NADA KITA Jualan langsung memang dari dulu lagi adalah berkaitan dengan orang. Nada kita perlu menunjukkan bahawa kita berkomunikasi secara peribadi dan ini diseimbang dengan sikap optimistik dan berintegriti. Tapi kita juga perlu berwibawa dan memahami yang mereka yang ragu-
ragu akan menjadi sangat sensitif kepada apa sahaja yang berbunyi terlebih-lebih sangat dan tidak berasas. Nada kita mesti mengimbangi optimisme dan kewibawaan. Contoh-contoh nada yang betul adalah tulen, yakin, telus, berasaskan fakta, boleh dihampiri, inklusif, realistic, ghairah dan terus terang.
Manakala nada yang salah pula termasuklah kepujian melambung-lambung, buat-buat, membesar-besarkan, meninggi diri, terlalu ‘klinikal’, terlalu ‘dagangan’, terlebih emosi dan mendesak. *Rencana ini adalah petikan daripada penerbitan WFDSA ‘This Is Direct Selling’.
SOAL JAWAB BIASA Apa itu jualan langsung?
Frasa-frasa yang harus digunakan apabila menjawab • Trek rekod kejayaan yang terbukti • Bukan sentiasa senang • Ia merupakan cara berisiko rendah untuk mempunyai perniagaan sendiri. • Ia melibatkan sangat sedikit atau tiada langsung pelaburan modal • Ia menawarkan peluang untuk memajukan kemahiran baru dan dimentor oleh pemimpin-pemimpin yang berpengalaman. • Pendapatan adalah bersekadar dengan usaha. • Ia memberi peluang berjumpa dan bergaul dengan orang. • Ia menawarkan jadual kerja yang fleksibel. Frasa-frasa yang patut dielak • Bertaraf dunia • Pemimpin industri • Usahawan (bagi bakal peserta) • Potensi (bagi bakal peserta) • #1 tuntutan (*)
Bagaimana cara wakil-wakil bebas buat duit? Wakil-wakil bebas hanya buat duit apabila para pelanggan membeli produk-produk dan perkhidmatan yang boleh didapati daripada mereka. Mereka menjual produk-produk pada harga yang dinaikkan (markup prices), seperti mana perniagaan-perniagaan runcit, untuk meraih keuntungan runcit. Mereka mendapat komisyen atau bonus dari syarikat, berasaskan jumlah jualan produk. Apabila perniagaan mereka bertambah meningkat mereka boleh meraih bonus tambahan atau komisyen dari syarikat berasaskan jumlah jualan produk bersama pasukan mereka. Mereka diberi ganjaran bersama insentif bagi kejayaan penting di dalam meningkatkan
perniagaan mereka dan membantu pasukan mereka mencapai kejayaan. Kejayaankejayaan ini menawarkan perjalanan perniagaan ke tampat-tempat menarik dan anugerah wang tunai tambahan.
Adakah wakil-wakil bebas diperlukan membelanjakan banyak wang bagi bahanbahan latihan dan acara-acara? Tidak. Banyak syarikat jualan langsung menawarkan latihan percuma , yang boleh memberi individu-individu peralatan yang mereka perlu untuk mencapai matlamat mereka. Sebahagian daripada daya tarikan jualan langsung bagi sesetengah individu adalah kemahiran yang mereka perolehi melalui bekerja dengan syarikat jualan langsung mereka – bercakap di khalayak ramai, menjual, daya kepimpinan, pengurusan perniagaan umum, dll.
Tidakkah jualan langsung memberi fokus yang lebih kepada membawa masuk orang baru dan tidak kepada jualan? Tidak. Wakil-wakil bebas hanya buat duit apabila produk atau perkhidmatan dibeli – tidak pernah daripada membawa masuk orang baru.
Kenapakah jualan langsung kadang-kadang disalah tanggap sebagai skim piramid? Dalam jualan langsung yang sah, wakilwakil membuat duit hanya daripada menjual produk – tidak pernah daripada membawa masuk orang baru. Tanpa jualan produk, tiada siapa pun membuat duit. Jualan langsung yang sah juga tidak perlukan pembelian produk dan menawarkan perlindungan pengguna kepada wakil-wakil dan pelanggan-pelanggan, seperti jaminan
kepuasan, waranti, dan pemulangan produk. Semua syarikat jualan langsung bersetuju untuk tertakluk kepada kod WFDSA sebagai satu syarat pendaftaran dan keahlian yang berterusan di dalam sebuah persatuan kebangsaan.
Memandangkan kepada peranan internet dan jualan runcit, adakah anda bimbang yang jualan langsung tidak lagi relevan? Jualan langsung sebenarnya telah menjadi lebih relevan. Kini, lebih daripada biasa, orang memandang kepada kelompok mereka bagi mengesyorkan kepada mereka tentang apa yang mereka harus beli. Jualan langsung adalah perniagaan orang ke orang. Internet dan media sosial membolehkan orang peluang yang lebih untuk bercakap tentang produk-produk yang mereka ketahui kepada orang-orang yang mereka kenali.
Kenapa anda tidak menjual di kedai-kedai? Jualan langsung menilai model peruncitan orang ke orang di mana pelangganpelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan dan sokongan seorang manusia sebenar yang tahu tentang nilai produk dan perkhidmatan, dan berminat memberi kepuasan kepada pelangganpelanggan mereka. Juga, kerana syarikat-syarikat jualan langsung tidak menanggung kos yang berkait dengan kedai-kedai biasa yang mempunyai bangunan fizikal, maka mereka bolehlah memberi ganjaran kepada wakilwakil mereka yang menjual produk dan perkhidmatan mereka, iaitu yang bergantung kepada model ini sebagai peluang meraih pendapatan.
2020 / Edisi 1 / Malaysia Direct Seller /
17