LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
JANGAN LUPAKAN
YEMEN
Karnival Kesihatan MRA Kedah Presiden MRA di RECONSA UTP Fasilitator Bitara UPSI di SKR-MRA Graduasi SKR-MRA 2015 Projek Gelandangan di Ibukota Santuni belia Orang Asli Pos Bersih
LAPANGAN 58
Menampilkan aktiviti bantuan kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Malaysian Relief Agency (MRA) setiap bulan. Jangan ketinggalan untuk mengikuti setiap edisi LaPANGAN. Kami memaparkan gerakerja MRA di dalam dan juga di luar negara, di kawasan terkesan bencana dan juga kawasan tersepit antara konflik. Program berkaitan Orang Asli, Orang Kurang Upaya, Latihan dan Pembangunan, Bantuan Bencana, Pembangunan Semula, Koordinasi dan banyak lagi‌ LaPANGAN adalah majalah bantuan kemanusiaan anda!
Anda tidak tahu selama mana bekalan air bersih anda dapat bertahan di Yemen
JANGAN LUPAKAN YEMEN
Ketiadaan “coverage� dari media antarabangsa menjadikan konflik yang berlaku di Yemen dianggap kecil dan tidak separah yang berlaku di tempat lain.
Disebalik konflik di Yemen, kami tidak pernah melupakan mereka yang terus terhimpit akibat permainan politik dan bias agama yang tidak ber kesudahan di bumi Arakan. Kerajaan Pusat dan pemerintah di peringkat negeri kelihatan seperti tidak bermaya dan tidak mampu untuk mencari jalan penyelesaian bagi menamatkan konflik etnik yang terus meruncing disini. Nasib Rohingya terus tidak mendapat sebarang pembelaan malah sesiapa yang menyokong mereka akan turut menjadi tidak popular dan juga boleh kehilangan pengaruh dan sokongan.
Hakikat sebenarnya, krisis di Yemen adalah merupakan antara yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah moden manusia. UNOCHA mengeluarkan statistik pada 14hb. Di peringkat tempatan pula, MRA terus gigih September tahun ini dengan jelas menyatakan bahawa:mendekati kelompok Orang Asli di Pos Bersih. Kami Seramai 4,855 orang telah terbunuh dengan 2,112 adalah juga tidak lupa untuk bertemu para Gelandangan di merupakan orang awam, manakala lebih dari 24,971 orang sekitar Pudu Raya. Kami turut hadir bersama dalam telah tercedera. 1.4 juta penduduk telah kehilangan mesyuarat anjuran JAKIM mengenai idea untuk tempat tinggal dan seramai 3,518,000 penduduk terpaksa menyediakan Masjid dengan kemudahan mesra OKU. bergantung dengan bekalan bantuan makanan. Ini belum Kami juga terus aktif dalam usaha melahirkan lebih lagi statistik mengenai kemudahan awam yang telah ramai Sukarelawan muda melalui siri latihan yang musnah aktibat pertempuran yang berlanjutan seperti berterusan di sekolah-sekolah menengah terpilih. sekolah, hospital, masjid, jambatan, jalan raya, telaga dan Karnival Kesihatan anjuran MRA Kedah terus mendapat sambutan hangat dari kalangan warga emas. Banlain-lain lagi. tuan kami kepada mangsa ribut di Kelantan turut kami Statistik mengenai jumlah anak-anak yatim dan isteri yang kongsikan bersama. kematian suami pastinya naik secara mendadak dan terus meningkat. Inilah “harga� yang terpaksa dibayar untuk Turut kami paparkan kali ini ialah mengenai aktiviti sulung MRA Kelantan yang baru sahaja diaktifkan. sebuah peperangan. Selama ini, semua aktiviti MRA di Kelantan diuruskan MRA melalui kerjasama dengan beberapa pertubuhan dan oleh Sekretariat MRA di Ibupejabat. Kini sudah tiba individu terus berperanan dalam menyalurkan bekalan air masanya untuk MRA Kelantan bergerak atas kaki bersih menggunakan lori tangki yang disewa untuk sendiri. Tahniah MRA Kelantan. pengagihan air bersih kepada para penduduk yang ter perangkap di tengah-tengah kawasan konflik dan per MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif tempuran disana.
LAPANGAN 58 Helaian 2
Yemen terus kekal menjadi kawasan konflik yang paling tidak popular disaat ini jika dibandingkan dengan liputan yang diberikan oleh media terhadap isu dan konlfik yang melanda Syria, Palestin mahupun Myanmar.
Helaian 11-12 MRA PERAK LEPAK SANTAI DI TELUK SENANGIN
Helaian 23 Hari Graduasi 2015 SKR
Helaian 17-18 Karnival Kesihatan MRA KEDAH
Helaian 25-26 Presiden di RECONSA UTP
Menarik 16 Oktober
58
di dalam
LaPANGAN
Helaian 29-32 Air Bersih untuk Yemen
Helaian 19-20 Fasilitator Bitara UPSI
15 November 2015 Helaian 33-34: Santuni Gelandangan di tengah Ibukota
Ketika Banjir melanda Batu Pahat, Johor dalam tahun 2011, MRA juga turut terlibat dengan memberikan bantuan dan perhatian khusus untuk menangani keperluan golongan OKU. Kelihatan dalam gambar, Matron Khatijah Ariffin dari MRA Perak sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai adik OKU ini dari ibunya.
LAPANGAN 58 Helaian 4
GARISMASA
RINGKASAN EKSEKUTIF
Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.
MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).
LAPANGAN 58 Helaian 5
MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.
MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA C 45-2, Jalan Danau Lumayan, Bandar Sri Permaisuri 56000 Cheras, Kuala Lumpur Tel no: +603 - 917 44 672 Faks no: +603 - 917 46 672 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084
MAKLUMAT PERBANKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY
86 0005947 8 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION
3988 591 608 LAMAN MAYA
MALAYSIAN RELIEF AGENCY
PENDAFTARAN
Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain
LAPANGAN 58 Helaian 6
ALAMAT PERHUBUNGAN
PIMPINAN MRA
SEKRETARIAT MRA
SUB KOMITI MRA
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF Tn. Hj. Shirajuddin Sirat
ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said
ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar
PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat
JAB. HAL EHWAL KORPORAT PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik
SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli
PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
PENGARAH PERUBATAN Dr. Shahrizal Azwan
EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharudin
PUSAT KOMUNITI
PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak
JABATAN OPERASI
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA
KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee
ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak
KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine
PENGURUSAN DANA
KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah
MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff
SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA GURU KANAN Cikgu Lydia Amira Johari GURU-GURU Cikgu Ferozah Ustaz Hamidullah Cikgu Dewi Sari Ratna Cikgu Nurul Asmaa
Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 91744 672 Faksimili: 03 91746 672 Emel: admin@mra.my
LAPANGAN 58 Helaian 7
SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman
LAPANGAN 58 Helaian 8
Sedikit sumbangan dari kami
Musnah terbakar
Ujian dari ALlah
15hb. Oktober 2015 Kebakaran yang berlaku di Madrasah Ad-Diniah Yusufiah atau lebih dikenali sebagai Pondok Gelang Mas, Pasir Mas telah mendapat perhatian dan sumbangan dari banyak pihak. MRA telah berkerjasama dengan WADAH, ABIM, Yayasan Al Ma’aun dan BBM dalam menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh para penghuni di pondok berkenaan. Pastinya ada hikmah di sebalik dugaan ini.
Kebakaran di Madrasah
Membantu meringankan bebanan
LAPANGAN 58 Helaian 9
Ad-Diniah Yusufiah disantuni
MENGATUR GERAK DI BUMI
CIK SITI WAN KEMBANG
Pertemuan santai CEO dan tim MRA Kelantan 24hb. Oktober 2015 MRA terus mengesahkan kehadiran kami di bumi Kelantan dengan penganjuran program pertama pasca banjir iaitu menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan yang bakal berlangsung pada 14hb November 2015 nanti bertempat di Kampung Keluat, Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.
MRA Kelantan merupakan MRA negeri yang terbaru ditubuhkan selepas MRA Pahang, MRA Kedah dan MRA Perak. Kehadiran MRA Kelantan memang kena pada waktunya dan kehadiran ini akan membantu MRA untuk memberikan khidmat bantuan yang lebih cekap dan teratur di lapangan nanti. Tahniah pada semua yang terlibat, jumpa lagi di lapangan nanti.
LAPANGAN 58 Helaian 10
MRA Kelantan diterajui oleh Dato’ Dr. Hj. Rosemi Salleh selaku Pengerusi dan dua orang AJK Penaja iaitu Dr. Wan Mokhzani Wan Mokhtar dan Dr. Alifah Mohd Zizi. Kesemuanya mempunyai latarbelakang dan pengalaman yang cukup luas dalam dunia bantuan kecemasan didalam dan juga di luar negara.
Serahan cenderamata atas kehadiran ke program
PEMUDA ORANG ASLI POS LEPAK SANTAI DI TELUK SEN
Melatih Sukarelawan Cilik
Rezeki jangan ditolak, walaupun siapa tukang masaknya
Terbaik MRA Perak, menjuarai pembangunan komuniti Orang Asli
MRA tidak hanya memberikan bantuan kemanusiaan kepada kelompok pelarian dan OKU sahaja. Malah kami turut tidak pernah lupa bagi menyantuni kelompok Orang Asli yang kehadiran mereka cukup dekat dengan kami.
BERSIH NANGIN
Bertempat di Teluk Senangin, Perak, pada 17 & 18hb. Oktober yang lalu, sebuah program yang dinamakan Program Celik Minda / Pembangunan Belia KOA Pos Slim telah berjaya diadakan disana. Belia Orang Asli yang berpotensi dari kalangan lelaki dan perempuan telah diberikan pendedahan dan latihan oleh petugas dan Sukarelawan MRA Perak. Program latihan santai ini amat berkesan bagi membina keserasian berkerja di kalangan sukarelawan dan juga kelompok belia Orang Asli yang kami santuni. Tahniah kepada tim MRA Perak yang sentiasa kreatif dan prihatin dalam memastikan agenda pembangunan generasi muda Orang Asli di Pos Bersih dapat berjalan lancar dan membuahkan hasil yang diinginkan.
Kreatif dan santai
Ceria menikmati juadah bersama
LAPANGAN 58 Helaian 12
Icebreaking di tepi pantai
Sub Komiti Orang Kurang Upaya MRA turut hadir bersama
MRA HADIR PERSIDANGAN MEJA BULAT MASJID MESRA OKU
Sdr. Hafiz sedang berbual dengan Prof. Dato Dr. Mahmood Zuhdi
Ust. Ismat sedang berbincang dengan Yang Dipertua YADIM, Dr. Yusri Muhammad
MRA telah menggerakkan Program Masjid Mesra OKU kami sebelum ini.
28hb. Oktober 2015
MRA sendiri telah melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang mensasarkan komuniti OKU merangkumi mereka yang mengalami masalah pendengaran, penglihatan, CP dan lain-lain lagi. Kami konsisten dalam menganjurkan program Bahasa Isyarat untuk sukarelawan dan Sahabat MRA yang berminat untuk mendalami kemahiran ini. Kami juga turut menganjurkan bengkel dan aktiviti yang melibatkan OKU penglihatan serta membantu mereka dalam interaksi dan gerakerja yang dilakukan. Kami malahan turut berusahasama jurulatih Dousa Hou dari Jepun bagi membantu untuk melatih ibubapa dan ahli keluarga yang mempunyai anak yang mengalami Cerebral Palsy.
OKU di peringkat rantau Asia Pasifik melalui kerjasama “Incheon Strategy� yang mana salah satu daripada komitmennya ialah untuk membangunkan satu standard prosedur bagi aktiviti pengurusan risiko semasa berlakunya bencana terutama bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh khusus melibatkan golongan OKU. Bagi mana-mana organisasi atau individu yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan MRA mengenai perkara ini, sila hubungi talian 03-9174 4672 atau emel melalui admin@mra.my bagi mengatur pertemuan lanjut.
LAPANGAN 58 Helaian 13
Kini, kami sedang bekerjasama dengan Masjid dan beberapa institusi lain yang berminat bagi menyediakan standard dan ciri-ciri perlu ada bagi MRA menerusi Sub-Komiti Pembangunan Orang Kurang Upaya (SKP-OKU) telah sebuah masjid yang dikatakan bersifat INKLUSIF. menghadiri Persidangan Meja Bulat Masjid Mesra OKU anjuran YADIM, MAIWP, Fakulti Pengajian Islam UKM dengan kerjasama JAKIM,IKIM, SUHAKAM, Pusat Kami amat berbesar hati dan merasa gembira sekiranya lebih ramai Islam UKM dan Humanities Research Cluster UM. Kami amat mengalu-alukan organisasi dan institusi yang berhasrat untuk turut sama terlibat dalam inisiatif yang diambil oleh penganjur bagi menjadikan Masjid lebih mesra buat membantu usaha ini. Selain daripada ini, MRA juga turut memberikan golongan OKU. komitmen dalam merealisasikan usaha untuk membangunkan komuniti
RAYUAN KECEMASAN BUAT PAKISTAN & AFGHANISTAN
GROUND ZERO kembali lagi bulan ini. Kali ini tumpuan perkongsian adalah mengenai “Perlindungan Kanak-kanak Ketika Kecemasan”. Perkongsian kali ini akan datang dari Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA dan akan turut disertai oleh Cik Fazlinie Abdul Rahim, Eksekutif Kewangan MRA. Ground Zero ini akan dimoderator oleh Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, CEO MRA. Jangan lupa untuk hadir bersama dalam program yang bakal berlangsung pada jam 10.30 pagi, 17hb. Oktober 2015 ini nanti. Jangan ketinggalan untuk ikut serta dalam program ini yang mengambil tempat di Sekretariat MRA, Danau Lumayan, Cheras. Jom! Program perkongsian Diskusi Ilmu akan mengambil tempat di Sekretariat MRA, Danau Lumayan, Bandar Seri Permaisuri, Cheras pada 5hb November 2015 nanti selepas Solat Isy.a’ berjemaah. Hadirin dialualukan untuk hadir solat Maghrib bersama dan menikmati kudapan malam bersama-sama.
Kami mengalu-alukan kehadiran SAHABAT dan mereka yang berminat. Anda juga digalakkan untuk hadir bersama ahli keluarga atau teman sekerja agar lebih meriah. Jangan lupa temujanji kita ini!
LAPANGAN 58 Helaian 15
Kali ini, tajuk diskusi ialah “Cita-cita Menjadi Kesayangan Tuhan” dan akan disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Shazni Abdullah selaku Ketua Biro Dakwah ABIM.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Tim MRA Kedah diatas penganjuran Mini Karnival Kesihatan ini yang julung kali diadaMRA Kedah terus menabur khidmat kepada masyarakat menerusi penganjuran Mini Karnival kan. Semoga Mini Karnival Kesihatan yang bertemakan “Prihatin Kesihatan bertempat di Rumah Seri Kenangan, Bedong, Kedah. Mini Karnival ini dianjurkan Adalah Rahmat� ini dapat memberikan faedah dan kebaikan kepada kelompok yang disantuni. Tahniah MRA Kedah. dengan kerjasama dari syarikat Hasani dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah. 24hb. Oktober 2015
LAPANGAN 58 Helaian 16
3hb November 2015. MRA telah diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif dalam satu sesi Sumbang Saran Pengupayaan Petugas Komuniti anjuran COMSET, UNISEL Shah Alam. MRA telah memberikan perkongsian mengenai Kerja Kemanusiaan dalam sesi Sumbang Saran ini. Terima kasih kerana sud menjemput MRA hadir dalam majlis ini.
Tim Perubatan & Sukarelawan MRA Kedah terus gigih membantu
Perlahan-lahan ye pakcik
Sakit di mana tu pakcik?
Moga pakcik cepat sembuh
Dr. Saifullah sedang merawat salah seorang warga emas yang menginap disini
KARNIVAL KESIHATAN “Prihatin Adalah Rahmat� 24hb. Oktober 2015 Karnival Kesihatan MRA Kedah untuk Warga Emas telah berjalan lancar dengan kerjasama daripada Syarikat Hasani Group of Companies dan Rumah Seri Kenangan, Bedong. Program ini turut mendapat sokongan dan bantuan dari Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Jawatankuasa Pem bangunan Polis Wanita Kuala Muda, Environment Idaman, Persatuan Jururawat dan SAHABAT MRA dari pelbagai lapisan. Lima buah program telah dijalankan serentak iaitu 1. Ceramah Kesihatan 2. Pemeriksaan Kesihatan 3. Lawatan Asrama untuk penghuni Rumah Seri Kenangan 4. Gotong Royong Pembersihan dan 5. Sukaneka. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Terima kasih pada semua yang terlibat dan tahniah kepada MRA Kedah kerana terus berkhidmat untuk rakyat Kedah.
LAPANGAN 58 Helaian 18
Pakcik kena selalu bersenam
UPSI prihatin dengan nasib Rohi
Kelab Fasilitator Bitara UPSI rai anak-anak Rohingya Ceria
Mesra
Seronok
Terima kasih kerana sudi menziarahi kami
Gerakerja dalam kumpulan
1hb. November 2015 Bertempat di Sekolah Komuniti Rohingya, Cheras Baru, Kuala Lumpur, kami menerima kunjungan dari 24 orang mahasiswa (8 lelaki dan 16 perempuan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak. Mereka hadir untuk bagi menjayakan sebuah program yang dinamakan Program Fasilitator Prihatin. (F-Care). Kumpulan Fasilitator ini diketuai oleh Sdr. Muhd Khalifah Sani bin Abd. Latif, Exco Perhubungan Awam dan Antarabangsa. Para peserta yang terlibat semuanya merupakan ahli kepada Kelab Fasilitator Bitara (KeFB). Kehadiran mereka ke sekolah ini telah disambut oleh guruguru yang bertugas dan seramai 40 orang anak-anak murid Rohingya telah menanti untuk bersama dalam program yang bakal dijalankan ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada mahasiswa dari KeFB UPSI kerana telah memilih Sekolah Komuniti Rohingya MRA untuk program sebegini.
LAPANGAN 58 Helaian 20
ingya
7hb. November 2015. Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah menerima kunjungan istimewa dari seorang Sukarelawan yang bertugas di HUKM Cheras. Cik Nur Athira telah berkunjung ke sekolah kami ini sambil membawa sebuah kek untuk dikongsi bersama anak-anak Rohingya disini. Terima kasih daun keladi kami ucapkan pada Cik Nur Athira, kalau ada kek bawalah lagi.
LAPANGAN 58 Helaian 21
3hb. November 2015. Sekolah Komuniti Rohingya MRA menerima kunjungan En. Amir Safwan, dari Unit Pendidikan UNHCR Kuala Lumpur. Beliau telah hadir bagi menyampaikan beberapa kotak berisi T-Shirt dan seluar trek untuk diagihkan kepada anak-anak pelarian Rohingya yang ber sekolah disini.
Anak Rohingya sedang dirawat oleh Doktor yang bertugasr
Poliklinik Sri Permai mesra Rohingya Sabar menunggu giliran
5hb. November 2015
Pihak Poliklinik Sri Permai dibawah Dr. Tan dan rakan kongsinya bersetuju untuk memberikan rawatan kesihatan kepada anak-anak Rohingya ini sebagai sebahagian dari projek CSR klinik berkenaan.
Rasa cemas berjumpa Doktor
Terima kasih kerana prihatin dan cakna Rohingya
Terima kasih dan tahniah kami ucapkan diatas sikap prihatin dan peduli sosial yang dipamerkan ini.
LAPANGAN 58 Helaian 22
Sekolah Komuniti Rohingya MRA hari ini mendapat kerjasama yang cukup baik dari Poliklinik Sri Permai yang terletak berhampiran dengan sekolah ini.
HARI GRADUASI PELAJAR 2015 Taman Tasik Titiwangsa
Sdr. Johari Kan bergambar bersama ketiga-tiga anak Rohingya ini. 5hb. November 2015. Menjadi pelarian tidak bermakna mereka harus mengabaikan pendidikan dan masa depan.
Tahniah kepada Ramzan Ali, Nor Aliya dan Mohamad Noor diatas kejayaan yang dicapai
Setinggi tahniah dan selamat maju jaya kami ucapkan kepada tiga orang anak murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA:- Ramzan Ali bin Hussain, Nor Aliya Firda bt. Ghiazsawdin dan Mohamad Noor bin Sidek Ahmad diatas pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR yang baru lalu.
LAPANGAN 58 Helaian 23
Sebaliknya, menjadi pelarian memerlukan mereka untuk mempunyai jatidiri yang lebih kuat dan merebut segala peluang yang ada bagi menjadikan mereka manusia berilmu dan mampu bersaing dengan anakanak yang lain.
Mahasiswa KBU bersama anak-anak Rohingya MRA
Sesi FUN LEARNING di Kolej Bandar Utama Berbincang untuk kejayaan
Berkerjasama tapi serius Sesi Pembelajaran Kreatif
7hb. November 2015 Bertempat di Kolej Bandar Utama, anak-anak Rohingya MRA telah didedahkan dengan program yang berkonsepkan “Fun Learning�. Seramai 22 orang mahasiswa/i dan 35 orang pelajar Rohingya serta 2 guru pengiring telah turut serta dalam program ini. Objektif yang hendak dicapai melalui program ini adalah seperti berikut: 1-Merasai dan mempelajari suasana masyarakat komuniti Rohingya yang berbeza dan berlainan budaya dan bahasa. 2-Menunjukkan bahawa mahasiswa KBU peka dan prihatin dengan keadaan semasa yang berlaku. 3-Mengenali lebih dekat dengan kanak-kanak Rohingya. 4- Memberi tunjuk ajar dalam bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan kepada para mahasiswa KBU yang terlibat, sehingga kita bertemu lagi di lain masa. Terima kasih.
LAPANGAN 58 Helaian 24
Bangga dengan hasil seni mereka
Bersama tetamu kehormat yang lain 8hb. November 2015 Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik telah diberi penghormatan apabila beliau telah dijemput untuk menyampaikan ucaputama di program tahunan RECONSA 2015, yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Petronas di Sri Iskandar, Perak. RECONSA ini merupakan singkatan yang bermaksud “Regional Conference on Student Activisim” dengan tema untuk tahun ini menumpukan kepada “Innovative and Sustainable Volunteerism”. Gerakan kesukarelaan yang inovatif dan berkesinambungan. Dato’ Presiden telah berkongsi bersama mereka yang hadir mengenai kerja-kerja menyantuni masyarakat yang beliau ceburi seperti program dakwah di kalangan orang asli, pembangunan anak yatim, program menyantuni kelompok pelarian, juga mengenai program pembinaan semula di kawasan pasca bencana samada di dalam mahupun di luar negara.
Perkongsian pengalaman dari seorang tokoh
PRESIDEN MRA sampaikan ucaputama Di RECONSA 2015 UTP, Sri Iskandar
Moga ada manfaatnya
LAPANGAN 58 Helaian 26
Kearah pembinaan generasi sukarelawan yang terlatih
DASTO TAMPIL BANTU MRA KEDAH moga kerjasama pintar ini berjalan dengan lancar
Bergambar ramai diantara tim DASTO dan MRA
Moga kedua belah pihak beroleh manfaat
MRA Kedah melangkah setapak lagi kehadapan dalam mengatur kerjasama dengan agensi korporat dan organisasi yang berasaskan keuntungan. Kerjasama ini dijalinkan menerusi gerakerja CSR badan-badan tersebut. Terbaru, pada 10hb November 2015 yang lalu, MRA Kedah telah menerima sumbangan makanan kering berkhasiat dari Dr. Aishah Tul Radziah, pemilik syarikat dan jenama DASTO. Melalui kerjasama ini, MRA Kedah telah menerima sumbangan makanan kering berkhasiat untuk diagihkan kepada para penduduk terkesan banjir di kawasan di mana MRA Kedah bakal beroperasi kelak. Tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifulllah Abdul Halim dan juga pemilik DASTO, Dr. Aishah Tol diatas kerjasama erat ini. Moga ada banyak manfaatnya.
LAPANGAN 58 Helaian 27
Dr. Saifullah mengucapkan terima kasih diatas sumbangan yang diterima
Moga kerjasama berpanjangan
Majlis Diskusi Ilmu
Cita-cita Menjadi Kesayangan Tuhan
Majlis Diskusi Ilmu yang dianjurkan pada 5hb. November 2015 yang lalu telah berlangsung dengan lancar dan baik sekali walaupun hujan turun dengan lebatnya sebelum itu. Perkongsian ilmu pada malam tersebut telah disampaikan oleh Ketua Biro Dakwah ABIM, Ustaz Mohd Shazni Abdullah.melalui tajuk “Cita-cita Menjadi Kesayangan Tuhan�. Terima kasih diatas perkongsian hebat ini!
Khusyuk dibuatnya
LAPANGAN 58 Helaian 28
Moga menjadi makhluk kesayangan ALlah
PENGHANTARAN AIR BERSIH KE YAMAN TERUS DILIPAT GANDA
Perlu beratur untuk ambil air
Bekalan air amat terhad
Esok belum tentu ada air lagi
M
Terima kasih buat penderma yang budiman
N
Dengan kerjasama dari organisasi bantuan di luar negara dan gerakerja sukarelawan tempatan, bekalan air bersih telah dapat dihantar menggunakan lori tangki air ke kawasan yang amat memerlukan di Yaman. Kami mengalu-alukan sumbangan dari mereka yang ingin membantu menaja lori-lori dan bekalan air kepada penduduk di Yaman ini. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekretariat MRA di talian 603 - 917 44 672.
Bekalan air tiba tidak menentu
LAPANGAN 58 Helaian 30
Membawa pulang air untuk rumah
Bantuan penghantaran bekalan air bersih kepada penduduk Yaman yang terperangkap di zon konflik terus dilakukan. Dengan sokongan dan sumbangan berterusan dari penderma, kami terus dapat menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk yang telah terputus bekalan air sejak konflik ini mula tercetus.
MRA TERUS MEMBANTU DI LAPANGAN YAMAN
Botol air disusun mengikut giliran
Teruskan menyumbang
Alhamdulillah, giliran saya pula
Syukur Ya Allah!
Terima kasih kerena sudi membantu MRA terus konsisten menghantar bekalan air bersih kepada penduduk yang berada didalam zon konflik Yaman yang kini telah keputusan bekalan air bersih.
Jangan ditanya tentang esok
Kalau kami terlewat, kami akan dahaga
LAPANGAN 58 Helaian 32
Penghantaran demi penghantaran telah berjaya kami lakukan, namun permintaan terhadap air bersih terus meningkat. Lebih banyak sumbangan dan dana yang kami perolehi dari orangramai memungkinkan kami untuk membantu lebih ramai lagi penduduk disini.
Santuni Gelandangan
TIM PERUBATAN MRA RAWAT GELANDANGAN
DI TENGAH IBUKOTA
Kenderaan MRA terus berbakti
Dr. Maryati mengetuai operasi
Walaupun me
enjadi Gelandangan, kesihatan tetap perlu dijaga
12hb. November 2015. Program menyantuni gelandangan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur diteruskan lagi oleh kumpulan mahasiswa dan anak muda dari UNITAR dan tim WECARE.
Terlibat sama membantu dalam program kali ini ialah Tim Perubatan MRA yang diketuai oleh Dr. Maryati Maharon. Kami telah membuka Klinik Lapangan bagi merawat gelandangan yang memerlukan nasihat dan rawatan kesihatan. Semoga gerakerja secara sinergi ini dapat sentiasa dipertahankan dan diteruskan di lain masa. Tahniah.
LAPANGAN 58 Helaian 34
Mereka juga berhak dibantu
23 orang mahasiswa UNITAR dan tim 16 orang dari kumpulan WECARE telah berkerjasama menyantuni gelandangan, mengagihkan pakaian terpakai berserta makanan (Food Item) kepada 250 orang gelandangan.
Pelajar prihatin petanda negara punya masa depan gemilang
TAKLIMAT PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI
SEKOLAH SAINS ALAM SHAH, CHERAS
Pelajar celik masyarakat
Taklimat program
Membangunkan komuniti 6hb. November 2015 Satu taklimat kepada para peserta program Khidmat Komuniti Sekolah Sains Alam Shah, Cheras yang bakal berlangsung di Kg. Orang Asli Songkok di Batang Kali, Selangor telah diadakan. Para peserta merupakan penuntut Tingkatan Empat sekolah berkenaan dan ini merupakan program yang julung-julung kali diadakan oleh sekolah ini. MRA telah hadir memberikan taklimat perjalanan program disamping berkongsi adab, adat serta amalan yang sering dipraktikan oleh Orang Asli di perkampungan mereka.
LAPANGAN 58 Helaian 35
Bersedia hadapi cabaran
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT MOZAC
SEKOLAH MENENGAH SAINS MUZAFAR SYAH
Taklimat program penuh bertenaga Pelajar perempuan siap sahut cabaran
Jangan berputus asa
Ujiminda agar kreatif
Tahniah kepada tim MRA yang telah turun dari Kuala Lumpur untuk bersama-sama adik-adik ini bagi membantu mereka menjadi Sukarelawan yang terlatih dan hebat!
Siri latihan bermodul telah digunapakai
LAPANGAN 58 Helaian 36
14hb. November 2015 Program Khidmat Masyarakat bersama adik-adik dari Sekolah Menengah Sains Muzafar Syah telah berjalan dengan lancar. Sebelum bergerak ke lapangan esok hari, adikadik ini telah diberikan latihan dan taklimat asas mengenai apa yang perlu mereka lakukan apabila berada di lapangan nanti.
9hb. November 2015 Walaupun kami masih belum mempunyai sebarang pejabat operasi yang rasmi di Negeri Sabah, negeri dibawah bayu ini, namun kami mempunyai Sahabat dan Sukarelawan yang komited dan rajin berkhidmat di lapangan. Mereka terus gigih dan sentiasa hadir membawa aspirasi dan citra MRA.
Selain MRA, beberapa buah institusi lain turut hadir memberikan buah fikiran masing-masing kearah menjayakan iltizam ini. MRA telah tampil dengan pembentangan kertas konsep “Kerja Kemanusiaan� yang digarap berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh MRA dalam usaha melaksanakan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di lapangan. Terima kasih kerana sudi menjemput kami untuk berkongsi.
Terbaru, MRA turut terlibat mengambil bahagian di dalam Program Membaca yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah anjuran Kelab Rakan Muda Tawau. Tahniah diucapkan kepada Sahabat MRA, Sdr. Alex Dennis diatas semangat dan komitmen yang ditunjukkan. Terbaik!
LAPANGAN 58 Helaian 37
4hb. November 2015 Bertempat di Kampus UNISEL Shah Alam, satu sesi Sumbang Saran (Brainstorming) telah diadakan bagi mendapatkan buah fikiran dan ide terbaik bagi memantapkan gerakerja dan aktiviti sebuah inisiatif baru yang bakal dimantapkan oleh UNISEL untuk para penuntutnya—COMNET. Inisiatif murni ini berhasrat dan bertujuan untuk melatih penuntut UNISEL agar berada lebih dekat dengan masyarakat dan orang kampung.
MyCARE merupakan sebuah badan gabungan kepada 6 buah organisasi yang terdiri daripada AQSA Syarif, i4Syria atau Ikram4Syria, Rose2Rose, PACE (Palestine Centre for Excellence), Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) dan Salam Iraq.
11hb. November 2015
MRA telah berkongsi serba sedikit mengenai krisis yang menimpa umat Islam Rohingya ini serta pandangan kami mengenai isu ini serta bentuk bantuan yang boleh disalurkan bagi membantu mereka. Kami turut mempersilakan tim MyCare untuk berkunjung seterusnya melawat Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru serta sekiranya mereka ke Rangoon untuk turut singgah dan melawat Pejabat Lapangan kami di Rangoon, Myanmar.
Kedatangan musim hujan yang dijangka akan tiba dalam waktu yang terdekat ini memerlukan MRA Mesyuarat Khas Operasi MRA (Banjir 2015) telah men- untuk membuat persediaan operasi dengan lebih gambil tempat di Sekretariat MRA yang terletak di rapi lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Danau Lumayan, Cheras, Kuala Lumpur. Mood banjir jelas sekali men dominasi mesyuarat kali ini. Terima kasih kepada semua EXCO yang hadir.
LAPANGAN 58 Helaian 38
Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul berserta Eksekutif Pengumpulan Dana, Sdr. Fadhil telah hadir dalam siri pertemuan santai dengan tim MyCARE yang berminat untuk mengadakan perbincangan mengenai kemelut Rohingya yang semakin sibuk di perkatakan kebelakangan ini.
Maklumat kemanusiaan di hujung jari anda kini. Dengan kemudahan teknologi WhatsApp Broadcast, pencarian anda mengenai maklumat terkini berkaitan aktiviti bantuan kemanusiaan MRA akan sentiasa dikemaskini. Untuk ikutserta, anda perlu berdaftar di Info@MRA Broadcast. Anda perlu lakukannya secara manual dan caranya amat mudah sekali:1.
Simpan Nombor kami di daftar kenalan anda (contact list) +6013 337 1672
2.
Hantar kepada kami mesej WhatsApp (sebagai contoh “Hi�) pada nombor tersebut. Kami akan masukkan no telefon anda ke dalam senarai broadcast MRA.
3. Selesai. Mudah saja kan! 4.
Untuk berhenti ikutserta (unsubscribe), ianya boleh dilakukan pada bilabila masa sahaja dengan cara memblok nombor kami di WhatsApp. Anda tidak akan menerima sebarang mesej dari kami lagi selepas itu.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami menerusi emel atau telefon kami di talian +603 91744672. Bantu kami dalam menyebarkan kerja-kerja bantuan dan aktiviti yang kami lakukan kepada dunia luar!
Pada 15hb November 2015 nanti, bertempat di Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, bakal berlangsung Bengkel Basic Life Support & CPR anjuran bersama di antara Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru dan Malaysian Relief Agency (MRA) Bengkel ini dijangka akan dimulakan pada jam 8.30 pagi dan akan berakhir pada jam 4.00 petang nanti. Kami mengalu-alukan pembabitan dari orangramai dan mereka yang berminat untuk mendalami atau memantapkan lagi pengetahuan mereka mengenai asas pertolongan cemas dan menyelamat.
Jangan lepaskan peluang baik ini untuk mendalami ilmu asas menyelamat dari mereka yang berpengalaman dan terlatih di lapangan. Temui anda pada 15hb November nanti.
LAPANGAN 58 Helaian 39
Kursus ini dikenakan yuran sebanyak RM150 untuk seorang, manakala mereka yang mendafta sebelum 10hb November akan diberikan diskaun sebanyak RM20.00.
LAPANGAN 58 Helaian 40
Lebah bersarang di tepi anjung Tanda rumah murah rezeki Dari Sabah hingga Semenanjung Kami redah menabur bakti Sdr. Alex Dennis, SAHABAT MRA dari Tawau, Sabah kelihatan sedang menyiapkan barangan bantuan untuk diedarkan kepada penduduk terkesan dalam Banjir Sabah 2014 yang lalu.
LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara. Terima kasih kerana menyokong kami.