LaPANGAN 35

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

KEPANTASAN & KETEPATAN

LAPANGAN 35

MRA bantu mangsa Haiyan Khatanton kembali lagi Taklimat MRA Negeri Assalamualaikum TV Al Hijrah Misi Rumah Syukur Padang Banjir Pantai Timur Sisipan Khas Misi Filipina


KEPANTASAN & KETEPATAN dalam tindakan, tentukan momentum Apabila kita berasakan bahawa keputusan yang dibuat untuk membantu sesuatu komuniti di sesebuah kawasan itu sebagai tepat, sebagai keputusan yang terbaik, maka, kita akan melaksanakan kerja-kerja bantuan sedaya Kehadiran bencana-bencana ini dalam masa yang berdeka- mungkin, mengikut cara dan kaedah MRA tan antara satu sama lain menuntut organisasi bantuan ke- tetapi dengan penyelarasan mengikut kepermanusiaan seperti MRA untuk membuat pertimbangan yang luan, keadaan dan budaya setempat. sewajarnya sebelum memutuskan untuk menghantar bantuan Ketepatan kita memilih lokasi bantuan, kelomke kawasan yang dilanda musibah ini. pok yang dibantu termasuk jenis bantuan Kemampuan untuk memberikan tindakbalas dalam masa yang akan membantu kita dalam mengatur lojistik singkat, adalah amat penting, kerana bantuan dihulur ketika dan dana dengan lebih cekap dan berkesan. mangsa-mangsa masih memerlukan bantuan. Seperti yang diramalkan, hujung tahun 2013 menyaksikan berlakunya bencana-bencana skala besar-besaran di beberapa tempat didalam dunia, tidak terkecuali di tanahair Malaysia sendiri.

Jangkamasa singkat yang diperlukan tidaklah bermakna kita harus berada di ground zero seminit sahaja selepas bencana berlaku. Kita perlu punya masa untuk merancang, mendapatkan feedback, membuat analisa, mengatur rangkaian, menyusun lojistik, merancang komunikasi dan juga meninjau aspek keselamatan. Bencana besar kebiasaannya akan mengundang apa yang disebut sebagai `logistic disaster`, apabila kita tiba di lapangan, kita berhadapan dengan ketiadaan kemudahan asas untuk bergerak seperti ketiadaan petrol, tiada kemudahan elektrik, tiada air bersih, tidak cukup kenderaan, tiada penginapan dan sebagainya. Dalam kita cuba untuk menjadi yang terawal dan yang pertama, kita jangan lupa faktor `logistic disaster` ini, tidak guna apabila kita tiba di lapangan dan semuanya tak boleh dilaksanakan kerana masalah lojistik. MRA, Alhamdulillah, kami mempunyai rangkaian kerjasama yang baik dan terbukti di lapangan. Justeru, masalah lojistik ini dapat diatasi dan dihadapi dengan persiapan yang sewaMomentum bantuan selepas itu juga banyak jarnya. bergantung kepada kepantasan dan keteSelain dari kepantasan dalam tindakan, apa yang penting patan keputusan yang dibuat. Lebih malang untuk membuat keputusan bergerak di lapangan ialah kete- kalau kita hadir lewat membantu dan kemudian membuat keputusan yang tidak tepat. patan. Ketepatan dalam membuat keputusan untuk bergerak di mana dan bagaimana juga amat penting. Ketepatan bergantung rapat dengan maklumat lapangan yang diperolehi. Laporan akhbar dan media, apatah lagi media sosial sahaja tidak cukup `credible` untuk dijadikan sandaran. Ianya perlu disahkan oleh rakan pelaksana yang kita kenali.

Moga MRA sentiasa mempunyai kepantasan dan ketepatan ini dalam tindakannya. MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

DR. ISHAK MAS`UD, Timbalan Presiden MRA sedang menyampaikan sembako (Sembilan bahan keperluan asas) kepada salah seorang penduduk yang ditimpa musibah dalam bencana gempa di Padang, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 2009 yang lalu. MRA masih meneruskan kerja-kerja bantuan di Padang, Sumatera Barat sehingga ke hari ini.

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA MAYBANK

CIMB ISLAMIC

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 1411 0000588 10 2

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PUBLIC BANK MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 35 Helaian 2


MRA BANTU MANGSA HAIYAN

MRA telah mengambil ketetapan dalam Mesyuarat Khas MRA untuk terlibat turun membantu didalam Bencana Taufan Yolanda yang melanda Filipina baru-baru ini. Satu pasukan peninjau diwakili oleh Sdr. Khairil Annuar Khalid, Sdr. Mohd Shahrulazilan dan Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar telah dihantar untuk melihat kawasan operasi yang bersesuaian dengan kemampuan MRA untuk bergerak dan menyumbang.

LAPANGAN 35 Helaian 3


Ke Pulau-pulau sekitar Bentayan MRA telah berkerja dengan pelbagai pihak dalam menyalurkan bantuan ke Pulau Bentayan baru baru ini. Kami telah berkerja dengan pelbagai pihak, antaranya ialah pihak Gereja, NGO tempatan, NGO luarnegara dan agensiagensi kerajaan. Pada peringkat fasa kecemasan ini, bantuan adalah tertumpu kepada bantuan makanan kering, bantuan makanan bermasak dan bantuan perubatan. Tim peninjau MRA sendiri telah berjaya menyalurkan lebih dari 1 tan bantuan makanan kering untuk disalurkan kepada para penduduk di sekitar Santa Fe. Kami juga telah sempat untuk berkunjung ke Pulau Ilantagaan, melihat potensi untuk mengatur Klinik Lapangan dan agihan bantuan makanan disini. Kami turut berjaya menyalurkan bantuan makanan kering ke Pulau Kinatarcan yang terletak sejauh satu jam setengah perjalanan menaiki bot. Kerja-kerja kami disini menjadi mudah kerana kita mendapat sokongan yang baik dari penduduk setempat.

LAPANGAN 35 Helaian 4


MRA turut bantu di Hagnaya MRA telah berkesempatan untuk berkunjung ke sebuah penempata Muslim yang terletak di hujung Pulau Cebu, dibahagian utara. Berhampiran bandar pelabuhan Hagnaya. Disini terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Cebu Madinah Mosque. Masjid ini ditadbir dengan baik dan turut terkesan akibat Taufan yang melanggar tempohari. Kami difahamkan oleh Sdr. Abu Bakar, penjaga dan imam bagi Masjid ini, bahawa terdapat hampir 550 keluarga Muslim mendiami kawasan disekitar Masjid ini. Keunikan masjid ini, selain dari menjadi tempat beribadah, ianya juga mempunyai sebuah sekolah, juga berfungsi sebagai dewan komuniti bagi masyarakat setempat. Turut menjadi klinik lapangan ketika kami mengadakan klinik. Malah menaranya juga berfungsi sebagai Rumah Api memberi panduan kepada kapal yang belayar untuk berlabuh di Pelabuhan Hagnayah.

LAPANGAN 35 Helaian 5


Mesyuarat Koordinasi MRA-MAPIM Satu Mesyuarat Koordinasi telah diadakan diantara MAPIM dan MRA Perak. Tujuan Mesyuarat Koordinasi ini adalah bagi mengatur gerakerja diantara kedua buah organisasi agar lebih tersusun, tiada duplikasi dan mengikut amalan yang terbaik untuk perlaksanaan program di lapangan. Selain daripada dapat mengoptimakan penggunaan sumber manusia, ianya juga dapat memaksimakan penggunaan dana dan sumber yang lain.

Beliau turut berkongsi mengenai aktiviti harian penduduk disitu, kegiatan ekonomi mereka, kegiatan sosial termasuk aktiviti keagamaan dan kepercayaan yang mereka anuti.

Taklimat Program UItm Perak Tuan Hj Hani sedang menyampaikan maklumat aktiviti MRA Perak Tuan Haji Hani, selaku Timbalan Pengerusi MRA Perak kepada para pelajar yang akan menyertai program di KOA Pos Slim telah bertemu penuntut UITM Seri pada 23.11.2013 — dengan at UiTM sekumpulan Seri Iskandar Perak.

Iskandar, Perak bagi berkongsi mengenai aktiviti yang bakal mereka jalani pada 23hb November 2013 di Pos Ulu Slim nanti.

Haji Hani berkongsi mengenai budaya dan tradisi Orang Asli yang unik dan perlu diketahui oleh para penuntut.

Haji Hani turut berkongsi mengenai kaedah dan pendekatan yang digunakan oleh MRA dalam membangunkan komuniti Orang Asli disini. Apakah yang telah dilakukan oleh MRA Perak sejak dari mula dan bagaimana penerusan dan `follow-up` perlu dilakukan bagi membantu komuniti ini untuk terus bangkit dan berjaya.

LAPANGAN 35 Helaian 6


Program Analisa Keusahawanan Sosial yang dianjurkan oleh para penuntut Ijazah Pengurusan Sumber Manusia dan Pemasaran UITM Seri Iskandar, Perak telah berjalan lancar. Program ini selain daripada dapat mencungkil bakat keusahawanan dari kalangan orang asli ianya juga dapat merapatkan hubungan dan komunikasi diantara para penuntut dengan penduduk orang asli disini. Selain dari kerjasama MRA, JAKIM turut terlibat dalam perlaksanaan program yang amat bermakna ini.

LAPANGAN 35 Helaian 7


Kehadiran mereka bukan menyusahkan kita, kehadiran mereka adalahuntuk menyedarkan betapa beruntungnya kita dalam kehidupan ini.

Anak-anak ROHINGYA santai di Hulu Yam

Kita bangun pagi dalam rumah yang selesa, ada pekerjaan, keluarga kita selamat, ada makan, ada pakaian, ada masa untuk istirehat, tetapi mereka tidak menikmati segala apa yang kita terlupa hargai...

Sesi pembelajaran anak-anak Rohingya dikembangkan lagi dengan kami membawa mereka belajar tentang alam sekitar. Kami adakan telematch, aktiviti sukan, solat jemaah, persembahan ular dan beberapa aktiviti lain yang menyeronokkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada SAHABAT MRA yang sudi datang membantu kami menguruskan anak-anak Rohingya yang lasak ini.

LAPANGAN 35 Helaian 8


Tuan Haji Shirajuddin Sirat, Penolong Setiausaha Agung MRA telah berkesempatan untuk berkunjung ke Mesir dan bertemu dengan para penuntut Malaysia di Markas AQ Kaherah. Beliau telah berkongsi dengan para penuntut yang hadir mengenai aktiviti dan program yang dilakukan oleh MRA. Organisasi seperti MRA memerlukan sokongan daripada orang muda dan kelompok penuntut bagi meneruskan kesinambungan program-programnya dimasa mendatang. Haji Shirajuddin tel ah berkongsi mengenai keperluan kita untuk melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan sebagai satu tuntutan dan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang seseorang itu. Kita tidak melakukan kerjakerja bantuan kemanusiaan ini sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja, tetapi secara bersungguh-sungguh dan komited terhadap apa yang kita lakukan.

LAPANGAN 35 Helaian 9

MRA telah dijemput untuk berkongsi dengan para penuntut Fakulti Pengurusan Perniagaan, U n i v e r s i ti Teknologi MRA, Shah Alam. MRA telah diwakili oleh Sdr. Khairil Annuar Khalid Pengarah Bantuan Kecemasan dan Lojistik MRA, Sdr. Mohd Rezaidi Ishak P e n ga r ah L a ti h a n & Pengembangan MRA serta Sdr Mohd Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif MRA. Kami telah berkongsi mengenai aktiviti-aktiviti dan program-program MRA yang dianjurkan, samada didalam dan diluar negara. Kami bercerita mengenai pengalaman kami dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan serta mengajak dan menggalakkan mereka untuk turut serta dalam kerja dan projek yang kami lakukan. Terima kasih kerana menjemput dan mempelawa kami untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran yang kami ada.

Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR) telah mengadakan Hari Kerjaya bagi m em berikan pel u ang kepada para penuntut mereka untuk bertemu dan berbincang dengan bakalbakal majikan dan wakil wakil syarikat yang berpotensi untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka. MRA telah hadir membuka pameran disini untuk memberi peluang kepada para penuntut untuk memahami dan mengetahui lebih lanjut mengenai kerja-kerja bantuan kemanusiaan. MRA telah berinteraksi dengan para penuntut disini mengenai kerja-kerja bantuan yang kami lakukan didalam dan diluar negara. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan UNITAR kerana memberikan kami peluang untuk hadir membuka booth pameran kami disana. Tahniah dan terima kasih.


Khatanton kembali lagi...

Musim cuti sekolah datang lagi, maka ini Ini bukanlah kerjasama yang asing diantara juga bermakna Khatanton akan kembali MRA dan MAPIM, sebelum inipun banyak bermula. program telah dilaksanakan secara bersama demi membantu kelompok dan khalayak yang MRA dengan kerjasama MAPIM telah terpinggir dan dalam kesusahan. mengadakan satu Majlis Khatan untuk anak -anak Rohingya di Madrasah Baitul Rah- Selamat melangkah ke alam dewasa diucapmah Rohingya di Taman Sejahtera, Batu kan kepada adik-adik Rohingya yang Arang, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. dikhatankan, tahniah.

LAPANGAN 35 Helaian 10


Khatanton II di Cheras Baru

Kempen Khatan MRA berlangsung lagi. Kali ini kami menganjurkan majlis khatan untuk anak-anak Rohingya. Kempen ini mendapat sambutan yang baik dari pihak keluarga dan anak-anak Rohingya. Kesempatan ini diambil oleh mereka dengan sebaiknya. Syabas diucapkan.

LAPANGAN 35 Helaian 11


MRA Kedah telah berjaya menganjurkan satu majlis Taklimat bagi para pelajar di KUIN. Taklimat ini bertujuan untuk m em perkenal kan MRA kepada mereka sebagai sebuah wadah untuk anak-anak muda terlibat. Kesempatan ini telah digunakan dengan sebaiknya untuk menerangkan kepada para peserta yang hadir mengenai pergerakan MRA baik didalam mahupun diluar negara. Dr. Saifullah turut membincangkan mengenai gerakerja MRA Kedah dan lingkungan operasi mereka. Beliau turut menekankan kaedah dan cara MRA begerak dan berkerja.

Taklimat MRA Kedah

LAPANGAN 35 Helaian 12


Tim Peninjau MRA telah dijemput untuk berkongsi pengalaman kami bersama dengan penduduk yang menjadi mangsa Taufan Haiyan di Pulau Bentayan di Pulau Cebu. Hadir mewakili MRA ialah Sdr. Khairil Annuar Khalid, Pengarah Bantuan Kecesaman & Lojistik MRA serta Sdr. Shahrul Pengarah Eksekutif MRA. MRA berkerja di utara Pulau Cebu, iaitu di Pulau Bentayan bagi membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan tempohari. Kami memberikan bantuan makanan dan perubatan kepada mangsa-mangsa yang mendapat musibah ini.

MRA di Assalamualaikum, TV AL Hijrah MRA sekali lagi dijemput untuk sama bersiaran didalam rancangan Assalamualaikum. Terima kasih daun keladi kami ucapkan. Tujuan perkongsian kali ini ialah untuk MRA melaporkan kepada orang ramai mengenai aktiviti bantuan yang telah dan sedang dilakukan di Pulau Bentayan. MRA telah diwakili oleh Dato Shakir Khalid selaku Bendahari MRA dan Dr. Sahrol Azmi, Pengerusi MRA Pahang merangkap Ketua Misi Tim Pertama Medik MRA. Tim pertama medik MRA telah berada di Pulau Bentayan dari 21-28 November 2013, tim ini turut disertai oleh dua orang Staf Nurse dan dua orang petugas media dari saluran TV Al Hijrah sendiri. Syabas diucapkan pada kedua ahli panel.

LAPANGAN 35 Helaian 13


5 tahun: Padang tetap dipandang MISI Bantuan MRA di Padang, Pariaman, Indonesia terus berjalan lancar. Sebelum ini sebanyak 116 buah rumah telah dibina oleh MRA dan kemudiannya 300 buah lagi telah dibina dengan sumbangan CSR dari sebuah bank komersil dari Malaysia. Tanah longsor dan gempa yang berlaku pada September 2009 yang lalu telah mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan rumah dan ribuan nyawa hilang. MRA telah hadir membantu mereka dari 2009 hingga ke hari ini.

LAPANGAN 35 Helaian 14


Mesin Bordir: Memperkasa Ekonomi

Gempa Padang meninggalkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal dan juga pekerjaan. MRA telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan peralatan Mesin Bordir kepada wanita yang kehilangan rumah dan pekerjaan untuk menjahit dan menjana pendapatan. MRA berhasrat untuk membantu penduduk disini membangunkan ekonomi mereka dan keluar dari kemelut kemiskinan.

LAPANGAN 35 Helaian 15


PADANG tetap dalam agenda

MRA telah berkesempatan untuk membawa tim Al Hijrah dari rancangan Majalah Islam untuk membuat liputan mengenai Projek Rumah Syukur MRA di Sumatera Barat.

Dokumentari ringkas mengenai Rumah Syukur ini amat membantu kami dalam memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para penderma, organisasi dan media yang terlibat.

Tujuan kami mempelawa mereka untuk hadir membuat liputan adalah bagi memaklumkan kepada masyarakat Malaysia yang budiman kemana dana mereka yang disumbangkan melalui MRA telah berjaya disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

MRA juga ingin mengetengahkan kepada masyarakat Malaysia mengenai konsep pembangunan komuniti jangka masa panjang dan berterusan.

Pentingnya bantuan yang bersifat istiqamah ini diperkukuhkan. Kami mentakrifkan istiqamah ini seKami juga berhasrat untuk memaklumkan kepada bagai aktiviti berterusan, sistematik, ada pembangunan masyarakat Malaysia bahawa masih ada organisasi dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada Malaysia yang komited, serius dan bersungguh- maudhu` yang dibantu. sungguh dalam pelaksanaan program pembangunan komuniti kepada penduduk yang masih berada di- Budaya bantuan jangka masa panjang masih baru dan belum begitu popular dan meresap dalam masyarakat. dalam kesusahan.

LAPANGAN 35 Helaian 16


Kesibukan dalam menguruskan kerja-kerja bantuan di Pulau Cebu, Filipina tidak pernah melupakan kami pada tanggungjawab untuk membantu dalam mana-mana bencana yang memerlukan kehadiran MRA di Lapangan. Justeru, MRA amat komited dalam mengatur gerakan membantu mangsa banjir di lapangan tempatan.

MRA buka Pusat Pengumpulan MRA dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia cawangan Pahang telah membuka sebuah Pusat Pengumpulan di Gudang Rasau, Kuantan bagi mengumpul segala barangan makanan dan hygiene yang dihantar oleh depohdepoh pengumpulan MRA di seluruh Malaysia. Pusat ini turut beroperasi sebagai Bilik Gerakan Banjir MRA bagi daerah Kuantan, Pekan termasuk Kemaman di Terengganu.

LAPANGAN 35 Helaian 17


Tim MRA, Briged Bakti dan SAHABAT dari UiTM Jengka bergambar sebelum memulakan misi bantuan kami di sekitar Kuantan

Bilik Gerakan MRA di Gudang Rasau

Barang-barang bantuan sedang diagihkan kepada mereka yang rumahnya dilanda banjir

Pusat Pengumpulan MRA di Gudang Rasau dibuka 24 jam bagi menerima barangan dan kunjungan dari SAHABAT MRA dan sukarelawan lain

Barang-barang makanan dan hygiene yang baru diterima sedang dipunggah masuk ke Pusat Pengumpulan untuk tujuan rekod sebelum diagihkan kepada para penduduk

LAPANGAN 35 Helaian 18


DEPOH PENGUMPULAN DI HOSPITAL PAKAR AL ISLAM MRA menghadapi kedatangan banjir pantai timur yang berlaku kali ini dengan mengajak komuniti/masyarakat untuk terlibat sama dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir. MRA telah membuka beberapa buah Depoh Pengumpulan dengan Depoh utamanya ialah di Sekretariat MRA di Jalan Raja Uda, Kampung Bharu. Depoh yang lain ialah di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pejabat MRA Kedah di Taman Cinta Sayang, Pejabat MRA Perak di Ipoh dan sebuah lagi bersama pertubuhan KINDNESS di Alor Setar. Kami juga mengumpul barangan yang dikumpul oleh beberapa buah syarikat, organisasi dan universiti untuk dihantar ke Kuantan. Di Kuantan, kami telah membuka sebuah gudang pengumpulan bantuan di Kuantan berpusat di Pejabat Briged Bakti Pahang. Gudang Rasau, Kuantan. Gudang ini berfungsi untuk mengumpul dan mengagihkan bantuan ke seluruh kawasan banjir di Kuantan, Pekan, Chini dan Kemaman.

LAPANGAN 35 Helaian 19

MRA menghadapi kedatangan banjir pantai timur yang berlaku kali ini dengan mengajak komuniti/masyarakat untuk terlibat sama dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa-mangsa banjir.


SAHABAT: Siap siaga untuk mobilasi MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah menggerakkan semua sukarelawan yang telah berdaftar dengannya untuk bersiap sedia bagi mobilasi untuk misi banjir Pantai Timur. Sukarelawan di MRA dikenali sebagai SAHABAT. Mengambil semangat dan contoh daripada keikhlasan dan semangat juang para SAHABAT yang berjuang di sisi Rasulullah SAW. SAHABAT MRA dibahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan kemahiran mereka, kami turut berkerjasama dengan beberapa organisasi dan institusi untuk bersama sama membantu mangsa banjir. SAHABAT MRA yang baru dan junior akan dibantu, dibimbing dan dipimpin oleh SAHABAT MRA yang senior dan berpengalaman. Budaya sukarelawan MRA akan diterapkan kepada setiap SAHABAT supaya mereka lebih memahami dan menjiwai apa yang ditanggung oleh para penduduk yang menjadi mangsa.

Selain dari menerima bantuan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir, kami turut menerima sumbangan makanan untuk kucing yang terperangkap didalam kawasan banjir.. Kami mengucapkan syabas kepada individu yang hadir menghantar makanan kucing kepada kami, Keprihatinan anda amat kami sanjungi.

LAPANGAN 35 Helaian 20


CONFERENCE OF CIVIL SOCIETY ORGANIZATIONS IN THE ISLAMIC WORLD MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) telah berpeluang untuk turut serta didalam Persidangan CSO Dalam Dunia Islam yang berlangsung di Istanbul, Turki baru-baru ini. MRA telah menghantar Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA dan diiringi oleh Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA untuk hadir menyertai persidangan yang turut dihadiri oleh ratusan organisasi lain dari seluruh dunia.

LAPANGAN 35 Helaian 21


Kesempatan berkunjung ke pejabat Yilderim. Banyak perkara yang kami sentuh mengenai pergerakan kerja bantuan di seluruh dunia.

Kesempatan berkunjung ke Istanbul, Turki ini telah diambil oleh MRA untuk menziarahi organisasi kemanusiaan Turki bagi membina dan menjalinkan kerjasama untuk kerja-kerja bantuan kemanusiaan di masa masa yang akan datang nanti.

SUA OIC, Tuan Ihsanoglu sedang menyampaikan ucapan terima kasih kepada para perwakilan yang datang dari jauh dan dekat.

Kami telah berkunjung kepa pejabat Yilderim dan IHH bagi tujuan untuk mengadakan hubungan dan jaringan bersama mereka. Sekretariat MRA sebelum ini telahpun menerima kunjungan dari Yilderim dan IHH ketika kunjungan mereka ke Malaysia. Kami turut dibawa untuk melawat gudang bantuan IHH yang terletak di Istanbul. Cukup mengujakan, apabila melihat bagaimana kerja-kerja bantuan kemanusiaan berada di tahap yang lain daripada apa yang diamal pakai di Malaysia. Turki berada jauh dihadapan, dan ini amat menyentak MRA untuk berlari lebih pantas bagi mengekori Turki dalam persediaan dan perlaksanaan kerja bantuan di seluruh dunia. Banyak pengalaman baru yang telah dapat ditimba disini yana mana pastinya akan cuba diimplement dan digunapakai didalam MRA.

Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar telah berpeluang untuk bertemu dengan tokoh bantuan kemanusiaan yang juga pengasas Islamic Relief, Tuan Hanny Al Banna.

LAPANGAN 35 Helaian 22


Sdr. Johari Abdullah mengambil inisiatif untuk menasihatkan seorang daripada mangsa banjir agar tidak membiarkan anak-anak beliau untuk terus bermain dengan air banjir yang bertakung kerana ianya boleh mendatangkan mudarat kemudian hari nanti. Selain dari kemungkinan lemas, air ini juga mempunyai pelbagai mudarat lain seperti leptospirosis, taun dan penyakit kulit. Juga kita tidak nampak bendabenda tajam didalam air tersebut. Tidakkah mencegah itu lebih baik dari mengubati? MRA mengucapkan ribuan terima kasih kepada PEKEMA yang telah sudi menyerahkan sumbangan CSR mereka kepada Tabung Banjir Utusan MRA yang berjumlah sebanyak RM250,000. Sumbangan ini akan digunakan untuk membantu mangsa banjir dan meringankan beban tanggungan mereka. PEKEMA merupakan sebuah syarikat gabungan bumiputera yang menjadi payung kepada pengimportpengimport kereta bumiputera. Sumbangan ini membuktikan keprihatinan dan kecaknaan PEKEMA yang wajar dicontohi dan diikuti oleh syarikat-syarikat yang lain. MRA telah diwakili oleh En. Shahrul, Pengarah Eksekutif dan PEKEMA diwakili oleh Dato...xxxxxx.

TAKLIMAT ORANG ASLI DI WINDFIELD COLLEGE Sebuah Kolej Jururawat terkemuka di Kuala Lumpur, Windfield College telah menjemput MRA untuk berkongsi pengalaman bersama para penuntut mereka, bakal-bakal jururawat terlatih mengenai program pembangunan komuniti orang Asli yang MRA jalankan selama ini. Mereka telah mencapai keputusan dan berhasrat untuk turun padang bersama dengan masyarakat Orang Asli menggunapakai konsep dan kaedah yang dipraktikkan oleh MRA. Mereka juga telah mengatur jadual aktiviti dan turut mengadakan kutipan dana bagi menggerakkan program ini nanti. MRA mengucapkan tahniah dan syabas, kami amat berbangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh para pensyarah dan penuntut kolej ini, ianya sangat mengujakan.

LAPANGAN 35 Helaian 23


Program Mengecat Sekolah

Kesibukan menghantar SAHABAT ke misi banjir Pahang tidak melupakan kami kepada kerja-kerja penambahbaikan yang diperlukan untuk Sekolah Komuniti Rohingya MRA di Cheras Baru. Alhamdulillah, kami telah dibantu oleh para sukarelawan hebat yang terdiri dari ahli Global Community Club (GCC) UIA PJ yang telah sanggup menghabiskan hujung minggu mereka bersama kami. Tahniah diatas sikap dan semangat altruism yang tinggi dan terima kasih kerana sudi membantu kami memperindahkan lagi sekolah ini.

LAPANGAN 35 Helaian 24


PENUNTUT KOLEJ WINDFIELD DI POS BERSIH, SLIM RIVER SAHUT CABARAN Selepas daripada majils taklimat yang diberikan oleh MRA kepada para penuntut Kolej Windfield di Kuala Lumpur tempohari, mereka telah bersemangat dan bersedia untuk menyahut cabaran untuk melaksanakan aktiviti dan berada didalam kelompok komuniti orang Asli di Pos Bersih, Slim River, Perak. PENDEDAHAN Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para penuntut mengenai kehidupan dan kewujudan masyarakat Orang Asli. Ianya secara tidak langsung memberikan mereka latihan untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan penduduk kampung yang tinggal dalam suatu sistem kehidupan yang tidak tercemar dengan kesibukan kota dan kehidupan jalur lebar sehingga melalaikan dan melupakan setiakawan yang mereka miliki.

LAPANGAN 35 Helaian 25

PELUANG Progam sebegini juga mampu memberikan para penuntut peluang untuk membuktikan kepada diri mereka sendiri kemampuan dan keupayaan mereka untuk tinggal dan berbakti kepada mereka yang terpinggir dan berada didalam serba kekurangan. Mereka juga berpeluang untuk melihat sejauh mana kemampuan fizikal dan mental mereka dapat bertahan apabila berada di satu zon baru yang serba asing dan baru bagi mereka.

BUDAYA Disini, para penuntut juga dapat belajar dan menghayati budaya baru yang asing daripada kehidupan biasa mereka. Namun, ianya merupakan sesuatu yang menyeronokkan dan menggembirakan apabila dapat belajar sesuatu perkara yang kita tidak pernah tahu apatah lagi amalkan sebelum ini.


Selamat Melangkah ke Alam Baru Wargakerja MRA mengucapkan tahniah setingginya kepada Penolong Eksekutif Akaun MRA, Puan Farhana kerana telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Mohd Zawawi Mohd Zamberi. pada 14hb Disember 2013 yang lalu di Petaling Jaya. Farhana, selain dari tugas hakikinya di MRA, turut terlibat membantu sebagai SAHABAT di dalam beberapa aktiviti bersama komuniti Orang Asli, komuniti Rohingya dan juga komuniti OKU.

LAPANGAN 35 Helaian 26

Farhana juga akan melepaskan jawatannya di MRA selepas ini dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk beliau dan rumahtangga yang baru dibina ini, moga-moga diberkati dan dirahmati oleh Allah sepanjang masa.


SUKARELAWAN DALAM ISLAM Malaysian Relief Agency (MRA) telah turut serta terlibat berkongsi satu presentation untuk tempoh selama 10 minit di dalam Mesyuarat Tahunan Saintifik, Islamic Medical Association of Malaysia (IMAM) di Kuching, Sarawak baru-baru ini. MRA telah diwakili oleh Pengarah Eksekutif, Sdr. Mohd Shahrulazilan, dan beliau telah berkongsi mengenai konsep SUKARELAWAN DALAM ISLAM. Tajuk ini menjelaskan bagaimana tanggungjawab sebagai sukarelawan amatlah berkait rapat dengan ibadah dan dakwah didalam Islam. Presentation ini turut memaklumkan kepada khalayak pendengar mengenai MRA, Kawasan Operasi MRA, Modus Operandi MRA, Modus Vivendi MRA dan lain-lain lagi. 10 minit ini dimanfaatkan sepenuhnya, dan MRA diakhir sesi menerima 3 soalan dari para peserta yang hadir; i. Bagaimana MRA mengumpul dana ii. Apakah sasaran utama/akhir MRA dalam setiap misi iii. Bagaimana hendak menjadi SAHABAT MRA.

LAPANGAN 35 Helaian 27

MRA hadir bersama tim pembentang dari Hospital Pakar Al Islam yang diketuai oleh Pengarah Hospital Al Islam, Dr. Ishak Mas`ud, yang juga merupakan Tim. Presiden MRA. Dr. Ishak telah membentangkan kertas kerja bagi tajuk Hospital Mesra Ibadah dan Aplikasi Maqasid & Qawaid Dalam Perubatan Islam. Seorang lagi pembentang kertas kerja ialah Matron Juinarah Bevi Haja Mohideen, Pengurus Kejururawatan Hospital Pakar Al Islam. Beliau membentangkan kertas kerja - Peranan Jururawat Muslim: Satu Tuntutan. Pembentang berikutnya ialah Ustaz Mohd Shazni Abdullah, Pegawai Agama Hospital Pakar Al Islam yang telah membentangkan kertas kerja Konsep Rukhsah dan Dharurah. MRA amat berbesar hati diatas undangan yang diberikan kepada MRA, semoga peluang sebegini dapat diberikan lagi dimasa-masa yang akan datang. MRA juga mengalu-alukan jemputan dari mana-mana pihak untuk menjemput kami berkongsi pengalaman.


SISIPAN MISI KEMANUSIAAN

Pulau Cebu, Filipina

Atas dasar kemanusiaan, disulami dengan semangat setiakawan ASEAN yang tinggi, Filipina perlu dibantu... LAPANGAN 35 Helaian 28


TIM PENINJAU SELAMAT TIBA DAN LAKSANA TUGAS

TIM PENINJAU KE MISI TAUFAN HAIYAN KALI INI DISERTAI OLEH SDR. SHAHRUL DAN SDR. IQBAL. MEREKA TELAH SELAMAT TIBA DI PULAU CEBU PADA 16HB NOVEMBER 2013 DAN TERUS BERGERAK KE PULAU BENTAYAN BAGI MEMULAKAN OPERASI. Kami telah memilih Pulau Bentayan sebagai lokasi bantuan setelah membuat beberapa perkiraan dan mengmbil kira pandangan dan pendapat beberapa NGO dan organisasi lain yang bekerja di tempattempat lain yang teruk terjejas akibat taufan yang melanda ini.

LAPANGAN 35 Helaian 29

Kami berpendapat bahawa MRA perlu pantas dalam melaksanakan tindakan bantuan kerana kami mempunyai masa dan sumber yang amat terhad. Kami juga tidak mahu tersekat dan terhimpit dengan bencana yang disebabkan oleh kekurangan sokongan lojistik, seperti ketiadaan penginapan, gangguan komunikasi, ketiadaan petrol, elektrik dan sebagainya.. Kami perlu mencari lokasi yang memudahkan kami untuk bergerak, mendapat sokongan bekalan bahan yang banyak dan mudah, serta keselamatan yang terjamin. Tiada masalah pengangkutan, penginapan dan komunikasi. Justeru itu kami ke Bentayan.


PENGARAH BANTUAN KECEMASAN DAN LOJISTIK

SAMA TURUN PADANG

TIM PENINJAU MRA DIPERKUKUHKAN LAGI DENGAN KETIBAAN PENGARAH BANTUAN KECEMASAN DAN LOJISTIK MRA, TUAN HAJI KHAIRIL ANNUAR KHALID. SEMASA KEHADIRAN BELIAU, MRA TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN RASMI DENGAN KERAJAAN TEMPATAN, AGENSI BANTUAN YANG LAIN.

Kami turut bertemu dengan Dr. Rowena, Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab memantau dan menjaga kesihatan penduduk di seluruh Santa Fe. Beliau amat menghargai kehadiran dan bantuan yang bakal kami berikan. Beliau turut membawa kami melawat ke seluruh BHU (Basic Health Unit) yang beliau selenggarakan.

Kami turut dibawa berjumpa dengan sebuah NGO dari Perancis yang turut membuka klinik lapangan di Kami telah berkunjung ke Majlis Perbandaran dan gelanggang bole keranjang dihadapan BHU Santa bertemu dengan Mayor, Santa Fe bagi memaklumkan Fe.. mengenai pergerakan MRA di Santa Fe.

LAPANGAN 35 Helaian 30


TIM MEDIK PERTAMA MENDARAT

TIM MRA MEDIK YANG PERTAMA DIPIMPIN OLEH DR. SAHROL AZMI, TURUT SAMA IALAH DUA ORANG STAF NURSE DAN JUGA DUA ORANG WAKIL DARI TV AL HIJRAH YANG HADIR MEMBUAT LIPUTAN. Tim ini diketuai oleh Dr. Shahrol Azmi yang sebelum ini pernah terlibat dalam Misi Bantuan MRA di Padang, Sumatera Barat. Turut sama ialah SN Mohd Hadzami Mohd Hamdan yang biasa di kampung orang asli bersama MRA dan SN Yau Hui Yee, yang bertugas di

LAPANGAN 35 Helaian 31

sebuah hospital pakar di Subang. Dua wakil dari TV Al Hijrah ialah En. Arabi Abu Bakar dan En. Norfazlan Abdul Mutalib. Ini merupakan Tim MRA yang pertama dapat bergerak ke Pulau Kinatarcan yang terletak kira-kira 1 jam 45 minit dari Santa Fe. Mereka terpaksa mengharungi ombak besar untuk sampai ke pulau ini. Kami merasa berbesar hati diatas kehadiran tim TV Al Hijrah yang serius dan menumpukan seluruh masa dan tenaga mereka untuk mendapatkan visual terbaik bagi penonton siaran mereka.


MRA bantu Yardimeli Dernegi di Hagnaya, Cebu

Selaras dengan misi Ta`awanu Alal Birri Wa Taqwa, misi bertolong bantu, kami telah berkerjasama dengan salah sebuah organisasi bantuan kemanusiaan dari Turki, Yardimeli Dernegi untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada mangsa Taufan Haiyan yang berada di Pulau Cebu, Filipina. Tim Turki ini terdiri dari Sdr. Osman Ilhan, Sdr. Ilyas Kaymaz dan Sdr. Hasan Kuruz. Mereka telah diiringi oleh wakil MRA, Sdr. Fadhil. Mereka dijangka akan berada disana bermula dari 24hb sehingga 26hb Disember nanti.

Tim Yardimeli Dernegi ini telah berjaya menyalurkan bantuan makanan kepada lebih dari 800 keluarga mangsa Taufan di Hagnaya, Cebu. Bantuan makanan kering ini terdiri daripada beras, minyak masak, mee kering, makanan tin, gula, dan lain-lain lagi. MRA sentiasa berlapang dada dan bersifat terbuka dalam perlaksanaan kerja-kerja bantuan kemanusiaan. Tiada istilah monopoli dalam kerja bantuan sebegini terutama pada kalamiti yang berskala besar. Kami senantiasa bersedia untuk berkerjasama dengan manamana NGO yang berkongsi impian bersama kami.

LAPANGAN 35 Helaian 32


Tim Medikal Ke-2 berlepas

MALAYSIAN RELIEF AGENCY (MRA) MEMPERKUKUHKAN LAGI OPERASI DI PULAU BENTAYAN DENGAN PENGHANTARAN TIM MEDIK YANG SETERUSNYA KE SANA.

Turut menganggotai tim ini ialah Dr. Othman Abdul Hamid, SN Mohd Hairi Rusli dan SN Syamsiah Tan.

Pasukan ini turut bergabung dengan sebuah pasukan bantuan kemanusiaan dari Indonesia yang dikenali sebagai Mercy Indonesia. Kedua buah pasukan telah bersama-sama mengharungi lautan untuk sampai ke Pulau Tim Medik kali ini ketuai oleh Tuan Hj Hani Yang Ilantagaan dari Santa Fe. Kassim, Tim. Pengerusi MRA Perak yang berpengalaman luas terlibat di Padang, Pakistan, Somalia terma- Kami telah berkongsi sumber makanan, tempat tinggal dan peralatan sepanjang aktiviti bersama mereka berjalan suk program banjir dan orang asli. disana. Tahniah diatas semangat kerjasama anda.

LAPANGAN 35 Helaian 33


KEBERANGKATAN KUMPULAN KE 3 MEDIK MRA KE CEBU.

MRA TERUS MELEBARKAN SAYAP OPERASINYA DI PULAU BENTAYAN DENGAN KETIBAAN TIM MEDIK KETIGA MRA YANG DIPIMPIN OLEH DR. MARYATI MAHARON.

SN Wan Ahmad Fadhli Wan Abdul Hamid dari Hospital PUSRAWI, Sdr. Mohamad Sharizan Abdul Hamid dan Cik Fazlinie Abdul Rahim.

Sambutan penduduk tempatan terhadap tim medikal MRA amat memberangsangkan, mereka suka dengan Tim Dr. Maryati turut disertai oleh SN Muhammad orang Malaysia dan ini memberikan dorongan Shahril Abu Bakar dari Hospital Pakar Al Islam, motivasi terbaik kepada tim untuk terus berkhidmat.

LAPANGAN 35 Helaian 34


KUMPULAN KE 4 MEDIK MRA

SEDIA BERKHIDMAT

TIM KEEMPAT MEDIK MRA MENERUSKAN TRADISI YANG DIPERTAHANKAN. DIPIMPIN OLEH DR. MOHD SAIFULLAH AL HANY, TURUT DISERTAI OLEH PN. RAMLAH, CIK SITI ZAHARAH, SDR. HADRY HYZAN, MOHD FAZLI SHAHRUDIN DAN DIBANTU OLEH SDR. AZWAN RAMLI LAPANGAN 35 Helaian 35

Tim Medik yang dipimpin oleh Dr. Saifullah menjalankan tugas dengan penuh cemerlang, malah mereka juga sempat untuk menghadiri Majlis Makan Malam bersama NGO Antarabangsa yang bertugas di Bentayan. Mereka juga berkesempatan untuk ke singgah dan membuka klinik lapangan di Pulau Kinatarcan. Kehadiran mereka amat disenangi oleh penduduk tempatan dan sentiasa dikenang oleh mereka.


BATON BENTAYAN KINI DI TANGAN

TIM 5 MEDIK MRA

TIM KELIMA DIKETUAI OLEH DR. MOHD DAUD SULAIMAN, SETIAUSAHA AGUNG MRA, TURUT SERTA IALAH SDR. REZAIDI ISHAK, PENGARAH LATIHAN DAN PEMBANGUNAN MRA. TIM INI TURUT DISERTAI OLEH DR. KAMARUL ALHAQQ, SN ROSLINA HUSSIN DAN SDR. ALEX DENNIS.

Tim yang diketuai oleh Dr. Daud ini mempunyai sejarah yang tersendiri, mereka menjadi tim medik MRA pertama yang dapat beroperasi di RTC Bantayan yang selama ini dimonopoli oleh NGO dari barat. Tim ini juga berpeluang untuk membuka Klinik Lapangan di Pulau Hilantagaan, menyantuni penduduk di pulau tersebut.

LAPANGAN 35 Helaian 36


Makan bubur nama Moringa Enak dimakan diwaktu petang Tidak dilupa saudara Rohingya Walaupun sukar tetap dikenang MAKLUMAT GAMBAR: Majlis Pengagihan Beras MRA kepada para penduduk Rohingya di pinggir Sitwe selepas hari raya Qurban 1435 yang lalu.

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.