LAPANGAN
On The Ground
Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain
MEMPERKUKUH
GERAKAN MENARIK DI DALAM
UMW TOYOTA MOTOR sumbang 4x4 Anak Rohingya kembali ke sekolah Bantuan Banjir Terengganu 2 tahun MRA PERAK beroperasi
LAPANGAN 23-2012
MEMPERKUKUH GERAKAN RETREAT MRA 2013 yang bakal menjelang akan menentukan halatuju dan orientasi MRA bagi tahun-tahun yang mendatang. Retreat kali ini turut melibatkan pimpinan MRA di peringkat negeri pastinya membawa kelainan dari retreat yang sebelumnya. Meninjau pencapaian 2012, MRA sebagai organisasi bantuan kemanusiaan yang masih muda usianya, baru menjangkau 4 tahun, tentulah tidak sehebat dan setinggi pencapaian organisasi yang lebih senior dan dewasa dalam bidang ini. MRA telah mencuba sedaya upaya kami untuk mengimbangkan perkhidmatan dan bantuan kami antara dalam negeri dan luar negara. Malah sejak penubuhan kami juga ianya telah berjalan sedemikian rupa, cuma mungkin kerana kurangya publisiti ia kelihatan seolah-olah tiada program dalam negeri yang kami lakukan. Kami mempunyai pelbagai program dalam negeri yang sentiasa berjalan dan digerakkan melalui sub-komiti tertentu juga melalui MRA diperingkat negeri. 2013 ini hasratnya ialah untuk menjadikan MRA lebih tersusun dan melangkah lebih kemas dalam dunia bantuan kemanusiaan ini. Kami mahu memastikan lebih banyak program dalam negeri yang digerakkan, kami berhasrat untuk menyantuni lebih ramai orang yang memerlukan di dalam negeri terlebih dahulu, memastikan bantuan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MRA turut memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan. Sukarelawan yang dikenali sebagai SAHABAT MRA akan diperkemaskan lagi bagi membantu MRA dalam perlaksanaan program-program yang telah dirancang. SAHABAT MRA akan diperkasakan lagi dengan program-program latihan yang telah digubal oleh Biro Latihan MRA, dan sesi turun padang bersama komuniti akan diperbanyakkan lagi bagi membolehkan lebih ramai SAHABAT terlibat dan mendapat pendedahan semaksima mungkin. Tumpuan juga akan diberikan bagi meningkatkan kemampuan Sekretariat MRA untuk bertindak dan beroperasi dengan lebih baik lagi daripada sebelumnya. Beberapa aspek penting akan diperteguhkan dan diperbaiki bagi memastikan keberkesanan perjalanan Sekretariat MRA. Kami juga sedang mencari mereka yang berpotensi untuk mengisi jawatan-jawatan tertentu yang kritikal bagi memastikan Sekretariat MRA sebagai “war room” berjalan lancar tanpa gangguan.
PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik
TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud
SETIAUSAHA AGUNG
Dr. Mohd Daud Sulaiman
PEN. SUA
Hj. Shirajuddin Sirat
BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid
PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak
PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum
PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid
PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ
PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim
Retreat 2012 yang lalu, Dato Presiden menegaskan “everybody in MRA is a soldier” yang bermaksud semua orang di dalam MRA adalah tentera yang harus memikul beban dalam pertempuran, samada dia seorang Jeneral atau prebet bawahan, semuanya adalah tentera yang harus bertempur. Maka apa pula mesej dan hasrat yang akan diketengahkan oleh Dato Presiden dalam tahun ini. Yang pastinya, di Sekretariat MRA, kami komited dan bersedia untuk melaksanakan tugasan lebih dari tahun 2013, kami bersedia untuk memperkukuh gerakan agar ummat mendapat manfaat daripadanya. MOHD SHAHRULAZILAN SAID, Pengarah Eksekutif
PENGARAH EKSEKUTIF
En. Mohd Shahrulazilan Said
PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar
PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar
KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah
Mohd Shamsor, Dato Ismet Suki, Dr. Shahrizal Azwan dan Dato’ Dr. Abdul Razak Kechik sempena Majlis Penyerahan Toyota Hilux kepada MRA
Majlis Penyerahan Toyota Hilux MRA merakamkan jutaan syukur kepada Allah SWT atas penerimaan sebuah lagi kenderaan, dan kali ini ianya merupakan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang disumbangkan oleh pihak UMW Toyota kepada MRA diatas “track record” menjalankan program di peringkat tempatan dan antarabangsa kepada mereka yang memerlukan.
Penyerahan ini telah dilakukan oleh Dato Ismet Suki, Presiden UMW Toyota diiringi oleh En. Mohd Shamsor Mohd Zain, Pengarah Urusan Bahagian Pemasaran dan Hubungan Luar UMW Toyota. Sumbangan ini amatlah kami hargai dan kami berterima kasih kepada pimpinan UMW Toyota diatas kepercayaan yang diberikan kepada MRA untuk menerima kenderaan ini.
Majlis bersejarah ini telah diadakan di Sekretariat MRA sendiri yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Majlis yang ringkas tetapi penuh bermakna ini telah dihadiri oleh Presiden MRA, Dato’ Dr. Abdul Razak bin Kechik serta pimpinan kanan yang lain. Majlis ringkas penuh bermakna ini telah berjalan dengan lancar dan penuh ceria.
UMW Toyota Sdn. Bhd. menyambut perayaan 30 tahun penubuhan mereka di Malaysia dan pemberian Hilux ini kepada MRA merupakan simbol kepada komitmen dan semangat setiakawan yang tinggi. LAPANGAN 23-2
Maklumat Perhubungan MALAYSIAN RELIEF AGENCY No 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur MALAYSIA
INFO KORPORAT Yayasan Malaysian Relief Agency (PPAB 20/2010) merupakan sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri, Malaysia. Sejak dari penubuhannya pada 2009, MRA telah membantu melalui progam bantuan kecemasan ke negaranegara yang ditimpa musibah, bencana alam, bencana buatan manusia dan program pembangunan komuniti dialam dan diluar negara
VISI Menjadi sebuah badan bantuan kemanusiaan yang efektif dan efisien dalam membantu mereka yang memerlukan
MISI Memastikan pengurusan bantuan yang cekap dengan mengaplikasikan nilai-nilai murni seperti profesionalisme, komitmen, kerjasama, tidak mementingkan diri, penyayang.
Tel: 60 3 2697 2007 Faks: 60 3 2692 2002 Emel: admin@mra.my Sawang: www.mra.my Facebook: malaysianreliefagency Twitter: malaysianrelief Youtube: malaysianrelief
Maklumat Perbankan MALAYSIAN RELIEF AGENCY A/K No: 564098206365 Bank: Maybank Islamic Berhad Swift Code: MBBEMMYKL A/K No: 3988591608 Bank: Public Islamic Bank
MOTO Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain Salah sebuah Rumah Syukriah MRA di wilayah KPK, Pakistan
Membangunkan dan melatih kemahiran dalam aspek kerja-kerja kemanusiaan termasuk kemahiran teknikal, jaringan perhubungan, pengenal pastian masalah, penyediaan kertas kerja projek dan pelaksanaan, pencarian dana serta pengurusan. LAPANGAN 23-3
Sesi penyerahan dana sumbangan qariah Masjid Kg. Rinching Hulu kepada wakil MRA
DR AYMAN BERCERAMAH DI KG RINCHING HULU MRA terus menggerakkan dan mempopularkan Tabung MyGEF di kalangan rakyat Malaysia melalui program-program ceramah dan turun padang bertemu orang ramai bagi menyampaikan maklumat dan isu terkini di Palestin keselurhannya dan Gaza terutamanya. Terbaru, MRA telah berada di Kg. Rinching Hulu baru-baru ini untuk pengisian sebuah sesi ceramah disana. MRA telah membawa bersama dalam ceramah kali ini, Dr. Ayman , salah seorang daripada lima orang Doktor dari Palestin yang ditaja oleh MRA untuk mengikuti latihan klinikal di Malaysia. Mereka akan berada di Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan latihan tersebut yang dijayakan bersama beberapa institusi lain termasuk Hospital Pakar Al Islam.
Dr. Ayman yang sememangnya berasal dari Gaza telah memberikan perkongsian yang menarik mengenai kehidupan sebenar yang sedang dan terpaksa dihadapi oleh para penduduk Gaza. Bagaimana kesukaran untuk bergerak, mendapatkan bekalan air minum, makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Turut serta dalam ceramah ini ialah wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sdr. Jufitri Johar, Naib Presiden ABIM. Sebelumnya, disebelah siang, satu majlis kayuhan amal basikal telah diadakan untuk mengutip dana bagi Gaza. Majlis ini telah mendapat sambutan yang baik dari kalangan belia dan penduduk setempat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur program yang prihatin dan cakna dengan isu dan pemasalahan yang dihadapi oleh ummat Islam, semoga kerjasama berterusan dapat dijalankan dimasa-masa mendatang. LAPANGAN 23-4
Ceria-Rajin-Tekun
Kembali Ke SEKOLAH Musim persekolahan tahun 2013 ini menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru.
Abang bersama adik ke sekolah
Pelajar –pelajar lama juga kelihatan ceria ketika memulakan sesi persekolahan penggal pertama 2013. Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru ini telah dibuka sejak tahun 2009, merupakan salah sebuah sekolah untuk pelarian Rohingya yang diiktiraf oleh UNHCR, (Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian). Sekolah ini menggunakan silibus yang telah diperhalusi oleh MRA agar bersesuaian dengan keperluan anak-anak pelarian ini. Silibus MRA menggabungkan silibus Malaysia dan juga silibus Myanmar, ini adalah bertujuan untuk membiasakan mereka dengan sistem pendidikan yang digunakan di negara mereka, harapannya agar apabila mereka pulang ke negara mereka nanti, mereka tidak asing daripada sistem yang digunakan di sana.
Ke Sekolah MRA dengan uniform lain...
Sekolah MRA ini diselia oleh Sdr. Johari Kan Abdullah yang bertindak sebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau turut dibantu oleh beberapa guru Rohingya dan guru rakyat Malaysia. LAPANGAN 23-5
Kakak dan adik-adiknya
Mentelaah sambil menunggu ketibaan guru Alahai‌ manjanya...
Hari pertama persekolahan di Sekolah Komuniti Rohingya tidak sesibuk sekolah-sekolah kebangsaan yang lain. Antara lain sebabnya ialah kerana tidak ramai ibubapa yang menunggu anak-anak mereka sehingga tamat waktu persekolahan, kebanyakkan ibubapa pulang selepas menghantar anak mereka kesekolah. Malah ada yang hadir kali pertama ke sekolah tanpa diiringi oleh ibu bapa mereka. Kesedaran untuk menuntut ilmu di kalangan anak-anak pelarian Rohingya semakin meningkat kebelakangan ini, semakin banyak sekolah dibuka dan semakin ramai yang hadir ke sekolah. Walaupun banyak tuntutan lain serta hambatan kewangan dan masa, namun ibubapa mereka mengambil langkah bijak dengan menyiapkan anak-anak mereka dengan ilmu pengetahuan sebagai pelaburan jangka panjang yang pastinya sangat lumayan dan menguntungkan.
MRA sebagai sebuah organisasi bantuan yang terlibat sejak tahun 2009 lagi dengan komuniti penduduk Rohingya mengalu-alukan sebarang bantuan dan kerjasama dari mana-mana pihak dalam membantu kami untuk memberikan perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada anak-anak para pelarian ini, jika bukan kita yang membantu mereka siapa lagi yang akan tampil untuk membantu mereka? Abang menyuapkan adiknya
Pelajar baru dalam sesi taklimat 2013
LAPANGAN 23-6
Makan Burger dan menyumbang
Ke Tabung GAZA
Para pemenang bersama Blackberry dan wang ringgit yang dimenangi
Kempen membantu Gaza yang digerakkan oleh Burger Bakar melalui Tower Mania Competition yang diadakan bersempena dengan Blackberry Music Mania bertempat di Stadium Melawati, Shah Alam pada ambang tahun baru telah berjaya menarik perhatian ramai untuk turut serta terlibat dalam pertandingan tersebut. Tempat pertama menawarkan hadiah lumayan sebuah Blackberry berserta RM200, tempat kedua menawarkan sebuah Blackberry berserta RM150 dan tempat ketiga dengan sebuah Blackberry dan RM100. Yuran penyertaan sebanyak RM20 setiap peserta akan disalurkan terus ke Malaysisn Relief Agency (MRA). LAPANGAN 23-7
Sdr. Fadhil dalam satu kunjungan beliau ke pusat penempatan mangsa banjir
Sdr. Fadhil bersama mangsa banjir
Terengganu dilanda banjir MRA telah menghantar bantuan kecemasan banjir kepada para penduduk di kawasan yang terlibat melalui gerakan bantuan yang digerakkan secara bersama dengan MYCORPS dan kumpulan sukarelawan tempatan yang diketuai oleh Sdr. Fadhil. Mereka telah berada di kawasan banjir sejak dari hari pertama banjir bermula lagi bagi membantu mangsa-mangsa banjir di tiga kawasan yang terlibat iaitu Kg. Durian Mentangau, Kg. Nyior Paka dan SK Tebing Tembah, Paka. Suasana di salah sebuah pusat pemindahan sementara
Padang Bola yang digenangi air
LAPANGAN 23-8
MISI BANJIR PANTAI TIMUR MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan tanahair yang prihatin telah mengambil inisiatif menggerakkan tim peninjau banjir ke Pantai Timur merangkumi Pahang dan Terengganu baru-baru ini, bagi memantau keadaan semasa dan menimbangkan bentuk bantuan yang boleh disalurkan. Terdahulu, MRA telah menghantar bantuan ke Terengganu melalui kerjasama dengan pasukan MYCORPS dan sukarelawan tempatan. Tim ini diketuai oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri dan turut disertai oleh Sdr. Iyadz dan Sdr. Ashraff Rahman.
Sebagai langkah berjaga-jaga, MRA telah meletakkan tahap bersedia kepada semua SAHABAT MRA sekiranya banjir ini menjadi lebih buruk dan tidak terkawal. Setakat ini, kami mendapati keadaan banjir di negeri-negeri pantai timur masih lagi terkawal dan jumlah penduduk yang ditempatkan di kawasan penempatan banjir masih lagi dalam jumlah yang dijangkakan. Jentera pengurusan banjir disetiap daerah dan negeri berfungsi dengan baik masih berjalan secara terkawal dibawah kelolaan Majlis Keselamatan Negara. Pengalaman menguruskan banjir sejak sekian lama menjadikan mereka begitu faham dan cekap dalam menguruskan pusat pemindahan banjir serta melayan karenah para penghuni di penempatan tersebut.
Ketika kami tiba di Kuantan, hujan masih turun namun keadaan telah pulih seperti sediakala, air telah surut namun paras air di Sungai Kuantan masih lagi pada tahap merbahaya. MRA telah terlibat dalam operasi banjir sejak dari Banjir Utara 2010 yang melanda negeri-negeri utara Kami turut meninjau keadaan banjir di Ter- Malaysia dan Banjir Selatan 2011 yang teruk engganu, iaitu di laluan Chukai-Kemaman. melanda tiga daerah Johor iaitu Segamat, Batu PaBeberapa batang jalanraya masih dinaiki air hat dan Muar. Dalam kedua-dua misi banjir ini, dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan ringan. MRA telah beroperasi melebihi tempoh empat minggu. Hujan lebat masih turun dan dikhuatiri beberapa kawasan yang telah surut dijangka MRA mendoakan agar suasana kembali pulih dan akan dinaiki air semula sekiranya hujan turun orangramai dapat pulang kerumah masing masing berterusan beberapa jamlagi. dan kehidupan bermula seperti biasa. LAPANGAN 23-9
Sedia untuk beraksi BANJIR PANTAI TIMUR 2013 yang mula melanda negeri-negeri di wilayah pantai timur tanah air seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menyaksikan aksi sulung kenderaan pacuan empat roda yang baru saja diserahkan kepada MRA oleh UMW Toyota. Pemberian kenderaan ini oleh UMW Toyota amatlah bertepatan pada masa dan ketikanya. Kenderaan tegap dan gagah ini yang memang dicipta bagi tujuan aktiviti lasak merupakan kenderaan yang terbaik bagi misi-misi bantuan sebegini. MRA pada tahun lalu telah menerima sebuah Proton Exora, sumbangan dari Proton Holdings diatas pencapaian dan komitmen yang ditunjukkan dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan didalam dan diluar negara.
Bergerak keluar dari Kuala Lumpur waktu Subuh Jalan Kemaman Chukai dinaiki air
MRA amat komited dalam memastikan bahawa bantuan terhadap mangsamangsa banjir dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Penggunaan kenderaan ini pastinya dapat meningkatkan keupayaan MRA dalam memberikan bantuan yang terbaik kepada mangsa-mangsa banjir. LAPANGAN 23-10
CERAMAH ISU ROHINGYA DI UITM TERENGGANU, PAKA
Terima kasih kepada YBhg. Prof. Madya Dr. Abdol Samad bin Nawi, Rektor dan kakitangan UITM Terengganu serta Majlis Perwakilan Pelajar MPP yang telah menjemput Malaysian Relief Agency (MRA) berkongsi situasi dan program terkini MRA di Arakan, Myanmar. Wakil MRA turut menerima sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Rohingya anjuran Kumpulan Utusan - MRA.
MENZIARAHI KAWASAN BANJIR DI PAKA, TERENGGANU
Selesai Majlis Perkongsian Isu Rohingya di UITM Terengganu, Pengurus Operasi MRA telah menziarahi kawasan yang dilanda banjir sekitar kawasan Paka.
LAPANGAN 23-11
Fazlinie (MyCORPS) sedang berbincang dengan Almarhum Waqar
Khabar Sedih dari PAKISTAN
Zaim (MyCORPS) bersama Almarhum Waqar di Balakot
MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) melahirkan rasa dukacita yang amat mendalam diatas pemergian dua orang petugas Al Khidmat Foundation, iaitu Almarhum Hawam Jan dan Almarhum Waqar Hussain. Kedua-dua mereka telah terkorban dalam satu insiden serangan hendap terhadap kenderaan Al Khidmat di Peshawar oleh mereka yang tidak dikenali. Kedua-dua petugas ini merupakan mereka yang bertanggungjawab dan telah membantu menguruskan lawatan tim MYCORPS-MRA ke Pakistan tidak lama dulu. Pemergian kedua mereka amat mengejutkan, terutama kepada anggota MRA-MYCorps yang mempunyai MRA mempunyai beberapa projek yang telah hubungan baik dengan mereka berdua. dan sedang berjalan di wilayah utara Pakistan seperti projek pembangunan Rumah Syukriah, MRA telah mengeluarkan sepucuk surat takziah kepada Projek Pembinaan Pam Air, Projek Pendidikan, Al Khidmat Foundation disamping mengutuk serangan Projek Perubatan dan Bantuan Kecemasan. yang dilakukan kepada para petugas bantuan kemanusiaan di Peshawar. Sebahagian besar daripada projek-projek ini tePihak berkuasa Pakistan setakat ini masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu dan tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab diatas insiden kejam dan tidak bertamadun ini.
lah dilaksanakan dengan kerjasama Al Khidmat Foundation semenjak tahun 2010 lagi. MRA bagaimanapun tidak berhasrat untuk menamatkan operasi di Pakistan diatas insiden yang berlaku LAPANGAN 23-12
Kini Penyelia MRA Myanmar, Sdr. Shine Win tidak lagi ke seorangan. MRA telah menghantar Sdr. Ashraff Rahman sebagai Koordinator MRA Myanmar untuk memperkemaskan lagi operasi kami di Rangon. Ini adalah manifestasi kepada kesungguhan MRA untuk membantu menyelesaikan kemelut Arakan yang sudah semakin dilupakan oleh banyak pihak dewasa ini.
KHABAR DARI RANGON
Sebuah pejabat juga akan dibuka bagi memudahkan urusan dan operasi kami di lapangan serta memberikan keyakinan kepada Kerajaan Myanmar bahawa MRA adalah serius untuk bekerja di Myanmar.
Ashraff bersama dengan anak-anak tunanitra di Rangon
Sdr. Shine dalam satu kunjungannya ke UNHCR Rangon
“Road to Guantanamo� kisah benar 3 orang pemuda
LAPANGAN 23-13
Pertemuan dengan persatuan Pelajar Muslim Myanmar di Rangoon. Suasana dan semangat keIslaman mereka adalah sama seperti suasana dan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar muslim di Malaysia pada akhir tahun 70an.
Sdr. Ashraff sedang berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para peserta yang berbilang agama dan bangsa yang turut serta dalam bengkel Silang Kepercayaan yang telah diadakan di Rangoon. MRA selain dari membantu menyalurkan bantuan ke - manusiaan kepada mereka yang men- derita kesusahan, kami turut terlibat dalam program dialog dan diskusi silang kepercayaan.
Malaysian Relief Agency (MRA) memulakan Misi Bantuan Kemanusiaan ke Arakan pada bulan Ogos 2012 lagi dan sejak pada itu, beberapa misi selanjutnya telah dihantar bagi memantapkan operasi MRA disana. Pada September 2012, pasukan bantuan MRA telah berjaya menyalurkan lebih daripada 20 tan bantuan makanan kepada penduduk di Sitwe, Arakan, termasuk kepada penduduk Rohingya yang terkepung di perkampungan Aung Mingalar.
LAPANGAN 23-14
Cik Yatt sedang menyediakan cekelat
Cik Farhana bersama cekelat yang telah disiapkan
JUALAN AMAL COKLAT MRA sempena hari terbuka Hospital Pakar Al Islam kembali lagi. SAHABAT dan Staf MRA berganding bahu menyiapkan coklat-coklat yang enak dan lazat, pelbagai bentuk yang menarik dengan harga yang berpatutan.
Pelbagai aktiviti menarik semasa hari terbuka tersebut antaranya ialah pertandingan mewarna untuk anak-anak, ceramah kesihatan, pameran dan pelbagai jualan akan diadakan diperkarangan letak kereta Al Islam pada 18-20hb Januari 2013 nanti.
MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas kunjungan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Polis Diraja Malaysia yang telah menghantar seorang anggota Cawangan Khasnya untuk memantau keselamatan kawasan sekitar berhampiran lokasi Sekolah Komuniti MRA di Cheras Baru. Kami amat berharap PDRM dapat mengadakan rondaan disitu bagi mengurangkan kejadian jenayah dan aktiviti yang tidak diingini. Kehadiran berterusan PDRM akan dapat membantu mewujdukan sebuah zon yang bebas jenayah yang mungkin boleh membawa mudarat kepada anak-anak murid di sekolah kami.
Anggota PDRM yang meronda kawasan sekolah Rohingya bersama Ust. Shuib
Masih ingat lagi pada kumpulan anak-anak muda yang melukis mural di Sekolah MRA tahun lalu? Mereka kini sedang giat mempromosikan t-shirt yang menarik yang bertujuan untuk mengumpulkan dana bagi membiayai program-program mereka yang selanjutnya. T-Shirt berimej simple tetapi padat ini boleh didapati dari wakil penjual mereka di talian berikut:-Anda juga boleh melayari laman mukabuku mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut. Senyum itu sedekah, terima kasih. LAPANGAN 23-15
Peranan MRA di GAZA
MRA sekali lagi tampil dalam rancangan Assalamualaikum di TV AlHijrah. Kali ini MRA diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan, Anak-anak yatim Gaza ceria semasa hadir percutian Pengarah Eksekutif dan Hj. Khairil Annuar musim panas anjuran MRA Khalid, Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik. Mereka membicarakan mengenai apakah bantuan-bantuan yang telah disalurkan oleh MRA ke bumi Gaza, Palestin. Sejak sebelum serangan terbaru ini meletus lagi, MRA telah mempunyai beberapa buah projek yang berjalan di bumi istimewa ini, antaranya ialah projek penajaan bulanan anak yatim, projek cuti musim panas bagi para pelajar dan beberapa aktiviti lain. Selain wilayah Gaza, MRA turut bergerak di Tebing Barat dan kem-kem pelarian Palestin di Lebanon.
Kaunter pameran dan jualan MRA dibuka semasa Hari Terbuka Hospital Pakar Al Islam di Kampung Baru. Di kesempatan ini MRA telah turut mengadakan penerangan mengenai isu Palestin dan penubuhan rangkaian kerjasama MYGEF (Malaysian Gaza Emergency Fund) LAPANGAN 23-16
Dr. Abdul Karim Russ selaku Pengerusi MRA Perak bersama Tok Batin Alang, Pos Slim, Simpang Pulai
SAHABAT MRA Perak sedang beramah mesra dengan anak-anak Orang Asli disitu. Haji Hani Yang Kassim, SU MRA Perak bersama pemuda-pemuda di Pos Slim
MRA mengadakan Majlis Ziarah yang berterusan disini
DUA TAHUN MRA PERAK MRA Perak merupakan Chapter Pertama yang ditubuhkan di peringkat negeri bagi memperkemaskan lagi aktiviti MRA di Malaysia. Digerakkan oleh mereka yang memang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing. Kehadiran MRA Perak sudah semestinya memantapkan lagi program-program MRA di sebelah utara.
MRA Perak bermula dengan program utamanya di Pondok Warga Mas di Telok Medan, Bagan Serai, sebuah pondok untuk orang-orang tua dan warga emas. MRA Perak telah membantu membaiki bangunan dan pendawaian elektrik disamping program pembuatan baja dan rawatan kesihatan kepada para penghuni dirumah tersebut. LAPANGAN 23-17
Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh MRA Perak bagi membina silaturahim bersama penduduk setempat. Klinik Lapangan dibuka bagi merawat pesakit disini
Organisasi seperti CARSEM, RCMP, UITM dan MYCORPS turut berkhidmat disini
Kelas Pembuatan EM turut mendapat sambutan
Bagi mereka yang berminat untuk turut serta bersama MRA Perak dalam program-program anjuran mereka, sila hubungi SU MRA PERAK, Tuan Haji Hani Yang Kassim di talian berikut:012 4556126. Anda pasti teruja dan mendapat pengalaman baru setiap kali terlibat bersama mereka. LAPANGAN 23-18
Edaran bantuan kepada yang memerlukan, anak yatim, pelarian dan orang kurang upaya
PROTON EXORA setahun menabur jasa
Bersama Warga Emas
Pembangunan Komuniti
Sumbangan yang diberikan oleh Proton Exora ini amat dirasai. Kami telah menggunakan kenderaan ini dengan sebaik-baiknya untuk programprogram pembangunan komuniti Orang Asli, Rohingya , Warga Emas dan Orang Kurang Upaya, Dengan adanya Proton Exora ini, langkah kami menjadi lebih panjang, terima kasih Proton.
Komuniti Orang Asli
Sukarelawan Muda
Orang Kurang Upaya
LAPANGAN 23-19
Gergasi tiga di hutan rumi Tiada upaya dapat bertahan Generasi muda tujuan kami Bawa budaya, adab dan perubahan Kelihatan Puan Ramlah (SAHABAT MRA) sedang melayan anak-anak orang asli di Pos Slim, Simpang Pulai bermain boling botol mineral. Kena kreatif dan ceria selalu