Pelita Brunei - Sabtu 8 Julai 2017

Page 1

''DAN berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu dengan nikmat agama Islam, maka menjadilah kamu dengan nikmatnya itu orang-orang Islam yang bersaudara.'' - (Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran, ayat 103).

''NIKMAT sihat membolehkan seseorang dapat memenuhi hajatnya dengan baik, seperti mencari ilmu dan beramal ibadat dengan selesa. Kesihatan yang optima tidak syak lagi akan membolehkan seseorang individu itu menunaikan kewajipan dunia dan akhiratnya dengan sempurna.'' - Titah Perasmian Majlis Ilmu 2012 Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke-66.

4.39

TAHUN 62 / BILANGAN 81

4.49

6.14

8 JULAI 2017 / 1438

6.38

12.26

13

3.52

6.37

7.52

JABATAN PENERANGAN

EDISI SABTU / PERCUMA

Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang

Menyumbang kepada kestabilan makro ekonomi Siaran Akbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Mata Wang Kenang-Kenangan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang mengambil tempat di State Room. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM pada majlis tersebut diiringi oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. Majlis pelancaran tersebut telah dimulakan dengan tayangan video dan ucapan pembukaan oleh Perdana Menteri Republik Singapura yang telah melahirkan rasa gembira di atas kerjasama yang saling terjalin di antara kedua-dua buah negara. Pada majlis itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah, yang mana antara lain baginda menyatakan bahawa Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang ini menandakan satu lagi pencapaian bagi kedua-dua buah negara. Kejayaan perjanjian tersebut, tambah baginda, telah menyumbang pada kestabilan makro ekonomi dan ia adalah suatu penghargaan terhadap hubungan erat di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Dalam landskap global yang sentiasa berubah, Kebawah DYMM seterusnya bertitah bahawa Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang ini telah memberikan keyakinan dan terus menjana pelbagai faedah perekonomian serta pautan kewangan yang kukuh di antara kedua-dua buah negara dengan memudah cara perdagangan dan pelaburan. Ke muka 2 KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertukar cenderamata kenang-kenangan bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong sejurus selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Mata Wang Kenang-Kenangan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura (Lihat muka 2 hingga 9).

Brunei Hall, London selamat BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (KHELNP) dalam kenyataan medianya menyatakan pada Selasa, 4 Julai 2017 pada jam 10.00 pagi, pihak Unit Penuntut-Penuntut (UPP) di Brunei Hall, London, telah menerima satu sampul surat ancaman. Persuratan tersebut juga

mengandungi serbuk putih yang mencurigakan. Setelah memaklumkan pihak berkuasa di United Kingdom, pihak UPP telah dinasihati untuk mengosongkan bangunan Brunei Hall dan tindakan tersebut telah dilaksanakan oleh pihak UPP. Alhamdulillah, setelah siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, hasil penemuan adalah seperti

E-mel E-mel:: pelita.brunei@information.gov.bn pelita.brunei@information.gov.bn

berikut, serbuk putih tersebut tidak mengandungi bahan radioaktif dan letupan, tahap udara sekeliling bangunan adalah selamat dan tiga kakitangan yang terlibat dalam pembukaan surat ancaman tersebut telah disahkan dalam keadaan selamat. Untuk makluman lanjut, Brunei Hall telah pun kembali beroperasi seperti biasa di sekitar jam 1.15 petang dan semua penghuni dan

Hotline : 2382891 / 2383400 Smb. : 217

Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan

kakitangan di Brunei Hall telah disahkan di dalam keadaan yang selamat. Pihak berkuasa juga

Faksimile : 2381004

mengesyorkan bahawa rondaan akan diteruskan untuk memastikan persekitaran Brunei Hall adalah selamat.

Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn


2

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang

Menyumbang kepada kestabilan makro ekonomi Dari muka 1

Kebawah DYMM seterusnya melahirkan rasa gembira bahawa kedua-dua autoriti monetari di kedua-dua buah negara secara berterusan menerokai usaha sama-usaha sama yang lebih mendalam dan baginda yakin bahawa Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang ini akan mengukuhkan lagi kestabilan dan pertumbuhan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Selesai bertitah, baginda bersama Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik Singapura berkenan menyempurnakan Majlis Pelancaran Mata Wang Kenang-Kenangan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Mengakhiri majlis, Kebawah DYMM berkenan bertukar-tukar cenderamata kenang-kenangan bersama TYT Perdana Menteri Republik Singapura.

8 JULAI 2017 BERSAMAAN 1438

SOMBONG SIFAT TERCELA, DIBENCI ALLAH

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Pelancaran Mata Wang Kenang-Kenangan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang mengambil tempat di State Room.

Mata wang peringatan bernilai $50 Brunei-Singapura dilancarkan Siaran Akhbar Bersama : Autoriti Monetari Brunei Darussalam dan Monetary Authority of Singapore

MATA wang baharu nota $50 Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan bersama-sama melancarkan mata wang peringatan bernilai $50 bersama-sama dengan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. Mata wang tersebut dikeluarkan oleh kedua-dua buah negara di dalam satu majlis yang diadakan di Istana Singapura, sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang yang Ke-50 atau Currency Interchangeability Agreement di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang telah dikuatkuasakan pada 12 Jun 1967 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura bagi memudahkan hubungan ekonomi dan perdagangan di antara keduadua buah negara, dan ia merupakan kerjasama ekonomi di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang utama. Perjanjian tersebut telah ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Mata Wang Brunei (sekarang dikenali sebagai Autoriti Monetari Brunei Darussalam) dan Pengerusi Lembaga Pesuruhjaya Mata Wang, Singapura (telah bergabung dengan Monetary Authority of Singapore pada tahun 2002). Di bawah perjanjian tersebut, autoriti-autoriti monetari dan bank-bank komersial di Negara Brunei Darussalam

JULAI

8 9 10 11 12 13 14

13

dan Republik Singapura dimestikan untuk menerima dan membuat pertukaran SGD dan BND daripada orang ramai dan perniagaanperniagaan, dengan nilai yang sama tanpa caj. Perjanjian tersebut telah menolong dalam pertumbuhan ekonomi dan telah mengukuhkan lagi hubungan kewangan di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Pelancaran bersama mata wang kenang-kenangan bernilai $50 pada hari ini mengesahkan lagi kepada orang ramai, peniaga-peniaga dan institusi-institusi kewangan bahawa mata wang di kedua-dua buah negara masih lagi boleh disaling tukar dengan nilai yang sama. Orang ramai boleh mendapatkan mata wang kenang-kenangan tersebut di kedua-dua buah negara bermula 5 Julai 2017, jam 2.00 petang, manakala mata wang edaran atau circulation notes boleh diperoleh dari semua bank dan cawangan mereka di seluruh negara pada Jumaat, 7 Julai 2017 mulai jam 2.00 petang. Maklumat lanjut mengenai dengan Ulang Tahun Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang Ke-50 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura boleh didapati melalui AMBD App, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store bagi pengguna iPhone dan Google Playstore bagi pengguna Android; atau dengan melayari laman sesawang AMBD di www.ambd.gov.bn.

'

!

' ' '

" # $%&# ' ( " ) * + ' , ) - . .

SYAWAL

13 14 15 16 17 18 19

4 . 39 4 . 40 4 . 40 4 . 40 4 . 40 4 . 41 4 . 41

4 . 49 4 . 50 4 . 50 4 . 50 4 . 50 4 . 51 4 . 51

6 . 14 6 . 14 6 . 14 6 . 14 6 . 14 6 . 15 6 . 15

6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 38 6 . 39

12 . 26 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27 12 . 27

3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 52 3 . 52

6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 37 6 . 38

7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52 7 . 52


3

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Kebawah DYMM berangkat ke Institut Latihan Komando Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ketika dijunjung menaiki Apache Attack Helicopter.

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 6 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Institut Latihan Komando, Kem Pasir Ris, Republik Singapura. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM di

kem berkenaan dialu-alukan oleh Menteri Pertahanan, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Ng Eng Hen. Mengiringi keberangkatan Kebawah DYMM ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Sejurus ketibaan, Kebawah DYMM dijunjung beredar ke Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat Diraja dan seterusnya memeriksa Barisan Kehormatan Diraja daripada Batalion Komando Pertama, Angkatan Bersenjata Singapura. Kebawah DYMM seterusnya berkenan menandatangani Buku Pelawat sebelum beredar ke Blok 65. Di Blok 65, Kebawah DYMM kemudian berkenan mendengar sembah taklimat mengenai Ibu Pejabat Komando dan Special Operations Task Force (SOTF). Baginda juga disembahkan penerangan mengenai demonstrasi-demonstrasi ketenteraan yang dapat disaksikan pada lawatan tersebut. Seterusnya, baginda berkenan menyaksikan pertunjukan daripada Penerjun Payung 'The Red Lions' diikuti dengan demonstrasi ketenteraan daripada Counter Terrorism Forces, Angkatan Bersenjata Singapura. Kebawah DYMM kemudiannya berkenan beredar bagi melihat dengan

lebih dekat fasiliti-fasiliti latihan payung terjun. Baginda juga berkenan menyaksikan pameran statik yang memaparkan Apache Attack Helicopter dan Rigid-Hulled Inflatable Boat (RHIB). Selepas menyaksikan pameran statik, Kebawah DYMM disembahkenalkan kepada lima orang pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang sedang menjalani kursus dan penempatan di Perkhemahan Tentera Republik Singapura. Ini diikuti dengan sesi bergambar ramai. Pada mengakhiri lawatan tersebut, Kebawah DYMM berkenan menerima pesambah daripada Menteri Pertahanan, Republik Singapura, TYT Dr. Ng Eng Hen. Untuk memperingati lawatan tersebut, Kebawah DYMM disembahkan dengan Lencana Penerjunan Payung Terjun Bebas Lanjutan Kehormat Angkatan Bersenjata Singapura oleh Mejar Jeneral Melvyn Ong, Panglima Tentera Darat, Angkatan Bersenjata Singapura, yang juga telah dikurniakan cenderamata daripada Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi ABDB berkenan menandatangani Buku Pelawat sebelum beredar ke Blok 65. Mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

KEBAWAH DYMM berkenan memeriksa Barisan Kehormatan Diraja daripada Batalion Komando Pertama, Angkatan Bersenjata Singapura.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia ketika disembahkenalkan kepada lima pegawai ABDB yang sedang menjalani kursus dan penempatan di Perkhemahan Tentera, Republik Singapura.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mendengar sembah taklimat mengenai Ibu Pejabat Komando dan Special Operations Task Force (SOTF). Mengiringi keberangkatan baginda ialah YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.


4

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Majlis Perjumpaan Rasmi bincang isu dua hala Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. Sejurus selepas Majlis Sambutan Rasmi Sempena Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudian berkenan berangkat bersama-sama Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam, menuju ke West Drawing Room bagi mengadakan Majlis Perjumpaan Rasmi. Pada Majlis Perjumpaan Rasmi ini, Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat pada Majlis Perjumpaan Rasmi bersama Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam di West Drawing Room.

Berangkat hadiri Majlis Santap Tengah Hari Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 6 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudiannya berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean, yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada Majlis Santap berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik. Sementara di ruang berlainan hotel berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti

Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Teo Chee Hean. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri pada Majlis Santap berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berbual mesra bersama Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean pada Majlis Santap Tengah Hari yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel. Mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari bersama isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Teo Chee Hean. Mengiringi keberangkatan baginda, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berbual mesra bersama isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Teo Chee Hean pada Majlis Santap Tengah Hari tersebut. Mengiringi keberangkatan baginda, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.


5

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Majlis Sambutan Rasmi sempena Keberangkatan Negara

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam untuk memeriksa Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura. KEBERANGKATAN tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di pekarangan Istana dialu-alukan oleh Presiden Republik Singapura, TYT Dr. Tony Tan Keng Yam.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul

Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia berkenan menandatangani Buku Tetamu sebelum memasuki ruang berlainan sejurus selepas berkenan memeriksa Barisan Kehormatan Diraja pada Majlis Sambutan Rasmi sempena Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Republik Singapura.

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam ketika dialualukan oleh isteri Presiden Republik Singapura, Puan Tan Keng Yam sejurus keberangakatan tiba di pekarangan Istana, Singapura.

Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Rasmi sempena Keberangkatan Negara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Republik Singapura. Majlis sambutan rasmi tersebut berlangsung di Istana, Singapura. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di pekarangan Istana dialu-alukan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Puan Tan Keng Yam. Seterusnya, Kebawah DYMM dan Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura menuju ke Pentas Khas di mana Kebawah DYMM menerima Tabik Hormat Diraja. Ini diikuti dengan upacara menaikkan bendera diiringi lagu kebangsaan kedua-dua buah negara. Setelah itu, Kebawah DYMM berkenan berangkat bersama TYT Presiden Republik Singapura untuk memeriksa Barisan Kehormatan Diraja yang terdiri daripada Polis Tentera, Angkatan Bersenjata Singapura. Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM berkenan menandatangani Buku Tetamu sebelum memasuki ruang berlainan, di mana Kebawah

DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri disembahkenalkan kepada para pembesar negara Republik Singapura. Ini kemudiannya diikuti dengan pengenalan ahli-ahli delegasi Negara Brunei Darussalam kepada TYT Presiden Republik Singapura dan isteri.

Selepas itu, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan beredar bersama TYT Presiden Republik Singapura dan isteri untuk sesi bergambar ramai sebelum berangkat menghadiri atur cara berasingan.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan disembahkenalkan kepada para pembesar negara Republik Singapura (atas), sementara gambar bawah, TYT Presiden Republik Singapura dan isteri diperkenalkan ahli-ahli delegasi Negara Brunei Darussalam.


6

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Berangkat meninggalkan Republik Singapura

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura selepas menamatkan Keberangkatan Negara mulai 3 hingga 6 Julai 2017. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Mohd. Said, Muhammad Asri Haji Awang Abas

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 6 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura selepas menamatkan Keberangkatan Negara mulai 3 hingga 6 Julai 2017.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri sebelum berangkat balik.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan berkenan menerima junjung ziarah daripada isteri Timbalan Perdana Singapura sebelum berangkat balik.

Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain. Sebelum berangkat meninggalkan hotel persemayaman baginda, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Berada di Lapangan Terbang Changi bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri; Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Pengangkutan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Ng Chee Meng, selaku Menteri Pengiring dan isteri, Datin Michelle Lim Bee Leng, selaku Lady-in-Attendance dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan isteri. Turut hadir bagi

BERADA di Lapangan Terbang Changi bagi menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri serta kerabat diraja yang lain ialah Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean dan isteri; Menteri Pendidikan dan Menteri Kedua Pengangkutan Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Seri Ng Chee Meng, selaku Menteri Pengiring dan isteri, Datin Michelle Lim Bee Leng, selaku Lady-in-Attendance dan Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Lim Hong Huai dan isteri.

YANG Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah daripada isteri Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura sebelum berangkat balik.

menyembahkan selamat berangkat ke hadapan majlis Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Haji Awang Saifulbahri bin Haji Awang Mansor dan isteri.

Sebelum keberangkatan balik, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima pesambah yang berupa Album Kenangan sempena Keberangkatan Negara Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Republik Singapura.


7

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Berangkat ke Majlis Santap Negara

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam (atas). Sementara gambar kanan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan beramah mesra bersama penerima Biasiswa 'Sultan's Scholars' yang dalam Program Latihan Lawatan di Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara yang dihoskan oleh Presiden Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr. Tony Tan Keng Yam dan isteri, Puan Tan Keng Yam sempena Keberangkatan Negara baginda ke Republik Singapura. Majlis Santap Negara tersebut berlangsung di Istana, Republik Singapura. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di pekarangan Istana, dialu-alukan oleh Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura dan isteri. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Majlis Santap berkenaan ialah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran

Muda 'Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan. Seterusnya, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan beredar bersama-sama Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura dan isteri ke Dewan Resepsi di mana Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri disembahkenalkan kepada tetamu-tetamu khas dan Ketua-Ketua Perwakilan dari Negara-Negara ASEAN ke Republik Singapura. Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri juga disembahkenalkan kepada 13 orang penerima Biasiswa 'Sultan's Scholar' yang dalam Program Latihan Lawatan di Republik Singapura. Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan bagi sesi bergambar ramai sebelum berangkat ke Dewan Bankuet bagi Majlis Santap Negara. Majlis Santap Negara tersebut dimulakan dengan ucapan TYT Presiden Republik Singapura yang mengalu-alukan keberangkatan Kebawah

DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ke Republik Singapura. Pada Majlis Santap Negara ini, Kebawah DYMM juga berkenan mengurniakan titah di mana baginda telah melahirkan rasa gembira dengan sambutan dan layanan baik yang telah diberikan kepada baginda berdua semasa berada di negara ini. Kebawah DYMM seterusnya bertitah bahawa Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Singapura adalah bukti hubungan erat kedua-dua buah negara yang telah lama terjalin sejak zaman Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan mendiang Lee Kuan Yew. Baginda seterusnya bertitah bahawa, talian persahabatan yang akrab ini telah bertukar menjadi kerjasama yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, kesihatan dan pendidikan. Kebawah DYMM juga melahirkan rasa gembira di atas usaha yang berterusan antara kedua-dua buah negara dalam memupuk hubungan istimewa ini. Hubungan tersebut, tambah baginda, juga perlu membawa manfaat kepada rakyat. Baginda juga menekankan kepentingan pertukaran antara rakyat untuk membangun dan memperkaya

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dan Muhammad Asri Haji Awang Abas

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan titah pada Majlis Santap Negara tersebut.

lagi hubungan generasi masa depan. Dalam aspek kerjasama masa depan juga, Kebawah DYMM seterusnya bertitah mengenai kepentingan dalam memperkembangkan kerjasama lebih rapat, khususnya di dalam industri berasaskan agro. Baginda juga maklum bahawa Singapura berhasrat untuk menjadi 'Smart City'. Baginda kemudiannya mengucapkan selamat maju jaya kepada Singapura dalam

memacu kemakmuran melalui inovasi Abad Ke-21 ini. Pada mengakhiri titah, Kebawah DYMM menyampaikan sokongan padu kepada Singapura yang akan mempengerusikan ASEAN pada tahun 2018. Dalam menyambut Ulang Tahun Ke-50 Pertubuhan tersebut, Kebawah DYMM berharap akan dapat terus bekerjasama dengan Singapura ke arah masa depan yang lebih bermanfaat kepada rakyat.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke Majlis Santap Negara. Berangkat mengiringi Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.


8

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Pameran 'Brunei - Singapore Relation'

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan bersalaman bersama TYT Perdana Menteri Republik Singapura pada Majlis Perasmian Pameran Bersama mengenai 'Brunei - Singapore Relation'.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dan Muhammad Asri Haji Awang Abas

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Perasmian Pameran Bersama mengenai 'Brunei - Singapore Relation'. Mengiringi keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah; dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar

Negeri dan Perdagangan. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Muzium Filatelik Singapura bagi Majlis Perasmian Pameran Bersama 'Brunei - Singapore Relation' dijunjung oleh Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Ehwal Luar, Tuan Yang Terutama Dr. Mohamad Maliki bin Osman; Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Puan Yang Terutama Grace Fu Hai Yien; Pengerusi Muzium Filatelik Singapura, Profesor Cheah Jin Seng. Turut menjunjung keberangkatan tiba Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof. Sejurus selepas itu, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama Tuan Yang Terutama Perdana Menteri Republik

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan bergambar ramai bersama Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong dan isteri ketika berangkat menghadiri Majlis Perasmian Pameran Bersama mengenai 'Brunei - Singapore Relation'.

Singapura dan isteri menyaksikan persembahan tarian tradisional dari rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam yang diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Muzium Filatelik Singapura. Majlis diteruskan dengan perasmian Pameran Bersama mengenai 'A Brunei - Singapore Relation' yang disempurnakan oleh Kebawah DYMM dan TYT Perdana Menteri Republik Singapura yang diikuti dengan sesi bergambar ramai. Seterusnya, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyaksikan pameran yang terdapat di muzium berkenaan, yang mana penerangan mengenai pameran telah disembahkan oleh Pemangku Pengarah Kebudayaan dan Kesenian, Awang Haji Mohammad Abdoh bin Haji Awang Damit dan Pengurus Besar Muzium Filatelik Singapura, Puan Tresnawati Prihadi. Sebelum mengakhiri majlis berkenaan, Kebawah DYMM dan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan bersama-sama dengan TYT Perdana Menteri Republik Singapura dan isteri bagi sesi bergambar ramai.

Pameran Bersama ini meraikan hubungan persahabatan yang erat di antara kedua-dua buah negara, di samping meraikan Sambutan Jubli Emas Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Pameran yang seumpamanya

juga akan diadakan di Negara Brunei Darussalam pada bulan November tahun ini. Dengan adanya pameran ini, penduduk dan rakyat di kedua-dua buah negara diharap akan lebih menghargai kebudayaan, sejarah, hubungan politik dan sosioekonomi di antara kedua-dua negara.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan mendengar sembah taklimat ringkas dan menyaksikan Pameran Bersama mengenai 'Brunei - Singapore Relation' (atas sekali dan atas). Sementara gambar kiri, mengiringi keberangkatan baginda berdua ke pameran tersebut, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik; Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta kerabat diraja yang lain.


9

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama paduka anakanda baginda berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong.

Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said dan Muhammad Asri Haji Awang Abas REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Sebelum menghadiri majlis perasmian tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan

Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam bersama paduka anakanda dan adinda baginda berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengah Hari berasingan yang dihoskan oleh isteri Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Ho Ching, di Grand Hyatt Hotel.

Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Tengah Hari berasingan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh Perdana

Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong. Majlis diadakan di Lewin Terrace. Manakala Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh isteri Perdana Menteri Republik Singapura, Puan Ho Ching. Majlis diadakan di Grand Hyatt Hotel.

Berangkat lawat Istana Heritage Gallery Siaran Akhbar : Jabatan Perdana Menteri Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama paduka anakanda dan adinda baginda berkenan menyaksikan pameran di Istana Heritage Gallery. Baginda diiringi oleh isteri Presiden Republik Singapura, Puan Tan Keng Yam.

KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyaksikan pameran yang memaparkan sejarah penubuhan Istana Singapura setelah berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh yang dihoskan oleh isteri Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura.

REPUBLIK SINGAPURA, Rabu, 5 Julai. - Di acara berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam berkenan berangkat menghadiri Majlis Jamuan Teh yang dihoskan oleh isteri Tuan Yang Terutama Presiden Republik Singapura. Keberangkatan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Istana Lounge diiringi oleh isteri TYT Presiden Republik Singapura, Puan Tan Keng Yam. Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri seterusnya berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Istana Heritage Gallery.

Baginda diiringi oleh isteri TYT Presiden Republik Singapura, Puan Tan Keng Yam. Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri dijunjung oleh Pengurus Kanan galeri berkenaan, Ms. Tracey Tee. Semasa lawatan, Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menyaksikan pameran yang memaparkan sejarah penubuhan Istana Singapura. Galeri ini juga mempamerkan cenderamata-cenderamata yang diberikan oleh ketua-ketua negara asing kepada TYT Presiden Republik Singapura. Mengakhiri lawatan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan menandatangani lembaran kenangan.

KEBAWAH DYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Istana Heritage Gallery yang juga mempamerkan cenderamata-cenderamata yang diberikan oleh ketua-ketua negara asing kepada TYT Presiden Republik Singapura.


NASIONAL

10

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Tangani bersama implikasi globalisasi Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Julai. - Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya perlu memberikan keutamaan kepada perubahan-perubahan global yang semakin cepat dan pantas, lebih-lebih lagi dengan ledakan media sosial yang semakin signifikan bukan saja di dalam kehidupan masyarakat Brunei Darussalam tetapi juga masyarakat di seluruh dunia. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong berkata, implikasi-implikasi yang

terhasil daripada globalisasi juga perlu ditangani bersama-sama. Perkara tersebut ditekankan oleh Yang Berhormat semasa Sambutan Hari Raya Aidilfitri KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya 1438 Hijrah / 2017 Masihi berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, di sini. Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, kita perlu bekerja dengan lebih konsisten dan efisien, di samping memberkesankan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang berkenaan dan juga sektor-sektor swasta bagi mencapai apa yang dihasratkan dalam Wawasan Brunei 2035

melalui 'A Whole of Nation Approach'. Pada peringkat KHEDN khasnya, Yang Berhormat juga menekankan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian seperti pertama, dari aspek keselamatan, Yang Berhormat ingin melihat tahap kesiapsiagaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat kitani dalam menghadapi apa jua jenis bencana alam khususnya kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan yang mudah terdedah (vulnerable) kepada bencana. Yang Berhormat menambah, ini termasuklah mempercepatkan lagi masa tindak balas (faster response time) menghulurkan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam kejadian bencana. ''Kedua, dari aspek

Sambutan Aidilfitri KHEDN meriah

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Berakas.

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Julai. - Dalam mengeratkan lagi silaturahim dan saling bermaafmaafan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017

Masihi. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong. Sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan

kegiatan tahunan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya dan tahun ini sambutan tersebut dikendalikan oleh Jabatan Buruh. Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian derma kepada 96 anak yatim terdiri daripada anak-anak yatim di bawah KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis diserikan

kemasyarakatan. Saya ingin melihat lebih banyak lagi penglibatan anak-anak buah kampung dalam apa jua aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di kampung dan mukim masing-masing. Kita berperanan penting ke arah memperkasakan keupayaan kepimpinan di peringkat akar umbi supaya kesejahteraan seluruh warga di mukim dan kampung akan sentiasa terjaga dengan perpaduan yang kukuh dan tahap keharmonian yang tinggi,'' ujar Yang Berhormat. Ketiga ialah dari aspek sosioekonomi, Yang Berhormat ingin melihat kementeriannya akan sentiasa mencari kaedah terbaik untuk menjadikan iklim perniagaan yang lebih kondusif dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara, di samping menjana peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi.

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

lagi dengan persembahan video-video ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dari setiap jabatan-jabatan di bawah KHEDN sekali gus paparan Pertandingan Pondok Tercantik dan Pakaian Lelaki dan Pakaian Perempuan Tercantik. Turut hadir, Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Abdul Mutalib bin

Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof dan isteri, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap berserta isteri, Ahli-Ahli Yang Berhormat berserta isteri, ketua-ketua jabatan berserta isteri dan para pegawai dan kakitangan-kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Kementerian Pertahanan semarakkan Sambutan Hari Raya

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit (kiri) semasa berkunjung ke pondok makanan pada majlis tersebut.

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hamzah Mohidin BANDAR

SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Julai. - Kementerian Pertahanan mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang dikendalikan bersama oleh Jabatanarah Keanggotaan dan Jabatanarah Kewangan dan Perolehan. Majlis

berlangsung di Dewan Gerak Badan Bolkiah Garison, di sini. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul

TIMBALAN Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz semasa hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri yang dikendalikan bersama oleh Jabatanarah Keanggotaan dan Jabatanarah Kewangan dan Perolehan, Kementerian Pertahanan.

Aziz bin Haji Mohd. Tamit. Turut hadir, Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah; Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar;

Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Timbalan SetiausahaSetiausaha Tetap, PengarahPengarah Awam dan Tentera, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Majlis tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan dan mengeratkan silaturahim dalam kalangan para pegawai dan

kakitangan kementerian tersebut dengan bertemakan, ‘Suasana Kampung' yang menjurus kepada nilai-nilai kebruneian, iaitu bersatu-padu dan hormat-menghormati. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan video ucapan selamat Hari Raya daripada Jabatanarah-Jabatanarah dan unit-unit di bawah Kementerian Pertahanan.


RENCANA

HARI SABTU 8 JULAI 2017

11

Semarakkan Hari Keputeraan Oleh : Pg. Hajah Fatimah Pg. Haji Md. Noor Foto : Azmah Haji Ahad

!" # $ % & # % '( !)*+ , !) # '(!. & , % / , % $ % , % # ' '1 % % '! !)*+ - !" # '(!. 2

, 3 '1 4 % 5 6 2 % 2 2 5 2 6 , 7

% '* !)*+ , !+ # '(!.

8

'" !)*+ '( # '(!. % '. !)*. '' # '(!. % # % '+ !)*+ '* #

SUASANA pengibaran bendera sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

'(!. , 3 '1 4 % % * 9 !)*+ '. # '(!. & , 1 : 1 1 , % 2 2 5 6 1$ *! 3 '(!. , 2 ,

; < '(!. ! *! # '(!.% $ , , % %

% % $ $ %

%

SUASANA pengibaran bendera sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di premis-premis perniagaan.

, %

$ $ $ % %

, , % 1 8 1 = , 2 8 = , % , 1 8 1 = , % 1 = , 8 1 % = , % , 1 % = , % $ < % % - , , , - , % % % , % % $ % % 4 % 4 2

> $ % , % % , 4 $ 4 .!


12

NASIONAL

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Perbadanan TAIB adakan rumah terbuka Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

BERAKAS, Khamis, 6 Julai. Kemeriahan suasana rumah-rumah terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri terus giat diadakan oleh pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta di negara ini. Perbadanan Tabung Amanah Islam (TAIB) mengadakan Majlis Rumah Terbuka sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1438 Hijrah / 2017 Masihi bertempat di Atrium, Airport Mall, di sini. Hadir pada sambutan tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, selaku Penasihat Pengarah Perbadanan TAIB. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah, selaku Timbalan Pengerusi

Perbadanan TAIB, Ahli-ahli Pengarah Perbadanan TAIB dan Jawatankuasa Penasihat Shariah Perbadanan TAIB. Pada sambutan berkenaan, Perbadanan TAIB turut menjemput pegawai-pegawai kanan kerajaan, pelanggan-pelanggan dan rakan kongsi serta ahli korporat juga para pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Suasana rumah terbuka tersebut dimeriahkan lagi dengan pelbagai jenis masakan, pencuci mulut juga minuman, yang mana kebanyakan dari hidangan tersebut disediakan oleh usahawan muda dan tempatan yang aktif, di mana ia dihidangkan dalam konsep gerai. Dengan adanya sambutan tersebut akan dapat mengukuhkan lagi ikatan yang sedia ada, di samping memberi peluang beramah mesra di antara satu sama lain juga sebagai platform untuk memupuk ikatan berkenaan.

MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman (empat, kiri), selaku Penasihat Pengarah Perbadanan TAIB semasa hadir pada majlis berkenaan. Juga hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (lima, kanan), selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan TAIB.

Pejabat Peguam Negara raikan Aidilfitri Siaran Akhbar dan Foto : Pejabat Peguam Negara

MAJLIS dihoskan oleh Peguam Negara, Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd Salleh dan turut hadir ialah Peguamcara Negara dan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara (kiri). Sementara gambar bawah, antara pegawai dan kakitangan yang hadir pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. Pejabat Peguam Negara mengadakan Majlis Berhari Raya Bersama Yang Berhormat Peguam Negara di Bangunan Undang-Undang dan Mahkamah-Mahkamah, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, di sini. Menurut Siaran Akhbar Pejabat Peguam Negara, majlis tersebut dihoskan oleh Peguam

Negara Yang Berhormat Datin Seri Paduka Hajah Hayati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Mohd. Salleh. Turut hadir ialah Peguamcara Negara dan Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Awang Haji Mohd. Juanda bin Haji A. Rashid serta pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pejabat Peguam Negara.

92 anak istimewa anggota ABDB terima sumbangan Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Hamzah Mohidin

PEMERINTAH ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah menyampaikan derma kepada salah seorang anak istimewa pada majlis tersebut.

RIMBA, Jumaat 7 Julai. Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan anggota-anggotanya dan ahli keluarga masing-masing. Sehubungan itu, 92 anak istimewa anggota ABDB diraikan dalam majlis penyampaian sumbangan yang diadakan di Dewan Punai, Pangkalan Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), di sini. Sumbangan berupa wang tunai dari Tabung Kebajikan ABDB, hadiah sumbangan daripada ahli-ahli badan kebajikan isteriisteri anggota ABDB (BAKTI), cenderahati berbentuk alat-alat permainan dan alat-alat peralatan sekolah serta derma daripada warga-warga ABDB khususnya pegawai-pegawai ABDB. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral

Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah dan isteri, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan-

Timbalan Pemerintah, Pengarah-Pengarah Tentera, Pemangku Timbalan Komandan, pegawai-pegawai kanan dan anggota ABDB serta para ibu bapa dan penjaga anak-anak istimewa yang diraikan.

ISTERI Pemerintah ABDB, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Mahdi Al-Sufri menyampaikan derma kepada salah seorang anak istimewa pada majlis berkenaan.


NASIONAL

HARI SABTU 8 JULAI 2017

13

Kemahiran mendengar, bertutur asas penting kemahiran berbahasa Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman, Sity Diyanatul-Widad Haji Ismat Foto : Hamzah Mohidin

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Salah satu kemahiran berbahasa yang perlu dikuasai oleh seseorang pelajar ialah kemahiran bertutur, di samping ia menguasai kemahiran mendengar, kemahiran membaca dan kemahiran menulis.

Walau bagaimanapun, kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur merupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa, di mana kedua-dua kemahiran ini berkait rapat dan saling melengkapi.

SMALHB johan 'Tuturan Pelajar'

Para pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih baik. Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar menjelaskan perkara tersebut semasa berucap pada Peringkat Akhir 'Tuturan Pelajar' Pertandingan Forum Bahasa Melayu Kali Ke-2 Tahun 2017, berlangsung di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei (RTB), di sini. Menurut Yang Mulia Pengiran Dato Paduka lagi, kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang pelajar itu memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. ''Demikian juga seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkannya menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan,'' jelasnya. Oleh yang demikian tambah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka, penglibatan para pelajar dalam pertandingan seumpama ini diharap akan dapat memantapkan lagi kepetahan pelajar untuk berhujah dalam bahasa Melayu, selain dapat meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis terhadap sesuatu isu yang dibincangkan. Yang Mulia Pengiran

Dato Paduka menjelaskan, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Kokurikulum, berperanan untuk menyediakan platform bagi mencungkil potensi serta mengasah bakat para pelajar dalam usaha melahirkan cendekiawan-cendekiawan, yang bukan saja berilmu, cerdik dan pandai bahkan petah, berani dan berfikiran kreatif serta kritis dan seterusnya boleh diketengahkan ke persada antarabangsa. Selain itu, tambah Yang Mulia Pengiran Dato Paduka, Jabatan Pendidikan Kokurikulum bukan saja memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar untuk bergerak maju dalam bidang akademik, bahkan juga dalam bidang kokurikulum yang merangkumi kesukanan, kerohanian, kemahiran, kesenian mahu pun kebudayaan. Dalam hubungan ini, Timbalan Menteri Pendidikan menyeru pelajar-pelajar untuk mengambil peluang dengan mengikuti aktiviti-aktiviti berfaedah seumpama ini, yang boleh melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan kemahirankemahiran soft-skills dan seterusnya boleh dijadikan sebagai value-added skills yang diperlukan bagi mempersiapkan diri dengan kerjaya yang bakal diceburi. ''Semoga peluang yang ada ini digunakan sebaik mungkin oleh

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar berucap pada Peringkat Akhir 'Tuturan Pelajar' Pertandingan Forum Bahasa Melayu Kali Ke-2 Tahun 2017.

para pelajar untuk membentuk jati diri mereka menjadi generasi yang berjaya, berguna dan berdisiplin, berdaya saing, berkeyakinan diri dan berdikari menurut tahap keupayaan individu masing-masing,'' ujar Yang Mulia Pengiran Dato Paduka.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar menyampaikan piala kapada wakil Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) selaku johan 'Tuturan Pelajar' Pertandingan Forum Bahasa Melayu Kali Ke-2 Tahun 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (SMALHB) dinobatkan sebagai johan 'Tuturan Pelajar' Pertandingan Forum Bahasa Melayu Kali Ke-2 Tahun 2017 setelah menewaskan Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah pada peringkat akhir pertandingan yang berlangsung di Dewan Raya Radio Televisyen Brunei (RTB). Dengan keputusan tersebut, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah menyandang naib johan, manakala tempat ketiga diraih oleh Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar. Sementara itu, Awang Mohd. Ruzaini bin Haji Rosli dipilih sebagai Pengerusi Terbaik manakala, Awang Ahmad Ghadafi bin Abd. Nasir terpilih sebagai Panel Terbaik, masing-masing dari SMALHB. Hadir selaku tetamu kehormat menyaksikan pertandingan dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Yang Mulia Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar. Pada peringkat akhir tersebut, SMALHB yang diwakili oleh

Awang Mohd. Ruzaini bin Haji Rosli selaku Pengerusi Panel, serta dua ahli panel, iaitu Dayang Syahirah @ Syakirah binti Haji Othman dan Ahmad Ghadafi bin Abd. Nasir membentangkan hujah-hujah mereka mengenai tajuk 'Dadah Pemusnah Modal Insan'. Manakala Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah diwakili oleh Dayang Nur Haziratul Hafizah binti Tahirudin selaku Pengerusi dan Zahrah Salehah Sheikh Adnan Bagarib dan Dayang Nur Syafiqah Nabilah binti Shahminan selaku ahli panel menyampaikan hujah mereka dengan tajuk 'Melayu Islam Beraja : Benteng Ancaman Dadah'. Sebanyak 10 buah sekolah menyertai dalam peringkat saringan yang telah diadakan pada bulan Mei lalu, namun hanya seramai sembilan pelajar dari tiga buah sekolah berjaya mara ke peringkat separuh akhir yang telah diadakan pada 15 Mei yang lalu. Pertandingan 'Tuturan Pelajar' kali ini dianjurkan oleh Biro Kawalan Narkotik dengan kerjasama Unit Akli, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dan Radio Televisyen Brunei dan dikhususkan untuk pelajarpelajar Tingkatan Enam dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei.

SMALHB yang diwakili oleh Awang Mohd. Ruzaini bin Haji Rosli selaku Pengerusi Panel, serta dua ahli panel, iaitu Dayang Syahirah @ Syakirah binti Haji Othman dan Awang Ahmad Ghadafi bin Abd. Nasir membentangkan hujah-hujah mereka mengenai tajuk 'Dadah Pemusnah Modal Insan'.

Bandarku Ceria dibuka semula bermula 9 Julai Siaran Akhbar : Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Program Bandarku Ceria yang telah berjalan pada setiap Ahad, jam 6.00 hingga 10.00 pagi akan dibuka semula bermula 9 Julai 2017. Semua jenis aktiviti Bandarku Ceria serta gerai jualan di sepanjang Jalan Pemancha, Jalan Pretty dan Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien adalah dibukakan bagi aktiviti berjaja seperti biasa. Sehubungan itu, beberapa batang jalan raya di kawasan Bandar Seri Begawan akan ditutup seperti biasa di antara jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi setiap Ahad, sementara Jalan Sultan Omar 'Ali Saifuddien ditutup dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Dengan ini, orang ramai adalah dialu-alukan datang beramai-ramai ke Bandar Seri Begawan dan menggunakan ruang-ruang yang ada bagi menjalankan aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, kebudayaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan. Dengan yang sedemikian, Bandar Seri Begawan menjadi sebuah urban park yang dapat dinikmati oleh semua melalui aktiviti-aktiviti seperti riadah, berjalan, berjoging, berbasikal, senamrobik, berjual-jualan dan lain-lain aktiviti.


14

IKLAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI

TAWARAN PEMBEKALAN KERTAS 128 GSM ART PAPER-MATT & GLOSS KE JABATAN PERCETAKAN KERAJAAN JABATAN PERDANA MENTERI

$

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

$

, %

' = ' 5 - % !

BILANGAN TAWARAN : GPD / STI / 2017 / OVSH / 007 ITEM : 01 NAMA KERTAS : Art Paper Matt TEBAL : 128gsm UKURAN : 787 x 1092 mm PEMBUNGKUSAN : 250 Keping / Paket KUANTITI : 900 Paket

#$

%% &

- 5 - 0 % - = ' > $ ' ' ! %%

ITEM : 02 NAMA KERTAS : Art Paper Gloss TEBAL : 128gsm UKURAN : 635 x 902 mm PEMBUNGKUSAN : 250 Keping / Paket KUANTITI : 1,000 Paket # #

- - 5 + + 9 " ! $& :4 % $( ' " $(

+

5

)%

% % , .3 , ) ! 78( "" 8# 9 78( "" 8& 9 78( "" (#$" .

PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

#

- + - % ' 5 6 ! $& :4 % ' " $(

! % "# ' " $( "

$ ;

/@% / / = 7; %& > 8

@ @ 3 ' < = @ ' < = / +*.> ! ", ) & ? # ", ) # # & , 6 <& ", 6 < *, 6 < / 7 7# / # # # % , .3 , ) ! + "4 - : + + * ! ) % - 1 2 , .3 ! 4 4 %% + 5 ; ' * ! !

- 5 5 0

UJIAN TASMIE' MENGHAFAZ AL-QURAN PUSINGAN KEDUA TAHUN 1438H / 2017M

# &

4 + 4 + ' 5 - %

78( " :"#&$ % $8 . 0

KEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA

PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU (PERINGKAT MENENGAH TAHUN 7) INSTITUT TAHFIZ AL-QURAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH BAGI SESI PENGAJIAN 2018M 8 9 # : ; < = % > > 7# /

/ 7 1/ )$ ; < = % > > 7# %

", . + 6 - ? # ", ) ! , ,-.! , ,- / ,! , / # # # # ; < = % > > 7# 0 ! .! 0

/ % 7 % / 7 7 1 ! # 7 $ # # # # # 3 ; < = % > > 7#

/ ; @ 1 +$ 6 ", . ( # # ", ) 3 # '4' / /

% # 1/ % $ # 3 ; < = % > > 7# 7 # ; < = % > > 7# / 3 ; < = % > > 7# 7# # # ) % - 1 2 , .3 ! 4 4 %% + ! 5 $(# ' )% , ! ! ,"$$" %%

> 8 @ & # # $6 * +% " $( ! 5 + 1 ) % - 1 2 , .3 ! 4 4 %% + 0 78( """" 6 9 78( """" 6 9 78( """" 68 % " 8 9 ""6 9 " " $

NOTIS TAWARAN BILANGAN : HMSF / TDR / 04 / 2017 TAJUK : PROPOSAL FOR THE PROVISIONS OF TANK CLEANING AND WASTE DISPOSAL HMSF’S FUEL STORAGE NO:1, NO:2, NO:3 AND NO:4 Syarat-Syarat Tawaran :

! " # $ # # ! "#$ %% % &

# '()* "+(,,+* " ,- " .,

# "& ' " $( * %

%

/ / %

/ # # / + %

0

/ ! 1

/

! 1 $ 2

#

#

# ( / & 3 & & & 4# # 5 & 6 & 7 % 7 & 7 " )% ( * +% " $(

)

1 $

.

#

-

# .,

, / # # # # 3 & 0 3 ! + 1*- ! --)$ 7


INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI

TAJUK TAWARAN : PERKHIDMATAN MEMBEKAL SAJIAN MAKANAN DAN MINUMAN (KATERING) DI INSTITUT PERKHIDMATAN AWAM BILANGAN TAWARAN : IPA / PENT / SVC / 50 Pt.5 & #)#*#%

,

"

" ' 2 1 1 / 2 / %

& $& '

/ '

( & A *& , . . 5 " # $ & '

'

& & '

'

'

'

'

& 5& '

3 4 & & '

'

+ ' ( $ - ) 7 /7 : : % 7 ( !; ! ( 0 : / 5 $ ' 7 7 9 ) % 7 8$ + % $ + B $ + $++ 8$ + +$ + !&

'

"# +$++ * , '

& -&

'

7 !+ !+ $ 6&

+

'

!; !+ 9 !$++ $ .& "

" ' 2 1 1 / 2 / %

'

'

& & ,

&

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN BIL TAWARAN : (01) JBS / ADM / TDR / 01 / 2017

! " # $ %& ' ( " ) *+ , - #. - #( - + - !+ / /( "0 " ) (/ 1(" %( %2 / 34( (1"/% # (1 & . 24" %"0/"

4 !5 / 0 ./ 1 & &1. 1( . & 6 % !+ 61( " ' ( " ) "# +$++

7 ) 8 !+ - ! 8 * , ) 9 !$++ 2 ) : * ,

! "

# $ %

& ' . % 7 8$ ; $++ 8$ ; +$++

15

IKLAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

JABATAN PEGUAM NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI

BILANGAN SEBUT HARGA : JPN / K / 1 / 11 / TT / 2017 / 18 TAWARAN BAGI MAINTENANCE AND SUPPORT SERVICE OF AGC INFORMATION MANAGEMENT SYSTEM (AIMS) & #)#*#% #)#*#%

'

. %" /" "2/ "# 1 4(

/(C%2/ 43 02 %"34(. %4" . " 0/./"

6 /. * %. , $& 7 3 4

7

38 4

98 / '

' ( 7

%% 1 1 . 7 7 . 7 7 9 " . ( 9 % 7 " # $ 9 !$++ 5 !+ $ & '

'

& & '

3 4

& /

. %" /" "2/ "# 1 4(

/(C%2/ 43 02 %"34(. %4" . " 0/./" 6 /. * %. , 5&

'

3 4

/

" ' / 1 1 / / %

/ 1 * 9 /

# 8

"#;$++ * ,$ ) & ' . % 7 8$++ $++ 8$++ +$++ & '

* , $

!& 8

/

5 & -& "

" ' 2 1

1 / 2 / %

'

'

&

JABATAN LAUT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

PEMBERITAHUAN TAWARAN SEBUT HARGA : 1. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN BERKONTRAK SELAMA SATU (1) TAHUN DIBANGUNAN RUMAH API LUMUT, KUALA BELAIT Bilangan Sebut Harga : 004 / JL / SH / 2017 / 2018 2. 1 YEAR TERM OF CONTRACT FOR CLEANING SERVICE AT MARINE DEPARTMENT, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bilangan Sebut Harga : 005 / JL / SH / 2017 / 2018 3. PERKHIDMATAN PEMBUANGAN SAMPAH BERKONTRAK SELAMA SETAHUN DI BANGUNAN JABATAN LAUT Bilangan Sebut Harga : 003 / JL / SH / 2017 / 2018 Tarikh Tutup : 19 Julai 2017 / jam 2.00 Petang

'

( & #)#*#% #)#*#% '

+

,

%

& $& "

'

-& . / & . / -& . / .&.. /

" ' 0 " /

1

!$- %

&

!+ & 2

"#;$++

& &

'

' & & '

3 4 ' 1 1 ' ( "'

( /"0/(1 % ' " 1 / 1 (0 " & 1

/./" /(% " /( 1 1"0 " ' " /(%"#1 (% " /( .1 ( !8 "/0 ( (1"/% # (1 & .$ 5&

"

' " / 0 & '

& & /

& !& "

" ' 2 1 1

/

2 / %

'

'

& -&

,

%

( $ & - = $ 9 > : :

= $ # > * : ?,$ 6&

:7 7 3 4

'

& .&

@ ! ! +$


16

JAWATAN KOSONG / IKLAN

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI JAWATAN KOSONG ( ) ( ) % & % $ * + + * $ $

& , ' 1 & 5 5 . 8 " .8 - 9 8 - 5 55 5 1 % 6 : : 5 # 8 " "." - + & % & . / / % ) + % 0 $ - 1 2/( 0 1 2 (( 1 & 3 & % 3 , $ * + + * $ $ . 1 + & % /, 4 , + 5 5 0 5 % 3 , $ * + + * $ $ - + % / - & & - & & % & & %

, , - & , 6 % 6 & & & & & & 2 1 % & .5 55. 51 "- , , , %

& 7 % & %

& & , 5 & & 8- + % & % , & & % & - + % & % & & % % 9- , & & & , & % & & & !- + ,

& , , :- % & & 7 -

HARI SABTU 8 JULAI 2017

JABATANJABATAN BANDARAN TUTONG ISLAM PENGAJIAN KEMENTERIAN HAL EHWALHAL DALAM NEGEKEMENTERIAN EHWAL UGAMA

IKLAN JUALAN LELONG SECARA SEBUT HARGA HARTA BENDA KERAJAAN $ ; 6 & & & , & % 6 , / ; 0 . - & & % & , ' - 5 5 1 & 5 1 8 " 5 >$ 8: % 1 8 : 5 ." & 5 5 $ #6## 2 + ! ? & ## & % & > 6 & * + ! ;+ ! !0 - - " 5 " 8 : 5 #( 12 % #( / 0 > & : 5 ! , ! - . .& . " 5- : 5 #7 12 % #( / 0 ? & 8: # " 6OFAMHEJAH 1."8 - % 2

"& " 8 - + . & ! 2 ! 2 !2 $ 2 # 8: % & < + ! 1."8 - #? 2 "& " 8 - + & ! ! 2! 8: 6 !2 " 0 "2! !2 /

1."8 - >' 2 "& " 8 - + . & 2 ! / 2 : ! @2 $ 2 - 6 & % & ' "- & & & 3 8- . , % A'(6 %%6 # #$ . & $ ! ) & + *2 & , - ; % & , % , % 9- % , % !- , % % % "9

, &

-

KEMENTERIAN PERTAHANAN No. Tawaran : JPPK / LTN / 05 / 2017 Tajuk Tawaran : ONE YEAR TERM CONTRACT FOR MAINTENANCE AND REPAIR OF COMPOUND, STREET, FENCING SECURITY LIGHTING SYSTEM, FIRE PROTECTION SYSTEM & HANGAR DOOR EQUIPMENT, FIRE SERVICE INSTALLATION FOR MILITARY ESTABLISHMENT WITHIN PENGKALAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI

; 8 - + & % & % & ,

& % & , & , & % % - ; % & & % % % % &

, & , - . 7 & % & % % % & -

Syarat-Syarat Tawaran

< ! & ! + & < " 2 "1 &

'

!"# $ / 0 % & $ $ ## 12 % #( 02

& & & ! " 2 1 & # & & & %' 12 % #(- ; % % & , & 6 & % =:> 8 9:8### "?9 # ! + 2 & ! + 2$ 12 % #( ! + 2 2* & ! + 2$ %' 12 % #( 202 . = = # = % #(

! " #$ #$ %$ & '$ & ($ & # ) &

* + & , * # -.

% % + / $ 1 ! + / & ! + $ '4'$ #$ ! & ! + $ + 5 ! $ 6 # $ ! !2 !2

% & ' + 7 & ## 6 & 12 7 & # 6 & + 7 6 & ## 6 &


IKLAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN ! " # $% &$ ' ( ) * ++ , ! ! " # - . /*01 2

34 5 ! 4 .6" ! ' ' " 31 8 3 3 $$ 6 ! 0 2 "

- # $

# % & ' ( 2 & # + 2 & # + ! ( ) ' *! 8 + * 9 ! " # $% &$ : 2 2 ( ' ( ) * , ! ! " # + ,% -. , ,% '-- $ ; 3 : 2 2 ( . ++1 26 4 1 4 " 3 . 1 3 3 $$ 6 ) " ! 0 2 "

$ ; 3 # $

# % & ' ( 2 & # 2 & # ! ( ) ' *! 8 / ) < ) ' , ! " # $% &$ : 2 < ' < ) * / # / //, ! ! " # 43 6 : 2 < 3 " = 1 8

3 " $ ) 41 8 3 3 $$ 6 / ' 0 *! 0 2 "

43 6 # $

# % & ' ( 2 & # + 8 2 & # + 8 ! ( ' *! 8 ! " # $% &$ ' ( ) * , ! ! " # 43 6 . 1 4 1 2 6 3 " 3 ! 1 3 3 3 $$ 6 ' 0 *! 0 2 "

43 6 # $

# % & ' ( 2 & # + 2 & # + ( ' *!

# $

# % & ' ( + 2 & # 8 + 2 & # 8 ! ( ) ' *! 8 ) < ) ' , ! " # $% &$ 2 ' ( ) * , ! ! " # 2 . 1 4 //1 " 3 2 6 $ 1 2 + 3 3 $$ 6 1 - *! 0 2 "

# $

# % & ' ( 2 & # 2 & # ! ( ) ' *!

88 ) < ) ' , ! " # $% &$ ' ( ) * 8//+, ! ! " #

8 8 ) < ) ' , ! " # $% &$ ( ' ( ) * / + /, ! ! " #

) ' *!

. * 1 $ 2 6 5 1 3 " $1

8 3 3 $$ 6 ' 0 *!

( . 1 4

*+ * 2 ; " 3 1 3 3 $$ 6 * ' 0 *!

0 2 "

# $

# % & ' ( 2 & # + 2 & # + ! ( ' *! / ! " # $% &$ ' ( ) * +, ! ! " # + .> ; 3 8 . 1 4 + 1 3 . 1 3 3 $$ 6 1 2 *! 0 2 "

+ .> ; 3 8

0 2 "

# $

# % & ' ( 2 & # + 8 2 & # + 8 ! ( ) ' *! $

$ # % !

% & " & (

' ( & ( ( & ( " ! ( $

# # ! $ #

# # ! ' $

& $ 0 &

17

&

$ #

! DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN KES NO. BCY/CP/378/2006 ) < ) ' , ! " # $% &$ (0 ? 9 0 0 ' ( ) * 8+88 , ! ! " # 3- - *

5 ; 6" 4 5 / < ;3 3 (0 ? 9 0 0 6 ! @ . 1 4 * * 41 6 % " 3. ' '1 0 3 3 3 $$ 6 ( 2 *! 0 & ! $ - ! ' - ! .#! - 4 $ *) ! 6 $ ! *& ! * $1/$ 5$)*$ 5& 6%7 6 ! 6 (& (, / 5& ( " ! !" ! $ ' ( & ( " ! . ;.3 $ 6 ! * ! % " % ; 4* 4 $ 3 $ ! ! 3 3 "! 3 $ 6 % $ 6 " 5 ; % 3 $ 1 ' *! " ; % 3 $ # % & & ' ( & 7 & ( " ! 1 - *! DI DALAM MAHKAMAH TINGGI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BANDAR SERI BEGAWAN ( ' 00 0 ,

( 1 + 9 0 ' , 0 0 % 3 " @ 9 0 ' , 6 = ; 35 A 3 @ 6.-" 1 . 1 5 <6..3 ! 65 1

2 6 . 1 < 3 3 3 $$ 6 3 "! 3 ! 6 @ - 3 "! 5 4 3= 4 @ 1 = + 8 = ; B $ !" ! $ 3 2 6 = $ 3 3 " 6 ! 3 3 3 $$ 6 2 0 4"

' 0 * ! # # % & ' 6 * ' *& # /! 1 ! ( $

# # ! $ #

# # ! ( / - *! ; 6 B 3 $ !" ! $ 3


18

IKLAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

MAHKAMAH BESAR NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

!" #! $ $$ % % $ & ' ( ) * + , $ $ - $ $$ % % $ & ! " #

# $ #% $ & '' ( ' ) * + ) , , $ . % $ $ &

$ - ' ' - '

- " ' * $ ' / % -0 1 / 2 ' / % -0 1 / 2 $ * ) , 2 / * $3 & !" #! , $ % , $, ' ( ) * + , $ $ - , $ % , $, . / 0 ( # $ ( $ & '' ( ' ), * + ) , , $ . % $ $ &

$ - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 / ' % -0 1 / $ * ) , 2 / $ ) 4 , , !" #! % $ 5$ 3 . % , ' ( ) * -2 + , $ / 67 8 - % $ 5$ 3 . % , . # $ / # ' $ $1) )

$ & '' ( ' ) * + ) , , $ . % $ $ &

/ 67 8 - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 ' % -0 1 $ ) * ) , ,& $ ,, & $ !" #! $ $ % % ., ' ( ) * - /2 + , $ / 67 8 - $ $ % % ., , # ( - $ $ $ $$ . $ & '' ( ' ) * + ) , , $ . % $ $ &

/ 67 8 - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 ' % -0 1 $ ) * ) , - && % % $ & ' ( ) * 2 -+ !" #! % & 9 % % $ & ' ( ) * + , $ $ - % & 9 % % $ & ) ! ) / $ $ # * +0 * ' 2 % +

3 & ' $ & '' ( ' , * + ) , , $ . % $ $ &

$ - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 / '

% -0 1 / $ * ) , !" #! , & % % ' ) -/ 2 + , $ 67 8 - , & % % '$' # 5 '

/ $ * ' $1)!) $ & '' ( ' , * + ) , , $ . % $ $ &

67 8 - ' ' -

'

- " ' * $ ' $ -0 1 ' $ -0 1 $ * ) , * $3 & !" #! $ $$ & $ , $ ' ( ) *

2 - 2/+ , $ 67 8 - $ $$ & $ , $ . # # ( (3)!. $ & '' ( ' , ) , 2 ,& $ ,, & $ !" #! ( ( ( ' ( ) * / / + 6(7 %"7 (31 % %"7*33 $ - ( ( ( !, !) /

# $ 3 ( 8 ! $ & '' ( ' ) * + ) , , $ . % $ $ &

$ - ' ' -

'

- " ' * $ ' 2 % -0 1 2 ' 2 % -0 1 2

$ * ) , 2

!" #! , % % , ' ( ) * 2 + , $ $ : , % % , ) ! " # $ $ ( (8 .! $ & '' ( ' / ) , $ . % $ $ &

$ : - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 / ' % -0 1 / $ * ) , , ) 9 ) ' + !" #! 5 & ,, ' ( ) * / + , $ $ 5 & ,, . # # & ( (8),.! $ & '' ( ' * + ) , , $ . % $ $ &

$ - ' ' - '

- " ' * $ ' % -0 1 / ' % -0 1 / $ * ) , ' ' ' '

- " ' ' ' ' ' '

" ' ( & $

* $ ' $ $ $ & '' $ ' ' '

' ' ). - ' - ' ' - ' ' '

' ). - '

- *

' ' + '

' ' '

- '

; 8 < 7 ! $ ! 7 7 7 7 !! 8


NASIONAL

HARI SABTU 8 JULAI 2017

19

Mesyuarat AIFOCOM bincang bahaya dadah Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat

NEGARA Brunei Darussalam yang diwakili oleh Ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit (tengah) dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad (kiri) serta Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail (kanan) bagi menghadiri Mesyuarat Tahunan The 13th Meeting of the AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) to combat drug menace di Manila, Republik Filipina.

MANILA, FILIPINA, Khamis, 6 Julai. - Majlis Mesyuarat Negara (MMN) menghadiri Mesyuarat Tahunan The 13th Meeting of the

AIPA Fact-Finding Committee (AIFOCOM) to combat drug menace bermula 4 hingga 8 Julai 2017, bertempat di Manila,

Republik Filipina. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Majlis-Majlis Mesyuarat, mesyuarat membincangkan dan

melaporkan laporan-laporan negara berkenaan dengan status serta situasi berkenaan dadah merbahaya. Mesyuarat dilanjutkan dengan perbincangan dua buah resolusi mengenai dengan "Transforming AIFOCOM into AIPA Advisory Council on Dangerous Drugs (AIPACODD) and strenghthening its role and mandate as a parliamentary tool to combat dangerous drugs". Manakala Resolusi kedua adalah mengenai dengan "Forging inclusive partnership towards a drug free ASEAN community". Inti sari mesyuarat menumpukan perhatian sepenuhnya bagi negara-negara Ahli AIPA (ASEAN Inter-Parliamentary Assembly) untuk lebih serius dalam menangani masalahmasalah dadah di rantau ASEAN sejajar dengan inspirasi ASEAN

untuk menumpukan misi "Drug-Free ASEAN Community". Selaku Penggubal Undangundang Negara Ahli AIPA perlu mendukung hasrat tersebut dengan menyesuaikan undang-undang dan meningkatkan kerjasama dan 'best practices' di antara Ahli-ahli AIPA dalam memerangi dadah merbahaya. Mesyuarat diakhiri dengan sebuah Joint Communique untuk seterusnya dilaporkan dan diluluskan di Perhimpunan Agung AIPA yang akan diadakan di Manila, Filipina. Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Ahli-ahli MMN, Yang Berhormat Awang Haji Ramli bin Haji Lahit dan Yang Berhormat Awang Iswandy bin Ahmad serta Timbalan Jurutulis MMN, Dayang Rose Aminah binti Haji Ismail.

Lima set mata wang kenang-kenangan numismatik untuk dijual Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

PEMANGKU Pengarah Eksekutif Unit Pengurusan Mata Wang, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Pengiran Maslina binti Pengiran Haji Mahmud (tengah) semasa Sidang Media mengenai pengeluaran mata wang kenang-kenangan bersempena Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Perdana Menteri Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Lee Hsien Loong bersama-sama melancarkan mata wang kenang-kenangan bernilai $50 bersempena Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Brunei Darussalam dan Singapura. Pelancaran tersebut diadakan hari ini di Istana Singapura. Sehubungan itu, satu Sidang Media mengenai Pengeluaran Mata Wang Kenang-Kenangan Bersempena Ulang Tahun Ke-50

Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara kedua-dua buah negara, diadakan di Bangunan Kementerian Kewangan, di sini. Menurut penjelasan daripada Pemangku Pengarah Eksekutif Unit Pengurusan Mata Wang, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD), Pengiran Maslina binti Pengiran Haji Mahmud, dengan bertemakan 'Flourishing Growth', satu set mata wang polimer bernilai $50 dikeluarkan oleh AMBD dan Monetary Authority of Singapore (MAS). Menurut beliau, potret Kebawah DYMM tertera di bahagian hadapan mata wang $50 Brunei Darussalam, manakala mata wang $50 Singapura memaparkan potret Presiden Pertama Singapura, Yusof bin Ishak.

Bersempena dengan sambutan tersebut, AMBD jelasnya, akan menjual lima set numismatik edisi khas, iaitu Set Mata Wang Kenang-Kenangan Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesaling bolehtukaran Mata Wang, yang mana mengandungi mata wang kenang-kenangan $50 kedua-dua buah negara dengan nombor siri yang sama dan prefix CIA. Set ini dijual dengan harga BND300 setiap satu. Seterusnya, kedua ialah 3-in-1 Uncut Sheet yang mengandungi tiga keping mata wang kenang-kenangan $50 Brunei dalam satu lembaran yang tidak berpotong. Set tersebut dijual dengan harga BND400 setiap satu. Ketiga pula ialah 8-in-1 Uncut Sheet yang mana set ini mengandungi lapan keping mata wang kenang-kenangan $50

MATA WANG kenang-kenangan bersempena Ulang Tahun Ke-50 Perjanjian Kesalingbolehtukaran Mata Wang di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

Brunei dalam satu lembaran yang tidak berpotong. Set tersebut dijual dengan harga BND1,000 setiap satu. Selain itu, AMBD ujarnya juga akan menjual 40-in-1 Uncut Sheet, di mana set tersebut mengandungi 40 keping mata wang kenangkenangan $50 Brunei dalam satu lembaran yang tidak berpotong. Set itu dijual dengan harga BND4,500 setiap satu. Kemudian, AMBD katanya juga akan menjual Coffee Table Book, yang mana akan menerangkan latar belakang reka bentuk mata wang kenang-kenangan sempena ulang tahun tersebut dan ia mengandungi satu set $50 Brunei dan $50 Singapura. Set berkenaan dijual dengan harga BND138 setiap satu. Orang ramai bolehlah mendapatkan set mata wang kenang-kenangan numismatik

yang telah pun bermula jam 2.00 petang pada 5 Julai 2017, manakala Coffee Table Book pula boleh didapati pada Jumaat, 7 Julai 2017 di Kedai Cenderamata Galeri Mata Wang AMBD, Bangunan BCMB, Kompleks Kementerian Kewangan, Commonwealth Drive. Dalam pada itu, AMBD dan MAS juga akan mengeluarkan mata wang kenang-kenangan, di mana orang ramai boleh membuat pertukaran ke satu set yang mengandungi kedua-dua $50 Brunei dan Singapura di dalam folder khas. Mata Wang kenang-kenangan ini akan dapat ditukar di mana-mana cawangan Bank Baiduri; Bank of China Hongkong (BOCHK); UOB dan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) mulai Jumaat, 7 Julai 2017 ini.


20

AGAMA

HARI SABTU 8 JULAI 2017

Sombong itu sifat tercela

'

' !

" ' # $ ' % & () * ''

'' +

' , * ' $ - . / 0 0 * ''

'

'' .0 " /

1 ' ! * ! ! # -

, 0 # # # ,

'

2 0 34 * ''

! "

#

" ''

Latihan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam dipantau Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin KATOK, Rabu, 5 Julai. - Latihan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam Ahli-Ahli Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Seluruh Negara sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Ke-71 Tahun mula dilaksanakan, hari ini.

Latihan pertama pemantauan adalah di Daerah Brunei dan Muara, yang berlangsung di Surau Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Kampung Katok. Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Hajijah binti Haji Moktal hadir dalam Sesi Latihan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam dan juga memberikan taklimat. Majlis itu disertai oleh seramai 552 orang pembaca yang terpilih untuk mewakili Daerah Brunei

dan Muara. Terdahulu, majlis dimulakan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beramai-ramai. Antara tujuan majlis tersebut diadakan ialah untuk memohon doa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala, semoga Kebawah DYMM dilanjutkan usia dan sihat walafiat serta kekal karar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan hidayah dan petunjuk Allah Subhanahu Wata'ala, di samping mendukung hasrat titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara Zikir dan rakyat celik Al-Quran.

PEMANGKU Pengarah Pengajian Islam KHEU, Dayang Hajah Hajijah binti Haji Moktal (kiri) semasa hadir menyaksikan Latihan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam.

PARA pelajar dari Sekolah Menengah dan Ugama Daerah Brunei dan Muara ketika mengikuti Latihan Majlis Khatam Al-Quran 71 Kali Khatam.


WARISAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

21

Kenali budaya dan tradisi masyarakat kitani

Kuyu Kebaya * pakaian tradisi wanita Murut Brunei

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

7,);)

!"

#

$

' '

' ' %

' ' '& ( ) * '

' + ' '#

' ' '

' ' ',

'

' '

( -.

( !/.

#

'( '

GOLONGAN muda Puak Murut bangga menggayakan pakaian tradisi mereka.


22

NASIONAL

HARI SABTU 8 JULAI 2017

HBK Ke-12 pada 1 Ogos depan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 5 Julai. - Sambutan Hari Belia Kebangsaan (HBK) merupakan salah satu daripada acara tahunan yang utama anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS). HBK jatuh pada 1 Ogos setiap tahun, di mana para belia terdiri dari pelbagai latar belakang akan berkumpul pada hari tersebut dengan tujuan yang bermakna. Pengisytiharan Hari Belia oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi 1 Ogos dijadikan sebagai HBK, adalah satu pengiktirafan dan penghargaan terhadap pergerakan belia di negara ini. Sehubungan itu, satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Urusetia Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12 Tahun 2017 telah diadakan di bangunan KKBS, di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Awang Zafri bin Haji Mohamed. Tahun ini sambutan akan diadakan pada Selasa, 1 Ogos 2017 dengan tema 'Belia Berdaya Usaha

PEMANGKU Pengarah Belia dan Sukan, Awang Zafri bin Haji Mohamed (kiri) semasa mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Urusetia Sambutan Hari Belia Kebangsaan Ke-12 Tahun 2017 yang diadakan di bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

dan Berinovasi Menjayakan Wawasan Negara'. Dalam usaha membangun belia di negara ini Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia sentiasa memberikan perhatian yang penuh melalui penyediaan berterusan program-program pembangunan kapasiti, kemudahan-kemudahan prasarana, infrastruktur dan bantuan fizikal dan fiskal. Sambutan pada tahun ini juga akan diisi dengan pelbagai acara

sampingan seperti, Lumba Perahu Tradisi Belia; Jalinan Kasih Belia; Program Pertukaran Belia Daerah-Daerah yang akan berlangsung dari bulan Ogos sehingga Disember 2017. Sesuai dengan matlamat sambutan, iaitu untuk mengiktiraf belia dan pergerakan belia adalah diharapkan dengan pelaksanaan HBK akan dapat menggalakkan lebih ramai lagi penglibatan para belia dalam aktiviti-aktiviti kebeliaan khusus-

Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim, Hernie Suliana Haji Othman Foto : Hernie Suliana Haji Othman

nya dan terlibat sama dalam usaha-usaha pembangunan negara amnya termasuk kerja-kerja sukarelawan. Penganjuran acara-acara sampingan juga diharapkan untuk menjadi wadah bagi golongan belia untuk sama-sama memikirkan 'penyelesaian

terbaik' dalam menangani cabaran-cabaran dan isu-isu pembangunan belia dan mampu untuk memperluaskan lagi perspektif belia, terutamanya mengenai dengan kehidupan dalam komuniti, peranan dan kepentingan belia dalam pembangunan sesebuah negara.

IBTE terima 1,782 pelajar baharu Rumah Terbuka eratkan silaturahim Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

PENGARAH Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE semasa hadir pada Majlis Perasmian Minggu Orientasi IBTE bagi Pengambilan Julai 2017. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa.

Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Azmah Haji Ahad

BERAKAS, Rabu, 5 Julai. Seramai 1,782 pelajar baharu menghadiri Majlis Perasmian Minggu Orientasi Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) bagi Pengambilan Julai 2017. Majlis diadakan di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, di sini. Pengarah Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan, Dr. Chin Wei Keh yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE dalam ucapannya menekankan bahawa menjadi sebahagian daripada IBTE bererti para pelajar berada di institusi yang digambarkan akan menjadi institusi kebangsaan terkemuka dalam pendidikan dan latihan teknikal pasca menengah menjelang tahun 2018. Menurutnya, pembelajaran para pelajar tidak terhad di dalam bilik kelas sahaja malah para pelajar akan didedahkan kepada latihan kemahiran hands-on di pusat pembelajaran autentik IBTE dan bengkel-bengkel di kampus serta di tapak kerja sebenar semasa latihan industri mereka. "Selain itu, kami turut

menggalakkan para pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dapat membantu mereka membina set kemahiran berbeza seperti kemahiran komunikasi, pergaulan, kepimpinan dan sebagainya, dan lebih penting adalah membangunkan karakter positif serta menegakkan nilai kebangsaan Melayu Islam Beraja dalam diri setiap pelajar," katanya. Beliau berkata, dengan pembangunan secara holistik, dalam kedua-dua kemahiran insaniah dan kemahiran lahiriah, pihak IBTE percaya para pelajar akan menjadi job ready selepas menamatkan pengajian mereka di IBTE. Majlis diteruskan dengan acara

mengangkat sumpah dari Majlis Perwakilan Pelajar IBTE, diikuti dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengetua IBTE Pusat, Dr. Sheikh Lukman bin Sheikh Abdul Hamid dan Pengetua IBTE Satelit, Awang Norjemee bin Jenek. Para pelajar juga mendengarkan ceramah-ceramah dari pelbagai agensi kerajaan termasuk Kementerian Kesihatan, Biro Kawalan Narkotik, Biro Mencegah Rasuah dan Pasukan Polis Diraja Brunei. Seramai 832 pelajar akan mengikuti program Sijil Pendidikan Teknikal Kebangsaan (NTec) dan 950 pelajar lagi dalam program Sijil Tinggi Pendidikan Teknikal Kebangsaan (HNTec) di tujuh buah kampus IBTE.

PELAJAR-PELAJAR baharu IBTE semasa mengangkat sumpah pada majlis tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan tradisi Rumah Terbuka bagi tetamu yang hadir untuk mengeratkan hubungan silaturahim yang ada serta menjamu pelbagai hidangan yang disediakan. Sehubungan itu, lebih 90 murid dan kakitangan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam telah berkunjung ke Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di kediaman Awang Haji Mohammad bin Salleh, di Kampung Perpindahan Lambak Kanan, di sini. Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Penyelaras Program, Diana Solinap dialu-alukan oleh Awang Haji

Mohammad dan isteri, Pengiran Hajah Zaliha binti Pengiran Haji Bakar yang mana anak mereka Awang Muzhamrie, 33 tahun juga merupakan salah seorang pelajar di pusat berkenaan. Awang Haji Mohammad, 71, ketika ditemui menjelaskan, adapun objektif Rumah Terbuka ini diadakan adalah dikhususkan bagi murid Pusat Ehsan berserta keluarga untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka lebih-lebih lagi dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jelasnya, Rumah Terbuka telah diadakan sebanyak 12 kali bagi kanak-kanak istimewa dan keluarga sejak tahun 2006.

PELAJAR dan kakitangan Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam berkunjung ke Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri bertempat di kediaman Awang Haji Mohammad bin Salleh, di Kampung Perpindahan Lambak Kanan.


NASIONAL

HARI SABTU 8 JULAI 2017

23

Tujuh pelajar wakil negara dalam Pertandingan Robotik Olimpik Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

SERAMAI tujuh pelajar sekolah menengah akan mewakili negara dalam Pertandingan Robotik Olimpik anjuran First Global.

Derma darah bermanfaat kepada masyarakat dan kesihatan

TUNGKU LINK, Rabu, 5 Julai. - Seramai tujuh pelajar sekolah menengah akan mewakili negara dalam cabaran robotik yang julung kalinya diadakan bagi pelajar-pelajar sekolah menengah sedunia di Washington DC, Amerika Syarikat. Pertandingan Robotik Olimpik anjuran First Global itu akan diadakan pada 16 hingga 18 Julai dan disertai oleh pelajar-pelajar sekolah menengah daripada 160 buah negara. Dalam pertandingan tersebut, pasukan dari setiap negara akan disediakan kit untuk menghasilkan sebuah robot yang akan dipamerkan dan digunakan semasa perlawanan rasmi 2017 First Global Challenge, H2O FLOW! yang bertemakan akses pada air bersih. Salah seorang mentor kumpulan berkenaan, Dayang Sharina binti Yunus, yang juga Pensyarah di Electrical and Electronic Engineering Department, Universiti Teknologi Brunei (UTB) semasa ditemu bual di UTB berkata, mereka telah menerima tajaan dari beberapa buah syarikat bagi membolehkan para pelajar menyertai pertandingan berkenaan dan beliau berharap lebih ramai penaja akan terus

memberi sokongan terutama dalam usaha memperkasa minda para belia bagi pembangunan negara pada masa hadapan. Jelasnya, dengan menghantar pasukan robotik negara yang terdiri dari kalangan belia, ia akan membuka jalan bagi meningkatkan kesedaran mengenai sains robotik dalam kalangan pelajar, di samping memupuk minat mereka dalam bidang tersebut. Menurut Kapten pasukan berkenaan, Dayang Iffah Wirdani binti Azman, 16 tahun dari Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, penyertaan tersebut memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang teknologi robotik untuk mengambil bahagian dan meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang berkenaan. Sementara itu, salah seorang ahli pasukan, Dayang Syasya binti Jamain, 15 tahun dari Sekolah Antarabangsa Jerudong berkata, dengan adanya pertandingan tersebut, beliau berharap akan lebih ramai pelajar berminat untuk mempelajari subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Kawah Obor Sukan SEA dipindah Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

AWANG Mohd. Alimin bin Haji Tamin dari Kampung Puni menjadikan menderma darah sebagai rutin beliau, iaitu setiap tiga bulan sekali.

Berita dan Foto : Ampuan Roza Amalyati Ampuan Hussain

TEMBURONG, Rabu, 5 Julai. Bagi memeriahkan Sambutan Ulang Tahun Jabatan Bomba dan Penyelamat Ke-57 pada tahun ini, Kempen Derma Darah telah diadakan di Balai Bomba Bangar, Daerah Temburong. Kempen Derma Darah anjuran bersama Pusat Penderma Darah, Perkhidmatan Makmal Klinikal, Kementerian Kesihatan ini telah disertai oleh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat khususnya yang bertugas di Cawangan Operasi 'G' termasuk Para Pegawai Kanan, anggota serta kakitangan termasuk para penduduk sekitar. Turut hadir bagi menjayakan Kempen Derma Darah berkenaan ialah Pegawai Balai Norhermi

bin Md. Nor, Pegawai Yang Mengetuai Balai Bomba Bangar. Seramai 61 orang telah mendermakan darah mereka bagi membantu Pusat Menderma Darah untuk mendapatkan keperluan darah bagi pesakitpesakit yang menghidap penyakit kronik ataupun mangsa kemalangan yang memerlukan darah. Semasa ditemui Pelita Brunei, Awang Mohd Alimin bin Haji Tamin, 39, dari Kampung Puni menjelaskan menderma darah sudah menjadi rutin beliau, iaitu tiga bulan sekali, dan kempen kali ini adalah kali ke-28 beliau sertai sejak bermula pada tahun 2002. Selain dapat membantu

pesakit yang memerlukan darah, menderma darah juga menurutnya baik untuk kesihatan kerana menyegarkan tubuh badan. Sementara itu, Dayang Siti Naftari binti Kasah, 24, dari Pekan Bangar Baru pula berpendapat kesedaran mengenai kepentingan menderma darah dalam kalangan golongan belia sepertinya sudah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan. Beliau yang mula menderma darah sejak tahun lalu mengharapkan golongan belia sebaik-baiknya perlu diberi pendedahan mengenai menderma darah sejak pada usia muda lagi kerana dapat membantu golongan yang memerlukan bekalan darah secara berterusan serta menikmati manfaat kesihatan melaluinya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 Julai. - Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan memaklumkan bahawa kerja-kerja penurunan Kawah Obor Sukan Asia Tenggara Ke-20, Negara Brunei Darussalam 1999 (The Cauldron of the 20th SEA Games Brunei Darussalam 1999) di Stadium Negara Hassanal Bolkiah dilakukan hari ini dan dipindah di hadapan Galeri Sukan di kawasan berdekatan Stadium berkenaan. Kawah Obor itu merupakan

instrumental pada penganjuran Kejohanan Sukan SEA, di mana Negara Brunei Darussalam telah menjadi tuan rumah pada tahun 1999. Penempatan kawah tersebut ke lokasi baharu menambah nilai kepada Galeri Sukan yang menyimpan Galeri Sukan Negara. Dengan yang demikian pemindahan kawah dan obor itu ke lokasinya yang baharu akan lebih menarik perhatian orang ramai menyaksikannya dengan lebih dekat.

KAWAH Obor Sukan Asia Tenggara Ke-20, Negara Brunei Darussalam 1999 dipindah ke lokasi baharu.


24

SUKAN

HARI SABTU 8 JULAI 2017

25 peserta terima sijil pengadilan FIFA

PENGERUSI Jabatan Pengadil NFABD, Awang Zulkifli bin Haji Duraman (lima, kiri) juga selaku Pengerusi Persatuan Pengadil Bola Sepak Negara Brunei Darussalam semasa sesi bergambar ramai bersama para peserta Kursus Pengadilan Belia Domestik FIFA.

Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Mohd Zul-Izzi Haji Duraman

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Julai. - Seramai 25 peserta yang mengikuti Kursus Pengadilan Belia Domestik FIFA menerima sijil masing-masing dalam majlis penutup yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Persatuan Bola Sepak Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam (NFABD), Berakas, di sini. Penyampaian sijil untuk para peserta disempurnakan oleh Pengerusi Jabatan Pengadil NFABD, Awang Zulkifli bin Haji Duraman yang juga selaku Pengerusi Persatuan Pengadil

Bola Sepak Negara Brunei Darussalam. Awang Zulkifli dalam ucapannya menjelaskan, kursus tersebut adalah khusus kepada para pengadil yang akan terlibat mengadili liga di bawah umur 16 tahun dan juga liga yang akan datang. Beliau berharap para peserta kursus tersebut akan memanfaatkan segala ilmu yang telah diberikan terutama ketika

mengadili liga-liga supaya mereka lebih yakin, tidak teragak-agak dan tidak banyak membuat kesilapan. Tambahnya lagi, FIFA telah berusaha untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pengadil-pengadil bahkan di tahap dunia dan yang terbaru. FIFA pada masa ini telah menggunakan sistem video dengan tujuan untuk mengurangkan kesilapan yang dilakukan oleh

pengadil kerana sekarang, bola sepak bukan satu permainan yang mudah dan ianya lebih kompleks berbanding waktu dulu. Kursus tersebut merupakan di bawah program berterusan oleh NFABD, yang antara lain bertujuan untuk mengenal pasti undang-undang baharu yang diserapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dan untuk diguna pakai dari segi teori dan praktikalnya.

Rimba Star FC tewaskan Panchor Murai FC BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 7 Julai. - Liga Perdana Brunei DST tahun ini meneruskan lagi siri perlawanan dengan pertemuan di antara Rimba Star FC dan Panchor Murai FC di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah,

di sini. Dengan keadaan cuaca yang lembab, kedua-dua pasukan sukar untuk mempamerkan aksi masing-masing. Sejurus permainan dimulakan, Rimba Star FC tidak melepaskan peluang dengan membuka tirai

JABATAN Percetakan Kerajaan (JPK) yang asalnya digelar Pejabat Penchetak Kerajaan, mula ditubuhkan pada tahun 1974. Jabatan ini ditempatkan di bangunan asal Terminal Lapangan Terbang Lama Berakas. Dalam tahun 1984, Jabatan Percetakan Kerajaan diletakkan di bawah Kementerian Undang-Undang dan kemudiannya dipindah di bawah Jabatan Perdana Menteri sejak 1998. SUMBER : Laman sesawang Jabatan Percetakan Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri http://www.printing.gov.bn/Theme/Home.aspx.

gol perlawanan pada awal minit perlawanan menerusi Md. Esmady Brahim. Selang dua minit kemudian, pemain Panchor Murai FC, Awangku Army Mazhisham bin Pengiran Haji Muhammad tidak mengalah sehingga berjaya menyamakan kedudukan 1 - 1. Ahmad Asyraf Md. Saudian dari Panchor Murai FC kemudiannya menggandakan gol buat pasukannya pada minit ke-18. Akibat kecuaian penjaga gol pihak lawan, Md. Adi Darwisy Awang Rustam dari Rimba Star FC juga berjaya menyamakan kedudukan dengan membolosi

Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali

gawang Panchor Murai FC pada minit ke-31. Pada minit ke-38 pula, Rimba Star FC berjersi kuning sekali lagi menyumbat satu gol menerusi back pass indirect Md. Qamaruluddin Abd. Rahim dan menjadikan kedudukan 3 - 2 sehingga tamat separuh masa pertama. Sejurus babak kedua dimulakan, Rimba Star FC mengatur strategi yang berkesan sehingga

berjaya menambah satu gol lagi melalui tendangan Shandy Khairuddinsyah Kaharuddin pada minit ke-81 namun beliau diberikan kad kuning akibat tindakan tatatertib. Kemenangan perlawanan memihak kepada Rimba Star FC dengan jaringan berkesudahan 4 - 2. Rimba Star FC seterusnya akan menentang Tunas FC pada 21 Julai ini nanti di tempat yang sama.

PERLAWANAN di antara pasukan Rimba Star FC (jersi kuning) bertemu pasukan Panchor Murai FC (jersi hitam) dalam Perlawanan Liga Perdana Brunei DST 2017 yang berlangsung di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG :

www.pelitabrunei.gov.bn

SIFAT SOMBONG SIFAT TERCELA, DIBENCI OLEH ALLAH SUBHANAHU WATA'ALA


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.