“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain”
LAPANGAN 18-2012
Kunjungan AL KHIDMAT FOUNDATION Tabung Kemanusiaan ROHINGYA dilancar Kerjasama TNB-MRA di Batu Balong, Raub TUNAS MUDA & TAUTAN KASIH di Pos Bersih Mike Charlie Romeo di MRSM TROLAK DOKTOR PALESTIN tiba di Malaysia KESUKARELAWANAN dan PATRIOTISME
MISI MEMBANTU ARAKAN
MISI KEMANUSIAAN
Minda Redaksi
ARAKAN
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat EXCO kali ke 47 bahawa satu Misi Bantuan Kemanusiaan akan dihantar ke wilayah Arakan di Myanmar bagi membantu penduduk berbangsa Rohingya dan Rakhine yang menjadi pelarian dalaman gara-gara konflik dan pertelingkahan yang berlaku. Isu ini adalah satu isu yang sensitif dan amat mudah disalah ertikan mengikut sentimen mereka yang terlibat. Isu Rohingya bukanlah suatu isu baru kepada dunia sebenarnya, ia mungkin sesuatu yang baru bagi sebahagian besar masyarakat Malaysia bahkan dunia. Isu ini sebenarnya telahpun diperjuangkan oleh MRA melalui penubuhan Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru yang mendapat penajaan dari Yayasan Al Khalifah, sebuah organisasi yang begitu prihatin dengan nasib pelarian ini semenjak tahun 2009 lagi. MRA memperjuangkan nasib dan masa hadapan Rohingya melalui pendidikan dan pembangunan komuniti. Kami membangunkan generasi masa depan Rohingya dengan mempersiapkan mereka dengan kemahiran dan ilmu yang sesuai untuk kembali mentadbir dan memimpin bumi Arakan apabila suasana dan keadaan mengizinkan kelak. Pendidikan di Sekolah Komuniti Rohingya MRA ditadbir urus oleh kami sendiri secara sepenuh masa, sistem pembelajaran yang komprehensif, prasarana sekolah ini adalah yang terbaik dapat kami sediakan dan kami memberi perhatian sepenuhnya kepada kejayaan dan kemajuan para pelajar disini. Rohingya pada MRA bukanlah satu isu asing yang baru muncul secara tiba-tiba dari rantau ini. Rohingya adalah sebahagian daripada operasi kami sejak dari awal penubuhan lagi, jangan terkejut apabila kami mendahului yang lain ketika sampai di Akyab (Sitwe) tempohari. Ini bukan tanah yang asing kepada kami, ini bukan tanah orang lain, ini adalah tanah yang cukup kami fahami. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain
MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif
DR. ISHAK MAS’UD “Kalau tahun lepas kita menumpukan ibadah Qurban untuk Somalia, kali ini, tahun ini, saya kira kita perlu memberi tumpuan sepenuhnya untuk ke Arakan, Myanmar”
DATO DR. ABDUL RAZAK KECHIK “MRA must become very efficient. Always have time limit. Must have sense of urgency. Very competitive. Do the right thing and Do the thing right:”
DR. MOHD DAUD SULAIMAN “Kejayaan kami memasuki Arakan merupakan kejayaan besar kerana berbanding misi bantuan lain, mereka hanya menyalurkan bantuan dari pitu masuk sempadan negara itu sahaja”
DR. SAIFULAH HANY “Jika Rohingya di Malaysia hidup dalam serba kekurangan dan kesusahan, di Arakan sana, mereka terpaksa mengharung hidup 10 kali ganda lebih susah daripada apa yang terpaksa dilalui di Malaysia”
KUNJUNGAN HORMAT WAKIL AL KHIDMAT FOUNDATION KE MALAYSIA MRA terlibat dengan projek di Pakistan melalui misi bantuan kemanusiaan semasa banjir besar melanda dalam tahun 2010. Sehingga kini, MRA telah beroperasi hampir 2 tahun di Pakistan secara konsisten dan aktif. Kami telah berjaya membangunkan 80 buah Rumah Syukriah di kawasan yang teruk diUsman Khan landa banjir tempohari. Bantuan rumah ini diberikan kepada keluarga yatim dan MRA untuk kesekian kalinya menerima kunjungan wakil mereka yang serba memerlukan. dari organisasi bantuan kemanusiaan luar negara yang terkemuka dan terkenal. Selain daripada itu, melalui kerjasama Al Khidmat, MRA turut membina lebih dari 30 Kali ini, kami merasa cukup bertuah dengan kehadiran buah pam air dikawasan yang mempunyai wakil khas Yayasan Al Khidmat dari Pakistan iaitu Sdr. masalah dengan bekalan air minum yang Usman Khan Marwat. Beliau merupakan Penolong Seti- bersih. ausaha Agung, Al Khidmat Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan. Beliau juga merupakan Mayor (Datukbandar) Bandar Ha- MRA turut menaja pengurusan sebuah sekoyatabad yang terletak di Peshawar. lah di Batagram, Pakistan dibawah kelolaan Al Khidmat. MRA turut bercadang untuk Kehadiran beliau ini jelas membuktikan betapa akrabnya membangunkan sebuah Empangan Mini hubungan diantara MRA dan Al Khidmat dalam melaksana- Hidro di kawasan ini bagi membantu memukan aktiviti bantuan kepada mereka yang memerlukan. lihkan kehidupan penduduk di kawasan ini. mukasurat 3
LAPANGAN 18-2012
Melawat KUMPULAN UTUSAN KUNJUNGAN HORMAT ke Kumpulan Utusan telah dilakukan sempena kedatangan Sdr. Usman Khan ke Malaysia. Kunjungan ini telah diketuai oleh Setiausaha Agung MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman bertujuan untuk memperkenalkan Kumpulan Utusan kepada Sdr. Usman Khan yang begitu banyak membantu didalam menjayakan Kempen Tabung Bantuan Kemanusiaan Pakistan semasa banjir besar melanda negara tersebut dalam tahun 2010 yang lalu. Kunjungan ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada Kumpulan Utusan dan para pembaca akhbar dan majalah terbitan mereka bahawa dana dan bantuan yang mereka salurkan telah berjaya dihantar kepada mereka yang memerlukan dan sebahagian dari apa yang mereka sumbangkan itu masih lagi berfungsi dan digunakan oleh para penduduk yang terlibat di kawasan tersebut. Pihak Utusan yang diwakili oleh pengurusan kanan mereka, En. Rozaman turut bertukar cenderahati dengan Sdr. Usman Khan dalam majlis pertemuan yang serba ringkas tetapi amat bermakna dan penting.
Dr. Abdul Karim Russ menerima lawatan kami di RCMP
Satu kunjungan hormat turut dilakukan oleh Sdr. Usman Khan ke Royal College of Medicine Perak (RCMP) di Ipoh, Perak. Kunjungan ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pengurusan dan para penuntut disana mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan yang telah dilakukan oleh MRA dan Al Khidmat Foundation sejak tahun 2010 lagi. RCMP merupakan antara institusi yang banyak menyalurkan tenaga sukarelawan didalam program -program MRA didalam dan diluar negara.
Kunjungan ke RCMP LAPANGAN 18-2012
mukasurat 4
2 TAHUN PENUH KOMITED
Satu Majlis Minum Petang bagi meraikan sempena dua tahun penglibatan MRA di Pakistan telah diadakan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jemputan terdiri daripada para penyumbang, penaja program dan mereka yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam kerja-kerja bantuan di Pakistan sepanjang tempoh tersebut. mukasurat 5
LAPANGAN 18-2012
Majlis ini bertujuan untuk melaporkan kepada para penyumbang yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan dana dan sokongan sepanjang dua tahun lalu mengenai perkembangan bantuan dan kemana dana-dana yang disumbangkan melalui MRA telah digunakan.
Dalam Majlis ini, MRA telah mengumumkan komitmen untuk terus membantu Pakistan melalui kerjasama erat dengan Al Khidmat untuk beberapa projek pembangunan di beberapa wilayah yang terlibat.
MRA bukan sahaja terlibat sejak ketika berlakunya banjir tersebut, malah kami turut terlibat membantu pasca banjir. Dan kami terus komited untuk membantu membangunkan komuniti setempat yang tetjejas kehidupan akibat banjir.
Antara bantuan yang akan diteruskan ialah Pembinaan Pam Air, Pembinaan Rumah Syukur, Pembinaan Mini Empangan Hidro, Melengkapkan sebuah hospital di Batagram dan juga penajaan gaji guru-guru di sebuah sekolah di Batagram. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma dan penyumbang yang begitu komited dan percaya kepada MRA untuk melaksanakan projek-projek yang telah dinyatakan. Semoga kita dapat melakukan yang terbaik di bumi Pakistan ini
KONGSI PENGALAMAN BERSAMA BRIGED SUKARELAWAN KHIDMAT NEGARA Malaysian Relief Agency telah dijemput untuk mengisi slot perkongsian pengalaman didalam Bengkel Briged Sukarelawan Khidmat Negara yang diadakan di Lumut baru-baru ini. Slot ini telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri, beliau berkongsi pengalaman dan kaedah yang digunapakai oleh MRA didalam menguruskan para sukarelawan yang dikenali sebagai SAHABAT MRA.
http://bekas-bekas-plkn.blogspot.com
RAYUAN DANA UNTUK ARAKAN DI MASJID TNB, BANGSAR Pengarah Eksekutif MRA telah berkongsi maklumat dan fakta mengenai program Dekat Di Mata Lekat Di Hati sempena Ramadhan 1433. Beliau turut mengulas mengenai isu Arakan yang semakin panas diperkatakan. Beliau telah mengajak jemaah yang hadir untuk sama-sama menjadikan Ramadhan yang bakal menjelang nanti sebagai medan untuk beribadah disamping mengambil iktibar dari ibadah puasa itu sendiri. Merasakan keperitan tanpa makanan, merasakan kesengsaraan dan serba kekurangan. Beliau turut mengajak jemaah untuk terus menerus memberikan doa dan munajat kepada penduduk Arakan agar mereka kekal selamat dan dapat menikmati kehidupan seperti sedia kala.
Bersama Imam dan AJK Masjid
LAPANGAN 18-2012
mukasurat 6
Kunjungan dari SRI LANKA
MRA telah menerima kunjungan hormat dari wakil NGO di Lapangan Sri Lanka, Sdr. Nihmath dari Community Trust Foundation (CTF). Beliau sedang dalam rangka kerja untuk bertemu dan berbincang dengan rakan pelaksana dari Malaysia untuk penerusan beberapa projek bantuan yang berpotensi dan telah dikenalpasti di sana. MRA mempunyai beberapa program di Sri Lanka antaranya ialah program membaik pulih Masjid di kawasan yang pernah terlibat dalam konflik diantara tentera Sri Lanka dan pemisah Tamil tidak lama dulu. Juga program pembangunan komuniti dan program pertanian lestari.
Lawatan Fakulti Bahasa Antarabangsa MRA telah turut menerima kunjungan daripada penuntut Fakulti Bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Bahasa, Lembah Pantai. Mereka berhasrat untuk membincangkan potensi kerjasama yang boleh dijalinkan dengan MRA dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan pengajian mereka. Penerangan mengenai operasi dan aktivitiaktiviti yang dijalankan oleh MRA telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri. MRA masih lagi komited dan memberikan perhatian yang penuh terhadap perkembangan dan pembangunan anak-anak didik yang terlibat didalam program MYCORPS. Satu pertemuan telah turut diadakan bagi membincangkan mengenai program susulan kepada projekprojek yang bakal mereka lakukan di negara-negara yang telah mereka kunjungi. Program ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas mengenai apa-apa isu yang berkaitan dengan misi bantuan yang telah mereka jalankan di negera-negara yang telah mereka kunjungi.
MYCORPS & MRA mukasurat 7
LAPANGAN 18-2012
Mesyuarat ini mencapai keputusan untuk mengadakan sesi pembentangan terhadap kerja-kerja lapangan yang telah diadakan oleh setiap kumpulan bagi memaklumkan kepada masyarakat umum dan mereka yang berminat mengenai program yang telah mereka laksanakan. Majlis taklimat ini akan bermula dengan Tim MYCORPS-MRA ke Lebanon dalam masa terdekat.
TIM MEDIKAL MRA BERGERAK
DI KAWASAN ROHINGYA , KAMPUNG PANDAN
TIM PERUBATAN MRA yang diketuai oleh Dr. Shahrizal Azwan telah beroperasi di sebuah penempatan Rohingya di pinggir bandar Kuala Lumpur. Beliau telah dibantu oleh kakitangan perubatan daripada Hospital Pakar Al Islam, MSU dan Biro Kesihatan ABIM. Program ini adalah merupakan program kerjasama yang sering digerakkan secara bersama dikalangan organisasi yang terlibat.
Sedikit perkongsian mengenai pelarian Rohingya, mereka merupakan penduduk asal sebuah negeri yang dikenali sebagai Arakan, terletak didalam Kesatuan Myanmar atau sebelum ini dikenali sebagai Negara Burma. Pergolakan dan pertelingkahan antara kaum adalah perkara biasa yang sering menimpa mereka. Kesukaran hidup telah mendorong mereka untuk berhijrah keluar dari negara tersebut. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 8
Klinik Lapangan MSU-MRA untuk Pelarian Rohingya di Kampung Pandan
garismasa
Misi Banjir Utara 2010
mukasurat 9
LAPANGAN 18-2012
MISI BATU BALONG - SUKSES KERJASAMA TNB-MRA diteruskan lagi tahun ini, menjadikan ianya tahun ketiga TNB dan MRA terlibat bersama-sama dalam projek pembangunan komuniti Orang Asli. Sebelum ini, TNB-MRA telah bersama-sama membantu membawa masuk bekalan elektrik dan menggerakkan program pembangunan komuniti di Pos Bersih di Slim River, Perak dan di Kampung Songkok, Rawang, Selangor. Untuk makluman, MRA masih lagi meneruskan program di kedua-dua buah kampung ini. Bagi program di Batu Balong, Bentong, Pahang ini, selain dari SAHABAT MRA , turut serta memeriahkan lagi program ini ialah para SUKARELAWAN dari Kelab Kilat TNB sendiri.
Para Sukarelawan, biarpun ramai yang baru berjumpa pertama kali, namun keakraban dan kesepakatan itu jelas tertonjol apabila masingmasing dapat menyesuaikan diri dan saling bantu membantu bagi memastikan kelangsungan program pada hari tersebut.
GIGIH
TEKUN
Satu pameran mengenai penjagaan keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik telah turut diadakan. Pameran ini memberikan maklumat bergambar kepada para pengunjung mengenai kesan -kesan buruk, risiko dan potensi kemalangan yang boleh berlaku jika faktorfaktor keselamatan diabaikan. Pameran ini sedikit sebanyak dapat mendidik masyarakat orang asli agar berhati-hati semasa menggunakan peralatan elektrik. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 10
Simbolik kerjasama TNB-MRA Pengurus Besar Kanan, Operasi Wilayah 1, TNB, Tuan Haji Mustafa Din sedang memasang fius bagi merasmikan kemasukkan elektrik di Kampung Batu Balong
Menanam pokok sebagai tanda permulaan kerjasama yang erat dan akrab
Saudara Mohd Iqbal Abu Bakar menyerahkan buku cenderamata MRA kepada Wakil kakitangan TNB
mukasurat 11
LAPANGAN 18-2012
Seorang penduduk kampung Batu Balong sedang mendapatkan rawatan dari Tim Perubatan MRA yang hadir memberikan bantuan dan sokongan perubatan kepada penduduk setempat. Tim Perubatan MRA diketuai oleh Dr. Shahrizal Azwan.
Meraikan hadirin yang hadir dengan Raja Segala Buah - buah durian untuk dinikmati oleh setiap yang hadir pada majlis yang gilang gemilang ini
Kakitangan TNB begitu komited dan ceria dalam menjadikan program pada hari ini berjaya dan mencapai kejayaan seperti yang diharapkan.
Pasukan perubatan MRA dengan gigihnya menjalankan kerja-kerja pemeriksaan dan rawatan kepada penduduk Kampung Batu Balong, Raub, Pahang ini. Semalam, pasukan Perubatan yang sama berada di Perkampungan Rohingya di Kampung Pandan, Kuala Lumpur untuk kerja-kerja pemeriksaan kesihatan pelarian yang berada disana. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 12
SAHABAT + ALAM SEMULAJADI + ORANG ASLI = TAUTAN KASIH (TUNAS MUDA)
TAUTAN KASIH VII dan TUNAS MUDA SIMULASI LATIHAN menggunakan Modul khusus MRA TAUTAN KASIH VII dilaksanakan mengikut tradisi kebiasannya iaitu latihan semasa bulan Ramadhan, kali ini ianya diteruskan dengan pembabitan peserta Tunas Muda yang terdiri daripada para penuntut jurusan perubatan dari universiti dalam dan luar negara. mukasurat 13
LAPANGAN 18-2012
Seperti amalan biasa, ianya tetap dilaksanakan di Pos Bersih, Slim River, Perak, tapak latihan bagi program pembangunan komuniti Orang Asli MRA. Kali ini, aktiviti bantuan menjangkau ke perkampungan jauh kedalam seperti Tenau dan juga Keding.
TEKNOLOGI merapatkan bukan menjauhkan... Para peserta sedang beramah mesra dengan anak-anak Orang Asli
Tautan Kasih yang merupakan program turun kampung Orang Asli secara berkala MRA terus dilaksanakan mengikut jadualnya. Walaupun berada didalam bulan Ramadhan, sambutan dan permintaan SAHABAT untuk turut serta amatlah menggalakkan. Sedikit berbeza dengan program Tautan Kasih yang sebelumnya, Tautan Kasih 7 memulakan tirainya dengan program latihan Tunas Muda MRA yang bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur. Peserta bagi program Tautan Kasih kali ini berjumlah lebih daripada 75 orang, dan ditambah dengan sejumPresiden MRA sedang membakar semangat lah petugas dan SAHABAT MRA yang lain menjadiSAHABAT MRA kannya hampir 90 orang kesemuanya yang terlibat. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 14
Perlaksanaan MODUL AGIHAN MAKANAN
MODUL Agihan Makanan adalah antara modul yang paling mudah dan agak senang untuk dilaksanakan, ianya tugasan yang jelas dan nampak nyata. Tidak rumit dan sukar seperti tugasan dan modul yang lain. Modul ini bermula dengan pembelian makanan kering berdasarkan permintaan yang dikemukakan penduduk setempat. Kita harus membenarkan partisipasi penduduk setempat dalam proses pembelian makanan ini kerana ianya akan membantu kita untuk mendapatkan makanan pada harga murah dan kualiti yang lebih baik. mukasurat 15
LAPANGAN 18-2012
Namun, pengalaman kami beroperasi di Lapangan yang sebenar, membuktikan sebaliknya. Agihan makanan merupakan aktiviti yang sukar dan berisiko tinggi. Ianya meliputi pelbagai aspek penting yang lain seperti memastikan bekalan makanan tertentu berada pada kualiti dan kuantiti seperti yang diperlukan. Juga kaedah pengangkutan yang perlu untuk memastikan proses pengagihan berjalan dengan baik. Khidmat kawalan keselamatan juga perlu dimasukkan sekali bagi memastikan keselamatan barangan/ komoditi yang telah siap dibeli.
TUNAS MUDA merupakan satu program khusus MRA dalam mempersiapkan kaderisasinya dengan penumpuan utamanya adalah kepada para penuntut jurusan Perubatan dari institusi pengajian didalam dan juga di luar negara. Program ini, pada hakikatnya berhasrat untuk melahirkan generasi pelapis kepada pimpinan yang sedia ada dalam jangkamasa 3-5 tahun dari sekarang. Melalui TUNAS MUDA, mereka akan dilatih dengan skil kemahiran kerja-kerja bantuan kemanusiaan serta diberikan peluang untuk mengaplikasikan segala apa yang telah diajar ke lapangan yang sebenar. Para peserta program TUNAS MUDA ini, insya Allah berpeluang untuk menyumbang diperingkat yang lebih tinggi lagi harapnya. Latihan kali disekalikan dengan TAUTAN KASIH bagi memudah serta melancarkan lagi kerja-kerja koordinasi untuk kedua-dua program ini.
Program Tautan Kasih kali ini melibatkan pembabitan beberapa organisasi lain seperti Biro Kesihatan ABIM, Hospital Pakar Al Islam, XVAT69 dan Akademi Quran.
Tim Perubatan MRA di Pos Tenau. Jarak masa dari Pos Bersih ialah sekitar 1jam setengah.
Sokongan 4X4 diberikan oleh Abg. Ali dan tim nya, sokongan Walkie Talkie dari Sektretariat MYCORPS dan sokongan perubatan dari tim Perubatan MRA. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 16
Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar & Penyelia Sek. Rohingya MRA , Sdr. Johari Kan Abdullah bersama dengan Guru Besar SK Pos Bersih, Slim River
SRK POS BERSIH BERI SOKONGAN LOJISTIK Kawasan padang sekitar Dewan Makan kebiasaannya akan bertukar menjadi tapak perkhemahan bagi peserta lelaki manakala peserta perempuan akan bermalam didalam dua bilik darjah yang telah dipilih. Kemudahan seperti dapur Dewan Makan juga dapat dimanfaatkan oleh Tim Memasak MRA yang begitu ber semangat dan ianya pasti menyenangkan lagi kerja masak -memasak yang mereka lakukan. Kemudahan lain yang dapat dimanfaatkan ialah elektrik, air dan tandas. Ust. Shakir sedang menyampaikan tazkirah
Sekolah Rendah Kebangsaan Pos Bersih merupakan tapak penting bagi kelancaran program Tautan Kasih seperti siri-siri yang telah lalu. Sekolah ini memberikan bantuan dan sokongan lojistik yang utama sepanjang program ini berjalan. Dewan Makan yang terletak di kantin sekolah ini seperti biasa akan diubahsuai menjadi Dewan Kuliah dengan segala kerusi dan meja akan ditolak ke tepi kiri dan kanan. Pada waktu-waktu tertentu pula, ianya akan bertukar wajah menjadi surau untuk mendirikan solat waktu secara berjemaah. mukasurat 17
LAPANGAN 18-2012
Bekas ahli VAT 69 hadir membantu MRA
Tautan Kasih
Mereka hadir atas keinsafan untuk be
Merekalah Tunas Muda yang masih hija Pos Bersih merupakan kawasan perkampungan Orang Asli yang didiami oleh penduduk dari suku Semai yang terletak berhampiran bandar dan agak terdedah dengan arus kemodenan dan pembangunan yang rancak dan sedang mengambil tempat di Slim River, Perak. Penduduk setempat kebanyakkannya bekerja sendiri dengan cara mengambil dan menjual hasil-hasilan hutan kepada peraih dan peniaga yang masuk ke perkampungan orang asli bagi mendapatkan hasilan tersebut.
Penemuan setiap kumpulan dikongsikan bersama yang lain
Hasil-hasilan ini adalah seperti madu, akar-akar herba seperti Tongkat Ali, rotan-rotan, dagingdaging haiwan tertentu, ayam hutan dan lain-lain yang boleh mendatangkan keuntungan. Ada juga dikalangan mereka yang menjadi petani yang mengerjakan tanah yang mereka miliki dengan berbagai hasil tanaman, baik yang bersifat sayuran ataupun yang berbatang tegap seperi getah dan kelapa sawit.
Pembentangan setiap kumpulan amat menarik dan kreatif
LAPANGAN 18-2012
mukasurat 18
h 7 & Tunas Muda
elajar, beramal dan berbakti kepada masyarakat.
au bagi memastikan kelangsungan Tautan Kasih ini Budaya dan cara hidup Orang Asli sungguhpun tidak banyak berbeza dengan orang lain namun sedikit sebanyak mempunyai kelainan dan keunikan yang tersendiri.
“Profiling� penduduk amat perlu untuk tindakan susulan
Orang Asli secara umumnya dikenali sebagai kelompok manusia yang agak pemalu. Mereka biasanya merasa malumalu dan agak kurang bercakap ketika mula-mula ditemui, namun setelah berkenalan dan saling kenal mengenal dalam satu tempoh masa yang tertentu, maka mereka akan lebih mudah berbual dan ramah apabila berkomunikasi bersama mereka. Orang Asli ada masyarakat yang begitu tinggi nilai integritinya. Mereka masih lagi memegang nilai-nilai dan prinsip asas kehidupan yang kini semakin pudar dan malap dalam komuniti dan masyarakat moden hari ini. Dalam peribahasa Melayu, mereka ini disebut sebagai “Lurus Bendul�, seorang yang bercakap tentang perkara yang sebenar dan tidak tahu serta tidak mahu menokok tambah atas cerita tersebut.
Klinik LAPANGAN MRA beroperasi di Pos Bersih
mukasurat 19
LAPANGAN 18-2012
Mereka terkenal bercakap jujur, berterus terang dan tidak berbelit-belit, amanah dan tegas. Berurusan dengan mereka juga memerlukan kita untuk memiliki semua sifat-sifat dan nilai tersebut.
MIKE CHARLIE ROMEO in the making (in TROLAK)
Pengurus Operasi MRA sedang berkongsi pengalaman bersama perserta Aktiviti diluar kelas
Guru-guru turut serta
Pengarah Latihan & Pembangunan menerangkan konsep latihan MRA
MRA merasa begitu gembira dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh bukan saja para guru dan pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Trolak tetapi juga oleh adik-adik para pelajar terhadap kursus asas kepada sukarelawan bantuan kemanusiaan yang dikendalikan oleh MRA.
Mereka sanggup mengorbankan cuti dan masa lapang yang ada untuk hadir, mendengar dan mengambil bahagian dalam aktiviti yang kami anjurkan dan kongsikan bersama mereka. Komitmen yang ditunjukkan amatlah membanggakan dan sangat mengkagumkan. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 20
Timbalan Presiden MRA sedang memberikan taklimat kepada para Doktor Palestin di Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru.
MRA & HOSPITAL PAKAR AL ISLAM RAIKAN LIMA DOKTOR PALESTIN Setiausaha Agung MRA sedang berbincang dengan para Doktor dari Palestin
TANPA pernah melupakan penderitaan dan perjuangan rakyat Palestin, MRA dengan kerjasama rakan strategiknya, Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru, Kuala Lumpur telah mengambil inisiatif untuk mengundang LIMA orang doktor Palestin ke Malaysia bagi menjalani latihan serta menghadiri kursuskursus tertentu berkaitan ilmu dan bidang kepakaran serta kemahiran mereka di sini. mukasurat 21
LAPANGAN 18-2012
Kesemua Doktor Palestin yang hadir ini bertugas di dalam Palestin, adalah diharapkan dapat menyumbang kembali kepada penduduk dan bumi Palestin sekembalinya mereka ke tanahair setelah tamat mengikuti kursus-kursus yang telah disediakan kepada mereka. Adalah dijangkakan mereka akan berada selama sepuluh bulan di Malaysia sepanjang tempoh mereka berkursus nanti.
Pengagihan Daging Proses yang diterima oleh MRA kepada Rumah-rumah anak yatim di sekitar Kuala Lumpur berjalan dengan baik sekali. Beberapa buah Rumah Anak Yatim yang telah dikenalpasti menerima bantuan setiap kali MRA mendapat sumbangan daging tersebut. Semoga sumbangan yang diberikan oleh organisasi tersebut akan memberikan manfaat kepada anak-anak yatim dan mereka yang serba memerlukan.
Dalam kesempatan lain, sewaktu kami menghantar sumbangan daging proses ini ke sebuah rumah anak yatim di Datuk Keramat, kakitangan MRA telah sempat untuk mengajar anak-anak yatim ini Modul A-Z Bahasa Isyarat kepada anak-anak yatim ini. Dengan waktu yang singkat mereka telah dapat memahami dan menghayatinya. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 22
MRA ingin mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Muslim Aid Malaysia kerana telah sudi menyumbangkan lebih daripada 24 buat kotak yang setiap satu mengandungi 12 buah tin daging qurban yang enak. Sumbangan dari Muslim Aid Malaysia ini telahpun kami agihagihkan kepada komuniti yang memerlukan di Malaysia seperti Komuniti Orang Asli, Komuniti Pelarian Rohingya, organisasi belia dan dakwah, serta
mukasurat 23
LAPANGAN 18-2012
MRA amat menyanjung tinggi kerjasama yang diberikan dan sentiasa komited untuk saling bantu membantu di kalangan komuniti organisasi bantuan kemanusiaan. Untuk perkongsian semua, MRA turut menyediakan kemudahan sejuk beku bagi menampung lebihan daging Qurban yang mungkin berlaku di Kuala Lumpur. Daging-daging ini akan diagihkan kemudian kepada komuniti yang memerlukan.
Satu majlis pembentangan mengenai Program Lapangan Antarabangsa MYCORPS ke Lebanon telah selamat diadakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) di Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Majlis pembentangan ini turut dihadiri oleh Tim. Pengarah Bahagian Rakan Muda KBS, Dr. Ghani, wakil dari Institut Penyelidikan Belia, Sukarelawan Khidmat Negara dan lainlain lagi.
Satu Jawatankuasa bagi sub-Komiti Orang Pekak telah ditubuhkan bagi membantu menggerakan aktiviti dan perjalanan subkomiti ini dengan lebih kerap dan tersusun. LAPANGAN 18-2012
mukasurat 24
KESUKARELAWANAN DAN PATRIOTISME TUAN MUHAMMAD ZUKRI BIN TUAN SEMBOK
Menurut Dr Azizan Bahari (2005), kesukarelawanan merupakan idea dan penghayatan nilai-nilai murni masyarakat yang sering diterjemahkan melalui perkongsian ikhlas untuk kepentingan masyarakat yang luas. Perkataan kesukarelawanan merupakan berasal daripada kata “kerja sukarela”. Turiman & Azimi (2004) mendefinisikan bahawa kegiatan sukarela merupakan satu usaha ikhlas tanpa paksaan atau mengharapkan balasan yang berasaskan kepada pendidikan untuk menghasilkan masyarakat yang berkeupayaan melalui penglibatan.
Perasaan tanggungjawab, rasa kasih sayang dan cinta adalah merupakan elemen asas ke arah percambahan serta kebangkitan jiwa patriotisme didalam diri individu dan masyarakat umumnya.
Aktiviti kesukarelawanan bukanlah satu idea dan tindakan yang baharu tetapi ia sudah lama dipraktikkan dan direalisasikan oleh masyarakat sejak berkurun lamanya. Kesukarelawanan juga dikenali sebagai “kerja/kegiatan sukarela” atau “khidmat sosial” dalam kalangan masyarakat umumnya termasuklah di Malaysia. Di dalam konteks negara Malaysia, kesukarelawanan banyak diterjemahkan melalui budaya “gotong-royong”. Contohnya pada waktu kendurikendara, yang mana dapat kita lihat masyarakat berganding bahu dan berpenat lelah untuk menjayakan kenduri-kendara seperti di majlis perkahwinan, dengan bersama-sama menyediakan juadah makanan secara bergotongroyong antara satu sama lain tanpa mengharapkan balasan. Budaya sebegini dapat diaplikasi kerana adanya kesedaran serta keterikatan yang terjalin kukuh antara satu sama lain dalam sesebuah masyarakat.
“merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka”, “merdeka” tetapi ada sebab mengapa
Melalui aktiviti kesukarelawanan juga, ia mampu untuk membangkitkan rasa kasih sayang dan saling bertangungjawab antara sama lain kerana aktiviti-aktiviti sebegini dilaksanakan yang secara kolektif (bersama) yang menghimpunkan satu kumpulan masyarakat dalam menyalurkan bantuan pertolongan kepada pihak/golongan yang memerlukan. Aktiviti yang dijalankan bukanlah mengharapkan balasan dari segi wang ringgit atau balasan dalam apa jua bentuk, tetapi adalah kerana tanggungjawab antara manusia itu sendiri dan bertepatan dengan definisi kesukarelawanan iaitu “keikhlasan”. mukasurat 25
LAPANGAN 18-2012
Patriotisme adalah semangat kesetiaan dan kecintaan akan sesebuah masyarakat dan adanya rasa kesepunyaan (self of belonging) dalam diri seseorang terhadap masyarakat tersebut serta disusuli dengan tindakan (aplikasi) dalam pelbagai bentuk. Patriotisme bukan hanya sekadar melaungkan “merdeka”,
Aktiviti kesuka relawanan bukanlah satu idea dan tindakan yang baharu tetapi ia sudah lama dipraktikkan dan direalisasikan oleh masyarakat sejak berkurun lamanya
perkataan merdeka itu sendiri dilaungkan. Kita, kerana laungan merdeka itu bukannya datang dengan bergolek (datang dengan mudah), tetapi ia perlu adanya pengorbanan seseorang atau sekumpulan manusia sebagai pendukung kepimpinan ke arah mencapai kemerdekaan Tanah Melayu ketika itu. Kepimpinan dan para pejuang seperti Tok Gajah, Mat Kilau, Tok Ku Paloh, Tok Kenali, Dato Bahaman, Onn Jaafar dan sebagainya yang sanggup berkorban dan berjuang bagi mencapai kemerdekaan daripada serangan penjajah. Para pejuang ini dengan penuh semangat kesukarelaan, “menyinsing” baju ke lengan, berperang bersenjatakan keris dan parang, mengorbankan masa di meja perundingan bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Para pejuang dan pemimpin bukan hanya berjuang seorang diri sahaja, tetapi mereka memerlukan sokongan daripada masyarakat Tanah Melayu sendiri agar kebebasan daripada penjajah lebih berkesan. Ini terbukti dengan kemerdekaan yang telah kita kecapi sehingga ke saat ini. Mereka bukan hanya sekadar berdiam diri di rumah atau hanya memasang niat untuk mencapai kemerdekaan tetapi mereka perlu berjuang dari segi fizikal, mental dan spiritual bagi mencipta sebuah kemerdekaan.
aktiviti kesukarelawanan mampu untuk membangkitkan rasa kasih sayang dan saling bertangungjawab antara sama lain
Mereka berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir dengan dibekalkan rasa sayang dan cinta akan tanah air kerana ditanah tumpah inilah mereka dibesarkan dan dididik untuk menjadi insan yang berguna kepada negara. Pengorbanan merupakan salah satu elemen yang begitu berharga dan sukar untuk dicapai dan elemen ini harus ada pada mereka yang bergelar sukarelawan. Selain itu, bagi melahirkan jiwa yang patriotisme, para sukarelawan memerlukan kesedaran dari segi semangat (motivasi), keyakinan, kerjasama, serta memerlukan pembaharuan diri yang positif dari semasa ke semasa (tranformasi) dan berani mengambil tindakan yang proaktif bagi manfaat bersama. Sukarelawan perlukan pengorbanan, seperti mana yang para pejuang kemerdekaan sebelum ini yang meliputi pengorbanan dari segi curahan idea, fizikal (termasuk wang ringgit) dan memerlukan tindakan turun padang bagi merealisasikan hasrat dan definisi kesukarelawanan itu sendiri. Seorang sukarelawan perlu adanya keikhlasan dan bukannya dipaksa-paksa oleh sesetengah pihak bagi menjaga kepentingan mereka (ada udang disebalik batu). seperti mana para pejuang Tanah Melayu yang telah banyak berkorban bagi kemerdekaan negara. Pengorbanan merupakan salah satu elemen yang begitu berharga dan sukar untuk dicapai dan elemen ini harus ada pada mereka yang bergelar sukarelawan. Selain itu, bagi melahirkan jiwa yang patriotisme, para sukarelawan memerlukan kesedaran dari segi semangat (motivasi), keyakinan, kerjasama, serta memerlukan pembaharuan diri yang positif dari semasa ke semasa (tranformasi) dan berani mengambil tindakan yang proaktif bagi manfaat bersama. Sukarelawan perlukan pengorbanan, seperti mana yang para pejuang kemerdekaan sebelum ini yang meliputi pengorbanan dari segi curahan idea, fizikal (termasuk wang ringgit) dan memerlukan tindakan turun padang bagi merealisasikan hasrat dan definisi kesukarelawanan itu sendiri. Seorang sukarelawan perlu adanya keikhlasan dan bukannya dipaksa-paksa oleh sesetengah pihak bagi menjaga kepentingan mereka (ada udang disebalik batu). seperti mana para pejuang Tanah Melayu yang telah banyak berkorban bagi kemerdekaan negara.. Para sukarelawan yang melibatkan diri dalam kerja sukarela sebenar dalam keadaan mereka tidak “sedari�, mereka sebenarnya telah mendidik serta melatih diri untuk mewujudkan rasa sayang serta cinta kepada masyarakat.
Para sukarelawan juga terpaksa berdepan dengan isu-isu semasa, yang mencabar dalam arus globalisasi yang semakin pantas yang mampu menggugat kestabilan masyarakat pada masa kini. Contohnya, kerja sukarela yang melibatkan pemberian bantuan kepada masyarakat miskin yang sebenarnya mampu mendidik diri seorang sukarelawan untuk rasa bertanggungjawab dan rasa kasih sayang serta cinta kepada tanah air. Para sukarelawan dengan sedaya upaya dan terus menerus membantu mereka, kerana mereka merupakan sebahagian daripada entiti dalam sistem masyarakat. Aktiviti sukarela boleh diaplikasi melalui pelbagai program atau projek selain daripada contoh kemiskinan di atas. Program atau projek yang lain seperti projek kepentingan pengguna yang memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan mengetahui hak anda sebagai kuasa pembeli dan pengguna barangan. Selain itu, projek menyelamatkan alam sekitar daripada dieksploitasi oleh pihakpihak tertentu yang memberi impak negatif terhadap alam sekitar di Malaysia. Program,aktiviti dan projek sebegini dapat mendidik diri manusia dan masyarakat untuk mempunyai rasa cinta akan apa yang ada disekeliling kita termasuklah persoalan keamanan yang kita kecapi di Malaysia yang sudah bertahun lamanya Kerajaan Malaysia sendiri telah mengadakan pelbagai program sukarelawan termasuklah oleh badan bukan kerajaan (NGO) serta pertubuhan-pertubuhan sukarela yang sebenarnya adalah juga untuk melatih mereka agar menjadi masyarakat yang berdisiplin. Contoh beberapa program yang ada seperti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Briged Sukarelawan Khidmat Negara (BSKN), MYCORP dan sebagainya adalah untuk membentuk mereka untuk berdisiplin seperti semangat bekerjasama serta hormatmenghormati antara kepelbagaian etnik yang ada di Malaysia. Hormat-menghormati antara kepelbagaian etnik seringkali ditekankan oleh para pemimpin di Malaysia, lantas itu menerusi program-program kesukarelawanan yang dijalankan diharap mampu meningkatkan lagi perhubungan etnik di Malaysia. Kita tidak mahu tragedi hitam 13 Mei 1969 yang berpunca daripada rusuhan etnik yang paling buruk berlaku kembali dalam lipatan sejarah negara Malaysia.
Pengorbanan merupakan salah satu elemen yang begitu berharga dan sukar untuk dicapai dan elemen ini harus ada pada mereka yang bergelar sukarelawan.
LAPANGAN 18-2012
mukasurat 26
KESUKARELAWANAN DAN PATRIOTISME
Selain itu, banyak pertubuhan sukarela yang kini begitu aktif dalam menyalurkan bantuan ke luar negara termasuklah Malaysian Relief Agency (MRA). Agensi MRA telah menjalankan misi bantuan ke Pakistan, India, Afghanistan, Myanmar dan sebagainya sebagai salah satu aktiviti kesukarelawanan mereka. Di negara-negara tersebut mereka dilanda pelbagai krisis seperti krisis peperangan, makanan, kesihatan, bencana banjir dan sebagainya. Krisis-krisis sebegini telah mengakibatkan kesan yang teruk kepada masyarakat setempat sehingga menganggugugat kesejahteraan hidup mereka. Para sukarelawan yang diberi peluang dan mencari peluang untuk melaksanakan misi-misi bantuan luar negara begitu bertuah kerana dapat melihat sendiri dengan mata mereka bagaimana keadaan negara yang menghadapi krisis tersebut. Berdasarkan pengalaman -pengalaman sukarelawan yang mereka perolehi, secara tidak langsung mereka dapat menilai betapa bersyukurnya mereka berada di negara Malaysia. Kesyukuran ini membentukkan jiwa mereka akan rasa cinta dan sayang terhadap negara Malaysia yang masyarakatnya bebas daripada dibelenggu dengan krisis yang teruk.
Kesimpulannya, kesukarelawan merupakan salah satu tapak atau landasan untuk seseorang mewujudkan jiwa patriotisme dalam diri. Ini jelas seperti yang telah penulis cuba untuk sampaikan pada keluaran pada kali ini. Aktivitiaktiviti kesukarelawanan harus terus disuburkan, jangan sekali-kali menghentikannya walaupun untuk seketika waktu. Masyarakat harus di beri kesedaran secara terus menerus agar mereka ada rasa sayang dan cinta akan negara Malaysia melalui aktiviti-aktiviti kesukarelawanan. Aktiviti kesukarelawan mendidik patriotisme dalam diri masyarakat dan aktiviti kesukarelawanan boleh diaplikasikan secara bersendirian mahupun berkumpulan tidak mengira peringkat usia. Namun sebaik-baiknya laksanakanlah secara berkumpulan kerana ia mendatangkan manfaat yang lebih luas.Jelaslah bahawa, aktiviti kesukarelawanan merupakan salah satu mekanisme yang terbaik dalam mengubah laskar kehidupan sebuah masyarakat ke arah jiwa dan tindakan yang PATRIOTISME.
kesukarelawan merupakan salah satu tapak atau landasan untuk seseorang mewujudkan jiwa patriotisme dalam diri
Sebuah majlis makan malam khas telah diadakan di rumah SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman bagi meraikan adik-adik dari pesantren Indonesia yang hadir dalam kunjungan ke Malaysia. Turut diraikan dalam majlis ini lima orang doktor dari Palestin yang bakal menjalani latihan kedoktoran mereka di HUKM dibawah program anjuran bersama MRA dan Hospital Pakar Al Islam. Tambah menyerikan majlis ini ialah wakil khas dari Yayasan Al Khidmat, Sdr. Usman Marwat. Majlis turut dihadiri oleh wakil media dan pasukan pengurusan MRA. mukasurat 27
LAPANGAN 18-2012
TABUNG KEMANUSIAAN ROHINGYA MRA-Kumpulan UTUSAN dilancarkan secara rasmi
Presiden MRA menyerahkan bantuan
Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik MRA
En. Rozaman, Penolong Ketua Pengarang Utusan
PANTUN KEMANUSIAAN Burung Hantu terbang senja Burung Tekukur hinggap dipapan Tolong bantu saudara Rohingya Tanda syukur nikmat dikurniakan Burung Tekukur hinggap dipapan Tempua sudah bersarang rendah Tanda syukur nikmat dikurniakan Banyakkan sedekah juga hadiah