LAPORAN QURBAN MRA 1432

Page 1

LAPORAN PERLAKSANAAN

QURBAN TERBAIK 1432 Malaysia-Indonesia-Thailand-Myanmar-Pakistan-Somalia


MRA LAKSANA QURBAN DI THAILAND

MRA SEMEMANGNYA

mempunyai hubungan yang akrab dengan umat Islam di Thailand. Sempadan kedua buah negara tidak pernah memisahkan kami dengan masyarakat muslim di Thailand. Kerjasama erat dan utuh ini telah terjalin sejak sekian lama diantara MRA dan beberapa organisasi di Selatan Thailand, hampir setiap bulan kami bertemu dan merancang pelbagai program bersama. Malahan melalui MRA, seramai 20 buah keluarga anak yatim sedang ditaja setiap bulan. Pada Qurban 1432 ini, sebanyak sepuluh ekor lembu telah berjaya dikorbankan di wilayah Selatan Thailand. Kerja-kerja penyembelihan, melapah dan pengagihan daging dilakukan dengan kerjasama beberapa organisasi setempat di Selatan Thailand seperti Young Muslim Association of Thailand (YMAT). Pengagihan berjalan dengan lancar dan kami mengucapkan ribuan terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan kepada MRA untuk melaksanakan Qurban ini.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-2


Setelah disembelih, daging akan dilapah, dan dimasukkan kedalam kenderaan untuk dihantar ke pusat pembungkusan. Penyembelihan dilakukan secara tertutup bagi menjaga sensitivity masyarakat setempat.

Kerja-kerja memotong daging menjadi kecil, menimbang dan membungkus sedang dilakukan secara gotong royong oleh masyarakat setempat. Daging yang telah siap ditimbang dibungkus mengikut berat yang bersesuaian sebelum dimasukkan kedalam kenderaan untuk pengagihan.

Bungkusan daging yang telah siap dibungkus akan diagih-agihkan kepada mereka yang memerlukan, keluarga anak yatim dan fakir miskin dikawasan tersebut

Wakil MRA di Selatan Thailand bergambar bersama-sama penerima daging qurban MRA yang terdiri daripada kelompok ibu tunggal, anak yatim, faqir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Terima kasih diucapkan kepada penyumbang daging qurban atas daging yang diberikan.

3-QURBAN TERBAIK 1432 MRA


QURBAN BERSAMA ANAK YATIM DI SUMATERA BARAT

QURBAN 1432 DISAMBUT

meriah di kompleks Taman Asuhan Panti Zuamak, (TAPUZ) Padang Pariaman, Sumatera Barat. Kompleks ini menempatkan sebuah rumah anak-anak yatim ini yang didiami oleh lebih daripada 60 orang anak yatim lelaki dan perempuan ini dikelolakan oleh MRA sejak dari tahun 2009 lagi, setepatnya selepas berlakunya gempa bumi Sumatera Barat yang mengorbankan ramai nyawa serta membawa kerosakan yang cukup banyak kepada harta benda dan bangunan dikawasan ini. Dikompleks ini juga terdapat bangunan sekolah yang didirikan untuk anak-anak yatim ini belajar bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam bidang akademik walaupun mereka hidup sebagai anak yatim dan serba kekurangan

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-4


ANAK-ANAK YATIM bersama dengan salah seorang tenaga pengajar di TAPUZ Padang Pariaman bergambar bersama lembu yang bakal diqurbankan. Di TAPUZ ini, mereka diajar ilmu-ilmu agama disamping ilmu-ilmu akademik yang lain. Ini bertujuan untuk menyiapkan mereka dengan segala keperluan untuk menempuh hidup yang serba mencabar diluar sana apabila mereka tamat belajar dan keluar dari TAPUZ ini nanti. Lautan yang terbentang luas dibelakang mereka merupakan Lautan Hindi.

ANAK-ANAK YATIM sudah bersedia untuk memegang lembu yang sedang dipersiapkan untuk diqurbankan. Anak-anak yatim ini kebanyakkannya menjadi yatim selepas peristiwa gempa bumi di Sumatera pada 2009 yang lalu. Selain dari kos makan dan minum mereka, MRA turut menanggung segala kos berkaitan penginapan, pelajaran termasuk yuran persekolahan mereka.

LEMBU yang telah disembelih, dilapah dan dihiris menjadi kecil, sebelum dibungkus dan diagihkan kepada penduduk sekitar yang memerlukan. Selebihnya daging ini digunakan untuk keperluan harian anak-anak yatim disini. Sumbangan anda kepada anak-anak yatim ini amatlah dialu-alukan dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih diatas sumbangan daging qurban yang telah diberikan.

5-QURBAN TERBAIK 1432 MRA


QURBAN BUAT SAUDARA DI PAKISTAN

SEBANYAK EMPAT EKOR LEMBU

telah diqurbankan di Pakistan kali ini. Lembu-lembu ini adalah sumbangan dari umat Islam Malaysia yang prihatin dan sentiasa menyokong umat Islam Pakistan dalam segala keadaan. MRA berada di Pakistan sejak dari kejadian Banjir Besar yang melanda bahagian utara dan tengah Pakistan pada Ogos 2010 yang lalu. Sehingga kini, MRA telah membina lebih daripada 80 buah Rumah Syukriah dan berpuluh-puluh pam air untuk kegunaan penduduk yang dilanda banjir tempohari QURBAN TERBAIK 1432 MRA-6


Terima Kasih Malaysia MRA TELAH BERKERJASAMA dengan sebuah organisasi tempatan yang cukup dikenali iaitu Yayasan Al Khidmat yang merupakan rakan pelaksana bagi program Qurban MRA di Pakistan sejak sekian lama. Pemilihan, pembelian, penyembelihan dan pengagihan semuannya dilakukan oleh Yayasan Al Khidmat. Daging-daging qurban ini juga telah diagihkan oleh Yayasan Al Khidmat kepada para penduduk yang telah dikenalpasti hidup melarat dan miskin dikawasan utara Pakistan iaitu di Khyber Pakhtun Khwa. Agihan daging Qurban ini sudah semestinya menjadi hadiah terbaik kepada mereka yang melarat kerana ada diantara mereka yang tidak menjamah daging sejak sekian lama. Bagi pihak penerima daging qurban, mereka mengucapkan ribuan terima kasih, semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa sumbangan anda.

7-QURBAN TERBAIK 1432 MRA

Semoga Allah sahaja yang membalas sumbangan anda


PELARIAN SOMALIA TERIMA DAGING QURBAN DARI MRA

BUAT PERTAMA KALINYA MRA terlibat dalam program Qurban melibatkan unta. agak besar iaitu 42 ekor.

Jumlahnya juga

Unta ini disembelih pada hari raya Qurban dan pada hari-hari Tashrik. Ini adalah kerana ada diantara kem yang terletak jauh dipendalaman, agak sukar untuk dipantau dalam masa satu hari. Unta-unta ini diagihkan kepada tiga bandar utama di Puntland, Somalia - Bosaso, Garowe dan Galkaiyo. Daging-daging sembelihan ini kemudiannya diagihagihkan ke kem-kem pelarian yang terletak jauh dipendalaman menggunakan kenderaan pacuan empat roda. Program Qurban di Somalia ini dikawal selia oleh Pengurus Operasi MRA, Sdr. Mohd Iqbal Abu Bakar yang ketika itu masih lagi berada di Somalia. Beliau telah memastikan bahawa setiap haiwan yang diqurbankan memenuhi segala syarat-syaratnya.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-8


Daging-daging yang telah dilapah dan dipotong kecil diangkut menggunakan kenderaan dan dibawa ke kem-kem pelarian untuk diagih -agihkan kepada para pelarian. Mereka sungguh gembira dengan pemberian ini dan begitu bersyukur dengan ingatan dan sokongan yang diberikan oleh saudara seagama dari Malaysia.

Kaum ibu dan orang perempuan dari kem-kem pelarian yang berkaitan akan keluar menuju ke kenderaan kami dan menunggu pengagihan daging-daging tersebut dilakukan. Mereka kekal berdisiplin walaupun berada dalam suasana kelaparan dan kesempitan, tidak bertolak-tolak dan berebut.

M e m a h am i kesukaran mereka yang tinggal di kem -kem pelarian, MRA membekalkan beg plastik berlogo MRA bagi memudahkan mereka membawa pulang daging-daging qurban yang diberikan kepada mereka. Ini adalah diantara para penerima daging qurban di Somalia.

9-QURBAN TERBAIK 1432 MRA


MUSLIM THAILAND SALUR QURBAN KE SOMALIA MELALUI MRA SEBANYAK 15 EKOR UNTA telah disumbangkan oleh umat Islam Thailand melalui MRA untuk umat Islam di kem-kem pelarian sekitar Puntland, Somalia. Masyarakat Islam Thailand telah membuktikan bahawa batas sempadan dan perbezaan geografi tidak pernah memisahkan umat Islam walau di bumi mana sekalipun mereka berada. Perasaan kasih sayang dan saling ingat mengingati satu sama yang lain jelas terjalin bilamana dalam musim ibadah seperti Qurban ini, masyarakat muslim Thailand tetap mendahulukan saudara yang serba memerlukan, yang berada didalam keadaan kebuluran dan kemarau. Sebelum ini, masyarakat Muslim Thailand turut menyumbang kepada umat Islam di wilayah bencana seperti di Sumatera Barat dan Utara Pakistan.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-10


Setiap UNTA yang diqurbankan dibacakan nama para peserta qurban yang terbabit. Amalan berqurban di Somalia tidak banyak berbeza dengan di Malaysia, Indonesia dan Thailand kerena mereka juga terdiri dari pengikut Mazhab Shafiee. Justeru kaedah dan konsep qurban yang mereka gunakan adalah sama seperti yang diamalkan disini.

Bentuk mukabumi, keadaan jalanraya dan kedudukan kem pelarian yang agak jauh dari penempatan utama penduduk menyukarkan proses pengagihan daging sekiranya tidak dirancang dengan teliti, MRA menggunakan kenderaan pacuan 4 roda termasuk lori untuk menghantar daging qurban ke kem pelarian di Puntland

Daging Unta merupakan makanan yang paling digemari di kawasan ini. Sumbangan ini amat bermakna bagi mereka yang sejak sekian lama tidak mendapat makanan yang mencukupi gara-gara kemarau dan kebuluran yang melampau di sini. Terima kasih kepada saudara kami, Muslim Thailand yang prihatin.

11-QURBAN TERBAIK 1432 MRA


Sebahagian dari peti ais yang digunakan untuk menyimpan lebihan daging Qurban sebelum diagihkan kepada yang memerlukannya.

MRA terima lebihan QURBAN QURBAN kali ini memperlihatkan kesiap siagaan MRA untuk memastikan setiap daging yang ada dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan. Kita sering mendengar daging-daging Qurban tidak sampai ke sasaran yang memerlukan sebaliknya ada yang busuk tergantung di pagar kerana tuan punya rumah bercuti di kampung. MRA menerima sumbangan daging Qurban dari Surau Al Ikhlas, Taman Ampang Indah, hamba Allah dari Kajang dan dari Surau Al-Hidayah, Pangsapuri Cemara, Bandar Seri Permaisuri, Cheras. Dagingdaging ini telah kami simpan dan hanya dihantar pada bulan berikutnya kepada mereka yang memerlukan. Semoga tahun hadapan kami boleh mendapatkan lebih banyak lagi sumbangan daging.

SAHABAT MRA sedang mengeluarkan daging dari peti sejuk beku

MRA mengucapkan ribuan terima kasih diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh Persatuan Peniaga-peniaga Daging, Pasar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur diatas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan. Jasa kalian Allah sahaja yang dapat membalasnya.

QURBAN TERBAIK 1432 MRA-12


Majlis Penyampaian sumbangan daging Qurban kepada komuniti Rohingya yang terdapat di kampung Chreas Baru, Selangor

Majlis penyerahan daging Qurban ini telah disempurnakan oleh Cik Fauziah Tahar, Pengurus Pentadbiran MRA. Kami menjangkakan bagi tahun yang mendatang, lebih banyak lagi daging yang dapat kami

LEBIHAN daging Qurban yang disimpan oleh MRA di peti sejuk dingin beku Jalan Raja Bot telah selamat diagih-agihkan kepada para pelarian Rohingya di Cheras Baru.

13-QURBAN TERBAIK 1432 MRA


BILANGAN BAHAGIAN QURBAN MENGIKUT NEGARA

YAYASAN MALAYSIAN RELIEF AGENCY mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang Qurban Terbaik 1432 yang telah mengambil bahagian. Sumbangan yang telah anda berikan amat dihargai oleh masyarakat tempatan di tempat-tempat dimana Qurban anda dilaksanakan. Mereka mengucapkan ribuan terima kasih disamping mendoakan agar setiap penyumbang diterima qurbannya dan diampunkan ALLah segala dosanya. Di pihak MRA kami amat bersyukur kerana telah mendapat kepercayaan dari para penyumbang sekelian dan kami berazam untuk terus meluaskan lagi aktiviti Qurban Terbaik MRA ke kawasan yang memerlukan seperti yang telah kami laksanakan dalam tahun 1432 hijrah ini. Kami mengharapkan kerjasama dan sokongan berterusan dari para penyumbang agar kami dapat mewakili anda semua sekali lagi untuk perlaksanaan Qurban Terbaik 1433 nanti. Sukalah saya memetik ayat dari Surah Al Hajj ayat 37 Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH ORANG YANG PALING BERMANFAAT KEPADA ORANG LAIN

MOHD SHAHRULAZILAN SAID Pengarah Eksekutif


Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.