3 minute read

TAMAN TEMA ESCAPE PENANG

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

Advertisement

ESCAPE ThEmE PARk PENANG YANG mENGujAkAN

OLEh : AzLi KhAiri Bin ABduL hAmid (AK)

Walaupun saya sudah berusia hampir 40 tahun, tarikan untuk bermain di taman tema tidak pernah pudar. Pantang ada dengar cabaran baru atau tarikan baru di mana-mana taman tema, saya adalah antara orang yang paling ‘excited’ nak cuba. Taman Tema Escape Penang boleh dikatakan antara taman tema terbaik di utara tanahair. Sebenarnya Escape Theme Park Penang ini telah dibuka sejak pertengahan tahun 2013. Tetapi pada tahun 2019 ia mula mendapat perhatian dan tumpuan para pelancong termasuk dari luar negara setelahterbinanya sebuah gelongsor air yang terpanjang di dunia iaitu lebih dari 1 kilometer.

Lokasi Taman Tema Escape initerletak di Teluk Bahang dan juga berdekatan dengan beberapa tempat menarik yang

lain seperti Batu Feringgi, Tropical Spice Garden, Taman rimba Teluk Bahang, dan banyak lagi. Escape Penang adalah destinasi yang menyeronokan dengan pelbagai aktiviti menarik serta permainan yang berkonsepkan alam semulajadi. ia juga memperkenalkan kembali permainan dan kenangan masa lalu supaya memberi kesedaran kepada setiap pengunjung yang mengamalkan gaya hidup elektronik yang mengasingkan diri.

Escape Penang ini berkonsepkan suasana kampung yang pasti akan mengimbau kembali kenangan anda sewaktu kanak-kanak. Suasana kampung lebih terserlah dengan adanya tumbuhan sayur-sayuran serta kehadiran haiwan ternakan seperti ayam dan itik yang berkeliaran di sekitar taman tema ini.

Escape Theme Park Penang mempunyai kira-kira 40 tarikan menarik yang mesti anda cuba. Antaranya sepertirumahpokok yang disediakan untuk sewaan para pengunjung. ia sangat sesuai dijadikan tempat untuk berehat seketika setelah penat melakukan aktiviti yang menyeronokan.

Seperti taman-tamantema yang lain, Escape Theme Park Penang juga mempunyai dua kawasan iaitu dry Park dan Wet Park. Tujuan saya ke Escape Penang kali ini adalah untuk mencuba tarikan terbaru di Wet Park di sini iaitu The Longest Waterslide, yang telah diiktiraf oleh Guiness World Records sebagai gelongsor air yang terpanjang di dunia dengan kepanjangan 1,111 meter. menarik bukan. dengan siapnya gelongsor air ini, ia telah menewas gelongsor air terpanjang di dunia yang terletak di new Jersey, Amerika Syarikat. untuk mencuba tarikan ini, anda perlu bersedia untuk berjalan kaki sebelum menaiki chairlift yang akan membawa anda ketempat permulaan gelongsor ini. Kalau anda takut kepada ketinggian, mungkin agak gayat sedikit ketika menaik chairlift kerana kerusi ini semata-mata hanya kerusi dan tidak ada tingkap. Anda bergantung atas buaian besi sambil memegang pelampung.

Ketika kerusi ini membawa anda naik, anda akan dapat saksikan keindahan hutan yang mengelilingi taman tema ini. Ternyata walaupun taman tema ini dibina, namun pokokpokok dan kawasan persekitaran hutan masih terjaga tanpa perlu menebang pokok atau membersihkan hutan.

Selain gelongsor air terpanjang ini, anda juga boleh mencuba tarikan lain di Wet Park seperti Family Twister, Tubby rapids, Tubby Tunner bermalas-malasan di Lazy river, cabar keberanian anda di mega drop dan berlumba di Speed racer. Jika anda bersama-sama anak anda boleh mencuba AK Splash, Playhouse, Tots Pool atau bermain ombak di Wave Pool. Jika anda berada di dry Park, anda boleh mencuba Atan’s Leap, monkey Business, Chairlift, Tubby racer, Aerobat dan banyak lagi. Apa yang boleh saya katakan, sekejap sahaja masa berlalu di sini. nasihat saya, datang seawal yang boleh untuk enjoy di Taman Tema Escape Penang.

Bayaran Tiket : Future Kid (0-3 Tahun) – PERCUMA Junior Kid (4-12 Tahun) – Bermula Dari RM77.70 Big Kid (13-60 Tahun) – Bermula Dari RM116.90 Super Kid (61 Tahun Keatas) – PERCUMA

This article is from: