1 minute read

JETI MARINA ISLAND

Next Article
HOTEL/PERDANA KLCC

HOTEL/PERDANA KLCC

Mudah & SeleSa ke Pangkor Melalui Jeti koMPlekS Marina iSland

Marina Island mempunyai jeti kompleks tersendiri yang telah ditubuhkan pada tahun 2011. Antara tarikan utama di jeti kompleks Marina Island ialah servis pengangkutan feri untuk pengunjung yang ingin pergi ke Pulau Pangkor Bebas Cukai di mana perjalanan feri hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk sampai ke Pulau Pangkor.

Advertisement

Oleh : AzlI KhAIrI Abdul hAMId (AK) TerIMA KAsIh : PengurusAn JeTI KOMPleKs MArInA IslAnd

Pengunjung boleh membeli tiket feri secara walk-in di kaunter tiket atau membeli tiket secara online di website www.pangkorferry. com.

Membeli tiket dalam talian adalah lebih mudah, cepat dan efisyen kerana mereka boleh membeli tiket pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia membolehkan pengunjung untuk merancang dan memastikan percutian mereka berjalan dengan lancar dan teratur. Tambahan pula, tempat parkir kereta yang luas juga turut tersedia untuk para pengunjung dan pemegang pas musim.

Pemegang pas musim terbuka khas untuk penduduk Pulau Pangkor yang bekerja di Manjung dan penduduk Manjung yang bekerja di Pulau Pangkor. sementara menunggu feri, para pengunjung boleh membuat beberapa aktiviti seperti membeli- belah produk tempatan, makan dan minum di medan selera, dan menikmati pemandangan laut yang indah di sekitar jeti Marina Island. sementara menunggu feri, pelancong boleh berswafoto dan menikmati spot OOTd di sekitar Kompleks Jeti Marina Island berlatarbelakangkan panorama laut dan langit biru.

Instaloka menampilkan karya-karya seni dalam empat tema yang berbeza dengan pelbagai pemasangan berwarnawarni dan seni mural 2d dan 3d yang direka khas oleh artis tempatan yang berbakat.

This article is from: