Catatan Dari Lapangan

Page 1

CATATAN dari LAPANGAN Shahrul Peshawar


MUQADDIMAH Assalamualaikum, Senge? Staley Marshi? Tabiat tik? E-buku ini yang diberi nama CATATAN DARI LAPANGAN merupakan kumpulan tulisan-tulisan yang dicatit sahaja sebelum ini di buku nota, ada yang telah ditulis di Media Sosial dan dibincangkan dalam siri-siri pelatihan dan perkongsian yang saya sertai, namun belum pernah ditulis secara penuh. Penulisan ini merupakan kumpulan siri-siri pengalaman yang saya lalui sepanjang terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan sejak mula terlibat secara serius bermula dari tahun 1994 yang lalu.

CATATAN LAPANGAN : MUQADDIMAH

CATATAN dari LAPANGAN

Rugi rasanya kalau pengalaman-pengalaman dan apa yang saya dan teman-teman lalui ini tidak ditulis dan dikongsi dengan yang lain, setidak -tidaknya ia dapat memberiikan satu sudut pandang lain yang mungkin berbeza terhdap sesuatu isu dan konflik. Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pahit manis, keseronokkan, cabaran dan kisah benar yang berlaku dalam dunia bantuan kemanusiaan yang saya lalui. Tujuannya untuk memberikan sudut pandang saya mengenai sesuatu isu dan keadaan itu. Ini adalah pandangan peribadi saya dan bukannya pandangan rasmi mana-mana organisasi yang saya sertai. Penulisan ini ditulis tidak untuk mengampu sesiapa apatah lagi untuk memperlecehkan sesiapa, ianya hanyalah nukilan rasa sebagai seorang petugas bantuan kemanusiaan yang melihat setiap perkara yang berlaku itu dengan mata dan kepala sendiri. Moga penulisan ringkas ini dapat memberikan sedikit manfaat dan ada sesuatu yang boleh dikongsi darinya walaupun ianya ditulis dalam bentuk santai, tidak terlalu akademik dan formal. Jika ada mana-mana bahagian dari tulisan saya ini yang menyinggung perasaan dan menghiris hati sesiapa, saya sertakan serangkap pantun ini sebagai menenangkan keadaan:Kalau ada jarum yang patah Jangan disimpan di dalam peti Kalau ada silap dan salah Jangan disimpan di dalam hati. Saya dedikasikan tulisan ringkas ini buat semua SAHABAT MRA.

SHAHRUL PESHAWAR

Penulisan ini bertujuan untuk berkongsi pahit manis, keseronokkan, cabaran dan kisah benar yang berlaku dalam dunia bantuan kemanusiaan yang saya lalui


MUKASURAT Tajuk

Mukasurat

MUQADDIMAH

1

DAFTAR MUKASURAT

2

ROADSIDE ASSISTANCE

5-8

BANTUAN SAUDARA MARA

11 - 14

DILEMA POLITIK SETEMPAT

17 - 20

MEDIA GIMMICK

23 - 26

HUMANITARIAN PLAGIAT

29 - 32

KAMI YANG PALING…

35 - 38

MEMILIH SASARAN

41 - 44

PROTOKOL LAH SANGAT

47 - 50

MENGHORMATI PRIVACY

53 - 56

VOLUNTOURISM

59 - 64

PETA KAWASAN OPERASI MRA

68 - 69

PETA OPERASI DALAM MALAYSIA

70 - 71

Gambar Depan:

Antara Tim Sukarelawan MRA yang awal terlibat dalam Misi Banjir Utara 2010. Seorang hanya ada 7minit untuk ke bilik air.

Gambar Belakang: Misi Banjir Utara 2010, kenangan manis bersama Sdr. Azhar Mohamed, Ustaz Suhaimi Latip dan Ustaz Shazni Abdullah, sama-sama hanyut. CATATAN DARI LAPANGAN ms 2

CATATAN LAPANGAN : MUKASURAT

CATATAN dari LAPANGAN


BE

Presid air ya MRA

Selain Ruma Buka


EKALAN AIR DI UTARA PAKISTAN

den MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik sedang menguji kualiti ang dipam keluar dari telaga yang telah dibangunkan oleh di kawasan yang terjejas teruk akibat banjir dalam tahun 2010.

n itu, MRA turut mebangunkan sebuah Mini Hidro-Elektrik, ah Syukriah (80 buah), Agihan Item Makanan (FI) dan Agihan an Item Makanan (NFI).


ROADSIDE ASSISTANCE Dalam penyaluran bantuan di tempat-tempat yang terjejas akibat dilanda bencana, tidak hanya banjir, termasuklah gempa bumi, tsunami, tanah runtuh, ribut, peperangan dan sebagainya, sentiasa ada risiko bagi seorang petugas bantuan kemanusiaan dalam menyalurkan bantuan tidak kepada mereka yang benarbenar memerlukan. Ianya berlaku atas banyak faktor, apatah lagi jika agihan dilakukan di satu daerah atau lokasi yang cukup asing bagi kami, sudahlah geografinya asing, cuaca juga asing, bahasa juga asing, feel dan perangai juga tidak sama dengan kita, maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan ini. Ia merupakan lumrah dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan sebenarnya.

CATATAN LAPANGAN NO 01: ROADSIDE ASSISTANCE

CATATAN LAPANGAN NO 01

Namun, kelopongan ini boleh diatasi sekiranya kita berkerja dengan organisasi tempatan yang mempunyaii reputasi dan kredibiliti serta ada integriti yang tinggi. Ataupun setidaktidaknya sebuah organisasi yang memiliki salah satu dari ciri-ciri tersebut. Ianya perlu dijangkakan sedari awal dan dimasukkan ke dalam PLAN KECEMASAN (contigency plan) anda. Menjangka sesuatu yang bakal berlaku adalah lebih baik dan “menenangkan” daripada melihat ianya berlaku tanpa dirancang. Apakah yang dimaksudkan sebagai Roadside Assistance ini yang kalau diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia bermaksud “Bantuan di pinggir jalan”? Roadside Assistance ini merupakan sesuatu yang “real” dan ada dalam bencana yang berlaku di Malaysia juga. Tidak sukar untuk kenal dengan mereka yang terlibat. Tapi bila sudah kenal tu, tak perlulah pulak menyindir dan menghina mereka. Cakaplah dengan baik dan dalam nada menasihati sahaja, mereka pun bukan orang senang, tapi keadaan memberikan mereka ruang dan peluang untuk mendapatkan habuan dari orang ramai yang lalu lalang dan tidak ada tujuan / sasaran untuk membantu. Selalunya yang jadi mangsa adalah golongan pelancung bencana atau saya istilahkan sebagai “Voluntourism”, mereka yang berada di Ground Zero untuk cakar makar (jalan-jalan) sahaja. Mereka ini memang menjadi sasaran untuk dikelentong dan dikelebaui oleh tim ini. CATATAN DARI LAPANGAN ms 5

Namun, kelopongan ini boleh diatasi sekiranya kita berkerja dengan organisasi tempatan yang mempunyaii reputasi dan kredibiliti serta ada integriti yang tinggi.


Kebiasaannya agihan bantuan di tepi jalan ini akan diberikan kepada orang yang tidak 100% terjejas. Mereka bukanlah dari kelompok yang sangat terdesak atau memerlukan di lapangan. Mungkin ada diantara mereka yang turut menjadi mangsa tetapi tidak seteruk orang lain. Kelompok ini biasanya akan menunggu anda di tepi jalan, membawa bersama mereka anak-anak kecil dan warga emas untuk menarik perhatian. Mana yang lebih panjang akalnya, akan juga membawa sepanduk atau poster bagi menarik perhatian anda. Lebih menarik lagi, sekiranya anda berhenti, mereka akan membawa anda melawat ke rumah dan kawasan yang “musnah” di tepi jalan. Dalam KETERBATASAN DAN KESUNTUKAN MASA, anda pastinya akan menerima saja penerangan dan cerita mereka mengenai kerosakan yang menimpa. Padahal hakikatnya, anda tidak tahu pun siapa sebenarnya yang mendiami rumah tersebut. Apatah lagi jika anda hadir bersama kumpulan sukarelawan yang bukan anak tempatan. Mereka sama seperti anda, baru kali pertama sampai di kawasan tersebut. Penyaluran bantuan di tepi jalan ini bukan tidak boleh, tetapi ada kalanya ia tidak tepat dan tidak adil terutama kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan. Saya berikan contoh, pengalaman kami membantu ketika gempa, apabila jalanraya terputus, konvoi bantuan akan berhenti pada titik akhir kenderaan dapat masuk. Di sini anda pastinya telah dikerumuni oleh ramai penduduk yang mengharapkan bantuan dan “hadiah” dari anda. Anda boleh saja menyerah kalah dan longgokkan semua barangan bantuan anda disitu, anda boleh saja pulang ke penginapan dengan gambar berserta “footage” yang menarik tetapi pada hakikatnya mereka bukanlah kelompok sasaran yang tepat. Mangsa yang amat memerlukan adalah mereka yang berada di hujung jalan yang terputus (anda perlu pastikan bahawa itulah saja jalan masuk ke kawasan tersebut). Maka, penduduk di mana kenderaan anda berhenti mendapat faedah dan barang-barang yang anda bawa, melainkan anda dapat berbincang dan memastikan ianya dapat dihantar melalui cara berjalan kaki ke perkampungan yang berada di hujung jalan. Kebiasaannya mereka saling bantu membantu tetapi seperti saya tekankan, kita orang luar, kita tidak tahu konflik setempat dan ini berlaku ketika bencana melanda. Malah jangan terkejut kalau anda dinasihatkan untuk tidak pergi menghantar bantuan ke sesebuah kawasan atas bermacam alasan.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 6

CATATAN LAPANGAN NO 01: ROADSIDE ASSISTANCE

Penyaluran bantuan di tepi jalan ini bukan tidak boleh, tetapi ada kalanya ia tidak tepat dan tidak adil terutama kepada mereka yang sangat -sangat memerlukan


Ada ketika, kenderaan anda tidak dibenarkan untuk lalu dan meneruskan proses penghantaran selagi anda tidak membayar tol kepada mereka yang sedang menunggu di tepi jalan ini. Ianya sering menjadi masalah dan menimbulkan perbalahan di kalangan penduduk sesama mereka, menjadikan kita yang berniat baik hanya untuk membantu mereka yang ditimpa kesulitan dan kepayahan ini turut terperangkap dan terhimpit. Ianya sukar untuk dikawal dan dibendung, dalam keadaan kecemasan dan kelam kabut, selalunya banyak pihak akan mengambil kesempatan untuk diri mereka dan kelompok mereka. Susah juga untuk kita menafikan bantuan kepada mereka, tetapi kita kena berlaku adil kepada penduduk yang benar-benar memerlukan bantuan di kawasan yang terputus perhubungan. Fiqh Al Awlawiyyat perlu digunakan disini agar kita tidak dihimpit dengan rasa bersalah dalam melaksanakan bantuan.

CATATAN LAPANGAN NO 01: ROADSIDE ASSISTANCE

Roadside Assistance ada kalanya MENDATANGKAN KEMARAHAN kepada mereka yang benar-benar memerlukan, ini kerap kali berlaku apabila barangan bantuan yang dihantar tersangkut di tepi jalan. Dalam bencana skala besar, perkara seperti ini sering berlaku sekiranya kita tidak mempunyai rakan pelaksana tempatan untuk membantu.

MANGSA SEBENAR TIDAK MENERIMA BANTUAN, sebaliknya mereka yang berada di tepi jalan yang menerima segala macam agihan dan pelbagai pihak. Pengalaman kami dalam Misi Bantuan di Padang, Sumatera Barat sebagai contoh, kami berjalan merentasi sungai, sawah padi, menuruni bukit dan gunung, melalui jambatan sempit yang hanya boleh dilalui oleh motorsikal bagi menuju rumah penduduk yang rosak musnah terkesan gempa yang berlaku. Keluarga yang mendiami rumah-rumah yang jauh terpersok di kawasan terpencil seperti ini pastinya tidak akan ada di pinggir jalan, mereka akan berada di rumah membaiki apa yang boleh dan hidup bertahan ala kadar semampu mereka. Kalau ada bantuan sampai, Alhamdulillah, kalau tidak ada yang sampai, ini dianggap ujian dari Allah buat mereka. Mudah falsafah hidup mereka ini. Bem tentu kita boleh mencontohinya. Ada mangsa yang tidak boleh tinggalkan rumah mereka kerana ada ahli keluarga yang uzur, kanak-kanak dan sebagainya. Justeru keberadaan mereka ini hanya diketahui sekiranya kita berhubung terus dengan Bilik Bantuan yang ditubuhkan oleh pemerintah atau agensi bantuan tempatan. Mereka inilah yang amat memerlukan bantuan sebenarnya. CATATAN DARI LAPANGAN ms 7

Kalau ada bantuan sampai, Alhamdulillah, kalau tidak ada yang sampai, ini dianggap ujian dari Allah buat mereka


Roadside Assistance bukan sahaja penyakit yang menimpa mereka yang cuba mengambil kesempatan dari keseronokan dari kemurahan hati para pelancong bencana, tetapi ianya juga menjadi PENYAKIT KEPADA ORGANISASI BANTUAN dan mereka yang mempunyai niat tersendiri dalam membantu penduduk terkesan bencana. Banyak organisasi yang memilih untuk popular melalui kaedah ini, membina khemah-khemah bantuan sementara di tepi jalan utama. Nanti anda boleh saksikan sepanjang sepuluh kilometer penuh dengan logo organisasi tertentu pada khemah bantuan yang mereka sumbangkan. Tetapi apabila anda pergi ke bahagian yang jauh dari jalanraya anda tidak akan nampak satu pun khemah atau logo mereka di situ. Maksudnya apa? Mereka mahu orangramai yang menggunakan jalanraya disitu tahu bahawa mereka telah sampai dan mereka telah membantu, justeru ini menjadi justifikasi untuk mereka merayu orang ramai untuk terus menyumbang dan menyalurkan dana bantuan menerusi organisasi mereka, semudah itu. Cara ini agak licik, sukar untuk dinafikan atau ditegur, namun dari segi realitinya, organisasi seperti ini mungkin boleh untuk memasang 100 buah khemah di pinggir jalan, tetapi dana yang telah dikumpul mungkin lebih dari mencukupi untuk menaja 1000 buah khemah lagi. Apapun, sukar untuk kita bincang niat atau nawaitu mana-mana organisasi tersebut. Mereka yang duduk di pinggir jalan ini ada kalanya mendapat bantuan yang cukup banyak, membolehkan mereka untuk menjual bantuan yang telah diterima selepas bencana berakhir. Memang nampak melampau tetapi inilah realiti yang berlaku apabila agihan bantuan dilakukan dengan tergesa-gesa, tidak mendapat nasihat dan pandangan dari mereka yang berada di lapangan, serta dibuat mengikut emosi dan sentimen. Bantuan yang telah anda berikan kepada mereka yang ditimpa musibah, tidak salah, tetapi persoalannya hanya satu, apakah mereka yang dibantu itu merupakan mangsa yang amat memerlukan atau mangsa yang sudah dapat macam-macam bantuan dari pelbagai orang dan organisasi. Untuk elakkan kesilapan sebegini, buatlah kerjarumah terlebih dahulu dan sentiasa berhubung dengan organisasi bantuan lain bagi perkongsian maklumat dan data. Tapi, jangan rasa kecewa dan putus asa dengan Roadside Assistance ini, organisasi lama dan ada pengalaman seperti kami juga sering terkena dan terus terkena. Sama-samalah beringat.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 8

CATATAN LAPANGAN NO 01: ROADSIDE ASSISTANCE

Banyak organisasi yang memilih untuk popular melalui kaedah ini, membina khemah-khemah bantuan sementara di tepi jalan utama. Nanti anda boleh saksikan sepanjang sepuluh kilometer penuh dengan logo organisasi ini pada khemah bantuan yang mereka sumbangkan


BANJIR SEGAMAT, JOHOR

Kelihatan, Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud sedang tekun merawat seorang kanak-kanak yang datang berkunjung bersama keluarganya ke Klinik Lapangan MRA yang telah beroperasi di Segamat, Johor ketika Banjir Selatan melanda daerah tersebut dalam tahun 2011.



BANTUAN SAUDARA MARA Catatan Lapangan ini merupakan kisah-kisah yang kami lalui di lapangan, samada di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Tujuan perkongsian ini ialah untuk memberi maklumat tambahan dalam bentuk bahan bacaan santai kepada para Sukarelawan MRA. Dengan adanya budaya menulis catitan-catitan ringkas sebegini ia akan mendorong para sukarelawan MRA untuk rajin menulis dan membuat catatan agar boleh dijadikan rujukan oleh orang lain di kemudian hari. Catitan ini harus jujur dan ikhlas, bukan untuk menambat hati sesiapa, termasuk Mak Mertua dan ianya juga bukan bertujuan untuk mendabik dada apatah lagi bagi menunjuk-nunjuk. Ianya seratus peratus bertujuan untuk perkongsian pengalaman dan sebagai tambahan kepada penulisan dalam bidang bantuan kemanusiaan yang sangat sedikit di Malaysia. Kali ini, perkongsian kita berbicara isu yang sering kita hadapi di lapangan iaitu Bantuan Saudara Mara, ianya merujuk kepada bantuan yang diberikan hanya kepada adik beradik, bantuan yang disalurkan kepada mereka yang ada tali kekeluargaan sahaja, bantuan untuk teman-teman yang berasal dari kampung yang sama dan yang sama erti dan maksud sepertinya. Bantuan Saudara Mara ini sebenarnya adalah lumrah dalam perlaksanaan kerja bantuan, kita akan berhadapan dengan “contact person� yang memberikan cadangan agar kita mulakan bantuan bermula dari kawasan perkampungan beliau terlebih dahulu. Ianya merupakan satu pengalaman yang menarik untuk kita analisa bersama. Ianya juga merupakan satu situasi yang memerlukan kita untuk bersikap terbuka dan dalam masa yang sama perlu tegas dan serius. Kita akan bertemu dengan keadaan ini dalam semua situasi bencana, samada di dalam atau di luar negara. Justeru, dalam program agihan bantuan kami, terutamanya agihan Barangan Makanan (FI), maka kami akan guna FORMULA 100 + 10. Menyediakan 10% lebihan siap-siap atau bersedia untuk kehilangan 10% dari jumlah yang dibawa. Ini merupakan tindakan pro-aktif yang boleh diambil bagi memastikan tidak timbul perasaan marah dan geram semasa agihan berlaku. Jangan buat main dengan orang yang sudah 10 hari tak makan. CATATAN DARI LAPANGAN ms 11

Justeru, dalam program agihan bantuan kami, terutamanya agihan Barangan Makanan (FI), maka kami akan guna formula 100 + 10. Menyediakan 10% lebihan siap-siap atau bersedia untuk kehilangan 10% dari jumlah yang dibawa

CATATAN LAPANGAN NO 02: BANTUAN SAUDARA MARA

CATATAN LAPANGAN NO 02


Pengalaman teman-teman ketika membuat agihan bantuan di kawasan yang keputusan makanan agak lama cukup menginsafkan, namun ianya juga terselit kengerian dan kebimbangan. Risiko lori membawa bantuan itu dirampas sentiasa ada dan ianya adalah ancaman yang “real�. Justeru, PERANCANGAN RAPI, melibatkan pihak berkuasa, sokongan lojistik dan organisasi atau “contact person� tempatan harus ada. Di sesetengah kawasan, pihak keselamatan yang mengiring juga mengharapkan agar mereka turut diberikan sedikit barangan yang dibawa untuk keluarga mereka (mereka juga susah). Dalam kira-kira yang kita lakukan, pemandu, kelindan, pengawal keselamatan perlu diberikan penjelasan bahawa mereka dibayar upah dan tidak boleh mengambil bahagian FI yang diedarkan. Namun, ada juga yang meminta upah mereka diganti dengan bungkusan FI juga. Apapun, ianya perlukan perbincangan dan kata putus mesti dicapai sebelum penghantaran dilakukan. Jangan terkejut kalau ianya tidak diselesaikan dengan baik, barang-barang anda akan dibawa lari dan anda diminta turun di tepi jalan sahaja. Secara lojik, sekiranya anda berurusan dengan mana-mana individu atau organisasi dalam mana-mana bencana, mereka akan mencadangkan bantuan disalurkan kepada komuniti yang rapat dan dipercayai oleh mereka. Ini masuk akal, cuma ianya perlu terkawal, MENEPATI PRA-SYARAT mereka yang memerlukan bantuan dan memang jelas turut terkesan dalam bencana yang berlaku. Sebenarnya sukar juga untuk kita berkeras 100% untuk tidak ada elemen kronisma dalam perlaksanaan agihan sekiranya kita menggunakan orang tempatan di kawasan itu sebagai pakar rujuk. Kalau wakil kita di lapangan orang luar dari kawasan tersebut, gejala seperti ini mungkin dapat dikurangkan. Dari satu sudut yang lain, ianya juga satu strategi yang praktikal. Kerja-kerja agihan lebih mudah dilakukan dan ianya lebih berkesan lagi. Kita juga boleh mendapat maklumat dan laporan yang lebih baik dari komuniti tersebut. Mereka pastinya tidak mahu nama saudara mereka yang bertugas dengan organisasi anda tercemar dan tercalar. Namun ini tidak bermakna semuanya akan berjalan lancar dan adil saksama. Anda masih perlu memantau dan memastikan semua senarai nama yang ditulis itu wujud dan memang terlibat dalam bencana yang berlaku. Kadang-kadang, nama ada tapi orangnya tiada, tak wujud pun.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 12

CATATAN LAPANGAN NO 02: BANTUAN SAUDARA MARA

Dari satu sudut yang lain, ianya juga satu strategi yang praktikal. Kerja-kerja agihan lebih mudah dilakukan dan ianya lebih berkesan lagi.


Seperti kebiasaan, kami akan berbincang tentang feedback (maklumbalas) dan dalam sesi ini, Dr. Abdullah bertanya saya samada masih ada baki lagi dari dana agihan yang saya miliki. Secara jujur, saya maklumkan dana tersebut telah kami gunakan semaksimanya, termasuk meliputi urusan perjalanan, penginapan dan lojistik. Saya memahami dari raut wajahnya, beliau mengharapkan sesuatu, lalu saya meminta beliau untuk nyatakan apa yang tersimpan di benaknya. Untuk makluman, keesokan harinya kami akan pulang ke Peshawar, Pakistan semula. Dr. Abdullah bertanya kalau ada dana lagi, beliau hendak berikan pek bungkusan yang sama kepada keluarga abangnya yang juga tinggal di Kabul. Saya kata saya boleh gunakan DANA KECEMASAN yang sentiasa kami “stand-by� untuk tujuan itu. Beliau amat senang hati dan ucap ribuan terima kasih. Esoknya kami ke pasar dan membeli barangan seperti yang kami agihkan kepada yang lain. Tapi saya tambahkan telur, daging ayam, sayur-sayuran dan beberapa barang lain. Saya ikut serta dalam penghantaran barang-barang ini, mereka mendiami sebuah rumah di pinggir gunung berhampiran Kabul. Abang Dr. Abdullah berserta keluarganya sekitar 12 orang tinggal dalam sebuah rumah kayu yang sempit. Isterinya memaklumkan mereka sudah sekian lama makan sup ubi kentang sahaja. (Ubi kentang macam ubi kayu di sana). Justeru, barang-barang yang kami bawa itu sangat-sangat mengejutkan mereka dan cukup menggembirakan keluarga ini. Memandangkan bulan Ramadhan, kami tidak singgah minum teh namun ketika hendak pulang, kami diminta untuk berhenti sebentar untuk mereka bacakan doa. Doa ini amat syahdu dan amat saya hargai, doa untuk datuk nenek, mak bapak dan keturunan saya. Memang yang dibantu itu adik beradik dan saudara mara tetapi sungguh mereka ini juga berhak apabila menepati segala kritieria yang telah ditetapkan. CATATAN DARI LAPANGAN ms 13

CATATAN LAPANGAN NO 02: BANTUAN SAUDARA MARA

Dalam satu misi yang saya sertai pada akhir 90an, di Kabul, Afghanistan. Kami membuat agihan bantuan makanan (FI) untuk Ramadhan kepada puluhan keluarga miskin di Kota Kabul, yang menemani saya ialah seorang anak jati Kabul, Dr. Abdullah namanya. Beliau membantu perlaksanaan agihan ini dengan cukup baik sekali. Duit baki semuanya dipulangkan berserta resit pembelian. Pendek-kata, saya berpuas hati dengan perkhidmatannya yang begitu profesional dan teliti.

Memang yang dibantu itu adik beradik dan saudara mara tetapi sungguh mereka ini juga berhak apabila menepati segala kritieria yang telah ditetapkan.


Tengok pada keadaannya juga, samada ianya berbaloi atau tidak untuk anda bertegas, takut nanti anda akan pulang bukan dalam kelas Ekonomi tetapi dalam kelas Kargo pula ke Malaysia.

Pengalaman kami yang lain, bukan di bumi Malaysia tetapi di luar negara, di mana kami menjadi sukar untuk bergerak dan bertemu dengan orang dan organisasi lain kerana urusan kami di lapangan telah diatur dan disusun untuk memenuhi kehendak “contact person� sahaja. Ini merupakan pengalaman biasa yang akan dihadapi di lapangan. Apabila mereka mengetahui anda hadir bersama dana dan berhasrat untuk menyalurkan bantuan, maka jangan terkejut kalau anda di kawal rapi seperti dalam permainan ragbi. Dalam situasi ini, kami perlu perjelaskan SECARA JUJUR bagaiman kami beroperasi dan bantuan ini tidak patut hanya dilonggokkan dibawah satu organisasi sahaja (bergantung kepada perjanjian kerjasama anda-sekiranya ada). Secara lojiknya, kenapa perlu agihkan atau kongsi dana atau bahan bantuan yang kita punyai dengan orang atau organisasi lain? Lebih baik ianya diurus oleh kita sendiri. Justeru, semua pergerakan, pertemuan, urusan pembelian akan diatur oleh organisasi tersebut tanpa perlu membabitkan pihak yang lain. Konsep MONOPOLI ini berlaku di mana saja, mereka akan memastikan kita tidak pergi jauh dengan organisasi lain. Sekiranya kita diperkenalkan dengan organisasi lain, cuba semak dan buat kajian lanjut, ianya pasti ada kena mengena antara satu sama lain. Mungkin organisasi tersebut diurus tadbir oleh adik beradik, jiran tetangga ataupun saudara mara, paling tidak datang dari satu suku dengan organisasi yang mengatur pergerakan kita. Ini bukan rahsia dalam dunia bantuan kemanusiaan, ianya berlaku, cuma apakah polisi kita terhadap perkara sebegini. Untuk teruskan kerjasama mahupun tidak. Sekiranya hasil kerja dan kualiti operasi organisasi ini memenuhi kriteria dan KPI yang kita gunakan, mengapa tidak untuk kita teruskan kerjasama? Tetapi, persoalannya kalau ianya tidak mencapai tahap dan kualiti yang kita dambakan, maka agak sukar juga untuk berkata cukup sampai disini, kami ingin berkerja dengan orang lain pula. Di separuh tempat ini akan mengakibatkan perasaan tidak puas hati dan perbalahan diantara mereka termasuk kita sekali. Ini pastinya akan menyukarkan gerakerja di lapangan. Namun kita mesti memastikan agar kita tidak dijadikan “alat� oleh manamana individu mahupun organisasi. Dana dan bantuan yang kita bakal salurkan harus diagihkan secara adil dan tepat kepada sasarannya. Tengok pada keadaannya juga, samada ianya berbaloi atau tidak untuk anda bertegas, takut nanti anda akan pulang bukan dalam kelas Ekonomi tetapi dalam kelas Kargo pula ke Malaysia.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 14


KLINIK KESIHATAN UNTUK ANAK-ANAK ROHINGYA

2012, Klinik Kesihatan yang diadakan melalui kerjasama MRA, Hospital Pakar A dan UNHCR telah berjalan dengan jayanya di Kampung Cheras, Baru, Kuala Lu Kami telah mengadakan program pemeriksaan kesihatan buat ibubapa, ke dan anak-anak murid Sekolah Komuniti Rohingya kami. Terima kasih pada s yang terlibat, terutamanya adik-adik MYCORPS yang baru tamat latihan keti Kelihatan Dr. Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA sedang mem seorang anak pelarian Rohingya yang hadir untuk mendapatkan rawatan.


Al Islam umpur. luarga semua ika itu. meriksa


DILEMA POLITIK SETEMPAT Politik setempat perlu difahami dan dihadam sepenuhnya oleh petugas bantuan kemanusiaan sebelum anda hadir bertugas disesebuah kawasan. Lebih kasar politik tempatan, lebih banyaklah lagi yang kena anda ketahui dan hayati. Ada kawasan yang meletakkan bangsa sebagai tunjang parti politiknya, ada yang letakkan agama sebagai gagasan utama perjuangan, ada yang jadikan isu gender (jantina) sebagai pemikat untuk partinya, ada parti yang berdasarkan profesion (buruh/tentera) dan begitulah seterusnya. Politik setempat ini juga melibatkan orang-orang penting setempat seperti Imam, Guru, Ketua Kampung, Ketua Belia dan Hero Kampung. Ini semua perlu anda kenali juga.

CATATAN LAPANGAN NO 03: DILEMA POLITIK SETEMPAT

CATATAN LAPANGAN NO 03

Berurusan dengan orang politik samada dari parti yang menang dalam pilihanraya ataupun yang belum menang, sama saja memenatkan. Namun, suka ataupun tidak, anda perlu mempunyai kemahiran dan tahu bagaimana untuk berurusan dengan “kumpulan” ini. Politik setempat ini ada kalanya MEMUDAHKAN KERJA kita di lapangan dan ada kalanya menambahkan lagi “BENCANA” sedia ada. Pernah satu ketika, organisasi dimana saya bertugas diminta untuk membantu menyediakan khemah bagi mangsa-mangsa banjir di sebuah negara di Asia Selatan. Memandangkan permohonan ini datang dari rakan pelaksana kami di lapangan, maka kami cuba untuk memenuhi permohonan ini. Kami bersetuju untuk menyalurkan dengan kadar segera 30 buah khemah. Majlis penyerahan khemah ini kepada para penduduk terkesan banjir diatur beberapa hari kemudian pada jam 9 pagi. Saya telah berada di lokasi agihan pada jam 8.30 pagi. Penduduk terkesan banjir telah mula ramai. Namun majlis penyerahan belum bermula kerana “tokoh politik setempat” masih belum sampai. Sekitar jam 11.30 pagi barulah beliau muncul dan menyampaikan ucapan yang panjang berjela. Penduduk yang kesusahan ini kelihatan begitu sabar mendengar ucapan beliau. CATATAN DARI LAPANGAN ms 17

Politik setempat ini ada kalanya MEM UDAHKAN KERJA kita di lapangan dan ada kalanya menambahkan lagi “BENCANA” sedia ada


Ketika menonton filem Hollywood, terutama yang melibatkan agensi keselematan, saya sentiasa menunggu untuk mendengar perkataan “we take over from here�. Saya terkenang rungutan teman-teman dalam misi banjir pantai timur yang baru lalu, apabila mereka tiba saja di lapangan terbang, mereka disapa oleh seseorang yang mendakwa sebagai Person-In-Charge untuk sebuah pertubuhan dan dengan selamba saja mengarahkan agar semua barang bantuan kami dihantar ke gudang penyimpanan kelolaan mereka. Yang menarik, mereka bertegas (insist) agar semua barangan yang kami bawa dihantar ke gudang tersebut. Mujur, yang mengiringi barang bantuan kami ini merupakan pegawai kami yang telah masak dengan fe’el di lapangan, bolehlah juga untuk beliau menepis dan membawa keluar barang bantuan kami seperti yang telah dijadualkan. SABOTAJ barang bantuan adalah perkara yang biasa berlaku, anda perlu tahu bagaimana untuk berhadapan dengannya. Kami juga sering disalah anggap, ada yang menyangka kami ini dari Parti Politik A kerana gaya pemakaian kami ala-ala orang dari Parti Politik A. Ada juga yang menyangka kami dari Parti Politik B apabila kami dapat menumpang Trak JPAM atau RELA untuk membawa bekalan bantuan kami, itupun nasib baik dapat tumpang. Ada juga yang menyangka kami dari Parti Politik C, kerana di kalangan sukarelawan kami ada semua tiga bangsa—Melayu, Cina dan India. Politik Setempat ini kadang kala menghambat kerja-kerja bantuan, agihan tidak dapat dilakukan dengan berkesan dan tepat kerana ada SENARAI NAMA berasingan yang telah disediakan. Kita akan diminta untuk menumpukan bantuan kepada senarai nama tersebut sahaja, walhal ketika itu, apabila bencana sudah melanda semua orang mengalami kesukaran dan perlukan bantuan. Apabila kami beroperasi di sesuatu kawasan melebihi jangkamasa seminggu, seperti dalam misi banjir, kami biasaannya akan mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan penginapan, bilik gerakan, kantin dan stor pengumpulan / penyimpanan barangan bantuan. Ini merupakan amalan biasa kami yang bertujuan untuk memudahkan urusan lojistik, gerakerja dan sebagainya. Walaupun kami berkerjasama dengan agensi Kerajaan dan juga organisasi lain di lapangan, namun kami tetap memerlukan ruang penyimpanan barangan kami yang tersendiri untuk tujuan penerimaan barangan dari orang ramai sebelum diagihkan. Ini semua perlu direkodkan dan dicatat bagi tujuan pengurusan data dan maklumat.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 18

CATATAN LAPANGAN NO 03: DILEMA POLITIK SETEMPAT

SABOTAJ barang bantuan adalah perkara yang biasa berlaku, anda perlu tahu bagaimana untuk berhadapan dengannya


CATATAN LAPANGAN NO 03: DILEMA POLITIK SETEMPAT

Pejabat Lapangan sementara kami ini mempunyai Pengurusnya dan beliau akan dibantu oleh beberapa orang sukarelawan. Setiap barang yang masuk dan keluar perlu dicatit dan dinyatakan kemana ianya dihantar. Namun, ada ketikanya, kami seolah-olah berada di bumi yang ditadbir oleh Gerila. Orang-orang tertentu datang dan berniat untuk mengambil barang-barang ini untuk “diagihkan” kepada penyokong mereka. Sama saja, Parti A, Parti B dan juga Parti C. Perangainya serupa saja. Jika Parti mereka yang menang di kawasan itu, lagi TERANG WARNA BELANGNYA itu. Ini adalah lumrah dalam waktu bencana. Kalau ianya dapat diagihkan secara saksama, Alhamdulillah, tetapi kalau ianya difaraidkan sesama mereka sahaja bagaimana? Mee Segera kalau hampir 50 dozen yang diambil boleh kenyang untuk sebulan juga. Tambahan kita orang luar di kawasan tersebut, dalam bencana biasalah orang luar untuk datang membantu. Kita akan lebih senang diputar oleh politikus tempatan kalau kita tidak ada orang tempatan yang membantu. Politik Ketua Kampung, Ketua Bahagian, Ketua Kawasan, Ketua Cawangan, Pengerusi itu dan Pengerusi ini dan mereka yang berminat untuk menonjolkan diri masing-masing dalam keadaan begin sangat menyesakkani. Malah mereka tanpa segan silu boleh mengadakan Sidang Media dan mendakwa segala bantuan yang disalurkan oleh organisasi anda itu hasil dari usaha dan campurtangan beliau. Ini adalah lumrah dan selalu terjadi, mengambil kesempatan untuk penonjolan diri agar masyarakat setempat melihat beliau sebagai seorang yang berjasa, mempunyai “contact” yang luas dan boleh diharapkan. Politik Setempat ini kadang kala akan memerangkap organisasi bantuan di lapangan. Secara tidak langsung, musuh politik beliau kini turut bertukar menjadi musuh kepada organisasi anda juga. Politik Setempat ini kadang kala amat memeningkan. Tambahan jika ia diketuai oleh seorang ketua yang berjiwa kecil, yang sentiasa curiga, kuat bersangka dan mempunyai komunikasi interpersonal yang lemah. Tanpa diplomasi dan segan silu, mereka boleh meminta agar barang bantuan ditinggalkan kepada mereka untuk mereka agihkan sendiri kepada para penduduk yang terkesan bencana, dan kita dialu-alukan untuk pulang ataupun meninggalkan kawasan tersebut. Begitulah tiada etikanya politik setempat, amat mengecewakan tetapi ianya adalah “real” dan sentiasa ada. Bagaimana anda hendak menangani perkara ini jika berlaku? Memang tidak semuanya begitu, tapi sebilangan besar serupa sahaja. CATATAN DARI LAPANGAN ms 19

Kita akan lebih senang diputar oleh politikus tempatan kalau kita tidak ada orang tempatan yang membantu


Bertugas di zon konflik juga sangat berkait rapat dengan politik setempat. Anda kena memahami keadaan di lapangan ini terlebih dahulu, pembacaan anda mengenai politik setempat harus tepat dan terkini. Sebagai contoh, ketika berada di negara seperti Afghanistan, anda harus tahu siapakah “main player� disini. Anda kena tahu di mana kawasan yang dikuasai oleh Kerajaan dibawah pimpinan Presiden Hamid Karzai, anda juga harus tahu di daerah mana Taliban masih beroperasi. Anda juga harus tahu di mana tim Northern Alliance berkuasa. Anda juga mesti ada maklumat penting seperti dimanakah kawasan pertempuran yang masih aktif dan cuba elakkan daripada berada di kawasan ini. Anda juga perlu memastikan segala dokumen anda siap sedia apabila ditahan dalam manamana sekatan jalanraya. Saya pernah membuat kesilapan ketika mula-mula bertugas dahulu, bacaan saya tentang politik setempat amat lemah, namun selepas itu saya tak ada pilihan melainkan untuk belajar bagi dapat kekal hidup di lapangan. Saya pernah bergerak menyalurkan bantuan di kawasan di mana Taliban masih aktif beroperasi walaupun kawasan itu telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak kerajaan. Penduduk majoriti di sini adalah orang-orang Pashto, yang secara tradisinya memang bermasalah dengan orang-orang dari wilayah utara Afghanistan terutamanya dari suku Uzbek dan Tajik. Komander Tentera menjemput saya ke Kem mereka di pinggir gunung berhampiran Jalalabad untuk saling kenal mengenal. Kem ini merupakan sebuah kubu tentera yang siap dengan senjata anti pesawat, menara tinjau dan juga keperluan lojistik lain termasuk kereta perisai. Yang turut serta bersama saya ketika itu ialah seorang sahabat yang merupakan pemimpin Pashto Afghanistan yang dihormati di kawasan tersebut. Pada permulaan perbincangan saya sampaikan salam per kenalan dalam Bahasa Uzbek yang saya pelajari semasa ber tugas di Uzbekistan dulu. Saya terus ditepuk oleh sahabat tadi meng ingatkan saya, agar lebih baik bertutur dalam bahasa Inggeris. Memahami politik setempat amat penting, dalam kes ini, saya bernasib baik kerana kami tetap mendapat kerjasama baik dari pihak berkuasa tempatan dan diberikan sokongan dalam perlaksanaan bantuan walaupun bercakap dalam Bahasa Uzbek!

CATATAN DARI LAPANGAN ms 20

CATATAN LAPANGAN NO 03: DILEMA POLITIK SETEMPAT

Saya pernah membuat kesilapan ketika mulamula ber tugas dahulu, bacaan saya tentang politik setempat amat lemah



SERI MENTALOON, ALOR SETAR Semasa Misi Banjir Utara 2010 yang lalu, MRA telah terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada para penduduk terkesan banjir di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tim Sukarelawan kami turun bersilih ganti setiap minggu. Ini merupakan gambar serahan barangan sumbangan kami di Seri Mentaloon, kelihatan Tn. Hj. Shiradjuddin Sirat (CEO MRA), Sdr. Arfi (SAHABAT MRA) dan Cik Fauziah Tahar (Pengurus PR & MEDIA MRA) sedang mengangkat barang sumbangan.


MEDIA GIMMICK Tulisan saya kali ini bukan untuk menghentam sesiapa, tapi untuk berkongsi mengenai perangai orang yang menggunakan media dalam kerja-kerja bantuan di lapangan. Media seringkali menjadi alat untuk meningkatkan populariti mereka malah ada yang bertindak melampau termasuk memarahi petugas media sekiranya berita atau gambar mereka tidak disiarkan dalam akhbar. Ini bukan salah wartawan, ini kerja editor, tapi biasalah, wartawan dan jurugambar pasti dibahankan kalau berita mereka tidak keluar di dada akhbar nanti. Membuat hebahan kepada orangramai mengenai kerja-kerja bantuan yang kita lakukan memang perlu, tidak dinafikan. Adakala ianya amat perlu bagi memaklumkan kepada orangramai dan para penyumbang khususnya mengenai kemana dan bagaimana dana yang mereka salurkan telah digunakan dan memberi manfaat kepada pihak terkesan bencana yang dibantu. Kehadiran media sebagai orang ketiga merupakan bukti mengesahkan bahawa dana tersebut telah dibelanjakan dengan penuh berhemah dan cukup memberi manfaat kepada kelompok yang disantuni. Namun ada kalanya, media disalahgunakan bukan sebagai medium untuk memaklumkan mengenai gerakerja bantuan yang telah dilakukan atau kemana dan bagaimana dana tersebut disalurkan, sebaliknya media dijadikan perkakas bagi membantu seseorang untuk MEMPOPULARKAN dirinya. Berita mengenai organisasi boleh diterima lagi, tapi kalau banyak berita tentang seorang individu sahaja, pastilah ianya mengarut dan bersifat lebih sudu dari kuah. Kadangkala, kegilaan untuk media gimmick ini boleh mem bahayakan dan ada kes yang boleh menyebabkan kematian. Ini amatlah merugikan tambahan ianya dilakukan semata-mata untuk mensensasikan sesuatu isu bukan atas semangat penyaluran bantuan yang asli (genuine) dan ikhlas. Tambahan masyarakat kita juga suka dan lebih berminat untuk membaca isu sensasi dan yang panas di media. Nilai berita dan nilai ilmu jatuh di no 2. Yang utama ialah berita tersebut mesti sesuatu yang boleh meletup dan menggegarkan negara. Organisasi bantuan kemanusiaan sejati tidak akan menjadikan isu sensasi sebagai bahan untuk melonjakkan diri, jadi bezakannya baik-baik. CATATAN DARI LAPANGAN ms 23

CATATAN LAPANGAN NO 04: MEDIA GIMMICK

CATATAN LAPANGAN NO 04

Organisasi bantuan kemanusiaan sejati tidak akan menjadikan isu sensasi sebagai bahan untuk melonjakkan diri, jadi bezakannya


Media Gimmick yang saya maksudkan ialah aksi-aksi dan gaya depan media yang melampau-lampau dan sangat tidak padan dengan sumbangan yang mereka telah berikan di lapangan, senang untuk kita ingati, ianya seperti yang diungkapkan oleh pepatah Melayu kita, telur sebiji tapi riuh sekampung. Bantuannya hanyalah air mineral sebotol untuk satu keluarga, itupun botol kecil sahaja tetapi digambarkan seolah-olah ia telah membantu membina rumah, digambarkan seolah-olah kesengsaraan dan kesusahan mangsa banjir telah berakhir setelah mendapat bantuan air mineral botol kecil tadi. Kesempatan menyerah sebotol air mineral tadi digunakan untuk BERGAMBAR DENGAN MANGSA bagi tujuan rekod dan hebahan seterusnya. Di media arus perdana dan media sosial agihan sebotol air tadi digambarkan sebagai telah mengakhiri kemelut kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh mangsa bencana. Gimmick yang melampau sebegini masih banyak dilihat berlaku di negara kita. Antara gambar yang paling banyak digunakan untuk media gimmick ini ialah gambar MEREDAH BANJIR. Biarpun banjir itu setinggi buku lali sahaja, tapi nak redah juga, mesti nampakkan seluar disingsing hingga ke lutut, memakai topi jabatan/ organisasi, mesti siap dengan vest yang ada banyak poket serta digambarkan mengetuai orang ramai meninjau keadaan. Ini gambar yang paling disukai oleh orang politik, sama saja samada pembangkang atau kerajaan. Orang kita suka betul bergambar dengan kemusnahan dan kerosakkan yang berlaku, ianya lebih “catchy� dan menyentap minda daripada satu keping gambar yang menandakan harapan atau semangat baru. Kita “kononnya� akan lebih bersimpati dan terdorong untuk menderma apabila dibawakan dengan berita dan gambar yang MENGGAMBARKAN KESENGSARAAN. Melihat seseorang terlantar di katil dengan penuh kepayahan dan sengsara untuk bergerak akan mengundang lebih banyak bantuan daripada seseorang yang berdiri menggunakan tongkat tersenyum dan nampak ceria. Inilah yang dikatakan persepsi dan inilah yang terus mendominasi dalam kacamata serta pola pemikiran rakyat Malaysia. Namun, bila dipaparkan gambar yang menghiris hati dan perasaan ini, mereka mahu melihat gambar yang lebih dahsyat lagi, yang menunjukkan kaki tercabut dan perut terburai pula.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 24

CATATAN LAPANGAN NO 04: MEDIA GIMMICK

Namun, bila dipaparkan gambar yang menghiris hati dan perasaan ini, mereka mahu melihat gambar yang lebih dahsyat lagi, yang menunjukkan kaki tercabut dan perut terburai pula.


Para petugas dan sukarelawan kami telah dilatih untuk tidak bertegas dengan penduduk terkesan bencana mengenai maklumat asas ini sekiranya mereka tidak mahu men dedahkannya. Namun kita perlu ada catatan dan identifikasi untuk setiap keluarga yang dibantu. Ini untuk tujuan rekod dan pelaporan. Gambar rumah berserta seisi keluarga hanya akan diambil jika diberikan kebenaran. Namun ianya hanyalah untuk tujuan pelaporan dan simpanan kami semata-mata. Sebarang kenyataan mengenai bantuan yang telah disalurkan hanya akan dibuat oleh Setiausaha Agung dan pimpinan kanan dengan mengambil kira segala faktor berkaitan termasuk menjaga kerahsiaan dan privacy mereka yang dibantu.

CATATAN LAPANGAN NO 04: MEDIA GIMMICK

Media Gimmick ini juga sering dikaitkan dengan PENCABULAN PRIVACY. Ada kalanya orang yang ditimpa musibah ini tidak mahu muka, gambar, alamat dan nama mereka dipaparkan atas alasan yang tersendiri.

Dalam kerja-kerja bantuan ini, kita menerima pelbagai jenis orang yang hadir untuk menjadi sukarelawan. Semua hadir dengan sikap dan perangai masing-masing. Semasa berada di lapangan, kami akan memaklumkan apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak digalakkan untuk dibuat. Ada yang patuh dan ada juga yang nakal di kalangan mereka. Ada juga sukarelawan yang suka untuk mencipta berita. Mereka memberikan komen kepada media tanpa merujuk kepada organisasi terlebih dahulu. Kalau apa yang dikongsikan itu diterima oleh masyarakat dengan baik, syukurlah, tetapi jika sebaliknya, ia akan menyusahkan organisasi. GILA PUBLISITI sebegini amat menyusahkan. Mereka membuat kenyataan atau komen-komen di media sosial mengenai cara bekerja agensi-agensi kerajaan tanpa memberikan solusi, komen memang sedap, tapi jika kita berada ditempat itu, apakah cara kita lebih baik? Ini pastinya mendapat perhatian media tetapi apakah manfaat yang dapat diambil dari hebahan cerita tadi? Lebih malang lagi, budaya SELFIE di pusat pemindahan banjir, di rumah yang atapnya diterbangkan ribut, di kawasan asrama yang terbakar, bersama mayat pelarian yang lemas, ini secara tidak langsung menghilangkan rasa hormat orang ramai kepada sukarelawan yang bertugas di lapangan. Kita akan dilihat sebagai lebih berminat untuk berjalan-jalan dan makan angin daripada membantu mereka yang terkesan bencana di lapangan. Anda boleh memilih untuk menjadi sebahagian dari mereka yang mengangkat nama sukarelawan atau sebaliknya. CATATAN DARI LAPANGAN ms 25

Ada kalanya orang yang ditimpa musibah ini tidak mahu muka, gambar, alamat dan nama mereka dipaparkan atas alasan yang tersendiri


Turut mengecewakan, dalam mengejar Media Gimmick ini ada orang atau wakil organisasi yang tanpa segan silu bergambar dengan barang-barang bantuan yang disalurkan oleh organisasi lain. Kami biasa mendapat maklumat logo kami dicabut dan ditampal dengan logo organisasi lain, cara ini memang tidak beretika, namun ianya adalah real dan banyak terjadi. Ada juga orang yang tanpa segan silu mempamerkan kain rentang mereka dan mengambil gambar berlatarbelakangkan barang-barang bantuan yang kami bawa. Sukar untuk dikawal namun ianya banyak kali terjadi. Sudahlah bergambar dengan barangan orang lain, mereka tanpa rasa bersalah boleh pula mendakwa barangan tersebut sebagai milik mereka dan merayu orang ramai untuk tampil menderma kepada mereka. Jangan harap untuk mereka nyatakan apatah lagi kongsikan nama atau logo organisasi kita pada gambar tersebut, TIADA ETIKA langsung. Bagaimanapun, sekiranya organisasi anda memang benarbenar telah membantu di lapangan, melaksanakan segala apa yang dijanjikan, menyalurkan segala dana yang diperolehi kepada yang memerlukan, mengapa tidak anda war-warkan kepada media untuk menampakkan ketelusan, kesahihan dan bagaimana dana yang disumbangkan itu berjaya dimanfaatkan kepada penduduk yang memerlukan. Inilah yang perlu disebarluaskan bagi menyemarakkan lagi semangat dan hasrat orang ramai untuk tampil membantu. Media Gimmick yang biasa digunakan seperti potong riben, lepaskan belon dan pasangkan bata pada binaan rumah boleh saja diadakan tanpa rasa bersalah kerana sememangnya anda telah melaksanakan di lapangan seperti apa yang telah disepakati. Tidak perlu rasa bersalah. Ianya juga akan dapat membantu untuk membina reputasi organisasi anda di mata masyarakat amnya dan penderma khususnya. Organisasi anda akan dilihat sebagai berdaya maju, serius dan boleh diharapkan. Melaporkan kerja-kerja anda di lapangan kepada masyarakat dan orang ramai adalah penting bagi mewujdukan budaya bertanggungjawab dan sekaligus memberikan keyakinan masyarakat kepada apa yang anda lakukan. Media Gimmick yang betul dan dilakukan oleh organisasi atas gerakerja yang betul dengan menjaga adab dan tertibnya perlu disokong dan dihebahkan.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 26

CATATAN LAPANGAN NO 04: MEDIA GIMMICK

Ada juga orang yang tanpa segan silu membuka kain rentang mereka dan mengambil gambar berlatarbelakangkan barang-barang bantuan yang kami bawa. Sukar untuk dikawal namun ianya banyak kali terjadi.



USTAZ ABD. WAHAB AHMAD DALAM KENANGAN Beliau hadir membantu Misi Banjir Selatan kami di Daerah Batu Pahat, Johor pada tahun 2011. Kehadiran Almarhum Ustaz Abd. Wahab di lapangan memberikan kami semangat untuk lebih gigih berkerja membantu para penduduk yang terkesan akibat bencana ini. Terima kasih kerana sudi mengunjungi Bilik Gerakan kami.


HUMANITARIAN PLAGIAT Sebelum saya mengupas apakah yang saya maksudkan dengan istilah Humanitarian Plagiat ini biarlah saya berikan sedikit latarbelakangnya. Plagiat ini biasanya terjadi dalam dunia keilmuan. Saya kongsikan disini tafsiran plagiat menurut Kamus Dewan. Menurut Kamus Dewan, Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud "perbuatan meniru atau mengutip sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai usahanya sendiri". Dalam bidang akademik, gejala menciplak oleh pelajar, profesor & penyelidik dianggap sebagai penyelewengan akademik dan pesalah boleh dikenakan hukuman berat termasuklah digantung atau dibuang dari universiti. Dalam bidang kewartawanan pula, plagiarisme dianggap sebagai pencabulan etika kewartawanan dan pemberita yang didapati menciplak akan dikenakan tindakan tatatertib termasuklah digantung atau diberhentikan kerja.

CATATAN LAPANGAN NO 05: HUMANITARIAN PLAGIAT

CATATAN LAPANGAN NO 05

Mengejutkan, dalam dunia kemanusiaan juga ada unsur plagiarism ini tetapi bukan dalam bentuk penulisan semata tetapi dalam bentuk perlaksanaan di lapangan. Istilah yang sering digunakan ialah “copycat� dan ianya dilakukan tanpa rasa bersalah dan tidak langsung mahu mengiktiraf sesuatu kerja/bantuan itu sekiranya ianya diadaptasikan dari hasilan/ penemuan orang atau organisasi lain. Dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan, terutama apabila kita terlibat dalam aktiviti bantuan di luar negara, kita akan terdedah dengan pelbagai organisasi bertaraf antarabangsa, baik dari Eropah, Amerika, Asia Barat, Russia, Jepun, Korea dan segala macam negara. Banyak kita akan belajar dari mereka. Tidak salah untuk kita meniru apa yang baik dan berfaedah dari mana-mana organisasi di luar sana, tetapi apabila kita tidak mahu menyatakan sumber dari mana kita mendapat teknologi atau ilmu tersebut, ia menjurus ke arah plagiarism tadi. Sebagai contoh, ketika kami menyediakan modul dan konsep untuk sebuah program latihan bagi sukarelawan, kami menyatakan dari mana idea asal konsep latihan itu kami perolehi, dari organisasi mana ia diambil. Malah kami turut memohon kebenaran rasmi dari organisasi asal yang berpejabat di Jepun bagi mendapatkan restu menggunakan dan mengubah modul mereka bersesuaian dengan kelompok sukarelawan di Malaysia yang ingin kami latih. CATATAN DARI LAPANGAN ms 29

Mengejutkan, dalam dunia kemanusiaan juga ada unsur plagiarism ini tetapi bukan dalam bentuk penulisan semata tetapi dalam bentuk perlaksanaan di lapangan


Mungkin contoh plagiarism dalam dunia bantuan kemanusiaan yang saya berikan ini sedikit berlainan dari dunia akademik dan kewartawanan. Dalam dunia bantuan kemanusiaan, ia sering berkait dengan projek yang sedang berjalan. Sebagai contoh, saya pernah memasang telaga air berserta pam di beberapa kawasan pendalaman di Afghanistan dan Pakistan. Kami memantau kerja-kerja penyediaan tapak, pembelian peralatan, pemasangan juga kepada penggunaan pam air tersebut. Apabila siap, kami akan letak plaque berserta nama organisasi, nombor siri pam tersebut, dan jika sekiranya ada, kami akan masukkan juga nama penderma kami disitu. Gambar-gambar untuk setiap pam air ini akan kami ambil dari berbagai sudut bagi memberikan gambaran jelas kepada pihak ibupejabat dan penderma di mana pam air ini dipasang. Kami akan juga ambil gambar ketika penduduk setempat menggunakan pam air ini. Inilah cara kami apabila selesai membangunkan sebuah pam air. Jadinya kami tahu itu pam air kami walau dari sudut mana gambarnya diambil. Sungguhpun begitu, kadangkala kami terserempak juga dengan gambar pam air kami berada didalam profil atau koleksi gambar organisasi lain yang mendakwa itu sebagai pam air mereka. Ianya perkara biasa berlaku di lapangan, justeru itu kami sangat berhati-hati dengan siapakah yang dipilih untuk menjadi pelaksana projek kami di lapangan. Namun kami tidak ber upaya untuk menghalang orang lain dari “memperalatkan” pam air kami untuk tujuan mengelabui mata penderma lain. Justeru itu, kami sentiasa memastikan program bantuan kami adalah asli, tidak berlaku DUPLIKASI ditempat yang sama dan ia benarbenar diperlukan oleh penduduk di kawasan tersebut. Namun, kalau ada organisasi yang meniru kaedah pemasangan pam air kami ini dan kemudian menambah baik lagi dengan menyediakan tong atau kolah untuk menampung air yang telah dipam, ianya sesuatu penambahbaikan yang sangat baik dan sangat dialu-alukan. Yang malangnya, ialah apabila ada orang menggunakan gambar-gambar pam air yang telah kami bangunkan dan kemudiannya menaikkan lagi harga pembinaan pam tersebut, namun akhirnya pam entah kemana, duit entah kemana. Ini sentiasa berlaku dalam dunia bantuan kemanusiaan. Sebab itu, organisasi seperti kami amat mementingkan integriti dan “ownership” dalam sesuatu yang kami bangunkan.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 30

CATATAN LAPANGAN NO 05: HUMANITARIAN PLAGIAT

Ini semua berlaku dalam dunia bantuan kemanusiaan dan ianya terus berlaku. Sebab itu, organisasi seperti kami amat me mentingkan integriti dan “ownership” dalamsesuatu yang kami bangunkan


Konsep kami dalam organisasi NGO ini mudah tetapi ada kalanya sukar untuk dihadam dan diterjemahkan oleh orang yang orientasinya keuntungan dan perniagaan. Program ini kami anjurkan lebih berasaskan kepada memberi perkhidmatan atau memberikan latihan bermanfaat kepada ibubapa dan keluarga yang mempunyai anak-anak dan ahli keluarga yang spastik untuk mendapatkan latihan fizikal dan gerakerja bagi membolehkan mereka ini menggerakkan anggota tubuh badan agar ianya lebih lancar, tidak kejang dan tidak berasa sakit. Bagi menjimatkan kos, aktiviti ini diadakan di pejabat kami sahaja, setiap kali aktiviti ini berlangsung, kami kena alihkan meja dan kerusi di tingkat bawah bagi membolehkan tikar getah berspan dibentangkan bagi memudahkan aktiviti ini dijalankan. Budaya biasa dalam NGO, air selalunya dalam bentuk 3 in 1 dan kena buat sendiri, biskut dan kerepek telah tersedia. Kalau ada yang bermurah hati mereka boleh bawa kuih atau nasi lemak untuk dikongsi bersama. Ini cara kami berkerja, dana untuk membayar jurulatih kami cari dari mereka yang berniat untuk buat kebajikan dan infaq fisabilillah. Namun ada juga ibubapa yang sudi menghulurkan sedikit dana untuk maksud ini dan ia bukan tujuan utama aktiviti ini kami anjurkan. Kami tidak berniat untuk membuat duit tetapi kami berniat untuk membantu anakanak mereka untuk bergerak lebih aktif dan lebih cergas. Ada orang yang turut serta dalam program anjurkan kami ini hadir dengan niat yang tersendiri. Mereka berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai aktiviti menambahkan pendapatan atau sesuatu yang bersifat keuntungan. Mereka bertindak membuka kelas sendiri. Mereka yang hadir dikenakan yuran dan ada kos penyertaan. Kami tidak dapat menghalang aktiviti seperti ini daripada berjalan kerana mereka bukanlah melakukan satu pencurian fizikal yang nyata, hanya mencedok idea dan aktiviti yang sama cuma mengenakan yuran didalam program mereka. Namun program ini sempat berjalan beberapa kali saja sebelum ianya terhenti. Mencedok sesuatu idea itu tidak salah tetapi kalau ianya tidak ada keberkatan, pastilah ia lebih membawa kerosakan dari kebaikkan. Program kami terus berjalan sehingga ke hari ini, alhamdulillah. CATATAN DARI LAPANGAN ms 31

CATATAN LAPANGAN NO 05: HUMANITARIAN PLAGIAT

Satu contoh lain yang klasik buat kami dalam plagiarism ini adalah seperti berikut, kami ada satu program refleksi untuk kanak-kanak spastik yang kami tekuni dan cari sumber asalnya serta berguru dengan pelopornya di Jepun. Tahniah diatas kesungguhan Sub-Komiti Orang Kurang Upaya MRA untuk memastikan kami berguru dari sumber yang betul dan men dapat tunjuk ajar dari yang pakar.

Konsep kami dalam organisasi NGO ini mudah tetapi ada kalanya sukar untuk dihadam dan diterjemahkan oleh orang yang orientasinya keuntungan dan perniagaan


Ketika kami memulakan program latihan untuk sukarelawan kami yang baru hendak mengenal apa itu MRA dan dunia bantuan kemanusiaan kami mendapat inspirasi dari kaedah yang digunakan oleh team Sales organisasi perniagaan. Ilmu berkaitan “Product Knowledge”, “Market Segmentation” dan sebagainya. Kaedah ini semuanya disesuaikan dengan aktiviti kami dan dunia kemanusiaan. Hasilnya cukup baik sekali, sukarelawan kami yang hadir dalam program Induksi ini mendapat maklumat dan pengetahuan jelas mengenai gerakerja MRA, dimana kami beroperasi, apakah bidang keutamaan kami, apakah prioriti kami, kisah-kisah di lapangan dan segala yang difikrikan perlu untuk seorang bermula sebagai sukarelawan. Kami juga belajar dari organisasi lain mengenai kaedah yang digunakan dalam menyantuni gelandangan. Melihat bagaiman makanan dan minuman diagihkan, pakaian terpakai dicuci, dibersihkan, dilipat atau disangkut sebelum para gelandangan datang untuk memilih pakaian ini. Kami juga melihat dan belajar bagaimana cara berinteraksi dengan gelandangan, cuba untuk tidak pijak “kotak” rumah mereka, minta izin sebelum bergambar dan seterusnya. Hasil dari segala pengalaman yang terkumpul ini kami melihat ada kekosongan dalam bentuk agihan hygiene kit untuk para gelandangan, ini ruang yang masih belum diterokai oleh banyak NGO, maka kami setuju untuk memberikan tumpuan kepada program agihan “hygiene kit” kepada para gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Tidak salah untuk meniru sesuatu yang terbukti berkesan , malah lebih baik jika kita dapat memberi nilai tambah kepada perkara tersebut menjadikan ianya lebih baik lagi tanpa menafikan sumber asal dari mana ianya diperolehi. Pepatah Melayu ada menyebut, ular yang menyusur akan tidak akan hilang bisanya. Kami amat senang untuk membantu mana-mana organisasi atau pertubuhan yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan kami dalam kerja-kerja bantuan di lapangan yang kami lakukan. Kami juga amat senang kalau apa yang telah kami kongsikan itu ditambah baik lagi demi kebaikan orang yang dibantu diluar sana. Elakkan dari melakukan plagiarism termasuk untuk aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan. Hidup dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 32

CATATAN LAPANGAN NO 05: HUMANITARIAN PLAGIAT

Tidak salah untuk meniru sesuatu yang terbukti berkesan dari organisasi lain, malah lebih baik jika kita dapat memberi nilai tambah kepada perkara tersebut menjadikan ianya lebih baik lagi


LORI TERBALIK DI

LALUAN GUA MUSANG

Dalam perjalanan k 2011 yang lalu, kam ke kawasan ladang singgah untuk berta diperlukan.


kami menuju ke Pantai Timur semasa Misi Banjir Pantai Timur mi terserempak dengan sebuah lori yang telah terjunam masuk g kelapa sawit. Pemandu dan kelindannya selamat, kami anya khabar dan menawarkan sebarang bantuan sekiranya


KAMI YANG PALING... Ini merupakan ayat yang paling klise dalam dunia bantuan kemanusiaan. Kamilah yang pertama sekali datang membantu, kamilah yang mula-mula sampai, kamilah yang paling banyak menyalurkan bantuan, kamilah satu-satunya NGO yang sampai dari Malaysia, kamilah yang itu dan kamilah yang ini. Dalam dunia bantuan di Malaysia, ayat ini memang dikira sebagai amat mengkagumkan tapi dalam realiti dunia bantuan sebenar, ayat ini tak bawa apa erti jika kelompok yang dibantu masih begitu juga nasibnya selepas anda sampai. Dunia bantuan kemanusiaan di Malaysia memerlukan pemainpemain yang serius dan profesional, bukan yang sifatnya bermusim dan part-time sahaja. Pemain yang serius adalah mereka yang terus istiqamah dan komited dalam gerakerja bantuan dan terus menyalurkan bantuan walaupun di dada media isu tersebut telah sejuk dan senyap.

CATATAN LAPANGAN NO 06: KAMI YANG PALING

CATATAN LAPANGAN NO 06

Pemain yang serius tidak berkerja untuk mendapat liputan media. Mereka akan terus berkerja untuk membantu kelompok yang disantuni walaupun beritanya agak sejuk di media. Pemain yang professional pula adalah mereka yang mempunyai maklumat lengkap mengenai sesuatu isu, mereka tahu hujung dan pangkalnya, sejarah, konflik, pelaku-pelaku utama, muslihat dan cabaran yang bakal dihadapi. Pemain professional tidak bertindak secara melulu dan membuat keputusan secara ad-hoc, mereka mempunyai perancangan jangka panjang, penyelesaian menyeluruh dan memantau perkembangan isu dari masa ke semasa. Manakala mereka yang muncul ibarat cendawan selepas hujan ini kebiasaannya lebih kalut dan kelam kabut untuk menyakinkan orang ramai bahawa merekalah pemain yang sebenar dalam menangani sesuatu kemelut atau konflik yang berlaku. Hakikatnya mereka hanyalah pemain amatur yang hadir tanpa cukup maklumat, data dan tanpa kerja rumah yang mencukupi. Sebab itu, perkataan yang sering mereka gunakan ialah ayatayat yang menunjukkan mereka seolah-olah hadir dan telah banyak menabur jasa di lapangan. Mereka boleh berbohong kepada media dan masyarakat, tetapi hakikat sebenarnya bagaimana? CATATAN DARI LAPANGAN ms 35

Pemain yang serius tidak berkerja untuk mendapat liputan media. Mereka akan terus berkerja untuk membantu kelompok yang disantuni walaupun beritanya agak sejuk di media.


Penyakit “Yang Paling...” ini memang amat berat. Pengidapnya kadang kala tidak sedar ianya satu penyakit kerana terlalu asyik dan seronok dilambung. Sebagai contoh, dalam misi banjir, ada organisasi yang mendabik dada mengatakan kamilah yang paling ramai membawa turun sukarelawan untuk membantu mangsa banjir. Bagaimana kehadiran sukarelawan yang ramai tersebut dapat diukur melalui pencapaian mereka di kawasan banjir tersebut? Ada sebarang statistik yang boleh dikongsi atau cakap-cakap retorik sahaja? Terbelakan nasib mangsa banjir? Ada pula yang mendakwa bahawa sukarelawan mereka telah masuk membantu ke kawasan yang paling teruk terjejas dalam banjir yang melanda kali ini. Sebuah organisasi pula mendakwa, sukarelawan kami adalah mereka yang paling awal sampai ke kawasan tersebut setelah ianya boleh dimasuki oleh kenderaan. Sebuah lagi organisasi pula mendakwa kami telah membantu di kawasan yang paling jauh di pendalaman. Ada yang mendakwa mereka yang paling awal sampai membantu di lapangan, sebelum bumi bergegar lagi dia sudah sampai di kawasan yang dilanda gempa tersebut. Apabila kita mula mendakwa bahawa kita “yang paling best” dalam membantu, maka akan timbul satu sentimen lain secara tidak disedari iaitu sentimen MENAFIKAN sumbangan dan bantuan orang lain. Ini adalah natijah yang pasti dan akan berlaku. Akan ada sifat persaingan yang tidak sihat. Iaitu menidakkan orang lain dan memandang sepi usaha orang lain. Mereka tidak efektif, kami saja yang efektif. Mereka tidak bantu sungguh-sungguh, kami yang bantu sungguh-sungguh. Sikap sebegini amat merbahaya buat sebuah organisasi bantuan. Ini penyakit ujub namanya. Lebih malang lagi, ada organisasi yang tidak berjiwa besar, BERJIWA KEMETOT sehingga menafikan penglibatan orang lain di lapangan. Kita harus sentiasa sedar, dalam bencana yang berskala besar seperti banjir di pantai timur, mana mungkin satu organisasi boleh membantu di semua jajahan yang terjejas? Tidak masuk dek akal dan nampak sangat ianya satu dakwaan yang kurang cerdik. Sedangkan agensi kerajaan yang punya segala kelengkapan dan aset pun tidak menang tangan untuk membantu di seluruh kawasan, bagaimana mungkin sebuah organisasi bantuan Malaysia boleh mendakwa mereka berada di setiap ceruk kawasan yang terjejas bencana. Tulisan ini bukan untuk menafikan sumbangan mana-mana pihak atau organisasi, tetapi anggaplah ia sebagai satu muhasabah dan proses untuk kita buat “alignment” kita dalam melihat kemelut bencana yang melanda Malaysia dari sudut yang lebih jujur lagi.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 36

CATATAN LAPANGAN NO 06: KAMI YANG PALING

Tulisan ini bukan untuk menafikan sumbangan mana -mana pihak atau organisasi, tetapi anggaplah ia sebagai satu muhasabah dan proses untuk kita buat “alignment” kita dalam melihat kemelut bencana yang melanda Malaysia dari sudut yang lebih jujur lagi


Sering kedengaran ada organisasi yang membuat dakwaan bahawa hanya mereka yang berkerja memberikan bantuan di sesuatu tempat itu berdasarkan pemerhatian sepanjang mereka berada di lapangan, tiada satupun organisasi lain yang kelihatan berada di lapangan, hanya mereka sahaja. Saya suka mencadangkan agar mereka berusaha untuk mendaftarkan diri dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila berlakunya bencana nanti. Baru anda kenal pemain-pemain lain.

CATATAN LAPANGAN NO 06: KAMI YANG PALING

Bencana di Malaysia bukan seperti dahulu lagi, kesan dari pemotongan pokok, penggondolan hutan, pembangunan kawasan lembah dan pembangunan yang lebih pesat meng akibatkan bencana yang berlaku lebih dahsyat dari sebelumnya. Dahulu kita tidak dengar apa yang disebut banjir kilat, tapi hari ini di bandar-bandar besar, ianya mudah saja berlaku selepas hujan lebat. Lima tahun dulu, mana ada kita sibuk dengan pembakaran ladang di Indonesia, dan bukan baru setahun dua ini Indonesia membakar lebihan hasil ladang mereka, sejak sekian lama tetapi kenapa ianya tiada kesan jerebu seperti hari ini? Justeru, kita harus bersiap sedia untuk menghadapi kesan-kesan bencana yang sama setiap tahun.

Apabila sudah diistiharkan bencana, maka MKN akan mengadakan mesyuarat koordinasi mereka dengan agensiagensi kerajaan dan NGO yang serius berkerja di lapangan. Anda boleh hadir mewakili organisasi anda dan mendaftar diri disini. Mesyuarat penyelarasan ini bertujuan untuk mengadakan koordinasi bantuan agar lebih tersusun dan menyeluruh. Menghadirkan diri dalam mesyuarat koordinasi ini akan memberikan anda maklumat lebih tepat mengenai siapakah lagi yang berada di lapangan dan dimanakan mereka berkerja, apakah bentuk bantuan yang telah disalurkan dan apakah lagi bantuan yang diperlukan dan sebagainya. Maklumat kritikal seperti ini amat diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi me rancang gerakerja bantuan mereka yang seterusnya. Tetapi sekiranya anda dan organisasi anda hanya berniat untuk turun sekali sahaja, buat syarat untuk tunjuk muka, tak perlulah hadir ke mesyuarat ini. Ianya untuk organisasi yang bercadang untuk berkerja dalam situasi marathon, bukan lari 100 meter sahaja. Banyak faedah yang boleh anda perolehi dan anda akan lebih fokus dalam menumpukan bantuan yang hendak disalurkan secara berkesan. Sekali lagi saya tekankan, tidak ada sebuah organisasi sahaja yang boleh berkerja disemua tempat yang terlibat dalam bencana, bagaimana kukuhpun organisasi tersebut, mereka masih memerlukan khidmat sokongan dari yang lain. CATATAN DARI LAPANGAN ms 37

Saya suka mencadangkan agar anda berusaha untuk mendaftarkan diri dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila ber lakunya bencana nanti


Kebiasaannya apabila berada di lapangan seperti banjir, kami akan berada tidak kurang dari 2 bulan di sesuatu lokasi tersebut. Kami akan memastikan proses “entry” dan “exit” kami berjalan lancar. Tidak ada sebarang tugasan atau bantuan yang tertunggak sebelum kami menamatkan operasi. Kita tidak berminat dengan siapa yang paling lama berada di lapangan, yang paling berkesan membantu dan segala macam “paling-paling” ini. Kayu ukur yang digunakan untuk “paling” ini adalah sangat subjektif dan kami tidak mahu terperangkap dengan imej “paling” ini. Yang penting dan utama, bagaimana masyarakat yang ditimpa musibah ini dapat dibantu semaksima mungkin dan dengan bantuan yang sebaik-baiknya. Saranan saya, carilah perkataan lain yang lebih membawa erti kepada pembabitan anda dan organisasi di lapangan selain menggunakan perkataan “paling”. Elakkan diri dari terperangkap dalam mimpi “paling” ini, sebaliknya jadilah sebuah organisasi yang berkesan di lapangan, lengkap melengkapi dengan yang lain. Melakukan kerja secara sinergi dan teratur, maksimakan segala sumber yang ada dan manfaatkan segala kekuatan yang dimiliki. Belajarlah untuk berkerja dengan organisasi lain demi mencapai satu hasil kerja yang lebih baik dan bermutu. Saya suka menggunakan analogi “kereta lumba” atau kereta “Formula 1”, bagi menghasilkan satu jentera yang mantap, laju dan canggih ini ianya tidak datang dari satu syarikat sahaja, ianya merupakan gabungan dari pelbagai syarikat. Ada syarikat yang menaja tayar, memastikan tayar terbaik yang sesuai dengan kondisi litar perlumbaan digunakan. Ada syarikat yang menaja enjin, dan ia memastikan enjin yang digunakan adalah yang terbaik dan setanding dengan pesaing-pesaing yang lain. Ada syarikat yang menaja minyak hitam, minyak gear, minyak enjin dan segala macam minyak. Ada syarikat yang menaja pakaian pemandu andainya jentera itu terbakar atau kemalangan, pemandu akan mempunyai perlindungan maksimum ter hadap tubuh badannya. Begitulah seterusnya. Yang penting, kereta yang kita bantu ini mampu memenangi perlumbaan. Dan dalam Islam, kita dianjurkan saling berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Tetapi jangan lupa, Al Quran juga menganjurkan agar kita bertolong bantu dalam kerja-kerja kebajikan dan makruf. Kami sedia untuk berkerjasama dengan sesiapa saja yang ingin berkerja secara serius di lapangan, jom kita sembang sambil pekena kopi.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 38

CATATAN LAPANGAN NO 06: KAMI YANG PALING

Dan dalam Islam, kita dianjurkan saling berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan. Tetapi jangan lupa, Al Quran juga menganjurkan agar kita bertolong bantu dalam kerja-kerja kebajikan dan makruf


KH

North Khyb pend trakto tanah pend


HYBER PAKHTUNKHWA

h Western Frontier Province (NWFP) kini dikenali sebagai ber Pakhtunkhwa (KPK) terletak di Utara Pakistan. Kelihatan duduk kampung sedang mencari jalan untuk melepaskan or kecil membawa kayu api yang telah tersangkut diatas h lembut. MRA telah berada disini bagi membantu para duduk terkesan banjir besar pada tahun 2010 yang lalu.


MEMILIH SASARAN Dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan, cabaran pertama yang perlu diselesaikan dengan sebaik mungkin ialah info gathering. Pengumpulan maklumat yang tepat dari lapangan amatlah penting. Maklumat yang kurang tepat dan tidak mencukupi boleh menyukarkan atau mengganggu apabila misi bantuan mula digerakkan. Justeru, segala maklumat yang dikumpul dan diperolehi oleh Tim Pertama (Peninjau) amatlah penting bagi menentukan aturan gerakan selanjutnya. Ada kalanya kerja ini mudah sahaja, melalui Media Sosial sahaja anda sudah boleh mendapat beberapa maklumat asas mengenai sesuatu kawasan tersebut. Namun untuk maklumat dan info yang lebih tepat anda perlu turun ke lapangan dan bertemu dengan orang tempatan untuk membuat aturan gerakan dan sebagainya. Memilih SASARAN untuk memulakan kerja-kerja bantuan tidak semudah penyaluran bantuan yang bersifat “Touch N Go” sahaja. Dimana pun anda boleh buat jika sifatnya sekejap dan one off sahaja. Tetapi jika anda bercakap tentang bantuan jangka panjang, melibatkan program “rebuilding”, “development” dan yang mengambil masa panjang, ianya memerlukan kira-kira dan sifir yang lain. Pertama sekali, apabila kami berada di satu kawasan di mana kita tidak mempunyai pengalaman beroperasi sebelumnya, perkara paling kritikal yang perlu diselesaikan ialah siapakah RAKAN PELAKSANA yang boleh untuk kita berkerjasama. Rakan pelaksana ini juga dapat membantu kita dan memudahkan urusan surat menyurat, penghantaran & agihan dana, pe laporan, komunikasi lapangan dan segala urusan berkaitan taktikal dan teknikal juga boleh diuruskan dengan lebih baik. Apapun, inilah antara perkara utama di lapangan yang perlu diperhalusi, tersilap memilih rakan pelaksana, anda akan “dilelong”. Bagi memilih kawasan untuk operasi ini memerlukan beberapa maklumat tambahan supaya apabila tim susulan tiba untuk memulakan kerja, mereka tidak perlu membuang masa menyelesaikan masalah lojistik dan teknikal yang belum selesai atau tidak lengkap. Tim peninjau harus pastikan semua urusan berkaitan telah siap sedia diatur. CATATAN DARI LAPANGAN ms 41

CATATAN LAPANGAN NO 07: MEMILIH SASARAN

CATATAN LAPANGAN NO 07

Memilih kawasan untuk operasi ini memerlukan beberapa maklumat tambahan supaya apabila tim susulan tiba untuk memulakan kerja, mereka tidak perlu membuang masa menyelesaikan masalah lojistik dan teknikal yang belum selesai atau tidak lengkap


Antara perkara paling perlu diberikan perhatian ketika memilih lokasi untuk bertugas ialah KEMUDAHAN JALANRAYA. Adakah kawasan yang kita pilih untuk dibantu itu dapat di akses menggunakan jalan darat. Ini amat penting bagi memastikan penghantaran bantuan dapat terus ke gudang ataupun kawasan bantuan. Kerja-kerja pemunggahan yang berulang kali juga dapat dielakkan, kerana ianya semua melibatkan tenaga, kos dan masa. Ianya juga akan memudahkan kerja-kerja penghantaran tenaga Sukarelawan dan bantuan lain ke lapangan sekiranya akses masuk adalah baik dan lancar. Antara ciri lain yang perlu juga anda berikan perhatian ialah kemudhan ELEKTRIK. Ketiadaan bekalan elektrik boleh mengganggu kelancaran komunikasi di lapangan, lantaran banyak peralatan memerlukan bekalan elektrik untuk beroperasi seperti telefon bimbit, walkie talkie, komputer dan sebagainya. Ada kawasan bencana yang mengadakan catuan elektrik, ini pun cukup bagus dari langsung tiada elektrik. Namun, sekiranya memang langsung tidak ada bekalan, anda perlu sediakan sumber bateri yang boleh dicaj menggunakan teknologi solar. Apabila anda telah sepakat dalam memilih kawasan untuk BEROPERASI, persediaan untuk mencari bangunan yang bersesuaian untuk dijadikan Bilik Operasi harus segera dilakukan. Bangunan ini bakal menempatkan Bilik Operasi Lapangan, Stor Simpanan, Ruang Rehat dan Asrama, Tandas, Kawasan Penginapan, Tempat Makan, Ruang Solat, Kawasan Penyimpanan Kenderaan dan lain-lain yang perlu. Bilik ini juga perlu disediakan jadual bertugas termasuk pendetailan kerja keselamatan, kebersihan dan masak memasak. Bilik Operasi ini kalau boleh mestilah punya akses kepada kemudahan telefon, internet, jalanraya, pasar atau kedai dan sebagainya. Saya suka untuk memastikan Bilik Operasi kami adalah mesra untuk wartawan dan pemberita. Mereka boleh membuat kerja-kerja peng hantaran berita kepada Editor dari Bilik Operasi kami sahaja. Ketika banjir Pantai Timur dua tahun yang lalu, bilik gerakan kami di Gambang, Pahang mampu menerima kehadiran lebih dari 200 orang Sukarelawan pada satu-satu masa dan berupaya untuk menyediakan makanan kepada semua yang terlibat. Bilik Operasi ini akan dibuka 24 jam setiap hari sepanjang operasi kami berlangsung di kawasan tersebut. Waktu jam berkerja akan dikurangkan apabila beban kerja semakin berkurangan dan Bilik Operasi akan ditutup apabila bencana diistiharkan berakhir oleh pihak MKN dikawasan tersebut.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 42

CATATAN LAPANGAN NO 07: MEMILIH SASARAN

Bangunan ini bakal menempatkan Bilik Operasi Lapangan, Stor Simpanan, Ruang Rehat dan Asrama, Tandas, Kawasan Penginapan, Tempat Makan, Ruang Solat, Kawasan Penyimpanan Kenderaan dan lain-lain yang perlu.


Kalau kita jelas tentang kemampuan dan kekurangan serta peluang dan cabaran yang bakal dihadapi (SWOT Analysis), maka kita akan berkerja dengan lebih tersusun, jelas matlamat dan pastinya lebih fokus dengan apa yang hendak dicapai. Pemilihan kawasan operasi yang tepat akan juga memberikan impak mengenai gerakerja dan tempoh masa misi kita berada di sesebuah kawasan tersebut. Sekiranya kehadiran kita mendapat SAMBUTAN BAIK dari penduduk setempat, mereka amat mengalu-alukan kehadiran tim bantuan kita. Mereka sedia untuk berkerjasama dan menyokong aktiviti dan kegiatan yang kita lakukan, pastinya ia memberikan kita kelebihan dan tambah bersemangat untuk terus membantu mereka di lapangan. Di sesetengah kawasan, jaminan dari pemimpin tempatan memberikan kita perlindungan dari diganggu oleh kelompok ber senjata dan ianya turut memberikan kita perlindungan dari sebarang gangguan oleh pihak-pihak yang cuba mengganggu. Banyak faedah yang kita perolehi sekiranya kehadiran kita direstui oleh orang tempatan. Pastikan juga lokasi yang anda pilih ini mudah untuk akses ke lapangan terbang, stesen keretapi dan juga pelabuhan. Ianya amat penting sekiranya kita memerlukan penghantaran lojistik dari luar dalam kadar dan jumlah yang besar. Penghantaran ini pastinya perlu disokong oleh rangkaian jalanraya yang baik juga termasuk kemudahan gudang dan keselamatan. Elakkan dari memilih kawasan operasi yang terletak di tempat yang terpencil dan tersorok, apatah lagi yang terletak terceruk di pendalaman. Anda perlu akses kepada pengangkutan, kemudahan prasarana, komunikasi dan sebagainya. Berada terlalu dalam di kawasan tersorok selalunya tidak digalakkan dan ianya menyukarkan gerakerja di lapangan nanti. Justeru pilihlah lokasi yang sesuai untuk memudahkan penerimaan sukarelawan, barang bantuan, pertemuan dan sebagainya. CATATAN DARI LAPANGAN ms 43

CATATAN LAPANGAN NO 07: MEMILIH SASARAN

Dalam dunia bantuan ini, kita harus jujur dan menerima hakikat sebenar di lapangan. Tiada sebuah NGOpun yang boleh ber kerja secara efektif untuk membantu secara keseluruhan di sebuah negeri di Malaysia semasa sesuatu bencana berlaku Kita harus tumpukan gerakerja dan bantuan di daerah atau jajahan yang telah kita kenal pasti mampu untuk kita bantu. Itupun mungkin bukan seluruh daerah, mungkin sekitar 30% sahaja yang kita mampu berdasarkan kepada dana yang kita punyai, tenaga manusia dan sukarelawan yang kita miliki, juga kelengkapan dan peralatan yang kita ada semuanya adalah terhad.

Pemilihan kawasan operasi yang tepat akan juga memberikan impak mengenai gerakerja dan tempoh masa misi kita berada di sesebuah kawasan tersebut


Anda juga perlu menyediakan Plan Kontigensi sekiranya sesuatu berlaku tanpa diduga. Anda perlu bersiap sedia sepanjang masa, dan dalam kerja-kerja bantuan seperti ini, berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku di lapangan. Samada anda berada di kawasan bencana mahupun peperangan, persediaan kontigensi adalah amat perlu dan tidak boleh dipandang ringan dan mudah. Sebagai contoh, sekiranya anda beroperasi di kawasan per tempuran. Tiba-tiba di tengah malam, anda dikejutkan dengan berita bahawa ada pihak sedang memasuki kawasan dimana anda beroperasi dan berhasrat untuk mencari orang luar sebagai tebusan. Anda tidak boleh kata bagi saya fikir dahulu atau biar saya hubungi Kuala Lumpur dahulu minta pandangan. Apa yang perlu dilakukan ketika itu ialah untuk terus meng aktifkan PELAN KELUAR yang telah dirancang untuk kecemasan. Ikut semua langkah-langkah yang telah diatur didalam pelan itu melainkan terpaksa membuat perubahan. Kegagalan untuk anda mematuhi pelan tersebut boleh mengancam nyawa dan keselamatan anda serta mengganggu operasi organisasi anda di lapangan. Anda harus segera bertindak. Apabila semua benda-benda penting telah berjaya diatur dengan baik, anda perlu mengadakan MESYUARAT HARIAN bagi memastikan perkembangan projek bantuan yang dilakukan adalah dalam keadaan baik dan mengikut seperti apa yang dirancang sebelum ini. Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sebarang masalah dan halangan yang mungkin timbul dan memerlukan penyelesaian segera bagi memastikan kelancaran program di lapangan. Semua yang berlaku di lapangan harus dibincangkan dan diputuskan didalam Mesyuarat Harian ini. Kebiasaannya, mesyuarat ini akan berlaku setiap hari diwaktu malam. Sebarang hasil dan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat inilah yang akan dibawa dan dikongsi bersama dalam Mesyuarat Koordinasi diantara NGO dan Organisasi lain yang bertugas di lapangan yang sama. Akhir sekali, anda perlu memastikan setiap hari sebuah laporan harian mengenai aktiviti organisasi anda dilapangan disediakan dan dihantar ke Ibupejabat untuk disemak dan diteliti. Laporan harian ini juga perlu memasukkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Mesyuarat Koordinasi lapangan yang anda turut serta. Laporan yang tepat dan padat akan membantu pihak Operasi untuk mengatur gerakan bantuan dan aktiviti seterusnya di lapangan nanti.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 44

CATATAN LAPANGAN NO 07: MEMILIH SASARAN

Apa yang perlu lakukan ketika itu ialah untuk terus mengaktifkan PELAN KELUAR yang telah dirancang untuk kecemasan, sekiranya berlaku. Ikut semua langkah-langkah yang telah diatur didalam pelan itu melainkan terpaksa membuat perubahan



SUKARELAWAN ELIT - MYCORPS Program pelatihan sukarelawan elit negara yang termasuk sebagai salah satu daripada NKRA bagi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah selamat berlangsung dan MRA merupakan salah sebuah organisasi yang terlibat dalam pembangunan modul dan program latihan untuk pemimpin sukarelawan ini. Kelihatan dalam gambar, Pengarah Perubatan MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin sedang memerhatikan kaedah dan cara perlaksanaan sebenar Bantuan Kecemasan di lapangan.


PROTOKOL LAH SANGAT Protokol adalah perlu dalam banyak perkara, terutama yang melibatkan majlis-majlis dan aktiviti yang bersifat rasmi dan dihadiri oleh tokoh-tokoh tertentu yang dihormati dan mereka yang menjawat jawatan rasmi. Protokol adalah bertujuan untuk memastikan sesuatu majlis itu berjalan mengikut adab dan tertibnya, tersusun dan kemas perlaksanaannya. Ini merupakan sesuatu yang baik dan perlu dipertahankan. Namun, saya beranggapan dalam keadaan kecemasan dan suasana bencana, protokol perlu diminimakan. Protokol harus disesuaikan dengan keadaan ketika itu, inilah protokol yang paling sesuai ketika itu. Sekadar memberikan contoh, kita masih lagi terperangkap dalam suasana majlis rasmi-rasmian yang kadangkala tidak membantu sangatpun kelompok penduduk yang menerima sesuatu musibah. Sebagai contoh, Majlis Penyerahan untuk air mineral sahaja, bukan dapat ganti peti ais pun, tapi ianya dilakukan seolah-olah pemberian air mineral itu telah membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh para penduduk yang terkesan bencana di situ. Pemberian air mineral itu diiringi pula dengan ucapan berjelajela dari orang-orang tertentu. Satu lepas satu, semacam kempen pilihanraya pula jadinya. Ucapan panjang itu tidak mengenyangkan para penduduk pun, mereka hanya dapat air mineral sahaja. Tetapi inilah yang saban kali berlaku, mereka terpaksa hadir mendengar ucapan-ucapan retorik yang sangat tidak membantu mereka yang sangat terganggu minda dan emosinya akibat kehilangan harta benda, mungkin juga ada yang kehilangan orang yang tersayang dan segala macam kerugian yang dialami. Namun, emosi mereka ini tidak langsung diendahkan oleh mereka yang terlibat, mereka lebih senang untuk terus menjaga hati para pemimpin yang datang menjenguk mungkin sekali itu saja. Protokol yang berlebihan dan melampau-lampau ini amat tidak membantu penduduk yang terkesan bencana. Anda harus lebih prihatin dan elakkan dari turut terjebak dalam hal ini. CATATAN DARI LAPANGAN ms 47

CATATAN LAPANGAN NO 08: PROTOKOLLAH SANGAT

CATATAN LAPANGAN NO 08

saya beranggapan dalam keadaan kecemasan dan suasana bencana, protokol perlu diminimakan. Protokol harus disesuaikan dengan keadaan ketika itu, inilah protokol yang paling sesuai ketika itu


Protokol Ketika musim bencana perlu diringkaskan dan dimudahkan sesuai dengan keadaan dan suasana ketika itu

Protokol ini juga pasti melibatkan aktiviti bergambar bersama penduduk yang sedang dilanda musibah ini. Gambar mereka dirakam sedang tersenyum sambil menerima bantuan dari tokoh tertentu yang hadir dalam majlis tersebut. Mereka akan memilih seorang makcik yang tua atau seorang budak yang comel untuk menjadi penerima yang bakal diambil gambarnya bersama tokoh tersebut. Protokol ini tidak membantu para penduduk yang lain pun. Yang dipentingkan ialah esok nanti, cerita ini akan keluar dalam akhbar tempatan dan mendapat liputan yang meluas. Ketika saya berada di Jepun dahulu, jangankan orang biasa, Menteri atau Duta pun belum tentu mendapat keizinan untuk bergambar dengan mana-mana penduduk yang terkesan akibat Tsunami ketika itu. Semuanya mesti mendapat restu dan keizinan dari empunya diri terlebih dahulu. Disana, mereka amat menghormati hak privacy seseorang itu. Ia dianggap sebagai mencabuli hak individu seseorang tersebut sekiranya gambar mereka diambil tanpa izin dan restu. Berbeza pula keadaannya disini, kalau makcik tadi tidak bersedia untuk dirakam gambarnya, pasti makcik itu akan dianggap tidak “sporting” atau tidak “friendly”. Dia dianggap tidak menjaga air muka orang yang mahu bergambar dengannya. Hati dan perasaan makcik tu tak penting, hati tokoh tadi yang lebih penting. Ada ketika, barang-barang bantuan tidak dapat diagihkan kepada para penduduk terkesan bencana sehinggalah Majlis Penyerahan Rasmi dapat dilakukan. Walaupun barang-barang sudah sampai di tempat tersebut, ianya tidak boleh diserahkan selagi tidak ada majlis penyerahan rasmi dibuat. Sekiranya sumbangan tersebut terdiri dari drypers kanak-kanak, mungkin dah sepuluh kali “melepas” barulah dapat digunakan sumbangan yang baru sampai tadi. Kuat betul budaya protokol tidak tentu hala ini didalam masyarakat kita. Bukanlah sehingga tidak perlu ada protokol langsung, tapi janganlah protokol itu sehingga menambah kesulitan dan kepayahan. Protokol ketika musim bencana perlu diringkaskan dan dimudahkan sesuai dengan keadaan dan suasana ketika itu. Ia tidak perlu terlalu detail dan padat seperti pada hari-hari biasa. Walaupun penduduk yang berlindung di Pusat Pemindahan tidak kemana ketika itu, namun kehadiran mengejut ditengah malam oleh tokoh tertentu dan juga kehadiran bertalu-talu oleh pelbagai orang penting, itu belum lagi majlis yang tidak henti-henti amat menyesakkan penduduk yang sudah cukup tertekan dengan kehilangan dan kerugian yang dialami. Duduk di Pusat Pemindahan menambah pula lagi ketegangan minda mereka. Cuba kita cari jalan terbaik bagi memastikan emosi mereka tidak terganggu dan mereka merasa tenang berada di sini.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 48


Saya tak nak orang terkeliru dan menganggap saya ini sebagai berkerja tak mengikut sistem, tidak tahu adab dan tiada protokol. Suka ditekankan sekali lagi, protokol yang dimaksudkan ialah yang melampau-lampau sehingga menyusahkan dan menyulitkan. Bukanlah sehingga tidak ada sistem pula. Pusat Pemindahan Bencana (Banjir atau Gempa atau Tanah Runtuh atau Kebakaran atau apa saja) perlu ada aturan protokol yang minima. Mesti ada PICnya (Person-In-Charge) yang bertanggungjawab mengawal selia dan mentadbir pusat itu sepanjang ianya beroperasi. Dialah pegawai tertinggi disitu, keputusannya yang harus dipatuhi dan dia berfungsi sebagai Ketua Pusat Pemindahan tersebut. Langsung tidak ada sistem lagi kacau dan ribut dibuatnya. Semua orang akan bertindak mengikut suka hati dan kepandaian serta pertimbangan masingmasing, ini lebih menyukarkan keadaan. Setakat yang saya lihat, pengurusan bencana di Malaysia merupakan antara yang terbaik, walaupun ianya tidak perfect sehingga 100 peratus, namun pada saya ianya boleh diberi rating A+ dengan mengambil kira beberapa kelemahankelemahan yang mungkin berlaku secara ad-hoc, namun dari segi perlaksanaan dari pihak agensi kerajaan ianya cukup baik, siap dengan segala macam plan perlaksanaan dan ada SOP yang digunapakai. Agensi-agensi yang terlibat juga mempunyai pegawai dan kakitangan yang terlatih dan berpengalaman dalam pengurusan bencana. Penyediaan makanan dan minuman, aturan penggunaan tandas, rawatan kesihatan selalunya diaturkan dengan baik dan terurus, namun dalam bencana skala besar, pasti berlaku sedikit sebanyak kekurangan dan kecacatan yang tidak dapat dielakkan, dan itu adalah lumrah. Memudahkan protokol bukanlah bermaksud melakukan sesuatu tanpa sistem atau kawalan, sebaliknya ia bersifat untuk mempercepatkan perlaksanaan tanpa perlu mengetepikan prosedur asas seperti pendaftaran, agihan adil, mereka yang memerlukan dan sebagainya. Protokol ini sifatnya untuk menjadikan perlaksanaan sesuatu tugasan itu tampak lebih terurus dan cekap. Bukan menampakkan kecelaruan, tiada sistem, kelam kabut, tidak terurus, tiada rekod pemantauan, lintang pukang dan sebagainya. Protokol ada lah bertujuan untuk memastikan agihan dapat dilakuan dengan sempurna dan semua dapat berkongsi faedah dan kebaikan yang diberikan. CATATAN DARI LAPANGAN ms 49

Memudahkan protokol bukanlah bermaksud melakukan sesuatu tanpa sistem atau kawalan


Janganlah terlampau garang dalam hal ini, jika ada yang tidak mengikut protokol seperti yang sepatutnya, inikan orang kampung dan kanak-kanak, mereka tidak biasa dengan acara dan program rasmirasmian sebegini

Pemimpin dan orang politik terutamanya, harus lebih prihatin dan peka apabila berhadapan dengan penduduk dan mereka yang terkesan akibat bencana. Tidak salah untuk bertemu dengan mereka yang terkesan bencana di rumah mereka atau di pusat pemindahan bencana, tetapi biarlah kehadiran kita itu dilihat sebagai kehadiran seorang sahabat yang bertanggungjawab, bukan hadir sematamata untuk mengambil gambar, simpati yang tidak asli dan lebih dilihat untuk mencipta populariti sahaja. Mengurangkan protokol di lapangan akan mendekatkan pemimpin dengan masyarakat, beliau akan lebih diingati dan dikenang. Penduduk akan sentiasa terasa mereka dihargai. Kehadirannya di lapangan memberikan kelegaan dan ke gembiraan kepada mereka yang sedang dilanda kesusahan. Elakkan protokol berlebih-lebihan di lapangan. Penduduk yang sedang dalam saat sukar dan sulit ini memerlukan bantuan dan kepedulian anda, menjadi pendengar yang baik juga sudah cukup tanpa perlu berjanji apa-apa sekiranya anda tidak bersedia atau ada kemampuan untuk menunaikannya. Protokol seharusnya menjadikan kerja lebih teratur, terurus dan bersistem, bukan menimbulkan pemisahan diantara orang penting dengan orang kurang penting atau orang biasa. Ia sepatutnya melicinkan operasi dan melancarkan gerakerja, bukan mengekang pergerakkan dan aktiviti bantuan yang hendak dilakukan. Protokol bersifat elastik. Ianya boleh diubah dan diperbaiki bergantung kepada keadaan. Protokol perlu dijadikan mekanisme untuk menjadikan kita berkerja dalam susunatur yang lebih baik dan terurus bukannya menjadikan kita terikat kepada undangundang dan sistem yang mutlak dan tidak boleh diubah. Dalam bencana, semua orang mahu memastikan diri mereka dan keluarga mereka mendapat bantuan dan perhatian yang sewajarnya. Fahami keadaan dan kesukaran yang sedang mereka alami, jangan marah jika sekali sekala mereka terlajak dan melanggar protokol. Janganlah terlampau garang dalam hal ini, jika ada yang tidak mengikut protokol seperti yang sepatutnya, inikan orang kampung dan kanak-kanak, mereka tidak biasa dengan acara dan program rasmi-rasmian sebegini. Justeru, janganlah ter lampau protokol sangat. Boleh kan?

CATATAN DARI LAPANGAN ms 50



BENGKEL PEMBUATAN EM DI BAGAN SERAI Pada tahun 2011 yang lalu, kami telah menganjurkan bengkel pembuatan EM (Effective Microrganisma) di Rumah Warga Emas Bagan Serai. Ini merupakan antara aktiviti awal yang dianjurkan oleh MRA Perak.


MENGHORMATI PRIVACY Apabila kita berada di kawasan bencana, antara perkara penting yang seorang pekerja bantuan kemanusiaan dan sukarelawan harus teliti dan jaga ialah untuk menghormati privacy penduduk atau orang yang dibantu. Hak peribadi mereka harus dihormati dan dijaga. Walaupun mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, maruah dan harga diri mereka jangan dipermainkan dan direndahkan. Menghormati privacy ini perlu diberikan perhatian oleh semua yang terlibat dalam urusan membantu, agar kita tidak mengusik emosi dan menyebabkan mereka merasa lebih tertekan.

CATATAN LAPANGAN NO 09: MENGHORMATI PRIVACY

CATATAN LAPANGAN NO 09

Ada kalanya, kita jadi terlupa dengan prinsip asas ini kerana keseronokan dan ghairah untuk membantu, mengakibatkan secara tidak sedar, secara diam, secara tidak sengaja kita telah mengguris hati mereka yang terkesan dengan sesuatu bencana tersebut. Antara perkara yang perlu kita hormati ialah adakala kita tidak dibenarkan untuk MASUK MEMBANTU DI DALAM RUMAH. Kebiasaannya, kalau dalam misi banjir atau gempa, kita dibenarkan untuk masuk membantu membersihkan rumah, tetapi ada juga yang tidak mahu membenarkan orang luar untuk masuk ke rumah mereka, jangan paksa atau marah. Itu hak mereka, kita cuba bantu di luar rumah dan tugasan lain yang boleh tanpa perlu masuk ke dalam rumah. Ada juga kalanya, penduduk terkesan bencana yang kita temui tidak mahu BERKOMUNIKASI dengan kita. Mereka lebih banyak diam dan senyap. Biarkan mereka untuk melayan perasaan yang serba berkecamuk itu, jangan dipaksa mereka untuk berbual. Banyakkan senyum sahaja, atau anda mungkin boleh berbual dengan ahli keluarga yang lain, yang lebih mesra dan bersedia untuk berbual. Saya pernah bertemu seorang mangsa banjir yang berborak tanpa memandang muka saya, menceritakan kehilangan harta benda dan kerugian yang beliau alami dalam banjir yang melanda itu. Beliau bercerita tentang bagaimana dia mengumpul harta dan mengusahakan tanahnya sehinggalah banjir melanda, segala kenderaan termasuk traktor, haiwan ternakan termasuk lembu dan kambing telah mati. Anda harus bersedia untuk menjadi pendengar yang baik. CATATAN DARI LAPANGAN ms 53

Menghormati privacy ini perlu diberikan perhatian oleh semua yang terlibat dalam urusan membantu, agar kita tidak mengusik emosi dan menyebabkan mereka merasa lebih tertekan


Kita juga harus memahami sensitiviti di lapangan yang dibantu. Budaya hidup, corak pemikiran, pengaruh politik setempat dan juga taraf hidup. Ini semua mempengaruhi cara pemikiran dan tindakan para penduduk. Justeru, memahami perkara-perkara asas sebegini akan dapat membantu kita untuk bertindak lebih matang dan profesional di lapangan. KEIZINAN untuk bergambar harus diperoleh terlebih dahulu sebelum anda mula mengeluarkan kamera atau handphone. Anda tidak boleh menganggap privacy ini sebagai perkara enteng dan kecil sahaja. Pada sesetengah masyarakat dan komuniti, mengambil gambar bersama isteri dan anak perempuan mereka adalah perkara yang memalukan. Sosio budaya di sesuatu tempat perlu difahami oleh sukarelawan dan pekerja bantuan kemanusiaan. Adat yang kita biasa amalkan di negara kita, walaupun tidak bercanggah dan salah, adakalanya dianggap sebaliknya dalam komuniti lain. Di Afghanistan dan Pakistan, mengambil gambar wanita mereka tanpa sebarang sebab kukuh boleh berakhir dengan kematian. Mungkin anda beranggapan ianya keterlaluan, tetapi inilah dia realiti yang berlaku di belahan dunia yang disini. Sebagai contoh, pengalaman saya bersama penduduk di Fukushima, Jepun yang terkesan akibat Tsunami 2011. Mereka begitu SENSITIF dengan privacy dan amat menjaganya. Sekiranya sukarelawan yang datang membantu mengambil gambar mereka yang sedang menangis, rumah yang musnah dan kerosakkan yang dialami tanpa sebarang alasan, mereka akan menghubungi pihak berkuasa tempatan untuk mengambil tindakan bagi mengusir kita dari kawasan tersebut. Disini anda tidak boleh sesuka hati mengambil gambar kerana ianya begitu sensitif dan sangat personal bagi mereka. Dalam kebanyakkan bencana yang berlaku di dunia, kita sentiasa melihat gambar-gambar mengerikan tentang mangsa yang terbunuh, mayat bergelimpangan, kematian yang menyayatkan, namun disini, anda tidak akan melihat sebarang gambar mayat atau jenazah di dalam media mereka. Hak privacy ini amat dijaga dan ianya bertapak kukuh disini. Ribuan yang mati dalam bencana ini tetapi agak menakjubkan, mereka tidak langsung mempamerkan gambar-gambar mayat dalam media massa mereka. Kalau di negara lain, pastinya ribuan gambar telah muncul di dada-dada akhbar harian. Mungkin ini merupakan sebahagian dari ajaran agama Shinto yang mereka amalkan, iaitu untuk menghormati mayat dan menjaga SENSITIVITI penduduk yang kehilangan ahli keluarga.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 54

CATATAN LAPANGAN NO 09: MENGHORMATI PRIVACY

Mungkin ini merupakan sebahagian dari ajaran agama Shinto yang mereka amalkan, iaitu untuk menghormati mayat dan menjaga SENSITIVITI penduduk yang kehilangan ahli keluarga.


Saya perhatikan kini trend berurusan dengan gelandangan juga semakin meningkat kebelakangan ini, semakin banyak organisasi tampil untuk memberikan bantuan kepada mereka. Ada yang hadir dengan program jangka panjang yang konkrit dan ada yang hadir dengan program yag lebih untuk menonjolkan diri dan organisasi, maaf, terpaksa cakap begini, itulah realitinya. Ada beza diantara kedua buah organisasi ini, yang mahu menjalinkan “long term engagement” dan yang bersifat “mee segera” ini. Berurusan dengan gelandang ada adab dan prinsip -prinsip asas yang perlu dijaga dan dilindungi. Anda perlu ada ilmu dan kena belajar daripada mereka yang betul-betul serius dalam membantu gelandangan di lapangan.

CATATAN LAPANGAN NO 09: MENGHORMATI PRIVACY

Adakalanya sukarelawan yang dihantar ke lapangan bencana tidak dapat membezakan dengan berada dalam misi bersihkan sungai atau misi yang melibatkan orang yang sedang dalam kesulitan seperti gelandangan.

Ramai sukarelawan yang tidak menjaga adab dan prinsip asas semasa berurusan dengan gelandangan, mungkin tidak cukup maklumat. Antara PERLANGGARAN PRINSIP ASAS tersebut ialah seharusnya tiada gambar yang diambil untuk tujuan sebaran di media sosial. Malah nama mereka pun kita perlu sembunyikan, ini semua untuk menjaga maruah dan menghormati privacy mereka. Tetapi kebelakangan ini, saya lihat prinsip asas ini sudah dilanggar dan tidak dihormati lagi, terutamanya oleh organisasi ala mee segera ini. Malah ada yang asyik berselfie dengan gelandangan, di samping duduk dan berdiri didalam “rumah” gelandangan tersebut. Rumah ini bermaksud “kadbod atau lapik” yang mereka gunakan untuk tidur. Tanyalah soalan dengan penuh adab dan sopan, gunakan bahasa yang mudah dan mesra. Jangan pandang gelandangan ini sebelah mata, ada diantara mereka ini lulusan dari universiti. Mereka mungkin merempat tetapi tidak bodoh. Jangan tanya terlalu banyak soalan pada gelandangan seperti pak menteri disoal oleh wartawan. Tanya soalan wajib dan perlu sahaja. Jangan susahkan hidup mereka yang sememangnya sudah susah. Elakkan juga dari minta nak tengok IC atau pengenalan diri serta kemudiannya sibuk nak ambil gambar kad pengenalan tersebut. Cuba belajar dari mereka yang berpengalaman mengenai cara dan kaedah yang sesuai untuk komunikasi bersama gelandangan ini. Juga jangan pertikaikan jika mereka ini ada hp, punya emel dan ada akaun FB dan Wassup. CATATAN DARI LAPANGAN ms 55

Ada beza diantara kedua buah organisasi ini, yang mahu mewujudkan “long term engagement” dan yang bersifat “mee segera” ini.


Begitu juga apabila kita berurusan dengan kelompok anak yatim. Sukarelawan harus sensitif dan peka dengan emosi adikadik ini. Jangan mainkan emosi mereka dengan soalan-soalan yang mengguris emosi mereka. Antara soalan yang tidak wajar ditanya ialah seperti ini, “Adik rindu tak pada arwah Mak”, “Kenapa tak tinggal dengan nenek”, “Cuba cerita ayah meninggal macamana” dan sebagainya. Anda boleh mengetahui cerita adik-adik ini dengan bertanyakan kepada guru atau penjaga rumah anak yatim tersebut. Kalau mereka ceritakan sendiri itu soal lain. Perkara sebegini selalu terjadi kerana kita datang ke rumah anak yatim itu sekali-sekala sahaja dan tidak ada niat hendak datang lagi selepas itu, justeru kita tidak sabar hendak tahu semua cerita. Kita tidak pernah ada gerakerja yang bersifat berterusan. Sudah jadi trend di Malaysia, kalau tahun ini kita bantu anak yatim, tahun depan kita pergi Rumah Orang Tua pula, tahun berikutnya nanti kita pergi Kampung Orang Asli pula. Tidak ada bantuan yang bersifat long term dan berpanjangan. Inilah jenis sukarelawan yang banyak kita ada. Tidak tumpu kepada isu. Dengan anak yatim, jangan memandai buat komitmen untuk BELIKAN SESUATU sekiranya anda memang tiada niat untuk datang lagi ke situ. Pada anda janji itu tidak serius, acah-acah saja untuk setuju, tetapi pada adik tersebut, mereka akan siang malam menanti janji anda itu ditunaikan. Anda mungkin sudah lupa dan tidak ingat pun nama rumah anak yatim tersebut lagi, ini pastinya menyebabkan adik tadi dalam keadaan SEDIH dan TERGURIS hatinya. Begitu juga apabila kita berhadapan dengan kelompok Pelarian. Jangan banyak tanya mengenai ahli keluarga mereka yang ditinggalkan. Soalan sekolah rendah harus dielakkan. Tahu soalan sekolah rendah? Sedih tak tinggalkan negara awak? Rindu tak pada adik beradik. Rasa tak nak balik lagi ke kampung halaman awak? Ini semua soalan yang tidak membantu, hormat perasaan mereka. Tanya soalan yang membina dan memberikan mereka semangat didalamnya. Apabila kita sendiri menghargai “privacy” kita, maka tidak susah untuk kita menghormati dan meraikan hak orang lain untuk “privacy”nya. Belajar untuk menjadi sukarelawan yang celik dan bermaklumat, bukan sukarelawan yang statik dan tidak berilmu. Dalam Islam, menghormati privacy adalah asas penting yang perlu difahami. Hak sebagai seorang manusia yang bebas perlu dipertahankan.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 56

CATATAN LAPANGAN NO 09: MENGHORMATI PRIVACY

Begitu juga apabila kita berhadapan dengan kelompok Pelarian. Jangan banyak tanya mengenai ahli keluarga mereka yang ditinggalkan


P

K Sl y g d


PAK MAT POS BERSIH

Ketika kami mula bergerak bersama komuniti Orang Asli di Pos Bersih, lim River, Perak ini, Pak Mat merupakan antara “contact person� kami yang cukup banyak membantu di lapangan. Beliau begitu sabar dan gigih melayan karenah kami, orang bandar. Semoga Pak Mat tenang di alam barzakh. Moga kita bertemu lagi di jannah nanti.


VOLUNTOURISM Musibah seperti jerebu, banjir, ribut, gempa dan tanah runtuh yang boleh kita kelompokkan sebagai Bencana Alam, sejak kebelakangan ini semakin kerap melanda bumi Malaysia. Ada kalanya kehadiran bencana ini dapat dijangka dan diramalkan tetapi ada kalanya ianya tidak dapat dijangkakan langsung kedatangannya. Sains dan teknologi juga ada kalanya tidak tepat dan tersasar juga. Namun, apa yang menarik, yang ingin saya nukilkan disini ialah apabila berlakunya sesuatu musibah atau malapetaka ini, kita akan melihat bagaimana gerakerja bantuan disalurkan kepada mereka yang terkesan di lapangan.

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

CATATAN LAPANGAN NO 10

Selain dari itu, kita juga akan melihat betapa kuasa dan tenaga sukarelawan digembleng bagi membantu penduduk terkesan musibah ini. Ada kalanya sukarelawan yang datang ini memang benar-benar ikhlas untuk turun membantu, tetapi ada juga yang turun kerana terpaksa kerana dihantar oleh organisasi atau majikan mereka. Ianya tidak salah, lebih ramai membantu lebih baik. Maka lebih banyak yang dapat kita tolong buat para penduduk terkesan bencana ini. Yang ingin saya utarakan disini ialah apa yang kita istilahkan sebagai “Voluntourism”, ianya merupakan satu amalan yang sedang berkembang rancak sehingga menenggelamkan semangat “Volunteerism” yang sebenar. Ini seolah menjadikan kawasan bencana sebagai lokasi pelancongan buat parawisata mengumpul bahan sensasi dan gambar serta cerita buat para pengunjung laman sosial mereka. Voluntourism ini sangat menghakis semangat kesukarelaan sejati dan merosakkan imej para sukarelawan yang ikhlas dan bertungkus lumus membantu di lapangan. Mereka datang ber gambar, membuat komen di laman sosial menyatakan perasaan sedih, kecewa, insaf dan segala macam lagi tanpa ada sebarang tindakan konkrit yang signifikan buat mereka yang terkesan akibat bencana tersebut. Berhadapan mangsa terkesan bencana, kita kena tunjukkan simpati dan empati bukannya gambar mereka yang telah di”upload”kan di laman sosial. CATATAN DARI LAPANGAN ms 59

Berhadapan mangsa terkesan bencana, kita kena tunjukkan simpati dan empati bukannya gambar mereka yang telah dI ”upload”kan di Media Sosial


Voluntourism ini sangat menghakis semangat Volunteerism yang sejati. Ianya menjadi satu trend yang semakin berkembang dan semakin ramai yang melakukannya tanpa disedari. Sebelum kita melangkah lebih detail lagi, semua orang harus faham, dalam Malaysia terutamanya, apabila berlaku sesuatu bencana atau musibah, Kerajaan Malaysia akan menggerakan Arahan MKN 20 yang terletak dibawah kuasa Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri. Ini adalah bertujuan untuk memastikan bantuan yang disalurkan adalah sistematik dan menyeluruh, segala aset negara untuk menghadapi bencana sebegini akan digerakkan bagi memastikan nyawa orang ramai dapat diselamatkan dengan pantas dan berkesan. Mengikut pemerhatian saya, Voluntourism berlaku pada individu dan organisasi atau kumpulan yang baru ingin melibatkan diri dalam gerakerja bantuan. Ianya tidak salah untuk mula terlibat, apa yang ingin saya tekankan ialah apabila berlaku bencana, ianya adalah satu episod duka dan kesedihan, harta musnah, ada tercedera, ada kematian dan bermacam lagi. Justeru, kehadiran kita di lapangan sepatutnya membantu mereka semaksima mungkin bukan menambah keperitan dan kepayahan lagi. Apabila kehadiran anda di lapangan adalah lebih untuk LIHATLIHAT DAN TENGOK-TENGOK, ini adalah salah satu dari ciri Voluntourism yang saya maksudkan. Anda hadir hendak tengok air sedalam mana, cecah pucuk kelapa atau tidak. Air naik sampai tingkat 3 bangunan sekolah, kubah masjid tenggelam dan sebagainya. Anda datang hanya untuk tengok dan mengambil gambar. Dalam dunia hari ini, apatah lagi di Malaysia, tidak perlu hantar “recee� team untuk kumpul maklumat. Kita boleh dapatkannya dengan mudah melalui laman sosial dan portal rasmi Kerajaan dan Agensi yang terlibat. Kita sudah boleh merancang bentuk bantuan dan gerakerja tanpa perlu hantar tim peninjau yang ramai. Maklumat lanjut mengenai operasi bencana dan keperluan penduduk terkesan bencana boleh diperolehi melalui Bilik Gerakan Bencana yang dibuka oleh MKN. Anda perlu hadir dan mendaftar kehadiran organisasi anda disitu. Pegawai bertugas akan memaklumkan keadaan sebenar di lapangan dan apakah keperluan mereka. Lebih baik lagi anda hadir sama dalam Mesyuarat Koordinasi Bantuan yang diadakan setiap hari. Disini anda akan dapat maklumat taktikal yang diperlukan, tanpa perlu membuang masa ke lokasi bencana untuk mengumpul maklumat dari lapangan.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 60

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

Apabila kehadiran anda di lapangan adalah lebih untuk LIHATLIHAT DAN TENGOKTENGOK, ini adalah salah satu dari ciri Voluntourism yang saya maksudkan


Pengalaman saya bersama dengan mereka yang berada dalam kategori ini amat memenatkan. Mereka akan cuba untuk berada disemua lokasi yang penting dan popular bagi memastikan dirinya kelihatan sebagai seorang yang turun padang membantu semua tempat di lapangan. Sebagai seorang sukarelawan agak mustahil untuk anda berada di semua lokasi bencana dalam tempoh yang singkat. Melainkan anda memang ditugaskan untuk membuat penghantaran bantuan atau anda terlibat dalam kerja-kerja koordinasi di lapangan. Selain itu, pastinya anda juga termasuk dalam kumpulan Voluntourism ini. Belajarlah untuk menjadi Volunteer yang sebenarnya. Ada ramai sukarelawan yang kehadiran mereka berakhir dengan jalan-jalan dan gimik bantuan sahaja. Kehadiran mereka di lapangan tidak memberi kesan, tidak membawa makna dan tidak membantu. Maaf, agak kasar, tapi apabila ANDA TIDAK ADA SEBARANG PELAN GERAKERJA BANTUAN, maka kehadiran anda tidak membawa banyak manfaat. Ianya boleh dielakkan sekiranya anda membuat kerja rumah dan pengumpulan maklumat sebelum turun ke lapangan. Anda perlu tahu apa yang hendak dilakukan, berapa lama anda dan teman-teman boleh berada di sana, bagaimana dengan aturan lojistik (penginapan, makanan, solat, peralatan, kontigensi dan lain-lain). Sekiranya ini dapat dilakukan sebelum anda berada di Ground Zero, ia pastinya memberikan kepuasan kepada semua yang terlibat dan kehadiran anda dan tim pastinya berbaloi. Gerakerja bantuan ini boleh diselaraskan dengan mana-mana NGO atau organisasi sedia ada yang telah berada di lapangan. Kami sendiri, apabila berada di lapangan, terutamanya di luar negara, pasti akan menghubungi rakan kerjasama kami bagi mendapatkan sokongan lojistik dan segala maklumat yang diperlukan. Ini adalah supaya apabila kita tiba sahaja, kita terus boleh bertugas dan berkhidmat tanpa perlu diganggu dengan urusan-urusan kecil yang boleh diselesaikan sebelumnya. Selalunya, organisasi dan kumpulan kecil ini akan membawa dana dan bantuan yang diamanahkan oleh orang ramai kepada mereka, justeru anda harus lebih kritikal dan berhati-hati bagi memastikan bantuan dan dana yang disalurkan melalui anda sampai terus ke sasaran pada waktu yang tepat. CATATAN DARI LAPANGAN ms 61

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

Apabila anda sibuk mengambil gambar di kawasan yang ter kesan bencana, bagi membuktikan SAYA JUGA BERADA DI LAPANGAN ini merupakan satu lagi indikator anda sedang melakukan aktiviti bersifat Voluntourism.

Selalunya, organisasi dan kumpulan kecil ini akan membawa dana dan bantuan yang diamanahkan oleh orangramai kepada mereka, justeru anda harus lebih kritikal dan berhati-hati bagi memastikan bantuan dan dana yang disalurkan melalui anda sampai terus ke sasaran pada waktu yang tepat.


Anda harus jelas dan jujur, sebelum terlibat dalam mana-mana misi bantuan, apakah sebenarnya yang ingin anda laksanakan? Adakah anda memang betul-betul berniat untuk membantu mereka yang dalam kesukaran atau anda ingin jalan-jalan disamping itu juga membantu mereka yang dilanda musibah. SERONOK BERADA DI LAPANGAN tidak membantu mereka yang terkesan dalam bencana. Ia mungkin dapat menambah bilangan lokasi bantuan yang telah anda ikutserta didalam CV, ia nampak lebih menarik tetapi secara hakikatnya, kehadiran anda tidak memberi apa makna dan bantuanpun. Seronok membantu bukan jawapan yang kita perlukan. Kehadiran anda di lapangan perlu diatur dengan program dan tindakan yang memberi makna dan nilai kepada mereka yang dibantu. Anda mungkin hadir selama dua hari di lapangan, tetapi kehadiran anda amat dirasai kerana sebelum datang, aturan dan perancangan telah dilakukan, anda tahu apa yang diperlukan dan kepada siapa ia akan disalurkan, anda juga tahu siapa yang boleh diharapkan untuk berkerjasama di lapangan. Pastikan kehadiran anda dan tim anda memberi NILAI & MAKNA (ADA KESAN) kepada penduduk dan kelompok yang dibantu. Mungkin anda dapat membantu membersihkan lima buah rumah sahaja sepanjang tempoh dua hari anda berada di sebuah kawasan terkesan banjir. Ini lebih baik dan memadai dari anda berada di lima buah kampung meronda menghabiskan masa dan minyak kereta. Pastikan juga bantuan yang anda salurkan adalah PRAKTIKAL & KEPERLUAN. Sebagai contoh, dalam suasana bencana, mereka perlukan bekalan makanan yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Jadi janganlah kita menyusahkan mereka dengan mengagihkan makanan yang rumit dan memerlukan banyak perkakas atau alatan untuk menyediakannya. Malah kalau anda boleh sediakan makanan yang sudah dimasak, panas dan segar untuk sebuah kampung itu lebih baik, pencapaian yang nampak kecil tetapi mempunyai nilai yang cukup besar kepada kelompok yang disantuni tersebut. Jangan rasa kecewa sekiranya anda tidak dapat membantu semua orang yang dilanda musibah kerana pastinya manusia mempunyai kekurangan dan keterbatasannya, namun anda patut rasa kecewa sekiranya kehadiran anda hanya untuk tengok-tengok, ambil gambar dan esok, apabila anda pulang ke rumah dan kembali ke pejabat, anda sudah lupakan mereka yang terkena musibah ini. Jika inilah sikap yang anda miliki, jelas sekali anda telah melakukan voluntourism sahaja.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 62

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

Pastikan kehadiran anda dan tim anda memberi NILAI & MAKNA (ADA KESAN) kepada penduduk dan kelompok yang dibantu


Untuk mengelakkan kehadiran anda menjadi sia-sia, saya suka mencadangkan agar anda membuat kerjarumah terlebih dahulu sebelum datang. Kenalpasti bentuk bantuan yang boleh anda salurkan (sekiranya memang berniat untuk membantu), juga dengan organisasi mana anda sedia untuk menjalinkan kerjasama, paling tidak anda mesti ada lokasi atau individu yang boleh dipertanggungjawabkan untuk menerima barangan atau dana yang anda salurkan. Jangan terkejut, kalau sumbangan anda kemudiannya ditemui ada dijual semula di pasaran gelap oleh individu lain. Ini semua boleh berlaku akibat kelalaian anda dalam menyalurkan bantuan. Kalau kehadiran anda hanya sekadar untuk merugikan sumber yang anda miliki, lebih baik tidak perlu datang. Buat penat badan dan menyusahkan sahaja. BENCANA MERUPAKAN SESUATU YANG SERIUS. Kebanyakkan kita yang hadir untuk membantu ini tidak meletakkan diri kita didalam posisi mereka yang ditimpa bencana tersebut. Justeru itu wujudnya sikap sambil lewa, acuh tidak acuh dan tidak serius. Bencana melibatkan kerugian harta benda dan aset, kehilangan nyawa, emosi terganggu, menjejaskan pendapatan, memusnahkan kediaman, menjadikan anak-anak seorang yatim dan menukarkan status seorang isteri kepada janda. Oleh yang demikian, kehadiran anda di lapangan bukan sebagai voluntourism. Anda perlu peka dan sensitif dengan kesan emosi dan psikologi penduduk terkesan bencana ini. Sungguhpun mereka senyum dan nampak ceria, pastinya di hati mereka ada rasa sedih, kecewa, marah, kesal dan sebagainya. Sebagai sukarelawan sejati anda pasti boleh membaca air muka ini, tapi kalau anda hadir hanya sebagai pelancong bencana, anda lebih berminat untuk mengetahui kerugian dan kehilangan yang dialami oleh seseorang itu dan kemudiannya bergambar kenangan dengan beliau dan keluarganya berserta tinggalan rumahnya. Anda pulang ke rumah dan tiada sebarang cadangan susulan, kehadiran anda tidak memberi sebarang maknapun. CATATAN DARI LAPANGAN ms 63

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

Apabila berlaku bencana dalam skala besar, keadaan biasanya menjadi lebih kelam kabut dan tidak teratur. Kehadiran anda sekiranya tidak dirancang akan hanya menambah kekalutan lagi. Sekiranya anda tidak ada sebarang kerja yang hendak dilakukan di kawasan bencana, kehadiran anda pastinya amat merugikan. Anda telah MERUGIKAN SUMBER (dana, lojistik, masa, tenaga manusia) apabila hadir dan tidak ada tugasan jelas untuk dilaksanakan di lapangan. Kehadiran anda hanya menambahkan kesesakan di lapangan, rugi sangat.

BENCANA MERUPAKAN SESUATU YANG SERIUS. Kebanyakkan kita yang hadir untuk membantu ini tidak meletakkan diri kita didalam posisi mereka yang ditimpa bencana tersebut. Justeru itu wujudnya sikap sambil lewa, acuh tidak acuh dan tidak serius.


Seperkara lagi, apabila berlaku bencana, ramai yang bersedia untuk turun ke lapangan. Mereka yang tidak dapat ikut serta akan menghulurkan dana dan barangan bagi membantu mereka yang bersedia untuk menggalas misi bantuan ini. Pastinya anda ketika itu membawa dana yang besar, barangan yang banyak dan mungkin juga ada peralatan yang dibawa sekali. Dana dan barangan yang anda perolehi dari orangramai ini adalah AMANAH yang perlu disalurkan sebaik-baiknya kepada mereka yang berhak menerimanya. Sekiranya anda hadir sebagai pelancong sahaja, bagaimana mungkin anda dapat menyalurkan dana tersebut dengan cara berkesan? Tepat kepada mereka yang memerlukan di lapangan? Ada ketikanya apabila kita tidak mempunyai rangka kerja bantuan yang tersusun, ia akan berakhir dengan kita memberi bantuan kepada mereka yang langsung tidak terlibat dengan bencana tersebut. Ini semua terjadi kerana kita sudah menetapkan kehadiran kita adalah lebih sebagai “Voluntourism� bukan sebagai “Volunteer�. Ia mungkin tidak kita sedari tetapi perlaksanaan, tindakan dan gerak geri kita adalah menjurus ke arah itu sebenarnya. Tambahan pula jika kita mempunyai hambatan masa, kita akan buat penyerahan bantuan asalkan boleh sahaja bagi men dapatkan visual dan gambar sebagai bukti penyerahan. Mereka yang menerima bantuan itu tidak salah walaupun mereka bukan termasuk pada kategori memerlukan, yang salah adalah kita yang tidak cermat dan teliti dalam penyaluran bantuan. Pelancong mana ada masa yang cukup! Akhir sekali yang membezakan kehadiran anda samada sebagai pelancong atau sukarelawan adalah DIRASAI. Apakah bantuan anda dapat dirasai atau tidak. Maknanya bantuan yang anda salurkan itu memberi manfaat dan membawa erti dalam kehidupan penduduk yang terkesan dengan bencana tersebut. Apakah kehadiran anda dapat membantu meringankan bebanan dan kesulitan yang ditanggung oleh mangsa bencana. Apakah kehadiran anda memberikan sinar dalam kehidupan mereka? Adakah adanya anda disitu dapat memberikan jalan keluar atau membantu mereka untuk membina semula kehidupan yang telah musnah. Sekiranya kehadiran anda tidak memberikan sebarang harapan dan bantuan, pastinya anda hanya hadir sebagai pelancong aka voluntourism. Anda hadir atau tidak di lapangan tidak membawa sebarang untung. Tiada siapa yang ingat kehadiran anda dan tiada siapa yang akan merasa kehilangan dengan pemergian anda. Kesian.

CATATAN DARI LAPANGAN ms 64

CATATAN LAPANGAN NO 10: VOLUNTOURISM

Dana dan barangan yang anda perolehi dari orang ramai ini adalah AMANAH yang perlu disalurkan sebaikbaiknya kepada mereka yang berhak menerimanya


BAN

Dalam m banjir di kerjasam parti pol menghor kan apa


NJIR UTARA 2010

menyalurkan bantuan kepada penduduk terkesan negeri Kedah dalam tahun 2010 yang lalu, kami ber ma rapat dengan banyak organisasi, termasuk partilitik. Kerja di lapangan menyatukan kami. Belajar rmati perbezaan antara kita disamping saling meraiyang kita yang persetujui dan kongsi bersama.


Djibouti

Yemen


Kawasan operasi mra Catatan Santai Menjangkau usia 7 tahun di lapangan, MRA terus mengukuhkan kehadirannya di wilayah ASEAN dengan penerusan kerjakerja bantuan di negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Myanmar dan Filipina. Kemboja merupakan negara terbaru di ASEAN yang sedang kami santuni. Pergolakkan di Asia Barat memperlihatkan kehadiran berterusan MRA di wilayah bergolak Palestin, Jordan, Mesir dan yang terbaru meliputi krisis di Djibouti dan Yemen. MRA turut bergerak di benua Eropah melalui kehadiran kami membantu penduduk terkesan banjir besar yang melanda Bosnia I-Herzegovina pada 2014 yang lalu. Kerjasama MRA di negara-negara Asia Selatan seperti Pakistan dan Sri Lanka terus diperkukuhkan dengan bantuan yang disalurkan ketika bencana dan bantuan Ramadhan serta Qurban. MRA juga berpeluang untuk berbakti di Asia Jauh, negara matahari terbit, Jepun ketika berlaku Tsunami 2011 yang lalu. Kami turut terlibat dalam kempen bantuan membantu penduduk terkesan kebuluran di Tanduk Afrika, Somalia dalam tahun 2011 juga. Semua ini pastinya memerlukan komitmen dan sokongan yang padu dari kalangan pimpinan, petugas, pendana dan SAHABAT MRA yang terus istiqamah membantu dan berkerjasama demi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan di luar sana.


Catatan Santai MRA beroperasi di dalam Malaysia menerusi programprogram bantuan kecemasan, pendidikan, pembangunan komuniti, latihan dan juga kesukarelaan. Menerusi program pendidikan, kami terlibat secara langsung dalam mendidik anak-anak pelarian Rohingya menenrusi Sekolah Komuniti Rohingya kami di Cheras Baru, Kuala Lumpur.

Menerusi program pembangunan komuniti, kami serius dalam mengatur gerakerja bagi membantu komuniti Orang Asli dan Orang Kurang Upaya menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan secara terancang, bersistem dan paling penting, berkesinambungan.


Operasi mra dalam negara Kami juga serius untuk melatih generasi sukarelawan muda yang terlatih, berilmu dan berkemahiran. Justeru, program latihan sukarelawan seperti Tautan Kasih menjadi antara aktiviti tahunan kami yang utama disamping siri-siri latihan berterusan termasuk program Induksi dan perkongsian ilmu yang lain.

MRA juga amat komited untuk gerakerja bagi menghadapi sebarang bencana yang berlaku didalam negara seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran dan sebagainya. Kami mengalu-alukan mereka yang berminat untuk terlibat sebagai sukarelawan bersama kami. Tunggu apa lagi?


“Bila Ikan Talang Kering sudah mula berenang, itu bukan satu keajaiban, tapi itu maknanya kereta anda dah dimasuki air…”

CATATAN dari LAPANGAN


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.