LaPANGAN 36

Page 1

LAPANGAN

On The Ground

Sebaik-baik Manusia Adalah Yang Paling Bermanfaat Kepada Orang Lain

MENGIMBANGI BANTUAN DALAM DAN LUAR PNB tampil bantu mangsa banjir KOSAS prihatin nasib mangsa banjir Kerajaan Selangor sumbang ke Tabung Haiyan SISIPAN Misi Bantuan Banjir Kuantan SISIPAN Misi Bantuan Kemanusiaan Filipina

LAPANGAN 36


MENGIMBANGI HULURAN BANTUAN DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA Masyarakat Malaysia umumnya masih baru dengan dunia bantuan kemanusiaan. Justeru sesiapa sahaja yang terlibat dalam kerja-kerja berbentuk bantuan kemanusiaan akan sentiasa dianggap sebagai seorang seorang sukarelawan. Itu baru tanggapan terhadap pekerja bantuan kemanusiaan, belum lagi terhadap keseluruhan bantuan kemanusiaan itu sendiri. Kerja-kerja bantuan begini seringkali dipandang remeh dan enteng, dan ianya hanya dibiarkan pada mereka yang bergelar sukarelawan sahaja yang menguruskannya. Sukarelawan tidak boleh dipaksa dan dipertanggungjawabkan. Keadaan ini tambah parah bila organisasi ataupun entiti yang melibatkan diri dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan sendiri pun keliru dengan peranan mereka, samada sebagai sebuah organisasi bantuan kemanusiaan atau sebuah NGO 7-11 yang semua aktiviti boleh dikaitkan dengan mereka baik berkaitan isu hak asasi manusia sehinggalah ke isu pem bunuhan Harimau Bengal pun mahu ditanganinya, apakah hendak menjadi satu badan advokasi atau satu badan pendesak atau mahu jadi `humanitarian organization` yang sebenar. MRA sentiasa mengambil pendekatan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat mengenai kewujudan organisasi seperti kami. Di negara membangun, organisasi seperti kami memainkan peranan besar dalam memberikan input kepada kerajaan mengenai banyak perkara antaranya berkaitan pengurusan bencana, perlindungan pelarian, isu miskin bandar dan gelandangan, interaksi dengan OKU, mendekati anak yatim, menyantuni warga emas, kelompok terpinggir dan seribu satu macam lagi. MRA juga sentiasa berusaha memastikan kewujudan kami disedari dan berperanan didalam masyarakat Malaysia. Kami tidak mahu MRA terkenal, dihormati dan dikagumi di luar negara tetapi didalam Malaysia, kehadiran MRA itu langsung tidak dirasai. Untuk itu, tanggungjawab terbesar kami ialah untuk mengimbangkan huluran bantuan yang kami berikan didalam negara agar setimpal dengan huluran bantuan yang kami lakukan di luar negara. Kami tidak mahu dikenali dan disebut-sebut di Geneva, Paris, New York dan London. Atau juga nama kami harum dikenali di Padang, Rangoon, Cebu, Bossaso dan Jaffna semata-mata. Kami juga mahu nama MRA dikenali di segala ceruk rantau bumi Malaysia ini sendiri, kami mahu orang Derga, Tongkang Pechah, Slim River, Gudang Rasau, Mambau, Sagil, Beaufort juga bercakap dan tahu siapa MRA dan apa yang kami lakukan.

Pendekatan LOBAL perlu dipraktikan oleh MRA bagi memastikan massa sentiasa menyokong dan mendokong segala kegiatan yang dilakukan oleh MRA. LOBAL bermaksud dahulukan LOKAL sebelum GLOBAL., ianya tidak seperti yang digunakan ramai GLOKAL, menjadi Global dahulu barulah diberikan masa dan baki untuk urusan Local. Malaysia sendiri tidak kurang isu dan aktiviti yang perlu digerakkan seperti gelandangan, `street children`, OKU, wargamas, Orang Asli dan banyak lagi. Masyarakat harus melihat MRA sebagai sebuah organisasi tempatan yang berfungsi membantu diluar negara bila keadaan memerlukan dan MRA bukannya dilihat sebagai sebuah organisasi elitis yang hanya gah di negara orang. Moga kami dipandu Allah untuk mencapai hasrat ini, Insya Allah.

Ini bukan satu kerja yang mudah, ianya memerlukan komitmen yang tinggi, kerjasama pasukan yang mantap, azam yang menggunung dan pastinya MOHD SHAHRULAZILAN SAID strategi yang menyeluruh dan mencakupi segala aspek yang diperlukan. Pengarah Eksekutif


PRESIDEN Dato Dr. Abdul Razak Kechik

TIM. PRESIDEN Dr. Ishak Mas’ud

SETIAUSAHA AGUNG

Dr. Mohd Daud Sulaiman

PEN. SUA

Hj. Shirajuddin Sirat

BENDAHARI Dato Shakir Husin Khalid

PENGARAH KESIHATAN Dr. Shahrizal Azwan

Garismasa Seorang anak kecil sedang menadah air yang dipam dari salah sebuah pam yang disumbangkan oleh orang ramai melalui MRA di Khyber Pakhtun Khwa semasa banjir Pakistan 2010 yang lalu, Alhamdulillah, pam-pam yang dibangunkan oleh MRA ini masih lagi berfungsi dan digunakan sehingga kini. Kami masih lagi beroperasi di Pakistan dan mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai untuk operasi kami disana. Terima kasih diatas sumbangan dan kepercayaan anda!

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

SOKONG & SUMBANG kepada MRA

PENGARAH LATIHAN & PENGEMBANGAN En. Mohd Rezaidi Ishak

PENGARAH PENGUMPULAN DANA Puan Sheerin Begum

PENGARAH PEMBERDAYAAN EKONOMI Dr. Hyan Yusoff PENGARAH BANTUAN KECEMASAN & LOJISTIK Hj. Khairil Annuar Khalid

PENGERUSI MRA PERAK Dr. Abdul Karim Russ

PENGERUSI MRA KEDAH Dr. Saifullah Abdul Halim

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

MALAYSIAN RELIEF AGENCY

5640 9820 6365 1411 0000588 10 2 MALAYSIAN RELIEF AGENCY FOUNDATION

3988 591 608

MAKLUMAT lanjut untuk SOKONG & SUMBANG kepada MRA boleh hubungi Jabatan Kewangan MRA di talian 03 2697 2007

PENGARAH EKSEKUTIF

En. Mohd Shahrulazilan Said

PENGURUS SEKRETARIAT Cik Fauziah Tahar

PENGURUS OPERASI En. Mohd Iqbal Abu Bakar

KOORDINATOR ROHINGYA En. Johari Kan Abdullah

LAPANGAN 36 Helaian 2


Dato Shakir Khalid menerima replica cek dari Tan Sri Hamad Kama Piah sambil diperhatikan oleh Tan Sri Mohamad Hashim Ahmad Makaruddin

PNB tampil bantu mangsa banjir MRA menerima sumbangan yang berikutnya dari GLC gergasi Malaysia, PNB melalui tabung banjir yang dilancarkan bersama Kumpulan Akhbar Utusan. Sebanyak RM300,000 telah diserahkan kepada MRA yang diwakili oleh Bendahari MRA, Dato Shakir Khalid. Sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah. Hadir sama ialah Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan dan Datuk Zuraidah Atan, Pengerusi Yayasan Sukarelawan Siswa.

LAPANGAN 36 Helaian 3

Sumbangan ini telah kami gunakan bagi menyokong kerja-kerja bantuan yang digerakkan oleh SAHABAT MRA disamping membantu golongan Orang Kurang Upaya yang terjejas akibat banjir ini.


Dato Mohd Aini Taib menyerahkan mock cheque berjumlah RM30,000 kepada MRA

KOSAS PRIHATIN, SALUR RM30,000

Sdr. Shahrul sedang menerangkan bagaiman MRA bergerak di Pahang untuk Misi Banjir ini

Wartawan Utusan sedang menemuramah wakil MRA

MRA terus menerima sumbangan dari organisasi yang prihatin dan cakna dengan nasib rakyat yang mangsa banjir di Kuantan, Pahang dan Terengganu. Terbaru, MRA telah menerima sumbangan berjumlah RM30,000 disamping pelbagai barangan makanan dan barangan kesihatan yang disumbangkan oleh Koperasi Serbaguna Anak Anak Selangor Berhad (KOSAS). Sumbangan barangan dan pakaian turut dikumpulkan dari kakitangan dan warga kerja KOSAS yang peka dan merasa terpanggil untuk turut sama membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur tanahair ini.

Dalam kenyataan kepada media, Dato Ani turut memaklumkan bahawa penderitaan dan kepayahan yang dialami oleh penduduk di Pahang dan Terengganu juga turut dirasai oleh mereka yang berada di Selangor kerana kita adalah satu masyarakat yang cukup rapat.

Bantuan yang disalurkan oleh KOSumbangan dari KOSAS ini telah disampaikan oleh Dato Mohd Aini SAS ini telahpun selamat diagihkan Taib selaku Pengerusi KOSAS kepada MRA yang diwakili oleh En. oleh MRA di kawasan Chini, Pahang yang teruk dilanda banjir. Mohd Shahrulazilan selaku Pengarah Eksekutif MRA.

LAPANGAN 36 Helaian 4


Dr. Mohd Daud Sulaiman, SUA mempengerusikan Mesyuarat ini yang turut dihadiri oleh Hj. Shirajuddin Sirat, PSUA dan Sdr. Mohd Rezaidi Ishak, Pengarah Latihan dan Pembangunan MRA.

MESYUARAT PENYELARASAN BANJIR KUANTAN DAN TAUFAN HAIYAN Mesyuarat Penyelarasan Banjir dan Taufan Haiyan melibatkan Biro Medik MRA, Biro Latihan dan Pembangunan, Biro Bantuan Kecemasan, Jabatan Komunikasi Korporat, Jabatan Sumber Manusia dan Jabatan Operasi. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Agung, Dr. Mohd Daud Sulaiman.

Manakala bagi gerakerja banjir pula, mesyuarat dimaklumkan mengenai perkembangan bantuan banjir yang telah disalurkan oleh MRA di lapangan. Projek bantuan susulan yang perlu dilakukan serta kerjakerja pembaikan dan pembersihan yang boleh disumbangkan oleh sukarelawan MRA.

Mesyuarat ini membincangkan pemasalahan dan rintangan yang dihadapi dalam perlaksanaan program dan penghantaran tim MRA ke Pulau Cebu dan Pulau-pulau berhampiran seperti Ilantagaan dan Kinatarcan.

Turut dibincangkan ialah jaringan kerjasama yang telah dibentuk, serta bentuk persepakatan diantara ngo-ngo dan organisasi lain yang boleh dimanfaatkan oleh MRA.

Laporan-laporan dari tim-tim Medik yang telah berkhidmat dibincangkan dan beberapa cadangan dan penambahbaikan dikaji dan bakal dilaksanakan. Turut dibincangkan ialah aspek negatif dan beberapa ruang dan aspek yang perlu diperbaiki, dimantapkan lagi bagi melancarkan pergerakan, komunikasi dan tindakan di Lapangan.

LAPANGAN 36 Helaian 5

Aspek keselamatan terutamanya yang melibatkan air banjir dan menyeberang sungai deras perlu diberikan perhatian serius dan utama. Tidak boleh kompromi dalam hal ini walaupun ianya nampak remeh dan kecil. MRA memutuskan untuk terus membantu di Kuantan dan kawasan sekitarnya sehingga selesai gelombang kedua yang dijadualkan akan tiba.


Kelihatan Sdr. Ikhsan Abdul Wahab dan teman-teman sedang memunggah barang-barang sumbangan ke dalam lori untuk dihantar kepada mereka yang memerlukan di Kuantan dan Kemaman.

WARGA AL HIJRAH HANTAR BANTUAN SAHABAT MRA gigih membantu sukarelawan dari TV Al Hijrah memunggah bantuan untuk dihantar kepada mangsa banjir di Kuantan dan Kemaman. Tahniah diucapkan kepada Warga TV AL Hijrah yang prihatin dan bersungguh-sungguh membantu mangsa-mangsa banjir. Tim MRA ini diselia oleh Sdr. Ikhsan Abdul Wahab yang juga merupakan ahli MyCORPS

Sebuah perkumpulan usahawan-usahawan yang berpejabat di Kuala Lumpur, yang dikenali dengan nama pertubuhan Ferra Ferisya telah tampil membantu MRA dalam Misi Banjir kali ini. Mereka bukan sahaja menghulurkan sumbangan dana dan barangan makanan dan hygiene untuk mangsa banjir, malah mereka turut mengembleng tenaga ahli mereka untuk turut serta turun padang membantu memasak serta kerja-kerja pengagihan bantuan serta pembersihan yang dilakukan. Kami amat berbangga dengan komitmen dan bantuan yang telah mereka berikan.

Ahli jawatankuasa Pertubuhan Ferra Ferisya memberikan pose istimewa untuk LaPANGAN MRA.

LAPANGAN 36 Helaian 6


Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni.

BRIGED BAKTI KELANTAN TURUN PADANG Anggota Briged Bakti bergambar bersama tim Yayasan Al Khalifah yang turut hadir membantu

Sukarelawan ini juga akur tiada layanan VIP yang bakal mereka terima, mereka harus bermalam di bangunan Tadika dan sebahagian lagi bermalam di ibupejabat Briged Bakti Pahang tanpa ada sebarang tilam dan bantal empuk. Latihan yang diterima dalam Briged Bakti telah mereka manfaatkan sepenuhnya, menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi segala kesulitan dan kesukaran.

Kehadiran sukarelawan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu penduduk kampung setempat untuk membersihkan persekitaran mereka disamping membantu mereka MISI Bantuan Banjir ke Kuantan dimeriahkan lagi dengan kehadiran mengemas dan mengatur rumah mereka yang tenaga sukarelawan yang terdiri dari ahli-ahli Briged Bakti Malaysia teruk dilanda banjir. cawangan Kelantan. MRA merasa amat berbesar hati dengan keMereka telah merancang perjalanan ini dengan baik sekali, dan mereka hadiran sukarelawan yang berdisiplin dan memutuskan untuk hadir dengan menaiki bas ekspress dari Kota Bharu mempunyai sahsiah serta budi pekerti yang ke Kuantan. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh mulia, yang tahu membawa diri dan mencari sukarelawan Briged Bakti Kelantan ini perlu dicontohi dan dijadikan ruang untuk menabur bakti dan jasa kepada sebagai penanda aras. masyarakat yang memerlukan.

LAPANGAN 36 Helaian 7


Dr. Mohd Daud Sulaiman sedang memberikan taklimat kepada ahli tim Medik ke-9, turut hadir ialah Dr. Shaharizal Azwan, Pengarah Medik MRA

Tim Medik ke-9 siap sedia

Manusia hanya merancang, Allah jua yang menentukan

Meneruskan misi bantuan kemanusiaan dari rakyat Malaysia

Misi Bantuan Kemanusiaan Filipina bagi mangsa Walaupun telah memasuki hampir dua bulan Taufan Taufan Haiyan diteruskan dengan penghantaran Haiyan atau lebih dikenali sebagai Yolanda di pasukan Medik ke 9. kalangan penduduk setempat melanda kawasan Pulau -pulau Samar, Leyte, Cebu dan Negros. Masih Misi kali ini disertai oleh enam SAHABAT MRA, Tim ini banyak lagi kerja-kerja bantuan dan pemulihan yang diketuai oleh Dr. Alifah Mohd Zizi dibantu oleh perlu dilakukan. Dr. Salmah Zakariah, SN Noor Hazrin Zainudin, SN Mohd Azmee Ismail, En. Amir Effendi Abd. Rahim Selain daripada bantuan rawatan kesihatan dan dan En. Muhammad Kamarulazizi. Amir Effendi dan perubatan, MRA turut membantu program pem Muhammad merupakan penggerak kepada sebuah bangunan semula rumah penduduk tempatan yang pertubuhan yang dinamakan Kindness. musnah dan rosak teruk dalam taufan tempohari. Sama seperti tim-tim yang terdahulu, Tim 9 juga akan MRA amat mengharapkan lebih ramai orang dapat berada di Masjid Cebu Madinah, Hagnaya terlebih tampil bagi membantu kerja-kerja pasca taufan yang dahulu sebelum bergerak menuju ke Pulau Bentayan. semakin dilupakan di Filipina ini.

LAPANGAN 36 Helaian 8


Sumbangan dari

Warga MINDEF

MRA telah menerima bantuan sebuah trak 3 tan Tentera untuk hantaran bagi barang-barang berikut: IM (Item Makanan) dan IBM (Item Bukan Makanan) dari Sekretariat MRA ke Bilik Gerakan MRA di Gudang Rasau, Kuantan. Trak ini akan bergabung dengan dua buah lagi trak yang akan bergerak menuju Kuantan esok pagi. Terima Kasih kepada warga awam dan tentera di MINDEF yang menyumbang IM dan IBM untuk mangsa-mangsa banjir melalui kerjasama MRA, moga ALlah merahmati anda semua.

Adik-adik CELORENG bergambar bersama Pengurus Kanan, Cik Fauziah Tahar di hadapan Sekretariat MRA, Kg. Baru

LAPANGAN 36 Helaian 9

Sumbangan dari warga MINDEF telah diserahkan oleh YBhg. Dato’ Jalil Marzuki, TKSU Pengurusan, Kementerian Pertahanan kepada Sdr. Mohd Shahrulazilan Said, Pengarah Eksekutif MRA . Kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan.


DUA buah trak 3 tan tentera di perkarangan Dewan Mat Kilau, Gudang Rasau, Kuantan

Sumbangan MINDEF Tiba di Gudang Rasau SAHABAT MRA membantu kerja-kerja pemunggahan

Penat berkerja, semua yang hadir dari KL menjamu selera dengan menu ala Pantai Timur

Barang-barang bantuan yang terdiri daripada bahan makanan kering, barang-barang kesihatan dan kebersihan telah disumbangkan oleh warga kerja MINDEF yang prihatin dan merasa terpanggil dengan kesukaran yang sedang dilalui oleh para penduduk di Kuantan dan kawasan sekitarnya yang terlibat dalam bencana banjir kali ini.

Semangat bantu membantu seperti yang ditunjukkan oleh warga MINDEF ini amatlah membanggakan dan perlu dijadikan sebagai penanda aras oleh organisasi lain. Mereka perlu cemburu dengan kesediaan dan keterbukaan warga MINDEF dalam membantu mangsa banjir Kuantan ini.

Tiga buah trak tentera 3 tan telah digunakan bagi membawa Sumbangan yang diserahkan ini pastinya dapat membarangan ini untuk diedarkan kepada para penduduk disana. beri keringanan kepada mangsa mangsa banjir ini.

LAPANGAN 36 Helaian 10


Tangki dibina bagi memudahkan pengumpulan dan pengagihan air kepada para penduduk

MRA telah beroperasi di wilayah konflik Arakan terutamanya di Bandar Sitwee dan kem-kem sementara Rohingya di sekitar bandar itu sejak dari Ogos 2012 lagi.

MUDAH, budak kecil pun boleh guna

Kehadiran MRA di lapangan tidak begitu dialu-alukan terutamanya oleh host community, penduduk Rakhine yang percaya bahawa bumi Arakan adalah milik mutlak mereka dan bukannya dikongsi dengan

bangsa lain, terutamanya Rohingya. Kepercayaan karut dan taksub kepada bangsa telah menjadikan mereka lupa pada sejarah asal Arakan dimana orang Rakhine dan Rohingya sebenarnya adalah bersaudara, mereka bersama-sama mempertahankan bumi tersebut dari seragan empayar Burma suatu masa dahulu.

Projek Pam Air Sitwe MRA

Bekalan air masih lagi keperluan utama bagi para penduduk di perkampungan Rohingya

Terima kasih pada para penyumbang

LAPANGAN 36 Helaian 11


LASAK dan tahan lama, insya Allah. Design berubah mengikut keadaan mukabumi

Manfaat untuk para penduduk kampung

Sebanyak 30 buah pam air telah berjaya dibina oleh MRA di beberapa buah kem penempatan sementara Rohingya yang terletak di sekitar Sitwee, Arakan.

30 buah pam air berjaya dibina

Projek ini menghadapi pelbagai kekangan dan gangguan, terutamanya kesukaran untuk mendapatkan kebenaran ber kerja daripada pihak berkuasa setempat, namun atas kesabaran dan diplomasi yang tinggi, terlaksana juga projek yang pada dasarnya mustahil untuk dilaksanakan. Terdapat beberapa lagi projek MRA yang masih belum dapat dilaksanakan antaranya ialah projek pembangunan Rumah Sitwe dan program kesihatan dan klinik lapangan MRA di kem-kem penempatan sementara Rohingya disini.

LAPANGAN 36 Helaian 12


MRA KEDAH SUDAH BUKA TIRAI TAHUN BARU MRA Kedah telah mengadakan satu mesyuarat dikalangan ahli-ahlinya dan SAHABAT MRA Kedah bagi membincangkan kedudukan ahli jawatankuasa, perancangan aktiviti dan pengumpulan dana. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengerusi MRA Kedah, Dr. Saifullah Al Hany. Turut hadir ialah pimpinan MRA Negeri Kedah. Mesyuarat ini antara lainnya memutuskan para perwakilan MRA Kedah yang akan turut serta didalam retreat MRA yang akan diadakan pada bulan Februari nanti.

KUNJUNGAN EN BAKTIAR HASNAN KE MRA MRA menerima kunjungan dari Sdr. Baktiar Hasnan, Pegawai Perhubungan Awam dari Universiti Multimedia, Kuala Lumpur yang berkunjung ke Sekretariat MRA baru-baru ini. Sdr. Baktiar sebelum ini merupakan seorang sukarelawan yang pernah bertugas di Pakistan bersama sebuah NGO untuk tempoh hampir setahun. Kehadiran beliau adalah bagi membincangkan kerjasama diantara MRA dan universiti Multimedia dalam melatih para penuntut universiti untuk kerjakerja bantuan kemanusiaan.

MRA PERAK MULAKAN LANGKAH TAHUN BARU MRA PERAK turut mengadakan pertemuan di kalangan ahli jawatankuasanya dan pimpinan MRA Perak di Ipoh baru baru ini. Pertemuan ini selain daripada membincangkan mengenai aktiviti dan perlaksanaan program MRA Perak, ianya turut menyentuh perlaksanaan program di Pulau Bentayan, Filipina serta di Hagnaya. Mesyuarat ini juga memutuskan perwakilan MRA PERAK untuk hadir didalam retreat MRA Pusat yang bakal berlangsung dalam bulan Februari nanti.

LAPANGAN 36 Helaian 13


DEBBIE STOTHARD DI MRA YANGOON MRA Myanmar merasa amat berbesar hati diatas kunjungan teman lama MRA, Cik Debbie Stothard yang kini merupakan wakil kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Selain dari melakukan kerja-kerja bantuan kemanusiaan di wilayah bergolak Arakan bagi keduadua belah pihak yang bertelagah di sana, MRA turut terlibat secara serius dalam usaha-usaha bagi menyemarakkan dialog silang agama dikalangan organisasi dan pertubuhan belia di Myanmar. MRA percaya perpaduan dan keamanan dapat dipupuk melalui sikap hormat menghormati, toleransi dan kefahaman yang jelas mengenai anutan dan kepercayaan orang lain.

WAKIL MRA DIJEMPUT BERTEMU QUINTANA MRA Myanmar sekali lagi diberi penghormatan untuk hadir dalam pertemuan bersama wakil khas PBB ke Arakan, Tuan Tomas Ojea Quintana. MRA telah diwakili oleh Koordinator MRA Myanmar, En. Shine Win. Hadir sama ialah U Panna Wunsa (pemimpin Revolusi Safron), Myo Win (Smile Education) dan U Aye Lwin (wakil dari Religions for Peace) Dalam pertemuan ini, MRA turut menyuarakan kesulitan dan kesukaran yang dihadapi oleh NGO kecil seperti kami untuk bergerak dan melakukan aktiviti di Sitwe.

KUN CHALIDA KUNJUNGI MRA YANGOON Pejabat MRA Myanmar terus menjadi tumpuan penggerak NGO dan organisasi massa dari dalam dan luar Myanmar. Terbaru, kami menerima kunjungan dari tokoh keamanan yang tidak asing lagi di rantau Asia, Kun Chalida yang juga merupakan Pengarah bagi Forum Asia. Beliau berada di Yangoon dalam rangka kerja bagi membantu menjayakan ASEAN People Forum yang dijangka akan berlangsung pada bulan Mac nanti. Terima kasih kerana sudi mengunjungi pejabat kami.

LAPANGAN 36 Helaian 14


TIM SEPULUH sedia meluncur TIM KeSEPULUH diketuai oleh Dr. Wahidah Jamaan dan dibantu oleh SN. Nur Liyana Farhani Mohd Dali, SN Marina Abd. Majid, Mohamad Suhadi Ali Rahmat dan Stein Van Lutam

Dr. Daud, SUA hadir memberikan taklimat kepada tim Medik MRA ke Sepuluh di Cebu.

Seperti yang direncanakan, sepuluh tim medik, itulah yang kami laksanakan. Tim kesepuluh dijangka akan mengakhiri operasi medik MRA di Pulau Bentayan dan kawasan operasi sekitarnya. MRA masih mempunyai beberapa program dan projek lain yang masih berjalan di Pulau Bentayan; kami masih mempunyai program pembangunan Rumah Salamat, yang kami sasarkan sebanyak 300 buah unit perlu disiapkan dan kami juga mempunyai program pembaikan semula Masjid Cebu Madinah di Hagnaya yang dijangka akan mengambil masa yang agak panjang juga.

Mereka dijangka akan menutup segala aktiviti bantuan medik MRA da n m en ye r ah k an segala kelengkapan dan ubtat-ubatan yang berbaki kepada pihak berkuasa tempatan. Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada semua ahli Tim Sepuluh, semoga sukses dan sentiasa cemerlang dalam setiap tindakan.

KERAJAAN SELANGOR SUMBANG RM20,000 UNTUK HAIYAN

Wakil-wakil NGO dari Islamic Relief, Buddhist Szu Chi dan MRA menerima sumbangan dana dari YB Rodziah mewakili Kerajaan Negeri Selangor sambil disaksikan oleh Duta Besar Filipina ke Malaysia.

LAPANGAN 36 Helaian 15


SISIPAN ISTIMEWA MISI BANTUAN BANJIR PAHANG DARUL MAKMUR Pusat pengumpulan sumbangan orangramai di Gudang Rasau ini sentiasa sibuk dan dipenuhi dengan barang sumbangan orang ramai dari seluruh negara.

LAPANGAN 36 Helaian 16


IKHLAS membantu tanpa mengharapkan balasan

KERJASAMA BRIGED BAKTI MALAYSIA PAHANG Kerjasama membawa berkat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing

Operasi banjir Kuantan digerakkan oleh MRA dengan kerjasama Briged Bakti Malaysia Pahang. MRA turut mendapat kerjasama daripada pelbagai institusi dan organisasi termasuk Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Institusi kemahiran dan teknikal. Kami turut menerima kehadiran sukarelawan yang datang dari pelbagai latarbelakang yang terdiri dari rakyat Malaysia yang prihatin dan siap sedia untuk menyumbang.

LAPANGAN 36 Helaian 17


Makanan kering dan barangan kesihatan yang dikumpulkan oleh Persatuan di pejabat mereka di Kuala Lumpur.

PERSATUAN USAHAWAN FEEYA FARIESYA SERAH BARANGAN DAN SUMBANGAN DARI AHLIAHLINYA KEPADA MRA Sebuah perkumpulan usahawan yang dikenali sebagai Persatuan Usahawan Feeya Fariesya telah tampil kehadapan bagi membantu mangsa banjir Kuantan dengan sedaya upaya mereka.

Terima kasih kerana sudi berkerjasama dengan MRA

Mereka turut mengadakan pusat pengumpulan sumbangan bagi ahli-ahli persatuan yang berhasrat untuk menyumbang dan segala sumbangan yang terkumpul ini telah diserahkan kepada MRA untuk diagih-agihkan kepada penduduk di kawasan yang dilanda banjir. Bukan setakat itu saja, mereka turut meng hantar tim pada 13hb hingga 15hb Disember yang lalu ke Gudang Rasau, Kuantan untuk sama-sama berganding bahu dalam meng hulurkan bantuan kepada para penduduk yang dilanda banjir ini. Mereka turut membantu kerja-kerja memasak dan pengagihan bantuan semasa berada disana.

Barangan terkumpul siap sedia untuk dihantar ke Kuantan

Tahniah dan terima kasih diucapkan.

LAPANGAN 36 Helaian 18


SAHABAT MRA dari Kuala Lumpur dan Kuantan bergabung bagi menghantar bantuan kepada penduduk di perkampungan berhampiran yang dilanda banji baru-baru ini di Tasik Chini

BANTUAN MRA SAMPAI KE TASIK CHINI Sesi taklimat Sahabat MRA mengenai misi yang akan dijalankan esok hari

SAHABAT MRA dan anak-anak penduduk kampung sedang bergambar mesra.

MRA turut berjaya mengatur penghantaran bantuan sehingga ke kawasan berhampiran Tasik Chini, kawasan ini yang teruk ditenggelami air dan baru saja dapat dilalui oleh kenderaan ringan ketika kami tiba.

SAHABAT MRA telah melakukan kerja-kerja pembersihan dibeberapa tempat yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan tersebut. Kami turut mengadakan edaran sumbangan orang ramai kepada penduduk setempat.

Tim bantuan kali ini turut disertai oleh Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar dan turut bersama ialah SU MRA Kami turut membantu mengedarkan beg sekoNegeri Pahang, Sdr. Mahadi. Banjir kali ini merupakan pem- lah yang disumbangkan oleh ABIM kepada babitan pertama MRA Pahang dalam mobilasi gerak bencana murid-murid sekolah dikawasan tersebut. MRA

LAPANGAN 36 Helaian 19


Tim SAHABAT MRA dari Kuala Lumpur yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang hadir untuk satu tekad—Membantu penduduk Kuantan! WOW!

SAHABAT MRA TIBA BERTALI ARUS MRA menerima begitu ramai SUKARELAWAN yang hadir untuk berkhidmat membantu mangsa banjir dalam Misi Banjir Kuantan ini. MRA hanya bertindak sebagai penyelaras dan membantu mengatur urusan lojistik kepada mana-mana organisasi dan kumpulan Sukarelawan yang ingin hadir membantu. Kami tidak memberikan arahan apatah lagi membuat keputusan secara sendirian dalam perkara ini.

Semua keputusan yang diambil adalah dibincangkan secara bersama dan telus. Segala isu yang membabitkan kos dan dana akan dimaklumkan secara terbuka. Kami amat gembira dengan semangat yang ditunjukkan oleh Sukarelawan yang sanggup datang dan bersusah payah demi untuk membantu para penduduk yang ditimpa kesulitan.

Ianya bukanlah satu perkara yang mudah kerana Melayan ratusan Sukarelawan hampir setiap hari semelibatkan banyak pihak dan authority. masa misi banjir ini berjalan sedikit memenatkan tetapi ianya sangat mengembirakan kami

Gabungan Tim Sukarelawan Briged Bakti Malaysia Cawangan Kelantan dan SAHABAT MRA dari Kuala Lumpur, misi bantuan kemanusiaan mempertemukan kita semua!

LAPANGAN 36 Helaian 20


Berkongsi apa yang ada, segala sumbangan yang kami terima diagihkan kepada penduduk kampung yang terjejas dalam kejadian banjir tersebut

MRA HANTAR BANTUAN KE PINTU RUMAH komited!

Kerja pasukan

MRA memastikan segala bantuan yang telah dikumpul dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan selayaknya. Justeru itu, kami turut mengambil inisiatif untuk menghantar sumbangan dan barang keperluan terus kepada mangsa banjir di rumah mereka. Kehadiran kami dapat menggembirakan para penduduk dan mereka amat berterima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan.

Para penduduk mengucapkan terima kasih dan mendoakan para penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan MRA hanya menjadi orang tengah membantu dalam penyaluran sumbangan orang ramai kepada para penduduk yang terjejas.

Hingga lewat malam

LAPANGAN 36 Helaian 21


Tim Tukang Masak begitu obsess dengan tugasan memasak sehingga mereka sanggup tidur di tepi dapur!

SUKARELAWAN BANTU SEDIA JUADAH Sistem kaunter memudahkan para Sukarelawan untuk mengambil makanan disamping boleh mengelakkan pembaziran

Tim Sukarelawan Im4U-USM berganding tenaga dengan Sukarelawan dari tim Feeya Farisha di Gudang Rasau

Menguruskan lojistik untuk SAHABAT MRA yang mencecah sehingga 300 orang pada satu-satu masa bukanlah perkara mudah. Ianya memerlukan perancangan, komitmen, kesungguhan dan kreativiti. Satu pasukan memasak yang terdiri dari SAHABAT dan sukarelawan MRA bersilih ganti membantu kerja-kerja menyediakan makanan untuk SAHABAT MRA, sukarelawan yang datang membantu dan juga kepada para penduduk kampung. Sukarelawan menyediakan makanan untuk Sukarelawan yang lain!

Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada tim Bulan Sabit Merah Pahang, tim Nasi Lemak UIA, tim Sukarelawan IM4U, tim Feeya Farisha, tim Briged Bakti dan lain-lain yang tidak dapat kami sebutkan nama mereka disini.

LAPANGAN 36 Helaian 22


Pak Hamzah, Veteran VAT 69 turut turun padang membantu

Anak-anak muda generasi pelapis sukarelawan sedia ada

Terima Kasih Yob dan Yong!

MRA PERAK HANTAR BANTUAN KE KUANTAN TIM SUKARELAWAN MUDA yang siap sedia untuk kerja-kerja pemunggahan

MRA PERAK mengambil langkah aktif berkerjasama dengan Pasukan Pengakap dan MAPIM telah berjaya menghantar bantuan makanan dan kelengkapan ke Gudang Rasau yang menjadi Pusat Pengumpulan Banjir MRA di Kuantan. Pelbagai bantuan dan sumbangan orang ramai yang dikumpulkan di Ipoh telah dibawa untuk diagihkan. Keprihatinan orang ramai terhadap nasib mangsa-mangsa banjir amat membanggakan.

LAPANGAN 36 Helaian 23


MRA tidak hanya di Kuantan, kami turut masuk ke kampung pendalaman dan yang terputus hubungan jalanraya bagi menyalurkan bantuan yang diberikan oleh orang ramai, tahniah pada semua yang terlibat membantu!

BANTUAN MRA SAMPAI KE CHENOR Pengarah Bilik Gerakan MRA-Briged Bakti di Gudang Rasau, Sdr. Helmi, beliau juga merupakan CEO Briged Bakti Malaysia

Kami perlu menggunakan bot untuk sampai ke sini dan kami mesti menggunakan pemandu bot yang mahir dan terlatih kerana arus sungai yang deras

Kawasan Chenor, merupakan antara lokasi dimana MRA telah turun untuk menghantar bantuan makanan dan kelengkapan yang lain. Pergerakan agak terbatas dengan paras air sungai yang tidak surut menjadikan penduduk kampung-kampung berhampiran Chenor terputus dari mendapat bantuan dari luar dan kesukaran bagi orang luar untuk memasuki kawasan tersebut. Pengarah Bantuan Kecemasan dan MRA, dengan kerjasama dari Briged Bakti Malaysia serta Lojistik MRA bersama SAHABAT MRA Sukarelawan UPSI telah berjaya menyeberang dan di tebing Sungai Pahang menghantar bantuan kepada para penduduk yang terkepung

disana.

LAPANGAN 36 Helaian 24


MRA merasa bertuah kerana dapat belajar dari Tim Sukarelawan UPSI mengenai kaedah penggunaan bot getah yang praktikal dan mudah, mengambil ruang penyimpanan yang minimum dan tempoh pemasangan yang singkat.

SUKARELAWAN UPSI & MRA GABUNG BAKTI Kehadiran tim bantuan MRABriged Bakti dan UPSI di kawasan Chenor ini disambut mesra oleh penduduk tempatan. Orang kampung sambut meriah kehadiran kami

Anak-anak muda dan penduduk Mencari pakaian yang sesuai setempat sangat membantu dan memberikan kerjasama. Mereka telah menolong kami untuk memunggah segala barangan yang kami bawa. Juga, mereka turut membantu kami dalam mengagih-agihkan bantuan untuk setiap rumah penduduk disitu, malah mereka juga mempunyai senarai lengkap semua penduduk dan rumah yang ada disitu.

Pemuda-pemuda kampung disini amat membantu, mereka menjadikan kerja kami lebih mudah dan bermakna!

Kerjasama sebegini amat diperlukan dan secara tidak langsung memudahkan kerja-kerja bantuan yang kami lakukan.

LAPANGAN 36 Helaian 25


Terima Kasih atas sumbangan hangpa semua noo!

MRA KEDAH HANTAR BANTUAN TERKUMPUL

SYABAS diucapkan diatas kegigihan MRA Kedah mengumpulkan bantuan dari masyarakat setempat bagi mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh mangsa banjir di Kuantan dan kawasan sekitarnya. Walaupun tempoh masa yang diberikan adalah singkat, namun MRA Kedah dengan keupayaan dan kemampuan yang ada berjaya melaksanakan tugasan ini dengan baik sekali.

Barang-barang ini telah selamat sampai ke Pusat Pengumpulan Bantuan MRA di Gudang Rasau dan kemudiannya telah diagih-agihkan kepada keluarga yang serba memerlukan. Bantuan makanan dan lain-lain barangan yang disumbangkan amat dihargai oleh penduduk setempat.

LAPANGAN 36 Helaian 26


Beratur menunggu nama dipanggil dalam sesi agihan bantuan makanan kering untuk penduduk di Hagnaya, kerjasama diantara ngo Turki—Yerdimelli dan MRA

SISIPAN KHAS MISI BANTUAN KEMANUSIAAN

TAUFAN HAIYAN PULAU BENTAYAN, CEBU LAPANGAN 36 Helaian 27


Ahli-ahli Tim Medik ke Enam MRA bergambar bersama Sdr. Rambo dan isterinya dihadapan Rumah Salamat yang sedang disiapkan

Tim ENAM Medik MRA beraksi

Dr. Shaharizal Azwan sedang dibantu oleh SN Zulna dan Sdr. Alex ketika sedang merawat salah seorang pesakit

Sdr. Johari Kan sedang bergurau senda dengan kanak kanak yang hadir ke klinik Lapangan MRA di Bantayan

TIM ENAM Medik MRA ini dipimpin oleh Pengarah Medik MRA sendiri iaitu Dr. Shaharizal Azwan, dibantu oleh SN Zulna Azfarhana, SN Renobastian dan Penyelia Sekolah Rohingya MRA, Sdr. Johari Kan Abdullah. Seperti tim-tim terdahulu, mereka juga turut ke Pulau Bentayan dan pulau-pulau yang berhampiran. Tim ini bertanggungjawab untuk memulakan pembinaan projek Rumah Salamat bagi Sdr. Rambo yang merupakan salah seorang SAHABAT MRA Bentayan yang rumahnya telah ranap dihempap pokok kelapa ketika taufan melanda.

Sdr. Alex dan SN Renobastian sedang membuat dressing keatas salah seorang pesakit yang berkunjung ke klinik Lapangan MRA

LAPANGAN 36 Helaian 28


Tim ke 7 dianggotai oleh Dr. Kam Ming Long, Matron Khatijah Ariffin, SN Norhayati Ahmad, Hj. Ahmad Dahalal dan Pak Hamzah Hashim. Pak Dahalal dan Pak Hamzah merupakan bekas anggota komando VAT69 yang turut serta bagi memantau tahap keselamatan bagi penerusan misi seterusnya dan persepsi masyarakat terhadap kerja-kerja bantuan yang disalurkan oleh MRA.

Tim TUJUH menggalas misi Klinik Lapangan MRA terus berbakti

Bersama anak anak di Masjid Cebu Madinah, Hagnaya

Rumah Salamat Rambo yang sudah hampir siap

Selain dari mengadakan klinik lapangan di Hagnaya dan di Pulau Bentayan, tim tujuh juga melakukan pemantauan berkenaan penerimaan masyarakat setempat terhadap kehadiran MRA disana. Alhamdulillah, maklumbalas yang kami terima dari lapangan amat positif dan memberangsangkan. Tahniah diatas sumbangan dan kerjasama dari semua tim yang terdahulu.

LAPANGAN 36 Helaian 29


Dari kiri:- Sdr. Fadhil, Hj. Azmi, Pastor Pepe, Dr. Hyzan, Dr. Faried, Sdr. Norazhar dan SN Rif Atunnailah bergambar di Bentayan.

Tim LAPAN curah bakti di Bentayan Dalam perjalanan menuju ke salah sebuah Pulau di Bentayan

Kenderaan rasmi MRA di Bentayan

Hj. Azmi beraksi di ETC Bentayan Pesakit mengunjungi ETC MRA

Tim ke LAPAN ini diketuai oleh Pengarah Pemberdayaan Ekonomi MRA, Dr Hyzan Yusoff dan tim ini turut dianggotai oleh Dr. Faried Zulfahmi Hassan, Haji Azmi Ahmad, SN Rif Atunnailah dan Norazhar Mohamed. Selain dari memberikan khidmat di ETC Santa Fe, tim ini turut beroperasi di pulaupulau berhampiran. Tim ini turut memantau perkembangan pembinaan Rumah Salamat yang sedang dibina.

Tim ini berkerjasama rapat dengan Pastor Pepe yang mewakili Gereja Baptist Santa Fe juga dengan pihak berkuasa tempatan Santa Fe dan Bentayan. Mereka juga mengadakan kunjungan ke hospital tempatan dan melakukan rawatan kecemasan kepada penduduk yang ingin mendapatkan rawatan.

LAPANGAN 36 Helaian 30


Tim SEMBILAN bantu BENTAYAN Menaiki sampan kepak untuk menuju ke pulau-pulau berhampiran Ahli-ahli tim 9 bergambar bersama petugas kesihatan tempatan

Memberi ubat kepada mereka yang memerlukan Melayan anak-anak di Hagnaya

Tim ini turut beramah mesra dengan komuniti penduduk di samping membuka Klinik Lapangan di Masjid Cebu Madina di Hagnaya.

Tim ini turut dibantu oleh Pegawai Lojistik MRA yang masih berada Amir Effendi dan Muhammad merupakan di Bentayan, Sdr. Fadhil Baharom. penggerak bagi pertubuhan kebajikan Kindness yang dipelawa untuk turut serta ber- Misi bantuan kemanusiaan MRA sama MRA dalam misi ini bagi memberikan ke Filipina ini bermula sejak 16hb November 2013 yang lalu dan mereka pendedahan dalam misi bencana. selain dari memberikan bantuan perubatan, Tim Kesembilan MRA meneruskan usaha kesihatan dan bakti MRA di Pulau Bentayan, mereka terus MRA turut menyalurkan bantuan memastikan Klinik Lapangan MRA berjalan makanan, pembinaan Rumah di Pulau-pulau berhampiran seperti yang Salamat termasuk pembaikan Masjid Cebu Madinah. telah dijadualkan.

Bantuan masih diperlukan

LAPANGAN 36 Helaian 31

Tim Kesembilan ini diketuai oleh Dr. Alifah Zizi, turut disertai oleh Dr. Salmah Zakariah, SN Noor Hazrin Zainudin, SN Mohd Azmee Ismail, Amir Effendi Abd. Rahim dan Muhammad Kamarulazizi.


LAPANGAN 36 Helaian 32

MEMBANGUNKAN RUMAH SALAMAT DI PULAU BENTAYAN

MEMBAIK PULIH MASJID CEBU MADINAH, HAGNAYA


Keluar pagi si anak Nelayan Membawa kopi bersama ubi Bersilih ganti di Pulau Bentayan Menabur bakti menyemai budi MAKLUMAT GAMBAR: Saudara Rambo, salah seorang SAHABAT MRA di Pulau Bentayan sedang membawa kotak ubat untuk kegunaan Klinik Lapangan MRA di Pulau Kinatarcan

LAPANGAN merupakan E-Majalah Malaysian Relief Agency (MRA) yang bermatlamat untuk memaklumkan kepada SAHABAT MRA, penderma, penyumbang, pendokong, penggerak, media dan orang ramai mengenai aktiviti dan kegiatan yang digerakkan oleh MRA samada di dalam atau di luar negara.


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.