2 minute read

PILIHAN EDITOR SKY RESIDENCE

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

Sky rESidEncE PErmata Baru Prai

Advertisement

Seringkali, kalau bercuti di Pulau Pinang, masing-masing berlumba-lumba untuk mencari hotel di dalam pulau itu tersendiri. Jarang sekali mereka yang ingin bercuti di Pulau Pinang memilih untuk bermalam di hotel-hotel yang berada di Tanah Besar. Lokasi-lokasi pilihan seperti samaada di Bandaraya Georgetown atau di Batu Ferringhi.

Sebenarnya, terdapat banyak juga tarikan pelancongan yang boleh diterokai di tanah besar seperti di Taman burungPulau Pinang yang terletak di Seberang Jaya, hutan lipur bukit Panchor, Kelip-Kelip Sungai Kerian, Jerukmadu Pak Ali, Kilang Gamat Seberang Prai, Pulau Aman dan banyak lagi. Pendek kata, berbaloi jika anda bermalam di sebelah sini. Selain harga bilik yang jauh lebih rendah berbanding di pulau, terdapat banyak juga restoran dan pilihan jenis makanan yang sedap di sini. menyedari prospek pelancongan di tanah besar atau Seberang Jaya dan kawasan berdekatan dengannya, The Ascott ltd, unit perniagaan penginapan milik penuh Capitaland investment ltd (Cli) telah membuka Sky residence Prai pada november tahun lalu yang mendapat sambutan daripada pengembara perniagaan dan keluarga.Tarikan utama hotel itu adalah saiz biliknya yang besar yang bermula daripada 39 meter persegi serta lokasinya yang berhampiran dengan kawasan perindustrian di bukit mertajam, selain kemudahan utama seperti kolam renang dan gimnasium. majalah Santai Travel baru-baru ini diberi peluang untuk bermalam di Sky residence Prai dan merasai sendiri kemewahan jenama global dalam industri pelancongan dan hospitaliti. Sky residence Prai menawarkan168 unit kontemporari terdiri daripada unit studio hingga pangsapuri dua bilik tidur dengan pangsapuri yang serba lengkap menampilkan dalaman moden bagi menyediakan ruang yang luas dan selesa kepada tetamu hotel. Sebenarnya tidak susah untuk mencari lokasi Sky residence Prai ini. bangunan servis apartment boleh dilihat dari lebuhraya PluS sebelum sampaike Plaza Tol Juru.

Selesai urusan daftar masuk, saya terus menuju ke bilik hotel. Apa yang boleh saya katakan, ruang besar hotel ini sesuai untuk pengembara yang melancong bersama keluarga. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatanl engkap, terasa seperti di rumah sendiri. Selain itu, kemudahan lain di sini adalah seperti kolam renang dan gimnasium. Apa yang mengejutkansaya di sini adalah kawasan di sekitar hotel ini sendiri. Terdapat pelbagai jenis kedai, kafe dan restoran yang berjarak hanya berjalan kaki dari lobi hotel. malah Jambatan Pulau Pinang juga tidak jauh dari Sky residence Prai. untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang https://www.

discoverasr.com/en/others/malaysia/sky-residence-prai.

This article is from: