Lapangan 17

Page 1

LAPANGAN 17-2012

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”

Asas RUSSKI Yezik Meraikan SAHABAT MRA Kelas Asas Bahasa Isyarat Misi Antarabangsa MYCORPS

MENJADI MANUSIA

TERBAIK


MENJADI MANUSIA

Minda Redaksi

TERBAIK ‫اس‬ ِ ‫اس أَ ْن َف ُع ُه ْم لِل َّن‬ ِ ‫َخ ْي ُر ال َّن‬

“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain” Menjadi sebaik-baik manusia merupakan cita-cita yang ingin diterapkan kepada semua SAHABAT MRA, agar mereka dapat berkhidmat dan berbakti kepada manusia lain sepanjang masa, selagi termampu dan terdaya, tanpa mengharapkan sebarang balasan dan imbuhan. Berbakti dan menyumbang secara ikhlas kerana Allah demi kesejahteraan ummah sejagat. Menjadi sebaik-baik manusia turut bermaksud menggunakan segala potensi dan kemahiran yang ada pada seseorang individu itu, baik dari segi jasmani, mahupun emosi, serta rohani dan kemampuan intelektual untuk faedah dan maslahat kepentingan ramai. Menjadi sebaik-baik manusia juga bermakna menuju kepada kecemerlangan dan kegemilangan bersesuaian dengan seruan azan yang sentiasa konsisten mendorong umat Islam khususnya dan manusia sejagat amnya untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan istiqamah dengannya dan terus menerus mempertahankannya. Menjadi sebaik-baik manusia antara lain bererti memberikan penghasilan yang terbaik dalam segala perkara yang dilakukan, memberikan pulangan dan faedah terbaik kepada individu tersebut sendiri, juga kepada organisasi yang diwakilinya, malah kepada penyumbang yang menghulurkan dana, paling penting kepada maudhu’ yang disantuni dan kepada komuniti dan kelompok yang didekati.

DATO DR SIDDIQ FADHIL “Manusia Terbaik adalah seumpama pohon yang tegap batangnya untuk dibuat bersandar, rendang daunnya untuk dibuat berteduh, kukuh dahannya untuk berpaut, enak buahnya dibuat makan, besar akarnya untuk dibuat bersila” DATO ZAIDON HJ ASMUNI “Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita bersama untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan yang kian terhakis dikalangan masyarakat kita hari ini. Semangat ini perlu terus tertanam di dalam diri setiap individu bagi melahirkan sebuah masyarakat yang prihatin dan saling bantu membantu.”

Menjadi sebaik-baik manusia berhasrat melahirkan SAHABAT yang berakhlak mulia, berin- DR. SHAHRIZAL AZWAN SAMSUDIN “..Dengan sambutan yang tegriti tinggi, serba bertanggungjawab, sentiasa komited, serius dalam tugasan, sentiasa fokus dan menyelami akar pemasalahan sesuatu perkara. Tidak menyerah kalah, berhik- menggalakkan ini (Tautan Kasih 7 mah, beradab dan sentiasa telus dalam tindakan. Mari sertai kami dengan menjadi dan Tunas Muda), InsyaAllah kita harap program ini akan berjalan SAHABAT MRA dan jadilah salah seorang dari sebaik-baik manusia, Insya Allah. dengan lancar dan akan menggilap bakat dan pengalaman lebih ramai Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain sukarelawan pelapis yang mantap untuk berkhidmat di dalam dan MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif di luar negara.”


DATO DR. SIDDIQ FADHIL Pengerusi, Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) UCAPUTAMA “Manusia Terbaik” Sempena Majlis Pengiktirafan SAHABAT MRA

MENJADI MANUSIA TERBAIK DATO DR. SIDDIQ FADHIL membicarakan tentang bagaimana sukarelawan itu merupakan manusia yang cukup istimewa dan menjadi manusia yang terbaik. Ukuran baik atau tidak baik seseorang itu adalah terletak kepada sebanyak mana dia mampu menyumbang kepada masyarakat. Menurut Dato Dr. Siddiq Fadhil, walaupun wira Melayu tradisional Hang Tuah itu seorang yang sangat sakti, boleh melakukan keajaiban-keajaiban secara sendirian, tetapi pengarang Hikayat Hang Tuah masih menampilkan beliau hadir dalam satu kumpulan yang turut disertai oleh Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu, kesemuanya pahlawan dan orang yang hebat. Menurut beliau lagi, mesej yang hendak disampaikan oleh Tambah beliau lagi, tidak boleh ada sikap “one man show” dalam pengarang Hikayat Hang Tuah ialah, sehebat mana kamu, kerja-kerja bantuan dan dalam kerja pengurusan bencana. Dalam sepandai mana kamu, masih perlu berkerja dengan yang lain, menangani bencana kita mesti berkerja bersama-sama dengan secara kolektif, dalam jemaah bagi mencapai sesuatu perkara. sikap dan semangat ke bersamaan. mukasurat 3

LAPANGAN 17-2012


Ketibaan Dato’ Dr Siddiq Fadhil di sambut oleh Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas’ud dan EXCO yang lain

Kelihatan Sdr. Shirajuddin, Pen SUA MRA, Setiausaha Kewangan ABIM , Sdr. Aizan Tukiran sedang mengiringi masuk Dato’ Dr. Siddiq Fadhil

“Tidak boleh ada “one man show” dalam kerja-kerja bantuan dan dalam kerja pengurusan bencana” Jelas Dato Dr. Siddiq Fadhil lagi, manusia pada hari ini bukan lagi diukur pada nilai-nilai kemanusiaan yang dimiliki. Manusia bukan lagi diukur kepada betapa “budimannya” seseorang itu. Tetapi ukuran kepada manusia masakini telah berubah kepada perkiraan kebendaan, You are what you drive. You are where you stay, begitulah manusia pada hari ini diukur.

Isterinya menjadi bidan, sambil Umar terus menerus menenangkan suami tadi sehinggalah isteri lelaki tersebut selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ketika memaklumkan kelahiran itu, isteri Umar telah menyebut perkataan “ya Amirul Mukminin” menjadikan lelaki tadi lebih resah dan bertambah lagi kegelisahannya. Dan Umar mengatakan kepadanya “jangan khuatir, aku bukan orang lain, aku adalah saudaramu”

Beliau juga berkongsi kisah khidmat kemanusiaan luar biasa seperti yang dikisahkan apabila Saidina Umar Al Khattab turun padang, berjalan malam sendirian, beliau berjumpa dengan seorang lelaki yang kelihatan resah dan gelisah lantaran isterinya sedang kesakitan hendak bersalin. Saidina Umar datang dan mententeramkan lelaki itu, dan kemudian beliau pulang kerumah mengajak pula isterinya Umi Kalsum untuk sama-sama membantu keluarga tersebut.

Manusia Unggul atau Manusia Ideal seperti yang terungkap didalam sebuah ungkapan tradisional, yang diibaratkan sebagai pohon besar di tengah padang. Rimbun daunya tempat berteduh. Kukuh batangya tempat bersandar. Kuat dahannya tempat berpaut. Besar akarnya tempat bersila. Begitulah caranya orang tua-tua dahulu mengungkapkan kualiti seorang manusia unggul. Manusia serbaguna., akalnya boleh dimanfaatkan, tenaganya boleh dimanfaatkan malah duitnya juga dapat dimanfaatkan. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 4


INTIPATI UCAPAN PERASMIAN DATO ZAIDON HAJI ASMUNI, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK), KEM. BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

SEMPENA MAJLIS PENGIKTIRAFAN SAHABAT “Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab kita bersama untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan yang kian terhakis dikalangan masyarakat kita hari ini. Semangat ini perlu terus tertanam di dalam diri setiap individu bagi melahirkan sebuah masyarakat yang prihatin dan saling bantu membantu.” “Kerja-kerja sukarela seperti bergotong-royong kian hilang disebabkan tiada lagi yang sanggup meluangkan masa atau tenaga untuk menjayakan sesuatu kerja gotong royong. Semuanya kini hanya dapat digerakkan dengan sedikit ganjaran atau upah,” ujar Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dato’ Zaidon Haji Asmuni ketika melancarkan Malam Pengiktirafan Rakan Malaysia Relief Agency (MRA) di Dewan Serbaguna Masjid Khalid Ibnu Walid, Padang Tembak di sini malam tadi.

Dato Zaidon dan Dato Abdul Razak diatas pentas semasa Majlis Pengiktirafan SAHABAT MRA

Katanya, penglibatan golongan belia dalam kerja-kerja sukarela ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan berterusan supaya gerakan kesukarelaan ini terus berupaya menarik minat mereka. Inisiatif KBS melahirkan sekumpulan belia melalui MYCorps dianggap tepat kerana kumpulan pertama melalui program ini telah berjaya melaksanakan tugasan mereka di beberapa negara terpilih dalam kerja-kerja kemasyarakatan dan kesukarelaan. Dato’ Zaidon yakin usaha menggerakkan gelombang kesukarelaan ini akan terus dipertahankan jika banyak pihak yang muncul untuk mengambil bahagian di dalam kerja-kerja amal dan kemasyarakatan itu. Fenomena mengharapkan ganjaran atau upah bagi sesuatu tugasan itu perlulah dihentikan bagi membantu menyelamatkan semangat kesukarelaan dari kian terhakis.

Sdr. Ashraff Abdul Rahman, menerima Sijil Penghargaan SAHABAT MRA mewakili MYCORPS

Antara Ahli Lembaga Pemegang Amanah, EXCO dan Pengurusan Sekretariat MRA yang sempat bergambar mukasurat 5

LAPANGAN 17-2012


Terima Kasih kepada semia SAHABAT MRA yang telah sudi hadir memeriahkan Majlis Pengiktirafan SAHABAT MRA. Tanpa sumbangan dan komitmen anda sepanjang 3 tahun penubuhan MRA, kami tidak akan dapat melangkah jauh seperti sekarang.

Tim MYCORPS dan X-VAT 69 turut hadir menambah seri kepada Majlis Pengiktirafan Sahabat MRA ini. Terima kasih atas sokongan yang diberikan.

Mahasiswa UNITEN Kampus Muadzam Shah, Pahang sanggup turun bagi menyertai majlis ini. MRA berkerjasama rapat dengan Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN dalam usaha untuk menyemarakkan lagi program berbentuk kesukarelaan dikalangan mahasiswa UNITEN.

SAHABAT MRA yang terdiri dari bekas mahasiswa MSU yang banyak terlibat dengan aktiviti dan program MRA di Lapangan.

Kakitangan Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru merupakan rakan pe Tim dari Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) hadir memeriahkan laksana MRA yang cukup komited dan istiqamah. Mereka telah berganding bahu dengan MRA sejak dari hari pertama penubuhan MRA. lagi majlis yang dianjurkan di Masjid Saidina Khalid Al Walid ini. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 6


Ahli Jawatankuasa dan jentera perlaksana

Malam Memperingati SAHABAT MRA

Majlis Pengiktirafan SAHABAT MRA

SAHABAT MRA yang terdiri dari mahasiswa warga Somalia di Kuala Lumpur turut serta hadir menyatakan komitmen kepada usaha bantuan MRA.

SAHABAT MRA daripada OKU Cacat Pendengaran sedang bergambar kenangan bersama Dr. Hyzan, Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA.

Di MRA, kami menggelar Sukarelawan kami sebagai SAHABAT. Justeru, Majlis Pengiktirafan SAHABAT MRA ini merupakan program yang dirancang khusus bagi meraikan SAHABAT MRA yang telah bertungkus lumus selama ini membantu dan menyumbang dalam segala bentuk, baik dari segi tenaga, masa, ide fikiran, dana dan berbagai macam lagi komitmen.

SAHABAT MRA merupakan kebanggaan kami kerana merekalah yang menambahkan lagi kerencaman dan keunikan MRA dalam misi-misi pelaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan kami didalam dan diluar negara. Mereka menyumbang mengikut kemampuan dan kapasiti yang termampu, namun apa yang mereka berikan kepada MRA adalah yang TERBAIK yang dapat kami.

Sejarah SAHABAT MRA bermula dari misi bantuan pertama MRA iaitu Misi Bantuan Gempa Padang. Misi tersebut menyaksikan pembabitan cemerlang MRA dalam kerja bantuan kemanusiaan dan yang lebih menarik lagi, sehingga ke saat ini, MRA masih lagi beroperasi di Padang melalui pelbagai jenis program dan aktiviti termasuk pembinaan 300 buah Rumah Syukur bagi mangsa gempa yang sangat memerlukan bantuan. mukasurat 7

LAPANGAN 17-2012

Komitmen ikhlas yang mereka sumbangkan merupakan tunjang utama kepada segala kejayaan program dan aktiviti yang kami gerakkan. MRA amat berterima kasih atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan sejak sekian lama dan berharap ianya akan terus dapat dipertahankan dari masa ke semasa.


Antara SAHABAT MRA yang hadir

Dr. Hyzan dan Sdr. Mohd Rezaidi Mohd Ishak, keduanya merupakanEXCO MRA

TIM PERSIBA begitu gigih membantu persiapan program

APRESIASI kepada SAHABAT MRA Pengacara Majlis, Sdr. Lutfy Hafifi (MyCORPS) dibantu oleh Sdri. Siti Zaharah (SAHABAT MRA)

Menambah keberkatan pada Majlis ini ialah kehadiran anakanak yatim dari Rumah Anak Yatim, Datuk Keramat

LAPANGAN 17-2012

mukasurat 8


MRA TERIMA SUMBANGAN DAGING

seberat hampir setengah tan

Bersama kakitangan kilang

MRA terus mendapat bantuan dalam bentuk produk makanan untuk diedarkan kepada mereka yang berada didalam kesukaran dan serba memerlukan. Terkini, MRA telah menerima sumbangan berupa produk-produk hasilan daging yang disumbangkan oleh syarikat bumiputera terkemuka yang berpejabat dan mempunyai kilang di Bangi, Selangor.

Agihan sedang dilakukan

Rumah Anak Yatim merupakan sasaran utama agihan

Sumbangan mereka kali ini berjumlah sebanyak 450kg, hampir setengah tan dan MRA telah berkerjasama dengan Persatuan Penjual Kambing di Pasar Chow Kit untuk menggunakan fasiliti peti sejuk beku yang mereka miliki.

Produk-produk ini kemudiannya diedarkan kepada rumah-rumah anak yatim, komuniti pelarian dan komuniti OKU yang telah dikeMereka telah menyumbangkan produk-produk keluaran syarikat nalpasti memerlukan bantuan sebegini. MRA telah berjaya mengemereka kepada MRA kerana mereka ingin menyokong kerja-kerja darkan kesemua bahan yang disumbang kepada 8 buah orbantuan kemanusiaan yang telah dan sedang digerakkan oleh MRA. ganisasi/entiti dan mereka amat gembira menerimanya. mukasurat 9

LAPANGAN 17-2012


Kunjungan Dari FEHRD Organisasi Perlaksana MRA di Thailand

MRA dengan penuh sukacitanya menerima kunjungan dari rakan pelaksana MRA di Selatan Thailand yang begitu banyak membantu kami di Lapangan. Kunjungan ini merupakan satu penghormatan kepada kami diatas semangat kerjasama dan saling bantu membantu yang telah tersedia terjalin sejak sekian lama. MRA beroperasi di Selatan Thailand sejak tahun 2009 dan banyak projek yang kami laksanakan di sana melalui kerjasama yang dijalinkan bersama FEHRD. Kehadiran Presiden FEHRD, Sdr. Isamaae Hj. Abdul Rahman turut ditemani oleh wakil dari AYATA (Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal) Sdr. Nawawi Junoh.

Pengarah Eksekutif MRA telah menyambut kehadiran rombongan tetamu ini dengan memberikan taklimat terkini dan berkongsi maklumat mengenai perkembangan dan aktiviti MRA yang sedang berlangsung di dalam dan di luar negara. MRA & MYCORPS mengucapkan jutaan terima kasih kepada Presiden FEHRD, Sdr. Isama-ae Hj Abd. Rahman dan wakil dari AYATA, Sdr. Nawawi Junoh kerana sudi berkunjung ke Sekretariat MRA yang tidak seberapanya. Semoga kerjasama yang dijalinkan ini kekal berterusan di dunia dan akhirat. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 10


OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) KOLEJ DELIMA UITM SHAH ALAM Kampung Orang Asli, Pos Ulu Slim, Ipoh

Antara Mahasiswi yang terlibat dalam program Operasi Khidmat Masyarakat di Pos Slim ini

Kunjungan rumah ke rumah mengeratkan lagi hubungan diantara anak-anak dan mahasiswa Kolej Delima Sesi Post Mortem akan diadakan setiap hari bagi memastikan objektif program sentiasa ditepati.

mukasurat 11

LAPANGAN 17-2012

TAHNIAH kepada mahasiswa yang sanggup turun padang berdepan dengan penduduk orang asli


Pengarah Eksekutif MRA telah dijemput untuk mengisi slot hampir sehari dalam program SAAG 14 yang telah diadakan di Fakulti Sains Kesihatan, UITM Puncak Alam. Beliau telah berkongsi pengalaman bersama mahasiswa yang bakal menamatkan pengajian mereka dan akan melangkah ke alam pekerjaan.

Pengarah Eksekutif MRA telah dijemput untuk mengisi satu slot berkaitan BUDAYA SUKARELAWAN didalam Konvensyen Rakan Muda Kebangsaan yang diadakan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. Beliau telah berkongsi Budaya Sukarelawan yang digunapakai oleh MRA.

Gambar ini ditarik dari http://sarahsalleh.blogspot.com/2012/04/leader-fellowship.html

LAPANGAN 17-2012

mukasurat 12


MESYUARAT PENYELARASAN MYCORPS Memastikan kesinambungan misi antarabangsa Setakat ini baru dua tim yang diletakkan dibawah kelolaan Malaysian Relief Agency yang telah berjaya menjejak kaki di lapangan antarabangsa; iaitu tim Lebanon dan tim Thailand. (ketika ditulis) Alhamdulillah, kejayaan kedua-dua tim ini telah menjadi pemangkin merangsang timtim yang lain untuk segera turun ke lapangan antarabangsa masing-masing.

Tim terakhir dari MRA yang akan bergerak ke lapangan antarabangsa seperti yang dijangkakan ialah tim yang akan ke Uzbekistan. Kelewatan ini tidak dapat dielakkan atas sebabsebab teknikal yang bersangkutan dengan tugasan dan cuti para anggota misi tersebut.

Kempen pengutipan dana untuk projekprojek yang bakal dilaksanakan oleh kesemua tim juga berjalan dengan rancak dan mendapat perhatian dari banyak pihak, samada korporat ataupun institusi.

Wakil dari tim-tim yang terlibat, samada yang akan berlepas atau yang telah pergi telah diminta untuk menghadiri Mesyuarat Penyelarasan bagi memastikan mereka bersiap sepenuhnya, terutama dalam urusan teknikal seperti tiket, visa, passport termasuk surat jemputan dari organisasi pelaksana di lapangan tersebut.

Bakal menyusul ialah tim Sri Lanka diikuti oleh tim Pakistan seterusnya tim Indonesia dan tim Afghanistan. Pemergian mereka dijangka pada sekitar minggu hadapan.

Sesi soal jawab juga telah diadakan bagi memastikan setiap ahli misi memahami objektif dan tugasan yang diamanahkan kepada mereka.

mukasurat 13

LAPANGAN 17-2012


KUNJUNGAN DARI UNIVERSITI KUALA LUMPUR Merancang aktiviti bantuan kemanusiaan bersama MRA MRA merasa begitu berbesar hati kerana telah dikunjungi oleh beberapa penuntut dari Universiti Kuala Lumpur yang dalam rekayasa untuk menyiapkan sepasukan penuntut yang akan ke Kemboja pada akhir tahun nanti semasa musim Qurban. MRA telah memberikan beberapa tips yang perlu diketahui terutamanya dalam menguruskan pergerakan di Lapangan disamping beberapa maklumat lain seperti program pembangunan komuniti, aspek keselamatan dan lbeberapa aspek yang lain lagi. Turut hadir dalam pertemuan ini ialah Eksekutif Pembangunan Korporat UniKL, Saudara Baktiar Hasnan yang juga merupakan seorang sukarelawan sebelum ini. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 14


PROGRAM BERSAMA PERTIS Pendedahan mengenai Orang Buta

Presiden PERTIS memberikan ucapan

Simulasi memberikan lebih kefahaman

Berinteraksi dengan golongan orang kurang PERTIS sebagai sebuah persatuan yang berupaya tidak semudah berurusan dengan tanggungjawab untuk membela dan menjaga orang biasa. ahli mereka yang terdiri dari kalangan orang buta yang muslim telah berkerjasama denOrang kurang upaya tergantung kepada gan MRA dalam program pada hari ini. kekurangan mereka mempunyai kaedah dan cara tertentu untuk berinteraksi dengan Objektif utama yang disasarkan melalui promereka. Kaedah dan cara ini adalah amat gram ini adalah untuk memberikan pendedaperlu untuk dipelajari dan dimiliki oleh han dan latihan kepada SAHABAT MRA kaegolongan muda terutamanya sukarelawan dah yang terbaik yang sering digunapakai dari Generasi Y bagi membolehkan mereka dalam interaksi bersama orang buta. Kaeberinteraksi dengan lebih mesra dan mema- dah yang mudah dan praktikal untuk hami antara satu sama lain. mereka. mukasurat 15

LAPANGAN 17-2012

Latihan praktikal amat membantu

Program yang begitu bermanfaat pada hari ini telah memberi kesedaran dan kefahaman yang menyeluruh kepada setiap peserta yang hadir untuk mengetahui bagaimana mereka dapat berinteraksi dengan cara dan kaedah yang terbaik dengan golongan buta dan yang menghadapi masalah penglihatan. MRA berhasrat untuk mengadakan program seumpama ini dimasa mendatang dan akan memperbaiki lagi pendekatan dan kaedah yang digunakan didalam program ini agar ianya lebih mudah difahami.


kelas asas

русский язык Sdr. Ikhsan merupakan antara pelajar yang rajin dan gigih didalam kelas ini

Bahasa ini ditutur di seluruh negara jajahan Russia, negara-negara bekas CIS (Commonwealth of Independent States) atau lebih dikenali sebagai negara bekas Kesatuan Soviet.

Ianya juga dituturkan secara meluas di negara-negara Komunis, Eropah Timur dan wilayah Balkan. Malah di negara bekas jajahan Russia seperti Afghanistan dan negara yang pernah mendapat nasihat KURSUS ASAS RUSKII YEZIK ini diadakan bagi menyiapdan bantuan Russia juga terdapat ramai kan Petugas dan SAHABAT MRA dengan kemahiran penutur Bahasa Russia. berbahasa Russia bagi membolehkan mereka berinteraksi dengan mereka yang datang dari wilayah Bahasa Russia dituturkan oleh lebih daridan kawasan yang bertutur didalam Bahasa Russia. pada 200 juta penduduk diseluruh dunia. Juga untuk memberikan Skil berbahasa kepada petuMempunyai sistem pengajaran yang sisgas MRA bagi sebarang tugasan di wilayah yang bertematik, Bahasa Rusia bukanlah sukar kaitan. untuk dipelajari.

MRA melihat secara pro-aktif keperluan untuk menyediakan petugas-petugas Lapangan yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam bahasa-bahasa penting dunia seperti Russia, Arab, Mandarin, German, Perancis, Jepun, Turki dan lain-lain lagi. Untuk makluman, Bahasa Russia merupakan salah satu daripada bahasa rasmi yang digunakan oleh Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB). Kelas “Padat-Ringkas” ini bermatlamat untuk membolehkan para pelajarnya belajar membaca, menulis dan bertutur dalam tempoh sesingkat Empat minggu sahaja. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 16


PELUANG mengajar kanak-kanak tadika di Sri Lanka

MISI MRA-MYCORPS KE SRI LANKA

LAWATAN LAPANGAN ke Kem-kem Pelarian, meninjau dan menyelami hati mereka...

mukasurat 17

LAPANGAN 17-2012


Di Batagram

MISI MRA-MYCORPS KE PAKISTAN

Di Kedutaan Malaysia, Islamabad, Pakistan

Bersama tim Yayasan Al Khidmat, KPK, Pakistan

Inilah dia Generasi Y masakini...

LAPANGAN 17-2012

mukasurat 18


Di Sallang Pass, mengibar Jalur Gemilang

Para peserta Kursus Kepimpinan Belia di Jalalabad, Ningarhar

Di Markas MALCON, Bamiyan

MISI MRA-MYCORPS KE AFGHANISTAN Bersama Tim. Menteri Belia & Sukan, Afghanistan

Bersama peserta kursus di Kabul

Bersama Wakil OIC KABUL, Sdr. Tawfeq

mukasurat 19

LAPANGAN 17-2012

Di Faizabad, Badakshan


Mudahnya BAHASA ISYARAT

Peserta dan Fasilitator Kelas Bahasa Isyarat MRA Kelas Asas Bahasa Isyarat MRA dengan kerjasama PERSIBA telah sekali lagi berjaya dijalankan di Sekretariat MRA di Kampung Baru. Kursus yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai olehlebih dari 15 orang peserta dan dibantu oleh lima orang fasilitator dari PERSIBA. Kursus Asas ini mendedahkan para peserta dengan skil asas berkomunikasi dengan orang pekak seperti penggunaan huruf dan abjad termasuk nombor dan bilangan. Peserta juga dipecahkan kepada EMPAT kumpulan yang dipantau oleh ahli-ahli PERSIBA. Kaedah ini juga bagi membolehkan setiap peserta dapat menguasai bahasa Isyarat dengan lebih mudah dan pantas. SATU program “outing� telah diadakan di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat dan telah disertai oleh sebahagian besar peserta Kursus Asas Bahasa Isyarat yang telah dianjurkan pada minggu sebelumnya.

Kelas Susulan Bahasa Isyarat di Hulu Langat

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diantara sesama peserta disamping dapat mempelajari secara lebih lanjut bahasa isyarat dan mempraktikkanya dengan lebih mudah sesama para peserta. Kehadiran para fasilitator dan komitmen mereka dalam berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai Bahasa Isyarat ini amatlah membanggakan. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 20


PELUANG UNTUK OKU BERDIKARI MRA sekali lagi tampil dengan program bermanfaat hasil kerjasama bersama PERSIBA Kali ini kami telah menjemput sebuah syarikat francais bumiputera yang sedang meningkat naik untuk berkongsi cara dan kaedah untuk menjadi pemilik kiosk jenama tersebut. Kami mendapat kerjasama baik dari syarikat Mat Salai yang telah menghantar kakitangan mereka bukan setakat berkongsi pelan perniagaan mereka malah turut menunjuk ajar jenis-jenis produk yang mereka hasilkan, kami turut dapat menikmati juadah yang disediakan pada hari tersebut.

Antara ibu bapa dan peserta yang hadir dalam majlis penerangan ini

Program ini berhasrat untuk melahirkan peniaga dari kalangan OKU, bagi membuktikan bahawa mereka juga boleh berdikari dan maju jika diberikan peluang dan harapan. mukasurat 21

LAPANGAN 17-2012


Kelas Seni Musik untuk anak Rohingya MRA sentiasa mencari jalan bagi merangsang pertumbuhan dan perkembangan minda anak-anak pelarian Rohingya yang belajar di Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Antara aktiviti yang kami lakukan ialah mengadakan kelas seni musik bagi mendidik anak-anak murid ini dengan kemahiran seni musik untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan berjiwa seni.

Set permainan LEGO di Sekolah Komuniti Rohingya-MRA Pengeluar permainan kanak-kanak LEGO telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan menyumbang kepada UNCHR set permainan LEGO untuk diagih-agihkan kepada sekolah dan pusat pendidikan kanak-kanak pelarian di Malaysia. Set LEGO ini turut diterima oleh Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan ianya telah digunakan didalam sesi pembelajaran murid-murid disini bagi membantu meningkatkan kreativiti dan kemahiran mereka.

CeKeLAT MRA dapat tempahan Kelas Pembuatan Cekelat MRA yang diadakan untuk membantu ibu-ibu dan wanita Rohingya di komuniti pelarian Rohingya di Cheras Baru telah mendapat suntikan modal dan semangat apabila menerima tempahan pertama dalam jumlah yang besar iaitu sekitar 2500 keping dari UNHCR Malaysia. Kepercayaan yang diberikan oleh UNCHR Malaysia amatlah dihargai dan ianya merupakan satu dorongan kepada kaum wanita dan ibu Rohingya untuk terus gigih menjalani kehidupan dan mencari rezeki yang halal. Tahniah juga kepada tenaga pengajar yang terbabit membimbing mereka. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 22


Sambutan Sempena HARI PELARIAN SEDUNIA 2012 Bersama Mr. Alan Vernon, Ketua Misi UNHCR Malaysia

Bersama wakil Muslim Aid dan UNHCR

MRA telah dijemput oleh UNHCR Malaysia untuk hadir memeriahkan lagi sambu- Tema sambutan Hari Pelarian Sedunia bagi tahun ini ialah tan Hari Pelarian Sedunia 2012 yang telah diadakan di ibu kota baru-baru ini. “Pelarian Tiada Pilihan, Anda ada�. Tema ini mengajak

semua orang untuk menggunakan peluang membuat pilihan Dalam majlis pelbagai agensi dan organisasi lain yang terlibat dalam membantu yang masih ada dengan sebaik-baiknya. Elakkan daripada para pelarian dari segenap pelusuk tanahair telah hadir bagi menyatakan sokon- membuat keputusan yang merugikan dan menyusahkan gan kepada nasib dan perjuangan pelarian menuntut hak dan pembelaan yang masa depan dan kehidupan mereka sendiri. sewajarnya diberikan kepada mereka. mukasurat 23

LAPANGAN 17-2012


Selamat melangkah ke alam dewasa

Dr. Saifullah Al Hany sedang bersiap sedia

MAJLIS KHATAN anjuran MRA PERAK

Pondok Haji Salleh, Sik, Kedah Seperti yang telah dirancangkan MRA Kedah telah berjaya melaksana- Acara pendaftaran bermula pada pukul 8.00 pagi dan minum pagi. Di ikuti kata kata aluan oleh Dr. Saifullah Al Hany selaku Pengerusi MRA kan program tersebut pada hari sabtu 26/05/2012 dengan jayanya. Kedah, doa selamat yang disampaikan oleh Pengerusi Rumah Warga Emas Mengikut perancangan awal, kanak-kanak yang akan menyertainya Pondok Haji Salleh dan memandikan peserta dengan bantuan bomba. ialah seramai 27 orang. Oleh kerana MRA Kedah tidak dapat mencari Majlis Berkhatan dimulakan lebih kurang pukul 9.15 pagi. Program seleorang yang boleh mengkhatankan maka hanya seramai 10 orang sa- sai lebih kurang pada pukul 1.15 tengah hari. haja yang dapat menyertainya. Dr. Saifullah dan Dr. Fazliyah pegawai perubatan dari dari jabatan surgeri sahaja berdua mengkhatankan Pada dasarnya program berkhatan ini adalah yang julung-julung kali MRA pesakit dengan dibantu oleh beberapa pelajar Nursing dari KUIN dan Kedah laksanakan, dianggap berjaya kerana kami dapat bekerjasama dengan banyak pihak. Hanya sedikit masalah yang di hadapi iaitu berkaijuga dibantu oleh 4 orang dr. pelatih dari Hospital Sungai Petani. tan dengan Pembantu Perubatan yang agak sukar didapati. LAPANGAN 17-2012

mukasurat 24


Sekiranya anda ketinggalan untuk mendapatkan siri-siri LAPANGAN yang sebelum i ni dan bercadang unt uk memilikinya?, jangan khuatir, anda masih boleh mendapatkannya. Hubungi kami di shahrul@mra.my dan nyatakan siri yang anda ingin dapatkan, dan kami akan menghantarnya kepada anda pada hari yang sama. Kami menghargai kerjasama dan sokongan anda, bantulah kami dengan menyebarkan e-majallah MRA LAPANGAN ini ke seluruh negara dan pelosok dunia. Semoga banyak pihak boleh mendapat manfaat dari perkongsian maklumat yang boleh diperolehi melalui majallah LAPANGAN ini. mukasurat 25

LAPANGAN 17-2012


TAHNIAH kepada Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN Kampus Muzam Shah, Pahang diatas penganjuran Karnival dan Konsert Amal tersebut. Disamping berhibur para pengunjung juga dapat beramal dengan menyumbangkan kepada penduduk Palestin yang dihimpit kesukaran dan hidup dalam serba kesulitan

LAPANGAN 17-2012

mukasurat 26


Pertemuan diantara wakil KOR PERUBATAN ATM, USAID, MRA dan MYCORPS. Perbincangan berkisar mengenai gerakerja yang boleh dikongsi dan diselaras diantara Kontijen Malaysia (MALCON) yang berada di Bamiyan, Afghanistan dengan organisasi bantuan kemanusiaan yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia yang sedang beroperasi di Afghanistan. Kunjungan ke Kem MALCON di Bamiyan tempohari meyakinkan pihak ATM bahawa NGO dari Malaysia juga setanding dan mampu untuk beroperasi di luar negara. Tahniah juga harus diberikan kepada tim MyCORPS yang berdisiplin dan komited untuk melakukan yang terbaik.

Sinergi ATM-USAID-MRA-MYCORPS, nantikan Mengunjungi YB Tim. Menteri Perusahaan Utama, Dato Mukhriz Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al Quds Malaysia. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan maklumat mengenai kerja-kerja bantuan dan kemanusiaan yang telah dilakukan oleh MRA bagi penduduk Palestin di Tebing Barat, Gaza dan juga di Lebanon.

Kunjungan hormat ke Pejabat Dato Mukhriz Mahathir di sertai oleh Sdr. Mohd Rezaidi Mohd Ishak, Sdr. Khairil Annuar Khalid dan Sdr. Shahrul

Kami juga bersedia untuk saling bantu membantu, berkongsi maklumat dan berkerjasama dengan Yayasan Al Quds Malaysia bagi tujuan manfaat pendidikan, perubatan dan lain-lain perkara demi kepentingan pelarian Palestin.

Pengarah Biro Latihan dan Pembangunan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Mohd Ishak sedang melakarkan jangkaan “timeline� bagi program Tautan Kasih dan Tunas Muda MRA yang bakal berlangsung. Program ini dijangka akan melibatkan lebih daripada 70 orang peserta dengan bantuan khidmat sokongan seramai hampir 20 orang lagi. Kami terpaksa bersiap sedia dengan keperluan lojistik seperti khemah, peralatan memasak, peralatan komunikasi, nota-nota latihan dan kelengkapan perubatan. Tautan Kasih kali ini merupakan siri yang ke TUJUH manakala Tunas Muda merupakan kali yang pertama. mukasurat 27

LAPANGAN 17-2012

Merancang untuk Program Tautan Kasih 7 dan Tunas Muda MRA


mukhayyam briged bakti malaysia (skuad ipt)

Berkongsi pengalaman bersama adikadik Briged Bakti Malaysia‌ Masa muda adalah masa terbaik untuk anda terlibat dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan

Mukhayyam anjuran secara bersama oleh Briged Bakti Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dengan kerjasama Yayasan Malaysian Relief Agency (MRA) telah diadakan dengan jayanya di HULISTA 2, Sungai Tua berhampiran Empangan Batu Muda di Hulu Yam baru-baru ini.

Mukhayyam ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim disamping mewujudkan satu gerakerja bagi menggerakkan alumni Briged Bakti Malaysia yang kini sedang menyambung pelajaran di peringkat Universiti sekitar KL dan Selangor.

MRA telah membantu menyediakan lojistik dan Walaupun hujan turun dengan lebatnya, program ini tetap peralatan bagi menjayakan mukhayyam ini. Seberjalan lancar dan pembabitan dari semua pihak amatlah moga dimasa mendatang lebih banyak kerjasama yang boleh dijalinkan sesama organisasi terbabit. menggalakkan, LAPANGAN 17-2012

mukasurat 28


Ahli-ahli Bengkel bersama Dr. Abdul Ghani

BENGKEL PERLAKSANAAN MYCORPS 2012

Memastikan MYCORPS terus menjadi inisiatif KBS yang terbaik Suasana semasa Bengkel sedang berjalan

Sesi “Brainstorming� bagi Bengkel Perlaksanaan MyCORPS 2012 Turut hadir ialah Pn. Hartini Abd. Jabar, ahli-ahli Makmal Belia, Sdr. telah berjalan dengan suasana ceria tetapi serius di Janda Jufitri Johar dan Sdr. Goh Hwee Hwa. Hadir sama ialah pegawaipegawai dari Institut Penyelidikan Belia dan Bahagian Rakan Muda, Baik, Bentong, Pahang Darul Makmur. Kementerian Belia dan Sukan. Bengkel ini telah disertai oleh ketiga-tiga organisasi yang terlibat dalam membentuk sukarelawan MyCORPS daripada pering- MRA seperti biasa, memberikan komitmen yang tinggi terhadap prokat permulaan hinggalah ke peringkat yang mereka berada gram MyCORPS bertepatan dengan misi untuk menjadi rakan aktif kini; ketiga organisasi berikut adalah Yayasan Salam Malaysia, dalam membangunkan negara, MRA telah menghantar wakilnya yang Global Peace Mission Malaysia dan Yayasan Malaysian Relief terdiri Pengarah Eksekutif, Sdr. Shahrul, Ketua Biro Latihan dan Pembangunan, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak dan Sdr. Johari Kan Abdullah, PenAgency (MRA). yelia Sekolah Komuniti Rohinyga MRA. Bengkel yang bertujuan untuk membincangkan halatuju dan masadepan MyCORPS ini dipengerusikan oleh Tim. Pengarah Turut hadir berkongsi ide ialah Prof. Turiman Suandi dari Universiti Putra Malaysia yang begitu komited dalam merekodkan garismasa perBahagian Rakan Muda yang baru, Dr. Abdul Ghani. jalanan MyCORPS dari peringkat mula sehingga ke hari ini. mukasurat 29

LAPANGAN 17-2012


Anak yamtuan ada berbelas Rupa cantik selit seroja Beri bantuan tetapkan ikhlas Tanpa mengharap puji dan puja


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.