2 minute read

DESTINASI/THE HABITAT

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

Keindahan taman hutan the habitat

Advertisement

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) melalui Program ‘Man and the Biosphere’ (MAB) mengiktiraf Bukit Bendera, Pulau Pinang sebagai tapak rizab biosfera Malaysia yang ketiga. Rizab biosfera Bukit Bendera berkeluasan 12,481 hektar adalah nadi hijau kepada Pulau Pinang dengan ia membabitkan kawasan sekitar Bukit Bendera termasuk Taman Botani Pulau Pinang, Taman Negara Pulau Pinang, enam hutan simpanan kekal serta dua empangan.

Oleh : Azli KhAiri Abdul hAmid (AK) TerimA KAsih : Andrew (The hAbiTAT PenAng)

Keajaiban alam semulajadi bukit bendera memang tidak boleh dinafikan lagi. Anda boleh menikmatinya dengan berjalan-jalan di The habitat, bukit bendera. ia terletak dalam hutan simpan Kekal bukit Kerajaan di mana di sini juga terletaknya bangunan-bangunan bersejarah seperti bel retiro, Convalescent dan Fern hill. Pengunjung boleh menikmati keindahan hutan simpan Kekal yang berusia 130 juta tahun merentasi denai Alam semulajadi sepanjang 1.6 kilometer. untuk ke pintu masuk The habitat, anda hanya perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 100 meter dari dataran bukit bendera. bangunan kandang kuda era british yang dibina sejak 200 tahun dahulu telah diubahsuai menjadi kaunter tiket The habitat. sebelum masuk, dapatkan brosur The habitat untuk memastikan anda tidak terlepas tarikantarikan menarik di dalam kawasan ini. suasana kehijauan dan bunyi-bunyian alam cukup menenangkan, seakan memberi caj baru untuk minda! Tarikan utama di sini adalah laluan kanopi yang diberi nama langur Canopy walk. laluan kanopi sepanjang 230 meter dan berketinggian 40 meter dari lantai hutan menyajikan pemandangan hutan hujan tropika. Jangan lupa untuk singgah di giant swing dan menikmati panorama yang menghijau. selterusnya anda boleh meneruskan perjalanan di laluan denai. Taman bromeliad adalah antara taman yang ada di laluan denai. Tarikan kedua adalah Curtis Tree walk. untuk ke atas, anda perlu menaik tangga. dari atas, anda boleh melihat pemandangan 360 darjah bandaraya gerogetown dan juga laut Andaman. Ketinggian Curtis Tree walk adalah 800 meter dari aras laut. Antara aktivit lain di sini adalah Forest bathing serta zipline.

Pengunjung boleh berjalan sendiri di dalam kawasan The habitat ini dan anda tidak akan sesat kerana terdapat banyak papan tanda. namun untuk mereka yang mempunyai banyak masa boleh mengambil pakej ‘Guded Walk’ kerana banyak yang akan anda pelajari. eksplorasi The habitat sampai ke penghujung apabila anda tiba di kafe di sini. selain makanan dan minuman, terdapat pelbagai cenderahati yang boleh dibeli sebagai kenang-kenangan. untuk kembali ke dataran, perkhidmatan buggy disediakan.

This article is from: