''KITA perlu bijak membuat perancangan berupa penyediaan 'force structure' yang 'robust' dan berkesan. Ke arah ini, beta percaya inisiatif yang diambil oleh Kementerian Pertahanan dalam mengendalikan 'Defence Review' adalah bertepatan dan mampu untuk menghasilkan kesan yang positif.'' - Titah Sempena Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-54 Tahun.
''ANAK-anak tergadai (terikat) dengan aqiqahnya. Disembelih (aqiqah) untuknya pada hari ketujuh (kelahirannya) dan diberi namanya serta dicukur rambutnya.'' - (Hadis riwayat Imam At-Tirmidzi daripada Samurah katanya bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam).
4.33
4.43
6.07
3 JUN 2017 / 1438
TAHUN 62 / BILANGAN 66
6.31
12.19
8
3.45
6.30
7.45
JABATAN PENERANGAN
EDISI SABTU / PERCUMA
Kebawah DYMM berkenan hantar perutusan tahniah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Nak-yon, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Korea. Dalam titah perutusan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berharap akan dapat bekerja rapat dengan TYT bagi mengukuhkan persahabatan dua hala yang sekian lama terjalin di antara Negara Brunei Darussalam dengan Republik Korea dan juga sebagai rakan dalam rantau Asia-Pasifik. Pada mengakhiri titah perutusan tersebut, Kebawah DYMM menyampaikan salam muhibah dan semoga TYT beroleh kejayaan dalam jawatannya yang baharu itu.
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Lee Nak-yon, berikutan dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri Republik Korea.
Projek Amal YSHHB bantu golongan memerlukan Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid TUTONG, Khamis, 1 Jun. - Lima buah keluarga di Daerah Tutong menerima lawatan kerja dan sumbangan bantuan dari Projek Amal Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) Sempena Bulan Ramadan ini. Jumlah sumbangan keseluruhannya sebanyak BND10,270 berbentuk kewangan, peralatan, barang keperluan asasi dan makanan. Projek Amal tersebut bertujuan bagi membantu mereka yang memerlukan dan kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan keluarga
di bulan Ramadan supaya mereka dapat menjalankan ibadah puasa dengan selesa dan sempurna. Rombongan lawatan kerja itu diketuai oleh Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail; para pegawai kerajaan yang berkenaan
E-mel: pelita.brunei@information.gov.bn
serta pegawai dan kakitangan YSHHB. Projek tersebut dikendalikan dengan kerjasama rakan strategik YSHHB, iaitu Persatuan Pacuan Empat Roda Brunei Darussalam (4WD NBD). Pihak YSHHB juga menyerahkan dua buah rumah bantuan di Kampung Bukit Udal Tutong di bawah Skim Perumahan YSHHB dan juga membaik pulih rumah di Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukit Beruang. Rumah bantuan tersebut adalah bagi dua buah keluarga yang kurang berkemampuan dan memerlukan, iaitu Dayang Dayatirina binti Moksin dan
Muka 3 & 4
Muka 7
BERANGKAT ke Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB Ke-56
ANAK yatim terima sumbangan persediaan hari raya
Ke muka 5
Hotline: 2382891 / 2383400 Smb: 217
Faksimile: 2381004
Layari Laman Web: www.pelitabrunei.gov.bn
2
HALUAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
Inovasi lonjak transformasi pendidikan ugama Bismillaahir Rahmaanir Raheem Assalamu 'Alaikum Warahmatullaahi Wabarakaatuh
A
LHAMDULILLAH, bersyukur saya ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan izin-Nya saya dapat bersama hadirin dan hadirat dalam majlis pada petang ini. Tidak lupa juga ingin saya rakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak penganjur Pertandingan Anugerah Inovasi Pedagogi Pendidikan Agama bersempena 10 tahun penubuhan KUPU SB kerana sudi menjemput dan seterusnya memberi penghormatan kepada saya untuk menyampaikan anugerah kepada peserta-peserta yang berjaya pada petang ini. Saya menyifatkan pertandingan inovasi pada hari ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan usaha dan budaya inovasi dalam kalangan warga KUPU SB ke arah kecemerlangan dan keberkesanan khususnya dalam meningkatkan profesionalime perguruan agama di negara ini. Pertandingan ini sangat relevan dalam menjayakan agenda kemajuan negara selain wadah untuk memartabatkan pedagogi pendidikan Islam ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Saya juga percaya pertandingan seumpama boleh dijadikan sebagai mekanisme membantu mencapai hasrat Negara Brunei Darussalam dalam melahirkan generasi yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi sebagaimana yang terkandung di dalam Wawasan Brunei 2035. Seperti yang kita maklumi, corak dan bentuk pendidikan yang sesuai dengan generasi Abad Ke-21 telah banyak diperkatakan dan banyak bahan-bahan penulisan yang mengulas mengenai pendidikan yang mampu memenuhi harapan dan keperluan pendidikan masa kini dan masa depan. Rata-rata pakar pendidikan bersetuju bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu berubah sesuai dengan perkembangan teknologi siber dan akses kepada internet yang semakin maju. Kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk semata-mata adalah kurang menarik minat pelajar-pelajar sebaliknya mereka menghendaki kaedah yang lebih dinamik dan kreatif. Dalam pada itu, para pendidik perlu kreatif dan sentiasa melakukan inovasi dalam menyampaikan pengajaran mengikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Pendidik yang kreatif, inovatif serta berupaya menggunakan kaedah pengajaran dan pedagogi kandungan yang bersesuaian bukan sahaja mampu memberi kesan positif terhadap pemahaman dan prestasi pelajar, malah ia dapat menjana pemikiran yang kritis dan kreatif, di samping mewujudkan suasana pembelajaran yang ceria dan menggalakkan pelajar untuk menguasai ilmu ke arah penghayatan yang lebih sempurna. Seterusnya, pendidik yang inovatif adalah
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud semasa berucap pada Pertandingan Anugerah Inovasi Pedagogi Pendidikan Ugama pada hari Sabtu, 25 Rejab 1438 Hijrah bersamaan 22 April 2017 Masihi di Dewan Tarbiyah KUPU SB.
pendidik yang mampu membuat transformasi (perubahan) atau mencipta sesuatu yang baharu sama ada dalam bentuk sumber atau kaedah yang sesuai dengan perkembangan semasa ke arah penjanaan dan perkembangan minda yang lebih dinamik. Atas dasar itu, pendidik haruslah berperanan untuk menggarap elemen-elemen inovasi di dalam melonjak transformasi khususnya dalam bidang pendidikan ugama di Negara Brunei Darussalam. Dengan idea dan kepakaran yang diterapkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengaplikasi segala sumber ilmu melalui kaedah yang paling kreatif dan berinovasi. Dalam konteks inovasi untuk kemajuan yang seimbang, kita seharusnya tidak boleh membiarkan diri kita terjebak dengan perasaan selesa dan mudah puas hati yang menguasai kita. Untuk mengelak diri dari terperangkap dengan rasa puas hati, usaha-usaha adaptasi positif, kreativiti dan inovasi baharu perlu diteruskan. Jadikanlah tabiat untuk ingin terus berinovasi tanpa mengenepikan nilai-nilai murni agar pendidikan ugama Islam dipandang sebagai agama yang sentiasa mendepani masa dan situasi. Dalam konteks KUPU SB, peraduan ini merupakan satu penyediaan platform untuk memperkasa pendidikan Islam sesuai dengan zaman serba canggih dan mencabar ini. Di kesempatan ini, ingin saya mengingatkan kepada peserta-peserta bahawa kejayaan memang sukar dicapai, akan tetapi
JUN
3 4 5 6 7 8 9
mengekalkan kejayaan adalah jauh lebih sukar dan mencabar. Ini kerana setiap kejayaan amat bergantung pada kepekaan semasa, ilmu dan kemahiran mencari jalan atau kaedah agar lebih maju ke hadapan dan sentiasa berusaha untuk bertindak dalam memastikan sejauh mana usaha-usaha kreativiti dan inovasi diteruskan selepas kita menikmati kejayaan demi kejayaan. Dalam erti kata lain, inovasi yang telah dicipta perlu dikembangluaskan lagi kegunaannnya agar dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Dalam perkara ini, ingin saya mengambil dua contoh inovasi; inovasi aplikasi 'petunjuk arah kiblat' dan juga aplikasi 'jadual waktu solat dan azan' yang amat mudah dimuat turun di dalam telefon bimbit kita. Aplikasi-aplikasi tersebut mungkin nampak mudah dan 'ringkas', akan tetapi cuba kita lihat kepada pengaruh dan implikasinya kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Ilham mencipta aplikasi-aplikasi tersebut bukan saja sesuai dengan zaman yang penggunaan teknologi yang sangat meluas tetapi juga mesra pengguna. Inilah yang dikatakan inovasi yang hebat kerana ia boleh digunakan oleh masyarakat dalam skala yang amat besar. Inovasi bukan sahaja berperanan sebagai langkah kreatif untuk memudahkan dan juga menyelesaikan masalah, bahkan turut merungkai kebuntuan akibat peraturan atau kebiasaan lama. Ini juga termasuk kaedah tradisional yang sudah bertapak sebati dalam kehidupan seharian kita. Justeru itu, iltizam untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai negara yang menghasilkan pendapatan per kapita yang tinggi setara dengan 10 negara teratas di dunia memerlukan pembudayaan inovasi dan kreativiti secara terancang dan konsisten. Berdasarkan senario yang dinyatakan tadi, ingin saya tekankan bahawa sikap sentiasa ingin untuk melakukan inovasi adalah sikap yang amat positif dan perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Jangan pasif untuk mencadangkan sesuatu idea atau pembaharuan kerana ia adalah langkah awal menuju perubahan dan kemajuan. Di samping itu, jangan pula kita lupa bahawa kunci kepada keberhasilan suatu inovasi atau kreativiti adalah bergantung kepada cara kita memandang sesuatu isu atau permasalahan iaitu melalui kaedah thinking outside the box atau berfikir di luar kotak. Justeru itu, anugerah di pertandinganpertandingan seumpama ini adalah diwujudkan untuk mendorong dan membakar semangat individu agar sentiasa bergiat aktif melakukan inovasi, bukan sahaja memfokuskan kepada bidang pedagogi pendidikan lslam, bahkan dalam apa jua bentuk perkara yang setentunya boleh mendatangkan manfaat kepada manusia sejagat. Ke muka 6
3 JUN 2017 BERSAMAAN 1438
8
ABDB PERTAHAN KEDAULATAN NEGARA
T
UGAS dan tanggungjawab anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei sangat mencabar sama ada Angkatan Tentera Darat Diraja Brunei, Angkatan Tentera Laut Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Udara Diraja Brunei. Mereka memainkan peranan masingmasing dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara sama ada di sempadan, di pesisiran pantai dan seluruh ceruk rantau untuk memastikan tidak berlaku pencerobohan daripada sebarang anasir jahat. ABDB sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang cabaran yang mendatang serta mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah yang terakhir. Menceburi kerjaya dalam ABDB setentunya menghendaki anggotanya bersedia untuk komited dan berkhidmat penuh integriti, mempunyai semangat juang dan profesionalisme di tahap yang tinggi. Mereka perlu sentiasa siap siaga demi untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan di atas bahu masing-masing sama ada di dalam negara, serantau dan di arena antarabangsa. Justeru itu, setiap anggota tentera perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah dan dedikasi. Perkara ini telah terbukti yang mana anggota-anggota ABDB telah mempamerkan tahap disiplin dan profesionalisme yang tinggi di mata dunia dalam melaksanakan tugas mereka di luar negara umpamanya dalam menyertai misi antarabangsa naungan United Nation Interim Force in Lebanon (UNIFIL) bersama-sama 40 buah negara lain yang menyertai misi UNIFIL dalam sama-sama menyumbang keamanan sejagat dan misi-misi keamanan yang lainnya. Walaupun negara kita sememangnya sebuah negara yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan serta sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan semua negara, namun isu-isu keselamatan global dan serantau memerlukan pasukan keselamatan yang kuat dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman ke atas kedaulatan negara yang tercinta ini. Pengorbanan anggota tentera dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara ini amat tinggi dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit dalam memastikan negara ini dapat menikmati keamanan dan kemakmuran yang hakiki. Walau bagaimanapun, semangat kepahlawanan, patriotisme, kesetiaan dan sanggup berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta bukan hanya perlu ada pada anggota tentera sahaja malahan ia perlu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat untuk sama-sama sanggup berjuang dan berkorban demi tanah air tercinta. Marilah kita sama-sama menadah tangan berdoa semoga anggota ABDB akan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhanahu Wata'ala dan Negara Brunei Darussalam terhindar daripada malapetaka dan ancaman musuh serta sentiasa dalam inayah-Nya jua. Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun ABDB Ke-56 - Ketua Penyuntingan (Nh).
RAMADAN
8 9 10 11 12 13 14
4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33 4 . 33
4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43 4 . 43
6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 07 6 . 08
6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 32
12 . 19 12 . 20 12 . 20 12 . 20 12 . 20 12 . 20 12 . 21
3 . 45 3 . 45 3 . 45 3 . 45 3 . 46 3 . 46 3 . 46
6 . 30 6 . 30 6 . 30 6 . 31 6 . 31 6 . 31 6 . 31
7 . 45 7 . 46 7 . 46 7 . 46 7 . 46 7 . 47 7 . 47
3
HARI SABTU 3 JUN 2017
Berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB Ke-56
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB ketika berangkat menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah yang diimamkan oleh Awang Zulfadhli bin Haji Awang.
Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi Foto : Masri Osman BOLKIAH GARISON, Rabu, 31 Mei. - Tanggal 31 Mei merupakan detik penting bagi penubuhan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan kini menjangkau usianya ke-56 tahun dengan
suasana yang penuh berkah yang secara kebetulan jatuh dalam bulan Ramadan Al-Mubarak pada tahun ini. Berangkat ke Majlis Kesyukuran berlangsung di Surau Ad-Difa',
Kementerian Pertahanan di sini ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Jeneral ABDB.
Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Yang Mulia Laksamana Pertama (B) Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Haji Mohd. Tamit dan Pemerintah ABDB, Yang Dimuliakan Pehin Datu Pekerma Jaya Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Awang Mohd. Tawih bin Abdullah.
Turut hadir, Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Kapten (B) Awang Abd. Rahman bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, TLDB, PemerintahPemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB. Ke muka 4
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika dijunjung bagi menandatangani lembaran keberangkatan (kiri), sementara gambar kanan, Duli Yang Teramat Mulia berkenan menerima junjung ziarah.
4
HARI SABTU 3 JUN 2017
Berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran HUT ABDB Ke-56 Dari muka 3
DULI Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Jeneral Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berangkat ke Majlis Kesyukuran yang berlangsung di Surau Ad-Difa', Kementerian Pertahanan.
Majlis diimarahkan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh 18831 Kpl (U) Musa bin Haji Sahat yang merupakan johan qari Tilawah Al-Quran tiga tahun berturut-turut sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-53, 54 dan 55. Sementara Sembahyang Fardu Zuhur diimamkan oleh Awang Zulfadhli bin Haji Awang, manakala bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Kesyukuran pula dipimpin oleh Awang Shuib bin Abdullah. Sebelum berangkat meninggalkan majlis, Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menerima junjung ziarah daripada para jemaah yang hadir, diikuti dengan menandatangani lembaran keberangkatan serta sesi bergambar ramai. Tema Sambutan HUT ABDB Ke-56 kali ini ialah 'Bersama Menjayakan Wawasan Negara'.
DULI Yang Teramat Mulia ketika berkenan bergambar ramai.
JPM terus adakan Majlis Tadarus Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman KAMPUNG BELIMBING, Khamis, 1 Jun. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya memulakan Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Masjid Kampung Belimbing, di sini. MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Imam Masjid Kampung Belimbing, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.
Hadir pada majlis tersebut ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned. Turut hadir, Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud, Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di JPM, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM serta jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis terdahulu dimulakan dengan
MUFTI Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz semasa hadir pada Majlis Bertadarus sempena bulan Ramadan bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi di Masjid Kampung Belimbing. Turut hadir, Timbalan Menteri di JPM, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Mohd. Roselan bin Haji Mohd. Daud (dua, kiri).
Sembahyang Fardu Asar Berjemaah diikuti dengan penyampaian sumbangan wakaf berupa satu unit penapis air, sebuah penyejuk udara dan sebuah mesin penyedut hampagas. Penyampaian sumbangan tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan kepada Imam Masjid Kampung Belimbing, Pengiran Haji Mohammad Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar. Acara diteruskan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, disusuli dengan bacaan Tadarus Al-Quran dari Juz 1 hingga 15, dan kemudian diselajurkan dengan Majlis Bertahlil, bacaan Doa Arwah dan bacaan Doa Selamat yang diakhiri dengan acara bebuka puasa dan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah. Majlis tersebut dikendalikan bersama oleh JPM, Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Audit, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan dan Institut Perkhidmatan Awam. Majlis-majlis keagamaan pada bulan Ramadan seumpama ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan JPM yang bertujuan bagi mengeratkan silaturahim antara pegawai dan kakitangan serta jemaah masjid dan penduduk kampung, di samping bagi sama-sama mendapatkan ganjaran pahala dan keberkatan yang dijanjikan oleh Allah Subnahu Wata'ala dalam bulan yang mulia ini.
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
5
Projek Amal YSHHB bantu golongan memerlukan
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB (kanan) menyerahkan kunci rumah kepada wakil Allahyarham Dayang Hasmani binti Tawi.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin Dari muka 1 keluarga Allahyarham Dayang Hasmani bin Tawi. Pelita Brunei telah menemu bual salah seorang penerima bantuan, Dayang Dayatirina yang menjelaskan, beliau amat bersyukur dengan adanya bantuan rumah yang disumbangkan oleh YSHHB itu, mereka anakberanak dapat hidup dengan selesa
seperti orang lain memandangkan sebelum ini, mereka terpaksa tinggal di rumah sewa dengan bantuan Majlis Ugama Islam Brunei. Manakala bagi Awang Mohd. Khairul Azmi bin Abdullah, wakil dari keluarga Allahyarham Dayang Hasmani binti Tawi berkata, mereka berasa bersyukur dengan adanya rumah bantuan bagi mereka untuk
YANG Berhormat Menteri Pendidikan semasa menyerahkan kunci rumah kepada Dayang Dayatirina binti Moksin.
berteduh bersama bapa dan adiknya. Beliau merakamkan ucapan terima kasih dengan adanya sumbangan yang begitu bermakna bagi mereka dan akan menjaganya dengan lebih baik untuk kehidupan seharian buat selamanya.
RUMAH bantuan YSHHB yang diterima oleh Dayang Dayatirina binti Moksin dan keluarga Allahyarham Dayang Hasmani bin Tawi (kanan).
Golongan kurang berkemampuan terima sumbangan
YANG Berhormat Menteri Pendidikan juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Hamzah Mohidin KUALA BELAIT, Khamis, 1 Jun. Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) meneruskan Projek Amalnya ke Daerah Belait. Sebanyak 11 buah keluarga yang memerlukan bantuan dan kurang berkemampuan
menerima sumbangan berjumlah BND26,487.00 keseluruhannya yang berbentuk kewangan, barang keperluan asasi dan makanan, peralatan keperluan pesakit khusus untuk sebahagian warga emas dan
MENTERI Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
juga bantuan membaik pulih sebuah rumah warga emas, mesin rumput, perusahaan kecil-kecilan berjual sate, dan modal perusahaan mencuci kereta dan peralatan mencuci kereta. Mengetuai rombongan sekali gus menyampaikan sumbangan kepada para penerima ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji
Osman, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah YSHHB. Turut serta dalam rombongan ini ialah Pengarah Urusan YSHHB, Awang Haji Brahim bin Haji Ismail; Ahli-ahli Lembaga Pengarah YSHHB, para pegawai kerajaan yang berkenaan serta pegawai dan kakitangan YSHHB. Dalam lawatan tersebut, dua buah keluarga menerima bantuan bagi
membaik pulih rumah, iaitu Awang Bismi bin Abang dan Dayang Hajah Rokiah binti Hitam. Penubuhan YSHHB adalah sebagai wadah amal jariah atau derma khairat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerabat baginda sebagai tanda pemedulian dan kasih kepada rakyat baginda.
6
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
90 ketua keluarga terima barangan asasi Berita dan Foto : Noraisah Muhammed KUALA BELAIT, Khamis, 1 Jun. Asnaf fakir dan miskin di negara ini terus mendapat perhatian dan bantuan daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB). Majlis Penyerahan Agihan Zakat Berupa Barangan Asasi kepada Asnaf-Asnaf Fakir dan Miskin yang terpilih di Daerah Belait sempena bulan Ramadan Tahun 1438 Hijrah diadakan di Masjid Zainab, Lumut dan Masjid Muhammad Jamalul Alam,
Kuala Belait. Agihan pertama bertempat di Masjid Zainab, Kampung Lumut disampaikan oleh tetamu kehormat, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman juga selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, menyerahkan agihan zakat berupa barangan asasi kepada 30 ketua keluarga asnaf fakir dan
ANTARA asnaf fakir dan miskin yang menerima agihan zakat berupa barangan asasi.
miskin yang terpilih. Barangan asasi berupa Beras Wangi, gula, minyak masak, roti dan sebagainya diagihkan kepada setiap ketua keluarga asnaf fakir miskin yang terpilih di kawasan-kawasan berkenaan. Kesemua barangan tersebut diambil dari peruntukan Kumpulan Wang Zakat Asnaf Fakir Miskin. Pelita Brunei menemu bual dua daripada 30 penerima bantuan berkenaan, Awang Abdul Rahman bin Abdullah Matan, penduduk dari Kampung Tunggulian melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas bantuan yang diberikan selain menerima bantuan dari Pusat Dakean dan Baitulmal. Manakala Dayang Siti Afssah binti Abdullah penerima dari Kampung Lumut II, Sungai Taring yang menjalani ibadah puasa dalam suasana sederhana melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas pemberian serta prihatin yang begitu mengambil berat akan kesejahteraan dan kesempurnaan hidup sebagai penganut agama Islam. Sementara Majlis Penyerahan Agihan Zakat berupa barangan asasi kepada seramai 27 ketua keluarga asnaf fakir dan miskin yang terpilih yang diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, disampaikan oleh Ahli Majlis Ugama
MENTERI Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Seri Setia Ustaz Awang Haji Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman juga selaku Yang Dipertua Majlis Ugama Islam bersama para penerima agihan zakat.
Islam, Dato Seri Setia Awang Dr. Haji Jaafar bin Haji Md. Dain @ Haji Maidin. Agihan zakat berupa barangan asasi kepada keluarga asnaf fakir dan miskin Daerah Belait membawa jumlah keseluruhannya kepada 90 ketua keluarga. Dengan agihan zakat berupa barangan asasi tersebut diharapkan semoga ia akan dapat meringankan
sedikit sebanyak keperluan harian para penerima serta menjadi pemangkin kepada sosioekonomi diri para asnaf fakir miskin sekeluarga, dengan harapan bantuan tersebut dapat mempermudahkan lagi para Asnaf Fakir Miskin sekeluarga dalam menunaikan ibadah dan melaksanakan perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan menjauhi segala larangan-Nya.
Golongan asnaf fakir miskin terima bantuan
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam (tengah) hadir pada majlis tersebut.
TUTONG, Khamis, 1 Jun. - Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) terus lagi memberikan perhatian dan bantuan kepada asnaf fakir dan miskin di negara ini dengan mengadakan
Majlis Penyerahan Agihan Zakat Berupa Barangan Asasi kepada Asnaf-Asnaf Fakir dan Miskin yang terpilih di Daerah Belait dan Daerah Tutong sempena bulan Ramadan
tahun 1438 Hijrah. Empat buah masjid di Daerah Belait dan Daerah Tutong menjadi tumpuan mengadakan Majlis Penyerahan Agihan Zakat berupa Barangan Asasi Kepada Asnaf Fakir Miskin Yang Terpilih. Di Masjid Pengiran Muda Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, agihan zakat berupa barangan asasi diserahkan kepada seramai 12 ketua keluarga yang terpilih di kawasan tersebut. Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan bantuan di masjid tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd. Daud, selaku Naib Yang Dipertua Majlis Ugama Islam.
Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
HALUAN Inovasi lonjak transformasi pendidikan ugama Dari muka 2 Melihat KUPU SB dalam konteks 'inovasi', iaitu sebagai sebuah institusi yang telah menjangkau usianya 10 tahun, saya menyeru ... walaupun telah berjaya menaikkan tarafnya sebagai sebuah pengajian tinggi perguruan ugama, KUPU SB perlu terus sentiasa bermuhasabah, terus berusaha untuk melakukan penambahbaikan dan peningkatan dari masa ke masa. KUPU SB juga perlu berkembang seiring dengan institusi-institusi pengajian tinggi yang lain sama ada di dalam negeri atau di luar negeri, agar tidak tertinggal jauh di belakang dalam apa jua aspek. Ini setentunya akan menjadikan KUPU SB sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang dinamik dan progresif. Oleh itu, KUPU SB perlu membentuk satu gandingan yang mantap dan bergerak sebagai satu pasukan. Benarkan apa jua bentuk
kritikan yang membina dan profesional serta jadikan setiap kelemahan dan kekurangan itu sebagai satu kelebihan dan peluang untuk bergerak maju ke hadapan sebagai sebuah universiti yang mampu berdaya saing dengan universiti-universiti lain. Untuk akhirnya, tidak lupa saya ucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur khususnya Fakulti Pendidikan yang telah bersatu dalam menjayakan pertandingan yang sangat bermanfaat dan bermakna kepada perkembangan bidang pedagogi pendidikan agama. Saya dimaklumkan sebanyak 41 kumpulan peserta yang telah mengikuti pertandingan ini dan saya juga amat gembira apabila dimaklumkan bahawa peserta-peserta yang mengikuti pertandingan ini memiliki bakat-bakat kreativiti dan inovasi yangboleh dibanggakan.
Adalah diharapkan pertandingan seperti ini dari masa ke masa dalam menyediakan platform atau landasan bagi individu baik secara persendirian atau berkumpulan untuk mengasah dan mengembangkan bakat serta kemahiran mereka untuk menghasilkan sesuatu yang inovatif dan yang penting sekali dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dalam konteks yang lebih luas lagi. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan dapat memastikan warga KUPU SB terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi membolehkan masyarakat mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekali gus memastikan pendidikan ugama akan terus berjalan mantap bagi memacu pembangunan negara ke arah Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur. Sekian.
TIMBALAN Menteri Hal Ehwal Ugama menyerahkan agihan zakat yang berupa barangan asasi kepada asnaf fakir miskin yang terpilih.
Dua pegawai kanan ditetapkan jawatan Siaran Akhbar : Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri dengan ini memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan bagi Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan (BSB) di Jabatan Bandaran BSB, Awang Haji Ali bin Matyassin ditetapkan dalam jawatan yang dipangkunya sebagai Pengerusi Lembaga Bandaran BSB di Jabatan Bandaran BSB, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dinaikkan pangkat dan ditetapkan sebagai Pegawai Daerah Brunei dan Muara di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Tarikh pelantikan pegawai-pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Mei 2017.
AGAMA
HARI SABTU 3 JUN 2017
7
Anak yatim terima sumbangan persediaan hari raya
MENTERI Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof (kiri) semasa menyempurnakan penyampaian derma kepada salah seorang anak yatim.
Oleh : Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Bagi meringankan beban perbelanjaan keperluan harian anak-anak yatim dan juga sebagai persediaan menjelang hari raya, satu Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1438 Hijrah / 2017 Masihi diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, di sini. Majlis itu merupakan acara tahunan anjuran bersama Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD). Tetamu-tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof dan Datin; Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku Pengerusi BIBD dan Datin. Seramai 5,000 anak yatim di seluruh negara pada tahun ini yang berdaftar di JAPEM menerima sumbangan dari Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan, Tabung Dana Anak Yatim Daerah Brunei dan Muara (DBM) dan BIBD. Hari ini, seramai 3,212 anak yatim dari DBM menerima derma berkenaan yang disempurnakan oleh tetamu
kehormat majlis. Sementara bagi anak-anak yatim di Daerah Belait, Tutong dan Temburong, mereka telah diwakili oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing dan akan disampaikan dalam majlis penyerahan derma tersebut di daerah masing-masing. Majlis diteruskan dengan penyampaian Skim Hadiah Galakan Pelajar-Pelajar Cemerlang sumbangan daripada BIBD kepada anak-anak yatim yang memperoleh keputusan cemerlang dalam tiga kategori peperiksaan utama pada tahun 2016, iaitu Pelajar Cemerlang dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) menerima baucar tunai BND500 setiap seorang, pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Brunei Cambridge GCE Peringkat 'O' menerima baucar tunai BND800 setiap seorang, manakala bagi keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Brunei Cambridge GCE 'A' Level menerima baucar tunai BND1,000 setiap seorang. Hadiah-hadiah galakan tersebut disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan selaku Pengerusi BIBD. Jumlah sumbangan yang disampaikan dari Tabung Anak-Anak Yatim Kebangsaan kendalian JAPEM sebanyak BND250,000 dan dari Tabung Dana Anak Yatim DBM pula berjumlah BND80,300 sementara BIBD menyumbangkan sebanyak
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku Pengerusi BIBD (kanan) semasa menyempurnakan penyampaian derma kepada salah seorang anak yatim.
BND150,000. Dalam kesempatan ini, Pelita Brunei menemu bual para penerima Hadiah Galakan tersebut yang berjaya memperoleh 5 'A' dalam PSR, rata-ratanya melahirkan harapan yang tinggi dan perasaan gembira menerima hadiah tersebut.
Dayang Sazalina Norainah binti Salehuddin, 13, pelajar Tahun 7, Sekolah Menengah Sufri melahirkan harapan akan meningkatkan lagi mutu dan prestasi pelajaran yang lebih cemerlang bagi mendapatkan masa depan yang cerah. Manakala Awang Nozaeem bin
Jaini, 12, pelajar Tahun 7, Sekolah Antarabangsa Brunei merakamkan perasaan gembira kerana mendapat keputusan yang baik dan menerima hadiah tersebut yang seterusnya memberi motivasi kepada beliau untuk terus berusaha lebih gigih dalam bidang pelajaran.
Kementerian Kewangan bertahlil di Kubah Makam Diraja
TIMBALAN Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah (depan, tiga dari kanan); Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah (depan, dua dari kanan) antara yang hadir pada Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.
Berita dan Foto : Haji Ariffin Mohd. Noor / Morshidi
DAYANG Sazalina Norainah binti Salehuddin (kiri) dan Awang Nozaeem bin Jaini (kanan) berazam meningkatkan lagi prestasi pelajaran.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Bertahlil bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum
Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Hadir pada majlis tersebut, Timbalan Menteri Kewangan (Fiskal), Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd. Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan), Yang Mulia Dato Paduka
Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah. Juga hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketuaketua jabatan dan bahagian serta para pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin diikuti dengan bacaan Tahlil dan doa yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Mohd. Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar yang juga selaku Ketua Imam Masjid Kampung Belimbing, Subok.
8
EKONOMI
HARI SABTU 3 JUN 2017
Kanglin Hydroponics Farming hasilkan 58 metrik tan sayuran Siaran Akhbar dan Foto : Jabatan Pertanian dan Agrimakanan BELAIT, Khamis, 1 Jun. - Syarikat Kanglin Hydroponics Farming beroperasi sepenuhnya pada tahun 2009, ladang tersebut diuruskan oleh Awang Haji Muliadi bin Haji Moksin dan dibantu oleh lima pekerja yang bertapak di Kawasan Kemajuan Pertanian (KKP) Sungai Liang, Belait. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, syarikat tersebut mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di atas tanah seluas 2.8 hektar dengan menggunakan sistem rumah terlindung moden dan rumah separuh terlindung dengan sistem penanaman hidroponik dan sistem penanaman fertigasi. Ia berjaya menghasilkan pelbagai tanaman sayur daun dan buah seperti Japanese / Labanese Cucumber, Tomato Cherry, Pak Choy, Amaranth (Bayam), Brassica (Sawi), Kailan, Spinach dan sebagainya. Penanaman tanaman tersebut
menggunakan kaedah sistem teknologi tinggi yang mana media tanaman, iaitu span sayur dan Cocopeat digunakan sebagai mengganti tanah. Ia adalah bagi memastikan penghasilan tanaman yang berkualiti tinggi dengan mengelakkan penyakit dari sumber tanah yang boleh menjejaskan kualiti dan penghasilan tanaman. Syarikat tersebut juga menghasilkan lada Thailand, jagung manis dan betik sebagai tanaman sampingan dengan menggunakan kaedah semi teknologi tinggi. Oleh sebab fenomena El-nino, ladang syarikat berkenaan menghasilkan sebanyak 57 metrik tan sayur-sayuran pada tahun 2016 berbanding dengan pada tahun 2015, yang mana ladang syarikat mampu menghasilkan sebanyak 58 metrik tan sayur-sayuran. Hasil dari ladang tersebut dipasarkan di pelbagai pasar raya dengan logo 'All About Green'
YANG Berhormat Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Awang Haji Umarali dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid semasa membuat lawatan rasmi ke ladang tersebut.
KUALA BELAIT, Khamis, 1 Jun. Syarikat Brugoat Farming and Trading Sdn. Berhad yang beralamat Lot 3388, Simpang 1150, Kampung Gana, Sungai Liang di Kuala Belait telah mula beroperasi pada bulan Disember, 2015. Menurut Siaran Akhbar Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, syarikat tersebut diurus oleh Dayang Hajah
Rohzemah binti Haji Ismail, yang pada masa ini memelihara sebanyak 2,205 ekor ternakan baka kambing Boer dan biri-biri Dorper, selain pihak syarikat juga mempunyai 450 ekor kambing dan biri-biri jantan sebagai persiapan penjualan aqiqah dan korban dengan berat purata badan yang mencecah 25 kilogram ke 50 kilogram. Brugoat Farming and Trading
MENTERI Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ali bin Haji Apong (kiri); AhliAhli Majlis Mensyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Haji Umarali bin Esung (dua, kanan) dan Yang Berhormat Awang Haji Abdul Hamid bin Haji Mumin (dua, kiri) diberikan penerangan mengenai sistem penanaman Hidroponik, Syarikat Kanglin Hydroponics Farming oleh pengurus syarikat, Awang Haji Muliadi bin Haji Moksin.
diletakkan di bungkusan produk sebagai jenama tersendiri syarikat ini.
Pada tahun 2013, Awang Haji Muliadi telah mendapat Anugerah Peladang, Petani dan Peternak
Berdaya Maju sempena Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan.
Brugoat Farming ternak kambing Boer dan biri-biri Dorper bermula giat di dalam penternakan kambing secara pembiakan pada penghujung tahun 2015 dan baka ternakan kambing Boer dan biri-biri Dorper telah diimport dari Australia setelah kandang dan rumput Fodder dapat dipersiapkan beberapa bulan sebelumnya. Tujuan utama perusahaan syarikat tersebut adalah untuk meningkatkan pengeluaran ternakan kambing dengan mengadakan sumber daging biri-biri Dorper dan kambing Boer tempatan. Hasrat syarikat pada masa ini untuk membiak kambing Boer dan biri-biri Dorper untuk dijual secara hidup dan juga daging segar. Syarikat tersebut adalah yang pertama menternak baka biri-biri Dorper secara intensif dan berhasrat untuk memperkenalkan daging segar Dorper kepada pembeli tempatan. Pihak syarikat juga telah menempatkan seorang doktor haiwan yang juga mempunyai pengalaman dalam menternak kambing Boer dan biri-biri Dorper serta 39 pekerja ladang. Kawasan ladang pada waktu ini mempunyai sebanyak lapan buah
kandang, iaitu enam buah kandang utama dan dua buah kandang anak. Kapasiti bagi sebuah kandang boleh menempatkan sebanyak 400 - 500 ekor kambing tertakluk kepada panjang reban tersebut. Dalam pengurusan pembiakan kambing Boer dan biri-biri Dorper, pengurus ladang telah banyak mendapati pasangan kambing melahirkan anak kambing secara berpasangan. Penjelasan diberikan bahawa kelahiran anak kambing berpasangan adalah lumrah di ladang tersebut manakala dikatakan ia kurang terjadi di Australia. Namun penjagaan kelahiran berpasangan adalah lebih rumit dan memerlukan pemakanan dan penjagaan yang mencukupi. Jika perlu, susu tambahan perlu diberikan dengan pemberian susu secara manual (bottlefeed) daripada perahan susu kambing indung yang keguguran atau kematian anak. Ternakan Dorper secara alam semula jadi juga mempunyai bulu yang menebal dan ini perlu pengurusan shearing bagi menolong mengawal
BAKA biri-biri Dorper dalam reban pembiak (kiri) dan baka biri-biri Dorper untuk penjualan (kanan).
suhu badan dan kebersihan haiwan. Pengurusan reban mengasingkan ternakan kambing mengikut peringkat pembiakan seperti yang bunting dan melahirkan, anak-anak kambing yang cerai susu, penempatan bagi kambing dan biri-biri pembiak (jantan dan betina) dan juga bagi ternakan yang siap untuk pemilihan penjualan. Pengurusan pemakanan ternakan kambing dan biri-biri juga diusahakan dengan pemberian rumput Fodder dan makanan tambahan Pelleted Feed, Konsentrat dan Silage (rumput yang diawet bagi meningkatkan tahap penyerapan bagi haiwan ternakan). Pemilihan pemakanan yang teratur, bersih dan seimbang adalah penting untuk memastikan kesihatan dan pertumbuhan yang optima serta mengelakkan daripada jangkitan penyakit berjangkit. Bagi yang berminat untuk membeli, pihak syarikat menawarkan penjualan kambing Boer dan biri-biri Dorper jantan dengan berat purata badan 25 kilogram ke 50 kilogram, pada kadar BND15 sekilo, manakala bagi yang betina pada kadar BND12 sekilo.
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
9
Kementerian Kesihatan adakan Majlis Tahlil Berita dan Foto : Ak. Syi'aruddin Pg. Dauddin
MENTERI Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi (dua, kiri) semasa mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan pada Majlis Tahlil dan Doa Arwah di Kubah Makam Diraja.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. Dalam mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Kementerian Kesihatan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa Arwah bertempat di Kubah Makam Diraja, di sini. Acara keagamaan yang dihadiri oleh 200 orang tersebut dikhususkan bagi paduka ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Hadir mengetuai rombongan Kementerian Kesihatan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri
Setia Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi. Bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan Doa Arwah dipimpin bersama oleh Ketua Unit Perkhidmatan Ugama, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Awang Haji Idris bin Haji Abdul Rashid dan Pegawai Pelajaran Ugama, Hospital RIPAS, Awang Haji Kamis bin Haji Damit. Majlis seumpama itu merupakan salah satu aktiviti keagamaan tahunan Kementerian Kesihatan yang dikelolakan oleh Pejabat Pentadbiran, Kementerian Kesihatan bagi mengeratkan lagi hubungan antara pegawai dan kakitangan kementerian dan jabatan-jabatan di bawahnya. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar) Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle; ketua-ketua fungsi serta pegawaipegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.
Tingkatkan tekad perbanyakkan amalan
SETIAUSAHA Tetap (Prestasi), Kementerian Kewangan, Dayang Norliah binti Haji Kula hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Ceramah Khas sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi.
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas BERAKAS, Khamis, 1 Jun. - Bulan Ramadan adalah bulan pembawa pelbagai rahmat dan umat Islam diseru agar meningkatkan iman dan amalan pada bulan ini demi meraih ganjaran pahala yang banyak. Salah satu amalan ialah dengan membaca Al-Quran kerana ia akan memberi syafaat di hari kiamat nanti. Demikian antara inti pati Ceramah Khas 'Tekad dan KPI Ramadanku' yang disampaikan oleh Dekan Fakulti
Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu selaku penceramah jemputan pada Majlis Ceramah Khas sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi bagi para pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Majlis berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan, di sini. Menurut Dr. Lilly Suzana lagi, kita
KITA perlu meningkatkan tekad untuk sentiasa memperbanyakkan amalan dan benar-benar ingin melakukan kebaikan serta mengharap reda Allah Subhanahu Wata'ala. Untuk mencapai perkara tersebut tambahnya, seseorang itu perlu mempunyai niat yang ikhlas, di samping menguatkan azam untuk mengelakkan diri daripada berkata yang kurang mendatangkan faedah ataupun yang sia-sia.
DEKAN Fakulti Usuluddin, UNISSA, Dr. Lilly Suzana binti Haji Shamsu (kanan) selaku penceramah jemputan di Majlis Ceramah Khas sempena Bulan Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi anjuran Kementerian Kewangan.
perlu meningkatkan tekad untuk sentiasa memperbanyakkan amalan dan benar-benar ingin melakukan kebaikan serta mengharap reda Allah Subhanahu Wata'ala. Untuk mencapai perkara tersebut tambahnya, seseorang itu perlu mempunyai niat yang ikhlas, di samping menguatkan azam untuk mengelakkan diri daripada berkata yang kurang mendatangkan faedah ataupun yang sia-sia. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Prestasi), Kementerian Kewangan, Dayang Norliah binti Haji Kula. Juga hadir, Timbalan Setiausaha Tetap (Prestasi dan Compliance), Dr. Hajah May Fa'ezah binti Haji Ahmad Ariffin; ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan wanita yang berugama Islam di Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Terdahulu, para pegawai dan kakitangan wanita Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah di surau kementerian tersebut.
Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) dikenali sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan) Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pertahanan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), peranan-peranan dan tanggungjawab Jabatanarah
Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja akan digabungkan di bawah bidang kuasa Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) dan tarikh pemindahan tersebut berkuat kuasa mulai 1 Jun 2017. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pertahanan itu, lantikan Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi) sekarang dikenali sebagai Timbalan Setiausaha Tetap (Teknologi dan Pembangunan), Kementerian Pertahanan.
10
RENCANA KHAS
HARI SABTU 3 JUN 2017
Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-56
Perkembangan ABDB Oleh : Kementerian Pertahanan dengan kerjasama Meja Kandungan Khas, Pelita Brunei Terjemahan dari rencana bahasa Inggeris oleh : Hajah Musmariani Haji Mohamed PERKEMBANGAN TENTERA DARAT DIRAJA BRUNEI 2013 - 2017
T
ENTERA Darat Diraja Brunei (TDDB) telah mencapai usia matang 55 tahun dan dalam tempoh lima tahun yang lalu, beberapa inisiatif telah dibuat untuk meningkatkan lagi perkembangan TDDB. Pada tahun 2013, TDDB telah menyusun semula unit dan menyerapkan sub-unit kepada Khidmat Bantuan Kombat untuk mengukuhkan perintah dan kawalan unit. Ini termasuk penyerapan Skuadron Semboyan dan Kenderaan Pasukan, Unit Khidmat Perubatan dan Kesihatan, Khidmat Pergigian dan Khidmat Bomba dan Keselamatan dan penubuhan Markas Khidmat Bantuan Kombat. Khidmat Ambulan juga telah diintegrasikan ke dalam Perkhidmatan Perubatan. TDDB juga telah menjadi sebuah organisasi yang moden melalui penubuhan E Kompeni. Batalion Pertama TDDB di Perkhemahan Bangar adalah sebagai lanjutan terhadap penugasan di Daerah Temburong dan penjagaan Pulau Baru-Baru yang mana kompeni tersebut telah mengambil alih penjagaan sepenuhnya bermula pada bulan April 2015. Sementara itu, pada bulan Januari 2015, Pusat Gerakan Darat telah ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan operasi di peringkat taktikal. Pusat ini berfungsi untuk menerima dan menyampaikan perintah, arahan serta menyalurkan maklumat kepada semua unitunit operasi TDDB. Pusat ini juga menjadi penghubung utama ke Markas Angkatan Bersama, khususnya dalam sudut operasi. Dalam aspek kebajikan, TDDB telah memulakan Sistem Tugasan Aktif Mandatori (STAM) sejak bulan Jun 2016. STAM adalah satu dasar yang dapat membantu menaikkan moral anggota-anggota infantri yang mana perancangan kerjaya yang lebih teliti dan sistematik telah dibuat dalam menjadikan perjalanan kerjaya lebih teratur bagi setiap anggota. Dengan STAM ini, kesemua platun di Kompeni Infantri akan diisi penuh denan inisiatif tersebut. PERKEMBANGAN TENTERA UDARA DIRAJA BRUNEI 2013-2017 Pada tahun 2013, satu peristiwa penting telah dicapai oleh Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) apabila pengenalan Helikopter Blackhawk S70i Sikorsky ke dalam perkhidmatan telah diumumkan pada Pameran Pertahanan Antarabangsa Brunei Darussalam Ke-4 (BRIDEX) dan persidangan pada tahun 2013.
Selepas 40 tahun perkhidmatan di TUDB, seluruh armada helikopter Bell 212 telah ditamatkan perkhidmatan dan memberi laluan kepada helikopter Blackhawk Sikorsky S70i yang baharu. Pesawat yang dilengkapi dengan pelbagai peranan boleh melakukan pelbagai misi di darat dan di air, termasuk mencari dan menyelamat, bantuan kemanusiaan, anti-cetak rompak, pengangkutan tentera dan pemindahan perubatan bagi mengambil alih peranan Bell 212 dalam TUDB. Sementara itu ke arah meningkatkan lagi keperluan TUDB, pada bulan September 2015, TUDB telah menyusun semula struktur organisasinya dari lima kepada tujuh cawangan iaitu Cawangan No.1 (Cawangan Operasi), Cawangan No. 2 (Rejimen Udara); Cawangan No. 3 (Cawangan Bantu); Cawangan No.4 (Cawangan Logistik); Cawangan No. 5 (Bahagian Pemeliharaan); Cawangan No.6 (Cawangan Pentadbiran) dan Cawangan No.7 (Cawangan Latihan). Penstrukturan semula termasuklah penubuhan Cawangan Bantu dan penyusunan semula Unit Logistik TUDB kepada Cawangan Logistik dan Cawangan Pemeliharaan. Pada tahun 2016, melakar satu peristiwa yang bersejarah bagi TUDB sempena meraikan ulang tahun ke-50, dengan tema 'Generasi TUDB Berwawasan' yang bercita-cita untuk menyampaikan pemimpin berkaliber pada
masa hadapan untuk memenuhi visi dan misi TUDB. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk perarakan besar, makan malam penghargaan, Latihan 'Obstacle Challenge TUDB' dan hari terbuka TUDB untuk orang ramai. PERKEMBANGAN TENTERA LAUT DIRAJA BRUNEI 2013 - 2017 PENGENALAN Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB) telah menjalani pelbagai perubahan dan perkembangan yang sangat ketara sejak penubuhannya pada 14 Jun 1965 dan pada tahun ini, TLDB akan menyambut ulang tahunnya ke-52. Penglibatan Aktif Serantau Pada menyumbang kerjasama ketenteraan dan kestabilan serantau, TLDB telah mengambil bahagian dalam pelbagai eksesais di pelbagai peringkat serantau terutamanya yang dianjurkan bersama oleh Negara Brunei Darussalam. Ini termasuk Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN-Plus Eksesais Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Perubatan Tentera (ADMM-Plus HADR / MM) yang dijalankan pada 17 - 20 Jun 2013 dan Eksesais ADMM - Plus Keselamatan Maritim dan Pencegahan Keganasan dari 2 - 12 Mei 2016. Salah satu pencapaian terbesar bagi TLDB apabila mengambil bahagian dalam salah satu eksesais tentera laut terbesar di dunia - Latihan Rim Pasifik (RIMPAC), acara dwitahunan yang diketuai oleh Tentera Laut Amerika Syarikat di Honolulu, Hawaii. Ini adalah latihan RIMPAC pertama bagi Brunei dan ia menandakan penyertaan peningkatan ahli ASEAN dalam RIMPAC. Ia juga menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah TLDB kerana menyumbang dua buah kapal peronda luar pesisir pantai dan diuji keupayaan dalam simulasi operasi pertempuran maritim besar-besaran. Lebih penting lagi, pada masa yang sama, ia adalah satu peluang besar untuk TLDB untuk terus membina persahabatan dengan tentera laut di seluruh dunia dan mencipta nama pada arena tentera laut antarabangsa. Pangkat Baharu Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Ulang Tahun TLDB Ke-50, menunjukkan satu lagi detik yang signifikan bagi TLDB yang mana bermulanya pertukaran dan pemakaian pangkat
baru mengikut sistem Tentera Laut United Kingdom. Pemakaian nama pangkat baharu ini juga adalah untuk mengeratkan lagi penyatuan dengan Angkatan Tentera Laut serantau yang juga memakai nama pangkat yang sama. Pada bulan Januari 2017, TLDB telah melancarkan sebuah prasarana bagi Pusat Latihan Tentera Laut untuk meningkatkan mutu kualiti latihan dalam meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan kakitangan TLDB. Pusat Latihan Tentera Laut ini dilengkapi dengan 22 buah bilik belajar termasuk bilik latihan peperangan, bilik latihan melawan kebakaran dan bengkel teknikal. PERKEMBANGAN MARKAS ANGKATAN BERSAMA Markas Angkatan Bersama (MAB) selalu menjadi penggerak utama Angkatan Bersenjata Brunei Darussalam bagi gabungan operasi, mengoptimumkan kemampuan dan aset-aset unit-unit besar. Sejak sedekad yang lalu, MAB telah mengambil langkah yang lebih tinggi dalam menyumbang peranan yang lebih aktif dalam bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan kerajaan dalam merancang dan menyelaraskan usaha ke arah peningkatan keselamatan negara. Ini melibatkan bekerja dengan rapat, terutamanya dengan Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain, untuk menjaga keselamatan di peringkat kebangsaan. Melalui Mesyuarat Menteri - Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dan platform-platform ADMM - Plus yang lain, MAB berjaya melaksanakan beberapa inisiatif mengikut jadual yang dirancang. Pakar Kumpulan Kerja (EWG) Latihan Keselamatan Maritim dan Serangan Pengganasan merupakan salah satu acara kemuncak. Ia telah dikendalikan pada Mei 2016 di mana Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah bersama dengan Singapura. Latihan berjaya mempromosikan Kerjasama Maritim praktikal dalam perkongsian maklumat dalam kalangan negara-negara ADMM - Plus mengenai prosedur antara operasi asas dalam hal-hal Keselamatan Maritim, termasuk laporan garisan dasar dan prosedur dalam operasi maritim pelbagai hala. Ke muka 11
HARI SABTU 3 JUN 2017
RENCANA KHAS
11
Dari muka 10 ABDB telah memainkan peranan aktif dalam operasi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR). Sumbangan negara kepada rakyat Filipina, yang terlibat semasa Taufan Haiyan pada tahun 2013 dalam bentuk mengkoordinasikan bantuan dan pasukan, telah berjaya dilaksanakan dengan baik melalui udara mahupun laut. Selanjutnya, MAB sekali lagi pada bulan Mei 2015 mengkoordinasikan penghantaran pasukan medik HADR, yang terdiri dari anggota ABDB dan Unit Simpanan Gurkha (GRU), ke Nepal setelah gempa berkekuatan 7, 8 melanda negara tersebut. Manakala di laut, ABDB, melalui perkhidmatan kapal angkatan lautnya, membantu operasi Pencarian dan Penyelamat bagi Penerbangan MH370 yang hilang pada bulan Mac 2014. Mereka termasuk di antara 80 unit yang terlibat dalam misi antarabangsa SAR. Pada masa ini, struktur kekuatan ABDB adalah sesuai bagi MAB sebagai pusat nadi untuk perancangan dan operasi tentera. Sejak pembentukannya pada tahun 2007, telah memainkan peranan penting dalam mengkoordinasikan penggunaan secara keupayaan ABDB. PERKEMBANGAN INSTITUT LATIHAN ABDB 2013 - 2017 Institut Latihan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (IL ABDB) tahun ini menyambut ulang tahun ke-48 sejak ditubuhkan pada 7 April 1969. Unit ini memainkan peranan yang signifikan sebagai sebuah institusi yang menyediakan latihan kemahiran yang relevan
dan realistik bagi memenuhi keperluan ABDB. Dalam masa lima tahun, IL ABDB telah memperkenalkan beberapa kursus baharu seperti Kursus Pegawai Kewangan ABDB; Pengendalian Lanjutan Makanan dan Kursus Caterers; Kursus Penyelenggara Stor Peluru Unit; Kursus Pegawai Kenderaan dan Pegawai Waran Kenderaan; dan Kursus Regional Signal Officers. Pelaksanaan kursus-kursus ini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan semasa ABDB dan juga untuk mengembangkan kursus-kursus yang ditawarkan di dalam negara. Dalam meningkatkan keupayaan tenaga pengajar pula, IL ABDB juga mengadakan Program Pembangunan Pengajar untuk memastikan kualiti tenaga pengajar akan sentiasa relevan dan berkualiti tinggi. Institut ini juga telah mengemas kini buku panduan latihan ABDB yang telah dilancarkan pada 7 April 2017. Pada tahun 2016, institut ini mencapai satu lagi kejayaan apabila ia memperoleh pengiktirafan daripada Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) pada NTec dalam Program NTec in Armament Instrument Maintenance untuk anggota Teknikal Teknisyen Ammament ABDB. Program tersebut merupakan usaha sama di antara IBTE dan IL ABDB yang akan berjalan selama dua tahun di IBTE, Seria dan IL ABDB Penanjong Garison. Program tersebut membolehkan Teknisyen Ammament mencapai kelayakan yang diiktiraf oleh kedua-dua ABDB dan institusi awam. Ini membolehkan mereka untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dalam Kelayakan Kebangsaan.
Pada bulan Mei 2017, satu lagi peristiwa penting telah dicapai dengan pengeluaran program latihan yang menawarkan kelayakan dalam Kejuruteraan Automotif dengan kelayakan Sijil Pendidikan Teknikal Tinggi Negara (HNTec). Program HNTec adalah bersamaan dengan Level 4 di bawah Brunei Darussalam Qualification Frame Work. Pada tahun 2017 juga IL ABDB telah menjadi pengerusi bersama kepada Regional Jungle Warfare Symposium 2017 pada 7 hingga 9 Mac 2017 dengan pihak British Forces Brunei. Simposium ini bertujuan untuk memperlihatkan potensi Negara Brunei Darussalam sebagai pusat kecemerlangan
Jungle Warfare dan meningkatkan kerjasama yang kukuh dengan British Armed Forces melalui kerjasama mengendalikan simposium tersebut. Sebanyak 11 buah negara menyertainya iaitu Australia, Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Viet Nam. PENCAPAIAN AKADEMI PERTAHANAN ABDB 2013 - 2017 Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) telah ditubuhkan sebagai organisasi yang membantu membimbing perkembangan profesionalisma dan menerapkan pembelajaran sepanjang hayat kepada anggota ABDB. Sejak penubuhannya pada tahun 2011, lebih 1,000 pegawai ABDB telah menamatkan kursus latihan dan pendidikan di akademi tersebut. Ini mewakili 11 peratus daripada jumlah keanggotaan ABDB secara menyeluruh. Kursus Kakitangan ini dikendalikan oleh Akademi Pertahanan yang telah menerima pengiktirafan daripada Joint Services Command and Staff College, United Kingdom pada tahun 2014 dan Joint Professional Millitary Education Phase I, Amerika Syarikat pada tahun 2015. Akademi Pertahanan juga telah menjalinkan kerjasama dengan institusi pendidikan tentera luar negara seperti Pakistan Naval Collage, Bangladesh Defence Services Command and Staff College dalam penyampaian kuliah-kuliah yang berkaitan bagi Kursus Maktab Turus. Selain itu, jalinan kerjasama juga telah dijalinkan dengan Officer Cadet School New Zealand bagi Eksesais Kepimpinan dan Sekolah Pegawai Kadet Singapore bagi Latihan Operasi Bandar. Satu pencapaian terbesar Akademi Pertahanan apabila akademi tersebut berpindah dari Perkhemahan Sungai Akar ke Kampung Tanah Jambu dengan keluasan tanah 150 ekar pada tahun 2016. Akademi moden dan luas ini menyediakan persekitaran latihan ketenteraan yang lebih kondusif terutama bagi Sekolah Pegawai Kadet (OCS).
12
AGAMA
HARI SABTU 3 JUN 2017
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
M
ARILAH kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman dan bertakwa serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam adalah negara yang aman makmur, damai dan harmoni. Oleh itu, sebagai rakyat dan penduduk negara ini, hendaklah sama-sama sentiasa menjaga kesejahteraan yang kita nikmati ini dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan memperbanyakkan doa dan syukur kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Ingatlah, jika kita lalai dan leka atau tidak mensyukuri
nikmat keamanan ini, maka tidak mustahil nikmat ini akan hilang pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk mensyukurinya dan mengharapkan agar nikmat Allah Subhanahu Wata'ala ini akan sentiasa berkekalan sepanjang masa. Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim, ayat 7 : Tafsirnya : ''Dan ingatlah ketika Tuhan kamu memberitahu dengan sejelas-jelasnya : Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur terhadap segala nikmat-Ku tentu aku akan menambah nikmat itu kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kafur terhadap nikmat itu maka sesungguhnya azab Ku sangat keras.'' Untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan dalam sebuah negara bukannya satu perkara yang mudah, ia memerlukan semangat dan kerjasama yang erat dari semua pihak. Alhamdulillah, di negara kita terdapat pasukan-pasukan keselamatan yang diberi
amanah untuk mempertahankan kedaulatan raja, agama, bangsa dan negara dan salah satunya ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB). Tidak dinafikan, negara kita mempunyai pasukan angkatan bersenjata yang cekap dan berkemampuan sebagai benteng utama kepada pertahanan dan keselamatan negara. Maka kita sebagai rakyat dan penduduk negara ini patutlah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala atas jasa bakti ABDB yang tidak ternilai harganya keamanan dan kesejateraan negara kita yang tercinta ini. Tugas dan tanggungjawab anggota ABDB sangat mencabar sama ada Angkatan Darat, Laut dan Udara. Mereka memainkan peranan masing-masing dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara dengan menjaga sempadan, meronda dan memantau keutuhan sempadan daripada pencerobohan dan sebarang anasir jahat. Sesungguhnya tugas sebagai tentera adalah amat mulia. Tugas mempertahankan
OLEH itu, setiap anggota tentera perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab amanah dan dedikasi, kerana dengan tanggungjawab tersebut negara kita aman dan selamat daripada ancaman musuh. Namun yang demikian, semangat perjuangan dan mempertahankan negara bukan hanya perlu ada pada anggota tentera akan tetapi ia perlu ada pada semua anggota masyarakat kerana negara memerlukan rakyat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan sanggup berjuang dan berkorban bagi mempertahankan keamanan dan keselamatan, agama, bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta kepada agama, bangsa dan negara perlu disemai dalam hati setiap rakyat dan penduduk di negara ini.
agama dan keutuhan wilayah negara amat besar ganjarannya. Oleh itu, setiap anggota tentera perlu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab amanah dan dedikasi, kerana dengan tanggungjawab tersebut negara kita aman dan selamat daripada ancaman musuh. Namun yang demikian, semangat perjuangan dan mempertahankan negara bukan hanya perlu ada pada anggota tentera akan tetapi ia perlu ada pada semua anggota masyarakat kerana negara memerlukan rakyat yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan sanggup berjuang dan berkorban bagi mempertahankan keamanan dan keselamatan, agama, bangsa dan negara. Oleh itu, perasaan cinta kepada agama, bangsa dan negara perlu disemai dalam hati setiap rakyat dan penduduk di negara ini. Akhirnya, marilah kita sama-sama berdoa semoga anggota ABDB akan sentiasa mendapat rahmat dan hidayah serta sentiasa mendapat pertolongan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Semoga Allah Subhanahu Wata'ala akan sentiasa melindungi negara kita daripada ancaman musuh dan dihindari dari malapetaka dan musibah. Amin Ya Rabbal Alamin. Surah Ali 'imran, ayat 200 : Tafsirnya : ''Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan, kuatkanlah kesabaran kamu dalam menghadapi orang-orang yang kafir dan bersiap sedialah dengan kekuatan pertahanan di sempadan negara kamu serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan.''
Rombongan PDI bertadarus bersama mualaf
MAJLIS Bertadarus yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Mohd. Sahrizal Haji Said KAMPUNG BEBULOH, Khamis, 1 Jun. - Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan yang penuh mulia ini, rombongan Pusat Da'wah Islamiah (PDI) mengadakan aktiviti bertadarus bersama mualaf di kawasan-kawasan pedalaman yang terpilih di lapan buah tempat sepanjang bulan Ramadan ini. Majlis Bertadarus yang berlangsung di Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh itu diketuai oleh Ketua Bahagian Penapisan dan Pameran PDI, Dayang Hajah Fatimah binti Haji Ahmad. Majlis juga turut diselajurkan dengan Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah serta Sembahyang Sunat Tarawaih dan Witir
yang diimamkan oleh Imam Rumah Kegiatan Ugama Kampung Bebuloh, Awang Md. Saiful bin Haji Md. Sofian. Objektif bertadarus antara lain adalah sebagai salah satu sarana dakwah kepada para mualaf di negara ini dalam memberikan pendekatan kepada mualaf setempat bagi samasama menghayati bulan Ramadan dan apa jua yang yang berhubung kait dengan keistimewaan dalam bulan tersebut. Selain itu, ia juga untuk menanam minat mereka dalam pembelajaran dan pembacaan Al-Quran sekali gus dapat menerapkan ajaran-ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF bertadarus antara lain adalah sebagai salah satu sarana dakwah kepada para mualaf di negara ini dalam memberikan pendekatan kepada mualaf setempat bagi sama- sama menghayati bulan Ramadan.
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
13
Lapan anak damit lahir pada Hari Ulang Tahun ABDB Oleh : Aimi Sani Foto : Hernie Suliana Haji Othman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Lapan anak damit dilahirkan di negara ini semasa Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) Ke-56 Tahun pada 31 Mei 2017. Daripada jumlah tersebut, tiga daripadanya dilahirkan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), tiga anak damit dilahirkan di Hospital Suri Seri Begawan (HSSB), Daerah Belait dan dua anak damit dilahirkan di Pusat Kesihatan Jerudong Park (JPMC), Jerudong. Majlis Penyampaian Cenderamata Kelahiran telah berlangsung di Hospital RIPAS, yang disempurnakan
oleh isteri kepada Pemerintah ABDB, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Al-Sufri selaku tetamu kehormat. Turut hadir, para pegawai kanan dan kakitangan Hospital RIPAS dan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Tadbir Badan Kebajikan Isteri-Isteri ABDB Kementerian Pertahanan (BAKTI). Sementara itu, isteri kepada Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, Datin Hajah Rasidah binti Haji Brahim menyampaikan cenderamata di HSSB dan Pengiran Datin Noralam binti Pengiran Haji Kahar, iaitu isteri kepada Pemerintah Tentera Laut Diraja
ISTERI Pemerintah ABDB, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah berbual mesra bersama penerima cenderahati Jacqueline Atienza Salva di atas kelahiran anak damit beliau pada 31 Mei sempena Sambutan Hari Ulang Tahun ABDB Ke-56 Tahun.
Brunei menyampaikan cenderamata di JPMC. Setiap anak damit menerima cenderamata berupa hamper sumbangan daripada ABDB, BAKTI, Koperasi ABDB (KOWIRA) dan Takaful Brunei Darussalam. Penyampaian hadiah-hadiah tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan bagi menyambut kelahiran anak-anak yang baharu pada Hari Ulang Tahun ABDB.
ISTERI Pemerintah ABDB, Pengiran Datin Nuur'Izzah Nabilah binti Pengiran Haji Ahmad Al-Sufri selaku tetamu kehormat menyampaikan cenderahati kepada pasangan Dayangku Hajah Wardah Zahrina binti Pengiran Haji Sulaiman dan Awang Yusran bin Haji Adi.
ISTERI Pemerintah ABDB, Pengiran Datin Nuur 'Izzah Nabilah bergambar ramai bersama penerima-penerima cenderahati sempena kelahiran anak-anak damit mereka pada 31 Mei bagi tahun 2017.
Bersungkai di luar satu pilihan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Mei. - Setiap tahun sepanjang bulan Ramadan, waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang dinantikan oleh setiap umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Pada bulan ini juga, berbuka puasa di luar seperti di restoran, hotel mahupun gerai turut menjadi pilihan atas faktor kekurangan masa atau keletihan selepas bekerja. Tambahan lagi, semasa bulan Ramadan ini, kebanyakan restoran mengadakan tawaran yang istimewa menerusi diskaun atau hidangan bufet pelbagai juadah bagi menarik minat lebih ramai pelanggan untuk berbuka puasa di restoran mereka. Namun, berbuka puasa di rumah
MAJLIS Berbuka Puasa dengan menjemput saudara-mara ke rumah juga merupakan perjumpaan keluarga pada waktu yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan (kanan dan kanan sekali).
bersama keluarga dalam suasana kesederhanaan masih menjadi tradisi sesetengah orang lazimnya bagi mereka yang kurang menggemari makan di luar atau ingin menjimatkan wang. Walaupun pilihan juadah banyak didapati di Bazar Ramadan di pelbagai
tempat di negara ini, ada juga yang lebih memilih untuk memasak sendiri kerana ia lebih menyihatkan dan melatih diri untuk menjadi lebih berjimat cermat serta mengelakkan pembaziran. Pada bulan yang penuh rahmat ini juga, banyak Majlis Berbuka Puasa
Oleh : Marlinawaty Hussin Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali diadakan melalui Majlis Tahlil dengan menjemput saudara-mara ke rumah yang mana aktiviti perjumpaan
keluarga ini merupakan antara waktu yang terbaik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.
14
IKLAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
MAKLUMAN Adalah dengan ini di maklumkan bahawa BILANGAN TAWARAN : RTB / 01 / 17 SUPPLY, DELIVERY, TESTING AND COMMISSIONING OF THE AUTOMATED VIDEO SERVER PLAYOUT SYSTEM IN POC (PLAYOUT CENTER) , tarikh tutup pada 6 Jun 2017 adalah DILANJUTKAN sehingga pada 20 Jun 2017. jam 2.00 petang)
PEJABAT PENERBANGAN JABATAN PERKHIDMATAN ELEKTRIK KEBAWAH DULI YANG MAHA MU-MENTERI JABATAN PERDANA
JEMPUTAN UNTUK MEMBERI
Jabatan Perdana Menteri
TAWARAN
Jalan Menteri Besar
JABATAN PERKHIDMATAN
Negara Brunei Darussalam.
ELEKTRIK JABATAN BANDARAN TUTONG JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM JABATAN PERDANA MENTERI NEGERI UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI JABATAN PERDANA MENTERI Bilangan Tawaran : JKDN / UTP / 1 / 2017 BUTIR-BUTIR TAWARAN : 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa bagi membekalkan pakaian seragam pegawai dan kakitangan Unit Tahanan dan Pemulihan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup, ditulis dengan ''TAWARAN MEMBEKALKAN PAKAIAN SERAGAM PEGAWAI DAN KAKITANGAN UNIT TAHANAN DAN PEMULIHAN JERUDONG, JABATAN KESELAMATAN DALAM NEGERI, JABATAN PERDANA MENTERI'' tanpa menunjukkan identiti pembekal, tidak lewat dari Sabtu, 17 Jun 2017, jam 1.00 Petang. 3. Setiap tawaran hendaklah ada menyatakan dan menyertakan :
i) Harga tawaran; ii) Jenis kain mesti disertakan (seperti contoh disertakan); iii) Salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan dan Lesen Perniagaan yang diakui sah mestilah disertakan; iv) Pengubahan harga tawaran dengan menggunakan blanco adalah tidak diiktiraf sama sekali. Pengubahan hendaklah dibuat dengan cara memotong angka-angka yang tidak betul dan menuliskan angka yang betul di atasnya dan seterusnya menandatangani setiap pembetulan tersebut. 4. Borang tawaran boleh diperoleh di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Unit Tahanan dan Pemulihan Jerudong, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri pada waktu- waktu pejabat dibuka. 5. Tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan serta kegagalan memenuhi syarat-syarat tawaran tidak akan dilayan. 6. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidaklah semestinya menerima tawarantawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran.
***
Kelayakan :
Jabatan Perdana Menteri
PEMBEKAL YANG BERDAFTAR
Negara Brunei Darussalam
DENGAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
Bilangan Tawaran :
BAGI KATEGORI : P01 ATAU P05
JPE / LTK / BP / 015 / 2017
KELAS : II ATAU KE ATAS
Tajuk Tawaran : SUPPLY AND DELIVERY OF
DOKUMEN-DOKUMEN tawaran dan
COVRAD VALVE CAGE RADIATOR
penerangan-penerangan yang lanjut
CORES FOR MAJOR MK3
boleh diperoleh di Tingkat Empat (4),
ENGINES AT BELINGUS POWER
Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan
STATION, TEMBURONG
Elektrik, di atas Pengawasan Bahagian Unit Tawaran.
Tarikh Tutup : 20 JUN 2017 (SELASA, 2.00 PETANG)
PERHATIAN : Sila bawa salinan
Yuran Tawaran :
Sijil Pendaftaran di Kementerian
BND30.00 (tidak dikembalikan)
Pembangunan semasa mengambil
Tempat Tutup :
dokumen di Kaunter Tawaran,
'PETI TAWARAN'
Tingkat Empat (4),
LEMBAGA TAWARAN KECIL
Jabatan Perkhidmatan Elektrik.
JABATAN ADAT ISTIADAT JABATAN PERDANA MENTERI NOTIS SEBUT HARGA Bilangan Tawaran : 03 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Sebut Harga : Membekal Pakaian Seragam Tarikh tutup / jam : 13 Jun 2017 - Selasa (9.00 Pagi) Tempat Menghantar Sebut Harga: Peti Sebut Harga Jabatan Adat Istiadat Negara Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. Pemohon adalah dipelawa dari syarikat-syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh pakaian seragam boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 1.30 Petang. 3. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir
perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 4. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5. Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI SEBUT HARGA, JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA yang ditujukan kepada : PENGERUSI JAWATANKUASA SEBUTHARGA JABATAN ADAT ISTIADAT NEGARA BANDAR SERI BEGAWAN, BB8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. NOTIS TAWARAN Bilangan Tawaran : 06 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Bintang Petian dan Kedudukan Dian
Bilangan Tawaran : 07 / MEI / 2017 / JAIN / JE Tajuk Tawaran : Membekal Lilin Berwarna Kuning dan Putih Tarikh tutup / jam : 13 Jun 2017 - Selasa (9.00 Pagi) Tempat Menghantar Tawaran: Peti Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BS3913 Negara Brunei Darussalam. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN : 1. Pemohon adalah dipelawa dari syarikat- syarikat dan pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Setiap penender bolehlah mendapatkan borang tawaran serta keterangan lanjut di Jabatan Adat Istiadat Negara pada waktu bekerja. Manakala contoh-contoh boleh dilihat di Jabatan Adat Istiadat Negara pada jam 9.00 Pagi hingga 1.30 Petang. 3. Bayaran yuran setiap tawaran sebanyak BND10.00 (tidak dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai sahaja dalam mata wang ringgit Brunei.
4. Borang tawaran hendaklah disertakan salinan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau pasport pemilik. 5. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumendokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas menyatakan tajuk dan bilangan sebut harga dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat / pemborong. 5.Borang tawaran hendaklah dikembalikan dan dimasukkan ke dalam PETI LEMBAGA TAWARAN KECIL, JABATAN PERDANA MENTERI yang ditujukan kepada : PENGERUSI LEMBAGA TAWARAN KECIL JABATAN PERDANA MENTERI JALAN PERDANA MENTERI BANDAR SERI BEGAWAN, BB3913 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 6. Mana-mana tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan.
IKLAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, DEVELOP, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER THE GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, OPERATE, AND MAINTAIN BUMIPUTRA COMPLEX, COMMERCIAL COMPLEX BUMIPUTRA AND MARKET PEKAN BANGAR, TEMBURONG REQUEST FOR PROPOSAL (RFP) INVEST, DEVELOP, OPERATE AND MANAGE COMMERCIAL ESTABLISHMENTS IN THE VICINITY OF KAMPONG AYER In this context, Ministry of Home Affairs (MoHA) investor proposals from interested parties to Invest, Develop, Operate, Maintain and Transfer of Geraineka Sungai Liang, to Invest, Operate and Maintain of Bumiputera Complex, Commerical Complex Bumiputra and Market Pekan Bangar Temburong, to Invest, Develop, Operate and Manage Commerical Establishment in the vicinity of Kampong Ayer. More detailed information and guidelines for submitting proposal will be provided in the Request For Proposal (RFP) document. Who should register? Interested parties should be reputable local or international companies with the ability to finance, develop and operate the proposal development with previous relevant experience and capabilities in developing and operating commercial development is a pre-requisite. To register for the RFP, interested parties should
send an email to rfp.khedn@moha.gov.bn with the subject heading, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, DEVELOP, OPERATE, MAINTAIN AND TRANSFER THE GERAINEKA SUNGAI LIANG, DAERAH BELAIT, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, OPERATE, AND MAINTAIN BUMIPUTRA COMPLEX, COMMERCIAL COMPLEX BUMIPUTRA AND MARKET PEKAN BANGAR, TEMBURONG, FOR INVESTMENT PROPOSAL TO INVEST, DEVELOP, OPERATE AND MANAGE COMMERCIAL ESTABLISHMENTS IN THE VICINITY OF KAMPONG AYER and attaching company profile and as well as contact details. Please be informed there will be a briefing day on Wednesday, 14 June 2017, 9.00am at Ground Floor, Bumiputra Commercial Trade Centre Building, Jalan Cator, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. More detailed information and guideline for submitting proposal will be provided in the Request For Proposal (RFP) document which can be obtained form Ministry of Home Affairs or through email rfp.khedn@moha.gov.bn Completed proposal shall be sealed and delivered by hand or registered mail no later than Wednesday, 2nd August 2017, 4.00 pm Brunei Darussalam time to: SECATERIATE ASSESSMENT PPP MINISTRY OF HOME AFFAIRS COMMITTEE GROUND FLOOR MINISTRY OF HOME AFFAIRS JALAN JAMES PEARCE BANDAR SERI BEGAWAN, BB8610 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM.
15
LEMBAGA BANDARAN BANDAR SERI BEGAWAN KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI KENYATAAN TAWARAN BAYARAN menyertai tawaran ini ialah BND12.00 bagi setiap satu tawaran dan bayaran ini tidak akan dikembalikan kepada penender-penender. Bayaran boleh dibayar di:Kaunter Bahagian Kewangan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BA1512 Negara Brunei Darussalam. Dokumen dan syarat-syarat tawaran bolehlah didapati dari Unit Pengurusan Aset, Tingkat 2, Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Jalan Perdana Menteri semasa waktu pejabat dibuka. Surat tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam PETI TAWARAN Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan, Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan BA1512 Negara Brunei Darussalam dan dialamatkan kepada:Bahagian Kewangan Tingkat 3, Bangunan Bandaran Jalan Perdana Menteri Bandar Seri Begawan, BA1512 Negara Brunei Darussalam. Nama Tawaran: QUOTATION FOR FOUR (4) MONTH DAILY CLEANING OF BANGUNAN PASAR GADONG AND SURROUNDING AREA (JULY TO OCTOBER 2017) Bilangan Tawaran: JBBSB/SH/2017-2018/18/UPA Tarikh Tutup Tawaran: 15 JUN 2017 Jam : 11.00 Pagi
JABATAN KAJICUACA KEMENTERIAN PERHUBUNGAN 1. TAWARAN adalah dipelawa bagi : 'THE SUPPLY, DELIVERY AND TESTING OF METEOROLOGICAL INSTRUMENT DIGITAL HANDHELD BAROMETER TO THE BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT'. 2. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang ditutup rapi tanpa menunjukkan identiti atau logo pembekal / pemborong ditulis dengan :
JABATAN ALAM SEKITAR, TAMAN DAN REKREASI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T011 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR KEDIAMAN NO. 16, SIMPANG 87-94, JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI DAN KEDIAMAN NO .187, SIMPANG 87, JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN
Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T012 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN KAWASAN LUAR KEDIAMAN NO. 5, SIMPANG 130-21 (WOODEN HOUSE), JALAN PERMAISUARA, KG. BERIBI, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NO. PROJEK : JASTRE / BL / T012 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND10.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang
NO. PROJEK : JASTRE / BL / T011 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
DIBUKAKAN KEPADA PEMBORONG-PEMBORONG DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KELAS II, III DAN IV KATEGORI KPB12 Tarikh Buka Tawaran : 31 Mei 2017 (Rabu) Tarikh Tutup : 4 Julai 2017 (Selasa) hingga jam : 2.00 Petang (Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan
(Ditutup di Pejabat Lembaga Tawaran Kecil Tingkat Bawah, Bangunan Kementerian Pembangunan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam). JASTRE / BL / T013 / 2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DAN PENYELENGGARAAN LUARAN BAGI ISTANA DARUL AMAN MUARA, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN NO. PROJEK : JASTRE / BL / T013 / 2017 JUMLAH YURAN TAWARAN : BND30.00 (TIDAK DIKEMBALIKAN)
TAWARAN BAGI : 'THE SUPPLY, DELIVERY AND TESTING OF METEOROLOGICAL INSTRUMENT DIGITAL HANDHELD BAROMETER TO THE BRUNEI DARUSSALAM METEOROLOGICAL DEPARTMENT'. Bilangan Tawaran : JKBD/2017/SH-05 Tarikh Tutup : Rabu, 14 Jun 2017 Kepada : Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan, Blok B23 Flat Anggerek Desa, Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. 3. Tawaran hendaklah sampai kepada Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga yang beralamat di atas tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Rabu, 14 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Dokumen tawaran boleh diperoleh semasa waktu-waktu bekerja dengan harga BND5.00 senaskhah (tidak dikembalikan) dari : Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam Tingkat 1, Divisyen Kewangan Blok B23Flat Anggerek Desa Simpang 32-37 Kampung Anggerek Desa, BB3713 Negara Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Kaji Cuaca di talian +673 2381342. 5. Sebut Harga mestilah dihantar dengan menggunakan borang yang telah disediakan. Jumlah harga tawaran hendaklah dicatat / ditulis dengan betul dan jelas demi mengelakkan sebut harga tidak akan dilayan. Barang yang ditawarkan hendaklah menepati kehendak spesifikasi seperti dinyatakan di dalam Lampiran TS. 6. Sebut Harga hendaklah sah sehingga 120 hari dari tarikh tutup sebut harga. 7. Penender hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftaran yang menyenaraikan butir-butir syarikat berkenaan berserta salinan kad pintar atau pasport pemilik. 8. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau sebarang tawaran yang tidak munasabah.
16
IKLAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
KEMENTERIAN KESIHATAN PEMBERITAHUAN TAWARAN KEMENTERIAN KESIHATAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. 1. DOKUMEN-DOKUMEN tawaran serta penerangan lanjut bolehlah diperolehi daripada Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan, semasa waktuwaktu bekerja, mulai Rabu, 17hb Mei 2017. Sila layari website Kementerian Kesihatan www.moh.gov.bn. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup dengan menyatakan bilangan tajuk tawaran serta tarikh tutup tanpa menunjukkan identiti pemborong dan dialamatkan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Peti Tawaran, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan Commonwealth Drive Bandar Seri Begawan, BB3910 Negara Brunei Darussalam 3. Tawaran-tawaran hendaklah disediakan dengan menggunakan borang-borang tawaran yang telah ditetapkan dan disediakan dalam dua (2) salinan termasuk salinan asal atau sepertimana yang dinyatakan. Dokumen dokumen tawaran hendaklah dihantar tidak lewat dari jam 2.00 Petang, Selasa pada 13 Jun 2017. Tawaran yang diterima lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Yuran Tawaran (Tender Fee) bagi tiap- tiap tawaran adalah seperti dinyatakan dan dikehendaki pembayaran dengan WANG TUNAI sahaja (dan yuran tawaran tidak akan dikembalikan). Pembayaran hendaklah dibuat di Bahagian Perolehan, Tingkat Bawah Kementerian Kesihatan, Commonwealth Drive, Bandar Seri Begawan semasa waktuwaktu bekerja. Waktu Menerima Bayaran ISNIN - KHAMIS 8.00 PAGI - 11.00 PAGI 2.00 PETANG - 3.00 PETANG SABTU 8.00 PAGI - 10.00 PAGI BULAN RAMADHAN ISNIN - KHAMIS 8.30 PAGI - 11.00 PAGI SABTU 8.30 PAGI - 10.00 PAGI 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran yang paling rendah atau lain-lain tawaran. 6. Tawaran adalah dibukakan kepada semua pemborong-pemborong dan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut : • Sijil Pendaftaran Perniagaan Yang Masih Sahlaku dan Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. • Manakala bagi Pemborong / Pembekal yang menyertai tawaran ubat-ubatan (Drug and Medicine) mestilah mempunyai Lesen Racun yang sah Poison Act’ (Cap. 114). • Manakala bagi Pemborong/Pembekal yang menyertai tawaran bagi kerja-kerja pembangunan dan pendawaian elektrik mestilah mempunyai Lesen Pendaftaran yang masih sah daripada Kementerian Pembangunan. 7. Penender yang menolak atau membatalkan tawaran atau kontrak setelah kebenaran tawaran diperolehi atau setelah tutup tawaran akan dikenakan denda selaras dengan peraturan dan garispandu yang diberikan oleh Lembaga Tawaran Negara.
MICROBIOLOGY MEDIA & SUPPLEMENTS FOR MICROBIOLOGY SECTION, SCIENTIFIC LABORATORY SERVICES, MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN BND50.00 BILANGAN TAWARAN KK/49/2017 (LAB)(TC) KETERANGAN TO SUPPLY AND DELIVER IDEXX® PSEUDALERT® SNAP PACKS, COLISURE® TEST KITS AND STERILE QUANTI-TRAY® FOR MICROBIOLOGY SECTION, SCIENTIFIC LABORATORY SERVICES, MINISTRY OF HEALTH FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN BND30.00 BILANGAN TAWARAN KK/50/2017 (SSBH)(TC) KETERANGAN TO PROVISION OF COMPREHENSIVE MAINTENANCE SERVICES FOR REFRIGERATED AIRCONDITION AND VENTILATION AT SURI SERI BEGAWAN (SSB) HOSPITAL HEALTH CENTRES AND CLINICS IN THE BELAIT DISTRICTS FOR A PERIOD OF FIVE (5) YEARS Eligibility For Tenderers : Registered With Ministry Of Health And Ministry Of Development YURAN TAWARAN BND100.00 BILANGAN TAWARAN KK/51/2017 (SSBH)(TC) KETERANGAN TO PROVISION OF MAINTENANCE SERVICES FOR FIRE ALARM SYSTEM, CARBON DIOXIDE (CO2) FIRE SUPPRESSION SYSTEM, FIRE HOSEREEL SYSTEM AND FIRE EXTINGUISHERS AT SURI SERI BEGAWAN(SSB) HOSPITAL, KUALA BELAIT FOR A PERIOD OF FIVE (5) YEARS Eligibility For Tenderers : Registered With Ministry Of Health And Fire And Rescue Department, Ministry Of Home Affair YURAN TAWARAN BND30.00 BILANGAN TAWARAN KK/52/2017 (SSBH)(TC) KETERANGAN SUPPLY AND DELIVERY OF LAUNDRY DETERGENTS FOR SURI SERI BEGAWAN(SSB) HOSPITAL, KUALA BELAIT FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN BND10.00 BILANGAN TAWARAN KK/53/2017 (SSBH)(TC) KETERANGAN SUPPLY AND DELIVERY OF BLOOD GLUCOSE TEST KITS (POINT OF CARE TEST STRIPS) AND CONSUMABLES FOR COMMUNITY HEALTH SERVICES FOR A PERIOD OF THREE (3) YEARS YURAN TAWARAN BND30.00
TAWARAN BILANGAN TAWARAN KK/48/2017 (LAB)(TC) KETERANGAN TO SUPPLY AND DELIVER
TARIKH TUTUP : 13 Jun 2017 (Tidak lewat Jam 2.00 Petang) IKLAN WEBSITE PADA 17 MEI 2017
MAHKAMAH MAJISTRET BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DENGAR DI BANDAR SERI BEGAWAN KES SAMAN BIL. : 207 TAHUN 2017 DI ANTARA KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ... Plaintif DAN AWANG HAJI HASRIN BIN HAJI AWANG AMAN NO. K.P. : 00-282696(K) … Defendan NOTIS PEMBERITAHUAN MENURUT PERINTAH PENYAMPAIAN GANTI Kepada : AWANG HAJI HASRIN BIN HAJI AWANG AMAN SILA AMBIL PERHATIAN bahawa suatu tindakan telah dimulakan terhadap kamu dalam Mahkamah yang disebutkan di atas oleh KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di mana tuntutan Plaintif ialah berkaitan dengan pinjaman kenderaan tertunggak seperti
berikut : 1) jumlah tuntutan $1,430.00; 2) faedah pada kadar 6% setahun mulai dari tarikh penghakiman hingga bayaran penuh; 3) kos; dan 4) sebarang pelepasan lain yang mungkin dianggap patut dan wajar oleh Mahkamah ini dalam hal keadaan tersebut. DAN ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa penyampaian saman dalam tindakan ini kepada kamu dilaksanakan melalui pemberitahuan ini di PELITA BRUNEI dan bahawa penyampaian ini hendaklah dianggap sebagai penyampaian yang sah dan mencukupi bagi prosiding terhadap kamu. TINDAKAN tersebut akan di dengar di Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 6 Jun 2017 jam 8.30 Pagi, pada hari itu kamu hendaklah hadir dan jika kamu tidak hadir bagi pihak kamu pada masa dan tempat yang disebutkan diatas, perintah akan dibuat sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah. Bertarikh pada hari ini....haribulan......2017 MAJISTRET KANAN Notis Pemberitahuan Menurut Perintah Penyampaian Ganti ini difailkan oleh Pejabat Peguam Negara, Peguambela dan Peguamcara bagi Plaintif, yang alamat penyampaiannya adalah di Pejabat Peguam Negara, Bangunan Undang-Undang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA1910, Brunei Darussalam.
MAHKAMAH MAJISTRET BANDAR SERI BEGAWAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET NEGARA BRUNEI DARUSSALAM DI DENGAR DI BANDAR SERI BEGAWAN KES SAMAN BIL. : 238 TAHUN 2016 DI ANTARA KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ... Plaintif DAN AWANG ISNAN BIN BUJANG … Defendan NOTIS PEMBERITAHUAN MENURUT PERINTAH PENYAMPAIAN GANTI Kepada : AWANG ISNAN BIN BUJANG alamat terakhir ialah di No. 52, Jalan 31 Kampung Perpindahan Lambak Kanan BC2915 Negara Brunei Darussalam
Pagi untuk memberi sebab mengapa penghakiman yang dijatuhkan dalam kes yang tersebut di atas tidak patut dilaksanakan dengan tahanan dan penjualan harta alih kamu dan / atau dengan menahan kamu di dalam penjara sebagai seorang banduan sivil. DAN ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa penyampaian saman tersebut dilakukan kepada kamu secara pemberitahuan ini di PELITA BRUNEI yang tersebut di atas dan bahawa penyampaian ini hendaklah dianggap sebagai penyampaian yang sah dan mencukupi bagi prosiding terhadap kamu. DAN SILA AMBIL PERHATIAN SELANJUTNYA bahawa jika kamu tidak hadir, satu waran penangkapan atau perintah boleh dibuat terhadap kamu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah. Kehadiran kamu boleh diketepikan dengan syarat wang penghakiman yang terhutang kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Iaitu sebanyak B$4,055.00, faedah kadar 6% setahun mulai dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh dan kos sebanyak B$400.00. Bertarikh pada hari ini....haribulan......2017 MAJISTRET KANAN
SILA AMBIL PERHATIAN bahawa satu Saman Penghutang Penghakiman telah difailkan terhadap kamu dalam Mahkamah yang disebutkan di atas oleh KERAJAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM di mana kamu dikehendaki hadir di Mahkamah Majistret di Bandar Seri Begawan pada 6 Jun 2017, jam 8.30
Notis Pemberitahuan Menurut Perintah Penyampaian Ganti ini difailkan oleh Pejabat Peguam Negara, Peguambela dan Peguamcara bagi Plaintif, yang alamat penyampaiannya adalah di Pejabat Peguam Negara, Bangunan Undang-Undang, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, BA1910, Brunei Darussalam.
17
IKLAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
PEJABAT PENERBANGAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
JABATAN TANAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN JABATAN TANAH KEMENTERIAN PEMBANGUNAN BILANGAN : TANAH 01 / 2017 TAJUK TAWARAN : TAWARAN KERJA-KERJA PEMELIHARAAN BANGUNAN JABATAN TANAH, JABATAN UKUR DAN JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA, KEMENTERIAN PEMBANGUNAN, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM TARIKH TUTUP : 20 JUN 2017 HARI : SELASA JAM 2.00 PETANG 1. TAWARAN adalah dipelawa dari Syarikat-Syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. 2. Borang tawaran dan keterangan lanjut mengenai perkara ini bolehlah diperolehi di Tingkat 4, Unit Kewangan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Pejabat Pesuruhjaya Tanah, Lapangan Terbang Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam semasa waktu pejabat dibuka. 3. Pemborong yang berhasrat mengikuti tawaran ini hendaklah membayar yuran tawaran berjumlah BND2.00 [Ringgit : Dua Ringgit Brunei sahaja] yang tidak akan dikembalikan kepada penender-penender samaada yang berjaya atau tidak berjaya. Waktu perkhidmatan Kaunter Pembayaran di Pejabat Tanah Brunei dan Muara : Isnin hingga Khamis dan Sabtu - 8.00 Pagi hingga 12.00 Tengah Hari 4. Tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup rapi, BILANGAN TAWARAN, TAJUK TAWARAN DAN TARIKH TUTUP TAWARAN hendaklah ditulis di depan sampul surat tanpa menunjukkan identiti pemborong dan ditujukan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Kementerian Pembangunan Tingkat Bawah Bangunan Kementerian Pembangunan Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas Bandar Seri Begawan, BB3510 Negara Brunei Darussalam 5. Pemborong hendaklah menyertakan salinan Sijil Pendaftran Akta Nama Perniagaan (Cerificate of Registration -Business Names Act). 6. TAWARAN yang lewat diterima dan tarikh dan waktu yang dinyatakan diatas tidak akan dilayan. 7. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya terikat untuk menerima tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran yang tidak munasabah.
JABATAN BELIA DAN SUKAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN
BIL TAWARAN : ( 04 )JBS/ADM/UP/2017 Peti Sebutharga Tingkat 4 Jabatan Belia dan Sukan Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Bangunan Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan Bandar Seri Begawan, BA1211 Negara Brunei Darussalam. BIL. TAWARAN : (27) JBS / ADM / QC / 2017 KETERANGAN : SUPPLY AND DELIVERY MEDICAL CREAMS AND MEDICAL APPLICATION FOR SPORTS MEDICINE AND RESEARCH CENTRE. YURAN TAWARAN : BND5.00 BIL. TAWARAN : (28) JBS / ADM / QC / 2017 SUPPLY AND DELIVERY OF MEDICINE AND SUPPLEMENTS FOR SPORTS MEDICINE AND RESEARCH CENTRE. YURAN TAWARAN : BND5.00 BIL. TAWARAN : (29) JBS / ADM / QC / 2017 MEMBEKALKAN DAN MENGHANTAR DEW91021 KANSAI PAINT PROJECT EMULSION PAINT (WHITE / 18 LTRS ) ATAU YANG SEBANDING DENGANNYA (TERMASUK PEMUNGGAHAN, PENGHANTARAN, PENYUSUNAN DAN CONTOH CAT BAGI PERCUBAAN) YURAN TAWARAN : BND10.00 BIL. TAWARAN : (30) JBS / ADM / QC / 20 MEMBEKALKAN DAN MENGHANTAR TONER DAN INK CATRIDGE YURAN TAWARAN : BND10.00 BIL. TAWARAN : (31) JBS / ADM / QC / 20 MENYEDIAKAN DAN MENGHANTAR PIALA REPLIKA 'PIALA PUSINGAN' BAGI MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA ASIA TENGGARA 2017M / 1438H. YURAN TAWARAN : BND5.00 Tarikh Tutup : 14 Jun 2017 / 19 Ramadan 1438 (Rabu) Jam : Tidak Lewat Jam 12.00 Tengah Hari Cagaran : Seperti yang dinyatakan pada keterangan Sebut Harga - Bagi setiap satu dokumen (Tidak dikembalikan). Dokumen-dokumen dan penerangan-penerangan yang lanjut boleh diperolehi diBahagian Unit Hasil, Tingkat 4, Jabatan Belia dan Sukan, Simpang 336-17, Jalan Kebangsaan, Berakas, BA 1211, Negara Brunei Darussalam. Waktu Menerima Bayaran ISNIN –KHAMIS 8.15 PAGI - 11.00 PAGI SABTU 8.15 PAGI – 10.00 PAGI
Syarat-Syarat Tawaran 1. BARANGAN yang ditawarkan adalah berasaskan sebagaimana keadaan semasa ditawarkan. 2. Penender adalah bertanggungjawab untuk memeriksa dan meneliti keadaan barangan yang ditawarkan sebelum menyertai tawaran ini. 3. Penender yang berminat hendaklah mendapatkan borang tawaran yang telah disediakan di Bahagian Kuarter Master, Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Lapangan Terbang Antarabangsa, Bandar Seri Begawan BB2713, Negara Brunei Darussalam. Sebarang pertanyaan, sila berhubung di talian telefon +673 2460043 sambungan 2057. 4. Borang tawaran yang lengkap hendaklah dihantar ke HMSF Quotation’s Box, Security Main Gate, His Majesty The Sultan’s Flight, Rimba Highway, Bandar Seri Begawan BB2713, Negara Brunei Darussalam dalam sampul surat yang tertutup dengan membubuh tajuk “TAWARAN SECARA LELONG SEBUT HARGA, BIL. RUJUKAN : KKW/ ADM / JBT/ 59” dan memasukkan ke dalam peti tawaran yang telah disediakan. 5. Tarikh tutup tawaran adalah pada (Pada
19 Jun 2017, Hari Isnin Jam 9.00 Pagi) dan tawaran yang lewat diterima tidak akan dilayan. 6. Setiap satu borang tawaran mengandungi keseluruhan barang (1 lot) sahaja sepertimana yang dilampirkan. Harga indikasi adalah harga yang dijadikan sebagai garis pandu harga tawaran permulaan sahaja. 7. Caj borang tawaran tidak dikenakan bayaran. 8. Penender yang berjaya hendaklah membuat pembayaran dalam tempoh masa 2 (DUA) hari waktu bekerja selepas dimaklumkan / pemberitahuan dan jika gagal menjelaskannya maka barangan berkenaan akan ditawarkan kepada penender yang lain. 9. Penender yang Berjaya hendaklah MEMINDAHKAN barangan tersebut tidak lewat 7 (TUJUH) hari selepas membuat pembayaran dan pihak jabatan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan / kehilangan dalam tempoh tersebut. 10. Jika penender yang berjaya GAGAL MEMINDAHKAN barangan tersebut dalam tempoh 7 (TUJUH) hari selepas membuat pembayaran, barangan berkenaan akan menjad MILIK jabatan dan jabatan berhak untuk melelong semula barangan berkenaan. Wang yang telah dijelaskan TIDAK akan dikembalikan.
KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN JABATAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ANTARABANGSA KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR NEGERI DAN PERDAGANGAN
JAWATAN-JAWATAN KOSONG DI SEKRETARIAT KOMANWEL JAWATAN : 1. Adviser, Oceans governance Trade, Oceans and Natural Resources Division KEKOSONGAN : 1 TARIKH TUTUP : 7 Jun 2017
2. HR Officer, Systems and Analytic Human Resources Division KEKOSONGAN : 1 TARIKH TUTUP : 8 Jun 2017 3. Head of Section, Social Policy Development, Economic Social and Sustainable Development Division KEKOSONGAN : 1 TARIKH TUTUP : 20 Jun 2017 UNTUK makluman, maklumat lanjut jawatan tersebut boleh didapati melalui laman www.thecommonwealth.org/jobs.
mengenai sesawang
18
IKLAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI BILANGAN TAWARAN : SPA/PENT/TENDER/01/2017 KERJA-KERJA PEMELIHARAAN DALAM DAN LUAR BANGUNAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa dari syarikat-syarikat yang berdaftar dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diluluskan oleh Kementerian Pembangunan, kelas dan kategori-kategori kerja, kelas II (S02&S03) atau III (S02&S03). 2. Dokumen tawaran dan borang tawaran yang berharga BND50.00 (tidak dikembalikan) boleh diperolehi daripada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Tingkat 1, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam. 3. Dokumen tawaran hendaklah dinayar di Unit Kewangan, Tingkat 1, Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Jalan Landasan Lama Berakas, Negara Brunei Darussalam dan resit asal pembayaran hendaklah disertakan bersama borang tawaran. 4. Borang pengakuan penender hendaklah diisikan dengan lengkap dengan menyatakan bvahawa syarikat yang ikut serta tidak mempunyai kepentingan atau pertalian keluarga dalam syarikat-syarikat lain yang menyertai tawaran sama. 5. Borang tawaran hendaklah disertakan dengan Sijil Pendaftaran Perniagaan 16 & 17 yang masih sah yang menyenaraikan butir-butir perniagaan seperti nama, bilangan pendaftaran dan negeri asal, nombor kad pengenalan atau paspot pemilik. 6. Setiap satu borang tawaran yang lengkap diisikan dan disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat yang tertutup rapi dan menulis dengan jelas dengan menyatakan Tajuk & Bilangan Tawarran dan tarikh tutup tawaran tanpa membubuhkan sebarang pengenalan atau identiti syarikat. 7. Tawaran-tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tawaran, Lembaga Tawaran Kecil yang ditujukan kepada : Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Lantai Bawah 1 Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan, BB3913 Negara Brunei Darussalam. 8. Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Selasa, 13 Jun 2017 jam 2.00 Petang. 9. Mana-mana tawaran yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dilayan. 10. Kerja-kerja tawaran ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun. 11. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menyokong tawaran yang paling rendah atau apa-apa jua tawaran.
JABATAN RADIO TELEVISYEN BRUNEI JABATAN PERDANA MENTERI 1. TAWARAN-TAWARAN adalah dipelawa bagi pembekalan dan penghantaran 'Supply, Deliver, Testing and Commissioning of Heavy Duty Camera Drone and GoPro Camera Systems for the Golden Jubilee Celebration of His Majesty's Accession to the Throne' bersesuaian dengan keperluan am dan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan. 2. Tawaran-tawaran hendaklah dihantar dalam sampul surat yang tertutup, bertulis dengan : TAWARAN : "Supply, Deliver, Testing and Commissioning of Heavy Duty Camera Drone and GoPro Camera Systems for the Golden Jubilee Celebration of His Majesty's Accession to the Throne" No. Tawaran : RTB / 08 / 2017 tanpa menunjukkan identiti pembekal / pemborong dan ditujukan kepada: Pengerusi Lembaga Tawaran Kecil Jabatan Perdana Menteri Level 1 Bangunan Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar Bandar Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. dengan memasukkannya ke dalam Peti Tawaran yang terletak di : Level 1 Jabatan Perdana Menteri Jalan Menteri Besar
Negara Brunei Darussalam. tidak lewat Selasa, 20 Jun 2017, pukul 2.00 Petang 3. Salinan Bahagian Teknikal tawaran berkenaan hendaklah dihantar kepada : Pengarah Radio Televisyen Brunei Jabatan Perdana Menteri Jalan Stoney Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam. UP. : Jurutera Penguasa tidak lewat Selasa, 20 Jun 2017, pukul 2. 00 Petang 4. Dokumen-dokumen tawaran dan penerangan-penerangan yang lanjut bolehlah diperoleh dari : Seksyen Kewangan Tingkat 2 Bangunan Radio Televisyen Brunei Bandar Seri Begawan, BS8610 Negara Brunei Darussalam. dengan yuran yang tidak dikembalikan sebanyak BND10.00 dan BND5.00 bagi dokumen softcopy. 5. Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam tidak semestinya menerima tawaran-tawaran yang rendah atau lain-lain tawaran. 6. Pembayaran bagi dokumen tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk tunai atau cek tempatan.
JABATAN PENGAKUTAN DARAT KEMENTERIAN PERHUBUNGAN PRESS RELEASE INVITATION TO PARTICIPATE IN THE TENDER FOR THE SUPPLY, DELIVERY AND MAINTENANCE OF VEHICLES FOR PUBLIC BUS SERVICES IN BRUNEI-MUARA DISTRICT, BRUNEI DARUSSALAM Tuesday, 30th May 2017 corresponding to 4th Ramadhan 1438 - Land Transport Department, Ministry of Communications is inviting interested organizations, firms or companies to participate in the Tender for the Supply, Delivery and Maintenance of vehicles (Buses) for public bus services in Brunei-Muara District, Brunei Darussalam in accordance with the procedure and conditions of the Tender. Tender documents can be collected from Land Transport Department at the following address: Finance Section, 4th Floor Land Transport Department Jalan Gadong, Kg. Beribi Brunei Darussalam. Completed Tender Documents must be submitted on or before 25th July 2017 at the address stated in the tender document. An Information Day will be held at the Head Office of the Land Transport Department, Jalan Gadong, Kg. Beribi. Registered applicants will be invited at a date and time to be informed later. For further details and enquiries, please contact the Land Transport Department via email address: jpdptg@land-transport.gov.bn
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
19
Rektor UNISSA terima kunjungan hormat Siaran Akhbar dan Foto : Universiti Islam Sultan Sharif Ali GADONG, Khamis, 1 Jun. - Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun membuat kunjungan hormat kepada Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal. Menurut Siaran Akhbar UNISSA, kunjungan itu adalah merupakan perjumpaan untuk membincangkan peluang kerjasama akademik antara UNISSA dengan universiti-universiti di Turki. Dengan adanya perjumpaan tersebut, memudahkan UNISSA untuk terus mengorak ke hadapan dalam membarigakan tawaran kursus-kursus yang ada untuk menarik minat warga Turki mengikuti pengajian di UNISSA. Di samping itu juga, UNISSA akan
dapat memberikan perkhidmatan kerjasama penyelidikan atau pertukaran pelajar yang bersesuaian dengan bidang pengajian di UNISSA. Setakat ini, UNISSA telah memeterai penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Istanbul Sabahattin Zaim University (IZU), Turki pada 23 Mei 2017 yang lalu. Dalam perjumpaan berkenaan, TYT memberikan sokongan dan bersedia membantu menjadi penghubung dalam menjalinkan sebarang kolaborasi dengan manamana institusi di negara yang terkenal dengan heritage tamadun Islam. Kunjungan hormat ini dihadiri sama oleh Timbalan Rektor UNISSA dan Pengarah Pusat Perhubungan Awam dan Antarabangsa, UNISSA.
Persatuan BASS anjur iftar beramai-ramai Siaran Akhbar : Persatuan BASS di Universiti New South Wales, Australia SYDNEY, NEW SOUTH WALES, Khamis, 1 Jun. - Ahli-ahli Jawatankuasa 2017 / 18 'Bruneians Around Sydney Society' (BASS) dengan bantuan ahli-ahli BASS, berpeluang untuk menjadi tuan rumah 'Mass Iftar' bersama masyarakat Islam (ISOC) dari Universiti New South Wales (UNSW), Sydney, Australia, semalam. Menurut Siaran Akhbar Persatuan BASS di Universiti New South Wales, Australia, iftar beramai-ramai tersebut adalah acara tahunan yang dianjurkan bersama oleh ISOC dan BASS yang bertindak sebagai platform untuk berkongsi budaya keagamaan Negara Brunei Darussalam dengan Persatuan Islam UNSW dan pada masa yang sama, menyumbang kepada pengumpulan dana bagi masjid di kawasan suburb Timur Sydney. Bagi menyokong acara tersebut, pelajar-pelajar Brunei di kawasan Sydney berjaya mengutip sumbangan berjumlah AUD4,500 daripada beberapa penderma. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa BASS 2017 / 18 ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat, terutamanya kepada penderma-penderma di atas
sumbangan ikhlas mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan acara tersebut. Pelajar-pelajar Brunei telah menjadi tuan rumah kepada 400 pelajar yang terdiri daripada umat Islam tempatan dan antarabangsa yang menjadi ahli kepada UNSW dan ISOC. Tetamu-tetamu yang hadir berpuas hati dengan juadah yang dihidangkan pada acara berbuka puasa beramai -ramai tersebut yang diadakan selepas Sembahyang Maghrib Berjemaah dan diimamkan oleh Pegawai Agama semasa jawatankuasa BASS, Awang Muhammad Syazwan bin Sahdun. Penganjuran iftar beramai-ramai tersebut bukan saja mengingatkan pelajar-pelajar Brunei untuk berkerjasama dan membantu antara satu sama lain, ia juga bertindak sebagai peringatan bahawa apa-apa tujuan kebajikan kepada masyarakat adalah komitmen bersama terutamanya di bulan Ramadan yang mubarak ini. Namun yang paling penting, acara keagamaan tersebut membantu untuk mengukuhkan hubungan rapat BASS dengan ISOC dan akan membuka lebih banyak peluang kerjasama di antara mereka pada masa akan datang.
REKTOR UNISSA, Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Turki ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mehmet Suat Akgun (kiri).
MWNBD meneruskan Majlis Tadarus
MAJLIS Tadarus bagi Ahli-Ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) disertai oleh ahli-ahli daripada 13 buah persatuan yang bergabung di bawah MWNBD.
Berita dan Foto : Hernie Suliana Haji Othman SUNGAI HANCHING, Jumaat, 2 Jun. - Majlis Tadarus bagi Ahli-Ahli Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam (MWNBD) kali ini diadakan di rumah kediaman Timbalan Yang Di-Pertua Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI), Datin Hajah Mariam binti Abdullah di Kampung Sungai Hanching, di sini. Ia merupakan giliran WI untuk mengendalikan Tadarus untuk persatuan tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan
diteruskan dengan bacaan Al-Quran dari Juzuk 3, 4 dan 5. Majlis diakhiri dengan bacaan Surah Yaa Siin, Tahlil dan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh Pengiran Hajah Rakiah binti Pengiran Haji Abu Bakar dari Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB). Seramai 80 ahli daripada 13 buah persatuan yang bergabung dengan MWNBD menghadiri majlis tersebut yang terdiri dari Persatuan PERTIWI,
WI, PGGMB, BISTARI, Persatuan Pandu Puteri, Persatuan Kebajikan Perempuan (PKP) Belait, BAKTI, Persatuan Siswazah Wanita, PERGANITA, BAKANITA, PERBEKAL, PEWAJA dan Persatuan Nurul Islam. Turut hadir, Wakil-Wakil Tetap dari persatuan-persatuan yang bergabung dengan MWNBD serta ahli-ahlinya. Majlis Tadarus tersebut merupakan acara tahunan bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, di samping untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim sesama ahli-ahli persatuan.
Hidup lebih mudah dengan My TelBru Siaran Akhbar dan Foto : TelBru BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 2 Jun. Pelanggan yang prihatin terhadap alam sekitar akan berusaha ke arah melakukan lebih banyak usaha untuk menyelamatkannya. Inisiatif Telekom Brunei Berhad (TelBru) Go Green digabung menjadi satu ke dalam My TelBru mudah alih dan aplikasi laman sesawang yang memudahkan transaksi mesra pelanggan, pertanyaan dan naik taraf boleh diakses bila-bila masa, di mana sahaja. Sejak dilancarkan pada tahun 2015, permohonan My TelBru telah berkembang bagi memenuhi keperluan masyarakat Brunei yang sibuk sebagai sebahagian daripada inisiatif TelBru dalam menyediakan keperluan lebih baik
kepada pelanggannya yang merangkumi aspek hari ke hari perkhidmatan syarikat. Ianya, antara lain, termasuk ciri My TelBru yang paling banyak digunakan seperti pembayaran bil yang menyediakan pengesahan masa sebenar transaksi, melihat bil, tambah nilai data, serta Direktori Telefon yang hanya beberapa saat sahaja diperlukan untuk akses melalui rangkaian yang dijamin selamat. Mengurangkan keperluan untuk datang ke mana-mana 10 cawangan My TelBru di seluruh negara, ciri-ciri dalam talian ini telah menyediakan kecekapan yang lebih baik, menjimatkan masa dan sumber tanpa perlu berbaris. Ciri-ciri lain yang boleh diakses dan
mudah untuk digunakan antara lain penggunaan data dan sejarah jalur lebar, menaik taraf pelan jalur lebar segera, penggunaan ringkasan, Pelan Wizard TelBru, status tracker, lokasi bagi cawangan TelBru dan TelBru WiFi. Aplikasi mudah alih My TelBru boleh dimuat turun melalui Android dan IOS pengguna, manakala ciri laman web yang boleh diakses melalui mana-mana pelayar sesawang dengan pendaftaran percuma. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pusat Penjagaan Pelanggan TelBru di 111, atau kunjungi mana-mana platform media sosial.
APLIKASI My TelBru memudahkan transaksi mesra pelanggan, pertanyaan dan naik taraf boleh diakses bila-bila masa dan di mana sahaja.
20
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
Pembukaan Tadarus bagi Persatuan PERTIWI Oleh : Aimi Sani Foto : Azmah Haji Ahad MADANG, Rabu, 31 Mei. - Bulan Ramadan memiliki banyak keutamaan dibandingkan dengan bulan-bulan lainnya yang mana pada bulan inilah Al-Quran diturunkan. Pintu-pintu masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara dibukakan bagi umat Islam, baik secara perseorangan mahupun keluarga untuk beriktikaf dan menggandakan amal ibadat serta menyemarakkan bulan Ramadan dengan mengikuti pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan sepanjang bulan mulia ini. Tadarus Al-Quran di masjid, surau dan balai ibadat merupakan salah satu aktiviti takmir di bulan Ramadan yang mendapat sambutan masyarakat Islam di negara ini. Sehubungan itu, Persatuan PERTIWI telah menganjurkan Majlis Pembukaan Tadarus bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang, di sini. Hadir pada majlis tersebut ialah Penasihat Persatuan PERTIWI, Yang Mulia Datin Paduka Hajah Zahara binti Haji Idris. Turut hadir ialah Naib Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI, Datin Hajah Fatimah binti Dato Seri Setia Haji Abang Razali dan Pengerusi
ANTARA Ahli-ahli dari Persatuan PERTIWI yang hadir pada Majlis Pembukaan Tadarus Persatuan PERTIWI yang telah diadakan di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis / Madang.
Persatuan PERTIWI, Datin Paduka Hajah Jusnani binti Haji Lawie. Majlis dimulakan dengan penyampaian derma yang diserahkan oleh Naib Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI, Datin Hajah Fatimah binti Dato Seri Setia Haji Abang Razali kepada Awang Haji Asbi bin Mohd. Yassin, pemilik rumah yang telah mengalami bencana rumah roboh pada
22 Mei 2017 lalu, bertempat di Kampung Sungai Matan. Acara kemudiannya diteruskan dengan bacaan Al-Quran beramairamai. Kegiatan seumpama adalah merupakan acara tahunan persatuan berkenaan dalam sama-sama menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan.
NAIB Yang Di-Pertua Persatuan PERTIWI, Datin Hajah Fatimah binti Dato Seri Setia Haji Abang Razali semasa menyempurnakan penyampaian derma kepada isteri Awang Haji Asbi bin Mohd. Yassin.
Tadarus Al-Quran di masjid, surau dan balai ibadat adalah salah satu syiar untuk memakmurkan masjid, surau dan balai ibadat di negara ini dalam suasana masyarakat Islam tanpa mengira peringkat umur, sama-sama memperdengarkan bacaan Al-Quran sekali gus mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menyemarakkan bulan yang penuh berkat ini dengan amal
ibadat semata-mata bagi meraih keampunan daripada Allah Subhanahu Wata'ala jua. Majlis Tadarus Persatuan PERTIWI akan diadakan sebanyak lapan kali secara bergilir-gilir di kediaman para ahlinya manakala, Majlis Penutup Tadarus akan dijangka berlangsung pada 18 Jun 2017 bertempat di Masjid Mohammad Bolkiah, Serusop.
Kurma, sumber tenaga di bulan Ramadan
KURMA penuh dengan pelbagai khasiat dan kebaikan kepada tubuh badan, ia juga dimakan sewaktu berbuka puasa mahupun waktu sahur (atas dan kanan).
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Mei. - Kurma atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan
kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Buah kurma salah satu buah yang memang identik ketika datangnya bulan puasa, dan buah ini sangat dianjurkan untuk dimakan pada saat buka puasa kerana rasa manis yang
terdapat dalam buah kurma ini memberikan sumber tenaga yang hilang setelah seharian menjalani puasa. Selain itu memakan buah kurma ketika berbuka, boleh membuat perut menjadi cepat kenyang, maka dengan begitu dapat membantu mengontrol nafsu makan ketika berbuka agar tidak makan berlebihan. Kurma memiliki kandungan yang bermanfaat untuk menyeimbangkan tingkat keasaman darah yang cenderung mengalami peningkatan ketika saat berbuka puasa. Biasanya naiknya tingkat keasaman darah kerana setelah mengonsumsi daging dan karbohidrat ketika makan untuk berbuka puasa. Untuk menghindari hal itu, sangat disarankan untuk memakan kurma terlebih dahulu sebelum menyantap menu buka puasa. Malah dalam kitab suci Al-Quran sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ia amat sinonim dengan kisah sirah Baginda.
Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas
Didik anak memanfaatkan bulan Ramadan GADONG, Rabu, 31 Mei. - Puasa merupakan rukun Islam yang ketiga yang diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam. Puasa bukan sahaja menahan diri daripada lapar dan dahaga malah menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Menurut Dayang Norlelawati binti
DI SAMPING melatih anak- anak berpuasa, anak-anak perlu juga dibiasakan untuk membuat kerja yang berfaedah sementara menunggu waktu bersungkai.
Oleh : Nooratini Haji Abas Foto : Ampuan Haji Mahmud Ampuan Haji Tengah Haji Mohd. Ali, mendidik anak erti berpuasa bukan sahaja dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga, malah mendidik mereka dengan melakukan amal ibadat seperti sembahyang dan membaca Al-Quran. ''Dari sini anak-anak akan belajar dengan penuh didikan agama, di samping mereka tahu mengerjakan suruhan Allah Subhanahu Wata'ala,'' jelas ibu kepada Dayang Nur Amni Maheerah dan Dayang Nur Insyirah Islam binti Haji Sudirman semasa ditemu bual di Kampung Tungku
Gadong. Bagi Pengiran Hamirul bin Pengiran Hamdan pula, mendidik anak bukanlah perkara yang mudah, anak-anak perlu diberi semangat dan motivasi agar mereka dapat menahan diri daripada lapar dan dahaga. Justeru itu, ayah kepada Awangku Khairil Hazim bin Pengiran Hamirul menambah, semasa berbuka puasa keperluan hidangan anak-anak paling diutamakan supaya mereka dapat menikmati juadah selepas menunaikan ibadah puasa seharian.
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
21
NBT bersedekah untuk ibu tunggal
PROJEK NBT Bersedekah Untuk Ibu Tunggal 2017 di rumah kediaman Dayang Kiptiyani binti Gimin, Kampung Panchor Mengkubau (kiri) dan Dayang Aji binti Tuah, Kampung Sengkurong (kanan).
Siaran Akhbar dan Foto : NBT (Brunei) Sdn. Bhd. BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - 'Projek NBT Bersedekah Untuk Ibu Tunggal 2017' merupakan sebahagian daripada program Syarikat NBT (Brunei) Sdn. Bhd. melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang telah berterusan selama beberapa tahun. Menurut Siaran Akhbar NBT (Brunei) Sdn. Bhd., antara matlamat
dan tujuannya adalah untuk membawa kegembiraan Ramadan bagi membantu ibu tunggal yang dikenal pasti dan keluarga mereka di Daerah Brunei dan Muara yang memerlukan bantuan. Antara barangan asasi yang disumbangkan ialah beras, minyak masak, gula, mi segera, biskut, susu tepung, milo dan lain-lain. Hasil barang keperluan itu juga turut
disumbangkan daripada kalangan kakitangan NBT dan ahli keluarga mereka. Sehubungan itu hari ini, delegasi Pengurusan NBT, Pemasaran dan kakitangan jualan NBT (Brunei) Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Urusan NBT, Awang Haji Ahmad Omar bin Haji Husin mengadakan lawatan ke enam tempat kediaman ibu tunggal yang terpilih bagi menyampaikan sumbangan tersebut. Memandangkan masih terdapat rumah ibu tunggal yang belum
sempat dikunjungi, NBT akan mengadakan majlis penyerahan rasmi sumbangan bantuan pada 5 Jun ini di Bilik Pameran Lexus kepada seramai 47 penerima yang lain dan sekali
gus menjadikannya sejumlah besar daripada 53 ibu tunggal dan keluarga mereka yang akan mendapat bantuan di bulan Ramadan tahun ini.
Berpuasa bukan alasan untuk kurang produktif Berita dan Foto : Aimi Sani
MPTF jalani Ujian Rintis PISA 2018
PENOLONG Ketua PREVA, Dayang Zuriana binti Haji Mohd. Said semasa menyampaikan taklimat mengenai proses coding.
Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Pendidikan BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Persediaan untuk menduduki penilaian antarabangsa PISA semakin giat dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. Jawatankuasa Kerja Kajian dan Penilaian (PREVA) di bawah Kumpulan Bertindak Kementerian Pendidikan (MPTF) telah menjalankan sesi latihan coding untuk kumpulan coders bagi Ujian Rintis PISA 2018 di Bilik Latihan, Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan. Menurut Siaran Akhbar Kementerian Pendidikan itu, sesi tersebut akan diteruskan dengan proses coding untuk Ujian Rintis PISA yang akan berlangsung selama lebih kurang sebulan. Sepanjang proses tersebut,
para pegawai yang terlibat akan didedahkan dengan pengalaman baharu dan juga kemahiran kaedah yang digunakan di peringkat antarabangsa tersebut. Hadir memberikan kata alu-aluan ialah Pemangku Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan, Dr. Habibah binti Haji Sion, selaku PISA 'National Project Manager' bagi Brunei Darussalam. Beliau menekankan kepentingannya bagi semua yang terlibat di dalam proses coding tersebut agar sama-sama menjaga kualiti penilaian PISA dengan mengelakkan dokumendokumen sulit dari terdedah. Seramai 24 pegawai dan kakitangan yang dilantik sebagai coders yang
datang dari Jabatan Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan, Jabatan Sekolah-Sekolah serta Jabatan Perkembangan Kurikulum. Coders dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut kepakaran masing-masing, iaitu Domain Literasi Membaca (Reading), Domain Literasi Matematik, Domain Literasi Sains serta Kumpulan 'Occupational Codings'. Pengenalan dan taklimat mengenai proses coding disampaikan oleh Penolong Ketua PREVA, Dayang Zuriana binti Haji Mohd. Said. Ujian Rintis PISA 2018 adalah penting untuk makluman pihak 'Organisation for Economic Cooperation and Development' (OECD) dalam memperbaiki lagi alat-alat ujian yang akan digunakan. Alat-alat tersebut akan digunakan untuk Ujian Utama PISA yang akan diadakan pada tahun 2018 nanti.
BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Mei. - Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan. Kedatangan bulan ini seharusnya meningkatkan semangat dan iltizam umat Islam untuk merebut segala keberkatan tersebut. Justeru itu, kehadiran bulan mulia ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menjadi malas bekerja. Sugeng, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pam atendan ketika ditemui berkata, tidak menjadi halangan buat dirinya bekerja sewaktu bulan Ramadan. ''Sesetengah individu melihat puasa sebagai kekangan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti atas alasan tiada tenaga kerana lapar dahaga. Persepsi ini sebenarnya bertentangan dengan ajaran Islam. Seharusnya ibadah puasa perlu dilihat sebagai motivasi untuk lebih berusaha dan berjaya,'' ujar beliau yang sudah lapan tahun bekerja sebagai pam atendan di Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad (KPPMB), Menglait Gadong, di sini. Sementara itu, Pengarah Urusan KPPMB, Dato Paduka Haji Ahmad bin
Kadi menjelaskan, bahawa pekerja Islam yang bertugas setiap hari akan diberikan insentif berupa kewangan untuk membeli juadah berbuka puasa sebagai pendorong kepada mereka menjalankan ibadah puasa. Manakala bagi Nur Mahfuzah binti Abas, yang bertugas di salah sebuah kedai membuat roti berkata, pekerja cemerlang mampu menghadapi cabaran dengan baik dan berkesan meskipun sedang berpuasa. Menurut beliau, puasa sebenarnya adalah 'madrasah' bagi kita membentuk peribadi mulia dan unggul. ''Memang tidak dinafikan bekerja sewaktu bulan Ramadan agak meletihkan. Lebih-lebih lagi harus menghadapi dugaan dengan membuat roti-roti dan kek yang enak, namun semua itu bukanlah harus dijadikan untuk tidak menjalankan ibadah puasa,'' jelasnya. Berpuasa Ramadan lebih istimewa dan berbeza berbanding berpuasa dalam bulan lain. Puasa bulan Ramadan penuh keberkatan. Kedatangan bulannya dialu-alukan dan pemergiannya ditangisi.
SUGENG, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pam atendan.
DAYANG Nur Mahfuzah binti Abas yang bertugas di salah sebuah kedai membuat roti.
22
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
Perluaskan maklumat ASEAN melalui Jerayawara Kenali ASEAN KUALA BELAIT, Khamis, 1 Jun. Penuntut sekolah menengah di negara ini adalah golongan belia yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya berperanan penting dalam memangkin hala tuju negara. Jabatan Penerangan melalui Unit Hal Ehwal Antarabangsa, selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan ASEAN-COCI mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN bertempat di Dewan Chung Hua Middle School. Jerayawara yang diungkayahkan itu
TAKLIMAT Jerayawara Kenali ASEAN disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Awang Abdul Karim bin Hamdan.
PENUNTUT-penuntut Tahun 7, 8 dan 9 Sekolah Chung Hua Middle School.
Hikmah berniaga di bulan Ramadan menguntungkan BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Mei. - Kebanyakan masyarakat kita pernah merasai pengalaman menghantar juadah berbuka puasa ke rumah jiran dan menerima semula bekas yang telah diisi juadah sebagai tanda balas daripada jiran. Amalan bertukar-tukar juadah berbuka puasa merupakan tradisi suatu masa dahulu namun sekarang semakin berkurangan. Kini agak berbeza apabila gerai atau Bazar Ramadan terus diwujudkan semasa bulan puasa setiap tahun dan mampu menarik perhatian penuh penduduk negara ini untuk berkunjung membeli juadah persungkaian mereka. Ini juga merupakan satu kebaikan bagi mereka yang ingin mengubah selera persungkaian atau bagi mereka yang tidak sempat untuk menyediakan juadah berbuka akibat kesuntukan waktu selepas bekerja. Gerai Ramadan di kawasan Dewan Kemasyarakatan Kampung Perpindahan Lambak Kanan juga merupakan salah satu Gerai Ramadan yang menjadi pilihan orang ramai yang mana pelbagai jenis makanan dan minuman telah sedia tersusun sejak jam 2.00 petang lagi. Ayam Grill yang disediakan di Petak 16 dan 17 mengaut keuntungan yang banyak setiap tahun. Dayang Fazidahwati binti Haji Md Salleh bersama suaminya, Awang Noor Shahzihan bin Haji Narudin ketika ditemui oleh Pelita Brunei menjelaskan, mereka memulakan perniagaan sejak 11 tahun yang lalu. Dayang Fazidahwati berkata, berniaga sejak tertubuhnya gerai di
AWANG Fuad bin Haji Suhaili pemilik gerai Salai-Salai Berasap.
Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Hamzah Mohidin Kampung Perpindahan Lambak Kanan ini telah memberinya banyak pengalaman dan mengaut keuntungan yang sangat besar. Menurutnya, perniagaan mereka bermula dari menjual kuih-kuih, makanan masakan dan sehinggalah menjual ayam grill yang mana keuntungan yang diperolehi dalam sehari lebih dari BND1,000. ''Walaupun adanya Gerai Ramadan, janganlah terlampau berlebih-lebih membeli kerana dikhuatiri membazir, biarlah seada-adanya manakala bagi pihak kami, kalau ada yang membeli pun kami terima dan bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala jua,'' ujarnya. Bagi Awang Fuad bin Haji Suhaili di Gerai Petak 13 iaitu Salai-Salai
Berasap menjelaskan, hikmah berniaga di sebalik kehadiran bulan yang mulia ini sangat memberi keuntungan kepada perniagaan beliau. Menurutnya, perniagaannya berjalan setiap hari dari awal tahun lagi, namun tibanya Ramadan lebih banyak yang berkunjung. Antara yang dijual di petak jualannya adalah seperti ayam salai, ikan salai, pais dan sebagainya yang memberi keuntungan lebih BND200 sehari. Dengan adanya Gerai Ramadan yang disediakan itu dapat memberikan peluang kepada para peniaga kecilkecilan untuk mencari rezeki dan menambah pendapatan keluarga bagi perbelanjaan sehari-hari atau bagi menjelang Hari Raya nanti.
Berita dan Foto : Noraisah Muhammed bertujuan untuk membarigakan serta membuat pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN dan dihasratkan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan penuntut-penuntut sekolah mengenai ASEAN selain untuk mengenal pasti sejauh mana para penuntut mengetahui tentang ASEAN dan peranan organisasi ini dalam membangun negara-negara anggotanya. Satu Taklimat Jerayawara Kenali ASEAN disampaikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II dari Unit Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Penerangan, Awang Abdul Karim bin Hamdan. Yang antara lain dapat menanamkan kesedaran dan rasa milik dalam kalangan penuntut sekolah sebagai satu masyarakat ASEAN, selaras dengan Moto ASEAN : Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti (One Vision, One Identity, One Community). Pelita Brunei menemu bual beberapa orang penuntut sekolah berkenaan dan mereka memberikan pendapat mengenai pendekatan yang telah dibuat oleh Jabatan Penerangan, yang mana menurut penuntut Tahun 8B, Dayang Nyrsyarfa binti Abdullah berpendapat taklimat yang disampaikan berbentuk ilmiah selain dapat mempelajari apa yang belum diketahuinya sebelum ini mengenai ASEAN. Sementara itu, rakan sekelasnya Dayang Nurul Munirah binti Abdullah juga bersetuju dengan pendapat
rakannya, malah berasa taklimat yang disampaikan sangat bermanfaat bukan hanya untuk pengetahuan am tetapi sangat berguna sekiranya beliau berada di salah sebuah negara ASEAN dan tidak akan berasa asing. Pelita Brunei juga berkesempatan meminta pendapat pengetua sekolah berkenaan yang juga hadir selaku tetamu kehormat, Jaime Lim Siew Lee berkata, taklimat tersebut sangat bermaklumat dan disampaikan dengan cara yang sangat menarik oleh penceramah dan merupakan satu pendekatan yang sangat bermanfaat sesuai dengan Ulang Tahun Penubuhan ASEAN Ke-50. Tetamu kehormat juga menyampaikan hadiah-hadiah kepada 10 penuntut yang berjaya menjawab Kuiz ASEAN, diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Pengetua Chung Hua Middle School. Program merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan penuntut-penuntut dalam sama-sama menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan dalam masa yang sama juga dalam mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya penuntutpenuntut di negara ini. Hadir sama ialah timbalan pengetua serta guru-guru dari sekolah berkenaan dan seramai hampir 200 penuntutpenuntut Tahun 7, 8 dan 9 di sekolah berkenaan.
Ramadan eratkan institusi keluarga Oleh : Saerah Haji Abdul Ghani Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Bulan Ramadan mendidik kita untuk lebih memahami erti sabar, insaf serta bertakwa kepada Allah Subhanahu Wata'ala menerusi amalan-amalan yang dilakukan sepanjang bulan yang mulia ini. Malah, Ramadan juga dapat mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan kasih sayang, silaturahim dan persaudaraan sesama Islam yang terjalin melalui pelaksanaan ibadat kita sepanjang bulan ini. Antara aktiviti kekeluargaan yang sering dilakukan di bulan Ramadan, iaitu ketika berbuka dan bersahur. Amalan berbuka dan bersahur ini secara tidak langsung mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui makan bersama. Selepas berbuka, ahli keluarga bersama-sama mengerjakan
sembahyang fardu dan Sembahyang Sunat Tarawih bagi merapatkan keluarga dengan rumah Allah. Di samping itu, aktiviti kekeluargaan juga diselajurkan dengan bertadarus Al-Quran bersama-sama yang menimbulkan rasa hormat dan meningkatkan kasih sayang antara hubungan sesama ahli keluarga. Inilah budaya Islam yang seharusnya diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan. Untuk itu, marilah kita jadikan bulan Ramadan ini benar-benar bulan rahmat bagi kita, di samping terus membina ukhuwah dalam kalangan kita serta menghindarkan diri daripada terjebak dalam permusuhan dan kebencian kerana Islam menggalakkan umatnya untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang baik, mesra dan harmoni.
AKTIVITI bertadarus dan membaca Surah Yaa Siin di rumah dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
NASIONAL
HARI SABTU 3 JUN 2017
23
BSP anjur Ceramah Lapan Masjid BELAIT, Jumaat, 2 Jun. - Siri pertama 'Ceramah Lapan Masjid' yang telah bermula Khamis, 1 Jun di Masjid Zainab, Lumut menjadi lokasi pertama Siri Ceramah Lapan Masjid anjuran Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad (BSP) dengan kerjasama Pusat Da'wah Islamiah. Ceramah pertama disampaikan oleh Dr. Andas Haji Ismuhadi bin Haji Abdullah antara lain menyentuh mengenai kepentingan bulan suci Ramadan dan bagaimana untuk mendapat faedah sepanjang bulan tersebut. Hadir bagi pihak BSP, Ketua Perkhidmatan BSP, Pengangkutan dan Logistik (STL), Awang Rosman bin Haji Abdul Rahman bersama-sama dengan kakitangan BSP dan masyarakat kampung. Majlis diteruskan dengan berbuka puasa bersama. Selain memeriahkan bulan Ramadan, program tahunan ini juga bertujuan untuk memupuk hubungan baik dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menghadiri sesi ceramah tersebut yang akan menampilkan lapan penceramah. Sesi seterusnya akan diadakan pada 5 Jun ini di Masjid Sengkarai, Tutong; 7 Jun di Masjid
ANTARA yang hadir pada siri pertama 'Ceramah Lapan Masjid' yang berlangsung di Masjid Zainab, Lumut.
Pekan Seria; 8 Jun di Masjid Pandan, Kuala Belait; 14 Jun di Masjid Lorong Tiga, Seria; 15 Jun di Masjid Sungai Teraban; 19 Jun di Masjid Sungai Liang; dan 20 Jun di Masjid Jamalul Alam, Kuala Belait. Delegasi kakitangan BSP pada 4 Mei lalu juga mengadakan bacaan Surah Yaa Siin dan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja bagi ayahanda
dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri
Siaran Akhbar dan Foto : Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad
Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman. Mengetuai delegasi BSP pada
Majlis Tahlil tersebut ialah Timbalan Pengarah Urusan / Pengarah Sumber Manusia BSP, Awang Haji Kamaludin bin Haji Bungsu.
Masjid Kampung Batu Marang ungkayah Majlis Ilmu Berita dan Foto : Ihsan Awang Haji Mohammad Isa Haji Marsidi
LEBIH 40 kakitangan beragama Islam dari BSP turut mengadakan bacaan Surah Yaa Siin dan Majlis Tahlil di Kubah Makam Diraja pada Khamis, 4 Mei 2017.
MUKIM MENTIRI, Jumaat, 2 Jun. - Bagi sama-sama mengimarahkan rumah Allah di bulan yang mulia ini, Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang mengungkayahkan Majlis Ilmu Ceramah Ramadan selepas menunaikan Sembahyang Fardu Jumaat yang diadakan di Masjid Kampung Batu Marang, di sini. Hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid berkenaan, Muslimah masjid, para jemaah dan penduduk kampung
berkenaan. Penceramah undangan ialah Awang Hanafi bin Haji Zaini dari Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.
PENCERAMAH undangan, Awang Hanafi bin Haji Zaini dari Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS semasa menyampaikan ceramah pada Majlis Ilmu Ceramah Ramadan di Masjid Kampung Batu Marang.
FV beri inspirasi kepada usahawan tempatan Siaran Akhbar dan Foto : Bank Islam Brunei Darussalam BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Usahawan tempatan hari ini berpeluang mempelajari ilmu keusahawan bersama usahawan muda dari luar negara, iaitu Pengasas Bersama Fashion Valet (FV), Fadzarudin Shah Anuar dan Vivy Sofinas Yusof. Sesi Perkongsian itu merupakan kerjasama antara Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), FV dan Darussalam Enterprise (DARe) yang diadakan di Ibu Pejabat DARe, Kampung Anggerek Desa, di sini. Pada majlis itu, pengasas perniagaan selama tujuh tahun berkongsi perjalanan mereka yang penuh dengan kesusahan, cabaran dan memerlukan komitmen penuh. Ketua Kumpulan Perbankan Kumpulan BIBD menjelaskan sesi tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen mereka kepada para usahawan tempatan dalam sama-sama menjadikannya ke
peringkat antarabangsa yang boleh membanggakan negara. Tambahnya lagi, menerusi program yang akan dibangunkan dengan kerjasama DARe dan FV akan mengenal pasti 50 usahawan muda dan juga pereka fesyen tempatan yang boleh berada di platform FV sebagai pengusaha antarabangsa dari Brunei. Menurut Ketua Kumpulan Perbankan Kumpulan BIBD, para pengusaha akan disokong melalui mentor kepada aktiviti-aktiviti perniagaan mereka bagi mewujudkan aktiviti ekonomi sebenar. "BIBD, bersama-sama dengan FV dan DARe, yakin potensi industri fesyen tempatan kita bersama-sama dengan industri lain. Oleh itu, kita telah memilih FV sebagai salah satu inspirasi kepada usahawan tempatan untuk menimba ilmu dan untuk membimbing mereka dalam mencapai cita-cita mereka sendiri,'' ujarnya lagi.
PENGASAS Bersama Fashion Valet (FV), Fadzarudin Shah Anuar dan Vivy Sofinas Yusof semasa sesi bergambar ramai.
24
SUKAN
HARI SABTU 3 JUN 2017
Atlet veteran banggakan negara di arena antarabangsa Berita dan Foto : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi
SETIAUSAHA II, Persatuan Atlet Veteran Brunei Darussalam, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Pungut.
BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 1 Jun. - Pencapaian prestasi sukan para atlet veteran Negara Brunei Darussalam di peringkat serantau baru-baru ini telah membanggakan negara sekali gus membuktikan umur bukan penghalang untuk terus aktif dalam bidang sukan.
Pelita Brunei semasa membuat pendekatan bersama Setiausaha II Persatuan Atlet Veteran Brunei Darussalam, Awang Haji Abu Bakar bin Haji Pungut mengenai beberapa kejayaan yang telah diraih oleh para ahli persatuan tersebut. Pada tahun ini saja katanya, persatuan berkenaan telah menyertai Kejohanan Olahraga Thailand Masters Ke-22 di Chantaburi Main Stadium dan 17 wakil atlet veteran berjaya memperoleh 22 pingat keseluruhan, iaitu 9 emas, 9 perak dan 4 gangsa. Jelasnya, dengan usaha dan latihan gigih para atlet veteran juga membuahkan hasil yang cemerlang apabila kontinjen negara tersebut mendapat tempat kedua pada Kejohanan Olahraga Terbuka Sabah Masters Ke-7 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah bermula 20 - 21 Mei lalu. Kontinjen yang diwakili 22 atlet itu berjaya menewaskan 29 kontinjen lain dari Singapura, Indonesia serta beberapa negeri di Semenanjung
Malaysia dengan membawa pulang 27 pingat emas, 14 perak dan 8 gangsa. Mengenai latihan, Awang Haji Abu Bakar menjelaskan, dua lokasi latihan bagi para atlet, iaitu di Padang dan Balapan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah dan Kompleks Sukan Tutong. Penyertaan persatuan tambahnya, lebih kurang 100 orang yang mendaftar namun yang aktif cuma dalam 40 - 50 orang sahaja. Walau bagaimanapun, jelasnya lagi, mereka sedang berusaha untuk mencari dan menambah bilangan ahli-ahli yang ada masa kini. Menurutnya, pihaknya juga merancang untuk menjalankan sesi pemilihan atlet veteran yang berkebolehan di keempat-empat daerah sekali gus diserapkan menjadi ahli persatuan. Misi persatuan seterusnya ialah merebut kejayaan yang lebih besar dalam Kejohanan Terbuka Malaysia yang akan diadakan di Kuching pada bulan Julai ini nanti.
ATLET Veteran Brunei Darussalam semasa menyertai Kejohanan Olahraga Thailand Masters Ke-22 dengan penyertaan seramai 17 atlet di Chantaburi Main Stadium dan mereka memperoleh jumlah keseluruhan 22 pingat, iaitu 9 emas, 9 perak dan 4 gangsa.
Puasa bukan penghalang melakukan kegiatan fizikal Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman Foto : Hernie Suliana Haji Othman, Ihsan Nurulhafizah, Haji Darulhisam BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 31 Mei. - Ramai yang beranggapan bahawa puasa sebulan pada bulan Ramadan dijadikan waktu berehat daripada bersukan atas sebab keletihan dan dahaga puasa di siang hari. Namun, bersukan atau melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian semasa berpuasa adalah digalakkan untuk semua peringkat umur kerana kita juga disaran untuk sentiasa mengekalkan kesihatan tubuh badan pada bulan ini. Walau bagaimanapun, bersukan pada bulan Ramadan mempunyai perbezaan daripada bulan-bulan biasa kerana ia memerlukan strategi, teknik latihan dan tahap kesukaran sukan
berkenaan yang perlu disesuaikan agar ia mendatangkan kelebihan dan bukannya kemudaratan kepada kita. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis atau jantung perlulah mendapatkan nasihat doktor atau ahli fisioterapi terlebih dahulu sebelum melakukan senaman atau bersukan terutamanya semasa berpuasa. Bagi Dayang Nurulhafizah binti PKDP Haji Suhaili Alhafiz, Ramadan bukan menjadi alasan kita untuk tidak bersukan dan melakukan apa jua aktiviti fizikal kerana kita boleh melakukan pelbagai cara untuk bersenam. Tambahnya, pemanasan badan
DAYANG Nurulhafizah binti PKDP Haji Suhaili Alhafiz lebih gemar melakukan aktiviti fizikal ringan selepas menunaikan Sembahyang Subuh ataupun pada sebelah petang sebelum bersungkai.
AWANG Haji Darulhisam bin Haji Matahir memilih aktiviti joging ataupun mendaki bukit bersama anak dan isteri beliau bagi mengeluarkan peluh dan kekal sihat sepanjang bulan Ramadan.
(stretching), melakukan sit-up, push-up juga adalah satu senaman ringan yang boleh dibuat sementara menunggu waktu bersungkai. Bagi dirinya, beliau lebih gemar melakukan joging ringan (light jog) selepas menunaikan Sembahyang Subuh di kawasan kampungnya ataupun di Taman Peranginan Tasek lama pada jam 6.00 pagi, sebelum memulakan kerja di pejabat. Walau bagaimanapun jika tidak berkesempatan untuk berjoging pada waktu pagi, beliau akan melakukan aktiviti senaman pada sebelah petang sekitar jam 5.00 sebelum waktu sungkai sama ada berjoging, mendaki bukit ataupun berkebun di halaman rumah untuk mengeluarkan peluh. ''Kalau membuat weight training, saya akan lebih suka melakukannya pada waktu malam bermula jam 8.30 hingga 9.00 malam. Sebenarnya saya tidak suka melakukan aktiviti joging di waktu petang dan malam kerana kadar karbon dioksida yang tinggi apatah lagi ditambah dengan asap dari kenderaan, dan kerana itu saya lebih suka joging atau morning walk selepas waktu Subuh di mana udara adalah jauh lebih bersih,'' ujarnya. Menyentuh mengenai perbezaan bersukan pada hari-hari biasa dan di bulan Ramadan, beliau yang menetap di Kampung Kiarong menyatakan bahawa perbezaannya adalah dari segi jangka masa untuk bersukan adalah lebih terhad kerana kita perlu bijak mengimbangi dan tahu kadar air yang diperlukan dalam badan kita. Sementara itu, Pegawai Pendidikan di Maktab Sultan Omar 'Ali Saifuddien, Awang Haji Darulhisam bin Haji Matahir pula menjelaskan, bersukan pada bulan Ramadan setentunya mempunyai sedikit cabaran iaitu, dari segi mental kerana kita akan mudah terasa haus namun tidak
bermakna kita tidak boleh melakukan aktiviti sukan. Pada bulan ini tambahnya, beliau akan membuat aktiviti ringan seperti berjoging dan mendaki bukit untuk mengeluarkan peluh, manakala bermain badminton pula akan dilakukan selepas menunaikan Tarawih. ''Dengan aktiviti ini juga saya dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga bersama anak-anak dan isteri. Di samping itu, anak saya juga lupa akan rasa lapar dan haus apabila dibawa membuat
aktiviti ini,'' jelasnya. Haji Darulhisam berkata, pada kebiasaannya beliau akan membawa bersama anak lelakinya berusia 5 tahun yang juga sudah belajar berpuasa, mendaki bukit atau berjoging dan bermain basikal sementara menunggu waktu berbuka. Dalam pada itu tambahnya, kerjaya sebagai seorang guru berjalan dari kelas-kelas juga merupakan satu kardio ringan dan dengan meletakkan kereta di kawasan jauh juga, kita boleh membuat kardio ringan secara tidak langsung.
ADA tahun 2016, seramai 218,809 pelancong antarabangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. Ini menunjukkan peningkatan 0.3% jika dibandingkan dengan jumlah yang dicatatkan pada tahun 2015 iaitu seramai 218,213 orang. Statistik menunjukkan 42.8% ke negara ini atas tujuan bercuti; 17.1% atas urusan perniagaan; 11.6% melawat keluarga dan rakan-rakan; 10.7% transit; 3.0% urusan kerajaan; 0.6% urusan pameran; 11.0% lain-lain hal; dan 3.3% tidak menyatakan tujuan. SUMBER: Siaran Media Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, 2017.
P
BERITA-BERITA HARIAN BOLEH DIIKUTI DI LAMAN SESAWANG : www.pelitabrunei.gov.bn
'SAMA-SAMA MENJAGA KESEJAHTERAAN, KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA'