Lapangan 08

Page 1

TNB & MRA teruskan kerjasama di Kampung Songkok, Batang Kali

Klinik Opthamology di Bagan Serai Pengupayaan Ekonomi Rohingya Nasi Bukhari di MRA Jelajah Pos Ulu Slim Ir. Ahmad Rezahan Mohamad, Pengurus Kawasan TNB Rawang menyerahkan buaian besi kepada En. Alam Supah, Dewan Komuniti MRA siap! Tok Batin, Kg. Songkok sambil disaksi-

EDISI 8 - 2011

kan oleh Pengurus Besar Kanan I TNB, Pengurus Besar Kanan II TNB dan Dr. Mohd Daud Sulaiman, Setiausaha Agung MRA


TRADISI KERJASAMA TNB-MRA BAGI PEMBANGUNAN KOMUNITI ORANG ASLI DITERUSKAN LAGI

TNB meneruskan tradisi membantu komuniti Orang Asli di Kampung Songkok, Batang Kali dengan jalinan kerjasama Malaysian Relief Agency (MRA). TNB dan MRA telah pernah berkerjasama dalam projek sambungan bekalan elektrik bagi penduduk orang asli di Pos Bersih seminggu sebelum Ramadhan tahun lalu. Majlis di Kampung Songkok dimulakan dengan kenduri yang dikendalikan oleh SAHABAT MRA dan sukarelawan Kelab Kilat TNB Rawang. Para penduduk Kampung Songkok telah disajikan dengan jamuan nasi dan lauk pauk yang dimasak sendiri oleh sukarelawan tersebut. Program malam tersebut selain dari kuliah Maghrib, diadakan juga wayang pacak bagi memudahkan majlis ramah mesra diantara sukarelawan dan penduduk orang asli setempat. Majlis ini juga menerima sokongan dari sukarelawan Darul Quran, mahasiswa dari Program Tautan Asli, CENSERVE UIA dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor (JAKOA). Keesokannya, majlis dimulakan dengan gotong royong yang digerakkan oleh sukarelawan Kelab Kilat TNB Rawang, yang dibantu oleh SAHABAT MRA dan sukarelawan yang lain. Rumput dan lalang yang tinggi telah dipotong oleh sukarelawan Kelab Kilat TNB Rawang yang komited dan sentiasa ceria. Majlis diteruskan dengan Ceramah Kesihatan Masyarakat Orang Asli oleh Yang Berbahagia Presiden MRA, Dato Dr. Abdul Razak Kechik. Beliau menekankan perlunya orang asli menitikberatkan kebersihan makanan dan diri bagi mengelakkan penyakit dan menjauhkan mereka dari kemudaratan. Kemuncak Majlis ialah perasmian penyerahan bekalan elektrik kepada masyarakat orang asli di Kg. Songkok oleh Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 1 TNB, Yang Berbahagia Tuan Haji Mustafa Din.


Tuan Haji Mustafa Din, Pengurus Besar Kanan Operasi, Wilayah 1 , TNB sedang melakukan simbolik penyambungan bekalan elektrik di Surau Kampung Songkok, Batang Kali


Pengurus Besar Kanan Operasi Wilayah 2, TNB turut hadir menyampaikan sumbangan hamper kepada penduduk orang asli di Kampung Songkok, Batang Kali, Selangor Tn. Haji Mustafa Din, Pengurus Besar Kanan Operasi, Wilayah I, TNB menyerahkan hamper kepada Tok Batin Kg. Songkok, Tok Alam Supah sambil diperhatikan oleh Ir. Ahmad Rezahan Mohamad, Pengurus Kawasan Rawang

Setiasuaha Eksekutif MRA, Tuan Haji Shirajuddin Sirat turut membantu menghidangkan makanan dan melayani karenah anak-anak orang Asli dalam majlis ini. Kesibukan tugas tidak menghalang beliau untuk berkongsi masa bersama masyarakat Orang Asli di Kampung Songkok ini.


Majlis turut dimeriahkan dengan pasukan Qasidah dari Darul Quran, Kuala Kubu. menarik dapat melembutkan hati mereka yang mendnergarkannya.

Pilihan zikir yang

Tuan Haji Mustafa Din, Pengurus Besar Kanan Operasi, Wilayah 1 turut menanam sebatang pokok sebagai tanda ingatan kepada penduduk disitu sempena program bekalan elektrik ini.


KEMPEN PENERANGAN MRA DI MAKTAB PERGURUAN ILMU KHAS, CHERAS, KL

MRA telah berjaya mengadakan satu pameran di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur baru baru ini. Pameran ini memberikan peluang kepada MRA untuk memaklumkan kepada para penuntut di MPIK mengenai aktiviti dan kegiatan yang dianjurkan. Disamping itu, MRA juga telah berjaya menyiapkan bahan-bahan pameran yang boleh digerakkan pada bila-bila masa sahaja jika diperlukan.

Raja Azlan dan seorang SAHABAT M RA sedang menyiapkan panel pameran M RA

Di kesempatan ini, MRA ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada SAHABAT MRA di MPIK, Sdr. Raja Azlan kerana begitu gigih dan komited untuk mengadakan pameran MRA disitu. TERBAIK..


Nye trudna

Berkongsi Rahsia Resepi Nasi Bukhari Dari SAHABAT MRA Tashkent Dalam salah satu kunjungannya ke Sekretqriat MRA, kami meminta beliau menyediakan Nasi Bukhari sebagai juada berbuka puasa, segala bahan akan kami sediakan, beliau bersetuju dengan syarat ianya mestilah menggunakan periuk istimewa yang beliau bawa dari Tashkent.

Kahramon Yuldashev Abdul Rahmanovic merupakan seorang SAHABAT MRA dari Tashkent, Uzbekistan. Beliau berada di Malaysia dalam rangka mengembangkan perniagaan pelancungan keluarga dan beliau berhasrat untuk membawa pelancung dari Malaysia berkunjung ke Uzbekistan dan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Tashkent, Samarqand, Bukhara, Khiva dan banyak lagi. Yang menariknya, pakej beliau menawarkan penterjemah yang bertutur dalam bahasa Melayu.

Nada malingki

dawai, kushit

Nasi Bukhari lebih dikenali sebagai Pilof di wilayah Asia Tengah. Kalau di Kedah ianya hampir serupa dengan Nasi Daging. Cuma Nasi Bukhari dimasak menggunakan minyak yang banyak, dicampur dengan lobak merah (karot) dan juga kismis. Ini menjadikan Nasi Bukhari lebih manis dan lemak. Yang kelihatan bersungguh-sungguh mengambil catatan dan gambar sepanjang penyediaan juadah ini ialah sdr. Johari Kan dan Cik Fauziah, mereka pastinya telah mahir setelah belajar dari Sdr. Kahramon. Apapun kita tunggu adakah kita akan dapat merasakan Nasi Bukhari seperti resepi istimewa yang diturunkan oleh Kahramon atau nasi versi tempatan yang digelar Nasi Johari?


IFTAR bersama keluarga Rohingya Satu panggilan telefon diterima dari Cik Ratina dari sebuah akhbar tempatan bertanyakan samada boleh diatur atau tidak satu sesi beliau untuk berbuka puasa bersama keluarga Rohingya di Cheras Baru. Beliau ingin menemuramah keluarga tersebut mengenai budaya berpuasa orang Rohingya. Kami mengatakan ianya tiada masalah dan segalanya telah diatur dengan baik oleh Sdr. Johari Kan, Penyelia Sekolah Komuniti Rohingya MRA. Beliau telah memilih rumah keluarga En. Rashid dan Syafiqah sebagai lokasi untuk majlis berbuka puasa ini. Untuk tidak membebankan keluarga tuan rumah, pihak Sekretariat MRA turut membawa juadah berbuka puasa dari Kampung Baru.

Majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, Cik Ratina telah menemuramah, suami Syafiqah iaitu En. Rashid mengenai pelbagai perkara mengenai sambutan Ramadhan dan Aidilfitri dikalangan pelarian Rohingya. Disatu ketika, kelihatan airmata bergenang apabila En. Rashid mengatakan siapa yang tidak rindu untuk melihat kampung halaman dan menziarahi sanak saudara, tapi apakah daya yang mereka miliki?


LANGKAH AWAL PROJEK PENGUPAYAAN EKONOMI WANITA ROHINGYA MRA kini sedang dalam usaha untuk memantapkan lagi aktiviti di kalangan komuniti Rohingya di Cheras Baru. Kali ini, MRA telah berjaya membentuk satu tim membuat kuih raya dari kalangan kaum ibu komuniti Rohingya disini. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan, ramai yang ingin turut serta. Program ini dimulakan dengan bengkel memasak kuih raya yang dikendalikan dengan jayanya oleh PUAN KAMPUNG BARU yang selama ini banyak membantu menyediakan juadah bagi majlis-majlis MRA secara percuma sahaja. Kumpulan yang terpilih mengikut bengkel membuat kuih raya ini diajar satu persatu cara untuk menghasilkan kuih raya ini, daripada menguli, menekap termasuk memotong, mengaul, membakar sehinggalah kepada membungkus dan memasarkannya. Sebanyak 2 jenis kuih raya yang diajar didalam bengkel ini. Kuih-kuih yang diajar ini adalah kuih-kuih yang mempunyai permintaan tinggi di pasaran.

Dibuka untuk tempahan—Hubungi 012 2096577


Klinik Opthamology MSU di rumah WARGA MAS Teluk Medan, Bagan Serai Tim Opthamology dari MSU telah terlibat dalam satu program bersama penghuni Rumah Warga Emas di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak. Tim dari MSU ini dketuai oleh Ketua Jabatan Opthamology MSU sendiri, iaitu Dr. Normalinah sendiri dan disertai oleh lebih dari 30 orang pelajar. Pembabitan para pelajar dari institusi pendidikan tinggi swasta amatlah dialu-alukan untuk berkhidmat secara percuma kepada masyarakat desa, golongan tua, golongan kurang berada dan yang terpinggir. Tim dari MSU ini telah memeriksa lebih dari 60 orang penghuni rumah Warga Mas yang didiami oleh mereka yang rata-ratanya berusia melebihi 60 tahun. Beberapa cadangan untuk program rawatan susulan telah pun disediakan oleh pihak MSU dan ianya akan dipantau oleh MRA PERAK bagi memastikan rawatan yang dicadangkan dapat dilaksanakan bagi membantu pesakit yang telah dikenalpasti.

Pasukan Perubatan MSU sedang mengambil tekanan darah dari salah seorang penghuni Rumah Warga Mas di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan


Mahasiswa perubatan dari dua buah institusi pengajian tinggi Malaysia, MSU dan RCMP berkerjasama dalam program Klinik Opthamology ini. Inilah mahasiswa –mahasiswa yang peka dan sanggup ke lapangan bersama masyarakat. Tahniah buat anda semua.

Dr. Karim Russ, Pengerusi MRA PERAK dan Hj. Hani Yang Kassim, Setiausaha MRA PERAK sedang membawa Dr. Normalinah dan rombongan meninjau perkarangan Pondok Warga Mas di Teluk Medan, Bagan Serai, Perak. Pondok Warga Mas dihuni lebih daripada 80 orang penghuni.


Setiap penghuni Rumah Warga Mas Teluk Medan Bagan Serai ini diberikan ujian mata bagi memastikan tahap kesihatan mata mereka. Suasana pemeriksaan ini berjalan dengan cukup mesra dan ceria. Ianya seperti majlis anak cucu balik kampung bertemu dengan datuk dan nenek. Penuh kekeluargaan dan keriangan. Tahniah kepada MRA Perak atas program yang cukup baik ini. Sebelum ini, kerjasama bersama CARSEM Ipoh telah diadakan bagi membaiki pendawaian elektrik dan kebersihan di kawasan penempatan Warga Mas ini. Juga tim perubatan dari RCMP telah pernah hadir memberikan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk disini dalam bulanApril yang lalu. Satu sesi pembuatan Baja EM termasuk gotong royong juga telah diadakan dalam bulan Februari yang lalu. Sekali lagi tahniah MRA PERAK.


Pimpinan MRA Perak di lapangan bersama Tok Batin Pos Ulu Slim

MRA PERAK JELALAH POS ULU SLIM

GIGIH - itulah semangat yang ditunjukkan oleh SAHABAT MRA PERAK


SAHABAT MRA Perak sedang menyiapkan ubat-ubatan Kg. Pos Slim merupakan sebuah kampung yang dihuni oleh 70 buah keluarga Orang Asli dari suku Semai. Terletak kira-kira 25 kilometer dari Simpang Pulai mengarah ke Cameron Highland. Kampung ini telah dibuka semenjak zaman British namun sehingga kini penduduk masih belum menikmati kemudahan bekalan elektrik, manakala bekalan air pula datang dari takungan air hujan yang disimpan. Kebanyakkan penduduk di sini bekerja menebang buluh, rotan, mengutip petai, mencari madu lebah di hutan dan hasilnya kemudian dijual kepada peraih. Namun ada segelintir dari penduduk di sini telah mula keluar dan bekerja di kilang yang terletak di bandar.

Pada 9 Julai yang lalu, MRA melalui MRA Perak yang diketuai oleh Pengerusinya, Prof. Madya Dr. Karim Rus telah mengadakan program bersama masyarakat Orang Asli di sini. Program ini telah dilaksanakan oleh sahabat MRA yang terdiri daripada mahasiswa perubatan dari RCMP UniKL dan mantan ahli VAT69. Antara aktiviti yang dijalankan bersama penduduk kampung ialah bergotong-royong membersih dewan dan memasak. Program ini telah dimeriahkan lagi dengan program sukan bersama kanakkanak dengan dikelolai oleh pelajar-pelajar RCMP UniKL. Dr. Karim Rus bersama tim perubatan juga turut melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada penduduk di sini. MRA Perak telah bersetuju untuk menjadikan Kg. Pos Slim ini sebagai kampung angkatnya dan akan merancang untuk mengembangkan lagi aktiviti di sini. Antaranya ialah membaikpulih dewan serbaguna sedia ada, perkhidmatan rawatan kesihatan berkala, kemudahan sanitasi, program pendidikan dewasa dan kanak-kanak. Dihujung program, MRA telah menyampaikan sumbangan barangan makanan asas dan pakaian kepada 70 buah keluarga di kampung tersebut .


DEWAN KOMUNITI MRA SIAP UNTUK DIGUNA

DEWAN KOMUNITI MRA di Pos Bersih, Slim River sebulan lalu Dewan Komuniti MRA di Pos Bersih, Slim River berada didalam fasa terakhir pembinaanya. Dewan ini dijangka dapat beroperasi dan digunakan dalam Program Tautan Kasih ENAM yang akan berlangsung didalam bulan Ramadhan 1432 kelak. Dewan Komuniti MRA ini merupakan manifestasi kepada kesungguhan dan komitmen MRA didalam kerjakerja membangunkan komuniti orang Asli supaya mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa, anak-anak yang berpengetahuan, kesihatan yang lebih baik dan sebagainya.

DEWAN KOMUNITI MRA di Pos Bersih, Slim River sebelum Ramadhan 1432


Orang Kedah pergi ke Grik Makan laksa habis semangkuk Hadir sudah bekalan elektrik Hilang gelita di Kampung Songkok


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.