Maal Hijrah 1435h

Page 1



M A J L I S

P E R H I M P U N A N

P E R I N G K AT

S A M B U T A N

K E B A N G S A A N

TA H U N 1 4 3 5 H / 2 0 1 3 M WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH 1 Muharam 1435H / 5 November 2013M (Selasa) Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya


SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIV ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor), D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.K.(Brunei), D.P.(Sarawak), D.U.N.M., S.M.D.K., S.H.M.S., S.G.M.K., S.P.M.K., S.S.D.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adipradana (Indonesia), Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John., Hon. Ph.D (UUM), Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum and Grand Cordon of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Knight of the Most Illustrious Order of The Royal House of Chakri (Thailand), Order of the Rammata Thailand.



SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU HAJAH HAMINAH D.M.N., D.K., D.K.H., Grand Cordon of the Order of the Precious Crown (Japan), Knight Grand Cross (First Class) of The Most Illustrious Order of Chula Chom Klao (Thailand).



Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Perutusan YAB Perdana Menteri

6

A

lhamdulillah, marilah kita merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kita pelbagai nikmat sepanjang kehidupan ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang telah membawa rahmat semesta alam. Bersempena dengan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M ini, saya menyeru diri saya dan seluruh masyarakat Islam di negara ini untuk sama-sama berhijrah meningkatkan kualiti takwa kepada Allah Yang Maha Esa. Sesungguhnya peristiwa hijratur Rasul SAW ini mengandungi banyak ‘ibrah (iktibar) dan pengajaran yang amat bernilai kepada umat Islam. Bagi menjiwai tema sambutan tahun ini iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”, maka saya mengajak masyarakat Islam untuk bermuhasabah dan menginjak paradigma kita ke arah pembinaan ummah yang bersatu dan cemerlang khususnya demi mempertahan kedaulatan agama dan negara. Kita harus berusaha gigih memastikan agenda pembangunan ummah dan negara terus terbela. Berdasarkan falsafah peristiwa hijrah, kita telah berjaya menterjemahkannya kepada perancangan transformasi negara demi membawa Malaysia ke suatu keadaan yang lebih baik. Transformasi ini telah mengangkat imej negara sekali gus mengukuhkan lagi keyakinan kita betapa konsep kesederhanaan yang diamalkan telah mengubah landskap kemajuan negara. Kefahaman terhadap konsep ini telah membuka ruang untuk kita merealisasikan agenda meningkatkan pendapatan per kapita rakyat, keadilan sosial, transformasi pendidikan, kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk semua dan penjanaan kekayaan nasional selain memastikan perpaduan kaum terus terpelihara.


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Ironiknya, peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah memberi kita kesedaran bahawa kesederhanaan dalam Islam mampu mengubah persepsi manusiawi terhadap kejayaan tamadun sesuatu bangsa. Kita optimis bahawa faktor kesatuan ummah elemen terpenting bagi mencapai kemajuan negara. Manakala perpecahan pula menyebabkan kehancurannya. Islam telah menegaskan bahawa perpecahan tidak menguntungkan mana-mana pihak. Justeru, para pemimpin negara ini sejak dahulu lagi mengutamakan kesatuan dan perpaduan yang kita kecapi hari ini. Mereka meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya. Perubahan biarlah yang terancang, tersusun dan rapi kerana ia lebih terjamin berbanding dengan meruntuhkan apa yang telah dibina. Dalam menjiwai semangat hijratur Rasul SAW ini, kita wajib memelihara dan mempertahan kedaulatan negara khususnya kedudukan agama Islam seperti termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan konsep wasatiyyah. Saya yakin, konsep ini mampu memelihara kesucian Islam, menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadi pemangkin kepada transformasi dalam pelbagai aspek serta menjadi kelebihan kepada setiap lapisan masyarakat. Rentetan itu, tahun baru hijrah kali ini, kita perlu teruskan dengan penghayatan yang mendalam. la mendasari agenda untuk mengisi makna sebenar hijrah itu iaitu sejauh manakah kejayaan yang dicapai setakat ini dalam mempersiapkan Malaysia yang progresif untuk generasi akan datang. Usaha membugarkan generasi muda dengan maklumat tepat sejarah hijrah ini perlu dilakukan agar mereka fahami tuntutannya. Mereka perlu dibimbing, dipersiap jati diri dan diperteguh akidahnya, barulah kita akan kekal dihormati. Ambillah iktibar dari negara-negara Islam yang mengalami krisis dalaman akibat perpecahan sesama mereka yang tiada berkesudahan. Implikasinya, negara kucar-kacir dan ekonomi merosot menyebabkan pembangunan turut terbantut. Saya menggesa semua umat Islam supaya menghargai keamanan, memelihara keharmonian dan memupuk perpaduan melalui peristiwa hijrah ini. Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M. Mudahmudahan kita dapat menghayati dan merealisasikan peristiwa hijrah ini demi agama, bangsa dan negara. Semoga negara berdaulat ini terus makmur di bawah perlindungan Allah SWT. Sekian, Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

7


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Kata Alu-Aluan YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

8

P

ertamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan ‘inayah-Nya, dapat kita sama-sama berhimpun dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M. Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan merupakan program tahunan anjuran kerajaan Malaysia yang diadakan bertujuan mengajak masyarakat untuk memperingati tahun baru dalam Islam di samping menghayati peristiwa hijrah serta menterjemahkan iktibar peristiwa bersejarah itu dalam kehidupan kita pada hari ini. Peristiwa hijrah dalam sejarah Islam merakamkan kisah perpindahan Rasulullah SAW dan umat Islam pada ketika itu dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Kejayaan perpindahan atau hijrah ini adalah berasaskan kesatuan akidah yang kukuh kepada Allah SWT. Justeru, “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sekali lagi dipilih sebagai tema Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M bagi memberi penekanan bahawa kesatuan ummah yang berlandaskan akidah yang satu serta bersandarkan al-Quran dan as-Sunnah adalah merupakan suatu perkara yang cukup signifikan bagi masyarakat Malaysia pada hari ini dengan mengambil kira pendekatan wasatiyyah.


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Melalui prinsip wasatiyyah, pendekatan yang diambil dalam menangani sesuatu perkara adalah secara sederhana dan seimbang sepertimana dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW dalam mencorakkan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik masyarakat madani. Akhirul kalam, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M, ingin mengambil ruang kesempatan dan peluang ini untuk merakamkan sekalung penghargaan kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kali ini. Mudah-mudahan segala kerjasama dan bantuan yang diberikan akan dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Sekian, wassalam.

MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN HAJI BAHAROM (B)

9


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Kata Alu-Aluan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

10

A

lhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan seluruh ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Marilah bersama-sama kita bersyukur ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan ‘inayah-Nya, sekali lagi tahun ini kita dapat menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M. Dalam konteks Malaysia, kita umat Islam seharusnya bersyukur dan bertuah, dengan berkat kesungguhan para umara’ yang sentiasa erat berganding bahu dengan para ulama’, Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan telah menjadi acara rasmi kerajaan sejak sekian lama, masih lagi kekal teguh terlaksana. Inilah majlis tradisi yang mesti kita pertahankan demi meletakkan syiar Islam sesuai pada kedudukannya. Tentunya melalui penganjuran majlis seumpama ini, umat Islam akan sentiasa menghayati peristiwa hijratul Rasulullah SAW yang telah diabadikan dalam sejarah umat Islam. Begitu banyak pengajaran yang perlu diambil iktibar melalui peristiwa hijrah tersebut. Antaranya komitmen tinggi perjuangan Rasulullah SAW bersama para sahabat menyebarkan agama Islam hingga tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Bersempena dengan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini, kerajaan telah bersetuju untuk memilih tema iaitu “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sebagai asas penghayatan bersama.


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Tema yang dipilih ini adalah bertepatan kepada kondisi semasa umat Islam yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran. Sudah tiba masanya seluruh umat Islam bersatu membina kekuatan dan persefahaman umat di atas landasan wasatiyyah. Sikap bertolak ansur, bekerjasama, bersederhana serta saling hormat menghormati adalah antara nilai mahmudah yang menjadi tunjang kepada pembentukan umat yang membawa rahmat kepada sekalian alam. Saya mendoakan semoga bersempena tahun baru hijrah ini, umat Islam di Malaysia akan terus memperkukuhkan azam untuk memberikan sumbangan besar kepada agama, bangsa dan negara. Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama padu serta komitmen tinggi untuk menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M. Saya mendoakan segala usaha murni tersebut akan dikira sebagai amal ibadah di sisi Allah SWT. Sekian, wassalam. “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA

11


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” 1.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil asas didikan dan panduan daripada Rasulullah SAW. Sepanjang perjalanan sejarah Islam prinsip ini telah berjaya menghasilkan tamadun yang begitu gemilang. Tamadun Islam yang terbina di Andalus contohnya telah berjaya memartabatkan nilai keilmuan yang melangkaui zaman. Ia juga berupaya menyusun dan mengatur komposisi masyarakat yang mempunyai kepelbagaian pemahaman, agama dan bangsa sehingga mewujudkan konsep Unity in Diversity – perpaduan di dalam kepelbagaian. Namanama hebat seperti Ibn Sina, Al Farabi, Al Khawarizmi dan Ibn Firnas adalah cendekiawan tersohor keluaran Andalus. Kesan dari negara yang harmoni dengan pengamalan wasatiyyah inilah Ibn Sina berjaya menghasilkan karya unggul Qanun fi at Tib yang dijadikan rujukan berdekad lamanya.

2.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga mencakupi pengertian adil dan keadilan. Fitrah manusia sememangnya tertarik dengan ajakan keadilan kerana ia terbitan akhlak dan bersifat universal. Resipi berlaku adil ini didasari petikan ayat al-Quran yang bermaksud :

12

“Sesungguhnya Allah memerintah (kamu agar) berlaku adil dan ihsan…” (Surah An-Nahl : ayat 90)


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Gandingan adil dan ihsan ini menjadikan kita sebagai umat yang sensitif dengan pertimbangan dosa dan pahala serta merasa sentiasa berada di bawah pengawasan Allah SWT. Ini menggambarkan bagi mereka yang tidak sensitif adalah mereka yang tersasar dari garis lurus wasatiyyah.

3.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga merangkumi maksud konsisten. Konsisten di atas jalan lurus yang telah diiktiraf oleh Allah SWT dan bukannya jalan yang melampau. Prinsip ini juga memimpin ummah agar tidak mengikuti golongan yang dimurkai kerana ketagihan melakukan kemungkaran sehingga sanggup membunuh 13

nabi sendiri. Bukan juga menuruti golongan pelaku bida’ah sehingga mengangkat martabat nabi menjadi tuhan. Dengan kata lain umat Islam perlu berada di atas jalan yang lurus secara berterusan dengan tidak cenderung melakukan kemungkaran dan menjauhi perbuatan bida’ah melampau lagi menyesatkan. Wasatiyyah atas makna konsisten juga melahirkan generasi yang tidak mudah putus asa, sentiasa memiliki motivasi untuk memacu diri agar terus maju dan juga melahirkan individu yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi untuk melakukan amal soleh.

4.

“Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” akhirnya akan menghasilkan ummah yang kuat seterusnya menjadi contoh ikutan. Ummah yang Bersambung di muka 16


Sepintas Lalu

Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H / 2012M



Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

kuat akan berupaya melindungi golongan yang lemah dan membela mereka yang teraniaya. Ummah yang kuat juga akan disegani kawan dan digeruni lawan. Ia juga akan melahirkan masyarakat yang memiliki semangat patriotisme yang tinggi, menyayangi perpaduan, taat kepada undang-undang serta sanggup berjuang bagi mempertahankan kedaulatan negara. Untuk menjadi contoh ikutan pula, kita perlu memiliki sifat proaktif yang sentiasa terdorong untuk mendahului dan terkehadapan dalam segala bidang. Di samping itu, wasatiyyah juga memupuk supaya ummah memiliki daya inovasi yang tinggi dalam mencetus idea-idea bernas untuk kegunaan ummah sejagat. Hasil daripada setiap konsep ini diharap kita mampu untuk membina negara mengikut acuan sendiri seterusnya menjadi kayu ukur dan ikutan kepada yang lain.

16

5.

Dalam konteks negara Malaysia yang sedang menuju sebagai sebuah negara maju, konsep “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah� perlu dijadikan sebagai suatu pendekatan yang holistik dalam segenap agenda transformasi yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Kita yakin bahawa konsep wasatiyyah – kesederhanaan, dapat diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat dan berupaya menjadi pemangkin kepada kesatuan ummah sepanjang zaman.


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Pengertian logo Ma al Hijrah Huruf

bermakna Hijrah

Warna biru bermakna persaudaraan Bulatan melambangkan glob dunia. la dilingkari sarang labah-labah yang mengungkit peristiwa dramatik dan mendebarkan jantung, iaitu ketika Rasulullah SAW bersama sahabat karibnya Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq bersembunyi di dalam gua ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Warna merah bermakna semangat pengorbanan Warna kuning bermakna keagungan

Huraian

Warna putih bermakna ďŹ trah manusia yang suci dan bersih

P

eristiwa Rasulullah SAW bersama-sama Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq berhijrah dari Kota Makkah ke Kota Madinah sebagaimana yang dilambangkan dengan sarang labah-labah dalam logo di atas merupakan kemuncak penghijrahan kaum Muhajirin yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah tamadun manusia. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna merah. Peristiwa tersebut merupakan suatu ikatan yang memecahkan tembok bangsa, kaum, qabilah dan adat resam. Ini dilambangkan dengan huruf berwarna biru.

Pengorbanan yang besar kerana agama dan perpaduan umat Islam telah mencetuskan keagungan Islam dan umatnya yang seterusnya membawa cahaya kemajuan dan tamadun ke seluruh dunia. Ini dilambangkan dengan warna kuning yang meliputi bulatan bumi (glob).

17


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Atur Cara Majlis

18

7.00 pagi

w

Ketibaan kontinjen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya

9.00 pagi

w

Ketibaan dif-dif jemputan

9.20 pagi

w

Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor

9.30 pagi

w

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah

w

Lagu Negaraku

w

Bacaan doa

w

Bacaan ayat-ayat suci al-Quran

w

Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Tahun 1435H/2013M

w

Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV

w

Persembahan Khas Ma‘al Hijrah


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

w 11.00 pagi w

Upacara Penganugerahan Tokoh Ma‘al Hijrah Tahun 1435H/2013M Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Santapan

w

Santapan/Jamuan ringan

w

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis

w

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah Mansor meninggalkan majlis

w

Majlis bersurai

19


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Senarai Nama Penerima Tokoh Ma al Hijrah KEBANGSAAN

20

1.

1408H/1987M Al-Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi

15. 1422H/2001M YBhg. Dato’ Dr. Ismail bin Ibrahim

2.

1409H/1988M YBhg. Profesor Tan Sri Datuk Ahmad bin Mohamed Ibrahim

16. 1423H/2002M YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Azhari

3.

1410H/1990M YBhg. Tan Sri Dato’ S.O.K. Ubaidulla bin Kadir Basha

4.

1411H/1991M YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Muhammad Abdul Ra’uf

17. 1424H/2003M YBhg. Dato’ Mursyid Di Raja Dato’ Paduka Syeikh Abdul Majid bin Muhammad Noor

5.

1412H/1992M YBhg. Tan Sri Dato’ Mohd. Asri bin Haji Muda

6.

1413H/1993M Tiada Penganugerahan

7.

1414H/1994M YM Raja Tun Mohar bin Raja Badiozaman

8.

1415H/1995M Tuan Haji Munawir Sjadzali

9.

1416H/1995M YABhg. Tun Dato’ Seri (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin

10. 1417H/1996M Tiada Penganugerahan 11. 1418H/1997M YBhg. Prof. Di Raja Tan Sri Dato’ Ungku Aziz bin Ungku Abdul Hamid 12. 1419H/1998M Tiada Penganugerahan 13. 1420H/1999M YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji bin Abdul Hamid 14. 1421H/2000M YBhg. Tan Sri Ainuddin bin Abdul Wahid

18. 1425H/2004M YBhg. Dato’ Dr. Abdul Halim bin Haji Ismail 19. 1426H/2005M YBhg. Ustaz (Dr) Muhammad Uthman El-Muhammady 20. 1427H/2005M 1) YBhg. Prof. Dr. Mohd Yusof bin Haji Othman 2) YBhg. Dato’ Haji Mustapha Ma bin Abdullah 21. 1428H/2006M 1) YAA Datuk Sheikh Ghazali bin Abdul Rahman 2) YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali bin Hashim 22. 1429H/2007M YBhg. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 23. 1430H/2008M YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Harussani bin Zakaria 24. 1431H/2009M YBhg. Tan Sri Mohd Yusuf bin Noor 25. 1432H/2010M YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz 26. 1433H/2011M YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Abdul Shukor bin Haji Husin


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

ANTARABANGSA 1. 1430H/2008M Prof. Dr. Wahbah Mustafa Al-Zuhayli Cendekiawan Islam dari negara Syria 2. 1431H/2009M Al-Allamah Prof Dr. Yusuf Al-Qaradawi Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia 3. 1433H/2011M Dr. Fouad bin Abdul Salaam bin Muhammad Al-Farisi Menteri Haji Kerajaan Arab Saudi

21


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Anugerah Tokoh Ma al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2012M

22

Allahyarham Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid bin Haji Othman


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Lagu Tema Ma al Hijrah Satu Muharam Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi Dan Umat Islam Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta Dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Ma‘al Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman

23


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Jawatankuasa Induk

24

PENGERUSI YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri

JAWATANKUASA PENERANGAN DAN SERANTA Pengerusi : Ketua Setiausaha, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

SETIAUSAHA YBhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Setiausaha :

Pegawai, Kementerian Komunikasi dan Multimedia

URUS SETIA INDUK Pengerusi : Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA SAMBUTAN VVIP, VIP DAN PROTOKOL Pengerusi : Setiausaha Bahagian Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

Setiausaha :

Setiausaha :

Pengarah Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH ANUGERAH MA‘AL HIJRAH Pengerusi : Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA PENGLIBATAN JABATAN-JABATAN KERAJAAN Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA PERHIMPUNAN, PERSEMBAHAN KHAS DAN PERJALANAN MAJLIS Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pengarah Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Pegawai Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri

JAWATANKUASA JEMPUTAN VVIP, VIP DAN ORANG AWAM Pengerusi : Pengarah Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Perhubungan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA PENERBITAN KHAS Pengerusi : Pengarah Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA BUKU ATUR CARA Pengerusi : Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia Setiausaha :

Pegawai, Jabatan Penerangan Malaysia


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

JAWATANKUASA PENGANGKUTAN Pengerusi : Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Setiausaha :

Pegawai, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

JAWATANKUASA KEWANGAN Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pengarah Bahagian Kewangan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT Pengerusi : Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Imam Besar Masjid Negara

JAWATANKUASA JAMUAN DAN KERAIAN Pengerusi : Pengarah Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN LALU LINTAS Pengerusi : Ketua Polis Kontinjen, Kuala Lumpur Setiausaha :

Pegawai, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur

JAWATANKUASA PENYIARAN, PENYEDIAAN PENTAS DAN PERHIASAN Pengerusi : Pengarah Bahagian Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Media, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA HADIAH DAN CENDERAMATA Pengerusi : Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JAWATANKUASA PROGRAM SEGMEN KHAS MA‘AL HIJRAH Pengerusi : Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Setiausaha :

Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

25


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Penghargaan Istana Negara Jabatan Perdana Menteri Kementerian Kewangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Kementerian Pertahanan Kementerian Luar Negeri Kementerian Kesihatan Kementerian Kerja Raya Jabatan Penerangan Malaysia Jabatan Pengangkutan Jalan 26

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Polis Diraja Malaysia Masjid Negara, Kuala Lumpur Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya Jabatan Penyiaran Malaysia Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Syarikat Swasta dan Orang Perseorangan Pertubuhan Akhbar, Berita dan Pihak Media Serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam menjayakan Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H / 2013M


Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Nota

27


Majlis Perhimpunan Sambutan Ma‘al Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M

Nota

28




Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.