Lapangan 16

Page 1

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

DEKAT DI MATA

LEKAT DI HATI

Kempen Ramadhan 1433 MRA kembali lagi


DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI

Minda Redaksi

Program Tradisi MRA DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI

itulah tema kempen Ramadhan MRA yang digunapakai setiap kali Ramadhan menjelma. Mereka yang dibantu bukan sahaja dekat di mata kami tetapi sentiasa lekat dan diingati di hati. Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh kami kerana selain ianya merupakan bulan rahmat dan berkat, Ramadhan merupakan bulan aksi untuk organisasi bantuan kemanusiaan seperti kami.

DATO DR ABDUL RAZAK KECHIK “Orang-orang Rohingya ni adalah ibarat orang-orang Muhajirin yang berhijrah untuk menyelamatkan Program bantuan Ramadhan MRA merangkumi seluruh kawasan operasi MRA di dalam agama dan diri mereka, kitalah pula dan di luar negara. MRA sentiasa memastikan bantuan Ramadhan ini diagihkan secara yang perlu menjadi orang-orang Ansar, yang datang membela dan memadil dan seimbang di antara penerima di dalam dan di luar negara. bantu mereka” MRA menumpukan bantuan di dalam negara kepada kelompok komuniti yang memerluDR. ISHAK MAS’UD kan seperti komuniti pelarian Rohingya, komuniti saudara baru, komuniti orang kurang upaya, komuniti orang asli dan komuniti-komuniti lain yang serba kekurangan. Pro- “Kalau kita nak buat sesuatu, kita kena buat betul-betul, jangan gram-program bantuan Ramadhan yang bakal dilaksanakan adalah seperti majlis bersambil lewa sahaja” buka puasa dan agihan bantuan makanan. Manakala di luar negara pula, MRA menghulurkan bantuan ke negara-negara yang memerlukan dan yang masih dirundung malang dan kemelut kehidupan berpunca dari petelagahan, bencana alam dan faktor kemiskinan. Perlu diingat, bantuan yang dihulur tidak bertujuan untuk menjadikan mereka manja dan malas berusaha, sebaliknya bantuan yang diberikan bertujuan untuk menyatakan perasaan simpati, prihatin dan sokongan terhadap kesukaran dan kekurangan yang terpaksa mereka alami.

DR. MOHD DAUD SULAIMAN “Ketika kita mengambil keputusan menubuhkan MRA, kita memikirkan tentang perlunya diwujudkan satu generasi pekerja bantuan kemanusiaan yang berilmu dan terlatih”

Ramadhan sebagai bulan yang mengandungi satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang ikhlas berbakti sesama manusia, bukan jumlah dan bilangan yang menjadi ukuran tetapi keikhlasan dan kesungguhan yang menjadi pertimbangannya. Ayuh! mari meriahkan Ramadhan ini dengan ibadah dan khidmat. Kita belum tentu dapat bertemu Ramadhan lagi tahun hadapan.

SHIRAJUDDIN SIRAT “Hendaklah engkau mudahkan urusan, jangan menyusahkan. Senangkan hati, jangan menyakitkan”

Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain MOHD SHAHRULAZILAN, Pengarah Eksekutif

MOHD REZAIDI MOHD ISHAK

“MRA perlu mempunyai tadbirurus yang baik, mempunyai ketelusan dan penuh integriti”

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia LAPANGAN 16-2012

mukasurat 2


“Doctors Beyond Horizon� Dato Dr. Abdul Razak kongsi pengalaman di Ireland DATO DR. ABDUL RAZAK KECHIK, Presiden MRA telah dijemput untuk mengisi program Simposium Imam 2012 yang bertemakan “Doctors Beyond the Horizon�. Simposium ini telah berlangsung di Dublin, Ireland dengan jayanya dan ianya telah dianjurkan oleh persatuan pelajar Muslim Malaysia. Selain dari Dato Dr. Abdul Razak, turut dijemput ialah Tim. Presiden MERCY.

TUJUAN PROGRAM Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk menanamkan minat dikalangan peserta untuk terlibat didalam kerja-kerja kesukarelaan melalui organisasi atau pertubuhan yang berkaitan.

Dato Razak turut mengupas ayat-ayat Al Quran yang menyeru serta mengajak umat Islam untuk melakukan amal dan kebajikan dengan tampil membantu mereka yang memerlukan dan serba kesusahan.

Disamping itu, seminar ini juga bertujuan untuk mengumpul mereka yang mempunyai hasrat yang sama untuk terlibat dalam kerja-kerja kesukarelaan bagi menjalin interaksi yang lebih berkesan sesama mereka.

Ianya juga bertujuan untuk memberikan satu platform kepada para peserta untuk terjun kedalam dunia kesukarelaan dan Dato Razak telah berkongsi dengan para memberikan kesan perubahan positif peserta simposium pengalaman peribadi kepada masyarakat. beliau mengenai pembabitannya didalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang Juga untuk memberikan maklumat menbanyak bermula di peringkat awal kerjaya genai konsep dan kepentingan kerja-kerja beliau sebagai seorang doktor. Program kesukarelaan dan bagaimana ianya boleh utama beliau ketika itu ialah program memberikan sesuatu yang bermakna pembangunan komuniti orang asli. kepada masyarakat.

mukasurat 3

LAPANGAN 16-2012

Penyertaan Dato Razak dalam simposium ini merupakan langkah pertama MRA yang sememangya dalam rekayasa untuk memperkenalkan MRA diserata dunia bagi menambahkan lagi warna dan keceriaan dalam dunia bantuan kemanusiaan.


Dato Dr. Abdul Razak Kechik

Dr. Shahrizal Azwan

Mohd Shahrulazilan

KEMPEN RAMADHAN MRA bagi tahun hijrah Komuniti lain yang juga telah dibantu semasa 1433 dilancarkan pada 1hb Rejab 1433 dengan Ramadhan yang lepas ialah komuniti Orang tema tradisinya DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI. Asli di beberapa perkampungan tertentu dimana MRA sering mengadakan program. Kempen ini bertujuan untuk membantu menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlu- MRA turut menyalurkan bantuan kepada kokan di dalam dan di luar negara agar mereka muniti pelarian Rohingya melalui aktiviti berturut dapat menikmati dan merayakan kedatan- buka puasa dan agihan bantuan makanan. gan Ramadhan dan Syawal dengan penuh ke- Program ini dilaksanakan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru dan ianya sansyukuran dan kegembiraan. gat dihargai oleh komuniti pelarian yang Tahun lalu sejumlah RM100,000 telah berjaya serba kekurangan. Bantuan ini sedikit sebandikumpulkan dan ianya telah disalurkan kepada yak memeriahkan sambutan Hari Raya kelompok dan komuniti yang memerlukan mereka nanti. seperti yang disasarkan. Bagi komuniti di luar negara, MRA telah Di dalam Malaysia, sumbangan telah berjaya mengenalpasti beberapa negara luar dan kadiberikan kepada komuniti saudara baru, MRA wasan yang memerlukan bantuan, malahan telah berkerjasama dengan MACMA dan be- kami telahpun mengadakan kerjasama dengan berapa orang saudara baru yang memerlukan beberapa rakan perlaksana yang akan membantu dan memudahkan perlaksanaan agihan bantuan telah disantuni dengan sebaiknya. bantuan di lapangan luar negara. Sumbangan juga telah berjaya disampaikan kepada beberapa buah rumah anak yatim yang Besarlah harapan kami agar bantuan Ramadtelah dikenalpasti memerlukan sumbangan dan han kali ini menjadi lebih baik dari agihanRamadhan yang lalu, insya Allah. bantuan sempena Ramadhan. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 4


Bagi memudahkan penyumbang menghulurkan sumbangan, MRA merumuskan bantuan bagi program Ramadhan 1433 dalam LIMA bentuk bantuan yang menjadi kebiasaan penderma dalam bulan Ramadhan. Sumbangan Pertama, merupakan bantuan Pek Makanan buat sekeluarga pada kadar RM120 sekeluarga. Kadar ini jika dihitung secara tukaran dengan matawang Amerika adalah pada kadar USD40. Dengan jumlah ini, MRA akan dapat menyalurkan bantuan makanan kering seperti beras, tepung, minyak masak, gula, kopi atau teh serta beberapa barangan sekiranya ada berbaki. Sumbagan Kedua merupakan bantuan bagi menaja Majlis IFTAR di sesebuah kampung atau kawasan. Pada kadar RM600 kita boleh mengadakan majlis iftar untuk sekitar 150-200 orang. Makanan yang bakal dihidangkan kepada mereka adalah merupakan makanan terbaik yang boleh kita perolehi bagi meraikan mereka untuk berbuka puasa. mukasurat 5

LAPANGAN 16-2012

Sumbangan Ketiga, adalah sumbangan bagi mengimarahkan Masjid. Dana RM500 ini akan digunakan untuk menaja elaun imam bagi solat tarawikh, digunakan juga untuk membayar bil elektrik, bil air, juga bagi tujuan-tujuan lain bermaksud untuk menghidupkan aktiviti Masjid sepanjang bulan Ramadhan. Sumbangan Keempat, dana seterusnya ialah bagi tujuan membaik pulih Masjid. Banyak masjid di luar negara terutama di kawasan konflik dan bencana memerlukan bantuan untuk baikpulih dan kelengkapan, sumbangan yang diperolehi membolehkan jemaah masjid untuk membaiki masjid bagi tujuan kegunaan semasa Ramadhan. Sumbangan kelima merupakan sumbangan umum yang boleh disalurkan kepada MRA bagi menampung dana program-program yang kami lakukan didalam ataupun diluar negara, mengikut kesesuaiaan penderma. Segala sumbangan yang disalurkan adalah merangkumi kos perlaksanaan di lapangan, termasuk kos membeli, membungkus, menyimpan, mengedar dan mengagih kepada kelompok sasaran.


UNITEN Muazam Shah melalui Jawatankuasa Perwakilan Pelajar mereka yang dipimpin oleh Sdr. Shahrul XXXX telah menganjurkan satu sesi “BERSAMA MRA�. Sesi ini bertujuan untuk memaklumkan dan memperkenalkan kepada para penuntut UNITEN mengenai aktivitiaktiviti yang dilakukan oleh organisasiorganisasi bantuan kemanusiaan dan MRA sebagai salah sebuah organisasi yang terlibat telah hadir berkongsi mengenai apa yang disebut sebagai dunia bantuan kemanusiaan dan pengalaman sebagai seorang sukarelawan.

MRA kongsi pengalaman di UNITEN Muazam Shah

Sesi ini mendapat sambutan yang cukup baik dan MRA merasa amat gembira dengan kejayaan sesi ini.

Interaksi MRA dengan komuniti orang pekak kali ini adalah dengan penganjuran sebuah kelas memasak untuk mereka. Kelas ini telah dipimpin oleh Puan Rogayah dari PERSIBA, yang begitu komited dalam membantu para peserta orang pekak untuk memasak.

Kelas Masakan orang pekak MRA Penganjuran majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara peserta orang pekak dan SAHABAT MRA yang lain. Mereka juga sedang dalam proses untuk belajar berinteraksi dan bersilaturahim sesama mereka. Kerjasama sesama peserta adalah sangat baik dan kami berhasrat untuk terus mengadakan aktiviti seumpama ini dimasa-masa yang akan datang.

Peserta sedang berinteraksi sesama mereka

LAPANGAN 16-2012

mukasurat 6


Mahasiswa UNITEN turun padang

MESRA - Mahasiswa UNITEN dan adik-adik Rohingya

Sesi bersama anggota PDK Selayang

Sikap prihatin dan peduli masyarakat semakin mendapat tempat dikalangan penuntut universiti dan ini merupakan suatu sikap yang terpuji dan patut dicontohi oleh kelompok masyarakat yang lain. Dalam satu Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN Muazam Shah telah bergabung dengan penuntut UNITEN Bangi dalam satu program khidmat masyarakat di dua buah lokasi dibawah seliaan MRA., Lokasi tersebut merupakan Penjagaan Dalam Komuniti (PDK) Selayang dan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. mukasurat 7

LAPANGAN 16-2012

Sedang asyik melayan adik-adik Rohingya

Mereka telah melakukan pelbagai aktiviti bersama anak-anak pelarian Rohingya dan penuntut di PDK Selayang. Interaksi yang dilakukan termasuklah program sukan dan kecergasan, program akademik seperti matematik dan bahasa inggeris. Gerakerja dari penuntut-penuntut UNITEN ini amat membantu para pelajar terutamanya kepada anak-anak pelarian Rohingya bagi memulih, juga membina keyakinan diri mereka dan mencorak masa depan mereka. Semoga kerjasama mantap yang dijalinkan bersama UNITEN ini dapat diteruskan lagi.


Misi Ziarah SAHABAT

ke KOA Pos Bersih

Anak-anak di Pos Bersih sedang bergembira

Satu sesi ziarah ke Perkampungan Orang Asli Pos Bersih, Slim River telah berjaya diatur bagi meninjau tahap keadaan Dewan Komuniti MRA yang telah siap dibina disamping mengadakan kunjungan mesra terhadap penduduk setempat.

SAHABAT MRA turut mengajak anak-anak orang asli untuk mengambil bahagian dalam sesi bersenam dan kecergasan diri, mereka amat menggemari aktiviti ini dan begitu ceria untuk terlibat bersama-sama dalam program ini.

Dalam kunjungan ini juga, beberapa orang SAHABAT MRA telah meluangkan masa untuk mendampingi penduduk dan mereka telah terlibat dalam menganjurkan beberapa aktiviti untuk anak-anak mereka. Antara aktiviti mudah yang mereka lakukan ialah aktiviti membuat belon. Anak orang asli diajar untuk meniup belon dan kemudiannya membentuk belon tersebut untuk menjadi objekobjek yang mereka sukai. Mereka juga telah diberikan pensil warna untuk sesi mewarna dan anak-anak orang asli amat gembira mewarna lukisan-lukisan yang diberikan kepada mereka.

Kami turut memasak makanan untuk dimakan bersama-sama dengan mereka, terutamanya bagi meraikan anak-anak orang asli yang hadir menyertai program anjuran kami. Program susulan ini adalah amat penting bagi memastikan kesinambungan projek dan aktiviti yang kami lakukan sebelum ini dipantau dan diselia sebaik mungkin. Pendekatan berterusan ini akan menjadikan kita dan kelompok orang asli semakin rapat dan saling percaya mempercayai. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 8


Susulan Retreat 2012 MRA

Serius tetapi penuh ceria

Selepas Retreat MRA pada bulan Februari yang lalu, satu me- Mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan segala keputusan syuarat susulan telah diadakan bagi menilai peratus perlaksanaan yang telah dilaksanakan telah dimaklumkan bagi memastikan terhadap perkara yang telah diputuskan didalam retreat tersebut. semua Exco dan pimpinan maklum mengenai perkembangan MRA.

Latihan untuk MRSM Trolak MRA menerima kunjungan dari guru-guru MRSM Trolak yang datang dari jauh sematamata untuk membincangkan mengenai program latihan bagi melahirkan Sukarelawan Muda diperingkat MRSM Trolak. Mereka mahukan pasukan Sukarelawan yang dilatih ini dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran mengenai Sukarelawan yang sebenar, terutamanya dari mereka yang benar -benar terlibat dalam kerja-kerja sukarelawan dan bantuan kemanusiaan di lapangan.

Kearah melahirkan sukarelawan muda yang terlatih

mukasurat 9

LAPANGAN 16-2012

MRA dan MRSM Trolak dijangka akan merangka satu jadual bersama dan sebuah modul latihan akan dibangunkan dan digerakkan dalam masa terdekat.


Tim MYCORP bergerak ke Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan & Indonesia PAKISTAN

SRI LANKA

AFGHANISTAN

MISI MYCORPS diteruskan dengan pemergian Tim Siti Rafidah Mashudi dan Halim Mohd Isa ke Sri Lanka, Tim Siti Rahimah Osman, Fazlinie Abd. Rahim, Aizad Juraimi, M.Zulkepli bin M.Robin, Daniel Ramadhan, Mohd Fadhil, Khairul Azwan dan Zaim Abdullah yang diiringi oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar (MRA) ke Pakistan, Tim Ashraf Abdul Rahman, Mohd Azreen Hassan dan Siti Zabedah Samat, serta diiringi oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan ke Afghanistan dan Tim Mohd Azwan Ramli, Abang Muhammad Hilman dan Nurul Izzah Romly ke Indonesia. Alhamdulillah, semua Misi berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini berlaku.

INDONESIA LAPANGAN 16-2012

mukasurat 10


Gerai MRA di Jumble Sale Al Islam

Sahabat MRA turut membantu jualan MRA telah mengambil bahagian didalam Jumble Sale yang dianjurkan oleh Hospital Pakar AL Islam di Kampung Baru yang diadakan didataran letak kereta di hadapan Hospital tersebut. Staf turut Jumble Sale ini turut disertai oleh pelbagai agensi seperti perbankan, perumahan, insuran, ngo dan lain-lain lagi. Di samping itu, setiap gerai juga mengadakan pameran mengenai organisasi dan agensi yang mereka wakili.

membantu

Pameran ini mendapat sambutan yang cukup baik dari orangramai yang datang berkunjung, yang terdiri dari para pelawat Hospital, kakitangan, hospital ahli keluarga pesakit, penduduk sekitar dan jemaah Masjid yang bersolat di Masjid Jame’ Kampung Baru.

Pelanggan terpaksa beratur untuk membeli

mukasurat 11

LAPANGAN 16-2012

MRA turut mengambil bahagian dengan mengadakan pameran mengenai aktiviti dan program yang kami lakukan, malahan kami turut mengadakan jualan Waflfe dan Air kepada mereka yang berkunjung ke Jumble Sale tersebut. Sambutan amat baik dan cukup memberangsangkan.


Klinik Medan MRA di Pondok Haji Salleh

MRA terus menabur bakti di utara tanahair

Memeriksa kesihatan salah seorang datuk yang hadir

210412-PONDOK HAJI SALLEH merupakan sebuah pusat pengajian agama berkonsepkan pondok yang mempunyai “niche� dan namanya yang tersendiri . Terletak di Pekan Sik yang kaya dengan pelbagai kisah, Pondok Haji Salleh tidak syak lagi memang menjadi ikon kepada pekan kecil ini.

Memeriksa tekanan darah penghuni pondok

MRA sangat beruntung kerana dapat menabur bakti kepada para penghuni dan penuntut yang menginap dan datang menuntut ilmu di pondok ini. Pondok Haji Salleh mempunyai sekitar 800 hingga ke 1000 orang penuntut dan akan meningkat bila tiba bulan Ramadhan dan hari-hari kebesaran Islam. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 12


MRA Kedah dengan kerjasama para penuntut dari Kolej Komuniti Baling. Hospital Sultanah Bahiyah, Sg. Petani serta SAHABAT MRA telah meluangkan masa untuk memberikan rawatan kesihatan kepada para penghuni dan penuntut yang datang ke Pondok Haji Salleh ini. Program rawatan kesihatan ini dipimpin oleh Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Elhany. Beliau turut dibantu oleh beberapa doktor dan jururawat dari Hospital Sultanah Bahiyyah Sg. Petani. Pentadbiran pondok memberikan layanan terbaik kepada kami

Bersedia untuk mengambil data

Lebih dari 300 orang telah berjaya dirawat dan diiberikan khidmat nasihat mengenai penjagaan diri dan kesihatan tubuh badan.

Menyukat ketinggian makcik yang hadir

Para penghuni Pondok Haji Salleh walaupun ramai yang sudah berusia agak lanjut, namun mereka tetap mengambil berat mengenai kesihatan dan kelihatan masih tegap dan cergas. Program ini berjalan dengan penuh harmoni dan ceria, makan tengahari dijalankan secara gotong-royong dengan pembabitan diantara SAHABAT MRA dan penghuni Pondok. Peluang dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pengurusan Pondok Haji Salleh amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapanribuan terima kasih. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan dipertahankan. Tahniah kepada MRA Kedah dan SAHABAT MRA Kedah. mukasurat 13

LAPANGAN 16-2012

SAHABAT MRA dari Kolej Komuniti Baling turut membantu mengendalikan Klinik Medan


Para Pegawai Kolej Delima yang komited dan ceria

Hj Hani bersama Tok Batin Alang dan anak-anak buahnya

OPKIM Kolej Delima-UITM Shah Alam di Pos Slim, Ipoh Kolej Kediaman Delima UITM Shah Alam bertindak bijak dengan mengadakan program khidmat masyarakat yang menemukan para penghuni kolej ini dengan masyarakat orang asli di Perkampungan Orang Asli Ulu Slim di Ipoh, Perak.

Mereka juga dapat melihat secara dekat bagaimana kelompok orang asli menjalani kehidupan seharian mereka yang serba ringkas dan mudah.

Program ini berlangsung selama dua hari dan disertai oleh hampir 30 orang penuntut diiringi oleh beberapa orang pegawai Kolej Delima.

Program ini diselia oleh MRA Perak yang diketuai oleh Setiausahanya, Tuan Haji Hani Yang Kassim dan SAHABAT MRA Perak yang lain. MRA Perak telah bergerak dan melaksanakan pelbagai program di perkampungan ini sejak setahun yang lalu.

Dato Abdul Razak Kechik, Presiden MRA telah berkesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama mereka dalam program Kuliah Maghrib dan beliau telah menyampaikan Tazkirah berkaitan keperluan kerja-kerja sukarelawan kepada semua peserta program.

Para penuntut UITM yang hadir telah Adik-adik penghuni Kolej Delima berpeluang memilih untuk bermalam di kawasan yang untuk beramah mesra dan berinteraksi berhampiran iaitu di Sekolah Kebangsaan secara langsung bersama anak-anak dan Pos Raya yang terletak kira-kira satu kilopenghuni Perkampungan Orang Asli disana. meter dari Perkampungan Ulu Slim.

Majlis yang begitu bermakna ini diharapkan akan dapat diteruskan lagi dimasa-masa akan datang dan semoga ini bukanlah kunjungan yang terakhir dari para penghuni dan pegawai Kolej Delima, UITM Shah Alam.

Kampung ini terletak di jalan utama menuju ke Cameron Highland, menjadikan kawasan ini sentiasa nyaman dan dingin sama seperti cuaca dan suhu di Cameron Highland.

LAPANGAN 16-2012

mukasurat 14


Salam dari Acheh Kunjungan Dr. Hyzan memantapkan kerjasama sedia ada

Ketika melawat sekolah

Bersama pimpinan Rumah Anak Yatim Aceh

Acheh merupakan satu tempat yang terpahat di dalam peta sejarah Pengarah Biro Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr. Hyzan Yusoff sebagai kawasan yang dilanda tsunami dalam keadaan penduduknya telah berkesempatan untuk berkunjung dan menziarahi temantidak bersedia untuk menghadapinya. teman rakan pelaksana MRA di lapangan di sana baru-baru ini. Kenangan pahit dan puing-puing peninggalan bencana ini masih jelas kelihatan dan akan tetap dalam ingatan setiap penduduk Acheh. Tidak ada keluarga yang tidak kehilangan ahli keluarga dalam bencana yang menimpa ini, tidak ada keluarga yang tidak berkongsi kisah duka dan nestapa mereka. Meratapi dan menangisi kejadian ini tidak akan membawa sebarang perubahan.

Kesempatan ini telah digunakan oleh beliau untuk melawat rumah anak yatim yang menempatkan anak-anak yatim pasca bencana tsunami dahulu. Anak-anak ini ramai yang telah dewasa dan ada yang telah meninggalkan rumah tersebut, namun kesan trauma masih jelas kelihatan di wajah mereka.

Dr. Hyzan telah disambut oleh Yayasan Ar Rabwah An Najiah dan Justeru, walau apapun yang telah berlaku, hidup perlu diteruskan mereka mengharapkan agar kerjasama yang lebih utuh dapat dan Acheh perlu dibangunkan semula menjadi lebih baik dari yang dijalinkan diantara MRA dan organisasi mereka tanpa perlu sebelumnya. Semua pihak harus terlibat dan berkerjasama dalam menunggu berlakunya sebuah bencana yang lain pula. membina semula negara ini. mukasurat 15

LAPANGAN 16-2012


SAHABAT - Setia dalam perjuangan

Presiden MRA meraikan SAHABAT yang hadir

SAHABAT MRA diraikan dalam sebuah Majlis Ringkas yang diberi nama 3 Tahun Sahabat. Untuk makluman, Malaysian Relief Agency telah ditubuhkan pada 3hb Mac 2009. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai misi dan aktiviti telah dijalankan diseluruh negara termasuk di beberapa buah negara luar. Yang menjadi tulang belakang kepada semua aktiviti bantuan ini adalah sukarelawan MRA yang dikenali sebagai SAHABAT MRA.

SAHABAT-pelbagai warna kulit dan rupa

Dalam majlis ini, Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik, telah hadir dan meraikan semua SAHABAT yang hadir. Antara yang hadir adalah para SAHABAT MRA yang terlibat didalam misi-misi banjir Utara dan Selatan, Misi Tsunami Jepun, Misi Kemarau Somalia dan program Tautan Kasih Orang Asli MRA. Terima kasih pada SAHABAT MRA yang hadir, kami tidak akan dapat melangkah jauh tanpa sokongan anda semua. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 16


SAMBUTAN HARI GURU DI SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA

MRA mengucapkan setingg-tinggi penghargaan kepada seluruh tenaga guru yang bertungkus lumus mendidik anak-anak Rohingya di Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru amatlah membanggakan dan amat kami sanjung tinggi.. mukasurat 17

LAPANGAN 16-2012

Sumbangan yang diberikan oleh para guru dalam mendidik anak -anak murid berbangsa Rohingya sangatlah penting bagi memajukan mereka dalam bidang pelajaran disamping memberikan mereka ilmu pengetahuan bagi mempersiapkan mereka untuk menghadapi dunia yang serba mencabar.


Pendedahan kepada dunia luar amat penting kepada anak-anak pelarian ini

PROGRAM BAHASA INGGERIS KOLEJ TAYLOR, PETALING JAYA ASYIK mewarna

INTERAKSI Ceria

Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA yang terletak di Cheras Baru, Kuala Lumpur terus mendapat perhatian dari pelbagai pihak, terbaru, mereka dijemput oleh sebuah kolej di Petaling Jaya untuk sesi interaksi bersama para penuntut di kolej tersebut. Kerjasama ini datang melalui kerjasama Yellow House Society of Kuala Lumpur. Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya telah diajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris yang betul disamping mereka juga turut serta dalam aktiviti mewarna yang diadakan. Pendedahan sebegini amat membantu untuk membina keyakinan diri serta menanam minat untuk cemerlang dan berjaya didalam pelajaran. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 18


KAEDAH MENJAGA GIGI-Gosok atas dan Gosok bawah

PROGRAM RAWATAN PERGIGIAN

Sesi menjamu selera

BERGAMBAR kenangan

Murid-murid Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah dijemput oleh sebuah syarikat pengeluar ubat gigi terkemuka ke sebuah majlis kebajikan anjuran mereka di Petaling Jaya. Dalam majlis ini, murid-murid yang hadir telah diberikan penerangan dan maklumat terkini mengenai penjagaan dan kesihatan gigi. Mereka turut diberikan rawatan ringkas penjagaan gigi. Setiap yang hadir juga menerima sumbangan barang-barang keluaran syarikat tersebut. Jemputan ini sangat menggembirakan murid-murid yang hadir dan ianya memberikan mereka satu detik yang tidak dapat dilupakan dalam kehidupan mereka. mukasurat 19

LAPANGAN 16-2012

Menanam azam untuk menjadi Doktor Gigi di masa hadapan


Puan Rosemah Roseli sedang menerangkan kaedah pembuatan cokelat

Wakil UNHCR turut hadir

Produk yang telah dihasilkan

Kelas Membuat Cokelat MRA diteruskan lagi KELAS membuat Cokelat di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru yang telah diadakan sebelum ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari kaum ibu berbangsa Rohingya. Kelas pembuatan cokelat ini diteruskan lagi dengan penambahan ilmu-ilmu dan teknik-teknik berkaitan pembuatan cokelat dari jurulatih kelas tersebut, Puan Rosemah Roseli. Kelas pada hari ini turut dihadiri oleh wakil dari UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian) yang meninjau perjalanan kelas dan melihat bagaimana para pelarian belajar dan menuntut ilmu. Komitmen yang diberikan oleh UNHCR terhadap program sebegini amatlah dialu-alukan.

Tujuan kelas pembuatan cokelat ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan kemahiran tambahan kepada kaum ibu berbangsa Rohingya bagi membolehkan mereka mencari peluang untuk menambah rezeki dan pendapatan mereka. Selain itu, kelas ini juga dapat menambah keyakinan mereka terhadap diri sendiri serta dapat melupakan kesengsaraan dan kesulitan yang melanda diri dan keluarga mereka. Selain dari kelas pembuatan cokelat, MRA turut mengadakan kelas memasak kuih-muih yang lain bagi kaum ibu disini. MRA turut mengadakan kelas Bahasa Inggeris bagi golongan dewasa berbangsa Rohingya di kawasan ini. LAPANGAN 16-2012

mukasurat 20


GAMBAR lawatan Dato Dr. Abdul Razak Kechik

sempena Simposium IMAM 2012, Dublin, Ireland

Dato Presiden sedang berkongsi pengalaman beliau

Menikmati hidangan dibawah sinaran mentari

Di dewan syarahan sebelum berucap mukasurat 21 LAPANGAN 16-2012

Bersama adik-adik generasi Y- penerus warisan


Somalia

Pakistan

Orang Asli

DEKAT DI MATA LEKAT DI HATI Thailand

Bantuan Ramadhan 1432 yang lalu

Pelarian Rohingya LAPANGAN 16-2012

mukasurat 22


Terung menerung sayur peria Buah keranji letak di peti Tolong menolong akhlak mulia Bangsa terpuji berbudi pekerti Pemandangan dalam perjalanan dari Kabul ke Bamyan, Afghanistan, merentasi gunung-ganang


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.