkan manfaat yang besar untuk kanak-kanak autisme melalui Bengkel Latihan untuk Kesedaran Intervensi Peringkat Awal untuk Kanak-kanak Autisme yang akan diadakan pada bulan Februari 2017. Oleh itu, melalui projek Inisiatif Pemimpin Muda Asia Tenggara (Young Southeast Asian Leadership Initiative - YSEALI) dengan rakan kongsi mereka Pusat Ehsan AlAmeerah Al-Hajjah Maryam menganjurkan Fun Day bersama Kanak-kanak Pusat Ehsan dan diselajurkan dengan Pelancaran Projek YOUNIFID - Bengkel Kesedaran Awal untuk Kanak-kanak Autisme dengan temanya 'Light of Hope BN' di bawah ketua projek, Awangku Mohd. Izwan Shafuan Pengiran Mohd. Daud, di sini. Projek tersebut dilancarkan oleh tetamu kehormat, Pegawai Perhubungan Awam, Kedutaan Amerika Syarikat, Ms. Catherine Muller dengan menyerahkan bukubuku aktiviti sumbangan orang ramai dan rakan-rakan kongsi projek kepada pelajar-pelajar Pusat Ehsan. Antara objektif projek tersebut diadakan adalah untuk berkongsi kaedah atau perkhidmatan yang disediakan dalam mengendalikan kanak-kanak autisme yang berbeza; untuk memahami beberapa masalah tingkah laku yang dapat dilihat pada kanak-kanak autisme; untuk berkongsi beberapa pendekatan kerjasama yang baik dengan ibu bapa; untuk berkongsi idea dan laluan dalam meningkatkan

Oleh : Khartini Mohd. Hamir Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali pembangunan profesional; dan untuk berkongsi bagaimana untuk terus memperjuangkan hak dan keperluan kanak-kanak autisme. Program yang dicipta oleh ketuaketua projek dan sukarelawan ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti aktiviti permainan LEGO bagi keperluan kanak-kanak istimewa, aktiviti menulis dan melukis lukisan secara kreatif serta aktiviti Social Story Performance untuk mendidik orang ramai mengenai autisme yang disampaikan oleh salah seorang sukarelawan YSEALI, Ms. Krystal Chiuh dan di sebelah petang pula, kanak-kanak berkenaan akan meneruskan Program Fun Day mereka di Taman Air, Jerudong Park Playground. Awangku Mohd. Izwan Shafuan berkata, antara aktiviti yang dijalankan pada pagi itu adalah aktiviti LEGO kerana ia adalah peringkat permainan yang paling mudah serta kanak-kanak autisme cenderung untuk melibatkan diri mereka dengan permainan berkenaan dan ia sedikit sebanyak dapat membantu kanak-kanak tersebut dalam pertumbuhan mental juga emosi serta kemahiran fizikal mereka, kerana menurut kajian telah menunjukkan bahawa dengan bermain LEGO dengan cara yang betul boleh membawa pada pembangunan kreativiti dan memantapkan pembentukan komunikasi untuk kanak-kanak autistik. Sementara melalui aktiviti melukis lukisan kreatif tambahnya, mempunyai

manfaat praktikal dan membentuk emosi kanak-kanak dengan memantapkan lagi kemahiran 'motor-skills' kanak-kanak berkenaan, selain menggalakkan mereka melukis di kertas atau kain kemungkinan besar dapat meningkatkan kemahiran komunikasi kanak-kanak itu juga secara langsung dapat membantu guru-guru untuk memahami kanakkanak tersebut dengan lebih baik dan akan menjadi manfaat besar bagi para guru untuk mengajar mereka dengan lebih baik serta teratur. Manakala menerusi aktiviti penyampaian cerita secara Social Story adalah untuk mendidik ibu bapa, guru, penjaga dan orang ramai mengenai autisme serta memahami kekurangan mereka menerusi 'teori fikiran', di samping Social Story juga dapat menjelaskan situasi sosial dari segi apa yang orang lain mungkin fikir dan / atau mengapa kanak-kanak tersebut boleh berkelakuan dalam cara tertentu juga sekali gus dapat mengurangkan atau menghapuskan sebarang kekeliruan atau ketidaktentuan pemikiran mengenai autisme. Antara rakan-rakan yang terlibat dalam Projek YOUNIFIED adalah Autism Advocates Brunei; Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam; Brunei-US Alumni Association (BUSA); Early Autism Project, Malaysia; Kedutaan A merika Syarikat di Bandar Seri Begawan dan AC-ACE Creative Tuition School.


18

NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Industri Maritim penting di era globalisasi

MENTERI Perhubungan, Yang Behormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat (kiri) semasa menyampaikan Cenderahati dan sijil kepada pemilik-pemilik Kapal Pendaftaran Negara Brunei Darussalam.

MUARA, Khamis, 1 Disember. Hari Maritim Sedunia merupakan acara tahunan yang diraikan seluruh dunia bertujuan untuk memfokuskan perhatian pada peri mustahaknya keselamatan perkapalan, sekuriti maritim dan persekitaran perairan dengan penekanan pada aspek khusus bidang tugas Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO). Sehubungan itu, Jabatan Laut (JL) dengan kerjasama Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan (JPP), Kementerian Perhubungan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Maritim Sedunia bertempat di Bilik Teater, Ibu Pejabat JPP, Muara, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Perhubungan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat. Terdahulu, majlis dimulakan dengan perasmian bangunan tambahan Ibu Pejabat JPP yang disempurnakan

Perkapalan menyumbang pertumbuhan ekonomi, perdagangan MUARA, Khamis, 1 Disember. Mengikut data yang direkodkan oleh Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), jumlah import dan ekspot Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2015 adalah sebanyak BND13 bilion. Hampir 90 peratus dari barangan ini adalah didatangkan dengan menggunakan kapal laut. Berucap pada Majlis Sambutan Hari Maritim Sedunia bertempat di BiIik Teater, Ibu Pejabat Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan, Muara, Menteri Perhubungan, Yang Behormat Dato Seri Setia Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat seterusnya menjelaskan bahawa begitu juga halnya dengan eksport negara, minyak dan gas yang juga bersandar pada perkapalan laut. Fakta-fakta ini jelas Yang Berhormat, menunjukkan bahawa perkapalan juga merupakan satu faktor penting dalam pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Yang Berhormat, dari segi perdagangan serantau, mengikut United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UN ESCAP), 40 peratus dari eksport dan import global adalah dari rantau Asia Pasifik. Manakala, berdasarkan kepada United Nations Conference on Trade and Developmnet (UNCTAD), 70 peratus dari nilai perdagangan dunia adalah dibawa melalui laut dan seterusnya dikendalikan di merata dunia. Pada awal tahun 2015, ujar Yang Berhormat, jumlah armada kapal-kapal komersial adalah dianggarkan hampir berjumlah 90,000 buah kapal yang mampu membawa kapasiti sehingga 1.75 bilion dead weight tonnage. 'Tema sambutan pada tahun ini, iaitu 'Shipping : Indispensable to the World' atau 'Perkapalan : Keperluan Dunia' cukup relevan dalam mengetengahkan peranan dan sumbangan industri perkapalan pada perdagangan dan pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat global. Tema ini juga dipilih untuk memberi tumpuan pada hubungan rapat di antara perkapalan dan kehidupan harian seseorang di seluruh dunia ini dan untuk meningkatkan kesedaran tentang peranan Pertubuhan

Maritim Antarabangsa (International Maritime Organisation - IMO) sebagai badan pengawalan antarabangsa bagi sistem penghantaran antarabangsa (international shipping). Yang Berhormat seterusnya menambah, melihat kepada senario berkenaan, peranan penting Jabatan Laut dan Jabatan Pelabuhan adalah jelas dalam memberikan perkhidmatan untuk menentukan peraturan-peraturan perkapalan mengikut piawaian IMO, memastikan keselamatan perkapalan laut dan melindungi alam persekitaran maritim. Perkapalan kata Yang Berhormat, adalah industri multi-national, di mana pemilik dan rantaian pengurusan meliputi berbagai negara yang mana ia bukanlah sesuatu yang luar biasa untuk mendapati bahawa pemilik, pengendalian perkapalan, penyewa, syarikat insurans dan Classification Society, malah pegawai dan anak-anak kapal adalah terdiri dari pelbagai bangsa yang tidak semestinya datang dari negara, di mana kapal berkenaan didaftarkan. Dengan yang sedemikian ujar Yang Berhormat, adalah tepat dan logik bagi satu rangka kerja standard antarabangsa untuk mengawal standard perkapalan yang boleh diguna pakai, diterima, dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh semua. Sehubungan dengan itu, terang Yang Berhormat, perlu ada pendekatan yang sama agar negara-negara yang menerima kapal-kapal luar (foreign flagged vessels) boleh menerima kapal-kapal berkenaan dengan yakin dan tidak meletakkan risiko yang tidak munasabah ke atas keselamatan mereka, keamanan dan integriti alam sekitar. ''Negara Brunei Darussalam sebagai negara ahli IMO melaksanakan kewajipannya dengan mensahkan / meratifikasikan instrumen mandatori IMO dan diterjemahkan kepada peruntukan perundangan negara sebagaimana yang giat diungkayahkan oleh Kementerian Perhubungan seperti penubuhan Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam (AMPBD). Pelaksanaan ini dihasratkan untuk meningkatkan keupayaan negara dalam mematuhi piawaian IMO dan pertumbuhan industri perkapalan dan logistik di

negara ini terutama melalui perancangan-perancangan jangka panjang. Sementara bagi menuju ke arah visi jangka panjang pula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah menitahkan agar pembangunan sumber tenaga manusia dalam kalangan anak tempatan haruslah diberi perhatian dan mempunyai perancangan sewajarnya setara dengan perkembangan industri perkapalan,'' kata Yang Berhormat. Dalam pada itu, Yang Berhormat seterusnya menyarankan agar Jabatan Laut untuk meneliti sistem keselamatan sungai dan perairan dalam negara yang mana aspek keselamatan navigasi dan perlindungan alam sekitar bagi sungai dan perairan dalam negara juga perlu diberi perhatian dengan segera bagi menangani sebarang ancaman pada alam sekitar dan kesan kepada pembangunan di tebing-tebing sungai. Usaha dan sokongan berterusan mereka tambah Yang Berhormat, bagi memastikan sektor perkapalan di negara ini terus aktif yang akan mengetengahkan kepentingan sektor perkapalan dalam perkembangan sosial dan ekonomi negara.

PEMANGKU Timbalan Pengarah Jabatan Laut, Dayang Salmaya Rahayu binti Salleh.

Oleh : Aimi Sani Foto : Mohammad Sahrizal Haji Said oleh Yang Berhormat Menteri Perhubungan. Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Imam Masjid Kampung Setia Ali Muara, Imam Pengiran Haji Rusman bin Pengiran Haji Shahbudin. Di majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Perhubungan turut berkesudian memberikan ucapan diikuti dengan penyampaian cenderahati penghargaan dan sijil kepada pemilik-pemilik kapal Negara Brunei Darussalam atas perkhidmatan yang selaras dengan kehendak-kehendak Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organisation - IMO) serta tayangan video klip Sambutan Hari Maritim Sedunia 2016. Yang Berhormat Menteri Perhubungan kemudiannya menaiki kapal bagi menyusuri Sungai Brunei yang berakhir di Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan bagi memperlihatkan lagi dengan lebih dekat mengenai perkembangan dan projek-projek yang berkait rapat dengan Industri Maritim

Negara Brunei Darussalam. Tema pada tahun ini, 'Shipping : Indispenable to the World' atau 'Perkapalan: Keperluan Dunia' lebih menumpukan pada peranan perkapalan sebagai penghubung melalui pengangkutan antarabangsa selain menyampaikan mesej bahawa masyarakat global bergantung pada perkapalan sebagai penghubung, justeru memainkan peranan yang begitu penting dalam pembangunan di era globalisasi. Sejak 50 tahun yang lalu, IMO telah menghasilkan dan mengguna pakai rangka kerja yang komprehensif merangkumi peraturan-peraturan antarabangsa mengenai keselamatan maritim, perlindungan alam sekitar maritime, perundangan dan kesejahteraan anak-anak kapal. Dengan adanya peraturan-peraturan antarabangsa ini, perkapalan dan pengangkutan laut menjadi semakin selamat, lebih cekap dan lebih mesra alam selain dikawal oleh piawaian yang serata dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Pemeliharaan persekitaran maritim dipertingkatkan MUARA, Khamis, 1 Disember. - Hari Maritim Sedunia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pada kepentingan keselamatan maritim, keselamatan perkapalan dan persekitaran maritim yang sihat, seperti yang dinyatakan oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa (International Maritime Organisation - IMO). Dalam temu bual bersama Pelita Brunei, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Laut, Dayang Salmaya Rahayu binti Salleh berkata, salah satu misi Jabatan Laut (JL) adalah untuk mempertingkatkan pemeliharaan persekitaran maritim atau laut. Di dalam konteks Jabatan Laut, ini berkaitan dengan pemeliharaan persekitaran maritim atau laut dari tumpahan minyak (hazardous noxious substances HNS), pembuangan sampah dan pelepasan kumbahan (sewage) berpunca dari kapal-kapal. Menurut beliau, sebagai pengerusi Komiti NOSCoP (National Oil Spill Contingency Plan Committee), JL juga berperanan sebagai focal point dan lead agency di dalam National Response Team (NRT) sekiranya terjadi bencana tumpahan minyak dari kapal-kapal di perairan Negara Brunei Darussalam. JL ujarnya, akan sentiasa mengikuti perkembangan dan perbincangan yang dibentangkan di IMO mengenai pemeliharaan persekitaran maritim atau laut dan akan meningkatkan lagi usaha-usaha Jabatan ke arah pemeliharaan persekitaran maritim dari pencemaran berpunca dari tumpahan minyak, pembuangan sampah dan pelepasan kumbahan dari kapal-kapal ke perairan Negara Brunei Darussalam selaras dengan perkembangan-perkembangan yang dibincangkan di IMO tersebut. Menyentuh mengenai perlindungan seafarers atau pelaut, beliau seterusnya menjelaskan bahawa memang pada masa ini, perundangan atau peraturan mengenai seafarers atau pelaut-pelaut dikawal di bawah Merchant Shipping Order, 2002 dan Merchant Shipping (Standards, Training, Certification and Watchkeeping) 2002 yang selaras dengan Konvensyen IMO. Peralihan JL kepadaAutoriti Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam tidak akan menjejaskan perundangan atau peraturan berkenaan malah akan sentiasa dipertingkatkan lagi. ''JL berhasrat untuk mencadangkan agar Negara Brunei Darussalam mensahkan (ratify) Maritime Labour Convention, 2006, iaitu salah satu Konvensyen di bawah kawal selia Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) Konvensyen, yang dikenali sebagai 'MLC, 2006' berkuat kuasa pada 20 Ogos 2013 - menggariskan perkara-perkara berkenaan dengan kesejahteraan dan keselamatan pelaut-pelaut di kapal-kapal. Setelah selesai penggubalan peraturan mengenainya nanti, InsyaaAllah, JL akan mencadangkan agar Negara Brunei Darussalam untuk mensahkan (ratify) Konvensyen tersebut,'' terang beliau. Peralihan JL kepada Autoriti Maritim dan Pelabuhan Brunei Darussalam itu tambahnya, nanti tidak akan menjejaskan komitmen negara terhadap Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) bahkan akan dipertingkatkan lagi mengikut relevan pada keadaan di Negara Brunei Darussalam.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

19

Persembahan Kesultanan Oman ceriakan penonton

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat pada Pameran Tolerence, Understanding, Coexistence : Oman's Message of Islam di Negara Brunei Darussalam.

Oleh : Khartini Hamir Foto : Hernie Suliana Haji Othman JERUDONG, Rabu, 30 November. Pameran Tolerence, Understanding, Coexistence : Oman's Message of Islam di Negara Brunei Darussalam diteruskan lagi dengan mengetengahkan dua Persembahan Kebudayaan yang berlangsung di Auditorium Pusat Seni (Art Centre) Sekolah Antarabangsa Jerudong, di sini. Hadir menyaksikan persembahan kebudayaan tersebut, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof selaku tetamu kehormat majlis. Hadir sama ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil bin Rashid Al-Maskari; Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof dan

Dr. Abdulla Said Khalfan Al Mamari selaku wakil kepada Penasihat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman. Menerusi Pameran Tolerence, Understanding, Coexistence : Oman's Message of Islam itu, diadakan dua persembahan kebudayaan yang telah dipertunjukkan oleh Karyawan Seniwati Oman, Shayma Ahmed Mohammed Al Mugahiry dengan hasil Karya Seni Pasir dan Persembahan Nasyid dari Vokalis Oman, Anwar Salim Hamod Al Asmi Anwar Al Asmi. Karyawan Seniwati Oman (Sand Art), Shayma Ahmed Mohammed Al Mugahiry mula minat melukis dengan menggunakan pasir sejak berusia 12 tahun dan menjadi terkenal selepas terpilih menjadi salah seorang dari 12 finalis di musim pertama rancangan Arab Got Talent. Beliau mengambil bahagian dalam banyak acara jemputan atau majlis yang dilaksanakan di dalam negara

di teluk Arab berkenaan juga di rantau antarabangsa termasuk beberapa kali membuat persembahan di Denmark dan Switzerland. Pencapaian terbaik beliau ialah dipilih untuk muncul dalam Iklan TV 1 mengenai seni pasir; menyertai Video Muzik buat pertama kalinya dengan menggunakan seni pasir bagi kumpulan band danish yang terkenal sebagai 'Outlandish';

menyertai siri Theme Song Video melalui hasil karya seni pasirnya yang bertajuk 'Ma'a Sabk Al Israr' dan mula ditayangkan pada Ramadan 2013; muncul di Rancangan TV Kanak-kanak Al-Jazeera dengan menceritakan kisah-kisah mengenai kanak-kanak dengan menggunakan seni pasir bagi 30 episod pada Ramadan 2013 serta muncul di Rancangan Tv Kids Puzzle dengan mempamerkan karya hasil seni pasirnya juga selama 30 episod dan telah ditayangkan semasa Ramadan 2013. Selain itu, beliau juga pernah dipilih sebagai duta di salah satu dari syarikat-syarikat jam tangan terbesar di dunia (GC) sebanyak empat kali berturut-turut, di samping turut menerima beberapa anugerah lain seperti Anugerah Hamdan bin Rashid Al Maktoum bagi Prestasi Akademik Cemerlang bagi Kategori Pelajar Cemerlang dan Anugerah Sharjah Kecemerlangan dalam Pendidikan bagi Kategori Pelajar Cemerlang. Sementara itu, seorang lagi artis seni Kesultanan Oman yang turut membuat persembahan di Persembahan Kebudayaan tersebut ialah Penyanyi Nasyid dari Vokalis Oman, Anwar Salim Hamod Al Asmi Anwar Al Asmi.

Beliau dilahirkan pada tahun 1978 di Muscat dan bermula sebagai seorang penyanyi sejak awal zaman kanak-kanak, namun beliau mula bergiat aktif secara profesional pada tahun 2000 juga turut dijemput untuk mengadakan pelbagai persembahan bagi acaraacara jemputan di Oman, Eropah dan Amerika Syarikat. Juga turut menyerikan acara, Persembahan Dikir Syarafil Anam yang dibawakan oleh belia-belia Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong Negara Brunei Darussalam. Pameran Tolerence, Understanding, Coexistence : Oman's Message of Islam di Negara Brunei Darussalam telah dibuka rasmi kelmarin bagi kunjungan orang ramai sehingga Khamis, 1 Disember 2016. Pameran tersebut bertujuan untuk mempamerkan toleransi agama, pemahaman di antara budaya dan dialog di antara agama serta menggambarkan bagaimana Islam diamalkan dalam kehidupan seharian bagi masyarakat Arab moden Oman, di samping turut mengongsikan pelbagai persamaan dari kedua buah negara selain berpeluang untuk menyerlahkan budaya Oman di Negara Brunei Darussalam.

PERSEMBAHAN Dikir Syarafil Anam yang dibawakan oleh belia-belia Masjid Sultan Sharif Ali, Sengkurong, Negara Brunei Darussalam.

Pameran Oman satukan Brunei - Oman

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Daud (dua dari kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Pameran Tolerance, Understanding, Coexistence : Oman's Message of lslam di Negara Brunei Darussalam yang diteruskan dengan ceramah bertempat di Auditorium, Art Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS).

Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Mohamad Azmi Awang Damit JERUDONG, Rabu, 30 November. Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Harun bin Haji Junid juga selaku Timbalan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Kerja Pameran Tolerance, Coexistence : Oman's Message di Negara Brunei Darussalam dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata, pameran seumpama itu mampu menyatukan kedua buah negara, iaitu Brunei dan Oman walaupun berlainan bahasa serta budaya, tetapi menghargai akan nilai-nilai Islam atau 'Ad-Diin'

telah membawa persamaan di antara kedua buah negara. Beliau berucap demikian pada Pameran Tolerance, Understanding, Coexistence : Oman's Message of lslam di Negara Brunei Darussalam yang diteruskan dengan ceramah bertempat di Auditorium, Art Centre, Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS), di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Mohd. Haji Daud.

Terlebih dahulu majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Ilmami bin Haji Othman. Ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Abdulla Said Khalfan Al Mamari, iaitu wakil kepada Penasihat Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman. Para tetamu dan pengunjung yang hadir juga berpeluang untuk mengemukakan soalan pada sesi soal jawab selepas ceramah berakhir. Pameran merupakan sebuah program yang telah dipersembahkan di hampir lebih dari 70 buah bandar dan 26 negara seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Sepanyol, Perancis, Belanda, Austria, Estonia, Lithuania, Brazil, Jepun, Kanada, Afrika Selatan, Slovenia, Kuwait dan baru-baru ini ialah di Republik Singapura. Ia antara lain memberi gambaran tentang amalan agama Islam dalam kehidupan seharian dengan penelitian kepada masyarakat, di samping menonjolkan mesej yang dibawa oleh Kesultanan Oman kepada masyarakat dunia, iaitu Toleransi, Kesefahaman dan Kehidupan Bersama. Pelita Brunei telah menemui salah seorang peserta pameran, iaitu Saleh Al Shukairi, 39, merupakan Artis dan Penulis Kaligrafi yang didatangkan khas dari Oman untuk sama-sama mempamerkan bakat beliau dalam seni penulisan khat Islam.

Beliau sudah menceburi bidang tersebut selama 29 tahun, yang mana beliau telah mula menulis sejak kecil lagi dan rajin mempraktikkannya sehingga beliau menjadi salah seorang penulis kaligrafi yang berjaya di Oman. "Seni penulisan khat merupakan bakat besar saya yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala kerana saya tidak pernah mempelajarinya. Saya mulai mengasah bakat yang saya ada pada tahun 1993 dan pada tahun 1997, saya telah berjaya mengadakan pameran kepada dunia akan karya saya dalam seni penulisan khat," jelasnya. Menurutnya, beliau ingin menunjukkan betapa uniknya seni khat itu sehingga boleh mengelirukan

mereka yang menatapnya buat kali pertama, tetapi kemudian dapat memahaminya apabila tumpuan keharmonian visual huruf diberikan sepenuhnya. "Saya suka pelbagai gaya kaligrafi Arab, tetapi yang selalu menjadi pilihan saya ialah gaya 'Thuluth' dan 'Farsi'. Saya juga sering dijemput untuk menjadi fasilitator bengkel seni penulisan khat di merata tempat di dunia seperti Dubai dan Korea untuk sama-sama berkongsi bakat yang saya ada," tambahnya. Pameran yang dianjurkan oleh Kementerian Awqaf dan Hal Ehwal Ugama, Kesultanan Oman dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama akan berakhir pada 1 Disember ini.

ANTARA yang hadir mendengarkan sesi ceramah.


20

NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

PIBB perkasa belia berdikari Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Muhammad Azmi Awang Damit

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (dua, kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Pelancaran Program Inovasi Belia Berwawasan (PIBB). SESI penandatanganan plak antara Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir (kanan) dan Pengarah Politeknik Brunei, Awang Denis Ho Mun Tai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Belia merupakan aset negara terpenting yang berperanan sebagai tunggak kekuatan negara selaku pewaris kepimpinan di masa akan datang. Bagi mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035, iaitu Kehidupan Rakyat Yang Berkualiti Tinggi, sebuah program membangun minda dan kemahiran belia-belia, iaitu Program lnovasi Belia Berwawasan (PIBB) dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof yang berlangsung di Dewan

Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), di sini. Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), KKBS, Dayang Rostinah Binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd. Tahir dalam ucapannya menjelaskan, PIBB merupakan sebuah projek perintis yang diungkayahkan dengan kerjasama di antara JAPEM, KKBS dan pihak Politeknik Brunei, Kementerian Pendidikan sebagai salah satu usaha untuk membantu anak-anak para penerima bantuan untuk memperoleh pendapatan yang lebih dengan memberikan latihan dan

kemahiran yang bersesuaian agar mereka mendapat peluang pekerjaan. Bagi peringkat awal program ini tambahnya, seramai 14 orang peserta belia yang dipilih untuk menyertai program, yang mana 10 orang peserta terdiri daripada peserta lelaki dan empat orang peserta perempuan yang belum berumahtangga dan yang belum mempunyai sebarang pekerjaan. ''PIBB merupakan kesinambungan pada projek BKB 100, iaitu sebuah projek perintis yang dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan Isu Sosial (MKIS) untuk dilaksanakan dengan memilih 100 orang ketua keluarga penerima Bantuan Kebajikan Bulanan yang tidak mempunyai pekerjaan untuk dicarikan pekerjaan yang membolehkan mereka keluar

Pelajar Pusat Ehsan kunjungi Taman Permainan Jerudong

ROMBONGAN dari Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam bergambar ramai sebelum memulakan aktiviti Hari Keluarga di Taman Permainan, Jerudong Park.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hernie Suliana Haji Othman JERUDONG, Jumaat, 2 Disember. Pelajar-pelajar khas Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam terus didedahkan dengan pelbagai pengalaman pembelajaran yang berbeza-beza di luar pusat berkenan dalam usaha membantu mereka memahami dunia di sekelilingnya. Sehubungan itu, lebih 500 pelajar bersama kakitangan Pusat Ehsan dan ibu bapa serta penjaga masing-masing dibawa berkunjung ke Taman Permainan Jerudong (Jerudong Park Playground), di sini. Lawatan itu membolehkan golongan

muda dan kanak-kanak berkeperluan khas ini memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan mereka dalam meningkatkan interaksi sosial dan kemahiran serta berkomunikasi dan berinteraksi bersama rakan-rakan mereka, selain bermain bersama kanak-kanak yang lain. Rombongan diketuai oleh salah seorang pegawai Pusat Ehsan, Dayang Ruby Susanti binti Haji Jahli. Pusat Ehsan mengadakan lawatan ke Taman Permainan Jerudong bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari

Keluarga selain untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga sekolah dan keluarga pelajar. Ia juga bagi mengisi aktiviti mereka di hujung tahun yang tidak hanya tertumpu kepada warga sekolah malahan juga melibatkan ibu bapa dan keluarga pelajar. Dengan adanya lawatan tersebut, para pelajar diharap dapat belajar serta menyesuaikan diri dengan pengalaman pembelajaran yang baharu, yang dapat membantu mereka meneroka dan bertindak balas terhadap masyarakat. Taman Permainan Jerudong telah kembali beroperasi dan berpotensi bagi kunjungan orang ramai serta mampu menjadi salah satu destinasi pelancongan di negara ini.

dari kebergantungan pada bantuan sahaja,'' ujarnya. Beliau menambah, pemilihan peserta PIBB adalah daripada anak-anak peserta projek BKB 100 yang berumur di antara 18 hingga 21 tahun. Jelasnya lagi, PIBB pada keseluruhannya akan mengambil masa selama sembilan bulan yang terbahagi pada tiga fasa, iaitu di bawah Fasa Pertama, Penghijrahan Diri dan Minda, yang mana para peserta akan diaturkan untuk mengikuti Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) selama tiga bulan yang akan bermula pada 4 Disember ini. Manakala sejurus selesai mengikuti latihan PKBN katanya, para peserta di Fasa Kedua akan dihantar untuk mengikuti Latihan Kemahiran Asas Abad Ke-21, iaitu mengikuti program kemahiran asas di Politeknik Brunei selama tiga bulan dengan diberikan kursus pendek seperti kursus penggunaan komputer, kursus asas keusahawanan seperti belajar membuat buku kunci kira-kira dan mengikuti kursus komunikasi dalam bahasa Inggeris. Beliau seterusnya berkata, bagi fasa terakhir pula, iaitu di bawah Program Penempatan Pekerjaan, para peserta akan diaturkan untuk mengikuti latihan industri selama tiga bulan di beberapa buah syarikat swasta bagi mendedahkan mereka pada suasana pekerjaan. Tambahnya, adalah diharapkan selepas mereka mengikuti program PIBB ini para peserta akan berjaya untuk mendapat pekerjaan. Majlis diisikan dengan pelancaran tayangan video klip PIBB diikuti dengan menandatangani plak kerjasama di antara Pemangku Pengarah JAPEM, KKBS dan Pengarah Politeknik Brunei (PB), Kementerian Pendidikan, Awang Denis Ho Mun Tai. Objektif program ialah membantu memperkasa belia melalui penghijrahan minda dan peningkatan kepercayaan diri; memberikan latihan kemahiran asas pekerjaan kepada belia dan mengurangkan jumlah penerima bantuan kerajaan khususnya golongan belia. Program ini turut sama mendapat sokongan dan gandingan bahu dari sektor kerajaan dan bukan kerajaan dalam sama-sama merealisasikan belia yang bermotivasi tinggi serta berdisiplin. Turut hadir pada majlis pelancaran ini, Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) Kementerian Pendidikan, Dr. Haji Junaidi bin Haji Abdul Rahman; Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dato Paduka Dr.

Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Awang Haji Abidin; Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil; Ketua-Ketua Jabatan dan Pengarah-Pengarah di Kementerian Pendidikan dan KKBS. Sementara itu, Penolong Pengarah JAPEM, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md. Daud ketika ditemu bual menjelaskan, peserta-peserta yang dipilih adalah belia-belia yang berusia 18 hingga 21 tahun terdiri daripada anak-anak penerima Bantuan Kebajikan Bulanan, JAPEM yang akan menjalani program selama sembilan bulan. Jelasnya, program ini dibahagikan pada tiga fasa, iaitu fasa pertama, semua peserta akan mengikuti latihan di PKBN dengan tujuan untuk meningkatkan jati diri dan disiplin mereka kemudian mereka akan mengikuti latihan kemahiran di PB, yang mana mereka akan diberikan latihan dan kemahiran seperti basic accounting, basic communication untuk meningkatkan kemahiran mereka pada pekerjaan. Selepas mereka tamat tiga bulan di PB katanya, para peserta akan mengikuti penempatan pekerjaan di syarikat-syarikat swasta yang terpilih bagi memberi mereka pengalaman suasana bekerja. Di akhir temu bual, beliau berkata, JAPEM berharap agar belia-belia ini akan dapat menggunakan kemahiran-kemahiran yang diberikan supaya mereka nanti akan dapat menjadi generasi belia berwawasan dan juga dapat membantu kedua ibu bapa mereka.

PENOLONG Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Md. Daud.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

21

Monumen bersejarah India kini dipamerkan di Muzium Teknologi Melayu Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Mohidin

DUTA Besar Istimewa dan Mutlak India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma M. Mallick menerangkan mengenai Pameran Monumen Bersejarah India kepada Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - India penuh dengan monumen-monumen indah yang bertarikh dari abad yang berbeza dan kadang-kadang ditemui dari sekitar 500 tahun, dan monumen- monumen ini tersebar di seluruh negara, seperti sesetengah masjid bersejarah dan kuil-kuil masih digunakan, manakala yang lain telah musnah dan ini memperlihatkan betapa India adalah umpama taman arkeologi yang luas. Duta Besar Istimewa dan Mutlak India ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Nagma M. Mallick dalam ucapan alu-aluannya di Perasmian Pameran Monumen Bersejarah India yang diadakan di Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu, menjelaskan, monumen yang digambarkan pada di dinding-dinding pameran tersebut antara lain

menceritakan kisah-kisah bersejarah yang mantap, seperti gaya seni binanya yang berubah-ubah membuktikan perubahan dalam dinasti dan kemasukan idea-idea baru dari dunia luar biasa. Namun fokus di sini tambahnya, adalah pada tugu-tugu yang tidak banyak bertarikh dari tempoh sejarah yang lama, yang mana pameran tersebut bermula dari ukiran Buddha Ellora di Barat India yang dibina antara abad ke-6 dan 10; reka bentuk kuil-kuil yang menakjubkan seperti Konark di Timur India, Khajuraho di Tengah India, dan Brihadeeswara di Selatan India yang masih merupakan pusatpusat penting dalam peribadatan. Sementara fokus utama pameran fotografi jelas Puan Yang Terutama lagi, adalah pada gaya seni bina Indo-Islam yang mula membangun sejak kedatangan Sultan Islam di Delhi

pada abad ke-12. Gaya seni bina ini ujarnya, adalah gaya yang dicampur yang indah bersama-sama dengan unsur seni bina tradisional India seperti ukiran batu, motif teratai, chattris atau kiosk dan Asia Tengah baru, dengan menggunakan unsur-unsur seni bina Parsi atau Islam seperti kubah yang melambung tinggi, mihrab atau gerbang yang digayakan, batu berharga yang tatah dalam teknik pietra dura, bentuk geomatric bangunan dan taman-taman. ''Pelbagai bentuk kubu besar, masjid, makam, tempat dan kota negara yang dibina dalam gaya ini, dan titik tertinggi kecanggihan dan evolusi gaya ini sudah pasti di bawah Mughal pada abad ke-17, yang mana foto telah merakam banyak bangunan-bangunan penting dalam tempoh ini termasuk Taj Mahal,'' jelas PYT Nagma M. Mallick. Manakala, menerusi pameran cat air (watercolours) terangnya merupakan satu lagi aspek gaya sinkretik seperti kubu-kubu besar dan istana-istana Raja Hindu Rajput di Rajasthan di Barat India adalah salah satu lelaran tersebut, dengan itu secara besarbesaran Kubu Mehrangarh di Jodhpur, Kubu Amber di Jaipur dan Istana Bandar di Udaipur semua dihasilkan dengan menggunakan seni cat air yang halus. Kedua-dua koleksi bersama ini - cat air hasil Kashinath Das, seorang pelukis muda yang berpotensi di India, dan gambar-gambar foto oleh Benoy Behl - menunjukkan hanya sampel kecil monumen India dan pemilihan adalah amat dipengaruhi oleh kedua-dua artis berkenaan melalui apa yang mereka rasakan seperti yang hendak digambarkan, kerana mereka ini juga turut mewakili beberapa gaya seni bina penting di India.

PYT juga berharap, melalui pameran bersejarah ini akan dapat menarik perhatian ramai untuk mengunjungi dan menyaksikan pameran ini dan mengetahui sedikit sebanyak monumen-monumen bersejarah di India. Hadir di majlis tersebut merasmikan pameran berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku tetamu kehormat majlis. Juga hadir sama SetiausahaSetiausaha Tetap KKBS, Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato

Paduka Haji Abdul Jalil dan Pemangku Pengarah Muzium, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Aji serta pegawai-pegawai kanan dari pihak Kedutaan India dan KKBS. Orang ramai yang ingin menyaksikan Pameran Monumen Bersejarah India ini, bolehlah datang berkunjung ke Muzium Teknologi Melayu di alamat Simpang 482, Jalan Muzium Teknologi Melayu, Kota Batu, yang mana pameran akan dibukakan selama dua minggu, bermula hari ini sehingga 14 Disember nanti, dari Sabtu hingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang, kecuali Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 5.00 petang.

Majlis Khatam Al-Quran PTEM Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Tingkatan Enam Meragang SERUSOP, Khamis, 1 Disember. Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop. Hadir selaku tetamu kehormat Dayang Hajah Suriani binti Haji Noor Hashim. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan surah-surah Al-Quran yang lain daripada penuntutpenuntut Pusat Tingkatan Enam Meragang yang diketuai oleh Awang Muhammad Iqbal Waluddin bin Minen, A16. Seterusnya acara disambut dengan

bacaan Takhtim daripada penuntut perempuan Tingkatan Enam Bawah PTEM dan Doa Khatam Al-Quran yang diketuai juga oleh Awang Muhammad Iqbal Waliuddin bin Minen, A16. Acara dimeriahkan lagi dengan persembahan Dikir Marhaban yang terdiri daripada penuntut lelaki Enam Bawah PTEM sementara tetamu kehormat menghulurkan sijil kepada peserta-peserta Khatam Al-Quran. Di samping itu, para ibu bapa dan penjaga turut serta menyapu minyak wangi kepada peserta-peserta. Acara diakhiri dengan sesi bergambar ramai peserta-peserta Khatam bersama pengetua sekolah PTEM dan tetamu kehormat.

PTEM adakan Majlis Penutup CCA 2016 Siaran Akhbar dan Foto : Pusat Tingkatan Enam Meragang MUARA, Khamis, 1 Disember.- Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) telah mengadakan Majlis Penghargaan Ko-Kurrikulum 2016. Bagi memberkati lagi acara, bacaan Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Ketua Bahagian Keugamaan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2016 / 2017, Awangku Ahmad Waa’iz bin Pengiran Haji Samsudin. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengetua sekolah berkenaan, Pengiran Hajah Maimunah binti Pengiran Haji Osman. Acara diserikan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan', lagu sekolah berkenaan

dan tayangan video. Penyampaian sijil kepada kelabkelab CCA di bawah Sukan dan Permainan disempurnakan oleh Timbalan Pengetua Akademik, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad. Kumpulan Tausyeh juga turut memeriahkan majlis yang dipersembahkan oleh penuntutpenuntut perempuan Tingkatan Enam Bawah dan Atas. Acara kemudiannya diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kelab-kelab kesenian dan kebudayaan serta pasukan beruniform dan kebajikan sosial oleh Timbalan Pengetua

ANTARA persembahan yang menyerikan Majlis Penghargaan Ko-Kurikulum 2016 yang diadakan di Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM).

Pentadbiran, Dayang Hajah Tiamah binti Haji Dollah. Kelab Aku Anak Brunei turut memeriahkan majlis dengan berkongsi sama adat-adat perkahwinan orang Brunei dengan empat persembahan yang terdiri dari adat berjarum-jarum dan majlis besuruh, majlis berbedak mandi, menghantar berian dan akad nikah, majlis berbedak dan berpacar serta bersanding. Kesemua penuntut yang terlibat kelihatan bersungguh-sungguh demi menjayakan persembahan tersebut dengan memakai pakaian tradisional. Seterusnya turut menjemput Guru Kanan CCA, Awang Azahar bin Haji Abdul Latib untuk menyampaikan sijil kepada kelab-kelab CCA di bawah kelab atau badan dan keagamaan. Sketsa pendek dari Kelab Kendo juga turut sama memeriahkan majlis sebelum penyampaian sijil dan trofi penghargaan kepada dua orang penuntut yang telah banyak menyumbang dalam mengharumkan nama sekolah, iaitu Dayang Niqmatul Hidayah @ Hana Napsiah Eayah binti DP Haji Erywan dan Dayang Alimah Najibah binti Azman. Penghargaan yang sama juga diberi pada dua kelab paling aktif pada tahun 2016, iaitu Badminton dan Media Sosial. Selain itu, penuntut-penuntut dan guru yang telah mengikuti Pertandingan Dikir Daibai'ie juga turut diberi penghargaan bagi penyertaan tersebut. Kesemua peghargaan tersebut telah disampaikan oleh Pengetua, Pengiran Hajah Maimunah binti Pengiran Haji Osman. Kelab persembahan seni dan tarian tradisional seterusnya dipersembahkan bagi mengakhiri majlis.

MAJLIS Khatam Al-Quran Pusat Tingkatan Enam Meragang (PTEM) bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Mutawakillah Hayatul Bolkiah, Serusop.

Pesakit kanak-kanak kurang berkemampuan terima sumbangan derma PSW Siaran Akhbar : Persatuan Siswazah Wanita BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Persatuan Siswazah Wanita (PSW) Negara Brunei Darussalam menghulurkan sumbangan derma kepada pesakit kanak-kanak yang tersenarai di dalam pengurusan perkhidmatan kebajikan perubatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha bertempat di Resource Room, Tingkat 4, Pusat Perempuan dan Kanak-Kanak hospital berkenaan. Sumbangan tersebut adalah sejajar dengan objektif PSW untuk membantu kanak-kanak dari golongan yang kurang berkemampuan agar dengan adanya sumbangan ini serba sedikit dapat membantu kanak-kanak tersebut dari segi kesejahteraan mereka. Sumbangan derma wang tunai ini telah diserahkan oleh Yang Dipertua PSW, Pengiran Hajah Zabaidah binti Pengiran Haji Kamaludin menyerahkan sumbangan derma berupa wang tunai kepada Ketua Perkhidmatan Kebajikan Perubatan, Dayang Nurul Jannah binti Awang Jumat.


22

NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Latihan simulasi ARDEX uji mekanisme ASEAN tangani bencana Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

TIMBALAN Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta Latihan Simulasi Respond Bencana Serantau ASEAN 2016 pada upacara penutupan rasmi latihan tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Latihan Simulasi Respond Bencana Serantau ASEAN (ASEAN Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2016 (ARDEX-16)) bertujuan untuk menguji mekanisme dan tindakan bersepadu ASEAN dalam menangani bencana selaras dengan ASEAN Standby Arrangements and Standard Operating Procedures (ASEAN SASOP). Latihan yang diadakan selama tiga hari bermula 29 November 2016 berakhir hari ini dengan Upacara Penutupan Rasmi di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Idris bin Haji Mohd. Ali.

Dalam ucapannya, Timbalan Setiausaha Tetap KHEDN menegaskan, hasil dari operasi di antara Pasukan ASEAN-ERAT dan UNDAC dalam operasi bersama Pusat Penyelarasan ASEAN dan UN's Onsite Operation and Coordination serta Pusat Penyelarasan (OSOCC) adalah sangat membanggakan. Justeru itu, menurutnya adalah baik untuk mempelajari bahawa daya operasi di antara tempatan dan antarabangsa di mana mereka bekerja bersama-sama menggunakan struktur arahan yang sama. Hal tersebut jelasnya, terbukti bagaimana mereka beroperasi bersama-sama, dalam memberi sokongan kepada pihak berkuasa yang terlibat dengan lancar. Seterusnya, National Standard

Operating Procedure (NASOP) juga menguji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan DEOC katanya, memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana di daerah masing-masing semasa latihan penyelarasan. Beliau menyatakan, ia adalah yang pertama bagi banyak pihak berkepentingan tempatan untuk mempunyai kerjasama rapat dengan penggerak serantau dan antarabangsa. Latihan itu ujarnya, adalah satu peluang yang baik untuk para penggerak kecemasan negara untuk bekerja rapat dan sokongan yang diterima daripada negara anggota ASEAN. Melalui latihan penyelarasan itu kita menyaksikan penyelarasan di antara Pusat AHA dan UNOCHA serta menggerakkan aset ketenteraan asing melalui Pusat Penyelarasan Multi-National, Kementerian Pertahanan. ARDEX-16 yang dianjurkan bersama oleh Negara Brunei Darussalam melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) dan ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) juga telah menguji keupayaan dan kapasiti agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dalam menangani bencana. Ia juga telah menguji cuba buat pertama kalinya strategi One ASEAN One Response; ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP); Chapter 6 bagi ASEAN SASOP mengenai Facilitation and Utilisation of Military Assets and Capacities, di samping peranan Setiausaha Agung ASEAN sebagai ASEAN Humanitarian Assistance Coordinator. Lebih 150 peserta dari dalam dan luar negara terdiri dari negara

Wakili negara ke Festival Wayang ASEAN dan Mesyuarat APA Ke-7

WAKIL negara yang akan menghadiri Festival Wayang ASEAN dan Mesyuarat Ke-7 APA, di Mojokerto Surabaya, Republik Indonesia ialah Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd. Yassin (kanan) selaku ketua rombongan dan Ahli Mesyuarat APA Brunei dan Pengiran Kamarudin bin Pengiran Haji Othman, Pemain papet dari Kumpulan Putra Seni tanah air.

Oleh : Dk .Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Pertubuhan Wayang ASEAN (AWA) atau (ASEAN Puppetry Association - APA) akan

menyelenggarakan Festival Wayang ASEAN dan Mesyuarat Ke-7 APA, di Mojokerto Surabaya, Republik Indonesia dari 30 November hingga

6 Disember 2016. Mesyuarat berkenaan adalah bagi memperingati Hari Ulang Tahun Ke-10, APA yang ditubuhkan pada 1 Disember 2006. Sehubungan itu, dua orang wakil dari Negara Brunei berlepas meninggalkan negara bagi menghadiri mesyuarat berkenaan di Surabaya. Wakil-wakil tersebut terdiri dari Awang Haji Abdul Hakim bin Haji Mohd Yassin, selaku ketua rombongan dan Ahli Mesyuarat APA Brunei dan Pengiran Kamarudin bin Pengiran Haji Othman, pemain papet dari Kumpulan Putra Seni tanah air. Sebelum berlepas ke Surabaya, Republik Indonesia, Pelita Brunei berkesempatan menemubual Awang Haji Abdul Hakim, di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Beliau menjelaskan tujuan mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan kegiatan APA yang telah dan akan dilaksanakan. Di samping itu katanya, ia juga bagi membincangkan afiliasi dengan ASEAN dan mengeratkan hubungan dengan persatuan papet antarabangsa seperti UNIMA. Selain itu jelasnya, hal-hal lain yang akan dibincangkan ialah kedudukan kewangan dan website APA.

ahli ASEAN; badan-badan serantau dan antarabangsa serta agensiagensi kerajaan yang berkaitan menyertai ARDEX-16 selama tiga hari tersebut.

Turut hadir ialah ialah Pengarah Eksekutif AHA Centre, Awang Said Faisal, ketua-ketua jabatan di bawah KHEDN serta pegawaipegawai kanan kerajaan.

JIPK tambah perkhidmatan sempena cuti sekolah Siaran Akhbar : Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) memaklumkan bahawa Bahagian Dokumen Perjalanan atau Bahagian Pasport di ibu pejabatnya dan pejabat cawangan di Daerah Belait akan menambah waktu perkhidmatan mereka kepada orang ramai. Menurut Siaran Akhbar JIPK, tambahan perkhidmatan ialah pada setiap Jumaat, mulai 2 hingga 30 Disember 2016 dari jam 8.15 pagi hingga 11.00 pagi. Dalam kesempatan ini, JIPK memaklumkan bahawa setiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan terutamanya pada penghujung tahun, permohonan orang ramai untuk mendapatkan pasport turut meningkat daripada hari-hari biasa. Dalam hubungan itu, JIPK

menasihatkan kepada orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat merancang dengan bijak dan lebih awal dalam membaharui dokumen perjalanan. JIPK mengingatkan kepada orang ramai supaya memastikan setiap dokumen perjalanan mereka adalah di dalam keadaan baik dan teratur serta masih mempunyai tempoh sah laku yang dibenarkan. JIPK juga menasihatkan kepada orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara, terutama semasa musim percutian sekolah yang melalui pos-pos kawalan imigresen menggunakan jalan darat supaya akan dapat merancang perjalanan dengan bijak dan berhemah bagi mengelak perjalanan terperangkap dalam deretan kenderaan yang panjang.

DSZ Entertainment dan Jelajah Fesyen 1.1, 4 Disember Siaran Akhbar : A.Shazy Solutions BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - DSZ Entertainment akan menganjurkan DSZ Entertaiment dan Jelajah Fesyen 1.1 (DSZ Entertainment and Fashion Tour 1.1). Dalam kenyataan akhbar A. Shazy Solutions, jelajah yang bertemakan Semarakkan Budaya Kitani tersebut akan berlangsung pada 4 Disember 2016, di Dewan Sutra, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong. Menurut penganjur berbagai-bagai aktiviti diaturkan bagi pengunjung pada hari terbuka tersebut, yang mana salah satu aktivitinya adalah tutorial memakai hijab yang dijalankan oleh Button Scarves Brunei. Dalam tutorial ini, fasilitator akan mengajar bagaimana untuk memakai tudung dikenali sebagai hijab. Tutorial ini terbuka kepada semua perempuan dan wanita. Sementara itu, Cinemotion Film Production dan Nortaipah Boutique pula akan menjalankan aktiviti mereka masing-masing. Pada hari itu nanti, Cinemotion Film Production menjemput ahliahli, terutamanya belia dan seni kreatif untuk menyertai kelab mereka dikenali sebagai Cinemotion Creative Club. Cinemotion Creative Club adalah sebuah kelab seni kreatif yang terdiri dari lakonan, nyanyian, muzik, teater, pengeluaran

teknikal, arah sinematografi, video dan penyuntingan audio, penulisan skrip, reka bentuk grafik cerita dengan kesan khas, pengacara dan banyak lagi. Mana-mana individu, terutamanya belia dan peminat seni kreatif adalah dijemput untuk menghadiri seminar dan kelas. Ujian penilaiannya akan dikendalikan oleh institusi pengajian tinggi dan universiti dalam bidang seni kreatif. Bagi Nortaipah Boutique pula, akan menawarkan promosi akhir tahun dengan diskaun sehingga 30% dan akan memberikan baucar bernilai BND100 dan BND150, di samping pakej perkahwinan percuma bagi yang membeli pakej mereka. Sementara itu, bagi kanak-kanak yang hadir pada hari terbuka tersebut, DSZ Entertainment akan menyajikan mereka dengan aktiviti Semarakkan Budaya Kitani. Menurut penganjur, Semarakkan Budaya Kitani adalah aktiviti-aktiviti moden dan tradisional seperti permainan getah, congkak, simban dan banyak lagi. Pada hari tersebut nanti, DSZ Entertainment juga akan membuat promosi khas akhir tahun sehingga 30% pada barangan jualan. DSZ Entertainment juga akan memberi Highlight percuma Video Production bagi mereka yang membuat deposit pada hari tersebut.


NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

23

Borneo Bugfest satukan peminat Volkswagen Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Rabu, 30 November. - Rombongan Ahli Kelab Volkswagen Aircooled selamat tiba ke negara ini melalui pos kawalan Sungai Tujuh bersama beberapa buah kenderaan jenis Volkswagen yang dialu-alukan oleh beberapa pemilik kereta jenis Volkswagen tempatan. Misi tersebut merupakan anjuran Borneo Bugfest, Kelab Volkswagen Sabah yang dihasratkan untuk menyatukan ahli-ahli kelab Volkswagen Aircooled dari tiga buah negara, iaitu Kelab Volkswagen Klasik Sabah; Banjarmasin Volkswagen Club, Indonesia; Khatul Istiwa Volkswagen Club, Indonesia dan Brunei Klasik Volkswagen Group, Brunei Darussalam. Pesta akan disertai oleh ahli-ahli kelab tersebut yang berlangsung pada 3 hingga 4 Disember nanti di Laman Tempat Letak Kereta Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Kenyataan Akhbar Kelab Volkswagen Aircooled Kuching menyatakan mereka tidak melepaskan

peluang untuk bersama dalam pesta dwi tahunan itu dan bertuah kerana penyertaan kali ini lebih terancang serta melibatkan lebih ramai peserta juga gabungan dari beberapa kelab secara berkonvoi ke pesta itu nanti. Apa yang membuat penyertaan tersebut sangat menggalakkan adalah apabila ia disertai oleh peserta dari California dan Thailand, di samping peserta dari Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Banjarsamin dan Pontianak yang juga ikut serta pada 28 November lalu. Konvoi tiga buah Kelab Volkswagen Aircooled Kuching; Banjarsamin Volkswagen Club dan Khatul Istiwa Volkswagen Club yang bermula dari jam tiga pagi pada 29 November lalu dan seterusnya bergabung dengan Brunei Klasik Volkswagen ke Borneo Bugfest 2016 di Sabah pada 2 Disember nanti. Pelita Brunei menemu bual Presiden Kelab Volkswagen Aircooled Kuching, Abdul Rahman Zainuddin bersama Timbalan Kelab Volkswagen

BEBERAPA kereta Volkswagen yang digunakan kebanyakannya adalah dari keluaran tahun 1963 hingga 1978.

ANTARA ahli-ahli Kelab Volkswagen Aircooled yang selamat sampai di Kuala Belait, Negara Brunei Darussalam.

Aircooled Kuching, Haji Ismail Mahelin ketika dialu-alukan pada majlis makan malam di sebuah restoran, di sini. Abdul Rahman Zainuddin menyatakan, ''Kami menyambut peserta dari Banjarmasin yang menempuh perjalanan sejauh 3,000 kilometer dan seterusnya kami sama-sama memulakan perjalanan dari Kuching ke Brunei Darussalam menuju Sabah memakan masa selama tiga hari dan kami akan menempuh perjalanan sejauh 1,500 km''. Mereka bertolak dari Kuching pada 29 November, jam 4.30 pagi dan sampai di Bintulu pada pukul 8.00 malam, di mana pada keesokkannya mereka bergerak menuju ke negara ini pada jam 10.00 pagi dan sampai di Pos Kawalan Sungai Tujuh pada jam 3.00 petang. Sementara Ketua Kumpulan Ahli Banjarsamin Volkswagen Club, Ahmad Zomroni bersama Setiausaha kelab tersebut, Mohd. Karimuljali menyatakan bahawa penyertaan kali pertama mereka adalah memasuki Negara Brunei Darussalam, di mana mereka membawa seramai 42 peserta dengan menaiki sembilan buah Volkswagen Kombi dan Volkswagen Safari. Khatul Istiwa Volkswagen Club pula

diwakili oleh enam peserta yang menaiki dua buah Kombi dan sebuah Volkswagen Thing, sementara Kelab Volkswagen Aircooled Kuching terdiri daripada 11 peserta yang menaiki sebuah Volkswagen Kombi dan enam buah Volkswagen Beetle. Manakala Ketua peserta Kelab Volkswagen dari Pontianak, Agusmulyade, ''Kami juga tidak mahu ketinggalan menyertai konvoi yang penuh dengan pelbagai cabaran sambil meraih pengalaman-pengalaman baharu''. Mereka datang seramai enam orang dengan memandu tiga buah kenderaan jenis Volkswagen. Konvoi tersebut merupakan kesinambungan Program Lost in Borneo yang telah berlangsung pada 28 Mei hingga 1 Jun lalu melalui Fasa Pertama, iaitu dari Kuching ke Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia dan Fasa Kedua dari Kuching, Sarawak ke Kudat, Sabah pada 29 November hingga 9 Disember ini. Setiausaha Kelab Volkswagen Aircooled Kuching, Encek Hatta Haji Arabi pula dalam kenyataan akhbar menyatakan melalui program tersebut dihasratkan akandapat mengeratkan lagi silaturahim di antara peserta dari ketiga-tiga buah negara, iaitu Indonesia, Malaysia dan Brunei

Darussalam serta peserta-peserta dari seluruh dunia. Dengan yang demikian, peserta akan berpeluang bertukar-tukar pengalaman, kemahiran serta alat ganti yang sukar diperolehi memandangkan kereta-kereta Volkswagen sudah berada dalam kategori klasik dan kebanyakannya adalah dari keluaran tahun 1963 hingga 1978. Kelab Volkswagen Aircooled Kuching juga sedang merancang Program Banjarsamin Touring Advanture yang dijadualkan akan diadakan pada tahun 2018 serta merancang untuk mengadakan Program Sarawak Bugfest juga pada tahun yang sama, iaitu 2018. Perancangan itu dijangka akan memberi peluang kepada penggemar dan pencinta kereta klasik Volkswagen di Malaysia khususnya serta seluruh dunia amnya untuk menyaksikan, mempamerkan serta berkongsi pengalaman juga kemahiran serta pengetahuan tentang penyelenggaraan dan penjagaan kereta klasik jenis Volkswagen. Perkembangan sepanjang perjalanan konvoi ke Borneo Bugfest itu nanti boleh diikuti melalui Facebook : Volkswagen Aircooled Kuching.

Tingkatkan usaha dapat keputusan PSR cemerlang

SUASANA ketika para ibu bapa dan anak mengambil slip keputusan Peperiksaaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR).

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 30 November. - Usaha serta kemahuan yang tinggi merupakan faktor utama kejayaan salah seorang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) pada tahun ini. Dayang Nurin Arina Zarinah binti Haji Rahiman, 12 tahun, yang mendapat keputusan semua 'A' dalam

PSR berasa sangat gembira dan bangga dengan keputusan yang telah diperolehinya. "Saya menghadiri kelas-kelas tambahan ketika cuti penggal persekolahan yang diadakan tiga hari seminggu di sekolah sebagai persediaan sebelum menduduki PSR," katanya kepada Pelita Brunei. Beliau ditemui ketika mengambil

slip keputusan PSR di Dewan Sekolah Rendah Pulaie, di sini. Anak pertama dari empat beradik ini juga mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada guru-gurunya di Sekolah Rendah Pulaie terutama guru darjahnya atas usaha serta dorongan mereka dalam mendidiknya sehingga menjadi pelajar yang cemerlang. "Saranan saya kepada pelajarpelajar yang mempunyai kemahuan untuk mendapatkan keputusan yang baik pada peperiksaan yang akan mereka hadapi, supaya meningkatkan usaha mereka dengan membuat ulang kaji setiap hari serta tidak membuang masa mereka dengan aktiviti yang melalaikan dan tidak berfaedah," kata pelajar yang mempunyai impian untuk menjadi seorang guru ini. Turut berkongsi kejayaan ialah Awang Md. Afnan Luqman bin Awang Haji Lias, 13 tahun, yang mendapat keputusan 3'A' dan 2'B' dalam PSR pada tahun ini. Pelajar yang bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin ini mendapat keputusan 'A' dalam subjek Bahasa Melayu, Melayu Islam Beraja (MIB) dan Matematik.

Menurut anak kedua dari lima adik beradik ini, walaupun tidak menghadiri mana-mana kelas tuisyen atau pun kelas tambahan, dia tetap meluangkan masa dengan mengulang kaji di rumah sebagai persiapan sebelum menghadapi PSR.

"Persiapan perlu dibuat lebih awal sebelum menduduki peperiksaan seperti menyediakan nota-nota untuk dipelajari serta membuat jadual ulang kaji," katanya yang ditemani bapanya ketika mengambil slip PSR di Dewan Sekolah Rendah Pulaie.

DAYANG Nurin Arina Nazurah binti Haji Rahiman cemerlang mendapat keputusan PSR 5 'A'.

AWANG Muhammad Afnan Luqman bin Awang Haji Lias mendapat keputusan 3'A' dan 2'B'.


24

NASIONAL

HARI SABTU 3 DISEMBER 2016

Bersaing secara sihat, harumkan nama negara

MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (depan, tengah) menyerahkan Bendera Negara Brunei Darussalam pada Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 kepada Chef de Mission, Awang Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly.

BERAKAS, Jumaat, 2 Disember. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof mengingatkan kepada semua atlet yang terpilih ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9

Samarinda, Kalimantan Timur 2016, agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berhati-hati untuk menghindarkan dari penggunaan ubat-ubatan yang terlarang. Selain itu, atlet juga perlu menjaga disiplin dan kondisi masing-masing sebelum dan semasa kejohanan

khususnya dari penjagaan kesihatan. Berucap pada Majlis Penyerahan Bendera Negara dan Doa Selamat bagi Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 bertempat di Tingkat 1, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, Yang Berhormat seterusnya menambah bahawa atlet hendaklah sentiasa fokus dan bersemangat jitu bagi meraih kemenangan dan mengharumkan nama negara. ''Terpilihnya para atlet ke kejohanan ini selain satu arena untuk bersaing ia juga boleh dijadikan sebagai gelanggang ukuran bagi mengetahui dan menilai potensi pencapaian masing-masing. Selaku perwakilan negara, sentiasalah menjaga nama baik dan imej negara sepanjang berada di Samarinda. Bersainglah secara sihat dengan disiplin serta semangat yang kental seterusnya menempah kejayaan. Masa yang terluang hendaklah dimanfaat bagi menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai keadaan setempat,'' ujar Yang Berhormat. Terdahulu sebelum itu, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bagi pihak kementerian,

Oleh : Aimi Sani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah menyembahkan ucapan setinggitinggi menjunjung kasih ke hadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di atas limpah kurnia perkenan baginda bagi Negara Brunei Darussalam menyertai kejohanan Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-9 Samarinda, Kalimantan Timur 2016 pada tahun ini dan penggunaan pesawat terbang Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) untuk penghantaran dan pengangkutan balik kontinjen negara dari Samarinda, Kalimantan Timur. Menurut Yang Berhormat, kejohanan ini akan disertai oleh peserta dari kawasan pertumbuhan ASEAN Timur, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP - EAGA). Penyertaan negara ke kejohanan ini terang Yang Berhormat, adalah tanda komitmen, sokongan dan

persefahaman di antara negara ahli BIMP - EAGA dengan prinsip kekeluargaan, meningkatkan silaturahim, perpaduan dan mengekalkan spirit of friendship ke arah pembangunan sukan dan keamanan dalam kalangan negaranegara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina yang berjiran. Temasya sukan ini ujar Yang Berhormat, bukan saja dapat memupuk semangat berpasukan dan kesukanan, ia juga dapat menjalin kerjasama lebih luas dalam kalangan negara-negara yang mengambil bahagian pada temasya sukan berprestij diadakan sekali dalam tempoh dua tahun ini. Yang Berhormat turut menyatakan bahawa pada Sukan Persahabatan BIMP-EAGA Ke-8, 2014 di Malaysia, negara telah meraih 15 pingat, iaitu tiga pingat emas, lapan pingat perak dan empat pingat gangsa. Yang Berhormat seterusnya berharap agar mutu kejayaan dan kutipan pingat ini akan terus diperbaiki dan meningkat di kejohanan pada kali ini.

Sekolah Menengah Katok, johan Pertandingan Kawad Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin

PEMANGKU Timbalan Persuruhjaya Polis, ACP Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad (kanan) menyampaikan Piala Rebutan kepada Ketua Pasukan Kadet Sekolah Menengah Katok, Gadong selaku juara Pertandingan Kawad Pasukan Kadet Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab Senegara Kali Ke-21 Tahun 2016, bertempat di Pusat Latihan Polis, Gadong.

GADONG, Rabu, 30 November. Sekolah Menengah Katok, Gadong muncul johan setelah menewaskan lima pasukan lain pada Pertandingan Kawad Pasukan Kadet Polis Diraja Brunei bagi Sekolah-Sekolah Menengah dan Maktab-Maktab Seluruh Negara Kali Ke-21. Manakala tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Brunei

Muara dan di tempat ketiga disandang oleh Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan hadiah pertandingan ialah, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, ASP Haji Mohd. Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad pada majlis yang berlangsung di Padang Kawad, Pusat Latihan

Polis Gadong. Terdahulu, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, ASP Haji Mohd. Hassan dalam ucapannya berkata, berbagai aktiviti dan program telah dibuat pada tahun ini untuk Pasukan Kadet Polis seperti, melibatkan mereka dalam Perbarisan Hari Polis Ke-95, mengadakan asas kawad dan terlibat acara perbarisan lalu sempena Hari Kebangsaan yang Ke-32 serta Perbarisan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Menurutnya, inisiatif seumpama ini dapat membantu Ahli-ahli Kadet Polis menimba segala ilmu kepolisan yang dipelajari dan dapat dijadikan sebagai bekal dan panduan jika satu hari nanti ada yang memilih kerjaya sebagai polis. Perkara ini tambahnya, dapat membantu dalam persediaan Pasukan Polis dari segi mengumpulkan Ahli Kadet yang layak dan berpotensi semasa pengambilan bakal-bakal rekrut di masa hadapan. ''Dengan kolaborasi Pasukan Polis Diraja Brunei juga, program tersebut dilihat sebagai usaha dua hala bagi Outreach Program dengan masyarakat dan seterusnya

meningkatkan hubungan dan kerjasama yang diharap membantu mencapai matlamat sosial khususnya membanteras jenayah,'' ujarnya. Inisiatif ini jelasnya, sangat penting kepada lapisan belia yang menjadi generasi penerus pembangunan negara, selaras dengan tema Sambutan Hari Kebangsaan, iaitu 'Generasi Berwawasan' yang akan dapat mendukung usaha dalam merealisasikan Wawasan Negara 2035. Dengan adanya pertandingan kawad ini ujarnya, ianya bukan sahaja menggalakkan mereka bergiat dalam aktiviti sekolah, malah para pelajar berusaha gigih untuk menyahut yang diberikan.

''Perlu diingatkan kawad kaki bukan sekadar berbaris, tetapi satu kaedah yang boleh membentuk jati diri dan memupuk sifat integriti dan perwatakan disiplin dalam diri kalangan belia sekolah-sekolah menengah dan maktab-maktab,'' jelas beliau. Majlis dimulakan dengan Hormat Panglima dan diteruskan dengan perbarisan kawalan kehormatan dan diserikan dengan persembahan pancaragam kadet Polis Diraja Brunei. Pertandingan Kawad pasukan Kadet Polis Diraja Brunei ini dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

LEBIH daripada 300 orang setahun mengalami strok di Negara Brunei Darussalam dan ia merupakan punca kematian yang ke-empat tertinggi di negara ini. Punca utama faktor risiko strok ialah tekanan darah yang tinggi. Antara kaedah untuk mencegah dari strok ialah sentiasa memantau tekanan darah serta kolesterol, makan makanan yang seimbang dan sihat serta menghadkan makan makanan yang mengandungi garam, tidak merokok serta mempunyai berat badan yang sihat. SUMBER : Laman sesawang Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn.

Waktu perkhidmatan Pergigian bagi pesakit Kanak-kanak semasa cuti persekolahan Siaran Akhbar : Kementerian Kesihatan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Disember. - Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai waktu Perkhidmatan Pergigian bagi Pesakit Kanak-Kanak semasa Cuti Persekolahan Penggal III 2016. Bermula 1 hingga 31 Disember 2016 (kecuali hari Jumaat dan

Hari Ahad serta hari kelepasan awam), waktu pendaftaran adalah bermula jam 7.45 pagi hingga 10.00 pagi dan disambung pada 1.30 petang hingga 3.00 petang bertempat di Tingkat 1, Blok A, Pusat Pergigian Negara Lapangan Terbang Lama Berakas. Bagi pesakit kanak-kanak yang

memerlukan rawatan lanjut, mereka dinasihatkan untuk menyambung atau meneruskan rawatan di Klinik-Klinik Pergigian mengikut tadahan yang telah ditetapkan. Pada musim cuti persekolahan ini juga, Perkhidmatan Pergigian di Pusat-Pusat Kesihatan dan Klinik-Klinik Kesihatan bagi pesakit kanak-kanak adalah dibuka seperti biasa.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn

URUS KEWANGAN DENGAN BIJAK, ELAKKAN DIRI DARI GEJALA RASUAH


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.