11 minute read

DESTINASI/JEJAK EL DORADO SuNGAI LEMBING

Next Article
LEISuRE NESPRESSO

LEISuRE NESPRESSO

jejak el-dorado Pahang

Sungai Lembing merupakan pekan kecil yang terletak di Kuantan, Pahang. Pekan ini dahulunya terkenal dengan kegiatan perlombongan lebih 100 tahum dahulu sehinggakan telah diberikan gelaran ‘El Dorado of the East’. Hasil perlombongan di sini dicatatkan mencecah sehingga 13 juta tan metric pengeluaran biji timah. Walau bagaimanun, era kegemilangan berakhir apabila berlakunya penutupan lombong biji timah pada tahun 1986.

Advertisement

teks : Luqman Imzan (WartaWan PeLatIh) foto : Luqman & Photo by Lam Janet on unsPLash terIma kasIh : tourIsm maLaysIa WILayah tImur

Pada tahun 2001, Pekan sungai Lembing yang kecil ini telah digiatkan semula sebagai tarikan pelancongan warisan dengan pembukaan muzium sungai Lembing. meskipun ianya kelihatan kecil dan berada 42 kilometer dari kuantan namun jangan tertipu akan saiznya kerana sebenarnya di sungai Lembing terdapat banyak lagi tarikan pelancongan yang indah dan menarik untuk para pelancong untuk rasai sendiri.

muzium sungai lembing tarikan utama di sini adalah muzium sungai Lembing. Pameran di muzium sungai Lembing menggambarkan kisah kegemilangan dan kejatuhan sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bijih timah. Peristiwa-peristiwa penting yang tercatat di dalam sejarah sungai Lembing juga boleh dipelajari

di sini. struktur muzium sungai Lembing ini pada asalnya merupakan banglo dua tingkat yang dimiliki bekas pegawai lombong. Pelancong dapat menikmati kedua-dua aras muzium ini, di mana pameran aras pertama mempamerkan pengenalan sungai Lembing, sejarah Pahang Consolidated Company Limited (PCCL), dan diorama perlombongan manakala aras dua pula mempamerkan sejarah perlombongan geologi dan geomorfologi, memori perlombongan, ekonomi perlombongan dan juga kaedah, peralatan dan pakaian yang digunakan semasa perlombongan. muzium sungai Lembing dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

sunrise hill Para pelancong juga dapat menikmati alam semula jadi yang ditawarkan oleh sungai Lembing, terutamanya apabila mereka melawat sunrise hill. semasa lawatan kami di sungai Lembing, kami telah berjaya sampai ke puncak bukit dengan menggunkaan kenderaan pacuan empat roda (4x4), Jika anda lebih ‘fit’ dan inginkan cabaran boleh mendaki ke puncak bukit. sesuai dengan namanya, para pelancong dinasihatkan untuk melawat sunrise hill pada awal pagi di mana mereka boleh melihat pemandangan matahari terbit yang cukup indah dari puncak bukit. selain itu, pelancong ynag mengunjungi sunrise hill juga berpeluang untuk mengambil gambar-gambar yang menarik kerana terdapatnya sebuah platform yang dibina menjulang di atas bukit, Ini membolehkan pelancong untuk bergambar dengan pemandangan matahari terbit sebagai latar belakang.

sungai jin Dengan meneruskan tema semula jadi, antara tarikan menarik yang boleh ditemui di sungai Lembing ialah sungai Jin. Para pelancong boleh meneroka kawasan ini dengan menempah pakej melalui operator kenderaan pacuan empat roda (4x4) mereka yang dapar membawa anda terus ke sungai Jin. kawasan ini yang agak terpencil dari kawasan sungai Lembing. sungai ini sangat sesuai bagi pengunjung untuk bermandi-manda bersama ahli keluarga. Pemndangan indah di sungai Jin juga menjadikan lokasi ini sebagai lokasi yang sangat ‘instagrammable’.

Pasir Puteri Pelancong juga boleh berkelah di Pasir Puteri, sungai di sini sangat luas dan tanpa tebing ini sesuai bagi ahli keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Pasir Puteri juga diberi nama jolokan Pasir kubur, oleh kerana lokasi ini berdekatan dengan kubur. sungai ini agak cetek dan sesuai untuk anak-anak kecil bermain. namun demikian, arus dan paras air di sungai ini akan meningkat pada musim hujan. salah satu tarikan yang menarik tentang Pasir Puteri adalah kenderaan dapat diletak di hujung tebing sungai dan pelancong dapat berkelah berhampiran arus air.

Pekan sungai lembing Pekan sungai Lembing juga merupakan lokasi dan tarikan yang sangat unik. Pekan sungai Lembing merupakan lokasi yang sangat sesuai untuk berbasikal dan ia juga dapat menarik perhatian pelancong yang gemar akan reka bentuk seni bina, di mana bagunan di sekitar kawsan sungai Lembing masih mengekalkan bagunan asalnya yang terdapat pengaruh british dan juga pengaruh tempatan di dalam seni bina struktur bagunan. selain itu, terdapat juga banyak ‘hotspot’ bergambar di sekeliling Pekan sungai Lembing, yang boleh ditemui oleh para pelancong.

jambatan gantung kolong Pahat terletak berdekatan dengan muzium sungai Lembing, pelancong juga boleh berkunjung ke Jamabatan Gantung kolong Pahat yang sudah berusia lebih 100 tahun. meskipun, dinamakan antara jambatan tertua, jambatan ini sudah dibaikpulih untuk memastikan keselamatan penggunanya. selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemandangan yang sangat cantik semasa menyeberangi jambatan gantung ini. Para pengunjung juga berpeluang bergambar di sekitar kawasan jambatan gantung di mana terletaknya bekas gua lombong.

Lambaian Tanah Suci SeLepaS pendemik

Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.

oleh : AZlIe hAlIM

SetelAh lebih dua tahun ibadat haji dan Umrah ‘tergendala’ akibat pendemik Covid 19 dengan pelbagai sekatan, akhirnya tanah suci Mekah dan Madinah dibuka untuk tetamunya. Syukur pada Ilahi, berkat doa yang tidak pernah jemu sepanjang tempoh pendemik akhirnya dimakbulkan. Jemputan ke tanah Suci selepas pintu sempadan mula dibuka merupakan rahmat yang cukup besar dan penuh makna.

Suasana di Arab Saudi khususnya di Masjidil haram kian sibuk dengan kehadiran lebih ramai jemaah umrah berikutan langkah pihak berkuasa Saudi melonggarkan SoP (Standard Operation Procedur) bagi pengunjung dari dalam dan luar negara. Walau pun pihak berkuasa Arab Saudi sudah tidak mewajibkan suntikan vaksin dan ujian PCR, namun syarat tertera dalam aplikasi tawakkalna dan eatmarna diwajibkan seperti mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan daripada jangkitan Covid-19.

Masjidil haram dibanjiri dengan tetamu Allah yang datang dari segenap pelusuk dunia. Pada wajah mereka terpancar rasa gembira, air mata bahagia melahirkan kesyukuran kembali ke kota-kota Suci setelah pendemik Covid-19 berakhir. Sesungguhnya perjalanan ke Rumah Allah bukanlah sekadar bercuti atau melancong semata-semata. Ia adalah satu perjalanan seorang hamba menemui PenciptaNya. Jadi perjalanan ini haruslah disertai dengan niat yang ikhlas untuk beribadah kerana Allah.

Buat yang pertama kali yang ingin menuju Baitullah menunaikan ibadah Umrah, anda perlulah membuat persiapan awal khususnya dalam tatacara mengerjakan ibadah umrah di tanah suci. Sebagai persediaan yang terakhir sebelum berangkat pastikan anda membawa set kain ihram, satu set tali pinggang umrah, botol spray air untuk mengambil wuduk, plastik atau beg kecil untuk mengisi kasut, peralatan kebersihan diri, cawan atau botol plastik, sejadah kecil dan beberapa ubat-ubatan penting.

Bagi yang membuat penerbangan terus ke Jeddah untuk ke Mekah, anda dinasihatkan untuk memakai terus ihram sebelum atau ketika di dalam pesawat. Apabila sampai di lokasi Miqat iaitu tempat untuk mula berniat ihram, anda boleh terus berniat ihram untuk menunaikan Umrah.

Menjejakkan kaki ke tanah suci merupakan saat paling indah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. tempat utama yang wajib ditujui di Makah adalah Masjidil haram yang merupakan masjid paling suci bagi umat Islam. Masjid ini juga di dalamnya terletak Ka'bah yang menjadi arah kiblat bagi seluruh umat Islam apabila ingin mengerjakan ibadah solat. Mana tidaknya, ganjaran bagi sesiapa yang menunaikan solat di masjid al-haram adalah amat besar berbanding masjid-masjid yang lain. Diriwayatkan oleh

SUASANA DI ARAB SAUDI KhUSUSNyA DI MASJIDIl hARAM KIAN SIBUK DeNgAN KehADIRAN leBIh RAMAI JeMAAh UMRAh BeRIKUtAN lANgKAh PIhAK BeRKUASA SAUDI MeloNggARKAN SoP (Standard OPeratiOn PrOcedur) BAgI PeNgUNJUNg DARI DAlAM DAN lUAR NegARA.

MeNJeJAKKAN KAKI Ke tANAh SUCI MeRUPAKAN SAAt PAlINg INDAh yANg tIDAK DAPAt DIgAMBARKAN DeNgAN KAtAKAtA. teMPAt UtAMA yANg WAJIB DItUJUI DI MAKAh ADAlAh MASJIDIl hARAM yANg MeRUPAKAN MASJID PAlINg SUCI BAgI UMAt ISlAM.

tIDAK leNgKAP PeRJAlANAN Ke tANAh SUCI tANPA MeNZIARAhI MASJID Al-NABAWI AtAU "MASJID NABI" yANg MeRUPAKAN KotA yANg KeDUA PAlINg SUCI BAgI UMAt ISlAM. MASJID INI ASAlNyA DIBINA oleh RASUllUllAh SeNDIRI, BeRSeBelAhAN DeNgAN RUMAh yANg BAgINDA DIAMI SelePAS PeRIStIWA hIJRAh PADA tAhUN 622 MASIhI.

Jabir bin Abdillah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Solat di masjidku ini (masjid nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat yang lain melainkan masjid al-Haram. dan solat di Masjid al-Haram lebih baik daripada 100 ribu solat di tempat lain”. [Riwayat Ahmad (15271)]

Di Masjidil haram selain Ka’bah terdapat Makam Ibrahim, hajarul Aswad, hijir Ismail dan telaga Zam Zam. Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan binaan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Ka’bah .

Sementara itu hajarul Aswad pula terletak di penjuru keempat Ka’bah. hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga. Menurut sejarah, hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orangorang Musyrik. hijir Ismail pula merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Ka’bah.Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Ka’bah. hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja yang berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar. orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan solat sunat dua rakaat di hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.

Jika ke kota suci Mekah, air zam-zam adalah air yang cukup banyak manfaatnya. Air ini mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana menjadi penawar kepada penyakit, menghilangkan lapar dan dahaga. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud: " dari ibnu abbas r.a. katanya, rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At tabrani dan Ibnu hibban. tidak lengkap perjalanan ke tanah suci tanpa menziarahi

Masjid al-Nabawi atau "Masjid nabi" yang merupakan kota yang kedua paling suci bagi umat Islam. Masjid ini asalnya dibina oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa hijrah pada tahun 622 Masihi.

Di masjid ini, terdapat Makam Nabi Muhammad SAW dan dua sahabat Abu Bakar dan Umar serta rumah-rumah isteri nabi dan juga Raudhah - tempat yang diyakini sebagai taman surga- dipadukan di dalam masjid. Menurut hadis Al-Bukhari dari Abu huraira, Nabi Muhammad pernah bersabda: "antara rumahku dan mimbar adalah taman surga.”

Apa yang menarik tentang Madinah? Bagi mereka yang belum pernah datang ke Madinah barangkali mereka akan tertanya-tanya apa kelebihan Madinah, yang terlalu istimewa di hati umat Islam.

Nabi Muhammad S.A.W telah membuka kembali kota Madinah al-Munawwarah semasa Baginda berhijrah.Nama asal Madinah ialah Yathrib. Perkataan Yathrib maksudnya sedih dan menyesal dan ia berasal daripada nama seorang yahudi yang pertama kali membuka penempatan di sini. Setiap sudut dan penjuru kota Madinah adalah saksi kepada kisah kehidupan Nabi Muhammad. terlalu banyak nama yang diberikan kepada Madinah, bagi menggambarkan betapa tinggi nilainya di sisi umat Islam dan betapa dekatnya tempat ini di hati mereka. Dipercayai terdapat lebih 1000 nama bagi menggambarkan Madinah. Antaranya, al-Munawwarah (yang bercahaya), toyyibah (baik), tibah (baik), Madkhala sidqin (tempat masuk yang benar) dan lain-lain.

Madinah terletak di tengah-tengah lembah yang subur, yang dikelilingi kawasan berbatu besar, kesan daripada batuan gunung berapi yang sudahpun tidak aktif. Madinah turut dikeliling bukit yang besar di sebelah utara dan selatan, yang menjadi penampan kepada musuh yang datang dari luar. Juga terdapat bukit di sebelah barat. hal ini menyebabkan musuh sukar untuk masuk ke dalam Madinah.

Sepanjang perjuangan Nabi di Madinah, terdapat banyak peperangan yang disertai oleh Nabi. hampir semua peperangan dimenangi oleh Rasulullah dalam keadaan kecederaan yang minima. Namun, Bukit Uhud menjadi saksi peperangan Rasulullah yang sengit dan mendatangkan kecederaan agak parah kepada Nabi. Bukit Uhud menjadi pelindung kepada Nabi saat kuffar Makkah menyerang dan membalas serangan pusingan pertama umat Islam.

Nabi pernah patah gigi di sini, pernah tertikam dan dihempap topi besinya dengan batu. Malah Nabi pernah pengsan di Bukit Uhud.

Apa yang pasti peluang mengerjakan Umrah serta Ziarah di tanah Suci Mekah dan Madinah selepas pendemik Covid -19 merupakan satu rahmat yang cukup besar buat seluruh umat Islam. Semoga kota suci ini akan terus menerima kunjungan semua sekali gus memberikan rahmat buat sekelian alam.

NABI MUhAMMAD S.A.W telAh MeMBUKA KeMBAlI KotA MADINAh Al-MUNAWWARAh SeMASA BAgINDA BeRhIJRAh. NAMA ASAl MADINAh IAlAh yAthRIB.

This article is from: