• • • •
MRA turun ke Fukushima & Miyagi Program Warga Emas Bagan Serai Projek Pam Air MRA di Pakistan Rayuan RAMADHAN 1432
Jepun, Kami Bersama ANDA
Jepun, Kami Bersama ANDA Bencana Gempa, Tsunami dan Radiasi yang melanda Jepun baru-baru ini adalah satu bencana terbesar yang baru sahaja melanda bumi. Jepun dikatakan telah bersiap secara mental dan fizikal untuk menghadapi kedatangan tsunami ini kerana melalui peralatan dan kaedah teknologi canggih dunia satelit ianya telah dapat “diramalkan� akan berlaku. Namun, pengajaran kepada semua, ketentuan Allah datang dalam skala yang tidak terjangkau dan tidak mampu ditahan oleh persiapan dan kelengkapan yang disediakan. Ombak yang datang melebihi dari apa yang mereka sangkakan dan kemusnahan yang berlaku tidak tergambar oleh akal bijak mereka. Dengan penuh keinsafan, MRA hadir membantu dari sudut bantuan kemanusiaan di bumi sakura ini. Kami beroperasi di prefectures Fukushima dan Miyagi. Kami berada di Sendai, Minamisanriku, Ishinomaki, Shizugawa, Iwaki, Aomi dan banyak lagi tempat. Bantuan yang kami salurkan adalah bantuan makanan bermasak seperti Onigiri dan Takedashi. Onigiri adalah nasi pulut kepal segi tiga manakala takedashi ialah makanan bermasak, berkuah yang disesuaikan mengikut selera Jepun. MRA membantu apa yang terdaya, kami mempunyai pelbagai rancangan untuk membantu Jepun, namun tanpa segan sillu dinyatakan, hambatan dana mungkin menggangu rancangan bantuan yang telah digariskan untuk Jepun. Kami merayu agar tuan dan puan budiman yang membaca LAPANGAN untuk menghulurkan bantuan dan memberikan sokongan kepada kami. Kami juga sedia tampil memberikan penerangan dan maklumat lanjut mengenai peristiwa ini. Sehingga kini, masih terdapat ribuan penduduk yang masih menghuni di pusat penempatan bencana. GANBATTE KUDASAI!
AKAUN MRA: MAYBANK 5640 9820 6365
Kepala keretapi tersadai jauh dari landasan di Murasakiyama, Miyagi
Kesan kemusnahan dapat dilihat dimana-mana sahaja di kawasan yang teruk dilanda tsunami lalu
TIM MRA yang diketuai oleh Sdr. Khairil Annuar bersama barangan kiriman rakyat Malaysia di Islamic Centre, Sendai
MRA BEROPERASI DI FUKUSHIMA & MIYAGI
Sukarelawan MRA dan penghuni pusat penempatan di Shizugawa High School, Miyagi
Onigiri atau nasi pulut kepal tiga segi ini biasanya di balut dengan rumpai laut kering dan ditengah-
MRA membantu mengedarkan makanan bermasak seperti onigiri dan takedashi kepada penduduk yang menginap di pusat pemindahan. Makanan ini semua dapat disediakan dengan kerjasama dan bantuan NGO Jepun dan antarabangsa serta penuntut dan Kedutaan Malaysia di Jepun
Onigiri ini dihasilkan oleh penganut Buddha di Kogenji Temple yang terletak di Bunkyo, Tokyo. Mereka menyerahkan Onigiri yang disediakan kepada Otsuka Islamic Centre untuk dibawa ke Sendai, Fukushima.
MRA menghantar bantuan pertama ke Iwaki, Fukushima
Syed Putra, Syed Mokhtar , Sato Naburo dan Aqeel Siddiqui sedang mencari jalan untuk menghantar bantuan
Tuan Syed Putra, Syed Mokhtar pemangku Presiden, Alumni Look East Policy Society (ALEPS) mewakili MRA ke Iwaki
MRA dan PKPU ditemukan di Masjid Otsuka, Tokyo berkerjasama erat di Minamisanriku, Fukushima
Bantu membantu bawa berkat
Sukarelawan MRA bersama tim PUTRA SATU MALAYSIA bergambar ramai di Ishinomaki, Miyagi
MENGAKAR BUDI Kesibukan dengan bencana di JEPUN tidak pernah melalaikan MRA dari terus berbakti dan membantu PAKISTAN yang dilanda banjir bulan Oktober 2010 yang lalu. Melalui projek pembinaan Pam Air, MRA telah berjaya membina sebanyak 27 buah pam air yang mampu memberi manfaat kepada puluhan ribu keluarga. Rumah Syukur yang dibina oleh MRA sebagai respons kepada Gempa Bumi Padang tidak lama dulu telah mencapai angka 200 buah dan Rumah Syukriah yang dibangunkan untuk keluarga miskin, daif dan yatim di Pakistan selepas banjir besar 2010 telah mencapai angka 100 buah. Kami akan terus membina pam air dan rumah-rumah ini selagi ada yang ingin menyumbang kepada MRA. Didalam negeri, MRA terus menghulurkan bantuan kepada warga emas di Bagan Serai, terima kasih kepada pihak CARLSEM dan RCMP, UniKL diatas komitmen dan kesudian untuk turun membantu. Nantikan kemunculan Dewan Komuniti MRA di Pos Belum yang akan dimulakan pembinaannya dalam masa terdekat ini. Kehadiran bencana yang silih berganti menyebabkan kami tidak menang tangan dan kekeringan dana. Bolehkah anda membantu kami? Dari segi dana atau tenaga? Kalau boleh duadua sekali - itu lebih baik. PENGARANG.
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MAYBANK: 5640 9820 6365)
SUMBANGAN anda amat mereka nantikan
Bayangkan anak anda terpaksa mengambil air begini, bersyukurlah dan bantulah mereka yang memerlukan
PAKISTAN tetap di HATI MRA Seorang manusia memerlukan sebanyak 15-20 liter air bersih sehari Pusat Kesihatan: Seorang pesakit memerlukan air sebanyak 40-60 liter seorang
Air adalah kehidupan, bantulah mereka
Pusat PenyediaanMakanan: Seorang memerlukan 20-30 liter sehari
Semua peserta program Khidmat Masyarakat bergambar ramai
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH WARGA EMAS DI SEKOLAH MENENGAH AR-RIDHUAN, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN MRA-CARSEM WARDAH - UNIKL berganding bahu membantu Warga Emas yang menghuni pondok di Sekolah Menengah Ar Ridhuan, Bagan Serai, Perak baru-baru ini. Tiga organisasi yang mempunyai kepakaran dan kelebihan dalam bidang masing-masing, tampil menghulurkan bantuan. Berbincang mengenai system pondok dan rumah warga emas
Gotong Royong membersihkan kawasan
Teman-teman dari CARSEM WARDAH menjamu selera di kantin bersama-sama Warga Emas, tambah lagi lauk...
Pendedahan kerja gotong royong di peringkat usia muda amat penting dalam melahirkan generasi yang prihatin dan peduli umat
EM Bagan Serai TERBAIK dan SUBUR 45 hari yang lalu, satu sesi membuat cairan EM telah dilakukan di sekolah ini dan sebanyak tiga jenis hasilan EM telah berjaya dibuat; EM Sayur, EM Daun dan EM Buah. EM ini semuanya dihasilkan oleh penghuni warga emas disitu sendiri. Cairan EM yang terhasil
Sayur yang ditanam oleh penghuni
Hari ini, kami dapati kesemua EM yang dibuat pada hari tersebut (45 hari yang lalu) telah bertukar menjadi cecair yang berbau manis dan masam mengikut ramuan yang diberikan. Berkat usaha gigih dan ketekunan penghuni warga emaslah yang membantu menjadikan EM ini satu kejayaan bersama.
DR. KARIM sedang memeriksa pesakit
Berkongsi cerita kehidupan
TIM PERUBATAN ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK TURUN PADANG
Mencatit maklumat diri
2 minggu lalu, tim perubatan RCMP bersama kami di Lenga, Muar dalam Misi Bantuan Banjir Selatan dan hari ini kami bersama lagi dengan mereka dalam Misi Gotong Royong kali ini. Begitulah komitednya tim perubatan RCMP. Tim RCMP telah memberikan rawatan dan bantuan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penghuni warga emas disini. DIsamping itu, mereka turut membawa mahasiswa jurusan psikologi untuk berbual dan mendengar sebarang luahan hati para penghuni disini. MRA amat berterima kasih dengan sumbangan yang diberikan, semoga kita kekal berkerjasama dilain masa.
Memberikan ubat penawar sakit
Tim CARSEM WARDAH telah membantu Warga Emas membuat pendawaian semula disamping membaiki punca plag serta memastikan keselamatan adalah terjamin bagi setiap peralatan elektrik yang digunakan
SESI RAWATAN ROYAL COLLEGE OF MEDICINE PERAK DI RUMAH WARGA EMAS, SEKOLAH AR-RIDHUAN, BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN
Nina dan Tini, sukarelawan puppet MRA
PUPPET MRA MULAKAN OPERASI Tim Puppet ini juga telah mengadakan satu sesi pertunjukan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA—Al Khalifah di Cheras Baru. Persembahan mereka amat menarik perhatian seluruh adik-adik dari kalangan pelajar Rohingya di sekolah tersebut. Mereka cukup terhibur dengan cerita dan cara penyampaiannya.
Guna stokin saja
Mereka juga diajar bagaimana untuk menggunakan puppet ini dan kelihatan semua adik-adik yang hadir amat teruja dan begitu gembira sekali, tahniah kepada Tim Puppet MRA. Anda juga boleh menjemput Tim Puppet MRA untuk hadir ke tempat anda. Hubungi kami di talian 03 2697 2007.
PUPPET MRA adalah tim baru yang dibangunkan oleh sukarelawan MRA yang prihatin dan komited. Tim Puppet ini mendapat tunjukajar dan bimbingan dari Cik Norashikin Sulaiman, mahasiswi Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor. Terima kasih cikgu. Selepas dua kelas teori dan latihan, tim puppet MRA ini sudah menghasilkan satu video ringkas yang terakam di Youtube bagi membantu Misi Bantuan Ke JEPUN—Kami Bersama Anda. Tim Puppet ini adalah sebahagian daripada gerakerja MRA untuk mendidik adik-adik mengenai kempen-kempen yang dianjurkan.
“INGAT! Aku akan kembali ke Arakan”
MRA DI DIPLOMA SHOWCASE FACTFACT-
MRA telah membuka sebuah booth pameran sempena Diploma Showcas FACT-UITM baru-baru ini di Ruang Legar Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur. Di kesempatan ini, MRA juga telah mengadakan kempen mengumpul tandatangan dari semua peserta yang hadir dalam program tersebut. Sebanyak dua buah banner telahpun penuh ditandatangani oleh para pengunjung dan mahasiswa yang terbabit. MRA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua mahasiswa yang terlibat didalam pementasan sepanjang teater ini berjalan. Mesej yang disampaikan kepada masyarakat melalui pendekatan ini pastinya lebih meninggalkan kesan mendalam kepada mereka yang menontonnya. Banner yang anda tandatangani akan kami pasangkan di kawasan yang menempatkan mangsa-mangsa terbabit.
SUMBANGAN RAMADHAN
Anak muslim Sr i Langka
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orangorang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Alquran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari -hari yang lain. (Al-Baqarah, 2:183-185).
�Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.� (HR. At Tirmidzi)
BANTUAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK KEMPEN RAMADHAN AKAUN MRA: MAYBANK 5640 9820 6365 HUBUNGI SEKRETARIAT MRA TEL / FAKS: 03 2697 2007
Harung denai redah belantara Kudup seroja jangan dihilang Tolong bantu mereda sengsara Hidup mulia rumpun terbilang