7 minute read

TOuRISM SELANGOR / GEOPARK

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

10

TAPAK GEOPARK UNIK SELANGOR GEOPARK

Advertisement

Ia bertujuan bagi memelihara warisan geologi dan menggalakkan kesedaran awam melalui pelancongan. Bukan senang ya, untuk mendapat pengesahan sebagai tapak "PRO-GEOPARK". Seharusnya, tapak yang dipilih perlu mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, geologi, sejarah dan budaya, serta memastikan bahawa hubungan antara unsur- unsur tersebut sentiasa dipelihara melalui pengurusan dan penyelengaraan yang sangat mampan dan menyeluruh. Amat membanggakan jika difikirkan betapa sengitnya jika dibandingkan dengan negara- negara luar dan kriteria yang diperlukan untuk layak menjadi salah satu warisan di bawah UNESCO. Jadi, sebagai seorang Travelorian, saya berharap dapat memberi lebih banyak lagi pendedahan. Sekiranya kamu berasa tertarik dengan artikel ini dan ingin mengalaminya sendiri, jangan lupa untuk menyelitkan 10 TAPAK-GEOPARK yang telah saya senaraikan bagi panduan kamu semua.

Batu Arang Tasik Biru Seri Kundang

1/ Bekas Lombong Arang Batu, Batu Arang Bekas lombong arang batu ini merupakan sebuah tasik tinggal yang berpotensi GEOTAPAK kerana ia pernah menyimpan longgokan batu arang terbesar di Semenanjung Malaysia dan merupakan bekas lombong dedah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Buat masa ini, kawasan bekas lombong masih terbiar manakala kawasan sekitarnya yang terdiri daripada perumahan komuniti setempat turut dijadikan sebagai kawasan dusun atau kebun kecil.

Kawasan bekas lombong ini juga menyimpan singkapan batuan Formasi Belata yang merupakan dasar lembangan dan batuan syal yang jugan sebahagian daripada endapan lembangan membentuk Lapisan Batu Arang.

GEOTAPAK ini adalah penting dari aspek antropogenik dan merupakan hasil daripada episod lembangan Batu Arang. 2/ Tasik Biru Seri Kundang Tasik Biru di kawasan Seri Kundang merupakan bekas lombong bijih timah yang telah diisi oleh air di kawasan Rawang. Meskipun tasik ini hanya mempunyai kepentingan ekonomi di daerah

Gombak, namun ianya merupakan kawasan lombong dedah yang juga aktif sebagai pusat rekreasi dan penempatan.

Kawasan Tasik Biru senang dicari dan mempunyai beberapa jalan masuk menerusi laluan alternatif, termasuk kawasan taman permainan yang berdekatan.

Sebagai sebuah bekas kawasan lombong bijih, Tasik Biru merupakan kawasan sentuhan antara batuan igneus dan batuan latar yang menghasilkan mineral timah semasa proses tektonik di sekitar kawasan ini. Di bahagian tebing, khususnya berdekatan dengan taman permainan dan deretan kedai, boleh diper-

Fossil Holosen Air Terjun Sungai Kanching

hatikan kewujudan longgokan endapan sedien kuarterner yang terdiri daripada pasir dan kerikil berbentuk bulat dalam pelbagai saiz.

3/ Fosil Holosen, Batu Caves Batu Caves merupakan perbukitan batu kapur yang merupakan peninggalan permukaan batu kapur dari Kuala Lumpur. Batu kapur ini dibentuk pada peringkat akhir pemendapan laut cetek semasa zaman Siluran Bawah.

Pembentukan gua disekitar perbukitan ini berlaku sepanjang episod pengisian Lembangan zaman Paleocene hingga Holosen yang melibatkan perubahan paras air tanah dan perlarutan batu kapur yang membentuk gua. Kehadiran gua batu kapur ini mengalakkan ruang habitat bagi habitat sepanjang zaman ais yang turut mempengaruhi struktur semulajadi kawasan ini. Antara fosil holosen yang dijumpai disekitar kawasan ini termasuk orang utan dan harimau serta lebih daripada 60 jenis kehidupan yang lain daripada 20 buah gua di sekitar bukit ini.

Sebagai sebuah geotapak, bukit ini penting sebagai kawasan yang mencatatkan pelbagai fosil dan hidupan disekitar lembangan ini pada zaman Holosen.

4/ Air Terjun Sungai Kanching Geotapak ini terletak dalam kawasan Hutan Lipur Kanching antara HS Kanching dan HS Lagong. Hutan Dipterokarp Pamah dan Bukit Hutan ini merupakan campuran yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna yang unik. Terdapat trek yang dibina untuk diterokai dan ianya mudah sahaja untuk dilalui. Setibanya di sana, kamu pasti terlihat keriuhan daripada aktiviti pengunjung yang kebanyakannya datang beriadah di sini kerana kemudahan yang banyak disediakan. Ini menjadikannya tapak yang sangat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam Sebagai potensi Geotapak, air terjun ini terbentuk di sepanjang kekar Timur Laut-Barat Daya. Akibat daripada proses penghakisan dan penyesaran; asasnya lebih intensif berbanding tempat lain kerana ianya terletak pada arah yang sama atau selari yang secara tidak langsung menghasilkan 7 buah tingkat air terjun yang menjadi tarikan kawasan ini. Arah penyesaran ini dikaitkan ke pusat bandar atau laluan utama melalui Sesar Kuala Lumpur-Endau.

5/ Batu Kapur Kuala Lumpur Bukit Takun Batu kapur di sekitar Bukit Anak Takun dan Bukit Takun terwujud oleh kerana batuan formasi yang masih lagi utuh dan kukuh, serta tidak lari dari tapak asalnya seperti yang dapat dilihat daripada kawasan Batu Caves. Sebagai potensi geotapak, kawasan ini merupakan endapan sedimen terakhir daripada proses pemendapan pada pelantar laut cetek sebelum berlaku perubahan akibat penutupan lautan.

Disamping itu, batuan ini kaya dengan pelbagai fosil batu kapur khususnya dibahagian horizon atau bawah jujukan yang diantaranya merupakan batu karang jenis Ketaphyllumaff, Turbinatum, Heliolitessp dan Halysitessp. Berdasarkan penemuan fosil brachiopod yang ditemui ini, usia batu kapur Kuala Lumpur dipercayai dari zaman Silur Tengah-Akhir (Ludlow).

Batu Kapur

Fosil bentonit yang ditemui ini dipercayai telah terbentuk kerana pemendapan di sekitar laut cetek yang berhubung atau bersambung dengan lautan luas di Zaman Silur. Spesies fosil yang serupa juga dilaporkan ditemui di Eropah dan juga di Burma.

6/ Mata Air Panas Selayang Mata air panas Selayang merupakan mata air panas semulajadi, yang wujud akibat daripada pengaliran air ke permukaan setelah melalui tahap pemanasan di sepanjang sesar intensif pada arah 120 darjah. Sesar intensif ini dikaitkan dengan kehadiran sesar utama yang terbentuk akibat proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan Jura-kapur.

Kepentingannya sebagai Geotapak berkait rapat dengan sesar intensif yang dikenali sebagai Sesar Kuala LumpurEndau. Mata air panas ini mempunyai suhu sekitar 46 darjah Celcius dan telah menjadi pusat rekreasi bagi komuniti setempat. Terdapat banyak kemudahan yang telah dibangunkan dikawasan ini yang menjurus kepada penggunaan mata air panas bagi masa yang singkat.

7/ Air Panas Sungai Lalang Mata air panas Sungai Lalang merupakan mata air panas semulajadi yang terhasil daripada pemanasan air permukaan sepanjang retakan yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan zaman Jura-Kapur.

Retakan utama adalah pada arah Barat laut-Tenggara sebagai sebahagian daripada zon sesar Kuala Lumpur yang juga dipotong oleh siri retakan pada arah menegak pada arah timur laut-barat daya. Terdapat dua punca mata air panas utama ditemui di kawasan ini dengan rekod suhu tertinggi pada 51 darjah celsius. Buat masa ini, lokasi mata air panas yang dibuka kepada pihak awam tersedia dengan kemudahan asas bilik air, tandas dan tempat rehat yang diselenggarakan oleh pemilik persendirian.

8/ Air Terjun Sungai Tekala Geotapak ini terletak dalam kawasan Hutan Lipur Sungai Tekala, di Hutan Simpan Sungai Lalang. Jenis hutan ini adalah hutan Dipterokarp, tanah rendah. Air terjun Sungai Tekala dibentuk oleh siri linea menia itu berupa sesar pada arah Barat laut- Tenggara. Atau dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur yang menyebabkan jatuhan secara seragam. Sesar yang terbentuk semasa proses hakisan, penyesaran dan pembentukan lembangan semasa Jura-Kapur menghasilkan sejumlah 4 tingkat air terjun. Air terjun ini mudah untuk diakses dengan kemudahan bagi para pelancong yang tersedia; tetapi ia lebih dikenali sebagai tapak perkelahan berdasarkan tujuan pembinaan asalnya oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Integrasi batuan dan kepelbagaian biologi yang terdapat dikawasan ini amat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam.

Air Panas Sungai Lalang

Air Terjun Sungai Tekala

Air Terjun Sungai Tekala Air Panas Sungai Lalang

Puncak Bukit Granite

Puncak Bukit Granite PUNCAK GUNUNG GRANITE: GUNUNG INI dIBENTUK OLEH BATUAN MIKROGRANIT yANG MERUPAKAN REjAHAN SUSULAN SEMASA EPISOd REKAHAN GRANIT PAdA zAMAN TRIAS AKHIR.

9/ Puncak Granit Gunung Nuang Geotapak ini berada di kawasan Hutan Lipur Gunung Nuang yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Hulu Langat. Kawasan hutan ini merupakan hutan campuran Dipterokarp bukit. Gunung ini dibentuk oleh batuan mikrogranit yang merupakan rejahan susulan semasa episod rekahan granit pada zaman Trias Akhir.

Sesuai dengan nama, jumpaan pertama mikrogranitini di Genting Sempah. Namun kawasan Gunung Nuang merakamkan singkapan mikrogranit yang terawet dengan baik sepanjang sungai khususnya kawasan berdekatan puncak gunung. Akses ke kawasan geotapak ini adalah mudah dengan menggunakan laluan atau denai hutan berserta dengan kemudahan pelancongan pada tahap asas yang lebih sesuai untuk pendaki. Kehadiran batuan serta hubung kait dengan biologi dikawasan ini, ia amat sesuai bagi tujuan rekreasi dan pendidikan awam. 10/ Permatang Kuarza Gombak Selangor Permatang kuarza yang ditemui dikawasan ini merupakan permatang yang terbentuk sepanjang sesar utama, dikenali sebagai Sesar Kuala Lumpur- Endau. Sejarah pembentukan permatang ini adalah selaras dengan episod permatang yang terhasil oleh perlarutan hidroterma dan pengisian sesar pada Kapur Akhir (82 juta tahun lalu).

Permatang ini pada asalnya merupakan korok yang terhasil dalam bumi namun terdedah ke permukaan pada episod pengisian lembangan pada zaman Paleocene-Holosen melalui lulu hawa yang intensif. Sifat mineral kuarza yang keras berbanding batuan granit yang bertukar menjadi tanah menonjolkan bentuk permatang.

Geotapak permatang kuarza Gombak bukan sahaja dibuktikan sebagai pengisian korok sepanjang sesar utama, namun ia juga amat penting bagi ekologi serta mencatatkan rekod permatang kuarza terpanjang di Malaysia dan di perantauan pada jarak 14km. Berada di kawasan perbandaran menjadikan tapak ini sebagai kawasan rekreasi utama komuniti meski tidak mempunyai laluan yang diktiraf.

Permatang Kuartza

PERMATANG INI PAdA ASALNyA MERUPAKAN KOROK yANG TERHASIL dI dALAM BUMI NAMUN TERdEdAH KE PERMUKAAN PAdA EPISOd PENGISIAN LEMBANGAN PAdA zAMAN PALEOCENE- HOLOSEN MELALUI LULU HAwA yANG INTENSIF.

This article is from: