''KAUM belia memang digalakkan untuk melakukan apa jua perkara yang bermanfaat, terutama untuk meneroka bidang-bidang baru atau sanggup membuat kerja-kerja lasak, seperti turun ke sawah di bawah panas matahari dan lain-lain. Ini semua sangatlah berguna kepada belia, selaku ejen masyarakat. Menyebut belia ejen masyarakat, adalah penting bagi mereka itu, untuk memiliki jati diri dan sikap yang mantap. Kerana tanpa jati diri dan sikap, seorang belia itu tidak akan dipandang hebat.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-10 Tahun 2015.
''DAN makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada kamu dan bertakwallah kepada Allah yang kepada-Nya sahaja kamu beriman.'' - (Firman Allah dalam Surah Al-Maa'idah, ayat 88).
4.46
4.56
6.17
5 OGOS 2017 / 1438
TAHUN 62 / BILANGAN 93
6.40
12
12.27
3.47
6.36
7.48
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Berkenan menerima mengadap Chief of Defence Forces RTARF Oleh : Aimi Sani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth. Hadir pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Dato Paduka Abd Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Tentera Laut Diraja Brunei dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes. Negara Brunei Darussalam dan Thailand pada tahun 1999 telah menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam bidang latihan, pembangunan sumber manusia dan pertukaran lawatan, yang mana peningkatan kerjasama pertahanan telah menjadi satu aspek penting dalam hubungan dua hala secara keseluruhannya di antara kedua-dua buah negara. Lawatan muhibah dari TYT Jeneral Surapong Suwana-Adth bertujuan untuk terus mengekalkan hubungan dua hala yang profesional dan kerjasama pertahanan di antara kedua-dua angkatan tentera.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berkenan menerima mengadap Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth.
Kewangan Islam berlandaskan rukun Syariah Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
61 HARI LAGI
JERUDONG, Rabu, 2 Ogos. Globalisasi sebenar kewangan Islam memerlukan kerjasama di antara pihak berkuasa pengawalseliaan juga penyelarasan piawaianpiawaian antarabangsa. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) bersabda demikian semasa merasmikan Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Duli Yang Teramat Mulia dalam sabdanya menzahirkan kegembiraan kerana sebagai pengawalselia, AMBD terus berusaha untuk mempraktikkan amalan-amalan terbaik antarabangsa dan memainkan peranan aktif dalam perkembangannya. Ke muka 3
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Pelantikan Timbalan Setiausaha Tetap baharu Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 4 Ogos. - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini Jabatan Perdana Menteri memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi pelantikan Pengarah Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Kuasa Elektrik, IT dan E-Kerajaan) di Jabatan Perdana Menteri. Tarikh pelantikan pegawai berkenaan berkuatkuasa mulai pada hari Sabtu, 12 Zulkaedah 1438 bersamaan 5 Ogos 2017.
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HASRAT NEGARA
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Bina insan berwibawa dan bertanggungjawab
TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan Kali Ke-12 pada 8 Zulkaedah 1438 bersamaan 1 Ogos 2017.
' ' ' ' ' ' ' ' '
' ' ' ! "
# " "
$
$ " % & " $ $ ' ' ( " " (
)
" ! " "
OGOS
5 6 7 8 9 10 11
5 OGOS 2017 BERSAMAAN 1438
& # ( ( ! " (
" # & & " ! & (
" " # " " " ( " % ) ( " ( ( * ! + " ( + " ( & " ( ,
( !
"
" (
+ $ '
12
KEWANGAN ISLAM BERLANDASKAN SYARIAH
S
ISTEM kewangan Islam boleh memainkan peranan penting ketika masyarakat global berdepan dengan cabaran getir yang berakar umbi daripada pergolakan dalam sistem
kewangan konvensional sehingga ia membuka peluang dan ruang untuk sistem tersebut bercambah dan berkembang di atas prinsip, kerangka dan norma murni yang selaras dengan tuntutan Syariah. Sebagaimana sabda Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) pada Majlis Perasmian Sidang Kemuncak Pelaburan Islam Brunei 2017 (BIIS 2017) yang berlangsung di Empire Hotel & Country Club, Jerudong, kelebihan kompetitif utama negara ke arah menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa terletak dalam falsafah Islam negara yang kukuh di mana ia tertanam dalam cara hidup kita dan ia setentunya menyumbang kepada kesucian kewangan Islam Negara Brunei Darussalam (NBD). Selain daripada itu, kestabilan berterusan politik dan makroekonomi serta hubungan yang baik dengan rakan-rakan antarabangsa adalah kondusif bagi pelaburan langsung asing (FDI) untuk menempatkan operasi-operasi baru mereka di NBD. Duli Yang Teramat Mulia dalam sabdanya menzahirkan kegembiraan kerana sebagai pengawalselia, AMBD terus berusaha untuk mempraktikkan amalan-amalan terbaik antarabangsa dan memainkan peranan aktif dalam perkembangannya. AMBD merupakan ahli yang aktif dalam beberapa buah badan penetapan piawaian seperti lembaga perkhidmatan kewangan Islam dan pasaran kewangan Islam antarabangsa. Justeru itu sabda DYTM, menyedari pentingnya pengiktirafan orang ramai dan kewajipan fidusiari dalam sektor kewangan, AMBD telah mengeluarkan garis panduan mengenai pentadbiran korporat bagi bank-bank, yang mana akan mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018. Sabda DYTM lagi, keperluan-keperluan yang sama juga akan digunakan kepada pengendali-pengendali syarikat-syarikat insurans dan takaful dalam waktu terdekat. Sebagai pelengkap pada inisiatif urus tadbir korporat tersebut, DYTM bersabda mengambil maklum bahawa AMBD juga akan memperkenalkan rangka kerja pentadbiran syariah bagi institusi-institusi kewangan Islam. Selain itu, AMBD akan mengemaskinikan rangka kerja audit syariah bagi memastikan kesemua produk dan kewangan Islam yang diluluskan terus mematuhi piawaian syariah. DYTM juga melahirkan keyakinan inisiatif-inisiatif itu akan memberi keyakinan kepada pihak-pihak yang berkepentingan yang mana tenaga kerja yang dinamik dan kukuh amat penting bagi industri untuk kekal berdaya saing. Sebagai agenda negara, DYTM bersabda menyeru AMBD serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan supaya terus bekerjasama dalam merealisasikan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. BIIS2017 bertemakan 'Globalisation of Islamic Finance : The Road Ahead' diadakan selama dua hari sehingga 3 Ogos 2017 merupakan anjuran Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) dengan kerjasama AMBD telah mendatangkan beberapa pakar kewangan Islam tempatan dan antarabangsa untuk membentangkan kertas kerja. - Ketua Penyuntingan (Rd).
ZULKAEDAH
12 13 14 15 16 17 18
4 .46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46 4 . 46
4 . 56 4 . 56 4 . 56 4 . 56 4 . 56 4 . 56 4 . 56
6 . 17 6 . 17 6 . 17 6 . 17 6 . 17 6 . 17 6 . 17
6 . 40 6 . 40 6 . 40 6 . 40 6 . 40 6 . 40 6 . 40
12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27
3 . 47 3 . 46 3 . 46 3 . 45 3 . 45 3 . 44 3 . 44
6 . 36 6 . 36 6 . 35 6 . 35 6 . 35 6 . 35 6 . 34
7 . 48 7 . 48 7 . 48 7 . 47 7 . 47 7 . 47 7 . 46
3
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Berkenan menerima mengadap isteri Chief of Defence Forces RTARF Oleh : Haji Ahmad Haji Salim Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Puan Vanvimol Suwana-Adth.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan menerima mengadap isteri Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces (RTARF), Puan Vanvimol Suwana-Adth. Majlis berlangsung di Istana Nurul Iman. Puan Vanvimol Suwana-Adth berada di negara ini bagi mengiringi suaminya, Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth yang mengadakan lawatan muhibah selama dua hari bermula 2 hingga 3 Ogos 2017. Pada majlis mengadap itu, Puan Vanvimol Suwan-Adth diiringi oleh isteri Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri.
Kewangan Islam berlandaskan rukun Syariah
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD ketika bersabda pada Majlis Perasmian Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) (atas), sementara gambar kanan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah sejurus keberangkatan tiba pada majlis tersebut.
Dari muka 1
Menurut DYTM, AMBD merupakan ahli yang aktif dalam beberapa buah badan penetapan piawaian seperti lembaga perkhidmatan kewangan Islam dan pasaran kewangan Islam antarabangsa. Justeru itu sabda DYTM, menyedari pentingnya pengiktirafan orang ramai dan kewajipan fidusiari dalam sektor kewangan, AMBD telah mengeluarkan garis panduan mengenai pentadbiran korporat bagi bank-bank, yang mana akan
mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2018. Keperluan-keperluan yang sama juga, sabda DYTM akan digunakan kepada pengendalipengendali syarikat-syarikat insurans dan takaful dalam waktu terdekat. Sebagai pelengkap pada inisiatif urus tadbir korporat tersebut, DYTM bersabda mengambil maklum bahawa AMBD juga akan memperkenalkan rangka kerja pentadbiran syariah bagi institusi-institusi kewangan Islam. Selain itu, AMBD, sabda
DYTM akan mengemaskinikan rangka kerja audit syariah bagi memastikan kesemua produk dan kewangan Islam yang diluluskan terus mematuhi piawaian syariah. DYTM juga melahirkan keyakinan inisiatif-inisiatif itu akan memberi keyakinan kepada pihak-pihak yang berkepentingan yang mana tenaga kerja yang dinamik dan kukuh amat penting bagi industri untuk kekal berdaya saing. Sehubungan itu sabda DYTM, AMDB dengan sokongan Pusat Perbankan, Kewangan, Pengurusan Islam (CIBFM) akan mengenalkan keperluankeperluan pembangunan profesional berterusan (CPD) untuk semua pengamal kewangan, yang mana akan
meningkatkan kemahiran mereka yang bekerja dalam industri kewangan. Sebagai agenda negara, DYTM bersabda menyeru AMBD serta agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan supaya terus bekerjasama dalam merealisasikan wawasan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. ''Kelebihan utama kita ke arah menjadi hub Kewangan Islam Antarabangsa terletak pada falsafah Islam yang kuat yang tertanam dalam cara hidup kita. Ia secara semula jadi menyumbang kepada kesucian kewangan Islam Negara Brunei Darussalam,'' sabda DYTM.
Tambah DYTM, kestabilan mikro ekonomi dan politik secara berterusan serta hubungan yang baik dengan rakan-rakan kongsi antarabangsa menyediakan suasana yang kondusif bagi pelaburan langsung asing FDI untuk membuka operasi-operasi baharu di Negara Brunei Darussalam. DYTM bersabda, amalan sebenar kewangan Islam yang berlandaskan rukun-rukun syariah akan terus memenuhi seruan global bagi pelaksanaan sistem kewangan Islam yang stabil di seluruh dunia. Oleh yang demikian, DYTM bersabda berharap inisiatif tersebut akan mencapai hasrat untuk menjana ekonomi inklusif bagi kesejahteraan ummah.
4
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Berangkat rasmikan BIIS2017
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali JERUDONG, Rabu, 2 Ogos. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan berangkat merasmikan
Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017). Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD semasa berkenan menerima junjung ziarah dan berbual mesra bersama Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Kerajaan Bahrain, Sheikh Esam M. Ishaq.
Apong, selaku Timbalan Pengerusi AMBD; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim dan Pengarah Urusan AMBD, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman serta Ahli-ahli Lembaga Pengarah AMBD serta Ahli-ahli Jawatankuasa BIIS2017. Majlis dimulakan dengan lagu kebangsaan 'Allah Peliharakan Sultan' diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, Surah An-Nisa dari ayat 29 hingga 32 oleh naib johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-59, Kuala Lumpur, Malaysia, Awangku Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki. DYTM seterusnya berkenan mengurniakan sabda perasmian dan kemudian berkenan menerima pesambah daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Terdahulu, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri selaku Timbalan Pengerusi AMBD dalam sembah alu-aluannya menyatakan sidang itu menyediakan 'platform' yang sangat penting dalam berkongsi pengalaman, pengetahuan dan pandangan mengenai cabaran semasa di dalam kewangan Islam dengan tumpuan khusus bagi globalisasi dan masa depannya. Jelasnya, persidangan tersebut juga mempunyai keistimewaan untuk bersama dengan kumpulan dan pakar ulama yang terkemuka bagi memimpin serta memudahkan perbincangan dalam industri global yang semakin berkembang.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) semasa berangkat pada Majlis Perasmian Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 - BIIS2017) (atas, kiri dan kanan), sementara gambar bawah dan bawah sekali, DYTM ketika berkenan mendengarkan penerangan semasa melawat salah satu petak Pameran Kewangan Islam.
Ke muka 5
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD berkenan bagi sesi bergambar ramai pada Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 - BIIS2017).
5
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Pameran ketengahkan usaha dan pencapaian kewangan Islam Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Masri Osman, Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD berkenan merasmikan laman sesawang Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Islamic Finance (www.bdif.com.bn) dan aplikasi mudah alih.
JERUDONG, Rabu, 2 Ogos. Pameran Kewangan Islam Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) yang diadakan bersempena Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) antaranya mempamerkan pencapaian-
pencapaian kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam, selain untuk memupuk kesedaran mengenai aktiviti-aktiviti kewangan Islam di negara ini. Pameran tersebut juga mengetengahkan usaha-usaha negara ini dalam aspirasinya untuk menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa, seperti yang dinyatakan dalam Financial
Sector Blueprint (2015 - 2025) Negara Brunei Darussalam, satu dokumen yang menetapkan strategi-strategi yang akan menaiktarafkan reputasi dan kualiti sektor kewangan di Negara Brunei Darussalam. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD berkenan melancarkan Pameran Kewangan Islam AMBD bertempat di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Pada majlis perasmian tersebut, Duli Yang Teramat Mulia berkenan merasmikan laman sesawang Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam atau Brunei Darussalam Islamic Finance (www.bdif.com.bn) dan aplikasi mudah alih. Laman sesawang dan aplikasi mudah alih itu adalah satu pusat maklumat yang boleh digunakan oleh orang ramai, khususnya bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan industri kewangan Islam di negara ini. Antara maklumat yang boleh didapati dalam laman sesawang dan aplikasi mudah alih ini adalah perundangan, kertaskertas kerja, acara-acara termasuk kursus-kursus dan data pasaran kewangan Islam Negara
Brunei Darussalam. Sementara itu, pameran disertai oleh beberapa institusi kewangan Islam tempatan termasuk Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan Takaful Brunei Keluarga (TBK). Juga menyertai, institusiinstitusi pengajian tinggi seperti Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Universiti Teknologi Brunei (UTB). Selain itu, pameran turut disertai oleh Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan Ghanim International Cooperation. Acara dua hari itu dianjurkan oleh Pusat Perbankan Islam, Kewangan dan Pengurusan (CIBFM) dan dibukakan kepada orang ramai dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Kewangan Islam Negara Brunei Darussalam bolehlah melayari laman sesawang http:// www.bdif.com. bn/ atau memuat turun aplikasi mudah alih menerusi Google Play atau Apple App Store.
Unit Perisikan Kewangan keluarkan Laporan Tahunan 2016
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) berkenan melancarkan Financial Intelligence Unit Annual Report 2016 Pertama semasa Majlis Perasmian Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 - BIIS2017) di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
JERUDONG, Rabu, 2 Ogos. Ke arah meningkatkan kesedaran juga kefahaman orang ramai, khususnya pihak - pihak berkepentingan mengenai fungsi dan tanggungjawab Unit Perisikan Kewangan (UPK) dalam membanteras pembersihan wang haram serta pembiayaan pengganasan di Negara Brunei Darussalam, UPK mengeluarkan 'Financial Intelligence Unit Annual Report 2016'. Laporan keluaran pertama tersebut dilancarkan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi
Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) semasa Majlis Perasmian Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 - BIIS2017) di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club. Sempena Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan UPK, laporan tersebut juga mengandungi kemajuan dan pencapaianpencapaian UPK sejak penubuhannya pada tahun 2007. Orang ramai bolehlah mendapatkan laporan tersebut melalui laman sesawang AMBD atau pun AMBD App yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store bagi pengguna iPhone dan Google Playstore bagi pengguna Android.
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pengarah AMBD berkenan mendengarkan penerangan semasa melawat salah satu petak Pameran Kewangan Islam.
Dari muka 4
Menurut Yang Berhormat lagi, sejak persidangan pada tahun 2013 yang lalu, kemajuan teknologi, keperluan perundangan serta pengawalseliaan adalah bertambah baik dan membelanjakan infrastruktur juga ekosistem kewangan negara. Pada majlis tersebut, satu ucaptama bertajuk 'Sukuk Strategi Tradisional dan
Inovatif' disampaikan oleh Ahli Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam, Kerajaan Bahrain, Sheikh Esam M. Ishaq. Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal. DYTM seterusnya dijunjung melawat petak-petak pameran yang terdiri dari institusiinstitusi kewangan dan rakan kongsi program bagi BIIS2017 yang antara lain mempamerkan
produk-produk serta perkhidmatan - perkhidmatan kewangan Islam. DYTM juga dijunjung bagi sesi bergambar ramai bersama Lembaga Pengarah AMBD serta Jawatankuasa BIIS2017 dan seterusnya ke Majlis Santap. Sebelum berangkat meninggalkan persidangan, DYTM berkenan menerima junjung ziarah daripada Ahliahli Lembaga Pengarah AMBD dan Jawatankuasa BIIS2017. BIIS2017 bertemakan 'Globalisation of Islamic Finance : The Road Ahead' diadakan selama dua hari sehingga 3 Ogos 2017 merupakan anjuran Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) dengan kerjasama AMBD. Beberapa pakar kewangan Islam tempatan dan antarabangsa juga dijemput untuk membentangkan kertas kerja semasa BIIS2017 tersebut yang terdiri daripada Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki; Pengasas dan Pengerusi Kumpulan, Amanie Advisors, Datuk Dr. Mohd. Daud bin Bakar; Profesor Kewangan dan Ketua bagi Bahagian Graduate Studies International Centre for Education in Islamic Finance Malaysia, Profesor Dr. Obiyathulla Ismath Bacha dan Ahli Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah, Brunei Darussalam, Dr. Mohd. Hairul Azrin bin Haji Besar. Kira-kira 200 peserta dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, industri kewangan serta sektor swasta menyertai BIIS2017.
6
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Berangkat ke Majlis Malam Gala Alumni Sambutan Jubli Intan SAS
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan memotong kek pada Majlis Malam Gala Alumni Sambutan Jubli Intan Sekolah St. Andrews (SAS) Ke-60 Tahun (kanan). Sementara gambar kiri DYTM dan YTM berkenan menerima junjung ziarah sejurus tiba di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Oleh : Aimi Sani Foto : Masri Osman, Mohd. Sahrizal Haji Said
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 4 Ogos. - Duli Yang
Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota
Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana
Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berkenan berangkat ke Majlis Malam Gala Alumni Sambutan Jubli Intan Sekolah St. Andrews (SAS) Ke-60 Tahun. Keberangkatan DYTM dan YTM di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas dijunjung oleh Ahli Lembaga Pengarah SAS, Stephen Ong dan Pengetua SAS, Jane Keasberry. Sejurus keberangkatan tiba DYTM dan YTM di Dewan Plenari, Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dimainkan diikuti dengan sembah alu-aluan daripada Pengetua SAS, Jane Keasberry. Dalam sembah alu-aluannya, Jane Keasberry menjelaskan
mengenai kemurahan hati Pengerusi Lembaga Pengarah Pertama, Dato Ong Kim, di atas tanah yang beliau sumbangkan untuk membangunkan SAS dan seterusnya sumbangan dari Keluarga Yapp pada tahun 2008 untuk membangun blok tambahan baharu. Acara kemudian diteruskan dengan upacara memotong kek dan pesambah ke hadapan majlis DYTM dan YTM. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian daripada warga SAS. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, DYTM dan YTM dijunjung menyaksikan pameran sekolah berkenan dan menerima junjung ziarah daripada warga SAS.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah binti Pengiran Haji Salleh Ab. Rahaman berangkat tiba di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas (kiri). Sementara gambar bawah kiri DYTM dan YTM berkenan menyaksikan mini pameran sekolah berkenan. Manakala gambar bawah persembahan nyanyian dan tarian daripada warga SAS menyerikan lagi majlis.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
7
Cabaran semasa kewangan Islam dibentangkan di BIIS2017
MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong (gambar kanan) selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) hadir pada Sidang Kemuncak Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 'Brunei Darussalam Investment Summit' (BIIS2017), di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
JERUDONG, Rabu, 2 Ogos. Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) telah mengundang beberapa pakar kewangan Islam tempatan dan antarabangsa untuk
membentangkan kertas kerja di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Antara yang hadir, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji
Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku Timbalan Pengerusi Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD). Juga hadir, peserta-peserta dari kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan, industri kewangan dan sektor swasta menyertai BIIS2017. Pengasas dan Pengerusi Kumpulan, Amanie Advisors, Datuk Dr. Mohd. Daud bin Bakar, yang membentangkan kertas kerja
Mei catatkan imbangan perdagangan sebanyak BND425.5 juta Siaran Akhbar : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE)
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Imbangan Perdagangan pada bulan Mei 2017 telah meningkat sebanyak 55.2 peratus setahun ke setahun kepada BND425.5 juta dari BND274.2 juta berbanding Mei 2016. Jumlah Perdagangan juga dicatatkan telah meningkat sebanyak 23.3 peratus setahun ke setahun kepada BND1,112.9 juta; yang terdiri dari eksport sebanyak BND769.2 juta dan import sebanyak BND343.7 juta, pada bulan Mei 2017 berbanding sebanyak BND902.6 juta pada bulan Mei 2016. Eksport pada bulan Mei 2017 meningkat sebanyak 30.7 peratus setahun ke setahun daripada BND588.4 juta pada Mei 2016 kepada BND769.2 juta pada bulan Mei tahun ini. Eksport Bahan Api Galian mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 87.7 peratus dari jumlah eksport iaitu daripada Minyak Mentah iaitu BND295.4 juta dan Gas Cecair Asli (LNG)
sebanyak BND378.9 juta. Pada bulan Mei 2017, import barangan meningkat sebanyak 9.4 peratus setahun ke setahun daripada BND314.2 juta pada Mei tahun lepas kepada BND343.7 juta pada Mei tahun ini. Manakala, lima sumbangan import tertinggi mengikut komoditi adalah Barang-Barang Keluaran Kilang, 28.2 peratus; Jentera dan Kelengkapan Pengangkutan, 26.2
peratus; Makanan, 16.5 peratus; Pelbagai Barang Keluaran Kilang, 10.9 peratus; Bahan Api Galian, 8.4 peratus. Pasaran eksport terbesar adalah ke Negara Jepun sebanyak 21.8 peratus dari jumlah eksport, diikuti oleh Malaysia, 19.3 peratus; Singapura,14.5 peratus; Thailand, 11.1 peratus dan lain-lain. Import Barang Perantaraan merangkumi 60.0 peratus dari jumlah import. Ini diikuti oleh import Barang Modal, 30.4 peratus dan Barang Penggunaan, 9.6 peratus. Import terbesar adalah dari Negara China sebanyak 23.1 peratus dari jumlah import, diikuti oleh Malaysia, 21.6 peratus, Singapura, 17.6 peratus; Amerika Syarikat, 7.3 peratus dan lain-lain. Perangkaan Perdagangan Barangan Antarabangsa (International Merchandise Trade Statistics, IMTS) bagi Negara Brunei Darussalam menggunakan 'General System' bagi merekodkan perangkaan perdagangan yang meliputi import, eksport domestik dan eksport semula. Laporan penuh IMTS bagi bulan Mei 2017 boleh didapati melalui laman sesawang JPKE di www.depd.gov.bn.
'Shariah dan cabaran kontemporari dalam kewangan: Implikasi untuk Negara Brunei Darussalam' dalam pembentangannya antara lain menjelaskan bahawa Sukuk Ijarah mempunyai banyak had. Selain itu, beliau juga menjelaskan mengenai salah satu agenda kemampanan adalah kita mempunyai pematuhan syariah. Dalam pada itu BIIS2017 menyediakan platform yang sangat penting dalam berkongsi
pengalaman, pengetahuan dan pandangan mengenai cabaran semasa di dalam kewangan Islam dengan tumpuan khusus bagi globalisasi dan masa depannya. BIIS2017 bertemakan 'Globalisation of Islamic Finance: The Road Ahead' diadakan selama dua hari sehingga 3 Ogos 2017 merupakan anjuran Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) dengan kerjasama AMBD.
Indeks Harga Pengguna bulan Jun 2017 menurun Siaran Akhbar /Infografik : Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Jun 2017 menurun sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun berbanding bulan Jun 2016. Menerusi Siaran Akhbar Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, penurunan IHP bagi bulan Jun 2017 sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan Indeks Pakaian dan Kasut (7.6 peratus); Perhiasan, Peralatan Isi Rumah dan Penyelenggaraan Rutin Isi Rumah (2.0 peratus); dan diikuti oleh Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (1.8 peratus). Ini adalah berikutan harga rendah bagi fabrik untuk pakaian, kebanyakan pakaian, barangan perabot dan perhiasan, perkhidmatan dandanan rambut serta barangan dan beg perjalanan. Bagi perubahan tempoh
ke tempoh, IHP bagi Januari-Jun 2017 mencatatkan penurunan sebanyak 0.4 peratus berbanding dengan Januari-Jun 2016. Indeks Makanan dan Minuman Ringan dan Indeks Bukan Makanan masing-masing mencatatkan penurunan sebanyak 0.8 peratus dan 0.3 peratus. IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan. Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperolehi melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga. Laporan penuh IHP bagi bulan Jun 2017 boleh didapati di laman sesawang JPKE: www. depd.gov.bn.
8
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
SMS Brunei Prihatin kutip BND93,761 Oleh : Khartini Hamir / Mohd. Amirul Hilmi Jali Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Sejumlah BND93,761.00 berjaya dikutip daripada orang ramai melalui 'SMS' Brunei Prihatin bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (DANA) Tahun 2016 - 2017 sepanjang lebih dua bulan (69 hari) projek tersebut berjalan mulai 24 November 2016 hingga 31 Januari lalu. Penerimaan sumbangan hasil kutipan tersebut berlangsung di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), di sini. Sebanyak dua buah syarikat telekomunikasi, iaitu DST
Communication Sdn. Bhd. dan Progresif Cellular Sdn. Bhd. (PCSB) memberi kemudahan perkhidmatan SMS kepada para penyumbang yang membuat sumbangan ke DANA, manakala Jabatan Radio dan Televisyen Brunei (RTB) bertindak sebagai penyalur maklumat kepada orang ramai melalui rangkaian radio dan televisyen. Selain promo SMS ditayangkan di RTB, promo tersebut juga ditayangkan di pawagam, iaitu The Mall Cineplex, Times Cineplex dan The Arena Cineplex. Menerima sumbangansumbangan tersebut bagi pihak DANA ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang
Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. Ketua Pegawai Eksekutif DST, Awang Haji Suhaimi bin Haji Awang Hussain menyerahkan kutipan sebanyak BND81,819.00 yang berjaya dikutip melalui pelanggan DST dan sumbangan tahunan DST sebanyak BND20,000.00. Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah PCSB, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bagi pihak PCSB menyerahkan jumlah kutipan sebanyak BND11,942.00 yang berjaya dikutip melalui pelanggan PCSB serta BND1,525.15 yang merupakan sumbangan hasil kutipan Tabung-tabung DANA PCSB, yang ditempatkan di sebahagian cawangan PCSB.
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menerima sumbangan daripada Ahli Lembaga Pengarah PCSB, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bagi pihak PCSB.
10 pelajar cemerlang terima AIPC DANA
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) menyampaikan Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (AIPC - DANA 2017) kepada salah seorang penerima (kiri), sementara gambar kanan, 10 pelajar terpilih terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2016 menerima AIPC - DANA 2017.
Oleh : Khartini Hamir / Mohd. Amirul Hilmi Jali Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Seramai 10 pelajar terpilih, terdiri daripada anak yatim yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan awam tahun 2016 menerima Anugerah Insentif Pelajar Cemerlang Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-Anak Yatim (AIPC - DANA 2017). Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB), bertempat di Dewan Serbaguna, Tingkat 4, Kompleks Bangunan YSHHB, di sini. Pelajar-pelajar yang menerima
Anugerah AIPC - DANA 2017 bagi Peperiksaan Sekolah Rendah (PSR) terdiri daripada Awang Mohammad Shayzul Khairuddeen Shah bin Abdullah @ Mohammad Ryan dari Sekolah Rendah Sungai Kebun; Awang Muhammad Wafiy Radhiy bin Aminuddin dari Sekolah Jigsaw; Dayang Najihah binti Haji Najdi dari Sekolah Persediaan Arab; Awang Muhammad Faiz bin Haji Mat Yassin dari Sekolah Rendah Lumut, Kuala Belait; dan Awang Norzaeem Mierza Darwisy bin Jaini dari Sekolah Rendah Pulaie. Setiap seorang penerima menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak juga pakej kemudahan belajar selama dua tahun dalam bentuk wang tunai bernilai BND400.
Sementara penerima AIPC DANA 2017 bagi Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama Darjah 6 (SSSRU) terdiri daripada Dayang Nur Syarah Basirah binti Yahaya dari Sekolah Ugama Keriam, Tutong; Dayang Siti Nur Afifah Khairiyah binti Muhammad Nor Arif dari Sekolah Ugama Anak-anak Polis Diraja Brunei; Dayang Nurakilah Syadzwani binti Abdullah Mohammad Ronney dari Sekolah Ugama Penanjong, Tutong; Dayang Ummi Fasihah binti Haji Talipuddin dari Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah; dan Dayang Adi Nurhanani binti Mohd. Ali dari Sekolah Ugama Lamunin, Tutong. Setiap seorang penerima anugerah itu menerima sijil penghargaan, satu unit komputer berserta mesin pencetak juga wang simpanan sebanyak BND500 yang dikreditkan terus ke dalam Akaun DANA masing-masing di Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei. Anugerah Insentif Pelajar
Cemerlang DANA Tahun 2017 merupakan Kali Ke-10 ia diadakan, yang mana tujuan utamanya adalah sebagai pendorong kepada anak-anak yatim untuk menghargai
kepentingan pendidikan dan sebagai penyuntik semangat serta galakan kepada mereka untuk berusaha bagi meraih kejayaan khususnya dalam bidang pelajaran.
Keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei - Jun 2017 Siaran Akhbar : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Peperiksaan memaklumkan bahawa keputusan Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei - Jun 2017 telahpun dikeluarkan pada hari ini. Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan tersebut bolehlah mengambil slip / sijil masing-masing di Jabatan Peperiksaan pada waktu bekerja.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
9
Kementerian Kewangan rai bakal jemaah haji
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim (kanan) ketika menyampaikan sumbangan derma kepada bakal jemaah haji.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Kementerian Kewangan telah mengadakan Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji kementerian berkenaan di Surau, Bangunan Kementerian Kewangan, Commonweath Drive, di sini. Seramai 14 pegawai dan kakitangan dari Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan
di dalamnya akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim. Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham
bin Haji Mohd. Hanifah, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, para pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di dalamnya. Majlis dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat dan Doa Selamat dan seterusnya Sembahyang Fardu Asar Berjemaah. Majlis diserikan lagi dengan ceramah khas bertajuk 'Meraih Kesempurnaan Ibadah Haji' yang disampaikan oleh penceramah dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr. Haji Noralizam bin Haji Aliakbar. Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis. Majlis dikendalikan oleh Tabung Amanah Pekerja (TAP) merupakan aktiviti tahunan Kementerian Kewangan dalam meraikan para pegawai dan kakitangan yang akan mengerjakan ibadah haji pada tahun ini, di samping mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawaipegawai dan kakitangankakitangan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di dalamnya.
Perbankan Islam NBD berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Masri Osman
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan II (Kedua), hadir di Majlis Doa Selamat Bagi Bakal-Bakal Jemaah Haji Kementerian Kewangan.
Tiga bidang utama bantu negara berdaya tahan
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
AHLI Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki semasa membentangkan kertas kerja bertajuk 'Cabaran Badan Penasihat Syariah di Era Globalisasi'.
JERUDONG, Khamis, 3 Ogos. Badan-badan Penasihat Syariah di institusi-institusi kewangan Islam hendaklah menyusun strategi mengikut hukum Syarak bagi penggunaan ICT di antara pelanggan dengan institusi
kewangan Islam di negara ini. Perkara ini dinyatakan oleh Ahli Lembaga Pengarah Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Dato Seri Setia Awang Haji Metussin bin Haji Baki semasa mengupas pembentangannya bertajuk 'Cabaran Badan Penasihat Syariah di Era Globalisasi' dalam Muktamar Kewangan Islam Brunei Darussalam 2017 pada Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Pada peringkat AMBD, katanya telah tertubuh satu badan penasihat Syariah yang dikenali dengan 'Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah' yang ditubuhkan khas di bawah Artikel 83(3) dalam Perlembagaan Brunei Darussalam. Dari itu, peranan lembaga tersebut, jelasnya sama dengan Majlis Penasihat Syariah (MPS)
di Bank Negara Malaysia. ''Di Brunei Darussalam, Alhamdulillah tiada kes perbankan Islam dihadapkan ke mana-mana mahkamah-mahkamah,'' ujarnya. Pada sesi seterusnya, Penolong Profesor Kanan, Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Hakimah binti Yaacob, selaku moderator pula antara lain membincangkan maksud sebenar patuh Syariah dan pelaburan Islam yang dibenarkan, selain piawaian kebangsaan dan cabaran ke arah membawa hala tuju kepatuhan Syariah dalam saham pelaburan. Ahli-ahli panel terdiri daripada Pakar Kewangan Islam Development Bank, Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, Dr. Mohd. Aidil Yusrie bin Shari serta Naib Presiden, Pejabat Presiden dan Ketua Kumpulan Eksekutif, Permodalan National Berhad, Malaysia, Dr. Ahmad Basri bin Ibrahim juga Timbalan Pengarah Syariah, Securities Commission, Malaysia, Dr. Md. Nurdin bin Ngadimon.
FORUM pada Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) yang disampaikan oleh ahli-ahli panel di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club.
PROFESOR Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Dr. Abdul Ghafar bin Ismail semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Sustainable Development Goals and Islamic Finance'.
TIMBALAN Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan), Employees Provident Fund Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Mohamad Nasir bin Ab. Latif dalam pembentangan bertajuk 'Simpanan Syariah : EPF Malaysia's Experience'.
JERUDONG, Khamis, 3 Ogos. - Matlamat utama SDG (Social Development Goals) adalah untuk menamatkan kemiskinan, melindungi planet ini dan memastikan kesejahteraan bagi setiap orang. Setiap matlamat tersebut mempunyai sasaran khusus yang perlu dipenuhi pada tahun 2030, yang mana menggantikan Matlamat Pembangunan Milenium (The Millennium Development Goals) pada tahun 2015. Profesor Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Profesor Dr. Abdul Ghafar bin Ismail semasa membentangkan kertas kerjanya bertajuk 'Sustainable Development Goals and Islamic Finance' pada Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 - BIIS2017). SDG juga, tambahnya menyediakan peluang kewangan Islam untuk mentakrifkan peranan mereka berkaitan dengan pemberdayaan orang contohnya, kewangan sosial dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS); pembangunan
sosioekonomi contohnya perkongsian keuntungan dan kemiskinan juga instrumen kewangan Islam seperti sukuk hijau - pembiayaan hijau dan pelepasan karbon melalui pelaburan mampan serta bertanggungjawab. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Pelaburan), Employees Provident Fund Malaysia, Yang Berbahagia Dato' Mohamad Nasir bin Ab. Latif pula dalam pembentangan bertajuk 'Simpanan Syariah : EPF Malaysia's Experience' menjelaskan tentang ciri-ciri Simpanan Syariah, yang mana dibukakan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara bagi memilih simpanan berkenaan. Katanya, Simpanan Syariah merupakan satu inisiatif KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah dan lembaga KWSP yang telah dilantik dan diamanahkan untuk bertindak bagi mengawasi pengurusan juga pelaburan simpanan KWSP mereka mengikut prinsip Syariah.
10
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
11 bakal jemaah haji KKBS diraikan
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menyampaikan sumbangan derma kepada seorang pegawai dari KKBS yang akan menunaikan fardu haji.
Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Azmah Haji Ahad
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Derma dan Doa Selamat bagi pegawai serta kakitangan kementerian
berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan Fardu Haji pada tahun ini. Seramai 11 bakal jemaah haji diraikan dalam majlis tersebut yang diadakan di surau kementerian berkenaan.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Sumbangan Derma dan Doa Selamat bagi pegawai serta kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan di bawahnya yang akan menunaikan fardu haji.
Hadir selaku tetamu kehormat sekali gus menyempurnakan Penyampaian Sumbangan Derma, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Majlis dimulakan dengan Solat Sunat Hajat Berjemaah dan Ratib Al-Attas, disusuli dengan bacaan Doa Selamat dan Tazkirah yang disampaikan oleh Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Ajak dari
Lawatan muhibah Ketua Turus Pertahanan, RTARF
Pusat Da'wah Islamiah (PDI). Tazkirah antara lain menyentuh mengenai keistimewaan menunaikan ibadah haji, yang mana setiap tahun beribu-ribu umat Islam memenuhi Kota Mekah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah haji. Bagi yang berkemampuan, ini adalah satu peluang bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima. Tambahan pula, kita sering mendengar cerita-cerita menarik
semasa menunaikan haji atau umrah, selain ganjaran hebat daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap KKBS, Datin Paduka Dr. Hajah Norlila binti Dato Paduka Haji Abdul Jalil dan Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad serta pengarah-pengarah, pegawaipegawai kanan dan pegawaipegawai serta kakitangan di bawahnya.
Tenaga pakar tingkatkan produk, perkhidmatan kewangan Islam Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (kanan) semasa menerima kunjungan daripada Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth.
Oleh : Khartini Hamir Foto : Hamzah Haji Mohidin
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Kementerian Pertahanan menerima lawatan muhibah daripada Ketua Turus
Pertahanan (Chief of Defence Forces), Angkatan Bersenjata Diraja Thailand (RTARF), Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong
PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd. Tawih bin Abdullah (kiri) bersalaman bersama Chief of Defence Forces, Royal Thai Armed Forces, Tuan Yang Terutama Jeneral Surapong Suwana-Adth.
Suwana-Adth yang berada di negara ini selama dua hari bermula 2 hingga 3 Ogos 2017. Sejurus tiba di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison, TYT Jeneral Surapong Suwana-Adth memeriksa kawalan barisan kehormatan yang terdiri daripada anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB). TYT kemudiannya mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak merakamkan penghargaan mereka terhadap hubungan persahabatan yang lama dan erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Thailand, khususnya dalam bidang pertahanan di antara Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan Royal Thai Armed Forces. Pada acara yang berasingan, TYT juga mengadakan kunjungan hormat kepada Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Mohd Tawih bin Abdullah.
PENGARAH Urusan, AMBD selaku Pengerusi CIBFM, Awang Yusof bin Haji Abd. Rahman semasa menyampaikan ucapan alu-aluan.
JERUDONG, Khamis, 3 Ogos. Peningkatan sumber tenaga pakar dan profesional dalam kewangan Islam bukan hanya tertumpu kepada pakar-pakar Syariah sahaja, malahan pakar-pakar kewangan Islam dalam bidang lain seperti pengurusan, perundangan, audit, ekonomi, pelaburan, aktuari dan sebagainya. Pengarah Urusan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Awang Yusof bin Haji
Abdul Rahman berkata demikian pada Muktamar Kewangan Islam Brunei Darussalam 2017 sempena Persidangan Pelaburan Islam Negara Brunei Darussalam 2017 (Brunei Darussalam Islamic Investment Summit 2017 BIIS2017) yang berlangsung di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Hotel & Country Club, di sini. Dengan kepakaran dari komponen-komponen tersebut, jelasnya akan berkembangnya lagi inovasi produk dan perkhidmatan kewangan Islam yang memenuhi Maqasid Syariah secara menyeluruh, sekali gus mewujudkan kedayatahanan dan ketulenan sistem kewangan Islam yang komprehensif dan mampan. Selaras dengan Brunei Darussalam Financial Sector Blueprint, AMBD, tambahnya telah menyediakan inisiatifinisiatif tertentu, antaranya program Profesional Fiqh Muamalat yang ditawarkan oleh Pusat Perbankan, Kewangan dan Pengurusan Islam (CIBFM) dan disokong oleh Lembaga Penyeliaan Kewangan Syariah. Justeru itu, Awang Yusof berharap alumni bagi program berkenaan akan terus menyokong dan terlibat sama di dalam membangunkan kepakaran dalam industri kewangan Islam serta mewujudkan kerjasama dan perkongsian kepakaran dengan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
11
Khatam Al-Quran 71 KHEU pesambah istimewa buat raja Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (dua, kiri) hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) merupakan pesambah istimewa untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-71 Tahun, 2017.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) merupakan pesambah istimewa untuk Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda Ke-71 Tahun, 2017. Pembacaan 30 juz itu disertai seramai 2,130 warga KHEU, iaitu 1,380 peserta lelaki dan 750 perempuan. Ini juga termasuk penyertaan daripada para pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Majlis
PEMBACAAN 30 juz itu disertai seramai 2,130 warga KHEU, iaitu 1,380 peserta lelaki dan 750 perempuan termasuk penyertaan daripada para pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
berlangsung di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah. Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman. Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, Setiausaha Tetap KHEU, Dato Seri Setia Awang Haji Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yussof, pegawai-pegawai kanan serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin diikuti dengan pembacaan ayat Al-Quran bermula dari Surah Ad-Dhuha hingga An-Naas daripada para peserta khatam. Disusuli dengan bacaan Takhtim daripada para pegawai Jabatan Pengajian Islam (JPI) dan diteruskan dengan bacaan Doa Khatam yang dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Mudim Haji Suhaili bin Haji Kalong. Majlis diserikan lagi dengan Persembahan Dikir Marhaban daripada pegawai-pegawai JPI. Majlis diselajurkan dengan Doa Selamat bakal jemaah haji bagi 48 warga KHEU yang dibacakan oleh Pemangku Pegawai Ugama Kanan di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Awang Haji Haris bin Suboh.
Brunei - Singapura bincang program kerjasama pendidikan Oleh : Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman
DELEGASI dari Kementerian Pendidikan Singapura (kiri), sementara gambar kanan, Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh (empat, kanan) hadir pada Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama di antara Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Pendidikan Singapura.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Standard literasi dan numerasi kebangsaan yang dilaksanakan sebagai usaha bagi memperbaiki tahap literasi bahasa Inggeris dan numerasi dalam kalangan pelajar sekolah, selain membantu melengkapkan diri mereka dengan pendidikan berperingkat tinggi merupakan antara perkembangan terkini
dalam pendidikan. Perkara tersebut antara yang disentuh oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Mohd. Salleh semasa mempengerusikan bersama Mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama di antara Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam dan Kementerian
Pendidikan Singapura, berlangsung di Hotel Radisson di ibu negara. Manakala itu, Kementerian Singapura pula mengongsikan perkembangan terkini mengenai pendidikan serta inisiatif yang berterusan dalam mendukung pendidikan holistik yang dibentangkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan
Singapura, Puan Chan Lai Fung, selaku Pengerusi Bersama. Mesyuarat yang diadakan setiap tahun itu menjadi 'platform' dalam membincangkan programprogram kerjasama dan aktiviti pendidikan bagi sama-sama mengetahui kemajuan pendidikan terkini. Mesyuarat kali ini juga
membentangkan laporan mengenai inisiatif kumpulan kerja bersama, umpamanya Program Kepimpinan Sekolah Brunei Singapura. Para delegasi Kementerian Pendidikan Singapura juga berpeluang melawat ke dua buah sekolah, iaitu Sekolah Menengah Katok dan Sekolah Rendah Pusar Ulak, di sini.
HARI SABTU 7 JANUARI 2017
12
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Lawatan kerja ke tapak perusahaan pertanian dan perikanan Daerah Belait
AHLI-AHLI Yang Berhormat MMN ketika menyertai program lawatan kerja yang diselenggarakan oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait (kiri). Sementara gambar kanan Ahli-Ahli Yang Berhormat diberikan taklimat mengenai ladang ternakan udang air tawar dalam kolam kepunyaan Syarikat Usaha Tani Deli Duman yang terletak di Kampung Rampayoh.
BELAIT, Rabu, 2 Ogos. Program lawatan kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan diteruskan lagi yang tertumpu kepada tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait. Seramai 12 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat MMN telah menyertai program lawatan kerja yang diselenggarakan oleh pihak Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) iaitu Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Awang Haji Hasrin bin Dato
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Ihsan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Paduka Awang Haji Sabtu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Putera Maharaja Dato Paduka Awang Haji Abdul Ghani bin Pehin Datu Pekerma Dewa Dato Paduka Awang Haji Abdul Rahim, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon, Yang Berhormat Awang Naim bin Awang Haji Kamis, Yang
Berhormat Awang Haji Tahamit bin Haji Nudin, Yang Berhormat Awang Haji Mohaimin bin Haji Johari @ Jahari, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji Osman @ Othman, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Awang Mohd. Siput, Yang Berhormat Awang Haji Abdul Wahab bin Apong dan Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Awang Haji Lahit. Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Setiausaha Tetap,
Ahli MMN lihat perkembangan industri tempatan BELAIT, Rabu, 2 Ogos. - Lawatan kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke tapak-tapak perusahaan pertanian dan perikanan dihasratkan akan dapat memberikan peluang kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan untuk mengetahui pembangunan dan perkembangan industri-industri pertanian dan perikanan di negara ini, Di samping, akan mendapatkan gambaran serta maklumat-maklumat yang bermanfaat untuk disampaikan kepada penduduk-penduduk dan pihakpihak yang berkepentingan di dalam kawasan pengawasan pihak Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan. Sehubungan itu, ladang Syarikat Kanglin Hidroponik Farming di Kawasan Kemajuan Pertanian Sungai Liang juga tersenarai dalam program lawatan Ahli-Ahli Yang Berhormat ke Daerah Belait. Ladang yang berkeluasan 2.8 hektar ini diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran menggunakan sistem hidroponik dan pada tahun 2015, syarikat ini telah dapat mengeluarkan hasil sayur-sayuran sejumlah 82.32 tan metrik, manakala sehingga bulan Jun 2017 syarikat ini telah menghasilkan sayur-sayuran lebih dari 28.00 tan metrik. Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan, syarikat ini telah mengintegrasikan tanaman sayursayuran berkenaan dengan tanaman buah-buahan dan pelbagai tanaman yang telah dapat mengeluarkan hasil lebih dari 6.70 tan metrik buah-buahan dan pelbagai tanaman pada bulan Januari hingga Jun 2017 di mana sasaran pengeluaran hasil bagi tanaman pelbagai sayur dan buah-buahan adalah berjumlah 96.93 tan metrik pada tahun 2017, dan kira-kira 170.45 tan metrik menjelang tahun 2020 dan hasil-hasil syarikat berkenaan dipasarkan ke pasaraya-pasaraya tempatan seperti Supasave, Mega Mart, Hua Ho Department Store, Giant TMC (B) Sdn. Bhd., dan sebagainya.
Lawatan rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat berakhir di Brugoat Farming and Trading Sdn. Bhd., bertempat di Kampung Gana, Sungai Liang di mana syarikat ini mula bergiat dengan perusahaan ternakan kambing (jenis Boer dan Dorper) secara fidlot di tapak seluas 2.10 hektar pada tahun 2015. Pada awal Disember 2015, syarikat ini mula membawa masuk kambing jenis Boer dan biri-biri jenis Dorper dari Australia sebanyak 1,300 ekor untuk dijadikan baka ternakan dan pembiakan di ladang berkenaan dan pada 2016 hanya terdapat sebanyak 1,920 ekor kambing (767 ekor kambing Boer dan 1,153 ekor kambing Dorper) manakala pada tahun 2017 ini, bilangan stok ternakan kambing di ladang ini telah meningkat kepada 2,338 ekor kambing (885 ekor kambing Boer dan 1,453 ekor kambing Dorper) dan yang mana syarikat ini berhasrat untuk mengeksport 100 ekor kambing jenis Dorper keMalaysia pada tahun 2017 ini. Dalam program lawatan, Ahli-Ahli Yang Berhormat juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengusaha-pengusaha pertanian dan perikanan bagi mengetahui pembangunan ladang-ladang dan peluang-peluang dalam mengembangmajuan lagi perusahaan mereka. Di samping itu, program lawatan kerja ini juga akan dapat mempromosikan peluang-peluang pelaburan dan perniagaan yang terdapat dalam industri-industri pertanian dan perikanan untuk disampaikan kepada pelabur-pelabur tempatan dan luar negeri oleh Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan nanti. Lawatan kerja tersebut bertujuan untuk mengetahui dengan lebih dekat berhubung dengan pembangunan dan perkembangan industri pertanian dan perikanan yang terdapat di Daerah Belait, khususnya di Mukim Labi dan Mukim Sungai Liang, yang dimajukan secara komersial oleh pengusaha-pengusaha berkenaan ke arah membantu usaha-usaha bagi mempelbagai ekonomi negara.
KSSUP, Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin serta PegawaiPegawai Kanan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dan Jabatan Perikanan, KSSUP. Rombongan tersebut mula-mula dibawa melawat ke ladang ternakan udang air tawar dalam kolam kepunyaan Syarikat Usaha Tani Deli Duman yang terletak di Kampung Rampayoh. Ladang seluas lima hektar ini mula diusahakan pada tahun 1994 bagi ternakan udang air tawar (Giant Freshwater Prawn) / Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii), yang mana syarikat ini mempunyai kolam-kolam ternakan bagi penghasilan udang, dan pada masa yang sama, dengan tunjuk ajar dari pihak Jabatan Perikanan, syarikat ini juga berupaya mengusahakan penetasan bagi penghasilan anak-anak udang galah sendiri. Pada tahun 2015, syarikat ini telah menghasilkan sejumlah 0.191 tan metrik udang galah, manakala pada tahun 2016 syarikat ini telah berjaya menghasilkan sejumlah 0.619 tan metrik udang galah; iaitu peningkatan sebanyak 224 peratus dari tahun sebelumnya dan sasaran pengeluaran adalah sejumlah 7 tan metrik bagi tahun 2017, serta syarikat ini berpotensi untuk menghasilkan sebanyak 16 tan metrik udang galah setahun dan 720,000 benih udang galah setiap tahun menjelang tahun 2020 nanti. Bagi mengetahui perkembangan
pengeluaran telur ayam di Daerah Belait, Ahli-Ahli Yang Berhormat telah dibawa meninjau ke ladang ternakan ayam penelur kepunyaan Syarikat Golden Chick Livestock Farm di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sungai Petai. Ladang ini mula dimajukan pada tahun 2015 dengan kaedah teknologi tinggi dan sistem reban tertutup yang mana penternakan ayam penelur menggunakan sistem tertutup. Ia berupaya menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan kapasiti sebuah reban sehingga boleh memuatkan 26,000 ekor ayam, berbanding reban ayam secara konvensional. Dengan suhu reban yang terkawal dan kawalan penyakit yang lebih baik dapat menjamin penghasilan kualiti dan kuantiti telur ayam segar di negara ini, di samping membuka peluang bagi pasaran eksport yang lebih luas. Pada bulan Januari hingga Jun 2017, syarikat ini telah mencatat hasil pengeluaran telur ayam segar lebih dari 22,901,950 biji dan pada masa ini, pihak syarikat berkenaan sedang membuat perbincangan dengan pihak berkepentingan di Republik Singapura bagi pengeksportan telur segar ke republik berkenaan serta bagi memenuhi keperluan eksport, syarikat ini telah merancang untuk membina 6 buah reban baharu yang mana akan berupaya untuk mengeluarkan hasil telur ayamsegar sebanyak 450,000 biji setiap hari.
KAMBING jenis Boer dan biri-biri jenis Dorper dari Australia yang diternak oleh Syarikat Brugoat Farming and Trading Sdn. Bhd., bertempat di Kampung Gana, Sungai Liang.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
13
Australia - Brunei kukuhkan hubungan pertahanan dua hala
TIMBALAN Menteri Pertahanan, Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit semasa menerima kunjungan Timbalan Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Australia, Laksamana Ray Griggs.
Siaran Akhbar dan Foto : Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Australia dan Negara Brunei Darussalam mengulangi lagi komitmen kedua-dua buah negara untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala dengan lawatan dua hari daripada Timbalan Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Australia ke negara ini. Menurut Siaran Akhbar
Suruhanjaya Tinggi Australia di Negara Brunei Darussalam, Timbalan Laksamana Ray Griggs, yang dalam rangka lawatan ke negara ini pada 1 hingga 2 Ogos, menekankan akan nilai-nilai yang diletakkan oleh Australia dalam hubungan pertahanannya dengan Negara Brunei Darussalam melalui kerjasama pertahanan dua hala yang erat dan terjalin lama.
TIMBALAN Ketua Pertahanan Angkatan Tentera Australia, Laksamana Ray Griggs semasa melawat ke Tugu Peringatan Brunei Australia di Pantai Muara.
Semasa lawatannya, beliau mengadakan kunjungan kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar; Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Laksamana
Pertama Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad dan Timbalan Pemerintah di Markas Tentera Bersama (Joint Force Headquarters), Kapten Yusuf Masron, RBN. Dalam ucapan dua halanya bersama pegawai-pegawai kanan, Timbalan Laksamana Ray Griggs juga membincangkan mengenai cabaran-cabaran utama menangani keganasan dan peranan yang dimainkan oleh para tentera, termasuk isu-isu keselamatan serantau seperti konflik berlarutan di Filipina selatan dan
perkembangan Laut China Selatan. Selain melawat Pangkalan TLDB dan Muzium ABDB, Timbalan Laksamana Ray Griggs juga melawat tugu peringatan Brunei - Australia di Pantai Muara. Tugu Peringatan tersebut memperingati Allied Landings yang diterajui Australia yang membebaskan Brunei dari pendudukan Jepun pada bulan Julai 1945 dan merupakan tapak peringatan tahunan Hari ANZAC yang diadakan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Brunei.
Doa Selamat bagi bakal jemaah haji PDB Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
GADONG, Khamis, 3 Ogos. Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengadakan Majlis Doa Selamat bagi Pegawai Kanan dan Anggota Pangkat Rendah Pasukan PDB yang bakal menunaikan Fardu Haji Tahun 1438 Hijriah / 2017 Masihi, bertempat di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah
Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid. Atur Cara diisikan dengan Solat Sunat Hajat Berjemaah yang diimamkan oleh APO Sgt. 6472 Mohamad Yusri bin Haji Abu Bakar dan Doa Selamat dibacakan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis
Gadong, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pg. Haji Matahir. Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Mohd. Irwan bin Haji Hambali dan isteri selaku bakal jemaah haji juga kepada 18 bakal jemaah haji yang lain. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, pegawai-pegawai kanan serta ahli anggota pangkat rendah PDB.
Pertandingan keselamatan siber tekankan kepentingan keperluan pakar maklumat Siaran Akhbar : ITPSS Sendirian Berhad
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Pertandingan keselamatan siber tahunan, edisi ketiga 'Cyber Battle: Capture The Flag' yang akan diadakan pada bulan September tahun ini bermatlamat untuk menekankan betapa pentingnya kepentingan keselamatan siber dan keperluan bagi kepakaran dalam bidang keselamatan maklumat di Negara Brunei Darussalam. Pertandingan penggodaman komputer yang dianjurkan oleh firma keselamatan IT tempatan,
ITPSS Sendirian Berhad dihasrat akan menjadi satu latihan pendidikan yang memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menjadikan kepakaran dalam keselamatan maklumat sebagai satu profesion. Kali ini, 'Cyber Battle: Capture The Flag' disokong oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang akan menjadi tuan rumah pusingan akhir pertandingan tersebut sebagai sebahagian daripada Minggu Sains dan Teknologi UTB. Tiga
pasukan teratas akan berentap bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak BND7,500 yang akan diberikan cabaran berdasarkan senario IT sebenar mengikut gaya Jeopardy Cybersecurity 'dapatkan bendera'. Penyertaan dibukakan kepada warganegara Brunei Darussalam dengan syarat berkumpulan, terdiri daripada dua atau tiga orang ahli. Tiada had umur dan pendaftaran adalah percuma. Tarikh tutup pendaftaran ialah 28 Ogos 2017. Bilangan pasukan adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itpss.com/cyberbattle2017.
PESURUHJAYA Polis, Dato Paduka Seri Awang Haji Mohd. Jammy bin Haji Muhd. Shah Al-Islam menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji.
ANTARA yang hadir pada majlis berkenaan.
14
IKLAN
HARI SABTU 5 OGOS 2017
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI DIBUKA KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG YANG BERDAFTAR DALAM KELAS : II & III KATEGORI : KA01 SAHAJA
' '
+(, "
! & # $ <
0% : 1 "? 1 - 50/-
= &
27/- ( /(/:57 (2 /7/-6/- * 0 %20(27 ( %/6 26/4/ /-66 / /-6(/ 02-*/" 20 / 26/4/ */(/( /-6/- /4/ / 5(/ 7 * 0/ / %05-2 207 -*5-6/- / 5 /"5-
% & $ ("2*- 7 ( 1 > ; ; 2 / /-6/- 7/ 5 20" / /- '72*' %/05 20 / (20 /1(20 / 20/ /7/- 57 /- /0 /7 / :5** 2- % & ; ("2*- % 2 2= > . $ %-*, # # ! &
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BILANGAN TAWARAN : MOFAT / 001 / PENT / SKM / 2017 3 1 3 $ #! $%&%'%
'' 2 %2(/7(/%/"/- %/)//- */- 50/ ("/%/0 2 / /- */- 75/0 -2620 5- 5( (2 2- 20 /- "/7 2"4/7 75/0 -2620 */- 20*/6/-6/-'' (! $ )%$* +#, $% * -! ) ) . % #/ 0 #1
!
6 $
,
"
39!99
+
0% : 0 ) 0) 1 1 ( - 0/( 2 %2(/7/*/- 2 / /-6/- /./0 5%272 --20 5%2 0 :7/ /-* 4"227 %/7/-) -6 %/6 0 (/7 / 5(/- 7 * 0/ / %05-2 5- 5( 2 " 6/ , /"56 $
,
"
#99!99
+
#! *
5 ! & # ! & % $ ! ; ! &
6 # ( # ; @ , , ! # ; @ , (! $
# & $ ; & @ 6 "/- /0 (2 /7/ / 7 ! $ ( ' & ! # 7 + & % ! # & % % # % $ - % * & -! 6 + ,
4/-6 5-/
+ ,! !
5!99 % ( $ % $ ! ; ! & * ; % & 6 #
2! + , " % 7/-6/- /4/0/- :/ 2- ( (2 2- 20 /- "/7 2"4/7 75/0 -2620 */- 20*/6/-6/'' 2 %2(/7 %/"/- %/)//- */- 50/ ("/%/0 2 / /*/- 75/0 -2620 ''
" 2-6205 72 %/6/ /4/0/- (2) 7 (2 2- 20 /- "/7 2"4/7 75/0 -2620 */- 20*/6/-6/ /7/- 5% ( %/-*/0 20 %26/4/- %* -26/0/ %05-2 */05 /7/ 3! $
$ + , $ 4 ) ) & ; ! $ ! /! %-*
! 1! ! #! ( " & 2 $ & 7 - # # & ! - % * & 5! 6 ) ) 6 ! 7! 8 "
JABATAN PERBENDAHARAAN KEMENTERIAN KEWANGAN
PEMBERITAHUAN SEBUT HARGA BILANGAN SEBUT HARGA : JPKK / JKSH1718 - QTN.15 / ADM TAJUK SEBUT HARGA : MEMBEKALKAN 5,700 BUAH KUPON TOL JAMBATAN RASAU BERNILAI BND3.00 BAGI JABATAN PERBENDAHARAAN ! " ! " ! ! # $ %& ' % ( ( $ )
$ & * + %%, - % * & ./0/ 1 ./0/ 2-.20 //- ! &
( 3 ! $ %& ' % ( ( $ # # &
! # ! & # # 2 /4/0/- 2%5 "/06/ /%/ / 20%2-*/"/0//-
" 2-6205 /4/ /-(5/ / 2%5 "/06/ /%/ /- 20%2-*/"/0// -6(/ 420 %7 )( %/-65-/(2 2- 20 /- (24/-6/) -42/7 " *0 82 /7/(2%/-6 //- %%, -26/0/ %05-2 */05 /7/
IKLAN
HARI SABTU 5 OGOS 2017
KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
! " # $ $ ' ' ' ' ! " #
, ,$,0,"
2/2 / , #," 2/"1 ," ,0 3/"#/0,2, , / /0 , " /"# # ," #," ,1/" , " /2 /", ,2 ," /2, / ,$, # :,"1 2, , 2 , ,# , /0 ,1 "#, ," #," :,"1 # /0 ," "/1,0, 0 "/ #,0 , ,2 2/", , ,
5 : ,"# #/ </0 5 </" 0 =50 ,0 3 ," =052 /# 3, 5" " 5" ,"# 5 /0 ,1/"3 / " 35" 3 5" $ / 15 #/" // 5= / ,33/ 5" 5
/ 05"/ 5= 2, / : ,# , /0 ,1 "#, ," , , ,", 5 , 2 ' >>,## " $,##, , ," ,"# :,"1 # /0 ," 5= 0 "/ #,0 , ,2
:,0, ,2 , ," . /2/" ,0: /02
) 1
$ ! 2
3 %&(( &)* 2 &)* +&((
%&(( (&((
% # & # #
# ',' - 4# $ 2 ',' ! 5 # $ " #
' # . " ) ( 6 # )
$
% ) * * / ,$,0," % # LEMBAGA TAWARAN NEGARA TINGKAT 1,BANGUNAN ! KEMENTERIAN KEWANGAN,
COMMONWEALTH DRIVE, % #
JALAN KEBANGSAAN # # # "/1,0, 0 "/ #,0 , ,2&
+
"
% " ! 3 # 4 "
# " ,
' ) 2 # 1 2 1 - ! ! . / ! / ) . &) #
( 5 ) )
! & ! 1 0 # & 3
# # !
! ! " & +
,$,0,"
,"1," ,$,0,"
25/ . . 6 . 6( 7 6( % 8 9 ,:,0," : 0," / #5 2/"
"#*&(( ,:,0," : 0," ,$,0,"
"#*(&(( 8 #, # /2 , ,"9 , )
,0 7 515 6( 7 2 8 #, /$, ,2 6&(( / ,"19 2
,0 ,0 , 2,
* 515 6( 7 8 ,2 ;&(( ,1 9
/2 , "1 , ; , , ," / 5 , / 5 , 5"1 2 "1
15
KENYATAAN TAWARAN BILANGAN TAWARAN : 30 / JULY / 2017 / KKBS / PJK / 16.105 / 2 TAJUK TAWARAN : PEMBERIAN PERKHIDMATAN PENGAWAL KESELAMATAN TEMPOH DUA BELAS (12) BULAN UNTUK KEM LATIHAN PROGRAM PERKHIDMATAN BAKTI NEGARA (PKBN) KAMPUNG BATU APOI DAERAH TEMBURONG NEGARA BRUNEI DARUSSALAM (RETENDER) BILANGAN TAWARAN : 36 / JULY / 2017 / KKBS / PJK / 16.14 (7) TAJUK TAWARAN : UPGRADING PABX SYSTEM AND GENERAL MAINTENANCE OF PABX FOR A PERIOD OF TWELVE (12) MONTHS FOR MINISTRY OF CULTURE, YOUTH AND SPORTS, BRUNEI DARUSSALAM (RETENDER) 7 8 . & 1 # # & # # # ) )# ) / 3 ) ) ! ) )! )
)# .
! ) ,+ .# # # ! $ $ ! ! $ $ ""(& +$ 5 ! $ . 1 ) # ) ) !
9 )
7 $ : ; $ !
! $
$ ""(& +$ 5 ! $ . "#+(&((
# #
1
? ! ++- 7 % ( " # & 8 /0$,0", 0 9& )
)
< 9
* / 1 ) ! ! $ $ ""(& + 5 ! $ , 0 . *
% 5 6( 7 @ 6&(( &
#
* 5 6( 7 @ &(( &
JABATAN PENERBANGAN AWAM KEMENTERIAN PERHUBUNGAN
& '' / 05< 5" 5" 5"/ " 8-A-9 6 ((( 0/ 1 0/,3 /A /"#, / 00/
8 0/ 9 , 0 50 0/ 3 / B = 0/ = 1 "1 </ 3 /''& & # # 1 # # $ * '' / 05< 5" 5" 5"/ "
8-A-9 6 ((( 0/ 1 0/,3 /A /"#, /
00/ 8 0/ 9 , 0 50 0/ 3 / B = 0/ = 1 "1 </ 3 /''
6 ! 6( 7 ! /"1/0 /2 ,1,
,$,0," /3 /2/" /0 ," /0 "1," , ," 2/" /0 / ,0 +; ( "/1,0, 0 "/ #,0 , ,2 " & 5 :
! 2 00 ) $ 6 ! 6( 7 &
!
6 ! 6( 7
% .# & # # # ! $ $ < ) 5
) $ . & ! "#*((&(( 8 9
"#*&(( 8 9
& '' / 05< 5" 5" 5"/ " 8-A-9 6 ((( 0/ , 0 50
0/ 3 / B = 0/ = 1 "1 </ 3 /''&
' ) # # ) ! ) # : $ 5 )
$ . *
& # # 1 # # $ *
3# * =(+" ""0 % (" 1 ("" > * =(+" ""%++(
#3, . ,= . 0/ . 6( 7
'' / 05< 5" 5" 5"/ "
8-A-9 6 ((( 0/ , 0 50 0/ 3 / B = 0/ = 1 "1 </ 3 /''
#3, . ,= . = . 6( 7
!
( ! ! . / / )
. &)
. & + < & # *
16
RENCANA
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Bukan mudah meraih anugerah ! " # # $ %
& &
'
'
' # ( ) % ' # ' '
& # * ! # $ ' '
% + & $ , -# .
# /0
% # ''2
% '
# 2
' ' ' , $ #'' # $ # 2
Oleh: Norliah binti Md. Zain Foto: Jabatan Penerangan dan Ihsan
# . 0 3
4
05
# 6
3
#
! '
% % & $ # 2 ' % # $ % %
) # 2
% ' $ 2 ) & # 7
+ ' % $ # '
+ # '
# . 0 # 2
' % $ # * " 0
%
# '
%
# ''$ '' & ''
#
%
' % # "
2 (
''' % # %
%
#
BERGAMBAR bersama kanak-kanak Islam Kemboja di kampung mereka.
BERSAMA seorang penduduk Islam di Kemboja.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan Anugerah Belia Berkhidmat kepada Awang Haji Muhammad Iqbal Fakhri bin Haji Damit pada Majlis Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12 Tahun 2017.
AWANG Haji Muhammad Iqbal Fakhri bergambar kenang-kenangan bersama kanak-kanak Islam di Kemboja.
AWANG Haji Muhammad Iqbal Fakhri bersama adik dan rakan ketika berada di Kemboja.
BELIAU turut disertai oleh adik beliau dan rakan-rakan rapat.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
17
KKC terap nilai kerja berpasukan
TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara KKC peringkat Kementerian Pembangunan Kumpulan PGS1617 dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif.
Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
BERAKAS, Rabu, 2 Ogos. Ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, diseru supaya akan dapat melipatgandakan usaha yang positif serta komitmen yang tinggi
dari pegawai atasan adalah sangat mustahak dan penting dalam menyahut usaha dan panggilan ke arah mempertingkatkan kualiti kerja dan perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan
KUMPULAN PGS1617 dari Jabatan Ukur menjuarai Konvensyen Kerja Cemerlang peringkat Kementerian Pembangunan dengan projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif.
dalam mencapai matlamat kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini. Seruan tersebut dibuat oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah dalam ucapan beliau yang telah dibacakan oleh Timbalan Menteri
Brunei tuan rumah SEASC 2017
Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku wakil peribadi di Majlis Konvensyen Kerja Cemerlang (KKC) yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, di sini. Menurut Yang Berhormat, penggunaan kaedah KKC dipercayai boleh menyemai dan menerapkan nilai-nilai kerja berpasukan serta dapat mengekalkan konsep syura atau permuzakarahan dalam menjalankan dan melaksanakan kerja-kerja harian dan diyakini akan menyumbangkan kesan positif serta pembaikan berterusan pada tahap individu, kumpulan dan organisasi secara keseluruhan. Pada majlis tersebut turut menyaksikan sebanyak 6 tajuk-
tajuk projek dibentangkan mewakili Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Ukur. Sementara itu Kumpulan PGS1617 dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Peta Banjir Yang Kurang Komprehensif, telah diumumkan sebagai juara KKC peringkat Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya diikuti dengan Kumpulan MU@KAD dari Jabatan Ukur di tempat kedua, dengan tajuk projek Peta RSO Yang Tidak Memenuhi Kehendak Pelanggan dan di tempat ketiga, Kumpulan 3GS dari Jabatan Ukur dengan tajuk projek Kesukaran Dalam Pengendalian Peralatan Komputer. Para pemenang juga menerima hadiah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat.
DARI kiri Pemangku Penolong Juruukur Agung, Pengiran Hajah Hasnaliati binti Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin selaku Setiausaha Bersama; Presiden B.I.G, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Metasan selaku Pengarah Kongres; Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim selaku Pengerusi Kongres; Setiausaha B.I.G, Awang Haji Mahadi bin Haji Md Tahir selaku Setiausaha Bersama dan Pemangku Timbalan Juruukur Agung, Awang Arefin bin Haji Jaya selaku Timbalan Pengarah Kongres pada sidang media Kongres Ukur Asia Tenggara Ke-14.
Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
BERAKAS, Rabu, 2 Ogos. Negara Brunei Darussalam akan menjadi tumpuan, apabila akan menjadi hos atau tuan rumah bagi Kongres Ukur Asia Tenggara Kali Ke-14 (SEASC 2017). Perkara tersebut didedahkan pada satu sidang media yang telah dipengerusikan oleh Juruukur Agung, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim selaku Pengerusi Kongres di Sidang Media yang diadakan bertempat di Bilik Hidayat, Jabatan Ukur, di sini. Antara objektif SEASC 2017 anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama B.I.G di bawah naungan ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG) ialah, untuk mengemaskini pengetahuan dan kefahaman para pakar-pakar di dalam bidang Geomatik dengan perkembangan teknologi terkini serta bagi mengeratkan kesefahaman dan kerjasama dalam penyelidikan dengan para pakar-pakar di dalam bidang Geomatik. SEASC 2017 membawa tema 'Bridging the Gap' akan diadakan bermula 15 Ogos hingga 17 Ogos 2017 di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong dan perasmiannya
akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah. Lebih 150 peserta telah mendaftar bagi mengikuti kongres yang terdiri daripada pegawai kerajaan, penuntut serta peserta antarabangsa dari Australia, Britain, China, Hong Kong, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Jepun. Sebanyak 70 kertas kerja dijangka akan dibentangkan dalam sesi serentak yang dibahagikan kepada tema-tema yang telah ditentukan antaranya, Land Administration, Falaq Syarie, Valuation & Real Estate Management, Coastal & Marine Resourve Management, Geospatial Intelligence, Local Governance, Land & Mapping dan Geovisualisation serta banyak lagi. Antara tajuk-tajuk yang bakal dibentangkan pada sesi plenari tersebut ialah, 'Bridging the Gap through MRA' yang akan disampaikan oleh Presiden B.I.G serta beberapa tajuk-tajuk menarik lainnya daripada pakar-pakar luar negara. Sementara itu dua sesi khas akan
dibentangkan memfokuskan kepada tema 'Falak Syarie' dan 'Pembangunan Tanah' yang disampaikan dalam Bahasa Melayu. Di samping itu pameran teknikal produk ukur dan pemetaan juga akan diadakan bertempat di Sutera Hall, Hotel Antarabangsa Rizqun yang turut mempamerkan teknologi ukur dan pemetaan terkini. Orang ramai yang berminat untuk ikut serta di dalam SEASC 2017 boleh mendapatkan borang pendaftaran di laman sesawang rasmi kongres di alamat www.seasc2017.org atau menghubungi pihak sekretariat, Dayang Rafidah binti Haji Berudin di alamat emel rafidah.berudin@survey.gov.bn, telefon +673 8624045, Dayang Nor Liza binti Haji Md Daud di alamat emel liza.daud@ survey.gov.bn, telefon +673 8821963 atau Hajah Aierna binti Haji Bakar di alamat emel aierna.bakar@survey.gov.bn , +673 7141304. Tahun 2017 merupakan kali kedua negara menjadi tuan rumah kepada SEASC. Terdahulu kongres yang serupa pernah diadakan di Negara Brunei Darussalam pada tahun 2005. Kongres yang diadakan setiap dua tahun tersebut selanjutnya akan dihoskan oleh Darwin, Australia.
SEBAHAGIAN daripada Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pembangunan yang menghadiri pembentangan di Konvensyen Kerja Cemerlang (KKC).
Pertandingan keselamatan siber tekankan kepentingan keperluan pakar maklumat Siaran Akhbar : ITPSS Sendirian Berhad
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Pertandingan keselamatan siber tahunan, edisi ketiga 'Cyber Battle: Capture The Flag' yang akan diadakan pada bulan September tahun ini bermatlamat untuk menekankan betapa pentingnya kepentingan keselamatan siber dan keperluan bagi kepakaran dalam bidang keselamatan maklumat di Negara Brunei Darussalam. Pertandingan penggodaman komputer yang dianjurkan oleh firma keselamatan IT tempatan, ITPSS Sendirian Berhad dihasrat akan menjadi satu latihan pendidikan yang memberi inspirasi kepada para pelajar untuk menjadikan kepakaran dalam keselamatan maklumat sebagai satu profesion. Kali ini, 'Cyber Battle: Capture The Flag' disokong oleh Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang akan menjadi tuan rumah pusingan akhir pertandingan tersebut sebagai sebahagian daripada Minggu Sains dan Teknologi UTB. Tiga pasukan teratas akan berentap bagi merebut hadiah wang tunai sebanyak BND7,500 yang akan diberikan cabaran berdasarkan senario IT sebenar mengikut gaya Jeopardy Cybersecurity 'dapatkan bendera'. Penyertaan dibukakan kepada warganegara Brunei Darussalam dengan syarat berkumpulan, terdiri daripada dua atau tiga orang ahli. Tiada had umur dan pendaftaran adalah percuma. Tarikh tutup pendaftaran ialah 28 Ogos 2017. Bilangan pasukan adalah terhad. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.itpss.com/cyberbattle2017.
18
AGAMA / NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
Persiapan Bakal Jemaah Haji
'
!
! !
" ' ! #$%
''
! '' & (
!
)
!
" ' ' *+ %
''"
'' '
,
- %
'' # ' $ # % & $ ( ) *
* * * * ''
.
&
(
- %
'' # ' $ %
# % & $ ''
' / 0
!
'
.
1 - 2 3$ 3+
'' )
% (
+
* * * ( ''
Pesawat JASDF KC-767 tiba di Pangkalan ATUDB Siaran Akhbar dan Foto : Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam
RIMBA, Rabu, 2 Ogos. - Pesawat Angkatan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF), KC-767, tiba di Pangkalan Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei (ATUDB),
Rimba, Brunei Darussalam pada hari Khamis, 27 Julai bagi lawatan muhibah, sebelum penerbangan pulang ke Pangkalan Udara Komaki (AB).
Lawatan tersebut merupakan persinggahan KC-767 dari Djibouti, berikutan kejayaan menyiapkan misi sokongan untuk menentang lanun di Teluk Aden, di luar pantai Afrika. Mejar Shuji ONODERA selaku Ketua Delegasi, dan anak kapal dari skuadron 'tanker' 404, Wing Taktikal Airlift Pertama, Komaki AB melawat ATUDB Skuadron
Ke-15. Semasa lawatan tersebut, kakitangan dari ATUDB dan JASDF telah berpeluang untuk melawat pesawat CN235 dan KC-767 dan berkongsi pengalaman mengenai operasi mereka. KC-767 adalah kapal tangki Boeing 767 yang diubahsuai, yang dapat mengisi minyak pesawat lain di udara, dan juga boleh
mengangkut penumpang dan kargo. Skuadron ke-404 baru-baru ini telah mengambil bahagian dalam operasi pengangkut udara di Afrika dan operasi bantuan bencana di Filipina. Delegasi itu juga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Jepun di Negara Brunei Darussalam, TYT Motohiko KATO.
Latihan menembak Pasukan PDB 14 - 17 Ogos Siaran Akhbar : Polis Diraja Brunei (PDB)
DELEGASI Angkatan Pertahanan Diri Udara Jepun (JASDF) bergambar kenangan bersama Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) akan mengadakan latihan menembak menggunakan senjata dengan peluru hidup selama empat hari bermula 14 hingga 17 Ogos ini. Menurut Siaran Akhbar PDB, latihan menembak tersebut akan diadakan di Padang Tembak, PDB, Jalan Aman, Kampung Sungai Akar, Jalan Muara dan akan dijalankan bermula pada jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Sehubungan itu, pihak PDB ingin memaklumkan orang ramai yang tinggal berdekatan supaya tidak menghampiri kawasan tersebut dan tidak berasa cemas semasa latihan menembak tersebut dijalankan.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
19
Kementerian Pendidikan terima lawatan PMCAF Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
BERAKAS, Rabu, 2 Ogos. Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh menerima kunjungan daripada Pengerusi Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (PMCAF), Tuan Yang Terutama Dr. Krissanapong Kirtikara, berlangsung di Bangunan Kementerian Pendidikan, di sini. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah mengalu-alukan delegasi seramai 10 orang dari Jawatankuasa PMCAF yang dalam rangka lawatan satu hari ke negara ini. Semasa lawatan itu, Tuan Yang Terutama berkongsi maklumat terbaharu mengenai Forum Anugerah Princess Maha Chakri yang pertama baru-baru ini diadakan pada 25 hingga 29 April 2017 di Bangkok, Thailand dan Majlis Penyampaian Anugerah
Maha Putri Maha Chakri kedua yang akan diadakan pada 11 hingga 12 Oktober 2017 di Bangkok, Thailand. Turut hadir pada sesi lawatan tersebut, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Dayang Nadia Lim Siew Hoon binti Abdullah. Delegasi dari Thailand berkenaan diberikan taklimat mengenai perkembangan terkini pendidikan di Negara Brunei Darussalam daripada Pemangku Ketua Pengarah Pelajaran; Pengarah Pembangunan Kurikulum; Pemangku Pengarah Peperiksaan; Pengarah Institut Pendidikan Teknikal Brunei dan ketua-ketua unit di Kementerian Pendidikan. Anugerah Puteri Maha Chakri adalah anugerah antarabangsa kepada guru-guru yang meraih kecemerlangan dan memberikan sumbangan besar pada pendidikan dan pembangunan manusia.
Lima pasukan ke Peringkat Akhir Pertandingan BigStart Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Ampuan Mahmud Ampuan Haji Tengah
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Sebanyak lima buah pasukan terpilih ke Peringkat Akhir Pertandingan BigStart Kelima bagi Sekolah-sekolah Menengah, Maktab-maktab dan Pusat Tingkatan Enam. Sehubungan itu, majlis penyerahan wang modal kepada finalis-finalis berkenaan telah diadakan di Executive Lounge, Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), di ibu negara. Penyerahan wang modal sebanyak BND200 pada setiap pasukan finalis untuk menjalankan perniagaan selama 15 minggu itu disempurnakan oleh Ketua Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek-projek Khas BIBD, Awang Haji Minorhadi bin Haji Mirhassan, selaku tetamu kehormat majlis. Finalis-finalis yang terpilih terdiri dari pasukan Sekolah Menengah Chung Hua Kuala Belait; Sekolah St. George; Sekolah Menengah Berakas; Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali dan Pusat Tingkatan Enam Meragang. Terdahulu, Pegawai Pelajaran Kanan / Ketua Unit Akli, Jabatan Pendidikan Ko-Kurikulum, Kementerian Pendidikan, Dayang Hajah Hajidah binti Haji Abdul Wahab dalam ucapan alu-aluannya berkata, Pertandingan BigStart ini merupakan satu projek keusahawanan yang diadakan secara tahunan untuk menegakkan SPN21 dengan mendedahkan bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar. Menurutnya, aktiviti-aktiviti keusahawanan seumpama ini diharap akan menyumbang pada pertumbuhan ekonomi negara ini. "Dalam masa yang sama, ini juga akan dapat mengurangkan kadar pengangguran di negara ini dan kebergantungan terhadap pekerjaan di sektor kerajaan kerana mereka digalakkan untuk mewujudkan pendapatan mereka sendiri dalam bidang keusahawanan," ujarnya. Dayang Hajah Hajidah menambah, tema pertandingan pada tahun ini 'Perniagaan Atas Talian - Selangkah Ke Hadapan' merupakan kesinambungan dari tema pada tahun lepas, iaitu 'Kotak Kiub - Untuk Permulaan'. "Perkembangan dan pertumbuhan sosial media terutama dalam masa beberapa tahun ini adalah sebab kenapa kita perlu mendedahkan para pelajar untuk memanfaatkan peluang-peluang perniagaan atas talian yang luas," katanya. Pertandingan ini diadakan antara lain bertujuan untuk mewujudkan kreativiti pelajar dalam merancang projek perniagaan serta meningkatkan daya inovasi dan mengambil risiko untuk mencapai matlamat. Pertandingan BigStart Kelima merupakan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Unit Akli dengan kerjasama BIBD dan Radio Televisyen Brunei (RTB).
KETUA Bahagian Perhubungan Kerajaan dan Projek-Projek Khas BIBD, Awang Haji Minorhadi menyerahkan wang modal kepada finalis pasukan yang bertanding.
SETIAUSAHA Tetap Kementerian Pendidikan, Datin Paduka Dr. Hajah Romaizah binti Haji Md. Salleh ketika bergambar ramai semasa menerima kunjungan daripada Pengerusi Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri (PMCAF), Tuan Yang Terutama Dr. Krissanapong Kirtikara berserta delegasi di Bangunan Kementerian Pendidikan.
Setiap dua tahun sekali, seorang guru dari negara-negara rantau Asia Tenggara akan dipilih oleh Jawatankuasa PMCAF untuk menerima anugerah berprestij tersebut daripada Duli Yang Teramat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn.
Majlis penganugerahan pertama telah diadakan pada bulan Oktober 2015, yang mana seorang Guru Bantuan Pendidikan Khas (SENA), Dayang Hajah Ratnawati binti Haji Mohammad dari Sekolah Rendah Keriam menerima Anugerah Puteri Maha Chakri
2015 bagi Negara Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan dan Pengerusi Yayasan Anugerah Puteri Maha Chakri.
BruROSA dan BSUnion memperkasa belia Brunei BANDAR SERI BEGAWAN. Persatuan Pelajar Agama Brunei (BruROSA) dan Persatuan Pelajar Brunei di United Kingdom & Eire (BSUnion) baru-baru ini menganjurkan siri ceramah interaktif bertajuk, 'Memperkasakan Belia: Membuka Potensi Benar Awda, Perubahan Bermula Dari Dalam' di beberapa buah Pusat Tingkatan Enam di seluruh Daerah Brunei Muara. Sekolah-sekolah yang disasarkan termasuk, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Pusat Tingkatan Enam Meragang dan Pusat Tingkatan Enam Sengkurong. Sebagai sebahagian daripada inisiatif jangkauan komuniti yang diambil oleh kedua-dua persatuan, tujuan ceramah ini adalah untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar dalam menghadapi peperiksaan mereka yang akan datang serta membantu memberikan landasan yang kukuh untuk mengamalkan Islam sebagai terasnya. Pelajar dapat memikirkan terhadap tindakan mereka yang lalu untuk membantu membuat pilihan yang baik dan mengatasi cabaran di masa depan. Acara-acara tersebut bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Presiden BruROSA 2017 / 18, Awang Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian dan ucapan pembukaan oleh Naib Presiden Pentadbiran & Kewangan BSUnion 2017 / 18, Awangku Muhammad Aqil bin Pengiran Jaya. Penceramah termasuk beberapa pelajar Brunei yang kini dan telah belajar di UK yang sanggup berkongsi pengalaman mereka, dalam usaha untuk membantu memberi inspirasi kepada pelajar untuk berusaha dan membina masa depan yang lebih baik. Mereka adalah Awangku Muhammad Aqil bin Pengiran Jaya dari Imperial College London; Awang Md Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian dari University of Kent; Dayang Rasyidahatul binti PB Haji Abu Bakar dari University of Essex; Awang Md Zulfan Farhi bin Haji Sulaini dari University of Leicester; Awang Muhd Aiman Syafiq bin Haji Ramlee dari
SESI perkongsian pelajar Brunei yang belajar di UK bersama para pelajar Pusat Tingkatan Enam di Daerah Brunei Muara.
Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Pelajar Brunei di United Kingdom & Eire
University College London; Awang Muhd Wazien Naufal bin Awg Azmain, lulusan dari Universiti Leicester dan Awang Muhammad Hamizan bin Haji Zaini, lulusan Imperial College London dan pengasas BruROSA. Ceramah dari para penceramah memberi perspektif - dengan mengambil kira cabaran yang dihadapi dan sedang dihadapi sebagai pelajar. Ini dilakukan dengan cara yang mendalam dan
ANTARA aktiviti yang dijalankan.
akhirnya menyediakan ruang di mana para pelajar dapat membuka dan membicarakan perjuangan mereka. Hasilnya sangat beremosi, menyedihkan dan memberi semangat. Ini juga dicapai dengan lancar melalui sesi perkongsian dalam kumpulan kecil dan aktiviti yang bermakna. Acara-acara tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Penutup oleh Awang Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian.
20
WARISAN
HARI SABTU 5 OGOS 2017
KIKIK
' '
!
! "
# $
$
! #
!
#
%
& !
# ! ! % # & % ! &
( ) ( ( ) $ ( ) &
# # *
Oleh : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin Foto Ihsan: E-Pameran Komuniti dan Teknologi Brunei, Universiti Brunei Darussalam.
KIKIK Pucuk Rabung.
+
*
! ) ! ) $
KIKIK Serbang.
KIKIK Kapit.
BERANEKA jenis dan nama kikik-kikik yang dibuat dan dijual terutamanya di kawasan-kawasan peranginan seperti pantai.
NASIONAL
HARI SABTU 5 OGOS 2017
21
Majlis Doa Selamat bakal jemaah haji Pejabat Peguam Negara Siaran Akhbar dan Foto : Pejabat Peguam Negara
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Pejabat Peguam Negara (PPN) telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi dua orang kakitangannya yang akan menunaikan Fardu Haji ke Tanah Suci pada tahun ini di majlis yang diadakan di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh. Majlis juga dihadiri oleh pegawai-
pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan PPN. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan penyampaian derma kepada bakal-bakal jemaah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat Haji. Majlis tersebut bertujuan untuk memohon keberkatan dari Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta akan beroleh haji yang mabrur.
PEGUAM Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh (tengah) semasa hadir pada Majlis Doa Selamat bagi dua orang kakitangan Pejabat Peguam Negara (PPN) yang akan menunaikan Fardu Haji.
Penghantaran bagasi bakal jemaah haji Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Ugama
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) melalui Jabatan Urusan Haji sukacita memaklumkan kepada semua bakal Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam yang akan menunaikan fardu haji bagi musim haji tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi, bahawa penerima bagasi (Advance Check-In) di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan dilakukan sehari sebelum jadual penerbangan bertolak ke Tanah Suci. Bagi penerbangan pertama yang akan bertolak pada hari
Khamis, 10 Ogos 2017 jam 2.56 petang, tarikh penerima bagasi adalah pada hari Rabu 9 Ogos 2017, jam 9.00 - 10.00 malam. Manakala bagi penerbangan kedua yang akan bertolak pada hari Jumaat, 11 Ogos 2017, jam 5.26 petang, tarikh penerimaan bagasi ialah pada hari Khamis, 10 Ogos 2017, jam 9.00 - 10.00 malam. Sementara bagi penerbangan ketiga dan keempat yang masing- masing akan bertolak pada 13 dan 14 Ogos jam 8.08 malam, penerimaan bagasi ialah pada hari Sabtu, 12 Ogos 2017 bagi penerbangan ketiga dan hari
Ahad 13 Ogos 2017 bagi penerbangan keempat. Waktu penerimaan bagasi ialah pada jam 9.00 - 10.00 malam. Oleh yang demikian, semua bakal jemaah haji dikehendaki untuk menyerahkan bagasibagasi mereka pada tarikh, masa dan tempat yang telah dinyatakan dengan membawa bersama pasport antarabangsa masing-masing. Para jemaah juga diingatkan kepada semua bakal jemaah haji supaya tidak membawa barang-barang tegahan dalam penerbangan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Unit Pendaftaran, Bahagian Pengurusan Haji, Jabatan Urusan Haji di talian +673 2382525 sambungan 283 / 287.
YANG Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati menyampaikan derma kepada salah seorang bakal jemaah haji PPN.
Pelajar berkeperluan khas SR Keriam terima sumbangan Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
MATA-MATA, Rabu, 2 Ogos. Sekolah Rendah Keriam, Tutong telah menerima sumbangan barangan Blixpop iaitu permainan khusus bagi kanak-kanak berkeperluan khas bagi sama-sama membantu meningkatkan kemahiran mereka. Penyerahan sumbangan tersebut diadakan di kediaman Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam dan disaksikan sendiri oleh Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes. Sumbangan dari Pereka Blixpop, Natcha Rojviroj itu diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah bagi mewakili Kementerian Pendidikan sementara wakil Sekolah Rendah Keriam, Tutong diketuai oleh Pegawai Pendidikan Tingkat Khas / Guru Besar sekolah itu, Dayang
Rasiah binti Haji Md. Tuddin. Natcha Rojviroj dari Thailand semasa ditemui berkata, permainan interaktif itu adalah dapat mempertingkatkan mutu perkembangan minda pelajar berkeperluan khas dan membina tahap keyakinan diri serta bergiat aktif demi perkembangan di awal tahap permulaan usia mereka. Sementara itu, Dayang Rasiah melahirkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan yang diberikan dan setentunya akan memanfaatkan alat bantuan itu terutama kepada 35 murid berkeperluan khas di sekolah itu. Beliau juga menyatakan seramai empat guru yang berkelulusan dalam pendidikan khas dan empat lagi guru relif khusus bagi membantu murid-murid berkeperluan khas di sekolah itu. Juga hadir, pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan Kedutaan Thailand.
SUMBANGAN Blixpop dari Pereka Blixpop, Natcha Rojviroj itu diserahkan kepada wakil Kementerian Pendidikan, Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian tersebut, Dayang Nadia Lee Siew Hoon binti Abdullah sementara wakil Sekolah Rendah Keriam, Tutong diketuai oleh Pegawai Pendidikan Tingkat Khas / Guru Besar sekolah itu, Dayang Rasiah binti Haji Md. Tuddin sambil disaksikan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Biravij Suwanpradhes.
22
EKONOMI
HARI SABTU 5 OGOS 2017
SUKAN
HARI SABTU 5 OGOS 2017
23
Alumni Sekolah Sukan ke Sukan SEA diraikan Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan
PEMANGKU Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom (kanan) menyerahkan sumbangan baju kepada salah seorang wakil yang akan menyertai Sukan SEA Ke-29.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Kementerian Pendidikan melalui Sekolah Sukan mengadakan Majlis Penghargaan Pelajar Alumni Sekolah Sukan yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur (19 - 30 Ogos 2017) bertempat di salah sebuah restoran di Gadong. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Antara tujuan majlis tersebut
28 peserta sertai Kursus Asas Penjaga Gol FIFA
adalah bagi memberi penghargaan dan sokongan moral kepada pelajar juga bekas pelajar Sekolah Sukan kerana terpilih mewakili negara ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur. Bagi acara Sukan Golf nanti akan diwakili oleh Md. Qazzri Fakhri bin Haji Aslimon dan Mohammed Qawim Fakhri bin Haji Aslimon. Manakala bagi acara Sepak Takraw terdiri dari Abd. Hadi bin Saidin; Muhamad Basyiruddin bin Haji Kamis; Muhd. Hafizzuddin bin Jamaluddin;
Siaran Akhbar dan Foto : Persatuan Bola Sepak Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NFABD)
PENGARAH Teknikal NFABD, Yvon Avry (lima, kanan) dan Pengajar FIFA, Jose Marcelino Z. Carpio (lima, kiri) ketika bergambar ramai bersama para peserta Kursus Asas Penjaga Gol FIFA.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Seramai 28 peserta mendaftar dalam Kursus Asas Penjaga Gol FIFA selama lima hari yang dikendalikan oleh Pengajar FIFA, Jose Marcelino Z. Carpio. Menurut Siaran Akhbar Persatuan Bola Sepak Kebangsaan
Negara Brunei Darussalam (NFABD), hadir pada Majlis Pembukaan Rasmi Kursus yang berlangsung di NFABD House itu ialah Pengarah Teknikal NFABD, Yvon Avry serta para pegawai NFABD lain. Jose Marcelino Z. Carpio, bekas
jurulatih kebangsaan Filipina sejak tahun 1997 dan pengajar FIFA sejak tahun 2005 itu menegaskan keperluan bagi lebih banyak jurulatih penjaga gol di Asia. "Untuk kursus ini, matlamat saya adalah untuk menyampaikan
Muhd. Alifuddin bin Jamaluddin dan Muhd. Shahrine bin Bubin. Sepuluh orang pula akan mewakili bagi acara Bola Sepak, iaitu Muhammad Ishyra Asmin bin Jabidi; Muhd. Naziruddin bin Haji Ismail; Md. Akif bin Haji Roslan; Awangku Faezuddin bin Pengiran Haris; Mohammad Amin bin Haji Sisa; Mohammad Shafie bin Haji Mohd. Effenddy; Awangku Md. Alimuddin bin Pengiran Jamaludin; Mohamed Zulkhairy Hady bin Razali; Mohd. Burhanuddin bin Haji Edy Asmady dan Mohd. Hanif bin Hamir. Sementara itu, seorang pelajar akan mewakili bagi Sukan Wushu, iaitu Basma Lackar.
pengetahuan saya kepada jurulatih yang muda dan bercita-cita tinggi dan kami berharap mereka dapat berkongsi pengetahuan ini." "Pada masa kini penjaga gol begitu penting dalam permainan, tetapi apa yang kurang ialah jurulatih yang melatih penjaga gol
untuk menjadi lebih baik," katanya. Sementara itu, Pengarah Teknikal NFABD, Yvon Avry menjelaskan ia adalah kursus penjaga gol NFABD keempat yang telah dianjurkan sejak 2015 dan ia menunjukkan pemedulian NFABD pada latihan khusus untuk penjaga gol. "Walaupun terdapat kursus yang terdahulu, persatuan masih perlu mencari jurulatih penjaga gol baharu, terutama untuk pemain muda." "Saya gembira kerana kursus ini memberi tumpuan pada liga belia bawah 16 tahun. Sama seperti di padang, pemain muda kita mempunyai kekurangan dan tugas awda, sebagai jurulatih, membetulkannya dan membantu mereka untuk maju dan memahami kesilapan mereka. Saya yakin bahawa kursus ini akan memberi awda pengetahuan baharu dan pemahaman yang lebih baik mengenai peranan penjaga gol, yang sangat penting dalam satu pasukan," ujarnya menambah.
Negara sertai lumba perahu naga di Indonesia Berita dan Foto : Ihsan Haji Othman bin Haji Aliassan
PASUKAN lumba perahu negara bakal menyertai Lumba Perahu Naga Antarabangsa Padang Ke-15, 2017, Republik Indonesia.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Rombongan pasukan negara seramai 32 Atlet-Atlet Skim Pencarian Bakat Sukan bersama para pegawai kini
berada di Republik Indonesia bagi menyertai Lumba Perahu Naga Antarabangsa Padang Ke-15 bagi tahun 2017 yang diadakan di negara tersebut.
Sebelum berlepas, Yang Di-Pertua Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Awang Haji Haris bin Haji Ibrahim dan beberapa
pegawai persatuan hadir ke lapangan terbang bagi mengucapkan kata-kata semangat dan selamat berjaya kepada pasukan.
Rombongan pasukan negara diketuai oleh Awang Roshidi bin Abd. Latif dan Pengurus Pasukan, Awang Fadilah bin Haji Mat Serudin. Dalam Lumba Perahu Naga Antarabangsa Padang Ke-15 yang sedang berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos ini, negara akan menyertai acara 22 Pekayuh Terbuka, 22 Pekayuh Campuran Terbuka, 12 Pekayuh Terbuka, 12 Pekayuh Campuran Terbuka dan Kategori Antara Negara. Sementara itu, bagi Trofi Cabaran Antarabangsa 12 akan melibatkan pasukan Negara Brunei Darussalam, PDRM Pulau Pinang, Hongkong dan Indonesia.
24
SUKAN
HARI HARI SABTU SABTU 005JANUARI OGOS 2017 2017
BRUNEI DPMM FC mengukir sejarah manis apabila berjaya menjulang Piala Liga Singapura (S-League) buat kali pertama pada tahun 2015, sejak mula menyertai Liga tersebut pada tahun 2009. Pada perlawanan musim akhir di Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu, DPMM FC menumpaskan Balestier Khalsa FC 4 â&#x20AC;&#x201C; 0.
Tinjau persiapan terakhir atlet ke Sukan SEA BERAKAS, Khamis, 3 Ogos. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof menaruh harapan yang tinggi bagi pasukan kontinjen negara untuk berjaya dalam perlawanan yang akan mereka pertandingkan pada
Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia bermula 14 Ogos ini. Yang Berhormat seterusnya menyarankan para atlet bahawa tempoh latihan sudah pun dikira berakhir, saat-saat sedemikian ini seharusnya mereka gunakan bagi membina keyakinan dan menjaga
tahap kesihatan, selain untuk menentukan pemikiran mereka untuk terus fokus pada pertandingan. Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan menjelaskan demikian ketika ditemui semasa meninjau persiapan latihan atlet-atlet ke Sukan SEA Kali Ke-29.
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof ketika meninjau persiapan latihan pasukan Bola Sepak negara ke Sukan SEA Kali Ke-29.
Easyway, Juramas berentap final Piala MK Group
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
Jurulatih-jurulatih dan ahli-ahli pasukan yang lain, yang terdiri daripada ahli perubatan, tegas Yang Berhormat sememangnya berperanan penting untuk menentukan para atlet negara untuk bersiap siaga dalam bertanding tersebut itu nanti. Lawatan Yang Berhormat tersebut adalah bagi meninjau pasukan-pasukan dan atlet-atlet negara yang akan ke Sukan SEA berlatih, antaranya Pencak Silat, Olahraga, Bola Sepak, Lawan Pedang dan Bola Jaring. Pada masa yang sama, lawatan Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan adalah semata-mata untuk memberikan sokongan psikologi untuk bekalan kepada pasukan dan atlet bagi mengharungi
perlawanan masing-masing. Turut menyertai lawatan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Awang Haji Noor Jusmin bin Haji Abd. Samad dan Yang Mulia Pengiran Anak Sofian bin Pengiran Anak Haji Ibrahim selaku Chef de Mission Kontinjen Negara Brunei Darussalam ke Sukan SEA Ke-29, Kuala Lumpur 2017 serta pegawai-pegawai KKBS. Sukan SEA tahun ini, Negara Brunei Darussalam akan menyertai sebanyak 14 acara sukan, iaitu Akuatik (renang berirama); Olahraga; Badminton; Lumba Basikal; Ekuestrian (endurance, jumping, polo); Lawan Pedang; Bola Sepak; Golf; Karate; Boling Padang; Bola Jaring; Pencak Silat; Sepak Takraw dan Wushu.
Penyertaan Kejohanan Olahraga Brunei Masters dibukakan Siaran Akhbar : Persatuan Atlet Veteran Negara Brunei Darussalam
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 2 Ogos. - Persatuan Olahraga Veteran Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan akan mengadakan Kejohanan Terbuka Olahraga Brunei Masters pada 19 dan 20 Ogos 2017, bertempat di Kompleks Belapan dan Padang Berakas. Menurut Siaran Akhbar Persatuan Atlet Veteran Negara Brunei Darussalam, kejohanan tersebut dibukakan kepada warga Negara Brunei Darussalam dan ia dibahagikan pada sembilan kelompok umur serta mestilah berusia 35 tahun ke atas bagi lelaki dan 30 tahun ke atas bagi wanita. Tarikh tutup penyertaan pada 10 Ogos dan borang-borang penyertaan boleh diperoleh dari Bilik No. 2, Stadium Negara Hassanal Bolkiah atau melalui Setiausaha II, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Pungut di talian +673 8249208 atau Dayang Husnah binti Abdullah di talian +673 8908849 / +673 8810047. Sebarang pertanyaan lebih lanjut boleh menghubungi Setiausaha II, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Pungut di talian +673 8249208.
SEBAHAGIAN dari aksi di perlawanan tersebut bagi merebut Piala MK Group.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Ogos. - Pasukan Easyway berjaya mara ke pusingan akhir dan dijadualkan akan menentang Juramas bagi merebut Piala MK Group kali ini.
Sebelum menempa tiket ke peringkat akhir yang dijadualkan pada 6 Ogos ini nanti, Easyway berhempas pulas menewaskan YTE Morsjaya sehingga menjadikan mata berkesudahan
119 - 100 dalam perlawanan separuh akhir. Manakala dalam perlawanan kedua, Street ROC terpaksa akur apabila tumpas di tangan Juramas meski pun prestasi kedua pasukan yang agak seimbang pada pusingan pertama namun Juramas lebih banyak menguasai permainan dalam set seterusnya sehingga menggegarkan Street ROC dengan 95 berbalas 83.
! " # $ %
% & ' ()
' * & + + , )-.&
www.pelitabrunei.gov.bn 'BANYAKKAN BERSYUKUR , BERSABAR JIKA MAHU MENDAPAT GANJARAN HAJI YANG MABRUR'