3 minute read

ACARA/MALAYSIA JAPAN FESTIVAL

Next Article
ACARA/KLTM

ACARA/KLTM

KERIANGAN TANpA HENTI DI CLUB MED CHERATING

Pantai Cherating ialah destinasi yang sesuai untuk mereka yang mencari percutian pantai yang mempesonakan. Lokasinya yang strategik dan mendamaikan membuatkan tetamunya rasa tidak mahu pulang tatkala bercuti ke sini. Selain menghayati keindahan pantai, aktiviti seperti meneroka gua, melihat penyu serta sukan air menjadi daya tarikannya.

Advertisement

Apabila anda memilih percutian yang sempurna di Pantai Club Med Cherating, segala-galanya disediakan seperti penginapan, makanan, minuman, aktiviti dan juga penjagaan kanak-kanak anda. Ia adalah nilai terbaik untuk wang, dan bahagian yang terbaik: kami memenuhi semua peringkat umur dan minat. Jangan risau lagi mengenai perancangan hari anda— Club Med adalah pusat kepada pelbagai aktiviti riadah, sukan darat dan air serta hiburan untuk semua orang termasuk aktiviti untuk kanak-kanak. Dengan begitu banyak pilihan untuk dipilih, pasti ada sesuatu yang memenuhi citarasa anda.

Sebagai resort premium merangkumi semua, Club Med menyediakan semua yang perlukan untuk memastikan tetamunya menikmati percutian impian. Daripada hidangan sajian makanan yang menyelerakan sehinggalah aktiviti yang menyeronokkan, percutian di Club Med ternyata luar biasa dan sukar dikecapi di tempat lain.

Daratan atau laut, bandar atau alam semula jadi, anda dan keluarga anda tidak akan kehabisan aktiviti dan hiburan untuk mengambil bahagian di Club Med Cherating. Berendam di kolam renang, pergi melihat penyu di tepi pantai, berjalan-jalan di alam semula jadi melalui hutan tropika atau berbaring dan manjakan diri di spa. Club Med Cherating juga mempunyai

DARATAN ATAU LAUT, BANDAR ATAU ALAM sEMULA jADI, ANDA DAN KELUARGA ANDA TIDAK AKAN KEHABIsAN AKTIvITI DAN HIBURAN UNTUK MENGAMBIL BAHAGIAN DI CLUB MED CHERATING. BERENDAM DI KoLAM RENANG, pERGI MELIHAT pENyU DI TEpI pANTAI, BERjALAN-jALAN DI ALAM sEMULA jADI MELALUI HUTAN TRopIKA ATAU BERBARING DAN MANjAKAN DIRI DI spA.

pelbagai pakej lawatan dan tarikan kebudayaan di sekitar resort ini untuk anda pilih mengikut citarasa anda.

pENGALAMAN MEsTI CUBA

Tree Top Challenge & Rock Climbing Cabar diri anda dan mulakan aktiviti memanjat pokok dan dinding batu. Sesuai untuk ibu bapa dan kanak-kanak; terokai hutan tropika dari pandangan mata burung

Nature Walk Eratkan hubungan keluarga anda dalam permainan eko-trek yang mendidik dan menyeronokkan yang akan dibimbing oleh pasukan Club Med yang berpengalaman. Terokai keindahan alam semula jadi yang subur dan hidupan liar di sini.

Resort dalam resort Bersantai dan nikmati percutian di sisi Pantai resort. Ambil bahagian dalam pilihan sukan air yang penuh keseronokan yang dipandu oleh G.Os atau nikmati hidangan yang tidak dapat dilupakan di restoran Rembulan yang menghadap ke laut dan taman yang indah. Kunjungi Zon Zen, tempat yang dikhaskan untuk golongan dewasa inginkan privasi untuk bersantai dengan program kecantikan dan kesihatan.

Melihat penyu Nikmati pengalaman unik bersama penyu dengan melawat Santuari Penyu Cherating. Pusat ini ditubuhkan pada 1972 sebagai pusat penetasan penyu dalam usaha melindungi spesies terancam.

Melawat Habitat Kelip-kelip Perjalanan berpandu ke hutan bakau ini akan membuatkan anda lebih dekat dengan kelip-kelip di habitat semula jadinya. Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga, pelajari semua tentang penjaga malam yang bersinar di hutan bakau.

Apa yang pasti percutian ke Club Med Cherating ternyata berbaloi dengan pengalaman yang ditawarkan. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan sila hubungi +603 2053 1888.

This article is from: