2 minute read

PILIHAN EDITOR ASCOTT GuRNEY

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

KEmEwAhAN ASCott GurNEy

Advertisement

Pulau Pinang merupakansatudestinasipercutian yang sangat terkenal. Tambahan pula, selepas musibah Covid-19 yang melanda dunia, destinasi ini kini menjadi salah satu destinasi utama pelancongan domestik pada musim cuti ini kerana ramai orang masih risau untuk melancong keluar negara semasa pandemik Covid-19.

Oleh : Azli Khairi bin Abdul Hamid (AK)

Menurut Persatuan Hotel Pulau Pinang, apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan, kadar penghunian hotel meningkat di mana hotel di kawasan pantai menyumbang 70% dan hotel bandar pula menyumbang 60 %. Apa yang menarik tentangPulau Pinang adalah jarak bandar dan kawasan pantai adalah tidak jauh. Jadi sebenarnya anda mempunyai pilihan untuk menginap di hotel di dalam bandar.

Majalah Santai Travel baru-baru ini berpeluang untuk menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Bandaraya Georgetown. Hotel ini yang barusaha jadi siap diubah suai kembali terletak di Jalan Gurney yang cukup popular. Ascott Gurney Penang merupakan sebuah hotel berkonsepkan apartment servis yang mewah. Di depan hotel terbentang pemandangan Laut Andaman manakala di belakang pula kelihatan Bandaraya Georgetown dengan berlatar belakangkan puncak Bukit Bendera.

Ascott Gurney menggabungkan elemen terbaik Bandaraya Bersejarah dengan standard tinggi jenama AscottThe Residence yang terkenal secara global yang akan menawarkan pengalaman servis apartment terbaik sama ada untuk penginapan jangka masa pendek atau panjang. Terdapat enam jenis apartment yang boleh dipilih bermula dari Studio Deluxe hingga kepilihan apartment dua bilik. Setiap bilik mempunyai kemudahan seperti pinggan mangkuk, peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, mesin basuh dan pelbagai lagi.

Pelbagai kemudahan yang disediakan di sini seperti pusat

dobi layan diri, bilik mesyuarat, kolam renang infiniti, dewan utama, Timur Coffee House, kawasan permainan kanak-kanak, gimnasium dan bilik yoga. Apa yang menarik bagi saya adalah kawasan kolam renang kanak-kanak yang cukup luas dan bertutup. Percutian bersama keluarga adalah cukup sesuai di sini. Malah sarapan pagi bufet juga mempunyai banyak pilihan dan sedap. Ascott Gurney Penang amat mengutamakan keselamatan dan kebersihan, jadi para tetamu usah risau tentang tahap kebersihan di sini.

Jika anda merancang percutian bersama keluarga di Pulau Pinang pada musim cuti akan datang, Ascott Gurney Penang adalah pilihan terbaik anda.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang

https://www.discoverasr.com/en/ascott-the-residence/ malaysia/ascott-gurney-penang.

This article is from: