Malaysia Direct Seller I BE 2022 I BM

Page 1

BE INTERNATIONAL PERHUBUNGAN MERAIH GANJARAN
DIRECT
DITERBITKAN OLEH
EDISI 1 / 2022 MALAYSIA
SELLER
with KODENSHI ® www.beintl.com ABSORBS BODY TEMPERATURE RELEASES FAR-INFRARED 6 SEGMENTED COMPRESSION SHAPE BETTER BODYLINE 29 DIAMOND-SHAPED FABRIC

CERITA KULIT

4

BE International Ganjaran Yang Diraih Melalui

Perhubungan

Syarikat pemasaran langsung ini mahu memberi impak kepada kehidupan orang yang berhubung dengannya. Memang benar yang paling hebat sudah tentulah produk-produk keluarannya, namun yang memacu arah kakitangan dan pelanggannya mencapai kesejahteraan kesihatan dan pemuasan adalah falsafah syarikat.

KOLUM

KANDUNGAN

SOROTAN

8 Mesej Roger Barnett, Pengerusi WFDSA 10 Pandangan Jualan Langsung Global 2021 11 Industri Jualan Langsung Malaysia menunjukkan Pertumbuhan Yang Mantap 13 Konvensyen DSAM 2021: Seterusnya Adalah Sekarang 16 Nu Skin Mencapai Kecemerlangan 25-Tahun Di Asia Tenggara 19 Menempuh Jalan Yang Kurang Dilalui

1 Vol 1 no 1 / Malaysia Direct Seller / 13
3 Mesej Presiden
4 16

Direct Seller Malaysia diterbitkan oleh Harini Management Services Sdn Bhd untuk Persatuan Jualan Langsung Malaysia. ISBN 978-967-15054-4-1

HARINI MANAGEMENT SERVICES

SDN BHD (609031-W)

W-9-12, Menara Melawangi, Amcorp Trade Centre, 18, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor. Tel: +603-7932 3259

E-mel: harini.mservices@gmail.com www.harini.com.my

Penerbit/Ketua Pegawai Eksekutif V.S. Ganesan

Editor

Christina Thomas Pereka Kreatif Goh Wei Lee Perunding Pengiklanan Faridah Ismail Pengurus Pemasaran Karthik Ganesan Pengurus Operasi G. Revathi

PENCETAK

United Mission Press Sdn Bhd (755329-X)

No.15, Perindustrian BS 9, Jalan BS 9/10, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor. Tel: 603-8958 0186 Fax: 603-8945 5168

PENGEDAR

Allscript Establishment (Malaysia) Sdn Bhd (405335-D)

No. 16, Jalan TP3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47620 Subang Jaya, Selangor. Tel: +603-8020 7112/122 Fax: +603-8020 7119

Email: allscript@allscript.com

2 / Direct Seller Malaysia / Issue 1 / 2022
sendiri atau salah laku sivil yang lain. Kami berhak untuk
Semua
artikel dalam majalah Direct Seller Malaysia mewakili pandangan peribadi penyumbang dan tidak semestinya pandangan Persatuan Jualan Langsung Malaysia & Harini Management Services Sdn Bhd. Semua penulis bersetuju secara automatik
mengedit semua artikel. Hak cipta terpelihara. Hak cipta © 2022 oleh Harini Management Services Sdn Bhd. Tiada bahagian dalam penerbitan ini boleh diterbitkan semula dalam apa-apa
DITERBITKAN OLEH
PARA PEMEGANG JAWATAN PERSATUAN JUALAN LANGSUNG MALAYSIA 2022-2023 DATUK TAN CHONG GUAN PRESIDEN Pengarah Eksekutif, Naib Presiden Asia Forever Living Products (M) Sdn Bhd MOHD ZAIHAN ARIFFIN NAIB PRESIDEN Ketua Hal Ehwal Korporat/Kerajaan Amway (Malaysia) Sdn Bhd DATIN FIONA KHOO SETIAUSAHA KEHORMAT Ketua- Undang-Undang & Urusetia Kumpulan Elken Sdn Bhd KHOR LEE FAN BENDAHARI Pengurus Besar, Malaysia & Singapura Mary Kay (Malaysia) Sdn Bhd VIVIEN YAP AHLI LEMBAGA BIASA Pengarah Kewangan & Operasi Unicity Marketing Sdn Bhd WINSTON CHEN AHLI LEMBAGA BIASA PHHP Marketing (M) Sdn Bhd HELEN LAM AHLI LEMBAGA BIASA Presiden Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd VIVIEN LIM AHLI LEMBAGA BIASA Naib Presiden Portfolio Operasi CNI Enterprise Sdn Bhd HENDRIX WONG AHLI LEMBAGA BIASA Naib Presiden Operasi Pemasaran Nu Skin (Malaysia) Sdn Bhd

MESEJ PRESIDEN

Ahli-ahli yang budiman, 2022 merupakan tahun yang penuh peristiwa meskipun terjejas oleh pandemik. Selama beberapa bulan yang lalu, prospek ekonomi dan perniagaan semakin menjanjikan harapan positif dengan pemulihan dan pembukaan operasi berbagai bidang perniagaan.

Meskipun berhadapan dengan berbagai cabaran semasa pandemik melanda, saya dengan rasa sukacitanya menyatakan bahawa industri jualan langsung telah bergerak maju ke hadapan dan berkembang dengan pesatnya. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), peningkatan jualan sebanyak 19 peratus telah dicapai di kalangan syarikat-syarikat jualan langsung pada tahun 2020, mencatatkan jumlah RM25.7 bilion berbanding RM21.5 pada tahun 2019. Setakat hujung Ogos 2022, peroleh jualan industri berjumlah RM24 bilion dan diunjurkan mencapai RM26.5 bilion. Malaysia juga mencatat tempat ke 6 jualan tertinggi di seluruh dunia dan ke 4 di rantau Asia Pasifik menurut Laporan Penjualan Runcit Jualan Langsung 2021 terbitan Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA). Sememangnya ini merupakan satu berita yang menggalakkan di tengah-tengah suasana pandemik dan ia menunjukkan betapa berpotensinya industri jualan langsung.

Tahun ini, KPDNHEP telah melancarkan pelan strategik jualan langsung yang merupakan pelan tindakan Kementerian tentang hala tuju masa depan industri, yang diwujudkan untuk kepentingan semua pihak yang terlibat dalam industri ini demi untuk menubuhkan ekosistem perniagaan yang lebih dinamik dan kondusif yang boleh dimajukan di dalam negara kita dan juga di peringkat antarabangsa. Rakan ahli jawatankuasa bersama dengan saya telah berpeluang berbincang dengan Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPDNHEP, di mana beliau telah berkongsi perspektif beliau tentang hala tuju industri ini dan peranannya dalam ekonomi digital. Saudara-saudara dipersilakan membacanya dalam keluaran ini dan mendapat maklumat tentang pelan strategik yang akan mengencangkan industri ini

Semasa pandemik melanda, ramai di kalangan ahli-ahli kita telah mengalami aspek-aspek positif perniagaan dan transaksi serta alat-alat untuk meningkatkan keupayaan perniagaan mereka dengan cepat. Malahan, dalam banyak bentuk, keupayaan digital memang boleh dianggap sebagai ‘penyelamat hayat’ bagi industri ini di tengah-tengah halangan pergerakan akibat pandemic yang melanda. Masyarakat umum juga telah menjadi lebih mesra di dalam penggunaan teknologi dalam talian dan digital untuk membuat pembelian produk dan perkhidmatan.

Tambahan lagi, pandemik juga telah membuka mata masyarakat umum tentang betapa pentingnya produk-produk dan suplemen kesihatan di dalam melawan gejala COVID-19 dan supaya kekal sihat.

Ini adalah prospek yang bermanfaat bagi industri jualan langsung, kerana ia meninggikan lagi permintaan bagi produkproduk kita. Ia telah membuka sudut-sudut peluang baharu

bagi para penjual langsung apabila pengguna-pengguna berikhtiar untuk mendapatkan kaedah bagi merangsangkan sistem imunisasi mereka, untuk dapat pulih dari jangkitan COVID-19 dan untuk kekal mengekang diri daripada dijangkiti COVID. Oleh itu, kita perlu terus mempromosikan makanan kesihatan, suplemen dan produk kita, dan membantu masyarakat menguatkan kesihatan mereka sambil memberi mereka peluang untuk meraih pendapatan tambahan.

Semasa pandemik ramai telah hilang pekerjaan atau mendapati pendapatan mereka semakin berkurangan, yang juga telah membawa kesedaran tentang betapa pentingnya mendapatkan sumber untuk menambahkan pendapatan untuk menanggung kehidupan semasa dalam kesusahan. Itulah beberapa manfaat yang ditawarkan oleh industri jualan langsung kepada masyarakat umum.

Dalam minggu yang akan datang, Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah merancang mengadakan berbagai kegiatan untuk memacu industri supaya semakin teguh, termasuk sesi-sesi keterlibatan dengan ajensi-ajensi kerajaan, seperti KPDNHEP.

Dengan termetrinya satu pelan hala tuju, kita berhasrat terlibat bersama-sama dengan KPDNHEP bagi mencapai interaksi serta kerjasama dan bergerak ke hadapan untuk mencapai sasaran yang ditetapkan di dalam pelan hala tuju tersebut.

Apabila momentum ekonomi kian pulih, dan halangan-halangan semakin kurang, ahli-ahli kita telah juga meningkatkan kegiatan penjualan di luar talian. Saya harap anda semua berupaya mencapai kepada lebih ramai lagi orang melalui berbagai aktiviti seperti konvensyen-konvensyen, perjalanan dan berbagai acara, sambil terus juga membina alat-alat dalam talian anda. Seperti yang telah kita lihat, keupayaan digital dan kegiatan perniagaan luar talian adalah saling berhubung di masa kini – mereka saling berganding bahu dan begitulah keadaannya masa akan datang!

Manfaat yang terhasil daripada kesusahan kini kelihatan agak jelas, jadi marilah kita mengambil kesempatan daripada peluang yang terdapat di pasaran, berfikir di luar kotak dan terus memacu industri jualan langsung ke hadapan. Ingatlah, “Tidak ada jalan lain yang harus ditempuhi, melainkan jalan ke hadapan.” Nikmatilah majalah yang diterbitkan ini dan saya harap dapat bertemu anda dalam acara-acara DSAM dalam beberapa minggu dan bulan yang akan datang ini.

3 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /
Datuk Tan Chong Guan, Presiden DSAM

CERITA MUKA DEPAN

BE INTERNATIONAL GANJARAN YANG DIRAIH MELALUI PERHUBUNGAN

Syarikat pemasaran langsung ini mahu memberi impak kepada kehidupan orang yang berhubung dengannya. Memang benar yang paling hebat sudah tentulah produk-produk keluarannya, namun yang memacu arah kakitangan dan pelanggannya mencapai kesejahteraan kesihatan dan pemuasan adalah falsafah syarikat.

BE International, atau Beyond Eternity International, adalah syarikat jualan langsung yang sudah lima tahun ditubuhkan. Ia adalah syarikat yang percaya bahawa sebarang hasil ciptaan yang luar biasa itu adalah sesuatu yang kekal selama-lamanya. Menurut Pengasas, Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Ir Lee Suet Sen, ini bermula dengan membina hubungan yang tulen bersama orang di sekeliling anda.

“Hanya dengan cara itulah seseorang akan mencapai impiannya, malah ada kalanya melampaui impian itu,” katanya.

Di sini wujud sebuah organisasi yang mempercayai bahawa kejayaan itu dicapai dengan menolong orang lain. Bak kata pepatah, buat baik dibalas baik, betul kan? BE International telah berkembang dengan pesat sejak ia ditubuhkan lima tahun yang lalu, pada 2017. Bermula dari suatu ruang yang disewa di Glenmarie, Shah Alam,

4 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022

kini syarikat pemasaran langsung ini beroperasi di sebuah kompleks berbilang tingkat di The Link 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kami mempunyai lebih 100 orang kakitangan di beberapa buah negara (di Malaysia, Singapura, Hong Kong & Indonesia) yang berinteraksi dengan rangkaian agen, pengedar dan rakan usaha sama yang sedang berkembang dengan pesat.

“Dalam cuma lima tahun, kami telah berjaya mengumpulkan satu rangkaian global yang luas dan berkembang maju dengan pantas, dengan lebih 350,000 ahli di 20 buah negara termasuk 53 yang bertaraf ‘duta syarikat’ RCCA (Royal Crown Council Ambassador)”, kata Pengasas dan Naib Presiden Eksekutif Ho Huey Chuin.

Syarikat ini juga mempunyai pejabat-pejabat fizikal di Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

BERGERAK MELAMPAUI HAD

Prinsip-prinsip BE International adalah mudah. Setiap orang dianjur menjadi diri mereka yang terbaik, terutamanya semasa memberi khidmat kepada pihak lain. Ini adalah sesuatu yang menginspirasikan dan, pada masa yang sama, ia menanamkan nilai-nilai positif kepada orang lain, iaitu nilai-nilai

yang akan membantu mereka mencapai kejayaan di dalam segala yang mereka lakukan.

“Kami membina orang secara holistik. Secara geografi mereka tidak lagi terkurung. Melalui perhubungan antarabangsa dan teknologi digital, dunia terbuka luas bagi mereka,” kata Huey Chuin.

“Walaupun falsafah kami –Melampaui Menginspirasi Minda, Menyentuh Kehidupan buat Selamalamanya – melambangkan model perniagaan kami, namun ia juga menyatakan apa impaknya kepada seseorang. Kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada hasil keputusan perniagaan, tetapi juga kepada pencapaian dan kesejahteraan.

Dengan memperbaiki kualiti kehidupan orang, sama ada melalui produk-produk berinovasi, sistem pendapatan yang memberi ganjaran atau projek-projek kemasyarakatan, kami mencipta kitaran yang bersifat baik dan mulia yang akan terus membawa kebaikan kepada dunia, jauh melampaui seumur hidup kita. “

PRODUK-PRODUK YANG MENANG

BE International mempunyai empat rangkaian produk, iaitu Siri AULORA, Siri BElixz, Siri BEYUL dan BEYANG. Setiap satu memberi

tumpuan kepada aspek kesihatan yang berbeza-beza.

BElixz merupakan suplemensuplemen yang tertumpu kepada kesihatan dan kesejahteraan. Apabila bergabung dengan kebiasaankebiasaan yang menyihatkan, penggalak-penggalak kesihatan ini memberi badan kita segala-gala yang diperlukan untuk ia menjana serta mencergaskan dirinya semula.

BEYUL adalah keseluruhannya mengenai kesihatan kulit dan pengekalan paras rupa yang muda dan sihat, sementara BEYANG pula berpusat di sekitar kehidupan yang cergas bertenaga dan muda. Berbagai produk isi rumah dalam siri ini menekankan penggunaan bahanbahan semula jadi dan mesra alam sekitar di dalam kehidupan seharian seseorang.

5 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

Suet Sen menarikkan perhatian kita kepada rangkaian pakaian yang digelar Siri AULORA, iaitu satu generasi baharu pakaian mampatan berkualiti tinggi, yang diimport dari Jepun, berlandaskan Kodenshi® Fibre Technology. Rangkaian ini asalnya bermula daripada Seluar AULORA. Sekarang ini ia telah berkembang dengan memaparkan seluruh rangkaian pakaian yang berfungsi dan bergaya.

“Kodenshi® Fibre Technology menyerapkan suhu badan pemakai jauh dari badan dan melepaskan tenaga inframerah yang jauh, sambil memberi sokongan yang bersepadu dan tahan lama semasa apa jua aktiviti yang dijalankan,” kata Suet Sen.

Huey Chuin berkata pelangganpelanggan jenama tersebut terdiri

CERITA

MUKA DEPAN

memandang

daripada sesiapa sahaja yang berhasrat meningkatkan kesihatan mereka melalui barangan-barangan yang mampu dibeli dan yang semula jadi.

“Kami mencapai klien-klien kami melalui para pemilik perniagaan bebas kami, atau lebih dikenali sebagai IBO (Independent Business Owners), yang mahu membantu lebih ramai orang mencapai kesejahteraan.”

Para IBO mendapat latihan produk bermaklumat secara dalam talian dan luar talian. Mereka juga menerima bahan-bahan yang boleh dikongsi dengan pelangganpelanggan mereka menerusi platform seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

Sungguhpun maklumatmaklumat infografik dan video mudah hadam yang dikongsi melalui media sosial memberi impak yang kuat kepada pelanggan, namun sentuhan kemanusiaan itu masih penting, kata Huey Chuin.

“Matlamat kami bukan sahaja untuk memastikan yang konten kami mudah difahami tetapi juga ia relevan kepada keperluan audiens.”

Di sudut pendapatan dan ganjaran pula, BE International mempunyai pelan pampasan yang

lancar dan inovatif yang bertujuan memberi ganjaran yang saksama. 9 Faedah-faedah, yang merangkumi bonus yang digelar Dana Kereta dan Dana Perumahan, merupakan salah satu pelan tersebut.

“Kami membantu mereka yang mencapai kejayaan memiliki kereta dan rumah mereka sendiri. Mereka yang berjaya mencapai Dana Kereta akan menikmati dana ini selama tempoh maksimum 4 tahun, sementara mereka yang berjaya mencapai Dana Rumah pula akan menikmati dana ini selama tempoh maksimum 20 tahun. Dari sejak kami bermula sehingga sekarang, kami sudah mempunyai 595 orang yang berjaya mencapai Dana Kereta dan 240 orang berjaya mencapai Dana Rumah dan bilangannya masih meningkat!” ujar Huey Chuin penuh bersemangat.

“Kami juga menggalakkan mereka berusaha memperbaiki diri di dalam semua aspek kehidupan. Misalnya BE Lifestyle Travel dan BE Success Travel, yang tersedia bagi semua duta syarikat yang layak, tidak lama lagi akan mengunjungi Jepun, Korea, Dubai, Australia, Turkey, Greek dan banyak lagi sambil kita menerokai dan behubung dengan dunia.

6 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
“Kami
jauh melampaui perniagaan. Kami gigih mencipta kesejahteraan dalam segala bentuk, bagi setiap orang. Kami mahu memastikan yang kehidupan mereka menjadi bertambah baik dalam cara yang lestari dan berkekalan.”

PENSKALAAN

MENUJU KEJAYAAN

BE International mempunyai wawasan yang menjangkau jauh, merangkumi para kakitangan, IBO dan juga klien-kliennya.

“Kami memandang jauh melampaui perniagaan. Kami gigih mencipta kesejahteraan dalam segala bentuk, bagi setiap orang,” kata Suet Sen yang seterusnya mendefinisikan kesejahteraan sebagai satu perasaan pembebasan, yang menghasilakn kesihatan, keamanan, kemakmuran, kepuasan dan kebahagiaan.

Sungguhpun konsep ‘selamalamanya’ adalah sesuatu yang tidak mudah difahami oleh sesetengah orang, namun ia adalah sesuatu yang mustahak bagi syarikat.

“Kerana kami berurusan dengan kesejahteraan dan kesentosaan orang, kami mahu memastikan yang kehidupan mereka menjadi bertambah baik dalam cara yang lestari dan berkekalan,” beliau menerangkan.

KOMITED KEPADA MEMBERI

Untuk menjadi penggerak perubahan

positif, syarikat yang mempunyai kesedaran kemasyarakatan menekankan memberi sumbangan balik kepada masyarakat. Matlamatnya, kata Huey Chuin, bukanlah berteraskan sanat kepada prinsip “apa yang patut kami lakukan”, tetapi “bagaimana kami boleh membantu.”

“Inisiatif CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) kami adalah tertumpu kepada memberi kepada masyarakat kami, bukan sahaja pada waktu krisis melanda tetapi juga untuk tujuan pembangunan. Semasa pandemik Covid-19, kami bergiat aktif dalam memberi sumbangan kepada berbagai kemudahan perubatan di dalam menyokong usaha mereka memerangi Covid-19. Kami telah memberi sumbangan kepada usaha amal bagi meringankan bebanan banjir, dana pembangunan sekolah, malahan menaja kanakkanak di negara-negara serantau.

“Kami juga telah memberi sumbangan kepada projek-projek penambahbaikan masyarakat seperti inisiatif-inisiatif untuk mempromosi minat membaca di kalangan kanakkanak, program-program penajaan

murid sekolah, sumbangan amal melalui acara-acara kemasyarakatan dan lain-lain lagi,” katanya.

Model perniagaan jualan langsung adalah kerja keras, sejak daripada peringkat permulaan hingga ke peringkat latihan, penjualan dan pembinaan kepemimpinan. Ia memerlukan kesabaran dan tenaga untuk terus berdaya usaha meskipun berhadapan dengan halangan. Namun demikian, beberapa perunding perniagaan menganggap bahawa saluran peruncitan ini mempunyai masa depan yang menjanjikan kejayaan.

BE INTERNATIONAL JUGA TURUT OPTIMIS

“Kami adalah syarikat berinovasi. Kami gigih berusaha menggenggam segala idea dan teknologi yang terbaik untuk mewujudkan berbagai produk dan solusi yang akan meningkatkan kualiti kehidupan orang di mana sahaja mereka berada, dan berbagai cara,” kata Suet Sen.

“Produk-produk kami diperolehi daripada sumber semula jadi, diperbaiki melalui usaha yang menerokai penyelidikan dan sains.”

7 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

Semasa gangguan luar biasa yang dialami beberapa tahun yang lalu, industri jualan langsung telah menyumbangkan produkproduk berkualiti tinggi yang terbukti keberkesanannya, dan satu peluang ekonomi kepada berjuta-juta individu. Selaku Pengerusi Persekutuan Jualan Langsung Sedunia, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat di dalam industri jualan langsung di Malaysia atas peranan anda sebagai penyinar

harapan dan optimisme kepada begitu ramai manusia. Jualan langsung di Malaysia memainkan peranan yang penting di dalam menyumbangkan produk-produk berguna dan satu peluang ekonomi, khususnya bagi kaum wanita. Dan dalam peranan saya yang satu lagi selaku Pengerusi Shaklee, saya telah melihat secara langsung betapa ketaranya kesan usaha syarikat kami kepada beratus ribu orang yang menyertai keluarga Shaklee dalam masa dua tahun yang lepas.

Kita sedang menempuhi kehidupan yang serba mencabar di dunia ini. Kita berhadapan dengan peperangan, inflasi… dan kegawatan pasaran kewangan. Tempoh 20 tahun harga saham mencanak mungkin hampir berakhir dan dapat dilihat bahawa setelah berlakunya globalisasi selama berdekaddekad, kita sebenarnya semakin hanyut terpisah dari satu sama lain dan bukannya semakin bersatu. Namun demikian, hampir setiap negara di dunia telah mengalami pandemik COVID selama dua tahun yang lepas dan ia telah menghasilkan begitu banyak perubahan. Ia mengubah perspektif kita tentang kesihatan, ia mengubah cara kita bekerja, cara kita menjalani kehidupan, cara kita berinteraksi antara satu sama lain, dan cara kita membeli-belah. Pandemik telah membawa kepada penumpuan yang tajam terhadap ketidaksamaan kualiti kehidupan berdasarkan pendapatan, jantina, dan kaum (ras). Sungguhpun sangat mencabar bagi kita memperkatakan bahawa pandemik sedunia telah membawa kebaikan, namun memang telah berlaku satu pembaharuan tanggapan tentang cara kita semua saling berhubung, yang lebih teruk… dan juga yang lebih baik. Ramai di kalangan kita

telah menilai semula perhubungan peribadi kita untuk memberi lebih tumpuan kepada perkara-perkara yang benar-benar mustahak bagi setiap seseorang daripada kita. Kita telah melihat betapa hebat berlakunya hal membantu kebajikan orang lain. Pandemik juga telah mempercepatkan masa akan datang. Hala tuju dunia di masa akan datang. Hala tuju industri kita di masa akan datang. Dan yang paling penting, bagaimana industri jualan langsung boleh membantu mentakrif semula masa depan sumber pendapatan penghidupan beratus juta manusia. Penghidupan adalah satu terma yang menarik. Ia kini dikaitkan dengan memperolehi pendapatan. Tetapi takrif yang sebenar bagi penghidupan adalah “keupayaan mendapatkan keperluankeperluan asas untuk kehidupan”. Inilah aspek yang boleh dipimpin oleh industri kita. Untuk menunjukkan kepada dunia bahawa terdapat satu cara yang telahpun terbukti keberkesanannya dan berskala pula, untuk seluruh manusia mendapat keperluan-keperluan asas di dalam menjalani kehidupan. Ia termasuklah kesihatan, pendapatan, mencetuskan satu rasa perhubungan dan tujuan, harapan, pengetahuan, kemajuan peribadi – inilah elemen-elemen yang disumbangkan oleh industri jualan langsung. Dan kita menyumbangkannya kepada sesiapa sahaja dan setiap individu yang memilih untuk menyertai kita.

Dengan berlakunya fenomena segalagalanya turun naik di dunia, saya percaya bahawa inilah masanya bagi industri kita untuk meningkat naik dan lebih bersinar. Inilah masanya bagi kita membawa satu model perniagaan yang lebih perkasa dan inklusif (berkebersamaan) ke barisan hadapan perhatian dunia. SEKARANG adalah masanya bagi kita untuk meluaskan pandangan kita kepada pihak yang berkepentingan tentang peri pentingnya mengambil berat, bukan sahaja terhadap pelanggan-pelaggan kita, pengedar-pengedar kita dan para kakitangan kita, tetapi juga terhadap komuniti-komuniti kita dan planet kita. Inilah saat kita untuk memimpin.

Dua tahun yang lalu telah menonjolkan betapa perlunya apa yang ditawarkan oleh industri kita. Semasa pengangguran

8 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
Ahli-ahli DSAM, para pembaca/pelanggan Direct Seller Malaysia yang budiman,
semula bagaimana kita mencipta komuniti dalam dunia digital merupakan satu cabaran yang penting dan seronok.”
“Mengimaginasi
Roger Barnett, Pengerusi WFDSA, Pengerusi dan CEO, Shaklee Corporation.

telah meningkat di setiap negara besar di dunia… industri jualan langsung telah MENAMBAH 5 juta orang lagi mendapat pekerjaan. Ketika kemerosotan bilangan tenaga kerja wanita selama berdekad-dekad di ekonomi terbesar di dunia, bagi industri kita keadannya berbeza. Sebilangan besar daripada 128 juta wakil-wakil kita adalah wanita. Kenapa? Kerana kita telah mentakrif semula pekerjaan menjadi sesuatu yang dilakukan secara sambilan dan sesuatu yang anjal atau fleksibel. Dan itulah elemen yang semakin dikehendaki oleh kedua-dua wanita dan lelaki. Beberapa statistik lagi: Di luar negara China, jualan kita dan bilangan pengedar telah berkembang di hampir setiap ceruk rantau di dunia. Dengan adanya industri jualan langsung di tahap global, kesihatan dan kesejahteraan merupakan kategori produk yang paling besar, diikuti oleh produk kecantikan dan produk rumah tangga. Bersama-sama ia mewakili pasaran yang terluang. Hakikatnya, kita sedang giat berkembang dan berdaya tahan. Kita mewakili pekerjaan di masa akan datang, penghidupan di masa akan datang dan keberkesanan korporat kepada masyarakat di masa akan datang. Apakah ertinya semua ini? Dengan mudahnya ia bererti bahawa terdapat banyak peluang bagi setiap seorang yang menjadi sebahagian daripada industri jualan langsung.

Tetapi kita tidak boleh berasa selesa dengan kejayaan masa lampau. Kita mesti sentiasa mendakap masa akan datang. Pada tahun lepas kita telah mencapai tahap jualan yang paling tinggi dan penyertaan bilangan individu yang paling tinggi dalam sejarah 100+ tahun industri jualan langsung. Dan itulah sebabnya kenapa sekarang adalah masa yang tepat untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula dan Penakfrian Semula tentang apa sebenarnya industri kita. Itulah caranya untuk kita memastikan yang kita akan berterusan menetapkan jualan-jualan baharu dan mencipta kejayaan.

Apakah yang saya maksudkan dengan melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula, dan Penakrifan Semula bagi industri kita?

Kita perlu mengimaginasikan atau menggambarkan dalam angan-angan kita

bagaimanakah dunia digital dapat membina perniagaan jualan langsung. Hari ini, lebih seorang daripada setiap individu di bumi ini saling berhubung melalui apa jua bentuk platform media sosial. Di setiap negara, peratusan jualan runcit yang dilakukan melalui e-Dagang semakin berkembang.

E-Dagang kian berganjak ke perdagangan sosial dan itulah yang diterokai oleh industri kita lebih 100 tahun lalu. Industri jualan langsung memiliki peluang untuk mengerah teknologiteknologi digital ini dengan cara meningkat dan mengembangkan peluang memperolehi pendapatan bagi wakil-wakil kita. Tetapi kita juga perlu terus mewujudkan komuniti dan perhubungan di dalam medium digital dan juga fizikal. Mengimaginasi bagaimana kita mewujudkan komuniti dalam dunia digital adalah satu cabaran yang penting dan menerujakan. Dan apabila kita melakukannya, kita sebenarnya akan menyumbangkan perhubungan dan sokongan yang lebih banyak kepada berjutajuta manusia di sekeliling dunia.

We also have to reinvent our notions about who is a direct seller. Kita juga perlu melakukan rekaan semula terhadap tanggapan kita tentang siapakah penjual langsung itu. Industri global yang keseluruhannya telah diwujudkan sepuluh tahun yang lalu akibat teknologi di sebalik telefon bimbit dan keperluan bagi berjutajuta manusia memperolehi pendapatan anjal secara sambilan. Digelar “Ekonomi Gig” di Amerika Syarikat, pasar-pasar bagi pembeli dan penjual perkhidmatan telah muncul di dalam hampir setiap ekonomi pasaran bebas di dunia. Industri-industri ini telah mewujudkan dalil-dalil yang jelas dan mudah, mengaitkan tindakan tertentu dengan upah yang jelas dan mudah. Dengan rekaan semula siapakah yang dimaksudkan dengan penjual langsung dan bagaimana ganjaran diperolehi, kita boleh mengembangkan lagi industri kita dan membawa masuk lebih ramai orang di masa hadapan.

Dan akhir sekali, kita perlu mentakrif semula apakah itu jualan langsung. Selaku syarikat, kita perlu meletakkan amalanamalan yang beretika di barisan hadapan segala yang kita laksanakan, supaya kita

boleh meningkatkan reputasi kita dan menunjukkan kesan kemasyarakatan dan ekonomi kepada negara-negara di mana kita beroperasi. Kita akan menggandakan kesan bersama industri kita dan menekankan bagaimana industri jualan langsung menyumbang kepada ekonomi yang berpelbagai, perkasa dan inklusif (berkebersamaan) bagi semua.

Sebagai sebahagian daripada proses kita untuk melakukan Imaginasi Semula, Rekaan Semula dan Takrifan Semula, WFDSA telah mengambil beberapa inisiatif yang kami harap dapat disiapkan dalam masa dua tahun yang akan datang. Tumpuan kami adalah terhadap Advokasi, Etika dan Kawal Selia. Kami telah menghimpunkan satu gabungan hebat yang terdiri daripada para pemikir yang pintar dari kalangan industri kita, perundingperunding luaran, dan tokoh-tokoh pemikir dari luar untuk meningkatkan reputasi dan keberkesanan kita. Setiap jawatankuasa diketuai oleh Ketua Eksekutif beberapa syarikat terbesar di dalam industri kita.

Dalam tahun 2022 ini, kami sedang menyediakan setiap inisiatif untuk peringkat pelaksanaan dan kami menjangkakan dapat berkongsi dengan anda pencapaianpencapaian yang signifikan pada tahun ini dan juga pada tahun 2023 kelak.

Akhir kata, saya ingin berkongsi pandangan peribadi saya. Saya selalu berkata, “Kemewahan yang paling besar dalam kehidupan adalah di dalam memilih cara kita mencari rezeki.” Ada beberapa orang di kalangan kita yang lahir dalam industri ini, ada yang menemuinya secara kebetulan, dan ada yang lain seperti saya yang telah bertahun-tahun mencari satu perniagaan yang menguntungkan dan juga memberi kesan yang positif bagi jutaan manusia. Walau apapun, kita semua sudah berada di sini. Saya percaya kita semua bernasib baik menjadi sebagaian daripada industri yang mulia ini. Di mana lebih banyak kita menolong orang lain… lebih berjayalah kita. Dan dengan itu, bagi pihak 128 juta ahli industri jualan langsung, saya ingin mengucapkan Terima Kasih atas segala yang anda telah lakukan untuk memajukan lagi kehidupan begitu ramai rakyat Malaysia.

9 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

menurut Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Sedunia (WFDSA), industri jualan langsung mencatatkan nilai AS186.1 bilion dollar di seluruh dunia, meliputi 128.2 juta wakil-wakil jualan bebas. WFDSA menyatakan bahawa statistik bagi jualan global mengikut produk menunjukkan bahawa Produk Kosmetik/Penjagaan Peribadi (24.5%) dan Produk Kesejahteraan Kesihatan (34.8%) yang bersama-sama mencatatkan 59% daripada jualan berkategori. Sementara itu, Barangan & Barang Tahan Lama mencatatkan peningkatan dari 14.4% pada 2020 kepada 16.0% pada 2021 dan Pakaian & Aksesori menurun dari 4.7% ke 4.5%.

Industri Jualan Langsung telah memperlihatkan pertumbuhan yang berterusan dengan kadar pertumbuhan kompaun 3.8% selama tiga tahun antara 2018 dan 2021, tidak termasuk jualan di negara China. Analisis oleh WFDSA menunjukkan bahawa 78% jualan global dijana oleh 10 negara yang mencatat jualan tertinggi dengan Amerika Syarikat di tempat pertama, diikuti oleh Korea di tempat kedua dan Jerman di tempat ketiga.

10 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022 INDUSTRI JUALAN LANGSUNG GLOBAL TERUS MENCATAT PERTUMBUHAN POSITIF. PANDANGAN JUALAN LANGSUNG GLOBAL 2021 Kemuncak/ Jualan Langsung Global Asia Tidak Termasuk China* 60.0-up 1.4% China* 18.0 - down 12.5% Americas 68.0 - up 5.8% Eropah 38.4 - up 2.8% Afrika & Timur Tengah 1.8 - down 10.0% 1. Amerika Syarikat 42,670 2. Korea 19,421 3. Germany 18,959 4. China 17,961 5. Japan 14,248 6. Malaysia 8,367 7. Brazil 7,048 8. Mexico 5,788 9. Perancis 5,419 10. Taiwan, China 4,901 71.4 -up 3.4% 3.1 - down 13.6% 32.4 - flat 15.7 - up 8.4% 5.5 - down 28.1% Eropah 21% Eropah 12% Americas 26% Americas 36% Asia 42% Asia 58% Afrika & Timur Tengah 1% Pasaran-Pasaran Jualan Tertinggi di Dunia 2021 10 Pasaran Teratas Dalam Juta Dolar AS Afrika & Timur Tengah 4% Jualan Global (186.1 Dalam Bilion AS) Kuasa Jualan Global (128.2 Juta) Keputusan Perniagaan Global 4.5% 24.5% 2.9% 8.4 45.6 5.4 16.0% 34.8% 3.2% 2.8% 1.5% 2.1% 4.0% 3.7% 29.8 64.8 6.0 5.2 2.8 3.9 7.4 6.9 Pakaian dan Aksesori Kosmetik
& Penjagaan Peribadi Penjagaan Rumah Barangbarang Rumah Tangga & Barang Tahan Lama
Kesejahteraan Kesihatan Buku, Permainan, Alat Tulis Dan Lianlain Makanan & Minuman Pembaikan Rumah Utiliti Perkhidmatan Kewangan Lain-lain Dalam Bilion Dolar AS

INDUSTRI JUALAN LANGSUNG MALAYSIA MENUNJUKKAN PERTUMBUHAN YANG MANTAP

INDUSTRI JUALAN LANGSUNG MALAYSIA TERUS MENGALAMI PERTUMBUHAN

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Malaysia, industri jualan langsung telah menunjukkan pertumbuhan mantap selama 20 tahun yang lalu antara tahun 2001 dan 2020. Daripada jualan yang hanya mencatatkan jumlah RM3 bilion pada tahun 2001, kini industri ini mencatatkan unjuran angka jualan RM26 bilion pada 2021.

Di antara 2017 dan 2021, prestasi ahli-ahli Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) telah menunjukkan pertumbuhan progresif dari hanya RM6.2 bilion pada 2017 ke RM13.3 bilion pada 2021, dengan jumlah purata RM9.2 bilion selama tempoh 5 tahun yang lalu.

Data jualan yang dikumpul oleh DSAM pada 2021 menunjukkan yang Produk Kesejahteraan Kesihatan mencatatkan 45% daripada jualan, diikuti dengan Produk Rumah Tangga dan Barang Tahan Lama pada kadar 21%, dan disusuli rapat oleh Produk Kosmetik dan Penjagaan Peribadi, pada kadar 20%.

Satu analisis tentang kaedah jualan yang diguna pakai oleh pemainpemain di pasaran menunjukkan bahawa jualan fizikal bersemuka pelanggan-pembeli mencatatkan kadar 40% pada 2021 berbanding dengan 41% pada 2021, sementara jualan berbentuk acara parti mencatat 26% pada 2021 berbanding 25% pada 2020. Pendekatan secara dalam talian kekal pada 34% pada 2020 dan 2021. Gambaran keseluruhan kaedah-kaedah

PRESTASI INDUSTRI JUALAN LANGSUNG (2001-2020)

SELLING INDUSTRY PERFORMANCE (2001-2020)

DATA JUALAN (2021)

SALES DATA (2021)

Kesejahteraan Kesihatan 45% 45% (pada 2020)

Barangan Rumah Tangga dan Barangan Tahan Lama 21% 21% (pada 2020)

Kosmetik dan Penjagaan Diri 20% 20% (pada 2020)

Makanan dan Minuman 5% 6% (pada 2020)

Pakaian dan Aksesori 3% 3% (pada 2020)

Penjagaan Rumah Tangga 3% 3% (pada 2020)

Buku, Permainan dan Alat Tulis 2% 2% (pada 2020)

Penambah Baik Rumah 1%

11 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia / DIRECT
Source: Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (MDTCA) 27 25 23 21 19 17 15 13 11 9 7 5 3 1 RM (’ BILLION) 4.8 5.3 6.6 7.0 5.6 6.5 6.8 9.7 9.9 12.1 14.8 15.0 16.0 18.0 21.5 25.7 10.7 3.9 3.0 12.4 10.0 26.0 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019 2020 AVERAGE 2021 PROJECTED
Source: Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) Household Goods and Durables 21% 21% (in 2020) Foodstuff and Beverages 5% 6% (in 2020) Wellness 45% 45% (in 2020) Books, Toys and Stationery 2% 2% (in 2020) Cosmetics and Personal Care 20% 20% (in 2020) Clothing and Accessories 3% 3% (in 2020) Home Improvement 1% Home Care 3% 3% (in 2020)
POSITIF.
Langsung Global
Sorotan/ Jualan
Sumber: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) Sumber: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM)

PRESTASI AHLI-AHLI DSAM (2017-2021)

RM (BILION)

KEAHLIAN DSAM (2017-2021)

memesan barangan oleh para pelanggan menunjukkan bahawa kedai-kedai fizikal dan pesanan dalam talian masing-masing mencatatkan kadar 30%, sementara pesanan melalui telefon bimbit mencatat 23% diikuti oleh pesanan melalui telefon wayar 12% dan pesanan tradisional melalui pos pada kadar 3%.

Jumlah jualan bagi industri jualan langsung mencatatkan jumlah RM13.28 bilion dengan RM11.14 bilion bagi syarikat-syarikat jualan langsung milik asing dan RM2.15 bilion terdiri daripada syarikat-syarikat Malaysia.

DSAM mencatat pertumbuhan angka keahlian dari 97 syarikat pada 2017 kepada 131 syarikat pada 2021. DSAM menunjukkan bahawa dari sudut asal-usul syarikat/produk, 51% syarikat berasal dari Malaysia dan 49% dari luar negara, terdiri daripada 67 syarikat Malaysia, 32 dari Amerika Syarikat, 7 dari Taiwan dan Korea masing-masing, dan 4 dari negara

METHODS (2020-2021)

KAEDAH PESANAN (2020-2021)

ORDERING METHODS (2020-2021)

KAEDAH PESANAN (2020-2021)

ASAL SYARIKAT/PRODUK (2021)

BILANGAN PENGEDAR (2021)

PECAHAN PERATUSAN PENGEDAR (2021)

China, antara lain-lain. Bilangan pengedar yang aktif di Malaysia mencatatkan 3.577 juta pada 2021 berbanding dengan 3.2 juta pada 2020, dan 4.5 juta pengedar berdaftar berbanding dengan 4.3 juta pada

tahun 2020. Pada tahun 2021, terdapat sejumlah 2,198 stokis dan 939 bengkel yang disediakan untuk pengedar-pengedar berkemahiran tambahan berbanding 893 pada 2020.

12 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022 Sorotan/ Jualan Langsung Global SALES
41% (in 2020) PERSON-TO-PERSON 40% 25% (in 2020) PARTY PLAN 26% 34% (in 2020) ON-LINE 34%
30% 30% 23% 12% 3% 2%
NO. OF DISTRIBUTORS (2021) 3,200,000 (in 2020) ACTIVE DISTRIBUTORS 3,577,600 4,300,000 (in 2020) REGISTERED DISTRIBUTORS 4,500,000 893 (in 2020) WORKSHOPS PROVIDED 939 2,093 (in 2020) NO. OF STOCKISTS 2,198 PERCENTAGE BREAKDOWN OF DISTRIBUTORS (2021) INACTIVE FULL-TIME EMIT-TRAP SROTUBIRTSIDREHTO 27% 23% %62 %42 Source: Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) 27%(in2020) 23%(in2020) (%62)0202ni )0202ni(%42 Source: Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) 2021 45% 20% 21% 2019 47% 16% 19% 2018 52% 16% 17% 2017 53% 17% 15% 2020 45% 20% 21% DSAM MEMBERS PERFORMANCE (2017-2021) DSAM MEMBERSHIP (2017-2021) RM (’ BILLION) Source: Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) COMPANY/PRODUCT ORIGINS (2021) MALAYSIA 67 USA 32 TAIWAN 7 KOREA 7 SINGAPORE 2 GERMANY 2 JAPAN 3 BRAZIL 1 SWEDEN 1 OTHERS 2 SWITZERLAND 1 NEW ZEALAND 1 CHINA 4 HONG KONG 1 51% MALAYSIAN COMPANIES / 49% FOREIGN COMPANIES
51% SYARIKAT MALAYSIA/49% SYARIKAT ASING Sumber: Persatuan
Sumber: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) Sumber: Persatuan Jualan
Sumber: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM)
41% (pada 2020) KAEDAH JUALAN BERSEMUKA 25% (pada 2020) PELAN ACARA PARTI KEDAI FIZIKAL 30% (pada 2020) 23% (pada 2020) 3% (pada 2020) 30% (pada 2020) 12% (pada 2020) 2% (pada 2020) DALAM TALIAN DALAM TALIAN FON POS TRADISIONAL MEL TRADISIONAL 34% (pada 2020) DALAM TALIAN KESEJAHTERAAN KESIHATAN BARANGAN RUMAH TANGGA DAN BARANGAN TAHAN LAMA KOSMETIK DAN PENJAGAAN DIRI MALAYSIA 67 USA 32 TAIWAN 7 JERMAN 2 JEPUN 3 KOREA 7 CHINA 4 SINGAPURA 2 SWITZERLAN 1 NEW ZEALAND 1 BRAZIL 11 SWEDEN 1 HONG KONG 1 OTHERS 2 PENGEDAR AKTIF 3,200,000 (pada 2020) PENGEDAR BERDAFTAR 4,300,000 (pada 2020) BILANGAN STOKIS BENGKEL YG DISEDIAKAN 2,093 (pada 2020) 893 (dalam 2020) Sumber: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) 27% TIDAK AKTIF 27%(pada2020) 24% PENGEDAR-PENGEDAR LAIN2020)(pada24% SEPENUH23% MASA23%(pada2020) 26% MASASEPARUH 2020)(pada26%
Jualan Malaysia (DSAM)
Langsung Malaysia (DSAM)
PERTUMBUHAN KATEGORI PRODUK (2017-2021)

KONVENSYEN DSAM 2021: SETERUSNYA ADALAH SEKARANG

konvensyen DSAM 2021, bertemakan Seterusnya Adalah Sekarang telah dirasmikan dengan teruja sekali pada masa negara beralih dari suasana pandemik kepada endemik. Ketika sektor perniagaan mula memulihkan momentum, satu evolusi adalah diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu dari segi kekeluargaan, aktiviti masa lapang, dan yang penting sekali cara perniagaan dijalankan.

“Kita mesti berupaya melakukan inovasi, mendidik dan menggerakkan wawasan kita untuk mendorong kita ke tahap yang seterusnya – Seterusnya

Adalah Sekarang,” kata Kent, sebelum mengalu-alukan para hadirin, untuk mendengar perutusan alu-aluannya.

UCAPAN ALU-ALUAN PRESIDEN

Di dalam ucapan alu-aluan beliau, Presiden DSAM Datuk Tan Chong Guan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), serta pasukan beliau atas sokongan dan bantuan yang telah diberikan kepada DSAM. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penaja konvensyen atas sokongan berterusan mereka.

“Dengan pendapatan yang melebihi RM23 bilion, dan lebih 4 juta pengedar dalam industri kita, jualan langsung kekal sebagai elemen penting di dalam membantu negara terutamanya dalam masa kesusahan. Sebaik sahaja kita keluar daripada kesusahan susah, kita perlu membina asas yang kukuh untuk membawa industri kita ke tahap yang seterusnya,” kata Datuk Tan.

“Setelah keadaan tidak menentu yang dialami selama setahun setengah, kita pastinya dapat melihat cahaya di hujung terowong. Negara kita adalah di kalangan segelintir neegara yang telah mencapai 90 peratus kadar vaksinasi di kalangan warga dewasa. Syabas Malaysia!” kata Datuk Tan dengan penuh semangat.

Beliau menambah yang industri jualan langsung telah tumbuh 20 peratus pada tahun 2019, lebih daripada jangkaan ramai. Kadar pertumbuhan berterusan dijangka pada tahun 2022, yang kini masih di susun kira oleh pihak KPDNHEP.

Datuk Tan memberitahu bahawa industri telah memperlihatkan tambahan 500,000 pengedar baru yang telah menyertai sejak tahun lepas. “Pernan kita dalam memberi harapan, pendapatan dan kesihatan kepada orang ramai memang sanag t relevan sekarang ini,” beliau menyatakan.

13 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /
KONVENSYEN DALAM TALIAN KE-2 TELAH MENGIKTIRAF YANG TERBAIK DALAM INDUSTRI DENGAN ANUGERAH-ANUGERAH PENGIKTIRAFANNYA, DAN MENAWARKAN PEMAIN-PEMAIN INDUSTRI MAKLUMAT YANG DIKEMASKINI DARI BARISAN PARA PENCERAMAH YANG DIHORMATI.
Sorotan / Konvensyen Maya DSAM 2021

Industri jualan langsung Malaysia menduduki tempat ke 6 di dunia dan ke 4 di Asia Pasifik dari segi jualan, selepas China, Japun dan Korea.

“Kita perlu terus bekerja keras dan bijak untuk memperbaiki kedudukan kita, “ beliau mengingatkan pemainpemain industri dan ahli-ahli. “Pada tahun 2020, saya telah bercakap tentang teknologi dan mengguna teknologi itu untuk memajukan lagi perniagaan. Tahun ini, saya mahu anda memupuk bakat – bolehkah anda bayangkan separuh juta individu yang telah menyertai industri kita, mereka yang baharu dan segar. Menjadi tugas anda untuk memajukan bakat-bakat ini,” Datuk Tan menekankan.

Beliau menasihatkan supaya mengguna inovasi untuk mendapatkan nilai yang lebih baik bagi pengguna dan menggalakkan ahli-ahli untuk meneroka pasaran di luar Malaysia untuk mengembangkan perniagaan.

“Pendidikan dan pembelajaran adalah sebagian daripada rutin seharian kita dan kita perlu menambah nilai dalam segala perkara yang kita lakukan,” ujar beliau.

Tambah beliau, segala pelan perlu digiatkan dan setiap ahli perlu menjadi contoh yang baik melalui amalanamalan yang baik dan beretika. “Kode tika DSAM adalah di antara yang paling ketat dan terbaik di dunia Kita sendiri yang menetapkan standard untuk mengekalkan nama baik industri,” kata beliau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada usahawan-usahawan terbaik tahunan dan menggalkkan semua untuk terus melakukan usaha mereka yang paling baik dan membanggakan persatuan. Beliau mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat dalam inisiatif Bendera Putih kerana usaha dan sumbangan mereka terhadap satu usaha yang murni ini.

Dato’ Haji Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Konvensyen mengalu-alukan kehadiran Dato’ Haji. Rosol yang berucap kepada para hadirin dengan mesra dan bersemangat.

Beliau mengucapkan tahniah kepada DSAM dan ahli-ahlinya atas kejayaan mereka meskipun terdapat cabaran dari pandemik yang melanda. Dato’ Haji Rosol berkata pandemik telah menjejaskan ekonomi dunia dan negara. Tambahnya ramai orang telah hilang pekerjaan dan sumber pendapatan, namun demikian, jika ditinjau semula apa yang telah berlaku, industry jualan langsung telah memberi harapan kepada jutaan rakyat Malaysia melalui keusahawanan. Industri ini telah menawarkan peluangpeluang yang tidak terbilang bagi menjana pendapatan kepada warga

Malayysia Ketika krisis tersebut melanda. Dato’ Haji Rosol.

Berkata beliau berasa bangga menyatakan bahawa industri telah mencatat jualan RM25.6 juta pada 2020, peningkatan 20 peratus berbanding dengan 2019. Tambah beliau KPDNDHEP akan bekerja rapat dengan DSAM untuk memastikan perubahan positif dalm industri jualan langsung, sambil menyumbang bimbingan yang lebih baik.

SENI PERBUALAN OLEH VICTORIA ONG, WARTAWAN, HOS DAN PENERBIT

Di dalam industri jualan langsung, senia perbualan adalah faktor yang penting dalam menjayakan perhubungan dengan. Dengan suasana pandemik ramai orang berada dalam keseorangan tanpa

14 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
Sorotan / Konvensyen Maya DSAM 2021

mengamalkan perbualan. Sesetengah individu mungkin berasa yang mereka telah hilang melibatk diri dalam seni perbualan. Menyedari hakikat itu, Victoria Ong telah menyampai satu seesi yang penuh berkesan dalam menawan saat-saat melalui perbualan yang bermakna. Beliau menonjolkan bahawa professional dalam bidang jualan, kemungkinan anda diberkati dengan kepetahan bercakap, berupaya bercakap kepada orang ramai dengan penuh keyakinan, Tetapi mungkin juga, setelah berbulan-bulan terkurung, ada di kalangan mereka yang mungkin sudah kehilangan majis petah bercakap mereka. Beliau mengemukakan soalan “bagaimana kita mempelajari semula atau mempelajari seni berbual?”

Dalam menangani soalan tersebut, Victoria berkongsi 7 tips berasaskan pengalaman yang termasuk:

1. Hadir – ketepikan semua gajet dan tumpukan perhatian kepada perbualan tanpa melakukan ‘multisaking’ (menjalan dua tugas atau lebih dalam satu masa).

2. Bertanya soalan yang bagus-bagus – Fikirkan untuk bertanya soalan dan kemukakan soalan-soalan yang terbuka.

3. Berikan pujian – lakukan dengan jujur, spesifik dan senyum semasa memberi pujian.

4. Cari titik persamaan – lakukan penyelidikan tentang pewawancara supaya anda boleh berhubung dengan lebih bersama beliau.

5. Denganr dengan teliti – perhatikan isyarat-isyarat yang bersifat lisan atau sebaliknya, jelaskan soalan dan perhatikan ketidak selesaan di pihak yang lagi satu.

6. Lokasi – ambil kira di mana lokasi yang paling baik untuk menghampiri pihak yang berkenaan atau ambil kira apa platform yang akan diguna.

7. Menghafal – berusahalah untuk mengingati apa yang diperkatakan sperti kesukaan, ketidak sukaan atau perkaraperkara semasa, dan imbas kembali semasa perbualan seterusnya.

Beliau menwarkan 3 tip bagi melakukan pembentangan:

1. Berpakaian yang berwarna berani dan pepejal – warna yang lebih terang menonjol melalui kamera.

2. Pastikan webcam pada paras mata.

3. Ingat tangan anda –Jangan sorok tangan anda dan lakukan isyarat untuk membawa tenga kepada perkara yang sedang dinyatakan.

PENCIPTAAN DIGITAL OLEH MIA ONG, PENGURUS BESAR MGAG MEDIA (RAKAN NIAGA RASMI TIK TOK MALAYSIA)

Dengan kejayaan kencang digitalisasi di dunia hari ini, terutamanya selepas pandemik, pihak pengguna dan juga penjual telah mengambil langkah menggunakan kaedah digital untuk membeli dan menjual. Mia Ong berkongsi idea bagaimana memanfaatkan media digital untuk mencapai audiens sasaran, yang akan mendatangkan faedah yang hebat bagi penjual-penjual langsung di dalam era digitalisasi ini Mia berkongsi tentang cara menarik minat audiens, especially Gen Z, dengan peniuh bermakna melalui konten di akaun Tik Tok, kerana app ini mempunyai lebih 4 juta pengguna aktif di Malaysia. Mia menerangkan bahawa videovideo Tik Tok dijangka mencipta kesan yang tinggi menerusi ketumpatan konten

yang terdiri daripada nilai menerusi hiburan. Beliau menawarkan tip-tip tentang mencipta konten Tik Tok yang penuh impak dan berkesan;

1. Kenal pasti ‘niche’ atau bidang tujahan anda – Profil Tik Tok yang berjaya memiliki bidang tujahan yang sangat jelas. Bagi jenamajenama, ‘niche’ nya patut berlegar disekitar nada dan nilai konten jenama.

2. ‘Trendjack’ – jika jenama mengikut gaya semasa dan menunjukkan ia memahami konten Tik Tok ia akan lebih diterima oleh audiens. Manfaatkan gaya yang sedang wujud untuk memaparkan produk anda, tapi pastikan yang ia sesuai dengan pesanan kempen anda. 3. Suburkan komuniti – Tik Tok hebat dalam membina ikutan pujaan ramai. Tik Tok memiliki banyak ciriciri inraktif yang bertujuan memacu pertalian antara penerbit konten dan penonton.

ANUGERAH

Konvenyen berakhir dengan gemilang apabila ahli-ahli menerima anugerah kecemerlangan industri.

15 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

NU SKIN MENCAPAI KECEMERLANGAN 25-TAHUN DI ASIA TENGGARA

nu Skin, syarikat kecantikan dan kesejahteraan kesihatan perdana, tahun ini merayakan kejayaan 25 tahun mentransformasi generasi merentasi Asia Tenggara. Jenama ini telah membina namanya dalam industri kecantikan dan kesejahteraan kesihatan sejak ia bermula, dan terus merevolusikan industri dengan kehadirannya.

Nu Skin mempunyai rangkaian produk yang luas dan berterusan mencapai kecemerlangan dalam industri kecantikan dan kesihatan yang kian berkembang. Di antara banyak pencapaiannya, Nu Skin telah dianugerahkan Jenama #1 bagi Sistem Peranti Kecantikan1. ageLOC Boost™ telah menjadi peranti jualan tertinggi Nu Skin, yang juga telah menggondol anugerah seperti Anugerah Kecantikan Bella3 pada 2021, membuktikan yang ia berada di barisan hadapan teknologi kecantikan seluruh dunia dan juga di rantau Asia Tenggara.

Semasa acara Kongres Kepimpinan Wanita Dunia (WWLC) ke 9 dan acara Penganugerahan, presiden Nu Skin Asia

Tenggara dan Pasifik, Dr. Vicky Leevutinun telah memenangi anugerah yang memang layak diterimanya, iaitu Anugerah Kepimpinan Cemerlang4. Beliau menerima puji-pujian atas kepemimpinan dan pencapaiannya di dalam mengetengahkan idea-idea positif dan mengaplikasikan teknik-teknik dan taktik-taktik canggih untuk merangsangkan ekonomi tempatan.

Satu lagi kejayaan berkesan adalah apabila Pharmanex® Nu Skin, telah sekali lagi menjadi jenama “Pharmanex® - No.1 pengurusan berat badan dan kesejahteraan kesihatan di Malaysia buat 6 tahun berturutturut” oleh Euromonitor International2 Jenama Pharmanex® menawarkan berbagai jenis suplemen pemakanan (diet).

Misi Nu Skin adalah untuk menjadi kekuatan pendorong kebaikan di seluruh dunia dengan membolehkan orang ramai untuk meningkatkan kehidupan melalui produk-produk yang inovatif, peluang perniagaan yang bermanfaat dan budaya yang memperkayakan kehidupan. Dengan semua anugerah dan pengiktirafan yang diraihnya ini, Nu Skin secara berterusan berusaha mencipta produk-produk yang

memenuhi keperluan para pengguna, di mana setiap produk melalui ujian penyelidikan dan kemajuan yang meluas sebelum ia dilancarkan. Ketika dunia terus meletakkan kepentingan dan keutamaan pada bidang kesihatan dan kesejahteraan kesihatan, Nu Skin berasa teruja tentang inovasi-inovasi masa hadapan yang sedang dimajukannya yang boleh diperkenalkan kepada industri yang sedang pesat berkembang, sambil memenuhi keperluan dan jangkaan para pengguna.

Naib Presiden Operasi Pasaran, Nu Skin Malaysia & Brunei, Encik Hendrix Wong, berkata, “Kami benar-benar berterima kasih kerana memiliki satu pasukan kakitangan dan brand affiliate yang telah berkhidmat beberapa generasi di Asia Tenggara sejak kami bermula. Kejayaan kami beroleh kecemerlangan ini cuma kerana adanya hubungan dan kepercayaan daripada pelanggan-pelanggan kami sejak 25 tahun yang lalu. Pasaran telah berkembang dan menawarkan benyak sekali pilihan, namun pelanggan-pelanggan kami tetap memilih kami, dan kerana itu kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas kepercayaan

16 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022
MERAYAKAN PENGANUGERAHAN DAN MEMBERI BALIK KEPADA MASYARAKAT.
Sorotan / Nu Skin

dan sokongan mereka.”

Dengan kata-kata itu, Nu Skin memegang komitmen untuk terus memberi balik kepada masyarakat segala sokongan yang telah mereka tunjuk.

Inisiatif Yayasan Force For Good pada Ogos 2021 lalu telah memaparkan jenama yang menyumbangkan bungkusanbungkusan perihatin bagi 600 keluarga dalam kumpulan pendapatan B40 yang

Sumber-sumber

teruk terjejas dalam masa kesusahan. Sebagai tambahan, Nu Skin telah menghulurkan usaha amal melalui inisiatif-inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat di kawasan-kawasan terpencil dengan Projek Wish List tahunan yang membawa kegembiraan kepada 385 orang kanak-kanak di bawah Dana Jantung Kanak-Kanak Nu Skin Asia Tenggara. Di bawah dayausaha ini, disumbangkan

hadiah-hadiah berupa keperluan-keperluan persekolahan, alat-alat sukan, permainan hingga ke pakaian bagi kanak-kanak yang layak untuk menanam minat mereka terhadap pembelajaran. Tanpa mengira apa jua keadaan dan cabaran di dalam negara berkenaan, Nu Skin memegang komitmen untuk menjadi kekuatan pendorong kebaikan, untuk menyebarkan senyuman dan semangat positif.

1. Euromonitor International Limited; Retail Value RSP terms; all channels; 2017 to 2021. Beauty Systems are at-home Skin Care Beauty Devices that are exclusively paired or recommended to be used with a topical consumable of the same brand. Claim verification based on Euromonitor custom research and methodology conducted January-March of 2022. Sales of at-home skin care beauty devices includes sales of electric facial cleansers as defined in Passport database. This category does not include hair care/removal appliances, body shavers, and oral care appliances: https://www. euromonitor.com/ nu-skin-claims.

2. Euromonitor International Limited; Consumer Health; as per Weight Management and Wellbeing definition; Retail Value RSP terms; all channels; 2017 to 2022.

3. Bella Beauty Award - https://cittabella.my/2022/01/28/bellabeautyawards2021-22nu-skin/

4. Outstanding Women Leadership Award - http://www.worldwomenleadershipcongress.org/winners/wwlc/world-women-leadershipawardwinners-2022.html

17 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

MELALUI JALAN YANG KURANG DILALUI

TIGA ORANG USAHAWAN BERKONGSI TENTANG KEAJAIBAN INDUSTRI JUALAN LANGSUNG DAN GANJARAN YANG DITAWARKAN KEPADA

MEREKA YANG BERKOLABORASI DAN BEKERJA KERAS.

nama saya Azizuddin dan isteri saya Nurhayati. Saya diperkenalkan kepada industri jualan langsung pada tahun 2002 semasa saya berusia 25 tahun dan ketika saya sedang bekerja di sebuah syarikat multinasional.

Saya dijemput untuk menghadiri satu majlis jualan langsung buat pertama kalinya, dan acara itulah yang menaikkan semangat di hati sanubari saya kerana saya dapat bayangkan masa depan yang cerah jika saya melibatkan diri dalam perniagaan. Sebelum itu memang saya telah mencari peluang penglibatan dalam perniagaan tapi cabaran paling utama bagi saya adalah modal besar yang diperlukan. Bagi perniagaan jualan langsung ia berbeza, kerana dengan modal yang kecil pun saya dapati saya boleh memulakan perniagaan dan pada masa yang sama

menerima bimbingan dari mentor-mentor yang benar-benar hebat.

1Jadi pada tahun 2002, saya memulakan perniagaan jualan langsung saya secara separuh masa dan setelah bekerja keras, hanya dalam tempoh 6 bulan saya sudah berupaya membuat keputusan untuk meletak jawatan dari bekerja makan gaji dan pada umur 25 tahun saya terjun sepenuh masa ke dalam membina perniagaan jualan langsung saya sendiri.

Sejak itu, saya melalui pengalaman perniagaan yang memberangsangkan, yang membolehkan saya meraih percutian bertaraf 5-bintang ke luar negara setiap tahun, segalanya dibayar sepenuhnya.

Kunjungan-kunjungan saya ke luar negara membolehkan saya benar-benar melihat betapa banyaknya yang kita boleh belajar dari negara-negara yang lebih membangun dan maju.

Dalam perniagaan jualan langsung, kita tidak menjalankan perniagaan kita seorang diri, tapi kita mempunyai pasukan. Bersama-sama kita perlu membantu satu sama lain untuk memastikan yang anggota-anggota pasukan kita juga boleh mencapai impian mereka.

Lebih ramai kita membantu orang untuk berjaya dalam perniagaan, lebih berjaya kita dalam perniagaan kita.

Saya sudah membina perniagaan jualan langsung saya selama 20 tahun

sekarang, dan saya menjadi semakin teruja dan bersemangat kerana ia bukan sahaja memberi saya kemerdekaan kewangan tetapi juga kebebasan masa yang hanya dapat diimpikan oleh orang di luar sana, kerana ia sesuatu yang tidak mungkin dapat mereka perolehi dari perniagaan atau kerjaya mereka.

Dan keutamaan yang paling bernilai bagi saya, yang memberi saya kebahagiaan, adalah dapat sentiasa berada bersama-sama dengan keluarga tersayang, iaitu isteri dan anak-anak saya.

Bagi saya, membina perniagaan bukan semata-mata membuat duit, tetapi apa yang kita perlu pelajari adalah memiliki pengetahuan supaya kita dapat memacu diri kita untuk menjadi seorang yang lebih beramanah, jujur, dan penuh berintegriti, di dalam menjalani kehidupan kita di dalam dunia perniagaan.

Di dalam perniagaan jualan langsung, segala-galanya disediakan untuk kita. Ia satu pakej yang lengkap dan apa yang perlu kita lakukan adalah menggenggam dan menyiapkan diri kita dengan pengetahuan yang tidak ternilai daripada mentor-mentor yang tulen dan platform syarikat yang benar.

Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua rakan saya dalam industri jualan langsung dan menggesa mereka untuk berusaha lagi untuk membantu orang lain di luar sana yang sedang mencari jalan mencapai impian mereka.

19 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /
Sorotan / Testimoni

apabila kawan saya Danny dari Singapura bercakap dengan saya tentang satu peluang penjualan langsung yang baharu, saya tidak bersedia. Bukan kerana saya menentang ideologi atau model perniagaan industri ini, malah saya sentiasa berpendapat yang model perniagaan melalui rujukan adalah cemerlang. Walau bagaimanapun, keadaan saya pada ketika itu tidak membenarkan saya terlibat secara aktif di dalam syarikat tersebut.

Saya telah mencebur diri sebagai seorang usahawan selama 20 tahun ketika itu. Saya menjadi ahli Lembaga 9 syarikat, kepentingan perniagaan saya dalam sektor pelancongan dan industri hospitaliti antara pelaburan-pelaburan lain, sedang benarbenar berkembang maju.

Saya tahu daripada pengalaman hampir 20 tahun lalu yang industri jualan langsung berkeupayaan membantu mana-mana individu untuk mencapai impian beliau serta mencapai kebebasan kewangan. Walau bagaimanapun setelah pertembungan singkat dengan sebuah syarikat jualan langsung 20 tahun yang lalu, di mana syarikat itu akhirnya musnah dan gulung tikar, sejak itu saya tidak lagi terlibat dengan mana-mana pemain industri jualan langsung.

Apabila kawan saya Danny berkongsi dengan saya tentang sebuah syarikat yang mengalami kejayaan cemerlang menyumbang teknologi sains kesihatan dalam bentuk jualan langsung, saya tidak menghiraukan sangat dan tidak

mengambill begitu serius tentangnya pada ketika itu.

2Walau bagamanapun, disebabkan oleh situasi kesihatan saya, saya bersetuju terlibat dengan program peremajaan kesihatan selular selaku seorang pengguna, yang disyorkan oleh penaja upline saya. Saya terkejut yang keadaan saya bertambah baik dalam masa beberapa minggu sahaja. Pada masa itulah saya membuat keputusan untuk berkongsi lebih manfaat-manfaat yang saya alami bersama dengan anggotaanggota keluarga dan kawan-kawan, dan proses “pendua” perniagaan itu terjadi dengan sendiri tanpa disangka. Dalam tidak begitu lama saya berjaya menerima “cek-cek terima kasih” dari syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu, yang baru memulakan kehadirannya di Malaysia. Danny (kawan saya dan penaja upline) mula menghubungkan saya dengan pasukan sokongan dan akhirnya mendedahkan saya untuk mempelajari selok belok budaya dan falsafah syarikat. Saya amat tertarik dengan falsafah “Orang Sebelum Keuntungan” syarikat dan juga erti sebenar berkongsi jualan langsung. Saya mempelajari bahawa ia patut digelar Next Level Marketing (NLM) – “Pemasaran Tahap Seterusnya” oleh kerana industri ini benar-benar memberi peluang kepada orang biasa untuk mencapai kehidupan yang luar biasa. Lebih penting lagi, ia memenuhi segala keperluan ekonomi Norma Baharu.

Setelah setahun mengguna produkproduk tersebut, saya mendapati diri saya aktif berkongsi peluang perniagaan. Pujian patut diberi kepada langkah susulan yang selalu dilakukan oleh kawan/ penaja upline saya Danny dan pasukan sokongannya yang berterusan menjemput saya menghadiri berbagai acara dalam talian, dan berkongsi segala maklumat tentang industri ini.

Semasa pandemik melanda dunia pada tahun 2020, industri pelancongan dan perhotelan saya ranap. Kami terpaksa melepaskan kakitangan, kerana objektif utama seluruh tahun tersebut hanya untuk terus hidup dan semua yuran dan pendapatan dari syarikat-syarikat itu telah berhenti tanpa disangka-sangka. Mujurlah, pada masa yang sama akaun

pemasaran rangkaian dengan syarikat ini mula berkembang maju. Kami berjaya menarik semakin ramai pemimpin dan usahawan yang mempunyai wawasan yang sama, dan saya selama-lamanya berterima kasih bahawa pendapatan yang diperolehi dari usaha jualan langsung sebenarnya menyamai malahan melebihi pendapatan yang dahulu.

Saya tidak meletakkan punca kejayaan pada diri saya tetapi tetapi kepada pasukan saya yang begitu luar biasa, di mana setiap seorang menyumbangkan usaha kecil masing-masing untuk membawa mesej kebebasan kesihatan dan kewangan kepada kawan-kawan dan keluarga mereka , dan terutamanya rakan perniagaan kami yang percaya kepada takdir dan wawasan yang dipelopori oleh pasukan kami untuk mereka capai.

Hari ini, selepas 3 tahun dalam industri, saya adalah di kalangan 1% yang meraih pendapatan tertinggi dalam syarikat dan mencatat kedudukan paling tinggi di Malaysia setakat ini. Pencapaian ini tidak bermakna yang saya ini bijak bistari kerana sebelum ini saya benarbenar “pendatang baharu” dalam industri jualan langsung

Oleh itu, saya benar-benar percaya bahawa bagi semua yang sanggup meningkat maju, dan mencapai kejayaan luar biasa dengan cara membantu orang lain sebagai sebahagian daripada nilai teras mereka, maka industri jualan langsung adalah Tahap Seterusnya dalam hidup mereka yang harus mereka benarbenar pertimbangkan dan pelajari.

Hari ini dalam tahun 2022, saya berterima kasih selama-lamanya atas mereka yang hebat-hebat dalam pasukan saya dan syarikat, dan industri jualan langsung yang akan memperkasakan potensi berjuta-juta usahawawan rangkaian di masa hadapan di sini, di Malaysia.

Perihal: Tony Ch’ng tinggal di Pulau Pinang bersama dengan isteri dan keluarganya. Beliau adalah seorang Pelabur dan Usahawan Rangkaian. Sekarang ini beliau aktif membantu lebih daripada 3000 rakan sekutu mengembangkan rangkaian pasaran perniagaan mereka di Asia Tenggara.

20 / Direct Seller Malaysia / Edisi 1 / 2022 Sorotan / Testimoni

lizaimi Lihin diiktiraf sebagai salah seorang pemain elit dalam industri jualan langsung Malaysia. Beliau selalu berjaya membawa dirinya ke kedudukan kategori pencapai pendapatan tertinggi dalam syarikat-syarikat yang beliau terlibat, termasuk yang sekarang ini. Walau bagaimanapun, kejayaannya tidak berlaku cuma dalam jangka tempoh sehari dua. Sebaliknya, ia merupakan perjalanan 20 tahun yang bermula dengan penuh keraguan dan rasa kurang percaya pada industri ini pada masa itu.

Pada tahun 1997, saya lulus dengan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal dari sebuah universiti tempatan. Saya diperkenalkan kepada jualan langsung pada tahun 2002 oleh salah seorang kawan rapat saya. Sungguhpun saya berasa ragu-ragu atau skeptikal tentang model perniagaan ini, orang di dalam industri menarik saya untuk menerokai peluang ini. Lagipun, potensi untuk meraih pendapatan yang bersifat “passive residual” dan memiliki kebebasan kewangan, mendorong saya untuk bermula dan kekal fokus di dalam perniagaan.

Meskipun demikian, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah bagi saya.

3Lapan tahun yang pertama benar-benar merupakan satu bencana. Pada mulanya, situasi sungguh sukar, terutamanya apabila saya tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam industri ini. Saya sudah lupa berapa kali saya hendak berhenti sahaja, namun impian saya untuk meraih kebebasan kewangan membuatkan saya terus bergerak. Saya berasa gembira yang saya melalui segala tungkus lumus itu kerana ia membantu saya lebih memahami tentang perniagaan ini dan bagaimana bekerja dengan pasukan saya, terutamanya bagi mereka yang mengalami cabaran yang serupa semasa mereka memulakan perjalanan mereka dalam industri ini.

Saya menikmati kejayaan pertama saya dalam perniagaan jualan langsung pada tahun 2011. Sistem dan kaedah permentoran membantu saya membina pasukan yang besar di seluruh Malaysia. Memang ia satu kejayaan yang amat besar. Saya telah bertemu dengan satu sistem yang mempunyai daya penduaan dalam membina satu perniagaan yang berjaya, yang pada pada akhirnya memberi satu pengaliran pendapatan yang tetap. Industri ini telah berkembang dan telah membantu saya menjadi orang yang lebih baik serta menjadi pemimpin pasukan saya.

Walau bagaimanpun, ia bukanlah satu usaha yang senang. Cabaran yang paling besar dalam industri ini adalah diri kita sendiri. Ramai orang telah berhenti sebelum mereka benar-benar memulakan perniagaan. Ini adalah kerana, kebanyakan mereka tidak mahu turun merendahkan diri mereka dengan mempelajari sesuatu yang baharu ataupun bermula dari kosong. Mereka ragu-ragu untuk keluar dari zon selesa mereka, yang mungkin mencabar ego mereka. Akibatnya, mereka

akan berhenti sebelum mereka berupaya memanfaatkan potensi mereka.

Perniagaan jualan langsung telah terbukti sebagai satu perniagaan yang kalis-kemelesetan. Saya telah melalui satu dua kemelesetan ekonomi ketika membina perniagaan, yang langsung tidak menjejaskan perniagaan dan pendapatan saya. Malahan, semasa pandemik COVID-19 ini, dengan menggunakan gajet teknologi seperti perjumpaan Zoom, Facebook messenger dan aplikasi WhatsApp, kita masih boleh membina perniagaan dengan berkesan dan jayanya. Pendapatan kita telah berlipat ganda berbanding masa sebelum pandemik. Ini bukti lanjut bahawa jualan langsung adalah perniagaan yang kalis-kemelesetan dan juga kalis-pandemik, di mana anda masih boleh mencapai kepada anggota pasukan dan pelanggan-pelanggan anda secara berkesan dengan mengguna teknologi yang hebat ini.

Saya percaya model perniagaan ini adalah cemerlang! Kita boleh menggerakkan produk dan perkhidmatan dengan berkesan ke merata dunia tanpa perlu melalui tungkus lumus perniagaan konvensyenal. Potensi ekonominya begitu besar, dan saya gembira yang saya telah membuat keputusan yang tepat untuk melibatkan diri di dalam industri ini 20 tahun yang lalu. Selama 20 tahun ini, saya telah tidak mensia-siakan segala masa dan usaha yang saya luangkan, dan tidak mungkin ia lebih baik dari ini. Saya sentiasa teruja tentang peluang-peluang yang terluang dalam industri ini, dan saya memandang ke hadapan untuk memberi impak kepada kehidupan lebih ramai orang dengan usaha perniagaan saya di masakini.

21 2022 / Edisi 1 / Direct Seller Malaysia /

Turn static files into dynamic content formats.

Create a flipbook
Issuu converts static files into: digital portfolios, online yearbooks, online catalogs, digital photo albums and more. Sign up and create your flipbook.