4 minute read

ITC/MFAR

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

PENGGIAT PELANCONGAN SEDIA KHIDMAT MESRA MUSLIM

Selari dengan pertumbuhan populasi Muslim global yang kian meningkat ini, begitu juga dengan potensi untuk perkhidmatan pelancongan dan hospitaliti mesra Muslim yang turut mendapat permintaan tinggi. Kewujudan perkembangan seumpama ini telah memberi peluang besar kepada perniagaan pengusaha pelancongan untuk menyediakan produk dan perkhidmatan patuh syariah kepada pelancong yang cenderung mementingkan nilai dan ciri yang wujud di dalam agama Islam.

Advertisement

Konsep penginapan mesra Muslim semakin menjadi pilihan. Menyedari keperluan untuk menambahkan lagi hotel mesra muslim di Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) telah melakar satu lagi pencapaian yang signifikan dalam pembangunan pelancongan Islam dengan pelancaran logo rasmi bagi Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR). Pengiktirafan ini adalah lanjutan daripada sistem penarafan bintang hotel oleh MOTAC dan adalah penarafan berkaitan pelancongan Islam yang pertama di dunia yang dikeluarkan oleh badan atau agensi kerajaan.

Pelaksanaan Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim akan memberi peluang untuk tidak hanya sekadar menetapkan standard tetapi lebih jauh bagi memasuki pasaran Muslim dan bukan Muslim. Konsep ‘mesra-Muslim’ telah mulai mendapat daya tarikan dikalangan beberapa negara di dunia.

Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, penggunaan peralatan mandian, makanan halal dan keselamatan serta juga dari sudut rohani yang dapat ditawarkan oleh pihak hotel.

Mardhiyyah Hotel & Suites Yakin Potensi Hotel Mesra Muslim

Mardhiyyah Hotel & Suites adalah salah satu hotel yangtelah mendapat Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR) Kategori Platinum oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia melalui ITC baru-baru ini. Mardhiyyah Hotel & Suites juga telah dinilai dan disahkan memenuhi keperluan Universal Crescent Standard Centre (UCSC) Islamic Quality Standard For Hotel dengan penarafan 7IQS. Majalah Santai Travel sempat menemubual pemilik Mardhiyyah Hotel & Suites, Dato' Seri Haji Mohamed Rafik bin Haji Mohd Idris, Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel Sdn Bhd.

Mardhiyyah Hotel & Suites, adalah sebuah hotel antarabangsa patuh-syariah bertaraf 5 bintang yang telah diambilalih pemilikannya pada Disember 2019 seterusnya menjadikannya 100% pemilikan Bumiputra. Ianya dijenamakan semula pada 1 Februari 2021. Nama jenama Mardhiyyah, berasal dari perkataan Arab yang bermaksud “Yang Diredhai Allah”, diilhamkan sendiri oleh pemiliknya, Dato' Seri Haji Mohamed Rafik. . Hotel ini terletak di tengah bandar Shah Alam, Selangor, berdekatan dengan pusat pentadbiran kerajaan, pusat pusat membeli belah, kawasan tarikan perlancong, taman-taman rekreasi popular dan paling istimewa , cuma sepelaung jaraknya dari Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikenali sebagai Masjid Biru. Hotel ini menyediakan 341 buah bilik dalam pelbagai kategori. Terdapat sebuah Executive Lounge yang di beri nama As-Safinaz@18 Lounge menawarkan panorama indah Masjid Biru, Taman Tasik Shah Alam serta pemandangan seluruh bandar Shah Alam dari tingkat 18. Mardhiyyah Hotel & Suites juga merupakan pusat konvesyen berkelengkapan penuh. Mempunyai 10 bilik mesyuarat dan seminar pelbagai saiz termasuk sebuah dewan utama yang dinamakan Dewan Perdana yang mampu menampung sehingga 1000 tetamu pada satu-satu masa. Mardhiyyah Hotel & Suites telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam industri. Antaranya “Penginapan Mesra Muslim (MFAR)” oleh MOTAC melalui ITC. (Jul 2009) ; “Penarafan 7 IQS” oleh Universal Crescent Standard Centre (UCSC) (Dec 2021) ; “Muslim-Friendly Hotel of The Year” award by CrescentRating. (Jun 2022).

Menurut Dato’ Seri, banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum hotel ini mendapat pengiktirafan MFAR antaranya seperti memastikan perkhidmatan, fasiliti

Executive Suite

Surau Al-Latifah

Kolam renang Corporate Floor - Deluxe King bed

dan produk adalah sentiasa mematuhi maqasid syariah dan juga mencapai ‘expectation’ awam. “Kami juga perlu memenuhi keperluan ‘mesramuslim’ seperti yang digariskan oleh pihak berkuasa seperti JAIS, JAKIM, ITC, MOTAC dan cabaran untuk meyakinkan orang ramai bahawa mutu perkhidmatan dan produk ditawarkan adalah setanding dengan jenama hotel konvensional, walaupun beroperasi mengikut pematuhan syariah. Kami juga perlu menangani para pelanggan yang kurang sensitif dengan konsep hotel mesra-Muslim. Contohnya, berpakaian yang tidak sesuai di ruang awam dan sebagainya,” jelas beliau lagi.

Antara usaha untuk menjadikan hotel ini sebagai penginapan mesra-muslim adalah seperti menyediakan kelengkapan di dalam bilik tetamu seperti arah kiblat, sejadah, Al-Quran serta kemudahan bidet di bilik air, menaik taraf surau dan mengubah lokasinya supaya lebih mudah diakses dan selesa. kolam renang yang mempunyai ketetapan masa khas buatwanita danrawatan spa adalah khas buat wanita sahaja. Informasi lokasi masjid dan tempat pelancongan turut disediakan. Hotei ini juga turut memastikan pakaian pekerja adalah sopan dan bagi yang beragama Islam, perlulah menutup aurat.

Dato’ Seri Mohamed Rafik juga percaya dan yakin konsep mesra Muslim ini adalah salah satu tanggungjawab sebagai seorang Muslim kepada ummah, agama dan negara. Kesedaran di kalangan masyarat sekarang juga tinggi, jadi permintaan telah tersedia untuk konsep perniagaan ini. Dengan bantuan dan sokongan badan-badan kerajaan serta ketersediaan kemudahan mesraMuslim dalam negara, menjadikan promosi perniagaan mereka dipermudahkan. “Kami percaya bahawa sebagai hotel yang mendapat pengiktirafan MFAR, kami perlu terus komited mengekalkan dan meningkatkan kualiti kemudahan dan perkhidmatan, yang diberikan kepada semua tetamu terutamanya tetamu muslim,” tambah Dato Seri dengan yakin.

Sebagai salah satu hotel yang telah diiktiraf sebagai Penginapan Mesra Muslim kategori Platinum oleh MOTAC dan ITC hotel ini perlu sentiasa mamatuhi garis panduan yang ditetapkan. Bukan sekadar makanan halal, tetapi juga perlu memastikan tiada makanan terlarang untuk orang Islam dibawa masuk ke premis. Selain itu, menjaga kebersihan kawasan, kesucian peralatan, keselamatan dan kemudahan untuk beribadah dan tiada kegiatan perjudian dan hiburan yang bercanggah dengan syariat Islam adalah diutamakan Dari aspek cabaran mengekalkan pengiktirafan ini, Mardhiyyah Hotel & Suites, sentiasa berkerjasama dengan rakan strategik bagi memenuhi kesinambungan dan kemampanan perniagaan serta peranan bagi membangunkan dan mengembangkan segmen pelancongan Islam di Malaysia dan mengekalkan kedudukan antara destinasi teratas di dalam Global Muslim Travel Index (GMTI).

Hotel ini dilengkapi

This article is from: