1 minute read

ACARA/B2B GOLF INDONESIA

PrOmOSI PELANcONGAN mALAySIA-INDONESIA DI PErhEBAt

Selepas lebih 2 tahun dunia pelancongan lumpuh akibat pandemik Covid – 19, sektor pelancongan mula menampakkan sinarnya. Hubungan pelancongan Malaysia dan Indonesia yang turut terjejas akibat sekatan perjalanan kini telah mula rancang dengan beberapa kelongaran SOP baru untuk tujuan kemasukan pelancong bagi kedua negara.

Advertisement

Bagi merancakkan kembali sektor pelancongan Malaysia dan Indonesia ini, Persatuan Pengusaha Homestay Malaysia, PAMAJA & KAPPIJA telah menganjurkan program Tourism Business Matching Malaysia-Indonesia 2022 di Bogor & Jakarta Indonesia pada 19- 22 Mei 2022. Melalui program ini lebih 100 buat syarikat serta organisasi pelancongan telah terlibat dalam sesi hubungan perniagaan khususnya dalam pemasaran serta promosi produkproduk pelancongan.

Menurut Dato’ Haji Sahariman bin Haji Hamdan, President Homestay Malaysia dan Pengerusi PAMAJA , program promosi ini berjaya membuka lembaran baru dalan dunia pelancongan serantau selepas pembukaan semula sektor pelancongan pasca pandemik.

“Saya percaya dengan kerjasama pelancongan kita dapat memajukan ekonomi pelancongan kedua negara sekali gus mengukuhkan persahabatan antar alumni program persahabatan ini,” kata Dato’ Haji Sahariman bin Haji Hamdan.

Sebagai negara serumpun, Indonesia dan Malaysia punya hubungan istimewa dibandingkan dengan negara negara ASEAN lainnya. Ia diterjemahkan menerusi sesi Persahabatan KAPPIJA 21 (Keluarga Program Persahabatan Indonesia Jepang Abad 21) dengan PAMAJA (PERSATUAN ALUMNI PROGRAM PERSAHABATAN ASEAN-JEPUN ABAD KE-21, MALAYSIA) yang diadakan pada sesi makan malam bersempena dengan acara tersebut.

Program promosi pelancongan ini juga turut diserikan lagi dengan kejohanan golf amal yang diadakan di Rainbow Hill Golf Club, Jawa Barat dan turut disokong oleh Badan Promosi Pariwisata Kabupaten Bogor beserta agensi-agensi pelancongan di Bogor. Majlis turut meraikan anak-anak yatim di daerah Bogor dengan penyampaian sumbangan duit raya sempena dengan sambutan hari raya.

Bertemakan “Penguatan Sinergi dan Kolaborasi bidang Perniagaan Pelancongan Homestay Malaysia dan Ekonomi Kreatif Indonesia”, majlis turut di hadiri perwakilan Kementerian, perwakilan Kantor JICA Indonesia, Pemerintah Daerah dan penggiat pelancongan dari Indonesia dan Malaysia

This article is from: