Lapangan 11

Page 1

LAPANGAN MRA LATIH MYCORPS INISIATIF KERAJAAN UNTUK LAHIRKAN SUKARELAWAN TERLATIH

Liputan KHAS MyCORPS • MRA serah bahan ke Arkib Negara Klinik Statik MRA beroperasi di Garowe, Puntland, Somalia •


Minda Redaksi

Rakan Pelaksana Dalam Pembangunan Negara Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kerajaan Malaysia melalui inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil satu tindakan penting bagi mewujudkan sebuah pasukan elit sukarelawan Malaysia bagi memastikan ianya sejajar dengan persediaan negara menuju kearah sebuah negara maju menjelang 2020. Menjadikan organisasi sukarelawan berteraskan pendidikan dan pembangunan komuniti dari Amerika sebagai penanda aras, Peace Corps, kumpulan pemimpin sukarelawan yang dinamakan sebagai MyCorps ini bakal mengharumkan nama negara dalam bidang pendidikan, pembangunan sosial, pembangunan komuniti dan pengembangan bahasa Malaysia. Inilah antara sasaran yang dirangka di peringkat permulaan ini dan pastinya akan berkembang dan meliputi pelbagai aspek dan bidang di masa yang mendatang. MRA mengambil keputusan untuk komited membantu Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan inisiatif ini atas dasar dan kepercayaan bahawa kewujudkan lebih ramai sukarelawan terutamanya dalam bidang bantuan kemanusiaan akan membantu merancakkan lagi dunia bantuan kemanusiaan dan lebih banyak bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan. Namun, para sukarelawan ini perlu mendapat latihan dan pendedahan yang sewajarnya bagi menyedia serta menyiapkan mereka. Itulah pendirian kami dan kami serius membangunkan MyCORPS untuk Malaysia. Justeru, MRA menurunkan hampir kesemua “resource person� yang dimiliki bagi berkongsi ilmu dan pengetahun bersama para peserta MyCORPS ini. Komitmen yang diberikan oleh setiap “resource person� ini juga luarbiasa dan menjangkau apa yang kami sendiri harapkan, mereka memberikan yang terbaik dari apa yang mereka miliki. Sedikit masa lagi, MyCORPS pastinya menjadi lebih terkenal dan terkemuka dengan pendedahan mengenai projek-projek yang bakal mereka laksanakan di luar negara. Kami bersungguh-sungguh ingin memastikan bahawa projek MyCORPS ini menjadi satu mercutanda terbaik negara buat semua anak muda yang cenderung kepada kerja-kerja bantuan kemanusiaan di Malaysia. Sebaik-baik Manusia ialah Orang yang Paling Bermanfaat kepada Orang Lain.

MOHD SHAHRULAZILAN

LaPANGAN adalah E-Majalah MRA yang diterbitkan setiap bulan dalam Bahasa Malaysia LAPANGAN 11-2011

2


Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama diantara pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan Yayasan Malaysian Relief Agency (MRA) di Putrajaya. Kementerian diwakili oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Tuan Borhan bin Dolah manakala MRA diwakili oleh Sdr. Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA. Turut hadir ialah Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, (Ahli Jawatankuasa Teknikal MYCORPS), Sdr. Johari Kan Abdullah, wakil MRA didalam perlaksanaan MYCORPS serta Puan Hartini Abdul Jabbar, Penolong Pengarah KBS yang bertanggungjawab bagi memastikan inisiatif MYCORPS ini terlaksana seperti yang digariskan didalam Makmal Belia.

3

LAPANGAN 11-2011


menjelajah dunia Inisiatif MyCorps iaitu Inisiatif Generasi Y melalui Makmal Transformasi Pembangunan Belia. Makmal ini dilaksanakan hasil keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri menerusi hasil cadangan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Siri 1 Bil.1/2010 yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri pada 3 Ogos 2010. Makmal Transformasi Pembangunan Belia diadakan adalah sebagai usaha untuk memahami kehendak dan keperluan generasi Y. Inisiatif MyCorps yang diperkenalkan melalui makmal tersebut bertujuan menjana modal sosial melalui penyediaan tenaga sukarelawan yang bertindak sebagai 'Role Model' dan tenaga elit kesukarelaan bagi mendorong semangat sukarela dikalangan generasi Y.

MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi Inisiatif ini juga mampu mewujudkan organisasi-organisasi baru berteraskan kesukarelaan. Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara KBS dan agensi yang berkaitan seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), Malaysian Relief Agency (MRA), Yayasan Salam (SALAM), Global Peace Mission (GPM), dan badan-badan sukarela lain dari dalam dan luar negara. MyCorps merupakan satu program yang memberi fokus kepada program kepimpinan kesukarelaan belia yang bertujuan mewujudkan pemimpin kesukarelaan tahap tinggi. Inisiatif MyCorps ini akan melahirkan seramai 60 orang pemimpin sukarela dari kalangan golongan belia yang benar-benar berkualiti dan memiliki nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi dalam tempoh setahun dan seterusnya. MyCorps bertujuan menggalak dan meningkatkan semangat kesukarelaan dikalangan belia melalui pengalaman mereka serta menggunakan inisiatif sendiri dalam melaksanakan tugas kesukarelaan di peringkat tempatan dan antarabangsa disamping memupuk kesedaran dalam diri belia tentangn isuisu tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keamanan, peperangan, konflik, perpaduan, pendidikan, bencana kesihatan, kelaparan dan sebagainya. LAPANGAN 11-2011

4


Simulasi 4 x 4 di laluan Pos Balar

5

Bersama Komuniti Orang Asli LAPANGAN 11-2011


Tim Jurulatih dari MRA

HJ. SHIRAJUDDIN SIRAT, Setiausaha Eksekutif MRA

EN. JOHARI KAN ABDULLAH Penyelia Sek. Kom. Rohingya MRA

MALAYSIAN RELIEF AGENCY menurukan hampir kesemua “pakar rujuk” yang dimilikinya untuk menjayakan program MYCORPS ini. Bermula dari proses pembinaan jadual, penentuan modul, pemilihan penceramah dan jurulatih hinggalah ke hari jadi yang sebenar, MRA membariskan mereka yang berpengalaman dan pakar dalam bidang masing masing untuk berkongsi dengan para peserta MYCORPS. Program di Kem Rakan Muda, Taiping, Pos Balar dan Pusat Belia Antarabangsa, Cheras telah turut dihadiri oleh beberapa “resource person” yang mempunyai reputasi dan kredibiliti dalam bidang masing-masing. Selain dari MRA, turut berkerjasama dalam menjayakan inisiatif MYCORPS ialah YAYASAN SALAM dan GPM.

EN. MOHD REZAIDI MOHD ISHAK Pengarah Latihan &Pembangunan MRA

DR. SHAHRIZAL AZWAN SAMSUDIN Pengarah Kesihatan MRA


Tim Penceramah dari MRA MEJ (B) AZMI MOHAMAD Jurulatih Peta, Kompas & GPS

EN. KHAIRIL ANNUAR KHALID Pengarah Bantuan Kecemasan & Lojistik CIK RATINAWATI RASIDI Penceramah Slot “Interaksi Media”

EN. ADNAN Jurulatih 4x4 dan Komunikasi

Mike Charlie! This is Radio Check... Do you receive me? EN. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif MRA merangkap Ahli JK Teknikal MYCORPS

EN. NIZAM Sukarelawan MRA, Jurulatih bagi WATSAN


Kaedah Bengkel & Simulasi

SDR ILYOS dan SDR YASSIN dalam sesi simulasi Rundingan‌ ada Nampak parang tu? Kaedah pembelajaran dalam kelas sahaja tidak cukup dan pastinya tidak akan memberikan para peserta kefahaman yang mendalam mengenai pelajaran yang dikongsi bersama mereka. Justeru, kami memastikan sesi bengkel dan sesi simulasi dapat diadakan bagi menyegarkan kembali ingatan dan menambahkan lagi kefahaman mereka terhadap ilmu dan maklumat yang telah dikongsi didalam bilik darjah. Sesi Bengkel pula memberikan mereka tambahan kepada maklumat yang dimuatkan didalam buku Modul yang dibekalkan, ianya juga memberikan mereka peluang dan ruang untuk mengalami sendiri pengalaman seperti yang disimpulkan didalam buku tersebut. Di sesi Bengkel juga, mereka dapat memahami dengan lebih tepat mengenai apa yang diajarkan didalam kelas, ianya lebih kuat bertapak diminda mereka dibandingkan hanya kuliah mengenai teori dan gambargambar semata-mata. Bengkel ini dikendalikan oleh “resource personâ€? yang berpengalaman dan mempunyai pendedahan luas mengenai perkara yang diajar.

Haji Hani Yang Kasim, Matron Khadijah Ariffin dan Matron Rokiah Manakala dalam sesi Simulasi pula, para peserta diberikan situasi-situasi yang berlaku di lapangan untuk membolehkan mereka memahami dengan lebih baik bagaimana untuk bertindak dan bergerak dalam keadaan tersebut. Simulasi ini dapat memberikan latihan awal dan persiapan minda kepada setiap peserta. Walaupun simulasi ini hanyalah olok-olok tetapi ianya tetap dapat memberikan peserta tekanan yang dikehendaki dan mereka juga dapat merasakan bebanan, perasaan cemas, khuatir dan ngeri sepanjang simulasi ini berjalan. LAPANGAN 11-2011

8


SAHABAT muda MRA beraksi jadi mangsa jerangkap samar di Kemunting

“Mangsa Letupan Periuk Api� kakinya tersangkut..


PAKAR RUJUK DARI MRA MATRON KHADIJAH Simulasi Pertolongan Cemas

HJ HANI YANG KASSIM Simulasi Pertolongan Cemas

SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH MANUSIA YANG PALING BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN

EN. MOHD SHAHRIN HAMID Jurulatih Persembahan dan Body Percussion

EN. AZALEEZAH ABD MALEK Ketua Jurugambar Utusan

PUAN SITI HAJAR ISMAIL Jurulatih Vokal & Komunikasi

CIK FAUZIAH TAHAR Komuniti Orang Kurang Upaya LAPANGAN 11-2011

10


HAJI MUSA DAN HAJI CHIN Kem Komandan & Tim Kem Komandan EN. ISKANDAR SYAH ISMAIL “TRAUMA HEALING”

EN. FAIDZEL Pegawai KBS

Cik Niza, Cik Abby dan En. Goh Para pegawai KBS 11

LAPANGAN 11-2011

PUAN HARTINI ABDUL JABBAR Pen. Pengarah KBS


KEM REMAJA ISLAM, SIK, KEDAH Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pokok Sena telah menganjurkan Kem Remaja Islam bagi remaja-remaja muslim, lelaki dan wanita sekitar kawasan Kedah. Kem Remaja ini telah mengambil tempat di KEDA Resort, Bendang Man, Sik, Kedah pada 18 hingga 20 November 2011 yang lalu. Program yang menerapkan disiplin seharian seorang muslim sebagai teras kursus ini turut melibatkan aktiviti yang pelbagai termasuk permainan bermatlamat, nyanyian yang membangun jiwa, pembinaan pasukan, pengujian keberanian, latihan dalam kumpulan dan juga bimbingan dalam kumpulan.

Cuti sekolah dimanfaatkan dengan aktiviti riadah dan rehlah disamping memupuk jatidiri muslim yang berani lagi bertaqwa. Rugi pada yang tidak turut serta...

Malaysian Relief Agency (MRA) telah dijemput untuk memberikan pengisian mengenai pengalaman dan tugasan yang dilalui sebagai pekerja bantuan kemanusiaan disamping menerangkan konsep sukarelawan yang digunapakai dalam kebanyakkan misi MRA didalam dan diluar negara. MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif , Sdr. Mohd Shahrulazilan. Turut serta menemani beliau ialah dua orang Sahabat MRA iaitu Sdr. Ahmad Zakuan Othman Zailu dan Sdr. Ahmad Nazirul Mukmin. MRA dan ABIM saling berkerjasama dalam banyak perkara dan dalam tahun 2010 kedua pihak terlibat dalam kerja-kerja bantuan semasa Kempen Banjir Utara yang berlaku di negeri Perlis dan juga Kedah. Semoga kerjasama ini akan dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. LAPANGAN 11-2011 12


KLINIK MRA BEROPERASI DI GAROWE

Aktiviti MRA di Somalia bermula sejak dari 24 Ogos 2011 di Puntland, Somalia menerusi kerja-kerja bantuan kecemasan seperti pengagihan bekalan air bersih dan makanan. MRA turut membina telaga air serta melaksanakan ibadah qurban dan agihan dilakukan dikalangan mereka yang miskin dan serba kekurangan. Klinik Statik MRA ini terletak di sebuah kem IDP di Garowe dalam wilayah Nugal. Klinik ini memberikan bantuan kepada komuniti penduduk yang menderita sejak tiga bulan yang lalu. Kerja-kerja rawatan dan pemeriksaan di klinik ini diketuai oleh Dr. Daud Al Hirsi dengan dibantu oleh tiga orang lagi jururawat dari Hospital Garowe yang sudi membantu MRA. Klinik statik yang dikendalikan oleh pasukan kesihatan MRA Somalia berfungsi selama tujuh jam setiap hari dan dalam seminggu kami berkerja selama enam hari sahaja. Setiap kakitangan mempunyai tugasan tersendiri dan Dr. Daud, bertanggungjawab bagi segala urusan bersangkut paut dengan pentadbiran program disamping beliau juga perlu melakukan diagnosis penyakit, merawat pesakit termasuk merujuk kes yang parah ke Hospital Besar Garowe atau ke pusat-pusat perubatan yang lain.

13

LAPANGAN 11-2011


Seramai 1300 pesakit telah dirawat sejak klinik statik ini mula beroperasi pada 16 November 2011 yang lalu. Hampir 40 orang datang setiap hari kesini. Tiga orang lagi jururawat yang terlibat bertanggungjawab untuk menukarkan pakaian pesakit; persiapan peralatan, pendaftaran, pendidikan kesihatan dan lain-lain lagi. Sepanjang klinik ini berjalan, seramai 1300 pesakit telah dapat ditemui (678 kanak-kanak, 440 terdiri daripada mereka yang berusia kurang dari 5 tahun, 238 melebihi usia lima tahun. Manakala bagi orang dewasa pula seramai 622 orang telah berjaya dilawat. Beberapa penyakit telah dapat dikesan kehadirannya seperti Acute Watery Diarrhea, Measles, Malaria, Anemia, ARI, Dysentery, Parasites, STI dan Protein Energy Malnutrition. Setiap hari, kunjungan para penduduk ke Klinik Pesakit Luar mencecah jumlah 40 orang pesakit termasuk kanak-kanak, wanita, warga emas dan penduduk setempat di Kem Jawle. Berdasarkan kepada bekalan ubatan yang dimiliki oleh MRA, Kakitangan kami terpaksa menggunakan pelbagai jenis dadah seperti antibiotics; anti- histamine, anti-allergi, anti-parasit, tahan sakit dan lain-lain lagi semasa merawat para pesakit yang datang berkunjung.

LAPANGAN 11-2011

14


Klinik Bergerak ini sangat membantu bagi mereka yang menghuni kem-kem pelarian. Jarak diantara kem ke hospital agak jauh manakala pengangkutan awam amat lemah dan tidak teratur. Klinik ini dapat meringankan beban para penghuni setempat

Kami mendapatkan tenaga mahir bagi program ini dari Hospital Garowe. Disebelah pagi, mereka boleh meneruskan teknologi MRA. 15

LAPANGAN 11-2011


MRA serah bahan ke ARKIB NEGARA Kuala Lumpur, 31 Oktober 2011 - Majlis Perasmian Sambutan Hari Warisan Audiovisual Sedunia 2011 telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di Arkib Negara Malaysia. Tema yang dipilih oleh UNESCO ialah "Lihat, Dengar dan Pelajari" untuk sambutan pada tahun ini. YB Senator dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada Arkib Negara Malaysia yang telah mengambil initiatif untuk mengumpul, menyimpan dan memelihara bahan-bahan penting untuk dimanfaatkan oleh pelbagai pihak khususnya generasi akan datang. Beliau seterusnya menyeru agar individu dan organisasi daripada latarbelakang yang pelbagai untuk terus menyokong usaha ini dengan menghantar bahan-bahan yang berguna bagi tujuan di atas.

En. Azemi Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia dalam ucapan aluannya memaklumkan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah mengumumkan bahawa 27 Oktober pada setiap tahun sebagai Hari Warisan Audiovisual Sedunia. Bahanbahan ini penting dikumpulkan dan disimpan dengan baik sebagai bahan rujukan khususnya kepada pelbagai pihak yang ingin membuat penyelidikan dan rujukan untuk generasi akan datang. Selain penyampaian hadiah kepada para pemenang Peraduan Fotografi, Malaysian Relief Agency (MRA) diwakili oleh Shirajuddin Sirat, Setiausaha Eksekutif MRA bersama empat NGO lain telah menyampaikan bahan audiovisual masing-masing pada majlis ini. LAPANGAN 11-2011 16


INTERNATIONAL HUMANITARIAN

CONFERENCE 2011 MERCY MRA telah dijemput oleh MERCY Malaysia untuk turut serta dalam tiga buah bengkel di International Humanitarian Conference yang telah diadakan di Legend Hotel, Kuala Lumpur pada 25-26 November 2011 yang lalu. MRA telah diwakili oleh Sdr. Mohd Shahrulazilan. Dalam sesi Bengkel yang pertama, “Sukarelawan”, Sdr. Shahrul telah berkongsi mengenai bagaimana MRA mengatur pergerakkan sukarelawan atau lebih dikenali sebagai SAHABAT MRA. Turut dikongsi ialah bagaimana SAHABAT MRA ini menjadi begitu komited dan bersemangat dalam setiap tugasan yang dikongsi. MRA turut memaklumkan pandangan NGO luar apabila kita membawa “sukarelawan” ke mesyuarat penyelarasan di zon operasi , dimana mereka tidak mempunyai kuasa untuk bersuara. Ketika sesi Bengkel yang seterusnya, “Lojistik”, MRA berkongsi bagaimana untuk menguruskan lojistik berdasarkan keadaan bencana dan kesediaan organisasi menghadapinya. MRA memberikan pengalaman menghulurkan bantuan di negara Jepun sebagai contoh. Urusan lojistik dapat dilaksanakan dengan baik, teratur, bersih dan murah sekiranya kita membuat perancangan yang rapi dan teliti sebelum bergerak kemanamana operasi atau bencana. Dalam sesi Bengkel Terakhir, MRA menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan isu-isu keselamatan dan bagaimana untuk menghindarinya. MRA turut berkongsi pengalaman bergerak di Pakistan, Srii Lanka dan di Somalia. MRA berkongsi kisah bagaimana untuk berurusan dengan ketua-ketua perang (warlord) dan ketua-ketua komuniti (tribal leader) di kawasan-kawasan dimana MRA beroperasi dan caramana yang boleh digunakan bagi memenangi hati mereka ini. Beliau turut berkongsi dengan para peserta ungkapan biasa dalam MRA semasa melepaskan wakil-wakil MRA ke luar negara iaitu “Don’t Come Back By Cargo”

17

LAPANGAN 11-2011

Sdr. Shahrul bersama salah seorang peserta warga Somalia, Abdul Fatah


Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA menerima bahan bacaan dari wakil Al Khdimat yang berkunjung ke pejabat MRA.

KUNJUNGAN HORMAT DARI WAKIL AL KHIDMAT MRA terus menerima kunjungan dari organisasi kemanusiaan antarabangsa. Kali ini, kunjungan datang dari rakan pelaksana MRA di Pakistan iaitu Yayasan Al Khidmat.

Semenjak dari Ogos 2010, MRA telah mendirikan sebanyak 80 buah Rumah Syukriah disana bagi mangsa-mangsa banjir yang benar-benar susah dan miskin.

Kunjungan ini yang bertujuan untuk menghantar laporan aktiviti Al Khidmat sepanjang tahun 2010 turut dilihat sebagai misi PR untuk merapatkan lagi ukhuwah disamping memantapkan lagi gerakerja yang sedia ada diantara kedua buah organisasi ini.

MRA turut mendirikan puluhan pam air di sekitar kawasan Charsadda dan Nowshera bagi memulihkan semula bekalan air di kawasan tersebut.

MRA dan Al Khidmat bukanlah suatu gandingan baru di Peshawar khususnya. MRA telah bersama-sama berkerjasama dengan Al Khidmat semenjak banjir besar melanda pada Ogos 2010 yang lalu dan sehingga kini MRA masih meneruskan beberapa buah projek disana.

MRA juga ketika diperingkat awal banjir, telah mengagihkan bertan-tan bantuan makanan kepada penduduk yang memerlukan dikawasan tersebut. Ini termasuklah mengadakan majlis berbuka puasa kepada penduduk disana didalam bulan Ramadhan. Qurban 1432 turut dilaksanakan di Pakistan dengan kerjasama dari Al Khidmat. LAPANGAN 11-2011 18


Penghuni Sumaiyyah dan Safiiyyah bergambar bersama di Kem Kemensah

Latihan yang diberikan didalam kursus singkat ini menekankan kepada keperluan merangka dan merancang bagi memudahkan mereka bekerja dalam satu rangkaian tersusun dan sistematik. Mereka turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti permainan berkumpulan, menghadapi persepsi, membetulkan tanggaPenghuni kedua buah kolej akan berker- pan dan beberapa aktiviti lain yang memerlujasama bagi menjayakan satu misi bantuan kan penyelesaian secara kreatif dan dinamik. kemanusiaan ke Acheh, Indonesia dalam tahun 2012 nanti. Disana mereka mensasarkan Keseluruhan peserta menunjukkan kesunggupelbagai aktiviti menarik untuk dilaksanakan han dan semangat yang tinggi. Semoga misi ini bakal berjalan dengan lancar dan jayanya, bersama penduduk dan komuniti setempat. Insya Allah. Pada 19hb November 2011 yang lalu, bertempat di Kem Kemensah yang terletak di belakang Zoo Negara, satu sesi latihan kerja berpasukan telah diadakan untuk peserta program khidmat masyarakat yang bakal digerakkan oleh kedua-dua buah kolej.

19

LAPANGAN 11-2011


^âÇ}âÇztÇ gxàtÅâ \áà|Åxãt ROSLAN MOHD SHARIF Sekretariat MRA terus me ne rima kunjungan tetamu dan antara tetamu yang kami terima kali ini ialah seorang penyair berbakat, cukup halus dan berbisa tulisannya, menguntumkan bait-bait puisi yang puitis dan sekali sekala menggegar dan menggugat maknanya. Menghasilkan antologi puisinya yang tersendiri, Sdr. Roslan Mohd Shariff merupakan seorang penyair Kurang Upaya yang mengalami masalah Palsi Cerebrum tetapi begitu akitf dalam aktiviti kerja seni dan penulisan puisi. Tanpa sebarang prejudis beliau terus berkarya tanpa gentar pada sebarang akta.

Rembulan mengambang Bintang gemerlapan Petikan dari sajak Cinta Yang Jauh-Roslan Mohd Sharif

Sdr. Roslan juga merupakan anak murid kepada Cik Fauziah Tahar, Pengurus Sekretariat MRA ketika beliau menuntut di sebuah sekolah untuk anak-anak kurang upaya di Selangor dahulu. LAPANGAN 11-2011

20


Pukul rebana kayu pulasan Dari malam sampai ke siang Memikul beban tidak perasan Senyum seorang hati kan girang


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.