Lapangan 15

Page 1

LAPANGAN OPERASI SULUNG MRA KEDAH BUKA KLINIK KESIHATAN & KHIDMAT KOMUNITI DI KG ORANG ASLI ULU LEGONG

SINERGI Kerja Kemanusiaan MRA di UNIMAS, SARAWAK Misi Bantuan MRA Perak Klinik Kesihatan di Ulu Legong


f|ÇxÜz|

Minda Redaksi

KERJA KEMANUSIAAN

Tiada monopoli dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Tiada monopoli dalam sebarang jenis bantuan yang diberikan dan juga tiada siapa yang boleh mendakwa memonopoli mana-mana kawasan sebagai milik mutlak operasi mereka. Ini bukan dunia perniagaan, Sebaliknya, kerja-kerja bantuan kemanusiaan adalah kerja semua orang secara bersamasama di kawasan/perkara yang amat memerlukan. Mana mungkin sebuah organisasi mampu menyelesaikan segala masalah? Bangsa-bangsa Bersatu yang begitu canggih, tersusun, dengan dana berbillion dollar juga perlu mendapatkan sokongan dari agensi lain termasuk NGO untuk membantu mereka dalam banyak perkara. Perlumbaan sihat dalam apa jua perkara merupakan suatu persaingan yang memberangsangkan, mengambil kira seruan Fastabiqul Khairat yang menggesa kita untuk saling berlumba-lumba kearah kebaikan dan kesejahteraan. Sentiasa dalam keadaan bersaing menjadikan kita sebuah organisasi yang sentiasa “on the look” bagi memastikan bahawa kita sentiasa relevan dan mendepani permasalahan yang dihadapi dengan kefahaman dan sikap yang betul, bukan melulu, terlalu emosional, tidak matang dan kebudak-budakan. Suasana perlumbaan sebegini seharusnya disemarakkan dan digalakkan lagi, ini pasti akan mengundang lebih ramai “pemain” untuk tampil dan mengambil bahagian. Ini bakal menjadikan dunia kerja-kerja bantuan kemanusiaan semakin meriah dan berwarna warni.

garismasa

MRA telah menyerahkan beribu-ribu pek Hygiene ini kepada PIMA untuk mereka agihkan kepada mangsa banjir besar Pakistan 2010. Didalam beg kecil ini terdapat sabun, sikat rambut, pisau cukur, pengetip kuku dan lain-lain peralatan kebersihan yang lain.

MRA percaya dengan melibatkan lebih banyak organisasi dan pertubuhan didalam sesuatu misi akan menyebabkan lebih banyak manfaat dapat dinikmati bersama, tanggungjawab dapat dikongsi dan kesemua pihak yang terlibat mendapat faedah masing-masing. Kita boleh sahaja berbeza dari segi pendekatan dan kaedah perlaksanaan tetapi kita harus melihat secara jujur dan ikhlas bahawa matlamat kita adalah sama, justeru bukankah kalau berkerjasama dan menjalinkan rangkaian kerja itu lebih profesional dan menguntungkan? MRA mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin bersama-sama dalam menggerakkan misi bantuan kami, baik yang berada di dalam Malaysia mahupun yang berada di luar negara. Kami mempelawa syarikat-syarikat korporat dan agensi swasta untuk tampil dan bekerja bersama-sama MRA terutamanya dalam melaksanakan misi CSR syarikat masingmasing.

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain.

MOHD SHAHRULAZILAN Pengarah Eksekutif

MRA telah terlibat secara langsung dalam misi bantuan banjir di utara tanahair. Lebih dari 3 bulan MRA berada di Lapangan, lebih dari 400 orang SAHABAT telah turut serta dalam menghulurkan tenaga, masa dan wang ringgit mereka. Semoga kita dapat berkerjasama lagi di lain masa di lain tempat, insya allah.

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia


SINERGI MRA-BRIGED BAKTI-SKUAD PRIHATIN dan BIRO KESIHATAN ABIM di KARNIVAL MAULIDUR RASUL, LEMBAH SUBANG, SELANGOR

KERJA SEPAKAT MEMBAWA RAHMAT DAN BERKAT

Ramai sukarelawan tampil membantu melicinkan program

KAFA AL INSANIAH di Lembah Subang telah mengambil satu inisiatif cemerlang dengan kejayaan menganjurkan sebuah Karnival Maulidur Rasul bertemakan “Semarak Cintakan Rasulullah SAW”. Program julung-julung kali ini telah turut dijayakan bersama beberapa buah organisasi dan NGO, Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut hadir bersama dengan Biro Kesihatan ABIM dan Kelab Prihatin ABIM. Dalam program ini MRA telah berjaya menurunkan satu tim perubatan berserta ubat-ubatan untuk diberikan kepada penduduk dan orangramai yang datang mendapatkan rawatan.

3

LAPANGAN 15-2012


Di Anjung MRA bersama

Roslan Shariff Gigih dan kental dalam mengharungi kehidupan seharian sendirian

Bersama Johari Abdullah, membeli belah

Setiap hari, sekitar jam 10 pagi, tanpa gagal, akan kedengaran bunyi motor roda tiga Sdr. Roslan menjengah masuk ke laman MRA. Kesepian di ruang bawah pejabat MRA sebentar lagi akan dipecahkan dengan kehadiran beliau.

Hari Jumaat merupakan hari yang menyeronokkan buat kami dan Roslan. Kami akan menolak beliau ke Masjid Jamek Kampung Baru perlahan-lahan sambil berbual mengenai pelbagai topik. Masjid ini terletak berhampiran Beliaulah yang memulakan untuk menggelar dengan pejabat MRA. ruang bawah ini sebagai Anjung MRA. Pada hari-hari tertentu, Roslan akan Pasrah dengan cabaran dan dugaan yang diha- dibawa oleh Sdr. Johari Abdullah, Koordapi sehari-hari, beliau terus tabah dan tenang dinator Program Pembangunan Komumenjalani rutin kehidupan seharian. niti MRA untuk membeli belah barang keperluan seharian beliau, kadangDilahirkan dalam keluarga dua beradik, ibu dan kadang mereka akan juga ditemani ayah tercinta beliau telah lama meninggalkan oleh SAHABAT MRA yang lain jika beliau berhijrah ke alam yang satu lagi. mereka berkesempatan. Tinggal sendirian di Datuk Keramat, beliau Pada kelapangan lain, kami juga turut berasa mendapat kekuatan dan ketenangan membawa Roslan untuk ikut serta apabila duduk berkarya di Anjung MRA. dalam program bertemu SAHABAT MRA di tempat lain. Roslan yang aktif berkarya dan menulis sajak Roslan juga merupakan antara ahli telah menghasilkan sebuah antologi sajak - kepada kumpulan ICPS-MRA yang diTajam Fatamorgana, yang jualannya amat mem- tubuhkan bagi membantu para pesakit berangsangkan dan kini sedang mengusahakan Cerebral Palsy seperti beliau dan rakan antologinya yang kedua yang bertajuk Ratib -rakannya yang lain. Jiwa. LAPANGAN 15-2012

4


SAHABAT MRA gigih membantu penduduk kampung

SU Kerja MRA Perak, Haji Hani Yang Kassim turun ke Lapangan

Misi bantuan MRA PERAK Menyinsing lengan bersama penduduk Kg. Nyiur

5

LAPANGAN 15-2012


Dr. Akma bertanyakan sesuatu kepada salah seorang ibu muda yang hadir ke Klinik Lapangan MRA di Ulu Legong. Komuniti yang sihat dan ceria lahir dari persekitaran yang bersih dan tenteram

Langkah Pertama MRA KEDAH Klinik Lapangan MRA beroperasi di Kampung Orang Asli Ulu Legong, Baling, Kedah SAHABAT MRA (Sukarelawan) bergambar ramai selepas tamat program. Syabas diucapkan kepada tim MRA Kedah diatas komitmen yang diberikan.

LAPANGAN 15-2012

6


Mengagihkan rumah untuk “profiling�

Apalah agaknya yang begitu menggelikan hati adik ini?

Bakat terpendam Sdr. Iqbal, Pengurus Operasi MRA

KAMPUNG ORANG ASLI ULU LEGONG merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang dihuni oleh Orang Asli dari Suku Kensiu yang merupakan suku terkecil Orang Asli. Mereka mempunyai sekitar 80 buah keluarga sahaja. Mereka menjalani kehidupan seharian dengan bercucuk tanam dan mengambil hasil hutan.

Beratur untuk menikmati makanan tengahari

Dr. Mah sedang memberikan nasihat kepada seorang pesakit

7

LAPANGAN 15-2012

Ahli Farmasi sedang menerangkan cara penggunaan ubat


HARI KERJA SOSIAL UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

AJK Penganjur bergambar ramai bersama penceramah

MRA telah dijemput untuk hadir mengisi program disamping mengadakan pameran sempena Program Hari Kerja Sosial yang dianjurkan oleh Jabatan Kerja Sosial UNIMAS. Kesempatan ini telah diambil oleh MRA untuk menerangkan kepada mahasiswa UNIMAS mengenai operasi dan aktiviti MRA diserata dunia termasuk programprogram yang dijalankan didalam negara.

Antara objektif lain yang ingin diketengahkan melalui program ini ialah untuk:1. Memperkenalkan profession khidmat sosial kepada warga UNIMAS. 2.

Melengkapkan tugasan khas subjek SSS2044: Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak dengan jayanya.

Matlamat utama yang ingin dicapai melalui pro- 3. gram ini adalah untuk memberi kesedaran serta pendedahan kepada masyarakat setempat khasnya warga UNIMAS tentang fungsi dan peranan 4. sebenar pekerja sosial disamping untuk melengkapkan tugasan khas subjek SSS2044: Kebajikan Keluarga dan Kanak-kanak.

Mengeratkan silaturrahim serta ukhwah di antara warga UNIMAS dan masyarakat .

Selain itu program ini juga bertujuan untuk memeriahkan serta mewarnai aktiviti ulang tahun 5. ke-20 UNIMAS dengan meraikan Hari Khidmat Sosial Sedunia dengan seluruh warga UNIMAS agar hubungan erat dan mesra sesama mereka terjalin dengan baik.

Memberikan suatu pendedahan baru kepada warga UNIMAS bersama-sama dengan tetamu khas ( warga kurang upaya) dan Sdr. Shahrul sedang berinteraksi dengan para pelajar wakil-wakil NGO melalui hari kerja sosial MRA yang diwakili oleh Sdr. Shahrul dan ini. Sdr. Iqbal telah diberi layanan yang baik Memberikan ruang kepada warga UNIMAS oleh pihak penganjur dan berhasrat dalam mengenali peranan,nilai dan etika untuk berkunjung lagi ke UNIMAS khasnya pekerja sosial, berkongsi pengetahuan dan dan Negeri Sarawak umumnya. Kami pengalaman, serta memupuk perasaan peri- dapati iklim Sarawak amat sesuai dan segar untuk aktiviti MRA. Auk. hatin terhadap isu khidmat sosial. LAPANGAN 15-2012

8


Bersama mahasiswa UNIMAS yang energetic dan dinamik

Sdr. Iqbal sedang menunjukkan aktiviti lapangan MRA

KESEMPATAN masa terluang semasa berada di Bumi Kenyalang ini tidak disia-siakan oleh pasukan Malaysian Relief Agency (MRA). Kami sentiasa mengintai-intai potensi yang boleh dimaksimakan disini, bukan selalu boleh naik belon ke rantau di sebelah sini. Setelah selesai mengambil bahagian dan turut serta dalam program Hari Kerja Sosial peringkat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), kami mengambil kesempatan yang terluang untuk berkunjung dan mengadakan lawatan kepada beberapa buah organisasi dan pertubuhan yang berada di Bandar Kuching.

YDP dan Setiausaha berserta exco ABIM Sarawak

Tujuan lawatan ini tidak lain dan tidak bukan bagi memantapkan lagi hubungan setiakawan yang sedia terjalin disamping mengikat lagi tali silaturahim agar menjadi lebih kemas dan terikat erat. Kami telah berpeluang untuk mengunjungi Markas Angkatan Belia Islam Negeri Sarawak (ABIM Sarawak). Kunjungan kami disambut mesra oleh YDP, Setiausaha dan pimpinan kanan ABIM Sarawak. Pertemuan ini berjalan dengan suasana mahabbah dan kami saling bertukar nota mengenai aktiviti, kerjasama dan program yang boleh dilaksanakan di bumi bertuah ini nanti.

Bersama Abg. Hilman dihadapan pintu utama ke HIKMAH

9

LAPANGAN 15-2012

Kami juga sempat singgah menziarahi dan bertemu dengan seorang lagi adik MYCORPs yang berada di Kuching, Sdr. Abg. Hilman yang juga merupakan seorang Eksekutif di HIKMAH, pertubuhan dakwah terbesar di negeri Sarawak. Kami turut diberikan taklimat ringkas mengenai HIKMAH dan aktiviti yang dijalankan oleh mereka di Sarawak sejak sekian lama dulu.


MESYUARAT MENENTUKAN TARIKH PELEPASAN TIM MYCORPS-MRA Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Peserta MYCORPS kini semakin menghampiri garisan penamat kepada siri pelatihan sukarelawan elit negara ini. Setiap kumpulan akan mula menjalani Latihan praktikal di Lapangan Antarabangsa di kawasan / negara yang telah ditetapkan. Projek setiap tim adalah berbeza diantara satu sama lain. Lapangan Antarabangsa adalah medan latihan terakhir yang akan menguji keseluruhan pengetahuan yang telah mereka perolehi sepanjang sesi latihan bermula dari di Kemunting, Pos Balar, latihanlatihan praktikal di Lapangan dalam negara dan kini mereka berhadapan dengan Lapangan yang terakhir. Di Lapangan Antarabangsa, mereka akan diuji dengan pelbagai bentuk dugaan yang sebenar, mereka harus menyelesaikan dan menghadapinya dengan tenang, tabah dan selamat.

Seperti biasa, analogi “tidak semua anak penyu yang menetas akan sampai ke laut� juga terpakai dalam program ini. Dari senarai yang terpilih ada yang gagal menamatkan program seperti yang ditetapkan, malah untuk ke misi Lapangan Antarabangsa pun tidak semua berjaya menyertainya atas bermacam alasan. MRA memantau perkembangan setiap projek Lapangan Antarabangsa MYCORPS dengan penuh teliti dan sentiasa mengambil berat mengenai sebarang perubahan program dan keperluan program yang bakal dilaksanakan di Lapangan tersebut kelak. Kami mendoakan yang terbaik buat semua ahli MYCORPS termasuk mereka yang dibawah seliaan SALAM dan GPM. Anda insan hebat.

BERSAMA PIMPINAN PERSATUAN ORANG TUNANITRA ISLAM SEMALAYSIA (PERTIS) SATU PERTEMUAN telah diatur oleh MRA bersama PERTIS bsgi mengenal pasti potensi-potensi kerjasama yang boleh digerakkan di masa-masa hadapan diantara kedua buah organisasi. Banyak perkara telah dibincangkan dalam pertemuan ringkas tetapi penuh bermakna ini. Secara dasarnya beberapa cadangan untuk berkerjasama telah dipersetujui dan boleh terus dilaksanakan. MRA berpendapat masih banyak perkara yang tidak diketahui oleh masyarakat umum mengenai kehidupan mereka yang tidak dapat melihat ini. Bagaimana dunia ini dilihat dari pandangan mereka, bagaimana mereka menjalani kehidupan seharian, bagaimana mereka melaksanakan tuntutan dan keperluan beribadah, bagaimana mereka menguruskan anak-anak dan keluarga. Sesuatu harus dilakukan bagi menyedarkan masyarakat celik bagaimana golongan buta harus disantuni. LAPANGAN 15-2012

10


Puan Rosemah menerangkan jenis-jenis coklat yang digunakan

KELAS MEMBUAT COKLAT kali ini diterajui oleh Puan Rosemah Roseli, seorang pengusaha coklat dari rumah yang sudi berkongsi kepakaran dan kemahiran beliau bersama dengan kaum wanita Komuniti Rohingya. Kelas ini bertujuan untuk memberikan setiap peserta yang hadir pengetahuan asas mengenai kaedah pemilihan barang, pembuatan coklat, penyimpanan dan pembungkusan yang digunakan.

Coklat-coklat yang telah siap dibungkus, sedia untuk dimakan

Dengan ilmu yang mereka miliki ini, mereka mempunyai peluang untuk meluaskan lagi punca rezeki bagi menampung keperluan kehidupan mereka. MRA akan mengadakan kelas susulan selepas daripada ini bagi memastikan mereka benarbenar menguasai ilmu pembuatan cokolat ini.

KELAS BAKERI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA bersama Puan Rosemah Roseli dan Puan Rogayah

Bersedia untuk memulakan kelas

KELAS BAKERI diteruskan dengan kali ini, pengajarnya ialah Puan Rogayah, Presiden PESIBA. Beliau yang merupakan seorang pengusaha katerer di ibukota, dicelah-celah kesibukan menguruskan perniagaan, beliau telah sudi untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama kaum wanita dari komuniti Rohingya di Cheras Baru.

Puan Rogayah menerangkan jumlah sukatan yang akan diguna kepada peserta

Kelas hari ini turut disertai oleh beberapa orang SAHABAT MRA serta ahil-ahli MYCORPS Kelas pada minggu ini akan menumpukan kepada pem- yang berkelapangan. Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai tips dan kaedah buatan kuih-muih dari jenis talam, seperti kuih lapis, kuih penyediaan kuih talam yang kontemporari dari Puan Rogayah. Suasana ceria dan gembira dapat dirasai sepanjang program berlangsung talam dan yang sejenis dengannya.

11

LAPANGAN 15-2012


Bersama anak-anak di Sekolah Rendah

MISI MYCORPS-MRA ke THAILAND BERMULA TIM Kedua MYCORPS ke Lapangan Antarabangsa ialah tim ke Thailand yang juga berada dibawah seliaan MRA. Tim ini dianggotai oleh Sdr. Izwan Maarof, Sdr. Ikhsan Abd. Wahab, Sdr. Cham Jia Xin, Sdr, Ravinder Singh dan Sdr. Norsyamira Sejali. Dalam kunjungan pertama ini, Sdr. Izwan dan Sdr. Cham telah meneroka peluang-peluang kerjasama disamping membina rangkaian dengan beberapa organisasi tempatan di Selatan Thai untuk program-program susulan selepas daripada kunjungan ini kelak.

Gembira dengan tudung yang diterima

Kehadiran mereka disambut baik oleh rakan pelaksana MRA disana iaitu FEHRD dan YMAT. Mereka telah diberikan bantuan dan kerjasama yang sepatutnya oleh rakan pelaksana tempatan ini. Mereka juga telah berkesempatan untuk melihat sendiri program-program yang sedang berjalan dibawah anjuran rakan pelaksana MRA di kawasan tersebut. Ini akan memberikan mereka gambaran jelas mengenai apakah jenis bentuk bantuan dan kerjasama yang boleh dipanjangkan dari Malaysia.

Memilih tudung yang bersesuaian

Dalam kunjungan ini juga, mereka telah berjaya melakukan penyerahan sumbangan tudung-tudung yang diterima dari wanita Malaysia kepada wanita-wanita tempatan di lokasi yang mereka kunjungi. Untuk rekod, lebih dari 500 helai tudung telah berjaya diagihkan. LAPANGAN 15-2012

12


Majlis Penerangan MRA KEDAH

garismasa

MAJLIS PENERANGAN MRA KEDAH DI Kolej Universiti Insaniah, ALOR SETAR. Kelihatan Dr. Saifullah sedang bersungguh-sungguh memberikan penerangan mengenai MRA kepada para penuntut dan kakitangan KUIN.

13

LAPANGAN 15-2012


TIM MYCORPS-MRA LEBANON KIM LEE CHOY - MOHD LUTFI HAFIFI - YUSMUNIRAH M. YUSAR Bersama guru-guru di sebuah Tadika disalah sebuah Kem Pelarian Palestin di Lebanon. Misi MYCORPS Lebanon berjaya disempurnakan dengan sebaik-baiknya.

LEBANON merupakan destinasi antarabangsa yang pertama bagi pasukan MYCORPS. Lebanon dipilih kerana disini terdapat puluhan kem-kem pelarian yang mana penghuninya tinggal didalam keadaan daif, serba kekurangan dan ketiadaan banyak keperluan asas.

Peristiwa hitam Shabra dan Shatilla 16-18 September 1982 juga pernah berlaku di sini, peristiwa hitam dan kejam itu merupakan satu manifestasi kepada kebencian Yahudi yang melampau terhadap penduduk arab-muslim, menggunakan gerombolan Phalangist, Yahudi berlepas tangan dalam pembunuhan beramai-ramai ini.

Mereka juga berhasrat untuk memaklumkan kepada masyarakat Malaysia Lebanon adalah kediaman puluhan ribu pelarian Palestin dan kebahawa untuk membantu pelarian Palestin, ianya tidak hanya tertumpu hidupan mereka juga dalam kondisi yang serba kekurangan. Mereka kepada Tebing Barat dan Gaza semata-mata. perlukan bantuan dan sokongan dari kita semua. LAPANGAN 15-2012

14


INGIN TURUT SERTA dalam PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI ORANG ASLI kami? INGIN melakukan program CSR bagi pihak syarikat anda tetapi mahu maklumat lanjut? ANDA atau ORGANISASI anda boleh menghubungi Penyelaras Program Pembangunan Komuniti Orang Asli MRA di talian 03 26972007 atau hantarkan emel ke mrarelief@yahoo.com untuk perbincangan lanjut. Kami sentiasa menunggu anda.

Pagi hari mencari lokan Penat badan, kaki ke tangan Kera dihutan disusukan Anak sendiri tidur kekenyangan


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.