5 minute read

ITC/MFTH PACKAGES

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

MEMBINA KEMAMPANAN PELANCONGAN MESRA MUSLIM

Inisiatif Pelancongan Islam merupakan salah satu strategi yang digariskan di dalam Dasar Pelancongan Negara (DPN) bagi tahun 2020-2030, salah satu inisiatif bawah strategi Pembangunan Produk adalah Pelancongan & Hospitaliti Mesra Muslim atau Muslim Friendly Tourism and Hospitality (MFTH)

Advertisement

Inisiatif ini adalah untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama di dunia di mana MFTH dapat meningkatkan imej negara dengan kepelbagaian produk dan perkhidmatan mesra

Muslim.

Menurut Prof. Dr. Syed Abdul

Hamid Aljunid, Ahli Fakulti di

Islamic Tourism Centre (ITC), memainkan peranan penting dalam membawa Pelancongan Islam ke hadapan. Sepanjang tahun ini,

ITC secara konsisten dan berterusan bekerjasama dengan pemain industri untuk membina kapasiti mereka dalam pelancongan Islam, sekali gus memastikan keperluan pelawat Muslim dapat dilayan dengan lebih baik. “Di dalam Dasar Pelancongan Negara 2020 -2030, Matlamat Pembangunan Lestari

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030 (United Nations Sustainability

Goals 2030) telah pun disepadukan di dalam dasar tersebut. Muslim

International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF), Friendly Tourism & Hospitality (MFTH) dijangka menjadi penggerak utama untuk mencapai sasaran yang selari dengan nilai dan pandang alam Islam dan Maqasid Shariah,” kata Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Aljunid. Menurut beliau, INCEIF yang berstatus

pada tahun 2005 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membangunkan modal insan bagi industri Kewangan Islam global. INCEIF menawarkan pendidikan dan penyelidikan yang selaras dengan wawasannya untuk menjadi peneraju pengetahuan dalam universiti daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan menawarkan empat program lepasan ijazah dalam Kewangan Islam iaitu Doctor of Philosophy in Islamic Finance (PhD), Master of Business Administration (MBA) Sustainable Business, Master of Science in Islamic Finance (MSc) dan Masters in Islamic Finance Practice (MIFP). INCEIF juga menawarkan program professional iaitu Professional Certificate in Islamic Finance (PCIF). INCEIF merupakan institusi yang bernaung di bawah projek berstatus 'Kepentingan Negara' ("Projek Berkepentingan Nasional"), organisasi dan individu yang menyumbang wang tunai untuk INCEIF layak menuntut potongan cukai bagi tahun taksiran berdasarkan sumbangan yang telah dibuat, di bawah Seksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan, 1967.

Pada November 2018, INCEIF telah diakreditasi oleh Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB) yang merupakan persatuan akreditasi sekolah perniagaan yang terkenal di dunia. Dengan akreditasi ini, program akademik INCEIF berada di antara lima peratus daripada program perniagaan di dunia yang menerima akreditasi tersebut. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa INCEIF memfokuskan kepada kecemerlangan dalam semua bidang, termasuk pengajaran, penyelidikan, pembangunan kurikulum, dan pembelajaran pelajar. Selaras dengan visi INCEIF untuk 'Menjadi Peneraju Pengetahuan dalam Kewangan Islam', akreditasi ini telah mengesahkan pengalaman pendidikan cemerlang INCEIF dan meletakkanya

universiti ini telah ditubuhkan

secara global sebaris dengan beberapa institusi yang paling dihormati di dunia.

Pada November tahun lalu (2021), INCEIF University telah menandatangani perjanjian dengan Islamic Tourism Centre (ITC) untuk menjalankan kajian bagi melihat bagaimana Malaysia dapat memanfaatkan aspek pelancongan yang mampan dan bertanggungjawab (Sustainable & Responsible Tourism).

“Kajian ini akan menyediakan fakta dan statistik yang sangat diperlukan untuk mengoptimumkan potensi sektor MTFH. Adalah penting untuk Malaysia memanfaatkan potensi pelancongan Islam untuk mempersiapkan semula pembukaan perjalanan dan pemulihan pelancong Islam ke negara ini,” jelas Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Aljunid.

Menurutnya lagi Malaysiatelah dinobatkan sebagai negara terbaik dalam empat daripada enam sektor dalam Laporan Ekonomi Islam Global 2020/21 dan muncul sebagai negara teratas dalam sektor Perjalanan Mesra Muslim (MFT). Selain itu, Malaysia menduduki tempat teratas dalam sektor Makanan Halal, Kewangan Islam, dan Farmaseutikal & Kosmetik berdasarkan laporan oleh firma penyelidikan DinarStandard.

INCEIF sebagai peneraju di dalam kewangan Islam amat berbesar hati untuk berkongsi kepakaran kami dalam agenda nasional ini. Dengan pengetahuan dan rangkaian industri ITC, kumpulan pelajar Action Based Learning (ABL) dapat merapatkan jurang antara penyelidikan dan pemain industri. Projek-projek ini diharapkan akan membawa kepada penciptaan ekosistem inovasi yang kondusif untuk menangani masalah di dalam industri.

Melalui projek penyelidikan ini, kami telah mentakrifkan empat objektif utama kajian ini seperti berikut:

1. Mengenal pasti bagaimana Pelancongan dan Hospitaliti Mesra Muslim (MFTH) di Malaysia memanfaatkan, memetakan, mengintegrasikan dan menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB (UNSD Goals) berdasarkan tinjauan literatur yang meluas.

2. Mengintegrasikan dan menggabungkan UNSDG terpilih kepada pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim (MFTH) di Malaysia dan memerhati isu dan cabaran utama yang memberi kesan kepada pembangunan sektor MFTH di Malaysia.

3. Untuk mereka bentuk dan membangunkan rangka kerja Sustainable & Responsible (SR)-MFTH. menjadi rangka kerja asas penerimaan dan integrasi UN SDG oleh MFTH di Malaysia.

4. Mencadangkan pelaksanaan penunjuk SR-MFTH, penilaian impak dan menyediakan cadangan strategik untuk ITC berdasarkan hasil penyelidikan berkaitan pembangunan dan kemajuan industri MFTH di Malaysia

“Bagi kajian ini, para pelajar menjalankan penilaian bagi setiap 17 UNSDGs dan mengkaji bagaimana hubungannya dengan sektor Muslim Friendly Tourism & Hopitality di Malaysia. Dua sektor khusus iaitu: Sektor Penginapan Mesra Muslim, Hospitaliti dan Resort dan Sektor Penjagaan Kesihatan, Spa dan Kesejahteraan - telah dipilih dan dipetakan serta disepadukan dengan UNSDGs untuk menyokong matlamat pembangunan mampan 2030 yang ditetapkan oleh United Nations,” kata Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Aljunid. Menurutnya lagi, matlamat tersebut adalah untuk menunjukkan bagaimana UNSDGs boleh memberi impak positif kepada pertumbuhan, pembangunan dan kemampanan pelancongan mesra Muslim, atau sebaliknya. Hubungan dua hala MFTH dan UNSDG akhirnya akan terbukti bagi menambahbaik ke atas perniagaan mampan yang berasaskan nilai; penjenamaan strategik; polisi; penerimaan pasaran; dan penerimaan global terhadap pasaran dan jenama pelancongan mesra Muslim.

“Kajian literatur & bibliometrik pelajar yang meluas init telah membawa mereka untuk membangunkan Rangka Kerja dan Petunjuk MFTH yang mampan & serta bertanggungjawab (SR-MFTH) bagi melengkapkan teka-teki yang hilang dalam projek penyelidikan mereka. Hasratnya adalah untuk membangunkan titik permulaan yang boleh menjelaskan bagaimana MFTH boleh dimanfaatkan melalui UNSDGs serta mempercepatkan penjenamaan MFTH ke pasaran. Di samping itu, pelajar membangunkan indeks yang boleh diukur untuk kegunaan penyelidik masa depan serta kepada pemain industri sebagai asas untuk mengembangkan lagi penjenamaan MFTH. Kami percaya bahawa walaupun rangka kerja dan petunjuk itu jauh dari sempurna, ia boleh menjadi asas kepada kejayaan berterusan dalam mengintegrasikan agenda kemampanan dengan MFTH di peringkat global,” kata Prof. Dr. Syed Abdul Hamid Aljunid.

This article is from: