5 minute read

ITC/wORLD ISLAMIC TOuRISM CONFERENCE

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

MeMperKuKuh eKosisteM Jaringan global pelancongan Mesra MusliM

Setelah melalui perjalanan lebih sedekad, pencapaian cemerlang Islamic Tourism Centre (ITC) membangunkan pasaran pelancongan Islam sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. ITC yang merupakan sebuah agensi penting di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah banyak melakukan penyelidikan pelancongan strategik dan potensi pasaran di antara negara-negara Islam.

Advertisement

OLEH : AFLIEZA ARSHAD & AZURA SALLEH

Bagi mendekati peranan serta potensi pelancongan mesra Muslim dalam menjayakan aspirasi industri pelancongan negara, Santai Travel baru-baru ini berpeluang mengadakan temubual khas bersama dengan Dato’ Dr Mohmed Razip Hasan, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC).

Menurut Dato’ Dr Mohmed Razip Hasan, agensi ini telah berjaya mendorong pertukaran maklumat dengan mengadakan perkongsian sesi amalan terbaik untuk mengembangkan kelestarian pelancongan sekali gus mewujudkan kerjasama strategik dengan badan-badan berkanun dan organisasi bukan kerajaan (NGO).

“Usaha yang telah dilakukan oleh ITC telah menampakkan hasil apabila tahap kesedaran mengenai potensi serta keperluan pasaran pelancongan Islam ini mula meningkat dalam kalangan penggiat industri. Potensi yang dimiliki oleh pasaran pelancong Muslim untuk semua industri sangat luar biasa. Tidak mustahil bahawa pasaran ini akan terus mendorong permintaan untuk produk dan perkhidmatan yang disediakan untuk pelancong Muslim,” katanya.

Tambahnya lagi peranan ITC telah menjadi jauh lebih besar sejak kebelakangan ini apabila Malaysia dipandang sebagai contoh terbaik bagi pelancongan Islam dan menjadi sumber rujukan dan maklumat untuk mengembangkan dasar pelancongan Islam.

Menurut Dato’ Dr Mohamed Razip Hasan, Ketua Pengarah ITC, pihak ITC telah mewujudkan jaringan global yang kuat untuk mengembangkan lebih banyak produk pelancongan Islam dengan institusi penyelidikan tempatan dan antarabangsa melalui projek penyelidikan pelancongannya.

Dato’ Dr Mohmed Razip Hasan, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC)

“ITC membawa pendekatan Hospitaliti Mesra Muslim serta cenderung untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah negara dengan ekosistem pelancongan Islam terbaik yang menjadi destinasi pilihan para pelancong Muslim,” katanya.

Kata beliau, konsep pelancongan Islam diketengahkan bagi memajukan sektor pelancongan di Malaysia termasuk memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) di mana program ini mengiktiraf pengusaha hotel atau premis penginapan di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan Mesra Muslim berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh ITC. Antara perkara yang dinilai oleh MFAR ialah hotel atau premis penginapan mempunyai tanda arah kiblat, sejadah, kitab suci al-Quran, surau, kemudahan wuduk dan makanan halal.

“Dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini, kita telah menerima 400,186 pelancong beragama Islam, yang telah menyumbangkan 18 peratus atau RM1.15 bilion kepada pendapatan pelancongan negara sepanjang percutian mereka di Malaysia sekaligus memperoleh manfaat besar daripada segemen MFTH.

Antara kelebihan-kelebihan yang menyokong Malaysia kepada destinasi pilihan utama MesraMuslim adalah Malaysia mempunyai pesona persekitaran destinasi Mesra Muslim seperti lokasi mesra keluarga, keselamatan awam serta pengunjung Muslim terjamin dan kualiti perkhidmatan yang disediakan antara lain seperti pilihan dan jaminan makanan Halal, kemudahan tempat solat, pilihan tempat penginapan MesraMuslim dan banyak lagi.

“Saya yakin sektor ini dapat memperbanyakkan peluang penjanaan pendapatan rakyat tempatan, khususnya komuniti di luar bandar, serta menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara kerana sektor pelancongan Islam dan penjenamaan MFTH semakin mendapat tempat di destinasi-destinasi terkemuka dunia, termasuk Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, berdasarkan Laporan Ekonomi Negara Islam Global (SGIE) 2022 yang dikeluarkan firma antarabangsa DinarStandard, dengan kerjasama Salaam Gateway, dan kajian strategik rating MasterCard, Malaysia telah menerima penarafan antarabangsa sebagai destinasi utama pengembaraan Islam terbesar dunia.

Pencapaian itu pula mencatatkan kirakira 63 juta pengembara wanita Islam berusia 18 hingga 40 tahun pada tahun 2018 telah membelanjakan sejumlah AS$80 bilion (RM356 bilion) di seluruh destinasi pelancongan dunia bahkan data itu juga menunjukkan Malaysia turut menerima manfaatnya.

“Alhamdulillah, sejak ITC ditubuhkan pada tahun 2009, Malaysia menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa sepertimana diumumkan oleh CrescentRating yang berpangkalan di Singapura bahawa Malaysia merupakan Destinasi Pilihan Nombor 1 Mesra Muslim di dunia secara berturut-turut sejak 2011 hingga 2022.

“DinarStandard yang berpangkalan di Amerika Syarikat pula menyenaraikan Malaysia pada kedudukan pertama dalam senarai negara yang menyokong ekonomi Islam global bernilai trilion dolar termasuk sektor Pelancongan Mesra Muslim (MFT) selain dikenalpasti sebagai negara yang mempunyai ekosistem ekonomi Islam paling maju di dunia bagi sektor pelancongan halal sejak 2014 hingga 2022,” katanya positif.

Menurut beliau lagi, skop sektor MFTH yang meluas bukan sahaja membawa pulangan yang lumayan dari segi ekonomi, malah kesannya juga luar biasa dalam menghubungkan jurang sosial, budaya dan warisan antara pelancong dan komuniti tempatan.

“Sebagai contoh menerusi program Pelancongan Masjid yang diperkenalkan, masjid-masjid yang dengan sejarah dan silang budayanya telah mula menjadi tumpuan pelancong dalam serta luar negara. Melalui usaha ini, kita dapat mempamerkan cara hidup, seni dan budaya negeri ini yang tidak dapat dialami di tempat lain,” katanya.

Di bawah ITC juga, kata beliau kini juga sedang berusaha untuk mempermudahkan urusan pendaftaran pengusaha inap desa (homestay) di negara ini bagi membolehkan mereka mendapat manfaat di bawah ‘Program Pengalaman Homestay Malaysia’.

Semua usaha ini merupakan sokongan kerajaan untuk meningkatkan penjanaan pendapatan masyarakat setempat, menerusi pelancongan Islamik yang bukan hanya memberi kebaikan kepada persekitaran urban bahkan juga berasaskan komuniti di luar bandar.

Secara tidak langsung, penggiat yang berpadanan dengan sektor pelancongan Muslim seperti agensi pelancongan, pengusaha spa, pusat rekreasi dan sebagainya, boleh bekerjasama menawarkan lebih banyak lagi pengalaman, produk dan perkhidmatan mesra Muslim yang menonjolkan asal-usul dan identiti negeri dan negara masing-masing.

JUSTIFIKASI PENGEMBARAAN MESRA MUSLIM

3rd World Islamic Tourism Conference 2022 (WITC) yang akan diadakan di World Trade Centre (WTC) pada 17 hingga 19 Oktober ini bakal membincangkan mengenai potensi Pelancongan Mesra Muslim sebagai strategi baharu bagi pemulihan ekonomi pasca-pandemik dari pelbagai perspektif tempatan dan global, sesuai dengan temanya tahun ini “Islamic Tourism: Inspiring Balance, Transformations and Solutions.” Menjadikan dua program terdahulu sebagai tanda aras, Islamic Tourism Centre (ITC) selaku penganjur yakin program yang dianjurkan kali ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada kira-kira 1000 peserta bagi mengembangkan sektor pelancongan Islam ke peringkat global.

OLEH: AFLIEZA ARSHAD M engetengahkan ‘Pelancongan Islami: Menginspirasikan Keseimbangan, Transformasi dan

Solusi’, usaha untuk mengukuhkan kerjasama dan menjalin hubungan ekonomi erat pasca Covid 19, WITC sebagai penyedia platform bagi pemain industri pelancongan Islam dalam acara mega ini, mengukuhkan pelbagai inisiatif untuk terus meneroka peluang dalam pasaran pelancongan Islam dalam dan luar negara.

Program berskala global ini turut menghimpun seramai 35 tokoh tempatan dan 13 tokoh antarabangsa yang berperanan besar sebagai penyampai maklumat bagi segmen industri pelancongan Muslim menerusi sembilan sidang utama yang diadakan sepanjang tiga hari program berlangsung. PROGRAM BERSKALA GLOBAL INI TURUT MENGHIMPUN SERAMAI 35 TOKOH TEMPATAN DAN 13 TOKOH ANTARABANGSA YANG BERPERANAN BESAR SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT BAGI SEGMEN INDUSTRI PELANCONGAN MUSLIM MENERUSI SEMBILAN SIDANG UTAMA YANG DIADAKAN SEPANJANG TIGA HARI PROGRAM BERLANGSUNG.

WITC boleh dijadikan platform untuk mengubah persepsi penggiat industri terhadap potensi Pelancongan Islam.

Perkembangan drastik pelancongan mesra Muslim ini diakui sebagai demografi yang paling berpengaruh dan berkembang dalam populasi Islam

This article is from: