8 minute read

DESTINASI IHYA RAMADAN

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

Selami erti ihya ramadhan Kelantan

Pada kali ini Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Timur telah menganjurkan program “Fam Trip Ihya’ Ramadan Kelantan 2022” yang telah berlangsung pada 05 hingga 08 April 2022 yang lalu.

Advertisement

OLeH : LuqMaN (waRtawaN PeLatIH) teRIMa KaSIH : tOuRISM MaLaySIa wILayaH PaNtaI tIMuR Program ini bertujuan untuk menonjolkan lagi keindahan dan keunikan destinasi yang terdapat di negeri Kelantan sebagai destinasi pilihan untuk dikunjungi ketika bulan Ramadan. Program ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menjejaki kesan tinggalan sejarah para ilmuan dan ulama Islam.

muzium islam Pada hari pertama setelah tiba di negeri Kelantan, destinasi pertama yang kami kunjungi semasa program ini ialah Muzium Islam. Struktur kepada Muzium Islam ini mengandungi kepentingan sejarah yang begitu ketara, di mana struktur muzium ini dulu merupakan struktur yang dibina untuk Ketua Menteri Kelantan, Hassan Bin Mohd Salleh pada tahun 1902. Hingga ke hari ini, struktur Muzium Islam ini masih mengekalkan reka bentuk yang berteraskan simbolsimbol Islam. Lokasi muzium ini juga dikelilingi oleh bagunan warisan yang lain, di mana ia terletak di sebelah Masjid Negeri dan juga Istana Balai Besar.

Kala Sentral KaLa Sentral, satu singkatan bagi Kelanatan authentic Lifestyle and art merupakan satu destinasi yang unik dan penting di negeri Kelantan. KaLa Sentral ditubuhkan oleh kerajaan negeri. KaLa Sentral bertujuan memasarkan produk usahawan Kelantan dan juga tapak untuk untuk usahawaan tempatan mempromosikan produk-produk mereka. antara produk yang ada di KaLa Sentral adalah seperti makanan dan barang basah, pakaian, cenderahati dan seni ukir tempatan. Para pelancong boleh melawat ke KaLa Sentral dari waktu 9.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

Wakaf Che yeh Pasar Malam Che yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang sangat terkenal di Kelantan. Pasar malam ini akan mula operasi dari 8 malam hingga ke lewat pagi dan dibuka setiap hari. antara barangan yang dijual adalah seperti kain pasang, pakaian wanita, baju kurung, tudung dan pelbagai aksesori wanita boleh didapati di pasar malam terkenal ini. Selain barangan wanita, penjualan barangan lelaki juga ada tersedia. Selain itu, terdapat juga gerai-gerai makanan untuk anda menjamu selera.

masjid muhammadi Saya berpeluang solat subuh di Masjid Muhammadi, di mana masjid ini merupakan salah satu ikon di Kelantan. Pada awalnya ia diberi nama Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini merupakan pusat ilmu negeri Kelantan pada seketika dahulu. Ia dibina pada tahun 1867. Masjid Muhammadi begitu bersejarah, di mana masjid ini juga digunakan sebagai pondok belajar yang telah dihadiri ramai ulama tershohor di negeri Kelantan seperti tok Kenali, Haji wan abdullah dan Haji Nik wan Daud.

masjid ar-rahman Kubang Batang Setelah pulang ke hotel penginapan untuk berehat seketika, kami bergerak ke desitnasi seterusnya iaitu Masjid arRahman Kubang Batang. Keindahan di dalam dan di luar masjid ini cukup memukaukan. Ia telah dibina pada tahun 1951, kemudiannya telah diubahsuai pada tahun 1986 dan

maSjid ini meruPaKan PuSat ilmu negeri Kelantan Pada SeKetiKa dahulu. ia diBina Pada tahun 1867. maSjid muhammadi Begitu BerSejarah, di mana maSjid ini juga digunaKan SeBagai PondoK Belajar yang telah dihadiri ramai ulama terShohor di negeri Kelantan SePerti toK Kenali, haji Wan aBdullah dan haji niK Wan daud.

1992. Pengubahsuaian terbesar Masjid ar-Rahman telah bernula pada tahun 2016, di mana 100% dari struktur masjid ini telah diubahsuai. Kos pengubahsuaian masjid ini telah mencecah RM20 juta. Keistimewaan masjid ini di mana empat menaranya dibina dua tinggi dan dua rendah dengan kubah berwarna biru dan hijau. Badan masjid ini disalut marmar di mana ia mirip binaan Masjidil Haram. Keistimewaan penggunaan marmar ini adalah ia dapat menyejukkan masjid.

Zon Bebas Cukai Pangkalan Kubor Zon Bebas Cukai Pangkalan Kubor terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu dan telah diwujudkan di bawah Seksyen 65, akta Kastam 1967. Pengunjung dapat melawat ke destinasi ini dari jam 8.00 pagi hingaa 6.00 petang pada setiap hari. antara produk yang dijual adalah seperti jersi bola, pakaian wanita dan lelaki, kuali, coklat, pinggan mangkuk dan lain-lain pada harga murah. Selain itu, pelancong jmelawat dan bergambar dengan mural-mural yang dilukis pada loronglorong kedai di Zon Bebas Cukai Pangkalan Kubor. Perusahaan Budu Payae dan ikan masin Setelah selesai membeli-belah, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Perusahaan Budu Payae dan Ikan Masin Kak yah. Di lokasi ini, para pengunjung dapat mempelajari kaedah membuat budu secara tradisional, Kak yah sudah mengusahakan budu payae dan ikan masin selama 11 tahun. Jika anda peminat budu dan ikan masin, di sinilah tempat yang sesuai untuk membawa bekalan pulang.

Suluk tok Solehor Destinasi seterusnya adalah Suluk tok Solehor. tok Solehor dahulunya dikatakan mempunyai bakat berpuisi dan bersyair dan juga merupakan seorang yang kacak. Disebabkan bakatnya sendiri, tok Solehor telah menjadi seorang yang agak terkenal pada ketika itu. Disebabkan hal ini, perasaan riak telah timbul di dalam diri tok Solehor, lalu untuk menghilangkan perasaan ini, beliau telah membuat keputusan untuk mematikan dirinya (bersuluk) dirinya sebelum dirinya betul-betul mati. Bersuluk di dalam konteks ini bermaksud

untuk menyepikan diri di dalam gelap gelita. Dengan ini, tok Solehor telah menggali lubang seperti kubur, di mana beliau akan bersuluk di dalam lubang ini untuk tempoh masa yang tertentu. Pada masa kini, lokasi di mana tok Solehor telah bersuluk telah dipelihara dan dijadikan tarikan pelancong. Di lokasi ini, para pengunjung berpeluang untuk merasai pengalaman untuk bersuluk di dalam lubang kubur. di mana tok Solehor pernah bersuluk pada seketika dahulu.

muzium Wau Muzium wau terletak di Pantai Sri tujoh, tumpat. Muzium ini dibina bersempena Pesta wau antarabangsa Kelantan kali ke-28. Muzium ini merupakan muzium wau pertama di Kelantan dan merupakan Muzium wau kedua di dalam Malaysia selepas Muzium Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor. Pameran di muzium ini menjadi pusat rujukan dan maklumat mengenai perkembangan dan seni kraftangan wau seluruh di dunia. Selaint itu, muzium wau ini juga mempamerkan pelbagai jenis wau di Malaysia dan buku-buku rujukan serta peralatan membuat wau. Para pelancong dapat mengunjung ke Muzium wau Kelantan pada hari ahad hingga khamis dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang. Bayaran masuk ke muzium wau ini adalah RM2 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak.

telaga tok Kenali Destinasi seterusnya adalah di telaga tok Kenali. tok Kenali ataupu nama sebenarnya, Muhammad yusof Bin ahmad merupakan salah satu ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau juga merupakan pengasas MaIK (Majlis Agama Islam Kelantan) dan dikatakan rakan baik kepada tok Solehor. tok Kenali dilahir dan dibesarkan dalamz aman pemerintahan almarhum al-Sultan Muhammad II dan setahun selepas dibinanya Masjid Besar Kota Bharu. telaga tok Kenali ini merupakan telaga yang sering digunakan oleh tok Kenali dan telah dipelihara dan dijadikan tarikan kepada para pelancong

madrasah ihya ulummudin Madrasah Ihya ulummudin merupakan salah satu lokasi yang bersejarah di Kelantan,. Madrasah ini merupakan sebuah pondok tradisional yang mengadakan pengajian kitabkitab agama. Madrasah ini menerima pelajar dari umur 12

BerSuluK di dalam KonteKS ini BermaKSud untuK menyePiKan diri di dalam gelaP gelita. dengan ini, toK Solehor telah menggali luBang SePerti KuBur, di mana Beliau aKan BerSuluK di dalam luBang ini untuK temPoh maSa yang tertentu. Pada maSa Kini, loKaSi di mana toK Solehor telah BerSuluK telah diPelihara dan dijadiKan tariKan PelanCong.

PaSar Siti Khadijah meruPaKan Satu tariKan yang CuKuP PoPular di Kota Bahru. PaSar Siti Khadijah ini Sngat uniK Kerana dimonoPoli oleh Kaum Wanita. Boleh diKataKan 80% Peniaga-Peniaga di PaSar ini adalah Kaum Wanita.

hingga 25 tahun. Madrasah Ihya ulumuudin juga dibuka kepada orang awam untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti keagamaan seperti tilawah al-quran, qiamulail, khatam aLquran dan lain-lain.

masjid nuraini Masjid Nuraini juga dikenali sebagai Masjid Cahaya Mataku terletak di Pasor Hor, Kubang Kerian. Masjid ini telah dibina atas tapak lama masjid yang sebelum ini dikenali sebaai Masjid Paseho. Masjid ini telah siap pembinaan pada tahun 2009. Masjid ini telah dirasmikan pada 15 april 2011. Masjid ini mampu menampung sehingga 1,200 jemaah pada satu masa. Masjid Nuraini ini juga sangat unik, di mana terdapat ukiran kayu pada setiap penjuru masjid yang telah diimport dari Sumatera.

rumah tiang 12 Rumah tiang 12 yang terletak di Kampung Dusun Muda, Kota Bharu. Rumah tiang 12 merupakan rumah tradisional Kelantan yang telah diselamatkan oleh encik Johan ariff Ismail daripada hampir roboh dan musnah. Rumah ini dianggarkan berusia lebih daripada 100 tahun. Proses pembaikan dan pemasangan semula telah mengambil dua tahun untuk mengekalkan keaslian rumah asal. Lokasi asal rumah ini terletak kira-kira tiga kilometer dari tapak baharu di Kampung atas Paloh. Berdasarkan kajian, rumah ini telah dibina sekitar tahun 1800 tahun dan dipercayai menjadi tempat persinggahan ahli ulama.

Pasar Siti Khadijah Pasar Siti Khadijah merupakan satu tarikan yang cukup popular di Kota Bahru. Pasar Siti Khadijah ini sngat unik kerana dimonopoli oleh kaum wanita. Boleh dikatakan 80% peniaga-peniaga di pasar ini adalah kaum wanita. Pengunjung dapat membeli pelbagai barangan tempatan seperti keperluan harian, bahan mentah, barangan dapur dan juga pelbagai jenis pakaian lelaki dan wanita. Pasar ini mempunyai tiga aras, di mana aras pertama mengumpulkan kedai-kedai yang menjual barang dapur dan pasar basah manakala aras dua pula menjual makanan kering seperti serunding, keropok ikan, dodol, ikan kering, remoah ratus dan lain-lain. aras tiga pula merupakan bahagian pakaian, di mana terdapat kedai-kedai yang menjual kain pasang, kain batik, kain pelikat, telekung, baju wanita, t-shirt dan lain lain.

dataran ilmu / Palestine Corner Dataran Ilmu ataupun juga dikenali sebagai Palestine Corner merupakan satu kawasan di bandar Kota Bharu yang dihiasi mural berkonsepkan rakyat tempatan dan Palestine diinspirasikan daripada lawatan ke Gaza. ‘Street Art’ ini terletak di belakang deretan lot-lot kedai di Jalan Dato Pati. Dataran Ilmu ini adalah hasil Kerjasama Persatuan Seni Lukis Kelantan dan syarikat cat, Jotun. terdapat tiga fasa berbeza di lokasi ini iaitu Palestine Corner, Batik serta seni dan budaya.

This article is from: