LAPANGAN LAPANGAN 21-2012
QURBAN TERBAIK 1433 - SUKSES! Gabungan MYGEF dilancar Dewan Komuniti #2 Siap Pertukaran pelajar Rohingya Program Dalaman MRA Laporan Qurban Terbaik
GAZA kembali berdarah Rantau Asia Barat terus bergolak, dan kali ini ia bukan sebahagian dari rentetan kebangkitan Arab Spring tetapi merupakan perlaksanaan dan penerusan dasar kejam, tidak berperikemanusiaan Regim Zionis Israel terhadap penduduk di wilayah tersepit Gaza. Dunia dikejutkan dengan serangan roket bertali arus, dari udara dan laut, tanpa mengira masa, tanpa melihat kepada umur dan siapa, penduduk Gaza dipaksa untuk menyorok dan menyelamatkan diri, dari serangan kejam yang langsung tidak menghormati sebarang etika dan protokol perang konvensional masakini. Gaza yang sememangnya sudah dikepung sejak sebelum perang ini meletus lagi telah lama men derita kekurangan pelbagai keperluan asas penting bagi para penghuninya, serangan terbaru ini hanya menambahkan lagi kesulitan sedia ada, menguji ketabahan dan keteguhan penduduk Gaza untuk terus bertahan selagi termampu. Malaysian Relief Agency (MRA) yang memang mempunyai program berterusan di bumi Palestin dan penempatan Palestin sejak 2009 telah mengambil keputusan untuk bergerak dan membantu Gaza pasca serangan terbaru ini dengan cara berkerjasama dalam satu gabungan NGO, ini adalah ber tujuan untuk memaksimakan penggunaan dana yang diperolehi disamping dapat meminimakan kos operasi di lapangan. Kerjasama dan gabungan lima organisasi ini; Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission Malaysian (GPM), Majlis Pemuafakatan NGO Islam Malaysia (MAPIM) dan Malaysian Relief Agency (MRA) adalah kena pada masanya dan bagi membentuk satu jentera kerja bantuan kepada Gaza yang lebih konsisten dan tidak berbentuk sentimen semata-mata apatah lagi bermusim. Setiap organisasi ini mempunyai program dan projek jangka masa panjang masing-masing di bumi Palestin. Ahli Gabungan yang dikenali sebagai Malaysian Emergency Fund for Gaza atau singkatannya MyGEF ini bukanlah asing kepada penduduk Gaza dan Palestin. Gabungan ini akan berkerjasama dalam jangka kecemasan selama tiga bulan. Program MRA untuk Palestin termasuklah penajaan anak-anak yatim di Gaza, program pem bangunan komuniti Palestin di Lebanon yang digerakkan bersama MyCORPS, program Percutian Musim Panas untuk Anak-anak Yatim Gaza, program Rawatan Susulan dan Pemulihan bagi mangsamangsa serangan Israel dan Penajaan Latihan Klinikal Doktor-doktor Palestin di Malaysia. MRA akan terus komited didalam membantu dan memperjuangkan nasib Palestin dan kami amat berterima kasih terhadap sokongan orang ramai yang telah menyalurkan sumbangan untuk Palestin melalui MRA. Kepercayaan anda adalah amanah yang akan kami laksanakan sebaik-baiknya.
MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA
Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
PENGARAH EKSEKUTIF
En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
MESYUARAT TERGEMPAR GAZA “Summer Camp� untuk anak-anak Palestine di Gaza
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Ishak
SERANGAN terbaru Regim Zionis Israel keatas bumi Gaza, Palestin yang mengorbankan ramai penduduk Gaza yang tidak berdosa telah mengundang reaksi marah dari pelbagai pihak di serata dunia. Serangan ini juga telah mengakibatkan kerosakan yang tidak sedikit kepada infrastruktur daif sedia ada yang terdapat di Gaza.
Sumbangan buat anak yatim Palestin
Outing bersama anak-anak Palestin Muhammad Mousa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Al Islam
Satu mesyuarat tergempar di peringkat MR A t el ah di adak an d en ga n dipengerusikan oleh Timbalan Presiden MRA, Dato Dr Ishak Md Sood dan dihadiri oleh SUA MRA, Dr. Mohd Daud Sulaiman, Bendahari MRA Dato Shakir Husin Khalid dan Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak. Turut hadir ialah tiga orang daripada lima orang Doktor Gaza yang ditaja oleh MRA. Dua orang lagi doktor Palestin ketika ini berada di luar negara, masing-masing seorang di Dubai dan seorang di Gaza. Mesyuarat Tergempar ini mengambil ketetapan untuk membantu sebagai sebuah gabungan ngo Malaysia bagi memudahkan kerja taktikal dan lojistik disamping memudahkan rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan. MRA sebelum ini memang telah beroperasi di Gaza khususnya dan Palestin amnya, melalui program anak yatim, pendidikan dan program kesihatan.
2
LAPANGAN 21-2012
SDR. MOHD KHAIRUL RIDHWAN ADHHA, Timbalan Presiden PKPIM, DR. ISHAK MD SOOD, Timbalan Presiden MRA, TN. HJ. AMIDI ABDUL MANAN, Presiden ABIM, SDR. SHAKIR FAHMI, Timbalan CEO GPM dan SDR. MOHD NAZRI SAHAT, CEO DANA HOSPITAL GAZA dalam Sidang Media pelancaran MALAYSIAN GAZA EMERGENCY FUND (MYGEF)
Malaysian Gaza Emergency Fund
ditubuhkan
Serangan terbaru Israel terhadap bumi Gaza di Palestin mengundang respon daripada pelbagai pihak di dunia termasuk dari Malaysia. MRA yang sememangnya mempunyai program yang sedia berjalan di bumi Palestin turut terpanggil untuk terlibat sama membantu didalam fasa kecemasan ini. MRA dalam mesyuarat tergempar yang diadakannya mengambil keputusan untuk bekerja dalam jangkamasa kecemasan ini dengan satu gabungan rangkaian kerjasama. MRA bersetuju untuk bekerja dalam satu pakatan yang dipimpin oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Majlis Perundingan Ngo Islam Malaysia (MAPIM). MRA turut bersetuju untuk melantik Presiden ABIM, Tuan Haji Amidi Dato Abdul Manan sebagai Pengerusi pakatan yang disebut sebagai Malaysian Gaza Emergency Fund atau MyGEF.
Pengarah Eksekutif MRA menyerahkan kepada Tn. Haji Amidi Abdul Manan sekeping cek RM50,000 dari dana kecemasan MRA ke Tabung MYGEF
Pakatan ini juga bersetuju untuk bekerjasama dalam urusan bantuan kecemasan di Gaza dalam tempoh 3 bulan dari tarikh penubuhan. Sebuah tabung bersama akan dibentuk dan dana permulaan sebanyak RM50,000 telah disumbangkan oleh MRA. Semoga kerjasama murni ini dapat memberikan bantuan yang berkesan terhadap mangsa peperangan di Gaza.
3
LAPANGAN 21-2012
Sebuah tabung bagi mengumpul sumbangan orang ramai kepada para penduduk Palestin, terutamanya penduduk Gaza telah disediakan kepada mereka yang menggunakan kemudahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Tabung ini terletak di ruang legar tingkat bawah Stesen Sentral berhadapan dengan kaunter pertanyaan disitu.
Tabung MYGEF-MRA
di Stesen KL Sentral
Stesen Sentral Kuala Lumpur adalah bawah kendalian Semasa Sentral Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) Semasa Sentral sememangnya terkenal dan telah diketahui oleh banyak pihak tentang komitmen mereka dalam kerja-kerja bantuan dan operasi khidmat masyarakat. Selain dari melaksanakan CSR syarikat, budaya meringankan beban orang lain semangnya sudah sebati dikalangan wargakerja Semasa Sentral. Justeru, membantu penduduk Gaza dan Palestin bukanlah sesuatu yang pelik dan baharu buat mereka.
TABUNG SUMBANGAN UNTUK PALESTIN diletakkan di ruang legar utama di Stesen Sentral Kuala Lumpur
5 orang Doktor Palestin tajaan MRA menyambut Aidiladha yang lalu di rumah Sdr. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Latihan & Pembangunan MRA, turut serta ialah Sdr. Johari Kan Abdullah, Penyelia Program Rohingya MRA dan ayah sdr. Rezaidi.
4
LAPANGAN 21-2012
Dewan Komuniti MRA
HAJI HANI YANG KASSIM, SU MRA PERAK sedang memeriksa Dewan Komuniti ke 2 MRA
Biarkan gambar saja berbicara, Dewan Komuniti MRA ke 2 telah selamat dibina dan telah siap untuk digunakan. Kami mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk program pembangunan komuniti di kawasan ini
5
LAPANGAN 21-2012
Bengkel Kemudahan Pendidikan Kanak-Kanak Rohingya Di Malaysia: Penggubalan Pelan Tindakan Saudara Johari Kan Abdullah selaku Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA merangkap Pengetua Sekolah telah hadir didalam Bengkel anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia ini.
Bengkel ini turut disertai oleh beberapa organisasi lain yang turut terlibat didalam usaha membangunkan jatidiri masyarakat Rohingya yang tinggal di Malaysia.
Beliau berkongsi bersama para peserta lain didalam bengkel ini mengenai pengalaman MRA didalam mengelolakan sekolah ini, terutama dari segi aspek disiplin, penggubalan modul dan kurikulum, penyediaan guru dan alat bantuan mengajar.
Usaha UKM ini harus dipuji, kerana selain dari menjalankan tugasan akademik dan pembangunan pendidikan negara, mereka turut menanam minat kearah penyelesaian masalah sejagat yang semakin meruncing.
SESI PERKONGSIAN MENGENAI KEMELUT ARAKAN BERSAMA PARA PENUNTUT FAKULTI STRATEGI UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Mohd Shahrulazilan Said telah mewakili MRA didalam sesi perkongsian mengenai kemelut Arakan bersama para penuntut Fakulti Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia barubaru ini.
Krisis Arakan merupakan satu isu yang semakin rumit untuk diselesaikan, ianya menjadi kompleks dari hari ke hari. Penyelesaian mutlak yang memerlukan pembabitan dan campurtangan politik yang serius diperluSdr. Shahrul telah menjelaskan secara terper- kan sekiranya semua pihak mahu inci isu sebenar yang mendasari konflik ini mencari penghujung kepada krisecara jujur dari pandangan petugas bantuan sis ini. kemanusiaan.
MRA BERSAMA MYCOPRS HADIRI MESYUARAT TRANSISI AFGHANISTAN Sebuah mesyuarat susulan bagi membincangkan program transisi Kontijen Malaysia di Afghanistan bersama ngo telah diteruskan di Kuala Lumpur baru-baru ini. MRA, MYCORPS dan MERCY Malaysia telah turut terlibat didalam mesyuarat ini. Satu sesi taklimat mengenai pembabitan MALCON di Wilayah Bamiyan, Afghanistan telah disampaikan oleh pegawai perubatan MALCON yang baru pulang dari tugasa di Bamiyan, sewaktu kunjungan kami di sana dalam bulan April yang lalu, kami telah sempat bertemu beliau di lapangan.
6
LAPANGAN 21-2012
Lawatan & Pertukaran Pelajar dengan SRI KL International
PERKONGSIAN PINTAR diantara pelajar Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan pelajar SRI KL INTERNATIONAL
Sekolah Komuniti Rohingya MRA telah mengadakan satu program lawatan serta pertukaran pelajar dengan SRI KL International baru-baru ini.
Pelbagai aktiviti pembelajaran berkelompok dalam cara kreatif dan ceria telah diadakan semasa progam ini berlangsung, sekaligus “Program ini memberikan peluang kepada para pelajar dari berjaya memupuk Sekolah Komuniti Rohingya MRA dan SRI keyakinan dan Sekumpulan 40 orang pelajar dari Sekolah KL International untuk saling berinteraksi. semangat yang Komuniti Rohingya telah terlibat dalam program ini yang bertujuan untuk mem- Program ini berjaya memupuk keyakinan dan tinggi kepada para beri peluang para pelajar dari sekolah ini semangat yang tinggi kepada para pelajar pelajar untuk terus untuk melihat suasana pembelajaran yang dari Sekolah Komuniti Rohinyga MRA unbelajar dan lain disamping dapat menjalinkan persa- tuk terus belajar dan cemerlang didalam pelacemerlang� habatan dengan teman-teman baru yang jaran mereka. Melalui pelajaran sahaja mereka kenali sepanjang program tersebut mereka mampu mengubah kehidupan yang berjalan. sedang mereka lalui.
7
LAPANGAN 21-2012
KUNJUNGAN BALAS dari pelajar SRI KL INTERNATIONAL ke CHERAS BARU
Satu kunjungan balas juga telah diadakan oleh para Para pelajar di Sekolah Komuniti Rohingya MRA amat pelajar SRI KL International ke Sekolah Komuniti memerlukan pendedahan sebegini bagi membangunkan jatidiri mereka disamping dapat meransang mereka unRohingya MRA di Cheras Baru. tuk menuju kejayaan melalui pendidikan. Kunjungan mereka telah disambut dengan mesra oleh para pelajar dan pentadbiran Sekolah Komuniti Percampuran seperti ini sedikit sebanyak dapat memRohingya MRA. Semasa berada di Sekolah SRI bantu anak-anak Rohingya ini untuk hidup berKL International tempohari, para pelajar kedua masyarakat dan saling tolong menolong sesama buah sekolah telah berkerja bersama-sama bagi mereka. menyiapkan tugasan mencipta “sepohon pokok�. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan SRI Ketika berada di Sekolah Komuniti Rohinyga MRA KL International kerana sudi memilih kami untuk ini, antara aktiviti mereka ialah untuk menyiapkan bekerjasama, sekian - terima kasih. tugasan tersebut.
8
LAPANGAN 21-2012
Musim Peperiksaan
datang lagi
Tanda penghujung musim persekolahan semakin hampir adalah dengan bermulanya sesi peperiksaan hujung tahun. Sekolah Komuniti Rohinyga MRA juga tidak terkecuali seperti sekolah-sekolah yang lain dalam mengadakan peperiksaan akhir tahun bagi mengukur pencapaian akademik setiap anak Rohingya yang hadir mengikuti kelas yang telah diadakan. Kefahaman dan pengetahuan anak-anak Rohingya mengenai ilmu dan matapelajaran yang diajar sepanjang tahun diuji dan dinilai didalam peperiksaan akhir tahun ini. Seperti anak-anak yang lain juga, mereka turut berdebardebar ketika menunggu saat tibanya masa untuk menjawab soalan demi soalan yang diberikan kepada mereka. Semoga anak-anak ini sukses didalam peperiksaan ini hendaknya.
9
LAPANGAN 21-2012
KUNJUNGAN SUKARELAWAN PRIHATIN UIA Sekumpulan Sukarelawan yang prihatin dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengadakan kunjungan ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Kumpulan ini terdiri daripada para pelajar antarabangsa UIA yang ingin meninjau sendiri kehidupan pelajar Rohingya di sini disamping mengadakan kajian serta pemantauan mengenai silibus dan kurikulum yang digunakan oleh MRA di sekolah ini.
Perlaksanaan program Bakti Riang Ria MyCORPS Sekumpulan sukarelawan dari MYCORPS telah berkunjung ke Sekolah Komuniti Rohingya MRA bagi mengendalikan program Bakti Riang Ria MyCORPS. Program ini berkonsepkan “fun learning� memberikan peluang kepada anak-anak pelarian Rohingya untuk berinteraksi sesama mereka disamping mencungkil bakat-bakat lain yang mereka miliki. MRA mengalu-alukan komiten dan sokongan yang diberikan oleh MyCORPS dalam membantu komuniti Rohingya di tanahair. Sokongan moral sebegini amat diperlukan bagi memulihkan serta membina semula jatidiri bangsa yang semakin terhakis. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi di masa-masa mendatang.
10
LAPANGAN 21-2012
Bowling Amal untuk Kemanusiaan MRA merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat DSJ Utama Groups dan One Perfect Event Management kerana berjaya menganjurkan satu kejohanan Bowling Amal pada 3hb November 2012 yang lalu.
MRA mengalu-alukan pembabitan organisasi dan syarikat korporat didalam memperjuangkan hak dan nasib penduduk serta masyarakat tertindas di seluruh dunia.
Kejohanan ini bertujuan untuk mengutip dana bagi Tabung Kemanusiaan Rohingya MRA-Utusan Malaysia, telah dilakukan atas dasar peduli dan peka kepada nasib dan kesulitan yang menimpa penduduk Rohingya di Arakan.
Dalam isu Rohingya, MRA telah memberikan bantuan kepada pelarian Rohingya di Malaysia dan juga di wilayah Rakhine yang bergolak. MRA dijangka akan membuka pejabat operasi di Rangoon kelak.
Bengkel Kesukarelaan Tawau Satu Bengkel Asas Bagi Sukarelawan anjuran secara bersama MRA telah diwakili oleh Sdr. Shahrul, beliau telah Kelab Rakan Muda Tawau - MYCORPS dan MRA telah selamat berkongsi beberapa input mengenai dunia dan alam kesukarelaan bersama para peserta. diadakan di Bandar Tawau baru-baru ini. Kehadiran peserta seramai hampir 60 orang juga amatlah meng- Bengkel ini kemudiannya telah dirasmikan penutugalakkan. Para peserta terdiri daripada para pelajar dan juga ang- pannya oleh YB ADUN Tanjung Batu, Datuk Hajah Hamisa Saat. gota badan beruniform yang berada di sekitar Tawau.
11
LAPANGAN 21-2012
PROGRAM KHATAN PERDANA MRA KEDAH MRA cawangan Kedah di bawah kepimpinan Dr. Saifullah Al Hany dengan kerjasama lebih dari 20 orang SAHABAT telah berjaya mengendalikan satu lagi program berbentuk khidmat masyarakat, iaitu program Khatan pada 13hb November yang baru lalu.
MAHABAH ORANG ASLI 3 Tim Fasilitator UIAM Kuantan
Program Mahabah Orang Asli 3 (OAMP 3) yang dikendalikan oleh pasukan Fasilitator UIAM Kuantan telah berjaya dianjurkan dari 20 ke 23hb Oktober 2012 yang lalu. Seramai 58 orang termasuk pegawai pengiring telah turut serta didalam majlis ini.
Dalam program ini, seramai 20 orang kanakkanak telah selamat dikhatankan oleh pasukan MRA Kedah. Mana-mana pihak yang ingin bekerjsama dengan MRA dimasa yang akan datang amatlah dialu-alukan.
Program yang sudah memasuki siri ke tiga ini telah berlangsung di Kg. Leryar, Cameron Highlands menekankan kepada aspek-aspek pembangunan komuniti, kepentingan pendidikan dalam kehidupan serta beberapa perkara lain yang bersangkut paut dengan kehidupan sehari-harian. Tumpuan utama dalam program ini ialah membangunkan jiwa dan ruhani para penduduk yang telah memeluk agama Islam sebelum ini.
12
LAPANGAN 21-2012
INTERAKSI ibu dan anak menjadi lebih mesra dan ceria
MRA bantu terapi di Psiaku Azra Tim OKU MRA telah berkunjung ke Pusat Penjagaan Kanak-kanak Spastik di Psiaku Azra yang terletak di Kuala Lumpur. Kunjungan ini telah diketuai oleh Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA yang juga pengerusi kepada sub komiti OKU-MRA. Turut sama dalam kunjungan ini ialah Sukarelawan MYCORPS.
Kunjungan ini juga telah membuka kepada gerakerja dan perancangan masa akan datang yang lebih konkrit dan menyeluruh. MRA akan bekerjasama dengan lebih erat lagi bersama pengurusan dan tim pengajar di pusat jagaan ini.
13
LAPANGAN 21-2012
Menjenguk Pos Bersih Meneruskan Ziarah bagi mengeratkan Ukhuwah
SAHABAT MRA dalam sesi melukis bersama anak-anak di Pos Bersih dalam kunjungan ini
Sekumpulan SAHABAT MRA yang dipimpin oleh Sdr. Dalam kunjungan kali ini, pelbagai aktiviti bersama penJohari Kan Abdullah telah berkunjung ke Pos Bersih yang duduk dan anak-anak mereka telah berjaya dilaksanakan. terletak di Slim River, Perak. Antara aktiviti tersebut ialah pertandinga mewarna, bersukan, mengosok gigi (kebersihan diri) dan lain-lain lagi. Menjenguk adik-adik dan komuniti Orang Asli disini adalah rutin yang kami lakukan setiap bulan, kami akan SAHABAT MRA yang hadir juga dapat menimba penmemastikan ziarah dilakukan secara berterusan supaya galaman berinteraksi secara langsung bersama penduduk hubungan yang erat sentiasa terjalin diantara kami dan pen- disini, menjadikan mereka lebih bersemangat untuk turun duduk setempat. lagi.
14
LAPANGAN 21-2012
TAHNIAH DAN SYABAS PERLANTIKAN YANG BERBAHAGIA DATO DR ABDUL RAZAK BIN KECHIK PRESIDEN, MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) SEBAGAI PANEL PENASIHAT KOKURIKULUM UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) IKHLAS daripada Ahli Lembaga Pemegang Amanah MRA, Jawatankuasa Kerja Pusat MRA, Jawatankuasa Kerja Negeri MRA, Pejabat Lapangan MRA, Staf Sekretariat MRA, SAHABAT MRA dan seluruh kerabat MRA. Dua orang wakil MRA (Tn. Hj. Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung dan M.Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif) telah turut serta dalam satu persidangan anjuran ISIS yang membincangkan tentang masa depan dan perlaksanaan proses damai yang digerakkan oleh Malaysia. Pertemuan ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai organisasi dan Kerajaan, termasuk dari negara-negara ASEAN, Timur Tengah dan EU. Pelan Damai Mindanao ini memerlukan sokongan dari semua pihak bagi memastikan kejayaan perlaksanaanya seterusnya menjadikan rantau tersebut aman dan damai serta dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada penduduk setempat. Sdr. Aung Naing Win @ Shahid, Koordinator MRA bagi Myanmar telah mewakili MRA didalam satu persidangan yang diadakan bersempena dengan ASEAN Summitt yang berlangsung di Phnom Penh, Cambodia baru-baru ini. Persidangan yang dikenali sebagai ASEAN People Forum / ASEAN Civil Society Conference ini telah mengadakan 14 bengkel membincangkan pelbagai isu dan perkara berkaitan ASEAN dan negara anggotanya. Sdr. Aung Naing Win telah berkesempatan menyampaikan ucapan pada sesi pembukaan dan juga menjadi Pengerusi bagi Persidangan tersebut pada hari kedua. Tahniah diucapkan kepada MRA Myanmar.
15
LAPANGAN 21-2012
8
617
negara
bahagian
64 76 3 kambing
lembu
unta
QURBAN TERBAIK
1433H
MENERUSKAN SILATURAHIM
MERAPATKAN UKHUWAH Kempen Qurban Terbaik 1433 MRA berjalan Tahun ini, program Qurban Terbaik 1433 telah berjaya dengan baik dan Alhamdulillah mendapat pen- dilakukan di enam buah negara seperti berikut:ingkatan berbanding dengan jumlah bahagian yang diterima pada tahun lalu (1432). A. Pakistan B. Afghanistan Sambutan orangramai kepada program Qurban C. Sri Lanka Terbaik MRA semakin meningkat dan kami D. Mesir perlu memastikan sokongan ini berterusan buat E. Thailand tahun-tahun yang mendatang. F. Myanmar MRA mengucapkan kesyukuran kehadrat ALLah SWT kerana masih terus diberikan kepercayaan oleh banyak pihak bagi meng gendalikan serta melaksanakan ibadah Qurban bagi pihak mereka.
Operasi penyembelihan dan pengagihan dagingdaging qurban sepanjang program Qurban Terbaik 1433 berlangsung berjalan lancar dikesemua lokasi yang telah ditetapkan.
16
LAPANGAN 21-2012
SRI LANKA
Kunjungan yang dilakukan oleh Dato Dr. Abdul Razak Kechik bersama Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar ke Sri Lanka baru-baru ini telah menambahkan lagi rangkaian kerja MRA disana. Hubungan yang lama dipererat dan hubungan baru terus dimeterai, begitulah semangat kami bekerja didalam organisasi bantuan kemanusiaan. MRA berkat sokongan orang ramai telah berjaya melaksanakan Qurban Terbaik 1433 dengan jayanya di Sri Lanka. Sebanyak 40 ekor lembu telah selamat disembelih dan diagih-agihkan dagingnya kepada penduduk setempat di empat buah wilayah yang memerlukan iaitu di Kanthalai, Thopur, Morthuur dan Irakakandy. MRA terlibat dengan program pembaikan dan pembangunan semula Masjid yang musnah akibat perang, juga program pertanian organik dan pembangunan komuniti di kawasan yang pernah dilanda perang sebelum ini.
17
Qurban Terbaik 1433 - Sisipan Istimewa
QURBAN TERBAIK 1433
LAPANGAN 21-2012
QURBAN TERBAIK 1433
Malaysian Relief Agency (MRA) meneruskan misi Qurban Terbaik di Selatan Thai dengan bekerjasama dengan beberapa buah organisasi tempatan disana. Tahun ini sebanyak 10 ekor lembu telah berjaya disumbangkan ke wilayah bergolak ini. Proses menyembelih dan mengagihkan daging-daging Qurban ini kepada mereka yang memerlukan telah dilakukan oleh penduduk setempat dengan kerjasama organisasi yang telah dipilih oleh MRA. MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang Qurban kerana tidak melupakan wilayah Selatan Thailand yang masih memerlukan sokon-
18
Qurban Terbaik 1433 - Sisipan Istimewa
SELATAN THAI, THAILAND
LAPANGAN 21-2012
Bossaso, Puntland, Somalia
SOMALIA tetap didalam senarai Qurban MRA dan tidak dilupakan dalam Qurban tahun ini. Sejumlah 3 ekor unta telah berjaya disembelih dan diagih-agihkan kepada para penduduk setempat yang serba kesusahan, yang masih belum pulih sepenuhnya dari krisis kebuluran, kemarau dan ketidaktentuan politik yang berlaku.
Daging-daging Qurban pada tahun ini telah diagihagihkan kepada para pelarian dalaman yang telah dikenalpasti menghuni beberapa petempatan di Garowe, Puntland.
MRA secara teknikalnya masih beroperasi di Puntland, Somalia dan telah mengenalpasti dan bercadang Dengan kerjasama NGO tempatan, YAHAN NET- untuk membangunkan projek pembekalan air bersih WORKS, MRA telah berjaya mengatur Qurban kepada kawasan yang memerlukan dalam tahun 2013 Terbaik 1433 Somalia dengan sebaik mungkin. kelak.
19
Qurban Terbaik 1433 - Sisipan Istimewa
QURBAN TERBAIK 1433
LAPANGAN 21-2012
Komuniti Rohingya Cheras Baru
Nasib para pelarian Rohingya di Malaysia terus mendapat perhatian dan dibela. Komuniti Rohingya yang menetap di Cheras Baru telah menerima sumbangan seekor lembu dari MRA bagi memeriahkan sambutan Aidil Adha tahun ini.
Pelarian Rohingya merupakan penduduk asal di Arakan (Rakhine), Myanmar yang terpaksa melarikan diri dari kekejaman dan keganasan serta ketidak adilan yang dilakukan terhadap mereka.
Segala aktiviti menyembelih, melapah, mengurus serta Mereka yang berada di Malaysia mendapat permengagihkan telah dilakukan oleh komuniti tersebut lindungan dan diberikan status pelarian oleh UNHCR. sendiri.
20
Qurban Terbaik 1433 - Sisipan Istimewa
QURBAN TERBAIK 1433
LAPANGAN 21-2012
Sitwe, Rakhine, Myanmar
Agak sukar untuk melaksanakan Qurban di sini pada mulanya kerana situasi setempat yang masih belum pulih sepenuhnya. Keselamatan di lapangan masih tidak dapat dijamin malah tambah memburukkan lagi ialah berlakunya rusuhan kali kedua di seluruh wilayah Rakhine. Rusuhan kali kedua ini turut melibatkan etnik Kaman dan ianya dikatakan berlaku pada skala lebih besar dari rusuhan kali pertama tempohari. Rusuhan kali ini turut melarat sehingga ke Mandalay dan Kachin, kelihatan lebih teratur dan lebih terancang daripada yang pertama. Dalam suasana serba tidak menentu itu, Alhamdulillah MRA masih dapat menyempurnakan ibadah Qurban yang telah diniatkan oleh para penyumbang dari Malaysia dan daging-dagingya telah dapat diagihagihkan ke kawasan-kawasan yang memerlukan disekitar Sitwe.
Kami juga terpaksa mengadakan penyembelihan di waktu malam kerana keadaan keselamatan yang tidak menentu ketika itu. MRA akan menumpukan program bekalan makanan dan program kesihatan di daerah Sitwe dalam masa terdekat ini dan meninjau potensi bantuan didalam sektor-sektor lain sekiranya diperlukan. MRA berharap orangramai tidak melupakan Rohingya ditengah kehangatan isu-isu lain.
21
Qurban Terbaik 1433 - Sisipan Istimewa
QURBAN TERBAIK 1433
LAPANGAN 21-2012
Sifat terpuji pesan memesan Tambah pahala kurangkan dosa Bertolong Bantu sesama insan Hidup Mulia Mati Berjasa
LAPANGAN ialah E-Majallah yang diterbitkan oleh Malaysian Relief Agency bagi melaporkan kepada SAHABAT MRA, masyarakat dan media mengenai kegiatan yang di kendalikannya dengan tujuan bagi menyemarakkan lagi aktiviti berteraskan bantuan kemanusiaan di kalangan rakyat Malaysia.
ANTARA PESERTA KHATAN MRA KEDAH‌ melangkah ke alam dewasa, sedikit pedih tetapi itulah hakikat kehidupan yang harus ditempuhi, syabas!