3 minute read

DESTINASI PENANG HILL

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

Bukit Bendera teristimewa

Pulau Pinang memang terkenal sebagai destinasi percutian popular di kalangan rakyat tempatan. Pulau Pinang juga sudah beberapa kali disenaraikan dalam peta dunia pelancongan menjadikan ia destinasi popular buat pelancong luar negara. ada sesetengah dari mereka lebih kenal ‘Penang’ jika dibandingkan dengan Malaysia. Pulau Pinang ada segalanya. Dari pantai, pulau-pulau, taman tema, pusat membeli-belah, bangunan-bangunan bersejarah dan banyak lagi.

Advertisement

teks : Azli khAiri Abdul hAmid (Ak) GAmbAr : Ak & Photo by keith ChAn on unsPlAsh terimA kAsih : PenAnG hill CorPorAtion (sherry ooi) GAmbAr dirAkAmkAn menGGunAkAn sAmsunG GAlAxy s22 Plus Bukit bendera ialah bukit peranginan yang paling tua di malaysia. ia terdiri daripada gugusan batu granit yang berada di bahagian tengah Pulau Pinang dan mencapai ketinggian 833 meter dari aras laut di Western hill. selain Western hill, kemuncak-kemuncak lain yang merupakan sebahagian daripada bukit bendera termasuk bukit laksamana, tiger hill, bukit bendera and bukit kerajaan. nama bukit bendera sebenarnya merujuk kepada lokasi stesen kereta api bukit pada ketinggian 735 meter dari atas aras laut. semasa zaman penjajahan british, ia digelar Flagstaff hill. tujuan bendera birtish dikibarkan di sini sebagai tanda isyarat tibanya penghantaran mel. bukit bendera telah dibangunkan oleh british kerana mereka ingin mengelakkan suhu yang tinggi di tanah rendah. Adalah dipercayai kapten Francis light adalah orang pertama yang membuka jalan ke Puncak bukit bendera pada tahun 1788. Perkhidmatan kereta api bukit kemudian dibina untuk membawa pelawat naik ke puncak. selain kereta api bukit, anda boleh mendaki atau menggunakan laluan jip untuk sampai ke puncak. kereta api kabel bukit bendera atau Funikular train adalah dua bahagian kereta api bukit yang mendaki bukit bendera. Perjalanan mengambil masa kira-kira setengah jam. Penumpang perlu bertukar kereta api di stesen titik tengah. sistem kereta api berusia 87 tahun itu kini telah digantikan dengan sistem kereta api baru yang lebih cepat dan selesa pada 22 Februari 2010. kereta Api Funikular bukit bendera direka oleh Arnold r Johnson, seorang jurutera dengan Persekutuan kereta Api tanah melayu , berdasarkan reka bentuk switzerland. kereta api funikular itu ditarik oleh kabel keluli didorong elektrik dengan kuasa 500 volt. terdapat sebuah terowong sepanjang 258 kaki panjang dengan kecuraman 27.9, yang

Bukit Bendera telah diBangunkan oleh British kerana mereka ingin mengelakkan suhu yang tinggi di tanah rendah. adalah dipercayai kapten Francis light adalah orang pertama yang memBuka jalan ke puncak Bukit Bendera pada tahun 1788. perkhidmatan kereta api Bukit kemudian diBina untuk memBawa pelawat naik ke puncak.

adalah merupakan landasan tercuram di dunia. ia mengambil masa selama 30 minit untuk ke puncak namun kini dengan kereta api baru, hanya kurang 10 minit untuk tiba di puncak. bukit bendera juga telah disenaraikan di bawah Program manusia dan biosfera unesCo, menjadikan ia sebagai rizab biosfera bukit bendera.

Jika sebelum-sebelum ini, pabila bercuti di Pulau Pinang, ramai yang memilih untuk bermalam samaada di dalam bandaraya Georgetown atau hotel-hotel yang berhadapan dengan pantai. Apa kata jika kali ini anda buat pilihan untuk cuba bermalam di bukit bendera pula. Pasti pengalaman bermalam di sini akan memberikan pengalaman yang baru buat anda.

4 sebab kenapa perlu lawat Bukit Bendera

1. Pengalaman menaiki kereta api funikular di Malaysia. 2. Melihat keindahan Bandaraya

Pulau Pinang dengan pemandangan 360 darjah. 3. Melihat pemandangan matahari terbenam yang cukup menakjubkan. 4. Pengalaman mandi Forest Bathing di The Habitat.

This article is from: