41 LaPANGAN

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

MRA beroperasi di benua EROPAH Bosnia perlu sokongan anda Chak Raya Orang Asli Agihan makanan di Hagnaya Khatan di KOA Landap

LAPANGAN 41


MRA beroperasi di benua EROPAH MRA telah menghantar bantuan kecemasan asas yang terdiri daripada bantuan makanan kering, peralatan pembersihan dan bantuan makanan haiwan.

Banjir besar yang melanda negara-negara Balkan (Bosnia I Herzegovina, Croatia dan Republic Srpska) pertengahan bulan Mei 2014 yang lalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan yang dikatakan melebihi daripada apa yang berlaku disebabkan oleh peperangan Balkan yang berlaku dalam tahun 90an yang lalu. MRA telah merasa terpanggil untuk tampil membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh penduduk dikawasan ini kerana ianya merupakan bencana banjir terburuk dan terbesar yang pernah dialami dalam tempoh 120 tahun. Kami telah memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di negara Bosnia I Herzegovina dengan penumpuan diberikan kepada wilayah Timur Bosnia yang dilanda banjir yang amat teruk terjejas. Rumah-rumah yang ranap dan rosak teruk, tanah-tanah pertanian yang ditenggelami air beberapa minggu, kemudahan dan fasiliti awam yang turut musnah sebagai jalanraya, jalan keretapi, jambatan dan lain-lain lagi. Ini semua menjadikan Bosnia seolah-olah kembali berada didalam zaman perang yang lalu. Data-data menunjukkan bahawa hampir suku (1/4) daripada penduduk Bosnia yang berjumlah seramai 4 juta orang telah terjejas kehidupannya akibat banjir kali ini. Mereka bukan sahaja telah kehilangan harta benda, malah mereka juga kehilangan pekerjaan dan tempat berkerja. Ini sangat menyulitkan.

Untuk koordinasi dan keberkesanan program bantuan di lapangan, MRA telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Alumni IIUM - Bosnian Chapter, sebuah organisasi tempatan yang ditubuhkan oleh anak-anak muda Bosnia lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Berkat usahasama ini, kami telah berjaya menyalurkan bantuan yang diperlukan dikawasankawasan yang telah dikenalpasti amat memerlukan bantuan oleh rakan pelaksana kami dalam jangkamasa yang cepat. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman yang sudi menghulurkan bantuan dan sokongan kepada MRA dalam melaksanakan Misi Bantuan Kemanusiaan Bosnia yang agak tenggelam dengan isu di Timur Tengah yang sedang bergolak. Selepas Asia dan Afrika, MRA kini beroperasi di benua Eropah. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


JOM IKLANKAN PRODUK ANDA DI LAPANGAN. KAMI AKAN BANTU ANDA UNTUK TINGKATKAN JUALAN

LAPANGAN 39 Helaian 4

Ms 17 Chak Raya MRA Perak

Ms 20 AGIHAN Makanan di Hagnaya, Cebu, Filipina

Ms 25 Khatan di KOA Landap

Ms 16 Lawatan Kerja Jururawat dari Daerah Istimewa Acheh

Ms 8 BOSNIA perlu sokongan anda

Ms 14 Mesyuarat PIBG dan Kad Laporan

Ms17 Sidang Media Banjir BOSNIA

Ms 12 Ziarah Somali Safaarat

Daftar Isi Kandungan


RINGKASAN EKSEKUTIF

Bagi bantuan di dalam negara, MRA terlibat secara langsung dalam menguruskan sebuah sekolah bagi komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kami turut mempunyai program berterusan bagi komuniti Orang Asli dan sehingga kini, MRA telah bergerak secara berterusan di tiga per kampungan Orang Asli. Kami turut membangunkan komuniti orang kurang upaya dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khusus bagi mengendalikan urusan berkaitan OKU.

MRA turut terlibat secara langsung didalam program melatih sukarelawan elit negara dibawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan yang dikenali sebagai MyCORPS. MRA bertanggungjawab melatih dan membimbing mereka sehingga ke peringkat latihan di lapangan antarabangsa di enam buah negara. Di luar negara pula, MRA sejak dari tarikh penubuhannya telah terlibat dengan pelbagai misi di beberapa buah negara seperti Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Palestin, Thailand, Lebanon, Afghanistan, Jepun dan Somalia. Setakat ini, MRA masih mempunyai operasi yang masih berjalan di Thailand, Indonesia, Sri Lanka dan Somalia. Selain itu, MRA turut mempunyai program berkala seperti program bantuan Ramadhan yang dikenali sebagai program “Dekat Di Mata Lekat Di Hati” dan program bantuan Qurban yang dikenali sebagai program “Qurban Terbaik”. MRA digerakkan dengan bantuan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur, latarbelakang, pendidikan dan agama. Sukarelawan kami digelar sebagai “Sahabat MRA”. Mereka banyak membantu kami dalam kerja-kerja bantuan yang diberikan. MRA merupakan sebuah Yayasan yang berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri Malaysia dibawah nombor pendaftaran PPAB20/2010. Untuk rujukan lanjut, segala maklumat mengenai MRA boleh didapati di Arkib Negara (Rujukan ANM.700-3/3/101).

LAPANGAN 41 Helaian 3

MRA bergerak secara aktif dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan di dalam dan di luar negara. Kami sentiasa mengimbangkan bantuan kami bagi memastikan tumpuan kami sentiasa fokus dan terarah.


MAKLUMAT ORGANISASI MALAYSIAN RELIEF AGENCY SEKRETARIAT MRA Lot 7, Jalan Raja Uda, Kampung Baru 50300 Kuala Lumpur, MALAYSIA Tel no: +603 - 2697 2007 Faks no: +603 - 2692 2002 Laman Sesawang: www.mra.my Email: admin@mra.my PEJABAT MRA PERAK Lot 64576 Jalan Tiong Kg. Dato Ahmad Said Tambahan 2 30020 IPOH Perak Darul Ridzuan No Tel: SU MRA PERAK: 012 4556126 PEJABAT MRA KEDAH No 2685, Jalan Joget 1 Taman Ria Jaya 80000 SUNGAI PETANI Kedah Darul Aman No Tel: SU MRA KEDAH: 016 4215308 PEJABAT MRA PAHANG Tingkat 1, Blok A Wisma Belia Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang Darul Makmur No Tel: SU MRA PAHANG: 013 4897703 SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA-MRA No 10A-10B Jalan 1B off Jln Kuari 43200 KG CHERAS BARU Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan No. Tel: PENYELIA SKR: 017 8780084

MAKLUMAT PERBANKAN

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 MALAYSIAN RELIEF AGENCY

86000 59478 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

39885 91608 LAMAN MAYA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

PENDAFTARAN

Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri No Pendaftaran: PPAB-20/2010 MOTO MRA

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Yang Lain

LAPANGAN 41 Helaian 4

ALAMAT PERHUBUNGAN


PIMPINAN MRA

SEKRETARIAT MRA

SUB KOMITI MRA

PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

PENGARAH EKSEKUTIF En. Mohd Shahrulazilan Said

ORANG ASLI Dr. Mohd Daud Sulaiman

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

JAB. HAL EHWAL KORPORAT

ORANG KURANG UPAYA Cik Fauziah Tahar

PEN. SUA Hj. Shirajuddin Sirat BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PEMBANGUNAN SUKARELAWAN En. Mohd Rezaidi Ishak PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyzan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

EKSEKUTIF SAHABAT & LATIHAN Cik Siti Zaharah Chik EKSEKUTIF MEDIA & IT En. Azwan Ramli EKSEKUTIF PENGUMPULAN DANA En. Fadhil Baharom JABATAN OPERASI PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar KOORDINATOR INDONESIA Bapak Daryanto Lee KOORDINATOR MYANMAR Mr. Shahid@ Shine KOORDINATOR OPERASI En. Johari Kan Abdullah SEKOLAH KOMUNITI ROHINGYA MRA

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim PENGERUSI MRA PAHANG Dr. Sahrol Azmi

GURU KANAN/USTAZ En. Shuaib GURU-GURU Cikgu Lydia Amira Johari Cikgu Syahirah Saad Cikgu Ferozah

SAHABAT DAN LATIHAN En. Mohd Rezaidi Ishak BANTUAN KECEMASAN Hj. Khairil Annuar Khalid MEDIK (PERUBATAN) Dr. Shahrizal Azwan

PUSAT KOMUNITI ORANG ASLI POS BERSIH En. Mohd Iqbal Abu Bakar Pengurus Operasi MRA ORANG ASLI POS SLIM Tn.Haji Hani Yang Kassim Tim. Pengerusi MRA Perak

PENGURUSAN DANA MRA BERHAD Dr. Hyzan Yusoff

Untuk pertanyaan lanjut mengenai MRA sila hubungi kami melalui :Telefon: 03 2697 2007 Faksimili: 03 2697 2002 Emel: admin@mra.my

LAPANGAN 41 Helaian 5

SETIAUSAHA AGUNG Dr. Mohd Daud Sulaiman

PENGURUS KANAN Cik Fauziah Tahar


Seluruh warga Sekretariat MRA mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus diberkati Allah dalam setiap tindakan dan usaha yang dilakukan. Dengan berat hati kami melepaskan dua orang kakitangan MRA dari Jabatan Kewangan dan Sumber Manusia. Puan Norbaiti Atan berundur atas alasan kesihatan, beliau yang sedang sarat mengandung, mengambil keputusan untuk berehat di rumah disamping menjaga ibunya yang keseorangan. Sdr. Ikhsan pula berundur atas tawaran kerja yang lebih baik yang memberikan beliau lebih pengalaman dan cabaran terutamanya dalam bidang kerja yang beliau ceburi.

Bon Voyage

MRA sangat beruntung kerana mendapat sentuhan khidmat dari dua orang kakitangan yang rajin dan sentiasa memberikan kerjasama terbaik sepanjang perkhidmatan mereka.

Dobri Doshli Kami turut mempersilakan Saudara Mohd Fadhil didalam keluarga humanitarian MRA. Fadhil yang berasal dari Terengganu ini juga merupakan seorang ahli MyCORPS yang telah dihantar untuk tugasan antarabangsanya di Pakistan.

Beliau yang mempunyai minat dalam sukan dan aktiviti lasak ini diberikan tugasan untuk menyelenggarakan laman sawang dan laman sosial MRA disamping merekabentuk sebarang kerja-kerja grafik buat MRA. Semoga beliau kekal fokus dan cemerlang sepanjang tugasannya di MRA nanti.

LAPANGAN 41 Helaian 6

Kami mengalu-alukan penyertaan Saudara Mohd Azwan ke dalam keluarga besar MRA. Azwan merupakan salah seorang ahli MyCORPS yang pernah dihantar untuk berkhidmat di Sumbar, Indonesia bagi tugasan antarabangsanya. Beliau telah membantu Pejabat MRA Padang mengadakan bancian dan pemantauan tapak untuk projek pembinaan Rumah Syukur fasa ketiga.

Beliau akan bertanggungjawab untuk segala urusan berkaitan pencarian dana, penyediaan kertas kerja dan proposal, penyediaan bahan pameran dan kerja-kerja publisiti dan penyebaran maklumat bagi tujuan memaklumkan mereka mengenai misi dan operasi MRA dengan tujuan mendapatkan penajaan.


SIDANG MEDIA BANJIR BOSNIA HERZEGOVINA Malaysian Relief Agency (MRA) telah mengadakan satu sidang media di Bilik Mesyuarat Hospital Pakar Al Islam berhubung penyaluran bantuan kepada penduduk Bosnia yang dilanda banjir besar yang mengakibatkan kerosakan teruk kepada infrastruktur dan tanah pertanian negara tersebut.

MRA telah menyalurkan bantuan sejak 20hb Mei yang lalu melalui rakan pelaksana tempatan kami di wilayahwilayah utara Bosnia. MRA mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat Malaysia agar turut tampil membantu meringankan bebanan yang dipikul oleh para penduduk disini. Kemusnahan yang melanda adalah diluar jangkaan para penduduk yang semuanya tidak bersedia menghadapinya.

LAPANGAN 41 Helaian 7

Sidang Media ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Presiden MRA, Dr. Ishak Mas`ud. Hadir sama menerangkan keadaan sebenar di lapangan ialah Tuan Yang Terutama Duta Besar Bosnia I Herzegovina ke Malaysia, Tarik Bukvic. Turut serta ialah Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar.


Dinding runtuh akibat tanah menjadi lembut

BOSNIA PERLUKAN SOKONGAN ANDA

Walaupun berada didalam Eropah, Bosnia tidaklah sekaya negara-negara lain, kesan peperangan dan hambatan ekonomi dunia yang lembap turut membelenggu pembangunan dan kemampuan ekonomi Bosnia.

Gotong royong di Bosanski Samak

Justeru, banjir ini telah menyebabkan bekalan makanan terutamanya sayur-sayuran telah terjejas teruk. Bosnia perlu mendapatkan bekalan mereka dari luar, terutamanya dari negara Eropah yang berjiran.

Banjir yang melanda telah menenggelamkan sebahagian besar kawasan tanah pertanian subur yang menjadi tapak MRA mengalu-alukan sokongan dan bantuan dari penghasilan makanan bagi seluruh Bosnia. rakyat Malaysia kepada penduduk Bosnia.

LAPANGAN 41 Helaian 8

Partner yang betul memudahkan kerja kami


Gotong Royong

Kerjasama

MISI BANTUAN BANJIR BOSNIA MRA BERMULA

Bantuan MRA telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan

Hujan yang turun tanpa henti bermula 13 Mei 2014 selama beberapa hari telah menyebabkan berlakunya banjir besar di wilayah-wilayah Balkan merangkumi Bosnia & Herzegovina, Republik Srpska dan Republik Croatia.

Wilayah Bosnia yang terjejas teruk dalam banjir ini merupakan wilayah timur yang juga merupakan kawasan yang membekalkan makanan utama kepada Bosnia. Kemusnahan tanahtanah pertanian bermakna Bosnia akan terpaksa mengimport makanan dari luar bagi menampung keperluan penduduknya kelak.

Gotog royong membersihkan kawasan

LAPANGAN 41 Helaian 9

Banjir yang dianggarkan membawa kerosakan lebih besar dari kemusnahan perang ini digambarkan sebagai yang terburuk dalam sejarah 120 tahun. Ianya mengakibatkan hampir 1/4 daripada penduduk Bosnia terjejas kehidupan mereka akibat banjir ini.


ALUMNI UIAM BANTU KEMPEN MRA DI BOSNIA

Terima Kasih Malaysia

Bahagian dalaman Masjid Bosanski Samak

Bagi Misi Bantuan Banjir Bosnia ini, MRA telah memilih untuk berkerjasama dengan Persatuan Alumni UIAM Cawangan Bosnia yang mempunyai ratusan ahli yang pernah belajar di Malaysia. Mereka ini memahami gaya dan budaya kerja orang Malaysia dan ini sedikit sebanyak memudahkan tugasan kami di lapangan. MRA telah berjaya menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan dan peralatan dalam jumlah RM50,000 dari Tabung Kecemasan MRA untuk memulakan bantuan kami di Bosnia. Kami turut mengharapkan sumbangan dan sokongan orang ramai bagi membolehkan kami untuk menyalurkan lebih banyak lagi bantuan kepada mereka.

Perkuburan yang digenangi air

LAPANGAN 41 Helaian 10

Bahagian luaran Masjid Bosanski Samak


KUNJUNGAN HORMAT KE KEDUTAAN BOSNIA & HERZEGOVINA Bantuan Kemanusiaan Untuk Banjir Bosnia Mei 2014

Bosnia sentiasa berada dalam ingatan kami. Mana mungkin kami biarkan Bosnia begitu sahaja?

Tujuan kunjungan ini diadakan adalah bagi mendapatkan penjelasan secara terperinci dari pihak Kerajaan Bosnia mengenai Musibah Banjir yang telah melanda wilayah-wilayah Bosnia termasuk Republik Srpska dan Republik Croatia juga. Kunjungan ini telah diketuai oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid, turut disertai oleh Pengarah Eksekutif, Sdr.Mohd Shahrulazilan, Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat, Cik Fauziah Tahar,

Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Sdr. Fadhil Baharom, Eksekutif, Pengumpulanan Dana. Kami turut memaklumkan mengenai rancangan gerakerja bantuan yang bakal kami salurkan di Bosnia dengan kerjasama rakan strategik yang telah dikenalpasti di lapangan. Pihak Kedutaan mengucapkan ribuan terima kasih diatas keprihatinan yang ditunjukkan bagi membantu mangsa-mangsa banjir Bosna dan berjanji akan membantu kami sedaya mungkin dalam usaha-usaha ini.

Gambar kenangan bersama Perbualan menjadi panjang

LAPANGAN 41 Helaian 11

20hb Mei 2014 yang lalu, Malaysian Relief Agency (MRA) telah menghantar satu delegasi bertemu dengan Tuan Yang Terutama Tariq Bukvic, Duta Besar Bosnia ke Kuala Lumpur.


ZIARAH Somali Safaarada MRA bakal teruskan bantuan ke Benua Afrika

Pertemuan pertama tetapi sangat mesra dan seperti telah kenal lama

En. Jibrail, Charge De Affairs

Kunjungan ini adalah untuk memaklumkan gerakerja bantuan kemanusiaan yang telah disalurkan oleh MRA di Somalia dan gerakerja bantuan yang bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat nanti. Delegasi MRA telah diketuai oleh Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tn. Haji Khairil Annuar Khalid, turut disertai oleh Pengarah Eksekutif, Sdr.Mohd Shahrulazilan, Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat, Cik Fauziah Tahar, Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan Sdr. Fadhil Baharom, Eksekutif, PenBergambar ramai gumpulanan Dana.

Untuk makluman, MRA telah beroperasi di Somalia dalam Misi Bantuan Kemanusiaan tahun 2011 yang lalu bagi membantu para pelarian dalaman yang dilanda kebuluran akibat dari kemarau buruk yang melanda negara tersebut. Kami telah beroperasi di wilayah Puntland merangkumi bandar-bandar berikut: Bossaso, Garowe, Gardo dan Galkaiyo. MRA telah menumpukan bantuan dalam pengagihan air minum bersih, makanan, perubatan dan latihan belia. Kami merancang untuk ke Somalia lagi bagi memantapkan lagi bantuan kami di lapangan.

LAPANGAN 41 Helaian 12

20hb Mei 2014 yang lalu, MRA telah menghantar satu delegasi dan mengadakan pertemuan dengan Charge De Affair, Kedutaan Somalia di Kuala Lumpur.


Perkongsian IKON Mycorps Peringkat Asas Zon Selatan

MRA telah terlibat dalam perlaksanaan Mycorps sejak program ini dimulakan dalam tahun 2011 yang lalu. MRA merupakan salah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan yang telah dijemput untuk membantu dalam memastikan program MyCorps ini dapat digerakkan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Pengarah Eksekutif MRA, Sdr. Shahrul telah dijemput untuk hadir bagi berkongsi pengalaman dan perjalanan beliau sebagai seorang Sukarelawan dan Pekerja Bantuan Kemanusiaan bersama para peserta Kursus ini menerusi slot Ikon. Pada tahun 2012, MRA telah bertanggungjawab untuk memantau Sdr. Shahrul telah turut menerangkan juga penghantaran sukarelawan MyCorps kepada para peserta yang hadir mengenai ke negara-negara berikut:- Afghanimisi dan visi MRA secara terperinci juga stan, Pakistan, Sri Lanka, Uzbekistan, mengenai kawasan dan bentuk operasi Thailand, Indonesia dan Lebanon. yang dijalankan oleh MRA diseluruh Alhamdulillah, mereka telah pergi dunia menerusi pejabat MRA diluar ne- dan kembali tanpa sebarang masalah, gara serta kerjasama yang dijalinkan den- dan semua program berjalan dengan gan rakan pelaksana MRA di negara lancar dan seperti yang dirancang. terbabit. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Pada tahun 2012, MRA telah bertanggungjawab untuk memantau penghantaran Sukarelawan MyCorps ke negara-negara berikut:Afghanistan, Pakistan, Sri Lanka, Uzbekistan, Thailand, Indonesia & Lebanon

LAPANGAN 41 Helaian 13

Kursus Mycorps peringkat asas di zon Selatan diteruskan lagi. Kali ini bagi zon Johor Bharu, Keluang dan kawasan yang berhampiran dengannya.


Mesyuarat PIBG & Hari Kad Laporan

Ibubapa diberikan maklumat mengenai pencapaian akademik dan akhlak anak mereka.

Satu Mesyuarat diantara Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Komuniti Rohingya MRA dengan ibubapa dan penjaga murid-murid sekolah telah berjaya dianjurkan. Mengambil kesempatan dari kehadiran ibubapa penjaga sempena Hari Report Card, pertemuan atau mesyuarat ringkas ini bertujuan untuk memaklumkan kepada ibubapa dan penjaga mengenai polisi sekolah serta pencapaian setiap pelajar di sekolah terutamanya dalam bidang akademik dan sahsiah diri.

LAPANGAN 41 Helaian 14

Ustaz Shuaib berhadapan dengan ibubapa para pelajar Sekolah Komuniti Rohingya MRA


Induksi SAHABAT MRA kali ini diketuai oleh Pengarah Latihan dan Pengembangan MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak sendiri. Bukan senang untuk mendapatkan Sdr. Mohd Rezaidi sendiri memimpin Induksi Sahabat ini. Sesi Induksi SAHABAT kali ini telah dihadiri oleh enam orang SAHABAT tegar MRA. Mereka telah sudi melapangkan masa hujung minggu mereka untuk mendapatkan maklumat dan penerangan lanjut mengenai MRA Latihan Induksi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada semua sukarelawan MRA yang kami gelar sebagai SAHABAT MRA mengenai ciri-ciri asas MRA, apakah budaya asas yang diamalkan oleh MRA, perbezaan diantara MRA dengan organisasi bantuan kemanusiaan yang lain serta bagaimana MRA bertindak dalam misi bantuan yang kami jalankan.

Latihan Induksi inI bertujuan untuk memberikan pendedahan asas kepada semua sukarelawan MRA yang kami gelar sebagai SAHABAT MRA mengenai ciri-ciri asas MRA

LAPANGAN 41 Helaian 15

Siri INDUKSI terakhir di Kampung Baru


Selamat Maju Jaya sepanjang berada di Malaysia

Lawatan Kerja Jururawat Al Islam dari Daerah Istimewa Aceh 27hb Mei 2014, Sekretariat MRA merasa amat bertuah kerana telah menerima kunjungan sambil belajar oleh seramai 24 orang pelatih Kejururawatan warga Acheh yang sedang menjalani latihan praktikal di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru.

Mendengar penerangan dengan penuh teliti mengenai operasi dan kegiatan MRA

Kami telah memaklumkan mereka mengenai aktiviti dan kerja-kerja bantuan yang digerakkan oleh MRA di dalam dan di luar negara. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan Hospital Pakar Al Islam kerana memilih kami untuk memberikan perkongsian kepada pelatih-pelatih kejururawatan mereka.

LAPANGAN 41 Helaian 16

Kehadiran rombongan ini telah disambut oleh Pengurus Kanan Hal Ehwal Korporat MRA, Cik Fauziah Tahar dan Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA, En. Johari Kan Abdullah. Satu sesi taklimat dan penerangan mengenai aktiviti dan tugasan MRA telah dikongsikan.


Menyantuni anak Orang Asli, moga ada sinar bermula dari mereka

ChakRaya MRA Perak

bersama penduduk Pos Ulu Slim

Mereka rajin datang ke Program MRA

Round Robin diantara Haji Hani dan Sukarelawan baru

17 Mei 2014, MRA Perak telah berjaya meng anjurkan satu program yang amat digemari oleh Orang Asli iaitu Program Chak Raya sekaligus meliputi Program pendedahan kepada masyarakat orang Asli buat Sahabat dan Sukarelawan yang baru terlibat dalam kerja-kerja bantuan bersama MRA. Program ini dapat mengeratkan hubungan diantara Sukarelawan MRA dan penduduk tempatan sekaligus memudahkan kerja-kerja susulan yang bakal kami lakukan. Program makan makan ini turut disertai oleh beberapa wakil dari organisasi yang lain dari sekitar Ipoh, Perak juga.

LAPANGAN 41 Helaian 17

Berbual santai dengan anak Orang Asli


Perkongsian IKON: Pengarah Eksekutif MRA dengan peserta MYCORPS di Kota Tinggi,Johor Darul Ta`zim

Para peserta serius mendengar penerangan yang diberikan degan penuh minat

Hidup biar berjasa

MRA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas jemputan dan kepercayaan yang diberikan oleh Pihak Jabatan Belia Negeri Johor yang sudi mempelawa kami Beliau telah berkongsi pengala- untuk berkongsi bersama man dan kemahiran mengenai para peserta MyCorps dalam kerja-kerja bantuan kemanu- kursus kali ini. siaan dan kesukarelaan dalam slot IKON bersama para peserta. MRA merupakan salah sebuah dari tiga buah organisasi Sdr. Shahrul kali ini telah yang terlibat secara langsung berkongsi mengenai kualiti yang dalam aspek pembangunan perlu ada pada setiap sukarela- dan pembentukan modul latiwan dan bagaimana mereka bo- han serta dalam melahirkan leh terus berfungsi didalam para sukarelawan elit negara masyarakat tanpa mengharapkan MyCorps sejak dari hari mula sebarang imbuhan atau bayaran latihan asas untuk peserta untuk kerja-kerja mulia yang diadakan. Sehingga bertemu mereka lakukan. lagi di lapangan sebenar.

LAPANGAN 41 Helaian 18

Sdr. Mohd Shahrulazilan Said sekali lagi dijemput untuk berkongsi dengan para peserta Kursus Kemahiran Asas Kesukarelaan MyCorps peringkat Selatan, Johor Darul Takzim.


Pengurus Operasi MRA, Mohd Iqbal Abu Bakar telah menyertai satu kursus bersangkutan Air & Sanitasi (Water & Sanitation) anjuran sebuah organisasi yang sering terlibat dalam kerja-kerja teknikal dan pemulihan pasca bencana, RedR Malaysia. Kursus ini telah diadakan di Bangunan JPS Ampang, dari 28-30hb Mei 2014.

Jurulatih sedang menunjukkan contoh

MRA sentiasa serius dalam memastikan setiap wargakerja kami mendapat latihan dan pendedahan yang diperlukan bagi membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan cemerlang di lapangan.

KURSUS DOUSA HOU MRA telah diwakili oleh 3 orang di Kursus Dousa Hou Kali ke 3, 2014 Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dari 8 – 12 Jun 2014 yang bertempat di Wisma Bernama, Jalan Tun Razak. MRA ingin mengucapkan TAHNIAH serta terima kasih kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat WPKL kerana telah sudi menjemput kami sekali lagi menghadiri dan mempelajari teknik pengendalian OKU ini. Kursus ini ada kelainan dari kursus-kursus yang lain kerana kali ini lebih banyak tumpuan diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami “Learning Disability” yang juga “hyperactive”.

Kelas Komunikasi Bahasa Isyarat Malaysia kembali lagi. MRA komited untuk melatih lebih ramai anak muda dan sukarelawan untuk mendalami skill kemahiran Bahasa Isyarat dan dapat berkomunikasi dengan golongan orang kurang upaya. Kelas ini bakal dikendalikan oleh kumpulan Sahabat MRA sendiri dan kami mengalu-alukan kerjasama dan pembabitan orang ramai dan mereka yang berminat.

LAPANGAN 41 Helaian 19

Cik Fauziah Tahar bersama Sijil yang dimiliki


AGIHAN MAKANAN DI HAGNAYA Walaupun Taufan Haiyan telah menghilang lebih dari enam bulan yang lalu, namun MRA masih lagi meneruskan bantuan makanan bermasak di wilayah yang pernah dilanda oleh Taufan tersebut. Dengan kerjasama Masjid Cebu Madinah, Hagnaya, kami telah mengatur program agihan makanan kepada anakanak miskin yang terdapat di sekitar kawasan tersebut. Program ini akan bertambah rancak menjelang Ramadhan nanti, justeru kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk turut serta dan menaja agihan ini nanti.

Daun Pisang menjadi alas

Tertib dan teratur

Mee Kuning menjadi hidangan

Jangan lupa ucap terima kasih

LAPANGAN 41 Helaian 20

Siap sedia untuk edaran


Terima kasih para penyumbang

MESIN HOLLOW BLOCK MRA

Tim bantuan MRA tiba di kawasan sekitar Masjid Cebu Madinah, Hagnaya ketika keadaan masih belum pulih seperti sediakala. Kami tiba selepas hampir tujuh hari Taufan melanda. Banyak rumah-rumah serta bangunan yang kami temui telah musnah dan mengalami kerosakkan teruk.

Justeru itu, kami berpendapat, sesuatu harus dilakukan bagi membantu mereka membina balik kediaman dengan harga dan kos yang lebih murah bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung..

Penduduk Kampung turut terlibat dalam pembuatannya

LAPANGAN 41 Helaian 21

kena berkerja lebih keras


Bagi mempercepatkan proses pembangunan semula rumah-rumah dan bangunan, kami memerlukan batu bata dalam bilangan yang banyak, namun harganya agak tinggi. Jadi kami mengambil keputusan untuk mendapatkan sebuah Mesin Pembuat Bata bagi menghasilkan sendiri bata yang kami perlukan. Langkah ini dikenal pasti dapat mengurangkan kos bagi perbelanjaan batu bata. Kini program pembuatan bata kami berjalan dengan lancar, dan kami telahpun menggunakan batu -bata ini untuk membina beberapa bangunan kecil dengan kos yang lebih murah dari sepatutnya. Alhamdulillah. Terima kasih kepada para penyumbang dan penderma yang budiman. Mesin sedang digunakan

Murah dan Mudah

MISI RUMAH SALAMAT MRA

Dijemur dan Dikeringkan

Siap untuk diguna

LAPANGAN 41 Helaian 22

MRA terus hadir walaupun sudah hampir 10 bulan Taufan berlalu


Forum melibatkan tiga buah negara bagi menghentikan pemerdagangan & penyeludupan Rohingya

PRACTITIONER FORUM ON ROHINGYA MIGRATION & EXPLOITION ADDRESSING THE HUMANITARIAN & HUMAN TRAFICKING ISSUES ON ROHINGYA

Barisan peserta Forum

Forum ini memberikan fokus untuk membangunkan jaringan kerjasama yang lebih luas dan menyeluruh meliputi negara yang terlibat secara langsung dengan aktiviti pemerdagangan dan penyeForum yang diadakan di Sungai ludupan pelarian Rohingya ini Petani ini telah dihadiri oleh iaitu Myanmar, Thailand, Mawakil-wakil NGO yang terlibat laysia dan Indonesia. rapat dengan program membantu pelarian Rohingya di Ma- MRA telah diwakili oleh Penlaysia, Indonesia dan Thailand.. garah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Tuan Haji Isu pemerdagangan dan penye- Khairil Annuar dan Pengarah ludupan pelarian Rohingya me- Eksekutif MRA, Mohd Shahrurupakan isu yang semakin han- lazilan Said. gat diperkatakan. Ianya sudah menjadi satu trend bahawa pe- MRA sentiasa memantau dan larian yang datang mengguna- memandang serius jenayah kan bot dari Arkan bakal bera- pemerdaganan Rohingya khir dengan terlibat didalam yang semakin meruncing kebelakangan ini. rangkaian ini. Forum ini digerakkan oleh Majlis Perundingan NGO-NGO Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama HD (Centre For Humanitarian Dialogue) yang berpengkalan di Singapura.

LAPANGAN 41 Helaian 23

Sdr. Khairil sedang memberikan pandangan beliau


Bantuan Kerusi Roda untuk OKU di Pahang MRA Pahang merupakan cabang negeri MRA yang paling muda. Terkini, MRA telah mengenalpasti seorang individu yang meDiketuai oleh Dr. Shahrol Azmi dibantu oleh Setiausahanya, Sdr. merlukan khidmat peralatan Kerusi Roda di Kuantan, Pahang. Mahadi Deraman. Beliau merupakan seorang pekerja ladang yang gigih untuk Sungguhpun masih muda dan baru, MRA Pahang telah memu- mencari rezeki buat menampung kehidupan keluarganya, nalakan aktiviti dan kegiatannya yang tersendiri dan sedang mun takdir Tuhan telah menyebabkan beliau hilang upaya unmencari penggerak penggerak yang aktif untuk menjadi- tuk berjalan dan beliau amat memerlukan sebuah unit kerusi kannya sebuah organisasi yang mampu memberikan manfaat roda bagi membolehkan beliau kembali mencari nafkah dan kepada penduduk tempatan yang terbanyak. meneruskan kehidupan hariannya.

Agihan bantuan ini adalah dalam bentuk barangan dan juga dana, bantuan ini diharapkan dapat membantu mereka untuk meneruskan kehidupan dan kembali mencari rezeki setelah semuanya rosak akibat banjir, yang melanda tempohari. Terima kasih kepada para penderma kami yang budiman diatas sumbangan anda.

LAPANGAN 41 Helaian 24

Sub Komiti Orang Kurang Upaya yang dipimpin oleh Cik Fauziah Tahar telah mengadakan pertemuan dengan Sdr. Mahadi Deraman, Setiausaha MRA Pahang berkenaan pengagihan bantuan kepada OKU yang terlibat menjadi mangsa banjir dalam banjir besar yang melanda Kuantan tempohari.


Menuju alam dewasa

Terima kasih pada semua

KHATAN di KOA LANDAP MRA Perak telah membantu menjayakan Majlis Khatan di KOA Landap anjuran Volunteers KL pada 7hb Jun 2014 yang lalu. Kami bertindak menyediakan tim perubatan yang bertanggungjawab menjalankan Misi Berkhatan ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih daun keladi kepada tim Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang hadir membantu. Alhamdulillah, misi ini berjalan dengan lancar, walaupun 5 orang dapat meloloskan diri.

LAPANGAN 41 Helaian 25

Orang yang berani dan hebat


Gandingan SUKARELAWAN (SAHABAT MRA) diantara orang muda dan orang lama, memberikan nilai tambah kepada program ini.

Cekap dan pakar

Berani dan sanggup menahan sakit

Tim MRA Perak bersama Persatuan Pegawai Perubatan (PPP) telah hadir memberikan khidmat sokongan dan lojistik kepada tim Volunteers KL bagi menjayakan program Khatan anjuran mereka di Kampung Orang Asli (KOA) Landap.

Dalam Majlis Khatan ini, seramai 30 orang anak Orang Asli telah mendaftarkan diri untuk turut serta dalam majlis ini akan tetapi pada saat akhir ada lima yang tidak munculmuncul. Namun ada dua orang anak orang asli yang tidak ada dalam senarai muncul dan ikut serta dalam majlis terseKerjasama ini jelas menunjukkan bahawa hasil yang lebih baik but. boleh dicapai sekiranya organisasi yang terlibat dalam kerjakerja mendekati masyarakat Orang Asli dapat berkerja sama Tahniah kepada semua yang terlibat, semoga usaha dan kerdengan baik diantara satu sama yang lain. jasama sebegini dapat diteruskan lagi di lain masa.

LAPANGAN 41 Helaian 26

KERJASAMA MRA dan tim VOLUNTEERS KL


Sdr. Hafiz, Ust. Ismat dan Zamri dalam siri Forum Rasulullah Rai OKU

Rasulullah Rai OKU

Masjid Al Azim, Pandan Indah

Siri kuliah bertajuk Rasulullah Rai OKU merupakan sebahagian dari gerakerja MRA bagi membantu golongan OKU untuk mendapatkan perhatian dan pemahaman dari masyarakat umum, khususnya pengurusan mengenai keperluan OKU untuk beribadah didalam Masjid. Inisiatif ini bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada penduduk dan ahli jawatankuasa Masjid mengenai kemudahan-kemudahan dan halangan-halangan yang dihadapi/dialami oleh OKU di Masjid adalah bagi menjadikan Masjid sebuah fasiliti dan premis yang mesra OKU untuk beribadah.

Masjid Mesra OKU

Masjid mesra kerusi roda

Kuliah ini mengupas bahawa ketika di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri, OKU mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari Baginda sendiri. Namun, disesetengah Masjid, kemudahan untuk OKU agak terhad menjadikan mereka tidak merasa selesa dan dialu-alukan apabila berkunjung ke Masjid. Ini secara tidak langsung menjadikan mereka jauh dan tidak datang ke Masjid langsung. Kuliah ini juga menjelaskan kepada orang ramai mengenai bagaimana OKU harus dilayani oleh masyarakat.

LAPANGAN 41 Helaian 27

Banner Rasulullah Rai OKU


Lama sudah menunggu waktu Tanda setia pada laksamana Kerjasama saling membantu Tentu kerja mudah terlaksana Anak-anak Orang Asli di Kampung Landap sedang berbaring, ceria walaupun perit

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.