11 minute read

CITRA MOTAC

Next Article
ROYAL CARIBEAN

ROYAL CARIBEAN

Malaysia cemerlang di K A N D U N G A N ASEAN TOURISM Isi kandung STANDARD AWARDS 2022 Sudut Pandang YB Menteri Cover Story/Utama

Advertisement

Citrawarna CITRAWARNA KELUARGA MALAYSIA – Serlah keunikan seni, budaya rakyat Malaysia Berita MOTAC HKK – mewarnai keluarga Malaysia Pencapaian MOTAC / Program MOTAC Malaysia cemerlang di ASEAN TOURISM STANDARD AWARDS 2022 Kejayaan MOTAC

halaman

3

4-6

7-8

9

10

Malaysia brings home the World Union of Wound Healing Societies Congress 2026 Rakan Industri

11

Pegawai Tourism Malaysia Di Luar Negara Mainkan Peranan Promosikan Malaysia Info Terkini

Infografik promo media sosial motac (tambah akaun tik tok)

12

SIDANG EDITORIAL

PENERBIT PENASIHAT kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia PENASIHAT YBhg.Datuk hajah Saraya Arbi Seni & Budaya, Timbalan ketua Setiausaha (kebudayaan) kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya KETUA EDITOR Encik Muhammad Najmi Bin Mustapha Unit komunikasi korporat ketua Unit kementerian Pelancongan, Seni Unit komunikasi korporat dan Budaya kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya EDITOR / PENGARANG / FOTO Unit komunikasi korporat kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Jabatan dan Agensi kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya

PerCePATKAn PeMuliHAn SeKTOr PelAnCOngAn DAn KeBuDAYAAn negArA- PenggiAT inDuSTri TeruS DiBAnTu

MOTAC menyasarkan tahun 2022 merupakan masa untuk industri bangkit semula daripada kegawatan perniagaan yang dialami sejak 2 tahun lepas. Usaha-usaha Kerajaan dalam membantu memulihkan kembali negara susulan impak Covid-19 itu terus giat dilaksanakan. Sebagai kementerian yang bertanggungjawab, MOTACsentiasa proaktif memainkan peranan dalam usaha untuk meringankan beban yang dihadapi oleh penggiat industri pelancongan dan kebudayaan negara. Menerusi Ucapan Bajet 2022, Kerajaan telah mengumumkan berkenaan pemberian Bantuan Khas kepada lebih 20 ribu pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah MOTAC dengan peruntukan sebanyak RM85 juta ringgit. Sebelum itu, pada tahun 2021, Kerajaan melalui MOTAC juga telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM61 juta yang dapat memanfaatkan seramai 29,286 penggiat industri pelancongan. Bantuan Kewangan Tahun 2022 ini adalah usaha berterusan Kerajaan bagi membantu sektor pelancongan yang merupakan antara segmen yang sangat terjejas dalam tempoh pandemik COVID-19 ini.

MOTAC juga secara berperingkat telah melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Industri Pelancongan yang memperuntukkan bantuan-bantuan berupa Geran Padanan untuk sektor Pelancongan dan Kebudayaan.

Melalui usaha-usaha ini jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan dalam usaha untuk memulihkan sektor ekonomi negara. Diharap inisiatif-inisiatif MOTAC ini dapat membantu industri pelancongan dan kebudayaan negara untuk terus berdaya saing seterusnya dapat membantu memulihkan semula sektor ekonomi ini.

Saya menyeru kepada semua penggiat industri yang layaksupaya tampil kehadapan dan mengambil peluang ini untuk mendapatkan bantuan dan seterusnya bangkit kembali untuk bersama-sama dengan MOTAC menaikkan nama Malaysia di persada dunia.

YB Dato’ Sri Hajah nancy Shukri MenTeri PelAnCOngAn, Seni DAn BuDAYA MAlAYSiA

CITrAWArNA KeLUArGA MALAYSIA – SeRlAh keunIkAn SenI, budAyA RAkyAT MAlAySIA

Kementerian Pelancongan, seni dan Budaya (MotAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri sarawak telah menganjurkan program Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 selama empat (4) hari bermula pada 24 hingga 27 Februari 2022 bertempat di Kuching Waterfront, sarawak.

Ia telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia yang berada di Negeri Sarawak dengan kegiatan seni budaya dan pelancongan Malaysia serta mempromosi Bandar Raya

Kuching sebagai Bandar Raya Kreatif di peringkat UNESCO di bawah kategori gastronomi - World Craft City.

Pelbagai aktiviti menarik telah dipersembahkan kepada pengunjung sepanjang festival berlangsung antaranya Festival Gendang Sarawak,

Festival Kraf Sarawak, Peragaan

Busana Kraf Tekstil Malaysia, Pameran

Gastronomi, Demonstrasi Food Fusion

Negeri-negeri, Food Bazaar, Treasure

Hunt, Konsert Sape, Persembahan

Bunga Api dan Muzikal Water Fountain,

Persembahan Artis Popular, pameran dan jualan. Acara kemuncak ialah Majlis

Perasmian yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin

Yaakob, Perdana Menteri pada 26

Februari 2022. Ia turut dihadiri oleh

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul

Taib Mahmud serta isterinya, Toh Puan

Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir Ketua Menteri Sarawak,

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari

Tun Openg dan Timbalannya, Datuk

Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Keunikan program Citrawarna kali ini adalahkejayaan Konsert Sape yang telah berlangsung selama 2 jam tanpa henti melibatkan 257 orang pemuzik sempena malam terakhir Citrawarna Malaysia pada 27 Februari 2022 yang telah mencatat sejarah di dalam Malaysia Book of Records dengan pemuzik sape teramai.

Acara penuh bersejarah ini turut menampilkan kelainan tersendiri apabila persembahan diadakan di Jambatan Darul Hana yang ikonik di bandar raya ini, selain di pentas utama yang terapung di Sungai Sarawak. Ia melibatkan nama-nama besar dalam muzik sape seperti Mathew, Jerry Kamit dan pelbagai kumpulan dari seluruh Negeri Sarawak. Usaha ini juga akan menggabungkan nama penyanyi tempatan dalam Konsert ini seperti Dewi Liana, Seriasta, Bob AF, Dayang Nurfaizah, Adrewson dan digabungkan Bersama penyanyi seperti Nicole Lai, Datuk Jamal Abdillah, Magen, Fendi Kenali dan penyanyi lagu rakyat Roslan Madun. Persembahan-persembahan ini telah diadakan di atas pentas terapung di Sungai Sarawak yang merupakan pentas terapung terbesar yang pernah dibina oleh MOTAC. Datuk Seri Nancy Shukri berkata program Citrawarna itu telah berjaya meningkatkan pendapatan 52 usahawan yang menyertainya dan sasaran RM200,000 nilai jualan telah berjaya dicapai.

HKK – MEwARnAI KEluARgA MAlAysIA

Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2022 yang telah diadakan baru-baru ini telah berjaya mencapai sasarannya untuk menyemarakkan semula industri kraftangan negara.

Program yang telah diadakan selama 13 hari itu dipenuhi dengan pelbagai pengisian. Antaranya adalah pameran dan jualan produk-produk baharu yang merupakan produk di bawah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti Kraf melalui inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Turut diadakan Demonstrasi Kraf Kembang Api, Demonstrasi Masakan Cita Rasa Keluarga Malaysia, Aprisiasi atau Seminar Kraf, Interaktif Kraf Anyaman, Batik dan Tenunan, Creative Craft Studio dan Eksplorasi Adiguru Kraf, Persembahan Kesenian serta Fun Craft Batik Ikat & Celup.

Pengunjung yang hadir juga berpeluang menikmati diskaun melalui baucar potongan harga di bawah inisiatif Aspirasi Keluarga Malaysia.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan seluruh Keluarga Malaysia berpeluang menikmati inisiatif baucar rebat tunai sebanyak RM30 ke atas setiap nilai gandaan RM100 yang dibelanjakan di semua program promosi anjuranKraftangan Malaysia.

Selain menggalakkan pembelian barangan kraf tempatan, inisiatif ini selaras dengan pelan Pemulihan Pelancongan yang bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan domestik serta membantu merancakkan semula industry beli-belah Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Dengan penganjuran HKK ini, usahawan kraf dapat kembali memasarkan produk kraf secara fizikal setelah terkesan dengan pendapatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.Ini dapat membantu usahawan untuk terus menghasilkan produk kraf serta menjalankan perniagaan.

Diharapkan dengan penganjuran HKK yang dilaksanakan secara fizikal kali ini dapat memberi pendedahan dan pengalaman kepada pengunjung serta meningkatkan kesedaran juga kecintaan terhadap keindahan dan keunikan produk kraf tempatan.

MAlAysiA CeMerlAng di AseAn TOUrisM sTAndArd AWArds 2022

Sejumlah 14 organisasi awam dan swasta dari negara ini telah diumumkan menerima anugerah dalam empat kategori standard tertinggi Anugerah Pelancongan ASEAN 2022.

Sebanyak lapan kategori anugerah telah disampaikan sebagai antara sebahagian daripada program dalam Forum Pelancongan ASEAN 2022 di Preah Sihanoukville, Kemboja yang dikelolakan oleh Pertubuhan Pelancongan Kebangsaan ASEAN.

Standard Pelancongan ASEAN ini dijadilan sebagai piawaian kepada semua negara anggota ASEAN, selain menggalakkan para penggiat industri pelancongan serantau menggunakannya sebagai satu panduan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelancong.

Penerima ASEAN Tourism Standards Awards 2022 dari Malaysia adalah seperti berikut: n AseAn green HOTel sTAndArd (2022-2024) 1. Mandarin Oriental (Kuala Lumpur) 2. The Datai Langkawi (Kedah) 3. Shangri-La Rasa Sayang Resort & Spa (Pulau Pinang) 4. Golden Sand Resort by Shangri-La (Pulau Pinang) n AseAn CleAn TOUrisT CiTy sTAndArd (2022-2024) 5. Majlis Bandaraya Pulau Pinang (Pulau Pinang) 6. Majlis Perbandaran Muar (Johor) 7. Majlis Pembandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (Kedah) n AseAn MiCe VenUe sTAndArd (MeeTing rOOM) (2022-2024) 8. Four Points by Sheraton Puchong (Selangor) 9. Lexis Hibiscus Port Dickson (Negeri Sembilan) 10. Le Meridien Hotel Putrajaya (Putrajaya) 11. Doubletree by Hilton Melaka (Melaka) 12. Shangri-la Rasa Sayang Resort & Spa (Pulau Pinang) n AseAn sUsTAinABle TOUrisM sTAndArd (2022-2023) 13. Urban Category - The Habitat Penang Hill (Pulau Pinang) 14. Rural Category - Walai Penyu Conservation Park,

Libaran (Sabah)

MAlAysiA brings hOMe The WOrld UniOn Of WOUnd heAling sOCieTies COngress 2026

Malaysia has won the right to host the prestigious World Union of Wound Healing Society (WUWHS) Congress 2026 which will be held in Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia. This bid win was announced at the WUWHS General Assembly held in Abu Dhabi, UAE on Friday, 4 March 2022.

The Malaysian bid was presented by Dato' Sri Abdul Khani Daud, Chief Executive Officer of Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) and Prof Dr. Harikrishna K.R. Nair, President of Malaysian Society of Wound Care Professionals (MSWCP), with an 11-member delegation.

YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, the Minister of Tourism, Arts and Culture Malaysia congratulated the Malaysian bid team for their achievement and said, "I would like to congratulate MyCEB and MSWCP for bringing home a big win for Malaysia to host the prestigious World Union of Wound Healing Societies Congress in 2026. I received this good news from MyCEB’s CEO, Dato’ Sri Abdul Khani who contacted me from Abu Dhabi. The Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) Malaysia has been very supportive of MyCEB’s work as the main agency in leading Malaysia's bid for international business events activities. We acknowledge that business events are an important economic activity that can help the country’s economic recovery. More importantly, we believe that business events activities such as WUWHSC 2026, will bring profound benefits to our nation, especially to those in the wound healing profession and the patients as well."

The MSWCP is aiming to bring in around 5,000 delegates with an estimated economic impact of RM108.7 million and estimated visitors expenditure of RM46.4 million to the Malaysian economy. The proposed theme for WUWHSC 2026 which is “Global Paradigm Shift: Wound Management Specialty and Recognition” has been well accepted by the delegates.

PegAwAI TOuRIsM MAlAysIA dI luAR negARA MAInkAn PeRAnAn PROMOsIkAn MAlAysIA

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah mengadakan sesi pertemuan bersama lapan (8) orang pegawai Tourism Malaysia (TM) yang terdiri daripada Pengarah dan Timbalan Pengarah yang bakal bertukar ke beberapa Pejabat TM Luar Negeri pada 3 Mac 2022.

Kesemua lapan orang pegawai itu masing-masing akan ditempatkan di Pejabat TM di London, Jakarta, Istanbul, Sydney, New Delhi, Jeddah, Taipei dan Auckland. Dato' Sri Hajah Nancy dalam pertemuan tersebut menekankan agar kesemua pegawai TM berkenaan melaksanakan tugas sebagai wakil pemasaran (marketing representative) yang bertanggungjawab dan peka dengan segment pemasaran di negara-negara tersebut.

Ini menurut beliau penting untuk mempromosikan sektor pelancongan menggunakan strategi pemasaran yang sesuai dengan setiap norma negara tersebut.

Seiring dgn perkembangan teknologi digital, pegawai harus berusaha mempelbagaikan strategi pemasaran agar dapat mencapai kelompok sasaran. Selain itu, mereka perlu menjalinkan hubungan yang baik bersama negara penempatan (host country) dan bekerjasama erat dengan pemain industri tempatan. Mereka turut diseru untuk mempelbagaikan promosi pakej-pakej pelancongan baharu serta memberi tumpuan kepada emerging market di negara penempatan tersebut.

Menurut Dato' Sri Hajah Nancy lagi, dua dasar MOTAC iaitu Dasar Pelancongan Negara (DPN) dan Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) harus dijadikan sebagai panduan dalam setiap perancangan yang boleh mengangkat nama Malaysia di mata dunia.

“Kita mesti menarik minat seluruh spektrum pelancong seperti cultural enthusiasts, environmental lovers dan medical tourist. Ini bagi mencapai sasaran pemasaran yang unik, strategik dan seiring dengan matlamat DPN dan DAKEN,” jelas Dato' Sri Hajah Nancy.

Tambahnya, seperti negara luar yang lain, Malaysia juga akan membuka sempadannya apabila toba masanya nanti.

Justeru, adalah penting untuk kesemua pegawai TM Luar Negeri untuk turut menggunakan pendekatan berorientasikan kepada digital agar sasaran Malaysia untuk meningkatkan jumlah kemasukan pelancong dari negara luar, tercapai sekaligus dapat mempercepatkan fasa pemulihan industri pelancongan tahun ini.

Malaysia

Destinasi Lestari Kaya Budaya

Untuk maklumat sahih dan terkini dunia pelancongan, seni dan budaya layari:

fb @mymotac

insta @mymotac

twitter @mymotac

This article is from: