LAPANGAN MELONJAK LEBIH TINGGI MRA MENSASARKAN PENCAPAIAN LEBIH CEMERLANG DALAM TAHUN 2012
PROTON EXORA untuk MRA Bantuan Banjir MRA di Kota Bangkok Tim ICPS (Cerebral Palsy) ditubuhkan Program Anak-anak Yatim Diteruskan
MELONJAK
Minda Redaksi
LEBIH TINGGI 2012 MRA mensasarkan tahun ini harus lebih baik dari tahun lalu, mengambil aspirasi dari hadis Rasulullah SAW “Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam� (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Kami berazam untuk menjadikan tahun ini tahun untuk MRA memperkukuhkan operasinya di segala peringkat. Peringkat tempatan dan peringkat antarabangsa. Memperkemaskan segala bentuk urusan pentadbiran dan perlaksanaan operasi. Segala kekangan diperhalusi, segala rintangan diatasi, segala cabaran dihadapi dan segala kesilapan diperbaiki.
‘...orang yang
paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan
MRA merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang masih muda dan baru bertatih. Kami masih belajar dan terus belajar. Dibandingkan dengan organisasi lain di tanahair ini, yang menjangkau umur puluhan tahun, siapalah kami yang serba serbi kekurangan. Kami akan sentiasa memastikan MRA menjadi sebuah organisasi yang sentiasa relevan dengan tuntutan masa dan massa. Namun, kami merancang agar tahun ini, MRA dapat memberikan bantuan yang lebih banyak kepada kelompok yang lebih besar dengan kaedah dan cara yang lebih tersusun. Bagi tujuan tersebut, kami akan memperkukuhkan peranan Sekretariat MRA agar lebih responsif dan lebih peka dalam melaksanakan misi dan operasi. Tenaga dan muka-muka baru akan dibawa masuk bagi menambahkan lagi kemampuan dan kepantasan jentera sekretariat untuk berkerja.
MRA turut berhasrat untuk memantapkan lagi aktiviti sedia ada seperti Sekolah Komuniti Rohingya MRA, Program Tautan Kasih Orang Asli, Program Pembangunan Komuniti Warga Emas, Pembangunan Komuniti Orang Kurang Upaya, Program Bantuan Anak Yatim dan Gerakan Bantuan Kecemasan MRA hari semalam’ semasa banjir dan musibah alam yang lain. Pemantapan ini meliputi pembinaan jawatankuasa khusus bagi setiap aktiviti disamping mengaplikasikan kaedah dan konsep terkini yang digunakan oleh organisasi antarabangsa yang lain serta penggunaan peralatan dan teknologi setanding dengan apa yang digunakan oleh agensi-agensi lain yang mempunyai kemahiran dan pengalaman luas dalam bidang-bidang tersebut. MRA bertekad untuk menjadi sebuah organisasi kebangaan rakyat Malaysia. Kami ingin menjadi duta Malaysia dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan diseluruh dunia tanpa mengabaikan rakyat dan penduduk Malaysia yang masih memerlukan bantuan dan sokongan. Sokongan dan dokongan dari semua pihak amat kami alu-alukan dan amat kami hargai. Bantulah kami untuk Melonjak Lebih Tinggi di 2012 ini. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain.
MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif
LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia LAPANGAN 13-2012
2
SUMBANGAN BERMAKNA DARI PROTON MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah dipilih untuk menerima sebuah kenderaan pelbagai guna, Exora dari pengeluar kenderaan nasional yang terulung – PROTON Holdings. Penyerahan kenderaan ini telah dilakukan oleh Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh dalam sebuah majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam. Dato Dr. Abdul Razak bin Kechik telah mewakili MRA dalam majlis tersebut. MRA amat berterima kasih dan merasa sangat berbesar hati diatas kesudian pihak Proton yang memilih MRA sebagai penerima kenderaan Exora mereka. Kenderaan ini pastinya akan digunakan untuk membantu MRA memantau kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang sedang berjalan diseluruh negara termasuk kerja-kerja yang bakal dilaksanakannya kelak. Pemilihan MRA sebagai penerima kenderaan ini pastinya berkait rapat dengan tugasan-tugasan yang telah dilaksanakan oleh MRA diperingkat negara dan juga antarabangsa. MRA amat komited dengan tugasan bantuan kemanusiaan yang dilakukan dan sumbangan Proton ini pastinya menambahkan lagi komitmen kami dalam perlaksanaan kerja-kerja tersebut. MRA kini mempunyai program bersama Komuniti Orang Asli, Komuniti Pelarian Rohingya, Komuniti Orang Kurang Upaya dan Bantuan Banjir. Di peringkat antarabangsa, MRA mempunyai operasi di Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Pakistan dan Somalia. MRA pernah membantu dan beroperasi di Gaza, Mesir, Jepun dan beberapa buah negara yang lain. Semoga inisiatif korporat yang dilaksanakan oleh Proton ini dapat dijadikan contoh dan ditiru oleh organisasi korporat yang lain mengikut kapasiti dan kemampuan mereka dalam bidang dan ruang lingkup operasi mereka yang tersendiri. Sumbangan kenderaan ini dilihat sebagai pengiktirafan oleh organisasi korporat terhadap kerja-kerja bantuan kemanusiaan secara keseluruhannya.
3
LAPANGAN 13-2012
Bantuan Banjir Bangkok
Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan Dan Lojistik MRA menghulurkan dana bantuan kepada Pengarah Pusat Islam Bangkok dalam sesi pertemuan sempena gerakerja bantuan banjir baru-baru ini
Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan Dan Lojistik MRA sedang meninjau pusat pembaikan alat-alat elektronik yang digerakkan secara bersama oleh MRA dan Pusat Islam Bangkok di Thailand LAPANGAN 13-2012
4
Para petugas sedang membaiki kipas berdiri yang terendam didalam air banjir baru-baru ini.
Tim Pembaikan MRA
Dua orang petugas sedang bertungkus lumus dalam membaiki sebuah motorsikal kepunyaan penduduk yang tidak dapat dihidupkan enjinnya kerana terendam didalam air banjir.
5
LAPANGAN 13-2012
Menggerak pasukan sokongan CP (Cerebral Palsy)
PERTEMUAN di Sekretariat MRA ini turut disertai oleh ibubapa dan guru mereka. MRA mengorak langkah penting dengan mengambil inisiatif untuk menggerakkan penubuhan satu kumpulan sokongan bagi pesakit yang mengalami Cerebral Palsy (CP). Kumpulan sokongan ini turut disertai oleh tenaga-tenaga pengajar yang berpengalaman dan terlatih juga oleh ibubapa dan ahli keluarga mereka yang terlibat. Amat penting bagi ahli keluarga untuk terlibat sama, ini adalah kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan pesakit dan merekalah harapan utama para pesakit dalam kehidupan seharian mereka. Kumpulan ini bertujuan untuk membantu dan menyokong ahli-ahli CP menjalani kehidupan bersama masyarakat diluar sana serta memberikan mereka dorongan dan sokongan untuk berdikari dan melakukan sesuatu yang mampu dilakukan untuk kehidupan harian mereka. Untuk makluman, ramai dari ahli CP mempunyai kemahiran dan keupayaan untuk bersaing dengan masyarakat biasa . Ahli-ahli CP ini mempunyai pelbagai latarbelakang yang unik dan tersendiri. Ada yang menjadi ahli sukan bertaraf antarabangsa, ada yang menjadi penyajak yang sudah mengeluarkan antaloginya sendiri, ada juga yang menjadi juruteknik komputer dan ada yang menjadi peniaga yang berjaya. Kesemua mereka ini turut serta dalam pasukan sokongan ini bagi membantu ahli-ahli CP yang lain yang memerlukan khidmat nasihat dan bantuan. Mendidik dan membimbing ahli CP untuk melakukan aktiviti harian seperti bertutur dengan teratur, makan dan minum menggunakan tangan dengan cara betul, menggunakan aplikasi teknologi seperti telefon, komputer dan gajet-gajet lain juga amatlah penting, ini dapat membantu mereka dalam menguruskan kehidupan seharian mereka secara berdikari dan dengan lebih baik lagi. Masyarakat harus dimaklumkan bahawa CP adalah sejenis kecacatan yang boleh diperbaiki dan bukannya sesuatu yang ditakuti dan perlu dimalukan. LAPANGAN 13-2012
6
Mereka yang hadir dalam pertemuan pertama, pelbagai pihak untuk satu tujuan
Perbincangan melarat sehingga ke luar sewaktu mereka bergerak pulang
7
LAPANGAN 13-2012
KUNJUNGAN SULUNG 2012 KE PERKAMPUNGAN POS BERSIH MRA telah memulakan kunjungan sulung dalam tahun 2012 ke Perkampungan Pos Bersih pada 19-20hb Januari yang lalu. Kunjungan ini diketuai oleh Sdr. Johari Abdullah, turut disertai oleh beberapa pelatih GEMS yang bertugas dengan MRA.
Pusat Latihan Komuniti MRA telah mula menerima ramai tetamu termasuk dari PDRM
Kunjungan ini antara lain ialah untuk memeriksa keadaan Pusat Latihan Komuniti MRA yang telah siap didirikan. Kami mendapat maklumat bahawa pagar yang kami dirikan telah roboh tetapi belum dapat dipastikan apakah puncanya. LAPANGAN 13-2012
8
Bangun pagi, Gosok gigi, minum kopi, makan roti... Di samping melakukan tinjauan terhadap Pusat Latihan Komuniti MRA tersebut, kami juga telah mengadakan beberapa aktiviti bersama penduduk setempat seperti pengagihan susu bayi, aktiviti mewarna dan juga riadah bersama mereka. Sebanyak 24 tin susu bayi telah diagihkan kepada 24 buah keluarga yang mempunyai bayi kecil didalam rumah mereka. Program mewarna bersama anak-anak orang asli pula telah dijayakan oleh kanak-kanak setempat dimana 23 orang kanak-kanak telah menyertai aktiviti tersebut dan mereka terdiri daripada 13 orang kanak-kanak perempuan dan 10 orang kanak-kanak lelaki. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk menarik perhatian anak-anak orang asli bagi memupuk minat mereka untuk seronok belajar. Gula-gula, pensil warna dan juga crayon diberikan kepada kanak-kanak yang melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada mereka kerana ia dapat memupuk sifat ingin belajar. Program kesihatan termasuk kebersihan diri juga dijalankan untuk anak-anak orang asli. Program ini dijalankan dalam bentuk santai dan ia telah disertai oleh kanak-kanak yang berusia sedari 2 tahun sehingga 16 tahun. Aktiviti seperti shampoo rambut, penggunaan sabun dan cara memberus gigi yang betul telah diadakan. Sabun, ubat gigi, serta berus gigi telah diedarkan kepada kanak-kanak yang terlibat secara percuma. Program ini berakhir dengan minum MILO dan pengagihan ubat kutu kepada kanak-kanak tersebut. Laporan ini telah disediakan oleh Pelatih GEMS yang turut serta dalam kunjungan tersebut. 9
LAPANGAN 13-2012
Pelatih-pelatih GEMS di MRA
ENCIK REZAIDI sedang memberikan taklimat kepada pelatih GEMS MRA
MRA merasa bertuah kerana diberi kepercayaan oleh Khazanah Malaysia bagi memberikan peluang kepada pelatih GEMS untuk berkhidmat di sini. Para pelatih ini didedahkan dengan segala kerja dan aspek yang berkaitan dengan tugasan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan. Disamping itu, mereka turut diberikan latihan tambahan oleh Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak. Beliau memberikan latihan berkaitan integriti dan penyediaan kertas kerja yang mantap dan bermutu. Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelaras Sekolah Komuniti Rohingya MRA turut berkongsi kaedah mengurus komuniti yang berkesan melalui pengalaman yang beliau ada.
ENCIK JOHARI KAN sedang menerangkan kaedah mengurus komuniti LAPANGAN 13-2012
10
Pertemuan MYCORPS-MRA
Sdr. Khairil Annuar Khalid memimpin perbincangan pada malam tersebut
Perbincangan ini serius tetapi berlangsung dalam mood ceria dan santai
Satu pertemuan telah diadakan dengan kumpulan-kumpulan MYCORPS yang berada dibawah bimbingan MRA bagi mendapatkan maklumat mengenai perkembangan setiap kumpulan MRA turut mengambil peluang ini untuk memaklumkan kepada mereka mengenai projek-projek yang berpotensi untuk digerakkan semasa berada di Lapangan antarabangsa nanti. Dalam sesi ini juga mereka diberikan taklimat mengikut negara secara lebih terperinci terutamanya mengenai projek yang telah dilaksanakan dan bagaimana untuk membuat pengumpulan dana.
11
LAPANGAN 13-2012
PROGRAM ANAK YATIM
SIAPAKAH ANAK YATIM? Anak yang kematian salah seorang daripada ibu atau bapanya digelar sebagai anak yatim. Manakala bagi mereka yang kematian kedua-dua ibu dan bapanya, mereka digelar anak yatim piatu. Inilah definisi utama mengenai siapakah anak yang digunapakai di Malaysia. Allah mengingatkan manusia didalam AL Quran untuk berbuat baik kepada anak yatim melalui surah An Nisa, ayat 36 yang bermaksud:Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; (Al-Nisa’:36) Menjadi anak yatim adalah sesuatu yang cukup menyedihkan bagi seorang anak. Apatah lagi jika menjadi yatim piatu. Lebih malang lagi jika menjadi anak yatim dan terpaksa melalui kehidupan dalam serba kemiskinan serba kekurangan. Tiada siapa yang meminta untuk diuji dengan ujian menjadi anak yatim dan piatu ini melainkan ianya adalah ketentuan dan ketetapan yang diatur oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa. Nabi Muhammad SAW sendiri merupakan seorang anak yatim. Ketika baginda masih dalam kandungan, ayah Baginda, Abdulllah telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa dalam urusan perniagaan. Malah ketika menjangkau usia 8 tahun, bonda Baginda juga telah meninggal dunia, maka tinggalkan Baginda seorang diri tiada adik beradik menumpah kasih di rumah Datuknya, Abdul Mutalib. LAPANGAN 13-2012
12
Bertemu dengan keluarga yatim di Yala, Thailand Bantuan bulanan kepada keluarga yatim di Gaza
Di MRA kami menggunakan beberapa kaedah didalam membantu anak yatim, antara kaedah yang digunakan ialah:1. Membantu INDIVIDU anak yatim itu sendiri. Dana yang dihulurkan diberikan kepada individu anak yatim itu sendiri. Dana itu akan digunakan untuk tujuan pendidikan, kegunaan peribadi dan lain-lain yang difikirkan perlu oleh anak yatim itu sendiri. Program ini akan berjalan dengan baik dan teratur sekiranya dana yang diberikan dapat disalurkan setiap bulan kepada mereka. Program ini kami implementasikan di Gaza, Palestin.
2.
Membantu KELUARGA anak yatim. Dana yang dihulurkan diberikan kepada sebuah keluarga anak yatim. Didalam sebuah keluarga terdapat kadangkala lebih dari seorang anak yatim. Dana ini akan digunakan oleh keluarga tersebut untuk pelbagai tujuan selain daripada pendidikan. Ianya juga boleh digunakan untuk sewa rumah, pembelian makanan, pakaian serta perkara-perkara lain yang diperlukan oleh keluarga tersebut. Program ini kami implementasikan di Selatan Thailand.
3.
Membantu RUMAH anak yatim. Dana ini bakal disalurkan ke mana-mana rumah anak yatim yang memerlukan. Ada rumah anak yatim yang ditubuhkan oleh kerajaan dan ada pula yang ditadbir oleh pengurusan jawatankuasa tertentu dan ada pula yang didirikan oleh individu-individu. Kualiti kecekapan pengurusan rumah-rumah anak yatim ini berbeza-beza diantara satu sama lain. Program ini kami laksanakan di Malaysia dan di Padang, Sumatera Barat, Indonesia.
13
LAPANGAN 13-2012
Gunting Rambut SKR ANAK-ANAK ROHINGYA yang bersekolah di Sekolah Komuniti Rohingya mendapat perkhidmatan gunting rambut percuma dari sebuah kedai gunting di Cheras - Kedai Silver Star
LAPANGAN 13-2012
14
Untuk menjadi sukarelawan bukan susah, anda menyumbang sesuatu yang anda punyai. En. Anandha menyumbang kemahiran gunting rambut beliau kepada pelarian Rohingya, anda?
15
LAPANGAN 13-2012
ANAK-ANAK ROHINGYA yang bersekolah di Sekolah Komuniti Rohingya MRA kini diberikan pendedahan awal berkenaan penggunaan komputer serta sistem teknologi maklumat. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan mereka celik IT diperingkat yang lebih awal lagi. MRA kini telah mempunyai seorang guru komputer yang terlatih dan berpengalaman dalam pelbagai aplikasi komputer. Menjadi harapan kami agar anak-anak Rohingya ini boleh belajar dan m a hi r dal am pe ngg una a n komputer dalam dunia yang semakin mencabar kini.
Tekun dan penuh konsentrasi
Sekolah Komuniti Rohingya MRA
Komputer bukan setakat untuk “main game�
LAPANGAN 13-2012
16
Menjawab dengan yakin
MRA mengambil berat terhadap kecemerlangan pendidikan bagi anak-anak Rohingya yang bersekolah di Sekolah Komuniti Rohinga MRA kami. Justeru, kami mempunyai penanda aras tersendiri bagi memastikan anak-anak ini menguasai segala pelajaran dan ilmu yang telah diajarkan kepada mereka. Selaras dengan hasrat tersebut, sebuah peperiksaan tahunan telah diadakan bagi menentukan tahap pencapaian anak-anak tersebut. 17
LAPANGAN 13-2012
Suasana di dewan peperiksaan
Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Pengurus Sekretariat MRA, Cik Fauziah Tahar mewakili MRA
Malaysian Relief Agency merasa amat berbesar hati kerana telah dijemput untuk turut serta dalam Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Muslim Chinese Association of Malaysia (MACMA) di Seri Gombak baru-baru ini. Sambutan Tahun Baru Cina adalah satu sambutan yang sudah menjadi sambutan rakyat Malaysia secara bersama. Konsep perayaan berasaskan budaya dan perayaan berasaskan agama semakin difahami oleh rakyat berbilang dan agama di Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan yang sihat dan ianya pasti dapat mewujudkan perasaan toleransi dan perpaduan yang lebih tinggi dikalangan rakyat Malaysia.. Mereka kini lebih maklum apa yang boleh dilakukan dan apa yang perlu dielakkan bagi menjaga perpaduan rakyat dan memelihara kesepakatan masyarakat majmuk yang sungguh meriah ini. Jika kita boleh berkongsi makanan, pakaian, musik dan lain-lain lagi kita juga patinya tidak ada masalah dalam memahami budaya, pantang larang, adat resam dan perbezaan sesuatu bangsa didalam negara Malaysia tercinta ini. MACMA merupakan sebuah organisasi yang giat membantu ahli-ahlinya yang terdiri dari kalangan masyarakat berbangsa Cina yang beragama Islam. Sebagai sebuah organisasi yang bergerak agak lama di Malaysia, persatuan ini mempunyai cawangan di banyak tempat di Malaysia. Perayaan Tahun Baru Cina MACMA ini tidak ada banyak perbezaan dengan mana-mana perayaan Tahun Baru Cina persatuan-persatuan lain melainkan ianya dilaksanakan mengikut peraturan Islam, tiada pakaian yang menjolok mata, makanan yang dihidangkan adalah halal dan toyibban dan tiada sebarang minuman keras. Didoakan semoga MACMA terus makmur dan cemerlang dalam tugas-tugas dakwah didalm Tahun Naga Air ini. LAPANGAN 13-2012
18
Datuk Abdul Razak Kechik, Presiden MRA sedang menerangkan mengenai Somalian Koor kepada Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengerusi PROTON
Tanam ubi diatas batas Buat bekal letak di peti Budi baik tak dapat balas Kekal terpahat didalam hati