1 minute read

HOTEL/PERDANA KLCC

Santai Hujung Minggu di perdana klcc

Terletak di lokasi yang cukup strategik di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Perdana Kuala Lumpur City Centre merupakan pilihan bijak untuk bersantai di ibu kota.

Advertisement

tidak kita untuk tujuan percutian atau urusan perniagaan, Perdana Kuala Lumpur City Centre pasti tidak menghampakan tetamunya. Selain dekat dengan Pusat Membeli-belah Suria KLCC, perkhidmatan shuttle percuma juga disediakan kepada anda yang ingin membeli-belah di 1 Utama atau Mid Valley Shopping Centre.

Perdana Kuala Lumpur City Centre turut menawarkan gelanggang tenis dan kolam renang dengan landskap yang cukup menarik dengan pemandangan bandaraya Kuala Lumpur.

Ruang bilik yang luas serta selesa untuk seisi keluarga menjadi antara sebab utama mengapa Perdana Kuala Lumpur City Centre menjadi pilihan ramai. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan dapur kecil yang lengkap dan ruang lounge yang selesa dengan sofa serta TV dan pemain DVD.

Sajian menu yang menarik serta menyelerakan turut menanti kunjungan anda ke Perdana Kuala Lumpur City Centre. Restoran 10 Binjai yang luas dan selesa menyediakan pelbagai sajian citarasa tempatan dan antarabangsa yang tentunya memenuhi citarasa anda.

Apa yang pasti Perdana Kuala Lumpur City Centre yang kini tampil dengan imej baru bakal menyambut anda dalam suasana yang mesra dan selesa sepanjang masa.

Perdana Kuala Lumpur City Centre 10, Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur RUAng BiLiK yAng LUAS SeRTA SeLeSA UnTUK SeiSi KeLUARgA MenjADi AnTARA SeBAB UTAMA MengAPA PeRDAnA KUALA LUMPUR CiTy CenTRe MenjADi PiLihAn RAMAi.

This article is from: